Anda di halaman 1dari 10

Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah | xxx

CBBP DB | Pendidikan Islam

NAMA: WAN ALI AKBAR BIN WAN ABDULLAH


NO. KAD PENGENALAN: XX

TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN:


PEMBANGUNAN MODEL XXX

Universiti Yang Dimohon

Jumlah keseluruhan
Institusi Pengajian
Bil. Nama Kursus / Program jam kredit yang
Tinggi yang dipilih
ditawarkan
1 Universiti Kebangsaan
Malaysia
2
3

Perancangan Pengajian

Kegiatan Penyelidikan / CADANGAN TEMPOH PELAKSANAAN


2019 2020 2021 2022
Tahun & Bulan 9-12 1-4 5-8 9-12 1-4 5-8 9-12 1-4 5-8
Subjek Wajib x
Pendahuluan x
Kajian Literatur x x x
Metodologi Kajian x
Kajian Pra Lapangan x
Pengesahan Usulan x
Pembinaan/Modifikasi
x
Instrumen
Pengumpulan Data x x x
Analisis Dapatan x x x X
Perbincangan & Rumusan X X
Pemurnian Penulisan X
Penghantaran Tesis &
x
VIVA
Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah | xxx
CBBP DB | Pendidikan Islam

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Abad ke-21 menyaksikan manusia rancak melakukan inovasi dalam pelbagai bidang
kehidupan. Dunia pendidikan turut terkena tempias ledakan aktiviti inovasi tersebut.
Di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan dua inovasi
yang berskala besar, iaitu VLE Frog dan peta pemikiran i-THINK (Wan Ali Akbar &
Nursafra, 2018). Di peringkat akar umbi pula, KPM menggalakkan para guru dan
murid untuk turut sama menyertai aktiviti inovasi. Pelbagai pertandingan diadakan di
pelbagai peringkat untuk merancakkan dan merangsang aktiviti tersebut. Secara
khusus bagi guru, guru yang mencipta inovasi diiktiraf sebagai telah meningkatkan
tahap profesionalisme keguruan selaras dengan Pelan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (PPPB).

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Guru-guru Pendidikan Islam bermasalah untuk mengajar dengan kreatif kerana kurang
faham tentang kreativiti, kaedah dan strategi menarik serta bagaimana untuk
mengimplementasi proses pengajaran Pendidikan Islam (PI) yang berkesan (Mohd
Yusoff Dagang, 2016). Ketidakfahaman ini menjadi lebih ketara apabila inovasi
sentiasa diasimilasikan dengan penggunaan bahan ICT. Contohnya, KPM melalui
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) mempunyai aspirasi untuk
memastikan guru memperoleh sekurang-kurangnya tahap minimum literasi ICT.
Hasrat ini sebenarnya adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan guru untuk
menggunakan inovasi dalam pedagogi bagi meningkatkan hasil pembelajaran murid
(KPM, 2017).

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Mengenal pasti isu berkaitan dengan


1.3.2 Mengenal pasti keperluan Model yang sesuai.
1.3.3 Menentukan reka bentuk Model yang bersesuaian melalui pendekatan Fuzzy
Delphi Method (FDM).
1.3.4 Menilai kebolehgunaan Model dalam kalangan guru

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Bagi memenuhi objektif yang berkenaan, kajian pembangunan ini dijalankan


bertujuan untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan kajian seperti berikut:

Fasa 1: Analisis Keperluan Model


Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah | xxx
CBBP DB | Pendidikan Islam

1. Apakah masalah yang biasa dihadapi?


2. Adakah terdapat keperluan membangunkan Model yang sesuai?

Fasa 2: Pembangunan Reka Bentuk dan Pembangunan Model

3. Apakah elemen yang perlu dibangunkan dalam Model mengikut pandangan


pakar?
4. Bagaimanakah elemen-elemen ini diklasifikasikan bagi Model mengikut
pandangan pakar?
5. Apakah kedudukan keutamaan elemen yang dibangunkan dalam Model
mengikut pandangan pakar?

Fasa 3: Penilaian Model

6. Apakah pandangan GPI terhadap kesesuaian elemen dan klasifikasi elemen


yang dicadangkan dalam pembangunan Model ?
7. Apakah pandangan GPI terhadap kedudukan keutamaan elemen yang perlu
dibangunkan dalam Model?
8. Apakah pandangan GPI terhadap kebolehgunaan Model?

