Anda di halaman 1dari 426

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/363521149

Guru Inovatif Pendidikan Islam dalam Inovasi Pengajaran

Thesis · September 2022

CITATIONS READS

0 3,128

1 author:

Wan Ali Akbar Wan Abdullah


Institut Pendidikan Guru Malaysia
90 PUBLICATIONS 44 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Wan Ali Akbar Wan Abdullah on 14 September 2022.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


i

GURU INOVATIF PENDIDIKAN ISLAM


DALAM INOVASI PENGAJARAN

WAN ALI AKBAR BIN WAN ABDULLAH

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH


DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2022
ii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

WAN ALI AKBAR BIN WAN ABDULLAH


P99951
iii

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w. Perjalanan pengajian PhD ini betul-betul membuatkan saya
merasakan kerdilnya diri berbanding lautan ilmu yang meluas tanpa batas yang dimiliki
Allah. Begitu banyak khazanah ilmu yang pasti tidak mampu dirungkai oleh manusia
yang kerdil dan hina dina. Namun, perjalanan menyempurnakan sebuah pengajian ini
menginsafkan diri ini menyebabkan saya merasakan tidak ada tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah SWT Benar, hanya Allah, malaikat dan orang berilmu sahaja
akan mengakui kebenaran tauhid. Sudah tentu hakikat kebenaran ilmu itu adalah dengan
mengakui akan kebesaran Allah sebagai tuhan.
Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih buat almarhum ayahanda Wan Abdullah
bin Wan Long dan bonda Mariam binti Endut yang tidak henti-henti berdoa buat
kelancaran perjalanan kehidupan anakanda. Dengan rendah diri, saya merasakan, tanpa
doa dan berkat kebaikan mereka berdua, sudah tentu saya tidak mampu mengecapi
segala nikmat yang Allah kurniakan kini. Tidak dilupakan juga buat zaujah tercinta,
Nursafra binti Mohd Zhaffar yang sentiasa menemani saya dalam perjalanan ini. Serta
anakanda Wan Ammar Yasir, Wan Anas Malik, Wan Nur Salma dan Wan Syifa’
Adawiyyah yang bersabar dengan kekurangan kasih sayang yang dicurahkan buat
mereka. Sungguh, terlalu banyak fokus diberikan untuk sebuah perjalanan menekuni
ilmu-ilmu Allah ini. Banyak dan besar pengorbanan yang mereka berikan tanpa mereka
sedari. Begitu juga dengan ayahanda dan bonda mertua, Mohd Zhaffar bin Husin dan
Hamisah binti Talib kerana sabar dengan kurangnya kami balik ke kampung walaupun
tinggal di satu negeri sahaja.
Tidak ditinggalkan guru-guru saya, Dr. Khadijah binti Abdul Razak dan Dr.
Mohd Isa bin Hamzah yang sabar menghadapi pelajar yang sentiasa tidak sempurna dan
banyak kerenah ini. Banyak pengajaran yang mereka curahkan, bukan sahaja dari sudut
ilmu, bahkan akhlak baik yang perlu dicontohi. Tidak saya lupakan, sahabat-sahabat
perjuangan. Group Geng PHD Kualitatif 2019, Usrah PhD PI CBPDB, Viva PhD,
research group dr isa dan lain-lain yang tidak mampu saya senaraikan semuanya.
Mereka adalah tempat bertanya pandangan dan meluah perasaan, berkongsi suka dan
duka ketika keseorangan dan kesepian.
Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikan dan jasa sumbangan
mereka buat saya. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
iv

ABSTRAK

Guru inovatif sangat diperlukan dalam dunia pendidikan abad ke-21. Isu berkenaan
kefahaman mengenai inovasi yang tidak jelas, karakter inovator yang kontradik dengan
karakter guru pendidikan Islam (GPI), motivasi dan kekangan serta pengetahuan yang
tidak dibincangkan secara khusus membuka ruang kepada kajian untuk dilakukan
secara spesifik. Kajian ini dijalankan untuk meneroka kefahaman GIPI tentang inovasi,
karakter GIPI, motivasi dan kekangan serta pengetahuan GIPI ketika menghasilkan
inovasi. Kajian dijalankan dalam bentuk kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Lapan
peserta kajian dipilih dan dijejak menggunakan kaedah snowball. Pemilihan peserta
kajian dibuat berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan, antaranya; menghasilkan
inovasi dalam Pendidikan Islam dan memenangi pertandingan inovasi dengan inovasi
tersebut. Data dikutip menggunakan teknik temu bual secara mendalam dan separa
struktur serta disokong oleh analisis dokumen dan pemerhatian. Kesahan dan keboleh
percayaan dibuat melalui pengesahan peserta, lama di lapangan, triangulasi, semakan
rakan, huraian bias, jejak audit dan cohen Kappa. Dapatan menunjukkan kefahaman
mengenai konsep inovasi pengajaran dibina atas lima tema, iaitu; elemen, bentuk,
sasaran, impak dan langkah penghasilan inovasi. Dari sudut karakter pula, dapatan
menunjukkan terdapat 33 karakter yang berada di bawah 10 tema utama, iaitu; anjal vs
tekal, introvert vs ekstrovert, teoritikal vs praktikal, dunia vs akhirat, dan efikasi kendiri
vs tawaduk. Dari sudut motivasi pula, dapatan menunjukkan terdapat 13 motivasi
mendorong peserta kajian menghasilkan inovasi. Tiga belas motivasi ini dikategorikan
di bawah dua tema utama, iaitu; motivasi dalaman dan motivasi luaran. Dari sudut
kekangan pula, terdapat 17 kekangan yang dihadapi oleh peserta kajian. Tujuh belas
kekangan ini berada di bawah dua kategori, iaitu; kekangan proses dan kekangan watak.
Dari sudut pengetahuan pula, terdapat 12 pengetahuan yang dikategorikan di bawah
lima jenis pengetahuan perlu ada bagi seseorang yang ingin menghasilkan inovasi
pengajaran, iaitu; pengetahuan pedagogi kandungan, kemahiran kognitif istimewa,
pembangunan kompetensi spesifik, kemahiran sosial dan kemahiran penyelidikan.
Dapatan ini berjaya membentuk Model Guru Inovatif Pendidikan Islam. Model ini
memberi impak kepada guru pendidikan Islam untuk memuhasabah diri mereka sebagai
guru abad ke-21 serta memandu penyedia latihan keguruan untuk membentuk latihan
yang sesuai bagi meningkatkan kualiti profesionalisme guru sedia ada. Kajian ini juga
memberi implikasi kepada teori dan model seperti penambahan fungsi GPI sebagai al-
Mubdiᶜ serta implikasi terhadap pentadbir dari sudut dasar membantu dan merangsang
pertumbuhan lebih ramai guru inovatif di sekolah.
v

THE ISLAMIC EDUCATION INNOVATIVE TEACHERS IN TEACHING


INNOVATION

ABSTRACT

Innovative teachers are needed in 21st-century education. Issues regarding the unclear
understanding of innovation, the character of innovators that contradict the character of
Islamic education teachers (IET), motivation and constraints as well as knowledge that
are not specifically discussed open up space for research to be done specifically.
Therefore, this study was conducted to explore Islamic education Innovative teacher’s
understanding of innovation, character, motivation, and constraints as well as
knowledge when producing innovation. The study was conducted qualitatively with a
case study design. Eight participants were selected and were tracked through the
snowball method. The selection of study participants was made based on the set criteria,
including; produce innovations in Islamic Education and win innovation competitions
with those innovations. Key data were collected using in-depth and semi-structured
interview techniques and were supported through document analysis and observations.
Validity and reliability were established through participant verification, experience in
the field, triangulation, peer review, bias descriptions, audit trail, and Cohen’s Kappa.
The findings showed that the understanding of the teaching innovation concept was
built on five themes; elements, forms, target, impacts, and steps to innovate. In addition,
the study found 33 characters, which were categorized under 10 main themes, namely;
elasticity vs. consistency, introvert vs. extrovert, theoretical vs. practical, world vs.
afterlife, and self-efficacy vs. tawaduk (humility). In terms of motivation, the findings
showed 13 factors that motivate study participants to produce innovation. These thirteen
motivations were categorized under two main themes, namely; internal and external
motivation. In terms of constraints, 17 constraints were faced by study participants.
These constraints fall under two categories; process and character. In terms of
knowledge, 12 knowledge were identified, which were categorized into five types;
pedagogical content knowledge, special cognitive skills, specific competencies
development, social skills, and research skills. These findings successfully form the
Innovative Islamic Education Teacher Model. This model impacts Islamic education
teachers to reflect as 21st-century teachers and drives teacher training providers to
develop appropriate training to enhance the quality of existing teacher professionalism.
This study also gives implications to theories and models such as the addition of GPI
functions as al-Mubdiᶜ as well as implications for administrators from a policy point of
view to help and stimulate the growth of more innovative teachers in schools.
vi

KANDUNGAN
Halaman
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
JADUAL TRANSLITERASI xii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI ILUSTRASI xvi
SENARAI SINGKATAN xviii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Tujuan Kajian 9
1.5 Objektif Kajian 10
1.6 Persoalan Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Kerangka Konsep 14
1.9 Batasan Kajian 16
1.10 Definisi Istilah 17
1.10.1 Inovasi Pengajaran 17
1.10.2 Karakter 17
1.10.3 Guru Inovatif Pendidikan Islam (GIPI) 18
1.10.4 Motivasi 18
1.10.5 Pengetahuan 19
1.10 Kesimpulan 20

BAB II KAJIAN KEPUSTAKAAN

2.1 Pengenalan 21
vii

2.2 Konsep Inovasi 21


2.2.1 Definisi Inovasi 21
2.2.2 Perbezaan antara inovasi dan istilah berkaitan 23
2.2.3 Elemen inovasi 25
2.2.4 Bentuk inovasi 26
2.2.5 Jenis inovasi 29
2.2.6 Perancangan pengajaran
dan langkah penghasilan inovasi 30
2.2.7 Impak inovasi pengajaran 33
2.3 Konsep Guru Inovatif 35
2.3.1 Konsep Guru 36
2.3.2 Konsep inovator 40
2.3.3 Konsep Guru Inovatif 53
2.4 Karakter Guru Inovatif 57
2.4.1 Pemikiran Inovator 59
2.4.2 Karakter Inovator 61
2.4.3 Karakter Guru Inovatif 66
2.4.4 Karakter Guru Pendidikan Islam 66
2.5 Kekangan Penglibatan dalam Proses Inovasi 70
2.6 Motivasi Menghasilkan Inovasi 73
2.6.1 Pembahagian Motivasi 74
2.6.2 Teori Dua Faktor 77
2.6.3 Motivasi Pengajaran Inovatif dalam Islam 79
2.6.4 Usaha KPM bagi Memotivasikan Guru 81
2.6.5 Model Motivasi Inovasi 85
2.7 Pengetahuan 87
2.7.1 Pembangunan Kompetensi Spesifik 90
2.7.2 Kemahiran Kognitif 91
2.7.3 Pengetahuan Pedagogi Kandungan 91
2.7.4 Kemahiran Sosial 93
2.7.5 Kemahiran menghasilkan inovasi 93
2.7.6 Kolaborasi 94
2.8 Kajian Berkaitan 98
2.8.1 Kajian mengenai Kefahaman Guru
tentang Inovasi 98
2.8.2 Kajian mengenai Sifat Guru Inovatif 100
2.8.3 Kajian Pemupukan Sikap Kreatif Guru 101
2.9 Kesimpulan 102
viii

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 104


3.2 Falsafah Kajian 104
3.3 Reka Bentuk Kajian 106
3.4 Lokasi Kajian 107
3.5 Peserta Kajian 108
3.6 Kajian Pralapangan 111
3.7 Kaedah Pengumpulan Data 112
3.7.1 Temu bual 113
3.7.2 Pemerhatian 115
3.7.3 Analisis Dokumen 116
3.8 Prosedur Menjalankan Kajian 117
3.8.1 Kebenaran Kajian 117
3.8.2 Sudut Kesahan Kajian 121
3.9 Tatacara Penganalisisan Data 123
3.8.1 Penganalisisan Data Awal 124
3.8.2 Peringkat Pengekodan Data 124
3.10 Kesahan dan Kebolehpercayaan Data 125
3.10.1 Kesahan Dalaman 126
3.10.2 Kesahan Luaran 127
3.10.3 Kebolehpercayaan Data 128
3.11 Kesimpulan 131

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 133


4.2 Demografi 133
4.2.1 Ustaz Uwais 134
4.2.2 Ustaz Zakkir 135
4.2.3 Ustazah Huda 136
4.2.4 Ustazah Aleeya 137
4.2.5 Ustazah Ainur 138
4.2.6 Ustaz Imdad 138
4.2.7 Ustazah Aisyah 139
4.2.8 Ustazah Arisya 140
4.3 Konsep Inovasi menurut GIPI 141
ix

4.3.1 Elemen Inovasi 141


4.3.2 Bentuk Inovasi 144
4.3.3 Sasaran dan Tujuan Inovasi 173
4.3.4 Langkah Penghasilan Inovasi 202
4.4 Karakter Guru Inovatif Pendidikan Islam 211
4.4.1 Anjal vs Tekal 211
4.4.2 Introvert vs Ekstrovert 224
4.4.3 Teoritikal vs Praktikal 237
4.4.4 Efikasi Kendiri vs Tawaduk 243
4.4.5 Dunia vs Akhirat 255
4.5 Motivasi GIPI Menghasilkan Inovasi 258

4.5.1 Inspirasi 258


4.5.2 Tugas 264
4.5.3 Kepuasan diri 266
4.5.4 Saham akhirat 266
4.5.5 Minat 267
4.5.6 Pertandingan 268
4.5.7 Pengiktirafan 270
4.5.8 Pendapatan Sampingan 271
4.5.9 Peningkatan Kerjaya 273
4.5.10 Penerimaan Positif Pelajar 274
4.5.11 Dorongan Pasangan 274
4.5.12 Sokongan Rakan 275
4.5.13 Peranan Pentadbir 276
4.6 Kekangan GIPI Menghasilkan Inovasi 278
4.6.1 Masa 278
4.6.2 Tugas 281
4.6.3 Kos 284
4.6.4 Kemudahan 287
4.6.5 Pengetahuan 288
4.6.6 Pertandingan 289
4.6.7 Kesihatan 291
4.6.8 Hak cipta 292
4.6.9 Proses Sebarluas 293
4.6.10 Sikap Malas 295
4.6.11 Tiada Idea 296
4.6.12 Keluarga 297
4.6.13 Pentadbir 297
4.6.14 Rakan guru 298
4.6.15 Pelajar 299
4.6.16 Syarikat 300
4.6.17 Bahan Inovasi 301
4.7 Pengetahuan dalam Penghasilan Inovasi 303
4.7.1 Konten dan Kurikulum 303
4.7.2 Pedagogi 305
x

4.7.3 Kemahiran Kajian Tindakan 306


4.7.4 Pengetahuan tentang Inovasi Sedia ada 307
4.7.5 Kemahiran Mereka bentuk Inovasi 308
4.7.6 Pengalaman 309
4.7.7 Minat dan Kekuatan Diri 311
4.7.8 Kemahiran Kreatif 312
4.7.9 Pengetahuan tentang Pelajar 312
4.7.10 Kemahiran Komunikasi 314
4.7.11 Kemahiran Kolaborasi 314
4.7.12 Pengetahuan Format Peperiksaan 320
4.8 Kesimpulan 321

BAB V RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan 323


5.2 Ringkasan Kajian 323
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 326

5.3.1 Konsep Inovasi 326


5.3.2 Karakter Guru Inovatif Pendidikan Islam 331
5.3.3 Motivasi GIPI Menghasilkan Inovasi 335
5.3.4 Kekangan GIPI Menghasilkan Inovasi 338
5.3.5 Pengetahuan yang digunakan GIPI ketika
Menghasilkan Inovasi 339
5.4 Implikasi dan Cadangan 342

5.4.1 Implikasi terhadap teori dan model 342


5.4.2 Implikasi terhadap Guru Pendidikan Islam 344
5.4.3 Implikasi terhadap Pentadbir Pendidikan 345
5.4.4 Implikasi terhadap Panel Pemilih Guru dan
Penyedia Latihan Keguruan 346
5.4.5 Implikasi terhadap Penganjur Pertandingan Guru
Inovatif 346
5.5 Sumbangan Kajian 349

5.5.1 Membentuk Definisi Inovasi Pengajaran 349


5.5.2 Model Langkah Penghasilan Inovasi Pengajaran 350
5.5.3 Konsep Keseimbangan dalam Karakter Guru
Inovatif Pendidikan Islam 351
5.5.4 Pengetahuan dalam Penghasilan Inovasi
Pengajaran 352
5.5.5 Model Guru Inovatif Pendidikan Islam 353
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 354
xi

5.7 Kesimpulan 355

RUJUKAN 357

LAMPIRAN

Lampiran A Surat Kelulusan Menjalankan Kajian oleh Bahagian


Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM 395
Lampiran B Contoh Surat Kelulusan Menjalankan Kajian oleh
Jabatan Pendidikan Negeri 396
Lampiran C Contoh Surat Memohon Kebenaran Menjalankan
Kajian kepada Pihak Sekolah 397
Lampiran D Contoh Surat Lantikan Pakar sebagai Penyemak dan
Pengesah Protokol Temu Bual 398
Lampiran E Contoh Semakan Pakar terhadap Protokol Temu Bual
yang Dibina 399
Lampiran F Contoh Transkrib Temu Bual 400
Lampiran G Contoh Nota Lapangan 401
Lampiran H Sebahagian Dokumen yang Dianalisis 402
Lampiran I Contoh Pengesahan Temu Bual oleh Peserta Kajian 403
Lampiran J Proses Analisis Menggunakan Perisian Nvivo 12 Plus 404
Lampiran K Contoh Surat Lantikan Pakar sebagai Penyemak dan 405
Pengesah Tema Kappa
Lampiran L Contoh Penilaian Tema oleh Pakar 406
xii

JADUAL TRANSLITERASI

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi


’ sa’ala
b badala
t tamr
th thawrah
j jamal
h hadith
kh khalid
d diwan
dh madhhab
r rahman
z zamzam
s sarab
sh shams
s sabr
d damir
t tahir
z zuhr
c c
abd
gh ghayb
f fiqh
q qadi
k ka’s
l laban
m mizmar
n nawm
h habata
w wasala
y yasar
xiii

Vokal

Vokal Pendek
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi
َ a facala
َ i hasiba
َ u kutiba

Vokal Panjang
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi
a katib, qada
i karim
u huruf

Diftong
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi
aw qawl
ay sayf
iyy/i rajciyy / rajci
c
uww/u aduww / cadu

Pengecualian
1. Huruf Arab ‫( ء‬hamzah) pada awal perkataan ditransliterasikan kepada ‘a’ bukan
kepada ‘a. Contoh: , transliterasi: akbar bukan ‘akbar.
2. Huruf Arab (tā’ marbutah) pada perkataan tanpa (al) yang bersambung

dengan perkataan lain ditransliterasikan kepada ‘t’. Contohnya ,


transliterasi: wizarat al-taclim, bukannya wizarah al-taclim. Tetapi sekiranya
terdapat pada perkataan yang ada (al) atau pada perkataan tunggal atau pada
perkataan terakhir, tā’ marbutah ditransliterasikan kepada h.
Contoh Transliterasi
1. al-Maktabah al-Ahliyyah

2. Qalcah

3. Dar Wahbah

4. Maktabat al-Macarif
xiv

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

Jadual 1.1 Tahap Operasi Kognitif Mencipta 4


Jadual 2.1 Perbezaan antara kreatif dan inovasi 24
Jadual 2.2 Teori Pembelajaran Barat 28
Jadual 2.3 Jenis inovasi 30
Jadual 2.4 Perbezaan antara first-order change dan second-order 30
change
Jadual 2.5 Peranan dan Kriteria Guru 31
Jadual 2.6 Ciri inovator 44
Jadual 2.7 Perbezaan karakter antara inovator dan adaptor 45
Jadual 2.8 Maksud 4c 46
Jadual 2.9 Pembahagian Sikap Kreatif 47
Jadual 2.10 Penerangan mengenai teori Barat berkenaan dengan 58
karakter
Jadual 2.11 Karakter inovator 62
Jadual 2.12 Perbezaan karakter antara inovator dan adaptor 62
Jadual 2.13 Karakter GPI menurut konsep lima mim 67
Jadual 2.14 Laluan kerjaya guru inovatif 81
Jadual 2.15 Peranan, gred dan tanggungjawab guru inovatif 82
Jadual 2.16 Konsep dan definisi PLC 96
Jadual 3.1 Nama samaran dan kod peserta kajian 110
Jadual 3.2 Susunan kod 111
Jadual 3.3 Dokumen yang dianalisis daripada setiap peserta kajian 116
Jadual 3.4 Perincian kelulusan kajian di peringkat JPN 118
Jadual 3.5 Tarikh temu bual secara rasmi dijalankan dengan peserta 120
kajian
Jadual 3.6 Tarikh dan medium temu bual untuk tujuan triangulasi 121
data
Jadual 3.7 Demografi pakar semakan protokol temu bual 122
Jadual 3.8 Interpretasi nilai kappa 129
xv

Jadual 3.9 Demografi interator 130


Jadual 3.10 Nilai persetujuan interator 130
Jadual 3.11 Nilai Cohen Kappa antara dua interator 130
Jadual 4.1 Latar belakang peserta kajian 133
Jadual 4.2 Adaptasi Inovasi Pengajaran 142
Jadual 4.3 Bentuk inovasi yang dihasilkan oleh peserta kajian 145
Jadual 4.4 Inovasi permainan yang dihasilkan oleh peserta kajian 145
Jadual 4.5 Kod QR dalam inovasi peserta kajian beserta kegunaannya 150
Jadual 4.6 Tema yang terbentuk bawah persoalan kajian pertama 210
Jadual 4.7 Tema yang terbentuk bawah persoalan kajian kedua 257
Jadual 4.8 Tema yang terbentuk bawah persoalan kajian ketiga 278
Jadual 4.9 Tema yang terbentuk bawah persoalan kajian keempat 303
Jadual 4.10 Pembahagian inovasi berdasarkan konten pengajaran 304
Jadual 4.11 Tema yang terbentuk bawah persoalan kajian kelima 321
Jadual 4.12 Keseluruhan tema dan subtema yang terbentuk bagi 321
keseluruhan kajian
Jadual 5.1 Keseimbangan Karakter Guru Inovatif Pendidikan Islam 332
Jadual 5.2 Perbezaan Dua Tahap Pertandingan Guru Inovatif 348
xvi

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah Halaman

Rajah 1.1 Kerangka konsep kajian 15


Rajah 2.1 Elemen inovasi 25
Rajah 2.2 Model SGM 39
Rajah 2.3 Model SGM 2.0 40
Rajah 2.4 Konsep Allah sebagai Inovator 41
Rajah 2.5 Kaitan antara daya cipta Allah dengan inovasi ketuhanan 41
Rajah 2.6 Model BBM nabawi 43
Rajah 2.7 Konsep 4c 45
Rajah 2.8 Model CAT 47
Rajah 2.9 Pemikiran dalam kotak 49
Rajah 2.10 Imaginasi luar kotak 49
Rajah 2.11 Hubungan antara pemikiran dalam kotak dan luar kotak
yang menghasilkan pemikiran kotak baru 50
Rajah 2.12 Teori Tindakan Kreatif Individu 51
Rajah 2.13 Model inovasi organisasi 53
Rajah 2.14 Kerangka Amalan Guru Inovatif BA SR 54
Rajah 2.15 Konsep akhlak Islam 59
Rajah 2.16 Model Inovasi Pendidikan 85
Rajah 2.17 Teori tindakan kreatif dalam pelbagai lapisan sosial 86
Rajah 2.18 Model pelaksanaan PPK pengajaran Akidah GCPI 92
Rajah 2.19 Model kepercayaan guru terhadap inovasi 98
Rajah 3.1 Stemmata pencarian peserta kajian 109
Rajah 3.2 Kaedah pengumpulan data temu bual 114
Rajah 3.3 Paparan Pengekodan dalam Nvivo 12 Plus 125
Rajah 3.4 Kesahan dan kebolehpercayaan data 131
Rajah 4.1 Adaptasi produk dalam bidang lain ke dalam bidang 142
pendidikan
Rajah 4.2 Kombinasi pelbagai ciri 144
Rajah 4.3 Penggunaan telefon untuk imbas kod AR 151
xvii

Rajah 4.4 Inovasi Kembara Tanah Suci 154


Rajah 4.5 Inovasi berbentuk peta minda yang bersifat aliran bebas 156
Rajah 4.6 Inovasi berbentuk nota kecil 158
Rajah 4.7 Inovasi berbentuk nota zikzak memuatkan formula 158
Rajah 4.8 Inovasi Masbuk Muwafiq 160
Rajah 4.9 Model 3D yang muncul selepas Hajj Pop-up Tour dibuka 161
Rajah 4.10 Formula Dam LRT 164
Rajah 4.11 Pembahagian tujuan inovasi 177
Rajah 4.12 Susun atur Hajj Pop-up Tour yang seimbang 309
Rajah 5.1 Pengetahuan Penghasilan Inovasi Pengajaran 341
Rajah 5.2 Tambahan al-Mubdiᶜ dalam Konsep Lima Mim 342
Rajah 5.3 Gabung jalin motivasi mengajar dan motivasi inovasi 343
Rajah 5.4 Pengubahsuaian terhadap pengetahuan yang boleh 344
digunakan untuk menghasilkan inovasi pengajaran
Rajah 5.5 Langkah penghasilan inovasi 351
Rajah 5.6 Konsep keseimbangan karakter guru inovatif pendidikan 352
Islam
Rajah 5.7 Sumbangan Kajian terhadap Pengetahuan Penghasilan 352
Inovasi Pengajaran
Rajah 5.8 Model Guru Inovatif Pendidikan Islam 353
xviii

SENARAI SINGKATAN

AJK Ahli Jawatankuasa


AR Augmented Reality
BBM Bahan Bantu Mengajar
BPI Bahagian Pendidikan Islam
BPK Bahagian Pembangunan Kurikulum
EMK Elemen Merentas Kurikulum
FPI Falsafah Pendidikan Islam
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FPN Falsafah Pendidikan Negara
GC Guru Cemerlang
GCPI Guru Cemerlang Pendidikan Islam
GIPI Guru Inovatif Pendidikan Islam
GKMP Guru Kanan Mata Pelajaran
GPI Guru Pendidikan Islam
GPK Guru Penolong Kanan
ICT Information, Communication and Technology
IPG Institut Pendidikan Guru
JAIS Jabatan Agama Islam Selangor
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
JU Jurulatih Utama
KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
KSSM Kurikulum Standard Sekolah Menengah
KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah
MGM Model Guru Malaysia
OECD Organization for Economic Co-operation and Development
PAFA Penilaian Asas Fardhu Ain
PdP Pengajaran dan Pembelajaran
PI Pendidikan Islam
PLC Profesional Learning Community
PPB Program Pembangunan Berterusan
xix

PPD Pejabat Pendidikan Daerah


PPPB Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
QR Quick Response
R&D Research and Development
s.a.w. ṣallahu ’alaihi wasallam
SWT subḥānahu wata’āla
SK Sekolah Kebangsaan
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SPI Sektor Pendidikan Islam
SPL Sistem Pengurusan Latihan
UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
VR Virtual Reality
YIM Yayasan Inovasi Malaysia
1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Era Revolusi Industri 4.0 menuntut manusia untuk bergerak laju ke hadapan, mencipta
pelbagai jenis inovasi bagi menyelesaikan masalah yang biasa dihadapi dalam
kehidupan. Hal ini kerana inovasi adalah asas penting terhadap pembinaan sesuatu
tamadun (Ezad Azraai Jamsari et al. 2013). Oleh kerana itu, inovasi turut ditekankan
dalam pendidikan. Tanpa pendidikan inovasi, negara akan mengalami krisis ekonomi,
politik, korupsi dan kehilangan pelaburan seperti yang berlaku di Rio de Janeiro (de
Jesus et al. 2019). Justeru, dunia pendidikan masa kini menuntut para guru untuk turut
sama aktif dalam aktiviti berinovasi. Kemajuan inovasi pendidikan dipacu oleh
kemudahan pencarian sumber pembelajaran, lebih banyak pilihan teknologi ICT yang
boleh digunakan dan peningkatan peranan media dan multimedia dalam aktiviti
pembelajaran (Basinun et al. 2020). Isunya, laporan Kementerian Pendidikan
Malaysia (2018) menunjukkan bahawa peratus pensyarah Institut Pendidikan Guru
(IPG) menjalankan penyelidikan dan inovasi sangat kecil (0.3%). Hal ini kerana status
Malaysia sebagai sebuah negara inovatif berada pada tahap rendah disebabkan oleh
penyelidikan di peringkat pendidikan tinggi yang belum mencapai kualiti pencapaian
penyelidikan dan pembangunan (R&D) berbanding negara OECD yang lain (OECD
2011).

Berfokus kepada latihan perguruan, guru tidak sepatutnya hanya diajar dengan
teori dan latar belakang pengajaran, sebaliknya perlu juga diajar untuk menghasilkan
inovasi pengajaran (Maimun Aqsha Lubis 2015). Rangsangan menghasilkan guru
inovatif selaras dengan laporan World Economic Forum yang menyatakan bahawa
2

inovasi adalah kemahiran yang paling diperlukan dalam dunia pekerjaan pada 2018 dan
dijangka akan terus menjadi trend yang paling diperlukan pada 2022 (Centre for the
New Economy and Society 2018). Pemikiran kreatif dan kritis turut termasuk dalam 10
kemahiran yang diperlukan pada 2018 dan akan terus diperlukan pada 2022. Laporan
ini menunjukkan kreativiti dan inovasi dilihat sebagai faktor yang paling penting bagi
memastikan sesuatu organisasi itu kekal mampu bersaing (McKay & Kaufman 2019).
World Economic Forum (2016) pula mengkategorikan pemikiran kreatif sebagai salah
satu daripada kebolehan kognitif, manakala pemikiran kritis dalam kemahiran proses.
Walaupun peranan guru dimasukkan sebagai sebahagian daripada kerjaya yang stabil,
namun peranan innovation professionals adalah sebahagian daripada peranan baru (new
roles) yang diperlukan dalam dunia kerjaya pada masa hadapan (Centre for the New
Economy and Society 2018). Hal ini selaras dengan keperluan guru untuk menjadi
pengkaji bagi meningkatkan kualiti pengajaran mereka serta menghasilkan inovasi
pengajaran (Supramaniam et al. 2020). Oleh itu, menjadi satu cabaran bagi guru untuk
meningkatkan kemampuan diri mereka dengan budaya inovasi agar dapat kekal relevan
dalam dunia pendidikan semasa.

1.2 LATAR BELAKANG

Selaras dengan perkembangan kerjaya masa depan, Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM) telah mengorak langkah dengan menggalakkan guru-guru untuk turut sama
dalam aktiviti inovasi. Maka, antara standard yang ditetapkan dalam Model Guru
Malaysia (MGM) adalah amalan nilai profesionalisme keguruan yang menekankan nilai
kreatif dan inovatif dalam domain profesion (Kementerian Pendidikan Malaysia 2009).
Domain kreativiti dan inovasi turut ditonjolkan sebagai salah satu domain yang dinilai
untuk laluan kerjaya guru bagi semua laluan kerjaya, sama ada laluan Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP), laluan kepimpinan, atau laluan kepakaran pendidikan
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2016a). Selain itu, guru turut perlu menjalani proses
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) secara formal atau tidak formal agar
pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai professional dapat ditingkatkan
secara berterusan (Kementerian Pendidikan Malaysia 2016b). Antara aktiviti yang
dicadangkan dalam PPB adalah inovasi.
3

Pendidikan adalah alat untuk inovasi (Halstead 2004). Sokongan guru dan
pengajaran inovatif dapat membentuk persekitaran yang menyokong kepada inovasi
pelajar (Amabile et al. 1994). Pengajaran inovatif itu akan menjadi model kepada
pelajar untuk membentuk karakter inovatif mereka sendiri (Cankar et al. 2013). Oleh
kerana itu, hanya guru inovatif dapat melahirkan pelajar inovatif (Hafenstein et al. 2009;
Mohd Nasri Abdullah & Kamarul Azmi Jasmi 2014; Mohd Yusoff Dagang 2016; A.-
G. Tan & Goh 2007) dengan menjadi mentor (Faszly Rahim et al. 2014) dan
merangsang mereka untuk turut sama menghasilkan inovasi (Mohd Zailani Ismail &
Mohamad Khairi Othman 2017; Tengku Nor Husna Tengku Jamil et al. 2019). Jenis
pengajaran ini dinamakan pemupukan kreativiti dan inovasi (Hashimah Md Yusoff et
al. 2018). Maka, dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2012a) memerlukan guru untuk bersikap inovatif
terlebih dahulu. Penekanan kepada kepentingan setiap pelajar mempunyai kemahiran
berfikir kreatif dan inovatif adalah selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia 2012b) dan ditekankan oleh Perdana
Menteri Malaysia (Abu Bakar Nordin 2013).

Selaras dengan perkembangan semasa, elemen kreativiti dan inovasi diterapkan


sejak dari sekolah rendah lagi, melalui pengubalan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang mana elemen tersebut tiada dalam kurikulum terdahulu
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2012b) dan disambung ke peringkat sekolah
menengah melalui penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2016c). Sebagai tambahan, i-Think turut
diperkenalkan untuk merangsang daya fikir inovatif pelajar (Norma Yaakub et al.
2018).

Justeru, dimuatkan objektif pembangunan kreativiti dan inovasi dalam


kurikulum persekolahan adalah bagi membolehkan pelajar; 1) mempunyai ketrampilan
diri dan personaliti individu kreatif, 2) menguasai kemahiran dalam proses kreatif, 3)
menghasilkan idea kreatif dan inovatif, 4) mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
secara kritis dan kreatif, dan 5) menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan
mengurus kehidupan harian secara kreatif dan inovatif (Kementerian Pendidikan
4

Malaysia 2011). Buku panduan khusus mengenai kreativiti dan inovasi sebagai Elemen
Merentas Kurikulum (EMK) turut diedarkan kepada guru (Kementerian Pendidikan
Malaysia 2012c). Kurikulum standard sekolah menengah (KSSM) turut dirangka
berasaskan enam tunjang dan disepadukan bagi membangunkan modal insan yang
seimbang, yang mempunyai pemikiran kritis, kreatif dan inovatif (Bahagian
Pembangunan Kurikulum 2018).

Tambahan lagi, guru perlu menterjemahkan PdP bagi merangsang Kemahiran


Berfikir Aras Tinggi (KBAT), yang mana tahap pemikiran tertinggi adalah aras
mencipta, iaitu menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif
(Bahagian Pembangunan Kurikulum 2014, 2018). Berikut adalah maksud mencipta
berdasarkan tahap operasi kognitif (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2014):

Jadual 1.1 Tahap Operasi Kognitif Mencipta

Tahap Penerangan
Tahap 1 Menghasilkan produk dengan bimbingan
Tahap 2 Menambah baik produk yang sedia ada dengan bimbingan
Tahap 3 Menambah baik produk yang sedia ada tanpa bimbingan
Tahap 4 Mengubah suai produk sedia ada
Tahap 5 Menghasilkan produk yang baharu dan asli

Selain itu, elemen kreativiti dan inovasi adalah antara EMK yang perlu
diterapkan sebagai persediaan pelajar bagi menghadapi cabaran semasa dan masa
hadapan (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2018). Melalui EMK, inovasi
dimaksudkan sebagai pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan
mempraktikkan idea. Kemahiran berfikir kreatif dan inovatif turut dimasukkan sebagai
sebahagian daripada kemahiran abad ke-21 (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2014).
Ringkasnya, KPM telah menggariskan pelbagai usaha untuk merangsang aktiviti
berinovasi dalam kalangan guru. Hal ini penting, terutama dalam usaha melahirkan
pelajar yang kreatif dan inovatif. Bagi memastikan matlamat ini berjaya, guru perlu
menjadi contoh tauladan bagi pelajar. Dalam kata erti lain, apabila guru berinovasi,
maka pelajar akan turut sama berinovasi.

Isu ini turut terkait dengan karakter. Menyedari bahawa hanya seseorang yang
mempunyai karakter guru sahaja layak dipilih sebagai guru, maka pemilihan calon guru
juga perlu melalui Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Antara set yang dimasukkan
5

dalam UKCG adalah Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK). Berfokus kepada
karakter guru inovatif, terdapat banyak kajian dijalankan mengenai set karakter yang
perlu dimiliki oleh individu kreatif dan inovatif (Nazeri Mohammad 2014) seperti
kajian Thurlings et al. (2015) dan Kim (2017a). Namun, banyak juga kajian yang
menunjukkan set karakter tersebut bersifat negatif (Kapoor & Kaufman 2022). Oleh itu,
kajian ini dijalankan untuk menetapkan set karakter guru inovatif yang sesuai dalam
kerangka akhlak Islam.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Terdapat empat isu yang ingin diketengahkan dalam kajian ini. Pertama, dari aspek
kefahaman. Konsep sebenar inovasi tidak jelas dan sentiasa menjadi perdebatan dalam
kalangan sarjana (Dayang Rafidah Syariff M. Fuad, Khalip Musa & Hamidah Yusof
2020; Nur Fadiah Mohd Zawawi et al. 2016). Hal ini kerana konsep inovasi difahami
dengan pelbagai maksud (Kristiawan et al. 2018; Rogers 1983; Thurlings et al. 2015).
Contohnya, Loogma et al. (2012) menekankan ICT sebagai inovasi, lalu memberi fokus
kepada pembelajaran maya. Namun, kefahaman ini kontradik dengan pandangan
Leinonen (2004) yang menolak ICT sebagai inovasi dengan mengatakan bahawa ICT
hanya salah satu alat pengajaran sepertimana alat-alat yang lain. Thurlings et al. (2015)
pula mengambil jalan tengah dengan mengiktiraf ICT sebagai sebahagian daripada
inovasi, namun ia tidak semestinya inovasi. Oleh itu, bergantung kepada idea dan
produk yang dihasilkan, mungkin boleh diiktiraf sebagai inovasi dan mungkin tidak.
Selain itu, isu mengenai maksud ‘baru’ dalam inovasi juga sentiasa menjadi perdebatan
(Dayang Rafidah Syariff M. Fuad, Khalip Musa & Hamidah Yusof 2020; Johannessen
et al. 2001; Lednor 2019). Selain itu, tidak banyak kajian mengenai konsep inovasi
dikaitkan dengan ketuhanan (Jamal Badi 2014) dan Islam (Hashimah Md Yusoff 2019).
Menurut Mohd Yusoff Dagang (2016), kefahaman tentang inovasi penting sebagai
pemangkin awal kepada kepelbagaian penghasilan inovasi yang boleh dimanfaatkan
oleh guru terhadap pelajar di sekolah. Isu perbezaan kefahaman sarjana Barat mengenai
inovasi serta kekurangan konsep inovasi sedia ada dibahaskan dalam kerangka Islam
membuka ruang terhadap pengkajian tentang kefahaman Guru Inovatif Pendidikan
Islam (GIPI) mengenai konsep inovasi.
6

Kedua, dari aspek karakter. Terdapat 13 karakter inovator yang dirumuskan oleh
sarjana mengenai individu kreatif dan inovatif kontradik dengan karakter yang
digariskan khusus bagi Guru Pendidikan Islam (GPI) serta bertentangan dengan akhlak
Islam. Sebahagiannya dilihat negatif dan tidak sepatutnya ada pada seorang guru.
Keadaan ini bertentangan dengan sikap guru yang sepatutnya menonjolkan akhlak yang
baik dan terpuji serta dapat dicontohi oleh pelajarnya (Asy-Syalhub 2014). 13 karakter
inovator yang dilihat negatif itu, ialah; 1) suka main-main (Kim 2017b; Thurlings et al.
2015), 2) kelihatan tidak terurus (Isbell & Raines 2012), 3) tidak praktikal (Kirton
1976), 4) suka termenung dan tidak mempedulikan orang lain (Hasan Langgulung
1991), 5) suka mengasingkan diri dan tidak suka berkumpul dalam aktiviti tertentu
(Hasan Langgulung 1991), 6) tidak sensitif dengan orang (Kirton 1976), 7) dilihat kasar
(Kirton 1976), 8) sering mengancam perpaduan dan suka mewujudkan kekecohan
(Kirton 1976), 9) sering mengancam kerjasama (Kirton 1976), 10) dilihat seperti tidak
berdisiplin (Kirton 1976), 11) suka mencabar undang-undang (Dawson & Andriopoulos
2017; Hasan Langgulung 1991; Kirton 1976), 12) tidak mengambil kira pandangan
konsensus (Kirton 1976), dan 13) kurang hormat adat (Dawson & Andriopoulos 2017;
Hasan Langgulung 1991; Kirton 1976).

Antara contoh karakter yang kontradik dan bertentangan dengan akhlak Islam
adalah; 1) karakter suka main-main (Kim 2017b; Thurlings et al. 2015) bertentangan
dengan ciri guru murshid yang mempamerkan sikap tegas dan kepimpinan (Ab. Halim
Tamuri & Zarin Ismail 2006), 2) imej tidak terurus (Isbell & Raines 2012) bertentangan
dengan ciri guru sebagai mu’addib yang sentiasa berpakaian kemas dan sesuai, menjaga
maruah diri dan menampilkan perwatakan atau personaliti yang baik (Ab. Halim
Tamuri & Zarin Ismail 2006), dan 3) bersikap kasar dan suka mewujudkan kekecohan
(Kirton 1976) bertentangan dengan ciri guru mudarris yang memiliki kemahiran
interpersonal yang baik (Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail 2006). Isu ini membuka
ruang kepada kajian secara khusus terhadap karakter guru inovatif pendidikan Islam.
Kajian-kajian lepas mencadangkan agar kajian mengenai karakter guru inovatif
dijalankan secara khusus (Thurlings et al. 2015) agar karakter yang lebih sesuai bagi
seorang guru yang mengajar serta menghasilkan inovasi dapat dirungkai, kajian
daripada sudut pandang Barat dapat diperhalusi dan disesuaikan dengan kerangka Islam
7

(Mujammil Qamar 2002) serta disesuaikan dengan konteks tempatan (Chua Yan Piaw
2012).

Ketiga, dari aspek motivasi dan kekangan. Data SPLKPM menunjukkan hanya
0.93% guru terlibat dengan inovasi (Azhar Ahmad 2021). Angka ini rendah berbanding
teori yang menyebut 2.5% daripada populasi adalah inovator (Rogers 1983). Perbezaan
sebanyak 1.57% ini sangat signifikan sehingga menimbulkan fenomena yang menarik
untuk diterokai dari sudut motivasi yang menjadi pendorong kepada kelompok kecil ini
untuk berinovasi serta status kewujudan kekangan yang mereka hadapi sebagai guru.
Hal ini kerana kajian menunjukkan GPI lain tidak mampu berinovasi kerana wujud
kekangan sikap yang negatif (Mohd Faeez Ilias et al. 2013a), tidak gemarkan inovasi
dalam pengajaran (Nurul Asiah Fasehah Muhamad 2015), cepat berpuas hati dengan
apa-apa yang ada (Asmawati Suhid et al. 2016), kekangan masa, tenaga dan tumpuan
serta tiada peruntukan khusus untuk BBM (Kamarul Azmi Jasmi et al. 2011;
Mohammad Amir Wan Harun et al. 2015; Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus
Kassim 2017).

Selain itu, berfokus kepada motivasi dalam menghasilkan inovasi, para sarjana
sepakat mengatakan bahawa motivasi intrinsik lebih berkesan dalam mendorong
seseorang untuk bertindak (Amabile 1988). Hal ini mendorong ahli psikologi untuk
lebih banyak mengkaji motivasi intrinsik berbanding motivasi ekstrinsik (Amabile et
al. 1994). Walau bagaimanapun, para sarjana tetap menyenaraikan motivasi ekstrinsik
yang mampu merangsang daya inovatif individu (Amabile 1988; Herzberg 2003).
Kemudian, apabila dibuat perbandingan antara senarai motivasi inovasi (Amabile 1988;
Herzberg 2003) dan motivasi kecemerlangan GCPI (Kamarul Azmi Jasmi 2010a), ada
nilai agama pada motivasi intrinsik GCPI seperti amanah, pahala, balasan akhirat,
dakwah dan sebagainya yang tiada pada senarai motivasi inovasi. Oleh yang demikian,
isu ini memberi peluang kepada keperluan pengkajian secara khusus terhadap motivasi
yang mendorong GIPI dalam menghasilkan inovasi serta kekangan yang mereka hadapi
ketika menghasilkan inovasi.

Keempat, dari aspek pengetahuan. Kajian lepas menunjukkan bahawa GPI tidak
mampu menghasilkan inovasi kerana kekurangan pengetahuan (Mohd Faeez Ilias et al.
8

2016; Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri 2010), kemahiran (Mohd Faeez Ilias
et al. 2013b) dan kreativiti (Mohd Faeez Ilias et al. 2013a; Tengku Sarina Aini Tengku
Kasim et al. 2017). Bagi mempersiapkan GPI dari sudut pengetahuan, perlu ada satu
kajian khusus dijalankan untuk merungkai asas pengetahuan yang perlu ada bagi
mereka ketika berinovasi. Walaupun telah ada kajian yang merumuskan bentuk
pengetahuan yang dihasilkan ketika menghasilkan inovasi pengajaran (Thurlings et al.
2015), namun, tidak ditemui kajian secara khusus mengenai pengetahuan yang
diperlukan untuk menghasilkan inovasi dalam subjek Pendidikan Islam. Kelompongan
ini membuka ruang untuk meneroka pengetahuan dan kemahiran yang digunakan oleh
GIPI ketika menghasilkan inovasi dan bagaimana mereka mengatasi isu kekurangan
sesuatu pengetahuan tersebut.

Daripada isu-isu yang telah dinyatakan, terdapat tiga jurang kajian dapat dikenal
pasti. Pertama, dari sudut metodologi. Terdapat beberapa kajian dilakukan dalam
bentuk kuantitatif seperti seperti kajian Hashimah Md Yusoff (2019) mengenai
pemupukan kreativiti dalam pengajaran guru pendidikan Islam sekolah rendah dan
kajian Mohd Yusoff Dagang (2016) mengenai amalan kreativiti guru Pendidikan Islam
sekolah menengah di Johor. Terdapat juga kajian dijalankan dalam bentuk systematic
literature review (SLR) (Thurlings et al. 2015). Namun, kajian ini dijalankan secara
kualitatif terhadap guru pakar yang telah diiktiraf menghasilkan inovasi pengajaran.
Menurut Creswell (2013), kajian kualitatif dipilih kerana beberapa sebab, antaranya;
apabila penerokaan diperlukan untuk mengkaji satu kumpulan daripada populasi,
mengenal pasti pembolehubah yang sukar untuk diukur, keperluan kepada pemahaman
yang mendalam dan kompleks tentang sesuatu isu dan membina teori. Dalam kajian ini,
sasaran kajian terdiri daripada GIPI. Pemahaman mereka tentang inovasi, karakter
mereka dan motivasi mereka serta pengetahuan yang mereka gunakan ketika
menghasilkan inovasi perlu dikaji secara mendalam.

Kedua, dari sudut topik mengenai karakter, motivasi dan pengetahuan GPI.
Terdapat beberapa kajian telah dijalankan terhadap GPI, seperti kajian Kamarul Azmi
Jasmi (2010), Mohd Nasri Abdullah dan Kamarul Azmi Jasmi (2014) dan Ahmad
Firdaus Mohd Noor (2017). Sebaliknya, kajian ini difokuskan kepada GIPI. Ketiga, dari
sudut peserta kajian. Berfokus kepada bidang Pendidikan Islam, telah banyak kajian
9

yang dijalankan ke atas guru termasuklah kepada GPI seperti kajian mengenai Guru
Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) (Kamarul Azmi Jasmi 2010a; Noraini Omar 2015;
Nur Hanani Hussin 2015), kajian ke atas Guru Kritis Pendidikan Islam (Nursafra Mohd
Zhaffar 2017) dan kajian ke atas GPI dengan sifat tertentu seperti kajian ke atas GPI
yang mengajar di maahad tahfiz sains menggunakan kurikulum integrasi aliran tahfiz
sains serta menggunapakai Sistem Pendidikan Holistik dan Bersepadu (IHES) bawah
kelolaan JAIS (Zetty Nurzuliana Rashed 2016), namun kajian mengenai guru inovatif
hanya ditemui dibuat dalam opsyen bahasa Arab (Rozaini Tukimin 2021). Kurang
kajian mengenai GIPI ditemui setakat ini.

Berfokus kepada metodologi kualitatif pula, kajian Davis et al. (2010)


dijalankan terhadap guru pelatih, manakala kajian Azhari Mariani dan Zaleha Ismail
(2015) pula dijalankan terhadap terhadap pegawai KPM, dua pensyarah dan seorang
guru cemerlang Matematik. Kajian Harwati Hashim et al. (2019) pula dijalankan
terhadap pensyarah politeknik. Kajian terhadap guru inovatif opsyen pula hanya
ditemui dijalankan terhadap Guru Inovatif Bahasa Arab Sekolah Rendah (Rozaini
Tukimin 2021). Manakala kajian ini dijalankan terhadap GIPI Sekolah Menengah.

Di akhir kajian, Model Guru Inovatif Pendidikan Islam dijangka dapat


diilustrasikan untuk memberi gambaran mengenai GIPI di Malaysia. Ia dinamakan oleh
Miles dan Huberman (1994) sebagai ‘conclusion drawing’. Model ini diyakini dapat
memberi manfaat kepada guru pelatih, guru novis dan GPI yang lain untuk terus
berinovasi. Selain itu, sekolah, IPG dan KPM juga boleh mendapat manfaat dari sudut
penyediaan latihan, suasana dan dana kepada GPI untuk sentiasa bermotivasi untuk
berinovasi. Pembentukan Model Guru Inovatif Pendidikan Islam selaras dengan
saranan Adibah Sulaiman et al. (2015) agar lebih banyak kajian berkaitan model inovasi
Islam dibangunkan.

1.4 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini secara umumnya adalah untuk menerokai karakter GIPI dan pemahaman
mereka mengenai inovasi dalam Pendidikan Islam.
10

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:

1. Memahami kefahaman GIPI mengenai inovasi dalam Pendidikan Islam


2. Meneroka karakter GIPI.
3. Memahami motivasi yang mendorong GIPI menghasilkan inovasi.
4. Memahami kekangan yang menghalang GIPI berinovasi.
5. Meneroka pengetahuan GIPI ketika menghasilkan inovasi.

1.6 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan berikut:

1. Apakah kefahaman GIPI tentang inovasi dalam Pendidikan Islam?


2. Apakah karakter yang dimiliki oleh GIPI?
3. Apakah motivasi GIPI dalam menghasilkan inovasi?
4. Apakah kekangan yang dihadapi oleh GIPI ketika menghasilkan inovasi?
5. Apakah pengetahuan yang digunakan oleh GIPI untuk menghasilkan inovasi?

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meneroka GIPI. Oleh itu, kepentingan kajian ini dapat
dimanfaatkan oleh pelbagai pihak, seperti; Guru Pendidikan Islam (GPI), Bahagian
Pendidikan Islam (BPI), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan para penyelidik.

1.7.1 Guru Pendidikan Islam (GPI)

GPI adalah individu yang dijangka mendapat manfaat terbesar daripada kajian ini.
Sikap low-profile dan kurang motivasi tidak sepatutnya menjadi penghalang mereka
daripada menghasilkan inovasi (Kamarul Azmi Jasmi 2010). Contoh GIPI yang dikaji
daripada kajian ini diharap akan menjadi panduan dan role-model kepada mereka untuk
turut sama mengorak langkah dalam aktiviti penghasilan inovasi dalam Pendidikan
Islam (PI). Hal ini kerana kajian ini akan dijangka akan membongkar beberapa data
11

mengenai GIPI, terutamanya kefahaman, karakter, pengetahuan dan motivasi yang


dimiliki oleh GIPI serta kekangan yang dihadapi mereka dan cara mereka menghadapi
kekangan-kekangan tersebut. Dapatan mengenai kefahaman tentang konsep inovasi
oleh GIPI dapat membantu guru Pendidikan Islam (GPI) memahami bentuk inovasi
pengajaran dalam PI dengan lebih baik lagi. Dapatan mengenai karakter GIPI pula dapat
memberi bayangan mengenai sikap yang perlu ada pada seseorang guru inovatif.
Dapatan mengenai motivasi pula dapat membantu GPI mencari dorongan dan kekuatan
bagi merangsang mereka untuk berterusan menghasilkan inovasi. Dapatan mengenai
pengetahuan pula dapat menjadi panduan kepada mereka meningkatkan ilmu asas yang
diperlukan untuk menghasilkan inovasi. Latihan, kursus dan bengkel dapat mereka pilih
secara lebih berfokus dan berobjektif.

Apabila banyak inovasi dihasilkan oleh para guru Pendidikan Islam, maka akan
berlaku evolusi dalam inovasi pengajaran PI. Evolusi inovasi bermaksud
penambahbaikan secara kecil-kecilan yang dilakukan oleh ramai guru yang akan
memberikan kesan yang signifikan kepada kualiti pengajaran PI (Serdyukov 2017).
Usaha ini hanya dapat dicapai melalui kerjasama semua GPI, dan tidak mungkin dapat
dicapai oleh segelintir GPI sahaja.

1.7.2 Bahagian Pendidikan Islam (BPI)

Kajian ini dijangka dapat memberi panduan kepada BPI dalam memobilasi aktiviti
berinovasi dalam kalangan GPI. Ada satu unit bawah Institut Pembangunan Pendidikan
Islam di BPI, iaitu Unit Pengembangan dan Inovasi Pendidikan Islam di BPI
(Kementerian Pendidikan Malaysia n.d.). Kajian ini dijangka dapat dimanfaatkan oleh
unit tersebut secara khusus sebagai unit yang merancang, mengurus dan menilai aktiviti
penjanaan idea, penataran dan penyebarluasan dapatan kajian mengenai Pendidikan
Islam serta BPI secara umum. Melalui dapatan kajian ini, BPI dapat merangka untuk
menguruskan latihan semasa perkhidmatan dan peningkatan profesionalisme dalam
kalangan GPI. Pemberian latihan terutama berbentuk seminar, bengkel penghasilan
inovasi dan perkongsian pengalaman serta motivasi dapat diberikan kepada GPI agar
dapat turut sama menghasilkan inovasi.
12

Selain itu, melalui kajian ini juga, BPI dijangka mendapat panduan mengenai
proses sebar luas inovasi yang telah dilakukan oleh GIPI. Proses penyebar luasan
inovasi yang telah dihasilkan oleh GIPI, sama ada berbentuk dokumen atau buku agar
GPI lain dapat meniru inovasi tersebut, atau pun bahan itu sendiri dibesarkan
produksinya dan diagihkan kepada sekolah yang berkaitan, sama ada secara percuma
atau dengan bayaran. Inovasi yang disebar luaskan itu dapat dimanfaatkan oleh GPI lain
untuk memaksimakan kualiti pengajaran mereka serta membantu seluruh pelajar di
Malaysia untuk memahami dan menghayati isi pelajaran PI dan seterusnya menaikkan
imej eko-sistem Pendidikan Islam di Malaysia. Inovasi berbentuk bawah-ke-atas seperti
yang dihasilkan GIPI ini, jika tidak disebarluaskan, akan gagal memberikan kesan yang
besar (Serdyukov 2017). Proses atau prosedur itu dapat disusun oleh BPI melalui hasil
dapatan kajian ini.

Tambahan lagi, bantuan dari sudut dana dan fasiliti turut dapat disediakan oleh
BPI untuk membantu GPI yang perlukan bantuan dana untuk aktiviti penyelidikan dan
pembangunan inovasi mereka, terutamanya yang memberikan impak tinggi. Hal ini
selaras dengan saranan Ab. Halim Tamuri et al. (2012) agar guru diberikan dana untuk
mencipta inovasi pengajaran di samping kemudahan penerbitan dan penyelidikan
dengan mengambil kira bebanan guru dari segi pengurusan, pentadbiran serta
pengajaran dan pembelajaran. KPM pernah menyalurkan dana untuk inovasi dalam
Program Inovasi, Kecemerlangan dan Penyelidikan pada tahun 1993 (Sarimah Mokhtar
2017). Pemberian geran penyelidikan seperti yang diberikan kepada institusi pengajian
tinggi mungkin dapat merangsang aktiviti berinovasi dalam kalangan GPI. Hal ini
kerana GPI adalah individu pelaksana yang lebih tahu kehendak dan keperluan
pengajaran mereka. Dalam konteks kajian ini, GIPI adalah Pembina Dalaman, iaitu
inovator yang berada dalam sistem dan menghasilkan inovasi untuk tujuan Pendidikan
Islam (Serdyukov 2017). Maka hasil inovasi yang dibentuk adalah berbentuk praktikal
dan bukan teori semata-mata. Oleh yang demikian, tidak rugi bagi kerajaan, secara
khususnya BPI untuk memperuntukkan sedikit dana untuk pembangunan inovasi
mereka. Kajian ini dapat memberikan bayangan agihan dana kepada GPI yang
memerlukan untuk proses penghasilan inovasi mereka.
13

BPI juga dapat memberikan ganjaran berbentuk pengiktirafan kepada GPI yang
terlibat dengan aktiviti berinovasi. Motivasi berbentuk ekstrisik seperti ini penting bagi
membantu GPI tidak rasa terbeban dan berterusan rasa terdorong untuk meningkatkan
kualiti pengajaran. Kajian ini dijangka dapat merungkai motivasi yang didapati oleh
GIPI sehingga mendorong mereka untuk terus berinovasi. Hasil dapatan kajian ini dapat
memberikan panduan kepada BPI. Selain itu, iklim sekolah juga penting dalam
mempengaruhi GPI untuk terus berada dalam iklim yang positif dan kondusif serta
merangsang mereka untuk menjalankan tugas dengan prestasi dan komitmen tinggi
(Mohd Sharihan Mohamed Hussin & Roslan Ab Rahman 2019). Oleh itu, BPI dapat
memberi panduan kepada kepimpinan sekolah dan merangka dasar-dasar tertentu agar
dapat berterusan merangsang keinovatifan seseorang guru. Kajian ini dijangka dapat
memberi gambaran mengenai peranan yang dimainkan oleh pentadbir di peringkat
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan kepada GIPI. Hasil dapatan itu dapat
dimanfaatkan oleh BPI.

1.7.3 Institut Pendidikan Guru (IPG)

IPG sebagai institut yang melahirkan bakal guru perlu sentiasa bersedia dengan
perkembangan kurikulum dan latihan yang selaras dengan perkembangan dunia
pendidikan semasa. Kajian ini dapat memberi manfaat kepada IPG dari sudut
penyusunan kurikulum latihan kepada bakal guru agar dapat mempersediakan guru dari
sudut cabaran untuk kekal berinovasi ketika di alam pekerjaan. Persediaan dengan pakej
yang lengkap yang ada pada guru, selain meningkatkan kualiti guru, ia akan turut
memberi kesan kepada peningkatan kualiti pengajaran mereka ketika berada di dunia
pendidikan yang sebenar. Bagi graduan pendidikan, yang mencari ruang untuk
menceburi kerjaya sebagai guru sebenar dalam dunia pasaran terbuka pada hari ini,
sudah tentu kualiti terbaik yang ada padanya akan membuka ruang yang lebih besar
baginya untuk terpilih sebagai pendidik.

1.7.4 Para penyelidik

Tidak banyak kajian yang berkaitan dengan inovasi dalam Pendidikan Islam ditemui
setakat ini. Maka kajian ini dapat dimanfaatkan oleh para penyelidik untuk
14

dikembangkan kepada banyak lagi bidang inovasi dalam Pendidikan Islam seperti
kajian mengenai persediaan GPI untuk menghasilkan inovasi, persepsi GPI tentang
inovasi dalam pendidikan, persepsi pelajar terhadap inovasi yang telah dihasilkan,
keberkesanan inovasi tertentu dan seumpamanya.

1.8 KERANGKA KONSEP

Kerangka konsep menerangkan perkara utama yang akan dikaji dan jangkaan hubungan
antara perkara tersebut (Miles & Huberman 1994). Menurut Merriam (2009), kerangka
konsep dalam kajian kualitatif dibina secara induktif dan bukannya untuk menguji
konsep, hipotesis ataupun teori sedia ada. Oleh yang demikian, kerangka konsep dalam
kajian kualitatif boleh dibina daripada empat sumber, iaitu; pengalaman pengkaji, teori
dan kajian sedia ada, kajian pralapangan dan eksperimen (Maxwell 2008). Dalam kajian
ini, kerangka konsep dibina berdasarkan kajian pralapangan dan teori serta kajian sedia
ada. Oleh kerana kajian ini difokuskan kepada guru pendidikan Islam, maka kerangka
asas kajian ini adalah kefahaman (Mohd Yusoff Dagang 2016), karakter, ilmu, motivasi
dan kemahiran (Kamarul Azmi Jasmi 2010a; Mohd Nasri Abdullah 2017). Namun, ilmu
dan kemahiran dalam kajian ini diletakkan di bawah satu konstruk, iaitu; pengetahuan
(Shulman 1987). Kefahaman mengenai inovasi adalah asas penting yang membentuk
konsep dalam minda mengenai apa itu inovasi. Inovasi dalam Islam menepati maksud
al-’ibdāᶜ yang bermaksud gabung jalin antara dua atau tiga perkara sehingga
membentuk sesuatu yang baru (Ibn Khaldun 2001). Tidak ada sesuatu yang betul-betul
baru yang mampu dihasilkan oleh manusia melainkan manusia hanya mampu mengolah
dan mereka bentuk semula sesuatu sehingga menjadi sesuatu yang berbeza (Al-Qurtubi
1964).

Dari sudut karakter, pengkaji berpegang kepada konsep akhlak dalam Islam
yang menekankan kepada elemen keseimbangan (Al-Jauziyyah 2008). Oleh hal yang
demikian, konsep lima mim (Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail 2006) menjadi
pengimbang kepada karakter inovator yang sebahagiannya bercanggah dengan akhlak
Islam. Dari sudut motivasi pula, pengkaji berpegang kepada hadis Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud, “sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada
manusia yang lain.” (At-Tabrani n.d.) serta galakan Rasulullah terhadap idea inovasi
15

sehingga baginda mengangkat martabat Salman al-Farisi daripada seorang yang


bergelar aᶜajam kepada ahlul bayt (Al-Qurtubi 1964). Selain itu, seruan Allah dalam
ayat 125 surah an-Naḥl yang membawa maksud kepada galakan mempelbagaikan
kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap pelajar. Dapatan kajian pralapangan
mendapati faktor individu semata-mata tidak mampu mendorong GIPI berinovasi,
sebaliknya pentadbir memainkan peranan sebagai pencetus atau permulaan kepada kegiatan
berinovasi GIPI. Hal ini selaras dengan pandangan Thurlings et al. (2015) dan Serdyukov
(2017) yang menekankan organisasi sebagai faktor penting dalam merangsang daya
inovatif guru.

Dari sudut pengetahuan pula, konsep kepelbagaian pengetahuan perlu ada


sebagai persediaan untuk menghasilkan inovasi ditekankan oleh Ibn Khaldun (2001).
Hal ini selaras dengan pandangan Amabile (1988) yang menekankan kepada dua jenis
kemahiran, iaitu kemahiran berkaitan dengan domain dan kemahiran kreatif untuk
membolehkan seseorang berinovasi. Kim (2017) pula menekankan kepada kemahiran
berfikir kreatif dan kritis. Lebih bersesuaian dengan kajian ini, Thurlings et al. (2015)
menggariskan tiga jenis kemahiran yang perlu ada bagi seseorang guru untuk berinovasi,
iaitu; kemahiran penyelesaian masalah, pengetahuan kandungan pedagogi dan kemahiran
yang berkaitan dengan inovasi yang ingin dihasilkan. Gabungan keseluruhan skop ini,
membentuk kerangka konsep Model Guru Inovatif Pendidikan Islam:

Karakter
Motivasi

Konsep keseimbangan
Dorongan agama
dalam akhlak Islam
Dalaman dan luaran
Konsep 5 mim

Kefahaman tentang
inovasi Pengetahuan

Konsep al-’ibdāᶜ Pelbagai jenis


pengetahuan
Konsep gabung jalin Guru Inovatif
Pendidikan Islam

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian


16

1.9 BATASAN KAJIAN

Sawyer (2006) menyatakan bahawa kajian mengenai kreativiti dan inovasi seringkali
berfokus kepada tiga sudut, iaitu; 1) sudut individu, 2) sudut kognitif, dan 3) sudut
sosial. Kajian ini difokuskan kepada sudut pertama, iaitu sudut individu. Walau
bagaimanapun, sudut pemikiran dan sudut sosial turut dikaji sebagai faktor
penyumbang kepada aktiviti berinovasi dalam kalangan guru. Hal ini sama seperti yang
dicadangkan oleh Keith Sawyer agar kajian dibuat terhadap ketiga-tiga sudut. Namun
batasan terhadap sudut kognitif dan sudut sosial tetap ada kerana kedua-dua sudut
tersebut bukanlah fokus utama kajian ini. Dari sudut jenis kajian, kajian ini dijalankan
dalam bentuk kajian kes secara kualitatif. Oleh itu batasan kajian ini melibatkan
beberapa aspek seperti skop kajian pemilihan peserta, lokasi kajian dan generalisasi
kajian. Dari sudut lokasi kajian terhad hanya kepada peserta kajian yang berada di
sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.

Dari sudut pemilihan peserta, kajian ini mengkaji GIPI yang telah diiktiraf
dengan memenangi pertandingan inovasi. Kajian tidak dijalankan terhadap GPI yang
inovatif, namun tidak menyertai pertandingan, atau menyertai pertandingan namun
kalah kepada peserta lain yang lebih berinovatif. Selain itu, kajian ini memberi fokus
kepada karakter yang berkaitan dengan budaya inovasi dalam kalangan GIPI. Maka
karakter yang tidak berkaitan tidak akan diterokai. Kaedah snowball digunakan untuk
menambah peserta kajian menyebabkan ada kemungkinan GIPI yang lebih layak dikaji
tidak termasuk dalam kajian ini ekoran tiada hubungan dan tidak dikenali. Kajian ini
turut tertakluk kepada inovasi yang dihasilkan oleh peserta kajian tanpa mengkaji
inovasi lain. Bentuk inovasi juga terikat dengan hasil sedia ada dan dalam perancangan
GIPI. Oleh kerana kajian ini adalah berkenaan dengan pembelajaran dan pengajaran,
maka limit inovasi juga dihadkan kepada inovasi berasaskan pengajaran, sama ada
berbentuk bahan bantu mengajar (BBM), kaedah pengajaran atau pun strategi. Inovasi
dalam bidang lain seperti inovasi pengurusan tidak termasuk dalam kajian ini. Dari
sudut lokasi kajian pula, turut bergantung kepada lokasi tempat bertugas peserta kajian,
tanpa membezakan antara luar bandar dan dalam bandar. Begitu juga dengan jantina
peserta kajian.
17

Dari sudut metodologi kajian, keizinan oleh Bahagian Perancangan dan


Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) turut membataskan beberapa perkara,
antaranya pemerhatian tidak dibenarkan dilakukan. Keterbatasan ini disusuli dengan
ingatan oleh JPN dan pentadbir sekolah mengenai larangan tersebut. Maka tiada
pemerhatian dilakukan melainkan secara tidak langsung. Kajian ini juga terbatas dari
sudut generalisasi dapatan akhir. Hal ini kerana kajian ini adalah untuk memahami
secara mendalam fenomena aktiviti berinovasi oleh GIPI. Jumlah GIPI yang dikaji
sangat terhad. Namun, pengkaji menghuraikan ciri-ciri tertentu yang ada pada peserta
kajian yang terlibat dan akan melaporkan dapatan secara terperinci. Oleh yang
demikian, bergantung kepada pengkaji seterusnya untuk membuat pertimbangan bagi
menyesuaikan dapatan kajian ini dalam konteks yang berbeza.

1.10 DEFINISI ISTILAH

Berikut adalah huraian terhadap beberapa terminologi yang terlibat dengan kajian ini:

1.10.1 Inovasi Pengajaran

Inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan
lain-lain yang baru, manakala pengajaran pula bermaksud perihal mengajar, segala
sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang
dipentingkan, dan lain-lain) (Kamus Dewan Edisi Keempat 2016). Inovasi pengajaran
pula merujuk kepada pendekatan metodologi baru, alat bantu mengajar yang baru,
teknik pengajaran, proses pembelajaran atau struktur pengajaran yang menambah baik
proses PdP serta memberi kesan secara tidak langsung kepada pembelajaran pelajar
(Serdyukov 2017).

1.10.2 Karakter

Karakter bermaksud sifat (ciri) perwatakan yang membezakan seseorang daripada yang
lain (Kamus Dewan Edisi Keempat 2016). Menurut Anderson (1989), guru yang
berkesan memiliki karakter yang bernilai sejak daripada dulu, iaitu; 1) mereka faham
konten subjek yang mereka ajar, 2) mereka mengambil berat mengenai pelajar mereka
dan melayan mereka dengan respek, dan 3) mereka mampu melakukan keputusan yang
18

bijak dan berhemah. Sifat (trait) menggambarkan sikap sebenar seseorang, manakala
tingkah laku (behavior) menggambarkan apa-apa yang dilakukan oleh seseorang
(Anderson 1989). Menurut Forgus dan Shulman (1979), istilah karakter selalu
digunakan sebagai sinonim kepada personaliti, manakala personaliti mempunyai
maksud yang hampir sama dengan stail, perangai, peranan, trait dan jenis. Kajian
Kamarul Azmi Jasmi (2010) dan Mohd Nasri Abdullah (2017) menggunakan istilah
keperibadian. Namun ada juga yang menggunakan istilah karakter seperti Mohd Nasri
Abdullah dan Kamarul Azmi Jasmi (2014) dan Mohd Sahandri Gani Hamzah et al.
(2010). Dalam kajian ini, karakter merujuk kepada akhlak, sifat, ciri, sikap, perbuatan,
tingkah laku, kecenderungan, keperibadian, sahsiah, personaliti, watak dan
seumpamanya yang ada pada seseorang GIPI, sama ada sedia ada sejak dari kecil atau
muncul kerana faktor-faktor tertentu.

1.10.3 Guru Inovatif Pendidikan Islam (GIPI)

Guru inovatif adalah guru yang menghasilkan inovasi yang asli atau penambahbaikan
terhadap sesuatu yang sedia ada meliputi aktiviti pembaharuan dan perubahan positif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada berbentuk bahan, kaedah, strategi
dan sebagainya untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
(Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 2019). Oleh itu, GIPI adalah guru agama yang
menghasilkan inovasi dalam pengajaran Pendidikan Islam dan berjaya memberi
perubahan positif kepada pembelajaran pelajar.

1.10.4 Motivasi

Motivasi bermaksud keperluan atau dorongan spesifik yang menghalakan tingkah laku
ke arah sesuatu matlamat (Morris & Maisto 2002). Definisi ini selari dengan pandangan
Reeve (2005) bahawa teori motivasi menjelaskan mengenai apa-apa yang memberikan
tenaga kepada sesuatu tindakan dan hala tujunya. Walau bagaimanapun, definisi Morris
dan Maisto (2002) secara spesifik menyebut mengenai kepentingan matlamat sebagai
penggerak utama kepada motivasi. Hal ini selaras dengan teori Ford (1996) yang
menggariskan matlamat sebagai penggerak utama dalam motivasi kerana matlamat
mencetuskan tindakan secara sengaja oleh seseorang individu itu. Seseorang yang
19

memiliki idea yang kreatif, tanpa ada matlamat, tidak akan merealisasikan idea tersebut.
Oleh yang demikian, inovasi tidak akan terhasil. Menurut Ford (1996), matlamat, minat
dan niat seseorang individu akan menonjolkan kehendak untuk menyusun fokus dan
tindakan bagi menghasilkan inovasi. Motivasi biasa dibahagikan kepada dua, iaitu;
motivasi dalaman dan motivasi luaran (Morris & Maisto 2002; Reeve 2005). Dalam
kajian ini, motivasi dalaman merujuk kepada motivasi yang terbit daripada keseronokan
melakukan sesuatu aktiviti itu, manakala motivasi luaran merujuk kepada faedah yang
didapati hasil daripada sesuatu aktiviti itu.

1.10.5 Pengetahuan

Shulman (1987) menggunakan istilah pengetahuan untuk merangkumkan pengetahuan,


kefahaman dan kemahiran. Kemahiran adalah kualiti dan keupayaan yang ada pada
seseorang yang diperlukan ketika bekerja dalam tetapan sementara (Thurlings et al.
2015). Ilmu dan kemahiran penting dalam menentukan tindakan kreatif individu. Ford
(1996) mencadangkan tiga jenis ilmu yang diperlukan, iaitu; 1) pengetahuan yang
berkaitan dengan domain, 2) keupayaan tingkah laku, dan 3) keupayaan berfikir kreatif.
Kim (2017) menamakan pengetahuan yang berkaitan dengan domain sebagai pemikiran
dalam kotak, iaitu pemikiran kritis. Pengetahuan yang berkaitan dengan domain terkait
dengan jenis inovasi yang ingin dihasilkan. Hal ini seperti yang dijelaskan oleh
Thurlings et al. (2015) bahawa kemahiran ICT diperlukan jika inovasi berasaskan ICT
ingin dibangunkan.

Walau bagaimanapun, pengetahuan ini tidak perlu diketahui secara mendalam


oleh inovator jika ada kolabarasi dan kerjasama berpasukan dalam pembangunan
sesuatu inovasi itu (Ford 1996). Hal ini terkait dengan keupayaan tingkah laku, iaitu
mengenai kemahiran bersosial. Kemahiran bersosial penting dari sudut jaringan sosial
dan komunikasi berkesan untuk membangunkan idea yang asli, mendapatkan sokongan
dan dana untuk memastikan idea kreatif itu dapat direalisasikan dalam penghasilan
inovasi. Keupayaan berfikir kreatif pula penting bagi memastikan sesuatu idea itu dapat
dirangsang (Ford 1996). Menurut Kim (2017), pemikiran kreatif adalah pemikiran luar
kotak yang membantu dalam mempelbagaikan proses imaginasi dan mempelbagaikan
kemungkinan untuk mengeluarkan idea yang unik. Dari sudut kajian ini, pengetahuan
20

merujuk kepada ilmu dan kemahiran yang perlu ada pada GIPI dalam membantu
mereka menghasilkan inovasi dalam Pendidikan Islam.

1.11 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan perkara-perkara asas yang menjadi


tunjang kepada perjalanan kajian ini. Perincian dalam bab ini meliputi latar belakang
kajian, pernyataan masalah, tujuan dan objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan
kajian, kerangka konsep, batasan serta definisi istilah yang terlibat dalam kajian ini. Bab
seterusnya akan membincangkan mengenai kajian kepustakaan.
21

BAB II

KAJIAN KEPUSTAKAAN

2.1 PENGENALAN

Kajian ini memberikan fokus kepada penerokaan elemen kefahaman, karakter,


motivasi, kekangan dan pengetahuan GIPI ketika menghasilkan inovasi. Oleh itu, kajian
kepustakaan dalam bab ini akan menerangkan mengenai konsep guru inovatif, karakter
guru inovatif, pembahagian inovator dan inovasi, perancangan pengajaran, kekangan
penglibatan dalam proses inovasi, motivasi menghasilkan inovasi, ilmu dan
pengetahuan, model berkaitan dan kajian berkaitan.

2.2 KONSEP INOVASI

Dalam konsep inovasi ini, akan dibincangkan definisi inovasi, elemen inovasi, bentuk
inovasi dan perbezaan antara inovasi dan istilah berkaitan, jenis inovasi dan pengajaran
inovatif.

2.2.1 Definisi Inovasi

Perkataan inovasi dalam pendidikan diadaptasi daripada bidang industri teknologi


sekitar tahun 1960-an, yang ketika itu membawa konsep penyelidikan dan
pembangunan serta perubahan (Husen 1972). Dari segi bahasa, inovasi adalah sesuatu
yang baru diperkenalkan seperti sistem, adat dan lain-lain yang baru (Kamus Dewan
Edisi Keempat 2016). Dari segi istilah, Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2007)
menyimpulkan definisi inovasi sebagai pembangunan teknologi baru ataupun aplikasi
sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu. Ia selari dengan maksud yang diberikan
22

oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2016) iaitu inovasi sebagai sesuatu yang baru
diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Kedua-dua definisi
ini melihat inovasi sebagai penciptaan sesuatu yang baru dan tidak membezakan antara
penciptaan dan inovasi. Ada definisi lain yang meletakkan dua unsur penting yang
saling berkait, iaitu; penciptaan sesuatu yang baru dan penambahbaikan kepada ciptaan
sedia ada. Contohnya, Mohd Azhar Abd Hamid et al. (2006) menyatakan maksud asal
inovasi dari segi bahasa. Mereka menyatakan bahawa inovasi berasal daripada
perkataan Latin, iaitu innovare yang bermaksud untuk menghasilkan sesuatu yang baru
atau kejayaan mengeksploitasi idea baru. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013)
pula melalui Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) menakrifkan
inovasi sebagai penghasilan sesuatu yang baharu atau menambah nilai kepada sesuatu
yang sedia ada. Ia merangkumi idea, prosedur kerja, sistem, kaedah, teknologi dan
seumpamanya yang merupakan hasil cetusan pemikiran yang kreatif dan inovatif.
Kedua-dua definisi ini melihat inovasi dalam ruang lingkup penciptaan dan inovasi. Ia
selaras dengan terjemahan inovasi dari Bahasa Arab, iaitu al-jadid (Khosim et al. 2018).

Selain itu, ada juga definisi yang difokuskan kepada penambahbaikan ciptaan
sedia ada. Md. Asham Ahmad (2012) mengatakan bahawa inovasi merujuk kepada
keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu dari yang sedia ada. Definisi ini
membezakan antara inovasi dan ciptaan. Maksudnya inovasi bukanlah ciptaan. Hal ini
kerana ciptaan adalah proses menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada dan ia
berbeza dengan inovasi yang merupakan proses mengubahsuai sesuatu yang telah ada
(Wan Ali Akbar Wan Abdullah & Nursafra Mohd Zhaffar 2018). Hal ini selari dengan
Dewan Bahasa dan Pustaka (2016) yang mendefinisikan perbuatan menciptakan
sebagai mewujudkan (mengadakan, membuat, menjadikan) sesuatu dengan fikiran
(kekuatan batin). Contoh yang diberikan oleh Kamus Dewan, dunia diciptakan oleh
Tuhan dengan kuasa-Nya yang Maha Besar. Maksudnya, hanya Allah yang berkuasa
mencipta dan tiada makhluk lain yang mempunyai kuasa mencipta (Hashimah Md
Yusoff 2019). Mohd Azhar Abd Hamid et al. (2006) turut menyebut bahawa manusia
bukan mencipta, sebaliknya mencari dan mengkaji sesuatu yang sebelumnya tidak
diketahui. Definisi ini lebih menepati maksud sebenar inovasi. Hal ini kerana inovasi
bukanlah sesuatu yang baru secara mutlak sebaliknya diubahsuai daripada sesuatu yang
telah sedia ada. Oleh kerana itu, dalam menterjemahkan maksud inovasi daripada
23

Bahasa Arab, al-’ibdāᶜ adalah maksud yang paling tepat (Umar Faruq Abd Allah 2006).
Perbandingan antara al-jadid dan al-’ibdāᶜ mungkin adalah dari sudut tahap kebaruan
sesuatu inovasi itu seperti mana yang dinyatakan oleh Johannessen et al. (2001).

Rogers (1983) pula mendefinisikan inovasi sebagai idea, praktis atau objek yang
dinilai sebagai baru oleh individu atau kumpulan tertentu ketika digunakan. Definisi
Rogers ini menurut Amabile (1988) merujuk kepada istilah kreativiti. Menurut Amabile
(1988) kreativiti merujuk kepada idea, sama ada oleh individu atau kumpulan, manakala
inovasi merujuk kepada implimentasi idea tersebut. Walau bagaimanapun, perbezaan
definisi oleh Roger dengan definisi lain adalah ia memberi dua fokus berbeza, iaitu; 1)
inovasi yang didakwa sebagai baru itu, mungkin bukan baru, sebaliknya ia baru bagi
sesetengah individu atau orang tertentu, dan 2) ia menekankan proses difusi, iaitu
penyebarluasan inovasi kepada orang lain. Kedua-dua fokus ini dibahaskan oleh Lednor
(2019) dari dua sudut, iaitu; 1) baru kepada siapa? dan 2) baru yang bagaimana?
Terdapat pelbagai perbahasan mengenai maksud baru, antaranya; segar, menarik, unik,
mengagumkan dan tiada sebelum daripada itu (Mohd Azmir Mohd Nizah et al. 2015).

Berkenaan dengan dua persoalan tadi, persoalan pertama dijawab oleh Lednor
(2019) dengan menyatakan bahawa istilah baru berbeza mengikut keperluan dan skop
perbincangan. Contohnya baru dalam dunia akademik merujuk kepada merit yang
diberikan untuk penerbitan, penghargaan, diberi penghormatan untuk menyampaikan
slot khas untuk ucap tama dalam seminar sehinggalah kepada memenangi Nobel Prize.
Berbeza pula dengan perniagaan yang menilai “baru” sebagai sesuatu yang boleh dijual
dan digilai oleh pelanggan. Hal ini menunjukkan keperluan untuk menyeimbangkan
antara inovasi dan permintaan (Milbergs & Vonortas n.d.). Persoalan kedua pula
dijawab oleh Lednor (2019) dengan merujuk kepada dua sudut, iaitu; 1) masa, dan 2)
tahap kebaruan inovasi itu. Hal ini kerana baru itu juga perlu sentiasa ditambah nilai
(Jabatan Perdana Menteri 2016).

2.2.2 Perbezaan antara inovasi dan istilah berkaitan

Para sarjana berbincang panjang mengenai perbezaan antara maksud kreatif dan inovasi
(Ford 1996; Jamal Badi 2014; Kirton 2003) kerana kedua-duanya mempunyai
24

sempadan maksud yang saling bersilang antara satu sama lain (Freeman et al. 1968).
Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan pelajar dan pensyarah tersilap faham
mengenai maksud sebenar inovasi walaupun seringkali terlibat dengan projek
penghasilan inovasi (Ting-chee et al. 2020). Ford (1996) turut menyebut bahawa istilah
kreatif dan inovasi selalu disalah tanggap sehingga ada pandangan yang mengatakan
bahawa kedua-duanya sama dan boleh digunakan mana-mana istilah mengikut
keinginan pengguna sekiranya membawa maksud pembangunan sistem baru, produk
dan teknologi. Keadaan ini, menurut Kirton (2003), terjadi kerana definisi yang tidak
jelas antara kreatif dan inovasi sehingga sentiasa berlaku pertindihan definisi. Walau
bagaimanapun, berikut dirumuskan beberapa perbezaan antara kreatif dan inovasi
menurut Amabile (1988), Ford (1996), Jamal Badi (2014), Sola et al. (2017) dan
Serdyukov (2017), iaitu:
Jadual 2.1 Perbezaan antara kreatif dan inovasi

Kreatif Inovasi
Susunan idea dan alternatif Proses transformasi idea kreatif kepada aplikasi
yang berguna yang membawa kepada perubahan
dan penambahbaikan
Boleh digunakan merujuk kepada penyelesaian Biasa digunakan terhadap sesuatu yang nyata,
terhadap sesuatu yang nyata atau berbentuk idea boleh digunakan oleh orang yang berbeza untuk
untuk menyelesaikan masalah sama ada tujuan berbeza. Biasa digunakan merujuk kepada
melibatkan hirarki, produk jualan dan lain-lain. sistem hirarki atau produk jualan.
Fikir perkara baru Buat perkara baru
Kreatif adalah sebahagian daripada proses penghasilan inovasi
Perbezaan level analisis
Kreatif memainkan peranan dalam semua level analisis dan proses-proses yang berbeza dalam
menghasilkan inovasi.
Inovasi adalah proses yang memerlukan pemikiran kreatif dan kritis
Inovasi adalah hasil daripada pemikiran kreatif yang berterusan

Kesimpulannya kreatif adalah lebih umum daripada inovasi. Inovasi lebih


khusus dan lebih tinggi kedudukannya daripada kreatif. Individu yang kreatif belum
tentu mampu menghasilkan inovasi, sebaliknya seseorang yang inovatif pasti adalah
seorang yang kreatif. Oleh kerana itu penghasilan inovasi menjadi indikator mengenai
daya kreativiti yang dimiliki oleh seseorang (Ruhizan & Mohammad 2012) serta usaha
kreatif yang dilakukannya (Mumford et al. 1991).

Rogers (1983) pula membezakan antara istilah inovasi dan penciptaan semula
(re-invention). Istilah penciptaan semula, menurut Rogers (1983) merujuk kepada
25

pengubahsuaian sesuatu inovasi apabila ia digunakan oleh pengguna. Ubahsuai itu


dibuat pada tahap implementasi, ketika inovasi telah smpai ke tangan pengguna
(Genlott et al. 2019). Tidak semua inovasi yang sampai ke tangan pengguna, akan
digunakan seperti yang dicadangkan oleh inovator. Ada inovasi yang terpaksa
diubahsuai cara guna oleh pengguna mengikut situasi dan keadaan yang berbeza.

2.2.3 Elemen inovasi

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2007) menyenaraikan lapan elemen inovasi, iaitu;
1) membaiki inovasi sedia ada, 2) menambah bahagian baru pada inovasi sedia ada, 3)
memudahkan ciri inovasi yang ada, 4) menggabungkan inovasi, 5) menukar fungsi
inovasi, 6) menggunakan inovasi dengan cara lain, 7) memindahkan inovasi dalam
situasi lain, dan 8) menghasilkan inovasi yang tiada sebelumnya. Elemen kelapan agak
umum kerana menjurus kepada definisi inovasi seperti yang dicadangkan oleh Mohd
Azhar Abd Hamid et al. (2006) iaitu menghasilkan sesuatu yang baru. Tujuh elemen
yang lain boleh dikategorikan ke dalam dua konsep utama, iaitu; 1) adaptasi, dan 2)
kombinasi elemen (Lednor 2019). Kesimpulan ini dapat difahami melalui rajah di
bawah:

Membaiki inovasi sedia ada

Memudahkan ciri inovasi


yang ada

Adaptasi Menukar fungsi inovasi

Menggunakan inovasi
dengan cara lain
Inovasi Memindahkan inovasi dalam
situasi lain

Menambah bahagian baru


pada inovasi sedia ada
Kombinasi
elemen
Menggabungkan inovasi

Rajah 2.1 Elemen inovasi


26

2.2.4 Bentuk inovasi

Kualiti guru adalah kunci kepada kualiti pendidikan. Oleh kerana itu kajian sentiasa
diadakan untuk meneroka bentuk inovasi yang selari dengan perkembangan semasa
dunia (Rohaida Mohd Saat et al. 2020). Secara asasnya, inovasi pengajaran boleh datang
dalam pelbagai bentuk dan sumber, asalkan ia boleh dimanfaatkan dan mampu
memberikan impak ketika pengajaran (Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain,
Aminudin Hehsan, et al. 2019). Wan Ali Akbar Wan Abdullah dan Nursafra Mohd
Zhaffar (2018) mengkategorikan inovasi kepada empat bentuk, iaitu; 1) bahan bantu
mengajar, 2) modul, 3) teknik atau kaedah, dan 4) lain-lain. Selain itu, ada juga satu
bentuk baru inovasi iaitu gamifikasi. Sebenarnya konsep gamifikasi bukan baru, namun
istilah gamifikasi baru mula digunakan sejak 2010 dan mula popular setahun selepas itu
(Dichev & Dicheva 2017) dan semakin diyakini keberkesanannya oleh ramai guru (Nur
Yasmin Khairani Zakaria et al. 2021).

Gamifikasi bermaksud pengenalan atau aplikasi elemen permainan dalam


konteks bukan permainan (World Government Summit 2016). Gamifikasi juga boleh
difahami sebagai adalah satu usaha untuk menyahkan pedagogi terhadap amalan
pedagogi formal (Buck 2017). Proses nyah pedagogi itu membolehkan pedagogi
berlangsung secara tanpa sedar. Ia sesuai digunakan sebagai sokongan kepada kaedah
pengajaran tradisional (Zirawaga et al. 2017). Antara kelebihannya adalah ia bersifat
fleksibel (Azman Ab Rahman et al. 2017), motivasi belajar pelajar meningkat (Junaidah
Jamaluddin et al. 2020; Rosmaza Sukardi et al. 2016) menjadikan mereka memberi
respon positif ketika belajar (Siti Rohani Jasni et al. 2018) serta memberi impak pada
pelajaran pelajar (Zainuddin et al. 2021). Walaupun gamifikasi diakui bagus dan
kecenderungan guru untuk menghasilkan inovasi berasaskan gamifikasi tinggi, namun
amalan gamifikasi guru berada di tahap sederhana (Mohd Faruze Iberahim & Norah Md
Noor 2020).

Kajian Dichev dan Dicheva (2017) menunjukkan bahawa gamifikasi paling


banyak digunakan dalam subjek ICT (39%) dan aktiviti yang paling banyak digunakan
adalah aktiviti pembelajaran online (31%). Namun dapatan ini tidak menafikan
kewujudan gamifikasi dalam Pendidikan Islam. Gamifikasi dalam pendidikan Islam
27

didefinisikan sebagai satu kaedah baru bagi penyampaian ilmu dan maklumat tentang
Islam (Azman Ab Rahman 2018). Antara contoh gamifikasi yang telah dihasilkan
dalam bidang pendidikan Islam di Malaysia ialah; i-Eco (Noor Izzuddin Mat Zain et al.
2015; Wan Ali Akbar Wan Abdullah 2016), Global Zakat Game (Nurkhamimi
Zainuddin et al. 2019; Azman Ab Rahman 2018; Azman Ab Rahman et al. 2018),
Global Faraid Game (Azman Ab Rahman, Zahari Mahad Musa, et al. 2018), Global
Wakaf Game (Farhana Mohamad Suhaimi et al. 2018), Sahibba Jawi (Muhamad Hairul
Wakiman 2018), Putarku Serba-serbi (Muhamad Hairul Wakiman 2015), Roda Jawi
oleh Ustazah Hashimah Md Yusuff (Wan Ali Akbar Wan Abdullah & Nursafra Mohd
Zhaffar 2016) dan Smart Haji Game oleh Ustaz Jasmi Amin (Wan Ali Akbar Wan
Abdullah & Nursafra Mohd Zhaffar 2018).

Selain itu, antara inovasi yang berkembang sekarang adalah penggunaan ICT
(Maimun Aqsha Lubis et al. 2018). Keadaan ini menyebabkan guru yang mempunyai
kemahiran ICT dianggap sebagai barisan hadapan guru dalam pendidikan kini (Bull et
al. 2017). Antara teknologi ICT yng banyak digunakan dalam pendidikan adalah
teknologi multimedia (Rabiatun Adawiah Che Ramly et al. 2014), QR, AR dan VR
(Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain, Mohamad Khairul Latif, et al. 2020),
pembelajaran berasaskan telefon (Fauzi et al. 2017; Nawi et al. 2015; Phayilah Yama
et al. 2019), pembelajaran maya (Loogma et al. 2012), PdP hibrid (Gregerson et al.
2013) dan pembelajaran beradun (Siti Hajar Taib et al. 2019). Penggunaan teknologi
AR mesti melalui telefon (Mohd Kamarul Azhar et al. 2019). Contoh penggunaan VR
dalam Pendidikan Islam adalah Virtual Hajj (Salbiah Mohamed Salleh et al. 2020;
Sumardani et al. 2021). Pembelajaran maya pula semakin rancak berkembang pada era
pasca covid (Sim et al. 2020). Antara contoh pembelajaran maya dalam Pendidikan
Islam adalah penggunaan Massive Open Online Courses (MOOC) untuk pengajaran al-
Quran (Wahid et al. 2019). Walaupun ia diakui tidak sesuai dalam beberapa keadaan
dalam pengajaran Pendidikan Islam, namun ia tetap memiliki kelebihan tersendiri
dalam banyak situasi yang lain (Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain et al. 2019).
PdP hibrid pula akan dapat merangsang daya inovatif pelajar dengan pertolongan
daripada ibu bapa (Setyawan et al. 2020).
28

Terdapat juga inovasi yang menggabungkan antara ICT dan permainan (Sahrir
& Yusri 2012) seperti Teroka Tajwid (Sulaiman Mahzan et al. 2019) dan Smart al-
Fatihah (Muhammad Nazir Mohammed Khalid et al. 2018) serta ICT dan peta minda
sehingga membentuk peta minda digital (Norliza Idris & Norah Md Noor 2019) dan
teknologi ICT dalam bentuk kepelbagaian fungsi seperti Interactive Whiteboard
(Pandolfini 2013). Walau bagaimanapun, ada juga pandangan yang menyebut bahawa
ICT adalah pemangkin kepada penghasilan inovasi pengajaran, namun ia tidak
semestinya inovasi (Durando 2017). Hal ini kerana dengan lambakan teknologi ICT
pada hari ini, agak sukar menonjolkan keunikan sesuatu yang dihasilkan sehingga boleh
diiktiraf sebagai inovasi. Oleh kerana itu, kajian terkini turut menonjolkan bahawa
inovasi tidak semestinya berasaskan teknologi ICT (Wong 2018). Sebaliknya ada
inovasi yang tidak menggunakan teknologi canggih tetapi unik seperti Hajj Pop-up Tour
(Khairda Kamat 2018; Wan Ali Akbar Wan Abdullah et al. 2021) dan Model Simulasi
Waktu Solat (Wan Ali Akbar Wan Abdullah 2016), berasaskan grafik seperti Skroll
Suci (Wan Ali Akbar Wan Abdullah & Nursafra Mohd Zhaffar 2018), berasaskan
modul (Saadon et al. 2019) dan dengan menggunakan teknik mnemonic (Nurul Mostafa
Kamal 2019).

Walaupun inovasi dihasilkan dalam dimensi baru pengajaran, namun ia tetap


terikat dengan teori pembelajaran. Contohnya, gamifikasi yang dirangka perlu
mengambil kira teori pembelajaran bagi memastikan inovasi yang dihasilkan itu betul-
betul membantu pelajar belajar. Tiga teori yang boleh diambil kira ketika penghasilan
inovasi gamifikasi ialah behaviorism, cognitivism dan contructivism (Tuan Sarifah Aini
Syed Ahmad et al. 2019). Selain itu, ringkasan kepada teori-teori pembelajaran yang
lain adalah seperti jadual berikut (Aubrey & Riley 2015):

Jadual 2.2 Teori pembelajaran Barat


Teori Pengasas Penerangan
Teori John Dewey Teori ini memberikan kebebasan kepada pelajar untuk belajar
Pembelajaran apa-apa yang diminatinya. Guru memandu pelajar bereksperimen
Demokratik dan belajar daripada pengalaman sebagai proses pembelajaran
mereka. Empat kata kunci bagi teori ini, iaitu; humanism,
pendidikan nilai, pedagogi berpusatkan pelajar dan refleksi.
Teori Jean Piaget Teori ini mengkategorikan perkembangan minda anak-anak
Perkembangan berdasarkan umur. Di peringkat menengah, Piaget meletakkan
Kognitif mereka di peringkat ketiga, iaitu peringkat operasi formal, bagi
anak-anak yang berumur 12 hingga 19 tahun. Pada peringkat ini,
bersambung…
29

…sambungan
pelajar mampu berfikir secara abstrak. Namun, tidak semua
pelajar sampai ke peringkat ini, sebaliknya perlukan pengalaman
yang meluas bagi memastikan peringkat ini dicapai.
Teori Lev Vygotsky Teori ini mencadangkan sosial dan budaya menjadi faktor utama
Pembelajaran kepada pembinaan pengetahuan dalam diri manusia. Oleh itu,
Sosial kanak-kanak perlu diajar pelbagai alatan seperti bahasa dan seni
untuk membantu mereka belajar ketika menyelesaikan masalah
dan berinteraksi dengan orang lain. Melalui teori ini juga,
permainan menjadi salah satu alatan yang membantu
perkembangan manusia.
Teori Kondisi B. F. Skinner Teori ini mencadangkan pembentukan karakter melalui ganjaran
Operan dan dendaan, sama ada secara positif atau negatif.
Taksonomi Benjamin Teori ini mencadangkan pemeringkatan tahap rendah ke tinggi
Bloom Bloom dalam aspek kognitif (enam tahap), afektif (lima tahap) dan
psikomotor (enam tahap).
Teori Malcolm S. Teori ini mencadangkan pengetahuan dibina melalui pengalaman.
Pembelajaran Knowles Realisasi diri (self-actualisation) adalah kunci penting kejayaan
Konstekstual pembinaan pengetahuan dalam diri pelajar dewasa.
Pembelajaran Albert Bandura Teori ini mencadangkan karakter diri sebagai faktor utama yang
melalui memandu seseorang itu bertindak. Ia perlukan efikasi kendiri dan
Pemerhatian peraturan diri. Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan
permodelan.
Teori Sistem Urie Teori ini mencadangkan persekitaran sebagai sokongan
Ekologi Bronfenbrenner pembelajaran pelajar. Persekitaran dalam keluarga adalah
pengaruh terbesar dalam pembelajaran.

2.2.5 Jenis Inovasi

Serdyukov (2017) telah menghuraikan pembahagian inovasi dari enam sudut,


ringkasnya adalah seperti berikut:

Jadual 2.3 Jenis inovasi


Sudut Pembahagian Penerangan/Contoh
Skala Evolusi Penambahbaikan terhadap sesuatu yang sedia ada, perlu kepada
proses berterusan untuk memberikan kesan
Revolusi Perubahan secara total atau penukaran sesuatu yang lama kepada
sesuatu yang baru
Kesan Ketara Alat, program, perkhidmatan dan polisi seperti permainan, simulasi
(tangible) dan teknologi
Tidak ketara Asas teori seperti pedagogi, psikologi dan metodologi
(intangible) instruksional, strategi dan teknik
Tahap proses Singular Selalu dihasilkan dalam kehidupan seharian. Boleh menjadikan
sesuatu pekerjaan lebih mudah, berkesan dan kurang tekanan.
Inovasi jenis ini patut lebih dilabel sebagai penambahbaikan
kerana ia bukan sesuatu yang baru.
Multiple Penambahbaikan yang secara signifikan berjaya mengubah sesuatu
proses, persembahan atau kualiti produk sedia ada seperti sistem
sekolah di rumah
Transformasi Penukaran dramatik seperti penggunaan mobile learning dalam
pendidikan.
bersambung…
30

…sambungan
Hasil Kualiti Pengetahuan dan kemahiran yang lebih baik, perkembangan
karakter, nilai dan prestasi kerja
Kuantiti Peningkatan pada keputusan peperiksaan, penjimatan kos dan masa
Asal Atas ke Dihasilkan oleh kerajaan atau perniagaan tertentu. Biasanya gagal
bawah jika tidak mendapat sambutan oleh pengguna. Contoh inovasi atas
ke bawah adalah i-Think (Setar et al. 2019; Wan Ali Akbar Wan
Abdullah, Khadijah Abdul Razak & Mohd Isa Hamzah 2021a;
Zamri Mahamod et al. 2019).
Bawah ke atas Juga dikenali sebagai inovasi akar umbi. Dihasilkan oleh individu
atau kumpulan kecil tertentu. Biasanya gagal kerana tidak dapat
disebarluaskan.
Pembina Dalaman Dihasilkan oleh orang yang berada dalam sistem, contohnya guru
Luaran Diimport daripada orang yang tidak berada dalam sistem, seperti
penggunaan revolusi teknologi dalam pendidikan.

Genlott et al. (2019) pula berbincang mengenai perbezaan antara first-order


change dan second-order change. Menurut Rogers (1983), second-order change biasa
diamalkan oleh inovator dan pemakai awal berbanding majoriti lambat dan pencorot
kerana faktor personal. Secara ringkas, perbezaan antara first-order change dan second-
order change dapat difahami daripada jadual di bawah:

Jadual 2.4 Perbezaan antara first-order change dan second-order change


First-order change Second-order change
Melakukan perkara yang sama dengan cara yang Mengubah kebiasaan dalam sesuatu aktiviti
berbeza
Konsisten dengan nilai semasa sesuatu yang Pendorong kepada inovasi dan memerlukan
diperkenalkan itu kepada perubahan asas daripada praktis semasa
Halangannya adalah dana. Dana tambahan boleh Halangannya adalah guru. Guru dan praktis
mengurangkan first-order change pengajaran serta kepercayaan mereka dapat
menjayakan second-order change.
Contohnya, menggunakan komputer untuk Contohnya, sistem e-government digunakan
tugasan menaip menggantikan mesin taip yang untuk menggantikan tugasan seperti pengisian
digunakan sebelum ini borang, tempahan atau bayaran kepada pekerja
awam

2.2.6 Perancangan Pengajaran dan Langkah Penghasilan Inovasi

Guru adalah perancang, pengawal, pembimbing, pendorong dan penilai PdP (Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti 2017). Setiap satu fungsi guru itu dijelaskan oleh Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti (2017) sebagai:
31

Jadual 2.5 Peranan dan kriteria guru


Peranan Kriteria kritikal
Perancang Untuk memastikan kesediaan dan persediaan rapi dalam melaksanakan
pembelajaran dan pemudahcaraan
Pengawal Untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan
Pembimbing Untuk membolehkan pelajar menguasai pengetahuan, kemahiran dan
mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran.
Pendorong Untuk meningkatkan motivasi dan kemahiran insaniah (soft skills) pelajar
Penilai Untuk menilai tahap penguasaan pelajar

Untuk merancang sesuatu pengajaran, guru perlu mengambil kira tiga perkara,
iaitu; 1) kurikulum, 2) pedagogi, dan 3) penilaian (Churchill et al. 2013). Kurikulum
adalah tentang konten yang hendak diajar, manakala pedagogi pula adalah tentang cara
mengajar konten tersebut. Penilaian pula adalah tentang tahap pencapaian pelajar
terhadap konten kurikulum yang diajar melalui kaedah pedagogi yang digunakan.
Ketiga-tiga perkara ini dipengaruhi oleh; 1) polisi sekolah, 2) nilai sekolah, 3) jangkaan
ibu bapa, 4) kategori sekolah, 5) susunan ruang fizikal kelas, 6) kepakaran dan minat
guru, 7) kepercayaan dan kefahaman guru tentang PdP, 8) efikasi kendiri guru, 9)
keupayaan pelajar, 10) masa, 11) lokasi sekolah, 12) cara pembelajaran pelajar, 13)
kepelbagaian budaya pelajar, 14) keseimbangan saiz dan jantina dalam kelas, 15)
pengalaman dan pengetahuan sedia ada pelajar, 16) minat pelajar, 17) ICT, dan 18)
rundingan tentang kurikulum antara pelajar dan rakan guru. Perbincangan mengenai
perancangan pengajaran berkait rapat dengan proses penghasilan inovasi. Hal ini kerana
proses penghasilan inovasi terkait dengan penghasilan produk, manakala perancangan
pengajaran terkait dengan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu konten
pelajaran dengan mengambil kira tahap kesesuaian pelajar. Titik temunya adalah
persoalan mengenai bagaimana perancangan pengajaran yang dapat menghasilkan
inovasi dalam pengajaran.

Terdapat pelbagai pandangan mengenai proses penghasilan inovasi. Ada yang


menyatakan bahawa inovasi dihasilkan melalui proses pemikiran tanpa sedar (Gallate
et al. 2012). Namun secara umumnya, penghasilan inovasi perlu melalui tiga langkah
utama, iaitu; 1) jana idea secara sengaja, 2) promosi idea, dan 3) realisasikan idea
(Janssen 2003). Menurut Sola et al. (2017) pula, secara umumnya, inovasi melalui lima
langkah, iaitu; 1) menjana idea, 2) mengembangkan konsep, 3) menilai dan memilih
konsep, 4) membangunkan produk, dan 5) menggunakan produk. Langkah yang
32

dicadangkan oleh Sola lebih terperinci, namun tidak sampai ke tahap menguji hasil
inovasi itu. Hal ini sesuai dengan pandangan Serdyukov (2017) yang menyebut bahawa
inovasi mempunyai dua komponen, iaitu; 1) idea atau item baru untuk individu atau
kumpulan tertentu, dan 2) hasil yang muncul selepas diimplementasikan idea atau item
baru tersebut. Dari sudut penjanaan idea, kajian menunjukkan ia paling mudah dijana
ketika berada dalam mood positif (Fasiha 2017). Lednor (2019) pula menyatakan
bahawa secara umum, proses penghasilan inovasi mesti melalui tiga langkah, iaitu; 1)
jana idea, 2) demonstrasi konsep, dan 3) labur untuk dapatkan manfaat daripadanya.
Perbezaan proses umum Lednor (2019) dengan Serdyukov (2017), Sola et al. (2017)
dan Thurlings et al. (2015) ialah penekanan kepada keperluan untuk pelaburan bagi
mendapatkan manfaat daripada inovasi tersebut. Hal ini turut jelas apabila perbahasan
Lednor (2019) dimulakan dengan proses perniagaan.

