Anda di halaman 1dari 2

MESYUARAT PANITIA BAHASA KADAZANDUSUN BIL 1/2021

HARI. : Isnin
TARIKH. : 25 Januari 2021
TEMPAT. : Kediaman masing-masing
MASA : 2.00 – 3.00 petang

KAEDAH MESYUARAT : Google Meet

KEHADIRAN : 3/3
1. Cik Julia Dusip ( Ketua Panitia, Guru Bahasa Kadazandusun Tahun 1, Tahun 4 dan. Tahun 5)
2. Cik Rosnanih Emin ( Setiausaha, Guru Bahasa Kadazandusun Tahun 2)
3. En. Fidelis Takion ( Guru Bahasa Kadazandusun Tahun 3)

AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Aluan – aluan Ketua Panitia
2. Isu dan Cabaran
3. Pelaksanaan Kurikulum 2021
4. Penjajaran Kurikulum 2021
5. Penjajaran Kandungan, Pedagogi dan Pentaksiran
6. Hal-hal lain

1. UCAPAN ALU-ALUAN KETUA PANITIA


Ketua Panitia mengalu-alukan kehadiran ahli Panitia Bahasa Kadazandusun bagi sesi 2021.

2. ISU DAN CABARAN


Ketua Panitia (KP) mengesahkan mengenai status sukatan pelajaran Bahasa Kadazandusun tahun
2020 yang terjejas. Namun, telah dipastikan semua kandungan asas silibus telah dapat diselesaikan.
Guru mata pelajaran tahun 2020 telah menyerahkan kelas yang diajar kepada guru Pendidikan
Muzik 2021 tanpa sebarang kandungan asas yg terjejas.

Tahun / Kelas Kandungan Asas Kurikulum 2020 Yang Terjejas

Tahun 1 TIADA

Tahun 2 TIADA

Tahun 3 TIADA

Tahun 4 TIADA

Tahun 5 TIADA

Tahun 6 TIADA

3. PELAKSANAAN KURIKULUM 2021


3.1 Hasil perbincangan, ahli panitia akan menggunakan Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 (DPK 2.0)
tanpa menyisipkan DPK 1.0 kerana ahli panitia telah menyelesaikan kandungan kurikulum tersebut
bagi tahun 2020.
4. PENJAJARAN KURIKULUM 2021
4.1 KP memaklumkan ahli panitia untuk muat turun DSKP dan DPK 2.0 terkini mengikut tahun yang
diajar.

4.2 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu mengikut templat yang disediakan supaya selaras.

4.3 KP memaklumkan pemantauan PdPR dan pencerapan PdPR guru adalah dibawah pegawai
penilai masing-masing. .

5.PENJAJARAN KURIKULUM, PEDAGOGI DAN


PENTAKSIRAN
5.1 KP menggalakkan PdPR dilakukan melalui saluran situasi semasa (Pandemik COVID-19) samada
‘Whatsapp atau ‘Telegram atau ‘Google Meet/Zoom jika murid boleh melibatkan diri.

5.2 KP mengingatkan ahli panitia untuk mengutamakan kandungan asas kurikulum semasa
menjalankan PdPR. Kandungan asas merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai asas yang perlu
dikuasai oleh murid. Kandungan tambahan pula, menyokong kandungan asas, manakala, kandungan
pelengkap pula sebagai pelengkap atau mengharmonikan kandungan asas.

5.3 KP mengingatkan ahli panitia untuk membina Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) untuk 42
minggu mengikut SPI BIL 9/2012 dan SPI BIL 5/2019.

5.4 Semua ahli panitia bersetuju membina modul berpandu sebagai bahan pembelajaran PdPR.
Modul yang dibina mestilah ada panduan, catatan langkah melaksanakan aktiviti dan perlu
dibimbing. Penggunaan video juga digalakkan agar PdPR lebih mudah dilaksanakan.

5.5 Pentaksiran Sumatif / Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah diputuskan oleh KP bersama ahli
panitia dengan menjalankannya setiap kali kemahiran bagi setiap unit selesai diajar.

5.6. Pentaksiran perlu direkod dan dikemaskini setiap 3 (tiga) bulan.


5.8 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi tahun 2020 menunjukkan tahap penguasaan murid dari TP 3
hingga TP6. Tiada murid yang mendapat TP1 dan TP2. Walau bagaimana pun, bilangan murid yang
mencapai TP 6 masih kurang.

6. HAL-HAL LAIN
6.2 KP mengingatkan ahli panitia untuk menyediakan DSKP, DPK 2.0, RPT dan dihantar kepada
pentadbir penilai masing-masing.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang.

Disediakan oleh:

(ROSNANIJ EMIN)
Setiausaha Bahasa Kadazandusun 2021
SK KITOBU

Anda mungkin juga menyukai