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

1.5.1 Kajian ini akan dapat memberi maklumat kepada para guru berkaitan reka
bentuk model
1.5.2 Kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ke
arah memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kualiti mutu pengajaran guru
yang lebih kreatif dan inovatif setelah diaplikasikan model ini
1.5.3 Melalui hasil dapatan kajian ini, boleh membantu pihak
1.5.4 Kajian ini dapat memberi maklumat asas serta rujukan dalam sebarang
penyelidikan berkaitan

Melalui kajian ini diharap akan dapat memberi gambaran secara menyeluruh berkaitan
model pembelajaran dan pemudahcaraan yang kreatif dan inovatif dalam sistem
pendidikan di Malaysia khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam ke arah
meningkatkan kualiti pendidikan Islam di seluruh dunia.

1.6 KERANGKA KAJIAN

Kerangka konseptual kajian dapat diringkaskan melalui rajah di bawah:

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian


Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah | xxx
CBBP DB | Pendidikan Islam

BAB 2: SOROTAN LITERATUR

2.1 Maksud Guru Inovatif

Guru Inovatif merupakan dua perkataan yang mewakili perkataan ‘guru’ dan
‘inovatif’.

2.1.1 Maksud Guru

Guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh (Kamus Dewan,
2016). Dalam bahasa Arab, guru dirujuk dengan pelbagai istilah, seperti mudarris,
muaddib, murabbi, murshid dan muallim (Kamarul Azmi Jasmi, 2010; Kamarul Azmi
& Ab. Halim Tamuri, 2007; Ab. Aziz Yusof, 2014).

Mudarris bermaksud orang yang banyak menyampaikan pelajaran dan membacakan


daripada buku-buku (al-Mukjam al-Wasit, tt). Kamarul Azmi dan Ab. Halim Tamuri
(2007) pula mendefinisikan mudarris sebagai ciri pengajar yang berkesan yang
melibatkan aspek PdP bermula daripada persediaan mengajar sehingga kepada proses
PdP dan akhirnya penilaian kendiri. Muaddib, menurut al-Mukjam al-Wasit (tt)
merujuk kepada gelaran kepada sesiapa yang memilih untuk mentarbiyyah dan
mengajar manusia sehingga berakhlak mulia. Menurut Kamarul Azmi dan Ab. Halim
(2007), muaddib merujuk kepada guru yang berperanan untuk mengasuh, mendidik,
membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak
mulia, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab sopan dalam pembinaan dan
pembangunan diri para pelajar. Ab. Aziz Yusof (2014) pula menyatakan bahawa
peranan muaddib adalah membekalkan pelajar supaya memiliki kemampuan untuk
melaksanakan tugas yang bakal dipertanggungjawabkan kepada mereka kemudian
hari.

Murabbi pula bermaksud guru yang menjaga, membesarkan, mencurahkan kasih


sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitrah kanak-kanak serta
memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka dengan dorongan yang
beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang
dilalui oleh kanak-kanak tersebut (Kamarul Azmi & Ab. Halim Tamuri, 2007). Bagi
Ab. Aziz Yusof (2014) pula, murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja
menyalurkan ilmu kepada pelajar, tetapi pada masa yang sama memberikan
pendidikan rohani, jasmani, ketrampilan diri dan intelektual untuk dihayati dan
mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Murshid, menurut Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007), merujuk kepada guru yang
memimpin dalam bilik darjah untuk menjaga, menasihati, mengarah, membimbing
dan memberi petunjuk kepada para pelajar ke arah pembentukan dan pembangunan
diri pelajar sebagai insan soleh. Menurut Ab. Aziz Yusof (2014) pula, murshid adalah
Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah | xxx
CBBP DB | Pendidikan Islam

seorang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam membangunkan


kekuatan kerohanian dalam masyarakat.

Muallim pula, menurut al-Mukjam al-Wasit (tt), adalah sesiapa yang mengambil
profesion mengajar dan diberi lessen untuk mengajar dengan bebas. Ab. Aziz Yusof
(2014) mendefinisikan muallim sebagai orang yang menguasai ilmu dan mampu
mengembangkannya serta menjelaskan dan menterjemahkannya dalam kehidupan
sesuai dengan tuntutan semasa. Menurut Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) pula,
muallim ialah guru dalam bilik darjah yang memberitahu, mengajar, memindahkan
dan menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada
para pelajar sama ada melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang
seumpamanya.