Rogers (1983) pula menghuraikan kaedah penghasilan inovasi dan


mengembangkan idea tersebut sehingga ke proses penyebarluasan hasil inovasi itu.
Enam fasa penghasilan inovasi menurut Rogers (1983) ialah; 1) kenalpasti masalah atau
keperluan, 2) mengkaji asas dan kaedah aplikasi sesuatu inovasi, 3) membangunkan
inovasi, 4) mengkomersialkan inovasi, 5) penyebaran inovasi, dan 6) kesan inovasi.
Kesan inovasi itu diasingkan dalam dua langkah, iaitu; 1) pengesahan melalui ujian,
dan 2) pengesahan selepas disebarluaskan secara umum (Cropley & Cropley 2008).
Rogers (1983) turut menghuraikan dengan lebih mendalam mengenai fasa mengenal
pasti masalah atau keperluan sebelum menghasilkan sesuatu inovasi. Proses itu,
menurut Rogers (1983) ada lima langkah, iaitu; 1) pengetahuan, 2) pemujukan, 3)
keputusan, 4) implimentasi, dan 5) pengesahan. Selain itu, design thinking turut
digunakan untuk menghasilkan inovasi (Bader et al. 2020). Melalui design thinking,
penghasilan inovasi dipecahkan kepada dua fasa, iaitu; ruangan masalah dan ruangan
penyelesaian (Müller-Rotenberg 2020). Dalam ruangan masalah, ada tiga langkah,
iaitu; faham, perhati dan kecilkan skop. Manakala dalam ruangan penyelesaian, ada tiga
langkah seterusnya iaitu; jana idea, hasilkan prototaip dan uji.

Secara spesifik dalam bidang pendidikan, ada juga beberapa langkah


penghasilan inovasi yang dicadangkan. Antaranya langkah penghasilan inovasi oleh
Dilobarkhon (2019) yang menyatakan inovasi dihasilkan dengan tiga langkah, iaitu; 1)
33

jana idea, 2) kembangkan idea, dan 3) gunakan inovasi. Langkah ini hampir sama
seperti yang dinyatakan oleh Janssen (2003). Di Rwanda pula, enam langkah
penghasilan inovasi dicadangkan, iaitu; 1) kenal pasti masalah, 2) jana idea, 3)
bangunkan penyelesaian yang praktikal, 4) uji, 5) naikkan skala, dan 6) difusi dan
adaptasi secara meluas (Tikly & Milligan 2017). Ada tambahan langkah keenam, iaitu
difusi seperti yang dicadangkan oleh Rogers (1983) serta kebenaran untuk adaptasi
inovasi oleh pengguna yang lain. Kebenaran ini selaras dengan kemampuan mini-c dan
Little-c dalam Model Kreativiti 4C yang diperkenalkan oleh Kaufman & Beghetto
(2013). Inovasi di Nigeria pula dicadangkan untuk dihasilkan berdasarkan lima langkah,
iaitu; kenal pasti masalah, 2) pertimbangkan kemungkinan penyelesaian, 3) pilih
inovasi, 4) bangunkan dan uji inovasi, dan 5) penggunaan inovasi (Chiemeka-unogu
2018). Cadangan ini memperincikan proses jana idea dan menggabungkan proses
realisasikan idea dan promosi idea oleh Janssen (2003). Rozaini Tukimin (2021) pula
merumuskan empat fasa penghasilan inovasi, iaitu Fasa Perancangan Inovasi, Fasa
Pembinaan Inovasi, Fasa Aplikasi Inovasi dan Fasa Penyebarluasan dengan lapan
perinciannya yang dirumuskan dalam akronim INOVATIF.

Walau bagaimanapun, langkah penghasilan inovasi yang dicadangkan oleh


Janssen (2003) adalah langkah yang diterima dan diguna pakai secara meluas dalam
dunia pendidikan (Thurlings et al. 2015). Mengambil kira pandangan Thurlings et al.
(2015), kajian ini menggunakan langkah penghasilan inovasi Janssen (2003) sebagai
kerangka asas. Walau bagaimanapun, proses membumikan model berkenaan dengan
realiti adalah sesuatu yang perlu diterokai oleh pengkaji kerana langkah penghasilan
inovasi bukanlah sesuatu yang bersifat linear (Boden 2019) dan mestilah mengambil
kira proses sejak daripada jana idea sehinggalah kepada penghasilan dan penjualan
produk inovasi tersebut (Tohidi & Jabbari 2012).

2.2.7 Impak inovasi pengajaran

Menurut Serdyukov (2017), inovasi dalam pendidikan adalah bertujuan untuk


meningkatkan produktiviti dan tahap keberkesanan dan kualiti pembelajaran pelajar.
Selalui inovasi, PdP akan jadi makin menarik dan sesuai dengan konteks semasa. Selain
itu, inovasi pengajaran juga dapat membolehkan guru mengawal aktiviti pengajaran,
34

meningkatkan motivasi pelajar, memudahkan kefahaman pelajar dan meningkatkan


keputusan peperiksaan pelajar (Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff et al. 2021) serta
menjadikan PdP lebih menarik serta sesuai dengan konteks semasa (Azarul Razamin
Mat Said et al. 2021). Oleh itu, inovasi dalam pendidikan wujud dalam bentuk teori
pedagogi baru, pendekatan metodologi terkini, alat instruktional atau proses
pembelajaran (Serdyukov 2017). Yang penting adalah setiap inovasi yang dihasilkan
mestilah tidak menyalahi matlamat asal pendidikan iaitu untuk mewujudkan insan
kamil yang produktif, kompetitif dan bermaruah (Naif 2016).

Dari sudut guru, untuk menambah kualiti pembelajaran pelajar, maka guru perlu
merancang teknik atau strategi pengajaran berkesan atau menyediakan bahan bantu
mengajar (BBM) yang sesuai dengan tahap pelajar dan konten pengajaran (Mohd
Sahandri Gani Hamzah et al. 2010). Inovasi yang dihasilkan, sama ada teknik atau BBM
mampu memberi kesan yang lebih kepada pelajar, atau memberikan kesan yang sama,
namun dalam tempoh masa yang lebih cepat dan penggunaan kos yang lebih rendah
(Serdyukov 2017). Ia adalah sebagai tambahan kepada buku teks yang kadang-kadang
sukar untuk difahami (Suarman et al. 2018).

Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik (2018) dalam ucapannya sempena


Perasmian Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan (PPIPK
2018) menyebut beberapa kepentingan guru untuk berinovasi, antaranya; 1) guru perlu
mengubah minda agar membentuk semula pengajaran dan pembelajaran agar selaras
dengan perkembangan teknologi terkini, 2) inovasi sangat dituntut dalam Islam, selaras
dengan firman Allah dalam al-Quran (ar-Rᶜad, 13:11), 3) inovasi dapat memupuk
pemikiran kreatif dan meningkatkan produktiviti kerja, dan 4) dapat memartabatkan
sistem pendidikan negara. Tambahan daripada ini, Kementerian Pendidikan Malaysia
(2011) menyebut bahawa melalui guru yang kreatif dan inovatif, pelajar dapat
memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan sikap dan nilai
serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka. Maksudnya, guru yang
inovatif dapat menjadi contoh kepada generasi yang akan datang untuk turut sama
berinovasi.
35

Apabila banyak inovasi bersifat evolusi dihasilkan oleh guru, maka


pembelajaran pelajar akan menjadi semakin baik. Inovasi evolusi, menurut Serdyukov
(2017) ialah penambahbaikan terhadap teknik atau bahan bantu mengajar yang boleh
memberi hasil kepada peningkatan pembelajaran pelajar. Ia mungkin kecil, namun
memerlukan kepada usaha yang berterusan. Oleh kerana itu, untuk merangsang aktiviti
inovasi dalam kalangan guru, inovasi dimasukkan sebagai salah satu aktiviti Program
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) (Kementerian Pendidikan Malaysia
2013, 2015, 2016b). Pelaksanaan PPPB bermula sejak hari pertama guru melaporkan
diri di sekolah dan menjadi sebahagian daripada Program Pembangunan Guru Baharu
(PPGB) dan berterusan sepanjang guru tersebut menjalankan tugas dan kerjaya sebagai
guru (Kementerian Pendidikan Malaysia 2015). Program ini turut melibatkan guru
Pendidikan Islam.

Tambahan daripada itu, al-Karasneh dan Saleh (2010) menyatakan bahawa


antara objektif penghasilan inovasi dalam Islam adalah melaksanakan tugas sebagai
khalifatullah dan ibadatullah. Maka penghasilan inovasi mesti menunjukkan impak dan
perubahan kepada nilai-nilai positif Islami dalam diri pelajar (Adlina Abdul Khalil et
al. 2020). Hal ini turut selaras dengan objektif inovasi dalam meningkatkan kualiti
sepertimana yang digariskan oleh Serdyukov (2017), antaranya meningkatkan nilai,
perkembangan karakter dan sebagainya. Melalui inovasi juga, pendekatan yang lebih
holistik dapat disediakan (Fatin Sabrina Abdul Sukor et al. 2020) dan membantu pelajar
belajar tanpa rasa bosan (Basinun et al. 2020; Kentmen & Caganaga 2015).

2.3 KONSEP GURU INOVATIF

Turvey (2013) menyebut bahawa di kala banyak fokus diberikan kepada inovasi
teknologi dan pedagogi, sebaiknya diubah dimensi itu kepada guru. Hal ini kerana yang
lebih utama adalah guru sebagai pereka cipta inovasi iaitu guru inovatif dan guru yang
mengadaptasi inovasi itu. Kejayaan inovasi ditentukan oleh guru sebagai agen
perubahan (Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain et al. 2019). Manakala agen
perubahan hanya ada pada guru yang sentiasa meningkatkan kemahiran serta bersedia
untuk menghasilkan inovasi (Noornajihan Jaafar et al. 2019). Oleh yang demikian,
36

kajian ini memberi fokus kepada guru inovatif. Guru Inovatif merupakan dua perkataan
yang mewakili perkataan ‘guru’ dan ‘inovatif’.

2.3.1 Konsep Guru

Guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh (Kamus Dewan
Edisi Keempat 2016). Dalam bahasa Arab, guru dirujuk dengan pelbagai istilah, seperti
mudarris, mu’addib, murabbi, murshid dan muᶜallim (Ab. Aziz Yusof 2014; Ab. Halim
Tamuri & Zarin Ismail 2006; Kamarul Azmi Jasmi 2010a; Kamarul Azmi Jasmi & Ab.
Halim Tamuri 2007). Mudarris bermaksud orang selalu belajar dan mengajar dengan
bersungguh-sungguh (Ibrahim Anis et al. n.d.) serta mengamalkan apa-apa yang
diajarinya (Nurul Asiah Fasehah Muhamad et al. 2015). Oleh kerana itu mudarris
dianggap sebagai pengajar yang berkesan dalam PdP (Kamarul Azmi Jasmi & Ab.
Halim Tamuri 2007) dengan menyusun proses pengajaran dengan teliti sejak daripada
awal sehingga akhir sesi pengajaran (Nurul Asiah Fasehah Muhamad & Noornajihan
Jaafar 2021). Oleh kerana itu, mudarris adalah asas kepada guru cemerlang yang
berkesan (Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail 2006).

Mu’addib pula merujuk kepada sesiapa yang mentarbiyyah dan mengajar


manusia sehingga berakhlak mulia (Ibrahim Anis et al. n.d.) dengan cara mengasuh,
mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan
akhlak mulia, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab sopan dalam pembinaan
dan pembangunan diri para pelajar (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri 2007)
serta membekalkan pelajar supaya memiliki kemampuan untuk melaksanakan tugas
yang bakal dipertanggungjawabkan kepada mereka kemudian hari (Ab. Aziz Yusof
2014). Menurut Nurul Asiah Fasehah Muhamad dan Noornajihan Jaafar (2021),
mu’addib adalah pusat kepada konsep lima mim kerana didikan akhlak adalah matlamat
akhir pendidikan. Murabbi pula bermaksud guru yang menjaga, membesarkan,
mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitrah
kanak-kanak serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka
dengan dorongan yang beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras
dengan kematangan yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut (Kamarul Azmi Jasmi &
Ab. Halim Tamuri 2007). Falsafah tarbiyyat dalam surah al-Isra’ ayat 24 digunakan
37

merujuk kepada didikan ibu bapa terhadap anak-anak (Nurul Asiah Fasehah Muhamad
et al. 2015; Nurul Asiah Fasehah Muhamad & Noornajihan Jaafar 2021), namun ia tidak
terhad pada kepada anak-anak, sebaliknya turut merangkumi didikan secara umum (Ab.
Aziz Yusof 2014; Hussain 2004). Tugasan murabbi sangat berat kerana ia dinisbahkan
kepada pendidikan Rabbani (Noornajihan Jaafar et al. 2012), namun kemuliaan guru
sebagai murabbi menyebabkan ramai ilmuwan Islam menetapkan keperluan guru untuk
bertindak sebagai murabbi (Noornajihan Jaafar & Zetty Nurzuliana Rashed 2015; Nur
Hanani Hussin & Ab. Halim Tamuri 2017).

Murshid pula merujuk kepada guru yang memimpin dalam bilik darjah untuk
menjaga, menasihati, mengarah, membimbing dan memberi petunjuk kepada para
pelajar ke arah pembentukan dan pembangunan diri pelajar sebagai insan soleh
(Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri 2007) untuk dimanfaatkan dalam
masyarakat (Ab. Aziz Yusof 2014). Dengan karakter sebagai mursyid, guru perlu
menonjolkan diri sebagai pemimpin yang boleh dicontohi pelajar (Nurul Asiah Fasehah
Muhamad et al. 2015; Nurul Asiah Fasehah Muhamad & Noornajihan Jaafar 2021)
sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Ghazali (Fatahiyah Elias 2020). Kredibiliti
sebagai pemimpin itu lahir daripada kekuatan fitrah dan ilmu guru tersebut (Mohamad
& Sahad 2014). Muᶜallim pula adalah sesiapa yang berkerjaya sebagai guru (Ibrahim
Anis et al. n.d.). Ab. Aziz Yusof (2014) mendefinisikan muᶜallim sebagai orang yang
menguasai ilmu dan mampu mengembangkannya serta menjelaskan dan
menterjemahkannya dalam kehidupan sesuai dengan tuntutan semasa. Penguasaan dan
kebenaran ilmu yang dimiliki oleh muᶜallim adalah kerana mereka belajar dan merujuk
daripada sumber yang sahih (Nurul Asiah Fasehah Muhamad & Noornajihan Jaafar
2021). Melalui konsep muᶜallim, guru mengajarkan ilmu kepada para pelajar dengan
pelbagai kaedah pengajaran (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri 2007). Oleh
hal yang demikian, muᶜallim perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan
kemahiran (Murihah Abdullah et al. 2016), antaranya konten dan pedagogi (Ismail Abas
et al. 2016) serta motivasi diri dan personaliti positif (Ab. Halim Tamuri & Mohamad
Khairul Azman Ajuhary 2010).

Sebagai tambahan, ada konsep guru yang lain seperti mudarrib dan muwajjih
(Noornajihan Jaafar 2014), muṣlih dan mukhlis (Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain
38

& Ahmad Marzuki Mohamad 2019) serta mudhakki (Nur Farah Syahirah Nazim &
Abdul Muhsien Sulaiman 2020). Mudarrib adalah guru yang mengajar sesuatu perkara
sehingga muridnya mahir (Ibrahim Anis et al. n.d.). Muwajjih pula adalah guru yang
mendepani pelajar, memahami masalah yang mereka hadapi, meneroka potensi diri
mereka, mengunjurkan potensi kerjaya mereka serta menerapkan nilai murni pada
mereka (Roslee Ahmad & Mohamed Sharif Mustaffa 2002). Guru yang muṣlih pula
akan sentiasa memperbaiki pelajar-pelajarnya agar mempunyai jati diri orang yang
soleh (Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Khadijah Abdul Razak & Mohd Isa Hamzah
2021b). Hal ini dapat dicapai apabila guru berperanan sebagai pembimbing, role model,
penyayang, memupuk sikap terpuji dan mengekalkan keserasian hubungan dengan
pelajar (Fatahiyah Elias 2020). Mukhlis pula ialah guru yang ikhlas mendidik tanpa
mengharapkan balasan dan merasakan tugasan mendidik sebagai satu ibadah soleh
(Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Khadijah Abdul Razak & Mohd Isa Hamzah 2021b).
Mudhakki pula merujuk peranan guru sebagai penyuci akidah, rohani, akhlak dan
pembawaan diri manusia untuk menjadikan manusia bersih dari segala dosa dalam
bentuk yang lebih praktikal (Nur Farah Syahirah Nazim & Abdul Muhsien Sulaiman
2020).

a) Model Standard Guru Malaysia

Model Standard Guru Malaysia adalah model guru yang dirangka oleh KPM sebagai
panduan guru standard di Malaysia. Melalui Model Standard Guru Malaysia (MSGM),
guru perlu mempunyai tahap kompetensi profesionalisme guru dalam aspek amalan
nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai
guru profesional yang berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia 2009).
39

Rajah 2.2 Model SGM

Standard yang paling berkait dengan kajian ini adalah standard amalan nilai
profesionalisme keguruan. Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai
profesinalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial yang patut ada
pada diri seseorang guru. Untuk disesuaikan dalam konteks guru Pendidikan Islam, Ab.
Halim Tamuri (2012) telah menambah domain agama. Nilai kreatif dan inovatif terletak
dalam domain profesion. Melalui nilai kreatif dan inovatif, guru yang kreatif dan
inovatif dimaksudkan sebagai guru yang berkemampuan dan berkebolehan mencipta
dan mencuba idea dan kaedah baru untuk meningkatkan nilai tambah kualiti pengajaran
dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia 2009). Standard ini akan tercapai
apabila guru berupaya; 1) menggunakan lebih daripada satu strategi, pendekatan dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran, 2) mengubah suai dan menggunakan pelbagai
sumber pengajaran dan pembelajaran, 3) mencipta kaedah baru dalam pengurusan
pengajaran dan pembelajaran, dan 4) menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi secara kreatif dan optimum.

Kajian oleh Ab. Halim Tamuri et al. (2016) terhadap 2400 dari pelbagai sekolah
mendapati nilai kreativiti dan inovasi yang ada pada domain profesion, berada pada
tahap tinggi. Perinciannya adalah; 1) menjana idea baharu (min: 4.04), 2) menggunakan
pelbagai strategi dan teknik (min: 4.13), 3) mengamalkan strategi dan teknik baharu
(min: 4.05), dan 4) mengubah suai strategi dan teknik (min: 3.97). Daripada dapatan
ini, keseluruhan item dinilai tinggi oleh pelajar kecuali item 23, iaitu mengubahsuai
strategi dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran.
40

Pada tahun 2019, Model SGM 2.0 telah diperkenalkan. Persamaan antara model
SGM dan SGM 2.0 adalah kedua-dua model sesuai digunakan untuk peningkatan
profesionalisme guru dengan melihat kepada pelbagai aspek seperti kemahiran, karakter
dan kemampuan mendepani cabaran globalisasi, manakala perbezaan antara keduanya
pula terletak pada penonjolan komponen utama, apabila SGM 2.0 menekankan kepada
dua komponen utama, iaitu dimensi kemahiran dan etika pengajaran (Yusof et al. 2021).

Rajah 2.3 Model SGM 2.0

2.3.2 Konsep inovator

Perbahasan mengenai maksud guru inovatif dimulakan dengan perbahasan mengenai


inovator dalam Islam dan model serta teori berkaitan dengan inovator secara
keseluruhan.

a) Inovator dalam Islam

Islam tidak pernah mengongkong budaya inovasi sebaliknya menggalakkan pelbagai


inovasi dibina selaras dengan kemajuan teknologi yang ada (Norafifah Ab Hamid et al.
2020). Inovasi dihasilkan oleh inovator. Selaras dengan keperluan menghasilkan
inovasi dalam Islam, maka penting konsep inovator dalam Islam untuk dibahaskan.
Konsep inovator dalam Islam menekankan Allah sebagai inovator mutlak dan
Rasulullah sebagai contoh inovator muslim. Berkenaan dengan Allah sebagai inovator,
Anita Ismail et al. (2018) meringkaskan daripada Khalijah bahawa konsep inovasi
dalam Islam perlu dimulai dengan pengakuan bahawa Allah sebagai inovator agung,
namun tidak banyak kajian dijalankan berkenaan dengannya (Jamal Badi 2014). Mohd
41

Azhar Abd Hamid et al. (2006) menyenaraikan 35 asmaul husna yang berkaitan dengan
Allah sebagai Pencipta, antaranya; Al-Khāliq, Al-Bāri’, Al-Muṣawwir, Al-Mubdiᶜ, Al-
Muᶜid, Al-Badiᶜ, dan Al-Wārith. Setiap satu nama mempunyai maksud yang berbeza
antara satu dengan yang lain. Namun nama yang paling tepat adalah al-Badiᶜ (Umar
Faruq Abd Allah 2006). Konsep ini selaras dengan konsep reka cipta yang dihuraikan
oleh Mohd Azhar Abd Hamid et al. (2006) yang secara ringkasnya dapat difahami
melalui rajah di bawah:

Rajah 2.4 Konsep Allah sebagai Inovator

Jamal Badi (2014) merumuskan daya penciptaan Allah dan kaitannya dengan

inovasi ketuhanan ( ) kepada empat aspek, iaitu; kreativiti dalam al-Quran,

kreativiti dalam penciptaan alam semesta, kreativiti dalam penciptaan manusia dan
kreativiti Rasulullah dalam menyampaikan risalah. Secara visual, ia dapat dilihat
melalui rajah di bawah:

Rajah 2.5 Kaitan antara daya cipta Allah dengan inovasi ketuhanan
42

Perkataan al-bidᶜa turut digunakan oleh Rasulullah dan dirakamkan surah al-
Ahqaf (46:9). Menurut Wahbah az-Zuhaili (1997), maksud al-bidᶜa dalam ayat ini
adalah sesuatu yang baru yang belum ada sepertinya sebelum ini. Para ahli tafsir seperti
Al-Qurtubi (1964), Hamka (2015) dan Wahbah az-Zuhaili (1997) sepakat mengatakan
dalam ayat ini Rasulullah menafikan bahawa ajaran yang dibawa oleh baginda adalah
bidᶜah, iaitu ajaran baru. Maksudnya tiada sebarang inovasi yang dilakukan oleh
baginda dari sudut ajaran akidah kerana mereka semua berpegang kepada ajaran tauhid
(Mohd Yusof Othman 2012), sebaliknya inovasi dilakukan oleh Rasulullah dalam
pelbagai bidang lain, termasuk akidah, akhlak, ekonomi, pentadbiran dan sosiologi
(Wan Ali Akbar Wan Abdullah & Nursafra Mohd Zhaffar 2018). Mohd Azhar Abd
Hamid et al. (2006) menambah, dari sudut organisasi, inovator lebih merujuk kepada
pemimpin tertinggi yang memiliki kuasa untuk membuat keputusan. Oleh yang
demikian, Rasulullah sebagai ketua tertinggi di Madinah, dengan kepelbagaian inovasi
dalam sistem kehidupan di Madinah, maka baginda adalah inovatornya.

Keinovatifan Rasulullan diakui oleh ramai sarjana termasuk sarjana Barat


(Jamal Badi 2014). Kehebatan Rasulullah sebagai seorang ketua yang inovatif terbukti
apabila baginda berjaya mendidik para sahabat untuk turut sama berinovasi (Jamal Badi
2014). Menurut Rogers (1983), karakter ketua sebagai inovator memberikan impak
yang positif terhadap aktiviti inovasi dalam sesuatu organisasi. Hal ini jelas apabila
Rasulullah sangat menggalakkan aktiviti berinovasi. Ibn Umar meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda, “individu yang paling dicintai Allah adalah yang memberikan
manfaat kepada insan yang lain” (At-Tabrani n.d.: 6026). Justeru, ramai sahabat yang
terlibat dengan aktiviti berinovasi, antaranya Abu Bakar, Umar dan Uthman (Mohd
Yusof Othman 2012). Salman pula diiktiraf sebagai ahlul bayt setelah memberikan idea
penggalian parit ketika perang Khandaq yang membawa kepada kemenangan umat
Islam (Al-Qurtubi 1964). Kehebatan Rasulullah sebagai inovator unggul adalah kerana
Rasulullah memiliki personaliti yang berkarisma, personaliti dan karakter yang
istimewa serta idea yang kreatif selain daripada peningkatan kerohanian dan penekanan
pada harmonisasi antara perkembangan rohani dan intelek dalam kalangan pengikutnya
(Jamal Badi 2014).
43

Dari sudut pengajaran pula, banyak kaedah pengajaran dan penggunaan BBM
yang inovatif yang diamalkan oleh Rasulullah. Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim
Tamuri (2007) menghuraikan beberapa kaedah pengajaran Rasulullah, antaranya; al-
Quran dan as-Sunnah sebagai asas pengajaran, menggunakan komunikasi yang jelas
dan mudah, galakan dan ancaman, suruhan dan tegahan, syarahan, bercerita dan
metafora, isyarat dan lakaran, uswah hasanah dan agen penyebaran pengetahuan.
Mohammad Amir Wan Harun et al. (2015) pula merumuskan penggunaan BBM oleh
Rasulullah. Umumnya, Rasulullah menggunakan objek sekeliling, anggota badan
manusia serta manusia sebagai BBM. Secara ringkasnya, dapat difahami melalui rajah
di bawah:

Model BBM
Nabawi

Objek di Guru sebagai Pelajar sebagai


Sekeliling BBM BBM

Pelajar
Guru bersendirian
Objek lakaran bersendirian
sebagai BBM
sebagai BBM

Guru bersama Imaginasi pelajar


Objek fizikal
pihak lain sebagai BBM

Anggota Badan Anggota Badan


Guru sebagai Pelajar sebagai
BBM BBM

Rajah 2.6 Model BBM Nabawi

b) Model dan Teori mengenai Tahap Inovator

Perbincangan mengenai tahap inovatif guru penting kerana ia memberi kesan yang
signifikan dalam mendorong guru berinovasi serta bentuk inovasi yang akan dihasilkan
(McGeown 1980). Rogers (1983) mempopularkan istilah defusi inovasi (diffusion of
innovation) dengan membahagikan inovator dari sudut golongan yang
menyebarluaskan inovasi tersebut. Menurut Rogers (1983), ada lima tahap
penyebarluasan inovasi, iaitu; 1) inovator (2.5%), 2) pemakai awal (13.5%), 3) majoriti
44

awal (34%), 4) majoriti akhir (34%), dan 5) pencorot (16%). Mohd Azhar Abd Hamid
et al. (2006) meringkaskan kelima-lima tahap ini seperti jadual berikut:

Jadual 2.6 Ciri inovator


Tahap Ciri-ciri
sebarluas
Inovator • Berani dan boleh mengambil risiko
• Kebolehan memahami dan menggunakan pengetahuan teknikal yang
kompleks
• Kebolehan berhadapan dengan ketidakpastian dalam proses inovasi
Pemakai awal • Kesepaduan bahagian dalam sistem sosial
• Kepimpinan berkesan dan memiliki pendapat yang bernas
• Model ikutan bagi ahli masyarakat
• Dihormati oleh rakan
• Berjaya
Majoriti awal • Interaksi kerap dengan rakan
• Jarang memegang jawatan sebagai pemimpin
• Berhati-hati sebelum meniru idea
Majoriti akhir • Mendapat tekanan daripada rakan
• Keperluan ekonomi
• Ragu-ragu
• Berhati-hati
Pencorot • Tidak memiliki bakat kepimpinan
• Terasing
• Curiga terhadap inovasi
• Sumber yang terhad
• Sering merujuk masa lalu
• Proses keputusan inovasi mengambil masa yang panjang.

Kirton (2003) pula mengasaskan teori A-I, iaitu Adaption-Innovation Theory.


Teori ini mengukur sama ada daya kreativiti seseorang itu menghala kepada
penyesuaian (adaptive) atau inovatif (Ee & Tan 2009) secara kognitif (Kirton 2003).
Melalui teori ini, Kirton (2003) mengatakan bahawa, sama ada seseorang itu bersifat
penyesuaian atau inovatif, kedua-duanya adalah kreatif, namun melalui cara yang
berbeza. Penyesuai (adaptor) memilih untuk melalukan sesuatu yang lebih baik,
sebaliknya inovator memilih untuk melakukan sesuatu berbeza (Ee & Tan 2009; Kirton
2003). Berikut adalah perbezaan karakter antara penyesuai dan inovator menurut Kirton
(2003):
45

Jadual 2.7 Perbezaan karakter antara inovator dan adaptor


Penyesuai (adaptor) Inovator
Persepsi tingkah laku
Penyesuai menurut persepsi inovator: Inovator menurut persepsi penyesuai:
Bising, patuh, selamat, boleh diramal, tidak Glamor, teruja, tidak bising, tidak praktikal,
fleksibel, terikat dengan sistem, tiada toleransi berisiko, kasar, ancaman kepada sistem yang
kepada kesamaran stabil dan penyebab kekecohan
Dalam mendefinisikan masalah
Penyesuai cenderung untuk menerima masalah Inovator cenderung untuk menolak persepsi
sebagaimana yang ditakrifkan secara konsensus umum tentang masalah dan mentakrif semula
dan menerima secara umum kekangan yang masalah tersebut. Pandangan mereka tentang
dipersetujui. Kepentingan pertimbangan mereka masalah mungkin sukar untuk difahami. Mereka
adalah menyelesaikan masalah dengan cepat, kelihatan seperti kurang prihatin terhadap
menghadkan gangguan dan segera meningkatkan kecekapan dan mencari kemungkinan adanya
kecekapan. penyelesaian jangka panjang.
Dalam penjanaan penyelesaian
Penyesuai suka menjana beberapa penyelesaian Inovator biasanya menjana banyak idea, beberapa
yang asli, kreatif, relevan dan boleh diterima daripadanya kelihatan seperti tidak relevan atau
bertujuan untuk melakukan sesuatu yang lebih boleh diterima oleh orang lain. Idea sedemikian
baik. Mereka yakin terhadap penyelesaian selalunya mengandungi penyelesaian yang
tersebut dilaksanakan secara berkesan walaupun menghasilkan ‘melakukan sesuatu secara
masalah itu besar dan rumit. berbeza’.
Dalam pembentukan dasar
Penyesuai lebih suka situasi yang lebih mantap Inovator lebih suka kepada situasi yang kurang
dan berstruktur. Mereka terbaik dalam berstruktur. Mereka gunakan data baru sebagai
menggabungkan data atau peristiwa baru dalam peluang untuk menghasilkan struktur atau polisi
struktur atau polisi sedia ada dan menjadikannya baru, menerima risiko yang lebih besar terhadap
lebih cekap. paradigma semasa.
Dalam organisasi
Penyesuai penting untuk menguruskan sistem Inovator penting dalam menghadapi perubahan
sedia ada, tetapi ketika berlaku perubahan yang atau krisis yang radikal, tetapi mungkin ada
tidak dijangka, mereka akan mengalami masalah dari sudut menonjolkan diri bagi
kesukaran untuk memposisikan semula peranan. menguruskan perubahan dalam struktur
organisasi.

Kaufman dan Beghetto (2013) pula memperkenalkan Model Kreativiti 4 C (The


Four C Model of Creativitity) untuk membezakan tahap kreativiti yang dimiliki oleh
individu kreatif.

Rajah 2.7 Konsep 4c


46

Empat c yang dimaksudkan ialah; mini-c, Little-c, Pro-C dan BIG-C (Cheng
2018; Kaufman & Beghetto 2013):

Jadual 2.8 Maksud 4 c


Individu kreatif Wakil Contoh Individu
mini-c Mempunyai pandangan dan
tafsiran yang bermakna dan asli
dalam menjalani pembelajaran
Little-c Kreatif dalam kehidupan
seharian
Pro-C Kreatif tahap pakar, namun
belum sampai tahap lagenda
BIG-C Kreatif tahap genius Charles Darwin (BIG-C dalam ilmu biologi
evolusi)
Napolean (BIG-C dalam ilmu pelayaran)

Perbezaan antara keempat-empat tahap ini dijelaskan oleh Cheng (2018:723),


katanya, “mini-c adalah mana-mana pencapaian dalam aktiviti seharian. Jika dipupuk,
maka akan terhasillah Little-c dan Pro-C. Pro-C ditingkatkan dengan disiplin yang
memerlukan kepada kemahiran, pengetahuan dan kawalan. Pendidikan dapat
meningkatkan daya kreativiti Little-c kepada Pro-C.” Secara ringkasnya, mini-c
merujuk kepada kreativiti untuk memudahkan kehidupan sehariannya, Little-c pula
merujuk kepada kreativiti yang ditingkatkan melalui pembelajaran yang transformatif,
manakala Pro-C adalah kreativit yang dimiliki oleh seseorang yang pakar dan mahir
secara professional dan BIG-C pula merujuk kepada kreativiti yang mencapai
pencapaian yang ketara (Kaufman & Beghetto 2009). Berdasarkan model ini, Kaufman
dan Beghetto (2013) percaya bahawa semua orang kreatif, cuma yang membezakan
adalah tahap kreativiti yang dimiliki.

Selain itu, mereka juga percaya bahawa setiap orang memberi sumbangan
kepada kreativiti yang dimiliki oleh orang yang lebih kreatif padanya. Kata Kaufman
dan Beghetto (2013), BIG-C tidak akan wujud tanpa adanya mini-c kerana mini-c
mungkin menemui sesuatu perkara kecil, Little-c pula mengembangkan kemahiran
berdasarkan penemuan mini-c, manakala Pro-C pula mengasah bakatnya berdasarkan
pengembangan kemahiran pada Little-c. Kesemua itu penting kepada BIG-C.
Kefahaman ini sebenarnya mula diterima pada masa kini (Mohamad Mohsin Mohamad
47

Said & Nasruddin Yunos 2008). Oleh kerana itu timbul pelbagai kaedah diperkenalkan
untuk menambah baik kreativiti, antaranya melalui aktiviti yang melibatkan kognitif
kreativiti seperti sains, penulisan dan kelakar (Karwowski et al. 2017) serta design
thinking (Fu & Gao 2020).

c) Model Kim’s CAT

CAT adalah gabungan akronim C (creative climates), A (attitudes) dan T (thinking


skills) (Kim 2017b). Secara visual, Kim’s CAT boleh difahami melalui rajah di bawah:

Rajah 2.8 Model CAT

Dalam rajah ini, setiap penghasilan inovasi dipengaruhi oleh tiga faktor, iaitu;
iklim kreatif, sikap dan kemahiran berfikir. Iklim kreatif wujud daripada keluarga,
organisasi dan budaya persekitaran. Sikap pula boleh diukur melalui alat-alat ukur sedia
ada seperti Torrance Test of Creative Thinking-Figural (TTCT-F), Group Inventory for
Finding Talent, Group Inventory for Finding Interest dan Khana-Torrance Creative
Perception Inventory. Kemahiran berfikir pula boleh diukur menggunakan alat ukur
seperti Torrance Test of Creative Thinking-Figural (TTCT-F) dan Torrance Test of
Creative Thinking-Verbal (TTCT-V). Dari sudut sikap, sebanyak 27 sikap kreatif
dikategorikan kepada empat S, iaitu;

Jadual 2.9 Pembahagian sikap kreatif


Sikap Ciri-ciri
Sikap matahari • Optimistik
(Sun attitudes) • Pemikiran big-picture
• Ingin tahu
• Spontan
• Suka bermain
• Sangat bertenaga
bersambung…
48

…sambungan
Sikap rebut • Bebas
(storm attitudes) • Disiplin diri
• Rajin
• Efikasi kendiri
• Berdaya tahan
• Berani mengambil risiko
• Gigih
• Sikap menerima ketidaktentuan
Sikap tanah (soil • Minda terbuka
attitudes) • Bicultural
• Mentor
• Suka mencari sesuatu yang kompleks
• Berakal
Sikap angkasa • Beremosi
lepas (space • Belas kasihan
attitudes • Suka muhasabah diri
• Berautonomi
• Suka berkhayal
• Sikap tidak patuh
• Tidak bias pada jantina
• Suka bersikap bertentangan

Menurut Kim (2017), kesemua sikap ini dipengaruhi oleh iklim kreatif di
sekeliling diri seseorang, dan boleh dipelajari serta dikembangkan melalui persekitaran.
Tidak ada seorang pun individu kreatif akan memiliki kesemua 27 sikap ini. Walau
bagaimanapun, seorang inovator yang hebat mungkin memiliki kesemua 27 sikap ini.

Dari sudut kemahiran berfikir (T) pula, seseorang perlukan ION untuk
menghasilkan inovasi. ION adalah akronim bagi I (Inbox), O (Outbox) dan N
(Newbox). Pemikiran dalam kotak (inbox) adalah pemikiran yang sempit dan
mendalam, digunakan untuk mengembangkan kepakaran. Pemikiran dalam kotak ini
perlukan proses yang sistematik dan berterusan untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran
yang diperlukan untuk mengembangkan kepakaran. Ia bermula dengan kemahiran level
rendah, seperti kemahiran mengingat dan pemahaman terhadap sesuatu topik.
Kemudian, aplikasi terhadap ilmu tersebut dalam situasi sebenar. Akhirnya,
menggunakan kemahiran berfikir dalam kotak yang mendalam (deep-thinking skill),
iaitu kemahiran berfikir kritis. Secara visualnya pemikiran dalam kotak (inbox thinking)
dapat difahami melalui rajah di bawah:
49

Rajah 2.9 Pemikiran dalam kotak

Pemikiran luar kotak (O) pula sangat laju dan meluas, serta membantu dalam
kepelbagaian proses imaginasi dan pelbagai kemungkinan untuk mengeluarkan idea
yang unik. Imaginasi luar kotak melanggar peraturan, mencabar andaian dan merangka
semula idea atau informasi dalam pelbagai cara. Peringkat ini ada tiga kemahiran, iaitu;
imaginasi yang lancar, imaginasi yang fleksibel dan imaginasi yang asli. Imaginasi yang
lancar diperlukan untuk merangsang sebanyak mungkin idea. Lebih baik idea, lebih
baik dan unik pilihan idea yang ada. Imaginasi yang fleksibel pula adalah kemahiran
melihat kepelbagaian idea dari sudut yang berbeza atau melihat sesuatu objek atau
situasi biasa dari cara yang berbeza. Imaginasi yang asli pula adalah kemahiran untuk
menghasilkan idea baru. Secara visualnya, pemikiran luar kotak (O) boleh difahami
melalui rajah di bawah:

Rajah 2.10 Imaginasi luar kotak

Pemikiran kotak baru (N) menggabungkan elemen pemikiran dalam kotak (I)
dan pemikiran luar kotak (O) untuk menghasilkan inovasi. Ia menggabungkan dan
50

mensistesiskan idea hasil daripada pemikiran kritis dan mentransformasikannya idea


tersebut kepada inovasi. Inovasi itu perlu dipromosikan agar dapat diiktiraf sebagai
inovasi oleh masyarakat. Secara visual, pemikiran kotak baru boleh difahami melalui
rajah di bawah:

Rajah 2.11 Hubungan antara pemikiran dalam dan luar kotak yang menghasilkan pemikiran kotak baru

Model ini melibatkan pemikiran dalaman seseorang inovator dalam menghasilkan


inovasi. Model ini selaras dengan pandangan Asmawati Suhid et al. (2016) yang
mengatakan bahawa penghasilan inovasi hendaklah bermula dari dalam, bermula
dengan proses pemikiran dan mindset setiap individu.

d) Teori Tindakan Kreatif Individu

Teori ini diasaskan oleh Ford (1996) dengan mengintegrasikan ilmu psikologi dan
sosiologi mengikut ketetapan aspek-aspek berikut; kumpulan, organisasi, institusi dan
pasaran. Teori ini dibina atas asas gabungan pertimbangan (sense making), motivasi dan
pengetahuan dan kemahiran akan menentukan tahap kreativiti tindakan seseorang.
Semua perkara ini dipengaruhi oleh empat keadaan, iaitu; kelebihan kreativiti
(facilitates creativity), kekangan kreativiti (constrains creativity), kelebihan kebiasaan
(facilitates habits) dan kekangan kebiasaan (constrains habits).

Kelebihan teori ini adalah ia menggabungkan teori psikologi dan sosiologi.


Seperti yang dijelaskan oleh Ford (1996), kreativiti digunakan dalam ilmu psikologi,
manakala inovasi digunakan dalam ilmu sosiologi. Maka, jika dilihat daripada teori ini,
ada pengaruh persekitaran dikaitkan dengan tindakan kreatif seseorang invidividu.
51

Selain itu, teori ini turut mengaitkan motivasi dan kekangan dari sudut fasiliti dan sikap
seseorang, menjadikan teori ini sesuai digunakan dalam kajian ini. Kajian ini bukan
sekadar ingin melihat sikap, tetapi juga ingin melihat motivasi dan cara menghadapi
kekangan oleh guru inovatif pendidikan Islam ketika menghasilkan inovasi. Secara
ringkasnya, teori ini dapat difahami melalui rajah di bawah (Ford 1996):

Rajah 2.12 Teori Tindakan Kreatif Individu

e) Model Kreativiti Individu

Model ini diasaskan oleh Amabile )1983). Model ini menggariskan tiga komponen
penting yang diperlukan oleh seseorang individu kreatif, iaitu; 1) kemahiran yang
berkaitan dengan domain (domain-relevant skills), 2) kemahiran yang berkaitan dengan
kreatif (creative-relevant skills), dan 3) motivasi kerja (task motivation). Antara
kemahiran yang berkaitan dengan domain termasuklah; 1) pengetahuan tentang domain,
2) kemahiran teknikal yang diperlukan, dan 3) bakat berkaitan dengan domain.
Kemahiran ini bergantung kepada; 1) kebolehan kognitif semula jadi, 2) kemahiran
persepsi dan motorik yang semula jadi, dan 3) pendidikan formal dan tidak formal.

Bagi kemahiran yang berkaitan dengan kreatif pula, kemahiran yang diperlukan,
termasuklah; 1) stail kognitif yang sesuai, 2) pengetahuan tersurat dan tersirat yang
membolehkan seseorang itu menjana idea baru, dan 3) stail kerja yang kondusif.
Kemahiran ini turut bergantung kepada; 1) latihan, 2) pengalaman dalam menjana idea,
dan 3) karakter keperibadian. Untuk motivasi kerja pula, termasuklah; 1) sikap terhadap
kerja, dan 2) persepsi terhadap motivasi diri untuk menjalankan tugasan. Tahap
motivasi ini bergantung kepada; 1) tahap permulaan dan motivasi dalaman terhadap
52

tugasan, 2) keberadaan atau ketiadaan kekangan luaran yang penting, dan 3)


kemampuan individu untuk meminimakan kekangan luaran secara kognitif.

Kemahiran Berkaitan Kemahiran Berkaitan Motivasi Kerja


dengan Domain dengan Kreatif Termasuk:
Termasuk: Termasuk: Sikap terhadap kerja dan
Pengetahuan tentang Stail kognitif yang sesuai, persepsi terhadap motivasi
domain, kemahiran teknikal pengetahuan tersurat dan diri untuk menjalankan
yang diperlukan dan bakat tersirat yang membolehkan tugas
Bergantung kepada: seseorang itu menjana idea Bergantung kepada:
Kebolehan kognitif semula baru dan stail kerja yang Tahap permulaan dan
jadi, kemahiran persepsi dan kondusif motivasi dalaman terhadap
motoric semula jadi dan Bergantung kepada: tugasan serta keberadaan
pendidikan formal dan tidak Latihan, pengalaman dalam atau ketiadaan kekangan
formal menjana idea dan karakter luaran yang penting dan
keperibadian kemampuan individu untuk
meminimakan kekangan
luaran secara kognitif

Ada lima langkah yang perlu dilalui untuk seseorang berkreativiti, iaitu; 1)
pembentangan masalah atau tugasan, 2) persediaan, 3) jana idea, 4) sahkan idea, dan 5)
penilaian hasil. Setiap satu komponen ini akan memainkan peranan tersendiri apabila
seseorang individu itu melalui setiap satu langkah tersebut. Selepas melalui langkah-
langkah ini, hasilnya mungkin diklasifikasikan sebagai berjaya atau gagal. Ia adalah
pengakhiran kepada proses kreatif tersebut. Sebaliknya, jika selepas penilaian hasil
dilakukan, didapati hasilnya tidak sempurna, maka inovator tersebut perlu melalui
semula langkah kreatif tadi bermula daripada langkah 1.

Model Kreativiti Individu ini menjadi dasar kepada Model Inovasi Organisasi
yang dibangunkan oleh Amabile (1988). Menurut Amabile (1988), inovasi yang
dibangunkan oleh sesuatu organisasi bergantung kepada daya kreativiti pekerjanya. Hal
ini kerana peranan kognitif individu dalam menghasilkan inovasi tidak boleh disangkal
(Sawyer & Dezutter 2009). Pada masa yang sama, kesungguhan pekerja turut
memainkan peranan (Rajapathirana & Hui 2018). Oleh kerana itu, organisasi perlu
memberikan sokongan berbentuk ganjaran, dana dan seumpamanya untuk
meningkatkan tindakan kreatif individu itu sehingga terhasilnya inovasi. Oleh yang
demikian, individu dan organisasi saling memerlukan untuk menghasilkan inovasi.
Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, Model Kreativiti Individu menjadi asas kepada
53

kerangka kajian, manakala Model Inovasi Organisasi tidak dilihat secara mendalam.
Hal ini kerana kajian ini memberi fokus kepada Guru Inovatif, bukannya Organisasi
Inovatif.

Rajah 2.13 Model inovasi organisasi

2.3.3 Konsep guru inovatif

Setiap tahun ada satu pertandingan anjuran KPM, iaitu Pertandingan Guru Inovatif
(Wan Ali Akbar Wan Abdullah & Nursafra Mohd Zhaffar 2016, 2018). Dari sudut
pertandingan ini, guru inovatif dimaksudkan sebagai (Pejabat Pendidikan Daerah
Langkawi 2019):
• Guru yang berinovatif dapat menghasilkan inovasi dari segi bahan, kaedah,
strategi dan sebagainya untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran.
• Guru yang boleh menghasilkan inovasi yang asli atau penambahbaikan
terhadap sesuatu yang sedia ada yang meliputi aktiviti pembaharuan dan
perubahan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
54

• Guru yang boleh menghasilkan inovasi dalam konteks menterjemahkan


Kurikulum kebangsaan kepada proses pengajaran dan pembelajaran

Rozaini Tukimin (2021) merumuskan definisi ini dengan menyatakan guru


inovatif sebagai guru yang terlibat dalam beberapa proses pembangunan inovasi produk
sama ada produk konkrit mahupun abstrak. Sebagai guru inovatif, dia mesti rajin belajar
meningkatkan profesionalisme diri sebagai guru, meyakini inovasi sebagai salah satu
kaedah untuk membina personaliti pelajar, tidak bergantung kepada templat inovasi
sedia ada sebaliknya berusaha mengubah suainya agar sesuai dengan konteks yang ingin
digunakan serta tidak lemah semangat dengan kekangan-kekangan yang mendatang
ketika proses menghasilkan inovasi (Dilobarkhon 2019). Melalui pembelajaran, guru
inovatif sentiasa menemui idea-idea baru untuk menjadikan pengajarannya menarik,
bermakna dan bermanfaat (Kadir et al. 2018). Untuk tujuan itu, guru inovatif perlu
mempunyai beberapa kualiti, antaranya; pengetahuan tentang subjek, teknik moden,
ICT serta memahami pelajar serta sentiasa berhubung dengan persekitaran (Nurul
Mostafa Kamal 2019).

a) Kerangka Amalan Guru Inovatif Bahasa Arab

Rajah 2.14 Kerangka Amalan Guru Inovatif BA SR

Model ini dibentuk oleh Rozaini Tukimin (2021) hasil kajian yang dijalankannya.
Melalui model ini, guru perlu didorong untuk menghasilkan inovasi dan merangka
55

pelbagai strategi ketika menghadapi pelbagai masalah ketika menghasilkan inovasi.


Ketika menghasilkan inovasi, guru inovatif perlu melalui empat fasa utama penghasilan
inovasi dengan lapan langkah secara terperinci.

b) Model Sikap Inovatif Guru

Model ini dibangunkan oleh Thurlings et al. (2015) melalui kajian literatur yang
dijalankan terhadap 396 jurnal dan disertasi yang diterbitkan antara tahun 1990 hingga
April 2013. Melalui kajian ini, tiga faktor utama didapati mempengaruhi sikap inovatif
guru, iaitu; 1) faktor demografik, 2) faktor individu, dan 3) faktor organisasi. Antara
konstruk yang ditemui memberi kesan dalam faktor demografik ialah; 1) gaji, 2) cara
dibesarkan, 3) pendidikan, 4) pengalaman mengajar, dan 5) tugasan dalam sekolah.
Manakala, konstruk dalam faktor individu pula, ialah; personaliti, trait dan kompetensi.
Item dalam personaliti ialah; 1) keterbukaan, dan 2) rasa ingin tahu. Manakala item
dalam trait pula ialah; 1) sikap dan kepercayaan, 2) motivasi, 3) matlamat pembelajaran,
4) efikasi kendiri, 5) gigih, 6) dan lain-lain seperti kelakar, kepuasan kerja dan lain-lain.
Konstruk dalam kompetensi pula adalah; 1) pembangunan kompetensi secara spesifik
(kemahiran, penggunaan komputer dll), 2) mengenalpasti dan menilai peluang, 3)
menyelesai masalah, dan 4) pengetahuan kandungan pedagogi.

Konstruk dalam faktor organisasi pula ada enam, iaitu; 1) pemain atau hubungan
dengan orang lain, 2) fasiliti dan dana, 3) budaya, 4) tugasan, 5) karakter organisasi,
dan 6) faktor luaran. Item bawah pemain atau hubungan dengan orang lain ada empat,
iaitu; 1) interaksi, 2) sokongan, panduan dan maklum balas, 3) sebahagian daripada
kumpulan, dan 4) interaksi dengan pemain luar. Item untuk fasiliti dan dana pula ada
empat, iaitu; 1) fasiliti pembelajaran, 2) karakter persekitaran, 3) alatan dan teknologi,
dan 4) dana umum. Item bawah budaya pula ada tujuh, iaitu; 1) iklim bermain, 2) iklim
berinovasi, 3) iklim sekolah, 4) ketelusan, 5) budaya pembelajaran, 6) kekekangan
institusi, dan 7) mengubah falsafah pada integrasi ICT. Item bawah tugasan pula ada
lima, iaitu; 1) kawalan kerja, 2) tekanan masa, 3) kebebasan tugasan, 4) memerlukan
kreativiti, dan 5) reflek yang kritis. Item bawah karakter organisasi pula ada tiga iaitu;
1) susunan kelas, 2) karakter pelajar, dan 3) tindakan akademik sekolah. Faktor luaran
pula ada satu item, iaitu; undang-undang, peraturan dan polisi.
56

c) Maksud Guru Inovatif Pendidikan Islam

Antara dasar pendidikan kebangsaan adalah untuk memastikan Pendidikan Islam di


Malaysia bertaraf dunia dan menjadi penanda aras di peringkat antarabangsa dalam
menjana generasi berilmu, beriman dan beramal soleh (Kementerian Pendidikan
Malaysia 2012a). Maka, antara strategi pelaksanaannya adalah menempatkan guru yang
berkelulusan ikhtisas Pendidikan Islam sahaja, mempertingkatkan kualiti dan
profesionalisme guru Pendidikan Islam melalui latihan kepakaran yang bersesuaian dari
semasa ke semasa dan menyediakan bahan bantu mengajar Pendidikan Islam dan tulisan
jawi yang mencukupi, berkesan serta menepati keperluan dan perkembangan semasa
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2012a). Namun usaha ini masih gagal dicapai
sepenuhnya. Hal ini kerana hanya 91.7% sahaja guru agama di sekolah menengah
mempunyai kelayakan di peringat menengah, lebih rendah berbanding 95.65% daripada
keseluruhan guru di sekolah menengah yang mempunyai kelayakan yang sama
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2018). Kerisauan ini berasaskan kerana kajian
Ismail Abas et al. (2016) mendapati bahawa tahap guru KAFA dalam pengajaran dan
pembelajaran berada pada tahap sederhana, iaitu; aspek strategi berada pada tahap
sederhana tinggi (min: 3.08), aspek BBM berada pada tahap sederhana rendah (min:
2.44), aspek kaedah pengajaran berada pada tahap sederhana rendah (min: 3.00) dan
aspek profesionalisme berada pada tahap sederhana rendah (min: 2.84). Apabila dilihat
kepada demografi responden, 40.8% respons hanya mempunyai SPM dan hanya 3.2%
memiliki ijazah sarjana muda dan 28.0% mempunyai diploma.

Menjelang Gelombang 3 pelaksanaan PPPM 2013-2025, pendekatan PPB


memberi keutamaan kepada inisiatif kendiri berbanding inisiatif organisasi atau KPM.
Inisiatif kendiri, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2012b) ialah amalan bagi
membudayakan pembelajaran terarah kendiri dan memberikan autonomi pembangunan
profesionalisme yang digerakkan melalui perancangan kendiri, kawal selia kendiri,
penilaian kendiri dan peningkatan kendiri. Antara aktiviti PPB adalah penghasilan
inovasi (Kementerian Pendidikan Malaysia 2016b). Melalui inisiatif kendiri dalam PPB
ini, guru perlu mengambil inisiatif kendiri untuk menghasilkan inovasi. Guru
Pendidikan Islam turut sama terlibat dalam inisiatif kendiri ini. Ada segelintir guru
57

Pendidikan Islam yang telah mengorak langkah lebih awal untuk terlibat dalam kegiatan
inovasi, contohnya Ustaz Jasmi Amin, Ustazah Hashimad Md Yusof dan Ustaz Abdul
Wahab Khalid (Wan Ali Akbar Wan Abdullah & Nursafra Mohd Zhaffar 2018). Ustaz
Jasmi Amin terlibat aktif dalam penghasilan inovasi sehingga dinobatkan sebagai Ikon
Guru Inovatif Kebangsaan pada 2018 (Suhana Abdullah 2018).

Daripada definisi guru inovatif yang diberikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah
Langkawi (2019), maka guru inovatif Pendidikan Islam boleh didefinasikan sebagai
guru agama dari kalangan ustaz atau ustazah yang menghasilkan inovasi pengajaran
sama ada berbentuk kaedah, strategi atau bahan bantu mengajar yang mampu memberi
kesan kepada aktiviti pembelajaran pelajar sama ada dalam bentuk ilmu pengetahuan,
amalan dan penghayatan. Pengkaji sengaja memasukkan amalan dan penghayatan
sebagai hasil pengajaran kerana inovasi selalu dalam pendidikan selalu dikaitkan
dengan kognitif sehingga dilupakan objektif afektif iaitu melibatkan emosi, keimanan
dan sebagainya. Hal ini selari dengan pandangan Asmawati Suhid et al. (2016) yang
mengatakan bahawa Islam amat menekankan pendidikan Islam yang bersepadu,
merangkumi ilmu pengetahuan, amalan dan penghayatan untuk melahirkan insan yang
holistik dan cemerlang.

2.4 KARAKTER GURU INOVATIF

Kajian tentang karakter guru inovatif penting untuk dilaksanakan. Hal ini kerana kajian
telah menunjukkan bahawa karakter individu mempunyai kaitan yang signifikan
dengan tahap inovatif seseorang (Steel et al. 2012). Menurut Thurlings et al. (2015), ada
tiga sebab utama kenapa sikap inovatif diperlukan di sekolah, iaitu; 1) sikap inovatif
diperlukan untuk memastikan pendidikan sentiasa selari dengan peredaran semasa
dalam masyarakat, 2) kehadiran teknologi dan sudut pandang baru dalam pengajaran
memerlukan kepada sikap inovatif guru, dan 3) guru perlu menjadi contoh tauladan
kepada sikap inovatif kepada orang awam agar masyarakat dapat kekal bersaing secara
sihat. Selain itu, karakter juga menjadi satu set sistem dalam diri manusia yang
membezakan antara manusia kreatif dan tidak, manusia yang suka mengkaji dan tidak
dan sebagainya (Ivcevic & Mayer 2006). Set karakter itu menjadi kunci kepada tindakan
menghasilkan inovasi dilakukan ataupun tidak (Jirásek & Sudzina 2020). Dari sudut
58

yang berbeza, menurut al-Karasneh & Jubran (2013), guru pendidikan Islam adalah
pemimpin dalam kelas yang akan membantu pelajarnya berkreativiti. Bagaimana guru
dapat mengajar pelajar untuk kreatif jika guru tidak kreatif? Maka, guru pendidikan
Islam perlu mempunyai karakter kreatif dan inovatif agar pelajar yang kreatif dan
inovatif dapat dihasilkan. Dari sudut teori, terdapat enam teori berkaitan dengan
karakter, ringkasnya adalah seperti jadual berikut (Burger 2015):

Jadual 2.10 Penerangan mengenai teori Barat berkenaan dengan karakter


Teori Penerangan
Psychoanalytic Karakter yang berbeza dipengaruhi oleh minda tanpa sedar
Trait Manusia memiliki satu set perwatakan yang pelbagai
Biological Karakter manusia diwarisi secara turun temurun
Humanistic Tanggungjawab peribadi dan rasa penerimaan diri adalah kunci kepada
perbezaan karakter manusia
Behavioral/Social Karakter manusia berbeza mengikut keadaan dan jangkaan
learning
Cognitive Karakter manusia berbeza mengikut cara manusia memproses maklumat

Keenam-enam teori ini diakui tidak menyeluruh oleh Burger (2015) dan setiap
satunya saling memerlukan untuk membahaskan mengenai manusia secara sempurna.
Hal ini berbeza dengan konsep-konsep dalam Islam yang sememangnya bersifat
menyeluruh (Al-Qaradhawi 2012) termasuklah perbahasan berkenaan dengan karakter
(Salbiah Mohamed Salleh 2018). Perkaitan tentang karakter dalam Islam terletak pada
perbahasan mengenai akhlak (Khosim 2016). Akhlak adalah watak dan karakter semula
jadi manusia (Al-Misri 2014). Al-Misri (2014:9) menukilkan pandangan al-Jurjani
mengenai akhlak, katanya:

Akhlak adalah satu frasa mengenai jiwa yang kukuh dan sumber semula jadi
tanpa memerlukan fikiran. Jika yang terbit daripadanya satu perbuatan yang
baik, maka akhlaknya adalah akhlak yang baik. Jika yang terbit daripada satu
perbuatan yang buruk, maka akhlaknya adalah akhlak yang buruk. Namun, jika
yang keluar daripadanya disebabkan nazar yang diniatkan, maka tidaklah
disebut sebagai akhlak kerana yang keluar daripada dirinya bukanlah semula
jadi.

Dapat difahami daripada kata-kata al-Jurjani dua perkara, iaitu; 1) hanya sesuatu
yang dilakukan secara semula jadi adalah akhlak, sebaliknya sesuatu yang dilakukan
dengan niat yang lain, bukanlah akhlak, dan 2) akhlak terbahagi kepada dua, iaitu;
59

akhlak yang baik dan akhlak yang buruk. Menurut Al-Jauziyyah (2008), akhlak
mahmudah (akhlak yang baik) berada di tengah-tengah antara dua akhlak mazmumah
(akhlak yang tercela). Contohnya, sifat pemurah berada antara sifat suka membazir dan
kedekut, manakala sifat tawaduk berada antara sifat takabbur dan rendah diri. Oleh itu,
akhlak individu Muslim tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih, sebaliknya perlu
sentiasa waṣaṭiyyat, iaitu berada di antara dua akhlak mazmumah.

Wasatiyyah

Kurang
Kurang Lebih
Akhlak Mazmumah Akhlak Mahmudah Akhlak Mazmumah

Rajah 2.15 Konsep Akhlak Islam

Menurut Al-Misri (2014), sistem akhlak dalam Islam bercirikan dua perkara,
iaitu; karakter ketuhanan dan karakter manusiawi. Karakter ketuhanan adalah maksud
sebenar akhlak iaitu karakter manusia itu mestilah mengikut kehendak Allah yang
menciptanya, selaras dengan wahyu yang diturunkan sebagai panduan, manakala
karakter manusiawi pula mengandungi prinsip umum yang manusia tentukan sendiri
karakter khusus yang perlu ada pada mereka berdasarkan peranan mereka di dunia.
Tahap inovatif seseorang guru boleh dinilai berdasarkan pemikiran dan karakternya
(Tura & Akbasli 2021).

2.4.1 Pemikiran Inovator

Menurut Azrina Sobian (2012), setiap manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat
kreatif dan inovatif. Ia bercanggah dengan pernyataan oleh Mohd Azhar Abd Hamid et
al. (2006) yang menyebut bahawa kebolehan kreatif dan inovatif adalah kebolehan
semulajadi inovator. Mohd Azhar Abd Hamid et al. (2006) membezakan antara
kebolehan kreatif dan inovatif yang dimiliki oleh orang biasa dan seorang pereka cipta.
Walau bagaimanapun, pada akhir perbincangan mereka tentang konsep kreativiti,
mereka menyebut tentang kepentingan memiliki kepakaran dan pengetahuan dalam
bidang tertentu untuk membenih dan menyuburkan idea kreatif. Ilmu, kepakaran dan
pengetahuan adalah sesuatu yang boleh ditambah dan dimiliki oleh semua orang. Oleh
itu, ia dilihat selaras dengan konsep asal yang disebut oleh Azrina bahawa semua orang
60

memiliki potensi kreativiti dan inovasi. Cuma yang membezakannya, hanya kekuatan
dan kualiti kreativiti dan inovasi seseorang sahaja (Azrina Sobian 2012). Untuk
memastikan pemikiran kreatif berada pada tahap tinggi, pemikiran kreatif dan inovatif
perlu dirangsang sentiasa (Shaheen 2010).

Berfokus kepada sifat inovator, Chua Yan Piaw (2012) menyebut bahawa tiada
satu pun teori mengenai kreativiti dan inovasi yang dapat diterima oleh semua pengkaji.
Hal ini disebabkan oleh definisi berbeza yang diletakkan oleh kesemua pengkaji. Oleh
itu, kesemua alat pengukuran kreativiti hanya dilakukan berdasarkan definisi pengkaji
semata-mata. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 60 alat untuk mengukur tahap
kreativiti manusia, namun semuanya bersandarkan kepada definisi pengkaji tersebut.
Walau bagaimanapun, secara umumnya, pelbagai karakter inovator telah disenaraikan
oleh ramai sarjana (Nazeri Mohammad 2014). Sebelum berbicara mengenai karakter
yang perlu ada pada inovator, penting untuk mengetahui cara berfikir seorang inovator.
Ini kerana, inovasi bermula dengan cara seseorang berfikir (Mohd Yusof Othman 2012).
Inovasi merupakan terjemahan kepada idea yang kreatif (Mohd Azhar Abd Hamid
2004). Pemikiran kreatif adalah satu usaha secara sedar yang melibatkan pencetusan
idea kreatif berserta tindakan kreatif terhadap sesuatu konsep atau pendekatan atau ciri-
ciri lama (Noor Hisham Md Nawi 2014).

Abu Bakar Yang (2012) menyenaraikan 13 ciri akal yang sentiasa berfikir untuk
menghasilkan inovasi, iaitu: 1) akal yang cinta pada ilmu, 2) akal yang sentiasa ingin
melakukan sesuatu, 3) akal yang memiliki komitmen, 4) akal yang tekun, 5) akal yang
boleh mengurus, 6) akal yang boleh membuat gambaran, 7) akal yang berfikiran positif,
8) akal yang memiliki visi, 9) akal yang mampu belajar daripada kegagalan, 10) akal
yang memikul amanah, 11) akal yang memiliki keberanian, 12) akal yang sentiasa
dalam lingkungan intelekual, dan 13) akal yang saintifik. Noor Hisham Md Nawi (2014)
pula menyebut bahawa, seorang inovator yang kreatif perlu mempunyai pemikiran-
pemikiran seperti: 1) terbuka dan asertif, 2) tidak mengutamakan logik, 3) suka
mencuba, 4) proaktif dan dinamik, 5) berpandangan jauh dan bermaklumat, 6) melihat
masalah dari sudut yang positif, 7) mengutamakan keaslian idea, dan 8) ciri-ciri lain,
seperti; daya tumpuan yang tinggi, sanggup menerima kritikan, berani mengambil
risiko, mempunyai inisiatif yang tinggi untuk mencapai sesuatu, tidak dahagakan
61

pengiktirafan, keperibadian yang stabil, merintis dan meneroka idea baru, mempunyai
perasaan ingin tahu yang kuat, minat pada seni, berjiwa halus dan tertarik pada perkara
misteri dan kompleks. Sebagai tambahan, Mohd Azhar Abd Hamid (2004) juga
menyenaraikan beberapa sifat pemikir kreatif yang lain, seperti gigih dan berfikir secara
imej.

Dari sudut kesan daripada kefahaman mengenai maksud inovasi, pemikiran


inovatif boleh dilihat daripada lima sudut, iaitu; 1) kemahiran mengenal pasti keperluan
dan masalah, 2) kemahiran menjana atau mengubah suai idea, 3) kemahiran
membangunkan produk berdasarkan idea baru, 4) kemahiran memastikan inovasi
tersebut sesuai dengan sasarannya, dan 5) kemahiran mengadaptasi atau meningkatkan
inovasi dengan nilai tambah (Morad et al. 2021).

2.4.2 Karakter Inovator

Kajian mengenai karakter inovator telah lama dijalankan. Contohnya, Freeman et al.
(1968) menyatakan bahawa lebih tinggi daya kreativiti seseorang kanak-kanak, lebih
tinggi daya humor yang dimilikinya, datang daripada keluarga yang rendah tahap
akademik, mempunyai pencapaian luar biasa dalam kerja sekolah yang berkaitan
dengan kelebihan IQ dan lain-lain. Thurlings et al. (2015) menjalankan kajian
kepustakaan tentang karakter inovator, lalu merumuskan tiga faktor individu yang
mempengaruhi sikap inovatif guru, iaitu; 1) personaliti, 2) karakter, dan 3) kepakaran.
Personaliti dirumuskan dari dua kategori, iaitu; 1) rasa ingin tahu, dan 2) keterbukaan.
Karakter inovator pula ditemakan kepada enam kategori, iaitu; 1) sikap dan
kepercayaan, 2) motivasi, 3) orientasi pencapaian pembelajaran, 4) efikasi kendiri, 5)
tekun, dan 6) lain-lain. Secara terperinci, karakter inovator adalah seperti jadual berikut:

Jadual 2.11 Karakter inovator


Sikap dan Kepercayaan Motivasi
• Kepercayaan terhadap cabaran kerja • Motivasi intrinsik
• Kepercayaan terhadap konstruktivist • Seronok dan enjoy dengan kerja
guru
• Kepercayaan kerja
• Kepercayaan guru
• Kepercayaan pendidikan konstruktivist
bersambung…
62

…sambungan
• Sikap positif terhadap penggunaan ICT Orientasi pencapaian pembelajaran
• Sikap terhadap penggunaan ICT sebagai • Minat untuk mempelajari ilmu baru
BBM • Minat yang mendalam untuk
• Persepsi terhadap masalah mempelajari ilmu baru
• Sikap dan norma terhadap profesyen • Orientasi pembelajaran guru
• Sikap yang mencabar terhadap kerja Efikasi kendiri
• Visi • Efikasi kendiri
• Pengiktirafan kepada perubahan • Yakin diri
• Identiti professional
Tekun
• Bermanfaat untuk guru dan pelajar
• Tekun ketika menghadapi cabaran
• Mengubahsuai definisi pengajaran
berkesan
Lain-lain
• Kelakar
• Sikap suka bermain-main
• Matlamat yang bebas
• Kepuasan kerja
• Tabiat berfikir

Kirton (1976) pula memberikan perbezaan karakter antara penyesuai (adaptor)


dan inovator, iaitu seperti berikut:

Jadual 2.12 Perbezaan karakter antara inovator dan adaptor


Penyesuai Inovator
Dicirikan sebagai tepat, boleh dipercayai, Dilihat sebagai tidak berdisiplin, berfikir secara
berkesan, berhemah, berdisiplin, pandai tangen, melakukan tugasan dari sudut yang
menyesuaikan diri berbeza
Fokus kepada menyelesaikan masalah Boleh dikatakan menjumpai masalah dan
berbanding mencari masalah merungkai cara-cara untuk menyelesaikan
masalah
Mencari penyelesaian masalah dengan percubaan Bertanya tentang masalah dengan andaian yang
dan kaedah yang boleh difahami bersesuaian; manipulasi masalah
Mengurangkan masalah dengan penambahbaikan Menjadi pemangkin kepada kumpulan
dan kecekapan yang mantap serta penyelesai, tidak mengambil kira pandangan
kesinambungan dan kestabilan yang maksima consensus mereka; dilihat sebagai kasar,
mewujudkan kekecohan
Dilihat sebagai bising, patuh, selamat, boleh Dilihat sebagai tidak bising, tidak praktikal,
dipercayai sering mengejutkan pihak bertentangan
Bertanggungjawab untuk membuat matlamat Terus kejar matlamat untuk dicapai tanpa
batasan
Kelihatan tidak tahan dengan kebosanan, seolah- Hanya mampu melakukan kerja rutin yang
olah dapat kekal melakukan kerja yang terperinci terperinci dalam waktu yang singkat sahaja.
dengan ketepatan yang tinggi Cepat mencari orang lain untuk melakukan
tugasan rutin.
Menjadi orang yang berautoriti dalam struktur Selalunya cenderung untuk mengawal keadaan
yang diberikan yang tidak tersusun
bersambung…
63

…sambungan
Kadang-kadang mencabar undang-undang, Selalu mencabar undang-undang, kurang hormat
secara berhati-hati, apabila mendapat sokongan pada adat lampau
yang kuat
Cenderung kepada keraguan diri yang tinggi. Kelihatan seperti mempunyai keraguan diri yang
Bertindak balas terhadap kritikan dengan rendah apabila menjana idea, tidak memerlukan
kepatuhan. Terganggu dengan tekanan sosial dan konsensus untuk kekal dengan idea asal apabila
pihak berkuasa; patuh berdepan dengan pihak bertentangan
Penting untuk memastikan institusi berfungsi Dalam institusi, sangat sesuai ketika berhadapan
sepanjang masa, tetapi kadang-kadang perlu dengan krisis yang tidak dijangka, atau lebih
dibawa keluar daripada sistem baik lagi untuk membantu mengelakkan
daripada krisis tersebut berlaku, jika dia dapat
mengawalnya
Apabila berhadapan dengan inovator: Apabila berhadapan dengan penyesuai:
membekalkan kestabilan, ketenteraman dan membekalkan orientasi tugasan, memutuskan
kesinambungan kepada persahabatan itu. teori yang lama dan telah diterima
Sensitif terhadap orang, mengekalkan perpaduan Tidak sensitif kepada orang, sering mengancam
dan kerjasama kumpulan. perpaduan dan kerjasama kumpulan.
Menyediakan asas yang selamat untuk operasi Menyediakan dinamika untuk membawa
inovator yang berisiko itu. perubahan radikal secara berkala, tanpa
menyusahkan institusi

Hasan Langgulung (1991) mengkategorikan karakter individu kreatif kepada


dua, iaitu; karakter individu kreatif dan karakter individu yang memiliki kemampuan
kreatif. Perbezaan antara dua kategori ini ialah; individu kreatif telah terbukti berjaya
menghasilkan sesuatu yang kreatif, sebaliknya individu yang memiliki kemampuan
kreatif, dikesan mempunyai potensi untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif, namun
tidak semestinya terdorong untuk mencipta sesuatu yang kreatif. Karakter individu
kreatif ada tiga yang utama, iaitu; 1) keterbukaan terhadap pengalaman, 2) penilaian
dalaman, dan 3) kesanggupan berinteraksi secara bebas dengan unsur-unsur. Selain
daripada itu, karakter lain bagi individu kreatif adalah seperti; mempunyai kecerdasan
yang tinggi, memiliki kuasa, suka menolak tradisi, ego, matang, tenang, realistik, suka
mengasingkan diri dan tidak suka berkumpul dalam aktiviti-aktiviti tertentu, serious
dalam kehidupan, suka termenung, berdikari, bebas dan selesa dengan kehidupan
bersendiri dan tidak mempedulikan orang sekeliling.

Karakter individu yang memiliki kemampuan kreatif pula dilihat daripada


kajian universiti dan kajian umum. Kesimpulan daripada kajian universiti, karakter
individu yang memiliki kemampuan kreatif, antaranya; bebas, bersungguh-sungguh dan
berdikari, lebih suka menyendiri, petualang, bertoleransi dengan kesamaran, suka
kepada suasana yang samar dan tidak suka batasan. Bagi kajian umum pula, dapatan
64

menunjukkan individu yang memiliki kemampuan kreatif mampu menyeimbangkan


antara karakter seorang ekstrovert dan introvert. Antara karakter ekstrovert ialah; baik
hati, mudah menyesuaikan diri, bekerjasama dan dapat dipercayai, gembira dan
pelawak, cepat berfikir, berterus-terang, gembira dengan diri dan kehidupan,
menyatakan sesuatu dengan mudah tanpa menyembunyikan sesuatu, berifat sosial dan
mudah bergaul. Karakter introvert pula, antaranya; berdikari, mempunyai pendapat
sendiri, mudah tersinggung, tidak pandai mengawal emosi, tidak tunduk kepada
tuntutan budaya walaupun menghormati tuntutan sosial, mempunyai cita-cita yang
tinggi. Selain itu, antara karakter individu yang memiliki kemampuan kreatif, adalah;
lebih gembira, lebih terkenal kerana sentiasa mengemukakan idea yang pelik tapi
berfaedah, lebih bebas dalam pergaulan dan pemikiran, cenderung untuk menguasai dan
sukar dikuasai, paling berdikari, paling bersungguh-sungguh, mudah bersahabat,
banyak cakap, suka menyelesaikan masalah dan mempunyai cita-cita yang tinggi.

Dawson dan Andriopoulos (2017) pula menyebut bahawa ada banyak karakter
yang mempunyai kaitan dengan pencapaian kreatif, tujuh yang utama adalah; 1) berani
mengambil risiko, 2) memiliki keyakinan diri, 3) bertoleransi dengan kesamaran, 4)
mahukan pencapaian, 5) proaktif, 6) memiliki autonomi, dan 7) tidak patuh. Mohd
Azhar et al (2012) pula menyenaraikan 11 sifat atau personaliti yang perlu ada bagi
seorang inovator secara umumnya, iaitu: 1) kreativiti tahap tinggi, 2) dahagakan ilmu
pengetahuan, 3) berwawasan, 4) praktikal, 5) imaginatif, 6) bekerjasama, 7) banyak
idea, 8) suka bertanya, 9) suka membuat eksperimen, 10) bermotivasi, dan 11) gigih.
Isbell dan Raines (2012) pula menyenaraikan 11 sifat yang perlu ada bagi guru yang
kreatif, iaitu: 1) fleksibel, 2) belajar sepanjang hayat, 3) ambil berat perasaan pelajar, 4)
menghargai perkara-perkara yang cantik, 5) sentiasa mereflek terhadap tindakannya, 6)
kelakar, 7) ada banyak idea, 8) kelihatan seperti tidak terurus, 9) gembira bersama
pelajar, 10) berpendirian, dan 11) memiliki keyakinan yang tinggi. Kementerian
Pendidikan Malaysia (2011) pula menyatakan menyebut beberapa personaliti yang
biasa ada pada individu yang kreatif, iaitu; bertoleransi dengan kesamaran atau
ketidaktentuan, berkesanggupan dan gigih menangani halangan dan cabaran,
berkesanggupan untuk terus mengembangkan idea, menemui idea baru dan
meningkatkan mutu hasil kerja, berkesanggupan mengambil risiko, dan percaya dan
yakin kepada diri sendiri.
65

Kajian oleh Amabile (1988) telah menggariskan sepuluh kualiti yang


mempengaruhi kreativiti dan lima kualiti yang menghalang kreativiti. Sepuluh kualiti
yang mempengaruhi kreativiti ialah; 1) pelbagai personaliti yang berkait dengan
penyelesai masalah, 2) motivasi kendiri, 3) kemampuan kognitif yang istimewa, 4)
orientasi risiko, 5) pakar dalam bidang, 6) kualiti kumpulan, 7) luas pengalaman, 8)
kemahiran sosial, 9.5) bijak, dan 9.5) tidak terikat dengan cara lama. Lima kualiti yang
menghalang kreativiti pula ialah; 1) tidak bermotivasi, 2) tidak berkemahiran, 3) tidak
fleksibel, 4) mempunyai motivasi luaran, dan 5) tiada kemahiran untuk bersosial. Selain
itu, kajian Wan Ali Akbar Wan Abdullah et al. (2019) terhadap karakter seorang sahabat
Rasulullah s.a.w., iaitu Salman al-Farisi dari sudut keinovatifannya mendapati terdapat
11 sifat inovatif pada diri Salman, iaitu; 1) berilmu, 2) mempunyai idea yang gila-gila,
3) sifat ingin tahu yang tinggi, 4) berdikari dan berautonomi dalam membuat keputusan,
5) sentiasa mahukan yang terbaik, 6) berpegang teguh kepada kebenaran, 7) menilai
sesuatu dengan akal yang cerdas, 8) mempunyai matlamat yang jelas, 9) cermat dalam
tindakan, 10) kelakar, dan 11) tawaduk.

Kajian tentang persepsi guru pendidikan Islam di Jordan terhadap karakter


kreatif yang dimiliki oleh mereka telah dijalankan oleh al-Karasneh dan Jubran (2013).
Kajian kuantitatif ini dijalankan ke atas 112 guru sekolah rendah dan sekolah menengah.
Dapatan menunjukkan guru pendidikan Islam menilai diri mereka positif dalam semua
karakter dengan nilai keseluruhan min 3.98. Lapan karakter yang dikaji, adalah; 1)
tekun terhadap kerja (min: 4.19), 2) bebas (min: 4.00), 3) menetapkan matlamat (min:
3.86), 4) asli (min: 3.98), 5) fleksibel (min: 3.81), 6) memiliki minat yang meluas (min:
3.85), 7) cerdik (min: 3.86), dan 8) motivasi (min: 4.05). Di Malaysia, kajian mengenai
sikat kreatif dan tahap proaktif GPI sekolah rendah telah dijalankan oleh Hashimah Md
Yusoff (2019). Dapatan menunjukkan tahap keterbukaan GPI (min: 3.69) dan tahap
personaliti proaktif GPI (min: 3.83) berada pada tahap tinggi. Walau bagaimanapun,
kajian ini dilaksanakan terhadap GPI sekolah rendah secara umum dan bukannya secara
berfokus kepada GPI yang terbukti mempunyai sikap kreatif dan inovatif.
66

2.4.3 Karakter Guru Inovatif

Kajian mengenai karakter guru inovatif telah dijalankan oleh Wan Ali Akbar Wan
Abdullah et al. (2019) terhadap dua tokoh dalam surah al-Kahfi, iaitu Khidir sebagai
guru dan Zulkarnain sebagai inovator. Dapatan kajian telah membentuk kerangka
konsep guru inovatif berdasarkan surah al-Kahfi. Berdasarkan kerangka itu, tiga
karakter perlu ada bagi guru dan inovator, iaitu; 1) berilmu, 2) ikhlas, dan 3) cermat dan
teliti. Selain daripada itu, karakter yang perlu ada pada guru sepertimana yang ada pada
Nabi Khidir ada sepuluh, iaitu; 1) menguji tahap pelajar untuk mengenal potensi
mereka, 2) menetapkan peraturan untuk pelajar, 3) sabar dan tegas, 4) memberi
penerangan sehingga difahami pelajar, 5) mengamalkan ilmu dan tidak mengikut hawa
nafsu, 6) mengutamakan maslahah yang lebih besar, 7) menjaga khazanah ilmu, 8)
menjaga adab dengan Allah, 9) menjadi contoh kepada ajarannya sendiri, dan 10) tidak
kekok mengajar pelajar yang lebih tinggi kedudukannya. Manakala, karakter inovator
sepertimana yang ada pada Zulkarnain ada lima, iaitu; 1) mengenalpasti masalah dan
cara penyelesaian terbaik, 2) bekerjasama, 3) menjamin keberkesanan inovasi yang
dihasilkan, 4) meletakkan tempoh jangka hayat pada inovasi yang dihasilkan, dan 5)
merendah diri.

2.4.4 Karakter Guru Pendidikan Islam

Karakter guru Pendidikan Islam boleh dilihat melalui konsep lima mim. Konsep lima
mim membincangkan mengenai amalan guru Pendidikan Islam melalui lima komponen,
iaitu; mudarris, mu’addib, murabbi, murshid dan muᶜallim (Ab. Halim Tamuri & Zarin
Ismail 2006; Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri 2007). Menurut Ab. Halim
Tamuri et al. (2016), berteraskan konsep lima mim, guru Pendidikan Islam perlu lebih
kreatif dalam memberi kefahaman dan mengawasi aktiviti pelajar, serta mewujudkan
suasana pembelajaran yang positif dan kondusif dalam dan luar bilik darjah. Berikut
adalah karakter guru Pendidikan Islam menurut konsep lim mim (Ab. Halim Tamuri &
Zarin Ismail 2006; Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri 2007):
67

Jadual 2.13 Karakter GPI menurut konsep lima mim


Mudarris Murabbi
• Menarik perhatian pelajar semasa PdP • Menerapkan unsur ketauhidan
• Menstrukturkan kandungan pengajaran • Menerapkan nilai kemanusiaan
• Mengaitkan dengan pengetahuan sedia • Menyahkan nilai bukan Islam
ada pelajar • Menggunakan bahasa komunikasi yang
• Memperkenalkan tajuk pengajaran sesuai dengan pelajar
semasa pengajaran • Memotivasikan pelajar
• Menyampaikan maklumat dengan • Mengenali pelajar dan keluarga mereka
mudah, tepat dan jelas • Mendampingi pelajar dengan mesra
• Menggunakan papan putih dengan • Menunjukkan kasih sayang terhadap
berkesan pelajar
• Menyesuaikan strategi pengajaran • Menghormati idea atau potensi pelajar
dengan masa, minat dan kebolehan atau • Menegur pelajar secara hikmah (tidak
tahap pelajar mengugut, sindir atau berleter)
• Menyesuaikan tahap pengajaran dengan • Menghukum pelajar untuk mendidik dan
sumber yang sedia ada bukan mendenda
• Mengawal bilik darjah dengan baik • Memanggil pelajar dengan mesra dan
(pembelajaran yang kondusif) penuh kasih sayang
• Menggunakan bahan bantu mengajar • Mewujudkan hubungan keibubapaan
(BBM) yang sesuai dan berkesan dengan pelajar
• Memiliki sifat kecindan atau humor Murshid
• Memiliki kemahiran interpersonal yang • Bersikap adil terhadap pelajar
baik • Mengamalkan ciri musyawarah
• Mempelbagaikan teknologi pengajaran • Mempamerkan sikap tegas
dengan berkesan • Mempamerkan sikap kepimpinan yang
• Mempelbagaikan teknik menyoal mesra kepada pelajar, ibubapa dan
semasa pengajaran masyarakat
• Menjawab persoalan pelajar dengan • Menampilkan kepimpinan berhikmah
penuh hikmah • Mencetuskan idea atau semangat pelajar
• Mengesan masalah pembelajaran pelajar untuk maju dan berjaya
• Menjarakkan pengajaran (lambat atau • Bertindak pantas terhadap isu yang
cepat) dihadapi oleh pelajar
• Mengajar mengikut urutan kandungan • Menggalakkan daya kepimpinan dalam
pengajaran kalangan pelajar
• Memberi peneguhan kepada pelajar • Mengawal suasana pembelajaran dan
semasa pengajaran kelas dengan berkesan
• Mengajar secara aktif atau cergas di • Membimbing pelajar membuat
dalam atau luar bilik darjah atau kelas keputusan
• Menggunakan tulisan Jawi dengan baik • Mengaitkan tanggungjawab pelajar
• Membuat penilaian formatif terhadap sebagai khalifatullah
pembelajaran pelajar
• Membuat rumusan pengajaran
• Memberi tugasan lanjutan atau kerja
rumah
• Muhasabah pengajaran menurut
perspektif Islam
Mu’addib Muᶜallim
• Memakai pakaian yang sesuai dan • Memiliki dan menguasai ilmu
kemas (menutup aurat) • Menghargai dan meningkatkan ilmu
• Menepati masa • Menepati fakta (tiada kesalahan fakta)
• Menuturkan kata-kata yang sopan dan • Menyepadukan ilmu intra dan inter
berhemah bidang
• Menunjukkan kewibawaan (berautoriti • Menguasai huraian dan sukatan
dan berilmu) pelajaran
• Menunjukkan sikap prihatin terhadap • Mengetahui isu semasa
kebajikan pelajar bersambung…
68

…sambungan
• Mempamerkan sifat tawaduk atau • Menggalakkan percambahan ilmu
rendah diri • Merangsang kemahiran berfikir kreatif
• Mempamerkan sifat keceriaan dan kritis
• Menerapkan akhlak semasa PdP • Memahami konteks ilmu
• Mengambil berat terhadap • Mempelbagaikan sumber ilmu
perkembangan adab pelajar • Menguasai kemahiran jawi
• Menjaga maruah diri • Menggalakkan pembelajaran kendiri
• Menampilkan perwatakan atau • Mengaplikasikan ilmu dan menjelaskan
personaliti yang baik idea
• Mengamalkan budaya penyelidikan

Penggunaan konsep ini sangat bersesuaian kerana ada karakter tertentu yang
dilihat menepati karakter yang ditunjukkan oleh inovator. Contohnya, ciri mudarris
perlu ada bagi semua guru pendidikan Islam kerana ciri ini adalah tugas hakiki GPI
(Nurul Asiah Fasehah Muhamad 2015), termasuklah guru inovatif pendidikan Islam.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah dan Nursafra Mohd Zhaffar (2016) mengaitkan 11
karakter mudarris yang ada pada ustaz inovatif, iaitu; 1) menarik perhatian pelajar
semasa PdP, 2) menyampaikan maklumat dengan mudah, tepat dan jelas, 3)
menggunakan papan putih dengan berkesan, 4) menyesuaikan strategi pengajaran
dengan masa, minat dan kebolehan atau tahap pelajar, 5) menyesuaikan strategi
pengajaran dengan sumber sedia ada, 6) menggunakan BBM yang sesuai dan berkesan,
7) mempelbagaikan metodologi pengajaran yang berkesan, 8) mengesan masalah
pembelajaran pelajar, 9) membuat penilaian formatif terhadap pembelajaran pelajar, 10)
membuat rumusan pengajaran, dan 11) muhasabah pengajaran menurut perspektif
Islam. Memiliki sifat kecindan dan humor turut mempunyai perkaitan yang sangat rapat
dengan karakter inovator (Freeman et al. 1968; Thurlings et al. 2015), namun tidak
dinyatakan oleh Wan Ali Akbar Wan Abdullah dan Nursafra Mohd Zhaffar (2016).

Selain itu, ciri muᶜallim juga penting kerana inovasi hanya dapat dihasilkan
melalui penggabungjalinan ilmu yang berbeza (Ibn Khaldun 2001; Wan Ali Akbar Wan
Abdullah & Nursafra Mohd Zhaffar 2018). Tambahan daripada ini, karakter lain banyak
yang berkait rapat dengan karakter inovator. Contohnya, guru inovatif perlu mengetahui
matlamat inovasi dihasilkan (Ford 1996), iaitu untuk kemenjadian pelajar. Maka dia
perlu mengenali pelajar seperti ciri yang adalah pada murabbi (Kamarul Azmi Jasmi &
Ab. Halim Tamuri 2007). Guru inovatif juga perlu kreatif untuk berfikir luar kotak (Kim
2017b), maka sudah tentu dia mampu mencetuskan idea atau semangat kepada pelajar
untuk maju dan berjaya sepertimana ciri murshid (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim
69

Tamuri 2007). Guru inovatif sebagai mu’addib juga perlu mengambil berat terhadap
perkembangan adab pelajar agar dapat memikirkan inovasi yang dapat dihasilkan bagi
menerapkan adab kepada pelajar.

Kajian oleh Nurul Asiah Fasehah Muhamad (2015) terhadap amalan pengajaran
GPI menggunakan konsep lima mim ini, mendapati tahap GPI secara keseluruhan
adalah tinggi (min: 4.17). Mu’addib mencatat tahap sangat tinggi dengan nilai min 4.36,
manakala mudarris (min: 4.11), murabbi (min: 4.16), murshid (min: 4.18) dan muᶜallim
(min: 4.19) pula berada pada tahap tinggi. Selain itu, Kamarul Azmi Jasmi (2010)
mengkaji mengenai karakter yang dimiliki oleh Guru Cemerlang Pendidikan Islam
(GCPI). Dapatan kajian dikategorikan kepada empat, iaitu; keperibadian kepada Allah,
keperibadian kepada rakan setugas, keperibadian kepada pelajar dan penampilan diri.
Ada 14 keperibadian GCPI kepada Allah iaitu; 1) amanah, 2) ikhlas, 3) takwa, 4)
beramal berdasarkan ilmu, 5) khusyuk dan tawaduk, 6) iman, 7) taqarrub dan tawajjuh,
8) syukur, 9) munajat, 10) reda, 11) tawakkal, 12) qanaah, 13) tazkiyyah, dan 14) warak.
Keperibadian kepada rakan setugas pula ada 23, iaitu; 1) mesra, ramah, akrab dan
menjaga hubungan, 2) membantu, 3) rajin, bersungguh, berdedikasi dan komitmen, 4)
tempat rujukan, 5) teladan dan model, 6) tawaduk, 7) pembimbing, 8) positif dan
terbuka, 9) mengambil berat dan prihatin, 10) menasihat dan menyedarkan, 11)
perahsia, 12) bertanggungjawab, 13) berdisiplin, 14) jujur dan ikhlas, 15) taat dan patuh,
16) menghargai dan menghormati, 17) cekal, gigih dan tabah, 18) karisma, wibawa dan
kepimpinan, 19) penyabar, 20) bersopan santun dan berhemah, 21) berterus terang, 22)
bertoleransi, dan 23) berketrampilan.

Dua puluh tiga sifat peribadi GCPI kepada pelajar pula; 1) menasihat, menegur,
mnyedarkan dan mendidik, 2) pembimbing, 3) mesra, ramah dan akrab, 4) mengambil
berat dan prihatin, 5) penyayang, 6) sifat ibu atau bapa, 7) rajin, bersungguh-sungguh,
berdedikasi dan komitmen, 8) berdisiplin, 9) amanah, 10) adil, 11) jujur dan ikhlas, 12)
memberi motivasi, 13) teladan dan model, 14) memahami pelajar, 15) mengetahui latar
belakang pelajar, 16) bertanggungjawab, 17) positif dan terbuka, 18) pemurah, 19)
membantu, 20) menghargai dan menghormati, 21) lembut dan sopan, 22) sabar, dan 23)
ceria. Ada lapan penampilan yang ditonjolkan oleh GCPI iaitu; 1) kemas dan sempurna,
70

2) menutup aurat, 3) bergaya dan anggun, 4) sederhana, 5) sesuai, 6) gaya diri, 7) cantik,
dan 8) muslimah.

Kajian Mohd Nasri Abdullah dan Kamarul Azmi Jasmi (2014) turut mengambil
model kajian Kamarul Azmi Jasmi (2010), namun dijalankan terhadap Pensyarah
Cemerlang Pendidikan Islam (PCPI) di Institut Pendidikan Guru (IPG), turut
mengkategorikan karakter PCPI kepada empat, iaitu; keperibadian kepada Allah,
keperibadian kepada rakan setugas, keperibadian kepada pelajar dan penampilan diri.
Ada 12 karakter PCPI terhadap Allah, iaitu; 1) rendah hati, 2) rendah diri, 3) amanah,
4) iman, 5) syukur, 6) buat kebajikan, 7) gembira, 8) takwa, 9) murah hati, 10) tabah,
11) amalan wajib, dan 12) sabar. Empat karakter PCPI terhadap diri pula adalah; 1)
fokus, 2) berwawasan, 3) proaktif, dan 4) kemas. Bagi karakter terhadap pelajar pula,
ada 16 iaitu; 1) tenang, 2) idea yang menarik, 3) memberikan bimbingan, 4)
menghiburkan, 5) empati, 6) eksploratif, 7) fleksibel, 8) memberikan motivasi, 9)
memberikan peringatan, 10) kreatif, 11) memaafkan, 12) berjaga-jaga, 13) kelakar, 14)
mesra, 15) memberikan peluang, dan 16) rapat. Bagi karakter terhadap rakan sekerja
pula, ada sembilan iaitu; 1) berkongsi pengetahuan, 2) rapat, 3) suka memberikan
hadiah, 4) dapat memberi dan menerima pandangan, 5) mesra, 6) perunding, 7) belajar
dari rakan, 8) berwawasan, 9) berkongsi bahan.

2.5 KEKANGAN PENGLIBATAN DALAM PROSES INOVASI

Ada beberapa halangan atau kekangan yang dihadapi oleh guru daripada menghasilkan
inovasi dalam PdP. Tidak terkecuali guru-guru Pendidikan Islam. Mohd Azhar Abd
Hamid (2004) dan Noor Hisham Md Nawi (2014) menyenaraikan lapan halangan yang
perlu dihadapi oleh inovator. Ia disebabkan oleh kekangan mental yang disebabkan oleh
faktor negatif, iaitu: 1) gagal mengenalpasti masalah, 2) memberi perhatian kepada apa
yang hendak dilihat sahaja, 3) gagal menggunakan semua deria, 4) sukar mencari
hubungkait antara maklumat yang tidak berkaitan, 5) takut gagal, dikritik dan takut
mengambil risiko, 6) sikap konservatif dan logikal, 7) streotaip dan serius, dan 8)
birokrasi.
71

Kajian deskriptif oleh Nurul Asiah Fasehah Muhamad (2015) mendapati


bahawa tahap guru PI menggunakan BBM ketika mengajar (min: 3.73) dan
menggunakan pelbagai pendekatan untuk menyampaikan pengajaran adalah tinggi
(min: 4.19) adalah tinggi. Walau bagaimanapun, dapatan ini bertentangan dengan
dapatan pemerhatian yang menunjukkan bahawa daripada 12 GPI yang diperhatikan,
hanya empat GPI menggunakan BBM ketika mengajar dan enam GPI mempelbagaikan
pendekatan ketika menyampaikan pengajaran. Dapatan temu bual pula menunjukkan
bahawa GPI mengakui ada kekangan tertentu untuk mempelbagaikan pendekatan, iaitu;
1) kekurangan masa melakukan persediaan, 2) bahan PdP tidak mencukupi, 3) sikap
GPI, 4) kurang pendedahan tentang teknik pengajaran terkini, 5) teknik pengajaran tidak
sesuai, dan 6) capaian internet yang sukar. Begitu juga dengan penggunaan BBM, antara
kekangan yang ada adalah; 1) kurang kemahiran menggunakan ICT, 2) kurang
gemarkan inovasi dalam pengajaran, 3) kekurangan masa untuk membuat persediaan,
dan 4) kurang kemahiran dan fasiliti.

Dapatan ini dilihat selari dengan faktor yang disenaraikan oleh KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) menyenaraikan empat faktor yang
menghalang kreativiti, iaitu; 1) halangan persekitaran, termasuklah peraturan, desakan,
budaya, kepercayaan, arahan dan larangan tanpa penjelasan, 2) halangan sosio-ekonomi
terdiri daripada tanggapan-tanggapan yang salah, pengambilan risiko dan kecerdasan
manusia, 3) halangan psikologi merangkumi kurangnya desakan dalaman, perasaan
rendah diri dan tanggapan yang salah tentang bakat yang dikaitkan dengan kreativiti,
dan 4) halangan perwatakan berfokus kepada kurangnya disiplin kendiri, pertautan dan
ketiadaan komitmen.

Asmawati Suhid et al. (2016) pula berpandangan, sikap berpuas hati dengan
sekadar yang ada adalah penghalang untuk guru sama-sama berinovasi dan
mempertingkatkan Pendidikan Islam. Keadaan ini mungkin berkaitan dengan
pandangan GPI bahawa penggunaan BBM hanya menyekat GPI daripada
menyampaikan maklumat, menunjukkan seolah-olah GPI tersebut tiada ilmu tentang
subjek yang disampaikan, penggunaan BBM tidak menjamin menaikkan keputusan
peperiksaan pelajar dan pelajar akan bosan jika BBM sentiasa digunakan (Nurul Asiah
Fasehah Muhamad 2015). Wan Ali Akbar Wan Abdullah dan Nursafra Mohd Zhaffar
72

(2018) pula menyenaraikan tujuh kekangan yang wujud dalam diri GPI. Kekangan
tersebut lahir daripada sifat takut yang menghantui diri mereka menyebabkan tidak
mahu menghasilkan inovasi. Tujuh kekangan tersebut ialah; 1) takut untuk mencuba, 2)
takut untuk melakukan kesilapan, 3) motivasi yang salah, 4) takut kepada perubahan,
5) takut kepada kegagalan, 6) tidak percaya kepada diri sendiri, dan 7) tidak cukup
sumber kewangan.

Berbeza pula dengan Guru Pendidikan Islam di Maahad Tahfiz Sains. Mereka
bersetuju bahawa mereka perlu menyediakan BBM yang bersesuaian agar ilmu yang
hendak disampaikan itu jelas. Namun mereka menekankan tentang kekangan masa
untuk menyediakan BBM sehingga mencecah dua atau tiga hari bagi satu-satu sesi
pengajaran (Zetty Nurzuliana Rashed 2016) menyebabkan mereka tidak berkesempatan
untuk menyediakan BBM untuk pengajaran. Masa yang lama yang diperlukan untuk
menghasilkan sesuatu inovasi memang menjadi salah satu kekangan guru daripada
melibatkan diri dengan inovasi (Shen 2008).

Kekangan luaran pula, melibat persekitaran seperti sistem pendidikan yang


kaku, latar belakang keluarga yang terlalu keras dan berstruktur, sikap masyarakat,
politik dan lain-lain (Mohd Azhar Abd Hamid 2004; Noor Hisham Md Nawi 2014).
Menurut Wan Ali Akbar Wan Abdullah dan Nursafra Mohd Zhaffar (2018)
memfokuskan kepada kekangan luaran yang ada dalam persekitaran sekolah, iaitu; 1)
organisasi yang tidak inovatif, 2) tingkahlaku tradisi pihak pentadbir sekolah, dan 3)
kekangan bebanan kerja yang membukit. Kekangan kerja pengurusan diakui salah satu
kekangan yang sentiasa dikaitkan dengan sebab guru tidak mampu menghasilkan
inovasi (Tajul Rosli Shuib et al. 2019). Selain itu, menurut Bowring-Carr dan West-
Burnham (2010), motivasi guru untuk menghasilkan sesuatu yang inovatif bertembung
dengan kehendak organisasi yang sentiasa mahukan komuniti sekolah meniru,
mengulang dan mengukuh semula budaya lama serta menolak cara baru itu. Penolakan
terhadap idea yang diutarakan oleh guru (Aldrich 2017; Jamal Badi 2007) dan gagal
mengiktiraf usaha guru menghasilkan inovasi serta meragui kemampuan guru (Amabile
1998) juga boleh mengakibatkan guru tidak berminat untuk menghasilkan inovasi.
Fenomena pada pengurusan pendidikan ini dikenali sebagai hierarki tegar vs hierarki
rata (Sawyer 2015; Sawyer 1989). Sebagai tambahan, sektor pembuatan dan
73

perkilangan juga menjadi salah satu isu yang boleh merencatkan usaha menghasilkan
inovasi dalam kapasiti besar-besaran (Arifin & Teh 2020).

Dari sudut difusi inovasi pula, inovasi perlu dikembangkan dalam tempoh lima
tahun. Lepas tamat tempoh itu, jika inovasi masih lagi tidak meluas digunakan, maka
inovasi itu akan pupus (Agélii Genlott et al. 2019). Isu paling besar adalah bagaimana
inovasi itu dapat kekal digunakan dan dimanfaatkan. Serdyukov (2017) menghuraikan
isu ini dari sudut kebolehpasaran sesuatu inovasi itu. Katanya, inovasi yang datang
daripada atas (contohnya KPM), biasanya tidak mendapat sokongan oleh pekerja
bawahan, akan menemui kegagalan. Inovasi yang datang daripada bawah (dalam dunia
pendidikan, biasanya merujuk kepada guru), biasanya akan tersekat di tengah jika
inovasi itu tidak popular atau tidak difahami oleh pegawai atasan. Inovasi daripada
bawah, bagaimana baguspun ia, selalu menghadapi masalah untuk disebarluaskan dan
digunakan dalam skala yang besar. Oleh itu, ia perlukan sokongan orang politik,
pegawai atasan atau masyarakat untuk menyokong inovasi itu untuk berkembang dan
dimanfaatkan oleh ramai orang.

Ringkasnya, kekangan yang menghalang proses menghasilkan inovasi daripada


berlaku, boleh dibahagi kepada dua faktor besar, iaitu; kekangan dalaman dan kekangan
luaran. Kekangan dalaman pula boleh dilihat dari aspek persepsi negatif guru terhadap
inovasi, sikap negatif guru terhadap inovasi dan kekurangan kemahiran menghasilkan
inovasi. Kekangan luaran pula boleh dikategorikan kepada kekangan persekitaran dan
kekangan pentadbiran.

2.6 MOTIVASI MENGHASILKAN INOVASI

Motivasi memainkan peranan yang cukup penting bagi inovator untuk menghasilkan
sesuatu inovasi (Amutha Gopak Villoo @ Venugopal 2019). Kepentingan ini diakui
oleh ahli psikologi kerana bagi mereka personaliti individu berbeza mengikut orientasi
motivasi masing-masing (Amabile et al. 1994). Bahkan, menurut Amabile (1988),
motivasi mungkin adalah komponen yang paling penting dalam memastikan sesuatu
tindakan oleh individu kreatif itu dilakukan. Amabile (1998) mengatakan bahawa daya
kreativiti yang tinggi memerlukan kepakaran, kemahiran berfikir kreatif dan motivasi
74

yang tinggi yang ada pada insan yang secara kognitifnya fleksibel. Hal ini dipersetujui
oleh ramai sarjana. Contohnya, Ford (1996) telah menzahirkan motivasi dalam Teori
Tindakan Kreatif Individu. Motivasi yang paling utama menurut Ford (1996) ialah
matlamat. Penetapan teori ini selaras dengan Teori Penetapan Matlamat yang
menyatakan bahawa matlamat yang khusus yang disertai dengan ilmu akan
menyumbang kepada kerja yang lebih baik (Latham & Locke 1991). Dengan matlamat
juga, akan lahir daya motivasi dalaman, iaitu kepercayaan kepada keterbukaan
(receptivity belief), kepercayaan kepada keupayaan (capability belief) dan emosi (Ford
1996). Begitu juga dengan Thurlings et al. (2015) yang mengkategorikan motivasi
sebagai salah satu daripada faktor individu yang terkandung dalam trait.

2.6.1 Pembahagian Motivasi

Motivasi bermaksud kehendak dan keperluan yang mendorong seseorang untuk


bertindak secara berfokus ke arah mencapai matlamat yang dikehendakinya (Morris &
Maisto 2002). Sebahagian ahli psikologi membahagikan motivasi kepada dua, iaitu;
motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik (Morris & Maisto 2002; Reeve 2005)
termasuk pakar yang mengkaji motivasi yang mendorong kepada karakter guru (Salbiah
Mohamed Salleh 2018). Motivasi intrinsik merujuk kepada ganjaran yang didapati
dengan melakukan sesuatu aktiviti itu (Morris & Maisto 2002). Ia bersifat dalaman.
Motivasi ekstrinsik pula merujuk kepada ganjaran yang bukannya diperolehi daripada
aktiviti itu, sebaliknya kesan daripada melakukan aktiviti itu (Morris & Maisto 2002).
Ia bersifat luaran. Antara kajian terhadap GPI yang membahagikan motivasi GPI
mengikut pembahagian ini adalah kajian Kamarul Azmi Jasmi (2010). Dalam kajian
tersebut, Kamarul Azmi Jasmi (2010) telah mendapati bahawa Guru Cemerlang
Pendidikan Islam (GCPI), secara intrinsiknya bermotivasi untuk cemerlang kerana
lapan sebab, iaitu; 1) gembira melihat kejayaan pelajar, 2) amanah, 3) pahala dan
balasan akhirat, 4) minat, 5) iman dan ikhlas, 6) kepuasan kerja dan seronok, 7) pelajar
beramal dan berakhlak, dan 8) dakwah dan jihad. Manakala, motivasi ekstrinsik yang
mempengaruhi kecemerlangan GCPI pula ada dua, iaitu; 1) dorongan keluarga, dan 2)
persekitaran sekolah.
75

Motivasi intrinsik sebenarnya lebih berkesan dalam mendorong seseorang untuk


bertindak kerana ia datang daripada dalaman diri seseorang (Amabile 1988). Dorongan
itu datangnya kerana keperluan untuk mencapai sesuatu matlamat (Dawson &
Andriopoulos 2017). Hal ini menjadikan ahli psikologi lebih banyak mengkaji
mengenai motivasi intrinsik yang boleh mendorong sesuatu perbuatan berbanding
motivasi ekstrinsik (Amabile et al. 1994). Berfokus kepada hubungan antara motivasi
intrinsik dan inovasi, kajian oleh Fischer et al. (2019) mendapati bahawa lebih tinggi
motivasi intrinsik seseorang, maka lebih tinggi daya kreativiti dan hasil inovasinya.
Oleh yang demikian, Reeve (2005) membahaskan mengenai hidden costs of reward
iaitu situasi di mana seseorang yang telah sedia ada motivasi secara intrinsik untuk
melakukan sesuatu, kemudian diberi motivasi ekstrinsik, lalu mengakibatkan motivasi
intrinsiknya semakin pudar kerana mengharapkan ganjaran berbentuk ekstrinsik.

Walau bagaimanapun, Morris dan Maisto (2002) menyanggah pandangan ini


dengan mengatakan bahawa tidak semua motivasi ekstrinsik akan mengurangkan
motivasi intrinsik. Ada motivasi ekstrinsik yang mampu meningkatkan motivasi
intrinsik. Contohnya respons positif seperti pujian (Nur Hanani Hussin 2016). Hujah
Morris dan Maisto (2002) selari dengan dapatan kajian oleh Fischer et al. (2019) yang
merumuskan ada hubungan yang positif dan signifikan antara ganjaran hubungan dan
prestasi kreativiti dan inovasi. Contoh hubungan adalah sokongan dan penghargaan
daripada pentadbir. Hal ini selari dengan Teori Hierarki Keperluan yang meletakkan
keperluan kasih sayang, keperluan estim dan keperluan kesempurnaan kendiri berada
pada tingkatan motivasi tersendiri (Maslow 1970). Kekurangannya, individu yang
didorong oleh motivasi ekstrinsik menunjukkan daya kreativiti yang rendah dalam
melaksanakan kepelbagaian bekerja (Amabile 1985; Amabile et al. 1994). Hal ini
terjadi kerana daya kreativiti akan semakin berkurangan apabila sesuatu pekerjaan yang
dilakukan itu sentiasa diperhatikan, dinilai, diperintahkan atau apabila adanya ganjaran
yang ditawarkan bagi setiap prestasi tinggi yang dihasilkan (Reeve 2005). Keadaan ini
turut menjadi bukti bahawa kreatif mempunyai hubungan yang positif dengan motivasi
intrinsik (Amabile et al. 1994).

Kajian oleh Amabile (1988) mencadangkan motivasi intrinsik yang mampu


menaikkan daya kreativiti individu, iaitu; 1) jadi diri sendiri, 2) teruja dengan kerja, 3)
76

bersemangat, 4) tertarik dengan cabaran yang ada pada masalah tersebut, 5) mempunyai
minat untuk bekerja bagi sesuatu yang penting, dan 6) percaya dan komited terhadap
sesuatu idea. Manakala, motivasi ekstrinsik yang menjadi sumber kebergantungan
sesuatu tindakan, yang akan mengurangkan kreativiti, ialah; 1) duit, 2) pengiktirafan,
3) faktor luaran daripada kerja itu, 4) tindak balas terhadap sekatan, 5) matlamat
ditetapkan oleh orang lain, 6) persaingan, dan 7) cemburu dengan kejayaan orang lain.
Kajian Ke-du (2018) yang dijalankan terhadap guru berkesan di sekolah menengah
mendapati mereka bermotivasi apabila melihat sebahagian guru yang menghasilkan
inovasi sehingga memberikan keberanian kepada mereka untuk turut sama
menghasilkan inovasi walaupun mengetahuai proses tersebut mengalami masa yang
lama dan tidak takut untuk gagal.

Sebagai tambahan, tekanan turut boleh merangsang kepada penghasilan inovasi,


antaranya seperti yang berlaku ketika di musim pandemik apabila pelbagai inovasi
dalam pengajaran atas talian mula diteroka secara besar-besar (Marinoni et al. 2020).
Tekanan menjadi push factor kepada eksperimen yang tidak dijangka dan tidak
dirancang tersebut. Selain daripada itu, untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan
inovatif, guru perlu mendahului sebagai penyuntik semangat kepada pelajarnya
(Asmawati Suhid et al. 2016). Keberhasilan pelajar mampu menjadi motivasi kepada
guru untuk berkreativiti dan berinovasi supaya dapat menjadi contoh kepada pelajarnya
(Kamarul Azmi Jasmi 2021a). Sebagai tambahan, terdapat juga pandangan mengenai
penggunaan istilah motivasi inovasi tanpa terikat dengan pembahagian motivasi
dalaman dan motivasi luaran (Luria & Kaufman 2017). Kajian Aldrich (2017) mengenai
pendorong guru inovatif untuk menghasilkan inovasi mendapati ia adalah sifat empati
guru terhadap pelajar. Empati itu datang datang dari dua sudut yang saling berkait iaitu;
1) pengalaman guru ketika masih belajar, dan 2) tugasan guru untuk memenuhi
keperluan belajar pelajar. Selain itu, kajian Bawuro et al. (2018) mendapati bahawa
tempat kerja yang menggembirakan, iklim organisasi, komitmen afektif dan
kepemimpinan transformatif memberikan kesan positif terhadap karakter inovatif guru
sekolah menengah di Nigeria.
77

2.6.2 Teori Dua Faktor

Berbeza pula dengan Herzberg (2003) yang memperkenalkan Motivation-Hygiene


Theory. Teori yang turut dikenali sebagai Teori Dua Faktor ini menggunakan istilah
motivator bagi motivasi intrinsik dan hygiene bagi motivasi ekstrinsik (Dartey-Baah &
Amoako 2011). Teori ini dibangunkan secara khusus untuk menerangkan kaedah
majikan memotivasikan pekerja kerana Herzberg percaya bahawa manusia mempunyai
dua keperluan iaitu; 1) keperluan untuk menghindari sakit, dan 2) keperluan untuk
meningkatkan diri secara psikologi (House & Wigdor 1959). Berdasarkan teori ini,
motivator menjadi pendorong kepada seseorang untuk bertindak, sebaliknya genuine
perlu dielakkan agar ketidakpuasan hati terhadap sesuatu tindakan itu dapat dihindari.
Walau bagaimanapun, jika sesuatu hygiene itu diberikan, ia tidak akan menjadi motivasi
kepada tindakan tersebut. Motivator yang disenaraikan dalam teori ini ialah;
pencapaian, pengiktirafan, kerja itu sendiri, tanggungjawab, kemajuan dan peningkatan
(Dartey-Baah & Amoako 2011; Herzberg 2003; House & Wigdor 1959). Genuine pula
bermula dari; polisi syarikat dan pentadbir, penyeliaan, situasi kerja, gaji, hubungan
dengan rakan sekerja, peribadi, status dan keselamatan.

Senarai ini ada persamaan dan perbezaan dengan senarai dalam The Work
Preference Inventory yang dibangunkan oleh Amabile et al. (1994). Dalam The Work
Preference Inventory, motivasi intrinsik disenarai seperti berikut; determinasi kendiri,
kompetensi, penglibatan tugas, rasa ingin tahu dan minat. Motivasi ekstrinsik pula
disenaraikan seperti berikut; ambil berat terhadap penilaian, ambil berat terhadap
pengiktirafan, ambil berat terhadap pertandingan, fokus kepada duit dan insentif lain
yang ketara, fokus kepada penilaian orang lain. Persamaan terletak pada penglibatan
tugas dalam motivasi intrinsik dan gaji serta hubungan dengan kenalan dalam motivasi
ekstrinsik. Manakala perbezaan pula terletak pada pengiktirafan, yang dimasukkan oleh
Herzberg (2003) dalam motivasi intrinsik, sebaliknya disenaraikan oleh Amabile et al.
(1994) dalam motivasi ekstrinsik. Walau bagaimanapun, Amabile (1988) menyatakan
bahawa seseorang individu boleh mengubah motivasi ekstrinsik kepada cabaran
peribadi, menjadikannya sebagai motivasi intrinsik yang akan mengubah persepsinya
ke arah tindakan kreatif dan inovatif.
78

Dartey-Baah dan Amoako (2011) menyatakan bahawa melalui Teori Dua Faktor
ini, empat senario dapat diramalkan, iaitu;
• Motivasi tinggi + hygiene tinggi = situasi yang ideal di mana pekerja sangat
bermotivasi dan kurang merungut.
• Motivasi tinggi + hygiene rendah = pekerja bermotivasi, namun selalu
merungut.
• Motivasi kurang + hygiene tinggi = pekerja kurang merungut, namun kurang
bermotivasi
• Motivasi kurang + hygiene tinggi = pekerja tidak bermotivasi dan selalu
merungut.

Walaupun teori ini diterima oleh ramai, namun ia tetap tidak terlepas daripada
kritikan, antaranya oleh Tietjan dan Myers sepertimana yang dipetik daripada Golshan
et al. (2011), iaitu;
• Andaian kontradik yang berlaku antara sifat manusia dalam aspek fizikal dan
psikologi
• Andaian terdapatnya hubungan pelbagai arah antara faktor hygiene dan
motivator serta keperluan fizikal dan psikologi
• Sukar untuk membezakan antara motivator dan hygiene serta mengasingkannya
dalam semua kes
• Pekerja mungkin mempertahankan diri apabila ditanya tentang faktor seperti
pencapaian dan pengiktirafan. Kelihatan seperti pekerja meletakkan kesalahan
kepada penyelia, orang bawahan atau rakan sekerja untuk situasi yang tidak
memuaskan hati
• Perbezaan individu dan perbezaan nilai mungkin dinafikan dalam teori ini.

Penggunaan teori motivasi dua faktor ini digunakan untuk melihat tahap
motivasi GPI sekolah menengah di Perak, lalu mendapati kerja itu sendiri, pengiktirafan
dan peluang memajukan diri berada di tahap yang tinggi (Yashak et al. 2020). Namun,
kajian ini terhad hanya pada motivator, dan tidak mengambil kira genuine.
79

2.6.3 Motivasi Pengajaran Inovatif dalam Islam

Dalam Islam, Allah SWT memberikan balasan tertentu atas kebaikan yang dilakukan
hamba-Nya dan menghukum hamba-Nya atas keburukan yang dilakukan mereka.
Antara contoh balasan baik daripada Allah adalah; pahala, syurga, dinaikkan darjat dan
martabat, diberkati dan dirahmati, dikurniakan umur yang panjang, rasa tenang dan
tenteram dan dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan. Sebaliknya, antara contoh balasan
buruk daripada Allah adalah; dosa, diturunkan darjat dan martabat, dipendekkan umur
dan diberi rasa sempit dada.

Secara umum mengenai motivasi bagi guru untuk mengajar, Allah SWT
menekankan kepada kewajipan guru untuk belajar di kala semua yang lain sedang
berjuang di bidang masing-masing dan mengajar mereka ketika mereka tidak berada di
medan perjuangan mereka (at-Tawbat, 9:122) dan tidak boleh menyembunyikan ilmu
daripada pelajar (Āli ᶜImrān, 3:187; al-Baqarah, 2:146). Rasulullah s.a.w. juga
mengancam sesiapa yang menyembunyikan ilmu, selepas ditanya, akan dibalas dengan
balasan api neraka di akhirat kelak (Abu Daud 2009: 3658; At-Tabrani n.d.: 7532; Ibnu
Majah n.d.: 266). Selain itu, amalan menyeru kepada orang lain seruan yang membawa
mereka kepada Allah diiktiraf sebagai sebaik-baik perkataan (Fuṣṣilat, 41:33). Seruan
tersebut hendaklah dilaksanakan dengan hikmah, nasihat dan perbahasan yang baik (an-
Naḥl, 16:125).

Tambahan lagi, Ibnu Majah (n.d.) meriwayatkan hadis yang dikumpulkan dalam
tajuk ganjaran bagi pengajar kebaikan kepada manusia, antaranya seperti berikut;
semua yang ada di langit dan bumi sehingga hidupan di lautan mendoakan keampunan
buat guru (239), mendapat pahala amalan pelajar tanpa mengurangkan pahala pelajar
tersebut sedikit pun (240), ilmu yang dimanfaatkan akan berterusan menjadi kebaikan
baginya walaupun selepas kematiannya (241) dan sedekah yang paling afdhol adalah
mengajar sesuatu yang diamalkan oleh saudaranya yang Muslim (243). Ganjaran-
ganjaran yang dijanjikan ini akan memotivasikan guru untuk mengajar dengan
sebaiknya agar bermanfaat untuk pelajar. Secara spesifik kepada guru PI pula,
Rasulullah s.a.w. mengiktiraf orang yang belajar dan mengajar al-Quran sebagai sebaik-
80

baik manusia (Abu Daud 2009: 1452; Al-Bukhari 2001: 5027, 5028; At-Tirmizi 1998:
2907, 2908, 2909; Ibnu Majah n.d.: 211, 212, 213).

Bagi inovator pula, Rasulullah s.a.w. telah menaikkan martabat Salman al-Farisi
daripada seorang aᶜjam biasa (bukan berbangsa Arab) kepada ahlul bayt (ahli keluarga
Rasulullah) kerana idea inovasi strategi perang yang diberikan olehnya ketika Perang
Khandaq telah berjaya membawa Islam kepada kemenangan (Al-Qurtubi 1964). Hal ini
menyebabkan Ibn Sa’d )1990) dalam kitabnya at-Ṭabaqāt al-Kubra menggariskan
Salman al-Farisi dalam kumpulan Bani Hashim sebaris dengan al-Abbas bin Abdul
Muttalib dan Ja’far bin Abdul Muttalib. Menurut Zulkifli Mohamad al-Bakri (2014),
idea menggali parit ketika menghadapi dikepung oleh musuh adalah startegi yang
sangat asing dan tidak pernah diketahui oleh orang Arab, sebaliknya biasa digunakan
oleh orang Parsi. Selain itu, inovator juga diiktiraf sebagai sebaik-baik manusia,
berdasarkan mafhum hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda, “sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada manusia”
(At-Tabrani n.d.: 5787).

Al-Maraghi (1946) ketika menafsirkan ayat 125 surah an-Naḥl, mengatakan


bahawa ada tiga golongan mad’u perlu diseru dengan tiga pendekatan berbeza, iaitu; 1)
gunakan pendekatan hikmah kepada golongan yang memiliki akal yang cerdas, 2)
gunakanlah pendekatan perbahasan yang baik dengan golongan pertengahan, yang
biasa, tidak cerdik dan tidak bodoh, dan 3) gunakan pendekatan nasihat secara umum
kepada semua golongan dan golongan yang lemah daya fikir. Apabila menyebut
mengenai perbahasan yang baik, dipetik hadis riwayat Ibn Umar bahawa Rasulullah
bersabda, “Kami para nabi diperintahkan untuk bercakap dengan manusia mengikut
kadar kemampuan akal mereka” (Al-Maraghi 1946; Al-Mawardi n.d.). Penyediaan
guru menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan akal pelajar adalah satu usaha
yang kreatif. Kalau guru menghasilkan sesuatu seperti BBM, teknik atau strategi, maka
penghasilan itu adalah inovasi. Maka penggunaan ayat ini sesuai dilihat sebagai galakan
Allah kepada manusia terutamanya para dāᶜi dan guru untuk menyesuaikan teknik
penyampaian secara kreatif dan inovatif mengikut kadar akal madᶜu atau pelajar
masing-masing.
81

2.6.4 Usaha KPM bagi memotivasikan guru

Kualiti guru merupakan penentu utama kepada pencapaian pelajar. Walau


bagaimanapun, kajian oleh Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi mendapati bahawa
50% pengajaran berada pada tahap tidak memuaskan (Kementerian Pendidikan
Malaysia 2012b). Oleh itu, untuk mengubah keadaan ini, KPM mengambil langkah
berikut; 1) meningkatkan dan menguatkuasakan standard kemasukan ke program
latihan perguruan, 2) meningkatkan keberkesanan latihan praperkhidmatan dan
pembangunan profesionalisme berterusan, dan 3) membangunkan laluan kerjaya baharu
yang dapat menyokong laluan pantas berdasarkan prestasi dan kompetensi. Berfokus
kepada inovasi, pengurusan pendidikan mempunyai peranan yang signifikan dalam
meningkatkan kemampuan inovatif para guru (Ahmad Firdaus Mohd Noor 2017;
Newman et al. 2020) terutamanya apabila strategi untuk meningkatkan daya kreativiti
dan inovasi didapati ketinggalan jika dibandingkan dengan pengetahuan mengenai
kreativiti dan inovasi (Plucker et al. 2004).

Oleh itu, bermula 2016, KPM membangunkan tiga laluan kerjaya baharu yang
lebih berstruktur dan dapat menyokong laluan pantas berdasarkan kompetensi dan
prestasi, berdasarkan minat guru, iaitu; 1) laluan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
untuk guru yang ingin terus memberikan tumpuan kepada pengajaran, 2) laluan
kepimpinan untuk guru yang memegang jawatan sama ada di peringkat sekolah, PPD,
JPN atau KPM, dan 3) laluan Kepakaran Pendidikan untuk guru yang ingin menjadi
pakar dalam bidang kejurulatihan dan lain-lain (Kementerian Pendidikan Malaysia
2016a). Domain 4, iaitu Kreativiti dan Inovasi mesti dipenuhi oleh guru yang ingin
melalui mana-mana antara tiga laluan ini. Laluan Pengajaran dan Pembelajaran dan
Laluan Kepakaran Pendidikan dilihat berkait rapat dengan kajian ini. Perbezaan antara
kedua-dua laluan ini, jika difokuskan kepada domain 4, merujuk kepada petunjuk
prestasi, adalah seperti berikut:

Jadual 2.14 Laluan kerjaya guru inovatif


Laluan Pengajaran dan Pembelajaran Laluan Kepakaran Pendidikan
Mencipta unsur kreativiti/inovasi yang Mencetus idea baharu untuk menggalakkan
menambah baik keadaan sedia ada dalam kreativiti/inovasi dalam bidang pengkhususan.
pengajaran dan pembelajaran

bersambung…
82

…sambungan
Mengaplikasikan kreativiti/inovasi untuk Menghasilkan kreativiti/inovasi untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan meningkatkan kecemerlangan dalam bidang
pembelajaran. pengkhususan.
Mengaplikasikan kreativiti/inovasi untuk
meningkatkan keberkesanan dalam bidang
pengkhususan.
Berkongsi kreativiti/inovasi berkaitan bidang
pengkhususan dalam apa-apa bentuk
wahana/media

Jika dilihat kepada perbezaan kedua-dua laluan ini, pengkaji berpandangan,


kedua-dua laluan ini memberi kelebihan kepada guru inovatif kerana kedua-duanya
berada pada tahap inovator menurut teori Rogers (1983). Yang membezakan kedua-
duanya cuma tahap inovasi yang dihasilkan. Guru yang memilih laluan pengajaran dan
pembelajaran boleh dikatakan orang yang memiliki mini-c atau Little-c, manakala guru
yang memilih laluan kepakaran pendidikan adalah Pro-C berdasarkan Model Kreativiti
4 C yang diperkenalkan oleh Kaufman & Beghetto (2013). Guru yang memilih laluan
kepakaran pendidikan turut perlu menyebarluaskan hasil inovasinya dan ini dapat
mempromosikan hasil inovasinya, menambah impak inovasi terhadap sistem
pendidikan serta menambah jangka hayat produk inovasinya (Kirton 2003). Keadaan
ini dapat difahami apabila KPM meletakkan peranan guru yang bergred DG41 sebagai
pelaksana, manakala guru yang bergred DG48 sebagai pembimbing dan mentor
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2016b). Maka tanggungjawab guru DG41 dan
DG48 adalah seperti berikut:

Jadual 2.15 Peranan, gred dan tanggungjawab guru inovatif


Peranan Gred Tanggungjawab
Pelaksana DG41 Memahami dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
penyeliaan dan bimbingan.
Pembimbing DG48 Berpengalaman luas, mampu menyelia dan membimbing serta
dan mentor berkebolehan melakukan educated guess masalah organisasi yang
mungkin timbul dan melaksanakan langkah pencegahan.

Dari sudut penghasilan inovasi, sistem laluan kerjaya guru ini dilihat
bertentangan dengan model sikap inovatif guru oleh Thurlings et al. (2015) yang
merumuskan bahawa umur tidak memainkan peranan penting dalam memupuk sikap
inovatif guru. Jika dilihat kepada Kerangka Pembangunan Profesionalisme Keguruan,
laluan kerjaya ini bermula pada fasa pemantapan kerjaya dan bukannya pada awal
perkhidmatan (Kementerian Pendidikan Malaysia 2016b). Sedangkan, kajian
83

menunjukkan bahawa guru yang lebih muda dengan pengalaman mengajar kurang
daripada lima tahun lebih cenderung untuk menghasilkan inovasi dalam pembelajaran
maya (Loogma et al. 2012). Maksudnya, guru novis mungkin boleh berinovasi dalam
kerangka ilmu dan pengalaman yang ada pada mereka dan tidak perlu menunggu satu
tempoh tertentu, baru diberi pilihan untuk terlibat dalam laluan kerjaya pilihan mereka.
Hal ini dibuktikan melalui kajian Nur Atikah Miasan dan Tengku Sarina Aini Tengku
Kasim (2018) yang mendapati guru novis bersedia dan mempunyai kemahiran yang
cukup untuk melaksanakan PdP inovatif berasaskan telefon. Kajian Sola et al. (2017)
pula mendapati graduan baru secara signifikan mempunyai keupayaan untuk berfikir
kreatif lebih baik berbanding pekerja yang telah lama bekerja, manakala pekerja lama
tidak semestinya mempunyai keupayaan berfikir kritis lebih baik berbanding graduan
baru. Namun pengalaman yang ada pada guru veteran tetap boleh dimanfaatkan oleh
guru novis bagi menghubungkan antara teori yang dipelajari ketika latihan perguruan
dan praktis pengajaran berdasarkan pengalaman guru veteran (Forlin 2010).

Selain itu, gaji, tempoh pengajian dan memiliki tugasan lain mempunyai kesan
yang signifikan kepada sikap inovatif guru (Thurlings et al. 2015). Gaji sangat berkait
rapat dengan tempoh mengajar. Kenaikan gaji bagi pekerja awam di Malaysia naik
setiap tahun. Oleh itu, makin lama guru itu mengajar, maka makin tinggi gaji yang
diterimanya. Begitu juga dengan tempoh pengajian. 175,490 daripada keseluruhan
183,465 guru sekolah menengah memiliki sekurang-kurangnya ijazah (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2012a). Guru yang lebih lama mengajar turut akan diberikan
fungsi lain dalam organisasi, seperti Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran
(GKMP) dan Guru Penolong Kanan (GPK). Tugasan-tugasan seperti ini membuka
ruang kepada guru tersebut untuk berinovasi dalam ruang lingkup yang lebih luas dan
memberi kesan yang lebih besar kepada organisasi. Sebagai tambahan, di Afrika, guru-
guru inovatif turut dilibatkan sebagai penggubal dasar di peringkat kementerian
menyebabkan mereka rasa lebih bermotivasi untuk meningkatkan kualiti pengajaran
(UNESCO 2017).

Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memperkenalkan


Pertandingan Guru Inovatif. Pertandingan Guru Inovatif dianjurkan setiap tahun oleh
KPM untuk mencari individu yang telah menghasilkan inovasi dalam pengajaran dan
84

mampu memberikan kesan kepada pembelajaran pelajar (Wan Ali Akbar Wan Abdullah
& Nursafra Mohd Zhaffar 2018). Penganjuran pertandingan seperti ini adalah satu
penghargaan buat guru yang telah bertukus lumus menghasilkan pelbagai inovasi dalam
pengajaran. Selain itu, pertandingan sebegini juga adalah rangsangan kepada guru untuk
bersaing secara sihat bagi meyediakan kualiti pengajaran terbaik (Lee & Lim 2018a).
Kajian Jaszczyszyn dan Lewkowicz (2019), Ibus dan Ismail (2018) dan Siti Sarah
Rosmi dan Sharifah Khairol Musairah (2017) pula mendapati guru yang banyak terlibat
dengan pelbagai aktiviti inovasi mempunyai efikasi kendiri yang tinggi, sentiasa cuba
mengajar dengan cara yang terbaik dan sentiasa menyokong pembelajaran pelajarnya.

Di peringkat sekolah, pengetua yang mentadbir secara transformatif akan


mampu mewujudkan budaya kerja inovatif di kalangan guru (Dayang Rafidah Syariff
M. Fuad, Khalip Musa & Zahari Hashim 2020; Effendi et al. 2021; Nur Hidayah Mohd
Abd Malik et al. 2018; Owoh 2015) dan memberikan kesan paling signifikan kepada
pengajaran inovatif di kalangan guru (Royal 2012). Dari segi kualiti, pentadbir perlu
mempunyai lima ciri, iaitu; 1) visi dan nilai, 2) pengetahuan dan kefahaman, 3) kualiti
diri, sosial dan kemahiran interpersonal, 4) kualiti pengajaran, dan 5) pelajar yang baik
(Schleicher 2012). Dengan kualiti tersebut, pentadbir sekolah yang bersifat
transformatif akan berusaha untuk menyokong pembangunan ke arah perubahan praktis
PdP (Kharbat & Alsoud 2019). Antara langkah yang diambil oleh pentadbir
transformatif adalah memberikan ganjaran kepada guru inovatif sebagai role model
kepada guru lain seperti kebenaran menyertai seminar, hadiah alatan ICT, pemberian
sijil dan anugerah tertentu (Jude et al. 2014), pengurusan pembelajaran inovasi dan
polisi yang merangsang guru untuk berinovasi (Shavinina 2013; Ummi
Fathiyatussa’adah & Suryadi 2021) serta mewujudkan kumpulan kerjasama antara guru
dengan guru (Johari et al. 2021) serta guru dengan pihak luar dari kalangan pengkaji,
penyedia bahan dan penerbit untuk membangunkan inovasi pengajaran (Tomlinson
2016). Kerjasama yang diwujudkan itu mampu membina komunikasi berkesan serta
mempromosikan budaya pemikiran inovatif (Javed et al. 2017). Kajian yang dijalankan
di Perlis mendapati hubungan kepimpinan transformatif guru besar terhadap kepuasan
kerja di kalangan guru berada pada tahap sederhana tinggi (Palanisamy et al. 2020).
Sebagai tambahan, amalan kepimpinan inovatif juga mampu meningkatkan komitmen
guru ketika bekerja (Nurhairi Mohd Noor & Mohamed Yusoff Mohd Nor 2019).
85

Selain itu, Agélii Genlott et al. (2019) mencadangkan agar; 1) persepsi mengenai
penggunaan inovasi secara berterusan tidak dilihat sebagai sesuatu yang mesti mengikut
prosedur yang telah ditetapkan, sebaliknya mesti diberi kebebasan kepada guru kerana
guru menemui murid yang pelbagai serta kreatif, 2) pengekalan inovasi perlu
merangkumi banyak sekolah dalam satu sistem social yang luas, dan 3) kepelbagaian
jenis guru perlu diraikan kerana bukan semua guru adalah inovator, sebaliknya
perkongsian ilmu dan pengalaman daripada guru inovatif dapat membantu mereka,
bukan sahaja untuk menggunakan produk atau teknik pengajaran itu, bahkan turut sama
menarik minat mereka untuk bersama dalam aktiviti inovatif.

2.6.5 Model Motivasi Inovasi

Serdyukov (2017) telah mencadangkan Model Inovasi Pendidikan. Dalam model ini,
untuk menghasilkan inovasi, guru perlu mendapat sokongan daripada keseluruhan
sistem masyarakat. Hal ini kerana sistem masyarakat akan mempengaruhi persekitaran
yang ada di sekeliling guru dan pelajar. Persekitaran itu akan memberi kesan kepada
kualiti pendidikan secara langsung. Mengikut model ini, guru sendirian tidak akan
mampu berinovasi, lalu mengharapkan inovasi itu memberikan kesan besar kepada
pembangunan diri pelajar. Sokongan persekitaran perlu. Untuk memberikan kesan yang
lebih besar, maka kementerian juga perlu memainkan peranan penting terutama dalam
membantu menyebarluaskan inovasi yang terbukti berkesan untuk kegunaan guru lain
terhadap pelajar lain dalam sistem pendidikan itu. Maka, inovasi yang dihasilkan akan
memberikan kesan yang maksima. Model ini dapat difahami melalui rajah di bawah:

Rajah 2.16 Model inovasi pendidikan


86

Kajian Agélii Genlott et al. (2019) turut mendapati peranan persekitaran yang
membantu sesuatu inovasi itu kekal digunakan seperti; 1) kepimpinan, 2) sistem sosial
seperti pengetua dan rakan sekerja yang menyokong, serta 3) kepelbagaian jenis guru
yang menyokong inovasi. Selain itu, teori Ford (1996) juga mengaitkan motivasi
inovasi yang dipengaruhi oleh persekitaran. Perbezaannya adalah Ford (1996)
menambah elemen pasaran. Hal ini kerana menurut Ford (1996), penghasilan tindakan
kreatif dipengaruhi oleh empat domain, iaitu; pasaran, persekitaran institusi, organisasi
dan kumpulan. Keempat-empat domain tersebut boleh mempengaruhi empat bidang
berbeza, iaitu; pengguna, pakar yang profesional, penggerak dalam organisasi sosial
dan rakan sekerja. Keempat-empat bidang itu pula akan mengekalkan domain yang
sesuai, seperti pengguna akan mempengaruhi pasaran, lalu menyebabkan pengeluar
menghasilkan sesuatu yang kreatif sesuai dengan kehendak pasaran. Secara visualnya,
teori ini dapat difahami melalui rajah di bawah:

Rajah 2.17 Teori tindakan kreatif dalam pelbagai lapisan sosial

Gabungan kedua-dua model ini dapat dilihat melalui teori yang disusun oleh
Oluwalola (2015) yang melihat fungsi budaya, masyarakat, antarabangsa, polisi,
teknologi, industri, ekonomi dan pendidikan akan mempengaruhi perubahan yang akan
dilakukan dalam sistem pendidikan. Perkaitan antara inovasi dalam pendidikan dengan
pemasaran adalah kerana ia adalah sebahagian daripada sistem ekonomi dan masyarakat
(OECD 2016).
87

2.7 PENGETAHUAN

Para sarjana berbahas dua isu mengenai ilmu, iaitu; 1) perlukah ada ilmu untuk
berinovasi?, dan 2) apakah jenis ilmu yang perlu ada untuk berinovasi? (Dawson &
Andriopoulos 2017). Persoalan pertama timbul kerana ada hujah yang menyatakan
bahawa ilmu dan pengalaman hanya akan mengongkong budaya berinovasi kerana
seseorang tidak mampu melihat perkara baru dan mencipta sesuatu yang baru kerana
keterikatan atau gangguan dengan sesuatu sedia ada. Hal ini kerana ilmu dan
pengalaman tersebut mewujudkan satu set kepercayaan dan amalan yang menyebabkan
sesuatu yang berbeza dengan kepercayaan dan amalan tersebut dianggap tidak berkesan
(Hartman et al. 2019). Maka ada keperluan bagi inovator untuk tidak memiliki ilmu
(knowledge free). Namun, kepentingan ilmu dan kemahiran kepada proses penciptaan
sesuatu inovasi telah diterima (Kirton 2003; Othman et al. 2021). Hal ini kerana isunya
bukan disebabkan oleh ada atau tidak ilmu serta kuantiti ilmu, sebaliknya bagaimana
ilmu itu disimpan dan digunakan apabila diperlukan (Amabile 1988). Ilmu tersebut
termasuklah yang dibina melalui pengalaman dalam kehidupan (Beghetto & Kaufman
2014). Walau bagaimanapun, ada juga sarjana yang berpandangan bahawa untuk
menghasilkan inovasi, manusia perlu mempunyai ilmu yang banyak, namun tiada
keperluan untuk mengetahui ilmu tersebut secara mendalam (Welsh et al. 2016).

Memiliki ilmu pengetahuan dan kepakaran tertentu selaras dengan firman Allah
dalam al-Quran (al-Baqarah, 2:31). Dalam ayat tersebut, Allah SWT menjelaskan
kelebihan Nabi Adam a.s. yang diberikan ilmu pengetahuan berbanding malaikat.
Wahbah az-Zuhaili (1997) menggariskan beberapa kesimpulan daripada ayat ini yang
berkaitan dengan kajian ini, iaitu:
• Syarat menjadi khalifah Allah di bumi adalah mempunyai ilmu pengetahuan.
• Allah SWT mengajar Nabi Adam a.s. mengenai jenis makhluk agar baginda
diberi ilham berkenaan dengan karakter dan sifat sesuatu makhluk itu. Melalui
pengetahuan tentang karakter sesuatu makhluk itu, maka ia dapat dimanipulasi
untuk penciptaan pelbagai jenis inovasi.
• Manusia lebih layak menjadi khalifah kerana mempunyai kehendak terhadap
pentadbiran alam berbanding malaikat. Hal ini kerana manusia akan mengkaji
88

rahsia alam sebagai punca rezeki serta memajukan alam selaras dengan
perkembangan semasa.

Menggunakan ilmu yang dibekalkan oleh Allah itu, maka inovasi bermula sejak
dari zaman Nabi Adam lagi. Pelbagai inovasi berbentuk alatan dan teknik dicipta untuk
kegunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini diiktiraf oleh para sarjana sehingga ada
sarjana yang berkata bahawa teknik mengawal api sejak daripada 300,000 hingga
500,000 tahun yang lalu adalah antara inovasi terawal dan kemungkinan inovasi yang
paling penting dalam sejarah hidup manusia (Lednor 2019).

Demikian juga dengan wahyu pertama yang turun kepada Rasulullah s.a.w.
(Wahbah az-Zuhaili 1997). Dalam wahyu tersebut, Allah SWT memerintahkan
Rasulullah s.a.w. supaya membaca dengan nama tuhan-Nya (al-ᶜAlaq, 96:1) yang
Menciptakan manusia daripada darah beku (al-ᶜAlaq, 96:1). Allah menisbahkan diri-
Nya dengan sifat penciptaan, kemudian menyusuli ayat seterusnya dengan contoh
penciptaan-Nya yang paling agung, iaitu manusia. Allah SWT tidak sekadar
menyatakan bahawa Dia Mencipta manusia, sebaliknya menyebut asal kejadian
manusia daripada darah, untuk menunjukkan hikmah Allah SWT dalam penciptaan
manusia daripada lemah menjadi kuat yang hanya dapat dicapai dengan adanya ilmu
(Wahbah az-Zuhaili 1997). Maka di hujung wahyu, Allah akhiri dengan menyebut
mengenai pengajaran melalui al-Qalam (al-ᶜAlaq, 96:4), menunjukkan kepada
keutamaan alat tulis sebagai medium penyebaran ilmu (Al-Qurtubi 1964; Wahbah az-
Zuhaili 1997). Oleh kerana itu, umat Islam digesa supaya sentiasa cintakan ilmu sebagai
satu kaedah untuk memiliki minda kelas pertama dan berusaha menghasilkan pelbagai
inovasi (Syaidatun Nazirah Abu Zahrin et al. 2019) dengan sentiasa berterusan belajar
(Sawyer 2011).

Sebagai tambahan, para sarjana Islam sepakat mengenai keperluan kepada dua
jenis ilmu yang berbeza, kemudian digabung jalin untuk menghasilkan ilmu yang baru
(Ibn Khaldun 2001; Mohd Zaidi Ismail 2014). Integrasi ilmu yang baru itu adalah
inovasi (Mohammad Syukor Mohammad Ghulam et al. 2019). Mohd Zaidi Ismail
(2014) menjelaskan perbezaan antara tahu (knowing) dan fikir (thinking). Tahu
dimaksudkan sebagai proses dalam minda seseorang daripada apa-apa yang telah
89

diketahui kepada apa-apa yang masih belum diketahui. Fikir pula didefinisikan sebagai
proses yang dilalui secara sengaja untuk menghasilkan pengetahuan baru (atau
pengetahuan ketiga) hasil daripada kombinasi dua pengetahuan yang terpisah sebelum
ini. Istilah yang digunakan untuk menggambarkan ilmu yang berada dalam bidang tanpa
gabung jalin adalah tadhakkur, manakala ilmu yang telah digabung jalin dikenali
sebagai ᶜubur (iktibar). Khayalan memainkan peranan penting dalam membantu proses
iktibār (Mohd Zaidi Ismail 2016). Istilah yang diguna pakai oleh Nurdiana Abdullah
dan Johari Surif (2018) bagi khayalan adalah imaginasi, manakala iktibār adalah
visualisasi. Oleh itu, menjadi keperluan kepada GPI untuk sentiasa belajar bagi
melengkapkan diri mereka dengan ilmu yang boleh meningkatkan profesionalisme
perguruan mereka (Kamarul Azmi Jasmi 2021a).

Oleh yang demikian, ramai sarjana berbincang mengenai persoalan kedua, iaitu
ilmu yang diperlukan untuk menghasilkan inovasi. Kemahiran berinovasi adalah
kemahiran untuk belajar dan beradaptasi kepada strategi baru (Muhammad Talhah
Ajmain @ Jima’ain, et al. 2020). Dalam hal ini, guru inovatif perlu mempunyai
kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan kandungan pelajaran untuk diaplikasikan
dalam kehidupan seharian dan potensi kerohanian yang boleh dikembangkan dengan
diasimilasi dengan isu semasa dalam pembangunan negara bangsa (Wan Hassan Wan
Embong et al. 2020). Untuk itu, Thurlings et al. (2015) menyenaraikan empat jenis ilmu
atau kompetensi yang perlu diketahui oleh guru untuk berinovasi, iaitu; 1)
pembangunan kompetensi spesifik, 2) kepakaran penyelesaian masalah, 3) kemahiran
mengenal dan menganalisis peluang, dan 4) ilmu pengetahuan pedagogi kandungan.
Kepakaran penyelesaian masalah dan kemahiran mengenal dan menganalisis peluang
disatukan oleh Amabile (1988) dan melabelkannya sebagai kemahiran kognitif
istimewa. Sebagai tambahan, Amabile (1988) dan Zhu dan Wang (2014) memasukkan
kemahiran sosial sebagai salah satu kemahiran yang perlu ada pada seseorang yang
kreatif. Sebagai tambahan, terdapat satu lagi pengetahuan yang perlu ada untuk
menghasilkan inovasi, iaitu; pengetahuan mengenai kaedah menghasilkan inovasi.
Sebagai rumusan daripada kesemua kemahiran ini, ada lima kemahiran yang akan
dibincangkan, iaitu; 1) kompetensi spesifik, 2) kemahiran kognitif, 3) kemahiran
pedagogi kandungan, 4) kemahiran sosial, dan 5) kemahiran menghasilkan inovasi.
90

2.7.1 Pembangunan kompetensi spesifik

Yang dimaksudkan dengan pembangunan kompetensi spesifik adalah ilmu atau


kemahiran tertentu yang diperlukan untuk menghasilkan inovasi dalam bentuk atau
bidang tertentu (Dawson & Andriopoulos 2017). Contohnya, Thurlings et al. (2015)
mengatakan bahawa pada zaman kini, kemahiran ICT adalah kemahiran yang paling
dominan dalam penghasilan inovasi oleh guru. Hal ini bertitik tolak daripada
perkembangan dunia teknologi hari ini sehingga para guru turut tidak terkecuali
daripada usaha untuk menghasilkan inovasi berasaskan teknologi ICT. Walau
bagaimanapun, inovasi tidak semestinya dihasilkan menggunakan ICT. Oleh yang
demikian, kemahiran yang lain diperlukan untuk menghasilkan inovasi dalam bentuk
yang lain. Contohnya seorang arkitek memerlukan kemahiran berimaginasi sesuatu
yang real daripada sesuatu yang abstrak, pengetahuan faktual tentang seni dan sejarah
seni bina, pengetahuan tentang lokasi dan keadaan tempat sesuatu bangunan akan dibina
(Dawson & Andriopoulos 2017). Pembangunan kompetensi spesifik ini dinyatakan oleh
Amabile (1988) melalui dua jenis pengetahuan, iaitu; 1) kepakaran dalam bidang seperti
pengalaman dan kemahiran dalam bidang tertentu, dan 2) pengalaman yang pelbagai
seperti mempunyai pengetahuan umum yang banyak dan pengalaman dalam domain
berkaitan dengan luas. Keluasan pengetahuan itu terbina melalui pengalaman ketika
menjadi sebahagian daripada pekerjaan tertentu (Dawson & Andriopoulos 2017).
Menurut Amabile (1988), pengetahuan jenis ini diibaratkan seperti data mentah bagi
seseorang inovator. Ia mungkin berbentuk pengetahuan atau kemahiran yang didapati
daripada pendidikan formal atau pun tidak formal dalam domain berkaitan.

Selaras dengan konsep pembinaan pengalaman, maka Allah SWT


memerintahkan manusia supaya bermusafir agar dapat melihat asal kejadian ciptaan
Allah SWT (al-ᶜAnkabūt, 29:20). Menurut Wahbah az-Zuhaili (1997), lafaz fiᶜl amr

yang digunakan pada kalimah ( ) sebagai isyarat kepada ilmu pengetahuan

yang diperoleh melalui pemikiran dan pencarian, iaitu dengan memerhatikan kejadian-
kejadian yang ada serta mengetahui asal-usul setiap kejadian itu. Melalui pemusafiran,
secara simboliknya, manusia dapat berfikir dan berimaginasi dan seterusnya mampu
mencipta inovasi-inovasi baru (al-Karasneh & Saleh 2010). Melalui pemusafiran juga,
manusia dapat menemui guru yang pakar dalam bidang secara langsung, lalu
91

membuahkan ilmu pengetahuan dan kefahaman yang terbaik (Ibn Khaldun 2001) untuk
digunakan dalam proses inovasi.

2.7.2 Kemahiran kognitif

Antara contoh kemahiran kognitif ialah seperti kemahiran menyelesaikan masalah


dalam bidang tertentu, kemahiran penyelesaian masalah secara umum dan kemahiran
berfikir kreatif (Amabile 1988). Kepakaran penyelesaian masalah dikaitkan dengan
bagaimana seseorang guru mencari kaedah untuk bekerja ketika dikelilingi oleh
masalah, lalu memikirkan strategi atau alternatif untuk menyelesaikan masalah itu.
Menurut Thurlings et al. (2015), kemahiran penyelesaian masalah menuntut guru untuk
memanfaatkan krisis dan ketidakfungsian dan berfikir solusi lain apabila tersekat pada
sesuatu solusi biasa yang tidak mampu menyelesaikan masalah. Dari sudut kemahiran
mengenal dan menganalisis peluang pula, guru perlu menilai peluang dan yakin untuk
mengambil risiko (Thurlings et al. 2015). Kemampuan berfikir adalah faktor yang
paling dominan dalam pencarian individu kreatif (Tang & Kaufman 2015).

2.7.3 Pengetahuan pedagogi kandungan

Konsep pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) diasaskan oleh Shulman (1986) yang
menekankan kepada tiga jenis pengetahuan yang perlu ada pada guru, iaitu; 1)
pengetahuan konten, 2) pengetahuan pedagogi, dan 3) pengetahuan praktikal dan
kemahiran professional dalam pengajaran. Pengetahuan konten adalah tentang apa-apa
yang akan diajar. Pengetahuan pedagogi pula adalah tentang kaedah mengajar sesuatu
konten itu. Pengetahuan praktikal dan kemahiran professional dalam pengajaran pula
adalah tentang material sedia ada untuk pengajaran sesuatu konten topik dan
pengetahuan pelajar terhadap sesuatu topik daripada subjek yang lain. Bertitik tolak
daripada perbincangan mengenai pengetahuan pedagogi kandungan, Shulman (1987)
turut menyenaraikan tujuh pengetahuan minima yang patut ada pada seseorang guru,
iaitu; 1) pengetahuan konten, 2) pengetahuan pedagogi secara umum, 3) pengetahuan
kurikulum, 4) pengetahuan pedagogi kandungan, 5) pengetahuan mengenai pelajar, 6)
pengetahuan tentang konteks pendidikan, dan 7) pengetahuan tentang matlamat akhir
pendidikan, tujuan dan nilai pendidikan, falsafah dan sejarah pendidikan. Kepentingan
92

pengetahuan pedagogi kandungan kepada penghasilan inovasi sehingga ada negara


seperti Tanzania memberi fokus kepada latihan guru mengenai pengetahuan pedagogi
kandungan khas untuk kreativiti dan inovasi (Kihoza et al. 2016).

Kekurangan inovasi dalam Pendidikan Islam mempunyai kaitan rapat dengan


kekurangan pengetahuan guru dalam PPK (Basinun et al. 2020). Pada masa yang sama,
guru yang mempunyai pengetahuan PPK yang baik terbukti berjaya menghasilkan
inovasi yang berjaya meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran pelajar
(Evens et al. 2015). Oleh itu, di Malaysia, berfokus dalam Pendidikan Islam, terdapat
kajian khusus mengenai pengetahuan pedagogi kandungan dijalankan. Kajian Nur
Hanani Hussin (2015) mengenai pengetahuan pedagogi kandungan GCPI dalam
pengajaran ibadat, membahagikan pengetahuan kepada sembilan, iaitu; 1) pengetahuan
isi kandungan, 2) pengetahuan pedagogi, 3) pengetahuan kandungan pedagogi
pengajaran, 4) pengetahuan kurikulum, 5) pengetahuan tentang pelajar, 6) pengetahuan
komunikasi, 7) pengetahuan tentang matlamat, 8) pengetahuan tentang konteks, dan 9)
pengetahuan tentang diri. Kajian Ahmad Yunus Kassim dan Ab. Halim Tamuri (2010)
mengenai pengetahuan pedagogi kandungan GCPI dalam pengajaran akidah pula
membentuk model pelaksanaan pengetahuan pedagogical kandungan PPK pengajaran
akidah GCPI, iaitu seperti rajah di bawah:

Rajah 2.18 Model pelaksanaan PPK pengajaran Akidah GCPI


93

2.7.4 Kemahiran sosial

Yang dimaksudkan dengan kemahiran sosial ialah mempunyai kemahiran berpolitik,


mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain, pendengar yang baik, ahli
kumpulan yang baik dan terbuka kepada idea orang lain (Amabile 1988). Thurlings et
al. (2015) turut menyebut mengenai kemahiran sosial, namun diletakkan di bawah
kategori kemahiran spesifik. Antara kemahiran sosial yang disebutkan oleh Thurlings
et al. (2015) ialah kemahiran kepimpinan, iaitu tentang kemahiran menyusun strategi,
kemahiran menyediakan ganjaran, pemikiran yang membina dan kemahiran menyusun
kepakaran yang dimiliki dalam kumpulan untuk menyempurnakan hasil inovasi. Hasan
Langgulung (1991) ketika membahaskan mengenai sifat sosial orang yang kreatif,
mengatakan bahawa orang yang kreatif pandai menyeimbangkan antara sifat introvert
dan extrovert. Orang yang kreatif bersifat introvert untuk memberi fokus kepada aktiviti
penghasilan inovasi. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, mereka tetap perlu
bersifat extrovert, iaitu berjumpa dengan orang ramai untuk menyebarkan manfaat
inovasi mereka kepada orang ramai.

Hashimah Md Yusoff (2019) menjalankan kajian secara deskriptif terhadap sifat


sosial GPI sekolah rendah. Dapatan menunjukkan sifat sosial GPI berada pada tahap
tinggi dengan min: 3.60. Dua item dengan nilai min yang paling tinggi (min: 3.97)
adalah ‘saya seorang yang bersemangat tinggi dalam semua perkara’ dan ‘saya sering
menjadikan persekitaran saya ceria’. Manakala dua item dengan tahap sederhana ialah
‘saya lebih banyak mendiamkan diri dalam banyak perkara’ (min: 2.92) dan ‘saya suka
melakukan kelainan untuk mendapatkan perhatian’ (min: 3.19).

2.7.5 Kemahiran menghasilkan inovasi

Ada kaedah yang dibincangkan secara spesifik untuk menghasilkan inovasi dan ada
kaedah yang dibincangkan dengan tujuan untuk menambah baik amalan dan
memungkinkan inovasi terhasil. Kaedah untuk menghasilkan inovasi telah
dibincangkan dalam konsep inovasi. Kaedah dengan tujuan untuk menambah baik
amalan dan memungkinkan inovasi terhasil adalah dua, iaitu; kajian tindakan (Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2008) dan design thinking (Lee & Lim
94

2018). Melalui penyelidikan, banyak inovasi pengajaran akan dapat dihasilkan (Siti Nur
Hadis A Rahman et al. 2019).

2.7.6 Kolaborasi

Tidak ramai manusia yang memiliki ilmu dan pengetahuan yang pelbagai (Ibn Khaldun
2001). Di sinilah munculnya peranan kolaborasi, antaranya memudahkan proses
sumbang saran ketika mencari idea inovasi berlaku (Dartey-Baah & Amoako 2011)
serta memastikan inovasi yang lebih baik dapat dihasilkan (Norhashimi Saad & Salina
Busrowi 2015). Dalam satu kajian di Johor, terdapat guru yang masih tidak dapat
menghasilkan inovasi walaupun setelah diberikan kursus dan bengkel menyebabkan
mereka perlu berkolaborasi dengan rakan guru yang lain ketika menghasilkan inovasi
(Buntat & Ahamad 2012). Oleh kerana itu, inovasi disifatkan sebagai inklusif dan
bukannya eksklusif dan mesti dihasilkan secara kolaborasi (Diamantidaki & Kefalaki
2020). Maka konsep seperti konsep inovasi terbuka (open innovation) dan inovasi hidup
(living innovation) diperkenalkan. Konsep inovasi terbuka sejak tahun 2003 (Lednor
2019). Konsep inovasi terbuka ini membuka ruang kepada sesuatu organisasi atau
individu untuk berkolaborasi secara sistematik dengan individu atau organisasi lain dari
sudut perkongsian ilmu, kemahiran dan teknologi. Kesannya, seseorang individu atau
organisasi itu dapat meneroka pasaran baru atau memasuki dunia pemasaran yang
bukan dalam bidangnya sebelum ini. Impaknya kepada perkembangan inovasi adalah
lebih banyak inovasi di luar jangka dapat dihasilkan, terutamanya dari sudut evolusi dan
revolusi teknologi (Blackwell & Fazzina 2008). Walau bagaimanapun, ada isu tertentu
tentang inovasi terbuka, yang utamanya adalah isu harta intelek. Dalam konteks
pendidikan, inovasi yang dihasilkan oleh guru boleh dihasilkan melalui kolaborasi
dengan rakan guru yang lain, sama ada daripada subjek yang berbeza, sekolah yang
berbeza atau dengan rakan yang bukan guru.

Melalui konsep inovasi hidup (living innovation) pula, proses kajian dan
pembangunan tidak lagi dibuat dalam makmal tertutup, sebaliknya dibuat secara
terbuka (Lee & Lim 2018b; Mathe 2016). Idea bukan datang daripada pengkaji,
sebaliknya diambil daripada pengguna. Pengkaji cuma membangunkan produk
berdasarkan idea yang diberikan oleh pengguna. Oleh yang demikian, pengguna
95

diklasifikasikan sebagai co-creator. Konsep ini dibangunkan kerana inovasi yang


dihasilkan adalah untuk kegunaan pengguna. Hanya pengguna tahu apa-apa yang
dikehendaki mereka. Konsep ini terbukti berjaya menaikkan syarikat seperti Starbuck
untuk menghasilkan sehingga 1000 produk hasil idea pelanggan mereka. Sebaliknya,
idea yang dihasilkan dalam makmal menyebabkan syarikat yang besar seperti Cocacola
terpaksa menarik satu produk kerana rasa ‘unik’nya tidak menepati kehendak pasaran.
Dari sudut pendidikan, konsep inovasi hidup ini boleh berlaku dengan guru mengambil
kira kehendak dan keperluan pelajar mereka. Kajian Magen-Nagar et al. (2019)
dijalankan untuk melihat impak kolabarasi guru dengan murid mereka ketika mencipta
digital games. Kaedah kajian kuantitatif dan kualitatif digunakan. Dapatan
menunjukkan tahap keengganan untuk berubah menurun secara signifikan selepas
intervensi dijalankan, manakala tahap motivasi dalaman untuk belajar program
pedagogi inovatif berasaskan teknologi dan tahap kolabarasi antara murid dengan murid
dan murid dengan guru juga meningkat.

Untuk merangsang penghasilan inovasi di kalangan guru, guru perlu


berkolaborasi ketika melalui proses belajar secara berstruktur ketika mengajar dalam
kelas (Sawyer 2006b). Hal ini kerana hanya dengan pengetahuan yang tinggi
memungkinkan guru menjadi agen pengubah dan memastikan inovasi pengajaran
berjaya (Mohd Aderi Che Noh et al. 2017). Belajar melalui kolaborasi juga lebih
menyeronokkan tanpa ada rasa terancam dan mampu menarik perhatian guru (Joseph
2021). Oleh itu, di Malaysia, KPM telah memperkenalkan program Komuniti
Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community (PLC) untuk
mewujudkan budaya kolaboratif (Bahagian Pendidikan Guru n.d.). Melalui program ini,
kolaboratif diunjurkan untuk diadakan antara; 1) sekolah dan komuniti luar, 2) guru dan
guru. Kolaborasi guru dan guru melibatkan sistem sokongan rakan sekerja dan
pengajaran secara kolaboratif (Salwa Azwani Hassan & Aziah Ismail 2020). Kajian
menunjukkan guru yang berkolaborasi mampu meningkatkan kualiti pengajaran dengan
menghasilkan inovasi pengajaran (Saka 2021) atau mengadaptasi inovasi sedia ada
(Buitendijk 2013).

Antara objektif KPM memperkenalkan PLC adalah; meningkatkan kualiti dan


amalan pengajaran dan pembelajaran guru, menyediakan peluang berlakunya aktiviti
96

perkongsian ilmu, kepakaran dan kerjasama dalam kalangan guru, mewujudkan


semangat berpasukan dan membangunkan sekumpulan pengurus mata pelajaran yang
pakar untuk membantu dan memberikan bimbingan kepada pengurus mata pelajaran
yang lain (Bahagian Pendidikan Guru n.d.). Antara aktiviti yang dicadangkan dalam
PLC adalah; Lesson Study, Learning Walks, Peer Coaching dan Teacher Sharing
Session. Melalui PLC, inovasi sedia ada oleh guru dapat dicari dan diadaptasi serta
diaplikasi dalam konteks yang lebih besar dan luas (Lee et al. 2015) dan guru dapat
merasai pengalaman belajar dengan menggunakan inovasi yang telah dihasilkan guru
lain (Jolly 2009) dan secara langsung merangsang mereka menghasilkan inovasi
(Hassan et al. 2018). Langkah ini lebih berkesan dalam merangsang penghasilan inovasi
di kalangan guru berbanding kursus yang dijalankan secara sehala (Mohd Kaziman Ab
Wahab 2015) dan turut mampu merangsang penghasilan inovasi di kalangan pelajar
(García 2011). Perkongsian tanpa mengharapkan keuntungan seperti ini dikenali
sebagai konsep inovasi sosial dan mampu membantu kepada peningkatan kelestarian
masyarakat dan daya saing negara (Hanafi et al. 2018) serta mewujudkan ekosistem
inovasi dalam pendidikan (Schröder & Krüger 2019).

Pelaksanaan PLC selaras dengan konsep taᶜawun (tolong-menolong) atas


perkara kebaikan dan takwa (al-Mā’idah, 5:2). Al-Qurtubi (1964) menukil pandangan
al-Mawardi yang mengatakan bahawa tolong menolong atas perkara kebaikan akan
membuahkan reda manusia, manakala tolong menolong atas ketakwaan akan
membuahkan reda Allah. Tolong menolong atas dasar kebaikan dan takwa pula adalah
kemuncak kebahagiaan dan keluasan nikmat. Selain itu, Al-Qurtubi (1964) turut
menyebut pandangan Ibn Khuwaizimandad bahawa tolong menolong ada dalam
pelbagai bentuk, antaranya; seseorang yang mempunyai ilmu mengajarkan ilmu kepada
manusia lain. Dalam hal ini, guru yang mahir menghasilkan inovasi perlu membimbing
guru lain untuk turut sama menghasilkan inovasi (Kovacs 2017). Penggunaan konsep
learning walk, peer coaching dan teacher sharing session dalam PLC boleh
diaplikasikan untuk tujuan ini.

Jadual 2.16 Konsep dan definisi PLC


Konsep Definisi
Learning walk Jelajah pembelajaran untuk memerhati dan mencuri amalan dan kaedah berkesan
Peer coaching Situasi yang membolehkan guru berkongsi pengalaman dan pengetahuan
pedagogi dalam bilik darjah tanpa sebarang paksaan.
bersambung…
97

…sambungan
Teacher sharing Sekumpulan guru bertemu secara kerap atau berkala secara formal untuk
session berkongsi pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi terbaik.

Learning walk adalah sesi perkongsian secara tidak langsung, iaitu dengan guru
memerhati guru yang lebih pakar dalam aspek tertentu dalam pengajaran seperti
penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan. Melalui peer coaching pula, seorang
guru akan bertindak sebagai jurulatih untuk memperbaiki pengajaran guru yang lain.
Hal ini dapati direalisasikan melalui pemerhatian dilakukan terhadap guru tertentu
sehingga kelemahan pengajaran dapat dikesan (Yu et al. 2014). Melalui teacher sharing
session pula, guru berkongsi amalan pedagogi terbaik mereka kepada rakan guru yang
lain, sama ada perkongsian bahan maujud atau perkongsian bahan bukan maujud.
Contoh bahan maujud ialah bahan bantu mengajar, laman sesawang, lembaran kerja,
rancangan pengajaran dan skema pemarkahan. Contoh bahan bukan maujud pula ialah
amalan PdP dan pengurusan bilik darjah.

Konsep pengajaran guru terhadap guru selari dengan gesaan Allah SWT agar
bertanya kepada ahli dhikr jika tidak mempunyai sesuatu pengetahuan (an-Naḥl, 16:43;
al-Anbiyā’, 21:7). Wahbah az-Zuhaili (1997) ketika menafsirkan ayat 43 surah an-Naḥl
menyebut bahawa boleh seseorang mujtahid merujuk dan bertaklid kepada seseorang
mujtahid lain yang mempunyai ilmu tentang sesuatu yang tidak diketahuinya. Dalam
tafsir ayat 7 surah al-Anbiyā’ pula, Wahbah az-Zuhaili (1997) menghukumkan wajib
bertanya kepada ahli ilmu jika tidak tahu tentang sesuatu perkara.

Kajian Zuraidah Abdullah dan Muhammad Faizal A. Ghani (2014) mengenai


PLC telah dijalankan terhadap guru sekolah menengah di Malaysia. Dapatan umum
menunjukkan tahap PLC di sekolah menengah di Malaysia berada pada tahap tinggi
(min: 87). Namun, perincian menunjukkan perkongsian kaedah pengajaran guru berada
pada tahap sederhana (min: 3.63) dan pembelajaran secara kolektif berada pada tahap
tinggi (min: 3.89). Hal ini berlaku tahap perkongsian dan sokongan kepimpinan berada
pada tahap tinggi (min: 3.90).
98

2.8 KAJIAN BERKAITAN

Kajian yang telah dijalankan yang berkaitan dengan kajian ini, antara kajian mengenai
kefahaman guru tentang inovasi, kajian mengenai sifat guru inovatif, kajian pengajaran
inovatif dan kajian pemupukan sifat kreatif guru.

2.8.1 Kajian Mengenai Kefahaman Guru tentang Inovasi

Davis et al. (2010) mengkaji tentang kefahaman guru pelatih mengenai konsep inovasi
serta peranan inovasi dalam meningkatkan daya pelajaran guru pelatih. Kajian ini
dijalankan secara kualitatif terhadap 51 guru pelatih. Data diambil daripada tugasan dan
penulisan jurnal. Dapatan mengklasifikasikan guru pelatih kepada lima kategori,
mengikut turutan dari bawah ke atas, iaitu; resistance to innovation, awareness of
innovation, exploration of innovation, identification with innovation dan integration as
innovation. Resistance to innovation disamakan seperti laggard oleh Roger, sangat
fobia dengan inovasi dan lebih selesa dengan kaedah lama. Sebaliknya integration as
innovation adalah guru inovatif yang paling tinggi ingin dicapai. Guru yang mendapat
tahap integration as innovation menganggap inovasi sebagai satu proses pembelajaran
sepanjang hayat dan satu proses pembelajaran yang tidak akan habis serta sentiasa ada
ruang dalam pengajaran untuk diperbaiki. Hubungan antara kelima-lima klasifikasi ini
dapat difahami melalui rajah di bawah:

Rajah 2.19 Model kepercayaan guru terhadap inovasi


99

Kajian Harwati Hashim et al. (2019) pula dijalankan terhadap pensyarah


politeknik mengkaji tentang kefahaman dan persepsi mereka mengenai konsep inovasi
dalam pengajaran. Kajian kualitatif ini dijalankan melalui soalan terbuka yang
diberikan kepada 39 pensyarah pelabagi bidang di pelbagai politeknik di serata
Malaysia. Data menunjukkan bahawa ada tiga jenis pemahaman, iaitu; mencipta sesuatu
yang baru (27/39), menambah nilai sesuatu yang sedia ada (11/39) dan menterjemahkan
idea untuk menjadi produk yang mempunyai nilai (1/39). Pensyarah keliru antara
maksud penciptaan (invention) dan inovasi (innovation). Kepentingan inovasi diakui
oleh peserta kajian dengan mengatakan bahawa inovasi dalam pendidikan penting; 1)
kerana dunia pendidikan berubah setiap hari, 2) untuk menyediakan suasana
pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar, dan 3) tidak ada limit pada inovasi. Isu
tentang cabaran berinovasi pula, diakui oleh pensyarah dengan mengatakan, 1) banyak
topik untuk diajar, 2) kurang sokongan dan panduan, dan 3) kurang latihan tentang
inovasi dalam PdP.

Kajian oleh Cheng (2018) pula mengenai kefahaman pelajar universiti tentang
kreativiti dan environmental sustainability serta bagaimana kedua-dua elemen ini
memberi kesan kepada sokongan dan kefahaman terhadap perkembangan integrasi
antara kreativiti dan environmental sustainability. Kajian kualitatif menggunakan
pendekatan temu bual dijalankan terhadap empat pelajar tahun akhir pendidikan umum
(general studies in education) dari tiga universiti berbeza. Dua pelajar masing-masing
minor dalam sustainability and music, manakala dua pelajar lagi minor dalam creativity.
Kajian menggunakan Four-C Model of Creativity oleh Beghetto dan Kaufman. Dapatan
menunjukkan dua pelajar A dan B memahami creativity sebagai Big C dan Pro C
menyebabkan mereka rasa rendah diri untuk berkreativiti. Sebaliknya pelajar C dan D
memahami kreativiti sebagai Little C atau Mini C dan mereka sangat positif dengan
kreativiti dan suka melakukannya dalam kehidupan mereka. Pelajar A dan B juga tidak
atau kurang melihat hubungan antara kreativiti dan environmental sustainability,
sebaliknya pelajar C dan D memahami bahawa kedua-dua itu saling sokong menyokong
antara satu sama lain. Kefahaman pada pelajar C dan D mungkin didorong oleh
pembelajaran mereka yang menyebabkan mereka memahami maksud sebenar kreatif
serta kepentingannya.
100

2.8.2 Kajian Mengenai Sifat Guru Inovatif

Noraini Ibrahim et al. (2013) telah menjalan kajian terhadap tiga guru cemerlang Bahasa
Inggeris. Guru cemerlang adalah individu yang mempunyai personaliti yang baik,
mempunyai pengetahuan dan kemahiran, mampu meningkatkan hasil pembelajaran
murid, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, menunjukkan potensi dan mampu
menyumbang kepada negara dalam perkembangan pendidikan. Guru cemerlang adalah
nama jawatan, manakala keberkesanan adalah sebahagian daripada kriteria untuk
mengenal pasti guru cemerlang. Maka, guru cemerlang adalah guru yang berkesan
dalam pengajaran mereka. Isu kajian ini adalah untuk melihat pengajaran guru Bahasa
Inggeris dan adakah pengajaran mereka berbeza dengan pengajaran guru normal yang
lain?

Kajian ini dijalankan secara kualitatif. Data utama adalah data pemerhatian
(transkrip dan nota lapangan) dan disokong oleh temu bual dan analisis dokumen.
Kajian dijalankan ke atas tiga guru cemerlang BI yang mempunyai kriteria berikut: 1)
lebih 15 tahun mengajar, 2) mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, 3)
terima untuk diperhati, ditemu bual dan memberikan kebenaran untuk dilihat dokumen
pengajaran seperti RPH dan BBM. Antara dapatan yang ada kaitan dengan kajian
adalah:
• Peserta kajian menekankan pengajaran mengikut kepakaran mereka. Contohnya
Miss M menekankan kemahiran membaca muridnya kerana dia sendiri adalah
seorang yang minat membaca. Miss R pula adalah pendengar yang baik. Maka,
dia mewajibkan muridnya memberikan ucapan secara spontan setiap kali
sebelum kelas bermula.
• Guru pakar menerima masalah atau situasi yang mencabar dengan mengurus
masalah atau situasi tersebut berdasarkan keperluan murid. Maka mereka tidak
mengajar dengan kaedah yang sama pada semua kelas sebaliknya menggunakan
kaedah tertentu pada kelas yang tertentu. ‘One size fit all’ tidak diaplikasikan.
• Empat tema yang muncul daripada kajian ini, iaitu; 1) guru sebagai perancang,
2) guru sebagai fasilitator, 3) guru sebagai role model, dan 4) guru sebagai
pembangun bahan pengajaran.
101

• Tema keempat, iaitu guru sebagai pembangun bahan pengajaran, peserta kajian
mengatakan bahawa tidak semua bahan yang disediakan oleh KPM sesuai
digunakan. Maka, guru perlu menyediakan bahan sendiri berdasarkan objektif
pengajaran, tahap murid dan minat murid. Isunya, antaranya Miss R dan Miss L
yang minat menggunakan ICT tidak dapat menggunakan ICT kerana kelas
mereka tidak ada ‘connectivity’ dengan internet, maka mereka menghasilkan
BBM menggunakan bahan audio-visual. Begitu juga Miss M yang mengajar
menggunakan aktiviti drama selepas mengenalpasti kelemahan murid.

Messmanna et al. (2010) pula mengkaji kaitan antara tahap profesionalisma dan
sikap inovatif dalam kalangan 60 guru vokasional. Kajian dijalankan menggunakan
kaedah kuantitatif melalui pendekatan soal selidik. Dapatan menunjukkan min bagi
domain pengetahuan dan persembahan profesionalisma (min 4.28-4.96), perkembangan
profesionalisma (min 3.79 – 4.37) berada pada tahap tinggi, sebaliknya domain sikap
inovatif dalam kelas (min 3.50) dan sikap inovatif luar kelas (min 4.23) berada pada
tahap rendah. Guru yang muda pula dilihat kurang mahir berinovasi berbanding dengan
guru yang lebih berpengalaman. Selain daripada itu, dapatan juga menunjukkan ada
hubungan yang signifikan antara karakter profesionalisma dengan sikap kerja inovatif.

2.8.3 Kajian Pemupukan Sifat Kreatif Guru

Green (2018) telah menjalankan kajian berkenaan dengan keberkesanan penggunaan


design thinking dalam memupuk sikap inovatif dalam kalangan guru. Kajian ini
menggabungkan theory of individual creative action oleh Ford sebagai panduan
meningkatkan daya inovatif guru, social cognitive theory oleh Bandura untuk tahap
inovatif dalam diri guru dari sudut persekitaran dan design thinking oleh Brown sebagai
kaedah penyelesaian masalah yang inovatif. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah
eksperimen. Kumpulan rawatan diberikan latihan design thinking untuk meningkatkan
daya inovatif dalam diri mereka. Data kuantitatif menunjukkan ada peningkatan
terhadap skala sikap inovatif. Data kualitatif pula menunjukkan bahawa penggunaan
design thinking dengan sokongan kepimpinan transformasi dan PLC mampu
meningkatkan creative self-efficacy guru, keyakinan untuk mengambil risiko dan daya
102

inovatif guru. Dapatan ini turut disokong oleh kajian lain yang menyasarkan pelajar
kolej (Fu & Gao 2020).

Kajian oleh Nor Foniza Maidin dan Mohd Izham Mohd Hamzah (2010)
mengenai persekitaran pembelajaran guru di sebuah sekolah berprestasi tinggi. Kajian
menggunakan model Pembelajaran Organisasi oleh Kelleher (1996), Model Proses
Pembelajaran untuk Mencapai Penambahbaikan Berterusan dan Inovasi oleh Buckler
(1996). Kajian dijalankan dalam bentuk kualitatif. Temubual separa berstruktur
dijalankan terhadap 28 guru, termasuk pentadbir, guru cemerlang, guru veteran dan
guru novis. Transgulasi dibuat terhadap pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan
menunjukkan inovasi diletakkan sebagai sebahagian daripada subtema pembelajaran
secara organisasi. Hal ini terbukti apabila budaya inovasi hanya berlaku dalam
kumpulan kecil seperti panitia, namun tidak disebarluaskan. Selain itu, beberapa
kekangan turut dapat dikesan yang menyebabkan tidak wujud budaya inovasi di sekolah
tersebut, iaitu; faktor dalaman dan faktor luaran seperti galakan untuk bereksperimen
dan inovasi, keberanian untuk mengambil risiko dan sifat ambil berat terhadap pelajar.
Eksperimen boleh dibudayakan melalui kajian tindakan, namun guru tidak dapat
melaksanakannya kerana mereka tiada masa untuk berfikir dan melakukan
penyelidikan, bebanan kerja yang banyak dan tiada sebarang imbuhan terhadap kerja
penyelidikan tersebut. Selain itu, budaya kerja guru sangat tertakluk kepada
menghasilkan pelajar yang mendapat “straight A’s” menyebabkan mereka tidak
meneroka daya kreativiti dan inovasi pelajar. Walhal inovasi adalah antara “soft skills”
yang sangat diberi perhatian dalam kurikulum baru di Malaysia (Shafie et al. 2019).

2.9 KESIMPULAN

Bab ini telah menerangkan tentang tinjauan kepustakaan terhadap konsep guru inovatif.
Perbezaan antara inovasi dan kreativiti serta perincian mengenai konsep guru
berasaskan konsep lima mim turut dijelaskan. Tinjauan literatur terhadap karakter,
motivasi dan kekangan serta pengetahuan turut dibincangkan dengan terperinci. Model
dan teori yang berkaitan dengan kajian ini turut diperhalusi. Oleh kerana kajian ini
dijalankan secara kualitatif, maka data yang diperoleh akan diproses sehingga muncul
tema-tema secara induktif. Oleh hal yang demikian, teori dan model yang dibincangkan
103

dalam bab ini memberi maklumat mengenai tema yang mungkin terbentuk daripada
kajian ini. Namun, pengkaji tidak terikat dengan teori dan model sedia ada sebaliknya
bebas berkreativiti membina tema berdasarkan dapatan yang diperolehi. Oleh kerana
itu, dalam Bab 2 ini, pengkaji membentangkan sebanyak mungkin teori dan model
berdasarkan kerangka kajian. Bab seterusnya akan menjelaskan metodologi yang akan
digunakan oleh pengkaji untuk kajian ini.
104

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini menjelaskan tentang reka bentuk kajian selaras dengan soalan kajian.
Perbincangan metodologi ini meliputi pelbagai perkara termasuk paradigma kajian,
reka bentuk kajian, lokasi kajian, peserta kajian, kajian pralapangan, kaedah dan
prosedur pengumpulan data, tatacara penganalisisan data, serta kesahan dan
kebolehpercayaan data.

3.2 FALSAFAH KAJIAN

Falsafah kajian adalah penggunaan idea yang abstrak dan kepercayaan dalam sesuatu
kajian (Creswell 2013). Falsafah kajian ini penting untuk difahami dalam kajian
kualitatif (Creswell 2013; Merriam 2009). Kebiasaannya, pengkaji kualitatif menulis
mengenainya dalam laporan dan kajian (Creswell 2013). Menurut Merriam (2009),
pakar kualitatif menggunakan istilah yang berbeza-beza untuk menggambarkan falsafah
kajian, antaranya; tradisi, paradigma, perspektif epistemologi dan teori. Falsafah ini
penting untuk dijelaskan supaya pembaca maklum mengenai bias sedia ada yang
memandu pengkaji membuat pemilihan, penafsiran dan membuat keputusan sepanjang
menjalankan kajian. Pengkaji akan menghuraikan falsafah kajian ini dari empat sudut,
iaitu antologi, aksiologi, epistemologi dan metodologi. Antologi terkait dengan realiti
semula jadi dan karakternya dalam sesuatu kajian, manakala aksiologi pula terkait
dengan andaian nilai dalam sesuatu kajian kualitatif (Creswell 2013). Epistemologi pula
merujuk kepada pengetahuan semula jadi (Merriam 2009). Oleh hal yang demikian,
dalam kajian kualitatif, pengkaji perlu cuba untuk mendekati peserta kajian serapat yang
105

mungkin (Creswell 2013). Metodologi pula terkait dengan prosedur menjalan kajian
kualitatif (Creswell 2013).

Dari sudut antologi, pengkaji berpegang kepada realiti yang bersifat pelbagai.
Terdapat pelbagai perspektif yang boleh menggambarkan karakter GIPI. Pengalaman
peserta kajian beserta tafsiran mereka turut diambil kira dalam konteks kajian. Oleh
yang demikian, pengkaji melaporkan kepelbagaian perspektif tersebut berdasarkan
tema yang terbentuk daripada dapatan kajian (Creswell 2013; Merriam 2009). Dari
sudut aksiologi, pengkaji berperanan sebagai alat utama pengkajian yang bersifat
responsif, sensitif terhadap konteks dan mampu bertindak balas terhadap peserta dan
data kajian. Pengkaji menggunakan fungsi literatur pada awal kajian untuk
membiasakan diri dengan latar belakang skop kajian, mengetahui kerangka konsep dan
teknik pengumpulan data yang biasa digunakan dalam kajian lepas serta bagi
membentuk pernyataan masalah (Merriam 2009). Walau bagaimanapun, pengkaji turun
ke lapangan dengan idea umum dan menjadikan matlamat pengkaji untuk mengkaji
fenomena yang dikaji secara mendalam berdasarkan perspektif peserta kajian.

Dari sudut epistemologi, pengkaji berpeluang merapatkan diri dan berinteraksi


dengan peserta dan data kajian di lapangan. Soalan-soalan yang diajukan kepada peserta
kajian juga terdiri daripada soalan separa struktur dan bersifat umum. Oleh yang
demikian, peserta kajian berpeluang untuk membina sendiri makna terhadap sesuatu
dengan merujuk konteks tertentu berdasarkan pengalamannya. Ini membolehkan
pengamatan sebenar dapat berlaku secara tidak terasing daripada konteks (Creswell
2013). Dari sudut metodologi, kajian kualitatif secara prinsipnya dijalankan secara
induktif (Creswell 2013). Berdasarkan kajian pralapangan, pengkaji membina kerangka
konsep sebagai panduan umum pengumpulan data dalam kajian sebenar. Namun
apabila berada di lapangan, pengkaji mengumpul data terperinci daripada pelbagai
sumber seperti temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen berkaitan sebelum
dianalisis kepada tema. Pengkaji melihat data yang diperoleh sekaligus bersama
interpretasi peserta kajian di samping berusaha menghuraikan konteks kajian dengan
lengkap. Pengkaji juga berpegang kepada keperluan menyemak semula persoalan-
persoalan yang timbul daripada pengalaman sepanjang mengumpul data di lapangan
(Creswell 2013).
106

3.3 REKA BENTUK KAJIAN

Menurut Yin (2011), reka bentuk kajian adalah perancangan sesuatu kajian yang logik,
meliputi keseragaman antara soalan kajian, data yang akan dikutip dan strategi untuk
penganalisisan data agar dapatan akan menjawab persoalan kajian, selain daripada
menguatkan kesahan dan kebolehpercayaan data. Kajian ini menggunakan reka bentuk
kajian kes dengan pendekatan kualitatif. Dalam kajian ini, kes merujuk kepada situasi
yang diteroka oleh pengkaji, iaitu karakter guru inovatif pendidikan Islam. Disebabkan
fokus kajian ini ialah fenomena karakter beberapa guru inovatif, maka ia sesuai
dinamakan kajian kes kolektif (collective case study). Menurut Creswell (2013), kajian
kes kolektif turut dikenali sebagai kajian pelbagai kes (multiple case study), adalah satu
isu yang dikaji berulang kali untuk mendapatkan pespektif yang berbeza terhadap isu
tersebut. Secara lebih spesifik, kajian ini dinamakan kajian kes pelbagai lokasi (multisite
case study) kerana dijalankan di lebih daripada dua atau tiga lokasi yang berbeza atau
pun terhadap lebih daripada dua atau tiga peserta kajian (Bogdan & Biklen 2003).

Reka bentuk kajian kes ini membolehkan pengkaji memahami dan meneliti
sesuatu peristiwa dan proses dalam memahami situasi yang sebenar. Kajian kes ini
dilihat sesuai untuk menjawab persoalan kajian yang memerlukan jawapan apa dan
bagaimana. Kajian ini juga memerlukan penerokaan mendalam dan pandangan
terperinci daripada perspektif peserta kajian menggunakan teknik temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen. Tambahan lagi, kajian lepas mengenai karakter guru
atau pensyarah pendidikan Islam turut menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif
seperti kajian Kamarul Azmi Jasmi (2010) dan Mohd Nasri Abdullah (2017). Secara
asasnya, pengkaji menumpukan kepada kefahaman terhadap karakter yang ada pada
Guru Inovatif Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, proses penganalisisan data
berjalan serentak bersama proses pengumpulan data. Proses ini bertujuan untuk
membentuk makna yang berkesan secara menyeluruh dan mendalam. Data pula
dikodkan secara terbuka terlebih dahulu sebelum dikategorikan.
107

3.4 LOKASI KAJIAN

Menurut Bogdan dan Biklen (2003), pengkaji perlu mencari lokasi yang boleh
menyumbang kepada sumber data. Oleh kerana kajian ini memberi fokus kepada GIPI,
maka lokasi yang paling utama adalah sekolah tempat GIPI bertugas. Di sekolah,
pengkaji akan mendapat akses terhadap GIPI dan individu yang berhubungan dengan
GIPI dalam tugasan harian seperti pentadbir, rakan guru dan pelajar. Mereka kenal GIPI
dalam tetapan natural. Maka, mereka akan dijadikan sebahagian daripada sumber
sokongan terhadap sumber utama. Mereka akan ditemui di sekolah. Oleh yang
demikian, sekolah menjadi parameter utama bagi kajian ini.

Secara spesifik, lokasi kajian tidak terbatas di kelas semata-mata. Walaupun


pengkaji boleh meneroka karakter GIPI melalui pemerhatian PdP inovatif di kelas,
namun fokus kajian turut terarah kepada proses pembinaan inovasi tersebut. Maka,
lokasi kajian mungkin akan diadakan di lokasi GIPI selalu berada ketika rehat atau
ketika berjumpa dengan rakan-rakan sekerja. Lokasi itu mungkin di bilik-bilik khas
tertentu seperti surau, di luar sekolah seperti di kedai-kedai makan, kompleks membeli
belah, atau di rumah GIPI. Hal ini seperti yang dicadangkan oleh Miles dan Huberman
(1994) untuk memperluaskan lokasi kajian jika dapat; 1) mengenalpasti petunjuk baru
yang penting, 2) memperluaskan area informasi, dan 3) memperlengkapkan bukti yang
lebih banyak. Walau bagaimanapun, lokasi kajian yang fleksibel ini tertakluk kepada
kebenaran peserta kajian. Hal ini seperti yang disarankan oleh Bogdan dan Biklen
(2003) agar lokasi kajian mestilah mengambil kira keselesaan peserta kajian serta tidak
menyebabkan data yang tidak tepat diperoleh kerana ketidakselesaan peserta kajian
terhadap keberadaan pengkaji. Selain itu, mengambil kira isu masa, kesihatan dan
kewangan (Miles & Huberman 1994), maka pengkaji melimitkan lokasi kajian yang
hampir dengan tempat tinggal pengkaji, iaitu di Negeri Sembilan. Oleh yang demikian,
lokasi kajian dihadkan kepada Negeri Sembilan dan negeri-negeri berhampiran sahaja.
Hal ini tidak menjadi isu sekiranya mutu kajian tidak terjejas.
108

3.5 PESERTA KAJIAN

Penentuan peserta kajian adalah berasaskan tujuan dan persoalan kajian yang telah
ditetapkan. Tujuan kajian ini adalah untuk memperincikan karakter, motivasi, kekangan
dan pengetahuan GIPI. Walau bagaimanapun, GIPI sukar untuk dijejaki. Pengkaji telah
cuba mendapatkan data mengenai GPI daripada empat unit, namun tiada data yang
berjaya diperoleh. Empat unit tersebut ialah; 1) Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM,
2) Sektor Pendidikan Islam (SPI) JPN Negeri Sembilan, 3) Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK) selaku penganjur Pertandingan Guru Inovatif, dan 4) pentadbir
Sistem Pengurusan Latihan (SPL) KPM. Situasi sama pernah dialami oleh Rozaini
Tukimin (2020) ketika menjejak peserta kajiannya sehingga menyebabkannya
mengambil langkah melonggarkan kriteria tersebut dengan tidak memfokuskan kepada
guru inovatif semata-mata, tetapi turut merangkumi guru yang pernah terlibat dengan
kajian tindakan.

Oleh hal yang demikian, pengkaji menggunakan teknik snowball. Kaedah


snowball adalah satu kaedah yang unik, sesuai dengan usaha pengkaji untuk menjejak
peserta kajian yang boleh diibaratkan seperti populasi tersembunyi (Noy 2008).
Menurut Yin (2011), snowball sampling boleh diterima jika dikendalikan mengikut
tujuan. Dalam kajian ini, fokus adalah terhadap GIPI. Maka, walaupun kaedah snowball
sampling digunakan, namun peserta seterusnya yang dipilih adalah tertakluk kepada
kriteria yang telah ditetapkan (Merriam 2009; Suri 2011). Kriteria peserta kajian yang
telah ditetapkan bagi kajian ini adalah:

a) Berkhidmat di sekolah di Negeri Sembilan atau negeri-negeri sekitar. Justifikasi


telah dijelaskan dalam sub topik Lokasi Kajian.
b) Mengajar subjek Pendidikan Islam, sama ada kelas di tingkatan tingkatan satu
hingga tingkatan lima. Dalam hal ini, pengkaji tidak menghadkan pengajaran
dalam mana-mana bidang atau mana-mana tingkatan secara khusus. Hal ini
kerana peserta kajian bebas memperihalkan mana-mana inovasi dalam mana-
mana topik daripada mana-mana bidang yang telah dihasilkan. Hal yang sama
pernah dilakukan oleh Nursafra Mohd Zhaffar (2017).
109

c) Menghasilkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam,


sama ada berbentuk BBM, teknik atau strategi pengajaran. Inovasi dari sudut
yang lain seperti dari sudut pengurusan, tidak akan diambil kira. Hal ini kerana
kajian ini memfokuskan kepada guru inovatif. Maka hadnya adalah terhadap
inovasi dalam PdP.
d) Menyertai pertandingan inovasi sama ada Pertandingan Guru Inovatif anjuran
KPM atau mana-mana pertandingan inovasi luaran. Pengkaji berpandangan,
penyertaan dalam pertandingan penting sebagai satu bentuk penilaian terhadap
kualiti inovasi yang telah dihasilkan. Oleh yang demikian, bagi memastikan
inovasi tersebut diiktiraf sebagai inovasi, maka peserta kajian sekurang-
kurangnya;
a. Memenangi Pertandingan Guru Inovatif peringkat negeri, atau;
b. Memenangi Pertandingan Inovasi lain di peringkat kebangsaan
c. Mempertandingkan inovasi PdP dalam pertandingan tersebut.
e) Keperibadian peserta kajian yang mudah didekati dan senang memberikan
kerjasama. Ciri ini penting supaya pengkaji berpeluang menjalinkan hubungan
yang erat bersama peserta kajian atas dasar personaliti dan kepercayaan
mempengaruhi maklumat yang diperlukan.

Pengkaji mula berhubung dengan tiga GIPI dari tiga negeri berbeza. Tiga GIPI
ini telah dikenali oleh pengkaji sejak sebelum memulakan kajian lagi. Maka, rapport
antara pengkaji dengan peserta kajian asal (original) ini memang telah sedia terbina.
Rapport sebegini dinamakan oleh Noy (2008) sebagai power relation, iaitu hubungan
sosial yang terbina secara natural. Ketiga-tiga peserta kajian ini bersetuju untuk terlibat
dalam kajian ini. Berdasarkan cadangan peserta kajian asal ini, maka terbina pokok
sampel atau stemmata sehingga ke generasi kedua, iaitu seperti berikut:

Rajah 3.1 Stemmata pencarian peserta kajian


110

Dari sudut bilangan peserta kajian pula, Creswell (2013) mencadangkan agar
setiap kajian kes tidak melebihi daripada lima kes. Miles dan Huberman (1994) pula
mengatakan bahawa lebih banyak saiz sampel, maka lebih banyak data yang perlu
diteliti, lalu boleh mengakibatkan data dianalisis secara tidak mendalam. Sebaliknya,
jika sampel yang dilibatkan terlalu sedikit, maka sukar untuk mendapat data yang tepu
(Onwuegbuzie & Leech 2007). Sebenarnya tiada satu jawapan yang jelas mengenai isu
bilangan peserta kajian, sebaliknya yang lebih penting adalah memastikan data yang
dikumpulkan tepu (Merriam 2009). Freud membangunkan Teori Pembangunan
Personaliti menggunakan kajian kes (Jackson 2006), manakala Piaget meneroka Teori
Pembangunan Kognitif melalui kajian terhadap dua anaknya (Merriam 2009).
Berdasarkan kajian lepas, kajian kes dalam Pendidikan Islam dijalankan terhadap empat
hingga lapan guru, iaitu; empat guru (Zetty Nurzuliana Rashed 2016), enam guru
(Ahmad Firdaus Mohd Noor 2017; Nursafra Mohd Zhaffar 2017), tujuh guru (Fatahiyah
Elias 2020; Noraini Omar 2015; Norhalimaton Saadiah Ayub 2021; Nur Hanani Hussin
2015) dan lapan guru (Firdaus Abdul Fatah 2021; Kamarul Azmi Jasmi 2010a; Maizatul
Suraya Muhammad Nor 2020; Mohd Nasri Abdullah 2017). Maka kajian ini
dilaksanakan dengan lapan peserta kajian.

Bagi menjamin kerahsiaan identiti setiap peserta kajian, pengkaji berusaha


membersihkan sebarang petunjuk yang boleh mendedahkan identiti mereka. Oleh yang
demikian, pengkaji memberikan nama samaran kepada semua peserta kajian. Nama
samaran peserta kajian akan digunakan dalam teks. Walau bagaimanapun, untuk tujuan
perekodan, hanya kod akan digunakan. Ada empat jenis kod digunakan, iaitu; kod
peserta kajian, kod sekolah, kod sumber dan kod metodologi. Kod peserta kajian dan
kod sekolah adalah selari, iaitu seperti berikut:

Jadual 3.1 Nama samaran dan kod peserta kajian


Nama Ustaz Ustaz Ustazah Ustazah Ustazah Ustaz Ustazah Ustazah
samaran Uwais Zakkir Huda Aleeya Ainur Imdad Aisyah Arisya
Kod
peserta U1 U2 U3 U4 U5 U6 U7 U8
kajian
Kod
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8
sekolah
111

Selain itu, kod sumber dan kod metodologi turut diberikan. Bagi kod sumber, Pt
bagi pentadbir, G bagi rakan guru dan P bagi pelajar, manakala bagi kod metodologi
pula, TB bagi temu bual, PM bagi pemerhatian dan AD bagi analisis dokumen. Kod-
kod disusun dari umum ke khusus, bermula dengan sekolah, sumber data dan diakhiri
dengan jenis data. Contoh gabungan semua kod adalah S4P2TB1. Kod ini apabila
dipecahkan, boleh difahami seperti berikut:

Jadual 3.2 Susunan kod


S4 P2 TB1
Sekolah 4 Pelajar 2 Temu bual 1

3.6 KAJIAN PRALAPANGAN

Sebelum menjalankan kajian sebenar, kajian pralapangan berupa temu bual awal telah
dijalankan ke atas dua guru inovatif yang berpotensi untuk menjadi peserta kajian.
Kaedah temu bual tidak berstruktur dijalankan. Kaedah ini dipilih kerana pengkaji tidak
mempunyai banyak pengetahuan mengenai fenomena dan soalan yang relevan yang
boleh ditanya (Merriam 2009). Keadaan ini sesuai dengan fitrah kajian kualitatif yang
bersifat induktif (Creswell & Creswell 2018; Maxwell 2008). Walau bagaimanapun,
perkara yang dibualkan ketika sesi temu bual itu merangkumi kefahaman tentang
konsep inovasi, karakter guru inovatif, kekangan dan motivasi guru berinovasi dan
cetusan kepada penghasilan inovasi. Kajian ini dijalankan selepas dua bulan pengkaji
memulakan kajian, iaitu pada bulan November 2019. Tujuan kajian pralapangan ini
dilakukan adalah untuk menguji dan menambahbaik perancangan kajian sebenar dari
sudut reka bentuk kajian, prosedur kajian lapangan, instrumen pengumpulan data dan
kaedah analisis data (Yin 2011). Kajian ini juga memberi gambaran awal kriteria peserta
kajian sebenar, panduan pembinaan kerangka konsep serta tema-tema kepada
pembacaan literatur.

Melalui pengalaman menjalankan kajian pralapangan ini juga, pengkaji


mendapati bahawa proses pengumpulan data perlu dimulai dengan pemerhatian. Oleh
yang demikian, pengkaji perlu datang lebih awal ke lokasi temu bual dan melakukan
pemerhatian sebelum temu bual berlangsung. Hal ini adalah supaya pengkaji dapat
bertanya apa-apa hasil pemerhatian kepada peserta kajian ketika proses temu bual
112

berlangsung. Selain itu, lokasi kajian juga, sebolehnya dijalankan di tempat-tempat


yang signifikan dengan kajian seperti bilik khas yang biasa digunakan oleh peserta
kajian. Hal ini kerana pemerhatian juga boleh dijalankan serentak dengan temu bual
(Merriam 2009), lalu membolehkan pengkaji bertanya kepada peserta kajian tentang
perkara-perkara yang menarik perhatian pengkaji ketika proses temu bual sedang
berlangsung.

Selain itu, ada tempat-tempat tertentu yang perlukan rakaman kamera video.
Tidak cukup sekadar direkodkan dengan decoder audio. Hal ini kerana peserta kajian
mungkin memberikan contoh hasil inovasinya sambil menunjukkan inovasi tersebut
kepada pengkaji ketika proses temu bual. Tanpa rakaman video, pengkaji akan
bermasalah ketika cuba mengingat kembali inovasi yang sedang diperbincangkan
ketika minit-minit temu bual tersebut. Pengkaji juga berpandangan ada keperluan untuk
mengupah pembantu kajian (transcriber) untuk urusan menaip semula transkripsi temu
bual. Hal ini kerana masa yang lama diperlukan untuk mendengar dan menaip semula
trakskripsi tersebut. Masa tersebut boleh digunakan untuk urusan kajian yang lebih
penting. Sebagai tambahan, oleh kerana kedua-dua peserta kajian di peringkat
pralapangan turut terlibat dengan kajian sebenar, maka data yang dikutip sewaktu
pralapangan turut digunakan dalam kajian sebenar.

3.7 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kajian ini menggunakan tiga kaedah pengumpulan data, iaitu temu bual, pemerhatian
dan analisis dokumen. Gabungan ketiga-tiga jenis kaedah ini adalah satu proses
triangulasi yang dapat meningkatkan kesahan konstruk kerana penemuan akhir
disimpulkan daripada sumber yang pelbagai (Yin 2011). Data temu bual adalah data
utama, manakala data pemerhatian dan analisis dokumen merupakan data sokongan
bagi mengukuh dan membuktikan lagi kebenaran data temu bual yang dijalankan. Oleh
kerana data temu bual adalah data utama, maka data ini boleh berdiri sendiri untuk
diambil kira sebagai pembinaan tema (Merriam 2009). Sebaliknya, data pemerhatian
dan data analisis dokumen tidak diambil kira dalam pembinaan tema melainkan setelah
disandarkan kepada data temu bual.
113

3.7.1 Temu bual

Ahli psikologi seperti Forgus dan Shulman (1979) mencadangkan temu bual sebagai
salah satu teknik yang boleh digunakan untuk merungkai karakter individu. Temu bual
mendalam menyerupai perbualan di mana pengkaji meneroka beberapa topik umum
untuk membantu peserta kajian mengungkap idea mereka (Bogdan & Biklen 2003).
Pengkaji perlu menghormati cara peserta kajian memberi respons terhadap soalan yang
dikemukakan. Hal ini kerana penerokaan dijalankan berdasarkan pandangan peserta
kajian, bukannya sudut pandang pengkaji. Teknik ini dapat membekalkan data yang
banyak dalam masa yang singkat.

Dalam kajian ini, temu bual mendalam dijalankan ke atas peserta kajian secara
separa struktur. Menurut Merriam (2009), kaedah ini digunakan apabila pengkaji
memerlukan maklumat yang spesifik daripada semua peserta kajian, namun pengkaji
hanya dipandu oleh senarai soalan atau senarai isu yang ingin diterokai, manakala
bentuk soalan ditentukan bergantung kepada masa dan situasi. Yang penting adalah
pengkaji mempunyai kerangka persoalan kajian dalam minda (Yin 2011). Pengkaji
berpandangan kaedah ini sesuai digunakan untuk memahami persoalan kajian yang
tidak dapat diperhati secara langsung seperti kefahaman peserta kajian terhadap konsep
inovasi, kepentingan inovasi dalam pengajaran PI dan pengalaman peserta kajian yang
membina mereka sehingga menjadi GIPI. Antara kelebihan temu bual separa struktur
adalah hubungan antara pengkaji dengan peserta kajian akan jadi tidak formal (Yin
2011) membolehkan peserta kajian menjawab soalan dengan lebih selesa dan pengkaji
dapat membandingkan data yang diperolehi daripada seorang peserta kajian dengan
peserta kajian yang lain (Bogdan & Biklen 2003).

Temu bual kesemua peserta kajian dimulakan dengan membuat temu janji bagi
menentukan masa, tarikh dan lokasi. Sebelum temu bual dijalankan, pengkaji terlebih
dahulu menjelaskan tentang tujuan temu bual, jangka masa dan memohon kebenaran
untuk merakam sesi temu bual itu. Temu bual dimulakan dengan perbualan biasa
sebagai tujuan untuk menunjukkan kemesraan (Bogdan & Biklen 2003). Pengkaji juga
menunjukkan minat kepada setiap kata-kata peserta kajian serta harus menjadi
pendengar yang baik. Selain itu, pengkaji perlu dapat meyakinkan peserta kajian
114

bahawa setiap temu bual hanya untuk tujuan kajian dan akan dirahsiakan. Pengkaji
akan menggunakan teknik probing untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu
perkara seperti mengemukakan soalan yang bersifat khusus, menyuruh peserta kajian
menghuraikan sesuatu perkara dengan lebih spesifik, meminta peserta kajian
memberikan kepastian dan meminta peserta kajian memberikan contoh (Bogdan &
Biklen 2003).

Setiap kali sesi temu bual, pengkaji akan mendengar semula rakaman temu bual
itu dan membuat transkripsi. Data transkripsi akan diserahkan kepada peserta kajian
untuk tujuan semakan dan membuat pengesahan atau menambah dan mengurangkan
mana-mana bahagian temu bual tersebut. Setelah selesai pengesahan pengakuan,
pengkaji akan membuat teks temu bual akhir yang lengkap. Ringkasnya seperti rajah di
bawah:

Rajah 3.2 Kaedah pengumpulan data temu bual

Selain itu, temu bual turut dijalankan terhadap pentadbir, rakan guru dan pelajar
sebagai data sokongan terhadap data temu bual peserta kajian. Jika jangkaan peserta
kajian adalah seramai lapan orang, maka sejumlah 48 individu sepatutnya ditemu bual
dalam kajian ini. Selain lapan peserta kajian, tambahan 40 individu tersebut adalah;
lapan GIPI, lapan Pengetua atau Penolong Kanan, lapan rakan guru dan 16 pelajar.
Namun, hanya 22 sahaja individu yang ditemu bual berbanding perancangan asal
seramai 40 individu. Masalah ini dijelaskan secara terperinci dalam subtopik kebenaran
kajian. Walaupun tidak selengkap perancangan asal, namun data yang diperoleh
mencukupi untuk mewujudkan triangulasi dan menambahkan lagi kesahan data temu
bual.
115

3.7.2 Pemerhatian

Pemerhatian tanpa turut serta digunakan dalam kajian ini. Pemerhatian adalah antara
kaedah yang selalu digunakan untuk mengumpulkan data bagi karakter (Cozby & Bates
2020). Melalui pemerhatian, pengkaji dapat melihat, mendengar, memahami dan
menyelami karakter peserta kajian dalam latar sebenar. Tambahan lagi, rutin-rutin
pengajaran yang dilakukan oleh peserta kajian dapat dikenal pasti di mana rutin ini
membentuk pola tingkah laku yang menyumbang kepada kefahaman pengkaji terhadap
konteks kajian (Merriam 2009). Data pemerhatian ini berfungsi dalam proses
triangulasi yang digunakan sekaligus bersama data temu bual dan analisis dokumen.
Walau bagaimanapun, terdapat kekangan di pihak KPM apabila tiada kebenaran
diberikan untuk pemerhatian. Pengkaji turut diingatkan oleh pentadbir sekolah agar
tidak melakukan pemerhatian. Oleh itu, data pemerhatian dikutip secara tidak
berstruktur. Melalui pemerhatian tidak berstruktur atau turut dikenali sebagai
pemerhatian tidak berfokus ini, pengkaji perlu memberi fokus kepada apa-apa situasi
luar biasa atau aneh yang dirasakan menarik atau mengganggu untuk membentuk
perspektif secara teori (Malakolunthu 2013). Data pemerhatian ini dicatat dalam nota
lapangan. Menurut Merriam (2009), nota lapangan perlu bersifat deskriptif dengan
mencatat secara terperinci mengenai peserta kajian, latar pemerhatian, aktiviti dan
tingkah laku peserta kajian serta apa-apa yang dilakukan oleh pemerhati ketika
pemerhatian berlangsung.

Oleh kerana pemerhatian dilakukan secara tidak berstruktur, maka ia dibuat


sepanjang pengkaji berada di lokasi kajian, sama ada dalam kelas atau luar kelas. Tiada
rakaman video dibuat, melainkan pada kadar yang minima. Rakaman video dibuat pada
sebahagian sesi PdP dan ketika penerangan mengenai inovasi dilakukan. Rakaman ini
memberi kesempatan kepada pengkaji untuk melihat kembali kejadian yang berlaku
ketika PdP berlangsung dalam kelas dan inovasi yang telah dihasilkan. Pemerhatian
dalam kelas memberi fokus kepada interaksi atau respons peserta kajian terhadap
pelajar ketika PdP berlangsung, terutama mengenai isu pembelajaran pelajar dan
kaedah peserta kajian mengatasi isu tersebut. Pemerhatian luar kelas pula, difokuskan
kepada apa-apa sahaja yang boleh memberikan maklumat mengenai kajian,
terutamanya mengenai karakter peserta kajian. Contohnya ketika perbincangan atau
116

perbualan santai antara peserta kajian dengan pelajar atau rakan guru. Ini adalah antara
kelebihan yang terdapat pada kajian kualitatif, apabila data terutamanya mengenai
karakter dapat dikutip dalam suasana sebenar, dan tidak dapat dicapai oleh kajian
eksperimen dan tinjauan (Zainal 2007). Tiada rakaman dilakukan, sebaliknya apa-apa
yang menarik akan dicatat dalam nota lapangan. Pemerhatian yang dilakukan di
beberapa lokasi mampu mengurangkan bias kepada data pemerhatian (Yin 2011) kerana
ia berlaku dalam tetapan yang natural.

3.7.3 Analisis dokumen

Dokumen yang dianalisis dalam kajian ini merujuk kepada dokumen bertulis. Bukti
daripada dokumen dapat menyokong dapatan temu bual dan pemerhatian. Bahkan,
dalam keadaan tertentu, ia sangat bernilai kerana menjadi pencetus kepada persoalan-
persoalan baru yang boleh ditanya ketika sesi temu bual atau diperhati ketika
pemerhatian (Merriam 2009). Dokumen ada tiga bentuk, iaitu dokumen peribadi,
dokumen rasmi dan dokumen budaya popular (Bogdan & Biklen 2003). Dalam kajian
ini, ketiga-tiga jenis dokumen ini digunakan. Contoh dokumen peribadi yang boleh
diambil sebagai sumber kajian ini adalah gambar, diari, jurnal, lakaran idea, posting
media sosial dan seumpamanya yang dihasilkan sendiri oleh peserta kajian. Contoh
dokumen rasmi pula adalah sijil, minit mesyuarat, surat lantikan, rancangan pengajaran
harian, buku program dan seumpamanya. Contoh dokumen popular pula, termasuklah
surat khabar, rancangan televisyen, majalah, artikel maya dan seumpamanya.
Perinciannya adalah seperti jadual di bawah:

Jadual 3.3 Dokumen yang dianalisis daripada setiap peserta kajian


U1 U2 U3 U4 U5 U6 U7 U8
1. Gambar / / / / / / / /
2. Video / / / /
3. Facebook /
4. Laman sesawang / /
5. Youtube / / /
6. WhatsApp / /
7. RPH / /
8. Kertas Cadangan Inovasi / /
9. Laporan Inovasi / / / / / / /
10. Artikel / / / /
bersambung…
117

…sambungan
11. Sijil / / / / / / /
12. Bunting/Poster/Pamplet / / / / / /
13. Akhbar /
14. Majalah / /
15. Rancangan tv /

Pengumpulan maklumat daripada analisis dokumen membolehkan pengkaji


menambah, membanding dan memperkukuhkan data yang diperolehi daripada temu
bual yang dijalankan. Selain itu, dokumen juga merupakan sumber yang paling dasar
yang terhasil secara semula jadi dalam kehidupan sebenar peserta kajian dan sukar
untuk terhasil melalui penipuan. Walau bagaimanapun, pengkaji meminta izin terlebih
dahulu untuk membuat salinan terhadap dokumen, terutamanya yang bersifat peribadi
bagi peserta kajian.

3.8 PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN

Prosedur pengumpulan data dibuat dari dua sudut, iaitu; 1) sudut kebenaran kajian, dan
2) sudut kesahan kajian. Kebenaran kajian adalah berkaitan dengan prosedur untuk
mendapat akses kepada peserta dan lokasi kajian. Manakala, kesahan kajian pula adalah
dari sudut semakan pakar terhadap prosedur kajian yang akan dijalankan.

3.8.1 Kebenaran kajian

Pengkaji menerima surat mengenai status peringkat usulan bertarikh 19 Mei 2020
melalui emel. Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan
oleh kerajaan, seminar siswazah dibatalkan. Langkah seterusnya adalah memohon
kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
(EPRD). Permohonan pertama dihantar pada 3 Jun 2020. Keputusan kebenaran kajian
diperoleh sehari kemudian, iaitu pada 4 Jun 2020. Walau bagaimanapun, kebenaran
menjalankan kajian tidak diluluskan. Alasan daripada EPRD adalah pengkaji tidak
menyenaraikan senarai sekolah yang akan dilibatkan dalam kajian ini. Pengkaji
berhasrat untuk menjalankan kajian menggunakan teknik snowball. Oleh hal yang
demikian, pengkaji berhasrat untuk turun ke lapangan terlebih dahulu. Kemudian
barulah pengkaji mengenal pasti calon peserta kajian seterusnya berdasarkan cadangan
118

peserta kajian yang terdahulu (Onwuegbuzie & Leech 2007). Namun, disebabkan
keputusan EPRD ini, maka pengkaji terpaksa mendahulukan proses mendapatkan
peserta kajian secara snowball. Proses ini mengambil masa selama 10 hari, bermula
daripada menjejak peserta kajian yang berpotensi dan menepati kriteria yang ditetapkan
sehinggalah mendapat persetujuan mereka. Sebaik berjaya mendapatkan persetujuan
lapan peserta kajian, pengkaji terus menghantar permohonan menjalan kajian daripada
EPRD buat kali yang kedua. Permohonan kedua dihantar pada 15 Jun 2020 dan berjaya
mendapat kelulusan bersyarat pada 23 Jun 2020.

Oleh kerana lapan peserta kajian ini bertugas di tiga negeri berbeza, maka
pengkaji menghubungi ketiga-tiga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pengkaji
menghantar surat permohonan ke emel pengarah ketiga-tiga JPN pada 23 Jun 2020.
Pengkaji mendapat kelulusan daripada ketiga-tiga JPN, namun melalui proses berbeza.
Berikut adalah perincian kebenaran JPN:

Jadual 3.4 Perincian kelulusan kajian di peringkat JPN


JPN Sektor yang Pegawai meluluskan Tarikh kelulusan
menguruskan
JPN 1 Sektor Pendidikan Islam KPP Sektor Pendidikan Islam (SPI) 29 Jun 2020
JPN 2 Sektor Perancangan dan Pendaftar Institut Pendidikan dan Guru 30 Jun 2020
Pengurusan PPD b.p. Ketua Pendaftar Institut Pendidikan dan
Guru
JPN 3 Sektor Sekolah Pengarah Pendidikan JPN 30 Jun 2020
Menengah

Kemudian, kebenaran diminta kepada pentadbir sekolah. Surat permohonan


kebenaran kajian dihantar ke emel lapan sekolah terlibat pada 2 Julai 2020. Salinan
permohonan ke sekolah turut diberikan kepada peserta kajian. Namun, tiada respon
diterima daripada pentadbir. Oleh hal yang demikian, pengkaji berpandangan untuk
turun ke lapangan dan bertanya kebenaran pentadbir apabila berjumpa dengannya,
sebelum menemui peserta kajian.