2.1.2 Maksud Inovatif

Inovatif pula merupakan (bersifat) inovasi (Kamus Dewan, 2016). Menurut Ainon dan
Abdullah Hassan (2007), inovasi mempunyai banyak pengertian. Mereka
menyimpulkan definisi inovasi sebagai pembangunan teknologi baru ataupun aplikasi
sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu. Ia selari dengan maksud yang diberikan
oleh DBP. Kamus Dewan (2016) mendefinisikan inovasi sebagai sesuatu yang baru
diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Kedua-dua definisi
ini melihat inovasi sebagai penciptaan sesuatu yang baru dan tidak membezakan
antara penciptaan dan inovasi.

Ada definisi lain yang meletakkan dua unsur penting yang saling berkait, iaitu;
penciptaan sesuatu yang baru dan penambahbaikan kepada ciptaan sedia ada.
Contohnya, Mohd Azhar dan rakan-rakan (2006) menyatakan maksud asal inovasi,
dari segi bahasa. Mereka menyatakan bahawa inovasi berasal daripada perkataan
Latin, iaitu innovare yang bermaksud untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau
kejayaan mengeksploitasi idea baru. Kejayaan mengeksploitasi idea baru adalah
penambahbaikan kepada penciptaan sedia ada. KPM (2013) pula melalui Pelan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) mentakrifkan inovasi sebagai
penghasilan sesuatu yang baharu atau menambah nilai kepada sesuatu yang sedia ada.
Ia merangkumi idea, prosedur kerja, sistem, kaedah, teknologi dan seumpamanya yang
merupakan hasil cetusan pemikiran yang kreatif dan inovatif. Kedua-dua definisi ini
melihat inovasi dalam ruang lingkup penciptaan dan inovasi.

Selain itu, ada juga definisi yang difokuskan kepada penambahbaikan ciptaan sedia
ada. Md. Asham (2012) mengatakan bahawa inovasi merujuk kepada keupayaan untuk
menghasilkan sesuatu yang baharu dari yang sedia ada. Definisi ini membezakan
antara inovasi dan ciptaan. Maksudnya inovasi bukanlah ciptaan. Hal ini kerana
ciptaan adalah proses menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada dan ia berbeza
dengan inovasi yang merupakan proses mengubahsuai sesuatu yang telah ada (Wan
Ali Akbar & Nursafra, 2018). Hal ini selari dengan Kamus Dewan (2016) yang
Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah | xxx
CBBP DB | Pendidikan Islam

mendefinisikan perbuatan menciptakan sebagai mewujudkan (mengadakan, membuat,


menjadikan) sesuatu dengan fikiran (kekuatan batin). Contoh yang diberikan oleh
Kamus Dewan, dunia diciptakan oleh Tuhan dengan kuasa-Nya yang Maha Besar.
Maksudnya, hanya Allah yang berkuasa mencipta dan tiada makhluk lain yang
mempunyai kuasa mencipta. Mohd Azhar dan rakan-rakan (2006) turut menyebut
bahawa manusia bukan mencipta, sebaliknya mencari dan mengkaji sesuatu yang
sebelumnya tidak diketahui.

Buktinya dapat dilihat dalam al-Quran, apabila Allah S.W.T. menggunakan perkataan
khalaqa (‫ )خلق‬yang hanya merujuk kepada diri-Nya sahaja sebagai Pencipta kerana
mencipta seluruh alam (Surah az-Zukhruf, 43: 87; Surah al-Ankabut, 29: 61; Surah
Luqman, 31: 25; Surah az-Zumar, 39: 38) dan Inovator kerana mencipta manusia
daripada tanah liat (Surah as-Soffat, 37: 11), mencipta manusia daripada air mani
(Surah at-Toriq, 86: 6), mencipta manusia daripada darah beku (Surah al-‘Alaq, 96: 2).

2.1.3 Maksud Guru Inovatif

Wan Ali Akbar dan Nursafra (2016) mendefinisikan guru inovatif sebagai guru yang
memperkenalkan inovasi terbaru dalam pembelajaran dan pengajarannya, samada
ianya berbentuk BBM seperti bahan maujud, teknik dan lain-lain yang berjaya
menaikkan prestasi pelajar melebihi paras biasa dalam subjek tertentu yang diajarnya.