Temu janji dengan peserta kajian dilakukan melalui telefon, aplikasi WhatsApp
atau Facebook. Hari pertama pengkaji turun ke lapangan adalah pada 10 Julai 2020.
Pertemuan pertama kali dengan setiap peserta kajian, dimulai dengan pertemuan dengan
pentadbir sekolah sebagai tanda hormat kepada mereka sebagai majikan kepada peserta
119

kajian. Oleh kerana tiada respon diterima daripada emel permohonan kebenaran
menjalankan kajian yang dihantar oleh pengkaji kepada sekolah, maka pertemuan
dengan pentadbir juga adalah sebagai satu cara untuk memastikan kebenaran diberikan.
Surat permohonan dan surat kebenaran EPRD dan JPN turut dibawa untuk diserahkan
secara terus jika diminta oleh pihak sekolah.

Empat sekolah, pengkaji dibawa menemui pengetua, manakala dua sekolah,


pengkaji bertemu dengan GPK 1. Baki dua sekolah lagi, pengkaji menemui GPK 1, dan
dibawa untuk menemui pengetua. Respon pentadbir sangat positif dan mereka
membenarkan kajian dijalankan. Namun, ada juga pentadbir yang memberi peringatan
mengenai syarat yang ditetapkan oleh EPRD. Selain itu, oleh kerana situasi pandemik
yang melanda, pengkaji turut diingatkan mengenai SOP yang telah ditetapkan oleh
kerajaan. Ada sekolah yang mengambil langkah berjaga-jaga dengan meminta pengkaji
melaporkan empat perkara kepada pentadbir sekolah sehari sebelum datang, iaitu; 1)
lokasi rumah pengkaji, 2) keadaan kesihatan pengkaji, 3) tempoh pengkaji dijangka
berada di sekolah, dan 4) tujuan kedatangan pengkaji. Melalui empat perkara itu,
barulah pengkaji diberi kebenaran untuk datang ke sekolah.

Peserta kajian ditemui dalam tiga fasa, iaitu; fasa pralapangan, fasa bersemuka
dan fasa dalam talian. Dalam fasa pralapangan, hanya dua peserta kajian ditemui.
Peserta kajian yang sama turut terlibat dalam kajian sebenar. Rasional penglibatan
peserta kajian di fasa pralapangan dalam fasa kajian sebenar adalah kerana kedua-dua
peserta kajian di fasa pralapangan adalah peserta kajian yang paling berkelayakan untuk
dikaji. Kedua-dua mereka pernah memenangi Anugerah Guru Inovatif di peringkat
kebangsaan serta aktif menghasilkan inovasi pengajaran dan dikenali sebagai ikon
inovasi oleh GPI yang lain. Ketiadaan mereka adalah satu kerugian bagi kajian ini. Oleh
kerana itu mereka turut dilibatkan dalam kajian sebenar. Hal ini seperti yang dijelaskan
oleh Kamarul Azmi Jasmi (2021) bahawa penglibatan pakar sebagai peserta kajian yang
sama di fasa pralapangan dan di fasa kajian sebenar adalah dibenarkan dengan syarat
pesrta kajian di fasa pralapangan adalah tokoh yang ternama dan pakar bidang. Selain
daripada itu, temu bual yang dijalankan dalam fasa pralapangan dilakukan secara tanpa
berstruktur. Hasil temu bual dengan mereka dijadikan sebagai asas pembinaan protokol
temu bual untuk kajian sebenar. Oleh itu, penglibatan mereka dalam kajian sebenar
120

adalah untuk meneroka lebih mendalam lagi terhadap dapatan yang telah diperoleh
ketika kajian pralapangan.

Temu bual dalam fasa dalam talian pula terpaksa dijalankan selepas Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh Malaysia. Temu bual secara atas
talian adalah inovasi pengumpulan data masa kini yang membolehkan data dikumpul
tanpa batasan geografi dan boleh berlangsung dalam waktu yang sama (James & Busher
2016). Ia adalah kaedah yang paling sesuai digunakan ketika era penjarakan sosial
(Santhosh et al. 2021). Secara asasnya, konsep temu bual secara atas talian sama seperti
langkah temu bual biasa, cuma berbeza kerana ada tambahan teknologi (Salmons 2015).
Secara umumnya, pengkaji bertemu dengan setiap peserta kajian sebanyak dua ke lima
kali bergantung kepada keperluan. Peserta kajian yang sibuk dan lokasinya jauh,
dimanfaatkan masa yang panjang setiap kali pertemuan. Maka, bilangan pertemuannya
jadi makin sedikit. Perincian tarikh pertemuan dengan peserta kajian adalah seperti
berikut:

Jadual 3.5 Tarikh temu bual secara rasmi dijalankan dengan peserta kajian
Fasa Dalam
Fasa pralapangan Fasa Bersemuka
Talian
U1 6 Nov 2019 15 Okt 2020
U2 15 Jul 2020 13 Ogo 2020 24 Sep 2020 25 Feb 2021
U3 22 Jul 2020 12 Okt 2020 19 Okt 2020 1 Mac 2021
U4 5 Nov 2019 13 Jul 2020 28 Jul 2020 10 Sep 2020 23 Feb 2021
U5 10 Jul 2020 24 Jul 2020 18 Ogo 2020 23 Feb 2021
U6 23 Jul 2020 29 Sep 2020 15 Feb 2021
U7 17 Jul 2020 7 Ogo 2020 5 Okt 2020 16 Feb 2021
U8 17 Jul 2020 7 Ogo 2020 5 Okt 2020 26 Feb 2021

Perbincangan mengenai kekerapan pengkaji turun ke lapangan penting untuk


memastikan data yang diperoleh kaya dan mendalam. Hal ini kerana perbincangan
mengenai ketepuan data tidak hanya bertumpu kepada bilangan peserta kajian, bahkan
turut merangkumi bilangan temu bual dan pemerhatian yang dijalankan (Gill 2020). Hal
ini dapat ditafsirkan melalui bilangan pertemuan yang dilakukan oleh pengkaji terhadap
peserta kajian terlibat. Selepas analisis dapatan utama selesai dibuat, pengkaji turut
memulakan proses untuk mengesahkan dapatan secara triangulasi dengan melakukan
proses temu bual dengan pentadbir, rakan guru dan pelajar. Oleh kerana musim
pandemik covid-19, semua sesi temu bual dijalankan secara atas talian, sama ada
121

melalui panggilan telefon atau penggunaan aplikasi Google Meet. Penggunaan telefon
dibuat apabila peserta kajian terlibat berada di lokasi yang tiada talian internet yang
baik. Selain itu, hanya 22 individu sahaja yang berjaya ditemu bual berbanding 40
mengikut perancangan asal. Kekangan yang timbul adalah; 1) terdapat peserta kajian
tidak memberikan kerjasama dengan tidak memberikan talian telefon yang boleh
dihubungi, 2) talian yang diberikan oleh peserta kajian gagal dihubungi, 3) terdapat
individu yang dihubungi tidak mahu memberikan kerjasama dengan pelbagai alasan,
dan 4) terdapat individu yang berjaya dihubungi, telah bersetuju dengan tarikh temu
bual, namun gagal dihubungi pada tarikh tersebut. Secara terperinci, sesi temu bual
untuk triangulasi data diadakan seperti maklumat berikut:

Jadual 3.6 Tarikh dan medium temu bual untuk tujuan triangulasi data
Pentadbir Guru 1 Pelajar 1 Pelajar 2 Pelajar 3
U1
20 Mei 2021 / 19 Mei 2021 / 20 Mei 2021 / 19 Mei 2021 /
U2
GMeet GMeet GMeet GMeet
17 Mei 2021 / 22 Mei 2021 / 23 Mei 2021 / 23 Mei 2021 /
U3
GMeet GMeet GMeet GMeet
19 Mei 2021 / 18 Mei 2021 /
U4
GMeet GMeet
18 Mei 2021 / 18 Mei 2021 / 18 Mei 2021 / 20 Mei 2021 /
U5
GMeet GMeet GMeet GMeet
18 Mei 2021 / 17 Mei 2021 / 17 Mei 2021 / 19 Mei 2021 /
U6
Telefon GMeet GMeet GMeet
21 Mei 2021 /
U7
GMeet
19 Mei 2021 / 17 Mei 2021 / 18 Mei 2021 /
U8
GMeet GMeet GMeet

3.8.2 Sudut kesahan kajian

Kajian ini dijalankan dengan mengumpul data daripada temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen. Untuk memastikan kesahan kajian, maka protokol temu bual perlu
disemak oleh pakar sebelum digunakan dalam kajian sebenar. Protokol temu bual dibina
berdasarkan literatur dan dapatan kajian pralapangan. Ada lima persoalan utama ingin
dijawab daripada temu bual ini, iaitu tentang; 1) konsep inovasi, 2) karakter GIPI, 3)
motivasi, 4) kekangan yang dihadapi oleh GIPI ketika menghasilkan inovasi, dan 5)
pengetahuan yang digunakan oleh GIPI. Selepas siap protokol temu bual dibina,
pengkaji menunjukkannya kepada kedua-dua penyelia terlebih dahulu. Kedua-dua
122

penyelia menerima protokol itu dan mengesahkan bahawa ia boleh digunakan dalam
kajian sebenar. Cuma ada sedikit cadangan penambahbaikan. Selepas penambahbaikan
dilakukan, pengkaji meminta pengesahan mengenai protokol itu daripada tiga pakar
lain. Tiga pakar itu mewakili tiga bidang berbeza, iaitu; 1) pakar kajian kualitatif dalam
pendidikan Islam, 2) pakar inovasi dalam Islam, dan 3) guru inovatif pendidikan Islam.
Demografi ketiga-tiga pakar ini, secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Jadual 3.7 Demografi pakar semakan protokol temu bual


Pakar Institusi Kelayakan Kepakaran
Pakar 1 IPG PhD Pendidikan Islam Guru Pendidikan Islam
Penyelidikan Kualitatif
Pakar 2 IPTA PhD Ketamadunan Islam Inovasi dalam Islam
Pakar 3 Sekolah Sarjana Pendidikan Inovasi dalam Pengajaran Pendidikan Islam
Islam

Konsultansi dengan pakar 1 diadakan pada 25 Jun 2020, manakala konsultansi


dengan pakar 3 pula dilakukan pada 23 Jun 2020. Kedua-dua pakar ditemui di tempat
bertugas mereka. Oleh kerana sibuk, pengkaji hanya mendapatkan maklum balas
daripada pakar 2 melalui emel yang diterima pada 16 Jun 2020. Secara umumnya,
kesemua pakar menyetujui protokol temu bual yang dibina dan diyakini boleh
menjawab persoalan kajian. Cuma ada sedikit cadangan tambah baik. Pakar 1
mencadangkan pengubahsuaian pada susunan soalan. Contohnya, ada soalan-soalan
yang ingin ditanya mengenai pengetahuan, dicadangkan untuk ditanya ketika sesi
pengenalan mengenai demografi peserta kajian, antaranya mengenai minat peserta
kajian. Selain itu, pakar 1 turut mencadangkan agar beberapa persoalan dibuat dalam
bentuk situasi agar peserta kajian lebih mudah memahami dan menjawab serta
memberikan respon kepada soalan yang ditimbulkan. Lebih banyak peserta menjawab,
lebih banyak data mentah yang diperoleh pengkaji.

Pakar 2 pula banyak memberi cadangan kepada bentuk soalan yang lebih baik,
serta menolak tiga soalan kerana ‘tidak dipercayai’, ‘berulang’ dan ‘tidak sesuai ditanya
secara terbuka’. Pakar 3 pula memberi fokus kepada kesesuaian istilah yang boleh
difahami oleh peserta kajian dan menyatakan persetujuannya bahawa istilah yang
digunakan dalam draf protokol itu mampu difahami oleh peserta kajian, berdasarkan
pengalaman dan penglibatannya dengan penghasilan dan penyertaannya dalam
123

pertandingan inovasi pengajaran. Namun, ada istilah yang dicadangkan supaya


dikekalkan dalam bahasa Inggeris, dan tidak diterjemahkan, seperti ‘up-to-bottom’
berbanding istilah ‘inovasi dari atas’. Selain itu, pakar 3 turut mencadangkan agar
ditambah item seperti pembacaan buku dalam item pengetahuan. Sedikit rombakan
dilakukan selepas mengambil kira kesemua cadangan pakar ini.

3.9 TATACARA PENGANALISISAN DATA

Penganalisisan data dalam kajian ini dilakukan secara serentak bersama dengan proses
pengumpulan data sebagaimana yang disarankan oleh Merriam (2009). Analisis
serentak ini bertujuan untuk menimbulkan sudut pandang yang lebih fokus berfungsi
memandu pengumpulan data pada fasa berikutnya. Sebaliknya, jika analisis dijalankan
berasingan dengan pengumpulan data, dikhuatiri pengkaji akan tenggelam dalam
timbunan data dan tidak berfokus. Walau bagaimanapun, pengkaji perlu menghindari
daripada terlalu memberikan fokus kepada proses analisis data sehingga membuat
kesimpulan pramatang. Kajian ini menggunakan kaedah analisis perbandingan
berterusan (constant comparison). Kaedah ini membolehkan pengkaji membuat
perbandingan antara set data daripada seorang peserta kajian pada waktu yang berlainan
dan lokasi berbeza. Dengan itu, pengkaji dapat mengenal pasti persamaan dan
perbezaan antara kategori yang terdapat pada data peserta pertama dan turut relevan
berulang pada peserta berikutnya (Bogdan & Biklen 2003) sehingga mencapai tahap
tepu. Ketepuan itu boleh dicapai apabila analisis awal mendapati tiada lagi kategori baru
boleh terbina. Dengan kata lain, data baru bertindan dengan data sedia ada (Bogdan &
Biklen 2003).

Bagi meneliti ciri-ciri tertentu atau kenyataan berkaitan dengan persoalan kajian
secara sistematik dan tepat, maka data yang terkumpul daripada temu bual dan
pemerhatian perlu dipindahkan ke dalam bentuk verbatim. Urusan menukarkan
rakaman audio atau video itu dilakukan oleh pembantu kajian yang diupah oleh
pengkaji. Hal ini kerana pada pandangan pengkaji, urusan ini memerlukan kemahiran
menaip sambal mendengar yang efektif. Pengkaji cuba melakukan sendiri proses
transkripsi ini, namun ia memakan masa yang agak lama; pengkaji menghabiskan masa
sehari untuk traksripsi satu sesi temu bual dengan tempoh masa sekitar sejam 20 minit.
124

Walau bagaimanapun, pengkaji tetap menyemak semula hasil transkripsi yang telah
siap ditaip oleh pembantu kajian seperti mana saranan Merriam (2009).

3.9.1 Penganalisisan data awal

Para peringkat awal penganalisisan, data berbentuk teks, gambar dan dokumen disusun
secara sistematik serta diindeks selari dengan buku log. Dalam hal ini, pengkaji
menyimpan data dalam komputer riba, thumb drive, google drive dan telefon pintar
sebaik kembali dari lapangan. Pengkaji menggunakan bantuan perisian komputer iaitu
Nvivo untuk mengatur dan seterusnya menganalisis data. Pengkaji memulakan analisis
data awal sebaik sahaja selesai temu bual peserta kajian yang pertama. Rakaman audio
(atau video) diulang main beberapa kali sambil merujuk nota lapangan untuk
mendapatkan kefahaman tentang perkara berbangkit dalam temu bual. Hal ini bertujuan
untuk mengeluarkan konsep yang dirasakan penting untuk diteroka lanjut dalam temu
bual berikutnya. Seterusnya pengkaji berusaha mengumpul sebanyak mungkin
keterangan peserta kajian mengenai kategori yang menjadi fokus. Semasa analisis awal,
pengkaji membuat perbandingan antara dua set data pertama temu bual daripada peserta
kajian berbeza untuk mencari persamaan dan perbezaan. Kategori ini semakin
berkembang seiring dengan pertambahan data berikutnya. Proses yang sama juga
pengkaji lakukan terhadap rakaman video pemerhatian pengajaran.

3.9.2 Peringkat pengekodan data

Proses pengekodan dilakukan secara induktif iaitu bermula dengan pengekodan terbuka
(open coding), diikuti dengan pengekodan selari (axial coding) dan pengekodan terpilih
(selective coding). Proses pengekodan terbuka menekankan janaan seberapa banyak
kategori di mana melaluinya perbezaan dimensi antara kategori-kategori dapat dilihat
oleh pengkaji. Pengkaji memulakan proses pengekodan terbuka ini dengan
memecahkan transkrip kepada perenggan-perenggan yang lebih ringkas mengikut
kandungan data supaya lebih mudah untuk diteliti. Kemudian, pengkaji mengenal pasti
makna sebenar bagi mewakili keseluruhan idea dalam perenggan tersebut untuk
dilabelkan.
125

Rajah 3.3 Paparan Pengekodan dalam Nvivo 12 Plus

Seterusnya proses pengekodan sisi dijalankan dengan meletakkan data dalam


bentuk yang baru selepas pengekodan terbuka dengan meletakkan hubung kait antara
kategori. Peringkat ini memerlukan pengkaji bereksperimen dengan data. Pengkaji
mencari kod-kod terbuka yang boleh dikelompokkan bersama bagi menerangkan
sesuatu fenomena atau idea dalam kajian. Jika sesuatu petikan atau kod didapati
berkaitan, pengkaji meletakkan kod tersebut sebagai sub kategori. Sebaliknya jika kod
tersebut tidak berkait, maka pengkaji membina kategori baru. Akhirnya pengekodan
terpilih dilakukan dengan memperhalusi keseluruhan kategori untuk mengangkat
kategori teras bagi membina teori atau model kajian. Pada fasa ini, pengkaji
mengabaikan huraian peserta kajian daripada teks asal, sebaliknya fokus diberikan
kepada kategori-kategori sedia ada. Satu jalan cerita dibangunkan untuk
mengkonsepsikan fenomena yang dikaji. Oleh yang demikian, pengkaji perlu memilih
satu kategori teras kepada jalan cerita yang berhubungan dengan kategori-kategori yang
lain dalam kelompoknya. Selepas selesai proses pembinaan tema, pengkaji
mendapatkan nilai darjah persetujuan tiga pakar selaku penilai luar bagi memproses kod
pada transkrip yang sama. Kemudian, rajah pokok visual dibina berdasarkan pola pada
setiap persoalan kajian.

3.10 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN DATA

Kesahan dan kebolehpercayaan data ditekankan sepanjang proses perancangan reka


bentuk kajian, pengumpulan data, penganalisisan data dan penafsiran dapatan akhir.
Merriam (2009) mencadangkan selain daripada kebolehpercayaan, kesahan dijaga dari
dua sudut, iaitu kesahan dalaman dan kesahan luaran.
126

3.10.1 Kesahan dalaman

Kesahan dalaman melibatkan persoalan mengenai sejauh mana dapatan kajian


menggambarkan realiti yang berlaku. Hal ini adalah berdasarkan andaian bahawa realiti
yang perlu diteroka dalam kajian kualitatif bersiat relatif, menyeluruh dan terkandung
dalam pelbagai dimensi. Oleh yang demikian, pengkaji sebagai instrumen utama
pengumpul dan penganalisis data, tidak dapat lari daripada tafsiran terhadap realiti
dalam konteksnya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa strategi yang dicadangkan
untuk meningkatkan kesahan dalaman (Merriam 2009). Pertama, pengkaji melakukan
triangulasi. Dalam kajian ini, triangulasi dilakukan sebanyak dua kali, iaitu triangulasi
kaedah pengumpulan data dan triangulasi sumber. Triangulasi kaedah pengumpulan
data dibuat antara data temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data daripada
pelbagai kaedah kaedah kutipan data tersebut akan dibandingkan sama ada saling
menyokong atau bertentangan. Triangulasi sumber pula dibuat melalui temu bual
sumber yang berbeza, iaitu; GIPI, pentadbir, rakan guru dan pelajar untuk mendapatkan
perspektif yang berbeza. Triangulasi sumber juga dibuat melalui temu bual lanjutan
peserta kajian dan pemerhatian berulang pada waktu yang berbeza.

Kedua, pengkaji menjalankan proses member check bersama peserta kajian.


Strategi ini dilakukan melalui pengesahan peserta kajian ke atas transkrip dan
pengesahan ke atas tafsiran pengkaji terhadap rumusan maksud daripada data
bertentangan daripada maksud asal peserta kajian. Sepanjang kajian juga, pengkaji
mendapatkan pandangan peserta kajian mengenai tema-tema yang terbentuk. Maka
komen dan cadangan peserta kajian dapat diperolehi hasil daripada proses member
check ini. Ketiga, tempoh kajian yang lama di lapangan untuk proses pengumpulan data
mampu meningkatkan kesahan dalaman. Sela masa yang lama antara pengumpulan data
daripada temu bual dan pemerhatian pengajaran juga membolehkan pengkaji membuat
perbandingan. Kepercayaan peserta kajian mudah terbentuk apabila pengkaji berada
lama di lapangan. Ini dapat menambah kreadibiliti data kajian. Pengkaji hanya akan
menarik diri daripada lapangan setelah mencapai titik ketepuan atau berlaku ulangan
dalam penemuan. Pertindanan maklumat yang diperoleh ini menandakan kajian telah
dijalankan menyeluruh. Dalam kajian ini, pengkaji berada di lapangan bersama dengan
peserta kajian selama 18 bulan, iaitu bermula November 2019 hingga Mei 2021.
127

Tempoh ini lebih lama daripada 6 bulan (Zetty Nurzuliana Rashed 2016), 8 bulan (Farah
Ilyani Zakaria 2021; Maizatul Suraya Muhammad Nor 2020; Noraini Omar 2015), 11
bulan (Mohd Nasri Abdullah 2017; Norhalimaton Saadiah Ayub 2021), 12 bulan
(Nursafra Mohd Zhaffar 2017) dan 15 bulan (Fatahiyah Elias 2020).

Keempat, huraian bias dan andaian pengkaji terhadap kajian yang dijalankan
telah dihuraikan supaya pembaca memahami perkara yang mempengaruhi refleksi
pengkaji terhadap data dan kesimpulan akhir. Dalam kajian ini, pengkaji telah
menggariskan andaian awal terhadap konsep-konsep guru inovatif berdasarkan
kerangka konsep yang dibincangkan dalam Bab 1. Strategi terakhir yang pengkaji
gunakan ialah semakan rakan sebaya (peer review). Proses ini boleh dilakukan bersama
sekumpulan rakan pengkaji yang turut sama melakukan kajian kualitatif di peringkat
doctor falsafah. Semakan ini bertujuan untuk memastikan dapatan yang terhasil
bersamaan dan mencukupi.

3.10.2 Kesahan luaran

Kesahan luaran melibatkan sejauh mana penemuan dalam kajian ini dapat dipindahkan
atau digeneralisasikan kepada situasi yang lain (Merriam 2009). Namun pengkaji
kualitatif berpandangan bahawa generalisasi bukan isu utama dalam kajian kualitatif
(Bogdan & Biklen 2003; Creswell 2013; Merriam 2009; Miles & Huberman 1994; Yin
2011). Sebaliknya ia bertujuan untuk mendapat kefahaman mendalam dan
menghuraikan amalan atau fenomena tertentu dalam konteks yang spesifik. Hal ini
digambarkan dengan jelas melalui pemilihan sampel yang kecil dan bertujuan serta
pengumpulan data yang bersifat horizontal, bukannya vertikal (Merriam 2009).

Oleh yang demikian, kefahaman mengenai isu generalisasi dalam kajian ini
difahami dari perspektif yang lain daripada konteks kajian kuantitatif. Pengkaji
menggunakan pendekatan huraian yang kaya dan menyeluruh bagi meningkatkan
kesahan luaran kajian ini. Huraian terperinci dan mendalam yang dimaksudkan merujuk
kepada perincian mengenai lokasi dan peserta yang terlibat dalam kajian. Begitu juga
dengan huraian dapatan kajian yang sarat dengan bukti-bukti berbentuk petikan asal
daripada peserta kajian, dokumen berkaitan dan nota lapangan pengkaji. Hal ini
128

bermanfaat untuk pembaca atau pengkaji akan datang bagi mempertimbangkan


kesesuaian kajian ini dari sudut persamaan atau perbezaan konteks untuk diaplikasikan
kepada situasi mereka dan seterusnya membuat generalisasi dapatan (Merriam 2009).

3.10.3 Kebolehpercayaan data

Isu kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif bertujuan mengurangkan kesalahan dan


bias dalam kajian. Yin (2011) mencadangkan dua langkah dilakukan bagi meningkatan
kebolehpercayaan dapatan yang serupa apabila kajian yang sama diulang. Kedua-dua
langkah ini dilakukan semasa proses pengumpulan data kajian, iaitu menggunakan
protokol kajian dan membangunkan pangkalan data kajian kes. Walau bagaimanapun,
Merriam (2009) menyatakan kesukaran untuk memenuhi kebolehpercayaan data dari
sudut kebolehan replikasi kajian yang sama akan membuahkan dapatan yang sama. Hal
ini kerana tingkah laku manusia tidak statik. Oleh yang demikian, Merriam (2009)
mengungkit isu kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif kepada ketekalan penemuan
yang dilaporkan daripada data yang diperoleh. Antara cara untuk meningkatkan
kebolehpercayaan dalam kajian ini ialah dengan melakukan triangulasi, penelitian rakan
sebaya (peer review), menyatakan bias pengkaji dan melakukan jejak audit (audit trail).
Triangulasi, peer review dan bias pengkaji telah dihuraikan dalam sub topik kesahan
dalaman. Bagi jejak audit, pengkaji akan mencatat sebanyak mungkin langkah yang
digunakan dalam prosedur pengumpulan data secara operasional, kaedah mengeluarkan
tema dan keputusan yang diambil apabila berhadapan dengan isu atau idea sepanjang
pengumpulan data. Hal ini supaya hasil dokumentasi tersebut membantu pengkaji
melakukan refleksi secara tepat dan sistematik bagi memahami data.

Pengkaji juga akan mendapatkan nilai Koefisien Kappa untuk meningkatkan


kebolehpercayaan data kajian. Nilai koefisien kappa penting untuk melihat darjah
persetujuan antara penilai luar terhadap prosedur pengelasan bukti-bukti untuk
mewakili tema yang terbentuk. Setelah selesai pembentukan tema, pengkaji akan
menyediakan satu set borang persetujuan pakar mengandungi tema, definisi tema,
subtema beserta bukti petikan daripada temu bual dan pemerhatian. Pengkaji akan
mendapatkan pandangan empat pakar yang mahir berkenaan skop kajian untuk
menentukan indeks Cohen Kappa kajian ini. Empat pakar tersebut ialah pakar
129

Pendidikan Islam, pakar kreativiti dan inovasi, pakar guru inovatif dan pakar kualitatif.
Persetujuan mereka akan dianalisis bagi menentukan kebolehpercayaan data. Nilai
pekali persetujuan Indeks Cohen Kappa adalah berdasarkan formula berikut:

K= fa – fc
N – fc

Di mana:
K = nilai pekali
fa = unit persetujuan
fc = 50 peratus jangkaan persetujuan
N = bilangan unit (tema) yang diuji dalam nilai persetujuan

Nilai kappa yang tinggi menjadi indikator kepada kaedah pengekodan yang
konsisten. Dalam hal ini, Landis dan Koch (1977) mencadangkan skala interpretasi nilai
Cohen Kappa seperti jadual di bawah. Penggunaan interpretasi ini memiliki profail yang
tinggi dalam literatur (Sun 2011). Hal ini terbukti apabila kategori interpretasi nilai ini
turut digunakan oleh ramai pengkaji kualitatif Pendidikan Islam di Malaysia, antaranya;
Noraini Omar (2015), Nur Hanani Hussin (2015), Nursafra Mohd Zhaffar (2017) dan
Zetty Nurzuliana Rashed (2016).

Jadual 3.8 Interpretasi nilai kappa

Nilai kappa Skala interpretasi

< 0.00 Sangat lemah

0.00 – 0.20 Lemah

0.21 – 0.40 Sederhana lemah

0.41 – 0.60 Sederhana

0.61 – 0.80 Tinggi

0.81 – 1.00 Sangat tinggi

Empat pakar (interator) dilantik untuk semakan tema yang dibentuk. Demografi
empat pakar ini adalah seperti berikut:
130

Jadual 3.9 Demografi interator


Pakar Institusi Kelayakan Kepakaran
Pakar 1 IPTA PhD Pendidikan Islam Pendidikan Islam
PM Dr. Inovasi Pendidikan Islam
Penyelidikan Kualitatif
Pakar 2 IPTA PhD Pengurusan Inovasi dan Kreativiti dalam Islam
PM Dr. Sarjana Pendidikan Penyelidikan Kualitatif
Pakar 3 IPG, Ketua Jabatan PhD Pendidikan Islam Penyelidikan Guru Pendidikan
Dr. Perancangan, Islam
Penyelidikan dan Inovasi Penyelidikan Kualitatif
Pakar 4 KPM PhD Pendidikan Guru Inovatif
Dr. Bahasa Arab Inovasi Bahasa Arab
Penyelidikan Kualitatif

Berdasarkan semakan keempat-empat pakar, sebanyak 94 tema (82.46%)


diterima secara sebulat suara, manakala hanya dua tema (1.75%) ditolak oleh dua pakar
dan 18 tema (15.79%) ditolak oleh seorang pakar. Peratusan persetujuan keempat-
empat pakar ini melebihi peratusan yang boleh diterima iaitu sebanyak 80% (Miles &
Huberman 1994). Walau bagaimanapun, penggunaan persetujuan kappa lebih diterima
oleh pakar kualitatif (O’Connor & Joffe 2020). Dari sudut kappa, perincian persetujuan
pakar adalah seperti berikut:

Jadual 3.10 Nilai persetujuan interator


Pakar 1 Pakar 2 Pakar 3 Pakar 4
112-57 = 55 110-57 = 53 112-57 = 55 100-57 = 43
114-57 = 57 114-57 = 57 114-57 = 57 114-57 = 57
0.96 0.93 0.94 0.75
Sangat Tinggi Sangat Tinggi Sangat tinggi Tinggi

Oleh kerana Cohen Kappa biasanya dinilai dengan persetujuan dua pakar (Sun
2011) terutamanya apabila melibatkan data nominal (Warrens 2015), maka persetujuan
empat pakar ini dilihat daripada empat sudut berbeza, iaitu sudut pakar PI, sudut pakar
luar bidang PI, sudut pakar guru dan sudut pakar inovasi pengajaran. Keempat-empat
sudut menunjukkan interpretasi sangat tinggi. Perinciannya dapat dilihat melalui jadual
di bawah:

Jadual 3.11 Nilai Cohen Kappa antara dua interator


Sudut Pakar terlibat Perkiraan Nilai persetujuan Interpretasi
persetujuan Kappa Kappa koefisian
koefisian
Pakar PI Pakar 1 + Pakar 3 0.96 + 0.94 0.95 Sangat tinggi
2
Pakar luar Pakar 2 + Pakar 4 0.93 + 0.75 0.84 Sangat tinggi
bidang PI 2
bersambung…
131

…sambungan
Pakar Guru Pakar 3 + Pakar 4 0.94 + 0.75 0.85 Sangat tinggi
2
Pakar Inovasi Pakar 1 + Pakar 4 0.96 + 0.75 0.86 Sangat tinggi
Pengajaran 2

Walaupun kajian kualitatif hanya perlu memilih kesahan kajian mengikut


paradigma tertentu, sama ada berdasarkan teori postpositivt, constructivt atau critical
(Creswell & Miller 2000), namun kesahan kajian ini dibuat dengan mengambil kira
kesemua paradigma tersebut. Ringkasnya, pelbagai strategi telah digunakan dalam
kajian ini sebagai prosedur bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data. Ini
dapat difahami melalui rajah di bawah:

Rajah 3.4 Kesahan dan kebolehpercayaan data kajian

3.11 KESIMPULAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kualititif dengan reka bntuk kajian kes, iaitu kajian
pelbagai kes. Seramai lapan peserta kajian daripada sekolah menengah yang berbeza
terlibat dengan kajian ini. Peserta kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan
bertujuan dan dijejak menggunakan kaedah snowball. Data dikumpul menggunakan
kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Di samping itu, triangulasi
132

sumber turut dilakukan melalui temu bual pentadbir, rakan guru dan pelajar. Data
dianalisis secara serentak dengan proses pengumpulan data menggunakan perisian
Nvivo. Kaedah perbandingan berterusan dan pengekodan turut diberi perhatian
sepanjang analisis. Bagi tujuan memelihara kesahan dan kebolehpercayaan data,
pengkaji mengamalkan; 1) triangulasi, 2) semakan peserta kajian, 3) lama di lapangan,
4) huraian bias pengkaji, 5) semakan rakan sebaya, 6) huraian mendalam, 7) jejak audit,
dan 8) mencari nilai Koefisien Kappa. Nilai consensus kappa diperolehi daripada empat
pakar dengan nilai purata sebanyak 0.90 dengan interpretasi sangat tinggi.
133

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini memberikan gambaran tentang dapatan yang dijalankan terhadap lapan peserta
kajian. Terdapat lima persoalan kajian yang ingin dijawab, iaitu; 1) apakah kefahaman
GIPI tentang inovasi dalam Pendidikan Islam?, 2) apakah karakter yang dimiliki oleh
GIPI?, 3) apakah motivasi GIPI dalam menghasilkan inovasi?, 4) apakah kekangan
yang dihadapi oleh GIPI ketika menghasilkan inovasi?, dan 5) apakah pengetahuan
yang dimanipulasi oleh GIPI untuk menghasilkan inovasi?

4.2 DEMOGRAFI

Sejumlah lapan GIPI telah terlibat sebagai peserta kajian bagi kajian ini. Kesemua
mereka pernah terlibat dengan pertandingan guru inovatif dan pertandingan inovasi
pengajaran yang dianjurkan pihak luar KPM. Jadual 4.1 merupakan ringkasan latar
belakang peserta kajian.

Jadual 4.1 Latar belakang peserta kajian


Peserta Antara inovasi yang Antara anugerah
Pendidikan Jawatan
Kajian diciptakan inovasi yang diterima
Ustaz Uwais BA (PI) UTM Guru Pintar Haji Ikon Guru Inovatif
MA (PI) UKM Cemerlang Kembara Tanah Kebangsaan
PI DG 52 Suci Guru Inovatif
Global Zakat Game Kebangsaan
Cakna Solat Guru Inovatif Negeri
Eksplorasi Jom
Solat
The Battle of
Tajweed
i5
bersambung…
134

…sambungan
Ustaz Zakkir BA (BA) Jordan Guru Jawi Abqori Guru Inovatif Negeri
Dip (BA & PI) Cemerlang Jari Jawi Emas Pertandingan
MPI PI DG 48 Inovasi Kebangsaan
MA (BA) USIM
Ustazah Dip (Pend) MPI Guru Roda Audit Solat Guru Inovatif Negeri
Huda BA (PI) UKM Cemerlang Klinik Tawata Perak Pertandingan
PI DG 52 Trademark Inovasi Kebangsaan
Borang BFFT
Ustazah BA (Fiqh) UIA Guru Agama Hajj Pop Up Tour Guru Inovatif
Aleeya Dip (Pend) UIA DG 44 Kebangsaan
Guru Inovatif Negeri
Emas Pertandingan
Inovasi Antarabangsa
Ustazah BA (Fiqh) UIA Guru Agama iSolat Emas Pertandingan
Ainur Dip (Pend) UPSI DG 44 iSMARTBOX Inovasi Antarabangsa
Solatku Power
Ustaz Imdad BA (PI) UM Guru Kit Solat Awesome Guru Inovatif Negeri
MA (Peng Pend) Cemerlang Kit MaBaSol Emas Pertandingan
UMS PI DG 48 Inovasi Antarabangsa
Ustazah BA (Fiqh) UIA Ketua Panitia Permainan Digital Guru Inovatif Negeri
Aisyah Dip (Pend) UIA PI Kembara Haji Emas Pertandingan
MA (ACIS) UiTM DG 48 Waze Sirah Inovasi Antarabangsa
Ustazah BA (Syariah) Guru Agama Dam Haji LRT Guru Inovatif Negeri
Arisya Jordan DG 44 Guru PI Terbaik PPD
Dip (PI) MPKB

Perincian biodata peserta kajian adalah seperti berikut:

4.2.1 Ustaz Uwais

Ustaz Uwais adalah guru yang terkenal dalam penghasilan inovasi Pendidikan Islam.
Beliau mendapat liputan meluas dalam media massa dan pernah muncul dalam
rancangan televisyen, seperti rancangan MHI, Buletin Utama dan Majalah 3. Selain itu,
artikel berkenaan beliau turut dimuatkan dalam akhbar, seperti di Utusan Malaysia,
Berita Harian, Kosmo dan Sinar Harian. Beliau juga aktif memberikan ceramah tentang
inovasi. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Sarjana
Pendidikan (Pendidikan Islam) dari IPTA. Beliau mula berkhidmat sebagai guru sejak
2002 dan satu-satunya ustaz di sekolahnya.

Beliau mula bergelar Guru Cemerlang (GC) pada 2009 dan aktif dengan inovasi
sejak 2011. Sejak 2011, beliau menghasilkan pelbagai inovasi dan memenangi pelbagai
anugerah inovasi sehingga ke peringkat antarabangsa. Beliau juga pernah beberapa kali
memenangi anugerah utama dalam pertandingan inovasi. Dengan berbekalkan
matlamat “setahun, satu inovasi”, kini fokus beliau adalah merangsang minat guru lain
135

dan para pelajar untuk turut sama berinovasi. Beliau turut dilantik sebagai Jurulatih
Utama (JU) Inovasi. Hasil inovasi beliau turut dipasarkan sehingga ke pasaran
antarabangsa, seperti di Brunei, Singapura dan Indonesia (Suhana Abdullah 2018).

4.2.2 Ustaz Zakkir

Ustaz Zakkir memiliki ijazah dalam bidang bahasa Arab dari universiti Timur Tengah
dan sijil ikhtisas perguruan dari Maktab Perguruan Islam (MPI), Bangi dalam bidang
Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana
dalam bidang Bahasa Arab dan Komunikasi kerana minatnya yang mendalam dalam
bidang bahasa Arab. Beliau memulakan perkhidmatan sebagai guru pada tahun 2003.
Di sebabkan beliau mengajar di sekolah harian biasa, tiada tawaran subjek bahasa Arab,
maka beliau mengajar Pendidikan Islam sepenuh masa. Beliau turut menjawat jawatan
Guru Cemerlang Pendidikan Islam bermula tahun 2009. Beliau mempunyai minat pada
beberapa bidang seni, antaranya seni kaligrafi, seni suara, seni bahasa, seni hiasan dan
seni masakan. Beliau pernah dilantik menjadi hakim dalam pertandingan nasyid dan
pertandingan masakan. Beliau juga pernah memenangi pertandingan kaligrafi di
peringkat sekolah. Beliau turut sering dipertanggungjawabkan dalam urusan hiasan
dewan, pentas dan seumpamanya.

Beliau mula terlibat menghasilkan inovasi pada tahun 2012 dengan


menghasilkan inovasi Jawi Abqori. Perpindahan Ustaz Zakkir ke negeri asalnya
membuka ruang kepada keterlibatan secara lebih serius dalam bidang inovasi. Hal ini
kerana negeri asalnya mempunyai pasukan sokongan dalam penghasilan inovasi di
peringkat JPN. Banyak bengkel dan kursus diadakan, serta terdapat ramai mentor dari
kalangan guru inovatif. Selain itu, Ustaz Zakkir turut menghasilkan Jari Jawi. Ustaz
Zakkir berjaya mendapat beberapa anugerah sama ada di peringkat kebangsaan mahu
pun di peringkat antarabangsa. Sebagai tambahan, Ustaz Zakkir turut dinobatkan
sebagai Guru Inovatif Negeri pada tahun 2018 dan 2020.
136

4.2.3 Ustazah Huda

Ustazah Huda menerima pendidikan perguruan di dua maktab perguruan serta ijazah
sarjana muda pendidikan di sebuah IPTA. Beliau memulakan kariernya sebagai guru
pada tahun 1990 di dua sekolah rendah dan satu sekolah menengah di KL sebelum
dipindahkan ke sekolah menengah tempatnya berkhidmat sekarang. Beliau adalah Guru
Cemerlang Pendidikan Islam. Beliau dinaikkan ke gred 44 pada 2008, ke gred 48 pada
2013, dan ke gred 52 pada 2018. Beliau turut terlibat sebagai pemeriksa kertas SPM,
namun terpaksa mengambil langkah untuk menarik diri bermula tahun 2008 kerana
perlukan waktu untuk menjaga emaknya yang sakit. Hal ini menjadikan dirinya
memberi fokus kepada pelajar di peringkat menengah rendah.

Beliau minat melukis dan menghasilkan projek-projek kesenian. Sehingga kini,


ada tujuh Projek Kemerdekaan yang dihasilkannya di sekitar sekolah, antaranya; Bunga
Raya, Taman Kemerdekaan, KLCC daripada botol mineral terbuang, wakaf
kemerdekaan, perkataan Merdeka daripada tin kosong, tapak sirih. Selain itu, beliau
turut minat mengait dan menyulam serta mengemas rumah. Produk sarung kusyen
berasaskan kemahiran mengait dan pasu yang disulamnya berjaya dijual sejak daripada
beliau di darjah 4. Ketika di darjah 4 juga, beliau turut menawarkan khidmat tuisyen
mengajar matematik kepada rakan-rakan di kampung.

Beliau aktif menyampaikan ceramah agama sejak tahun 1991. Sejak tahun 1995,
beliau mula berjinak dalam ceramah motivasi pula. Kemahiran bercakap telah beliau
bina sejak dari kecil. Semenjak sekolah rendah, beliau pernah masuk pertandingan
bercerita, pertandingan syarahan agama, debat, bahas dan pidato dan memenangi
perlbagai anugerah, seperti Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja di peringkat
kebangsaan selama tiga tahun berturut-turut. Ketokohan beliau terserlah sejak kecil
sehingga pernah menjadi tokoh murid di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Beliau mengakui, walaupun ada pelajar lain yang lebih cemerlang daripadanya dari
sudut akademik, namun kecemerlangannya dari sudut kokurikulum memberikannya
kelebihan untuk menggenggam anugerah yang sangat diingini oleh emaknya itu.
137

Sehingga kini, beliau terlibat aktif di sekolah, PPD dan JPN, antaranya sebagai
jurulatih utama inovasi, jurulatih utama dakwah dan penggerak kajian tindakan di
sekolah. Pelbagai inovasi turut dihasilkan, melibatkan pelbagai bidang yang
diceburinya, antaranya; Klinik Tawata, BFFT, Trademark, Tindak Pasak, Pembelajaran
holistic dan RAS. RAS (Roda Audit Solat) adalah inovasi yang menaikkan Namanya
dalam bidang inovasi. Melalui RAS, pelbagai anugerah berjaya dirakul, antaranya;
Johan Anugerah Guru Inovatif Kategori Berpasukan peringkat JPN 2017, Pingat Emas
dalam Pertandingan Guru Inovatif JPN 2018, Pingat Emas dalam Intervensi Amalan
Bilik Darjah Peringkat Kebangsaan 2017 dan Pingat Perak dalam i-Reka 2018. Beliau
juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri 2020.

4.2.4 Ustazah Aleeya

Ustazah Aleeya memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang Fikah dan sijil ikhtisas
perguruan dari sebuah IPTA. Pemilihan bidang Fikah dibuat kerana baginya beliau
lebih mudah dan seronok ketika belajar PSI berbanding PQS ketika SPM dulu.
Minatnya untuk menjadi guru terbit selepas mendengar kisah sahabat karibnya.
Akhirnya, dia memulakan karier sebagai guru pada tahun 2009.

Ustazah Aleeya mengakui bahawa dia banyak belajar daripada ibunya yang
menjalankan perniagaan menjahit. Hal ini menjadikan beliau mahir menjahit pelbagai
produk seperti alas kaki yang dihasilkan daripada perca-perca kain dan langsir dan
‘inner’ untuk tudung bawal. Produk ‘inner’nya yang patuh syariah berjaya menarik
perhatian sahabat-sahabat lain sehingga ramai yang menempah daripadanya. Ustazah
Aleeya turut minat menghasilkan sesuatu yang kreatif. Dia pernah menghasilkan ‘key
chain’ daripada kulit pokok rambutan dan menjualnya kepada sahabat-sahabatnya
ketika di sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain itu, beliau juga tekun apabila
menghasilkan buku skrap. Beliau suka menggunakan pelbagai jenis warna dan ‘effect’
pada kertas, seperti membakar hujung kertas dan sebagainya. Beliau juga minat
memasak.

Ustazah Aleeya memang kreatif dan sentiasa menghasilkan pelbagai inovasi,


antara melalui penyusunan peta minda. Inovasi ‘Hajj Pop-up Tour’ adalah inovasi yang
138

menaikkan namanya. Beliau pernah dianugerahkan Anugerah Guru Inovatif Negeri


2017, Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan 2018, Pingat Emas dalam SPIKK 2018 dan
Top 30 Edufluencer. Selain itu, beliau turut mendapat kerjasama rakan sepanitia dan
pelajarnya ketika penghasilan inovasi dan memenangi pelbagai pertandingan lain.
Selain itu, beliau turut menghasilan inovasi berbentuk pengurusan pendidikan, seperti
e-RPH. Beliau aktif sebagai penceramah dan hakim dalam pertandingan inovasi
pengajaran serta membentang kertas kajian tindakan. Antara inovasi beliau ialah; taman
JnQ, SURI: Interactive Sadaqah Box, SURI ARVR Space dan Maker Space. Beliau
turut diberi kepercayaan sebagai AJK Kajian Tindakan dan Inovasi bawah projek
sekolah kluster.

4.2.5 Ustazah Ainur

Ustazah Ainur memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang Fikah dan Psikologi serta
ikhtisas perguruan daripada sebuah IPTA. Beliau memulakan kariernya sebagai guru
pada tahun 2009 dan pernah berpindah sekolah sebanyak dua kali. Beliau biasa
mengajar Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam. Ustazah Ainur mengakui bahawa
ayahnya banyak memberi pengaruh dalam kehidupannya, antaranya hobi melancong.
Beliau turut memilih untuk menjadi guru kerana pesanan ayahnya. Keterlibatannya
dengan inovasi bermula sejak beliau mengajar di sekolah kedua apabila menghadapi
masalah ketika mengajar di kelas paling belakang. Kini beliau telah ada tiga produk
inovasi, dua berbentuk permainan dam ular iaitu Solatku Power dan i-smartbox,
manakala satu lagi berbentuk kad istilah iaitu Flash Card Istilah. Inovasinya yang diberi
nama Solatku Power! telah membawanya memenangi pertandingan inovasi, antaranya;
Top 30 educational influencer dan emas dalam pertandingan inovasi antarabangsa.

4.2.6 Ustaz Imdad

Ustaz Imdad memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang Pendidikan Islam dan sarjana
dalam bidang Pengurusan Pendidikan daripada dua IPTA berbeza. Ustaz Imdad
memulakan khidmat sebagai guru Pendidikan Islam pada tahun 2000 di Borneo dan
berpindah ke Semenanjung pada tahun 2004. Ustaz Imdad turut menjawat jawatan Guru
Cemerlang bermula tahun 2012. Ustaz Imdad memang seorang yang kreatif. Beliau
139

mengakui meminati dengan subjek Pendidikan Seni Visual (PSV). Bahkan, sejak dari
kecil, beliau gemar mereka cipta produk, antaranya daripada barangan terpakai seperti
kotak ubat gigi. Beliau turut suka bereksperimen sehingga pernah membedah pelbagai
binatang, antaranya katak dan anak ayam, kerana sifat ingin tahu yang tinggi yang ada
padanya. Sifatnya itu kekal hingga ke hari ini, apabila beliau suka bereksperimen
dengan masakan, pertukangan, pertanian dan sebagainya. Selain itu, beliau turut gemar
berniaga produk yang beliau hasilkan. Hal ini diakui beliau, timbul kerana seronok
melihat datuknya yang mengusahakan kedai runcit.

Ustaz Imdad mula terlibat dengan inovasi pengajaran sebaik sahaja memulakan
khidmatnya sebagai guru. Sehingga kini, banyak inovasi yang telah dihasilkan, sama
ada secara individu, secara berkumpulan dengan guru lain, atau pun sebagai guru
pembimbing, antaranya; Kit Solat Awesome, Kit MaBaSol dan Dado Vok. Beliau mula
terlibat dengan pertandingan inovasi bermula tahun 2014 dan berjaya memenangi
pelbagai pertandingan inovasi anjuran IPG dan IPT. Beliau turut pernah dinobatkan
sebagai Guru Inovatif peringkat daerah sebanyak dua kali dan Guru Inovatif peringkat
JPN sekali.

4.2.7 Ustazah Aisyah

Ustazah Aisyah memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang Fikah dan Mass
Communication dan ikhtisas perguruan daripada IPTA yang sama. Beliau juga
memperoleh ijazah sarjana Pengajian Islam Kontemporari yang diambilnya ketika
dianugerahkan biasiswa HLP oleh KPM. Lahir dalam keluarga guru, serta atas galakan
suaminya, beliau memulakan kariernya sebagai guru bermula 1996. Sepanjang
perkhidmatannya, beliau pernah bergelar Guru Cemerlang Pendidikan Islam DG 44 dan
ditawarkan ke GC 48, namun terpaksa menolaknya kerana memilih untuk menyambung
pengajian di peringkat sarjana.

Sejak dari kecil, Ustazah Aisyah telah menunjukkan daya kreativiti yang tinggi.
Hal ini jelas melalui penghasilan nota poketnya, yang dilipat dua untuk
memudahkannya membawanya ke mana-mana. Latar belakang ayahnya yang bekerja
di kilang perabot juga menjadikan Ustazah Aisyah mahir bertukang. Zahir juga daya
140

usaha yang tinggi pada diri Ustazah Aisyah. Walaupun tidak berkemampuan mengikuti
mana-mana kelas tusyen, namun beliau mengambil inisiatif meminjam nota-nota
sahabat-sahabatnya yang lain dan digunakan untuk melengkapkan notanya sendiri.
Kepentingan nota itu adalah kerana beliau menyedari bahawa dirinya mempunyai
kekuatan visual. Keadaan ini terbawa-bawa sehingga ke hari ini, apabila mengajar
pelajarnya menulis nota, beliau akan gunakan sekurang-kurangnya tiga warna, iaitu;
hitam, merah dan biru. Beliau juga minat menulis, melukis dan berlakon. Bakat menulis
dan melukis itu telah dimanfaatkan sehingga beliau berjaya menghasilkan beberapa
buku, seperti e-book berjudul ‘Aiskrim’ terbitan Kota Buku. Beliau juga adalah salah
seorang ahli Daie Pena dan pernah menulis buku teks Pendidikan Islam KSSM.

Dari sudut inovasi, sekurang-kurangnya ada empat inovasi yang telah dihasilkan
beliau dan dipertandingkan, iaitu; 1) Formula LRT Dam Haji dan berjaya memperoleh
Johan Anugerah Guru Inovatif (Berkumpulan) JPN, 2) Formula GPS untuk Haji dan
berjaya memperoleh Tempat ke-3 Anugerah Guru Inovatif (Individu) JPN, 3) Formula
VG dalam Ibadah Haji dan berjaya memperoleh Pingat Emas, dan 4) Kembara Haji dan
berjaya memperoleh Pingat Emas dalam SCIIID 2014.

4.2.8 Ustazah Arisya

Ustazah Arisya lahir dalam keluarga nelayan, manakala ibunya adalah suri rumah. Bagi
pendapatan sampingan, ayahnya menawarkan khidmat membaiki pukat nelayan,
manakala ibunya pula berniaga kuih secara kecil-kecilan. Ustazah Arisya mengakui
dirinya banyak dipengaruhi oleh ibunya menyebabkannya turut gemar berniaga. Dari
sudut pendidikan, Ustazah Arisya memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang
Syariah Islamiah daripada universiti luar negara serta ikhtisas perguruan di maktab
perguruan. Beliau memulakan khidmat sebagai guru pada tahun 2004 dan pernah
menjadi Ketua Panitia Pendidikan Islam. Kini beliau adalah Ketua Panitia Tasawwur
Islam. Fokus pengajarannya adalah pelajar tingkatan 4 dan 5.

Ustazah Arisya mula menghasilkan pelbagai inovasi sejak daripada permulaan


kareernya. Beliau banyak menghasilkan inovasi berdasarkan minat dan kaedah yang
digunakannya ketika beliau sendiri bergelar pelajar serta kemahiran yang beliau miliki.
141

Contohnya beliau menggunakan kaedah penulisan nota atas kertas yang dilipat empat,
serta memiliki kemahiran ‘fast reading’, menyebabkan beliau melatih pelajarnya untuk
membina formula berbentuk akronim bagi memudahkan ingatan, dan mencatat formula
tersebut atas kertas yang dilipat lapan untuk memudahkan perbandingan antara satu
poin dengan satu poin yang lain. Ustazah Arisya turut meminati bidang penulisan dan
puisi. Minatnya itu menyebabkan beliau banyak mencipta lirik lagu nasyid untuk
membantu pelajar mengingat isi pelajaran. Beliau turut mendapat bantuan pelajar
nasyid ketika mencipta lirik. Selain itu, Ustazah Arisya turut suka menggunakan kaedah
lakonan dan penghasilan model 3D.

Penglibatannya dalam pertandingan inovasi bermula pada tahun 2013 atas


dorongan Ketua Panitia Pendidikan Islam ketika itu yang memantau dan meminati
kaedah pengajaran inovatif yang digunakan ketika itu, lalu mengenengahkannya dalam
Pertandingan Guru Inovatif. Hasilnya, Ustazah Arisya dinobatkan sebagai pemenang
serta dianugerahkan Anugerah Guru Inovatif JPN. Kemenangannya itu menyebabkan
Ustazah Arisya turut dianugerahkan dengan Anugerah Guru Pendidikan Islam Terbaik
(Menengah) PPD. PdP-nya telah dirakam oleh BTP dan dimuatnaik ke portal e-Guru.
Selain itu, Ustazah Arisya turut menerima APC pada tahun 2012 dan 2015.

4.3 KONSEP INOVASI MENURUT GIPI

Dapatan untuk persoalan pertama menunjukkan terdapat empat tema terbentuk bagi
konsep inovasi, iaitu; 1) elemen inovasi, 2) bentuk inovasi, 3) sasaran dan tujuan
inovasi, dan 4) langkah penghasilan inovasi.

4.3.1 Elemen inovasi

Elemen inovasi adalah tema yang terbina ketika peserta kajian membahaskan mengenai
maksud baru. Hal ini kerana inovasi selalu dirujuk sebagai sesuatu yang baru. Peserta
kajian turut bersetuju bahawa inovasi pengajaran mestilah bersifat baru (S5U5TB1).
Walau bagaimanapun, baru itu tidak bersifat mutlak, sebaliknya bersifat
pengubahsuaian (S1U1TB1). Pengubahsuaian yang dilakukan itu mestilah mempunyai
tambah nilai berbanding sesuatu yang telah sedia ada (S4U4TB2). Tambah nilai yang
142

berlaku menjadikan inovasi itu lebih baik dan sesuai digunakan dalam konteks
pengajaran seseorang guru (S1U1TB1). Jika proses tambah nilai berjaya dilakukan,
maka inovasi itu menjadi hak milik inovator tersebut dan bukan lagi menjadi milik
inovator asalnya (S1U1TB1). Sebagai tambahan, inovasi turut bermaksud gabungan
antara beberapa ciri (S6U6TB1). Oleh itu, ada dua subtema kepada tema elemen
inovasi, iaitu; adaptasi dan kombinasi.

a) Adaptasi

Maksud adaptasi adalah pengubahsuaian produk sedia ada untuk disesuaikan dengan
penggunaan bagi tujuan yang berbeza (S1U1TB1). Produk sedia ada tersebut
diubahsuai untuk disesuaikan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 4.1 Adaptasi produk dalam bidang lain ke dalam bidang pendidikan

Buktinya dapat diamati melalui analisis dokumen yang dijalankan terhadap


inovasi yang dihasilkan oleh peserta kajian, menunjukkan bahawa setiap satu inovasi
mengambil contoh produk sedia ada. Antara contoh inspirasi dalam penghasilan inovasi
oleh peserta kajian dapat difahami melalui jadual di bawah:

Jadual 4.2 Adaptasi Inovasi Pengajaran


GIPI Inovasi Sumber inspirasi
Ustaz Uwais Pintar Haji Saidina
Global Zakat Games
Eksplorasi Jom Solat Dam Ular
Ustaz Zakkir Jawi Abqori Sahibba
Ustazah Huda Roda Audit Solat Roda Impian
Ustazah Ainur Solatku Power! Dam Ular
Ustaz Imdad Kit Solat Awesome Puzzle
Ustazah Arisya Lagu Lagu popular
143

Proses tambah nilai turut dibuat ketika adaptasi yang dilakukan terhadap produk
sedia ada. Contohnya seperti yang dinyatakan oleh Ustazah Aleeya, “Inovasi macam
ada ubahsuai. Ubahsuai pada benda sedia ada. Maksudnya tadi lebih fleksibel. Lebih
jadi (praktikal)… Popup haji tu inovasi. Macam apa yang saya buat dalam kelas,
contohnya peta minda ke, orang lain tak buat, saya buat… Benda tu inovasi”
(S4U4TB2). Tambah nilai itu secara langsung akan membugarkan kembali sesuatu
produk sedia ada (S6U6TB1). Untuk memastikan kesegaran sesuatu produk inovasi itu,
maka penambah baikan turut dilakukan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh peserta
kajian sendiri. Maka, berlaku proses tambah baik sehingga muncul versi baru sesuatu
inovasi sedia ada. Contohnya, Pintar Haji milik Ustaz Uwais, telah mengalami tiga
proses tambah baik (S1U1TB1) dan Jawi Abqori milik Ustaz Zakkir yang ada dua versi
(S2U2AD1).

Walaupun adaptasi dilakukan dengan mengambil contoh daripada produk sedia


ada, namun kadang-kadang pengguna tidak dapat meneka sumber inspirasi sesuatu
inovasi itu. Hal ini seperti Eksplorasi Jom Solat yang mengambil inspirasi daripada
Dam Ular, namun akhirnya berubah menjadi sesuatu yang berbeza. Jelas Ustaz Uwais,
“Kita ubah, ubah akhirnya tiada langsung ular, tiada langsung tangga, tiada dadu
semua tiada. Dia pecah jadi 4 musim pulak” (S1U1TB2). Tambahnya lagi, “Kalau ana
tak bagitahu dam ulau, orang tak tahu pun inspirasi ana dam ulau. Hampir 90%
(ubah)” (S1U1TB1).

Selain itu, penambahbaikan ketika proses adaptasi yang dilakukan mestilah


bersesuaian dengan sasaran pengguna. Hal ini bermakna penambahbaikan tidak
semestinya bermaksud tambah nilai (upgrade), sebaliknya turut membawa maksud
turun nilai (downgrade). Hal ini seperti yang dijelaskan oleh Ustaz Uwais ketika
membimbing sekumpulan pelajar mengubahsuai inovasi Pintar Hajinya menjadi Smart
Haji Games dengan menurun nilai inovasi Pintar Haji untuk disesuaikan dengan pelajar
sekolah rendah (S1U1TB1). Inovasi Smart Haji Games itu berjaya melayakkan
kumpulan pelajar itu mendapat Anugerah Harta Intelek Negara (S1U1AD1). Proses
adaptasi itu lebih diyakini untuk diiktiraf sebagai inovasi apabila tiada produk
seumpamanya di pasaran (S4U4TB2).
144

b) Kombinasi

Maksud kombinasi adalah gabungan beberapa ciri dalam sesuatu produk sehingga
terbentuk satu produk yang baru. Hal ini dijelaskan oleh Ustaz Zakkir, “mungkin bende
tu dah ada, tapi kita menambahkannya dengan idea-idea yang lain, supaya ia lebih
berkesan, dalam, terutamanya dalam menjadi seorang guru, berkesan dari segi PdPc
lah” (S2U2TB1).

Ciri B

Ciri A Ciri C

Inovasi
berbentuk
kombinasi

Rajah 4.2 Kombinasi pelbagai ciri

Kombinasi boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu; penambahan ciri tertentu pada
sesuatu produk sedia ada (S7U7TB1) dan gabungan beberapa jenis produk sedia ada
sebagai asas untuk bina inovasi baru (S1U1TB1). Ciri yang paling kerap dikombinasi
dalam inovasi pengajaran adalah ICT. Contohnya seperti yang dijelaskan oleh Ustazah
Aleeya, “Modul ni (jadi inovasi) sebab link dengan ICT. Makna kita ada satu, kita guna
yang orang lain tak guna lagi” (S4U4TB2). Hal ini kerana ICT sendiri mempunyai
beberapa ciri yang boleh dimanipulasi dalam penghasilan sesuatu inovasi. Antara ciri
yang ada pada ICT adalah; grafik, audio dan video. Jelas Ustazah Ainur:

Benda tu melibatkan (pelbagai fungsi) … Okey, kalau sebut, multimedia, kan?


Okey dia banyak cabang, visual audio… Kita nak buat pelajaran sirah
berdasarkan ICT. Jadi ICT tu banyak benda lah… Kita masukkan multimedia
dalam tu, grafik, gambar pun dah kira ICT juga tu, multimedia juga, kan? Audio
video… (S5U5TB1).

4.3.2 Bentuk inovasi

Bentuk inovasi adalah tema yang terbentuk ketika peserta kajian membahaskan
mengenai hasil inovasi ciptaan mereka. Menurut Ustazah Ainur, “Inovasi ni, yang
145

orang kata, benda tu mesti nampak dengan mata, boleh sentuh, macam tu” (S5U5TB1).
Sesuatu yang boleh nampak, tidak semestinya berbentuk maujud, sebaliknya boleh jadi
berbentuk teknik (S6U6TB1). Oleh itu, ada dua subtema di bawah bentuk inovasi iaitu;
teknik dan bahan. Di bawah subtema bahan, ada empat subsubtema, iaitu; permainan,
ICT, modul dan model. Daripada subtema teknik pula, ada lima subsubtema, iaitu;
formula, nyanyian, teknik percakapan, klinik dan bahasa badan. Secara ringkasnya,
penglibatan peserta kajian dengan bentuk-bentuk inovasi ini dapat diringkaskan melalui
jadual di bawah:

Jadual 4.3 Bentuk inovasi yang dihasilkan oleh peserta kajian


Peserta Kajian
Subtema Subsubtema
U1 U2 U3 U4 U5 U6 U7 U8
Bahan Permainan / / / / / / /
ICT / / / / / / /
Modul / / / / /
Model / / / / /
Teknik Formula / / / /
Nyanyian / / /
Teknik
/ / /
percakapan
Klinik / /
Bahasa badan / /

a) Permainan

Permainan merujuk kepada teknik terkini yang ada dalam dunia pendidikan yang
dikenali sebagai gamifikasi. Melalui teknik gamifikasi, para guru akan menggunakan
permainan untuk tujuan pendidikan. Hal ini menjadikan pelajar bermain dan belajar
secara sekaligus. Menerusi temubual dan analisis dokumen, kesemua lapan peserta
kajian didapati menghasilkan inovasi berasaskan permainan. Antara inovasi pengajaran
berbentuk permainan yang dihasilkan oleh peserta kajian adalah:

Jadual 4.4 Inovasi permainan yang dihasilkan oleh peserta kajian


Peserta kajian Inovasi permainan yang dihasilkan
Ustaz Uwais • i-5
• Eksplorasi Jom Solat
• Global Zakat Games
• Pintar Haji
• The Battle of Tajweed
Ustaz Zakkir • Jawi Abqori
• Jari Jawi
bersambung…
146

…sambungan •
Ustazah Huda • Roda Audit Solat
Ustazah Aleeya • Saintis Ibadah Kit
Ustazah Ainur • Solatku Power!
• i-smartbox
Ustaz Imdad • Puzzle Kit MaBaSol
• Permainan Maya Kit MaBaSol
• Stream MaBaSol
• Kit Solat Awesome
Ustazah Aisyah • Permainan Digital Kembara Haji
Ustazah Arisya • Roda Impian Istilah

Penggunaan permainan sebagai inovasi pengajaran adalah atas asas ianya


diminati oleh kebanyakan pelajar (S2U2TB2). Minat pelajar kepada permainan
memberi kesan kepada minat mereka kepada pembelajaran. Maka, walaupun tajuk yang
dipelajari itu sukar, ia tidak menjadi penghalang kepada pelajar tersebut daripada
berusaha untuk mengingati isi pelajaran itu, sebaliknya ia meningkatkan motivasi
mereka untuk belajar. Maka penggunaan permainan adalah antara alternatif yang baik.
Jelas Ustazah Aisyah, “Kita tahu (topik) Dam Haji tu orang susah nak faham... Jadi,
kita memudahkan murid di samping, jadi kan dia pertama, anggap benda tu tak susah...
Bila dia anggap tak susah, dia akan ingat benda tu. Dia akan seronok belajar”
(S7U7TB1).

Selain pelajar, guru juga minat menggunakan permainan kerana ia memberi


kesan yang lebih kepada pembelajaran pelajar (S5U5TB2). Kesan itu timbul apabila
pelajar selalu menggunakan permainan yang dihasilkan oleh guru. Maka, pembelajaran
berlaku secara berterusan dan tanpa sedar. Selepas melalui proses pembelajaran
berulang-ulang kali, para pelajar mula memahami dan mengingati isi pelajaran bagi
topik berkenaan. Keberkesanan itulah yang memberi kepuasan kepada guru. Hal ini
seperti yang dijelaskan oleh Ustaz Uwais, katanya:

So far (penerimaan pelajar) alhamdulillah. Sebab tu saya suka buat game board.
Game board, budak-budak akan, memang dia takkan terus perfect. Betul. Salah.
Salah. Salah. Kan? Tapi, at the end of the day, lepas dia main, tiga empat kali
game tu, budak hujung terutama sekali, dia akan dapat. Sebab lepas main tu,
saya pernah buat kajian rintis, saya soal jawab secara terbuka. Soalan tentang
haji. Anak-anak dapat jawab. Jadi saya rasa macam, kepuasanlah. Sebab tulah
saya lebih banyak suka pada gameboardlah (S1U1TB1).
147

Keadaan ini menyebabkan Ustaz Uwais memasang impian untuk menghasilkan


seberapa banyak inovasi pengajaran berasaskan permainan, dengan memberikan fokus
kepada rukun Islam terlebih dahulu. Jelasnya, “Pintar Haji ada 3 versi. Yang berbeza.
Sangat berbeza. Lepas tu game solat. Game zakat. Game rukun Islam. macam gamers
la ustaz ni. Game, game. Semua kita pulunlah. Kalau boleh, saya kata apa? Selagi tak
tercapai semua rukun Islam jadi game, tak berkesudahan perjuangan tu” (S1U1TB1).

Dari sudut tarikan, tarikan utama yang ada pada inovasi berbentuk permainan
adalah unsur didik hibur (S1U1TB1). Melalui analisis dokumen, penerapan unsur didik
hibur disebut, antaranya oleh Ustaz Uwais (S1U1AD1; S1U1AD6; S1U1AD12) dan
Ustaz Imdad (S6U6AD9). Ustaz Zakkir pula menggunakan istilah belajar melalui
bermain (S2U2AD9), manakala Ustazah Huda pula menggunakan istilah belajar sambil
bermain (S3U3AD9). Hiburan pada permainan itu makin bertambah apabila ada
penggunaan konsep ganjaran dan dendaan (S1U1TB1; S5U5TB2). Selain itu,
penggunaan inovasi berasaskan permainan dapat mewujudkan suasana santai ketika
pembelajaran (S2U2AD9; S5U5AD9; S4U4TB1). Aktiviti santai ketika pembelajaran
jadi lebih menarik apabila ada sokongan daripada rakan-rakan (S7U7TB1).
Keseronokan ini mampu menarik para pelajar yang pada awalnya kurang minat pada
permainan itu (S2U2TB2; S5U5TB2).

Permainan ini mampu menarik pelajar kelas depan (S2U2TB2), pelajar kelas
belakang yang kebanyakannya lelaki (S1U1TB1) dan pelajar veteran (S6U6TB1).
Walaupun dalam suasana hiburan dan santai, matlamat akhir permainan perlu jelas.
Maksud matlamat adalah kemenangan. Hal ini kerana menang menjadi satu bentuk
motivasi kepada pelajar ketika bermain. Mereka mahu menang dan tidak mahu kalah.
Apabila pemain sukar untuk menang, maka permainan itu akan jadi membosankan.
Semuanya diukur berdasarkan jangkaan tempoh masa permainan. Tempoh masa yang
sesuai adalah tidak melebihi 50 minit. Jelas Ustaz Uwais, “Ustaz, lambatlah nak game.
Boringlah. Dah sejam setengah tak game game lagi. Fikir, kan? Betul jugak tu. Aku
main pun boring, kan? Jadi, ana percepatkan game tu... Akhirnya, sampai bawah 50
minit, baru budak-budak takde komen kata boring” (S1U1TB1). Sebagai tambahan,
melalui permainan juga, ada banyak tambahan ciri yang bersesuaian, yang boleh
digabung jalinkan dalam permainan, antaranya mewujudkan aktiviti melibatkan
148

pergerakan dan bacaan. Hal ini seperti yang dilakukan oleh Ustazah Ainur dalam
inovasi Solatku Power. Jelas Ustazah Ainur:

Pergerakan solat tu. Maksudnya, start daripada solat tu sampailah akhir tu,
semua kita masukkan dalam dam tu. Kalau kat sekolah ni pun sebenarnya, budak
kelas belakang ni, doa qunut pon tak boleh baca, tahiyat akhir pun memang tak
boleh baca… Maksudnya macam time, tahiyat akhir dia kene tunjukkan
pergerakan, macam mana nak duduk tahiyat akhir tu and macam mana nak baca
(S5U5TB2).

Dari sudut pemilihan jenis permainan yang boleh dijadikan asas kepada
pembinaan inovasi pengajaran, peserta kajian cenderung untuk menggunakan
permainan yang boleh ditambah dengan isi pelajaran yang berkaitan. Contohnya,
Ustazah Ainur menjadikan Dam Ular sebagai asas kepada pembinaan Solatku Power.
Hal ini adalah kerana petak-petak yang ada pada Dam Ular, mudah untuk dimanipulasi
dan dimasukkan dengan pelbagai maklumat, terutamanya mengenai rukun solat
(S5U5TB2). Selain isi pelajaran, permainan juga boleh ditambah dengan aktiviti soal-
jawab (S7U7TB1). Selain itu, pemilihan permainan tradisional sebagai asas juga dibuat
kerana ia dikenali umum. Oleh hal yang demikian, guru tidak perlu memberi
penerangan yang banyak mengenai cara menggunakan permainan itu kerana pelajar
telah maklum kaedah permainan tersebut (S5U5TB2). Jika permainan yang dibina tidak
berdasarkan permainan sedia ada, maka pelajar akan rasa berat kerana tidak memahami
peraturan permainan (S1U1TB1). Keadaan ini akan menyebabkan pelajar tidak mahu
bermain. Jika pelajar tidak mahu bermain, maka pembelajaran tidak akan berlaku.

Selain itu, ketika pembinaan permainan dilakukan, ciri-ciri permainan mestilah


sesuai dengan latar belakang permainan itu. Contohnya, Ustaz Uwais pernah ditegur
oleh rakannya kerana menggunakan matawang Ringgit Malaysia dalam permainan
Pintar Haji. Riyal lebih sesuai digunakan dalam konteks permainan yang menggunakan
Mekah sebagai latar. Jelas Ustaz Uwais, “Contoh macam ana buat game yang haji tu,
ana guna ringgit Malaysia. Sorang ustazah tanya ana, ustaz, dekat Arab ada ringgit
Malaysia ke? Kan? Ana terus guna riyal sampai sekarang” (S1U1TB1). Ketika
pembelajaran berjalan menggunakan inovasi permainan, pelajar tidak boleh dibiarkan
bermain tanpa batas. Pemantauan daripada guru perlu supaya pelajar bermain mengikut
149

peraturan. Pemantauan penting agar pelajar tidak sekadar bermain tanpa mempelajari
apa-apa. Hal ini dijelaskan oleh Ustaz Zakkir, “Tak adalah kita biarkan 100% diorang
main tanpa batasanlah. Kita kena ada pemantauan juga lah supaya dia dapat berjalan
dengan baik, barulah memberi kesan. Tapi kalau dia main tapi tak mengikut kaedah
kita, tak memberi kesan juga, ataupun kurang memberi kesan” (S2U2TB2).

Walaupun menerima permainan sebagai satu bentuk alternatif terkini dan sangat
berkesan, namun peserta kajian tidak menafikan penggunaan kaedah pengajaran lain
yang turut membantu. Pada akhirnya, ia bergantung kepada keselesaan dan kemahiran
seseorang guru. Kata Ustaz Uwais, “bukan hanya dengan gameboard saja boleh
memandaikan diorang. Sebenarnya teknik konvensional pun boleh. Ikut stail
pengajaran. Tapi ini, membantu. Banyak membantu analah” (S1U1TB1).

b) ICT

ICT merujuk kepada teknologi masa kini berasaskan komputer (S5U5TB1; S6U6TB2).
ICT diakui sebagai sebahagian bentuk inovasi, namun tidak semestinya inovasi mesti
mempunyai ciri ICT (S4U4TB2). Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan semua
peserta kajian menerapkan nilai ICT dalam inovasi mereka kecuali Ustazah Arisya.
Namun, Ustazah Arisya tidak menolak ICT sebagai satu ciri penting dalam inovasi masa
kini. Cuma beliau tidak menggunakan ICT kerana tidak mempunyai kemahiran yang
cukup untuk menghasilkan inovasi berasaskan ICT (S8U8TB1).

Penggunaan ICT oleh peserta kajian diakui kerana ia mampu menarik minat
pelajar. Tarikan ini dikaitkan dengan kesesuaian zaman pelajar kini yang banyak
terdedah dengan teknologi berasaskan komputer. Hal ini seperti yang dijelaskan oleh
Ustazah Ainur, “Bagus sebenarnya ICT ni. Sebab budak sekarangkan? … Banyak
gamers… Bagi task menggunakan komputer, sekejap je dia boleh buat, kan? … Kalau
kita buat inovasi yang berasaskan ICT ni, memang (baguslah)” (S5U5TB1).
Penggunaan ICT sebagai inovasi pengajaran oleh peserta kajian boleh dibahagikan
mengikut teknologi yang digunakan, iaitu; kod QR, AR, VR dan bahan multimedia.
150

i. Kod QR

QR adalah singkatan bagi Quick Response. Penggunaan kod QR adalah sebagai pautan
ke bahan-bahan sokongan bagi sesuatu inovasi. Dalam sesuatu inovasi itu, pelbagai kod
QR dimasukkan dengan pelbagai fungsi. Jelas pelajar, “Ada (QR Code). Kalau main tu,
(guna) telefon ustazlah… Ada yang ada jawapan dia, kalau kita tak pasti ejaan yang
betul macamana, kan? Lepas tu dia juga ada soalan bonus. Yang dalam kad tu nanti
adalah satu soalan bonus. Kena download dalam tu. Lepas tu, yang lain, maksud-
maksud” (S2P2TB1). Peserta kajian menggunakan kod QR sebagai salah satu elemen
ICT dalam inovasi mereka (S5U5TB1). Antara penggunaan kod QR dalam inovasi para
peserta kajian adalah seperti jadual berikut:

Jadual 4.5 Kod QR dalam inovasi peserta kajian beserta kegunaannya


Peserta kajian Inovasi Kegunaan
Ustaz Uwais Cakna Solat Pautan ke audio bacaan solat
The Battle of Tajweed Pautan ke audio makhraj dan sifat huruf
Ustaz Zakkir Jawi Abqori Pautan ke; 1) cara permainan, 2) aplikasi jawi-rumi, dan
3) aktiviti interaktif.
Jari Jawi Pautan ke; 1) formula jawi, dan 2) aplikasi jawi-rumi.
Ustazah Huda Roda Audit Solat Pautan ke audio contoh bacaan dalam solat dan video
contoh pergerakan dalam solat.
Ustazah Aleeya Hajj Pop-up Tour Pautan ke video talbiah dalam Youtube
Saintis Ibadah Kit Pautan ke video tatacara ibadah
Ustaz Imdad Kit MaBaSol Pautan ke audio bacaan dan maksud bacaan dalam solat

ii. AR

AR adalah singkatan bagi Augmented Reality. Hanya dua peserta kajian yang
menggunakan teknologi AR dalam inovasi mereka, iaitu; Ustaz Uwais dan Ustazah
Aleeya. Ustaz Uwais menggunakan AR dalam beberapa inovasinya seperti Cakna Solat
(S1U1AD13), i5 (S1U1AD1), Kembara Tanah Suci (S1U1AD1) dan Pintar Haji versi
AR (S1U1AD1), manakala Ustazah Aleeya pula menggunakannya dalam Merge Cube
Ibadah Sembelihan (MCis) (S4U4AD12) dan Saintis Ibadah Kit (S4U4AD12).
Teknologi AR adalah teknologi yang baru muncul kebelakangan ini. Kemunculan
teknologi ini mampu memberikan impak tambahan pada grafik dan sesuai digunakan
pada tajuk-tajuk tertentu seperti sembelihan. Kata Ustaz Uwais, “Contohnya, kita raya
korban, kan? Dia suruh ana buat, untuk pasaran nanti, ustaz, nanti ustaz kena betul-
betul tau. Masa tu takde AR lagi, kan? Keluarkan kepala, keluarkan pisau, sembelih,
151

ustaz. Potong. Potong. Tak sesuai pada masa itu, sesuai pada masa akan datang.
Dengan sekarang ada teknologi AR, dah boleh buat.” (S1U1TB1).
Inovasi berasaskan VR boleh dihasilkan melalui pelbagai perisian. Walau
bagaimanapun, perisian yang dipilih mestilah yang mudah digunakan. Itulah sebab
Ustazah Aleeya memilih laman sesawang https://cospaces.io/edu/ ketika menghasilkan
Saintis Ibadah Kit dan MCis. Jelas Ustazah Aleeya, “CoSpace Edu. Sebenarnya banyak
lagi program kat luar tapi saya suka yang ni sebab dia macam senang sikit lah”
(S4U4TB1).

Rajah 4.3 Penggunaan telefon untuk imbas kod AR

Namun, teknologi AR ada kelebihan dan kelemahan tertentu. Antara


kelebihannya, ia mampu menarik minat pelajar (S1U1TB1) dan interaktif (S1U1TB1).
Walau bagaimanapun, ia ada kelemahan tersendiri, iaitu perlukan alatan seperti telefon
pintar dan internet (S1U1TB1; S5U5TB1).

iii. VR

VR adalah singkatan bagi Virtual Reality. Secara umumnya, ia sama seperti AR.
Bezanya adalah, ia memberi pengalaman kepada pengguna merasakan seperti berada
dalam dunia teknologi yang dibina. Maka, ia bukan sekadar mempunyai elemen visual
3D dan audio, ia turut memberi kesan kepada persekitaran pengguna. Hal ini kerana
pengguna akan dibawa untuk berada dalam dunia tersebut. Keadaan ini turut memberi
kesan kepada psikomotor pengguna kerana pengguna perlu bergerak untuk merasai
pengalaman secara optimum ketika menggunakan teknologi ini. Penggunaan teknologi
VR hanya digunakan oleh Ustazah Aleeya. Walau bagaimanapun, Ustazah Aleeya tidak
152

menciptakannya sendiri, sebaliknya berkolaborasi dengan pelajarnya. Beliau


membimbing pelajarnya menghasilkan dua inovasi berasaskan VR, iaitu Saintis Ibadah
Kit dan Fiqh Exhibition. Ustazah Aleeya menjelaskan tentang kedua-dua inovasi ini,
katanya:

Ya. Game (Ibadah Kit) tu (menggunakan VR). Jadi sebenarnya ada lebih kurang
dalam lima game... Wudhu’ pun ada diaorang buat... Ini contohnya game
Thaharah kan. Diorang buat selepas belajar tajuk Thaharah tu. Budak-budak
boleh play game ni lah. Kalau yang lain saya minta diorang buat ni lah, Fiqh
Exhibition ni. Pameran Fiqh berkaitan dengan najis, air mutlak. Ini semua
diorang buat. Dia lebih kepada presentation macam kita guna Power Point kan.
Tapi ni kita boleh masuk sendiri dalam pameran guna ni. Jadi orang akan tengok
lah” (S4U4TB1).

Pengalaman pengkaji (S4U4PM1) menggunakan Fiqh Exhibition, pengkaji


merasakan seperti memasuki ke dalam satu ruang pameran melalui satu pintu. Ada
ruang rehat yang ada televisyen dan set kerusi di ruangan utama. Ada ‘remote control’
yang boleh digunakan untuk melihat persembahan yang disediakan dalam televisyen
tersebut. Selain itu, ada banyak ruangan lain yang boleh dilalui oleh pengkaji. Di
dinding-dinding pada setiap ruangan juga sarat dengan maklumat mengenai topik-topik
tertentu yang telah disusun oleh inovator. Setiap maklumat, boleh diteroka melalui
‘klik’ dan akan ada maklumat tambahan yang disediakan. Maklumat tambahan itu sama
ada berbentuk model 3D atau 2D. Pengkaji bebas bergerak dalam ruangan tersebut dan
meneroka apa-apa maklumat yang ada dalam ruangan pameran itu. Walau
bagaimanapun, teknologi tersebut hanya dapat digunakan secara optimum dengan
alatan khas, iaitu ‘headset VR’. Di pihak Ustazah Aleeya, oleh kerana kos ‘headset VR’
yang mahal, maka beliau mengambil inisiatif untuk membeli ‘headset VR’ yang dibuat
menggunakan kadbod sahaja (S4U4AD1).

iv. Bahan multimedia

Bahan interaktif merujuk kepada apa-apa bahan berasaskan ICT yang dihasilkan untuk
tujuan pembelajaran pelajar. Contoh inovasi berasaskan bahan multimedia yang
dihasilkan oleh peserta kajian adalah Permainan Digital Kembara Haji oleh Ustazah
Aisyah (S7U7AD1). Penggunaan bahan multimedia memberikan pembelajaran kepada
153

pelajar kerana ia mempunyai ciri visual, auditori dan kinestatik. Jelas Ustazah Aisyah,
“Saya bawalah, bawa ke hadapanlah benda tu, nak menunjukkan bahawa pentingnya
VAK itu semua lah. Visual, auditori dan kinestatik” (S7U7TB1). Walau bagaimanapun,
penggunaan bahan multimedia, tidak semestinya mempunyai ketiga-tiga ciri VAK.
Hanya dengan satu ciri sahaja, sudah cukup untuk menarik minat pelajar. Ustazah
Aisyah berkata, “Eh, (ICT) memang lah ada (kelebihan). Contohnya, dia ada gambar
kat situ, ada visual, ada audio, ada apa lagi semua ada... Kita pakai audio sahaja. Tapi
diaorang boleh lagi memberi tumpuan sebab ada satu bahantara yang menarik minat
diaorang kan? Macam itu lah” (S7U7TB1).

c) Modul

Modul merujuk kepada kumpulan bahan yang digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam topik tertentu. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Ustazah Huda,
“Sebenarnya akak banyak benda, yang akak buat inovasi… berbentuk lembaran
ataupun satu modul yang digunakan” (S3U3TB1). Walau bagaimanapun, peserta kajian
merasakan bahawa KPM tidak menerima modul sebagai inovasi. Sebaliknya KPM lebih
mengiktiraf sesuatu yang maujud sebagai inovasi. Kata Ustaz Imdad:

Yang saya nampak, KPM ni dia based kepada yang sekarang ni, dia based
kepada produk, bukan modul. Modul dia macam kurang sedikit tengok. Macam
modul dia tu kaedah-kaedah tu dia macam ni, tidak, benda nampak. Yang
nampak, sama ada dalam bentuk maya ataupun dalam bentuk benda, barang.
Contoh yang saya buat macam puzzle hari tu, untuk bab solat dia nampak
macam biasa, nak luar biasa apa Ustaz? Buat tekan, puzzle terbang (S6U6TB1).

Namun, bagi peserta kajian, mereka menghasilkan modul untuk menyelesaikan


masalah pengajaran dan pembelajaran (S6U6TB1). Maka, sesuatu yang dihasilkan bagi
menyelesaikan masalah diiktiraf sebagai inovasi. Oleh itu, modul adalah inovasi.
Inovasi berasaskan modul mempunyai tiga bentuk, iaitu; nota pengajaran, nota
pembelajaran dan program.

i. Nota pengajaran

Nota pengajaran merujuk kepada nota yang dihasilkan oleh guru untuk memudahkan
pengajaran. Ia mungkin dihasilkan dalam PowerPoint atau atas lembaran kertas. Sub
154

subtema ini ditimbulkan oleh tiga peserta kajian, iaitu; Ustaz Uwais, Ustazah Aleeya
dan Ustazah Aisyah. Ustazah Aleeya menghasilkan bahan dalam bentuk Power Point
sebagai bahan bantu mengajar. Ia ditayangkan dengan menggunakan LCD. Melalui
penghasilan nota ini, ada maklumat tambahan yang dapat diberikan dalam bentuk video
dan seumpamanya. Jelas Ustazah Aleeya:

Ya! Modul ibadah. Tapi kita macam, sebab kita sekarang, saya guna yang LCD
nilah. Saya bawak murid ke bawah, yang ni, saya lebih kepada, saya linkkan dia
ke, apa tu? PBD. Pentaksiran Bilik Darjah. Contohnya jenis air, najis, kan? Dia
ada praktikal kat sini. Jadi praktikal ni, sebelum diorang nak buat, kena tengok
video yang saya dah buat ni. Maksudnya ICT tu, contohlah… (S4U4TB2).

Ustazah Aisyah pula menghasilkan Waze Sirah. Waze Sirah adalah paparan
secara visual yang mengandungi peta dan rentetan kronologi sirah Perjanjian Aqabah
(S7U7AD1; S7U7PM3). Pada paparan itu juga ada nota-nota ringkas bagi menerangkan
kronologi peristiwa tersebut. Jelas Ustazah Aisyah mengenai nota tersebut, “Dia
nampak perjalanan tu secara visual kan? … Ringkasan… Nota-nota dia tu secara
mudah lah… Contohnya kata, tarikh, berapa orang, berapa bilangan dalam Perjanjian
Aqabah 1, Aqabah 2. Tercatat terus saja dalam paparan itu” (S7U7TB1).

Rajah 4.4 Inovasi Kembara Tanah Suci


155

Ustaz Uwais turut menghasilkan inovasi berbentuk paparan visual yang


dinamakan Kembara Tanah Suci (S1U1AD1). Poster ini mengandungi peta secara
visual dan tatacara mengerjakan haji. Walau bagaimanapun, maklumat tambahan tidak
dapat diperoleh melalui paparan tersebut, sebaliknya perlu diimbas menggunakan
telefon bimbit. Hal ini kerana paparan ini turut digabung jalin dengan teknologi AR.
Jelas Ustaz Uwais:

Yang poster haji ni, ana dapat inspirasi daripada sekolah sains X… Satu sudut
tu, kembara haji. Wah! Baguslah, ana kata. Dia ada urutan… Tiba-tiba, ana
terfikir, nak buat, tapi ana nak yang interaktif. Macam sekarang ni,
digunakanlah. Kalau cikgu nak gi umrah, teruslah dia scan. Download Apps,
scanlah. Cikgu tengok, ha tu peraturan dia. Merah tu haji, mana kita akan pergi.
Biru tu umrah. Lepas tu, pelajar, kalau takde handphone, dia tengok jela carta
alir tu (S1U1TB1).

Antara kelebihan penghasilan nota pengajaran sebegini, pelajar dapat


mengingati isi pelajaran dengan baik dan merangsang pemikiran aras tinggi mereka.
Rangsangan KBAT itu membolehkan aktiviti perbincangan berlangsung dengan baik.
Jelas Ustazah Aisyah lagi, “Dia boleh ingat benda-benda itu melalui visual dia, boleh
juga kita ajar dia supaya dia beritahu kepada kawan dia kan? Berbincang dengan
kawan ke apa, dia boleh cerita balik apa benda itu lah” (S7U7TB1). Sebagai tambahan,
nota sebegini juga memudahkan pelajar mencari isi utama secara terperinci (S7U7TB2).

ii. Nota pembelajaran

Nota pembelajaran merujuk kepada nota yang dihasilkan untuk memudahkan


pembelajaran pelajar. Ia dihasilkan sama ada oleh guru (S7U7TB2) atau dihasilkan oleh
pelajar berdasarkan idea yang diberikan oleh guru (S4U4TB2; S6U6TB1; S8U8TB2).
Penghasilan nota pembelajaran dinyatakan oleh Ustazah Aleeya, Ustaz Imdad, Ustazah
Aisyah dan Ustazah Arisya. Ada beberapa jenis nota pembelajaran yang dihasilkan oleh
peserta kajian. Pertama, nota pembelajaran berbentuk peta minda yang dihasilkan oleh
Ustazah Aleeya (S4U4AD1) dan Ustaz Imdad (S6U6AD1). Maksud peta minda adalah
grafik yang mempunyai akar dan cabang (S4U4TB2).
156

Rajah 4.5 Inovasi berbentuk peta minda yang bersifat aliran bebas

Bagi Ustazah Aleeya, dia cenderung menghasilkan peta minda yang bersifat
aliran bebas (freeflow) dan tidak seperti peta minda biasa. Jelasnya, “Kalau peta minda,
dia cabang macam ni, cabang macam ni je, kan? Simple. Isi poin 3, kan? Tapi saya
buat bentuk lain. Maksudnya, ikut suka hati sayalah, macamana nak buat. Ha! (Free
flow). Dia punya macam, kadang bentuk macam ni, kadang bentuk macam ni. Tak
macam peta minda yang standardlah” (S4U4TB2). Selain itu, ada tambahan grafik
yang bersesuaian dengan topik, soalan berkaitan dan ayat-ayat motivasi yang dekat
dengan hati pelajar. Jelas Ustazah Aleeya, “Saya suka macam ni. Adab musafir, ada
jalan, traffic light ke. Ha macam ni saya tambah-tambah lah. Macam soalan KBAT ke.
Apa tindakan, apa action. Saya cuba tambahkan English. Ayat-ayat yang budak suka”
(S4U4TB1). Hal ini turut disokong oleh kenyataan pelajar, katanya:

Peta minda tu kadang-kadang ustazah selitkan juga soalan KBAT… Ada rangka
karangan untuk soalan KBAT, so ustazah buat siap poin dah, kena tulis apa,
huraian apa, dia punya huraian lengkap dan kesimpulan. And then tepi tu
kadang-kadang, macam contoh buku teks dia kalau bab pencemaran sungai apa
157

semua dia takde detail sangat. Jadi ustazah kadang-kadang selitkanlah sebab-
sebab berlakunya pencemaran sungai. Jadi kami sendiri yang kena tuliskan
sebab tu (S4P1TB1).

Melalui peta minda, pembelajaran berlaku apabila pelajar mengisi tempat


kosong dengan isi pelajaran yang penting (S4U4TB1). Oleh kerana itu, penggunaan
peta minda biasa dikaitkan dengan pengetahuan aras rendah (S4U4TB2). Walau
bagaimanapun, melalui visual grafik yang disusun dengan baik, pengisian isi-isi
pelajaran itu dapat merangsang pemikiran aras tinggi pelajar. Kesan ini timbul apabila
pelajar dapat membuat perkaitan antara satu isi dengan isi yang lain (S4U4TB2).
Keadaan yang sama dialami oleh Ustaz Imdad, apabila peta minda yang dihasilkan
untuk hafazan ayat dan terjemahan, berjaya membantu pelajar mengingati terjemahan
dengan lebih cepat dan memahami maksud ayat. Keadaan ini berlaku apabila mereka
mengaitkan potongan-potongan ayat dalam peta minda dengan terjemahan potongan
ayat (S6U6TB2). Selain itu, soalan yang berbentuk aplikasi juga turut diselitkan.
Contohnya, dalam topik zakat, ada soalan pengiraan zakat. Maka, melalui soalan yang
diberikan, pelajar diminta mengira kadar zakat yang perlu dibayar (S4U4TB2).

Kedua, nota bersaiz kecil yang dihasilkan oleh Ustaz Imdad (S6U6PM1) dan
Ustazah Arisya (S8U8AD6). Kelebihan nota bersaiz kecil adalah ia mudah di bawa ke
mana-mana. Di awal kelas, nota tersebut akan disuruh untuk diletakkan dalam satu
kotak. Peserta kajian akan membuat cabutan, lalu menyoal pelajar tentang apa-apa yang
dicatat oleh pelajar tadi dalam nota tersebut. Kaedah cabutan itu sama seperti konsep
roda impian. Jelas Ustazah Arisya:

Nota sekarang saya buat macam nota score A biasa, okay takde alasan kalau
buku dengan cikgu, awak ada score A awak boleh bawa pergi mana-mana…
kecik kan. Pastu dia upgrade sikit, okay semua orang bagi kat saya, sorang satu
saya bagi, semua orang tulis tulis, pastu saya masuk kotak, saya cabut nama,
soal, kan? (S8U8TB2).

Catatan pemerhatian pula menyebut, “Saya turut melihat nota-nota kecil


pelbagai bentuk ada pada pelajar berbeza. Ada yang menggunakan kertas bewarna
warni. Ada yang gunakan kertas biasa dilipat-lipat. Kata ustazah, nota itu terisi dengan
formula-formula PdP. Saya perhatikan buku tulis pelajar, memang penuh dengan
158

formula dan lirik lagu” (S8G8PM2). Analisis dokumen pula menunjukkan gambaran
nota seperti rajah berikut:

Rajah 4.6 Inovasi berbentuk nota kecil

Selain itu, nota yang dipersembahkan dalam bentuk rumus akan memudahkan
pelajar menghafal nota yang dihasilkan (S6U6TB1). Sebagai tambahan, bahan yang
digunakan untuk menghasilkan nota, iaitu kertas, adalah bahan yang mudah diperoleh
pelajar (S6U6TB1). Nota sebegini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti bagi pelajar
(S6U6TB1). Jelas Ustazah Arisya, “Contohnya, macam bab haji, buat modul ke,
diorang buat sendiri…” (S8U8TB1).

Rajah 4.7 Inovasi berbentuk nota zikzak memuatkan formula

Ketiga, nota yang dilipat-lipat seperti bentuk zikzak yang dihasilkan oleh
Ustazah Aleeya. Nota sebegini dibuat untuk memudahkan perbandingan kefahaman
konsep dibuat antara beberapa istilah. Contohnya, perbandingan antara syirik dan nifaq.
Oleh kerana ada banyak konsep dalam bidang akidah, maka Ustazah Aleeya
159

menugaskan pelajar menghasilkan nota berdasarkan bentuk lipat-lipat, dan digabung


jalinkan dengan unsur visual melalui penggunaan simbol dan seumpamanya. Ustazah
Aleeya menjelaskan:

Macam akidah, perkara membatalkan iman... Dia macam kufur, riddah, syirik.
Kita nak bezakan… Jadi saya buat macam, lipat A4 tu, lipat lima. Pastu setiap
atas tu, lipat 5. Jadi dia macam zikzak lah. Pastu, contohnya yang pertama tadi,
Syirik, suruh buat, Syirik menyekutukan Allah, kan? Jadi saya minta diorang
buat macam, macam gambarlah, gambaran apa-apa saja yang boleh, contohnya
yang munafiq, macam budak kelas belakang diorang buat muka dua, ha… Dia
buat symbol. Pastu kalau, macam Sihir, dia buat gambar bomoh, kan? Dekat atas
tu. Lepas tu, gunting mengikut gambar tu. Lepas tu bawah dia notalah. Maksud,
akibat, faktor, yang form 4 KBSM punya, kan? Lipat, pastu tampal dalam buku
(S4U4TB2).

iii. Program

Inovasi modul berbentuk program yang dirangka oleh Ustaz Uwais melalui program
Cakna Solat. Program ini disusun atas teguran pihak nazir agar GPI tidak meninggalkan
penekanan kepada penerapan nilai amali solat. Jelas Ustaz Uwais, “buku cakna solat…
Sorang nazir tanya ana... Agama dapat A... Tapi, budak-budak ni sembahyang
macamana? Sentap… sebab dia panggil pelajar ana. Tak dapat baca tahiyyat akhir.
Ooo… tu satu muhasabah diri ana” (S1U1TB1). Maka, Ustaz Uwais mengambil
inisiatif untuk menyusun program berbentuk usrah dan bekerjasama dengan
keseluruhan warga sekolah untuk menjayakan pelaksanaan program tersebut. Guru-
guru menjadi fasilitator.

Untuk tujuan itu, satu modul khas iaitu Buku Cakna Solat dibangunkan.
Program tersebut berlangsung dua kali sebulan. Kata Ustaz Uwais, “Tu yang dapat izin
pengetua pada tahun lepas, kita buat program cakna solat pada setiap Jumaat. Dengan
menggunakan modul yang ana buat tu. Semua pelajar wajib beli. Dan semua guru wajib
jadi fasi. Diusrahkan. Pada setiap hari Jumaat. Sebulan dua kali” (S1U1TB1).
Matlamat akhir program ini adalah melahirkan pelajar yang mempunyai asas agama
yang kuat (S1U1TB1).
160

d) Model

Model bermaksud inovasi pengajaran yang maujud sama ada berbentuk 2D atau 3D.
Inovasi berbentuk model dihasilkan oleh Ustazah Aleeya dan Ustazah Ainur. Ustazah
Aleeya menghasilkan Hajj Pop-up Tour dan Taman JnQ, manakala Ustazah Ainur
menghasilkan Masbuq Muwafiq. Menurut Ustazah Aleeya, penghasilan model adalah
untuk menjelaskan lagi konsep sedia ada dengan menonjolkan sesuatu konsep secara
nyata. Katanya, “kalau macam replika, dia lebih kepada benda dah ada, kita
replikakan, and then, memberi kefahaman” (S4U4TB2). Berkenaan dengan Masbuq
Muwafiq, ia dihasilkan untuk memberi kefahaman kepada pelajar mengenai konsep
makmum masbuq dan muwafiq. Maka, Ustazah Ainur membuat satu kad, dan
melubangkan kad tersebut, membuat ruang di bawah kad untuk memudahkan satu kad
panjang dimasukkan ke bawah kad tersebut (S5U5AD1). Lubang-lubang itu mewakili
bilangan rakaat solat (S5U5TB2). Pelajar akan mempelajari konsep masbuq dan
muwafiq apabila mereka menggerakkan kad panjang untuk mengetahui bilangan rakaat
yang perlu diganti jika mereka tertinggal rakaat (S5U5TB2). Gambar Kad Masbuk
Muwafiq adalah seperti di bawah:

Rajah 4.8 Inovasi Masbuk Muwafiq

Hajj Pop-up Tour pula adalah inovasi yang menggabungkan elemen 2D dan 3D.
Ia berbentuk buku (S4U4AD9). Apabila buku dibuka, model 3D akan terbentuk pada
setiap halaman buku. Setiap halaman memberi gambaran mengenai lokasi ibadah haji
dikerjakan. Ia juga boleh dibuka untuk dijadikan satu paparan besar mengenai
keseluruhan peta Mekah. Melalui paparan besar, pelajar akan dapat mempelajari
keseluruhan tatacara mengerjakan haji.
161

Rajah 4.9 Model 3D yang muncul selepas Hajj Pop-up Tour dibuka

Hajj Pop-up Tour ini dihasilkan menggunakan teknik lipatan kertas. Walaupun
ada banyak buku menggunakan teknik lipatan kertas, namun belum ada buku pop-up
yang memberi fokus kepada topik haji. Oleh kerana itu ia adalah inovasi. Jelas Ustazah
Aleeya:

Memang popup ada… Hakim ada tanya, popup ni memang ada dalam pasaran,
ia bukan baru ni… Tapi, saya kuatkan, saya tekankan popup haji... Jadi belum
ada lagi. Ha! Macam tu. Biasa orang buat, popup kad haji, macam Kaabah saja.
Bukan lengkaplah. Jadi dia fikir, ooo… Dia boleh terima (S4U4TB2).

Laman Suri JQ pula merujuk kepada Laman Jamak dan Qasar (S4U4AD1).
Lokasi taman ini adalah bersebelahan dengan surau sekolah (S4U4TB1). Ia dihasilkan
melalui kerjasama Ustazah Aleeya dengan warga sekolah. Fokus utama penghasilan
taman ini adalah pembelajaran tajuk Solat Jamak dan Qasar. Di laman tersebut, terletak
beberapa bangku yang ditulis nama lokasi, seperti Melaka, Perak, Pulau Pinang,
Terengganu, Pahang dan Phuket, Thailand. Penghasilan model turut dilakukan oleh
para peserta kajian dalam bentuk aktiviti pelajar. Melalui analisis dokumen, antara tajuk
yang diberikan fokus adalah pada tajuk haji (S1U1AD1; S4U4AD1), kejadian siang dan
malam (S5U5AD1), samak (S5U5AD1), peristiwa hijrah (S5U5AD1) dan jenis najis
(S5U5AD1). Hal ini dinyatakan oleh Ustazah Arisya, “Haah replika… buat replika,
buat, walaupun kecik tapi ada. Macam tulah, pastu dia kene cipta, buat pembentangan.
Topik dia... Topik haji, saya buat (replika)” (S8U8TB1).
162

e) Formula

Formula merujuk kepada akronim atau rumus yang digunakan oleh guru untuk
membantu pelajar mengingat. Menyelesaikan masalah ingatan pelajar, maka
penggunaan formula diiktiraf sebagai inovasi (S6U6TB1). Penggunaan formula sesuai
bagi sesuatu topik yang mempunyai banyak isi pelajaran. Jelas Ustazah Aisyah, “Yang
formula… Okay letak nombor satu apa? Panjang itu kan? Contoh, dalam buku tekslah.
Okay, jadi saya pun ringkaskan lah jadi formula” (S7U7TB1). Peserta kajian diakui
selalu menggunakan formula untuk membantu ingatan oleh rakan guru (S7G1TB1) dan
pelajar (S2P2TB1; S8P1TB1). Walau bagaimanapun, ada peserta kajian yang mengakui
bahawa penggunaan formula kadang-kadang menimbulkan kekeliruan (S4U4TB2).
Kekeliruan itu timbul apabila sesuatu huruf boleh diterjemahkan kepada beberapa
kemungkinan perkataan. Contohnya kata Ustazah Aleeya, “Saya ada buat satu, Rasul
Ulul Azmi, I nak makan ikan masin. Sekarang, saya sendiri keliru. Saya suka akronim
tu biar betul-betul tepat. Related dengan, contoh Ibrahim. Kalau boleh ibu ke… Bila I,
I boleh jadi Isa. I boleh jadi Ibrahim, kan?” (S4U4TB2). Maka, kerana itu penggunaan
formula ini berkesan selepas pelajar telah mempelajari sesuatu isi pelajaran
(S8U8TB2). Matlamat kepada penggunaan formula adalah supaya pelajar dapat
meyakini sesuatu fakta itu tepat bagi sesuatu topik yang sedang dipelajarinya
(S8U8TB2).

Dari sudut penggunaan, biasanya pelajar akan diminta untuk menyusun formula
bagi sesuatu isi pelajaran yang perlu dihafal. Apabila ada satu-satu formula yang baik
telah dibina, maka pelajar perlu menghafal formula tersebut. Selepas itu, guru akan
meminta pelajar membuka semua kata kunci yang ada formula itu. Proses itu berulang-
ulang bagi menetapkan ingatan pelajar. Jelas Ustazah Arisya, “Buat kata kunci pastu
kene bukak kunci lah ape benda benda tu. Selain kata kunci, saya bagi kata kunci, okay,
keluarkan kunci, dia pon keluarkan kunci, okay bukak kunci” (S8U8TB1). Catatan
pemerhatian menyebut:

PdP bermula. Saya mula dengar pelbagai formula dikeluarkan ustazah... Antara
arahan biasa yang saya dengar ustazah berikan, “Apa kunci?” dan “Buka kunci”
… Itu untuk Formula. Beberapa pelajar diminta menulis kunci formula dan
beberapa pelajar lain diminta membuka kunci tersebut (S8U8PM2)
163

Peserta kajian menggunakan formula dalam dua bentuk, iaitu; 1) formula isi
pelajaran, dan 2) formula susunan jawapan.

i. Formula isi pelajaran

Pembinaan formula isi pelajaran digunakan dalam semua bidang bagi subjek
pendidikan Islam, iaitu; al-Quran (S6U6TB1), hadis (S8U8TB1), akidah (S8U8TB1),
fikah (S7U7TB1; S8U8TB1), sirah (S4U4TB2), tokoh (S8U8TB1) dan akhlak
(S7U7TB1). Ada tiga bentuk formula dicipta. Satu, memberi fokus kepada huruf awal
sahaja. Contohnya, seperti yang dijelaskan oleh Ustazah Arisya, “Kalau bab aqiqah
korban saya guna formula. Kalau umur, formula lah saya guna, umur binatang, blu125,
biri-biri, lembu, unta 1, 2, 5” (S8U8TB1). Dua, mengasimilasikan huruf awal dengan
minat pelajar. Contohnya, seperti yang dinyatakan oleh Ustazah Arisya, “Bila saya ajar
formula Fan Club, saya kata. Dia katalah Kuala Lumpur lawan JDT. factor, cara, FC…
JDT, jauhi rakan jahat, tingkatkan iman, dalami ilmu. so dia tulis” (S8U8TB2). Tiga,
membentuk perkataan ringkas. Contohnya, seperti yang dikatakan oleh Ustazah Aisyah,
“(Tajuk prinsip komunikasi tingkatan 3 tu) saya ringkaskan jadi ‘SABARLAH EMAK’.
Bila saya tanya semula pelajar, “Ingat tak SABARLAH EMAK?”, ha, ingat. Dia boleh
ingat. Ha, Sadidan, Qaulan Layyinan ha semua itu lah” (S7U7TB1).

Kadang-kadang, penggunaan formula turut dikombinasikan dengan teknik-


teknik yang lain. Jelas Ustazah Arisya, “Tengok mana yang senang. biasanya, dulu saya
ajar formula dulu. Nanti bila ada budak yang boleh cipta lagu keluar lagu pulak”
(S8U8TB1). Antara kombinasi yang berlaku adalah dengan teknik tangan atau lagu. Hal
ini dijelaskan oleh Ustazah Arisya, “Lagu Imam Malik tu sebelum ni saya ajar 5m,
pakai jari, Malik, Malik bin Anas, lahir di Madinah, meninggal di Madinah, Muwattaq,
Maliki. macam tu” (S8U8TB1). Selain itu, model atau bahan maujud juga dicipta untuk
membantu pelajar menghafal formula. Jelas Ustazah Aisyah, “Ya, formula LRT itu dam
haji tu lah” (S7U7TB1). Ustaz Imdad pula menghasilkan flash card.
164

Rajah 4.10 Formula Dam LRT

ii. Formula susunan jawapan

Formula susunan jawapan KBAT digunakan oleh Ustazah Aleeya dan Ustazah Arisya.
Jelas Ustazah Aleeya, “Kalau macam KBAT, saya buat formula, i-HAK. I tu isi, Hu
Huraian, HL Huraian Lengkap, K Kesimpulan. Itu formula sayalah. Itu KBAT.
Maknannya, kalau nak tau, isi mesti sama dengan fokus. Fokus soalan. Kalau dia nak
tanya sebab, isi mesti bagi jawapan sebab” (S4U4TB2). Ustazah Arisya pula
menggunakan formula lain. Jelasnya, “KBAT kita ada isi huraian isi dan kesimpulan
dia takde formula kita guna KABUS. K tu kerana. Dia kata hubung. A tu agar. B bagi.
U untuk. S seperti/supaya” (S8U8TB2). Sebagai tambahan, Ustazah Huda pula
menggunakan formula positif negatif bagi memudahkan pelajar menjawab soalan
KBAT. Melalui formula ini, pelajar tahu bentuk jawapan yang perlu dilakukan,
bergantung kepada bentuk stimulus dan soalan peperiksaan. Formula itu boleh dilihat
pada jadual di bawah (S3U3PM3):

Stimulus + - + -
Soalan + - - +
Isi + - - +
Huraian + - - +
Huraian Lanjut + - - +
Kesimpulan +/- +/- +/- +/-
165

f) Nyanyian

Nyanyian bermaksud penggunaan lagu untuk menyampaikan isi pelajaran. Teknik ini
digunakan oleh Ustaz Uwais, Ustaz Zakkir dan Ustazah Arisya. Contoh hasil ciptaan
lagu dapat dilihat melalui lirik yang dicipta oleh Ustaz Uwais dan dimuat naik ke
channel Youtubenya (S1U1AD5) dan disebarluaskan melalui Facebook (S1U1AD3)
dan WhatsApp (S1U1AD6) serta video pengajaran Ustaz Uwais yang dirakam oleh
BTP dan dimuat naik ke Portal e-Guru (S1U1AD4). Pemilihan inovasi berasaskan
nyanyian dibuat kerana kebanyakan pelajar meminati nyanyian. Nyanyian juga
membantu mereka mengingat isi pelajaran (S2U2TB2; S8U8TB1). Oleh itu, Ustaz
Uwais gunakan nyanyian untuk tajuk-tajuk tokoh (S1U1AD3; S1U1AD5). Dalam tajuk
tokoh, ada banyak fakta yang perlu diingati, antaranya “Dia nama, dia boleh ingat
nama, dia boleh ingat tempat lahir, dia boleh ingat keturunan dia apa, sifat peribadi
dengan sumbangan” (S8U8TB1). Maka, lagu dihasilkan untuk mengurangkan
kekeliruan fakta antara tokoh (S1U1AD3). Antara contoh lirik lagu tokoh adalah
(S8P1TB1):

Contoh lagu, untuk Imam Syafie, lagu dia hari raya punya lagu. (sambil
menyanyi) al-Imam Syafie. Nama sebenar Muhammad bin Idris. Lahir di Gaza
di Palestin, Beliau pengasas mazhab Syafie. Dan berketurunan Rasulullah. So
riwayat hidup dia, nama dia Muhammad bin Idris. Lahir di Gaza. Pengasas
mazhab Syafie. Keturunan Rasulullah

Imam Hanbali macam, (sambil menyanyi) Imam Hanbali, nama sebenarnya


Ahmad bin Muhammad, keturunan nabi lahirnya di Baghdad, meninggal juga di
sana

Untuk Imam Malik, lagu yang sama, tapi dia lirik berbeza. (sambil menyanyi)
Malik bin Anas, beliau dilahirkan di kota Madinah, wafatnya juga di kota
Madinah, beliau mengasaskan mazhab Maliki.

Pastu Imam Abu Hanifah. (sambil menyanyi) Imam Abu Hanifah, nama sebenar
Nukman bin Tsabit, lahir di Kufah, orang Parsi, wafat di dalam penjara. Imam
Abu Hanifah, suka memuliakan ilmu, kuat beribadah, pemurah dan juga
penyayang pada semua orang
166

Selain itu, penggunaan lagu tokoh juga dapat mengimbangi lambakan “lagu-
lagu jiwang. Ada Isabella, Tiara, Aisyah, Maimunah dll. Lagu dan nama dipisah tiada”
(S1U1AD3). Namun penggunaan lagu tidak terhad pada tokoh, sebaliknya turut ada
pada tajuk-tajuk lain. Contohnya Ustaz Zakkir mencipta lirik bagi kaedah jawi dan
digunakan sebagai pakej dalam inovasi Jari Jawi. Jelasnya, “Dia mudah ingat kaedah
kalau dia kata ta ga tiada, bila kena perkataan tu janganlah tulis alif dekat hujung dia
tu. Ta ga tulis perkataan tiga, ketika, yang kaf hujung tu, tiada maksudnya tiada jangan
letak alif” (S2U2TB2). Pelajar mengesahkan penggunaan lagu jawi oleh Ustaz Zakkir,
katanya, “Mula-mula ustaz nyanyi dulu, pastu pelajar ikut. Pastu, tulah, nyanyi sama-
sama. Sebelum main permainan tu, hafal formula-formula dia... Lagu tu membantu kita
hafal sama ada alif ada atau pun tidak. Yang kita main tu, kita lagi mahirkan dialah”
(S2P2TB1).

Ciptaan lirik sendiri dibuat kerana lagu sedia ada tidak sesuai dengan pelajar.
Contohnya, Ustazah Arisya merasakan lirik yang panjang akan menyebabkan
pelajarnya keliru antara satu fakta dengan fakta yang lain (S8U8TB1). Walau
bagaimanapun, Ustazah Arisya mengakui, pelajarnya akan dapat mengingat lirik dan
lagu yang panjang jika mereka menyanyi berulang kali (S8U8TB1). Penggunaan teknik
ini biasanya menuntut penciptaan lirik dan disesuaikan dengan lagu sedia ada di
pasaran. Oleh itu, untuk memudahkan proses penciptaan lirik, kerjasama daripada
pelajar sangat membantu. Oleh itu, Ustaz Zakkir biasa menjalankan projek mencipta
lagu di kalangan pelajarnya (S2U2TB1). Berbeza pula dengan Ustazah Arisya yang
cenderung untuk menggalakkan pelajarnya bersama-sama mencipta lirik. Jelasnya,
“Saya ajar kelas Tekun tadi kan, dia buat perenggan pertama. Saya cuba bawak kat
kelas lain, kelas Setia ke. Dia pun, okey awak boleh sambung tak? Dia pon ok, ok, kelas
ni boleh sambung. So saya bawak benda tu ke kelas lain pulak” (S8U8TB1).

Kadang-kadang penciptaan lirik dibuat bersekali dengan penyesuaian lagu yang


boleh digunakan untuk nyanyian. Nyanyian oleh kelas sebelumnya akan dibuat
berulang kali sebelum pelajar kelas lain diberi peluang untuk menyambung ciptaan lirik
bagi isi pelajaran seterusnya. Katanya, “Kelas ni macam dia mampu buat lirik untuk
biodata ringkas. Sampai situ, pastu nyanyi, nyanyi, nyanyi. Lepastu kita bawak ke kelas
lain. Biodata ringkas, kita nyanyi, nyanyi, nyanyi. Pastu dia boleh jawab, okey. Kita
167

cuba masuk sifat peribadi” (S8U8TB1). Selain itu, Ustazah Arisya turut memberikan
kebebasan kepada pelajarnya untuk mengubahsuai lirik atau lagu mengikut minat
pelajarnya. Jelasnya:

Saya buat lagu dulu-dulu, Imam Hanbali… Diorang kelas Tekun tu dia buat lagu
apa, lagu kanak-kanak je mula-mula, Lagu burung kakak tua ke apa lagu, nenek
si bongkok tiga ke apa… Bawak dalam kelas tu, alah tak sedap la lagu ni dia
kata. Apa kata kita tukar, tukar lagu Ainul Mardhiah. Ha! Kau buatlah dia kata”
(S8U8TB1).

Kelemahan teknik ini adalah, ia bergantung kepada minat dan kebolehan pelajar.
Jika pelajar minat menyanyi, maka proses ciptaan lirik dan penyesuaian lagu akan
berjaya (S8U8TB1). Sebaliknya, jika tiada pelajar yang boleh menyanyikan lagu
tersebut, dan usaha untuk menyanyikannya dalam satu-satu kelas itu tidak berjaya,
maka lirik itu hanya akan menjadi nota biasa. Jelas Ustazah Arisya, “Dia jadi nota biasa
je. Tapi kita cuba juga nyanyikan. Boleh go, kita go. Kalau takleh go, kita setakat tulah”
(S8U8TB1). Sebab itu, ada beberapa keadaan apabila pelajar kelas belakang berjaya
mencipta lirik dan lagu yang panjang dengan baik. Jelas Ustazah Arisya lagi, “(Pencipta
lagu) yang panjang yang Imam Hanbali tu yang buatnya kelas belakang sekali, kelas
ke-12” (S8U8TB1).

g) Teknik percakapan

Teknik percakapan merujuk kepada nada suara, susunan kata dan konten percakapan
yang dirangka dengan tujuan untuk meningkatkan motivasi ketika pengajaran. Ustazah
Huda menyusun Trademark, manakala Ustazah Aisyah pula mengislamisasikan Army
Yell. Ketika bercakap mengenai Trademark, Ustazah Huda percaya bahawa semua guru
mempunyai kelebihan pada suaranya dan mereka patut memanfaatkan suara tersebut
untuk menyusun inovasi berasaskan suara (S3U3TB1). Bagi Ustazah Huda, “Suara
membina insan” (S3U3TB1). Melalui Trademark, suasana positif dapat disebarkan dan
suasana negatif dapat dihindari. Suasana tersebut memberi kesan kepada respon dan
penerimaan pelajar terhadap gurunya. Jelas Ustazah Huda:

(Pengetua) kata, Huda, you kawal budak, tak pernah marah. You cakap
motivasi… Budak-budak kelas akak. Dia akan panggil, sayang, ye. Sayang,
168

orang cemerlang, dia segak. Badannya tegak. Wajahnya ceria. Memandang guru
satu keberkatan. Fokus. Proaktif. Kami boleh. Budaya senyap. Tegak. Akak tak
nak macam, awak boleh duduk tegak tak? Awak boleh diam tak? Pagi-pagi dah
naikkan orang punya (marah)… (S3U3TB1).

Hal ini turut diakui oleh rakan guru (S3G1TB1) dan pelajar (S3P1TB1;
S3P2TB1) serta selari dengan data pemerhatian (S3U3PM1; S3U3PM2; S3U3PM3).
Untuk menambah kesan yang lebih baik ketika bercakap, maka konten percakapan,
contoh dan isi mestilah sesuatu yang berkait rapat dengan latar belakang pelajar
(S6U6TB1). Hal ini selari dengan data pemerhatian pengajaran yang menunjukkan
Ustaz Imdad “banyak memberikan contoh berdasarkan latar belakang pelajar seperti
perniagaan jagung ayah, jahitan emak, kek dan lain-lain” (S6U6PM1). Selain itu,
tambahan zikir yang bersesuaian dengan situasi pelajar ketika belajar juga perlu
diterapkan seperti yang dilakukan oleh Ustazah Aisyah pada Army Yell. Jelasnya, “Bila
dia bersyukur tu, seronok ke apa, dia sebut, “Allahuakbar!”, kan? “Alhamdulillah!”,
seronok lah” (S7U7TB1). Penggunaan Army Yell itu akan menambah kemeriahan
ketika belajar (S7U7TB1).

Penggunaan inovasi berasaskan percakapan juga mestilah ringkas dan padat.


Jelas Ustazah Aisyah, “Perkataan itu saya tak nak panjang-panjang… Limitkan lima
patah. Ha, jadi kata, “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah. Yes!” …
Itu saja” (S7U7TB1). Penambahan zikir ini adalah sebagai ganti kepada “bahasa
diaorang itu… Nampak macam tak sesuai lah dengan kelas Pendidikan Islam”
(S7U7TB1). Hal ini secara langsung menggalakkan pelajar berzikir di kala mereka
“jarang berzikir” (S7U7TB1). Untuk mengelakkan daripada tidak selesa dengan
sesuatu zikir, setiap kumpulan pelajar diberi pilihan untuk memilih sendiri zikir yang
dikehendaki mereka (S7U7TB1). Sebagai rangsangan, markah juga akan ditolak jika
mereka tidak mahu menggunakan Army Yell yang telah direka itu. Jelas Ustazah
Aisyah, “Selepas kumpulan itu dia dapat jawab satu soalan, kalau dia tak sebut Army
Yell dia, tolak satu markah” (S7U7TB1).

Keburukan inovasi berasaskan percakapan adalah penggunaan yang berlebihan


kadang-kadang menimbulkan gangguan kepada pelajar kelas sebelah (S7U7TB1).
Kelebihannya pula adalah ianya percuma dan tidak perlukan sebarang kos. Ia juga tidak
169

perlukan sebarang kemahiran lain. Sebaliknya guru-guru hanya perlu memanipulasi


kelebihan suara yang telah mereka miliki. Jelas Ustazah Huda:

Trademark ni kata-kata motivasi. Ini yang akak nak sedarkan kepada cikgu-
cikgu bahawa Trademark ni tak perlu duit. dan kita tak perlu ICT… Sebab akak
mengkaji, ramai cikgu kita yang macam, malaslah nak buat inovasi. Inovasi
mesti keluar duit… Pergi tengok pameran, hari inovasi, setiap orang, inovator
tu, setiap inovator tu menerangkan, cikgu, so dia jual… Berapa? RM 120. Dia
akan tanya. So, kita kena buat macamana ni? Kena buat banyaklah? Saya
laburkan lebih kurang berapa ribulah kat situlah. So, dia balik sekolah, dia tak
nampak ilmu. So, dia fikir apa? Mana ada duit. Duit pun cukup-cukup. Nampak
tak? (S3U3TB1).

h) Klinik

Klinik bermaksud sesuatu inovasi yang diwujudkan dengan tujuan untuk mencari punca
masalah pelajar dan mencadangkan penyelesaiannya serta menetapkan matlamat yang
jelas kepada pelajar. Untuk tujuan ini, Ustazah Huda telah menyusun dua bentuk klinik,
iaitu; Klinik Tawata dan Borang BFFT.

i. Klinik Tawata

Klinik Tawata adalah satu bentuk program yang dibuat khas bagi mengendalikan pelajar
secara one-to-one. Selaras dengan akronim Tawata yang diambil daripada Tarhib wa
Targhib (S3U3AD9), maka konsep kasih sayang dan penegasan ditekankan. Konsep
sayang itu jelas apabila berkali-kali pengkaji mendengar Ustazah Huda memanggil
pelajarnya dengan panggilan ‘sayang’ (S3U3TB1) atau ‘anak’ (S3U3PM3) bagi
individu serta ‘geng kita’ (S3U3PM2) bagi kumpulan pelajar. Selain itu, Ustazah Huda
turut kelihatan sentiasa memberi ucapan-ucapan positif seperti ‘I love you’
(S3U3PM3). Keadaan ini menyebabkan pelajar merasakan Ustazah Huda melayan
mereka seperti emak (S3P3TB1). Melalui Klinik Tawata juga, sesuatu masalah yang
menimpa pelajar itu akan cuba diterokai puncanya. Apabila punca dapat dikenal pasti,
maka pelajar akan disentuh hati nalurinya agar tidak lagi melakukan kesalahan yang
sama. Jelas Ustazah Huda:
170

Dalam kaedah Tawata tu, akak gunakan kaedah kasih sayang dan penegasan. So
Targhib wa Tarhib. Dalam ni, biasanya… Apa maksud kasih sayang? Akak akan
mulai, budak-budak ni, menyelami, kenapa dia kena duduk luar, kenapa dia kena
rotan, kenapa dia hisap rokok, kenapa dia ada couple? Dengan kita menganalisa
masalah dia. Bila dah dapat, maka akak tackle lah (S3U3TB1).

Masalah yang cuba diatasi melibatkan isu agama dan hubungan kemanusiaan,
merangkumi permasalahan di sekolah dan di rumah. Jelas Ustazah Huda, “Akak
promote, masalah pendidikan Islam, tak boleh membaca? Tak tahu solat? Ada masalah
keluarga? Ada masalah dengan kawan-kawan? … Jumpa Ustazah Huda” (S3U3TB1).
Ia turut memberi fokus kepada kemahiran belajar, sikap, hubungan dengan keluarga,
rakan dan guru (S3U3AD9). Klinik ini juga berfungsi sebagai langkah pencegahan
kepada pelajar daripada berterusan dengan kesalahannya yang boleh mengakibatkan dia
dibawa ke Bilik Disiplin. Jika dibawa ke Bilik Disiplin, maka lebih banyak kesan
negatif terpahat pada emosi dan imejnya. Jelas Ustazah Huda:

Kaedah kita menangani budak. untuk mengendalikan kes. Sebab kalau sekolah
lain… Ada masalah je masuk bilik disiplin. Budak ni, bila masuk bilik disiplin,
kan? Yang kawan lain, semua cakap, ha… Salah ah tu. So, kat situ dah negatif.
Kedua, dia dah tahu, masuk, kena marah, kedua kena rotan. Ketiga, nama,
memanglah… Busuklah, orang pandang. So, akak binalah... Ni, namanya
Tawata (S3U3TB1).

Walau bagaimanapun, Ustazah Huda turut berpegang bahawa keseimbangan


kasih sayang yang dicurahkan dengan hukuman perlu ada. Hal ini kerana hukuman
mempunyai fungsi tersendiri dalam pembentukan jati diri pelajar. Hal ini terbukti
apabila terjadi satu kejadian berhampiran surau ketika sesi temu bual berlangsung.
Ustazah Huda memanggil seorang pelajar. Dalam nota lapangan tercatat:

Pelajar tersebut datang, dan dia bertanya tentang status gerombolan pelajar
lelaki yang lari tadi. Rupanya ada pergaduhan yang hampir tercetus antara dua
pelajar lelaki. Mereka lari kerana nampak seorang guru lelaki lalu kawasan itu.
Saya tengok, ustazah mencatit maklumat yang diberikan oleh pelajar tadi dalam
buku catatannya. Katanya, nanti dia akan berikan maklumat itu kepada guru
berkenaan (S3U3PM2).
171

Klinik ini terbuka kepada “budak Islam, dan ada juga budak moral jugak”
(S3U3TB1) serta guru-guru dan kakitangan sekolah (S3U3AD9). Data kunjungan ke
Klinik Tawata menunjukkan pengunjung melebihi 140 orang dan merangkumi
kepelbagaian bangsa; Melayu, Cina dan India (S3U3AD9). Penerimaan pelajar bukan
Islam terhadap Ustazah Huda zahir apabila pengkaji melihat seorang pelajar India lalu
di celah-celah pokok pisang yang baru ditanam oleh Ustazah Huda, lalu ustazah
menegurnya. Dia segera meminta maaf daripada ustazah (S3U3PM2). Melalui klinik
ini, pelajar akan diberi ruang untuk meluahkan apa-apa yang terbuku di hatinya
(S3U3AD9). Oleh itu, perlu ada satu ruang privasi yang jauh daripada orang. Maka,
klinik ini dibina di “Satu bilik yang akak duduk, yang mana bilik tu sebenarnya adalah
stor lamalah. Jadi dah ubahsuai” (S3U3TB1). Lokasinya adalah di surau sekolah
(S3U3AD12; S3U3PM2).

ii. Borang BFFT

BFFT adalah akronim bagi Baca, Fikir, Faham dan Tulis (S3U3AD9). Konsepnya sama
seperti Klinik Tawata. Bezanya adalah, BFFT memberi fokus kepada pembelajaran
pelajar, manakala Klinik Tawata bersifat masalah umum (S3U3AD9). Selain itu, pelajar
pergi ke Klinik Tawata dengan sukarela, manakala BFFT dijalankan di dalam kelas
semasa sesi pengajaran (S3U3AD9). Oleh itu, semua pelajar perlu mengisi borang
BFFT. Melalui borang ini, pelajar dapat menetapkan jumlah markah yang ingin mereka
perolehi dengan jelas (S3U3AD9). Pelajar turut mendapat rangsangan motivasi apabila
mereka menjawab soalan, sama ada secara lisan atau tulisan, mereka akan mendapat
markah berupa kata-kata positif berikut (S3U3AD9):

B – Bagus, ada peningkatan!


F – Fuyoo… Anda memang boleh!
F – Fantastik… Anda memang bijak!
T – Tahniah… Anda berjaya!

Keadaan ini menyebabkan pelajar sentiasa bermotivasi untuk belajar dan


mencapai markah yang ingin diperolehi mereka. Walau bagaimanapun, ketika proses
penetapan matlamat dirangka, keupayaan kognitif pelajar tetap diambil kira. Melalui
perbincangan antara guru dan pelajar, kekuatan dan kelemahan pelajar akan dianalisis.
172

Cadangan penyelesaian akan diberikan agar matlamat itu dapat dicapai. Jelas Ustazah
Huda:

Budak menganalisis dia punya markah. Ini yang akak kata inovasi borang ni…
Okey, ni contoh budak cemerlang... Masa TOV tahun lepas, 2019, kan? Dia
dapat hujung tahun 90. So hari tu, bukak sekolah je, 2020, untuk ujian bulan 1,
bulan 2, akak dah suruh dia buat target... So, target, dia dapat 90, dia target 94.
So, ujian sebenar, dia dapat 98. So kat sini dia tulislah. So kenapa akak buat
inovasi ni? Sebab budak, dia tahu, aku di mana. Aku nak target apa? (S3U3TB1).

BFFT ini memberi motivasi kepada pelajar sama ada pelajar kelas depan atau
belakang sehingga berjaya meningkatkan keputusan peperiksaan mereka. Jelas Ustazah
Huda, “So ini fokus apa. Macam tadi fokus kepada masalah budak. Yang ni fokus
subjek. So, alhamdulillah, bila akak buat ni, memang budak akak pecah rekod, kelas
hujung akak, semua lulus” (S3U3TB1). Walau bagaimanapun, BFFT tidak memberi
kesan kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah dan pelajar yang dibuang sekolah.
Jelas Ustazah Huda, “Yang tak lulus, 2, 3 orang, memang dia kena buang sekolah, tiba-
tiba dia datang ambik exam” (S3U3TB1).

i) Bahasa badan

Bahasa badan merujuk kepada pergerakan badan yang dibuat sebagai simbol kepada
apa-apa yang disebut ketika itu (S7U7TB1). Dua peserta kajian menggunakan bahasa
badan sebagai inovasi, iaitu; Ustaz Imdad dan Ustazah Aisyah. Kedua-duanya memberi
fokus penggunaan bahasa badan sebagai simbol kepada ayat al-Quran atau matan hadis
untuk memudahkan bacaan, hafazan dan pemahaman. Ustaz Imdad menyusun modul
Kachih menggunakan bahasa badan bagi ayat-ayat hafazan. Jelasnya, “Saya buat
KACHIH tu sebab… tu diorang nak menghafal ayat dan sebagainya… So, bila dia ingat
Rabbana tu, confirm (signal badan). Ladun tu macam batu ladung tu memancing tu”
(S6U6TB1). Begitu juga dengan Ustazah Aisyah yang menggunakan bahasa badan
untuk memudahkan hafazan hadis. Jelasnya:

“Jadilah guru… kun ‘aliman” ... Saya hanya gunakan pergerakan kita punya
gesture. Mula, “Pagi-pagi”, saya kata, “Pagi-pagi, jadilah guru...”, guru kan.
“Jadilah guru...”, pegang rotan… Okay, kemudian kalau apa? … “Kalau tak nak
173

jadi guru, jadilah murid”, murid menulis macam ini. Jadi semua buat gerak-
gerak macam itu lah jadi dia ingat... Maknanya, kita gunakan gesture dan murid
ikut pergerakan kita (S7U7TB1).

Melalui penggunaan bahasa badan sebegini, dapat memberi keseronokan


kepada pelajar dan menarik minat kepada untuk menghafal. Ia adalah alternatif dan
gantian kepada permainan seperti puzzle. Jelas Ustaz Imdad, “Tak ada alat-alat, apa
yang kita boleh buat untuk menarik budak menghafal? Bila puzzle tak ada, apa nak
buat? Ok kita gunakan gesture tu supaya tak mengantuk, jadi budak tak bosan dengan
kita” (S6U6TB1). Untuk menambah keseronokan, pertandingan turut dianjurkan
sesama pelajar (S6U6TB1). Penggunaan bahasa badan, walaupun tidak secanggih
inovasi lain, namun boleh mencapai objektif pengajaran (S6U6TB1).

4.3.3 Sasaran dan tujuan inovasi

Tema sasaran dan tujuan inovasi terbentuk ketika peserta kajian membahaskan
mengenai impak inovasi. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Zakkir, “mungkin
benda tu dah ada, tapi kita menambahkannya dengan idea-idea yang lain, supaya ia
lebih berkesan, terutamanya dalam menjadi seorang guru, berkesan dari segi PdPc
lah” (S2U2TB1). Ustaz Imdad menyokong, “Bagi saya inovasi dalam kelas ni… Ada
kesan, ada impact. Itulah inovasi bagi saya dalam PdPc lah” (S6U6TB1). Tema impak
ini menjadi antara elemen yang membezakan antara inovasi dalam sesuatu bidang
dengan inovasi dalam bidang yang lain. Jelas Ustazah Aleeya, “Saya pernah pergi
myIpo tu, kan? Dia kata saya punya ni (popup haji) dikira hak cipta. Bukannya…
Patern. Yang hak cipta ni, dia macam karya, benda-benda kita buat cipta… Tapi patern,
dia mesti boleh menyelesaikan masalah. Ooo… Maknanya saya punya ni belum lagi
boleh menyelesaikan masalah” (S4U4TB2). Impak daripada inovasi itu mestilah
signifikan. Hal ini dijelaskan oleh Ustaz Uwais, “Memberi kesan, impak kepada sesiapa
sahaja yang menggunakan bahan itu. Tapi, ada syarat dia jugak. Janganlah kita hanya
memberi kesan 10, 20%... Kita mesti, at least 60%. 70%. Baru signifikan” (S1U1TB1).

Tema ini turut dibahaskan oleh peserta kajian kerana inovasi sering dihasilkan
dengan tujuan untuk memudahkan sesuatu pekerjaan. “Mudah” boleh dilihat dari dua
174

sudut, iaitu; memudahkan siapa, dan memudahkan dalam bentuk yang bagaimana. Oleh
itu, dua subtema dalam tema ini adalah; sasaran inovasi dan tujuan inovasi.

a) Sasaran inovasi

Sasaran inovasi boleh dilihat dari dua sudut, iaitu; 1) penilaian, dan 2) pengguna. Isu
penilaian melibatkan pakar yang menilai sesuatu inovasi. Penilaian itu dilakukan untuk
menentukan adakah sesuatu itu boleh diiktiraf sebagai inovasi atau tidak. Dalam hal ini,
Ustaz Imdad yang biasa terlibat dengan pertandingan inovasi pengajaran dan turut
membimbing pelajar untuk pertandingan produk inovasi untuk perniagaan,
menjelaskan, “Saya bila masuk dengan pihak industri, dengan pihak kementerian
pendidikan, berbeza... Dalam KPM, inovasi itu adalah apa-apa yang diubah jadi baik.
Tetapi, industri tak. Inovasi ialah benda yang ada dua fungsi, atau tiga fungsi, atau
empat fungsi” (S6U6TB1). Oleh itu, sesuatu yang diiktiraf sebagai inovasi bagi
seseorang penilai, mungkin tidak dikira sebagai inovasi bagi penilai yang lain.
Contohnya seperti yang dikisahkan oleh Ustazah Aleeya mengenai pengalamannya
dalam pertandingan di peringkat daerah dan negeri, “Bila pergi ke (pertandingan
peringkat) daerah, orang kata saya kena upgrade lagi untuk jadikan inovasi… Bila
pergi ke negeri, saya akan bawa satu inovasi yang telah diupgrade… orang kata, bagi
dia tu bukan inovasi lagi, maksudnya kena upgrade lagi, barulah jadi inovasi”
(S4U4TB2). Sebaliknya, apabila pergi ke pertandingan di peringkat kebangsaan, bagi
penilai, inovasi pertama di peringkat daerah telah boleh diiktiraf sebagai inovasi.
Ustazah Aleeya menceritakan, “(Pertandingan kebangsaan) bawak (semua inovasi
yang diubah suai tu). Semua tu tunjuk. Perubahan-perubahan yang berlaku. Daripada
daerah, negeri, kebangsaan. Tapi macam ada hakim tengok, yang pertama ni, bagi dia
dah cukup dah... Tak perlukan yang ketiga ni” (S4U4TB2).

Keadaan ini menyebabkan peserta kajian sendiri berasa keliru sehingga ada
yang tidak berani mengatakan sesuatu itu inovasi melainkan jika ada yang
mengiktirafnya sebagai inovasi. Jelas Ustazah Aleeya, “Kalau saya bawak peta minda,
(Panel kata) eh! ni inovasi. Baru saya kata ni inovasi” (S4U4TB2). Oleh itu, ada
keperluan untuk memahami latar belakang penilai apabila bercerita tentang sesuatu
produk inovasi agar mereka dapat menerima bahawa inovasi yang dihasilkan oleh
175

peserta kajian sememangnya adalah inovasi. Jelas Ustaz Imdad, “Yang saya pegang,
dua-dua (KPM dan industri) saya pegang. (Persembahan saya) based kepada dekat
mana audience saya” (S6U6TB1).

Walau bagaimanapun, peserta kajian mempunyai pegangan tersendiri mengenai


inovasi. Mereka tidak menerima sepenuhnya apa-apa yang dipegang dan dikehendaki
oleh penilai. Contohnya, Ustazah Huda suka memanipulasi kemahiran oratornya dalam
penghasilan inovasi. Dia tidak suka terikat dan terikut dengan kemahuan orang lain
yang menekankan kepada keperluan ICT dalam penghasilan inovasi. Jelas Ustazah
Huda:

So, kenapa akak nak buat (Trademark) ni? akak nak bagitahu pada diorang…
inovasi ini, tak semestinya orang yang ada pandai ICT... itu yang akak bersuara
dengan jabatanlah. Cuba buat macam, inovasi tu, you boleh buat atau tidak boleh
buat mengikut keluar biasaan you. Dan you tengoklah, kat situ, bagi akak lagi
ramai orang akan buat inovasi (S3U3TB1).

Isu melibatkan pengguna pula adalah berkenaan dengan siapakah sasaran


pengguna inovasi. Isu ini terkait dengan tujuan inovasi dihasilkan. “Contohnya dalam
PdP kita nak createkan sesuatu yang mudah untuk pelajar kita faham dan cepat
ingatlah” (S8U8TB1). Daripada kenyataan Ustazah Arisya ini, dapat difahami bahawa
tujuan dia menghasilkan inovasi adalah untuk memudahkan kefahaman dan ingatan.
Sasarannya adalah pelajar. Oleh kerana isu ini terkait dengan tujuan inovasi, maka isu
ini akan diperincikan dalam subsubtopik tersebut.

b) Tujuan inovasi

Secara umumnya, enam peserta kajian mengakui bahawa penciptaan inovasi adalah
untuk memudahkan pengajaran dengan tercapai objektifnya (S2U2TB1; S4U4TB1;
S4U4TB2; S5U5TB1; S5U5TB3; S6U6TB1; S6U6TB2; S7U7TB2; S8U8TB1).
Memudahkan itu dikaitkan dengan maksud penambahbaikan dalam inovasi. Jelas
Ustazah Ainur, “memudahkan tu banyak aspek lah; mungkin kefahaman dia, cara kerja
dia… Maksudnya dengan inovasi tu, kita boleh ada improvement” (S5U5TB1). Selain
itu, fokus kepada memudahkan kerja menyebabkan keutamaan penghasilan inovasi
176

dibuat pada tajuk-tajuk yang sukar seperti tajuk haji dan sirah. Jelas Ustazah Aleeya,
“So macam Form 1, Form 2 saya ada buat (inovasi) juga. Saya buat tajuk yang susah
je... Tajuk yang mudah saya nak mengajar tu saya tak de buatlah. Contoh tajuk
makanan halal ke saya tak buat... Kalau inovasi tu lebih kepada tajuk susah macam
haji” (S4U4TB1).

Fokus sasaran kemudahan pula adalah kepada kedua-dua pihak; guru dan
pelajar. Bagi kemudahan guru, Ustazah Aisyah menjelaskan, “(Memudahkan) kerja
saya sebagai guru la. Kita nak mengajar, kata nak buat benda tu secara efisyen. mana
benda nya kan?” (S7U7TB2). Ustazah Arisya pula mengaitkan penghasilan inovasi
sebagai kemudahan kepada pelajar. Jelasnya, “Kita cikgu kan, kene cari sesuatu yang
mudah untuk pelajar. Kita ikhlas kerana kita cuba yang terbaik lah. Mana yang kita
mampu” (S8U8TB1). Sebenarnya, kedua-duanya saling berkait. Bermula dengan
memudahkan pengajaran guru dan memberi kesan kepada kemudahan pembelajaran
pelajar. Jelas Ustaz Imdad, “Kita nak membantu mudahkan PdPc. Saya sebagai seorang
cikgu, so, dia… menggerakkan saya untuk mencipta, menggerakkan saya untuk
membuat something. Tapi, by the end untuk bantu anak-anak dalam kelas” (S6U6TB2).
Oleh itu, peserta kajian tidak rasa lokek untuk berkongsi hasil inovasi mereka kepada
guru yang lain untuk dimanfaatkan kepada pelajar lain (S4U4TB1). Sebagai tambahan,
antara sasaran inovasi juga adalah individu luar PdP (S2U2TB1).

Oleh itu, ada empat subsubtema bagi tujuan inovasi, iaitu; 1) dalam kelas, 2)
tugas umum, 3) inspirasi, dan 4) pasaran. Perbincangan mengenai tujuan penghasilan
inovasi dari subsubtema dalam kelas boleh dilihat daripada dua sudut, iaitu; objektif
PdP dan kawalan kelas. Dari sudut objektif PdP, ada enam tujuan, iaitu; 1) mengenal
huruf al-Quran, 2) meningkatkan kemahiran bacaan solat, 3) membantu ingatan, 4)
meningkatkan kefahaman, 5) mengaplikasikan KBAT, dan 6) meningkatkan keputusan
peperiksaan. Dari sudut kawalan kelas pula, ada empat tujuan, iaitu; 1) menarik minat,
2) meningkatkan motivasi, 3) menjimatkan masa pengajaran, dan 4) mengawal kelas.
Perbincangan mengenai subsubtema tugas umum pula lima tujuan, iaitu; 1) dakwah, 2)
membina karakter, 3) mewujudkan kerjasama di kalangan pelajar, 4) menetapkan
matlamat, dan 5) memartabatkan sesuatu perkara. Perbincangan mengenai inspirasi
pula terkait dengan menjadi contoh kepada guru lain, manakala perbincangan mengenai
177

pasaran pula, ada dua tujuan iaitu; menjimatkan kos dan permintaan pasaran.
Ringkasnya dapat difahami melalui rajah di bawah:

Rajah 4.11 Pembahagian tujuan inovasi

i. Mengenal huruf al-Quran

Mengenal huruf al-Quran adalah tujuan yang diungkit oleh Ustaz Zakkir. Hal ini kerana
Ustaz Zakkir memberi fokus kepada jawi dalam penghasilan dua inovasinya; Jawi
Abqori dan Jari Jawi. Walaupun inovasi tersebut memberi fokus kepada jawi, namun ia
turut memberi kesan kepada “nak tahu huruf (al-Quran)” dan “dia boleh juga untuk
menulis (al-Quran), membantu jugak”. Walau bagaimanapun, ia terhad pada mengenal
dan menulis huruf al-Quran, serta tidak termasuk kemahiran membaca al-Quran. Jelas
Ustaz Zakkir, “Menulis al-Quranlah, sebab jawi sama-sama, membantu untuk mengeja,
membantu menulis, mengenal, mengeja, menulis, ha… Boleh. Itu sangat membantu.
Cuma dari segi nak membunyikan tu, dia lain” (S2U2TB1). Hal ini diakui oleh pelajar,
katanya, “Tak (bagi impak) kot (Jari Jawi kepada pembelajaran al-Quran). Sebab Jawi
permainan ustaz tu lebih kepada untuk mengeja. Baca (Quran) tu lainlah” (S2P2TB1).

ii. Meningkatkan kemahiran bacaan solat

Meningkatkan kemahiran bacaan solat terdapat pada empat inovasi yang dihasilkan
oleh empat peserta kajian, iaitu; Ustaz Uwais, Ustazah Huda, Ustazah Ainur dan Ustaz
178

Imdad. Empat peserta kajian ini menghasilkan inovasi yang khusus untuk tajuk solat.
Ustaz Uwais, Ustazah Huda dan Ustaz Imdad menggunakan kod QR sebagai pautan ke
audio bacaan solat. Melalui audio itu, pelajar mudah mendengar bacaan guru pada bila-
bila masa sahaja. Menurut Ustaz Uwais, “Ana mengharapkan buku tu nanti menjadi
peneman anak murid ana kat rumah. Dapat dengar suara ana, dapat tengok bacaan
sembahyang yang betul. Dengar suara dah setel. QR Code” (S1U1TB1). Ustaz Imdad
pula menggunakan puzzle untuk memudahkan pelajar membaca bacaan ayat dalam
potongan yang lebih pendek. Beliau mengakui bahawa kaedah ini bukan sekadar
membantu pelajar, bahkan turut membantu mualaf. Jelasnya, “Orang Cina, India tu lah
mualaf yang baru masuk (Islam) ni. Cuba baiki untuk bacaan dalam solat” (S6U6TB1).
Kit MabaSol ciptaan Ustaz Imdad turut diakui berjaya membantu pelajar mengesan
kesalahan bacaan solat dan memperbetulkannya, terutamanya pelajar yang mempunyai
masalah bacaan mengikut loghat tertentu. Kata pelajar, “Bila saya dengan kawan
sekelas saya guna (Kit MaBaSol), kat situ kita boleh nampak banyak bacaan kita tak
betul pun waktu tu, time tu baru kita sedar… Dari situ boleh betulkan balik bacaan...
Boleh (improve bacaan bagi orang jawa macam saya)” (S6P2TB1). Hal ini diakui oleh
pelajar lain yang tidak berketurunan jawa. Katanya, “(Masalah pada orang jawa) dari
segi lidah... Memang boleh. Memang berkesan” (S6P1TB1).

iii. Membantu ingatan

Ustazah Arisya menyatakan bahawa penghasilan sesuatu inovasi adalah untuk


membantu ingatan pelajar (S8U8TB1). Untuk tujuan itu, maka peserta kajian bersetuju
bahawa ada keperluan kepada penciptaan sesuatu bahan untuk membantu pelajar
mengingat sesuatu isi pelajaran (S5U5TB2). Ada beberapa bentuk inovasi digunakan
oleh peserta kajian untuk membantu ingatan. Satu, penggunaan Power Point untuk
mengingat biodata tokoh (S5U5TB1). Dua, menggunakan lagu untuk mengingat
biodata tokoh (S8U8TB1) dan formula jawi (S2U2TB2). Tiga, menggunakan model
seperti Waze Sirah untuk mengingat kronologi peristiwa (S7U7TB2). Empat,
menggunakan permainan kad untuk mengingat hukum-hukum ringkas (S5U5TB2).
Lima, mengaitkan perkataan bahasa Arab yang hampir sama dengan perkataan Melayu
seperti “as-Sobru, sabar” (S8U8TB1) atau, “Linkkan (ayat Quran) dengan makna...
Kalau allahummah dinniy… huda, apa huda? Petunjuk” (S6U6TB2). Enam,
179

menggunakan bahasa badan sebagai simbol kepada maksud ayat al-Quran seperti,
“Rabbana tu, confirm (signal badan). Ladun tu macam batu ladung tu memancing tu”
(S6U6TB1). Tujuh, menggunakan peta minda (S4U4TB2). Lapan, menggunakan
formula (S8U8TB2).

Walau apapun inovasi yang dihasilkan untuk ingatan, semuanya mewujudkan


pengulangan. Contohnya, penggunaan peta minda membolehkan pelajar mengulang
semula apa-apa yang dipelajari dengan menulis semula isi kandungan pelajaran dalam
peta minda (S6U6TB2). Pengulangan turut berlaku apabila pelajar bermain permainan
yang dihasilkan oleh guru (S1U1TB1). Walau bagaimanapun, peserta kajian mengakui
bahawa apabila pengajaran difokuskan kepada membantu ingatan, maka pelajar tidak
akan mendapat pengetahuan mendalam. Namun ia sesuai dengan pelajar kelas belakang
yang malas. Jelas Ustazah Ainur, “Pengetahuan budak tu, walaupun even dia tak baca
buku pun, dia boleh dapat melalui kad tu saje. Tapi takdelah orang kata pengetahuan
yang (mendalam)… Cuba bayangkan sekadar kad dengan buku ni, berbeza lah. Tapi
bagi budak yang macam tulah, yang malas, yang kelas-kelas belakang ni” (S5U5TB2).

iv. Meningkatkan kefahaman

Antara tujuan utama penghasilan inovasi pengajaran adalah untuk memudahkan


kefahaman pelajar (S5U5TB1; S8U8TB1). Jika perkara asas tidak mampu difahami
oleh pelajar, maka umumnya pelajar tidak akan mampu memahami perkara yang lebih
rumit dan kompleks. Kegagalan memahami perkara asas menjadi indikator kegagalan
pengajaran guru. Oleh yang demikian, sesuatu perlu dilakukan. Bagi Ustaz Uwais,
inovasi adalah jawapannya. Dia menerangkan:

Rukun Islam, memang kita nampak benda yang mudoh, dok? … Tapi bila kita
buat PAFA… Hal-hal yang basic pun tak tahu. Yang paling mudahlah, soalan
yang saya masukkan dalam game solat saya. “Amin terpijak tahu cicak.
Wudhuknya batal atau tidak?” dan mengejutkan jugaklah bila saya tanya cikgu,
orang dewasa, pun dia kata batal. Benda simple, tapi anak-anak kita confius...
Diorang ni kena diajar dalam bentuk permainan (S1U1TB1).
180

Isu ketidakfahaman bukan hanya dialami pelajar kelas belakang. Pelajar pandai
juga kadang-kadang sukar memahami sesuatu konsep yang susah. Jelas Ustaz Zakkir,
“Tak semestinya (pelajar) cemerlang tu dia tahu semua… Kadang-kadang dia nak buat
perkataan yang susah... Jadi dia cuba-cuba, bila cuba-cuba salah, dia ingat macam ni
eja sebenarnya. Itu dia dapat ilmu yang baru lah” (S2U2TB2). Selain itu, memberi
kefahaman dianggap penting oleh peserta kajian agar ilmu yang pelajar perolehi ketika
zaman persekolahan betul-betul tersemat di hati untuk mereka amalkan selepas tamat
zaman persekolahan (S5U5TB3). Di pihak guru pula, memberi kefahaman kepada
pelajar sehingga perlu menghasilkan inovasi dianggap sebagai salah satu tugas khalifah
Allah (S8U8TB1). Dengan adanya bahan tertentu, memudahkan pelajar untuk membuat
hubung kait dan memberi kefahaman jika dibandingkan dengan tanpa struktur kaedah
tertentu (S5U5TB2).

Peserta kajian merasakan satu kepuasan apabila melihat peningkatan kefahaman


dalam diri pelajar (S1U1TB1). Oleh hal yang demikian, peserta kajian sanggup
menghabiskan duit bagi menghasilkan inovasi itu sehingga impaknya berjaya memberi
manfaat kepada pelajar. Kata Ustaz Uwais, “Bini kita risau dok? Kita perabih banyak.
Tapi kita fikir untuk manfaat pelajar” (S1U1TB1). Oleh itu, peserta kajian
menghasilkan beberapa inovasi dengan tujuan untuk memberi kefahaman kepada
pelajar, antaranya; model Masbuq Muwafik untuk memberi kefahaman mengenai
konsep makmum masbuk dan muwafik (S5U5TB2), video perjalanan haji dalam Hajj
Pop-up Tour (S4U4TB2), Kembara Tanah Suci untuk kronologi haji (S1U1TB1),
teknik Fast untuk memudahkan kefahaman bagi tajuk puasa dan solat jamak dan qasar
(S1U1TB1) dan Dam LRT untuk konsep dam dalam tajuk haji (S7U7TB1). Hal ini
diakui oleh pelajar (S2P1TB1; S2P2TB1; S4P1TB1; S5P1TB1; S5P2TB1; S6P1TB1)
dan rakan guru (S5G1TB1; S7G1TB1).

Sebagai tambahan, peta minda digunakan oleh peserta kajian untuk


meningkatkan kefahaman pelajar dalam apa-apa topik pelajaran (S4U4TB2).
Peningkatan kefahaman berlaku apabila pelajar mengeluarkan isi-isi penting kemudian
menghubung kaitkannya dengan pengetahuan sedia ada mereka (S4U4TB2). Melalui
penggunaan peta minda juga, masa pengajaran dapat diringkaskan. Pelajar diberi tugas
untuk belajar di rumah dan menggunakan peta minda untuk memahami konsep-konsep
181

yang dipelajarinya. Hanya perbincangan mengenai kefahaman konsep dilakukan di


kelas. Jelas Ustaz Imdad, “Of course membantu pencapaian anak-anaklah, kefahaman
kepada anak-anak… Untuk gunakan PdPc yang biasa mungkin, lambat. Mungkin, tak
tercapai… Kita shortkan... Dalam buku ada peta minda. Jadi budak-budak just isi
dirumah. Dikelas, kita hanya bincang” (S6U6TB2).

Perbincangan dalam kelas menimbulkan komunikasi. Komunikasi perlu berlaku


untuk membolehkan guru tahu tahap kefahaman pelajar. Kata Ustazah Arisya, “Nak
tahu dia faham ke tidak (mesti berlaku komunikasi ketika permainan dalam PdPc itu)”
(S7U7TB1). Tambahnya lagi, hanya melalui komunikasi dengan kawan, pelajar akan
dapat menilai kefahaman sendiri mengenai sesuatu konsep. Katanya, “Dia, adakah dia
berkomunikasi dengan kawan dia untuk dapatkan satu-satu fakta tu ke, bahan ke apa-
apa ke… Isi pelajaran dia tu ke, isi kandungan tu... Kalau dia tak boleh nak
berkomunikasi, macam mana dia nak dapat kan?” (S7U7TB1).

Apabila fokus inovasi diberikan kepada peningkatan kefahaman, maka guru


terlebih dahulu perlu mempunyai kefahaman yang benar. Hal ini kerana jika guru
mempunyai kefahaman yang salah, maka mereka akan menyampaikan ilmu yang salah
kepada pelajar. Akibatnya, pelajar akan mendapat kefahaman yang salah. Pengalaman
ini diceritakan oleh Ustaz Uwais, apabila dia mencipta Pintar Haji sebelum mempunyai
pengalaman mengerjakan haji. Selepas balik daripada haji, baru dia tahu bahawa apa-
apa yang diajarkannya sebelum ini mempunyai sedikit kesilapan. Oleh itu, guru perlu
segera memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukannya itu. Ustaz Uwais bercerita:

Belum (pergi haji waktu rangka Pintar Haji) … Dahla tajuk haji nak ajar susah,
budak pun susah dapat, aku ajar pun salah, ana jujur... Lepas ana balik haji tu...
Ana betulkan. Bila kita buat inovasi ni, ia memudahkan pelajar. Budak akan
faham hukum-hakam tu secara tak langsung (S1U1TB1).

v. Mengaplikasikan KBAT

Ustazah Ainur mengungkit mengenai keperluan membimbing pelajar menghasilkan


inovasi. Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian dan analisis dokumen, Ustaz
Uwais (S1U1PM1; S1U1AD1), Ustazah Aleeya (S4U4AD1) dan Ustazah Arisya
182

(S8U8PM2) turut membimbing pelajar menghasilkan inovasi, manakala Ustaz Imdad


(S6U6AD1) pula membimbing anaknya. Bagi Ustazah Ainur, apabila guru
membimbing pelajar menghasilkan inovasi, dia sebenarnya sedang mengeluarkan
potensi daya inovatif yang ada pada pelajar (S5U5TB1). Latihan ini selaras dengan
matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar memiliki kemahiran berfikir aras tinggi
(S5U5TB1). Selain itu, pelajar yang pandai perlu diasah, bukan sekadar memahami
maksud kreatif dan inovasi, sebaliknya perlu diberi pengalaman menghasilkan sendiri
inovasi. Jelas Ustazah Ainur:

Budak dah kena berfikir aras tinggi kan? … Sebab budak ni, satu budak pandai,
ha kan? Kita duk mengasah dia buat KBATlah… Tapi adakah dia faham benda
kreativiti tu dari segi macam mana, kan? … Bila kita bagi task dekat dia, dia
boleh buat macam-macam... “Okey, buat kad”, ada buat macam ni, macam ni,
“Okey budak dalam ni kreatif sebenarnya… So why not kita salurkan dekat
benda lain, bagi advance lagi buat (S5U5TB1).

Pelajar seronok apabila diberikan tugasan berasaskan projek begitu. Jelas


Ustazah Ainur (S5U5TB1). Walau bagaimanapun, proses bimbing pelajar ini sangat
rumit. Ia bermula dengan penyediaan kertas cadangan. Proses tambah baik akan selalu
berlaku. Pelbagai perkara ditimbang tara untuk menghasilkan inovasi yang terbaik.
Hasilnya, terbukti mereka mampu melakukannya. Namun, guru perlu aktif memberikan
pandangan, cadangan dan panduan. Jelas Ustazah Ainur:

So, proses dia… Pelajar nak buat benda tu bukan senang, kan? Pelajar dia nak
cari apa idea, even nama tu pun, kalau buat dalam grouping itu pun, macam
(susah)… Okey ustazah sesuai tak letak nama macam ni. Okey kenapa nak buat
nama macam ni. Maksudnya dia berfikir, berfikir… Tu, berapa kali kena reject
tu… Ustazah, boleh tak macam ni, macam ni… Tapi kalau kau buat macam ni,
macam ni pula… Apa kata kau buat macam ni. Jadi benda tu dia belajar, belajar,
belajar kan… Jadi dia fikirlah… Maksudnya proposal yang dia nak hantar tu,
sebelum dia buat tu, kita dah saring saring saring, jadilah macam tu. Jadinya
proses tu, kita sebenarnya mengajar dia macamana nak jadi seorang yang kreatif
inovatif… (S5U5TB1)

Oleh itu, lebih mudah jika projek dibuat berdasarkan minat dan kepakaran
pelajar. Pelajar yang minat ICT dan ingin mendalami bidang ICT, diberikan projek
untuk menghasilkan inovasi berasaskan ICT. Peserta kajian hanya bertindak sebagai
183

pemudahcara. Selebihnya pelajar berusaha untuk menghasilkan sendiri projek mereka.


Projek tersebut berjaya meningkatkan kemahiran mereka di samping memberikan
mereka pengalaman dalam penghasilan inovasi. Kata Ustazah Aleeya, “Yang tu saya,
sebab kita tak de Islamic game kan, pelajar tingkatan 3, dia nak ambik SK tahun depan.
Saya suruh diorang bina game gunakan medium tu, Islamic punya. Ni diaorang buat
sendiri. Diorang bina, guna ni, diorang letak bangunan” (S4U4TB1). Pengalaman yang
mereka bina ketika menghasilkan inovasi itu menjadi panduan yang sangat berguna
selepas mereka masuk dalam masyarakat kelak (S5U5TB3).

vi. Meningkatkan keputusan peperiksaan

Apabila peserta kajian menghasilkan inovasi dengan tujuan mencapai objektif


pembelajaran tertentu secara khusus, secara umumnya ia berkait dengan tujuan untuk
meningkatkan keputusan peperiksaan (S3U3TB1). Walau bagaimanapun, dalam
kesibukan mencipta inovasi untuk meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan,
peserta kajian tidak lupa untuk menekankan kepada pegangan agama yang kukuh. Jelas
Ustaz Uwais:

Ana pun cakap dengan pengetua, kita sekolah biasa ni, nak hasilkan 100 orang
straight A susah. So kita kena sediakan satu basic yang kuat untuk diorang, yang
mana kalau dah habis sekolah, lepas ni pun, jadi mekanik, mekanik yang
beriman... Yang berintegriti. Macamana? Kita pastikan basic diorang kukuh...
Dorang cakna solat (S1U1TB1).

Oleh itu, walaupun disusun inovasi program bertujuan untuk peningkatan


pencapaian akademik, unsur rohaniah pasti digabung jalinkan. Jelas Ustaz Uwais,
“(Biyadi tu) bentuk biasa je. Iaitu kita asingkan pelajar. Pelajar cemerlang, lulus,
galus. Masa tu takde lagi… Program tu tersusun dan diselang seli dengan program
kerohanian... Jadi, program Biyadi tu, Bina Yakin Diri. Iaitu dekat dengan Allah.
Cemerlang akademik” (S1U1TB1).

vii. Menarik minat

Semua peserta kajian menyebut mengenai impak penghasilan inovasi untuk menarik
minat pelajar. Melalui analisis dokumen, menarik minat pelajar dinyatakan secara jelas
(S1U1AD12; S1U1AD13; S2U2AD9; S3U3AD9; S3U3AD10; S4U4AD10;
184

S5U5AD8; S5U5AD9). Hal ini kerana inovasi sendiri adalah sesuatu yang boleh
menarik perhatian pelajar (S2U2TB1; S8U8TB1). Hal ini dakui oleh pelajar (S2P2TB1;
S4P1TB1; S5P1TB1; S5P2TB1; S8P1TB1), rakan guru (S3G1TB1; S5G1TB1) dan
pentadbir (S2PT1TB1). Hal ini dapat diperhatikan dalam kelas Ustazah Arisya, seperti
yang tercatat dalam pemerhatian, “PdP bermula. Saya mula dengar pelbagai formula
dikeluarkan ustazah... Pelajar sedang asyik dengan formula dan lagu... Ustazah
mengendalikan kelas dengan suara biasa dan tidak kuat. Namun, pelajar memberikan
respon yang agak baik” (S8U8PM2). Isu menarik minat pelajar untuk belajar jadi lebih
kritikal apabila berhadapan dengan pelajar kelas belakang (S5U5TB1).

Pada masa sama, ada aktiviti berpusatkan pelajar seperti perbincangan dan
persembahan dalam kumpulan tidak lagi menarik minat pelajar. Tarikan belajar hilang
apabila tidak semua ahli kumpulan memberikan kerjasama. Ustazah Ainur
menjelaskan, “Bila time presentation ke apa semua, diorang macam tak berapa
berminat tau, macam maksudnya kerjasama. Bosan. Pastu ada orang buat kerja lain,
sorang macam ni” (S5U5TB2). Apabila pelajar tidak berminat, maka situasi ini menjadi
penghalang kepada mereka daripada meneroka sesuatu isi pelajaran dengan lebih
mendalam (S7U7TB1). Oleh itu, peserta kajian menghasilkan pelbagai jenis inovasi
untuk menarik minat pelajar. Hal ini kerana, secara umumnya, inovasi sendiri
mempunyai tarikan (S4U4TB1). Pelajar akan rasa ianya berbeza daripada apa-apa yang
biasa mereka tengok sebelum ini. Keadaan ini sekaligus menarik minat pelajar untuk
belajar. Kata Ustazah Ainur, “Actually (inovasi) dah memang menarik minat budak…
Maksudnya, nak menggunakan tu, excited orang tengok guna kan” (S5U5TB2).
Perbezaan kaedah biasa seperti syarahan berbanding penggunaan inovasi yang sentiasa
mempunyai elemen tambahan seperti ganjaran, sokongan yang menimbulkan
keseronokan di kalangan pelajar. Ini memberi kesan kepada suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan memudahkan objektif pembelajaran lebih mudah dicapai. Jelas
Ustazah Aisyah:

Bila dia anggap tak susah, dia akan ingat benda tu. Dia akan seronok belajar.
Ha, sebab saya lebih suka budak seronok sebab saya pernah dengar, dululah
kata, “Kenapa tak suka Pendidikan Islam?”, Susah. Yang kedua, sebab tak best.
Ha, boring kan? Belajar Ustazah saja yang cerita. Cakap, cakap, cakap, cakap
macam syarahan kan? Selepas itu, habis. Selepas itu, lupa kan? Tapi bila dia
185

buat game… Dia rasa macam “Eh, seronok lah”, kan? Selepas itu, kawan-kawan
dia pun ada, orang kata ada peneguhan positif daripada kawan-kawan, ada
tepukan, ada apa lah. Kita combine kan semua sekali dalam tu (S7U7TB1).

Maka, menjadi tanggungjawab guru untuk menghasilkan sesuatu yang selari


dengan zaman bagi menarik minat belajar pelajar (S3U3TB1). Tanggungjawab itu akan
disoal oleh Allah di akhirat kelak. Oleh itu, guru perlu bertindak, melakukan sesuatu
bagi menarik minat pelajar. Inovasi adalah salah satu daripada tindakan yang boleh
diambil. Jelas Ustaz Imdad, “(Allah tanya di akhirat kelak) "Apa ko buat dengan anak
ko ni?" Ah sudah saya cakap. Takpelah buat bodoh-bodoh je lah. Biar nampak ini,
takpelah. At least budak suka, budak tahu, budak minat, budak boleh hafal. Tu yang
saya nampaklah” (S6U6TB1). Oleh hal yang demikian, Ustaz Imdad mengambil
inisiatif menghasilkan pelbagai inovasi, walaupun dirasakan biasa-biasa sahaja. Yang
penting pelajar tertarik untuk belajar. Maka Ustaz Imdad pernah hasilkan modul dan
memberikan kebebasan kepada pelajar untuk mewarnakan modul tersebut mengikut
kreativiti mereka. Kebebasan yang diberikannya itu menyebabkan pelajar menjaga
modul tersebut. Mereka belajar menggunakan modul itu tanpa mengira tempat dan
masa. Jelas Ustaz Imdad:

Saya anggap inovasi tu sebab dia benda simple. Apa yang boleh budak menarik
minat… Kalau nota biasa, diorang tak akan mungkin nak buat warna-warna
bagai, nak buat corak-corak. Saya siapkan dalam bentuk begini… Diorang boleh
warnakan. Menarik minat budak buat, menarik minat budak untuk bersama
dengan saya dalam Pendidikan Islam... Saya ingat lagi, saya time tu kelas hujung
memang saya paksa dulu masa PK petang masa tu. Kenapa budak tu dekat kantin
sebelum diorang masuk kelas kan, buat apa dekat kantin. Mereka sedang
hasilkan warna. Jadi berjayalah saya (S6U6TB1).

Selain itu, Ustazah Ainur menghasilkan inovasi berasaskan permainan kerana


permainan itu ada tarikan tersendiri kepada pelajar (S5U5TB2). Tarikan ini
menyebabkan pelajar meminta-minta untuk terus bermain (S3U3TB1). Hal ini kerana
dalam permainan ada tambahan kepelbagaian aktiviti seperti kuiz, amali, unsur ganjaran
dan sebagainya yang menarik minat pelajar. Walaupun aktiviti tersebut boleh dibuat
secara bersendiri, namun ia lebih menyeronokkan apabila diselit dalam permainan. Jelas
Ustazah Ainur:
186

Contoh kalau kuiz, macam pop kuiz dalam kelas tu, budak lagi suka tau
berbanding dengan kita buat pop kuiz, kita buat kumpulan, ok, tanya soalan, ada
reward, lepas tu berbanding… Maksudnya bila kita mintak dia buat tunjuk cara
tu, dia lebih macam nak buat berbanding dengan yang macam kita, macam yang
tak ada game ni kita mengajar, chalk and talk, pembelajaran yang tak bermain
dengan game (S5U5TB2).

Selain itu, dalam sesetengah keadaan, teknologi sengaja ditambah dalam inovasi
dengan tujuan untuk menarik minat belajar pelajar. Jelas Ustaz Uwais, “AR tu hanya
nilai tambah je… Untuk menarik lagi lah, kan? Mungkin dah manis dah, tambah lagi
sikit. Baru kaw, kan?” (S1U1TB1). Yang lebih penting adalah permainan yang dibina
itu mestilah mesra pengguna. Hal ini dapat dicapai melalui pembinaan permainan
berasaskan permainan yang sedia dikenali oleh pelajar. Strategi ini adalah supaya
pelajar tidak rasa terbeban ketika bermain. Keadaan ini akan mengakibatkan pelajar
hilang minat dengan inovasi tersebut. Jelas Ustaz Uwais, “Sebenarnya, dari segi konsep
permainan, peraturan dia, satu user friendly. Kan kalau kita fikir terlalu berat, kan?
Budak-budak tak nak main... Sebab tu kena ada base. Game yang dekat dengan hati
pelajar. Dam ular. Sahibba” (S1U1TB1). Selain itu, inovasi berasaskan permainan
mampu menarik minat pelbagai lapisan usia pelajar (S6U6TB1).

Walau bagaimanapun, ada keadaan apabila guru tidak ada apa-apa bahan untuk
digunakan. Dalam hal sedemikian, Ustaz Imdad menggunakan bahasa badan untuk
menarik minat pelajar. Penggunaan bahasa badan mampu mengelakkan pelajar daripada
berasa bosan dan mengantuk ketika belajar. Bagi menambah tarikan, pertandingan
bahasa badan antara pelajar turut dianjurkan. Jelasnya:

Dia bila contoh tak ada alat-alat. Apa yang kita boleh buat untuk menarik budak
menghafal? … Ok kita gunakan gesture tu supaya tak mengantuk. Jadi budak
tak bosan dengan kita. Saya create lah benda tu... Seronok budak-budak je. Nanti
ada pertandinganlah kita buat ayat-ayat "Rabbana atina fiddunya hasanah..."
(S6U6TB1).

Tarikan pada inovasi juga terjadi apabila sesuatu yang dihasilkan itu menepati
kecerdasan yang ada pada pelajar. Contohnya, penghasilan Solatku Power! oleh
Ustazah Ainur menarik minat pelajar berkecerdasan visual kerana papan permainan
187

yang berwarna-warni. Ditambah pula aktiviti amali dalam permainan untuk menarik
pelajar berkecerdasan kinestatik. Ustazah Ainur menjelaskan:

Cara yang nak ajar biasa-biasa ni, budak tak berapa nak minat kan. So kita come
up dengan macam game... Benda tu besar, warna-warni kan jadi benda tu
dapatlah at least menarik minat budak yang jenis visual. Jenis kinestatik tu
memang ya lah sebab dia bergerak, bergerak kan (S5U5TB2).

Penggunaan ICT turut menarik pelajar terhadap grafik atau video bergerak yang
dipaparkan padanya (S5U5TB1). Begitu juga apabila mengajar menggunakan LCD,
apabila pelajar dipanggil ke depan untuk melakukan sesuatu aktiviti, maka menarik
pelajar yang suka bergerak (S5U5TB1). Lebih menarik apabila pelajar dapat memasuki
dunia maya itu menerusi penggunaan teknologi VR. Jelas Ustazah Aleeya, “Macam ni
lah tayammum video... dia suruh pergi (ke dalam) ... Dia pergi langgar tembok tu terus
pergi tempat lain... Ni siapa-siapa nak belajar. “tayammum video kat mana?” diorang
kena cari lah. Diorang suka kan… Cari remote, dia kena cari remote ni” (S4U4TB1).
Selain itu, suasana kelas yang meriah juga dapat menarik minat pelajar. Oleh hal yang
demikian, inovasi seperti Army Yell oleh Ustazah Aisyah sentiasa memastikan pelajar
sentiasa bersemangat ketika belajar (S7U7TB1). Minat pelajar akan makin bertambah
apabila mereka sendiri dibimbing untuk menghasilkan inovasi tersebut (S5U5TB1).
Walau bagaimanapun, peserta kajian turut mengakui bahawa apabila sesuatu inovasi
dibuat dalam bentuk yang sama berulang kali, maka pelajar akan rasa bosan. Oleh itu,
inovasi perlu dipelbagaikan bentuknya. Jelas Ustaz Uwais, “AR memang ok. Memang
bagus. Menarik perhatian... Tapi kalau kita buat full AR, nanti anak-anak ni, satu akan
boring, sebab benda yang sama, soalan berbeza tapi benda sama” (S1U1TB1).
Penggunaan sesuatu bentuk inovasi yang sama perlu dielakkan untuk mengelakkan
pelajar hilang minat (S1U1TB1).

viii. Meningkatkan motivasi

Penghasilan inovasi dengan tujuan untuk meningkatkan motivasi diungkapkan oleh


Ustaz Uwais, Ustazah Huda, Ustaz Imdad dan Ustazah Aisyah. Ustazah Huda
menggunakan Trademark sebagai “kata-kata motivasi” (S3U3TB1). Melalui
Trademark, guru dan pelajar akan sama-sama bermotivasi. Jelas Ustazah Huda, “You
188

kawal budak, tak pernah marah. You cakap motivasi... Budak-budak kelas akak. Dia
akan panggil, sayang, ye. Sayang, orang cemerlang, dia segak. Badannya tegak.
Wajahnya ceria. Memandang guru satu keberkatan. Fokus. Proaktif. Kami boleh.
Budaya senyap. Tegak” (S3U3TB1). Inovasi Army Yell oleh Ustazah Aisyah juga
dihasilkan dengan niat yang sama. Namun, perbezaannya adalah, Trademark Ustazah
Huda disusun oleh Ustazah Huda, sebaliknya Ustazah Aisyah memberi kebebasan
kepada pelajar untuk menyusun sendiri Army Yell mereka. Namun, panduan diberikan
oleh Ustazah Aisyah. Antara panduannya adalah “limit kan lima patah (perkataan)”
(S7U7TB1), “diaorang boleh pilih (satu zikir dan) tak boleh pilih yang kumpulan lain
(dah pilih)” (S7U7TB1) dan mesti guna Army Yell tersebut “selepas kumpulan itu dia
dapat jawab satu soalan, kalau dia tak sebut Army Yell dia, tolak satu markah”
(S7U7TB1).

Apabila suasana dalam kelas sentiasa positif, maka suasana negatif dan lemau
dapat dielakkan. Jelas Ustazah Huda, “Akak tak nak macam, awak boleh duduk tegak
tak? Awak boleh diam tak? Pagi-pagi dah naikkan orang punya (marah)…”
(S3U3TB1). Keadaan ini memberi kesan kepada keseronokan belajar. Hal ini kerana
guru sentiasa mencurahkan kasih sayang dan mengelakkan kemarahan. Jelas Ustazah
Huda, “Kita rasa budak tu, macam seronok. Ko baca dari segi psikologi manusia,
macamana dia bersalah pun, dia tak suka kena marah. Apatah lagi pagi-pagi. Ko tak
tahu mak dia marah kul berapa. Ko tak tahu pagi tadi entah apa masalah dia. So bagi
kasih sayang. Tu sayang, sayang, sayang tu” (S3U3TB1).

Oleh kerana itu, ketika menyusun Klinik Tawata, Ustazah Huda merasakan
perlu untuk terlebih dahulu menyelami hati dan perasaan pelajar. Proses ini adalah
untuk mencari punca kepada masalah yang timbul. Selepas itu, barulah cadangan
penyelesaian dapat diberikan dengan lebih baik. Jelas Ustazah Huda, “Dalam kaedah
Tawata tu, akak gunakan kaedah kasih sayang dan penegasan… Akak akan mulai,
budak-budak ni, menyelami, kenapa dia kena duduk luar, kenapa dia kena rotan,
kenapa dia hisap rokok, kenapa dia ada couple? Dengan kita menganalisa masalah
dia. Bila dah dapat, maka akak tackle lah” (S3U3TB1). Dengan menggunakan inovasi
ini, masalah pelajar dapat ditangani dengan baik. Hal ini diakui oleh seorang pelajar
bukan Islam yang turut dapatkan khidmat Klinik Tawata, katanya, “(Lepas buat sesi
189

dengan ustazah dan budak yang buli tu ada, saya rasa) relax dan tak stress lagi…
Keluar bilik tu memang saya rasa happylah sebab boleh fokus kat pelajaran lepas ni.
Takde kes buli. I’m free. Takde masalah” (S3P3TB1).

Sebagai tambahan, konten percakapan ketika memberikan motivasi mestilah


berkisar tentang latar belakang pelajar. Isu ini ditimbulkan oleh Ustaz Imdad, kerana
pelajar tidak dapat membayangkan apa-apa yang berada di luar pengetahuan mereka.
Jelas Ustaz Imdad:

Apa inovasi kita untuk memberi motivasi? … Jangan pergi jauh-jauh. Apa yang
ada dekat keluarga je... Contohkan nelayan, "Bapak kamu, contoh pergi nelayan
pukul berapa?", contoh la kan. "Pukul 5 Ustaz." "Sembahyang Subuh dekat
mana?". … "Dekat kapal Ustaz."... Nak cakap kita gunakan apa yang ada dekat
dia sahaja (S6U6TB1).

Army Yell yang diaplikasikan secara berkumpulan pula boleh mewujudkan


kerjasama antara ahli kumpulan. Jelas Ustazah Aisyah, “Kesan pertama kerjasama
diaorang. Selepas itu semangat belajar diaorang sampai kita kata, macam kalau kita
bagi arahan, “Okay, pastikan minggu depan saya nak kumpulan ini dah siap-siap”.
Kalau dia tak buat, bayangkan kalau kita tidak ada konsep macam itu, diaorang akan
jadi macam tak ambil peduli tau” (S7U7TB1). Walau bagaimanapun, akibat semangat
yang tinggi yang ada pada pelajar dan guru, kadang-kadang menyebabkan gangguan
kepada kelas sebelah. Ustazah Aisyah menceritakan:

Kelas saya memang bising (masa guna Army Yell tu) ... Dia (pengetua) kata,
“Hormat ya, jiran sebelah.”, “Alamak”, saya cakap... Kalau senyap saja pun tak
menarik, kan? Jadi biarlah budak nak belajar. Dia nak luahkan apa benda yang
dia nak luahkan. Bukannya dia buat benda tak elok... (Tapi) kita pun salah juga
sebenarnya. Sebab lost control (S7U7TB1).

Hal ini sama seperti catatan dalam dokumen Ustazah Ainur, “Aktiviti berjaya
dijalankan dengan kerjasama semua murid dalam setiap kumpulan, walaupun pada
mulanya mereka agak malu apabila rakan lain membetulkan kesalahan mereka. Murid
nampak lebih bersemangat dan yakin dengan aktiviti dan bersaing antara satu sama
lain dalam memberi hafalan dan bacaan yang terbaik” (S5U5AD9). Selain itu, Ustaz
190

Uwais menggunakan konsep ganjaran dan hukuman dalam permainan Pintar Haji yang
dihasilkannya. Konsep tersebut menjadi rangsangan motivasi kepada pelajar ketika
bermain. Motivasi menyebabkan mereka sentiasa ingin mengulang permainan. Proses
pengulangan itu menjadi satu bentuk ulang kaji bagi mereka secara tidak langsung.
Akhirnya, mereka akan ingat dan faham fakta-fakta yang dijelaskan melalui soal jawab
yang timbul ketika bermain. Jelas Ustaz Uwais:

Bila kita buat inovasi ni, ia memudahkan pelajar. Budak akan faham hukum-
hakam tu secara tak langsung... Dorongan wang atau saguhati, dapat jawap
dengan betul tu, dia akan ingat. Contoh soalan, “haji yang afdhol, apa dia? Qiran,
tamattuk, ifrad, kan?” dia jawab tamattuk. Alamak! Salah pulak. Apa jawapan
dia? Ifrad. Lepas tu, kalau dia jumpa, dia akan jawab ifrad. Dah tau, kan?
Motivasi rangsangan kat situlah. Itu antara kelebihan yang saya nampak kalau
elemen didik hibur diserapkan dalam PdP (S1U1TB1).

ix. Menjimatkan masa pengajaran

Ustaz Imdad dan Ustazah Aisyah menyebut mengenai penjimatan masa pengajaran
apabila menggunakan inovasi dalam pengajaran. Ketika menghasilkan Waze Sirah,
antara matlamat Ustazah Aisyah adalah untuk merumuskan kronologi peristiwa
perjanjian Hudaibiyyah hingga pembukaan Kota Mekah. Tajuk tersebut diajar dalam
tingkatan yang berbeza, iaitu; tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3. Isunya adalah,
apabila pelajar tidak tahu dan faham sesuatu peristiwa, ia akan mengakibatkan pelajar
tidak dapat faham peristiwa yang berlaku selepas itu. Masalah ini timbul kerana
kronologi peristiwa itu tidak bersambung, seolah-olah ia tidak berkaitan antara satu
peristiwa dengan peristiwa yang lain. Oleh itu, Ustazah Aisyah merumuskan apa-apa
yang sepatutnya dipelajari dalam pelajaran tingkatan 1, 2 dan 3 dalam satu model yang
dinamakan Waze Sirah. Target masa pengajaran, pelajar dapat memahami kronologi
tersebut secara umum dalam masa sejam sahaja. Jelas Ustazah Aisyah:

Macam mana nak jimatkan masa saya. Yang penting budak faham. Sebab kalau
dia tak tahu tentang cerita sebelum tu, macam mana dia nak tahu tentang, tak
tahu Aqabah, tak tau tak ingat, macam mana aku nak cerita? Tak
bersambunglah... Jadi saya fikir macam mana nak buat... Dalam masa tempoh
dua waktu mengajar tu, saya boleh habiskan untuk cerita tiga tahun bab Sirah.
191

Tapi bukan secara detail la. Maksudnya sekurang kurangnya dia tahu rentetan
peristiwa tu kan. Dengan tarikh dengan bilangan orang yang terlibat ke
(S7U7TB2).

Ustaz Imdad pula menghasilkan modul untuk menjimatkan masa. Melalui


penghasilan modul tersebut, masa di sekolah dapat difokuskan kepada aktiviti
perbincangan dan penilaian kefahaman sahaja. Sebaliknya, pembelajaran untuk asas
ingatan dan kefahaman, dilakukan secara kendiri oleh pelajar di rumah. Jelas Ustaz
Imdad:

Kita nak masa dalam kelas semua satu jam, satu jam lebih je. Terpulang, untuk
gunakan PdPc yang biasa, mungkin lambat. Mungkin, tak tercapai. Jadi apa kita
boleh bantu, kita shortkan, pendekkan. Contoh kita buat tadi buat nota kan, dekat
bilik atas, dan dalam buku ada peta minda. Jadi budak-budak just isi dirumah.
Di kelas, kita hanya bincang. Kita hanya cari jawapan, buat semakan
(S6U6TB2).

Selain itu, Ustaz Imdad turut memberi fokus pengajaran di awal sesi
persekolahan kepada penyampaian teori, fakta dan konten kognitif kepada pelajar.
Hanya di hujung tahun, selepas semua silibus dihabiskan, aktiviti amali, tilawah dan
hafazan mula diberi penekanan. Strategi ini adalah strategi serampang dua mata.
Apabila Ustaz Imdad memulakan aktiviti amali, tilawah dan hafazan, maka pelajar akan
turut mengulang kaji isi pelajaran yang telah difahami secara teori sebelum ini. Ustaz
Imdad mengambil pendekatan sebegini kerana dia sentiasa dipanggil untuk berkhidmat
di luar. Jelas Ustaz Imdad:

Jadi kita ada masa untuk buat amali… Silibus yang untuk bab fiqah dah habis.
Jadi saya compres untuk buat ulangan, start buat untuk hafazan, ulang balik
untuk hafazan, ulang balik tilawah dan jugak, ok sebab saya banyak keluar, jadi
saya compress kan je. Amali untuk dalam PdPc saya tak buat. Saya hujungkan.
Bila hujung ni sambil-sambil kita ulang balik (menggunakan modul yang saya
bina tu) (S6U6TB2).

x. Mengawal kelas

Impak inovasi dalam mengawal kelas dinyatakan oleh Ustazah Aleeya dan Ustazah
Ainur. Ustazah Aleeya menyatakan, dengan adanya bahan seperti modul peta minda
192

yang disusunnya, kelas akan jadi lebih terkawal. Bagi pelajar kelas belakang, guru perlu
membimbing mereka melengkapkan peta minda itu satu persatu secara bersama-sama.
Bagi pelajar kelas depan pula, hanya arahan ringkas yang perlu diberikan. Jelas Ustazah
Aleeya:

Jadi kalau macam kelas yang hujung tu… Bincang 1 jawapan, 2 jawapan pun
dah cukup. Janji diorang faham. Pastu tulis. Tulis sama-samalah. Macam yang
lain, sebut sekali, diorang dah boleh tulis, kan? Tapi macam, okeylah. Terkawal
kelas. Sebab masing-masing dah ada benda dah (S4U4TB2).

Ustazah Ainur pula menyebut bahawa aktiviti amali solat yang dijalankan dalam
permainan Solatku Power! lebih terkawal berbanding aktiviti yang sama dijalankan
tanpa adanya inovasi sebegitu. Perinciannya seperti yang dijelaskan oleh Ustazah
Ainur:

Berbanding macam kita, kita buat amali tu, dia macam tak boleh duduk diam
budak ni tau... Dia cuit-cuit kawanlah, aduhh, pening kepala kan. Bila kita ada
game ni, satu seorang dapat dadu, satu sorang pegang kad tu, jadi dia, adalah
benda nak buat tu, walaupun dia even main-main kad tu, kepak-kepak kan kad,
lantaklah korang kan. Berbanding macam kita kan nak buat amali biasa tu kan,
nak uruskan dia, nak beratur sorang-sorang, pastu kita nak cek satu-satu, macam
susah la kat situ (S5U5TB2).

Kawalan kelas wujud kerana dengan adanya bahan inovasi, “(kelas jadi lebih)
structure” (S5U5TB2) dan “fizikal (badan pelajar jadi) lebih terkawal dengan
melakukan aktiviti penilaian dalam bentuk permainan” (S5U5AD9). Pelajar akan
mengikut arahan berdasarkan aktiviti daripada bahan inovasi yang dihasilkan. Keadaan
ini menyebabkan pelajar tidak bergerak tanpa keperluan. Peranan guru hanya
memantau. Selebihnya, pelajar akan belajar dalam kumpulan. Hal ini seperti yang
dikatakan oleh Ustazah Ainur, “Benda tu dah ada kat situ kan, dia duduk dalam
kumpulan… Kawan dia cek dia punya bacaan, sambil tu kita tolong, lepas tu siapa yang
menang… Siapa yang cepat sampai ke nombor seratus, ada reward… Kurang dia
punya pergerakan berlari dia pergi tempat lain” (S5U5TB2). Selain itu, berdasarkan
pemerhatian, Ustazah Huda dan Ustazah Arisya turut mengawal kelas menggunakan
inovasi Trademark (S3U3PM1) dan formula serta lagu mereka (S8U8PM2). Hal ini
turut diakui oleh rakan guru (S3G1TB1) dan pelajar (S3P2TB1).
193

xi. Dakwah

Penghasilan inovasi untuk dakwah dinyatakan oleh Ustazah Huda dan Ustazah Arisya.
Ustazah Huda menyatakan, dengan menggunakan Trademark, satu inovasi berasaskan
suara, hati pelajar akan tersentuh. Kesannya, apa-apa teguran yang diberikan olehnya
akan didengar oleh pelajar (S3U3TB1). Bagi Ustazah Arisya pula, apa-apa isi
kandungan dalam pendidikan Islam mempunyai unsur dakwah secara tersirat
(S8U8TB1). Oleh kerana itu, apabila inovasi berasaskan formula digunakan, walaupun
asasnya membantu pelajar mengingat isi pelajaran, namun ia juga sebagai satu bentuk
peringatan agar pelajar mengambil iktibar daripada apa-apa yang dipelajarinya. Ustazah
Arisya menjelaskan:

Bagi saya, formula-formula ni ada unsur dakwah. Contohnya, formula atom


yang saya buat tu, kemusnahan kaum terdahulu kita ingatkan bahawa bagaimana
kaum Lut telah dimusnahkan. So bila dia dengar tu, oh, kene macam ni kalau
dia buat tu. So budak-budak ni (fikir), dia tahu bahawa hubungan sejenis ni
adalah satu dosa besar, akan diazab oleh Allah. Kena ambik iktibar kaum Lut tu
macamana (S8U8TB1).

Selain itu, penggunaan inovasi nyanyian dalam perjuangan tokoh, dapat


membangkitkan penghayatan pada perjuangan tokoh tersebut dan memberi inspirasi
mengenai kehidupan yang sepatutnya dilalui oleh pelajar bagi mencontohi tokoh
tersebut. Jelas Ustazah Arisya, “Kalau lagu tokoh tu pada perjuangan tokoh-tokoh
terdahulu, semuanya pasal perjuangan, kene berjihad. Kalau kita tak berjuang, kita
malas, kita tak akan berjaya. Tu dakwah dia supaya belajar rajin-rajin” (S8U8TB1).

xii. Membina karakter

Pembinaan karakter menjadi antara matlamat penting dalam penghasilan inovasi. Hal
ini kerana, jika pelajar baik, maka dia akan mudah memahami ilmu yang dipelajarinya.
Sebaliknya, jika dia jahat, maka sukar untuk dia menghayati apa-apa yang dipelajarinya.
Oleh kerana itu, dalam penghasilan inovasi, penekanan kepada pembinaan karakter
perlu menjadi antara objektif penting. Jelas Ustazah Huda:
194

Bila akhlak budak terbina, contohlah, dia jaga sembahyang, dia taat mak bapak,
hormat cikgu, otomatik apa yang dia belajar, satu dalam buku teks, tebal tu, dia
boleh dapat. Tapi kenapa budak susah nak belajar hari ni? Dia takde pun nak
datang sekolah. Dia tidur, tak sembahyang. Dia melawan mak bapak. Kalau mak
bapak yang lahirkan dia, dia lawan, kita cikgu? Kecik di mata dia. Sebab tu
kaedah akak banyak kepada macam, akak memikirkan inovasi ni sesuatu yang
boleh, sangat membantu dalaman budak (S3U3TB1).

Oleh itu, dalam keghairahan menghasilkan inovasi, peserta kajian tidak lupa
bahawa matlamat asal pendidikan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. dan ia
lebih utama berbanding terlalu mengejar kecanggihan inovasi sehingga mengabaikan
matlamat asal pendidikan (S6U6TB1). Maka, fokus inovasi diberikan kepada tajuk-
tajuk yang dapat memberi kesan langsung kepada pembinaan karakter seperti solat
(S6U6TB1). Penekanan pada tajuk solat dibuat kerana keyakinan pada nas Ilahi bahawa
solat itu akan mencegah perkara keji dan mungkar. Walaupun pelajar mampu solat,
namun kualiti dan penghayatan pelajar ketika solat bermasalah. Hal ini dijelaskan lagi
oleh Ustaz Imdad:

Yakinlah "Innas salata tanha 'anil fahshai wal munkar" tu kan... Tu yang bila
saya buat bab solat tu, itulah usaha saya dekat budak atau anak-anak saya, nak
mengelakkan budak daripada terjerumus dosa ni. So kita buat kajian tentang
solat. Budak-budak rupanya boleh solat. Memang solat, buat solat, tapi bila cek
balik rupanya ada masalah dekat solat. Tu yang kita buat puzzle solat, kita buat
makna bacaan dalam solat... Tu yang saya nampak yang boleh saya tolong lah
untuk anak-anak (S6U6TB1).

Selari dengan pandangan Ustaz Imdad, Ustaz Uwais turut memberi fokus
kepada penghasilan inovasi solat. Dia memasang niat untuk melahirkan pelajar yang
kuat iman sebagai bekal apabila mereka memasuki alam bekerja kelak. Apabila ada
iman, maka pelajar akan amanah dengan kerja mereka. Semuanya bermula dengan
solat. Maka lahirlah Cakna Solat. Jelas Ustaz Uwais, “Kita kena sediakan satu basic
yang kuat untuk diorang, yang mana kalau dah habis sekolah, lepas ni pun, jadi
makenik, makenik yang beriman. Tukang cuci yang beriman. Yang berintegriti.
Macamana? Kita pastikan basic diorang kukuh… Diorang cakna solat” (S1U1TB1).
195

Ustazah Aisyah pula ingin mendidik pelajarnya menggunakan bahasa yang baik.
Maka dia menghasilkan Army Yell. Matlamatnya, menggantikan “bahasa diaorang
itu… Tak sesuai lah dengan kelas Pendidikan Islam” (S7U7TB1) kepada “Jadi kalau
guna macam itu, dia akan kata, bila dia bersyukur tu, seronok ke apa, dia sebut,
“Allahuakbar!”, kan? “Alhamdulillah!”” (S7U7TB1). Melalui Army Yell juga, pelajar
dididik supaya tidak “kedekut ilmu… Macam kalau, kata lah dia dapat ilmu itu kan, dia
tak nak share dengan kawan. Tapi bila konsep itu kita buat, dia nak share sebab saya
kata, kita belajar, belajar itu bila kita ajar kawan itu satu sedekah kan. Ha, jadi satu
jihad saya kata kan. Jadi, nampaklah ada sedikit lah. Alhamdulillah” (S7U7TB1).
Melalui penggunaan bahasa yang baik, pelajar rasa terkesan dan merasakan keberkatan
ilmu yang telah dipelajarinya (S3P2TB1).

xiii. Mewujudkan kerjasama di kalangan pelajar

Matlamat ini wujud dengan adanya aktiviti berkumpulan. Ustazah Aisyah menetapkan
objektif ini ketika menghasilkan Army Yell. Kesannya, pelajar bekerja sebagai satu
pasukan dan saling tampung menampung kekurangan antara ahli kumpulan. Tidak ada
alasan tidak boleh melakukan sesuatu yang diarahkan guru hanya kerana ada ahli
kumpulan yang tidak hadir. Sebaliknya, walaupun ada ahli kumpulan tidak hadir,
taklifan berkumpulan yang diberikan masih boleh dilaksanakan dengan baik. Jelas
Ustazah Aisyah:

Kesan pertama kerjasama diaorang… Kalau kita bagi arahan, “Okay, pastikan
minggu depan saya nak kumpulan ini dah siap-siap” … Kalau kita tidak ada
konsep macam itu, diaorang akan jadi macam tak ambil peduli tau. Macam, “Ala
Ustazah, tak ada lah, dia ini tak datang”. Ha, confirm lah kan. Tapi, kalau sebab
kan sorang tak datang, diaorang dah ada dah benda itu. Jadi, Alhamdulillah
setakat ini tak ada masalah (S7U7TB1).

Untuk mewujudkan kerjasama sehingga ke tahap ini, beberapa kaedah perlu


diterapkan oleh guru. Pertama, guru perlu menerapkan konsep membantu kawan
mendapatkan markah. Jelas Ustazah Aisyah, “Ada (ahli) kumpulan yang tak datang…
Saya kata, “Ini ada yang tak datang patutnya dapat markah. Siapa nak markah dia?”,
kan? “Okay, esok awak dapat, awak bagi pada dia pula.” Ha, macam itu lah. Jadi,
diaorang saling tolong-menolong lah” (S7U7TB1). Kedua, guru perlu bertegas. Konsep
196

penegasan dibuat melalui pemotongan markah. Walaupun markah diberikan secara


individu, namun pemotongan markah boleh dibuat secara berkumpulan. Jelas Ustazah
Aisyah, “Tanda terus, potong lah... Kata lah minggu tu dia dapat paling, markah paling
tinggi… Jadi dah potong, rugi lah satu kumpulan” (S7U7TB1). Ketiga, guru melantik
guru muda. Guru muda akan membantu guru mengajar ahli kumpulannya. Walaupun
tanggungjawab diberikan kepada guru muda, namun ahli kumpulan lain perlu
memberikan kerjasama agar semua ahli kumpulan mencapai objektif pembelajaran
yang telah ditetapkan. Maka, mereka dapat mengelakkan markah kumpulan mereka
daripada dipotong. Keadaan ini secara tidak langsung mengajar mereka agar tidak
pentingkan diri, sebaliknya mereka perlu menjaga kepentingan bersama. Ustazah
Aisyah menceritakan:

Saya nak ajar semua orang (amali) pun memang tak boleh. Saya kata, “Okay,
satu group awak kena ajar ni, ajar ahli kumpulan.” Kalau satu ahli kumpulan itu
tak boleh baca Al-Fatihah contohnya lah, tak boleh baca Al-Fatihah, semua
orang akan kena potong markah. Ha, jadi diaorang akan macam, “Alamak!”,
kan? Ajar kawan dia sampai dapat (S7U7TB1).

Selain itu, penggunaan permainan turut boleh mewujudkan kerjasama antara


pelajar yang sedang bermain. Hal ini kerana aktiviti permainan hanya dapat mencapai
objektif secara maksima melalui kerjasama antara pelajar yang sedang bermain.
Tercatat dalam dokumen, “Permainan ini melatih murid berkomunikasi dua hala
bersama rakan dalam kumpulan di samping membantu rakan yang lain membetulkan
dan menyemak bacaan serta perbuatan rakan yang salah. Seronoknya, mereka
berkongsi ilmu dan pengetahuan masing-masing bersama rakan secara santai”
(S5U5AD8) dan “Aktiviti berjaya dijalankan dengan kerjasama semua murid dalam
setiap kumpulan” (S5U5AD9). Pelajar turut mengakui, “(Dam ular tu) kitaorang yang
buat benda-benda tu. Saya rasa (seronok) sebab dapat buat benda tu dengan kawan
sama-sama… Kesan dia saya dapat meningkatkan saya punya kerjasama dalam
kumpulan” (S5P2TB1).

xiv. Menetapkan matlamat

Penetapan matlamat dilakukan oleh Ustazah Huda ketika menyusun inovasi BFFT.
Melalui BFFT, “budak menganalisis dia punya markah” (S3U3TB1). Perbincangan
197

mengenai matlamat pembelajaran akan dilakukan antara guru dan pelajar. Penetapan
markah yang ingin dicapai mestilah praktikal dan mengikut kemampuan pelajar
(S3U3TB1). Namun, tidak semua pelajar terima kaedah ini. Biasanya, “budak kelas
hujung, tak nak… Dia dah macam fobia, tau. Cikgu masuk, semua marah” (S3U3TB1).
Keberkesanan BFFT diakui oleh pelajar, “BFFT tu jadi berkesan sebab first kita akan
letakkan markah hujung tahun kita, kemudian kita akan bandingkan dengan markah
peperiksaan awal tahun, lepas tu kita akan target... Kita akan buat lebih bersungguh-
sungguh, kita capai benda tu” (S3P1TB1). Tambah pelajar lain pula:

Ustazah Rozita pernah ajar kitaorang semua buat borang BFFT ni… Ujian
pertama saya low, saya gagal… Ustazah suruh buat note... Saya punya ayat
jangan anggap diri tu lemah kalau semua orang boleh buat, why not you. Macam
tu kita buat lagi ayat semangat, untuk dia naikkan lagi. So, ada graf untuk
sebelah tu kita langkah, kita nak target naiklah sikit, 50, 55. Janji ada naik... Bagi
saya borang BFFT tu bagi semangat untuk kita belajar lagi. Maksudnya kita
alert, kita nak tahu kita target apa. So tu function, borang BFFT tu. Ada impak
dialah (S3P2TB1).

Dalam keadaan begini, guru perlu menggunakan “reverse psychology. Kita


bukan tak nak dia lulus… (Cuma) kita tak nak beratkan dia” (S3U3TB1). Strategi
begini menyebabkan, “minda dia, eh! Ustazah Huda, dia pelik… Sebab dia tak nak
lulus. Dia nak tambah markah” (S3U3TB1). Oleh itu, pelajar kelas hujung, akhirnya
“dia akan dapat target. Walaupun kadang-kadang dia tak lulus, tau?” (S3U3TB1).
Contohnya:

Ini kelas hujung akak… Akhir tahun, dia dapat 20. So, akak target dia. Nak, ko
nak dapat berapa? … Jangan lebih 10. Sebab dia ada 4 kali, dia punya target
mesti 40. OTR dia. So, 10, 10, 10. Jadi akan berharap, kalau dia dah dapat 20,
paling kurang ada, 5, 10, 15, 20. Betul? 4 kali, kan? So, akak kata, ko cuba ye
nak? Dia kata 27. So, akak ambik dia. Dia nak 27. So, dia dapat 24 (S3U3TB1).

Namun, guru tidak boleh marah jika pelajar gagal capai sasaran. Sebaliknya,
pelajar diminta mencari punca kegagalan tersebut. Guru akan memberi ulasan
berdasarkan punca yang dinyatakan. Jelas Ustazah Huda, “Akak takkan marah dia.
Tapi, dia akan buat ulasanlah… Dia ni turun, kenapa? Nanti dia akan bagitahulah. Dia
tak buat persiapan. So, akak akan (rangsang lagi)” (S3U3TB1). Akhirnya, “Contoh
198

budak ni, kalau dia lemah, sampai kat hujung ni, dia dapat 38. Tapi bagi akak, satu
perubahan besar pada tahun ni. Aku pegang 4 kali, daripada 20, dia dapat 38. So, ada
anjakan 18. So, ini inovasi akak” (S3U3TB1).

xv. Memartabatkan sesuatu perkara

Matlamat memartabatkan jawi diungkapkan oleh Ustaz Zakkir, katanya, “inovasi yang
dihasilkan boleh membantu… Untuk kita punya memartabatkan sesuatu perkaralah”
(S2U2TB1). Oleh itu, Ustaz Zakkir menghasilkan dua inovasi, iaitu Jawi Abqori dan
Jari Jawi. Kedua-duanya memberi fokus kepada pembelajaran jawi. Pelajar mengakui
bahawa dia dan rakannya bertambah minat dengan jawi selepas menggunakan inovasi
tersebut (S2P2TB1). Pentadbir juga mengakui bahawa kesan inovasi Ustaz Zakkir
nampak lebih nyata kepada pelajar yang tidak mahir jawi (S2Pt1TB1). Walaupun
memberikan fokus kepada jawi, ia turut membantu kepada pembelajaran al-Quran
“sebab jawi ni, hurufnya ada dalam Arab juga, huruf hijaiyyah tu, kan? Cuma jawi ni
dia lebih sikit. huruf dia, sebab ada tambah nga. Tapi secara Arabnya tu, semuanya
ada. jadi untuk mengenal huruf, memang ada kesan kepada pembelajaran al-Quran”
(S2U2TB1). Oleh itu, dengan memartabatkan jawi, turut memberi kesan kepada
memartabatkan bahasa al-Quran.

Walau bagaimanapun, kesannya setakat “mengenal huruf (al-Quran)”


(S2U2TB1) sebab “jawi ni tak boleh nak, takde mengeja macam al-Quran. Dia lain”
(S2U2TB1). Hal ini kerana ada perbezaan antara jawi dan Arab, antaranya “dari segi
baris, takdelah... Sebab kita menggunakan alif, waw, ya untuk membunyikannya, kan?
Atau kita takde letakkan baris tu. Kita kena tahu secara automatiklah. Kalau ba, gha,
bang. abang. contoh, kan? Atau ikut dia punya susunan huruf tu nak membentukkan
bunyi apa” (S2U2TB1). Oleh kerana itu, impak kepada meningkatkan kemahiran
membaca “al-Quran tu, membaca, takde lagi. Tapi dia kena sebab, nak tahu huruf tu
memang ada” (S2U2TB1).

xvi. Contoh kepada guru lain

Ustazah Huda menyebut mengenai impak inovasi, antara yang dikehendakinya adalah
untuk menjadi contoh kepada guru lain. Ia adalah tugas “guru cemerlanglah konon-
199

konon” (S7U7TB2) serta “guru dah tua kan, boleh jadi contoh” (S7U7TB2). Untuk itu,
Ustazah Huda menghasilkan Trademark, satu inovasi menggunakan suara. Bagi
Ustazah Huda, suara adalah anugerah Allah bagi cikgu. Dengan suara, pelbagai bentuk
inovasi yang dapat dihasilkan. Oleh itu, semua guru sepatutnya memanfaatkan suara
yang dimiliki mereka. Jika inovasi yang mereka hasilkan itu mencapai kualiti tertentu,
maka tidak mustahil ia boleh mendapat pengiktirafan dan menyaingi hasil ciptaan
inovasi lain. Jelas Ustazah Huda, “Akak nak satu inovasi, nak nyedarkan cikgu-cikgu
tau. Anugerah tuhan bagi pada cikgu-cikgu…. Apa dia? Suara. Sebab suara ni, akak
dah buat, sejak dari tahun… 2011 akak dah guna tau… Ini, dapat naib johan negeri”
(S3U3TB1). Setelah menang pertandingan guru inovatif peringkat “Kebangsaan tu
macam baru diorang nampak. Bila saya dah 2, 3 tahun ni, ada rakan-rakan yang lain
pergi (pertandingan) inovasi. Yang pergi (pertandingan) inovasi kat luar pun ada”
(S4U4TB1).

Penghasilan inovasi seperti Trademark memecahkan mitos “untuk cikgu-cikgu


yang kat luar sana, yang dia memikirkan, inovasi ini, tak semestinya orang yang ada
pandai ICT” (S3U3TB1) serta setiap penghasilan “inovasi mesti keluar duit”
(S3U3TB1) sehingga mencecah “lebih kurang berapa ribulah kat situlah” (S3U3TB1).
Sebaliknya, penghasilan inovasi dibuat “mengikut keluar biasaan you” (S3U3TB1).
Jika mitos ini dapat dipecahkan, maka “bagi akak lagi ramai orang akan buat inovasi”
(S3U3TB1). Hal ini diakui oleh seorang rakan Ustazah Aisyah yang banyak belajar
membina formula daripadanya (S7G1TB1).

xvii. Menjimatkan kos

Antara kepentingan inovasi adalah ianya menjimatkan kos. Ketika berbicara mengenai
inovasi, Ustazah Ainur memberikan contoh inovasi. Katanya, “Kita bagi surat, bagi
email, tapi email tu less paper lah. Penjimatan kat situ” (S5U5TB1). Oleh kerana itu,
bahan yang digunakan ketika menghasilkan inovasi mestilah murah, dan “takdelah
memang orang kata memerlukan kos yang mahal pun” (S5U5TB2). Oleh itu, peserta
kajian menggunakan bahan yang murah seperti “kertas manila card” (S1U1TB1), “card
board” (S3U3TB1; S4U4TB2), “polistrine” (S3U3TB2) dan “kotak-kotak terbuang”
(S4U4TB2). Ustazah Ainur turut menyebut bahawa pemilihan permainan dam sebagai
200

asas penghasilan inovasinya adalah kerana kos. Jelasnya, “Dam kan… Rasanya itu yang
kos dia murah” (S5U5TB2). Bagi Ustaz Imdad pula, ketika menyusun inovasi modul,
dia mengambil langkah penjimatan dengan “keluarkanlah (bahagian) PAFA ni dengan
ayat hafazan” (S6U6TB1) untuk mengelakkan “tebal buku (modul) dia ni. Saya
gabungkan semua PAFA, ayat hafazan semua dalam satu buku ni… Mahal”
(S6U6TB1). Kelebihan penggunaan kos murah adalah, “Akak (boleh) buat banyak.
Kecik, ringan, tak payah bawak... Kita boleh bina empat kumpulan. Jadi akak buat
enam benda ni. Nak buat pun, murah juga. Lebih kecik, lebih ringan, lebih mudah”
(S3U3TB1). Selain itu, apabila dijual, ia mesti “macam mampu miliklah. Itu namanya
inovasi” (S4U4TB2).

xviii. Permintaan pasaran

Impak untuk memenuhi permintaan pasaran dibuat kerana “kita tengok dalam pasaran,
kurangnya inovasi Pendidikan Islam” (S1U1TB1). Pada awalnya, peserta kajian tidak
menghasilkan inovasi dengan niat untuk menjualnya. Walau bagaimanapun, niat untuk
menjualnya timbul apabila berlaku beberapa peristiwa. Contohnya, Ustaz Uwais, pada
awalnya, hanya membeli bahan bantu mengajar daripada pembekal luar. Namun,
cetusan awal untuk menjualnya timbul apabila dia menunjukkan produk inovasinya
kepada pembekal tersebut, dan mereka memberikan respon bahawa produk tersebut ada
nilai komersial. Selepas itu, terus terdetik di hatinya untuk menjual apa-apa produk
ciptaannya. Jelasnya:

Saya beli. Datang je apa-apa, kan? Lepas saya menang tu, ada pembekal-
pembekal datang. Ini boleh jual ma… eh! Ye ke boleh jual? Masa menang pun
saya tak fikir boleh jual… Ini banyak kulang dalam pasalan. Masa tu, saya…
o… Ye ke… Masa tu saya tak fikir nak jual. Tapi lebih kepada kepuasan
(S1U1TB1).

Ustazah Ainur juga sama, tiada niat untuk menjual produk inovasinya. Dia cuma
ingin sebarkan produk ciptaannya tersebut untuk dimanfaatkan oleh rakan guru yang
lain secara percuma. Namun, ada rakan-rakan guru yang menyatakan hasrat untuk
membelinya. Lalu dia mengorak langkah untuk menjualnya. Jelasnya:
201

Bila dah buat tu, ada manfaat kat orang lain... Barulah kita share benda tu.
Macam dam tu ada je cikgu-cikgu daripada negeri lain beli tau. Sebab dia kata,
eh nak orderlah satu lagi. Bila dia dah order satu lagi, ade je yang order satu lagi
nak buat untuk ni pulak... Benda tu secara tak langsung (S5U5TB2).

Ketika menghasilkan sesuatu produk yang ingin dijual, ada banyak


pertimbangan yang perlu dilakukan agar dapat menarik perhatian bakal pembeli dan
bakal pelabur. Antaranya, “penggunaan dia ni menyeluruh. Kadang-kadang ada orang
buat khas untuk subjek dia, tajuk yang tertentu je, jadi nak promosikan pun, takut tak
menyeluruh, tak memberi keuntungan. Biasa orang ni, dia nakkan keuntungan, salah
satunya” (S2U2TB1). Oleh itu, Ustaz Uwais mengambil inisiatif untuk menghasilkan
inovasi yang merangkumi keseluruhan tajuk berbanding tajuk-tajuk kecil yang tertentu.
Walau bagaimanapun, dia tidak nafikan bahawa inovasi boleh juga dihasilkan
berdasarkan tajuk-tajuk kecil. Jelasnya:

Ana ni suka buat inovasi tajuk yang agak besarlah. Sebenarnya inovasi ni tak
perlu tajuk besar pun sebenarnya, kan? Contoh, kalau bab solat, rukun-rukun
solat je... Tapi macam ana, sejak yang menang tu kan? Asalnya kecik je, rukun
wajib haji. Tapi bila dah menang, dah tahu cara nak buat, ana suka topik besar.
At the end, ana nak benda tu jadi ABM, yang boleh dipakai untuk semua orang
(S1U1TB1).

Ustaz Zakkir pula sengaja menggabungkan kaedah manual dengan teknologi


supaya selari dengan perkembangan dunia semasa. Ia juga dapat memberikan pilihan
kepada kepelbagaian kaedah penggunaan yang boleh digunakan oleh pengguna.
Jelasnya, “jadi saya menggabungkan antara teknik-teknik ataupun hasil-hasil yang
sedia ada, dari segi manual, dan digabungkan dengan teknologi-teknologi yang ada,
supaya ia lebih seiring dengan kemajuan, dan juga seiring dengan keadaan semasa.
dan dia boleh menjadi satu pilihan kepada pengguna yang ingin menggunakan kaedah
tersebut” (S2U2TB1). Namun, gabungan teknologi hanya sebagai tambah nilai. Ia
memudahkan dan memberi kesan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, tanpa bantuan
teknologi, inovasi tersebut masih boleh dimanfaatkan. Jelas Ustaz Zakkir:

Walau bagaimanapun, yang cuba saya hasilkan kedua-dua kaedah itu boleh
digunakan. Maksudnya, kalau dia tak ada teknologi, dia boleh memilih untuk
menggunakan secara manual. Kalau dia ada teknologi, itu dia punya tambah
202

nilailah. Lebih memudahkan. Bukan maksudnya kalau takde teknologi, takleh


guna. Kalau secara manual takde, dia takleh guna. Tak. Tapi dia boleh
menggunakan salah satu atau kedua-duanya supaya dia lebih baguslah. Dia lebih
terkesan dan lebih mudah. Itu yang kita nak supaya inovasi tu berkesan
(S2U2TB1).