Selain itu, terdapat juga satu anugerah yang diberikan setiap tahun kepada individu
atau kumpulan guru yang berjaya menghasilkan inovasi dalam PdP mereka. Dalam
anugerah yang dipertandingkan ini, Guru Inovatif ditakrifkan sebagai guru yang
menghasilkan inovasi dari segi bahan, kaedah, strategi dan sebagainya untuk
meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran (Wan Ali Akbar &
Nursafra, 2018). Guru tersebut perlu menghasilkan inovasi yang asli atau
penambahbaikan terhadap sesuatu yang sedia ada yang meliputi aktiviti pembaharuan
dan perubahan positif dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru tersebut turut
menghasilkan inovasi dalam konteks menterjemahkan kurikulum kebangsaan kepada
proses pembelajaran dan pengajaran.
Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah | xxx
CBBP DB | Pendidikan Islam

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian yang dikenal pasti adalah berbentuk kajian reka bentuk dan
pembangunan DDR iaitu Design & Development Research (Richey & Klien, 2014).
Secara dasarnya ia mengandungi tiga fasa komprehensif seperti berikut:
i. Fasa 1: Fasa analisis keperluan
ii. Fasa 2: Fasa reka bentuk dan pembangunan model
iii. Fasa 3: Fasa penilaian atau pengujian.

Jadual 3.1: Ringkasan Pemilihan Persampelan dan Responden setiap fasa DDR
Fasa Kaedah Pensampelan Responden
Fasa 1:
Analisis keperluan Kaedah Tinjauan GPI
Soal Selidik
Statistik deskriptif iaitu; peratus, min
dan sisihan piawai dengan menggunakan
perisian IBM SPSS versi 24.0
Fasa 2:
Reka Bentuk &
Pembangunan Langkah 1:
Sorotan Literatur Panel Pakar
Analisis tematik - Nazir PI
- Guru Pakar PI
Langkah 2: - JUK PI
Kaedah Fuzzy Delphi
Analisis Data FDM - Pensyarah IPG
- Pensyarah IPT
Soal Selidik
Fasa 3:
Penilaian Model PLS SEM GPI
Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah | xxx
CBBP DB | Pendidikan Islam

BIBLIOGRAFI RINGKAS

Al-Quran al-Karim
Ab. Aziz Yusof. 2014. Pengurusan Pendidikan Islam: Mekanisme Transformasi
Ummah. Kuala Lumpur: DBP.
Ab. Halim. 2016. Keberkesanan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata
Pelajaran Pendidikan Islam. Dlm. Mohd Farid Mohd Shahran & Nor Hartini
Saari (pnyt.). Guru Cemerlang Pendidikan Islam: Persediaan dan Cabaran.
Kuala Lumpur: Penerbit IKIM.
Abu Bakar Yang. 2012. Pembentukan Akal Berdaya Cipta: Ilmuwan dan Proses
Pendidikan. Dlm. Azrina Sobian (pnyt.). Islam, Kreativiti dan Inovasi. Kuala
Lumpur: IKIM.
Adibah Sulaiman, Muhammad Mustaqim, Mohd Azmir, Paimah Atoma, Anita Ismail
& Hisham Muhammad Taky. 2015. Creativity and Innovation in Islam: It’s
Necessity in Islamic Education. The Social Sciences 10(1): 61-66.
Ainon dan Abdullah Hassan. 2007. Berfikir seperti Inventor. Batu Caves: PTS.
Al-Hakim, Abu Abdullah al-Hakim bin Muhammad. 1990. Al-Mustadrak ‘ala as-
Sohihain. Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyyah.
Al-Mawardi, Abul Hasan Ali bin Muhammad. Tt. Tafsir al-Mawardi. Beirut: Darul
Kutub al-Alamiyyah.
Ashraf M. Zedan, Mohd Yakub & Roslan Mohamed. 2015. An Innovative Teaching
Method in Islamic Studies: the Use of PowerPoint in University of Malaya as
Case Study. Procedia Social and Behavioral Sciences 182: 543 – 549.
At-Tabrani, Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub. 1994. Al-Mukjam al-Kabir. Kaherah:
Maktabah Ibnu Taimiyyah.
At-Tabrani, Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub. Tt. Al-Mukjam al-Ausat. Kaherah: Darul
Haramain.
Azrina Sobian. 2012. Pandangan Awal Terhadap Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti
dan Inovasi. Dlm. Azrina Sobian (pnyt.). Islam, Kreativiti dan Inovasi. Kuala
Lumpur: IKIM.
Az-Zahabi, Syamsuddin Abu Abdullah. 2006. Siyar A’lam an-Nubala’. Kaherah:
Darul Hadis.
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Sdn. Bhd.
Chua Yan Piaw. 2012. Pengukuran Semasa Kreativiti: Isu dan Cabaran. dlm. Azrina
Sobian (pnyt.). Islam, Kreativiti dan Inovasi. Kuala Lumpur: IKIM.
Cresswell, J.W. (2003). Research Design: Qualitative and Quantitative Approach (2nd
edi.) Thousand Oak: Sage Publications.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 2016. Kamus Dewan Edisi Empat. Kuala Lumpur: DBP.
Ibn al-Athir, Abul Hasan Ali. 1994. Asadul Ghobah fi Makrifatis Sohabah. Darul
Kutub al-Alamiyyah.
Ibn Kathir, Abul Fida’ Ismail bin Umar. 1999. Tafsir Ibn Kathir. Dar Tayyibah lin
Nasyri wat Tauzi’.
Ibrahim Mustafa, Ahmad az-Ziyad, Hamid Abd. Qadir & Muhammad an-Najjar. Tt.
Al-Mukjam al-Wasit. Darud Dakwah.
Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah | xxx
CBBP DB | Pendidikan Islam