4.3.4 Langkah penghasilan inovasi

Terdapat tiga langkah utama ketika penghasilan inovasi yang membentuk tiga subtema,
iaitu; 1) jana idea, 2) realisasikan idea, dan 3) promosi idea. Di bawah subtema jana
idea, ada tiga subsubtema, iaitu; 1) kenal pasti masalah, 2) kenal pasti minat pelajar,
dan 3) kenal pasti kecenderungan guru. Ketiga-tiga subsubtema ini tidak semestinya
dilalui ketika penghasilan inovasi. Sebaliknya, guru inovatif mungkin melalui hanya
satu subsubtema, dua subsubtema atau ketiga-tiga subsubtema. Di bawah subtema
realisasikan idea pula, ada empat subsubtema, iaitu; 1) jalinkan kerjasama, 2)
bangunkan inovasi, 3) verifikasi, dan 4) evaluasi. Di bawah subtema promosi idea, ada
dua subsubtema, iaitu; 1) sebar luas, dan 2) validasi.

a) Kenal pasti masalah

Apabila peserta kajian ingin menghasilkan sesuatu inovasi, perkara pertama yang
mereka lakukan adalah mengenal pasti masalah yang ada di kalangan pelajar mereka.
Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Ustazah Huda, “Inovasi ni lahir apabila ada
masalah. Kalau kau jenis orang tak tahu nak cari masalah, dan kau tak suka berdepan
dengan masalah, kau tak boleh jadi seorang guru yang berinovasi” (S3U3TB1). Dalam
usaha mengenal pasti masalah pelajar, guru perlu mempunyai jati diri, berfikiran positif
serta ada satu kaedah tersendiri untuk berdepan dengan masalah (S3U3TB1).
Kebiasaannya masalah yang dikenal pasti adalah melibatkan pelajar. Contohnya, seperti
yang diceritakan oleh Ustaz Uwais mengenai sebab dia hasilkan The Battles of
Tajweed, mengaitkannya dengan masalah kefahaman, kemahiran bacaan, hafazan dan
penghayatan pelajar ketika membaca al-Quran. Kata Ustaz Uwais, “Sebab apa tajwid?
Bila belajar tajwid, kita kena amalkan. Kena tahu dengung, mana panjang, mana
pendek, semua kan? Macam mana perhatikan dia orang menghafal, lam, ra. Itu untuk
exam je kan. Dari segi penghayatan bacaan tiada kan” (S1U1TB2). Selain daripada
masalah PdP, masalah pelajar turut dikaitkan dengan masalah akhlak. Hal ini dijelaskan
203

oleh Ustaz Imdad, “Yang ada kes kalau dah bercucu… Kita buat kajian, dia berlakunya
dekat budak 5 Sains... Yang ambil kelas KKQ” (S6U6TB2). Masalah akhlak tersebut
dikaitkan dengan ketidak sempurnaan solat oleh pelajar akibat bacaan solat yang tidak
sempurna. Pelajar sukar menyebut makhraj huruf dengan betul kerana pelat jawa. Maka,
Ustaz Imdad mengambil inisiatif melatih sebutan bacaan solat satu per satu. Oleh itu,
terhasillah Kit Puzzle MaBaSol. Jelas Ustaz Imdad:

Budak KKQ, budak quran, budak yang ngaji, budak yang baik-baik, tapi bila
saya test balik, oh rupanya ada masalah bacaan. Orang jawa kan. Itu yang kita
nak betulkan… Bila buat puzzle, kecik-kecik, pendek-pendek, buat short-short,
jadi memudahkan budak membaca dengan betul, dan dapat detect (kesalahan)
(S6U6TB2).

Selain daripada masalah pelajar, peserta kajian juga menghasilkan inovasi


kerana masalah dirinya sendiri. Contohnya Ustazah Aleeya menghasilkan Hajj Pop-up
Tour untuk menyelesaikan masalah ketidak fahamannya untuk mengajar topik haji.
Jelas Ustazah Aleeya, “Saya kena (mengajar) Tingkatan 4, saya dah gabra dah. Topik
yang susah banyak kan. Tajuk Haji la paling susah... Tu yang idea tu sebenarnya”
(S4U4TB1). Guru tidak faham beberapa tajuk, terutamanya yang perlukan amali
sebenar seperti haji. Walaupun guru telah mengambil inisiatif membaca untuk
memahami konten tajuk tersebut, dia masih tidak mampu. Jika guru tidak faham, sudah
tentu dia tidak mampu mengajar tajuk tersebut. Oleh itu, guru perlu mengambil inisiatif
menghasilkan inovasi untuk tajuk tersebut. Jelas Ustazah Aleeya, “Kita tak pergi lagi
(haji) kan. Kita sendiri pun tak faham lagi sebenarnya. Sayalah... Baca buku pun masih
tak dapat lagi. Macam blur kan... Nak mengajar balik tu lah isu dia. Kesukaran untuk
saya sebenarnya... Problem. Last-last saya terfikir yang saya suka buat (pop-up)”
(S4U4TB1).

b) Kenal pasti minat pelajar

Peserta kajian turut menghasilkan inovasi berdasarkan minat pelajar. Contohnya, Ustaz
Uwais menghasilkan inovasi gamifikasi selepas melihat pelajar bermain permainan
Jutaria. Ustaz Uwais menceritakan:
204

Kelas belakang ramai lelaki, saya tengok budak tengah main game. Jutaria...
Kita marahlah, kan? … Belajau. Belajau. Kan? “Ustaz, bestlah ustaz. Boringlah.
Sekali sekala, nak main jugok.” “Eh! Ko suka main?” “Saya sukalah ustaz. Kaya
dapat duit.” Tapi, disitulah titik tolak saya dapat ilham. Allah bagi ilham, “Isyk!
Kalau macam tu, budak suka main, ok, belajar sambil bermain” (S1U1TB1).

Begitu juga dengan Ustazah Arisya, apabila dia akui bahawa inovasi berasaskan
nyanyian hanya dapat dilakukan apabila pelajar minat dan mahir menyanyi (S8U8TB1).
Minat pelajar ini diakui oleh pelajarnya (S8P1TB1). Berbeza pula dengan Ustazah Huda
yang mengambil kira minat pelajar terhadap bahan dan kemahiran pembuatan sesuatu
inovasi. Ketika menghasilkan Roda Audit Solat (RAS), beberapa kali Ustazah Huda
mengubahsuai bahan binaan RAS. Mula-mula, menggunakan “polisterine”
(S3U3TB1). Kemudian ubah kepada “cardboard” (S3U3TB1). Selepas itu, ubah
kepada “besi” (S3U3TB1). Akhirnya, dia ubah kepada “kayu” (S3U3TB1). Pemilihan
kayu dibuat “sebab akak nak, budak-budak lelaki, dia minat, macam pertukangan”
(S3U3TB1).

c) Kenal pasti kecenderungan guru

Peserta kajian juga didapati menghasilkan inovasi berdasarkan minat dan


kecenderungan mereka. Hal ini dijelaskan oleh Ustazah Aleeya yang minat
menghasilkan nota berasaskan peta minda. Dia memulakan projek penghasilan inovasi
dengan memberikan fokus kepada minat dan kecenderungannya. Jelasnya, “Kalau
ikutkan saya mula-mula (hasilkan inovasi), asalnya saya suka buat peta minda. Itu asal-
asal lah saya bermula. Kat sekolah ni ramai pelajar lelaki. Jadi bila buat nota tu saya
memang (tak) susah lah kan. Jadi saya sediakan untuk mereka, mereka masukkan
sahaja jawapan... Asalnya tu lah” (S4U4TB1). Begitu juga dengan Ustazah Ainur yang
sukakan permainan, lalu cenderung untuk menghasilkan inovasi berasaskan permainan.
Kecenderungannya itu membentuk kepercayaannya bahawa pelajar juga sukakan
perkara yang sama. Jelas Ustazah Ainur, “Ainur memang suka benda yang bentuk yang
permainan... Sebab Ainur rasa, macam bila kita bagi (pelajar)… Benda yang macam
fun, dia macam lagi suka untuk buat benda tu” (S5U5TB2). Selain itu, Ustaz Uwais
cenderung menggunakan ICT ketika penghasilan inovasi. Ketika melihat carta alir haji
di sebuah sekolah, dia terfikir nak hasilkan carta yang sama. Namun, dia terus tetapkan
205

untuk masukkan elemen AR. Maka, terhasillah Kembara Tanah Suci (S1U1AD1).
Katanya, “Yang poster haji ni, ana dapat inspirasi daripada sekolah sains X… Ana
pergi sana, ana nampak daripada jauh… Satu sudut tu, kembara haji... Ana terfikir,
nak buat, tapi ana nak yang interaktif” (S1U1TB1).

Selain kecenderungan pada metod, kecenderungan guru juga ada pada konten.
Contohnya Ustaz Zakkir minat jawi, lalu sentiasa berusaha untuk meningkatkan
kemahirannya dalam penulisan jawi dan kemahiran lain yang berkaitan dengan jawi
seperti kemahiran khat. Dia turut menjadi rujukan dalam ilmu jawi. Oleh itu, dia telah
menghasilkan dua inovasi berasaskan jawi. Jelasnya:

Biasalah tu mungkin kecenderungan saya dekat situ. Jadi… Bila dah suka tulis
jawi, kita punya kemahiran lagi bagus lah. Tulis jawi pun orang suka, orang
tanya kita. Jadi rujuk-rujuk lah sedikit, ada juga lah. Lepas tu bila dah suka tulis
jawi, suka lah nak buat tulisan-tulisan khat pula. Belajar, kursus-kursus khat
pergi masuk, belajar dengan Khuttat pun ada juga (S2U2TB2).

Minat dan kecenderungan itu yang menjadikan guru tersebut pakar dan mahir,
sama ada dari sudut konten atau kaedah. Maka penghasilan inovasi berdasarkan
kecenderungan dan minat mereka tidak patut disekat kerana kepakaran mereka telah
dibina dari sudut itu. Kepakaran itu yang sepatutnya dimanfaatkan. Sesuatu
pertandingan tidak sepatutnya menyekat minat dan kecenderungan peserta
pertandingan. Hal ini disuarakan oleh Ustazah Huda, “itu yang akak bersuara dengan
jabatanlah. Cuba buat macam, inovasi tu, you boleh buat atau tidak boleh buat
mengikut keluar biasaan you” (S3U3TB1). Walau bagaimanapun, dalam minat untuk
menghasilkan inovasi berdasarkan kecenderungan guru, peserta kajian turut mengambil
kira kecenderungan pelajar. Hal ini kerana tidak semua pelajar mempunyai
kecenderungan yang sama. Jelas Ustazah Arisya, “Bagi kita, kita mengajar ikut kita
suka. Lepas tu tengok budak pulok, kalau keadaan budak tu, kalau dia suka, boleh gi
kot tu, tu kita gi kot tu. Tak semua kelas boleh buat benda yang sama” (S8U8TB1).

d) Jalinkan kerjasama

Peringkat menjalinkan kerjasama ini tidak semestinya dilalui ketika menghasilkan


sesuatu inovasi. Hal ini kerana inovasi boleh dihasilkan secara bersendiri. Walau
bagaimanapun, peserta kajian mengakui bahawa dengan kerjasama, ia memudahkan
206

gerak kerja (S1U1TB1; S4U4TB1; S6U6TB1). Pertama, mudah dari sudut jana idea
(S5U5TB3). Hal ini turut dipersetujui oleh Ustaz Uwais yang menyatakan bahawa
dengan kerjasama, lebih banyak idea dapat dijana (S1U1TB2). Kedua, mudah dari sudut
pengagihan tugas. Jelas Ustaz Uwais, “Bila kita bersama, syeikh, kerja menjadi mudah.
Kita lontar idea, lontar idea, kan? Dan laksana. Bantu, bantu, bantu, bagi konten.
Sama-sama” (S1U1TB1). Pengagihan tugas pula dibuat berdasarkan kepakaran
masing-masing (S1U1TB1). Ketiga, mudah dari sudut mengesan kesalahan dan
meminimakannya (S1U1TB1). Keempat, mudah dari sudut mendapatkan bantuan luar
kerana jaringan kenalan yang makin meluas (S8U8TB2). Kelima, mudah menghasilkan
lebih banyak inovasi (S1U1TB2).

Selain itu, peserta kajian turut membincangkan kerjasama dengan siapa boleh
dijalinkan. Pertama, kerjasama boleh dilakukan dengan rakan guru yang lain sesama
rakan panitia (S1U1TB2) atau dengan rakan sama sekolah yang berbeza opsyen namun
memiliki kepakaran tertentu yang diperlukan (S3U3TB1; S6U6TB2). Selain itu,
kerjasama boleh juga berlaku dengan guru dari sekolah lain (S1U1TB1). Dengan
adanya rakan kongsi juga dapat mewujudkan suasana untuk berinovasi dan tidak leka
dan selesa dengan apa-apa yang sedia ada (S5U5TB3). Sebaliknya akan terjadi jika
“semua pakat lemau je. Memang tak lah. Memang tak jadilah” (S5U5TB3). Kedua,
kerjasama dengan pelajar. Kerjasama dengan pelajar berlaku apabila pelajar ada satu
kemahiran dalam tiada pada guru (S5U5TB3). Masa juga dapat dijimatkan kerana orang
berkepakaran mampu menyempurnakan sesuatu tugasan dalam waktu yang lebih cepat
berbanding orang yang tidak berkepakaran. Jelas Ustazah Aleeya, “Masalahnya kalau
saya buat (sendiri guna Co Space Edu ni) mahu berapa bulan. Tapi budak-budak buat
sekejap je” (S4U4TB1). Selain itu, kerjasama dengan pelajar juga berlaku apabila
peserta kajian merasakan guru lain tidak dapat bersama dalam sesuatu projek inovasi
tersebut (S4U4TB1). Ketiga, kerjasama dengan IPT (S1U1TB1).

e) Bangunkan inovasi

Ustazah Aleeya bercerita mengenai pembangunan inovasinya yang melalui banyak


fasa. Bermula daripada peta minda, diubahsuai kepada pelbagai bentuk sehingga
akhirnya menjadi versi pop-up yang boleh dilihat kini. Jelasnya, “Yang saya buat tu...
207

2016 saya dah start dah... Mula-mula saya mengajar buat peta minda dulu. Yang Haji
tu lah. Saya buat turutan. Saya buat gambar. Masukkan laluan. Lepas tu yang kedua
baru saya buat pop-up tu. Lepas tu, 2017 baru saya buat yang besar tu” (S4U4TB1).
Pengubahsuaian demi pengubahsuaian dilakukan terutamanya selepas mendapat
cadangan tambah baik, antaranya oleh rakan sepanitia. Jelas Ustazah Aleeya, “Saya
pergi daerah saya bawa yang tu. Saya cuma betulkan sikit-sikit je… Ustazlah
cadangkan, “Ustazah cuba ni besar ni, besar sangat. Buat kecik. Unik.”” (S4U4TB1).

Ustazah Huda pula melakukan pengubahsuaian demi pengubahsuaian pada


Roda Audit Solatnya berdasarkan kekurangan dari sudut ketahanan material utama
inovasi tersebut. Dia bercerita mengenai pengubahsuaian itu:

Hanya guna, tak sampai RM 20. Akak pakai polistrine, pakai ni, kan? Bawak
dekat kelas. Budak ni, pusinglah… Akak tengok respon, semua seronok... So,
ini trial... Memang sampai kopak, setahun… So, 2015, 2016, akak guna. Benda
ni jugak. Tapi akak buat dua lah. Dua, tiga. Itu pun kopak. Sebab bila budak-
budak main, dia kopak. So, akak ambik data, akak tukar. 2017, akak gunakan
card board. Akak buat banyak. Kecik, ringan, tak payah bawak… Jadi akak buat
6 benda ni. Nak buat pun, murah juga… Bila akak masuk pertandingan
kebangsaan, inilah yang dinamakan inovasi sebab, cikgu, daripada besar, you
create, sehingga you pergi ke pasaran. Ini inovasi yang sangat baguslah
(S3U3TB1).

Selain itu, pada peringkat pembangunan inovasi, kuantiti inovasi yang


dihasilkan adalah berdasarkan keperluan dalam kelas. Jelas Ustaz Zakkir, “Masa buat
(Jawi Abqori) untuk awal-awal pertandingan tu, buat lima, enam saja. Nak test untuk
kita punya budak je kan” (S2U2TB2). Material yang digunakan pula biasanya daripada
bahan terpakai, berbeza dengan bahan yang ditonjolkan ketika pertandingan inovasi
yang biasanya telah bersedia untu dipasaran (S2U2PM2).

f) Verifikasi

Verifikasi adalah proses melihat keberkesanan sesuatu inovasi yang telah direka bentuk
itu. Keberkesanan yang dimaksudkan boleh dilihat dari dua sudut, iaitu; markah
peperiksaan dan akhlak (S3U3TB1). Dari sudut markah peperiksaan, fokus diberikan
208

sama ada kepada topik atau sub-topik tertentu. Hal ini kerana ada inovasi yang
dihasilkan merangkumi topik besar seperti i5 untuk rukun Islam (S1U1AD1) dan ada
inovasi yang dihasilkan secara khusus bagi sub-topik tertentu seperti Cakna Solat
(S1U1AD1), Solatku Power! (S5U5AD8) dan Kit MaBaSol (S6U6AD8) yang
dihasilkan secara khusus bagi tatacara solat sahaja. Bagi peningkatan markah
peperiksaan, peningkatan yang terjadi perlu signifikan iaitu melebihi 60% daripada
markah sebelum (S1U1TB1). Dari sudut akhlak pula, keberkesanan dapat dinilai
apabila ada perubahan berdasarkan masalah yang berlaku. Contohnya, melalui Klinik
Tawata yang disusun oleh Ustazah Huda, selepas setahun sesi dijalankan, antara
impaknya adalah; pelajar mengikuti kelas secara konsisten dan pelajar menjauhi
kekasih dan menganggapnya hanya sebagai kawan (S3U3AD9). Untuk memaksimakan
keberkesanan, perubahan demi perubahan dilakukan diikuti dengan ujian dan
pandangan banyak pihak (S1U1TB1).

g) Evaluasi

Evaluasi adalah proses mendapatkan penilaian mengenai inovasi tersebut. Selepas


sesuatu inovasi dihasilkan, peserta kajian dapatkan pandangan pelbagai pihak untuk
menambah baik atau mengesan kekurangan yang ada pada inovasi tersebut (S1U1TB1).
Untuk maksud itu, pelbagai cara digunakan oleh peserta kajian untuk mendapatkan
komen daripada orang lain. Contohnya, Ustazah Aleeya membuka pameran di pejabat
sekolah dan mengalu-alukan sesiapa jua untuk memberikan komen (S4U4TB1).
Ustazah Ainur pula memasuki pertandingan (S5U5TB2). Peserta kajian meminta
pandangan pelbagai pihak “sebab kita nak pastikan, bahan kita tu berkualiti”
(S1U1TB1). Pertama, komen daripada rakan guru. Contohnya, Ustazah Aleeya
mengambil inisiatif bertanyakan rakan panitia di sekolah mengenai cara untuk tambah
baik lipatan bagi Hajj Pop-up Tour. Kadang-kadang, tidak cukup masa di sekolah,
Ustazah Aleeya pergi ke rumah rakan tersebut bagi mendapat kefahaman yang lebih
tentang cadangan yang diutarakan oleh ustaz tersebut. Jelas Ustazah Aleeya, “Pergi
rumah dia juga lah. Pergi rumah Ustaz, buat untuk tunjukkan cara macam mana nak
lipat tu” (S4U4TB1). Kedua, bertanyakan pakar. Contohnya, Ustazah Aleeya meminta
pandangan seorang jurutera kertas mengenai teknik lipatan kertas terbaik. Walaupun
cadangan pakar tidak semestinya diikuti, namun ia memberikan tujahan idea baru untuk
209

menambah baik inovasi tersebut. Jelasnya, “Dia memang pembuat buku... Dia memang
buat buku pop-up. Lipat, lipat. Dia bagi saya satu buku. Ikut yang ni. Tapi masalahnya
saya guna buku dia tu. Susah nak bukak sebenarnya. Dia macam banyak sangat lipat
terbalik, terbalik. Macam kalau orang lain susah. Tu yang saya fikir idea...”
(S4U4TB1).

Ketiga, bertanyakan pelajar. Cadangan dan komen pelajar bernilai di mata


peserta kajian kerana mereka dianggap sebagai sasaran pengguna inovasi tersebut
(S1U1TB1). Selain pelajar sendiri, cadangan tambah baik turut diambil daripada pelajar
tahap lain. Contohnya, Ustaz Uwais mengajar di sekolah menengah, dan menghasilkan
inovasi bagi pelajar sekolah menengah. Namun, cadangan turut diminta daripada pelajar
sekolah rendah. Katanya, “Ana suruh budak ana, budak sekolah rendah pun ana suruh
main” (S1U1TB1). Keempat, orang sekitar yang sudi memberikan cadangan.
Contohnya, Ustaz Uwais mendapatkan pandangan anaknya (S1U1TB1). Selain itu,
komen turut diterima daripada sesiapa sahaja seperti pekerja pembersihan (S1U1TB1).

h) Sebar luas

Ada beberapa kaedah digunakan untuk sebar luas. Pertama, melalui pertandingan
(S5U5TB2). Apabila inovasi tersebut menang anugerah tertentu, besar kemungkinan ia
akan dipilih untuk diterbitkan (S3U3TB1) seperti inovasi Pintar Haji diterbitkan dalam
Jurnal Pendidikan (S1U1AD1), Eksplorasi Jom Solat diterbitkan dalam Wacana
Intelektual (S1U1AD1) dan Hajj Pop-up Card Tour diterbitkan dalam Prosiding
Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa (S4U4AD10). Kedua, melalui jualan.
Jualan boleh dibuat sendiri atau diserahkan kepada syarikat untuk diuruskan. Jualan
sendiri dilakukan kepada kawan-kawan (S2U2TB2) ataupun menggunakan platform
maya untuk membolehkan pemasaran produk melangkaui sempadan negeri
(S5U5TB2). Selain itu, peserta kajian turut menyerahkan kepada syarikat untuk menjual
dan memperluaskan lagi sebaran manfaat daripada inovasi tersebut. Kaedah ini diakui
lebih baik berbanding jualan sendiri terutamanya “dari segi pemasaran” (S1U1TB2).
Walau bagaimanapun, untuk sebar luas menggunakan syarikat, “penggunaan (inovasi)
dia ni menyeluruh. Kadang-kadang ada orang buat khas untuk subjek dia, tajuk yang
210

tertentu je, jadi nak promosikan pun, takut tak menyeluruh, tak memberi keuntungan.
Biasa orang ni, dia nakkan keuntungan” (S2U2TB1).

i) Validasi

Proses validasi adalah proses mendapatkan maklum balas selepas sebar luas dilakukan.
Tidak semua peserta kajian melalui proses mendapatkan maklum balas. Hal ini kerana
proses ini biasanya dilalui oleh peserta kajian yang menjual produk inovasinya. Hal ini
seperti pengalaman yang berlaku kepada Ustaz Uwais, ceritanya, “Bila dah menjengah
pasaran, ada orang komen. Wah! Ana rasa, uih… Ana akan pastikan benda tu tak
berulang lagilah” (S1U1TB1). Keperluan kepada maklum balas pengguna penting
kerana ada perkara-perkara yang kadang-kadang peserta kajian terlepas pandang.
Contohnya mengenai salah faham yang timbul pada manual penggunaan inovasi. Jelas
Ustaz Uwais, “Bila orang telefon, ustaz, susahlah… Ustaz, macam tak faham. Aduih…
Mula dia tak faham, ana terangkan, tau. Ingatkan dia faham dah. Manual ustaz lain”
(S1U1TB1). Situasi ini timbul kerana “rupanya editor ana, masa yang game solat tu,
dia tak menjiwai permainan tu” (S1U1TB1). Oleh itu, penambah baikan perlu
dilakukan sebelum keluaran terbaru inovasi itu dihasilkan (S1U1TB1).

Kesimpulan daripada dapatan persoalan kajian pertama ini dapat dilihat


berdasarkan jadual di bawah:

Jadual 4.6 Tema yang terbentuk bawah persoalan kajian pertama


Tema Subtema Subsubtema
Elemen Adaptasi
Kombinasi
Bentuk Bahan Permainan
ICT
Modul
Model
Teknik Formula
Nyanyian
Teknik percakapan
Klinik
Bahasa badan
Sasaran Penilaian
Pengguna Pelajar
Guru
Guru lain
bersambung…
211

…sambungan
Tujuan Objektif PdP Huruf al-Quran
Mahir bacaan solat
Tambah ingatan
Tingkatkan kefahaman
Rangsang KBAT
Tingkatkan keputusan peperiksaan
Kawalan kelas Tingkatkan minat
Tambah motivasi
Jimat masa pengajaran
Kawal kelas
Tugas umum Dakwah
Pembinaan karakter
Kerjasama
Jelas matlamat
Memartabatkan jawi
Inspirasi Contoh kepada guru lain
Pasaran Kos
Permintaan pasaran
Langkah Jana idea Kenal pasti masalah
penghasilan Kenal pasti minat pelajar
inovasi Kenal pasti kecenderungan guru
Realisasikan idea Jalinkan kerjasama
Bangunkan inovasi
Verifikasi
Promosi idea Sebar luas
Validasi

4.4 KARAKTER GURU INOVATIF PENDIDIKAN ISLAM

Dapatan untuk persoalan kedua menunjukkan peserta kajian mempunyai 33 karakter


yang mempengaruhi mereka ketika berinovasi. Dapatan turut menunjukkan bahawa
peserta kajian menyeimbangkan kesemua karakter tersebut. Keseimbangan tersebut
dapat dikategorikan berdasarkan lima prinsip utama, iaitu; 1) anjal vs tekal, 2) introvert
vs ekstrovert, 3) teoritikal vs praktikal, 4) efikasi kendiri vs tawaduk, dan 5) dunia vs
akhirat.

4.4.1 Anjal vs Tekal

Peserta kajian didapati mempunyai karakter yang tekal pada satu-satu keadaan dan anjal
pada keadaan yang lain. Tekal bermaksud tidak berubah, tetap dan konsisten, manakala
anjal pula bermaksud mudah berubah mengikut perubahan. Peserta kajian adalah
individu yang tekal apabila menonjolkan tiga karakter, iaitu; patuh syariah, patuh arahan
dan peraturan serta tegas. Anjal pula dapat dilihat pada peserta kajian dari tiga karakter,
iaitu; kreatif, tidak suka terikat dan ikut minat pelajar.
212

a) Patuh syariah

Peserta kajian didapati sangat patuh syariah dan menjaga batasan yang dibenarkan oleh
agama. Hal ini diakui oleh rakan guru (S3G1TB1; S4G1TB1) dan pelajar (S3P2TB1;
S4P1TB1) serta dibuktikan melalui pemerhatian (S3U3PM2; S5U5PM1; S6U6PM1;
S6U6PM2; S7U7PM1; S8U8PM2). Hal ini dapat dilihat melalui tindakan mereka sama
ada dalam pergaulan seharian mereka, ketika meraikan apa-apa perayaan yang
dianjurkan dan ketika menjalankan tugasan mereka mengenai apa-apa yang dibolehkan
dan apa-apa yang dilarang. Dari sudut pergaulan, Ustazah Huda mengakui bahawa dia
lebih selesa menyendiri berbanding berkumpul dengan rakan-rakan guru yang suka
bercakap buruk tentang orang lain (S3U3TB4). Dari sudut meraikan apa-apa perayaan,
seperti yang dijelaskan oleh Ustazah Aleeya bahawa dia akan mengikut apa-apa jua
arahan untuk pemakaian, namun tetap akan pastikan syariah dipatuhi (S4U4TB4).

Dari sudut tugasan, contohnya seperti yang dilakukan oleh Ustaz Uwais sebagai
guru ICT, apabila menyediakan kemudahan internet kepada pelajar sekolahnya, beliau
meletakkan peraturan, iaitu mestilah patuh syariah (S1U1TB1). Hal yang sama
dilakukan oleh Ustazah Arisya yang merupakan guru penasihat nasyid di sekolahnya.
Taklifan ini menyebabkannya sentiasa diamanahkan sebagai AJK persembahan dalam
apa-apa program anjuran sekolah. Dia menggunakan jawatannya itu untuk mengawal
persembahan tersebut agar sentiasa patuh syariah dan menolak mana-mana
persembahan yang tidak patuh syariah (S8U8TB3). Kawalan hanya dapat dibuat apabila
ada jawatan (S8U8TB3). Hal tersebut yang mendorong Ustazah Huda untuk memohon
menjadi guru penasihat Kelab Senamrobik. Dia mengambil inisiatif mengubah
beberapa tradisi berpakaian dan memilih lokasi yang bersesuaian dengan kehendak
syarak. Impaknya, ia menarik minat lebih ramai pelajar untuk turut bersama dalam
aktiviti tersebut. Ustazah Huda menjelaskan:

Sebelum ini senamrobik, diaorang pakai scarf tau... Akak jumpa dengan cikgu
koko... Akak kata bagi saya jadi cikgu senamrobik… Alhamdulillah sampai hari
ini tiada orang pakai scarf lagi. Akak minta pula bilik, bilik bertutup kan. Pastu
dekat situ kita dakwah… Tempiasnya dekat guru-guru kita sekali la kan...
Alhamdulillah la senamrobik akak daripada 27 orang sekarang dah 120 orang
(S3U3TB4).
213

Karakter patuh syariat inilah yang menjaga mereka daripada bersikap


melampaui batas. Hal ini diceritakan oleh Ustazah Arisya, ketika menjelaskan
mengenai tindakannya menegur guru-guru yang bertindak tidak patuh syariah, mestilah
dengan cara yang lembut dan penuh hikmah (S8U9TB3). Ustazah Huda pula menyebut
mengenai kecenderungannya untuk meneguran pengetua yang dibuatnya dalam bilik
kecil tertutup tanpa kehadiran sesiapa melainkan mereka berdua (S3U3TB4). Walau
bagaimanapun, karakter ini kadang-kadang menimbulkan rasa kurang senang dalam
kalangan warga sekolah. Hal ini kerana terdapat sebahagian warga sekolah yang
memandang urusan agama sebagai tanggungjawab peribadi pelajar dan tidak perlu
dipertanggungjawabkan kepada pengurusan sekolah dan guru-guru. Dalam menangani
isu sebegini, peserta kajian mengambil tindakan proaktif dengan mengubahsuai
sebahagian keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat dengan mengutamakan
tuntutan agama. Peserta kajian sanggup berpenat untuk memastikan tuntutan agama itu
sentiasa jadi keutamaan. Ustazah Huda bercerita:

Yang akak tahu impak dia tak baik kan, akak tukar sikit… Kreativiti akak…
Contohlah bila nak buat latihan sukan, saya nak budak-budak ini ikut suka hati
dialah nak sembahyang ke tidak... Cikgu ramai sokong… Akak akan cakap,
cikgu sembahyang ni perlu… Dia kata pandai-pandailah budak ini dah besar dah
pandai, tahulah dosa apa semua… Dalam perlaksanaan… Kita dah bagitau yang
geng-geng kita dekat sekolah ni… Sembahyang-sembahyang. Jadi kalau lambat,
kita cakap, tidak apa cikgu, dia lambat pergi padang, dia sembahyang cikgu.
Tapi kita kena penat (S3U3TB4).

Karakter ini memberi kesan kepada peserta kajian ketika penghasilan inovasi.
Penelitian terhadap produk inovasi yang dibangunkan dan dikomersialkan, akan
dipastikan agar sentiasa patuh syariah (S2U2TB1). Sebaliknya, jika seseorang guru itu
tidak mempunyai sensitiviti pada kerangka syariah, maka dia tidak akan mengambil
berat akan hal ini. Menceritakan mengenai hal ini, Ustazah Ainur memberi contoh
seorang guru inovatif di sekolahnya. Katanya:

Cikgu Z. Nak kata islamik sangat, taklah... Kalau dia buat satu inovasi… Dia
ada benda-benda yang lack of… Maksudnya dia tak kawallah benda tu. Tapi
berbanding dengan orang yang, dia ni, dia orang biasa-biasa, maksudnya bukan
background islamik, tapi mungkin terdidik dengan islamic, environment yang
islamik, dia akan berbeza dari segi tu. Mungkin dia nak buat inovasi tu, satu
214

benda yang dia akan fikir dulu. Okey. Aku nak buat inovasi ni, against tak
syariah (S5U5TB1).

b) Patuh arahan dan peraturan

Peserta kajian sangat patuh para arahan dan peraturan (S5U5TB4). Hal ini diakui oleh
pentadbir (S2Pt1TB1; S6Pt1TB1), rakan guru (S2G1TB1; S3G1TB1; S4G1TB1;
S8G1TB1) dan pelajar (S3P1TB1) serta pemerhatian (S1U1PM1; S2U2PM2;
S2U2PM3; S3U3PM2; S3U3PM3; S4U4PM1; S4U4PM2; S4U4PM3; S5U5PM1;
S5U5PM3; S6U6PM1; S6U6PM2; S7U7PM1; S7U7PM2; S7U7PM3; S8U8PM1;
S8U8PM2). Hal ini dapat dilihat ketika Ustaz Uwais bercerita mengenai pengalaman
kanak-kanaknya. Apabila beliau menghasilkan reban ayam di bawah bimbingan
ayahnya berdasarkan panduan yang ayahnya berikan. Katanya, “Semua yang ayah ana
suruh, ana ikut je” (S1U1TB1). Keadaan ini berlarutan hingga ke dewasa, apabila Ustaz
Uwais akan mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh pentadbir sekolah. Hatta
apabila ingin keluar dari sekolah untuk sebarang aktiviti berinovasi sekalipun, beliau
tetap akan memastikan pengetua memberikan kebenaran. Jika kebenaran tidak
diberikan, beliau tidak akan menyertai program tersebut. Katanya, “Pengetua kata,
kalau dapat kebenaran jabatan, saya akan membiarkan ustaz... Tapi, kalau kita nak
pergi sendiri, dia tak bagilah. Dan ana pun memang tak pernah pergi sendiri. Under
JPN je” (S1U1TB1).

Peraturan itu akan lebih dipatuhi jika ada arahan secara hitam putih (S3U3TB4).
Hal ini kerana memang menjadi imej yang sinonim bagi guru agama sebagai individu
yang mengikut peraturan. Keadaan ini menyebabkan jika ada guru agama yang
melanggar peraturan, impaknya lebih buruk jika dibandingkan dengan guru subjek lain
(S7U7TB3). Oleh hal yang demikian, jika diarahkan untuk berbuat sesuatu, mereka
akan patuhinya sedaya mungkin (S7U7TB3). Menjelaskan lagi hal ini, Ustazah Huda
berkata, “tugasan tu memang secara rasmi. Contoh rasmi kita tak boleh langgar, kita
kena buat jugak” (S3U3TB4). Setiap arahan akan cuba dipatuhi walaupun ada kekangan
masa (S8U8TB3). Keadaan ini menyebabkan ada peserta kajian yang dilihat sebagai
anak emas pengetua (S1U1TB2).
215

Peserta kajian juga akan patuh pada arahan pentadbir walaupun terasa berat
untuk dituruti. Contohnya arahan supaya menyertai pertandingan inovasi (S5U5TB4;
S6U6TB1) dan larangan menjual inovasi di sekolah tanpa melalui saluran koperasi
(S4U4TB4). Walau bagaimanapun, peserta kajian turut mengakui bahawa tidak semua
arahan dan peraturan akan dipatuhi (S4U4TB4). Antara sebab arahan tidak dipatuhi
adalah kerana bertentangan dengan peraturan yang dibuat oleh pihak yang lebih tinggi
dan peserta kajian faham sebab arahan tersebut dibuat. Ustazah Huda bercerita
mengenai arahan yang dibuat oleh pengetuanya supaya cikgu-cikgu mengajar secara
bersemuka ketika PKP, di kala KPM telah keluarkan arahan larangan kelas bersemuka
diadakan (S3U3TB4). Berbeza pula dengan situasi yang dialami oleh Ustaz Zakkir
apabila mencadangkan agar diadakan program khas bagi penghuni asrama. Walaupun
arahan KPM telah dikeluarkan agar tidak boleh dianjurkan sebarang program kerana
takutkan jangkitan dan terdapat sebahagian pentadbir yang tunjukkan kepatuhan yang
tinggi akan hal itu, namun beliau kreatif mencari program yang bersesuaian agar
kepatuhan kepada SOP dapat kekal dipatuhi ketika program sedang berlangsung.
Menceritakan mengenai hal ini, Ustaz Zakkir berkata:

Time PKP yang tahun lepas tu, budak-budak asrama, kan? ... Tapi asrama tu tak
ramailah. Dan budak perempuan sahaja… Budak-budak tu selalu mengadu kat
saya, ustaz, boringlah... Takde apa-apa. Yelah, dah arahan tak boleh nak buat
apa-apa yang berkumpul-kumpul, ni, ni, kan? … Saya pun bagi idea, idea dekat
PK HEM... Saya nak buat program... Saya buat pencetus ummah solehah…
Pastu buat pertandingan nasyid... Nasyid yang 4, 5 orang je... Jarak-jarak…
Pengetua, dia sangat sukalah… Pentadbir ni ada yang jenis macam, ikut jelah,
ikut jelah… Pekeliling dah kata tak boleh... Padahal, ada program yang boleh.
Kita cuma ada SOP lah (S2U2TB4).

Selain itu, peserta kajian turut mengakui, jika sesuatu peraturan sekolah atau
arahan tidak dipatuhi, ia tidak dibuat secara bersendiri, sebaliknya dibuat secara kolektif
dan persetujuan beberapa rakan guru yang lain (S4U4TB4).

c) Tegas

Karakter tegas peserta kajian terserlah dalam empat situasi. Satu, apabila mereka
mempunyai pandangan dan idea yang berbeza terutamanya dengan ketua (S4U4TB4).
216

Kadang-kadang, peserta kajian sengaja memberikan cadangan berbeza dengan maksud


untuk menolak cadangan awal ketua (S4U4TB4). Sebahagian ketua memberikan respon
dengan cara memutuskan terus keputusan yang diingini dan tidak meraikan pandangan
peserta kajian (S5U5TB4). Namun, jika ketua tidak terima pandangan peserta kajian,
peserta kajian akan terima apa-apa jua keputusan daripada ketua (S7U7TB3). Dua,
peserta kajian juga kelihatan tegas apabila berhadapan dengan orang bawahan yang
mempunyai idea yang berbeza, sedangkan keputusan telah dibuat hasil perbincangan
peserta kajian sebagai ketua panitia dengan pengetua (S7U7TB3). Tiga, apabila peserta
kajian merasakan ada sesuatu kesilapan yang perlu ditegur, mereka bertegas dan berani
menegur tanpa mengira sesiapa yang ditegur dan apa-apa jawatan yang dipegangnya
(S3U3TB4; S3G1TB1). Peserta kajian sedar bahawa teguran yang dibuat ketika
mesyuarat berlangsung menyebabkan hubungan peserta kajian dengan pentadbir
menjadi renggang (S3U3TB4). Empat, peserta kajian turut kelihatan bertegas apabila
bersungguh-sungguh ingin memastikan sesuatu itu berlaku seperti yang dirancangkan
tanpa bergantung harap kepada orang lain menyebabkan peserta kajian dilihat seperti
melakukan kerja bersendiri dan ingin mengawal segala-galanya (S3U3TB4).

d) Kreatif

Peserta kajian adalah individu kreatif. Hal ini diakui oleh pentadbir (S2Pt1TB1;
S5Pt1TB1; S6Pt1TB1; S8Pt1TB1), rakan guru (S2G1TB1; S3G1TB1; S4G1TB1;
S5G1TB1; S6G1TB1; S7G1TB1; S8G1TB1) dan pelajar (S2P1TB1; S3P1TB1;
S3P2TB1; S4P1TB1; S5P1TB1; S5P2TB1; S6P1TB1) serta pemerhatian (S2U2PM1;
S3U3PM2; S4U4PM1; S4U4PM2; S4U4PM3; S7U7PM3; S8U8PM1). Kreativiti
tersebut sehingga mengakibatkan idea yang mereka utarakan kadang-kadang tidak
dapat difahami oleh orang lain. Contohnya seperti kes Ustazah Aleeya, apabila rakan
guru tidak faham bentuk inovasi yang ingin dihasilkan sehinggalah inovasi Hajj Pop-
up Tour siap dihasilkan (S4U4TB4). Hal ini kerana idea kreatif itu disifatkan sebagai
idea gila (S7U7TB3). Kreativiti peserta kajian boleh dilihat dari dua sudut, iaitu;
tindakan kreatif dan pengajaran kreatif. Dari sudut tindakan kreatif, daya kreativiti
peserta kajian terserlah sejak dari kecil apabila suka menghasilkan sesuatu yang baru
menggunakan kemahiran yang ada. Contohnya Ustazah Aleeya suka menjahit dan
menggunakan kemahiran menjahitnya untuk menghasilkan pakaian, langsir, beg pensel
217

dan beg laptop yang mempunyai tambah nilai elemen tertentu yang tiada di pasaran
(S4U4TB1). Ustaz Zakkir yang suka mengubahsuai masakan tidak seperti masakan
biasa seperti “Orang selalu buat kuih bentuk empat segi je, kita buat bentuk lain, kita
tambahkan benda-benda lain. Chocalate chip ke, apa ke, kan? … Kadang-kadang
orang buat semperit yang panjang tu je, saya buat semperit bentuk bintang”
(S2U2TB4).

Minat peserta kajian terhadap tugasan kreatif menyebabkan mereka sanggup


melakukan kerja secara sukarela dan menawarkan diri untuk melakukan kerja-kerja
tersebut seperti Ustazah Aleeya yang mereka bentuk pemisah fail serta berkongsi untuk
digunakan oleh guru-guru yang lain juga (S4U4TB4). Mereka berpuas hati jika dapat
menghasilkan produk kreatif sendiri kerana mereka dapat menambah nilai sesuatu
produk yang dihasilkan itu mengikut keselesaan dan keperluan (S4U4TB1). Tindakan
kreatif peserta kajian juga terzahir pada tindakan yang diambil berdasarkan jawatan
yang dipegang. Ustaz Uwais melakukan beberapa tindakan kreatif berbeza ketika
memegang jawatan berbeza. Beliau mengasaskan cybercafe untuk memberikan
kemudahan internet kepada pelajar ketika menjawat jawatan GICT, menyediakan bilik
kebal khas bagi mengumpulkan bank soalan untuk memudahkan pengurusan soalan di
peringkat sekolah dan memperkenalkan sistem analisis soalan ketika memegang
jawatan SU Peperiksaan (S1U1TB1). Apabila dicabar oleh pengetua, tindakan kreatif
Ustaz Uwais menjadi lebih terarah dan berfokus, iaitu dengan menyediakan Mutlak
Energy Water sebagai kemudahan untuk pelajar minum air bersih (S1U1TB1). Selain
itu, projek menaik taraf surau yang diamanahkan oleh pengetua turut menyebabkan
tindakan kreatif Ustazah Aleeya lebih berfokus dan terarah. Maka beberapa tindakan
kreatif terhasil di surau seperti penghasilan taman JnQ (S4U4TB1).

Dari sudut pengajaran kreatif pula, peserta kajian mengakui bahawa daya
kreativiti boleh diasimilasikan dalam pengajaran Pendidikan Islam (S4U4TB1).
Pengajaran kreatif peserta kajian terserlah, terutamanya dalam penggunaan peta minda
dan penggunaan ICT. Peta minda dihasilkan sendiri oleh Ustazah Aleeya tanpa
menggunakan komputer, sebaliknya menggunakan seni tangan. Menggunakan seni
tangan memberikan kepuasan dan kebebasan kepada Ustazah Aleeya untuk
menghasilkan karya kreatifnya sendiri dalam bentuk peta minda. Beliau bebas
218

memasukkan elemen-elemen tertentu mengikut imaginasinya. Namun, keperluan


pendidikan tetap dititik beratkan seperti elemen KBAT dan gabung jalin dengan subjek
lain seperti BI. Ujar Ustazah Aleeya, “Pakai tangan (buat peta minda) ... Saya buat
sendiri... Saya suka buat macam ni, saya suka idea saya tambah... Adab musafir, ada
jalan, traffic light ke... Macam soalan KBAT ke... Saya cuba tambahkan English. Ayat-
ayat yang budak suka” (S4U4TB1).

Ustaz Uwais pula kreatif menggunakan ICT dalam pengajarannya ketika dinilai
untuk jawatan guru cemerlang, sesuai dengan jawatannya ketika itu sebagai GICT.
Beliau menggunakan ICT sebagai alatan untuk aktiviti pengayaan pelajar. Pelajar
diminta mencari bahan dalam internet sebagai maklumat tambahan daripada konten
pengajaran guru. Selain itu, di pihak Ustaz Uwais sendiri sebagai guru, beliau
menyediakan bahan menggunakan perisian Power Point. Ustaz Uwais bercerita, “Masa
tu penyelaras ICT. Jadi saya ngajar guna komputerlah... Zaman tu, ada kelebihan kita
gunakan LCD, pastu budak-budak kita suruh search bahan, tengah mengajar tu, cari
maklumat berkaitan PdP. Memang berpusatkan murid. Kita buat jugaklah bahan-
bahan, presentation. Masa tu power point tak jual lagi. Kita buat sendiri semua”
(S1U1TB1). Daya kreativiti peserta kajian turut terserlah ketika musim pandemik
apabila mereka bijak menerapkan inovasi mereka ketika mengajar secara atas talian
(S8U8TB3). Bercakap mengenai ketidak puasan hati ibu bapa terhadap keputusan KPM
yang tidak menentu dan menyebabkan mereka terpaksa berhutang untuk membeli
peranti bagi mengikuti pembelajaran atas talian, Ustazah Huda mula merancang untuk
pengajaran hybrid walaupun selepas pengajaran bersemuka dibenarkan sebagai langkah
untuk memanfaatkan peranti sedia ada dan tidak ingin mensia-siakan pengorbanan yang
telah dilakukan oleh ibu bapa (S3U3TB4).

e) Terbuka

Peserta kajian menonjolkan karakter terbuka. Ini diakui oleh pentadbir (S2Pt1TB1),
rakan guru (S2G1TB1) dan pelajar (S3P1TB1; S3P3TB1; S4P1TB1; S5P2TB1;
S8P1TB1). Keterbukaan itu jelas apabila sudi menerima apa-apa jua teguran daripada
sesiapa sahaja (S7U7TB3). Hal ini kerana tiada inovasi yang sempurna. Dengan
teguran, inovasi yang dihasilkan akan jadi lebih berkualiti tinggi (S1U1TB1). Walau
219

bagaimanapun, tidak semua teguran atau kritikan itu akan diterima. Sebaliknya peserta
kajian sepakat bahawa akan ada timbang tara terhadap kritikan tersebut. Kemungkinan
kritikan itu diterima, namun diubahsuai berdasarkan kesesuaian dan keperluan
(S5U5TB4). Keterbukaan peserta kajian terhadap kritikan daripada pelbagai lapisan
umur, walaupun ia datang daripada individu yang masih kecil (S2U2TB4). Dalam hal
ini, peserta kajian mengakui bahawa ilham itu milik Allah SWT dan Allah boleh
mengurniakan ilham melalui apa-apa jua perantara, termasuklah ucapan dan perbuatan
kanak-kanak (S7U7TB3). Oleh kerana itu, Ustaz Uwais terbuka untuk mendapatkan
pandangan daripada pelajar dan anak-anaknya kerana mereka adalah sasaran utama
inovasinya dan mesti dirujuk supaya inovasi sesuai dengan tahap mereka (S1U1TB1).

Untuk memastikan kualiti lebih terjaga, lebih banyak komen yang diterima,
lebih baik (S1U1TB1). Oleh itu, peserta kajian turut terbuka terhadap teguran yang
datang daripada individu yang berada dari luar bidang seperti seorang pekerja
pembersihan (S1U1TB1). Keterbukaan peserta kajian turut zahir apabila mereka tidak
kisah jika pelajar ingin mengubahsuai hasil inovasi mereka mengikut kreativiti mereka.
Namun, batasan diletakkan agar ubahsuai tersebut mesti patuh syariah (S2U2TB4;
S4U4TB2). Walau bagaimanapun, peserta kajian turut menyetujui bahawa mereka lebih
terbuka dalam tiga situasi. Satu, apabila ketandusan idea, lalu seseorang datang dengan
memberikan idea yang boleh diguna pakai, maka dia akan terima (S5U5TB4). Dua,
ketika menimbang beberapa pilihan buah fikir terbaik (S5U5TB4). Tiga, reda apabila
idea yang diberikan tidak diterima (S2U2TB4; S4U4TB4). Peserta kajian mengambil
sikap ini kerana mengiktiraf ilmu dan pengalaman yang turut dimiliki oleh orang lain
(S7U7TB3). Selain itu, peserta kajian turut beranggapan jika dilantik sebagai pentadbir,
pasti ada idea-ideanya yang tidak diterima oleh guru dan mereka memberikan idea-idea
lain yang lebih baik. Yang penting adalah keperluan untuk berlapang dada, berazam
dan bertawakkal kepada Allah SWT Jelas Ustaz Zakkir:

Mungkinlah satu masa, kita pula menjadi pentadbir… Menguruskan


organisasi… Saya kena usahakan diri saya untuk terima pandangan orang. Dan
juga kita cuba realisasikan, kalau dia punya tu, agaknya kita rasa boleh terima,
kita kena yakin. Dan kita cuba bantu. Sama-sama... Yang penting semua orang
dapat bagus, dapat manfaat, pada saya, saya takde masalahlah (S2U2TB4).
220

f) Fleksibel

Peserta kajian sangat fleksibel. Hal ini diakui oleh pentadbir (S8Pt1TB1), rakan guru
(S3G1TB1; S5G1TB1; S8G1TB1) dan pelajar (S2P1TB1; S4P1TB1; S8P1TB1) serta
dilihat melalui pemerhatian (S3U3PM1; S3U3PM2; S3U3PM3; S4U4PM1; S4U4PM2;
S4U4PM3; S5U5PM2; S5U5PM3; S6U6PM1; S6U6PM2). Mereka tidak suka kepada
peraturan yang mengongkong daya kreativiti mereka. Mereka suka untuk bebas
berkreativiti dan membiarkan pelajar mereka untuk turut sama bebas berkreativiti. Bagi
mereka, peraturan yang membataskan daya kreativiti mereka boleh dilanggar.
Contohnya dalam isu hak cipta dalam peta pemikiran i-THINK. Peta i-THINK
mengandungi lapan peta pemikiran dengan lapan fungsi yang berbeza. Peraturan telah
ditetapkan, iaitu mesti dihasilkan mengikut bentuk dan panduan yang diberikan.
Sebarang perubahan pada peta i-THINK tidak dibenarkan. Hal ini tidak dipersetujui
oleh peserta kajian. Mereka lebih suka agar peraturan tersebut tidak mengikat daya
kreativiti mereka. Bahkan mereka memberikan kebebasan kepada pelajar mereka untuk
sesuka hati mengubahsuai peta pemikiran i-THINK tanpa berpandukan kepada panduan
yang telah ditetapkan, mengikut daya kreativiti mereka. Ujar Ustazah Aleeya:

Sebab macam kena follow. Kena ikut cara tertentu. Bentuk dia i-Think begini…
Sedangkan saya nak lebih kepada freestyle. Sebab saya ada idea saya. Sebab tu
kadang macam bila suruh budah ni buat peta buih kan. Suka hati merekalah
macam mana nak buat peta buih. Saya tak ada suruh ikut betul-betul
(S4U4TB1).

Begitu juga dengan panduan pelaksanaan PdPr yang dikeluarkan oleh KPM
yang diubahsuai oleh peserta kajian untuk disesuaikan dengan isu dan masalah yang
mereka hadapi. Isu terbesar adalah kehadiran. Ada tiga langkah diambil mengikut
keadaan pelajar dan ketetapan panitia. Satu, menggabungkan kelas, iaitu untuk pelajar
tingkatan 1 hingga tingkatan 4 (S4U4TB4). Tindakan gabung kelas turut diambil oleh
Ustazah Arisya. Namun, Ustazah Arisya hadkan gabungan dua kelas bersebelahan saja
kerana risau pelajar di kelas yang lebih bawah akan kurang memberikan respon ketika
pengajaran berlangsung (S8U8TB3). Dua, jalankan kelas di waktu lain seperti malam
atau waktu senggang siang kerana pelajar liat untuk hadir kelas awal pagi (S4U4TB4;
S7U7TB3). Tiga, memberikan bahan pengajaran berbentuk video penerangan serta
bahan pembelajaran kendiri seperti kuiz melalui aplikasi WhatsApp atau Telegram
221

(S4U4TB4). Biasanya, bahan akan dikongsi selepas kelas secara atas talian selesai
dijalankan untuk dimanfaatkan oleh pelajar yang hadir dalam kelas atas talian atau
pelajar yang tidak dapat hadir kerana pelbagai kekangan (S2U2TB4). Apabila
pengajaran dilakukan secara kendiri, kehadiran dikesan melalui hasil kerja yang
disempurnakan (S7U7TB3).

Selain itu, karakter fleksibel peserta kajian turut dilihat apabila peserta kajian
menghadapi masalah talian internet ketika ingin menjalankan kelas atas talian.
Rancangan pengajaran A, B dan C perlu disediakan. Selain itu, perjalanan kelas juga
tidak sama seperti kelas bersemuka. Pelajar tahu lebih awal tajuk yang akan dipelajari.
Bahan pengajaran juga diberikan lebih awal. Komunikasi juga tidak diharap berlaku
selancar pengajaran bersemuka. Jelas Ustazah Aisyah:

Saya pakai meet… (Tapi) line dekat rumah sini kan, kadang-kadang okay,
kadang-kadang tak okay… Pernah tetiba je saya putus, mujur saya pakai dua...
Jadi yang ada handphone on, tapi yang laptop tu, saya dah keluar dah… Bila
saya tengok keadaan tak beberapa cantik line dia, saya pakai telegram je. Dalam
telegram tu saya dah ready, pastikan sebelum tu, saya dah pastikan buku teks
online dia, saya dah bagi muka surat berapa. Kita tak boleh la pakai macam kita
bersemuka... Kita kena inform dekat budak apa tajuk hari ni, so dia prepare
earlier... Lepas itu kita kena bagitau jugak, cakap dekat dia walaupun telegram
ke, whatsapp ke ataupun google meet, dia macam nak deliver benda tu kan take
time sikit, lambat line kan. Jadi kita tanya dia kenapa tak jawab, orang tu pun
sebenarnya tengah jawab. Macam tulah, dia tak sampai dekat kita lagi
(S7U7TB3).

g) Meraikan pelajar

Peserta kajian didapati sangat meraikan pelajar. Hal ini dapat dilihat melalui
pemerhatian (S1U1PM1; S3U3PM2; S5U5PM2; S6U6PM1; S6U6PM2; S7U7PM1;
S7U7PM3; S8U8PM2) dan diakui sendiri oleh pelajar (S2P1TB1; S2P2TB1; S3P1TB1;
S3P2TB1; S3P3TB1; S4P1TB1; S5P2TB1; S6P2TB1) serta pentadbir (S2Pt1TB1;
S8Pt1TB1) dan rakan guru (S5G1TB1; S8G1TB1). Dalam usaha untuk meraikan
pelajar menyebabkan peserta kajian bertindak ambil tahu hal-hal berkaitan dengan
pelajar (S3U3TB4). Karakter ini memberi kesan kepada peserta kajian dari sudut
mengambil berat hal kebajikan pelajar. Mereka akan sedaya upaya membantu pelajar
222

tersebut menyelesaikan masalah mereka. Penyelesaian yang diberikan itu dianggap


sebagai dakwah untuk mendekati pelajar. Jelas Ustazah Huda:

Akak tak boleh tengok orang susah… Macam orang nangis dekat sekolah ke,
budak-budak yang akak tahu susah ke, sakit ke…. Bagi akak, bukan wang
ringgit je yang menyebabkan kita boleh dianggap sedekah betul tak? Kadang
kita buat sesuatu yang baik, memudahkan orang, menjadi telinga bila orang
mengadu dekat kita... Bagi akak itulah cara dakwah kita. Kita nak berdakwah
pertama kita kena tackle kebajikan orang susah (S3U3TB4)

Karakter ini menyebabkan peserta kajian lebih suka mengikut rentak pelajar
walaupun ketika pengajaran. Menceritakan situasi yang pernah dialami ketika berdepan
dengan seorang pelajar, Ustaz Imdad berkata, “Budak ni… Macam tak matang lah.
Daripada PJ padang, masuk, masuk "ustaz, ngantuk!" … Kalau saya marah, confirm
dia buat. Jadi saya "Ok, tidurlah. Saya bagi masa 2 minit." Masing-masing
terbongkanglah (S6U6TB1). Sikap meraikan pelajar ini menyebabkan mereka turut
cuba memahami masalah yang sedang dihadapi oleh pelajar ketika pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung. Contohnya, peserta kajian memahami kekangan
yang dihadapi oleh pelajar mereka yang tidak mempunyai kelengkapan cukup untuk
PdPr. Isu ini menyebabkan peserta kajian bersikap fleksibel ketika menguruskan kaedah
pengajaran. Contohnya, Ustazah Huda menjalankan pengajaran dua hala sekali sahaja
seminggu dengan memberi fokus kepada tajuk-tajuk yang sukar difahami, manakala
tajuk yang senang dibuat pengajaran sehala menggunakan aplikasi WhatsApp
(S3U3TB4). Melalui pengajaran sehala, masa belajar pelajar akan jadi lebih fleksibel
dan boleh disesuaikan mengikut situasi masing-masing (S7U7TB3).

Ustaz Imdad pula memperuntukkan satu minggu untuk setiap tajuk dengan
menghasilkan video pengajaran dan bahan pembelajaran untuk dilengkapkan oleh
pelajar secara mingguan (S6U6TB3). Ustazah Arisya pula tidak menggabungkan kelas
Google Meetnya, walaupun dalam keadaan kehadiran pelajar yang tidak ramai hanya
kerana ingin meraikan pelajarnya yang segan untuk memberikan respon ketika
pengajaran sedang berlangsung. (S8U8TB3). Ustazah Aisyah pula meraikan pelajarnya
yang bekerja ketika PKP dan masih berusaha untuk mengikuti kelas. Dia tidak marah
pelajarnya yang mengikuti kelas, walau dalam suasana yang tidak sesuai dan tidak dapat
223

memberikan respon terhadap pengajaran guru. Sebaliknya dia berlapang dada. Yang
penting baginya adalah kerja yang diberikan disiapkan oleh pelajar tersebut. Katanya:

Kadang saya panggil… Masa itu dia cakaplah mic rosak ustazah... Ada satu
yang paling best saya tanya… R, sila baca ayat ni kan. Tahu tak dia buat apa?
Dia buka mic, dia cakap, ustazah, saya atas motor... Dia belajar, tapi atas motor...
Yang penting dia buat kan, takpelah saya kata (S7U7TB3).

Selain itu, peserta kajian turut meraikan pelajar dari sudut pemilihan aplikasi
yang ingin digunakan. Contohnya, Ustaz Imdad lebih selesa menggunakan Telegram
sebagai medium perhubungan, namun kebanyakan pelajarnya telah menggunakan
WhatsApp, maka dia gunakan WhatsApp (S6U6TB3). Sebagai tambahan, peserta
kajian turut menyebut mengenai had kemampuan diri dalam meraikan pelajar dalam
perkara yang melibatkan pengurusan pembelajaran pelajar. Hal ini seperti yang
dijelaskan oleh Ustazah Aisyah:

Hantar kertas soalan untuk yang form 5 tu, last-last dia kata, ustazah, saya tiada
printer. Ha takpe, bagi dekat saya, saya printkan... Ada juga yang saya kata tak
payah print pun tidak mengapa, awak buka handphone awak tengok buku nota.
Jenuh ustaz kalau nak print. Kalau seorang takpelah, ni kalau jauh… Takkan
nak post kan (S7U7TB3).

Selain itu, mereka turut proaktif cuba menyelesaikan isu yang dihadapi oleh
pelajar ketika belajar. Contohnya ketika menghadapi PKP, isu kekurangan data dan
peranti, diambil tanggungjawab oleh peserta kajian untuk membantu pelajar yang tidak
berkemampuan dengan mengumpulkan dana bagi tujuan pembekalan peranti tersebut
(S2U2TB4). Kesan daripada karakter ini, peserta kajian turut didapati meraikan minat
pelajar dan menghasilkan inovasi berdasarkan minat tersebut, walaupun dilihat seperti
melanggar atau mengabaikan peraturan tertentu. Contohnya peraturan sekolah
melarang pelajar bermain, sedangkan pelajar suka bermain. Maka halangan itu
digunakan oleh peserta kajian sebagai satu peluang. Peserta kajian menghasilkan
inovasi berasaskan permainan untuk menarik minat dan perhatian pelajar terhadap
pembelajaran. Kalau sebelum ini pelajar bermain permainan untuk suka-suka tanpa
sebarang metlamat, kini dengan inovasi yang dihasilkan oleh peserta kajian, permainan
diasimilasikan dengan matlamat untuk pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Ustaz
224

Uwais bercerita, “Saya tengok budak tengah main game. Jutaria… Kita marahlah, kan?
… “Ustaz, bestlah ustaz...” “Eh! Ko suka main?” … “Isyk! Kalau macam tu, budak
suka main, ok, belajar sambil bermain.” Why not?” (S1U1TB1).

Peserta kajian turut tidak terikat dengan satu inovasi yang telah dihasilkan dan
akan mengubah suai inovasi tersebut berdasarkan kepada minat pelajar. Dalam hal ini,
peserta kajian mengakui bahawa berlaku keadaan inovasi mereka tidak lagi memberi
kesan yang maksima. Maka mereka perlu positif dan sentiasa kreatif serta produktif
menyediakan pelbagai rancangan sandaran untuk memastikan objektif pembelajaran
tercapai. Jelas Ustaz Imdad:

Yang kita buat kaedah hafazan menggunakan gesture, tangan. Bila untuk
permulaan mungkin ok lah, tapi bila lama-lama macam dia rasa macam budak
tak boleh terima... Jadi kita pun takpelah, kita pun slowlah benda tu kan, kita
buat benda lain lah pula. Tu antara lah dan benda kegagalan tu kita kena terima
dan kita kena mencuba kalau kita tak boleh buat plan B, plan C dan sebagainya,
sampai benda tu boleh jadi (S6U6TB3).

4.4.2 Introvert vs Ekstrovert

Peserta kajian berkarakter sebagai introvert apabila mereka fokus, tekun dan teliti serta
pemerhati, manakala mereka ekstrovert apabila mereka suka membantu, sentiasa
berkomunikasi, mesra, jaga ukhuwwah, tahu limitasi, kelakar dan ketrampilan.

a) Fokus

Peserta kajian mengakui bahawa mereka adalah individu yang sangat fokus dengan
kerja (S6U6TB3; S8U8TB3). Hal ini turut dilihat oleh pengkaji (S2U2PM2; S2U2PM3;
S3U3PM1; S3U3PM2; S4U4PM3; S7U7PM2; S7U7PM3) serta diakui oleh pentadbir
(S2Pt1TB1; S5Pt1TB1; S6Pt1TB1), rakan guru (S2G1TB1; S4G1TB1; S5G1TB1;
S6G1TB1; S7G1TB1) dan pelajar (S6P1TB1; S6P2TB1). Dengan fokus, kualiti kerja
akan jadi lebih baik (S8U8TB3). Untuk memberikan fokus lebih, peserta kajian akan
menetapkan matlamat dengan jelas. Dengan adanya matlamat, kerja akan jadi lebih
tersusun. Segala tindakan akan terarah kepada matlamat yang telah ditetapkan. Jika
225

matlamat tidak dapat dicapai dengan sempurna, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang
lain dapat dicapai. Jelas Ustazah Ainur:

Saya jenis orang suka buat target... Saya tampal dekat meja saya. Jadi apa yang
kita nak, kenapa tak capai benda tu, ada la jugak macam muhasabah… Bila kita
dah ada satu target tu, kita kena capai lah benda tu... Macam tahun ni ada apa
inovasi yang aku nak buat. Kalau aku tak buat inovasi pun tak apalah. Aku buat
kajian tindakan je, cukup ikut kemampuanlah. Bila kita ada target, kita ada satu
planning… Dia akan nampak tersusun (S5U5TB4).

Untuk mengejar matlamat yang telah ditetapkan, peserta kajian tidak


mempedulikan kata-kata negatif daripada orang sekitar. Bagi peserta kajian, kata-kata
sebegini adalah cabaran kecil yang jika dipedulikan akan menyebabkan fokus hilang.
Oleh itu, jika ada kata-kata negatif, mereka akan memberikan respon positif. Jelas Ustaz
Uwais, “Ana jenis orang yang suka memekakkan telinga sebab bagi ana la bila kita
terlalu fikirkan kata-kata orang, kita tak boleh gerak ke depan kan… Ustaz bolehla
banyak masyuk... Alhamdulillah, doakan ustaz ek... Yang penting kita buat benda yang
kita aim, kita suka, jangan hiraukan sekeliling kan” (S1U1TB2). Melalui fokus, peserta
kajian memahami dengan lebih baik objektif sebenar pengajaran Pendidikan Islam,
iaitu; ilmu diajar untuk diamalkan bagi manfaat dunia dan menjadi saham berkekalan
di akhirat. Maka, pengajaran tidak dibuat dengan berorientasikan peperiksaan semata-
mata. Jelas Ustaz Zakkir:

Apabila saya telah menceburi dalam bidang inovasi ni... Saya tidak memikirkan
sangat untuk menghabiskan silibus tu… Yang paling penting adalah pelajar tu
sendiri dia faham dengan mendalam tentang tajuk kita tu... Sebab apa?
Pendidikan Islam ni, dia ilmu yang fardu ain, yang mana mereka akan membawa
dalam kehidupan seharian, dan membawa ke alam dunia, dan juga akhirat nanti
(S2U2TB4).

Fokus turut memberi kesan kepada peserta kajian untuk jadi lebih teliti. Dari
sudut pengajaran, penelitian itu dibuat terhadap dua aspek, iaitu; 1) tahap pembelajaran
pelajar secara individu, dan 2) pemahaman pelajar terhadap perincian tajuk dan sub-
tajuk tertentu. Analisis yang dijalankan ini menjadikan peserta kajian boleh merangka
intervensi-intervensi secara lebih berfokus. Jelas Ustaz Zakkir:
226

Budak ni tak semuanya dia mahir… Tak semua bidang dia boleh catchup dengan
cemerlang. Ada bahagian-bahagian yang dia kurang (faham), khas pada dia…
Ada kelompok 5, 6 orang yang memang bidang jawi dia lemah, ada yang
kelompok 6, 7 orang bahagian akidah dia memang lemah. Jadi kita boleh buat
analisis item (S2U2TB4).

Walau bagaimanapun, fokus turut memberi kesan buruk kepada peserta kajian.
Peserta kajian memberi gambaran diri mereka ketika terlalu fokus. Mereka lebih selesa
bersendiri dan tidak mempedulikan sesiapa di sekeliling (S7U7TB3). Jemputan seperti
kenduri kendara juga tidak dihadiri (S7U7TB3). Komunikasi dalam talian tidak
dipedulikan (S7U7TB3), makan minum diabaikan (S7U7TB2) dan tidur malam tidak
lena (S7U7TB3). Keadaan ini menyebabkan tekanan dan kesihatan diri tidak terjaga
dan memerlukan sokongan orang sekitar untuk memahami keadaannya ketika itu
(S7U7TB3). Oleh kerana itu, peserta kajian selesa memberikan fokus menghasilkan
inovasi ketika waktu lapang. Contohnya ketika musim cuti sekolah (S4U4TB4) atau
ketika berada di rumah (S4U4TB4; S7U7TB3). Kerja-kerja tertentu seperti memasak
juga dikurangkan (S4U4TB4). Jika berada di sekolah, bantuan dan kerjasama ahli
panitia akan ditagih untuk membantu memastikan disiplin pelajar terkawal ketika
mereka buat pembelajaran kendiri (S4U4TB4). Bantuan rakan mampu mengelakkan
diri peserta kajian jadi tidak terurus dan kerja jadi tidak sistematik (S7U7TB3).

Selain itu, peserta kajian turut menghadkan fokus mereka ketika melakukan
sesuatu kerja atau ketika mengusahakan sesuatu projek inovasi. Satu, kerja-kerja hakiki
seperti mengajar diberi keutamaan, tidak boleh diabaikan (S6U6TB3) dan tidak akan
dikorbankan (S3U3TB4). Dua, fokus diberikan tidaklah sehingga mengasingkan diri
daripada orang ramai serta tidak menghiraukan orang di sekitar (S5U5TB4).
Sebaliknya, peserta kajian turut mengakui bahawa mereka lebih perlukan orang sekitar
untuk bantu mereka lebih fokus (S4U4TB4). Tiga, keutamaan diberikan kepada kerja
yang lebih hampir tarikh tutupnya (S8U8TB3).

b) Tekun dan teliti

Peserta kajian menunjukkan karakter individu yang tekun dan teliti, terutama ketika
berkaya dengan hasil seni. Contohnya Ustazah Aleeya, bercerita mengenai minatnya
227

menghasilkan folio ketika zaman persekolahan, dia pasti akan melakukan yang terbaik.
Ketekunan dan ketelitian yang ada pada dirinya menyebabkannya suka mencari kaedah
terbaik untuk mengajar. Katanya, “Folio... kita buat cantik-cantiklah. Teknik bakarlah,
buat teknik nilah, kan? Itu saya memang sukalah. Itu yang bila mengajar, mencari-cari
idea macam mana” (S4U4TB1). Memiliki minat yang hampir sama dengan seni, Ustaz
Uwais pula menunjukkan ketelitian dan ketekunan ketika melukis gambar watak kartun
kegemarannya. Beliau akan melukis watak tertentu ketika rancangan kartun
kegemarannya sedang berlangsung. Kartun-kartun itu akan ditiru dengan teliti. Jika
gambar tersebut tidak sempat disiapkan sehingga rancangan kartun itu tamat, beliau
tetap akan terus melukis lukisan itu sehingga siap berdasarkan imaginasinya. Ustaz
Uwais bercerita, “Suka melukis. Sebab semua kartun yang ana lukis… Maskot Mask
Rider, gambar, ana pegang pen dan kertas, masa static je ana tiru. Ana suka meniru.
Sempat tiru. Kalau tak sempat pun, habis satu kartun, siap satu gambar. Boleh bayang”
(S1U1TB1).

Ketekunan dan ketelitian peserta kajian terzahir ketika mereka menghasilkan


inovasi. Mereka sanggup melakukan ujian secara try and error sebanyak yang mungkin
sehingga hasilnya memuaskan hati mereka. Mereka tidak kisah berhabis banyak duit
ketika ujian tersebut dijalankan. Semuanya adalah untuk memastikan kualiti inovasi
yang dihasilkan terjamin. Ujar Ustaz Uwais, “Dalam 50, 60 kali (cubaanlah). Cetak,
print, print, print… salah je, ubah, print... Print warna. Semua warna. Kos, takpe”
(S1U1TB1).

c) Pemerhati

Peserta kajian mengakui bahawa mereka berkaraktor sebagai pemerhati (S5U5TB4).


Hal ini dapat dilihat melalui pemerhatian (S6U6PM2) dan turut diakui pelajar
(S4P1TB1). Dari satu sudut, karakter ini bagus untuk muhasabah diri dengan
menjadikan orang lain sebagai penanda aras. Dengan itu, peserta kajian akan
mencontohi individu atau tindakan terbaik tersebut. Jelas Ustazah Huda, “Bila kau
berjumpa dengan orang, kau tengok telatah orang, kau tengok telatah kau… Kena
macam tu… Dia perhati untuk buat yang terbaik” (S3U3TB4). Dari sudut inovasi pula,
karakter seorang pemerhati peserta kajian dapat dilihat dari dua sudut, iaitu;
228

pemerhatian bagi mencari ilham, dan pemerhatian bagi menilai isu dan masalah pelajar.
Dari sudut pemerhatian bagi mencari ilham, berlaku pada Ustaz Uwais yang mendapat
idea untuk menghasilkan inovasi poster haji setelah melihat sudut kembara haji di
sekolah yang dilawatinya (S1U1TB1) serta pemerhatian secara umum terhadap
perkembangan semasa inovasi berasaskan papan permainan agar dapat mencari idea
untuk dimasukkan ke dalam inovasi permainan yang sedang atau akan dibangunkan
(S1U1TB1).

Dari sudut pemerhatian kepada pelajar, peserta kajian akan mengenal pasti
masalah belajar pelajar melalui pemerhatian. Peserta kajian akan mengubah stail
pengajaran jika perlu. Contohnya Ustazah Aleeya, mengakui dirinya selesa dengan
kaedah syarahan. Hal ini kerana beliau mempunyai bakat syarahan dan sentiasa menjadi
wakil sekolah dan wakil kampung dalam pertandingan syarahan. Namun, apabila
melihat kefahaman pelajar yang tidak seberapa, beliau terpaksa mengubah stail
pengajaran dengan mengutamakan aktiviti berkumpulan yang lebih berpusatkan
pelajar. Namun timbul isu lain iaitu ada pelajar yang tidak memberikan kerjasama
ketika aktiviti berjalan. Apabila diberi amanah untuk mengajar di kelas menengah atas,
isu ini menjadi semakin ketara terutama ketika berhadapan dengan tajuk yang beliau
sendiri fikirkan sukar. Oleh yang demikian, hasil daripada pemerhatian itu, maka beliau
mengambil inisiatif untuk mengorak langkah menghasilkan inovasi. Ceritanya, “Budak
ni… dengar… dengar. faham ke tidak? Lepas tu bila kita buat kerja kumpulan... Ada
yang tak buat, ada yang buat... Sampai lah saya mengajar Tingkatan 4. Sebelum ni
menengah rendah... Saya dah gabra... Tajuk Haji la paling susah... tu yang... idea tu
sebenarnya” (S4U4TB1). Selain itu, peserta kajian dapat mengenal pasti minat yang
dapat menarik pelajar kepada sesuatu inovasi itu. Contohnya inovasi tabung surau yang
dihasilkan oleh Ustazah Aleeya, apabila pelajar seronok melihat duit bergerak ketika
dimasukkan ke dalam tabung tersebut (S4U4TB1).

d) Suka membantu

Karakter suka membantu peserta kajian jelas dapat dilihat dalam pemerhatian
(S1U1PM1; S2U2PM1; S4U4PM1; S4U4PM2; S4U4PM3; S4U4PM4; S6U6PM1;
S7U7PM2; S7U7PM3; S8U8PM2; S8U8PM3) dan diakui pentadbir (S2Pt1TB1;
229

S8Pt1TB1), rakan guru (S2G1TB1; S3G1TB1; S4G1TB1; S5G1TB1; S6G1TB1;


S8G1TB1) dan pelajar (S3P1TB1; S3P2TB1; S5P2TB1). Peserta kajian menyebut
bahawa mereka seronok jika dapat membantu (S4U4TB1) terutamanya dalam
menghasilkan sesuatu yang diminatinya (S4U4TB4). Karakter suka membantu lebih
terserlah jika berada dalam konteks kerja yang sama. Dalam hal ini, peserta kajian suka
memudahkan kerja sendiri, memungkinkan inovasi dihasilkan. Peserta kajian tidak
lokek untuk berkongsi apa-apa yang telah dihasilkan itu kepada guru lain. Bagi guru-
guru yang tidak mahir menggunakan inovasi tersebut, peserta kajian akan berusaha
untuk membantu dengan alternatif yang lain. Kata Ustazah Aleeya, “Kalau kerja
sayalah… Nak cari jalan penyelesaian… Selagi benda-benda yang boleh nampak
memudahkan, saya akan buat. Contohnya macam ketua panitia tu… Saya dah buat e-
RPH tu.... Diorang pun suka. Cuma beberapa orang jelah, tak gunakan. Mungkin
ngadap komputer tu, tak boleh... Tu saya tolong” (S4U4TB2).

Bagi rakan guru lain yang tidak tahu menggunakan inovasi pengajaran mereka,
peserta kajian turut menawarkan khidmat mengajar kelas mereka dengan menggunakan
hasil inovasi tersebut. Namun, jika waktu kelas rakan guru tersebut bertembung dengan
waktu kelasnya, maka peserta kajian perlukan kerjasama rakan guru tersebut untuk
menjaga kelasnya, sementara mereka mengajar menggunakan inovasinya itu dalam
kelas rakan guru tersebut. Jelas Ustazah Aleeya, “Tiga masa itu bolehlah sorang-
sorang, saya boleh mengajar, Ha, akak jaga kelas saya. Kalau boleh, nak tukar-tukar
macam itulah” (S4U4TB3). Selain itu, peserta kajian turut ringan tulang membantu
rakan guru dengan mengambil alih kelas mereka di kala mereka terpaksa bertugas di
luar (S4U4TB4). Jika peserta kajian dapat mengesan seseorang guru mempunyai
inovasi tertentu, mereka turut berusaha membantu mereka mengenengahkan hasil
inovasi tersebut ke depan. Dalam konteks ini, biasanya peserta kajian akan
berkolaborasi dengan guru tersebut untuk menaik taraf inovasi sedia ada itu. Ustazah
Aisyah bercerita, “Idea tu pun kadang-kadang daripada orang lain. Bila saya kata
buatlah, dia tak nak buat... Saya kata masuklah pertandingan ni… Dia kata tak reti...
Jom buat sama-sama” (S7U7TB3). Selain itu, peserta kajian turut menawarkan diri
untuk membantu guru-guru yang tidak mahir mengajar dengan menyusun khidmat
konsultan daripada guru-guru yang berkemahiran (S5U5TB4).
230

Bantuan diberikan walaupun peserta kajian merasakan orang yang memerlukan


bantuan itu sudah terlalu lambat meminta bantuan (S4U4TB4). Bantuan turut diberikan
tanpa mengira bangsa dan tempat bertugas. Contohnya Ustazah Aleeya pernah
menerima panggilan ucapan terima kasih kerana membimbingnya menghasilkan
inovasi oleh seorang guru India daripada sekolah di PPD lain (S4U4TB4). Karakter
suka membantu ini lahirnya daripada empati. Dengan empati, bantuan yang diberikan
tidak terasa sebagai satu beban, bahkan seronok kerana dapat membantu orang lain
(S3U3TB4). Melalui karakter suka membantu, tenaga dan masa yang diluangkan tidak
diminta untuk dibalas dengan wang ringgit (S6U6TB3).

e) Sentiasa berkomunikasi

Peserta kajian mengakui bahawa mereka sentiasa berkomunikasi. Hal ini dapat dilihat
melalui pemerhatian (S1U1PM1; S3U3PM1; S3U3PM2; S4U4PM2; S5U5PM2;
S7U7PM2; S8U8PM1; S8U8PM3) dan diakui oleh pentadbir (S2Pt1TB1), rakan guru
(S2G1TB1; S3G1TB1; S5G1TB1; S6G1TB1; S7G1TB1; S8G1TB1) dan pelajar
(S5P2TB1; S6P1TB1; S8P1TB1). Dengan komunikasi, mereka rasa ‘hidup’
(S3U3TB4). Keperluan untuk berkomunikasi jadi lebih penting apabila melibatkan diri
dengan penghasilan inovasi (S5U5TB4). Antara situasi yang perlukan peserta kajian
berkomunikasi adalah; 1) ketika mengumpul maklumat sebelum memulakan sesuatu
penghasilan inovasi seperti mengenal pasti isu yang dihadapi pelajar ketika belajar serta
respon pelajar terhadap kaedah semasa pengajaran guru (S5U5TB4), 2) ketika mencari
idea-idea baru (S6U6TB3; S7U7TB3) antaranya dengan bertanya kepada pakar
(S2U2TB4), 3) ketika meminta pandangan mengenai prototaip yang telah dihasilkan
(S6U6TB3), 4) ketika mendapatkan pengesahan guru-guru terhadap produk yang telah
dihasilkan (S6U6TB3), 5) ketika proses menghasilkan produk yang sesuai untuk
dipasarkan, contohnya berkenaan dengan cadangan mengenai material yang ingin
digunakan daripada pengilang (S2U2TB4), dan 6) ketika meminta bantuan rakan dari
sudut kebajikan kehidupan peserta kajian agar fokus mereka ketika menghasilkan
inovasi dapat diberikan sepenuhnya (S4U4TB4).

Selain itu, peserta kajian turut mengakui bahawa melalui komunikasi, motivasi
untuk kekal berinovasi sentiasa ada (S7U7TB3) dan meredakan tekanan ketika
231

menghasilkan inovasi (S7U7TB3). Selain itu, peserta kajian juga suka berkomunikasi
dengan mengutarakan idea untuk menyelesaikan sesuatu isu yang diminta pandangan
kepada mereka (S5U5TB4). Peserta kajian juga suka menawar khidmat bantuan atas
kapasiti jawatan yang dipegangnya (S5U5TB4). Dari sudut kaedah komunikasi, peserta
kajian menonjolkan kaedah berkomunikasi dengan cara yang baik ketika menegur
sesuatu kesalahan (S8U8TB3). Jika teguran ingin dilakukan terhadap pentadbir, maka
caranya adalah teguran dibuat dalam bilik secara bersendiri tanpa kehadiran sesiapapun
(S3U3TB4). Selain itu, peserta kajian turut tidak kisah untuk mengulangi apa-apa yang
pernah disebutkannya agar semua dapat memahami dengan baik (S2U2TB4). Jika
peserta kajian ingin menghubungi pentadbir melalui talian telefon, temu janji akan
dibuat terlebih dahulu kerana menghormati beliau sebagai ketua (S3U3TB4).

f) Mesra

Peserta kajian mengakui bahawa mereka mesra ketika bergaul. Hal ini dapat dilihat
melalui pemerhatian (S1U1PM1; S1U1PM2; S2U2PM1; S2U2PM3; S3U3PM1;
S3U3PM2; S3U3PM3; S4U4PM1; S5U5PM1; S5U5PM2; S5U5PM3; S6U6PM1;
S6U6PM2; S7U7PM1; S7U7PM2; S7U7PM3; S8U8PM2; S8U8PM3) dan diakui oleh
pentadbir (S8Pt1TB1), rakan guru (S2G1TB1; S3G1TB1; S4G1TB1; S7G1TB1) dan
pelajar (S2P1TB1; S2P2TB1; S3P3TB1; S4P1TB1; S5P1TB1; S5P2TB1; S6P2TB1;
S8P1TB1). Ustazah Aleeya mengaitkan dirinya dengan karakter gila-gila, kecoh,
kelakar, tidak terlalu menjaga protokol ketika bercakap dengan pelajar dan melayan
pelajar seperti rakan-rakan sehingga menyebabkannya mudah mesra dengan sesiapa
sahaja (S4U4TB4). Hal yang sama turut diungkit oleh Ustazah Aisyah. Walau
bagaimanapun, tambah Ustazah Aisyah, dia tidak sentiasa beri muka kepada pelajar,
sebaliknya ada waktu-waktu tertentu dia akan serius dan bertegas (S7U7TB3). Ustazah
Arisya turut menyatakan hal yang sama. Keadaannya yang mudah mesra menyebabkan
dia mudah untuk diajak berbual terutamanya dengan kenalan. Dia turut mengakui
bahawa hubungannya dengan pelajar sama seperti rakan. Jelas Ustazah Arisya, “Saya
ni, cepat mesra jugak... Kalau orang ajak berbual, bolehlah berbual. Pastu, pemalu
jugak, ustaz. Kalau tak kenal, malulah… Dengan budak-budak, macam kawan-
kawanlah” (S8U8TB3).
232

g) Jaga ukhuwwah

Peserta kajian menyatakan keseronokan berkecimpung dengan penghasilan inovasi


kerana dapat berkenalan dengan ramai orang (S2U2TB4). Hal ini menunjukkan mereka
menjaga hubungan baik dengan sesiapa sahaja. Hal ini dibuktikan melalui pemerhatian
(S1U1PM1; S5U5PM1; S5U5PM3; S6U6PM1; S7U7PM1; S7U7PM3) dan kenyataan
pentadbir (S2Pt1TB1; S5Pt1TB1), rakan guru (S2G1TB1; S3G1TB1; S5G1TB1;
S6G1TB1; S7G1TB1) dan pelajar (S3P1TB1; S5P1TB1; S6P1TB1; S6P2TB1).
Melalui hubungan baik, pelbagai urusan dalam diselesaikan dengan lancar. Contohnya,
dengan pentadbir, jika ingin minta sesuatu, ikut prosedur dan pentadbir akan mudah
untuk pertimbangkan kelulusan permohonan kerana hubungan yang baik itu
(S6U6TB1). Cara menjaga hubungan dengan pentadbir adalah dengan menerima segala
amanah yang diberikan dan menyempurnakan segala tugasan tersebut sebaik yang
mungkin (S1U1TB1). Kaedah peserta kajian menjaga ukhuwwah adalah; satu, panggil
individu di jawatan tertentu mengikut kesesuaian (S3U3TB4). Dua, apabila sesuatu
inovasi berjaya disiapkan, peserta kajian mengucapkan terima kasih kepada semua
orang (S7U7TB3) dan meraikan semua yang membantu sama ada secara langsung atau
tidak langsung (S4U4TB1). Secara khusus bagi rakan guru yang banyak membantunya,
peserta kajian turut bertanya mengenai hak cipta inovasi bagi memastikan tiada isu hak
cipta timbul di kemudian hari (S4U4TB1).

Tiga, peserta kajian sentiasa positif, walaupun ketika berdepan dengan sinis
negatif daripada rakan-rakan sekitar berkenaan dengan pencapaian peserta kajian
(S1U1TB2). Empat, jika teguran dibuat terhadap seseorang, peserta kajian pastikan
kaedah yang sesuai untuk teguran itu dibuat secara khusus bagi orang tersebut dan tidak
tegur jika seseorang itu sukar untuk ditegur (S8U8TB3). Lima, peserta kajian
mengambil pendekatan tidak melawan kekerasan dengan kekerasan, sebaliknya
menggunakan kelembutan agar hati rakan tadi akan lembut dan hubungan akan kembali
bertaut (S8U8TB3). Peserta kajian turut cenderung mengambil langkah meminta maaf
terlebih dahulu agar kekusutan dapat dileraikan (S2U2TB4). Enam, jika terjadi
perselisihan faham, peserta kajian akan pastikan mereka akan berbaik semula dalam
tempoh tiga hari (S8U8TB3). Namun, kadang-kadang perselisihan itu berlarutan
melebihi tempoh tiga hari. Situasi ini timbul jika rakan sedikit berkeras hati. Namun,
233

usaha meminta maaf tidak akan terhenti. Peserta kajian akan cuba pelbagai saluran yang
ada untuk menghubungi rakannya agar perselisihan itu akan didamaikan. Bercerita
mengenai hal ini, Ustaz Zakkir berkata:

Ada juga sampai 2, 3 hari. Kadang-kadang dia tak boleh terima lagi… Saya tak
putus asa. Saya akan sentiasa lagi minta maaf, minta maaf, minta maaf... Tiap-
tiap hari saya akan jumpa. Kalau tak jumpa saya akan whatsapp… Setakat ni,
walaupun lama, 2, 3 hari ke, 3, 4 hari ke, biasanya kitaorang boleh baiklah
(S2U2TB4).

h) Tahu limitasi

Peserta kajian tahu limitasi mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Maksud limitasi
adalah had kemampuannya. Hal ini dibuktikan melalui pemerhatian (S1U1PM1;
S1U1PM2; S3U3PM2; S3U3PM3; S4U4PM2) dan diakui oleh pentadbir (S6Pt1TB1),
rakan guru (S6G1TB1) dan pelajar (S3P3TB1). Pemikiran tahu limitasi ini ada pada
peserta kajian dalam beberapa sudut. Satu, limitasi hamba seperti Ustazah Huda yang
menyatakan kelemahannya berdepan dengan kuasa Allah SWT yang menimpakan
bencana Covid-19 yang mengakibatkan kesihatannya terganggu kerana cara kerja yang
tidak sesuai dengan umurnya (S3U3TB4). Dua, limitasi kuasa seperti Ustazah Aleeya
yang suka memberikan cadangan yang berbeza dengan pentadbir, namun akur kepada
keputusan akhir oleh pengetua (S4U4TB4). Hal yang sama dinyatakan oleh Ustaz
Zakkir yang cenderung memberikan cadangan sebelum sesuatu mesyuarat berlangsung
dan membiarkan pentadbir memutuskan dan mengumumkan keputusannya kerana tidak
mahu dianggap sebagai individu yang membayangi keputusan pentadbir (S2U2TB4).

Tiga, limitasi kemahiran. Walaupun suka mencuba, namun peserta kajian


mengakui bahawa tidak tidak akan mencuba sesuatu yang dia tidak mempunyai
kemahiran yang cukup (S6U6TB3). Empat, limitasi pengetahuan. Peserta kajian
didapati tidak berani bercakap atas sesuatu perkara yang tidak pasti dan cenderung
untuk diam atas perkara-perkara yang tidak diketahui (S8U8TB3). Contohnya, ketika
berbicara mengenai impak inovasi, peserta kajian tidak berani memberikan kepastian
selagi mana sesuatu inovasi itu tidak melalui fasa ujian (S5U5TB4). Peserta kajian juga
tidak malu untuk menyatakan tidak tahu mengenai sesuatu yang tidak diketahuinya
234

(S4U4TB4). Cuma, penerimaan orang sekitar tidak baik jika terlalu banyak perkataan
tidak tahu diungkapkan kerana peserta kajian kelihatan seperti ingin mengelakkan diri
daripada diberikan tugasan tertentu. Namun, bagi Ustazah Huda, mengakui
ketidaktahuan bukan bererti menolak kerja, sebaliknya sebagai satu isyarat kepada
pentadbir supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi bahawa kerja itu boleh
dilaksanakan sesempurna orang yang tahu. Pada masa yang sama, peserta kajian turut
mengakui bahawa mereka tidak boleh berterusan tidak tahu, sebaliknya mereka perlu
proaktif untuk belajar, walaupun dengan guru lain yang lebih junior daripadanya. Jelas
Ustazah Huda:

Kalau akak tak tahu, akak boleh turunkan akak punya ketuaan, apa yang akak
ada untuk akak dapatkan ilmu... Macam akak dengan pengetua pentadbir akak
cakap terus-terang kalau dia bagi tugas memang akak perlu masa belajar…
Bukan kita nak tolak kerja… Nak menjelaskan pada dia jangan terlampau
meletakkan sesuatu target yang tinggila untuk satu benda. Tapi kita perlu belajar
(S3U3TB4).

Dari satu sudut yang lain, limitasi pengetahuan menunjukkan ketidak


sempurnaan manusia. Hal ini memberi indikasi kepada peserta kajian bahawa setiap
individu mempunyai kepakaran tersendiri yang boleh diambil manfaat daripadanya
(S6U6TB3). Oleh itu, peserta kajian mengakui bahawa mereka perlukan orang lain
untuk memberikan pandangan dan menyumbang kepakaran mereka agar inovasi yang
dihasilkan berkualiti (S2U2TB4). Lima, limitasi akses pada pelajar. Hal ini paling
dirasai ketika mengendalikan PdPr apabila sekolah ditutup dan pengajaran berlangsung
secara atas talian. Keadaan ini menyebabkan kehadiran menurun dan tiada apa-apa yang
boleh dilakukan oleh peserta kajian kecuali memberikan motivasi kepada pelajar agar
konsisten hadir ke kelas (S2U2TB4). Isu ini memberi kesan kepada keboleh percayaan
terhadap pencapaian objektif pembelajaran. Namun, selagimana ada bukti yang
diberikan oleh pelajar, maka bukti itu diterima. Jelas Ustaz Imdad:

Time PKP ni bukan 100%... Memanglah tak semaksimum seperti bersemuka.


Bagi saya itulah capaian yang boleh saya dapat. Mungkin ada orang argue balik,
betul ke dia baca? Betul ke dia hafal? Tapi macam mana itulah yang termampu
saya buat... Based pada apa yang ada, menghafal tu saya gunakan itu sahajalah
untuk saya punya bahan bukti (S6U6TB3).
235

Enam, limitasi kewangan. Contohnya, peserta kajian mengakui perlukan


bantuan pihak ketiga untuk selesaikan isu berkaitan dengan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran yang memberi implikasi kewangan (S3U3TB4). Bantuan pihak ketiga itu
boleh datang daripada dalam sekolah seperti guru-guru atau pun luar sekolah seperti
alumni (S2U2TB4). Tujuh, limitasi masa dan bebanan tugasan. Hal ini kerana ada bakat
tertentu yang menyerlah ada pada peserta kajian dan jarang ada pada guru lain
menyebabkan mereka sentiasa diberi tugasan-tugasan baru. Segelintir tugasan itu
terpaksa ditolak kerana komitmen sedia ada. Jelas Ustazah Huda, “Pengarah minta akak
masuk debate. Peringkat kebangsaan... Akak nak tarik diri... PdPr ni ustaz, online. Akak
punya jawatan, akak punya setiausaha sekolah… Perlantikan pengawas... Pimpin
cikgu-cikgu untuk kenaikan pangkat untuk kajian tindakan… Akak ni kadang suka
meraikan orang… Kena fikir juga dengan masa kita” (S3U3TB4). Lapan, limitasi
kesihatan. Hal ini biasa terkait dengan umur yang semakin menua (S3U3TB4).
Sembilan, limitasi sasaran. Peserta kajian tahu bahawa limitasi pengajaran agama di
Malaysia hanyalah kepada pelajar Islam. Maka, walaupun menjadi jurulatih
senamrobik, mereka tetap cuba terapkan penerapan pematuhan syariat. Namun, apabila
mereka bersenam menggunakan irama ketuhanan, pelajar bukan Islam dibenarkan
untuk tidak turut serta. Ustazah Huda bercerita:

Sekarang ini jadi guru senamrobik… Alhamdulillah sampai hari ini tiada orang
pakai scarf lagi. Akak minta pula bilik, bilik bertutup kan. Pastu dekat situ kita
dakwah la walaupun ada cina ada india, akak cakap dengan budak-budak
Islam… Kita buatlah macam tazkiyatunnafsi, kita punya pembersihan jiwa, kita
guna zikir ke tapi budak cina india dia ketepilah (S3U3TB4).

i) Kelakar

Peserta kajian mengakui bahawa mereka kelakar (S4U4TB4) dan dibuktikan melalui
pemerhatian (S1U1PM1; S1U1PM2; S2U2PM1; S2U2PM3; S3U3PM3; S6U6PM1;
S7U7PM1; S7U7PM3; S8U8PM3) dan diakui oleh pentadbir (S5Pt1TB1; S6Pt1TB1),
rakan guru (S2G1TB1; S5G1TB1; S6G1TB1; S7G1TB1) dan pelajar (S2P1TB1;
S2P2TB1; S3P1TB1; S3P3TB1; S5P1TB1). Hal ini kerana kelakar adalah salah satu
karakter yang mesti ada pada guru (S5U5TB4). Melalui karakter kelakar, hubungan
dengan pelajar jadi lebih santai (S7U7TB3) dan mampu menarik pelajar ketika
236

pengajaran serta pelajar lebih mudah terima teguran guru (S3U3TB1). Antara jenis
lawak yang biasa dilakukan adalah berbentuk “Lawak remaja zaman sekarang, kan?”
(S7U7TB3), namun “tak ada lah kelakar lawak-lawak bodoh tu… Macam sarkastiklah
pulak” (S5U5TB4) serta ada batasan pada kelakar yang dibuat. Kata Ustazah Ainur,
“tak ada lah orang kata kelakar sampai boleh masuk maha raja lawak tu” (S5U5TB4).
Bagi memastikan kelakarnya sesuai dengan pelajar, peserta kajian turut mengikuti
perkembangan semasa yang diminati pelajar. Ustazah Huda bercerita mengenai caranya
mencari bahan lawak dan kaedahnya menggunakan bahan tersebut untuk memberi
pengajaran kepada pelajar. Ustazah Huda bercerita:

Nama artis. Program dekat tv… Kita perlu tahu tu. Sebab bila kita masuk,
mereka macam... Hey! Malam tadi ko tengok tak? ... Juara lagu… Ustazah, lagu
ni sedap, ustazah. Apa lagu tu? Siapa orang tu? Dia boleh cakap tau... Okey.
Ustazah nak tanya. Nabi Muhammad lahir kat mana? Dia tak boleh jawab tau.
Dekat situ, kau tak payah nak marah dia. Dia pun diam… So, kat situ,
pendidikan dia, kita bukan tegur dia. Jadi lawak jenaka ni perlu adalah
(S3U3TB1).

Terdapat dua impak kelakar, iaitu; pelajar dapat mengikuti pengajaran guru
dengan lebih sempurna (S3U3TB1) serta pelajar lebih mudah faham teguran dalam
bentuk sindiran (S7U7TB3). Walau bagaimanapun, peserta kajian mengakui bahawa
mereka tidak kelakar sepanjang masa dan pelajar mereka tahu waktu mereka kelakar
dan waktu mereka serius (S7U7TB3).

j) Ketrampilan

Peserta kajian sangat menjaga penampilan. Hal ini diakui oleh pentadbir (S2Pt1TB1),
rakan guru (S2G1TB1; S5G1TB1; S7G1TB1) dan pelajar (S2P1TB1; S2P2TB1;
S3P1TB1; S5P2TB1; S6P2TB1). Ketrampilan ini seperti yang dijelaskan oleh Ustazah
Huda, “Setakat (DG) 52 ni, macam mana kerja ni, takdelah senget (tudung), sebab
prinsip nombor satu, akak keterampilan (mesti jaga)” (S3U3TB4). Walaupun peserta
kajian sangat sibuk dengan komitmen dan kepelbagaian tugasan di sekolah, namun
mereka akan ambil waktu tertentu seperti waktu selepas solat Dhuha untuk
membetulkan penampilan mereka (S3U3TB4). Bagi Ustaz Zakkir, kesibukan bukanlah
alasan untuk tidak menjaga penampilan, sebaliknya, seseorang yang kelihatan tidak
237

menjaga penampilan menjadi indikator ketidakmampuannya menguruskan kerjanya


dengan teratur dan sistematik (S2U2TB4). Namun, ada seorang peserta kajian yang
mengakui dirinya kadang-kadang tidak terurus penampilannya kerana sibuk. Berkenaan
dengan hal ini, Ustazah Aleeya menjelaskan, “Kalau saya tengah sibuk tu, bedak pun
tak pakai… Jadi macam cikgu-cikgu, Aleeya, where your lipstick... A’alah… Tak
sempat… Orang boleh nampaklah. Oh! Aleeya tengah sibuk” (S4U4TB4).

4.4.3 Teoritikal vs Praktikal

Dapatan menunjukkan peserta kajian berpegang kepada teori, namun turut mengambil
kira praktikalitinya dari sudut praktisnya. Dari sudut teori, terdapat dua tema, iaitu; idea
dan suka belajar. Dari sudut praktikal pula, terdapat empat tema, iaitu; korektif,
keutamaan, halus dan elakkan risiko.

a) Idea

Peserta kajian adalah individu yang penuh idea dan diakui oleh pentadbir (S2Pt1TB1;
S5Pt1TB1; S6Pt1TB1), rakan guru (S7G1TB1) dan pelajar (S8G1TB1). Namun,
mereka terbahagi dua dari sudut menonjolkan idea. Satu kelompok suka memberikan
idea, manakala sekelompok lagi lebih suka berdiam diri. Dalam keadaan tertentu,
peserta kajian tidak suka menyatakan ideanya. Contohnya, Ustazah Aleeya mengaku
tidak suka meluahkan ideanya ketika dalam mesyuarat (S4U4TB4). Namun peserta
kajian tidak nafikan bahawa mereka akan melontarkan idea jika diminta untuk
memberikan pandangan (S4U4TB4; S5U5TB4; S8U8TB3). Begitu juga jika peserta
kajian tidak bersetuju dengan sesuatu cadangan yang diutarakan oleh orang lain. Dia
kekal tidak akan membantah cadangan tersebut. Namun, jika dia tahu ada rakan guru
yang lain tidak bersetuju dengan idea tersebut, dia akan berani mengutarakannya
bersama rakan-rakan yang lain (S4U4TB4). Antara sebab mereka takut mengutarakan
idea adalah kerana mengakui mereka mungkin tidak tahu mengenai sesuatu perkara itu
(S8U8TB3).

Selain itu, peserta kajian turut merasakan sebahagian ideanya mungkin tidak
mampu difahami oleh orang lain (S6U6TB3). Perasaan takut turut menyebabkan
238

mereka tidak berani mengutarakan idea (S4U4TB4). Oleh itu, jika ada sesuatu idea yang
ingin dinyatakan, peserta kajian lebih cenderung untuk utarakannya ketika
perbincangan dalam kelompok yang lebih kecil (S4U4TB4). Terdapat peserta kajian
yang suka memberikan idea (S2U2TB4). Bagi mereka, idea mesti dilontarkan walaupun
mungkin ditolak (S7U7TB3). Bagi mereka, memberikan idea itu sudah merupakan satu
kepuasan (S3U3TB4). Walau bagaimanapun, peserta kajian turut mengakui bahawa
sifat suka memberikan idea itu turut tertakluk kepada isu (S2U2TB4).

b) Suka belajar

Peserta kajian adalah individu yang sentiasa belajar. Hal ini dapat dilihat melalui
pemerhatian (S2U2PM3; S3U3PM1; S3U3PM3; S4U4PM3; S5U5PM3; S6U6PM1;
S6U6PM2; S8U8PM1; S8U8PM2) dan diakui oleh pentadbir (S2Pt1TB1; S8Pt1TB1),
rakan guru (S3G1TB1; S4G1TB1; S5G1TB1; S6G1TB1; S8G1TB1) dan pelajar
(S3P2TB1). Hal ini kerana mereka mengaku bahawa mereka tidak sempurna dan tidak
tahu semua. Sentiasa ada seseorang yang mempunyai pengetahuan yang lebih daripada
mereka menyebabkan mereka bersedia untuk belajar daripada sesiapa sahaja
(S6U6TB3). Melalui belajar, kualiti inovasi yang dihasilkan akan jadi lebih tinggi
(S2U2TB4). Mereka juga perlu belajar sesuatu yang baru sesuai dengan masa dan
keadaan (S2U2TB4). Oleh itu, mereka sentiasa terdepan, cepat beradaptasi dengan
situasi semasa dan tahu apa-apa yang perlu diketahui untuk kegunaan pengajaran
mereka (S4U4TB4). Mereka turut positif dan proaktif untuk belajar sesuatu yang
mereka rasakan perlu untuk dakwah mereka (S3U3TB4). Peserta kajian belajar
daripada pelbagai medium seperti; melalui membaca buku (S3U3TB4), internet
(S5U5TB4), belajar secara kendiri melalui rakaman video (S3U3TB4), belajar daripada
guru yang pakar konten (S3U3TB4) dan guru pakar inovasi (S2U2TB4).

Selain itu, peserta kajian turut mengakui bahawa mereka seronok menyebarkan
ilmu dalam masyarakat kerana melalui perbincangan dan pertanyaan yang diutarakan
oleh ahli masyarakat membuka dimensi baru dalam kefahaman mereka. Hal ini
menyebabkan mereka merasakan dengan mengajar, mereka belajar. Perbincangan
tersebut tidak ditemui ketika dalam kelas di sekolah. Namun, hasil perbincangan itu
239

memberi peserta kajian ilmu-ilmu baru yang dapat dimanfaatkan ketika bersama pelajar
mereka di dalam kelas. Jelas Ustazah Huda:

Akak dah seronok dekat kuliah, bukan kita pandai ustaz, tapi setiap kali kita
dekat kuliah kita akan bukak kitab. Bila buka kitab tak faham akak akan bertanya
dekat tok guru… Bila kita pergi kuliah, orang-orang yang kita anggap orang
kampung, dia punya soalan, soalan yang mencernakan kita punya ilmu tau. Jadi
kita nak belajar… Jadi kita dalam bilik darjah pula, kita banyak cerita. Kita boleh
mengupas intipati isi buku teks dengan cara yang lebih detail (S3U3TB4).

c) Korektif

Peserta kajian mempunyai karakter seorang yang korektif. Hal ini dapat dilihat melalui
pemerhatian (S1U1PM1; S4U4PM2; S4U4PM3; S5U5PM3) dan diakui oleh rakan
guru (S2G1TB1; S4G1TB1; S6G1TB1; S7G1TB1) dan pelajar (S4P1TB1). Karakter
ini menyebabkan peserta kajian berani menegur orang lain dan mengakibatkan aib
orang lain tersingkap dan hubungan dengan individu yang ditegur tidak harmoni
(S3U3TB4). Walau bagaimanapun, melalui karakter ini, peserta kajian mengakui
menyebabkan mereka mahir mengesan masalah atau isu, tidak menyalahkan sesiapa
atas isu tersebut dan tidak bersangka buruk, sebaliknya mereka mengambil langkah
untuk mendepani masalah tersebut itu untuk diselesaikan (S3U3TB1). Karakter ini juga
menyebabkan peserta kajian tidak tergesa-gesa mengejar silibus ketika mengajar dan
memastikan pelajar memahami dengan mendalam sesuatu isi kandungan pelajaran
dengan baik (S2U2TB4). Hal ini kerana, dengan pemahaman yang baik, ilmu itu akan
diamalkan dengan betul dan pelajar tersebut akan sebarkan ilmu itu pada masa hadapan,
sama ada sebagai guru atau sebagai ibu bapa. Pengamalan dan penyebarluasan ilmu itu
akan menjadi saham berkekalan buat peserta kajian sebagai guru mereka. Jelas Ustaz
Zakkir:

Kita nak ajar tu benda yang betul-betul, benar-benar sehingga dia memahami
dengan mendalam… Bila dia dah belajar, dia dah tahu, dia boleh amal, kan?
Nanti akan datang dia boleh ajar sesiapa yang lain... Memberi saham juga
kepada kita… Asal dah ajar je ok tanya budak ok faham, “faham...” Ok kita pun
tak ada lah nak korek-korek kan, padahal daripada bagi keputusan periksa pun
biasa-biasa je, ala kadar. Kita tak cek mana dia punya kelemahan, bahagian
mana yang susah, bahagian mana yang dia ni bagus (S2U2TB4).
240

Oleh itu, peserta kajian menganggap perancangan pengajaran perlu dibuat


dengan rapi (S6U6TB3). Ketika merancang, peserta kajian perlu berimaginasi dalam
minda mengenai bentuk penyelesaian yang berpotensi untuk diketengahkan, kemudian
diluahkan atas kertas dalam bentuk perancangan yang lebih konkrit (S6U6TB3). Untuk
memastikan perancangan dibuat dengan baik, peserta kajian menggunakan langkah
demi langkah penghasilan inovasi berdasarkan kaedah penyelidikan kajian tindakan
(S5U5TB1). Perancangan yang dibuat adalah dengan mengenal pasti isu dan masalah
dalam pengajaran, lalu berusaha untuk memperbaiki kelemahan sedia ada. Kadang-
kadang timbul isu yang baru selepas sesuatu isu diselesaikan. Keadaan ini menjadikan
peserta kajian tidak selesa dengan keadaan sedia ada dan sentiasa berusaha untuk
memperbaiki kaedah pengajaran ke satu-satu kaedah yang lebih baik.

Contohnya perjalanan Ustazah Aleeya menghasilkan inovasi pop-up book,


penuh dengan pemikiran korektif. Bermula dengan menggunakan kaedah syarahan,
namun timbul isu tidak cukup suara. Beliau ubah kepada penggunaan peta minda,
namun ramai pelajar tidak faham. Ustazah Aleeya bercerita, “Ya. Kena syarahan.
Bercakap... bercakap... bercakap. Itu yang saya start buat peta minda... Cikgu lega
juga... Tapi...resultnya banyak yang tak faham sebenarnya” (S4U4TB1). Selain itu,
timbul isu lain seperti kurang kerjasama antara pelajar dan topik yang tidak difahami
peserta kajian menyebabkan peserta kajian mengambil langkah untuk menayangkan
video haji (S4U4TB1). Akhirnya, datanglah idea untuk menghasilkan model haji. Maka
beliau hasilkan prototaip model haji dengan susunan gambar dan laluan. Namun untuk
menambah tarikan, beliau ubah suai kepada bentuk pop-up haji. Permulaan kepada buku
pop-up hanyalah dua lipatan. Hal ini diceritakan olehnya, “Yang Haji tu lah. Saya buat
turutan. Saya buat gambar. Masukkan laluan. Lepas tu yang kedua baru saya buat pop-
up tu. Lepas tu 2017 baru saya buat yang besar tu... Lipat dua. Bila buka je, terbuka
semua” (S4U4TB1).

Namun, saiz yang besar menyebabkan buku tersebut tidak praktikal untuk
dibawa ke mana-mana. Oleh itu beliau bertanya pandangan pakar kertas, iaitu Encik A
dan rakan sekerja. Rakan sekerjanya memberikan idea untuk mengecilkan saiz buku
tersebut. Encik A pula mengajarkannya cara membuat lipatan. Namun, masih ada isu
iaitu lipatan yang diajar itu rumit. Maka Ustazah Aleeya menggabungkan kedua-dua
241

kaedah yang diajar oleh rakan sekerjanya dan Encik A, lalu mengubahsuai kepada
kaedah lipatannya sendiri. Akhirnya terhasillah Hajj Pop-up Tour. Beliau bercerita,
“Encik A punya idea, dengan Ustaz punya tu. Dia lebih kepada buka semua, and then
semua kumpulan boleh tengok kan. Kalau macam saya tu. Satu-satu buku... Maknanya
individu boleh tengok. Saya modify kat situ lah” (S4U4TB1). Daya pemikiran korektif
peserta kajian sangat terperinci sehingga setiap sudut inovasi yang sedang dihasilkan
akan diperhatikan kelemahan yang ada dan cuba untuk ditambahbaik (S1U1TB1).

Terdapat beberapa keadaan peserta kajian menonjolkan karakter korektif


mereka. Satu, apabila mereka nampak kelebihan sesuatu bahan sedia ada dan
mempunyai idea untuk tambah nilai bahan tersebut (S1U1TB2). Dua, nampak
kelemahan pada bahan sedia ada yang terlalu kompleks dan nampak keperluan untuk
memudahkan bahan yang akan dihasilkan kemudian (S4U4TB2). Tiga, nampak
kelemahan dan keperluan tambah baik lepas bertambah pengetahuan baru (S5U5TB2).
Empat, nampak kelemahan pada sesuatu kaedah lalu menyediakan plan B sebagai
alternatif dan intervensi (S7U7TB3). Lima, penilaian dibuat terhadap pelbagai sudut
sebelum keputusan dibuat, seperti dari sudut kesesuaian bentuk pengajaran (S5U5TB4),
kecenderungan pelajar (S6U6TB3; S8U8TB1), masalah yang dihadapi pelajar
(S2U2TB4; S3U3TB4), kesesuaian topik dan jenis inovasi serta kesesuaian medium
(S8U8TB3), tempoh jangkaan penggunaan sesuatu bahan untuk lengkapkan sesuatu
sesi pengajaran (S8U8TB3) dan jenis material bahan yang sesuai (S3U3TB1).

d) Keutamaan

Peserta kajian adalah individu yang tahu meletakkan keutamaan tertentu. Hal ini dapat
dilihat melalui pemerhatian (S2U2PM1; S2U2PM2) dan diakui oleh pentadbir
(S2Pt1TB1), rakan guru (S2G1TB1; S4G1TB1; S6G1TB1; S7G1TB1) dan pelajar
(S3P2TB1). Dalam konteks pendidikan, pengajaran menjadi keutamaan peserta kajian.
Contohnya, dalam kes yang dihadapi oleh Ustazah Ainur, dia tidak bersetuju dengan
tindakan pentadbir sekolah yang berhasrat untuk memasang langsir yang sama di setiap
kelas di sekolahnya. Baginya, di musim PKP, langsir bukanlah keutamaan. Keutamaan
patut diberikan kepada sokongan pengajaran atas talian di musim PKP kini. Sokongan
tersebut sama ada berbentuk perisian dan alatan, lebih menjimatkan daripada kos langsir
242

yang dihasratkan oleh pentadbir. Manfaat pengajaran juga lebih dirasai oleh guru dan
pelajar. Jelas Ustazah Ainur, “Pentadbir, dia bawa satu isu nak standardizekan pasang
langsir… Isu remeh… Sekarang ni kita PKP kan... Why not kalau invest... Sekolah
bayar zoom tu untuk cikgu buat PdPr ke... Kita setup satu mini studio kat sekolah ke
daripada buat langsir yang berpuluh-puluh ribu” (S5U5TB4).

Ustazah Aisyah pula meletakkan keutamaan pada kehadiran pelajar ke kelas atas
talian, walau dalam apa-apa jua situasi yang sedang pelajar alami, dalam masa yang
sama, dia turut memahami keterbatasan pelajar ketika mengikuti kelas tersebut
(S7U7TB3). Ustaz Imdad pula menyebut mengenai keutamaannya menjalankan kerja
hakiki sebagai guru jika dibandingkan dengan urusan penghasilan inovasi. Hal ini
kerana penghasilan inovasi mengambil masa yang lama dan boleh dibuat pada waktu
terluang. Dia tidak sanggup mengorbankan masanya bersama pelajar hanya kerana
kerja-kerja berkaitan dengan pembangunan inovasi tersebut. Jelas Ustaz Imdad, “Untuk
kerja-kerja yang hakiki yang sebenar tu, kita utamakan… Bab inovasi ni kita letak
kemudianlah. So, kita benda yang wajib tu kita aula kan, benda-benda yang sunat-sunat
ni kita kemudiankanlah… Taklah sampai kita menidakkan kelas kita, itu tidak”
(S6U6TB3). Selain itu, keseronokan pada dunia pendidikan menjadikan peserta kajian
cenderung untuk mengutamakan kerjaya sebagai guru dan tidak mahu bertukar ke
laluan pentadbiran (S3U3TB4).

e) Halus

Peserta kajian adalah individu yang sangat halus (S3U3TB4) dan dapat dilihat melalui
pemerhatian (S3U3PM1; S3U3PM2; S3U3PM3; S5U5PM3; S6U6PM2; S7U7PM1;
S7U7PM2; S7U7PM3). Pentadbir (S2Pt1TB1), rakan guru (S2G1TB1; S4G1TB1;
S5G1TB1; S6G1TB1; S8G1TB1) dan pelajar (S2P1TB1; S2P2TB1; S3P1TB1) turut
mengakui hal tersebut. Karakter ini menonjolkan sisi peserta kajian sebagai individu
yang sangat cermat, teliti dan terperinci sehingga tiada sesuatu yang kecil melainkan
semua mesti diambil berat oleh peserta kajian (S3U3TB1). Kesannya, ketika
menghasilkan inovasi, peserta kajian akan pastikan setiap sudut inovasi dinilai,
terutamanya oleh bakal pengguna, agar kelemahan dapat diminimakan apabila
memasuki fasa pengkomersialan (S1U1TB1). Setiap perincian yang ada pada produk
243

inovasi itu kadang-kadang tidak difahami oleh orang lain yang menganggapnya tiada
guna (S6U6TB3).

f) Elakkan risiko

Peserta kajian tidak suka mengambil risiko yang tidak patut. Contohnya, ketika
pengajaran atas talian, rakaman pengajaran tersebut tidak akan disebarkan kepada
umum untuk mengelakkan salah faham di kalangan ibu bapa, guru, pentadbir dan
pelajar lain yang tiada dalam kelas yang tidak memahami konteks sebenar ketika
pengajaran berlangsung (S4U4TB4). Bahkan, dalam konteks organisasi, peserta kajian
akan menyangkal apa-apa tindakan yang dirasakan akan mengakibatkan implikasi
buruk. Penerangan akan diberikan dan peserta kajian tidak mahu dipersalahkan atas
sesuatu keputusan yang salah (S7U7TB3). Walau bagaimanapun, peserta kajian turut
menilai risiko yang akan dihadapi. Ada risiko yang berbaloi untuk ditempuhi namun
dengan langkah yang penuh berhati-hati. Yang penting matlamat tercapai. Segala garis
panduan akan dipatuhi. Dalam hal ini, kebijaksanaan peserta kajian terserlah apabila
bijak menilai garis batasan sebenar boleh dan tidak boleh. Jelas Ustaz Zakkir:

Budak-budak (asrama) tu selalu mengadu kat saya, ustaz, boringlah... Saya


cakap (kat pentadbir), saya nak buat program untuk budak-budak ni... Dia
individu-individulah… Pentadbir ni ada yang jenis macam, ikut jelah…
Pekeliling dah kata tak boleh ada program. Padahal, ada program yang boleh.
Kita cuma ada SOP lah. Tapi dia malas nak ambil risiko agaknya (S2U2TB4).

Untuk mengurangkan risiko, peserta kajian akan menganggap sesuatu urusan


berisiko itu sebagai sesuatu yang serius yang perlu diberi perhatian lebih, maka
perancangan rapi perlu dibuat agar impak risiko dapat diminimakan (S6U6TB3).

4.4.4 Efikasi kendiri vs Tawaduk

Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian seimbang antara memiliki efikasi kendiri
yang tinggi dan tawaduk. Terdapat lima tema bawah efikasi kendiri, iaitu; optimis,
positif, proaktif, tenang dan berani cuba. Bawah tema tawaduk pula, terdapat tiga tema,
iaitu; iktiraf inovasi orang lain, hargai bakat dan kesungguhan serta rendah diri.
244

a) Optimis

Peserta kajian sangat optimis terhadap apa-apa yang mereka lakukan. Hal ini jelas
sewaktu pemerhatian (S1U1PM1; S1U1PM2; S3U3PM1; S3U3PM2) dan diakui oleh
pentadbir (S6Pt1TB1), rakan guru (S3G1TB1; S5G1TB1; S6G1TB1; S8G1TB1) dan
pelajar (S3P1TB1; S4P1TB1; S6P1TB1). Walaupun sesuatu itu kelihatan seperti buruk
pada awalnya di mata orang, namun ada kebaikan dan manfaat tertentu yang akan
diperoleh di masa hadapan. Contohnya Ustaz Imdad menyebut mengenai kisahnya yang
berperanan sebagai pengerusi surau, suka menghabiskan duit tabung untuk naik taraf
surau bagi kegunaan ahli jemaah (S6U6TB3). Peserta kajian tidak suka berada dalam
keadaan leka, statik dan tidak memajukan diri. Mereka suka untuk sentiasa mencuba.
Mereka meletakkan sasaran kerja yang ingin dicapai dalam tempoh waktu tertentu.
Melalui sasaran tersebut, mereka yakin, jika ia tidak dicapai, sekurang-kurangnya ada
sesuatu yang tetap dapat dicapai, walaupun lebih rendah daripada sasaran awal. Pada
masa yang sama, mereka akan bermuhasabah sebab tidak tercapai sasaran awal tersebut.
Jelas Ustazah Ainur:

Nak keluar daripada zone selesala... Kita nak ada something achivement dalam
hidup kita… That’s whyla boleh menghasilkan inovasi… Kalau tak buat satu
inovasi pun, mungkin benda itu boleh jadi kajian tindakan… Saya jenis orang
suka buat target… Tahun ni apa aku nak capai... Kenapa tak capai benda tu, ada
la jugak macam muhasabah (S5U5TB4).

Sasaran yang ditetapkan sendiri oleh peserta kajian itu sangat jelas, terutamanya
dari sudut had masa kepada sempurnanya sesuatu kerja itu. Sasaran itu menjadi
pendorong kepada peserta kajian untuk tidak leka dan memaksa peserta kajian terus
bekerja sehingga usaha yang sedang dilakukan itu berjaya disempurnakan (S7U7TB3).
Dengan adanya sasaran, mereka akan merancang dengan lebih teliti (S5U5TB4).
Mereka berani mencuba dan tidak takut untuk gagal. Mereka tahu bila untuk berhenti
mencuba. Namun, mereka tetap yakin bahawa matlamat sasaran itu boleh dicapai. Oleh
itu, sentiasa ada rancangan sandaran untuk pastikan ia berjaya dicapai. Jelas Ustaz
Imdad:

Kena berani mencuba dan kena jika ada kegagalan tu kena diakui... Contoh saya
pernah buat hari tu yang kita buat kaedah hafazan menggunakan gesture, tangan.
245

Bila untuk permulaan mungkin ok lah. Tapi bila lama-lama macam dia rasa
macam budak tak boleh terima… Buat benda lainlah pula… Kalau kita tak boleh
buat plan B, plan C dan sebagainya, sampai benda tu boleh jadi. Tu benda yang
kita boleh jadi kreatiflah, kita kena pandai, kena berani (S6U6TB3).

Bagi peserta kajian, semua itu adalah proses. Setiap satu kegagalan menutup
satu jalan daripada banyak jalan lain yang boleh dicuba. Mereka yakin bahawa mereka
akan temui jalan terbaik untuk pastikan ia berjaya. Jelas Ustaz Imdad, “Dia sebab kita
dalam pra pengujian, kita menguji dan kita dalam konteks eksperimen, kita kena macam
"tak ada apalah". Kita anggap kegagalan sebagai benda yang akan ada peluang baru,
akan ada jalan yang baru yang lagi banyak yang kita akan dapat nanti” (S6U6TB3).
Mereka akan mengharungi apa-apa jua halangan sehingga mereka berjaya mengecapi
kemanisan selepas sesuatu itu berjaya dilaksanakan (S1U1TB2). Mereka ghairah
memastikan rancangan itu berjaya (S5U5TB4). Kadang-kadang, untuk pastikan sesuatu
itu berjaya direalisasikan, peserta kajian mengakui bahawa mereka perlukan bantuan
orang (S3U3TB4). Namun, seringkali juga berlaku, kerana keghairahan ingin pastikan
sesuatu itu sempurna, ada pandangan sinis yang melihat seolah-olah peserta kajian ingin
menonjolkan diri dan suka menjadi ketua. Namun, peserta kajian mengambil tindakan
untuk tidak mengendahkan semua persepsi negatif tersebut. Hal ini kerana, yang
penting, mereka mesti pastikan apa-apa yang telah dirancang berjalan seperti yang
sepatutnya. Jelas Ustazah Huda:

Akak kalau buat sesuatu, akak memang all out dan buat sungguh sungguh…
Kadang dipandang serong oleh orang lain. Akak tak kisah. Kan akak selalu
cakap nak jadi sesuatu, masa tu kita kena harungla… Mungkin sikap yang orang
tengok pada akak ni… Akak nak ke depan. Akak ni nak control semua... Tapi
bagi akak kadang-kadang bila nak buat sesuatu nak sungguh-sungguh tu akak
nak jayakan (S3U3TB4).

b) Positif

Peserta kajian adalah individu positif. Hal ini dapat diihat melalui pemerhatian
(S1U1TB2; S3U3PM3) dan diakui oleh pentadbir (S5Pt1TB1; S6Pt1TB1), rakan guru
(S3G1TB1; S6G1TB1; S7G1TB1; S8G1TB1) dan pelajar (S2P1TB1; S3P1TB1;
S3P2TB1; S3P3TB1; S6P1TB1). Hal ini menyebabkan mereka sentiasa cuba bersangka
246

baik terhadap apa-apa yang telah dan sedang berlaku (S5U5TB4). Walaupun ada
individu yang bersangka buruk terhadap mereka, mereka tetap bersangka baik terhadap
individu tersebut. Ustazah Arisya pernah dimarahi oleh seorang rakan guru kerana
bunyi bising daripada latihan nasyid mengganggunya yang sedang mengendalikan
kelas, namun dia tetap bersangka baik dengannya (S8U8TB3). Dalam sesetengah
situasi, peserta kajian terpaksa mengambil tindakan proaktif untuk meredakan konflik
dengan rakan guru (S4U4TB4). Peserta kajian juga tidak mempedulikan kata-kata
negatif oleh orang sekitar kerana merasakan tiada faedah mempedulikan kata-kata
negatif tersebut. Mereka kekal positif dan terus ke depan. Kata Ustaz Uwais, “Ana jenis
orang yang suka memekakkan telinga… Bila kita terlalu fikirkan kata-kata orang, kita
tak boleh gerak ke depan... Sekurangnya kita berusaha kan. Kata-kata macam tu
biasala… Tiada faedah pun. Yang penting kita buat benda yang kita aim, kita suka,
jangan hiraukan sekeliling” (S1U1TB2).

Peserta kajian turut positif dan menganggap kata-kata sinis orang sebagai
gurauan, kata-kata orang yang lebih tahu atau kata-kata orang yang tidak tahu. Di pihak
peserta kajian, mereka perlu terus berlapang dada, tenang dan tidak mengeruhkan lagi
keadaan. Jelas Ustaz Imdad:

Kita anggap orang lain pandai… Biarlah orang nampak saya ni bodoh, tak apa
lah. Tapi saya buat ni sebenarnya untuk dia, untuk orang lain… Last-last,
Alhamdulillah dia terima. Kita bukannya terima dengan perasaan marah, tak
ada. Kita terima dengan hati terbuka dan kita anggap seperti dia ni tidak tahu
dan kita anggap dia ni mungkin tak sedar lagi ataupun mungkin dia bergurau…
Kita tidak boleh terus dengan sentimen tidak boleh. Kita kena relaks
(S6U6TB3).

Selain itu, peserta kajian juga mendengar masalah yang dihadapi oleh orang lain
dan sentiasa bersedia untuk membantu mengikut kemampuan (S5U5TB4). Peserta
kajian juga positif mendengar keluhan orang dan kreatif menukarkan masalah orang
sebagai satu peluang (S3U3TB4). Selain itu, peserta kajian turut positif ketika
berhadapan dengan pelajar dari pelbagai latar belakang serta menerima mereka
selagimana mereka ada usaha untuk belajar (S7U7TB3). Mereka turut positif menerima
kekurangan dan sentiasa membimbing mereka untuk meningkatkan kualiti diri mereka
(S2U2TB4). Peserta kajian turut tidak suka memberikan alasan atas apa-apa perkara
247

positif yang mereka mampu lakukan (S3U3TB1). Peserta kajian turut positif terhadap
kekurangan manusia dan yakin bahawa setiap satu kelemahan yang ada pada diri
seseorang akan ditampung oleh orang lain. Begitu juga dengan kelebihan yang ada,
bukan untuk dibanggakan, sebaliknya untuk menampung kekurangan yang ada pada
orang lain. Oleh itu, kesempurnaan akan dapat dikecapi apabila bergerak bersama-sama.
Jelas Ustazah Huda:

Dalam panitia ni akak bimbing… Akak bagi (semua inovasi akak) dekat
diaorang… Ada juga di kalangan adik-adik rasa macam kak, kena buat ke
macam ni… Kau jangan ikut akak sebab Allah jadikan kita kekuatan dan
kelemahan berbeza… Sembilan orang ini, seorang pakar ICT, seorang ini bab,
bab bak kata orang cetakan memang hebat, yang seorang lagi ini memang
bercakap memang hebat spontan... Bagi akak garapan ni penting tau
(S3U3TB4).

Oleh hal yang demikian, karakter ini dapat dilihat dari tiga aspek, iaitu; positif
terhadap tugasan, positif terhadap cabaran dan positif terhadap komen. Dari sudut
positif terhadap tugasan, peserta kajian menonjolkan sifat positif apabila menerima
sesuatu tugasan yang diberikan oleh ketua. Hal ini dinyatakan oleh Ustaz Uwais, apabila
beliau dilantik daripada Guru ICT (GICT) menjadi Guru Perpustakaan dan Media
(GPM), beliau terperanjat dengan lantikan tersebut, namun tidak menerima itu sebagai
satu beban, sebaliknya positif merasakan bahawa lantikan tersebut sebagai satu promosi
untuk dirinya kerana sentiasa melaksanakan tugasan dengan baik (S1U1TB1). Ustazah
Aleeya pula menerima tugasan daripada ketua panitianya untuk menghasilkan modul
berasaskan peta minda dengan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang
terbaik walaupun dalam kesibukan program lain ketika itu (S4U4TB1). Ustazah Huda
pula positif melaksanakan satu demi satu tugasan yang diberikan, walaupun ketika
mempunyai komitmen lain (S3U3TB4).

Dari sudut positif terhadap cabaran pula, peserta kajian menunjukkan sikap reda
dan optimis ketika menerima cabaran dan terus mengharungi cabaran tersebut walau
pelbagai rintangan wujud ketika melaksanakan sesuatu tugasan itu. Ustazah Aleeya
bercerita kisah ketika pertama kali menyertai pertandingan guru inovatif peringkat
sekolah untuk mencari wakil sekolah ke peringkat daerah. Semua guru lain menarik diri
dan mencadangkan namanya untuk menjadi wakil sekolah. Guru yang lain dilihat
248

negatif dengan cabaran itu, namun Ustazah Aleeya kekal tenang dan positif untuk
mewakili sekolah walaupun ada tugasan hakiki lain yang turut ditanggungnya sama
seperti guru lain. Katanya, “(Pertandingan inovasi peringkat) sekolah, dia akan buat
bulan 6... Sebelum Pertengahan Tahun… Beban sebenarnya. Jadi bila panitia lain,
“Eh, Aleeya, kaulah...” Macam dah malas nak fikir... Jadi macam, ok lah...
Terpaksalah saya hantar seorang” (S4U4TB1). Setelah menerima cabaran itu, dia tidak
masuk pertandingan itu dengan sekadar masuk, tetapi melakukan sehabis baik bagi
memastikan dirinya mencapai kemenangan (S4U4TB1).

Sikap positif terhadap cabaran turut ada pada Ustaz Uwais. Walaupun
diketawakan oleh rakan-rakan selepas menerima cabaran daripada pengetuanya untuk
menghasilkan inovasi, Ustaz Uwais nekad untuk memastikan matlamat barunya itu
menjadi kenyataan. Lebih-lebih lagi pula apabila beliau merupakan satu-satunya guru
agama lelaki yang ada di sekolah itu. Mengajar pelajar kelas belakang, dengan ramai
pelajar lelaki yang nakal dan tidak minat belajar turut menjadi satu cabaran besar buat
beliau. Namun beliau positif. Matlamat penghasilan inovasi telah ditetapkan oleh
pengetua. Tugasan beliau sekarang adalah menghasilkan inovasi bagi menyempurnakan
tugasan yang diberikan oleh pengetua dan memudahkan pembelajaran pelajar dalam
kelas. Ustaz Uwais menceritakan, “Kawan-kawan ketawakanlah (lepas diarahkan
pengetua untuk hasilan inovasi) … Nyesal jadi GC. Tapi, kan? … Ustaz sorang je ustaz
di sekolah ni. Jadi kelas belakang kitalah. Kelas belakang ni, cabaranlah. Nak tackle
diorang. Nak ngajar diorang, kan? Nak fahamkan diorang” (S1U1TB1).

Dalam sesetengah situasi, peserta kajian sangat positif dan sengaja mendepani
cabaran tertentu bagi membawa nama Guru Pendidikan Islam. Mereka tidak takut gagal
asalkan telah mencuba. Namun, tidak berjaya tidak dinilai sebagai gagal, sebaliknya
dinilai sebagai pelajaran dan ukhuwwah. Jelas Ustazah Huda:

Akak jadikan cabaran tu untuk tak mudah selesa la… Contoh orang ini masuk
pertandingan memasak, kita bukan pandai sangat memasak, kan? Akak tengok
semua tiada guru agama… Jadi kita masuklah pertandingan memasak tu, masak
la apa yang mak kita ajar, betul tak? … Tak menang pun takpa... Bagi akak,
pertama aku seronok sebab aku kawan dengan orang yang best masak… Satu
249

lagi aku nak letakkan nama dalam GPI... Akak nak macam kita di mana sahaja
guru agama (ada wakil) (S3U3TB4).

Tambah Ustaz Imdad, “Kita dalam pra pengujian, kita menguji dan kita dalam
konteks eksperimen, kita kena macam "tak ada apalah". Kita anggap kegagalan
sebagai benda yang akan ada peluang baru, akan ada jalan yang baru yang lagi banyak
yang kita akan dapat nanti” (S6U6TB3). Selain itu, peserta kajian juga sabar dan reda
dengan masalah penipuan yang dihadapi mereka. Mereka menganggap itu sebagai satu
cabaran. Yang penting bagi mereka adalah bangkit daripada kesilapan teknikal untuk
menghasilkan sesuatu yang berbeza. Contoh isu penipuan ini berlaku kepada Ustaz
Uwais, iaitu perebutan harta intelek inovasi (S1U1TB1). Namun Ustaz Uwais tidak
membiarkan isu ini membelenggu dan menjatuhkan dirinya, sebaliknya mengambil isu
ini sebagai pengajaran. Beliau bertekad untuk menghasilkan inovasi baru dalam topik
yang sama, namun dengan konsep yang berbeza. Katanya, “Ana sejukkan hati ana,
Allah akan ganti aku tempat yang lain. Tu yang ana banyak buat (inovasi lain). Tapi,
di hati ana, ana tetap nak buat satu game zakat, versi sendiri” (S1U1TB1).

Dari sudut positif terhadap komen, ia boleh dikaitkan dengan sifat keterbukaan.
Apabila menghasilkan sesuatu inovasi, komen penambahbaikan adalah perlu untuk
memastikan inovasi tersebut mencapai tahap kualiti terbaik. Oleh yang demikian,
penting bagi peserta kajian untuk menerima segala komen yang diberikan oleh sesiapa
jua secara positif dan dipertimbangkan untuk penambahbaikan. Hal ini kerana ada
sudut-sudut tertentu yang pasti peserta terlepas pandang. Jelas Ustaz Uwais:

Kita dapatkan pandangan orang lain, sangat bagus. Sebab ada sudut-sudut mana
yang kita tak nampak. Contoh macam ana buat game yang haji tu, ana guna
ringgit Malaysia. Sorang ustazah tanya ana, ustaz, dekat Arab ada ringgit
Malaysia ke? Kan? Ana terus guna riyal sampai sekarang. Kadang, kita buat
inovasi tu, kita syok sendiri (S1U1TB1).

Tambah Ustaz Imdad, “Saya lebih seronok jika ada orang yang komen
sebenarnya. Itu membuatkan kita lagi tahu kelemahan-kelemahan kita, kan? Dan tahu
di mana kita nak baiki bahan kita lagi” (S6U6TB3). Peserta kajian menyebut ada
beberapa kaedah mereka mendapatkan komen, antaranya; mengadakan pameran
terbuka (S4U4TB1), menerusi pembentangan yang diadakan (S1U1TB1), ketika ujian
250

kebolehgunaan terhadap sasaran inovasi (S1U1TB1) dan komen terbuka. Komen ini
boleh diambil daripada rakan sekerja (S4U4TB1) ataupun orang sekitar (S1U1TB1).
Melalui komen, pelbagai kelemahan dapat dikesan awal. Oleh itu, peserta kajian
mengakui, mereka akan uji inovasi tersebut berkali-kali untuk meminimakan kesalahan.
Jika sesuatu produk inovasi diuji hanya beberapa kali, risiko ia dikomersialkan dalam
keadaan ada kesalahan amatlah besar (S1U1TB1).

c) Proaktif

Peserta kajian mempunyai karakter proaktif. Hal ini dibuktikan melalui pemerhatian
(S1U1PM1; S1U1PM2; S3U3PM1; S3U3PM2; S3U3PM3; S4U4PM1; S4U4PM2;
S5U5PM1; S5U5PM3; S6U6PM2; S7U7PM2; S7U7PM3) dan diakui oleh pentadbir
(S2Pt1TB1; S5Pt1TB1; S6Pt1TB1; S8Pt1TB1), rakan guru (S2G1TB1; S3G1TB1;
S4G1TB1; S5G1TB1; S6G1TB1; S7G1TB1; S8G1TB1) serta pelajar (S2P2TB1;
S3P1TB1; S3P2TB1; S3P3TB1; S4P1TB1; S5P2TB1; S6P1TB1; S6P2TB1;
S8P1TB1). Katakter proaktif mereka menyebabkan mereka bersedia sebelum sesuatu
itu dilakukan, sama ada dari segi alatan yang diperlukan ketika pengajaran seperti “pen
ni memang boleh tanda dekat screen… Instead of tanda dengan tangan kan”
(S5U5TB4) dan “lampu ring” (S5U5TB4) atau perisian yang digunakan untuk
mengendalikan pengajaran atas talian (S2U2TB4; S4U4TB4). Walaupun peserta kajian
berkongsi bahan dengan rakan sama panitia, namun mereka turut proaktif menambah
bahan sendiri jika perlu (S8U8TB3).

Peserta kajian turut proaktif mengenal pasti masalah yang timbul ketika PdPr
dan turut berhasrat menyelesaikan masalah tersebut (S3U3TB4). Dalam kes Ustaz
Zakkir, dia telah terkedepan dengan menguruskan program khusus untuk membantu
pihak sekolah menyelesaikan masalah peranti di kalangan pelajar yang kurang
berkemampuan (S2U2TB4). Dalam konteks perjalanan program di sekolah, peserta
kajian sentiasa bersedia dan proaktif jika mengesan kemungkinan-kemungkinan sesuatu
program tidak berjalan dengan baik. Mereka akan berikan komitmen terbaik untuk
memastikan program tersebut berjalan seperti yang telah dirancang. Jelas Ustazah
Huda, “Yang paling penting waktu perlaksanaan macam mana komitmen kita
membantu. Kalau kau nampak kejadian tu tak jadi, elok kau selamatkanlah... Sesuatu
251

program yang dia buat tu bukan setakat nak melepaskan batuk atau nak cepat habis”
(S3U3TB4). Begitu juga sewaktu ingin menghasilkan inovasi, peserta kajian sentiasa
proaktif melakukan beberapa persiapan, antaranya; mendapatkan maklumat tertentu
daripada pelajar dan meneroka bentuk inovasi yang ingin dihasilkan serta berbincang
dengan pakar untuk mendapatkan panduan penghasilan inovasi terbaik (S5U5TB4).
Peserta kajian turut proaktif membantu rakan guru yang mempunyai idea inovasi yang
berpotensi untuk diketengahkan dan bekerjasama dengannya bagi menaik taraf inovasi
tersebut (S7U7TB3).

d) Tenang

Peserta kajian sentiasa tenang. Ketenangan itu jelas ketika pemerhatian (S1U1PM2;
S3U3PM2; S4U4PM2; S4U4PM3; S5U5PM2; S7U7PM2) dan diakui oleh pelajar
(S3P3TB1; S6P2TB1). Contohnya, Ustazah Aleeya bercerita mengenai rungutan yang
timbul ketika mengendalikan format pertandingan inovasi di sekolahnya. Walaupun ada
guru merungut, peserta kajian kekal bertenang dan percaya bahawa rungutan itu timbul
kerana guru tersebut sedang membiasakan diri dengan proses-proses yang perlu dilalui
ketika menghasilkan inovasi (S4U4TB4). Akhirnya, guru tersebut berjaya. Begitu juga
dengan Ustaz Zakkir yang menonjolkan ketenangan jika idea yang diberikannya
ditolak. Dia kekal tenang dan membuka pintu perbincangan untuk menilai jika ada idea-
idea lain yang lebih baik. Dia akan terima apa-apa jua idea lain yang memang lebih
baik. Jelas Ustaz Zakkir, “Ada juga, idea kita kadang tidak dapat diterima, kan? Saya
takde masalah. Cuma saya tanya, ada tak idea yang lebih bagus? ... Sebab saya
sekarang ni, dah jenis terbuka. Saya tak boleh nak, saya punya je yang bagus”
(S2U2TB4).

Ketenangan itu turut terserlah ketika berperanan sebagai ketua dan mempunyai
anak buah yang tidak ingin mendengar arahan. Peserta kajian ambil langkah untuk
berdiam dan membiarkan orang bawahannya berfikir sejenak dan serahkan kepada
mereka sama ada untuk mengikut arahannya atau melakukan yang sebaliknya
(S7U7TB3). Bagi peserta kajian, kegopohan anak buah berlaku kerana mereka tidak
tahu keseluruhan perkara dan tidak memahami konteks sebenar yang diingini oleh
peserta kajian sebagai ketua (S6U6TB3). Peserta kajian turut bertenang ketika berdepan
252

dengan rakan-rakan yang tidak mengendahkan pembentangannya dalam mesyuarat


menyebabkan mereka perlu mengulang-ulang isi-isi utama perbentangannya beberapa
kali (S2U2TB4). Ketika berdepan dengan kemarahan ibu bapa pula, peserta kajian kekal
tenang dan memikirkan kaedah terbaik untuk situasi menang-menang dengan
memanfaatkan bahan-bahan yang telah dibeli oleh ibu bapa (S3U3TB4).

Walau bagaimanapun, peserta kajian mengakui tertekan jika tidak dapat bebas
bertindak mengikut kesesuaian konteks yang dihadapi mereka. Bagi mereka, mereka
perlu diberi kebebasan menyelesaikan sesuatu isu mengikut masalah berdasarkan latar
belakang yang hanya mereka fahami konteksnya. Pihak atasan yang tidak mengetahui
konteks mereka tidak boleh memberikan peraturan yang terlalu mengikat. Ustaz Imdad
bercerita mengenai langkahnya menyelesaikan isu ketidak hadiran pelajar ke kelas atas
talian yang berjalan di musim PKP, katanya:

Dalam konteks ini sebab kita stress tadi sebab banyak yang kita kena akur
sedangkan kita boleh susun sendiri dan sebenarnya kita boleh cari idea lain, kita
boleh cari kena kreatiflah macam mana nak buat kelas lebih mudah… (Pelajar)
kebanyakannya mereka bekerja dan kebanyakan mereka berkongsi handphone,
data dan sebagainya… Tugasan, saya beri dalam bentuk mingguan… Hari
Khamis dan Jumaat saya minta diorang send balik… Budak-budak lebih selesa
dan Alhamdulillah kita punya dapatan kerja tu lagi banyak sebab mereka tak
terikat dan mereka dalam keadaan yang seronok untuk buat latihan tu
(S6U6TB3).

Selain itu, peserta kajian juga tenang ketika menghadapi masalah yang bersifat
umum dan akan cuba selesaikan isu tersebut bersama-sama dalam organisasi
(S2U2TB4). Ketenangan ini ada pada diri peserta kajian kerana mereka sentiasa
beranggapan bahawa diri mereka tidak sempurna dan mereka sentiasa berusaha untuk
meningkatkan kesempurnaan diri mereka dengan belajar. Pembelajaran itu diperoleh
daripada sesiapa jua (S6U6TB3).

e) Berani cuba

Peserta kajian mengakui bahawa mereka berani meneroka dan mencuba benda baru
(S6U6TB3). Ia diakui oleh pentadbir (S6Pt1TB1), rakan guru (S5G1TB1; S7G1TB1)
253

dan pelajar (S3P3TB1; S5P1TB1). Mereka berani dan kreatif mengubahsuai apa-apa
yang mereka lakukan di luar daripada kebiasaan biasa (S6U6TB3). Karakter ini diakui
oleh peserta kajian, telah sedia ada pada mereka sejak daripada kecil (S2U2TB4).
Peserta kajian akan mencuba jika nampak ada sesuatu peluang yang terbuka
(S2U2TB4). Peserta kajian juga suka mencuba apabila melihat ada orang lain boleh
melakukannya (S3U3TB4). Cabaran itu menjadikan peserta kajian tidak selesa dengan
keadaan semasa dan sentiasa cuba mencabar diri agar dapat jadi lebih baik (S3U3TB4).
Oleh kerana itu, peserta kajian menyertai pertandingan untuk mengetahui tahap sesuatu
inovasi yang dihasilkan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti inovasi yang
sedia ada (S2U2TB4).

Walau bagaimanapun, peserta kajian mengakui bahawa bukan semua percubaan


itu berjaya dan ada percubaan yang gagal (S6U6TB3). Namun kegagalan tidak
mematahkan semangat peserta kajian untuk terus mencuba kerana mereka yakin
bahawa mereka akan berjaya satu hari nanti (S2U2TB4). Peserta kajian turut mengakui
bahawa percubaan hanya akan dilakukan terhadap sesuatu yang mereka punya
kemahiran dan mereka tidak akan cuba melakukan sesuatu yang mereka tidak ada
kemahiran (S6U6TB3). Isu yang menjadikan ada sebahagian guru tidak mahu terlibat
menghasilkan inovasi adalah kerana mereka belum pernah cuba. Sebaliknya, jika
mencubanya, mereka akan rasa seronok dan teruja untuk berterusan menghasilkan
inovasi kerana berpuas hati dengan impak pembelajaran pelajar (S4U4TB4). Hal ini
turut dinyatakan oleh Ustaz Zakkir mengenai perubahan dirinya yang dulunya tidak
berani mencuba, namun sejak melibatkan diri dalam penghasilan inovasi, dia mengakui
lebih berani untuk mencuba dan sentiasa ingin mengenengahkan diri (S2U2TB4).

f) Iktiraf inovasi orang lain

Peserta kajian didapati mempunyai sikap yang mengiktiraf hasil inovasi yang dihasilkan
oleh inovator lain (S1U1PM1; S2U2PM2; S4U4PM3; S5U5PM2). Sebahagian inovasi
tersebut diadaptasi dalam inovasi mereka, namun mereka tidak mengambil kredit
daripada inovasi tersebut. Tanpa segan mereka menyatakan bahawa idea tersebut bukan
milik mereka, sebaliknya milik individu lain. Contohnya, ketika bercerita mengenai
kaedah penggunaan pop-up haji, Ustazah Aleeya menggunakan formula yang diakuinya
254

disusun oleh rakan sekerjanya dan dikombinasi dalam inovasi pop-up hajinya
(S4U4TB3). Isu adaptasi idea orang lain turut dinyatakan oleh Ustaz Imdad, “Dia
kadang-kadang memberi idea baru… Kita cuma modified, tak lah exactly kita tiru...
Kita ambil idea dengan izin dia, kemudian kita modify dengan cara kita” (S6U6TB3).
Peserta kajian juga tidak cepat memperlekehkan idea-idea yang baru dicambah ketika
proses pembangunan inovasi yang ditugaskan untuk dihasilkan oleh individu yang baru
nak berjinak dengan penghasilan inovasi (S2U2TB4).

g) Hargai bakat dan kesungguhan

Peserta kajian menghargai bakat dan kesungguhan yang ada pada individu lain. Hal ini
dapat dilihat melalui pemerhatian (S1U1PM1; S1U1PM2; S3U3PM2; S4U4PM2;
S4U4PM3; S5U5PM2; S5U5PM3; S6U6PM2) dan diakui oleh rakan guru (S3G1TB1;
S8G1TB1) dan pelajar (S3P3TB1; S6P1TB1). Contohnya Ustazah Arisya sangat
menghargai bakat dan kesungguhan yang ada pada seorang pelajarnya yang mempunyai
bakat suara yang tinggi dan bersungguh-sungguh melakukan setiap tugasan yang
diberikan. Orang pendiam, namun mampu mendiamkan orang lain dengan bakatnya.
Ustazah Arisya bercerita:

Saya kata, sape boleh buat lirik, buat lirik... Budak yang samalah buat... Budak
nasyidlah. Kalau suruh AH nyanyi, ok dia siap main dengan music lagi... Kalau
saya bagi tugasan, buat roda impian. Dia paling cantik buat... Bagus budak tu…
Senyap, pendiam je. Tapi, bila disuruh, dia bangun, dia buka mulut tu, dia nyanyi
tu, semua orang senyap (S8U8TB3).

Begitu juga dengan Ustazah Huda yang sangat menghargai setiap bakat yang
ada dalam ahli sepanitianya dan menganggap mereka saling melengkapi. Melalui
kerjasama dan manfaat setiap kepakaran akan membuah hasil. Kata Ustazah Huda,
“Allah jadikan kita kekuatan dan kelemahan berbeza… Seorang pakar ICT, seorang ini
bab, bab bak kata orang cetakan memang hebat, yang seorang lagi ini memang
bercakap memang hebat spontan” (S3U3TB4).

h) Rendah diri

Peserta kajian didapati sangat merendahkan diri mereka dan tidak malu untuk
merendahkan diri (S8U8TB3). Hal ini dibuktikan melalui pemerhatian (S1U1PM2;
255

S5U5PM1; S7U7PM1; S7U7PM2; S8U8PM1; S8U8PM3) dan diakui oleh rakan guru
(S3G1TB1) dan pelajar (S5P1TB1). Walaupun peserta kajian adalah guru yang
berpengalaman, mereka tetap merendahkan diri dan merasakan mereka perlu belajar
daripada sesiapa sahaja yang lebih tahu (S3U3TB4). Hal ini kerana mereka merasakan
diri mereka tidak sempurna (S6U6TB3). Pada masa yang sama, peserta kajian turut
sentiasa merasakan ada orang yang lebih baik dan lebih hebat daripada mereka. Kata
Ustaz Zakkir, “dengan adanya inovasi ni, kita dapat berkenalan lagi dengan orang-
orang lain (yang hebat) … dan juga ada juga orang nak tanya dekat saya tentang
inovasi. Orang yang bakal Dr. ni ha” (S2U2TB4).

4.4.5 Dunia vs Akhirat

Peserta kajian didapati pandai menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. Bawah tema
dunia, peserta kajian berjiwa usahawan. Manakala, bawah tema akhirat, peserta kajian
menonjolkan karakter yang pemurah.

a) Berjiwa usahawan

Peserta kajian telah menceburi bidang keusahawanan semenjak kecil. Misalnya Ustaz
Uwais telah menjual hasil lukisannya kepada rakan-rakan (S1U1TB1). Ia berterusan
sehingga kini dan terbukti melalui pemerhatian (S7U7PM2; S8U8PM2) dan diakui oleh
pentadbir (S2Pt1TB1; S5Pt1TB1; S8Pt1TB1), rakan guru (S4G1TB1; S5G1TB1;
S6G1TB1; S8G1TB1) dan pelajar (S6P2TB1; S8P1TB1). Tema berfikiran usahawan
ini dapat dilihat daripada empat sudut, iaitu; 1) suka menjimatkan kos, 2) berani
melaburkan modal sendiri, 3) sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk, dan 4)
meluaskan sasaran pasaran produk. Dari sudut penjimatan kos, Ustazah Aleeya
menjelaskan mengenai inovasi berasaskan jahitan yang dihasilkannya, katanya, “Kos,
lah. Kalau jahit sendiri, kalau kita beli baju kan. Kalau kain dah RM40. Kalau upah
baju dah RM60. RM100 dah. Kalau jahit sendiri? RM60 tu (dah jimat) ... Benang tu
berapa ringgit je. Tapi saya melabur juga lah untuk beli mesin jahit” (S4U4TB1).

Dari sudut berani melaburkan modal sendiri, kerana minat, peserta kajian tidak
lokek mengeluarkan duit sendiri sebagai modal menghasilkan inovasi sehingga
256

mencecah, “ribuan (ringgit)” (S1U1TB1). Sama seperti Ustazah Aleeya yang


melaburkan modal ribuan ringgit untuk satu mesin dengan satu fungsi sahaja. Walau
bagaimanapun, peserta kajian mengakui bahawa beliau tidak takut rugi jika produknya
tidak terjual kerana dengan rezeki yang ditentukan oleh Allah untuknya. Jelas Ustazah
Aleeya, “RM1,700 saya beli (mesin). Jadi dia (syarikat) cuma print. Saya cuma
cutting… Cuma rezeki untuk pasarkan tu. Kalau ada rezeki adalah” (S4U4TB1). Dari
sudut mempelbagaikan produk, peserta kajian menyatakan bahawa mereka tidak
berpuas hati dengan hanya ada satu produk, sebaliknya berusaha untuk
mempelbagaikan produk inovasinya. Misalnya Ustaz Uwais menjelaskan bahawa
daripada satu produk, iaitu Pintar Haji, kini beliau telah hasilkan beberapa produk yang
sama dengan konsep yang berbeza (S1U1TB1). Dari sudut meluaskan sasaran pasaran
pula, Ustazah Aleeya menjelaskan bahawa inovasi yang dihasilkan adalah untuk
pasaran terbuka dan bukan semata-mata untuk kegunaan pengajaran GPI sahaja
(S4U4TB1).

b) Pemurah

Karakter pemurah jelas kelihatan pada peserta kajian apabila tidak ada peserta kajian
yang tidak membelanja pengkaji makan ketika pengkaji turun ke lapangan (S1U1PM2;
S2U2PM1; S2U2PM2; S2U2PM3; S3U3PM1; S3U3PM3; S4U4PM1; S4U4PM2;
S4U4PM3; S4U4PM4; S5U5PM1; S6U6PM1; S6U6PM2; S7U7PM1; S7U7PM2;
S7U7PM3; S8U8PM1; S8U8PM2; S8U8PM3). Hal ini turut diakui oleh pentadbir
(S2Pt1TB1; S8Pt1TB1), rakan guru (S2G1TB1; S3G1TB1; S4G1TB1; S5G1TB1;
S6G1TB1; S7G1TB1; S8G1TB1) dan pelajar (S2P1TB1; S2P2TB1; S3P2TB1;
S3P3TB1; S4P1TB1; S5P1TB1; S5P2TB1; S6P1TB1; S6P2TB1; S8P1TB1). Peserta
kajian mengakui bahawa mereka tidak mengambil upah atas kerja sukarelawan yang
mereka lakukan dalam masyarakat, walaupun ada peruntukan khusus, sebaliknya
mereka suka untuk sumbangkan bahagian mereka bagi golongan yang lebih
memerlukan (S6U6TB3).

Selain itu, peserta kajian turut mengeluh mengenai ketidak mampuan


menghasilkan inovasi dalam kuantiti yang banyak agar dapat dihadiahkan kepada ramai
rakan guru yang lain (S4U4TB3). Peserta kajian turut menonjolkan sisi pemurah
257

mereka apabila mereka tidak mahu produk inovasi mereka dijual dengan harga yang
mahal agar ia mampu milik (S4U4TB4). Harga yang diletakkan hanyalah untuk
menampung kos (S6U6TB1). Terdapat kes apabila jualan tidak mampu menampung
modal menyebabkan berlaku kerugian, namun, bagi peserta kajian, itu semua adalah
ganti kepada kekurangan yang berlaku sepanjang mereka ketika menjalankan tugas
sebagai guru (S6U6TB1). Peserta kajian juga tidak lokek mengeluarkan modal untuk
belanja pembangunan dan pengkomersialan sesuatu produk inovasi “Walaupun
harganya beribu-ribu (ringgit)” (S2U2TB4).

Kesimpulan daripada dapatan persoalan kajian kedua ini dapat dilihat


berdasarkan jadual di bawah:

Jadual 4.7 Tema yang terbentuk bawah persoalan kajian kedua


Tema Subtema
Anjal Kreatif
Terbuka
Fleksibel
Meraikan pelajar
Tekal Patuh Syariah
Patuh arahan dan peraturan
Introvert Fokus
Tekun dan teliti
Pemerhati
Kasar
Ekstrovert Suka membantu
Komunikasi
Mesra
Jaga ukhuwwah
Tahu limitasi
Kelakar
Ketrampilan
Teoritikal Idea
Suka belajar
Praktikal Korektif
Keutamaan
Halus
Elakkan risiko
Dunia Usahawan
Akhirat Pemurah
Efikasi kendiri Optimis
Positif
Proaktif
Tenang hadapi krisis
Berani cuba
Tawaduk Iktiraf inovasi orang lain
Hargai bakat
Rendah diri
258

4.5 MOTIVASI GIPI MENGHASILKAN INOVASI

Dapatan untuk persoalan ketiga menunjukkan bahawa peserta kajian menghasilkan


inovasi kerana dorongan dalaman dan luaran. Dorongan dalaman terdiri daripada
inspirasi, tugas, kepuasan diri, saham akhirat dan minat. Dorongan luaran pula terkait
dengan pertandingan, pengiktirafan, pendapatan sampingan, peningkatan kerjaya,
penerimaan positif pelajar, dorongan pasangan, sokongan rakan dan peranan pentadbir.

4.5.1 Inspirasi

Inspirasi adalah tema yang paling kerap diungkitkan oleh peserta kajian, menjadi
motivasi kepada mereka untuk menghasilkan inovasi dalam pengajaran. Inspirasi, boleh
dilihat dari dua sudut, iaitu mendapat inspirasi, atau memberikan inspirasi.

a) mendapat inspirasi

Peserta kajian mengakui bahawa mereka terinspirasi untuk menghasilkan inovasi


apabila melihat keseronokan dan kejayaan orang lain ketika berinovasi, atau
mengagumi kehebatan dan komitmen guru lain ketika mengajar. Peserta kajian
mendapat inspirasi daripada guru idola, guru inovatif, suami, tokoh dan pentadbir.
Inspirasi terhadap guru idola diakui apabila melihat kualiti pengajaran beberapa guru
lain menyebabkan mereka ingin meningkatkan kualiti pengajaran mereka. Contohnya,
Ustazah Aisyah yang belajar di sekolah agama rakyat ketika di sekolah menengah
mengatakan bahawa dia sangat terinspirasi dengan kualiti pengajaran guru yang
dibekalkan oleh KPM yang tidak pernah duduk ketika mengajar dan berusaha membuat
kelas tambahan di kala tiada guru lain yang begitu ketika itu (S7U7TB1). Ustazah
Arisya pula terinspirasi apabila melihat rakan gurunya yang mengajar dengan sangat
cemerlang. Bercerita mengenai rakannya itu, Ustazah Arisya berpandangan, “Saya rasa
aktiviti yang menarik menyebabkan kelas tu lagi seronok daripada kita mengajar
macam biasa” (S8U8TB2). Inspirasi ini menyebabkan dia berasa ingin jadi seperti guru
tersebut. Ustazah Arisya bercerita, “Saya memang suka sangat dia tu, kalau dia
mengajar tu saya tengok je, ehh sedapnya ustazah ni mengajar, nak jadi macam dia
lah… Saya macam apa yang ada pada Y tu saya cuba belajar” (S8U8TB2). Terinspirasi
259

dengan kualiti pengajaran guru idola, walaupun guru tersebut tidak menghasilkan
inovasi, namun mereka merasa perlu menghasilkan inovasi untuk meningkatkan kualiti
pengajaran mereka.

Peserta kajian turut terinspirasi dengan guru inovatif yang lain (S8U8TB2).
Kepentingan melihat guru inovatif lain adalah; menjana idea (S6U6TB2), menentukan
piawaian yang ada pada diri sendiri agar tidak tertinggal jauh dengan piawaian umum
yang ada (S8U8TB2), merangsang keterujaan pada peserta kajian untuk turut
melakukan hal yang sama (S6U6TB2) dan menaikkan semula semangat yang luntur
(S6U6TB2). Inspirasi daripada guru inovatif ini, sebaiknya jika terdapat daripada guru
inovatif yang sama sekolah walaupun daripada opsyen berbeza. Hal ini kerana, situasi
tersebut menyebabkan timbul suasana dan budaya kerja inovatif yang boleh dijadikan
contoh tauladan (S5U5TB3; S8U8TB2). Inspirasi itu timbul apabila guru inovatif
tersebut berkongsi kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya dalam kumpulan
WhatsApp sekolah (S5U5TB3). Walau bagaimanapun, peserta kajian mengakui
bahawa pra-syarat utama adalah minat terhadap apa-apa yang telah dihasilkan oleh guru
inovatif lain (S5U5TB3).

Inspirasi boleh juga menjadi pencetus kepada idea untuk menghasilkan inovasi
dalam bentuk tertentu. Contohnya, Ustazah Aleeya menghasilkan inovasi dalam bentuk
AR (S4U4TB3). Oleh itu ada peserta kajian yang mengikuti perkembangan guru-guru
inovatif lain untuk mendapatkan ilham, walaupun guru inovatif tersebut berada di
negeri berlainan dan berbeza opsyen (S8U8TB2). Guru inovatif lain boleh diikuti sama
ada melalui alam maya (S8U8TB2), mengikuti pembentangan mereka dalam seminar
(S3U3TB3) serta melalui pameran, pertandingan dan kursus-kursus inovasi
(S5U5TB3). Ilham tersebut akan diubahsuai dan disesuaikan dengan Pendidikan Islam
(S8U8TB2). Bagi peserta kajian, perbuatan meniru kaedah guru inovatif lain tidak
menjadi satu kesalahan jika ianya dikongsi secara umum oleh pemiliknya sendiri
(S8U8TB2). Hal ini kerana pencurian idea daripada guru inovatif lain, disifatkan oleh
peserta kajian sebagai satu bentuk sinergi yang saling melengkapi (S6U6TB2).

Ustazah Ainur pula mendapat inspirasi daripada suaminya. Inspirasi ini timbul
kerana suaminya pernah terlibat dengan penghasilan inovasi. Walaupun suaminya
260

bukan guru, namun dia dapat merasai keseronokan menghasilkan inovasi apabila
mendengar kisah-kisah pengalamannya menghasilkan inovasi. Kata Ustazah Ainur,
“Dulu pun dia pernah menang inovasi… Terkesan dengan benda tu, buat jugak, kan.
Seronok lak tengok orang buat… Termotivated sebab dia ceritalah... Suami ni sebab
kita memang dah duduk dengan dia, dia cerita-cerita” (S5U5TB3). Ustaz Uwais turut
mengungkit mengenai inspirasi yang diperolehnya daripada seorang tokoh inovator
Malaysia apabila melihat pembentangannya mengenai produk inovasi terbarunya yang
dipertontonkan di Youtube (S1U1TB1). Impiannya untuk jadi seperti Encik Zul
menyebabkan dia berusaha untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin sehingga
akhirnya dia berjaya mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan (S1U1TB1).

Ustazah Huda pula mendapat inspirasi daripada Dr. R, bekas pengetuanya. Dr.
R telah memasang matlamat yang jelas bagi dirinya untuk menjadi yang terbaik,
menunjukkan contoh tauladan guru terbaik dan tidak lokek berkongsi tips bagaimana
dia mendapat kekuatan untuk jadi yang terbaik. Bertitik tolak daripada situ,
pengetuanya telah menjadi sumber inspirasi terbaik bagi dirinya untuk terus melakukan
yang terbaik sepanjang kerjayanya sebagai guru. Ustazah Huda bercerita:

Akak dah 11 pengetualah kat sekolah ni, tapi the bestlah, idola, mentor, Dr. R.
Dia dah bersara. Dia dah JUSA. Itu dia kata, Huda, saya nak tengok awak
JUSA... Bagaimana sifat kasih sayangnya, dia boleh melonjakkan. Sekolah ni,
biasa je, dia tak pernah marah budak, dia tak pernah marah cikgu, tapi semua
orang hormat dan boleh bekerja dia. Boleh datang sekolah. Sebab apa? Kekuatan
dia, dia tahajjud… Jiwa akak dengan dia, sama (S3U3TB1).

b) memberikan inspirasi

Peserta kajian mengakui bahawa menjadi motivasi juga untuk mereka menghasilkan
inovasi apabila mereka ingin memberi inspirasi kepada orang lain. Sasaran inspirasi
adalah guru dan pelajar. Berkenaan dengan memberikan inspirasi kepada guru, diungkit
oleh Ustaz Uwais selaku JU inovasi negeri, Ustaz Imdad selaku guru yang
berpengalaman dengan penghasilan inovasi, Ustazah Aisyah selaku guru
berpengalaman dan pernah bergelar guru cemerlang serta Ustazah Huda selaku SU unit
kajian tindakan. Ustaz Uwais menceritakan kaedahnya memberi inspirasi kepada guru-
261

guru lain, iaitu dengan berkongsi sumber inspirasi yang sama. Katanya, “Dia (En. Zul)
punya kisah ni, kalau ceramah inovasi, ana akan tunjuklah. Ni, orang kata, inspirasi
ana jugaklah” (S1U1TB1). Bercerita mengenai kaedah dia menimba pengalaman, dia
merasakan perlu untuk berkongsi pengalaman tersebut kepada guru-guru lain. Jelasnya,
“Pengalaman tu lebih banyak bila kita masuk peringkat IPG, peringkat universiti, bina
pengalaman sendiri… Pengalaman tu, kita curahkan kepada cikgu-cikgu kita... Tu yang
guru-guru semua galak. Alhamdulillah... Guru inovasi di sini tumbuh bak cendawan.
Itu satu kepuasan analah” (S1U1TB1).

Ustaz Imdad pula, walaupun tidak dilantik dengan apa-apa jawatan berkaitan
dengan inovasi, namun, sebagai seorang yang berpengalaman dalam penghasilan
inovasi, dia turut berhasrat untuk mengajak seramai mungkin guru lain untuk terlibat
dengan penghasilan inovasi. Dia ingin berkongsi keseronokan apabila diiktiraf
kejayaannya menghasilkan inovasi. Menggambarkan perasaannya itu, Ustaz Imdad
berkongsi, “bila dah dapat pernghargaan tu macam, this is what i’ve done… Ni apa
yang hasil saya, rasa seronok kan, moment tu saya nak orang rasa. That’s why saya
ajak kawan” (S6U6TB2). Fokus utama dia adalah guru-guru di sekolahnya. Ustaz
Imdad mengajak rakan-rakan guru sepanitia bersama berkolaborasi dalam projek
inovasi, namun ada yang sudi dan ada yang menolak dengan pelbagai alasan seperti
“Tak hebat sangat macam kaulah... Malulah” (S6U6TB2). Ada yang akhirnya bersama
berkolaborasi dengan Ustaz Imdad menghasilkan inovasi seperti Ustazah L
(S6U6TB2). Selain itu, Ustaz Imdad pernah merangsang rakan guru dengan meminta
mereka menguruskan penyertaan dalam pertandingan inovasi sahaja walaupun tidak
melakukan apa-apa ketika projek penghasilan inovasi (S6U6TB2). Tujuannya adalah
untuk merangsang semangat berinovasi di kalangan guru tersebut (S6U6TB2). Sebagai
tambahan, kesungguhan Ustaz Imdad mengajak rakan guru berinovasi turut terserlah
sehinggakan dia sendiri menganjurkan pertandingan inovasi untuk membuka peluang
kepada rakan guru mengenengahkan inovasi masing-masing (S6U6TB2).

Bagi Ustazah Aisyah pula, dia bermotivasi untuk menghasilkan inovasi kerana
merasakan dia selalu menjadi rujukan guru-guru lain. Dia pernah jadi guru cemerlang
dan antara guru yang berpengalaman di sekolah, maka menunjukkan contoh terbaik
kepada guru-guru lain adalah dakwah baginya. Katanya:
262

Guru dah tua, kan? Boleh jadi contoh... Pernah jadi guru cemerlang… Jadi orang
akan rujuk kita walaupun kita dah tak (GC)… Jadi bila orang masuk kelas kita,
tengok kita mengajar pun, macam takde benda, macam aku jugak kan? Jadi
pertama kita kene, pada saya saya tanam dalam pendirian saya, kau nanti akan
jadi contoh tauladan kan? Walaupun tak bagus, tapi sekurang-kurang benda tu
macam kita berdakwah kan? Tu la buat juga (inovasi) (S7U7TB2).

Bagi Ustazah Huda pula, dia menganggap bilangan guru yang melibatkan diri
dengan penghasilan inovasi di sekolahnya sebagai petunjuk prestasi utama bagi
kejayaan unit kajian tindakan (S3U3TB3). Tiga strategi biasa diambil oleh Ustazah
Huda untuk mencapai sasaran tersebut, iaitu; satu, penganjuran kursus sekurang-
kurangnya dua kali setahun (S3U3TB3). Kepentingan kursus itu adalah untuk “ingatkan
cikgu balik (mengenai kajian tindakan)” (S3U3TB3) dan ubah persepsi para guru
bahawa “inovasi itu bukan (semestinya) bentuk barang.... Tetapi (boleh juga) melalui
kaedah” (S3U3TB3). Dua, guru yang pernah terlibat dengan penghasilan inovasi
dijemput untuk membentangkan hasil kajian mereka dalam kursus tersebut (S3U3TB3).
Tiga, tidak menekankan tentang dokumentasi sebaliknya menekankan impak kajian
tindakan dan inovasi tersebut (S3U3TB3). Maksud impak adalah peningkatan
pembelajaran pelajar berbanding dengan sebelum intervensi dibuat (S3U3TB3).
Walaupun mengakui dokumentasi melecehkan, namun melalui dokumentasi, segala
langkah intervensi dan impak keberkesanan inovasi dapat dijelaskan dan dibuktikan
(S3U3TB3).

Dari sudut inspirasi kepada pelajar pula, peserta kajian mengatakan bahawa
mereka lebih seronok membimbing pelajar menghasilkan inovasi berbanding mereka
sendiri menghasilkan inovasi (S5U5TB3). Hal ini kerana jika pelajar berjaya menyertai
pertandingan inovasi dan memenanginya, perasaan puas yang dirasai itu berbeza
berbanding kemenangan sendiri (S5U5TB3). Kepuasan itu timbul kerana kejayaan
membimbing pelajar yang asalnya tidak tahu apa-apa sehingga mereka berjaya
mendapat pengiktirafan (S5U5TB3). Situasi yang sama dialami oleh Ustazah Aisyah,
apabila mendapat peluang penyertaan ke pertandingan inovasi anjuran PPD.
Mengenangkan pelajar yang ada ketika itu mempunyai potensi, dia segera mengatur
langkah untuk menghasilkan Waze Sirah bersama pelajarnya, lalu mempertandingkan
263

inovasi tersebut dengan mengenengahkan pelajarnya sebagai peserta. Dia tidak fikirkan
menang atau kalah, sebaliknya memberi fokus kepada pembinaan pengalaman untuk
pelajarnya. Jelasnya, “Waze Sirah, pengetua tak suruh, tapi PPD open... Saya tengok
budak-budak sekolah ni ada potensi. Jadi jom la masuk… Cuma saya fikir kalau tak
menang, macam mana kan? Tapi takpelah nak bagi pendedahan (kepada pelajar)”
(S7U7TB2). Berbeza pula dengan Ustazah Arisya yang tidak menjadikan pertandingan
sebagai rangsangan kepada penghasilan inovasi, sebaliknya lebih suka mewajibkan
pelajarnya menghasilkan inovasi berdasarkan pembelajaran secara rutin. Untuk itu, dia
akan menentukan jenis inovasi berdasarkan kemampuan pelajar. Tidak semua pelajar
mampu melakukan jenis inovasi yang sama. Semuanya bergantung kepada pengetahuan
dan minat pelajar. Jelas Ustazah Arisya:

Galakkan dalam kelas, macam kelas 5 T, dia suka nyanyi, ada budak pandai
nyanyi dan ada budak dari kumpulan nasyid. So bila kita dapat ni dapat lagu,
kita bagi kat dia ni cuba buat lagu. Dia pun try. Ha! Ok, ok. Boleh… Kemahiran
budak tu penting (S8U8TB2).

Cara Ustazah Arisya merangsang pelajarnya menghasilkan inovasi adalah


melalui perkongsian bahan yang telah dilakukan oleh pelajar lain kepada umum.
Perkongsian yang dibuat dengan meletak gambar pada group atau status WhatsApp itu
berjaya mencabar pelajar lain untuk menghasilkan bahan itu dengan cara yang lebih
baik lagi. Melalui kaedah ini, seorang demi seorang menghasilkan produk mereka
sendiri dan menghantar bahan yang telah dihasilkan mereka kepada Ustazah Arisya.
Jelas Ustazah Arisya:

Kita share kat kelas lain, kelas lain pun buat juga. Pahtu kelas lain mungkin dia
buat lebih baik. Contoh saya bagi saya buat roda istilah, kelas ni dia buat macam
ni… Saya tengok budak tu, dia buat lagi canggih. Jadi saya letak gambar (kat
WhatsApp) kan, gambar kincir angin kan. Berputar… Masa tu budak-budak
(lain) tengok, ok, ok, saya buat. Pahtu jadi saya tanya mana korang punyo ni,
pahtu sorang hantar, sorang hantar (S8U8TB2).

Selain daripada guru dan pelajar, Ustaz Imdad turut bermotivasi menghasilkan
inovasi dengan melibatkan anaknya. Oleh kerana anaknya bersekolah di sekolah agama
rakyat dan tidak pernah terlibat dengan penghasilan inovasi, maka dia mengambil
264

inisiatif untuk membimbing sendiri anak-anaknya dengan penghasilan inovasi. Ustaz


Imdad bercerita ketika membawa inovasi hasil tangan anak-anaknya untuk
dipertandingkan di negeri lain, katanya, “Bayangkan dia punya ni, dia punya Melaka
tu, nak naik Innova tu, ya Allah. Tapi bila dah dapat sijil tu, dapat pingat tu macam,
rasa senyum je kan... Nak hargai dia, nak bagi dia seronok, kita joinkan dia”
(S6U6TB2). Tidak berhenti setakat itu, Ustaz Imdad turut mengaturkan pertandingan
inovasi di tempat tinggalnya dengan menjadikan sekolahnya sebagai penganjur untuk
memberi inspirasi dan pengalaman kepada seramai mungkin kenalan di tempat
tinggalnya untuk turut sama melibatkan diri dengan penghasilan inovasi (S6U6TB2).
Rakan guru (S3G1TB1; S6G1TB1; S7G1TB1) dan pelajar (S2P1TB1; S3P1TB1)
mengakui terinspirasi dengan kejayaan peserta kajian.

4.5.2 Tugas

Peserta kajian mengakui bahawa mereka bermotivasi menghasilkan inovasi kerana ia


adalah sebahagian daripada tugas mereka sebagai guru. Mereka perlu memastikan
pengajaran mereka sentiasa berkualiti dan memberi impak terbaik kepada pelajar. Jelas
Ustazah Ainur, “Rasa macam (dengan menghasilkan inovasi seperti) ni je cara yang
(berkesan untuk bagi kefahaman kepada pelajar)” (S5U5TB2). Oleh kerana itu, inovasi
yang dihasilkan difokuskan kepada inovasi pengajaran (S5U5TB3). Ia dikaitkan dengan
niat mengajar yang ikhlas dan tanggungjawab yang mesti dipenuhi bagi menghalalkan
gaji yang diterima (S3U3TB1). Oleh itu, penghasilan inovasi pengajaran adalah rutin
biasa seorang guru yang bertanggungjawab untuk memastikan pelajar dapat memahami
sesuatu isi pelajaran dengan lebih baik (S5U5TB3). Walaupun tidak menafikan ada isi
pelajaran tertentu yang perlukan pengajaran dengan cara tradisional, namun peserta
kajian tidak menolak berkemungkinan topik tertentu tidak dapat dihasilkan inovasi yang
sesuai kerana faktor teknologi semasa yang tidak mengizinkan (S5U5TB3). Pada masa
yang sama, peserta kajian turut mengecam sesetengah guru yang agresif menghasilkan
inovasi yang canggih berasaskan teknologi terkini, namun mengabaikan roh sebenar
pendidikan, iaitu mendidik pelajar (S3U3TB1).

Sasaran impak inovasi adalah pembelajaran pelajar (S5U5TB3). Hal ini


dipersetujui oleh Ustazah Huda yang tidak berpuas hati jika pelajar tidak dapat
memahami apa-apa yang diajarkannya, lalu merasakan perlu melakukan sesuatu untuk
265

memberi kefahaman kepada pelajar (S3U3TB3). Oleh kerana itu, peserta kajian akan
berusaha mencari apa masalah yang dihadapi pelajar ketika belajar dan menghasilkan
inovasi untuk membantu mereka belajar. Ustaz Zakkir bercerita mengenai motivasinya
menghasilkan Jawi Abqori, “(Motivasi) yang kedua tak lain tak bukan adalah pelajar-
pelajar sendirilah... Masalah mengeja dan menulis jawi yang berasaskan daripada dia
punya ujian-ujian penilaian yang dilakukan. Jadi, saya pun terfikir untuk menghasilkan
satu inovasi yang boleh membantu” (S2U2TB3). Timbal balik kepada pembelajaran
pelajar adalah pengajaran guru (S6U6TB2). Maka, peserta kajian turut bermotivasi
menghasilkan inovasi kerana menganggap ia akan memudahkan pengajaran mereka
(S7U7TB2).

Oleh kerana itu, peserta kajian sanggup mengeluarkan duit sendiri bagi
menampung kos penghasilan inovasi tersebut dan tidak mengganggap kos sebagai
kekangan untuk menghasilkan inovasi (S5U5TB2). Begitu juga dengan kekangan kerja.
Walau dalam keadaan sibuk bagaimana sekalipun, peserta kajian akan cuba
menghasilkan sesuatu. Contohnya, komitmen yang ditunjukkan oleh Ustazah Aleeya
yang tetap berusaha menyempurnakan inovasi berasaskan modul peta minda bagi
memastikan pelajarnya tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka ketika kesibukannya
membuat persiapan projek naik taraf surau. Dia bercerita, “Saya start surau ni lepas
kita raya tu, memang dah sibukkan. Risau dengan murid-murid... Saya buat dulu (peta
minda bagi) semua tajuk ikut buku teks…Tajuk yang susah je... Tajuk yang mudah saya
nak mengajar tu saya tak de buatlah” (S4U4TB1).

Apabila peserta kajian sentiasa memikirkan mengenai permasalahan yang


dihadapi ketika pengajaran, maka isu itu menghantuinya. Keadaan ini membawa kepada
proses penjanaan idea yang selalu berlangsung. Maka, isu ini menjadi topik perbualan
antara Ustazah Ainur dan kakaknya yang merupakan ustazah di sekolah rendah
sehingga berjaya menjana idea untuk menghasilkan Solatku Power. Ustazah Ainur
bercerita:

Masa buat Solatku Power tu, sebenarnya bincang dengan kakak tau... Dia
ceritalah tentang masalah budak sekolah rendah ni... Jadi bila buat comparison
tu, betul jugak... Budak sekolah menengah ni, yang kelas belakang ni pun
problem … Tu yang kita come up dengan benda yang tu (S5U5TB2).
266

4.5.3 Kepuasan diri

Kepuasan diri adalah motivasi yang sering disebut oleh peserta kajian menjadi
pendorong mereka untuk menghasilkan inovasi (S1U1TB1). Kepuasan menghasilkan
inovasi timbul walaupun tiada sebarang hasil seperti wang ringgit diperoleh
(S1U1TB1). Kepuasan dalam berinovasi ini terbit apabila; melihat pelajar seronok
(S4U4TB1), melihat impak inovasi terhadap pelajar (S1U1TB1; S5U5TB3), impak
pembelajaran diamalkan pelajar secara istiqamah dalam kehidupannya sehariannya
walaupun selepas tidak lagi bergelar pelajar (S3U3TB3; S5U5TB3), melihat inovasi
yang dihasilkan dimanfaatkan oleh pelajar dalam projek mereka yang lain (S5U5TB3),
menghasilkan sesuatu inovasi secara kolaborasi dengan pelajar (S8U8TB2), hasil
inovasi itu dihargai, sama ada dalambentuk kemenangan dalam pertandingan, atau pun
penerbitan penulisan berkenaan inovasi itu (S1U1TB1), dan dapat berada dalam
suasana inovatif, di kelilingi oleh rakan-rakan yang turut sama terlibat dalam aktiviti
berinovasi (S7U7TB2). Pelbagai idea dapat dikongsi. Keadaan ini merangsang peserta
kajian untuk menghasilkan inovasi dengan kualiti yang terbaik (S4U4TB1). Keadaan
ini menyebabkan peserta kajian turut merasakan kepuasan jika dapat merangsang lebih
ramai guru utuk turut sama menghasilkan inovasi (S1U1TB1). Rangsangan kepada
melahirkan guru inovatif yang lain melangkaui subjek dan jenis sekolah (S1U1TB2).
Permulaan kepada rangsangan itu adalah apabila guru lain melihat inovasi yang
dihasilkan oleh peserta kajian (S4U4TB2).

4.5.4 Saham akhirat

Peserta kajian mengakui bahawa mereka terlibat dengan penghasilan inovasi untuk
mengumpul saham akhirat. Bahkan, motivasi akhirat itu mengatasi motivasi dunia.
Jelas Ustaz Zakkir, “kita sebagai umat Islam, memang tujuan kita esok, akhirat yang
lebih utama kan... Jadi kita niatkan kepada Allah. Moga-moga kerja dunia kita pun
dapat balasan akhirat. Tak adalah kita kerugian” (S2U2TB3). Motivasi akhirat ini
boleh dilihat dari dua sudut, iaitu pemilihan konten inovasi dan sebarluas. Dari sudut
pemilihan konten, Ustaz Imdad menyatakan bahawa, dia sengaja memberi fokus kepada
penghasilan inovasi dalam tajuk solat untuk memperbetulkan solat para pelajarnya
(S6U6TB1). Keadaan itu turut mempengaruhi bentuk inovasi yang dihasilkan. Ustaz
Imdad memberi fokus kepada penghasilan modul (S6U6AD1) untuk memperbetulkan
267

solat pelajar (S6U6TB1), manakala Ustazah Huda pula menggunakan suara untuk
menyentuh hati pelajar (S3U3TB1). Bagi Ustaz Imdad:

Nawaitu kita based kepada untuk menolong ummah ni kan… Saya based lebih
suka kepada bab solat… Dia guna untuk nilai, untuk karekter… Bukan based
kepada anugerah, based kepada sijil, tu bukan. Kalau yang sijil tu memang yes,
memang mudah gunakan tanpa nilai, based kepada ICT. Tapi, nilai tiada. Saya
tidak suka begitu macam "Apa dapat aku nanti?" Mungkin dapat anugerah yes,
nampak hebat, nampak terbang-terbang, tetapi by the end apa pula dapat? "Apa
nanti aku nak jawab dekat Allah nanti?" (S6U6TB1).

Dari sudut sebarluas pula, peserta kajian menggunakan beberapa kaedah. Satu,
menafkahkan hasil inovasi mereka untuk dimanfaatkan oleh guru dan pelajar lain, sama
ada melalui pinjaman atau berkongsi inovasi tersebut di laman sesawang (S6U6TB2;
S7U7TB2). Dua, memperkenalkan produk inovasinya melalui pertandingan lalu
merangsang guru lain untuk membelinya. Permintaan itu menyebabkan peserta kajian
mengambil langkah ketiga, iaitu menjualnya. Kata Ustazah Ainur, “Pertandingan ke
nak ni share dengan orang lain sebenarnya… Dah buat tu, ada manfaat kat orang lain...
Macam dam tu, ada je cikgu-cikgu daripada negeri lain beli tau” (S5U5TB2). Manfaat
yang guru dan pelajar lain dapat daripada produk itu dianggap sebagai jariah dan pahala
yang berpanjangan (S5U5TB3). Walaupun peserta kajian menjual produk inovasi
tersebut, keutamaan diletakkan pada menyebarluas, dan bukannya pada keuntungan
(S1U1TB2; S3U3TB3). Empat, menggunakan sebaran berbayar seperti FB Adds
(S1U1TB2). Kepelbagaian cara digunakan oleh peserta kajian untuk menyebarkan
manfaat inovasinya kerana; 1) lebih ramai menggunakan inovasi tersebut, lebih banyak
pahala yang dipeoleh, 2) inovasi itu terhasil daripada ilmu Allah, 3) keberkatan ilmu
yang sentiasa berkembang, dan 4) saham berkekalan kerana manfaat yang diperoleh
daripada penggunaan inovasi tersebut dan memberi inspirasi kepada guru lain untuk
turut sama berinovasi (S2U2TB3).

4.5.5 Minat

Minat untuk menghasilkan inovasi menjadi motivasi kepada peserta kajian terlibat
dalam penghasilan inovasi (S2U2TB3). Ustaz Imdad menyebut, “Dia sebenarnya jiwa.
Kalau jiwanya ada, insya Allah boleh” (S6U6TB2). Minat ini yang mendorong peserta
268

kajian sehingga mereka sanggup menghabiskan duit yang banyak untuk menghasilkan
inovasi tersebut mencecah ribuan ringgit. Isu kewangan dipandang remeh oleh peserta
kajian. Walaupun ahli keluarga sedikit negatif dengan duit yang dibelanjakan, namun
mereka tetap optimis terhadap hasil inovasi yang diyakini mampu memberi manfaat
kepada pelajar. Kata Ustaz Uwais:

Ana guna duit sendiri. Bila dah minat syeikh, kita dah tak kisah. Bila minat, kita
rasa, ribuan, takde apa. Tapi kalau ana cakap dengan bini ana, bini ana
mengamuk sikit ah. Hahaha… berbaloi ke bang? Insya’Allah… Bini kita risau
dok? Kita perabih banyak. Tapi kita fikir untuk manfaat pelajar (S1U1TB1).

Minat menyebabkan peserta kajian berasa puas apabila dapat menghasilkan


sesuatu dan cuba mengarahkan minat tersebut dalam penghasilan inovasi pengajaran.
Hal ini kerana penghasilan inovasi pengajaran dapat memberi manfaat kepada
pembelajaran pelajar. Jelas Ustaz Zakkir, “Saya suka sebab minat saya yang suka
menghasilkan sesuatu bahan yang asalnya bukan PdPc, tapi saya nak try apply dalam
PdPc supaya dia lebih bermanfaat untuk anak-anak murid” (S2U2TB3).

4.5.6 Pertandingan

Secara umumnya peserta kajian mengakui bahawa pertandingan bukanlah motivasi


utama kepada mereka untuk menghasilkan inovasi (S5U5TB2). Sebaliknya keutamaan
diletakkan pada impak pembelajaran. Namun kemenangan dalam pertandingan adalah
bonus (S6U6TB1). Oleh kerana itu, peserta kajian menyatakan penyertaan mereka
dalam pertandingan adalah kerana “pengetua suruh masuk” (S6U6TB1) dan “kawan-
kawan (kata), "Masuklah, masuklah”” (S6U6TB1). Isu ini mungkin berkait dengan
bebanan pertandingan seperti keperluan menyediakan laporan inovasi (S7U7TB2).
Pada masa yang sama, peserta kajian tidak menafikan bahawa pertandingan menjadi
perangsang penting kepada mereka untuk bertukus lumus menyiapkan hasil inovasi
mereka (S1U1TB2). Bagi Ustazah Arisya, orang yang ke depan akan mencipta lebih
banyak kejayaan berbanding dengan orang yang tidak melangkah (S8U8TB2). Ustaz
Uwais turut bercerita mengenai pengalaman pertama dia dengan inovasi. Dia mengakui,
jika inovasi yang dihasilkannya tidak terpilih mewakili sekolah dan memenangi
269

pertandingan inovasi peringkat negeri, dia mungkin berhenti daripada terus berinovasi
(S1U1TB1).

Selain itu, peserta kajian turut menyebut mengenai kebaikan dan kepentingan
penganjuran pertandingan inovasi kepada peserta kajian. Pertama, dari sudut membina
keyakinan inovator itu sendiri (S6U6TB2). Kedua, dari sudut membina keyakinan
mengenai kualiti inovasinya (S3U3TB1). Ketiga, dari sudut merangsang penghasilan
projek baru inovasi (S1U1TB2; S4U4TB3). Keempat, dari sudut menambah baik kualiti
inovasi melalui komen yang diterima daripada pakar dari kalangan juri pertandingan
(S5U5TB2). Kelima, dari sudut mengubahsuai bentuk inovasi sedia ada untuk
disesuaikan dengan format pertandingan (S7U7TB2). Keenam, dari sudut menjadi
sempadan masa bagi tarikh akhir penghasilan inovasi (S1U1TB2). Dalam hal ini,
motivasi akan makin bertambah apabila yuran penyertaan telah dibayar untuk
mengelakkan kerugian kos (S1U1TB2). Ketujuh, dari sudut mempelbagaikan inovasi
sedia ada (S1U1TB1). Kelapan, dari sudut sebar luas kerana pertandingan adalah salah
satu platform yang baik untuk mengenengahkan produk inovasi (S2U2TB3; S5U5TB2).
Kesembilan, dari sudut promosi jualan produk inovasi (S2U2TB3). Kesepuluh, dari
sudut membuka jaringan baru kerjasama dalam penghasilan projek inovasi seterusnya
(S1U1TB1). Kesebelas, dari sudut merangsang pelajar untuk terlibat dalam projek
penghasilan inovasi (S4U4TB3) sekaligus merangsang potensi inovatif yang terpendam
dalam kalangan pelajar (S3U3TB3).

Pada masa yang sama, penyertaan dalam pertandingan turut mempunyai kesan
buruknya. Satu, kesuntukan masa mungkin mengakibatkan inovasi dipertandingkan
ketika berada di tahap prototaip tanpa melalui proses yang sepatutnya (S1U1TB2). Dua,
piawaian yang tinggi yang ditonjolkan oleh peserta pertandingan inovasi yang lepas
menyebabkan guru yang kurang kemahiran berasa rendah diri dan bergelut untuk
menonjolkan produk inovasi mereka (S3U3TB3). Tiga, kemenangan dalam
pertandingan inovasi dianggap sebagai imbuhan buat sahabat yang memberi kerjasama
tidak langsung ketika penghasilan inovasi mengakibatkan wujudnya budaya menempel
nama (S4U4TB1). Empat, keghairahan menyertai pertandingan inovasi boleh
menyebabkan tugasan hakiki sebagai guru terabai (S3U3TB1).
270

4.5.7 Pengiktirafan

Peserta kajian berbelah bahagi mengenai pengiktirafan sebagai motivasi. Ada peserta
kajian yang tidak fikirkan pengiktirafan ketika menghasilkan inovasi. Kata Ustazah
Ainur, “Kita jangan letakkan, bila kita buat sesuatu tu, kita nak pengiktirafan”
(S5U5TB1). Sebaliknya, niat asal penghasilan inovasi adalah untuk menolong agama
(S6U6TB1) dan pelajar (S2U2TB3). Peserta kajian yakin apabila pengiktirafan tidak
menjadi matlamat awal, sebaliknya dibuat ikhlas kerana Allah, banyak kebaikan lain
akan datang walau tanpa diminta (S3U3TB3). Penyertaan kepada pertandingan hanya
muncul apabila ada penganjuran pertandingan dan di pihak peserta kajian, telah ada
inovasi tertentu yang boleh diketengahkan (S2U2TB3; S8U8TB2). Apabila sesuatu
inovasi diketengahkan untuk sesuatu pertandingan, barulah muncul niat untuk menang
dan dapatkan pengiktirafan itu (S5U5TB3). Situasi itu menyebabkan peserta kajian
mula bersungguh-sungguh untuk menang “sebab bawa nama sekolah” (S4U4TB1).

Walau bagaimanapun, peserta kajian tidak menafikan bahawa penghargaan


menyebabkan mereka ingin berterusan menghasilkan inovasi-inovasi lain pula
(S1U1TB1; S4U4TB1). Pada masa yang sama, ada peserta kajian yang memang
menjadikan pengiktirafan sebagai motivasinya menghasilkan inovasi dan sentiasa
menambah baik inovasi sedia ada (S6U6TB2). Keadaan ini timbul kerana bangga
dengan diri atas pencapaian yang diterima (S6U6TB2). Keadaan ini juga menyebabkan
ada peserta kajian yang tidak berminat untuk berkolaborasi. Ustaz Uwais menjelaskan
situasi awalnya ketika terlibat dengan penghasilan inovasi, “Dulu kalau ustaz sebut
inovasi ustaz nak sorang je. ustaz nak tempa nama” (S1U1TB2). Perasaan seronok
dihargai juga membuatkan peserta kajian merangsang kenalan mereka untuk turut sama
berinovasi agar dapat merasai perasaan yang sama (S6U6TB2).

Dari sisi negatif, amalan mengejar pengiktirafan menyebabkan para guru


menghasilkan inovasi yang bersifat ‘trendy’ dan mengabaikan roh pendidikan sebenar
(S3U3TB1). Selain itu, ada juga isu apabila hanya orang yang sama menang,
menyebabkan peserta kajian mengambil langkah untuk mengundurkan diri daripada
pertandingan bagi memberi peluang kepada peserta lain untuk mendapat pengiktirafan
(S1U1TB1). Dari sudut positif pula, pengiktirafan memberikan beberapa kelebihan.
271

Satu, membuka ruang kepada peserta kajian untuk berkongsi produk inovasinya dalam
platform yang berbeza. Contohnya, Ustazah Huda yang memenangi pertandingan guru
inovatif, diberi peluang untuk berkongsi mengenai inovasinya dalam seminar
(S3U3TB1). Dua, dapat peluang peningkatan kerjaya (S1U1TB2; S3U3TB1). Tiga,
menjadi platform jualan produk inovasi (S1U1TB2; S3U3TB3). Empat, apabila produk
inovasi telah diiktiraf, ia turut memberi keyakinan kepada pembeli untuk membeli
produk tersebut (S2U2TB3). Lima, membuka ruang untuk jaringan kolaborasi dengan
agensi luar sekolah (S1U1TB1).

4.5.8 Pendapatan sampingan

Pendapatan sampingan tidak menjadi pendorong utama bagi penghasilan inovasi oleh
peserta kajian. Tiga peserta kajian mengakui bahawa mereka tidak pernah jual produk
inovasi yang mereka hasilkan (S6U6TB2; S7U7TB2; S8U8TB2). Keadaan ini berlaku
kerana peserta kajian mengakui bahawa mereka tidak ‘business minded’ walaupun
pernah memasang impian untuk memasarkan produk tersebut (S7U7TB2). Walaupun
mengakui kebaikan jualan, iaitu boleh menyebarluaskan manfaat inovasi itu, namun
kaedah berbeza digunakan untuk sebarluas, seperti melalui pinjaman (S7U7TB2) atau
sebarluas maklumat tentang produk inovasi dalam pelbagai laman sesawang percuma,
seperti blogspot dan laman frog sekolah (S6U6AD4). Walau bagaimanapun, ada peserta
kajian yang bermotivasi menghasilkan inovasi kerana melihat kekurangan produk
inovasi pendidikan Islam di pasaran lalu menjual inovasi tersebut (S1U1TB1) dengan
tujuan untuk menyebarluaskan manfaat inovasi tersebut (S2U2TB3).

Jualan dibuat dengan dua cara, sama ada; 1) menyerahkan produk inovasi
kepada syarikat dan peserta kajian mendapat royalti, atau 2) menguruskan sendiri
pengkomersialan inovasi dan pemasaran serta mendapat keuntungan daripadanya.
Ustaz Uwais berpengalaman menyerahkan inovasinya kepada syarikat untuk diuruskan.
Ada beberapa kelebihan menyerahkan produk inovasi kepada syarikat untuk diuruskan
iaitu, tidak perlu keluarkan modal (S1U1TB2) dan pemasaran lebih meluas (S1U1TB2).
Namun kekurangannya ialah keuntungan tidak sebanyak jual sendiri (S1U1TB2). Ustaz
Uwais pernah serahkan inovasinya kepada dua syarikat. Kelebihan syarikat A adalah
royalti yang diberikan tinggi, iaitu sebanyak 45%. Namun, kekurangannya pula, proses
272

penerbitannya lambat mencecah setahun. Kelebihan syarikat B pula adalah proses


penerbitannya laju dan promosinya lebih meluas kerana ia lebih terkenal berbanding
syarikat A. Namun, royalti yang diberikannya sedikit berbanding syarikat A. Jelas Ustaz
Uwais:

(Syarikat A) nak cetak baru ambil masa… Tunggu setahun… Ana pulak ramai
customer tanya ini… (Royalti syarikat A) tak silap ana 45%... Pastu bila Syarikat
B nak… Game solat takpelah, tak kisah, cetaklah sebab kita fikir
penyebarluasan… Diakan selalu buat pameran, pesta buku kat mana-mana...
Ada ejen tersendiri, sebab tu laju la (S1U1TB2).

Ustaz Uwais, Ustaz Zakkir, Ustazah Huda, Ustazah Aleeya dan Ustazah Ainur
pula berpengalaman menguruskan sendiri pengkomersialan inovasi dan mendapat
keuntungan daripadanya. Melalui pengkomersialan sendiri, peserta kajian perlu
melakukan semua proses bermula daripada mereka bentuk kembali produk, sehinggalah
kepada penubuhan syarikat dan pengurusan jual beli (S1U1TB2). Dari sudut modal,
semakin banyak unit yang ditempah, semakin rendah purata modal atas setiap unit.
Contohnya, modal RAS setiap satu RM55 (S3U3TB3), manakala modal Jawi Abqori
pula RM 70 bagi tempahan 100 unit menjadikan jumlah modal sebanyak RM 7,000
(S2U2TB3). Pintar Haji pula ditempah sebanyak 1,000 unit dengan modal sebanyak
RM 40 bagi setiap unit (S1U1TB2) menjadikan jumlah modalnya adalah RM 40,000.
Oleh kerana peserta kajian mengeluarkan modal sendiri, mereka mengakui teruja
menerima keuntungan daripada jualan produk inovasi mereka (S5U5TB3). Ustaz Uwais
membongkarkan keuntungan yang diperolehnya daripada jualan produk inovasinya.
Paling sikit keuntungan adalah daripada i5, iaitu sebanyak RM 7,000, manakala paling
tinggi keuntungan adalah Pintar Haji iaitu; mencecah RM 80,000. Keuntungan
diperoleh bagi Pintar Haji adalah dua kali ganda daripada modal yang dikeluarkan. Bagi
i5 pula, jualan tidak begitu memberangsangkan menyebabkan keuntungan adalah
separuh daripada modal awal. Katanya, “Paling banyak game haji versi kedualah… Ana
cetak dalam kosnya 1000 nak dekat 40… Untung dia sheikh dua kali ganda. 80 lebih…
Paling sikit i5 la... Ana labur hari tu i5 satu tu dekat 13 ribu... Dapat 20… Tolak 13,7
ribu la” (S1U1TB2).
273

Dari sudut harga produk, peserta kajian mengatakan bahawa mereka serba salah.
Mereka tidak mahu meletakkan harga yang tinggi. Namun, pada masa yang sama,
produk yang dijual di pasaran sangat mahal dan tidak berpatutan dengan kualiti yang
ada. Harga produk sedia ada di pasaran menjadi piawaian kepada harga yang perlu
mereka letakkan pada produk mereka. Kata Ustaz Uwais:

Sebab kita nak untung la… Ana tengok barang yang ada di pasaran masa tu,
tiada kualiti pun dah mahal… Tak masuk pertandingan, barang tak kualiti… tak
pernah diuji... Sekolah ana beli. Lima set beli RM1500... Simple je syeikh...
Dam ular je. 300... Mula-mula ana terpengaruh jugak tu. Maksudnya nak
menjual macam tu jugak (S1U1TB2)

Akhirnya, peserta kajian buat keputusan untuk meletakkan harga yang mereka
rasakan berpatutan dengan kualiti yang mereka berikan dan mampu milik. Mereka turut
beranggapan, inovasi yang mereka hasilkan, tidak ada nilaian wang ringgit yang setara
dengannya (S1U1TB2). Ustazah Huda menjual RAS pada harga “RM60” (S3U3TB3),
manakala Ustaz Uwais pula menjual produk-produk inovasinya pada harga “RM120
atau RM100... Paling tinggi pun ana pernah jual RM150” (S1U1TB2). Harga tertinggi
itu, walaupun dipersetujui oleh pembeli, namun diselitkan dengan pemberian inovasi
lain secara percuma (S1U1TB2).

4.5.9 Peningkatan kerjaya

Peserta kajian mengakui bahawa dengan keterlibatan dengan penghasilan inovasi,


kerjaya mereka dapat ditingkatkan. Peningkatan itu berlaku, sama ada melalui laluan
kepakaran pendidikan atau laluan kepimpinan pendidikan (S2U2TB3). Menceritakan
pengalamannya dimoderasi oleh jemaah nazir, kata Ustazah Huda, keutamaan penilaian
oleh pegawai penilai diberikan pada inovasi. Ustazah Huda mengajuk cakap pegawai
Jemaah nazir, “dia kata, “Huda, mana the RAS and the geng.” Itu dulu” (S3U3TB3).
Menghuraikan lebih lanjut mengenai pengalaman memohon jawatan guru cemerlang,
Ustaz Zakkir berkata, dari sudut inovasi, mesti ada inovasi yang dihasilkan dan inovasi
itu mestilah memberi impak kepada pelajar (S2U2TB3). Dari sudut impak, perlu ada
bukti dan data yang boleh dipersembahkan dan markah akan diberikan berdasarkan
penyebarluasannya mengikut peringkat tertentu; sama ada peringkat sekolah, daerah,
274

negeri, kebangsaan atau antarabangsa (S2U2TB3). Namun, bagi sebahagian peserta


kajian, peningkatan kerjaya bukanlah motivasi bagi menghasilkan inovasi, sebaliknya,
ketika memohon jawatan guru cemerlang, disebabkan ada inovasi yang telah dihasilkan,
maka ia terus ditonjolkan sebagai pelengkap syarat permohonan (S6U6TB2). Selain itu,
tiga peserta kajian tidak pernah memohon guru cemerlang, manakala satu peserta kajian
telah naik gred secara normal. Seorang rakan guru berkata, “Dia memang cemerlang,
tapi cemerlang dalaman. Dia bukannya, hok ni yang guru cemerlang ni yang diminta
tu... Dok mintak cemerlang pun dia memang cemerlang” (S8G1TB1).

4.5.10 Penerimaan positif pelajar

Penerimaan positif pelajar terhadap inovasi yang dihasilkan menjadi motivasi kepada
peserta kajian untuk menghasilkan inovasi (S3U3TB1; S5U5TB2; S8U8TB2). Melihat
kepada respon pelajar menyebabkan ada pentadbir yang mengarahkan peserta kajian
menyempurnakan penghasilan inovasi untuk dimanfaatkan dalam PdP secara meluas
(S4U4TB1). Dalam kes Ustazah Arisya, idea baru selalu timbul. Namun kepelbagaian
kekangan menyebabkan dia lebih suka mendorong pelajarnya untuk merealisasikan
idea inovasinya itu (S8U8TB2). Oleh itu, motivasinya menghasilkan inovasi dari sudut
pelajar datang dalam empat keadaan, iaitu; satu, apabila idea inovasinya direalisasikan
oleh pelajarnya yang kreatif (S8U8TB2). Dua, apabila idea inovasi selari dengan minat
pelajar (S8U8TB2). Tiga, apabila pelajar dari kelas berbeza bersinergi menambah baik
kualiti inovasi sedia ada (S8U8TB2). Empat, apabila inovasi yang telah terhasil turut
menarik minat belajar pelajar kelas belakang (S8U8TB2).

4.5.11 Dorongan pasangan

Peserta kajian mengakui bahawa pasangan mereka turut berperanan dalam mendorong
mereka menghasilkan inovasi (S2U2TB3). Ada pasangan yang terlibat secara langsung
dengan projek inovasi peserta kajian seperti yang dialami oleh Ustaz Uwais, Ustaz
Zakkir dan Ustaz Imdad, antaranya dari sudut jana idea dan membina prototaip inovasi
(S2U2TB3). Ada pasangan yang memberikan sokongan luaran. Dari sudut luaran, ada
lima peranan dimainkan oleh pasangan. Satu, pasangan tidak menghalang peserta kajian
daripada menyibukkan diri dengan projek inovasi (S8U8TB2). Dua, pasangan
275

membantu meringankan kerja-kerja rumah (S3U3TB3). Tiga, pasangan membantu dari


sudut teknikal. Contohnya, suami Ustazah Huda menghantarnya ke lokasi kursus untuk
mendalami ilmu berkenaan dengan inovasi walaupun arah perjalanan mereka berbeza
(S3U3TB3). Empat, pasangan memberi kata-kata dorongan (S1U1TB2; S2U2TB3)
seperti, “Huda nak buat, Huda buat... Abang tengok Huda energetic” (S3U3TB3).
Lima, pasangan membantu menenangkan emosi peserta kajian apabila mereka ada
masalah (S3U3TB3). Ustazah Huda menggambarkan lagi situasi yang pernah dihadapi,
katanya:

Setiap kali akak balik kan? Bang, tak sukalah bang... Orang tak sukalah Huda
buat macam ni, kan? Huda buat tu untuk sape? Memang Huda nak dapat
glamour ke, nak suruh orang ke, untuk sekolah, untuk budak-budak… Untuk
budak-budaklah. Buat jelah. Buat kertas kerja. Mintak kepada bos (S3U3TB3).

4.5.12 Sokongan rakan

Peserta kajian mengakui bahawa rakan-rakan juga memainkan peranan penting dalam
mendorong mereka berinovasi (S2U2TB3; S8U8TB2). Kepentingan sokongan rakan,
sehinggakan peserta kajian merasakan, jika tiada sesiapa yang memulakan budaya
inovasi di sekolah, maka tiada sesiapa yang akan terlibat dengan penghasilan inovasi
(S5U5TB3). Yang dimaksudkan dengan rakan, tidak terhad hanya kepada rakan sekerja
di sekolah, bahkan kumpulan-kumpulan sokongan yang wujud secara spesifik bagi
saling mendorong kepada penghasilan inovasi (S2U2TB3). Walau bagaimanapun, yang
paling utama adalah rakan-rakan sepanitia di sekolah (S2U2TB3). Terdapat sembilan
bentuk sokongan rakan, iaitu; satu, menaikkan semangat berinovasi sesama rakan
(S5U5TB3). Peranan ini biasa dimainkan oleh sahabat yang mahir dan sentiasa
bermotivasi untuk berinovasi (S5U5TB3). Dua, memberi keyakinan diri kepada peserta
kajian melalui pujian (S2U2TB3). Tiga, memberi inspirasi kepada peserta kajian untuk
turut sama terlibat dalam inovasi (S6U6TB2). Empat, menimbulkan budaya kerja
inovatif dan positif melalui kata-kata semangat dan menyumbang idea-idea baru
(S2U2TB3). Lima, memujuk peserta kajian untuk mengenengahkan inovasi sedia ada
(S6U6TB1). Enam, meringankan beban mengenengahkan inovasi sedia ada dengan
bersinergi sesama ahli panitia (S7U7TB2). Tujuh, menggalakkan peserta kajian untuk
mengorak langkah dengan lebih ke depan lagi dalam menyebarluaskan produk
276

inovasinya (S2U2TB3). Lapan, memberi pendedahan dan kepercayaan kepada peserta


kajian melalui penglibatan dalam penganjuran program berasaskan inovasi (S2U2TB3).

Apabila peserta kajian menguruskan pertandingan inovasi, peserta kajian


mengakui bahawa penyertaan secara suka rela dari rakan-rakan guru di sekolah
menimbulkan rasa seronok kepada peserta kajian untuk terus berinovasi (S4U4TB1).
Walau bagaimanapun, peserta kajian turut mengakui bahawa ada pandangan sinis
daripada sesetengah rakan guru yang tidak sukakan beban kerja tambahan (S3U3TB3).
Oleh kerana itu, sokongan rakan sekerja lebih berkesan jika ada sokongan daripada
pentadbir (S1U1TB2). Tanpa sokongan pentadbir, jadilah seperti yang diceritakan oleh
Ustazah Ainur, apabila dia cuba merangsang rakan guru lain untuk berinovasi, namun
hanya berjaya merangsang dua daripada 60 guru (S5U5TB3).

4.5.13 Peranan pentadbir

Peserta kajian menyatakan pentadbir menjadi motivasi tambahan dalam mendorong


mereka untuk berinovasi (S1U1TB2). Bahkan, Ustazah Arisya mengakui bahawa
semua asatizah mampu berinovasi, Cuma bagaimana pentadbir memainkan peranan
untuk merangsang para guru untuk berinovasi (S8U8TB1). Kerancakan berinovasi di
satu-satu sekolah diakui boleh berkurangan apabila pengetua bertukar. Pertukaran
pengetua membawa kepada pertukaran polisi dalaman sekolah. Penekanan pada polisi
tertentu dipengaruhi oleh minat pengetua itu sendiri. Jelas Ustaz Zakkir, “Tiga tahun
buat. Masa Haji Z tu. Tapi yang ni, takde lagi… Dah kurang sikitlah. Dia bukan jenis
ICT. Dulu yang Haji Z tu, banyak ICT” (S2U2TB3). Hal ini turut diakui oleh Ustazah
Huda yang meluahkan kekecewaannya terhadap perubahan dasar dalaman sekolah yang
menyebabkan para guru makin kurang bermotivasi (S3U3TB3).

Ada empat sebab pengetua mendorong peserta kajian menghasilkan inovasi.


Satu, motivasi ini diakui biasa ada pada pengetua cemerlang (S7U7TB2). Dua,
sokongan pentadbir akan jadi lebih kuat apabila peserta kajian menghasilkan inovasi
yang selaras dengan minat pengetua (S2U2TB3; S8Pt1TB1). Tiga, jika pentadbir terdiri
dari kalangan asatizah, maka dorongan mereka turut jadi lebih kuat (S2U2TB3). Empat,
dorongan akan bertambah jika penglibatan peserta kajian dalam inovasi berjaya
277

menaikkan nama sekolah (S1U1TB1; S2U2TB3). Dorongan pentadbir menyebabkan


peserta kajian terus berinovasi walaupun selepas pertukaran pengetua dengan syarat
pengetua baru tidak menghalang aktiviti berinovasi peserta kajian (S1U1TB1). Dapatan
menunjukkan bahawa peserta kajian mengakui bahawa pentadbir yang mendorong
mereka berinovasi bukan hanya pengetua, tetapi turut merangkumi pegawai jabatan
pendidikan negeri (JPN), pegawai pejabat pendidikan daerah (PPD), guru penolong
kanan (GPK), guru kanan matapelajaran (GKMP), ketua panitia dan Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG).

Terdapat 10 peranan yang telah pentadbir mainkan dalam memotivasikan


peserta kajian untuk berinovasi. Satu, mencetus budaya inovatif (S1U1TB1) dengan
menjadikan inovasi sebagai sasaran kerja (S1U1TB1), menganjurkan pertandingan
inovasi antara panitia (S4U4TB1), pertandingan antara sekolah (S7U7TB2) dan
mewajibkan penglibatan guru dalam kajian tindakan (S1U1TB2). Dua, melalui
komunikasi lisan, seperti; 1) merungkai kekuatan peserta kajian untuk dimanipulasi
dalam penghasilan inovasi (S3U3TB1), 2) bertanya perkembangan projek inovasi
peserta kajian (S1U1TB1; S4U4TB1), 3) memberi kata-kata semangat dan refleksi
terhadap apa-apa yang sedang diusahakan oleh peserta kajian (S2U2TB3), 4) memujuk
peserta kajian menyertai pertandingan inovasi (S6U6TB1), 5) menasihati peserta kajian
merebut ganjaran kenaikan gred dengan menggunakan inovasi untuk memenuhi kriteria
yang diperlukan (S2U2TB3), 6) berpesan agar kegiatan berinovasi diteruskan walaupun
selepas perpindahannya (S4U4TB3), 7) mengarahkan agar inovasi dihasilkan
(S4U4TB1; S7U7TB2).