Jackson, S. L. 2006. Research Methods and Statistics: A Critical Thinking Approach.


Australia: Thomson Wadsworth.
Jamal Badi & Mustapha Tajdin. 2004. Creative Thinking: An Islamic Perspective.
Kuala Lumpur: IIUM.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam: Kaedah
Pengajaran & Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Kamarul Azmi Jasmi. 2010. Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di
Malaysia: Satu Kajian Kes. Tesis PhD. UKM.
Kazmi, Y. 1999. The Notion of Murabbi in Islam: An Islamic Critique of Trends in
Cntemporary Education. Islamic Studies 38(2): 209-233.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (PPPB). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Laporan Tahunan 2016 Pelan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB). Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Lim Chong Hin. 2007. Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif dan
Kualitatif. Shah Alam, Selangor: McGrawHill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
Mastura Badzis & Nor Faezah. 2012. The Role of Teachers in Enhancing Children’s
Creativity and Thinking SkillsThrough Meaningful Play Experience. Kertas
kerja dibentang dalam Seminar Kreativiti dan Inovasi dalam Kurikulum.
Md. Asham. 2012. Faham Kreativiti dan Inovasi Menurut Islam. Dlm. Azrina Sobian
(pnyt.). Islam, Kreativiti dan Inovasi. Kuala Lumpur: IKIM.
Merriam, S. B. 2009. Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation.
San Francisco: Jossey-Bass.
Mohd Azhar, Mohd Koharuddin & Muhamed Fauzi. 2006. Reka Cipta & Inovasi
dalam Perspektif Kreativiti. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Mohd Azhar. 2004. Pengenalan Pemikiran Kritis & Kreatif. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia (UTM).
Mohd Yusof Othman. 2012. Gagasan 1Malaysia: Kreativiti & Inovasi dalam
Pembinaan Peradaban. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.
Mohd Yusoff Dagang. 2016. Amalan Kreativiti Pengajaran Guru Pendidikan Islam di
Sekolah-sekolah Negeri Johor. Tesis PhD. UTHM.
Morris, C.G. & Maisto, A.A. 2002. Psychology: An Introduction. New Jersey:
Prentice Hall.
Mujammil Qamar M. A. 2002. Epistemologi Pendidikan Islam: Dari Metode Rasinal
hingga Metode Kritik. Jakarta: Penerbit Erlangga.
Noor Hisham. 2014. Sinergi Pemikiran Islam Kritis Kreatif. Kelantan: UMK.
Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill
Sdn. Bhd.
Noraini Kaprawi. 2010. Kajian Tinjauan (Secara Kuantitatif). Dlm. Penyelidikan
Dalam Pendidikan. Noraini Idris (pnyt.) Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia)
Sdn. Bhd.
Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah | xxx
CBBP DB | Pendidikan Islam

Nurul Asiah Fasehah. 2015. Pengaruh Tahap Kepercayaan Epistemologi Islam dan
Tahap Konsep Kendiri terhadap Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam.
Tesis PhD. UKM.
Suhailah Hussein.2007. Critical Pedagogy, Islamisation of Knowledge and Muslim
Education. Intellectual Discourse 15(1): 85-104.
Wan Ali Akbar dan Nursafra. 2016. Tuntutan, Ciri dan Contoh Ustaz/Ustazah
Inovatif. Dlm. Noornajihan Jaafar (pnyt.). Pembangunan Profesionalisme Guru
Pendidikan Islam. Kajang: KUIS.
Wan Ali Akbar dan Nursafra. 2018. Inovasi dalam Pendidikan Islam: Inspirasi dan
Transformasi. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Anda mungkin juga menyukai