Tiga, memanfaatkan inovasi dalam program sekolah seperti Cakna Solat


(S1U1TB1) dan Trademark (S3U3TB3). Empat, mengumpulkan peserta kajian dengan
guru inovatif lain (S5Pt1TB1; S6U6TB1). Lima, menyediakan dana (S5U5TB3;
S6U6TB1; S6U6TB2). Enam, membenarkan penyertaan aktiviti inovasi luar sekolah
walaupun diadakan ketika waktu persekolahan (S1U1TB1; S5U5TB2). Tujuh,
merancang program khusus untuk melahirkan guru inovatif (S1U1TB2). Lapan,
menggunakan kepakaran guru inovatif dengan melantik peserta kajian dalam posisi
yang sesuai untuk memandu guru lain berinovasi. Antaranya pelantikan sebagai AJK
Unit Kajian Tindakan (S3U3TB3; S4U4TB1), hakim untuk menilai inovasi terbaik
278

yang dihasilkan oleh para guru lain (S2U2TB3), pakar rujuk dalam PLC (S6U6TB2)
dan inovasi (S2U2TB3; S5U5TB3). Sembilan, berkongsi kepakaran mereka dengan
peserta kajian melalui kolaborasi menghasilkan inovasi (S3U3TB1; S3U3TB3),
memberikan komen untuk menambah baik inovasi sedia ada yang ditonjolkan ketika
pencerapan (S8U8TB2; S8Pt1TB1) serta membimbing peserta kajian kaedah ‘pitching’
dalam pertandingan anjuran KPM (S4U4TB3). Sepuluh, membina jaringan dengan
agensi berkaitan inovasi seperti MyIPO dan Majlis Reka Cipta (S4U4TB1).

Kesimpulan daripada dapatan persoalan kajian ketiga ini dapat dilihat


berdasarkan jadual di bawah:

Jadual 4.8 Tema yang terbentuk bawah persoalan kajian ketiga


Tema Subtema
Dalaman Inspirasi
Tugas
Kepuasan diri
Saham akhirat
Minat
Luaran Pertandingan
Pengiktirafan
Pendapatan sampingan
Peningkatan kerjaya
Penerimaan positif pelajar
Dorongan pasangan
Sokongan rakan
Peranan pentadbir

4.6 KEKANGAN GIPI MENGHASILKAN INOVASI

Dapatan untuk persoalan keempat menunjukkan bahawa para peserta kajian mengakui
mengenai kepelbagaian kekangan yang timbul sepanjang penglibatan mereka dalam
penghasilan inovasi. Kekangan ini boleh dilihat daripada dua sudut, iaitu; sudut proses
dan sudut watak. Dari sudut proses, ia melibatkan proses sebarluas. Dari sudut watak
pula, kekangan wujud sama ada dari sudut dalaman peserta kajian atau luaran. Dari
sudut luaran, antara kekangan yang ada adalah dari sudut keluarga, pelajar, pentadbir,
rakan guru, syarikat dan inovasi itu sendiri.

4.6.1 Masa

Kekangan masa adalah kekangan yang disebutkan oleh semua peserta kajian.
Contohnya, kata Ustaz Zakkir, “Faktor-faktor lain yang boleh menghalang dia
279

daripada untuk melakukan sesuatu inovasi tu. untuk memajukan diri, mungkin dari segi,
satu dari segi masa” (S2U2TB1). Kekangan ini menyebabkan peserta kajian teragak-
agak untuk memulakan projek penghasilan inovasi walaupun selepas merasai
keseronokan menang dalam pertandingan inovasi dengan projek yang dihasilkan
sebelumnya (S5U5TB3). Ada juga peserta kajian yang tidak mampu memenuhi
permintaan pasaran kerana masa, walhal permintaan sangat banyak dan boleh
memberikan pendapatan tambahan kepada peserta kajian (S4U4TB3). Keadaan ini
timbul kerana masa yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu inovasi sangat lama.
Ketika ditanya mengenai tempoh masa menghasilkan sesuatu inovasi, peserta kajian
menjawab “masa mula-mula tu, lebih (sebulan). Empat, lima bulan macam tu”
(S2U2TB3), bahkan mencecah “lebih kurang setahunlah” (S5U5TB1) sehingga
“bertahun-tahun (nak siapkan satu-satu inovasi)” (S6U6TB2). Lebih terperinci lagi,
peserta kajian turut menjelaskan tempoh masa yang diperlukan ketika melalui sesuatu
proses penghasilan inovasi. Contohnya, proses mengenal pasti isu dan menentukan arah
tuju projek boleh memakan masa dua ke tiga hari (S5U5TB3). Proses jana idea pula
boleh mencecah sehingga melebihi seminggu (S5U5TB1). Tempoh seminggu itu tidak
tetap dan boleh mencecah sehingga berminggu-minggu jika ketandusan idea
(S5U5TB2).

Penghasilan inovasi akan jadi lebih rumit dan memakan masa jika inovasi yang
dihasilkan memerlukan proses-proses yang sangat terperinci seperti penghasilan cip
kecil dalam Jawi Abqori (S2U2TB3). Penghasilan inovasi jadi makin bertangguh jika
peserta kajian sangat teliti dan tidak percayakan orang lain yang dirasakan tidak
setelitinya (S4U4TB3). Oleh kerana itu, untuk menghasilkan inovasi jenis ini, perlukan
ketekunan (S4U4TB3). Penghasilan prototaip ini jadi lebih memakan masa apabila ia
turut dibuat sambil memikirkan bahan dan material yang sesuai untuk digunakan
(S2U2TB3). Proses penghasilan inovasi ini turut memakan masa kerana ia tidak terhenti
hanya ketika terhasilnya sesuatu inovasi, sebaliknya ada proses lain yang diperlu dilalui
selepas terhasilnya prototaip sesuatu inovasi, antaranya proses kajian; ujian
keberkesanan dan dokumentasi kajian tersebut (S6U6TB2). Sebagai tambahan, peserta
kajian turut mengaitkan kekangan masa dengan promosi dan jualan produk inovasi yang
telah dihasilkan (S2U2TB3). Disebabkan banyak proses yang perlu dilalui ini sehingga
280

peserta kajian menyatakan kelegaan jika mempunyai kelapangan masa untuk berinovasi
(S4U4TB1).

Kekangan masa sering dikaitkan dengan kekangan yang lain. Pertama,


kekangan tugas hakiki yang banyak (S4U4TB1) dan kerja-kerja ad hoc seperti arahan
memasuki pertandingan tertentu secara tiba-tiba oleh pentadbir (S4U4TB1). Masalah
ini juga timbul apabila sebahagian peserta kajian cenderung untuk menyempurnakan
sendiri kerja-kerja tersebut dan tidak suka mendapatkan bantuan orang lain (S7U7TB2).
Sebagai tambahan, tanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat juga perlukan
peruntukan masa dalam kehidupan (S2U2TB3; S6U6TB2). Kedua, kekangan
kemahiran. Kekangan ini timbul apabila peserta kajian tidak mahir menghasilkan
sesuatu bentuk inovasi yang sedang diusahakannya. Contohnya, ketika menghasilkan
inovasi berasaskan teknologi, peserta kajian terpaksa mengambil masa yang lama
menyusun dan merangka inovasi tersebut sehingga menyebabkannya mengambil
langkah untuk mendapatkan pertolongan pelajar (S5U5TB2) atau mengupah pakar
untuk menyempurnakan penghasilan inovasi tersebut (S1U1TB1).

Ketiga, kekangan silibus. Kekangan ini timbul apabila ingin “kejar silibus”
(S8U8TB2) mengikut jadual yang ditetapkan. Selain itu, kekangan ini juga timbul
apabila projek inovasi dihasilkan dengan kerjasama pelajar. Ia terkait dengan sikap
pelajar yang tidak mahu memberikan kerjasama (S8U8TB2). Dalam menangani isu ini,
Ustazah Ainur bersikap proaktif dengan mengambil peluang masa yang ada untuk terus
mengumpulkan pelajarnya bagi meneruskan projek penghasilan inovasi (S5U5TB1).
Untuk selesaikan isu masa, peserta kajian merasakan ada keperluan untuk menguruskan
masa dengan baik (S5U5TB3). Pengurusan masa itu disifatkan sebagai pengorbanan
(S2U2TB1). Oleh itu, peserta kajian menunjukkan bahawa mereka bijak menggunakan
waktu senggang mereka untuk berinovasi. Antara waktu yang dimanfaatkan oleh
peserta kajian untuk memberi fokus kepada inovasi adalah; waktu senggang antara kelas
(S5U5TB3), waktu MMI (S4U4TB1) dan waktu petang selepas waktu persekolahan
(S5U5TB3). Peserta kajian memang memberi fokus ketika di sekolah (S7U7TB2)
kerana memudahkan mereka untuk bertanya rakan lain, rujuk buku dan sumber-sumber
lain yang ada di sekolah (S5U5TB3). Hal ini kerana jika kerja-kerja penghasilan inovasi
di bawa ke rumah, “environment pun macam tak membantu” (S5U5TB3) kerana “Dekat
281

rumah ni banyak kekangan. Kang sorang nak nilah, ahh, dia tak fokus jadi tu”
(S5U5TB3). Oleh kerana itu peserta kajian sanggup balik lambat dari sekolah
(S5U5TB3). Namun, jika kerja tidak dapat disiapkan di sekolah atau ada keperluan
untuk balik awal, maka kerja-kerja tersebut tetap di bawa balik ke rumah (S7U7TB2).

Berbeza pula dengan Ustaz Uwais yang menggunakan waktu di hujung tahun
untuk berinovasi. Minatnya kepada inovasi sehingga beliau sanggup mengorbankan
tugasan menanda kertas untuk SPM bagi memberikan fokus kepada penghasilan
inovasi. Hal ini dalam keadaan beliau mengetahui kepentingan dan kelebihan jika beliau
melibatkan diri dalam menanda kertas peperiksaan SPM. Katanya, “Sebab pada ana,
sebulan lebih tu, memanglah, marking tu, ilmu dapat. Ana memang galakkan cikgu-
cikgu muda marking... Tapi, sebab ana dah jatuh cinta dengan inovasi. Jadi, pada ana,
sebulan tu, mesti berinovasi” (S1U1TB1). Selain itu, kekangan masa boleh juga
ditangani dengan kolaborasi (S1U1TB1; S8U8TB2).

4.6.2 Tugas

Peserta kajian mengakui bebanan tugas sering menjadi kekangan mereka dalam
menghasilkan inovasi (S1U1TB1; S4U4TB1). Keadaan ini turut mempengaruhi peserta
kajian sehingga merasakan ingin sekadar melepas batuk di tangga ketika mengajar
(S5U5TB3). Terdapat tiga jenis kekangan tugasan yang dihadapi oleh peserta kajian,
iaitu; 1) bebanan keterlibatan dengan penghasilan inovasi, 2) kekangan kerja tambahan,
dan 3) kekangan tanggungjawab dalam masyarakat.

a) bebanan keterlibatan dengan penghasilan inovasi

Maksud subtema ini adalah proses penghasilan inovasi sendiri adalah satu bebanan. Hal
ini kerana ada banyak proses yang perlu dilalui sebelum sesuatu inovasi yang terhasil
itu direalisasikan termasuklah penyediaan dokumentasi agar impak yang diberikan
dapat dibuktikan secara lebih jelas (S3U3TB3). Bebanan makin bertambah apabila
inovasi itu dipertandingkan di pelbagai peringkat. Setiap pertandingan yang dilalui,
akan ada idea baru untuk ditambah baik dan memberikan bebanan kepada peserta kajian
untuk mengubahsuai inovasinya berdasarkan cadangan-cadangan baru yang diperoleh
282

(S4U4TB1). Selain itu, bebanan ini turut dikaitkan dengan dasar MMI. Ketika dalam
proses menghasilkan inovasi, ada waktu-waktu tertentu yang memerlukan peserta
kajian bertugas di luar sekolah, terutamanya untuk menyertai pertandingan, kursus atau
pameran berkaitan. Bagi memenuhi tuntutan MMI, mereka perlu memastikan
pembelajaran pelajar berjalan seperti biasa walaupun dalam keadaan mereka tiada.
Bebanan timbul pada penyediaan bahan sebelum mereka keluar dan semakan hasil kerja
pelajar selepas mereka kembali. Jelas Ustazah Aisyah, “Sekolah ni dia sangat menjaga
MMI… Bila saya tinggalkan pelajar, ok saya dah tinggalkan kerja, buat muka surat ni
sampai muka surat ni. Ok. Once kita dah bagi kerja kat budak, kita tak semak kan, jadi
waktu tu la, kita kena kejar (budak) ni kan?” (S7U7TB2).

Sebagai tambahan, bebanan pertandingan turut dikaitkan dengan waktu


penganjuran pertandingan yang tidak sesuai kerana bebanan kerja hakiki yang
bermusim seperti peperiksaan. Contohnya, Ustazah Aleeya menyatakan bahawa
pertandingan guru inovatif peringkat sekolahnya dianjurkan sekitar bulan Jun manakala
peringkat negeri diadakan pada hujung tahun, kedua-duanya ketika musim peperiksaan
(S4U4TB1).

b) kekangan kerja tambahan

Kekangan kerja tambahan dikaitkan dengan tiga sudut, iaitu; urusan perkeranian,
jawatan dan arahan pentadbir. Dari sudut perkeranian, secara umumnya dikaitkan
dengan isu lambakan program dan kerja-kerja yang berkaitan dengan program seperti
penyediaan kertas kerja yang menjadi bebanan tambahan kepada kerja hakiki seseorang
guru iaitu mengajar (S5U5TB1). Keadaannya berbeza apabila tidak banyak kerja
tambahan menyebabkan fokus dapat diberikan kepada pengajaran. Suasana santai ini
menyebabkan otak mula memikirkan, apa-apa yang boleh dilakukan untuk menambah
baik amalan pengajaran. Maka, inovasi adalah antara fokus utama. Jelas Ustazah Ainur,
“Dekat sini… Relaks… Dia tak de benda macam kat sana. Jadi saya ada masa yang
banyak untuk fokus kepada pelajar. “Okey… Apa nak buat”” (S5U5TB1). Oleh kerana
itu, Ustazah Ainur menceritakan pengalamannya di sekolah lama, dia tidak fokus
kepada pengajaran kerana banyak sistem yang perlu dilengkapkan data (S5U5TB3).
Fokus yang banyak diberikan kepada pengisian data dalam sistem menyebabkan dia
283

tidak mampu memberikan fokus sepenuhnya kepada pengajaran, apatah lagi berinovasi
(S5U5TB3).

Dari sudut jawatan, ia terkait dengan komitmen (S6U6TB2). Jawatan yang biasa
dikaitkan adalah setiausaha (S5U5TB3). Setiausaha adalah pentadbir sesuatu unit yang
menjadikan pengurusan kerja terletak di bahu pemegang jawatan itu. Keadaan ini
sekaligus memberatkan pemegang jawatan untuk berinovasi. Jelas Ustaz Uwais, “Ana
tengah buat (page FB dan channel Youtube inovasi) tu. Tapi, tulah... Ana SU
kurikulum… Banyak kerja” (S1U1TB2). Komitmen dan kesibukan jadi makin
meruncing apabila seseorang cikgu itu memegang beberapa jawatan (S5U5TB3).
Walau bagaimanapun, peserta kajian mengakui bahawa kemampuan setiap orang
berbeza. Ada orang yang berkeupayaan untuk menyempurnakan banyak kerja dalam
satu-satu masa dan ada yang tidak mampu (S5U5TB3). Buktinya jelas apabila dalam
kesibukan, Ustaz Uwais masih sempat membimbing pelajarnya berinovasi dan
menganjurkan pertandingan inovasi di peringkat negeri untuk membantu pelajarnya
mendapat kredit daripada penyertaan dalam pertandingan tersebut (S1U1TB2).

Dari sudut arahan pentadbir pula, kekangan ini timbul apabila pengetua
mengarahkan guru melakukan sesuatu pekerjaan tambahan. Contohnya, apabila
pengetua mengarahkan panitia Pendidikan Islam menyertai pertandingan surau, ia
mengakibatkan penangguhan pengeluaran inovasi secara besar-besaran yang telah
dirancang oleh Ustazah Aleeya selama “dah berapa bulan dah” (S4U4TB1).
Akibatnya, beberapa urus niaga tergendala, sama ada dengan pembeli iaitu Tabung Haji
dan syarikat pelancongan (S4U4TB1) atau pelabur iaitu, “Ada seorang datinlah”
(S4U4TB1).

c) kekangan tanggungjawab dalam masyarakat

Kekangan ini timbul kerana peserta kajian mempunyai tanggungjawab dalam


masyarakat terutamanya dalam urusan agama dan dakwah. Ustazah Huda terkenal
sebagai penceramah dan selalu dipanggil untuk berceramah sama ada di masjid surau,
sekolah, tempat-tempat latihan atau di pejabat agensi kerajaan dan swasta
menyebabkannya tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada penghasilan
284

inovasi (S3U3TB3). Keadaan ini diakui sendiri oleh Ustaz Uwais bahawa dia tidak
mempunyai apa-apa komitmen dalam masyarakat sama ada di masjid surau atau mana-
mana pertubuhan NGO dan fokus dia hanya kepada sekolah (S1U1TB2). Selain itu,
peserta kajian turut mengaitkan kekangan ini dengan jawatan yang mereka pegang di
masjid, surau dan sekolah tahfiz. Ustaz Zakkir dilantik menjadi imam masjid yang
bertugas mengikut waktu solat sehingga mengehadkan pergerakannya bagi
mempromosikan inovasinya (S2U2TB2). Dia hanya boleh memanfaatkan waktu
senggang antara waktu solat (S2U2TB3). Apabila dilantik sebagai imam, peserta kajian
turut diberi pelbagai tanggungjawab lain, antaranya sebagai jurunikah menyebabkan
mereka tidak bebas bergerak walaupun ketika hujung minggu (S2U2TB3). Bagi Ustaz
Imdad pula, jawatan “ustaz” sudah cukup untuk menyebabkan mereka diberi pelbagai
tanggungjawab pengurusan agama dalam masyarakat seperti, “Ustaz akan urus
jenazah, ustaz yang akan urus kenduri tahlil” (S6U6TB2).

Tanggungjawab ini makin bertambah apabila peserta kajian turut dilantik dalam
jawatan pengurusan seperti pengerusi surau dan pengerusi sekolah tahfiz (S6U6TB2).
Ustaz Imdad menceritakan pengalamannya ketika penghasilan inovasi Kit Mabasol,
bermula daripada menghasilkan inovasi sehingga proses ujian dan pengesahan pakar,
kadang-kadang tergendala kerana tugasan tertentu dan mesyuarat yang perlu
dihadirinya (S6U6TB2). Walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan berkaitan
dengan tanggungjawab dalam masyarakat, peserta kajian bijak mengurus kekangan
tersebut. Bagi Ustaz Imdad, tiada tempoh masa yang tetap ketika menghasilkan inovasi.
Semua tanggungjawab yang dipegang, disempurnakan secara santai dan beliau
menikmati setiap saat yang berlalu ketika menghasilan inovasi itu dengan seronok
(S6U6TB2). Selain itu, kekangan itu juga menyerlahkan lagi sifat positif mereka ketika
berhadapan dengan kekangan-kekangan sebegitu selain mendorong mereka bekerja
dengan kreatif (S6U6TB2). Namun, jika tiada pilihan, peserta kajian akan
mengutamakan kerja hakiki sebagai guru (S2U2TB3).

4.6.3 Kos

Setiap penghasilan inovasi, pasti melibatkan kos tertentu, sama ada sedikit atau pun
banyak, ia adalah kekangan (S4U4TB1; S5U5TB2). Namun, peserta kajian yakin
285

bahawa segala kos yang mereka keluarkan untuk menghasilkan inovasi akan diganti
oleh Allah SWT (S7U7TB2). Walau bagaimanapun, jika kos untuk menghasilkan
sesuatu inovasi itu mahal, ia tetap menjadi kekangan kepada peserta kajian (S2U2TB1).
Oleh itu, kadang kala, ada idea-idea baru yang ditemui untuk tambah baik inovasi sedia
ada tidak diteruskan kerana kos (S5U5TB3). Isu ini tidak dapat diselesaikan walaupun
peserta kajian cuba berkolaborasi dengan IPT kerana IPT meminta kos ditanggung oleh
peserta kajian (S2U2TB2). Kos penghasilan inovasi tu terletak pada beberapa sudut.
Pertama, bahan. Contohnya, Ustaz Imdad, walaupun menghasilkan inovasi berasaskan
modul, kos cetaknya mencecah RM 500 (S6U6TB2). Kos bahan akan jadi makin mahal
apabila protaip yang dibina ditambah baik untuk dibawa masuk ke pertandingan
(S8U8TB2). Contohnya, kos asal prototaip Jawi Abqori hanya berjumlah RM18, namun
mencecah RM80 untuk bentuk yang lebih komersial (S2U2TB2). Apabila menyertai
pertandingan, kadang-kadang juri mempertikaikan kelemahan bahan yang digunakan
dan mencadangkan peserta kajian menukar bahan lain yang lebih sesuai dan baik,
namun ia menyebabkan kos meningkat (S7U7TB2).

Kedua, apabila inovasi dihasilkan melibatkan penggunaan teknologi, maka


perlu ada alatan sokongan. Contohnya Ustazah Ainur menyebut mengenai teknologi
Adrino yang ingin dikombinasikan dengan inovasi Solatku Power. Setiap cip Adrino
mencecah harga RM100. menjadikan jumlah RM 1000 perlu dilaburkan untuk
meletakkan 10 cip (S5U5TB2). Begitu juga dengan Ustaz Uwais yang menyatakan kos
headset VR sangat mahal sehingga mencecah RM 100 setiap satu dan perlu dibeli
mencecah 50,000 unit untuk menurun kos setiap satu RM15 atau RM20 (S1U1TB2).
Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi juga diakui akan semakin murah selari
dengan peredaran masa (S1U1TB2). Melalui temu bual dengan Ustazah Aleeya, beliau
dedahkan bahawa beliau mendapatkan headset VR dengan harga hanya belasan ringgit
melalui Lazada walaupun membeli dengan bilangan yang sedikit (S4U4TB1).

Ketiga, kos perisian. Contohnya, Ustazah Aleeya menggunakan perisian


tertentu daripada internet untuk menghasilkan inovasi berasaskan teknologi AR dan
VR. Perisian tersebut boleh digunakan secara percuma namun ada had limit tertentu.
Jika ingin gunakan tetapan yang lebih canggih, maka ada bayaran langganan RM 200
setahun dikenakan. Ustazah Aleeya menjelaskan, “Program tu dia kalau guna Gmail
286

boleh nak belajar biasa-biasa boleh. Tapi kalau nak buat game, kena langgan. Harga
dia mahal sikitlah” (S4U4TB1). Keempat, kos perkhidmatan. Contohnya, Ustaz Uwais
terpaksa mendapatkan khidmat professional untuk menghasilkan model 3D dalam
teknologi AR dalam Cakna Solat dengan kos mencecah RM 10,000 (S1U1TB1).
Kelima, kos alatan. Peserta kajian membeli beberapa mesin untuk keperluan ketika
menghasilkan inovasi. Walaupun diakui ada alatan yang boleh dipinjam daripada
sekolah, namun memiliki sendiri mesin tersebut lebih memudahkan urusan (S4U4TB1).
Contohnya, Ustazah Aleeya membeli mesin dan pembaris untuk memotong dengan
modal sebanyak RM1,700 (S4U4TB1). Keenam, kos pertandingan inovasi (S5U5TB2).
Yuran pertandingan yang disertai melebihi RM 200 ke atas dan berbeza berdasarkan
peringkat pertandingan (S5U5TB2).

Ketujuh, kos modal untuk jualan. Modal yang diperlukan untuk jualan inovasi
sangat besar sehingga boleh mencecah hampir RM100 bagi setiap unit inovasi
menyebabkan modal jualan sesuatu inovasi mencecah ribuan ringgit (S2U2TB1).
Ustazah Aleeya menyatakan hasrat untuk mencetak Hajj Pop-up Tournya sebanyak
1000 unit, dan kos setiap satu mencecah RM 80 menjadikan jumlah sebanyak RM
80,000 perlu dilaburkan (S4U4TB1). Walau bagaimanapun, kos modal tersebut
bergantung kepada jenis inovasi dan khidmat yang digunakan (S4U4TB1). Kos juga
bergantung kepada berapa banyak set inovasi yang ingin ditempah. Lagi banyak, lagi
murah. Jelas Ustazah Huda, “Sebabkan satu tu je, (RM) 100. Tapi kalau kau nak banyak,
lebih daripada 100 baru dapat murah” (S3U3TB3). Isu-isu ini menyebabkan peserta
kajian sedikit kendur dalam proses sebarluas inovasi mereka (S4U4TB1). Isu kos ini
menjadikan peserta kajian dalam dilema kerana mereka tidak ingin menjual inovasi
tersebut dengan harga yang mahal (S4U4TB1).

Walau bagaimanapun, isu kos ini dikurangkan dengan beberapa kaedah. Satu,
mengenal pasti kekuatan guru dan mengeksploitasi kekuatan tersebut untuk digunakan
dalam penghasilan inovasi, seperti eksploitasi suara untuk menyusun inovasi
Trademark tidak memerlukan sebarang kos (S3U3TB1). Kedua, menggunakan bahan
kitar semula (S8U8TB2). Ketiga, buat inovasi dalam bentuk projek pelajar. Maka, “Kos,
budak yang keluarkan” (S8U8TB2). Keempat, dapatkan pertolongan daripada orang
terdekat seperti bekas pelajarnya (S3U3TB3) dan ahli keluarga (S7U7TB2). Kelima,
287

mendapatkan sumbangan dana daripada pelbagai pihak seperti panitia, PIBG, rakan
guru dan dana luar (S4U4TB1). Keenam, serahkan inovasi kepada syarikat tertentu utuk
uruskan dari sudut penerbitan dan jualan kerana syarikat akan keluarkan modal
(S1U1TB2).

4.6.4 Kemudahan

Kekangan kemudahan boleh dilihat dari dua sudut, iaitu; kekurangan alatan untuk
pembinaan inovasi dan kekurangan kemudahan untuk digunakan sewaktu PdP
menggunakan inovasi. Dari sudut kekurangan alatan untuk pembinaan inovasi, peserta
kajian tidak mempunyai alatan untuk melakukan kerja-kerja tertentu ketika pembinaan
inovasi. Walaupun mengakui ada bahan-bahan tertentu boleh dibuat secara manual
namun hasilnya tidak sempurna. Penggunaan alatan tertentu mampu memberikan hasil
yang lebih baik dan memudahkan. Jelas Ustaz Zakkir, “Kalau dah buat-buat pasal hasil
tangan ni dia kena besar-besar, kan? Buat halus-halus renyah. Halus-halus pakai
mesin yang mudah” (S2U2TB2). Oleh itu, Ustaz Uwais tidak mempunyai mesin cetak
3D ketika menghasilkan The Battle of Tajweed, lalu berkolaborasi dengan rakan guru
dari sekolah lain yang mempunyai alatan tersebut (S1U1TB1). Ustazah Aleeya pula,
tidak suka berebut alatan sekolah, lalu mengambil inisiatif untuk membeli alatan yang
diperlukannya, antaranya pembaris pemotong dan mesin pemotong untuk
memudahkannya menghasilkan Hajj Pop-up Tour (S4U4TB1).

Kekangan kekurangan kemudahan untuk digunakan sewaktu PdP pula dikaitkan


dengan telefon dan talian internet (S5U5TB1). Masalah ini bukan hanya terkait kepada
pelajar tetapi terkait juga dengan pelanggan di pasaran terbuka (S2U2TB1).
Kekurangan ini wujud ketika menggunakan inovasi berasaskan teknologi. Bagi Ustazah
Aleeya, inovasi yang menggunakan teknologi VR, memerlukan internet yang laju di
sekolah. Namun, kemudahan itu tidak dapat dibekalkan oleh sekolah. Oleh yang
demikian, beliau terpaksa menggunakan internet yang beliau langgan untuk kegunaan
pengajaran (S4U4TB1). Walaupun menggunakan talian internet sendiri, tanpa had,
namun masalah ketiadaan liputan talian internet pula timbul. Situasi ini dialami oleh
pengkaji ketika mencuba inovasi VR Fikah Exhibition. Oleh kerana talian internet
sekolah tidak stabil, Ustazah Aleeya menggunakan talian internetnya. Namun, talian
288

intenetnya juga tidak stabil. Situasi ini dapat digambarkan melalui kata-kata Ustazah
Aleeya ini, “Saya guna (data) sendiri yang telco X lah... Sekejap. Tak boleh buka ni.
Lambat pula” (S4U4TB1). Isu liputan internet turut diungkit oleh Ustazah Aisyah
menjadi penyebab pelajar tawar hati untuk menggunakan inovasi tersebut (S7U7TB2).
Oleh itu, untuk menyelesaikan isu ini, peserta kajian lebih suka menggunakan LCD bagi
menayang video VR (S4U4TB1; S7U7TB2).

Keadaan yang sama menimpa Ustaz Uwais dan Ustazah Ainur yang menyebut
isu telefon sebagai alatan yang diperlukan untuknya mengajar ketika mengajar
menggunakan inovasi dalam kelas (S1U1TB1; S5U5TB2). Isu ini menyebabkan pelajar
terpaksa berebut telefon guru (S7U7TB1). Ustaz Uwais memberikan contoh keperluan
penggunaan telefon bimbit bagi inovasi berasaskan teknologi AR. Katanya, “i5 tu, ustaz
ada jual di sekolah, maksudnya kalau tiada handphone tak boleh main... Dia mesti
(kena ada) handphone” (S1U1TB2). Keadaan ini menyebabkan inovasi seperti i5 lebih
banyak dibeli oleh ibu bapa ketika musim PKP kerana di rumah kerana isu ketiadaan
telefon bimbit kurang dialami, berbeza situasinya berbanding sekolah (S1U1TB2).

4.6.5 Pengetahuan

Kekangan pengetahuan merangkumi sudut kemahiran dan ilmu. Kemahiran memang


menjadi halangan kepada penghasilan inovasi yang diinginkan oleh peserta kajian
(S1U1TB1). Kebanyakan kekangan kemahiran dikaitkan dengan penghasilan bentuk
inovasi tertentu, seperti; kemahiran pertukangan (S3U3TB1), kemahiran elektronik
(S4U4TB2; S5U5TB2), kemahiran ICT (S2U2TB3; S3U3TB1), kemahiran grafik
(S1U1TB2; S4U4TB1; S6U6TB2; S7U7TB2) dan kemahiran menghasilkan model 3D
untuk AR dan VR (S1U1TB1; S4U4TB1; S5U5TB2; S6U6TB2). Isu ini diakui oleh
peserta kajian sehingga mereka berada antara dua pilihan, sama ada mengambil
alternatif tertentu untuk menampung kekangan ini ataupun meninggalkan idea yang
tidak mampu dilakukan itu (S4U4TB2). Walau bagaimanapun, peserta kajian turut
mengambil inisiatif tertentu untuk menyelesaikan isu ini, antaranya dengan cara; satu,
menghadiri kursus (S1U1TB1). Dua, kolaborasi, sama ada dengan pakar (S1U1TB1),
rakan guru (S1U1TB1; S3U3TB1), pelajar (S4U4TB1; S5U5TB2; S6U6TB2) dan anak
(S7U7TB2). Ketiga, mengupah pakar, seperti Ustaz Uwais mengupah pakar untuk
289

menghasilkan model 3D untuk teknologi AR-nya (S1U1TB1) dan bekas pelajarnya


sebagai pereka bentuknya (S1U1TB2).

Kekurangan ilmu pula terkait dengan pemilihan tajuk atau bidang sebagai
keutamaan ketika menghasilkan inovasi. Kekurangan ilmu terjadi kerana peserta kajian
tidak mendalami konten ilmu itu ketika belajar atau tidak ada pengalaman
melaksanakan ibadat yang menjadi konten ilmu tersebut. Hal ini seperti yang dijelaskan
oleh Ustazah Ainur ketika ditanya sebab tidak menghasilkan inovasi dalam bidang
akidah, jawabnya, “Sebab Akidah tu, nak sentuh boleh, tapi, mungkin kurang ilmu ke
nak sentuh bab-bab tu, untuk buat, kan? Sebab kita belajar dulu, mana ada bab Akidah”
(S5U5TB3). Walau bagaimanapun, kekurangan itu dilihat oleh Ustazah Aleeya sebagai
rangsangan untuk menghasilkan inovasi. Ketidak fahaman mengenai ibadat haji
menyebabkan beliau memilih tajuk tersebut untuk didalami dan dihasilkan inovasi
mengenainya (S4U4TB1).

4.6.6 Pertandingan

Peserta kajian mengakui bahawa pertandingan inovasi adalah bebanan. Isu ini terkait
dengan kepelbagaian teknikal atau prasyarat yang perlu dipenuhi jika membawa inovasi
untuk dipertandingkan (S8U8TB2). Isu kepelbagaian perkara yang perlu dilakukan
menyebabkan peserta kajian terpaksa mengorbankan banyak masa hanya untuk
memenuhi tuntutan pertandingan (S4U4TB1). Lebih tinggi peringkat pertandingan
yang disertai, lebih tinggi komitmen yang dituntut menyebabkan peserta kajian tidak
dapat tidur untuk menyempurnakan segala perkara yang perlu (S4U4TB1). Kesibukan
ini mengakibatkan fokus kepada pengajaran sedikit terganggu (S4U4TB2). Maka, tidak
hairan apabila sebahagian peserta kajian berterusan menghasilkan pelbagai inovasi,
namun tidak agresif untuk menyertai pertandingan (S8U8TB2). Walau bagaimanapun,
peserta kajian turut mengakui bahawa sesiapa yang menyahut cabaran akan berjaya
(S8U8TB2). Antara kekangan yang terkait dengan pertandingan adalah “Kena
bengkellah” (S4U4TB2), “Masa buat (dan bawa ke pertandingan), tak try lagi
(keberkesanannya pada pelajar)” (S1U1TB2) dan “Nak paternkan” (S3U3TB3).
290

Namun, isu yang paling dominan adalah isu penyediaan dokumentasi inovasi
(S6U6TB2) menyebabkan ada guru yang menarik diri daripada penyertaan dalam
pertandingan inovasi kerana tidak mahu menyediakan dokumentasi (S4U4TB1). Ia
terkait dengan isu masa (S2U2TB1). Namun, ada peserta kajian yang menganggap
penyediaan dokumentasi sebagai satu pakej dengan penghasilan inovasi (S3U3TB3).
Isu penyediaan dokumentasi menyebabkan sesetengah guru berasa berat hati untuk
menyertai pertandingan inovasi walaupun mempunyai inovasi yang mempunyai kualiti
untuk dipertandingkan (S7U7TB2). Ada tiga isu yang diungkit oleh peserta kajian
berkait dengan penyediaan dokumentasi pertandingan. Satu, malas. Namun, peserta
kajian mengakui bahawa apabila sampai waktunya, mereka tetap perlu paksa diri untuk
menyusun dokumentasi itu (S6U6TB2). Dua, keikhlasan (S6U6TB1). Tiga, kekangan
penyediaan dokumentasi yang perlukan kajian literatur (S7U7TB1) menyebabkan
“Dokumentasinya itu, tebal macam kita nak buat Master” (S7U7TB1). Situasi ini
menuntut pengorbanan dan komitmen masa dan tenaga (S3U3TB3).

Isu berkenaan dengan penyediaan dokumentasi turut terkait dengan teknikal


penulisan dokumentasi seperti kaedah penulisan laporan inovasi (S4U4TB1). Apabila
diberi kritikan mengenai struktur ayat yang digunakan dalam dokumentasi, peserta
kajian tidak dapat memahami maksud komen tersebut kerana mereka tidak belajar di
peringkat pengajian yang lebih tinggi (S4U4TB1). Bagi memahami struktur ayat yang
betul ketika penyediaan dokumentasi, peserta kajian mengambil inisiatif untuk melihat
contoh dokumentasi yang baik dan membandingkan dengan hasil penulisannya,
manakala di pihak panel pula, mereka mencadangkan agar peserta kajian menyambung
pengajian di peringkat yang lebih tinggi (S4U4TB1). Oleh itu, ada peserta kajian yang
mengatakan dia suka berinovasi, namun tidak mempedulikan hal dokumentasi
(S6U6TB1). Roh sebenar inovasi terletak kepada memperbaiki kualiti pengajaran dan
bukannya dokumentasi (S3U3TB3). Walau bagaimanapun, peserta kajian turut
mengiktiraf sesiapa yang mampu menghasilkan dokumentasi inovasi sebagai
mempunyai kemampuan inovator yang lebih tinggi (S6U6TB1). Untuk meringankan
bebanan dokumentasi ini, ada juga peserta kajian yang mencadangkan agar
dokumentasi untuk penyertaan pertandingan guru inovatif dimudahkan dan tidak
meleret (S7U7TB1) serta hadkan kepada beberapa helai sahaja dengan memberi fokus
291

kepada inovasi dan impaknya kepada pengajaran (S3U3TB3) atau sekadar isi borang
ringkas sahaja (S7U7TB1).

4.6.7 Kesihatan

Kesihatan sangat penting. Dek kerana ingin memberikan komitmen terbaik dalam
pengajaran, Ustazah Huda menyatakan hasratnya untuk bersara awal jika kesihatan
menyebabkan kualiti pengajarannya menurun untuk memberikan ruang dan peluang
kepada guru baru yang lebih muda dan kuat untuk menggantikan tempatnya
(S3U3TB3). Kekangan kesihatan boleh dilihat dari tiga sudut, iaitu; 1) kaitan antara
jenis kemahiran tertentu dengan bentuk inovasi tertentu, 2) akibat daripada terlalu fokus
dengan projek inovasi, dan 3) sakit secara umum. Mengenai kaitan antara jenis
kemahiran tertentu dengan bentuk inovasi tertentu, sebenarnya dinyatakan oleh Ustazah
Aleeya. Ustazah Aleeya meminati jahitan dan menghasilkan inovasi dengan
memanipulasi kemahiran jahitannya. Namun, akibat sinus, dia perlu meminimakan
penggunaan kemahiran jahitannya kerana beliau akan terkena sinus akibat habuk ketika
menjahit. Oleh yang demikian, inovasi berasaskan jahitan tidak banyak boleh
dihasilkan. Katanya, “(Saya tak mampu berinovasi dengan jahitan kerana) masalah
kesihatan. Sinus teruklah… Hidung. Habuk-habuk. Saya kalau habuk, saya mudah ni
lah (sakit). Macam kurang sikitlah (sekarang)” (S4U4TB1). Oleh itu, sekarang, beliau
mula memberi fokus kepada inovasi berasaskan ICT.

Dari sudut akibat terlalu fokus pula, dialami oleh Ustaz Uwais dan Ustazah
Aisyah. Ustaz Uwais menggunakan waktu malam untuk merangka inovasi dan
menyiapkan dokumentasi (S1U1TB2). Akibatnya matanya mengalami keradangan dan
silau serta perlu memakai spek hitam untuk menahan silau cahaya, terutamanya pada
waktu malam (S1U1TB2). Ubatnya dibekalkan khas oleh doktor pakar dan berharga
lebih mahal daripada biasa. Doktor memberikannya cuti selama sebulan. Ustaz Uwais
menceritakan pengalamannya tersebut, “(Ubat) pakar je, RM 70. Lain punya. Siap ada
antibiotik. Dia tengok je, dah ada radang sikit, ambik antibiotic pulak. Eyemo lain…
Sebulan cuti syeikh... Ana nak drive pun tak boleh. Silau... Pakai spek hitam bawak
(kereta) malam-malam” (S1U1TB2). Dia turut mengakui, sepanjang cuti selama
sebulan itu, doktor melarangnya daripada menggunakan sebarang bentuk alatan
292

komputer (S1U1TB2). Ustazah Aisyah pula mengalami kekejangan kerana terlalu lama
mengadap komputer dan memberikan fokus kepada kerja-kerja dokumentasi di
komputer dan mengambil masa dalam setahun untuk proses penyembuhan (S7U7TB2).

Dari sudut sakit secara umum pula, ia tiada kaitan khusus dengan penghasilan
inovasi. Cuma, sakit menyebabkan proses penghasilan inovasi tertangguh. Ustaz Zakkir
bercerita pengalamannya, “Badan jadi lemah, penat berjalan, tak boleh nak jalan jauh,
jalan pulak jadi perlahan-perlahan... Masa tu pun ada batuk-batuk. Dr. kata air saya
banyak... Masuk ICU... Enam hari… Masa tu takleh gerak. Semua dah cucuk”
(S2U2TB3). Kekangan ini menyebabkan proses perbincangan dengan IPT X untuk
tambah baik inovasi Jawi Abqorinya melalui kolaborasi tertangguh.

4.6.8 Hak cipta

Hak cipta memang menjadi kekangan sehingga ada guru-guru yang baru hendak
berjinak dengan inovasi terasa tidak ingin menceburi dunia inovasi (S3U3TB3).
Kekangan hak cipta terjadi dari dua sudut iaitu keperluan kepada hak cipta dan
perebutan hak cipta. Dari sudut keperluan kepada hak cipta, peserta kajian merasa berat
apabila sesuatu inovasi perlu dipatenkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia
(MyIPO). Kekangan ini dikaitkan dengan kos pendaftaran “paten pun ratus (ringgit)”
(S3U3TB3). Kos akan makin meningkat kerana dua perkara, iaitu; 1) apabila sesuatu
inovasi perlu ditambah baik supaya mempunyai nilai komersial (S3U3TB3), dan 2)
apabila paten perlu disusuli dengan pengeluaran (S3U3TB3). Keadaan ini
menyebabkan Ustazah Huda tidak begitu berminat dengan paten dan merasakan tidak
ada keperluan kepada paten. Baginya, ilham itu milik Allah dan boleh dikongsi dengan
sesiapa. Cuma, isu ini terkait juga dengan keperluan pertandingan. Apabila sesi
penilaian, juri akan bertanya mengenai paten. Walaupun dianggap sebagai kelemahan
kerana inovasinya tidak dipatenkan, namun baginya ia adalah kelebihan inovasinya
(S3U3TB3).

Dari sudut perebutan hak cipta pula, berlaku apabila inovasi dihasilkan dengan
kerjasama agensi luar. Itu yang berlaku kepada Ustaz Uwais ketika berkolaborasi
dengan IPT X ketika menghasilkan Global Zakat Games (GZG). Dia menceritakan
293

pengalamannya, “Bila kita dah bergabung dengan universiti, dah jadi kepunyaan
universiti. Itu memang kita tak boleh nak buat apa-apalah. Tapi, disini ana nak cakap,
idea tu 100% ana punya” (S1U1TB1). Beliau menjustifikasikan bahawa inovasi GZG
adalah idea kepunyaannya dengan menyatakan bahawa pensyarah universiti tersebut
tidak memahami fungsi inovasi itu ketika hari perasmiannya. Hanya selepas dia
memberikan penerangan, barulah pensyarah tersebut boleh melakukan sedikit
demonstrasi kepada tetamu yang hadir ketika itu. Keadaan ini berlaku kerana pensyarah
menyerahkan urusan merealisasikan idea inovasi GZG itu kepada pelajarnya. Jelas
Ustaz Uwais, “Game tu pun, ana banyak berurusan dengan pelajar. Bukan dia...
Sampai hari untuk perasmian game tu... Ana yang ajar... Pelajar-pelajar main. Baru
dia buat demo dekat orang ramai” (S1U1TB1).

Walaupun pada awalnya, penghasilan inovasi GZG itu diakui dihasilkan secara
kolaborasi namun akhirnya hak peserta kajian sebagai inovator dinafikan (S1U1TB1;
S1U1AD13). Hanya nama seorang inovator sahaja yang dizahirkan pada kotak inovasi
tersebut (S1U1AD4). Situasi ini memberi pengajaran kepada Ustaz Uwais agar berhati-
hati dan memastikan setiap langkah dalam kolaborasi penghasilan inovasi mestilah
mempunyai perjanjian tertentu agar semuanya mendapat hak yang adil. Beliau turut
akui tidak menyangka akan berlaku isu ini kerana beliau sedang berurusan dengan
seorang yang berstatus ilmuan agama. Kata Ustaz Uwais, “Pengajaranlah untuk ana.
Walaupun dia berstatus prof ke… Kita kena berhati-hati jugak. Kena ada black and
white... Yang paling ana ralat (orang) agamalah, kan? Kita pandang tinggi pada dia,
kan? Tapi, akhirnya, berkesudahan yang kurang eloklah” (S1U1TB1). Namun, peserta
kajian positif belajar daripada kesilapan ini dan berhasrat untuk menghasilkan inovasi
yang sama dengan bentuk lain yang lebih menarik (S1U1TB1).

4.6.9 Proses Sebar luas

Proses sebar luas dikaitkan dengan memperkenalkan inovasi, sama ada kepada guru
atau pelajar. Ia boleh dilihat dari tiga sudut, iaitu; 1) umum, 2) proses pengujian inovasi,
dan 3) proses jualan inovasi. Secara umum, ada peserta kajian yang gugup dan tidak
berkeyakinan untuk berhadapan dengan guru atau pelajar dalam kapasiti yang ramai
dan lebih cenderung untuk memberi tutorial kepada seorang guru serta biarkan guru
294

tersebut mengajar pelajarnya sendiri menggunakan inovasinya itu (S8U8TB2). Oleh itu,
dia tidak melakukan sebarang usaha untuk sebar luas inovasi melainkan membimbing
pelajar memasuki pertandingan menggunakan ideanya sendiri. Ketika proses pengujian
inovasi pula, ada peserta kajian berasa serba salah kerana merasakan bahawa mereka
telah menyusahkan rakan-rakan guru di sekolah lain kerana mengambil masa dan tenaga
mereka (S7U7TB2). Namun, usaha itu tetap dilakukannya kerana ia termasuk dalam
tuntutan pertandingan inovasi.

Dari sudut jualan pula, ada peserta kajian yang tidak minat untuk menjual
produk inovasi mereka walaupun cuba dibantu oleh rakan sekerja (S8U8TB2). Peserta
kajian yang menjual pula mengakui bahawa mereka menghadapi pelbagai kekangan,
antaranya; satu, tidak pandai berniaga (S1U1TB2). Dua, peserta kajian tidak sanggup
meletakkan harga yang mahal kerana menyukarkan orang memiliki inovasi tersebut dan
nilai inovasi tersebut yang tidak boleh dijual beli (S1U1TB2; S3U3TB3). Ustaz Uwais
pernah meletakkan harga yang mahal untuk satu inovasinya dan dipersetujui oleh
pembeli, namun, Ustaz Uwais mengambil langkah memberikan secara percuma satu
inovasi lain (S1U1TB2). Tiga, berniaga perlukan komitmen tenaga dan masa
(S2U2TB1; S2U2TB3). Isu ini diatasi melalui pemasaran dilakukan dalam program lain
(S3U3TB3) serta melantik agen jualan dari kalangan guru dan wakil jualan yang bekerja
sepenuh masa (S1U1TB2). Namun, agen dari kalangan guru tidak dapat memberikan
komitmen dan urusan jualan tidak berjalan dengan lancar, manakala wakil jualan yang
bukan Islam menyebabkan hanya produk yang tiada ayat al-Quran sahaja diberikan
kepadanya untuk dijual (S1U1TB2).

Empat, walaupun menggunakan wakil jualan di merata tempat, namun jualan


tidak meluas dan terhad hanya di lokasi yang menjadi tumpuan wakil jualan tersebut,
sedangkan peserta kajian berhasrat agar jualan dapat lebih meluas (S2U2TB3). Sukar
untuk mempromosikan produk inovasi tersebut sehingga boleh digunakan pakai di
seluruh Malaysia (S1U1TB2). Lima, tiada platform yang boleh bantu (S2U2TB2).
Platform sangat diperlukan untuk memudahkan inovasi yang dihasilkan dapat
menembus pasaran. Dalam hal ini, peserta kajian mencadangkan Bahagian Pendidikan
Islam (BPI) untuk mengambil peranan tersebut, dan tidak boleh berhenti sekadar
menganjurkan pertandingan inovasi sahaja (S2U2TB2). Enam, kekangan modal yang
295

perlu dikeluarkan (S4U4TB1). Tujuh, kesukaran mencari pelabur (S4U4TB1). Lapan,


jika produk inovasi diterbitkan oleh syarikat, pembeli terutamanya dari kalangan guru
lebih selesa berurus niaga secara terus dengan peserta kajian, berbanding berhubung
dengan syarikat yang menerbitkan inovasi itu (S1U1TB2). Isu ini menyebabkan peserta
kajian terpaksa menubuhkan syarikat sendiri untuk memudahkan urusan penjualan
(S1U1TB2).

Sembilan, apabila peserta kajian menubuhkan syarikat untuk memudahkan


penjualan, timbul isu-isu lain pula seperti yang diceritakan oleh Ustaz Zakkir, “Kena
ada akaun bank. Akaun bank syarikat. Yelah, bila panitia-panitia nak beli, mesti LO,
kan?... Pastu, buat cop dan sebagainyalah. Ada resit… Jadi bila sekolah-sekolah tu
hantar borang tempahan, pastu isi, kena ada cop. Cop syarikat, buat akaun bank, tu,
memang kena buatlah. Kena keluar kos jugak tu” (S2U2TB3). Selain daripada itu,
LHDN akan mula mengutip cukai pendapatan daripada perniagaan peserta kajian
(S1U1TB2).

4.6.10 Sikap malas

Kekangan kemalasan memang dinyatakan secara tersurat oleh peserta kajian


(S6U6TB2; S6U6TB3; S8U8TB2). Semuanya bergantung kepada kehendak dan
kemahuan guru itu sendiri. Jelas Ustaz Zakkir, “semua boleh menghasilkan sesuatu
inovasi. Tetapi atas kehendaklah, dia nak buat atau tidak. Nak rajin ke nak malas”
(S2U2TB1). Bagi pihak peserta kajian, mereka mengakui bahawa kemalasan itu biasa
berlaku di permulaan projek (S6U6TB2). Namun, selepas dimulakan, fokus dan
komitmen kepada projek inovasi itu akan dapat diberikan (S6U6TB2). Fokus yang
diberikan itu menyebabkan peserta kajian tidak suka dikacau. Jika dikacau, akibatnya
boleh membawa kepada idea tersekat (S6U6TB2). Isu malas turut terkait dengan
kekangan lain, seperti; 1) lambakan tugas dan tanggungjawab serta masa yang terhad
(S6U6TB2), 2) umur yang makin lanjut (S2U2TB1), dan 3) bebanan pertandingan
inovasi (S2U2TB1). Walau bagaimanapun, isu umur dan tanggungjawab keluarga
ditolak oleh Ustazah Ainur dengan hujah ada guru di sekolahnya yang berumur lanjut
dan mempunyai ramai anak, namun masih agresif berinovasi (S5U5TB3). Akhirnya ia
kembali kepada kehendak diri sendiri (S2U2TB1) dan minat (S1U1TB2).
296

4.6.11 Tiada idea

Ketiadaan idea menjadi kekangan sehingga membantutkan lagi penghasilan inovasi.


Hal ini kerana idea adalah milik Allah (S5U5TB3). Isu ketiadaan idea dikaitkan dengan
pelbagai peringkat. Contohnya, Ustazah Ainur mengaitkannya dengan langkah pertama
menghasilkan inovasi. Untuk mendapat idea, dia perlu mengkaji terlebih dahulu isu
yang dihadapi ketika pengajaran. Proses ini penting untuk menentukan bentuk inovasi,
tajuk yang ingin difokuskan, apa kaedah yang sesuai dan sebagainya dan ia boleh
berlarutan selama beberapa hari (S5U5TB3). Jika idea difikirkan sambil-sambil
menghasilkan prototaip, ia boleh mengambil masa sehingga empat ke lima bulan
(S2U2TB3). Kadang-kadang, walaupun telah ada bentuk inovasi tertentu yang ingin
dihasilkan, idea tetap tidak ada. Isu ini dikaitkan oleh Ustazah Aleeya dengan
kekurangan pengetahuan (S4U4TB3). Perkara sama terjadi pada Ustaz Zakkir yang
ingin meneroka inovasi dalam tajuk lain selain tajuk jawi. Bezanya, dia mengaitkannya
dengan isu kekurangan idea mengenai bentuk inovasi yang ingin disesuaikan dengan
tajuk lain selain tajuk jawi (S2U2TB3). Selain itu, kesukaran mencari idea juga berlaku
jika peserta kajian berhasrat untuk tambah baik inovasi sedia ada (S5U5TB3).

Isu ketiadaan idea juga berlaku kepada peserta kajian yang selalu menghasilkan
inovasi. Hal ini kerana, mereka mengakui bahawa mereka terasa terikat dengan cara
biasa mereka menghasilkan inovasi. Maka, mereka rasa satu cabaran untuk mencari
idea baru yang segar dan unik ketika menghasilkan inovasi. Mereka tidak mahu terikat
dengan kepompong penghasilan inovasi yang pernah mereka hasilkan sebelum ini,
namun pada masa sama tiada idea untuk menghasilkan inovasi dalam bentuk yang baru.
Jelas Ustaz Uwais, “Dulu, ana terikat dengan saidina tau. Tapi bila kita dah banyak
melalui penghasilan inovasi ini, ana kalau boleh ana nak cuba lari daripada tu… Nak
buat ana punya sendiri. Ha! Tu yang sekarang ni cabaran ana, inovasi yang segar”
(S1U1TB2). Isu ini turut diungkit oleh Ustaz Zakkir yang merasakan permainan telah
menjadi trendy dan hilang keunikannya. Jika ingin diteruskan dengan penghasilan
inovasi berbentuk permainan, maka permainan yang betul-betul unik perlu difikirkan
(S2U2TB3).
297

4.6.12 Keluarga

Isu ini dibangkitkan oleh Ustazah Aleeya yang mengakui perlukan keizinan suaminya
untuk keluar. Keadaan ini sedikit sebanyak membataskan pergerakan peserta kajian
ketika berinovasi. Hal ini kerana proses berinovasi adalah proses yang panjang yang
memerlukan peserta kajian banyak keluar, terutamanya ketika mencari bahan, belajar,
menyebarluas inovasi, mempromosikan inovasi, mendapatkan hak cipta dan
sebagainya. Kata Ustazah Aleeya, “Tapi tulah bila macam nak pergi (ke sesuatu
tempat) … Kena bincang dengan suami” (S4U4TB1).

4.6.13 Pentadbir

Kekangan pentadbir adalah berkaitan dengan layanan pentadbir kepada peserta kajian.
Ada dua sudut layanan, iaitu; arahan pentadbir dan hubungan buruk dengan pentadbir.
Dari sudut arahan pentadbir, Ustazah Aleeya menyebut bahawa projek inovasinya
tertangguh kerana pentadbir memberikannya tugasan tambahan, iaitu projek menaik
taraf surau sekolah untuk tujuan penyertaan pertandingan surau peringkat negeri dan
kebangsaan (S4U4TB1). Untuk melengkapkan dokumentasi pertandingan surau serta
sesi penilaian, pelbagai kerja perlu dilakukan. Kerja itu akan jadi lambat kerana
bersangkutan dengan kerja-kerja orang lain. Isu sebegini mengeruhkan hubungan antara
pentadbir dan peserta kajian. Jelas Ustazah Aleeya, “Tuan haji pun macam ada marah
kat saya, sebab dia nak tengok video... Ustaz tak siapkan ruang. Nak buat video
macamana? Kang video tunjuk gambar benda yang takde, kan? … Nampak buruk sikit
kat situ, sayalah. Saya tak dapat siapkan video, waktu yang dia nak” (S4U4TB2).

Dari sudut hubungan dengan pentadbir pula, dialami oleh Ustazah Huda.
Kedinginan hubungan terjadi kerana gred peserta kajian yang lebih tinggi daripada
pentadbir dan peserta kajian terkenal di luar sekolah (S3U3TB3). Keadaan ini
mengakibatkan beberapa inovasi Ustazah Huda terpaksa disusun semula kerana arahan
tertentu yang dikeluarkan oleh pentadbir. Ustazah Huda menceritakan pengalamannya,
“Akak sebenarnya ada bilik khas... Akak buat klinik akak... Klinik ni menang peringkat
negeri. Bila dia datang, dia halau akak... Tu bilik sekolah, bukan bilik you”
(S3U3TB3). Walau bagaimanapun, Ustazah Huda tenang menghadapi situasi ini kerana
298

beliau sedar, isu ini melibatkan dua orang yang telah matang (S3U3TB3). Maka,
Ustazah Huda mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan
berdepan dengan pentadbir dan bercakap dari hati ke hati selama “1 jam 40 minit”
(S3U3TB3). Dia bercerita sebahagian pengalamannya itu:

Akak cakap depan dia. Cikgu, apa salah saya cikgu? 10 pengetua cikgu,
bukanlah saya takde masalah… Cikgu cakap lah… Saya tak nak ambik jawatan
cikgu. Cikgu buanglah cemerlang saya... Awak banyak keluar. Keluar bila
cikgu? ... Habis PdPc pukul berapa cikgu? Bengkel pukul 2.30, 1.30 akak
keluar… Cikgu tengok siapa yang hantar buku setiap tahun. Siapa yang buat
projek dekat sekolah... Itu keluar biasaan saya sebagai guru cemerlang. Tak
boleh duduk sekolah je. Kepakaran saya mesti dikongsikan (S3U3TB3).

Akhirnya, hubungan baik mula terjalin antara Ustazah Huda dan pentadbir dan
mengakui “sekarang ni dah kenal rapat, dia di antara yang akan jadi sahabat”
(S3U3TB3). Kemesraan itu jelas terpancar berdasarkan pemerhatian pengkaji ketika
pertama kali berjumpa Ustazah Huda dalam bilik pengetua (S3U3PM1). Keadaan ini
menyebabkan Ustazah Huda kembali mendapat kebenaran menyusun ruangan khas di
surau sekolah untuk menempatkan beberapa inovasinya seperti Klinik Tawata dan RAS
(S3U3PM3).

4.6.14 Rakan guru

Ada rakan guru yang bersikap sinis terhadap peserta kajian. Pandangan orang ini
menyebabkan peserta kajian sedikit terasa hati (S4U4TB2). Situasi ini berlaku kerana
“Asyik muka kita je kat group tu, kan?” (S4U4TB2). Walau bagaimanapun, rakan guru
yang tidak dapat menerima kejayaan peserta kajian ini hanya segelintir dan tidak ramai
(S4U4TB2). Apabila peserta kajian mendapat pengiktirafan, maka mereka akan
mempersoalkan, “Macamana Aleeya boleh menang? … Apa Aleeya buat?”
(S4U4TB2). Mereka turut sinis mengatakan, “ini bila Aleeya menang inovasi
kebangsaan?” (S4U4TB1). Walhal, peserta kajian “Dah present (inovasi tu) kat
sekolah” (S4U4TB1) dan “Dah buat pameran (inovasi saya tu di sekolah)” (S4U4TB1).
Cuma mungkin “benda (ni) mengejut sebenarnya. Memang tak jangka (saya menang)”
(S4U4TB1). Hal ini mungkin juga kerana rakan guru tersebut juga tidak pernah tahu-
menahu mengenai pertandingan inovasi (S4U4TB1).
299

Bagi Ustazah Huda, isu sebegini adalah lumrah yang biasa akan dihadapi. Untuk
merapatkan hubungan, elakkan daripada merendahkan mereka, sebaliknya berjumpa
dengan mereka dan berbincang dengan cara yang baik. Akhirnya, pandangan negatif
mereka akan reda dan hilang. Hubungan juga akan kembali bertaut. Yang keruh akan
kembali menjadi jernih. Jelas Ustazah Huda, “Inilah dia cabaran... Kau jangan
salahkan orang, tetapi kau meneutralkan. Kau tahu orang akan bersangka buruk
dengan kau. Kau pergi jumpa dia. Biar cakap elok-elok… (Biar) berakhir menjadi
sahabat... Last sekali baru macam, ustazah, minta maaf. Jadi tu macam putuskan
(kedinginan hubungan tersebut)” (S3U3TB1)

4.6.15 Pelajar

Penghasilan inovasi pengajaran dibuat dengan menyasarkan impaknya kepada pelajar.


Namun, timbul juga beberapa kekangan berkenaan dengan pelajar. Kekangan ini boleh
dilihat daripada empat sudut, iaitu; 1) pelajar fobia, 2) pelajar tidak fokus, 3) pelajar
tidak mahu menggunakan inovasi, dan 4) pelajar bosan. Berkenaan dengan fobia,
apabila inovasi berasaskan ICT digunakan, pelajar kelas belakang tidak mahir
menggunakan komputer dan berasa takut jika tersilap menggunakannya (S6U6TB1).
Berkenaan dengan pelajar tidak fokus pula, dialami apabila inovasi berasaskan
permainan digunakan. Pelajar tiada niat untuk belajar, sebaliknya hanya mahu bermain
(S3U3TB3). Keadaan ini menyebabkan pelajar akan minta inovasi pengajaran
berasaskan permainan untuk mereka main, sebagai alasan untuk tidak belajar
(S3U3TB3). Maka, untuk menangani isu ini, peserta kajian memberikan dua panduan.
Satu, pelajar perlu diingatkan bahawa bukan setiap waktu mereka dapat menggunakan
permainan tersebut, sebaliknya ada waktu tertentu sahaja boleh digunakan inovasi
permainan tersebut bersesuaian dengan topik yang dibincangkan (S3U3TB3). Pesanan
diberikan dengan nada lembut, namun ada unsur penegasan. Dua, ketika bermain sambil
belajar, untuk memastikan pembelajaran berlaku, guru tidak boleh lepas tangan dan
perlu terlibat secara aktif sebagai fasilitator (S1U1TB2). Ustaz Uwais memberikan
contoh peranan guru sebagai fasilitator. Jelasnya:
300

Mana-mana kumpulan yang dah ada jawapan, tapi kurang faham atau jelas
(tentang sesuatu perkara), boleh angkat tangan. Okay semua pelajar berhenti
sekejap. Dapat satu isu, sekarang ni, soalan tentang apa? Perlaksanaan. Apa
contohnya, nafar thani... Ustaz akan jelaskan… Itu maksudnya keterlibatan guru
itu perlu bersama. Kita tak boleh lepaskan (pelajar begitu saja) (S1U1TB2).

Selain itu, ada juga isu pelajar yang tidak mahu menggunakan inovasi yang telah
disediakan (S8U8TB2) dengan pelbagai alasan, antaranya; “terlupa, takut, gugup. Yang
perempuan uzur. Faham-fahamlah” (S3U3TB3). Isu ini, walau bagaimanapun, terjadi
hanya pada segelintir pelajar (S8U8TB2). Dari sudut pelajar bosan pula dikaitkan
dengan empat sebab, iaitu; satu, apabila inovasi yang dihasilkan dalam bentuk yang
sama sahaja (S1U1TB1; S7U7TB1). Dua, ada pelajar tidak suka dengan sesuatu bentuk
inovasi (S8U8TB2). Tiga, apabila sukar untuk menang dalam inovasi permainan yang
digunakan (S1U1TB1). Empat, walaupun inovasi permainan dihasilkan, namun pelajar
akan rasa bosan jika tiada unsur ganjaran dan dendaan (S1U1TB1). Oleh hal yang
demikian, peserta kajian memberikan tiga penyelesaian, iaitu; satu, tidak boleh
menggunakan kaedah yang sama, sebaliknya perlu ada kepelbagaian kaedah yang
digunakan untuk mengelakkan pelajar daripada berasa bosan (S7U7TB1). Dua, aktiviti
ditukar-tukar secara mingguan (S2U2TB1). Tiga, sekali-sekala gunakan kaedah
tradisional pada topik-topik yang memerlukan kepada penerangan supaya pelajar tidak
bosan kerana selalu diperkenalkan dengan inovasi baru (S7U7TB1).

4.6.16 Syarikat

Dalam proses penghasilan inovasi, syarikat dilibatkan biasanya apabila inovasi hendak
dijual dan disebarluaskan. Namun, timbul enam isu. Pertama, mengenai pencarian
syarikat yang sanggup terbitkan inovasi. Isu ini terkait dengan modal penerbitan
inovasi. Hal ini diceritakan, antaranya oleh Ustazah Aleeya, katanya, “Yang stuck tu
sebab kos dan tak ada yang sponsor. Yang boleh nak volunteer yang tolong terbitkan
tu tak ada” (S4U4TB1). Ustazah Aleeya cuba bertanya kepada beberapa syarikat,
namun ditolak dengan alasan “Dia tak buat buku pop-up” (S4U4TB1) dan “dia buat
buku yang biasa-biasa sahaja” (S4U4TB1). Kedua, mengenai royalti. Ustaz Uwais
pernah menerbitkan inovasinya dengan satu syarikat, namun syarikat itu mengurangkan
kadar royalti untuk versi ulang cetak inovasinya itu (S1U1TB2). Ketiga, mengenai
301

tempoh penerbitan yang lama sehingga mencecah “setahun” (S1U1TB2). Keempat,


syarikat tidak fokus dan mempunyai komitmen lain sedangkan peserta kajian
mempunyai banyak tempahan yang sedang menunggu (S1U1TB2). Isu kedua dan
ketiga ini menyebabkan Ustaz Uwais mengambil keputusan nekad untuk melaburkan
duit sendiri sebagai modal bagi menjual hasil inovasinya (S1U1TB2).

Kelima, syarikat tutup. Isu ini dialami oleh Ustazah Huda yang ketika itu
mengharapkan syarikat pertukangan untuk menghasilkan bahan inovasinya
(S3U3TB1). Keadaan ini menyebabkan Ustazah Huda terpaksa mengubahsuai bahan
asas inovasinya daripada kayu kepada kotak (S3U3TB1). Keenam, syarikat tipu. Duit
dibayar, namun produk inovasi yang ditempah tidak diterima (S3U3TB3). Tidak cukup
sekadar itu, pihak syarikat turut pergi ke sekolah yang telah menempah produk inovasi
tersebut untuk mengutip bayaran, namun tidak menyerahkan produknya (S3U3TB3).
Maksudnya, syarikat itu meminta bayaran modal daripada peserta kajian, kemudian
meminta bayaran daripada pihak sekolah yang membeli, namun tidak menghantar
produk tersebut seperti yang dijanjikan. Akibatnya, Ustazah Huda terpaksa
menyelesaikan masalah tersebut dengan menempah produk tersebut daripada syarikat
lain dan membekalkan produk yang telah dijanjikan itu kepada sekolah yang telah
menempahnya tanpa menerima sebarang bayaran dan menanggung kerugian tersebut
(S3U3TB3). Isu sebegini menyebabkan peserta kajian mencadangkan agar pihak atasan
menyediakan satu pelantar khusus untuk memudahkan urusan jualan dan sebarluas
produk inovasi agar dapat dimanfaatkan oleh guru-guru yang lain (S2U2TB1).

4.6.17 Bahan inovasi

Isu ini dapat dikesan selepas inovasi telah ada dan digunakan. Ia boleh dilihat dari sudut;
1) sukar digunakan, 2) tidak sesuai kepada semua pelajar, 3) tidak sempurna, 4) rosak,
dan 5) hilang. Berkenaan dengan isu inovasi sukar digunakan, terjadi apabila sesuatu
inovasi permainan itu tidak dibina menggunakan permainan sedia ada sebagai asas. Hal
ini menyebabkan guru, ibu bapa dan pelajar lain tidak dapat memahami peraturan
permainan dengan baik, kerana terikat dengan corak peraturan permainan tradisional.
Jelas Ustaz Uwais, “Ana ada buat game solat… Ana lari konsep Saidina… Ada
customer tanya… Dia macam kurang faham sikit, sebab ana buat satu method yang
302

baru… Ingat Saidina ustaz. Eh! Bukan, ana ubah 100% tak ambik mana-mana
permainan” (S1U1TB2). Isu ini turut terkait dengan penulisan manual permainan yang
tidak jelas (S1U1TB2). Oleh itu, untuk menyelesaikan isu kekeliruan ini, peserta kajian
terpaksa memberi penerangan melalui video (S1U1TB2). Dari sudut tidak sesuai
dengan semua pelajar pula berkait dengan keberkesanan inovasi kepada sebahagian
pelajar dan kurang berkesan pada sebahagian pelajar yang lain (S8U8TB2).

Dari sudut tidak sempurna pula adalah berkenaan dengan fokus pengajaran
melalui inovasi, tidak dapat terangkum dalam kepelbagaian sudut. Contohnya seperti
yang digambarkan oleh Ustazah Aleeya mengenai inovasi Hajj Pop-up Tour, memberi
fokus kepada susunan kronolgi haji. Namun, apabila dibuka keseluruhan buku pop-up
itu, ia tidak menggambarkan kedudukan lokasi sebenar tempat peribadatan haji
sepertimana dalam peta. Jelasnya, “Kalau ikut susunan itu betul... Tapi kalau peta
kedudukan itu, tak tahu betul ke tidak” (S4U4TB3). Dari sudut inovasi rosak pula terkait
dengan jenis bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi perlu dipilih bahan
yang tahan lasak (S7U7TB2). Ia turut terkait dengan sifat pelajar yang kasar dan tidak
pandai menjaga inovasi tersebut (S3U3TB3) kerana leka menggunakannya (S7U7TB2).
Isu ini turut terkait dengan GPI lain yang turut menggunakan inovasi tersebut yang
berkemungkinan tidak mengawal penggunaan inovasi itu di kalangan pelajar mereka
(S3U3TB3). Bagi Ustazah Aisyah, dia berasa rugi jika inovasi yang dihasilkan rosak
(S7U7TB2). Pandangan ini berbeza dengan Ustazah Huda yang merasa seronok jika
inovasinya dimanfaatkan walaupun menyebabkan ia cepat rosak. Ia lebih baik daripada
inovasi tersebut disimpan atau dipamerkan tanpa dimanfaatkan (S3U3TB3). Namun,
pandangan Ustazah Aisyah adalah atas asas penggunaan ayat al-Quran pada bahan
inovasi yang mesti dijaga kesuciannya, manakala proses pelupusan pula ada prosedur
tertentu dan tidak semudah membuang bahan inovasi lain (S7U7TB2).

Dari sudut inovasi hilang pula, sama ada berlaku kehilangan bahagian-bahagian
tertentu pada inovasi (S3U3TB3) atau kehilangan set inovasi tersebut (S3U3TB3).
Ustazah Huda mengaitkan kehilangan inovasinya dengan pelajar (S3U3TB3), Ustazah
Aleeya pula mengaitkan isu ini dengan guru. Hal ini kerana, selepas inovasi itu telah
memenangi sesuatu pertandingan, maka ada guru yang minta inovasi tersebut untuk
dipamerkan sebagai nilai tambah di bilik-bilik khas untuk menarik perhatian pelawat
303

(S4U4TB3). Walau bagaimanapun, selepas tamat program tersebut, inovasi itu hilang
dan guru bertanggungjawab mula lepas tangan (S4U4TB3). Peserta kajian mengakui,
setiap prototaip inovasi itu ada nilai sentimental tersendiri dan ingin disimpan baik-
baik. Kehilangannya sangat dirasai. Jelas Ustazah Aleeya, “Yang itu saya punya
firstlah, macam sayang lah. Tak tahu pergi mana” (S4U4TB3).

Kesimpulan daripada dapatan persoalan kajian keempat dapat dilihat


berdasarkan jadual di bawah:

Jadual 4.9 Tema yang terbentuk bawah persoalan kajian keempat


Tema Subtema
Proses Masa
Tugas
Kos
Kemudahan
Pengetahuan
Pertandingan
Kesihatan
Hak cipta
Proses sebar luas
Watak Sikap malas
Tiada idea
Keluarga
Pentadbir
Rakan guru
Pelajar
Syarikat
Bahan inovasi

4.7 PENGETAHUAN DALAM PENGHASILAN INOVASI

Dapatan untuk persoalan kajian kelima menunjukkan terdapat 12 pengetahuan yang


digunakan dalam penghasilan inovasi, iaitu; konten pengajaran, pedagogi, kajian
tindakan, inovasi sedia ada, reka bentuk inovasi, pengalaman, minat dan kekuatan diri,
kemahiran kreatif, pengetahuan tentang pelajar dan kemahiran komunikasi, kemahiran
kolaborasi dan pengetahuan format peperiksaan.

4.7.1 Konten dan kurikulum

Peserta kajian mengakui bahawa pengetahuan mengenai konten pengajaran penting


ketika menghasilkan sesuatu inovasi. Ia disifatkan sebagai “prasyarat utama yang
304

paling penting” (S1U1TB2) sebelum sesuatu inovasi dihasilkan. Dalam konteks Jari
Jawi dan Jawi Abqori, kata Ustaz Zakkir, “yang pertama sekali, pengetahuan dengan
ilmu jawi nilah” (S2U2TB2). Pengetahuan mengenai konten itu, mestilah berada dalam
kerangka kurikulum (S1U1TB2). Akibat kesilap fahaman konten boleh mengakibatkan
penghasilan inovasi dengan konten yang silap seperti yang berlaku kepada Ustaz Uwais
ketika menghasilkan inovasi Pintar Haji sebelum mengerjakan haji (S1U1TB2).
Keadaan ini menyebabkan peserta kajian memastikan bahawa konten yang ingin
disampaikan daripada inovasi tersebut betul. Antara langkah yang diambil adalah
melalui menyemak sukatan pelajaran seperti, “DSKP, sukatan pelajaran, tengok buku
teks” (S1U1TB2), membaca buku mengenai konten seperti “(baca buku), terutamanya
berkaitan dengan jawi tulah” (S2U2TB2), merujuk pengalaman sebenar pelaksanaan
ibadah seperti travelog perjalanan haji yang dilalui oleh para hujjaj (S4U4TB3), hadir
kursus dan bengkel mengenai konten pengajaran (S2U2TB2) dan memanfaatkan
aplikasi tertentu sebagai rujukan seperti aplikasi ejaan jawi terkini di telefon bimbit
(S2U2TB2). Selain itu, proses validasi oleh pakar konten turut dilakukan (S4U4TB3).

Dapatan analisis dokumen menunjukkan inovasi dihasilkan dengan memberi


fokus kepada konten tertentu. Banyak inovasi pengajaran dalam bidang fikah
dihasilkan. Selain itu, ada juga inovasi dalam bidang lain seperti sirah, jawi dan tajwid.
Perinciannya dapat diringkaskan melalui jadual di bawah:

Jadual 4.10 Pembahagian inovasi berdasarkan konten pengajaran


Konten pengajaran Inovasi
Fikah umum Saintis Ibadah Kit
Fikah Exhibition
Rukun Islam i-5
Solat Eksplorasi Jom Solat
Cakna Solat
Roda Audit Solat (RAS)
Taman JnQ
Solatku Power
Masbuq Muwafiq
Kit MaBaSol
Kit Solat Awesome
Zakat Global Zakat Games
Haji Pintar Haji
Hajj Pop-up Tour
Permainan Digital Haji
Tajwid The Battle of Tajweed
Jawi Jawi Abqori
Jari Jawi
305

Penekanan kepada penghasilan inovasi dalam bidang fikah dibuat kerana fikah
adalah kefahaman paling asas dalam agama namun masih gagal dikuasai oleh pelajar
(S1U1TB1). Fokus kepada topik solat pula dibuat kerana solat adalah pembentuk
akhlak baik dan pencegah akhlak buruk (S6U6TB1). Selain itu, perbezaan fikah dengan
bidang lain adalah pada amali (S4U4TB2). Penyusunan inovasi fikah turut dibuat
kerana ada amali tertentu yang tidak pernah dilakukan oleh guru dan pelajar
menyebabkan mereka sukar memahami konsep dan tajuk berkenaan (S4U4TB1).
Pemilihan inovasi dalam bidang sirah pula diberikan keutamaan kerana “Sirah susah
tau, budak nak score” (S5U5TB3). Kesukaran berlaku kerana lambakan fakta yang
perlu diingati dalam bidang sirah. Kepelbagaian kecenderungan pelajar menyebabkan
inovasi sirah boleh dibuat dalam pelbagai bentuk, antaranya grafik (S5U5TB2;
S7U7TB1; S7U7TB2) dan penggunaan lagu serta formula (S8U8TB1).

Inovasi Quran pula ditekankan pada terjemahan ayat, ayat kefahaman dan
tajwid. Ingatan pada terjemahan ayat membolehkan pelajar memahami dengan lebih
baik kefahaman ayat secara keseluruhannya (S8U8TB1). Hal ini menunjukkan
kepentingan ingatan pelajar terhadap terjemahan ayat. Maka, antara strategi yang
digunakan oleh peserta kajian adalah; memberi penekanan kepada lafaz-lafaz yang
hampir sama antara Melayu dan Arab (S8U8TB1) dan memberi latihan secara tanpa
sedar kepada pelajar melalui inovasi gamifikasi (S1U1TB2; S7U7TB2). Inovasi hadis
pula diberi penekanan pada terjemahan maksud hadis dan kefahaman hadis. Dari sudut
terjemahan hadis, Ustazah Aisyah menggunakan bahasa badan (S7U7TB1), Ustazah
Arisya pula gunakan formula (S8U8TB1), manakala Ustazah Aleeya pula
menggunakan modul berbentuk nota pembelajaran (S4U4TB1). Begitu juga dengan
inovasi akidah. Ustazah Aleeya menghasilkan nota pembelajaran untuk tajuk-tajuk
akidah seperti “Cara membatalkan iman, dosa-dosa besar” (S4U4TB1). Selain itu, oleh
kerana akidah ada konsep-konsep yang mengelirukan, maka perbandingan antara
konsep-konsep akidah dibuat melalui nota berbentuk lipatan dan grafik ikon
(S4U4TB2).

4.7.2 Pedagogi

Peserta kajian mengakui bahawa mereka perlu tahu mengenai pedagogi yang ingin
mereka serapkan dalam inovasi yang ingin mereka hasilkan. Contohnya, seperti yang
306

dinyatakan oleh Ustaz Zakkir, “Ada (explore) jugalah (tentang pedagogi). Kaedah
pengajaran menggunakan permainanlah… Pedagogi yang terkinilah yang lebih
memudahkan pelajar untuk memahami, bermain sambil belajar” (S2U2TB2).
Kepentingan ilmu pedagogi diakui penting kerana tanpa ilmu pedagogi, konten yang
boleh disampaikan tidak dapat cara yang sepatutnya (S4U4TB3).

4.7.3 Kemahiran kajian tindakan

Peserta kajian mengakui bahawa untuk menghasilkan inovasi perlu ada pengetahuan
mengenai kajian tindakan (S5U5TB2). Hal ini kerana para guru di sekolah telah dilatih
untuk mengenal pasti permasalahan yang timbul ketika pengajaran dan langkah-
langkah menyelesaikan permasalahan tersebut menggunakan reka bentuk kajian
tindakan. Melalui kajian tindakan, ada kemungkinan terhasilnya inovasi sebagai salah
satu kaedah menyelesaikan masalah tersebut (S5U5TB2). Oleh kerana itu, sebelum
menghasilkan penghasilan sesuatu projek inovasi, peserta kajian mengakui menimba
pengalaman penghasilan kajian tindakan terlebih dahulu, sama ada melalui pembacaan
buku berkaitan dengan kaedah kajian dan penulisan seperti “(Buku kajian tindakan)
terbitan EPRD” (S1U1TB2), menghadiri kursus kajian tindakan (S3U3TB3) dan
mendapatkan panduan dengan guru pakar dan berpengalaman (S1U1TB2; S4U4TB1).

Bagi Ustazah Huda, aplikasi kajian tindakan sebenarnya berlaku secara semula
jadi bagi sesiapa yang sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran (S3U3TB3).
Impak daripada pengajaran berkualiti adalah peningkatan pembelajaran pelajar yang
dapat dinilai melalui peningkatan markah peperiksaan (S2U2TB3). Langkah-langkah
mengendalikan kajian tindakan diperincikan oleh Ustazah Huda, bermula dengan
mengenal pasti masalah, menghasilkan intervensi, menguji keberkesanan intervensi dan
menambah baik intervensi sehingga mencapai peningkatan yang diinginkan
(S3U3TB3). Bercerita mengenai langkah penghasilan inovasinya, Ustazah Aleeya
menyebut mengenai langkah dan penambah baikan yang dilakukan untuk
meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik haji. Antaranya dengan menganjurkan
program simulasi haji dengan kerjasama Tabung Haji. Namun, program tersebut, “ada
tahun kita buat, kita panggil Tabung Haji. Ada tahun kita tak buat” (S4U4TB3). Pada
masa yang sama, ujian menunjukkan ketidak mampuan pelajar memahami konsep haji
307

tersebut menyebabkan peserta kajian tercari-cari solusi terbaik untuk menyelesaikan isu
ini (S4U4TB3). Akhirnya, Ustazah Aleeya cuba hasilkan satu replika, namun ada isu
lain yang menyebabkan Ustazah Aleeya mengubahsuai idea asal tersebut sehingga
terhasilnya Hajj Pop-up Tour (S4U4TB3).

Persamaan yang banyak wujud antara kajian tindakan dan inovasi menyebabkan
penglibatannya terdiri daripada individu yang sama (S1U1TB2). Keadaan ini yang
menyebabkan, jika inovasi telah terhasil, laporan boleh diubah suai bentuk menyerupai
format penulisan kajian tindakan (S1U1TB2). Perubahan penulisan antara kajian
tindakan dan inovasi kerana perbezaan kedua-duanya hanya dari sudut format
(S2U2TB3). Walau bagaimanapun, kesukaran mengubahsuai laporan inovasi kepada
kajian tindakan diakui oleh Ustazah Aleeya (S4U4TB1). Oleh itu, peserta kajian yang
pernah belajar di peringkat pasca siswazah mengakui lebih mahir menulis laporan
kajian tindakan dan inovasi (S1U1TB2; S7U7TB2) kerana laporan kajian tindakan tidak
setebal tesis yang pernah mereka hasilkan (S1U1TB2). Namun, peserta kajian tidak
risau jika tidak mahir menulis laporan kajian tindakan kerana mereka tetap akan
dipandu oleh Unit Kajian Tindakan yang wujud di setiap sekolah (S3U3TB3).
Akhirnya, terpulang kepada sesiapa yang menghasilkan inovasi untuk menghasil
laporan dalam format kajian tindakan atau tidak (S1U1TB2). Persamaan tersebut yang
memberi kelebihan dan motivasi kepada peserta kajian untuk berinovasi apabila
pelaporan mengenai inovasi yang dihasilkan melalui kajian tindakan itu diterbitkan
dalam jurnal kajian tindakan (S1U1TB1). Pada masa yang sama, persamaan yang ada
antara kajian tindakan dan inovasi menyebabkan pentadbir menggalakkan peserta
kajian yang hanya terlibat dengan kajian tindakan pada awalnya untuk turut sama
terlibat dengan inovasi (S1U1TB2).

4.7.4 Pengetahuan tentang inovasi sedia ada

Pengetahuan mengenai inovasi sedia ada diungkit oleh Ustazah Aleeya. Hal ini berkait
dengan persoalan “apa yang baru pada produk inovasi yang dihasilkan?” Maka, untuk
isu ini, peserta kajian menyatakan bahawa mereka perlu jelas mengenai apa-apa yang
telah sedia ada di pasaran dan apa-apa yang unik dan berbeza yang ada pada produk
inovasi mereka sehingga produk tersebut mesti dihasilkan. Bercerita mengenai
308

provokasi yang dihadapinya ketika berdepan dengan hakim dalam pertandingan guru
inovatif, kata Ustazah Aleeya:

Diaorang macam argue… “Bukan ke Pop-up ini dah ada?” kan? “Tapi pernah
tak Pop-up subjek dekat Malaysia? Tak pernah lagi kan. Kita biasa ada buku
cerita kanak-kanak saja kan... Dia pun, “Ha’ah” … Jadi, macam dia pun setuju
lah macam untuk subjek macam ini, Pendidikan (Islam), belum ada lagi kat
sini... Kalau subjek contohnya macam Architecture dan pembangunan kan. Itu
ada (S4U4TB3).

Oleh kerana itu peserta kajian meneroka banyak pengetahuan mengenai bentuk
inovasi sedia ada, antaranya melalui; satu, pembacaan buku mengenai inovasi sedia ada
(S6U6TB1; S8U8TB2), dua, pencarian maklumat melalui dalam talian untuk melihat
trend semasa inovasi di peringkat dunia (S1U1TB1; S2U2TB2) seperti melalui Youtube
(S4U4TB1; S4U4TB3; S8U8TB2). Menurut Ustaz Zakkir, dia biasa mendapatkan
panduan melalui pembacaan terlebih dahulu, namun jika tidak dapat difahami, maka dia
akan merujuk video untuk kefahaman yang lebih (S2U2TB2). Walau bagaimanapun,
panduan dalam talian akan membantu jika penonton mempunyai kemahiran asas yang
diperlukan (S4U4TB1). Tiga, merujuk rakan-rakan guru yang berpengalaman dalam
menghasilkan inovasi (S2U2TB2).

Selain itu, pengetahuan mengenai inovasi sedia ada juga membolehkan berlaku
kombinasi antara inovasi sedia ada dengan inovasi yang sedang diusahakan. Contohnya,
kombinasi inovasi formula haji yang disusun oleh rakan guru dengan inovasi Hajj Pop-
up Tour yang dihasilkan oleh peserta kajian (S4U4TB3). Selain kombinasi,
pengetahuan mengenai inovasi sedia ada juga membolehkan berlakunya adaptasi. Hal
ini seperti yang dilakukan oleh Ustaz Uwais yang sentiasa mengikuti perkembangan
produk baru permainan yang dijual di pasaran antarabangsa untuk menjadi sumber idea
bagi adaptasi dalam inovasi yang akan dihasilkannya (S1U1TB1).

4.7.5 Kemahiran mereka bentuk inovasi

Peserta kajian mempunyai kemahiran mereka bentuk inovasi. Kemahiran ini dapat
dilihat melalui analisis dokumen terhadap hasil inovasi mereka. Inovasi permainan
mempunyai paparan papan permainan dengan susunan yang baik (S2U2AD1;
309

S5U5AD1), penggunaan teknologi AR dan VR juga mempunyai susun atur yang teratur
(S4U4AD1), modul sama ada berasaskan peta minda dan lain-lain juga tersusun cantik
(S4U4AD1), model yang menarik (S4U4AD1; S7U7AD1) serta formula dan lirik lagu
pula ringkas, kemas dan padat bersesuaian dengan lagu yang dialunkan (S8U8AD6).

Rajah 4.12 Susun atur Hajj Pop-up Tour yang seimbang

Jika mereka tidak berkemahiran untuk hasilkan sesuatu inovasi yang


memerlukan kemahiran tertentu secara khusus, mereka akan cuba tingkatkan kemahiran
mereka, antaranya dengan; menyertai kursus secara maya seperti Ustaz Uwais yang
ingin belajar AR dan VR (S1U1TB1), menghadiri bengkel secara ‘hands-on’ seperti
Ustazah Aleeya belajar mengaplikasikan AR dan VR melalui bengkel bersama dengan
seorang pakar dari Jepun (S4U4TB1), merujuk rakan sekerja yang kreatif (S4U4TB1)
atau guru yang mahir dalam kemahiran tertentu yang diperlukan (S2U2TB2; S3U3TB1;
S5U5TB2). Kursus mengenai bentuk inovasi tertentu ini biasa dianjurkan oleh
Bahagian Teknologi Pendidikan (S2U2TB2).

4.7.6 Pengalaman

Pengetahuan yang dibina daripada pengalaman turut digunakan oleh peserta kajian
ketika menghasilkan inovasi. Hal ini boleh dilihat daripada lima sudut. Pertama,
pengalaman ketika bergelar pelajar seperti Ustazah Arisya yang mereka bentuk nota
310

lipat-lipat yang dihasilkan ketika bergelar pelajar dulu, diadaptasi kini, selepas bergelar
guru, kepada pelajarnya (S8U8TB2). Kedua, pengalaman berinovasi di sekolah lama
(S6U6TB1). Ketiga, pengalaman menilai inovasi orang lain seperti pengalaman Ustaz
Zakkir yang diberi tugasan mengadili inovasi guru lain dalam pertandingan inovasi di
peringkat negeri. Pengalaman itu memberi dua manfaat, iaitu; 1) kefahaman mengenai
kriteria penilaian ketika sesi penghakiman, dan 2) menjana idea untuk adaptasi atau
kombinasi ketika penghasilan inovasi dirinya pula. Katanya:

Saya salah seorang juga yang dipilih juga untuk menilai... Kriteria-kriteria dia
ada, kita ikut sahajalah… Membantu (sangat ketika kita pula berinovasi). Sebab
kita lihat semua subjek, semua kategori guru tu… Macam-macam idea… Kita
pun boleh nak try and errorlah untuk kita punya subjek, sesuai dengan subjek
kita (atau tak)? (S2U2TB3).

Keempat, pengalaman yang dibina ketika menjalankan tugasan lain. Hal ini
seperti yang dinyatakan oleh Ustazah Aisyah, “Kita ada (pengalaman dalam) sukanlah,
ada itulah, inilah, kita guna masuk dalam pembelajaran” (S7U7TB1). Kelima,
pengalaman melihat guru lain yang telah menghasilkan inovasi dalam bentuk tertentu
(S4U4TB3). Keenam, pengalaman melihat penerimaan mengenai bentuk inovasi
tertentu. Hal ini seperti yang dialami oleh Ustazah Aleeya yang berpengalaman
menghasilkan kad hari jadi berbentuk pop-up dan mendapat respon positif daripada
rakan guru yang lain. Pengalaman menerima respon positif itu menjadikannya optimis
untuk mengadaptasi pop-up dalam inovasinya dan yakin bahawa inovasinya itu akan
menerima respon positif di kalangan pelajarnya. Katanya, “Ini asalnya kad macam kad
birthday… Saya KGS, saya buat kad birthday… cikgu-cikgu pun sukalah dapat kad
Pop-up itu kan… Jadi asalnya itulah dia... Pengetahuan itu asalnya” (S4U4TB3).
Ketujuh, pengalaman membantu orang lain. Ustaz Uwais memanfaatkan
pengalamannya ketika membantu isterinya menjual produk syarikat kesihatan untuk
diaplikasikannya ketika pengkomersialan produk inovasinya (S1U1TB2).

Selain itu, peserta kajian mengakui bahawa menyertai pertandingan adalah salah
satu cara yang digunakan untuk menimba pengalaman dan belajar mendapatkan
pengetahuan berinovasi dengan cepat dan mudah. Lebih banyak pertandingan yang
disertai, lebih banyak pengalaman yang diperolehi (S1U1TB2). Melalui penyertaan
311

dalam pertandingan inovasi, idea-idea baru dapat dicambah, pandangan baru mengenai
penggunaan sesuatu bahan sedia ada di sekitar dapat diketahui dan kaedah yang tidak
disangka-sangka dapat diterokai daripada peserta-peserta lain (S6U6TB2). Semuanya
dapat dimanfaatkan ketika menghasilkan inovasi.

4.7.7 Minat dan kekuatan diri

Pengetahuan mengenai minat diri dimanipulasi oleh peserta kajian ketika penghasilan
inovasi (S2U2TB2). Dapatan menunjukkan minat peserta kajian mempengaruhi
pemilihan bentuk inovasi. Contohnya, bentuk gamifikasi dipilih oleh Ustaz Uwais dan
Ustazah Ainur kerana mereka sendiri minat pada permainan (S1U1TB1; S5U5TB2).
Ustaz Uwais turut menyebut minatnya kepada ICT mendorongnya menghasilkan
inovasi berasaskan ICT (S1U1TB1). Ustaz Zakkir, Ustazah Aleeya dan Ustaz Imdad
pula minat seni tangan menyebabkan mereka tekun ketika menghasilkan sesuatu inovasi
(S2U2TB2). Selain itu, minat turut menyebabkan peserta kajian mempunyai
pengetahuan mendalam mengenai bahan dan kemahiran tertentu yang boleh digunakan
ketika menghasilkan inovasi (S4U4TB1). Contohnya minat Ustazah Aleeya pada
jahitan menyebabkan dia menggunakan pengetahuannya tentang bahan jahitan untuk
diaplikasikan ketika menghasilkan Hajj Pop-up Tour (S4U4TB3). Selain itu, minat
terhadap sesuatu topik turut mempengaruhi peserta kajian memilih topik tersebut untuk
diinovasikan. Contohnya, minat Ustaz Zakkir terhadap jawi menyebabkannya
mengutamakan jawi untuk diinovasikan (S2U2TB2; S2P2TB1).

Minat menyebabkan peserta kajian mahir terhadap sesuatu perkara itu. Oleh
kerana itu, ketika menghasilkan peta minda, Ustazah Aleeya cenderung menghasilkan
peta minda menggunakan tulisan tangan dan bukannya dengan berbantukan aplikasi
grafik komputer (S4U4TB1). Begitu juga dengan Ustazah Huda yang mengakui
memiliki kepakaran orator, lalu suka menyusun inovasi-inovasi seperti Klinik Tawata
dan Trademark yang berasaskan suara dan teknik percakapan (S3U3TB3; S3G1TB1;
S3P3TB1). Manipulasi minat dan kepakaran ini, seperti yang dinyatakan oleh Ustazah
Huda sebagai “keluar biasaan cikgu” (S3U3TB1). Tambah Ustazah Huda lagi, melalui
manipulasi minat dan kepakaran, tidak perlu sertai bengkel, kursus dan sebagainya,
312

sebaliknya seseorang guru itu perlu meneroka minat sedia ada dan kreatif untuk
memanipulasi minat tersebut ketika merangka inovasi mereka (S3U3TB1).

4.7.8 Kemahiran kreatif

Kemahiran kreatif paling menonjol ada pada Ustazah Aleeya. Kemahiran ini dapat
dilihat apabila Ustazah Aleeya tidak terikat dengan panduan yang diberikan oleh pakar,
sebaliknya mengubahsuai panduan tersebut untuk disesuaikan dengan bentuk inovasi
yang dikehendakinya yang padanya lebih mudah dan mesra pengguna. Jelas Ustazah
Aleeya, “Nama dia Encik A... Dia memang buat buku pop-up. Lipat, lipat. Dia bagi
saya satu buku. Ikut yang ni. Tapi masalahnya saya guna buku dia tu. Susah nak bukak
sebenarnya. Dia macam banyak sangat lipat terbalik, terbalik. Macam kalau orang lain
susah. Tu yang saya fikir idea” (S4U4TB1). Selain itu, berdasarkan analisis dokumen
terhadap Hajj Pop-up Tour juga menonjolkan sisi kreatif Ustazah Aleeya apabila tidak
terikat dengan saiz kertas yang digunakan, sebaliknya menambah info tambahan pada
tambahan kertas yang ditambah dalam bentuk pop-up (S4U4AD9).

4.7.9 Pengetahuan tentang pelajar

Peserta kajian mengakui bahawa mereka perlu mempunyai pengetahuan mengenai


pelajar untuk memudahkan penghasilan inovasi (S1U1TB2). Dapatan menunjukkan
peserta merangka inovasi dengan mengambil kira empat aspek yang ada pada pelajar,
iaitu; latar belakang, minat, masalah pembelajaran pelajar dan pengetahuan sedia ada
pelajar.

a) Latar belakang pelajar

Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar diyakini mampu menjadikan inovasi yang
dihasilkan dekat dengan pelajar, contohnya mengenai pekerjaan bapa (S6U6TB1).
Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar juga mempengaruhi peserta kajian ketika
merangka bentuk inovasi. Contohnya, sifat fobia pelajar kelas belakang terhadap alatan
ICT mendorong Ustaz Imdad untuk mengutamakan inovasi berbentuk modul
berbanding menghasilkan inovasi berbentuk ICT (S6U6TB1). Begitu juga apabila
berlaku kolaborasi antara peserta kajian dengan pelajar. Peserta kajian mengakui
313

pengetahuan yang mereka ada tentang kepakaran pelajar menyebabkan mereka memilih
pelajar tertentu untuk bersama dalam projek inovasi tersebut (S4U4TB1).

b) Minat pelajar

Dapatan menunjukkan bahawa minat pelajar diambil kira oleh peserta kajian untuk
mereka bentuk inovasi mereka. Minat pelajar boleh dilihat dari tiga sudut. Satu,
penghasilan bentuk inovasi berdasarkan minat pelajar seperti gamifikasi yang dibuat
kerana minat pelajar terhadap permainan (S1U1TB1; S1U1TB2; S2U2TB2; S3U3TB3;
S5U5TB2; S5P1TB1; S8P1TB1). Dua, peserta kajian turut menyelitkan aktiviti yang
digemari pelajar dalam inovasi mereka. Contohnya, unsur nyanyian dalam Jawi Abqori
(S2U2TB2) dan kata-kata yang pelajar minati diselitkan dalam inovasi modul oleh
Ustazah Aleeya (S4U4TB1). Tiga, peserta kajian turut mereka bentuk inovasi
menggunakan bahan yang pelajar minat seperti penggunaan kayu ketika mengubahsuai
RAS kerana meraikan minat pelajar lelaki yang sukakan aktiviti pertukangan
(S3U3TB1).

c) Masalah pembelajaran pelajar

Masalah pembelajaran adalah isu yang mesti dikenal pasti oleh peserta kajian bagi
memberi fokus terhadap topik tertentu untuk dihasilkan sesuatu inovasi pengajaran
(S2U2TB3). Contohnya, isu yang timbul terhadap rukun solat yang membawa kepada
penghasilan Solatku Power (S5U5TB2). Tahap pengetahuan pelajar dapat dinilai
melalui pentaksiran yang dijalankan oleh guru (S2U2TB2). Tujuan pentaksiran dibuat
adalah untuk mengkategorikan pelajar kepada tiga tahap; rendah, sederhana dan tinggi.
Melalui pentaksiran juga, tajuk mana yang tidak difahami oleh kumpulan pelajar dapat
dikesan dan seterusnya dijadikan fokus ketika penghasilan inovasi. Jelas Ustaz Zakkir,
“Kita kena kaji dulu... Di dalam tajuk munakahat tu kan besar... Fokus yang kecik. Yang
bahagian mana yang paling susah budak ni nak jawab… Benda yang mudah, dia buat
juga inovasi, kuranglah sikit (impak)... Cari yang betul-betul susahlah” (S2U2TB3).

d) Pengetahuan sedia ada pelajar

Pengetahuan sedia ada pelajar biasanya terkait dengan interpretasi yang hanya difahami
oleh pelajar yang berada di sesuatu lokasi. Contohnya, ketika menghasilkan Hajj Pop-
314

up Tour, Ustazah Aleeya menggunakan bidak dengan warna-warna tertentu.


Penggunaan warna tersebut mempunyai interpretasi yang boleh difahami oleh pelajar
berdasarkan kepada aplikasi lampu isyarat. Kata Ustazah Aleeya:

Macam traffic light… Lampu merah, kamu kena wajib berhenti kan... Wajib
berhenti, wajib buat. Kalau tak, tak sah ibadah Haji. Manakala warna hijau, awak
boleh jalan. Haji itu sah, awak boleh jalan tapi awak kena apa? Bayar dam…
Biru untuk tatacara... Nak memahamkan murid saja lah (S4U4TB3).

4.7.10 Kemahiran komunikasi

Kemahiran komunikasi perlu digunakan ketika penghasilan inovasi dan selepas


penghasilan inovasi. Ia digunakan ketika penghasilan inovasi, terutamanya jika
perlukan bantuan orang lain (S4U4TB3). Ia turut digunakan selepas inovasi telah siap
dihasilkan, terutamanya untuk mempromosikan produk inovasi (S3U3TB3).
Kemahiran komunikasi juga penting ketika pertandingan untuk mengaitkan hasil
inovasi selaras dengan kehendak penganjur pertandingan (S4U4TB3). Dalam kes Ustaz
Zakkir, walaupun dia tidak menyatakan kemahirannya berkomunikasi, namun rakannya
mengakui bahawa dia mempunyai kemahiran membentang yang baik (S2G1TB1).
Selain itu, peserta kajian juga berkomunikasi dengan rakan di alam maya untuk
menjejak pakar tertentu bagi menjalinkan kerjasama (S1U1TB1) atau menimba
pengajaran tertentu (S4U4TB1).

4.7.11 Kemahiran kolaborasi

Kolaborasi adalah kerjasama yang wujud antara peserta kajian dengan pelbagai pihak
untuk menghasilkan inovasi. Terdapat tujuh faedah kolaborasi, iaitu; 1) memudahkan
urusan penghasilan inovasi (S1U1TB1; S5U5TB3), 2) mencambah lebih banyak idea
(S1U1TB1), 3) meminimakan kekurangan pada inovasi yang dihasilkan (S1U1TB1), 4)
menampung kekurangan kemahiran (S1U1TB1), 5) menampung kekurangan
pengetahuan (S1U1TB1), 6) ada keberkatan pada kolaborasi sehingga memungkinkan
beberapa projek boleh berjalan serentak (S1U1TB1), dan 7) melebarkan jaringan
bantuan (S8U8TB2). Oleh itu, peserta kajian berkolaborasi dengan banyak pihak untuk
315

pelbagai projek inovasi. Dapatan menunjukkan peserta kajian berkolaborasi dengan


tujuh pihak, iaitu; pelajar, rakan guru, pentadbir, IPT, pasangan, syarikat dan upah.

a) Pelajar

Kolaborasi dengan pelajar dianggap sebagai memenuhi hasrat kurikulum yang ingin
melahirkan pelajar yang mampu berfikir aras tinggi (S5U5TB1). Untuk memberi
kefahaman mengenai KBAT yang sebenar, pengalaman perlu dibina dalam diri pelajar
(S5U5TB1). Ustazah Ainur turut mengakui, kemahiran berinovasi ini boleh diterapkan
tanpa mengira tahap kognitif pelajar (S5U5TB1). Situasi ini berlaku kepada Ustaz
Uwais yang berkolaborasi dengan pelajar kelas belakangnya untuk menghasilkan
prototaip inovasi pertama beliau, iaitu Pintar Haji (S1U1TB1). Kolaborasi dengan
pelajar diakui mempunyai tiga kelebihan, iaitu; satu, memudahkan dan
mempercepatkan proses penghasilan inovasi kerana minat dan sesuai dengan zaman
mereka (S1U1TB1; S5U5TB1; S5U5AD2). Dua, menampung kekurangan ilmu,
kemahiran dan masa guru (S4U4TB1; S5U5TB3; S7U7TB2). Walau bagaimanapun,
kekangan berkolaborasi dengan pelajar, antaranya pelajar mempunyai komitmen
tersendiri sebagai pelajar (S5U5TB1). Tiga, pelajar lebih agresif jika nak dibandingkan
dengan rakan guru (S1U1TB2; S4U4TB1).

Walau bagaimanapun, proses membimbing pelajar sangat rumit dan memakan


masa yang panjang. Kerumitan itu bergantung kepada jenis pelajar, sama ada bersifat
berdikari atau perlu dipandu sentiasa (S5U5TB1). Penglibatan pelajar, dilakukan sama
ada sebagai projek yang berjalan sepanjang tahun (S5U5TB1), pada waktu petang
selepas tamat waktu persekolahan (S4U4TB1) atau berlaku selepas peperiksaan akhir
tahun (S1U1TB1; S1U1AD1). Selain itu, kolaborasi dengan pelajar berlaku dalam dua
bentuk. Satu, peserta kajian bertindak sebagai pembimbing kepada projek inovasi
pelajar yang dihasilkan dalam bentuk project-based learning seperti yang dilakukan
oleh Ustaz Uwais, Ustazah Aleeya, Ustazah Ainur, Ustazah Aisyah dan Ustazah Arisya.
Dalam hal ini, kepercayaan kepada pelajar perlu diberikan (S7U7TB1; S4U4TB1). Dua,
peserta kajian menghasilkan sendiri inovasinya, namun mendapatkan komen cadangan
tambah baik daripada pelajar (S1U1TB1). Tiga, guru memberikan idea, namun
direalisasikan dalam bentuk produk akhir oleh pelajar (S7U7TB2; S8U8TB1).
316

b) Rakan guru

Kolaborasi banyak berlaku dengan rakan guru. Hal ini kerana rakan guru terutamanya
sesama ahli panitia mempunyai tugasan pengajaran yang sama, topik yang sama dan
sasaran pelajar yang sama (S1U1TB2; S7U7TB1). Kolaborasi ini diakui mampu
meningkatkan kualiti inovasi yang dihasilkan dan meringankan proses penghasilan
inovasi. Sesi sumbang saran dan pembahagian tugas dapat dibuat. Akhirnya,
pertandingan inovasi juga dapat disertai bersama-sama. Ustaz Uwais bercerita:

Bila buat secara berjemaah ni… Lebih baik daripada yang kita buat
persendirian… Ana join dengan rakan panitia. Untuk bina soalan sama-sama.
Kongsi permainan. Dan hasilnya, tahun lepas, ana bawa rakan panitia masuk
pertandingan... Bila kita bersama, syeikh, kerja menjadi mudah. Kita lontar idea,
lontar idea, kan? Dan laksana. Bantu, bantu, bantu, bagi konten. Sama-sama
(S1U1TB1).

Selain itu, peserta kajian turut berkolaborasi dengan rakan GPI yang mahir
dalam sesuatu kemahiran yang dia tidak miliki. Contohnya Ustazah Aleeya meminta
pertolongan ustaz X untuk kemahiran pertukangannya dan kemahirannya menggunakan
perisian reka bentuk (S4U4TB1). Apabila kolaborasi berlaku sesama rakan sepanitia,
hak cipta diserahkan kepada sekolah (S7U7TB2). Namun, tidak semua rakan sepanitia
sudi berkolaborasi. Ada yang terlampau merendah diri. Hal ini diceritakan oleh Ustaz
Imdad, apabila dia mengajak rakan sama panitia untuk bersama-sama membangunkan
inovasi, ada yang menolak. Yang bersama-sama pula, sekadar mengikut projek yang
diketuai oleh Ustaz Imdad dan tidak ada satu projek yang mereka mulakan sendiri.
Katanya:

Pernah (ajak rakan lain) … Alah tak nak lah... Akak tolong potong-potong ni
je... Yang lain macam Ustazah L, Ustaz F, dia ikut. Yang sorang tu tak sanggup.
Akak ni tak hebat sangat macam kaulah... Tapi yang tiga orang tu bolehlah...
Setakat follow saya jelah, karya sendiri belum nampak lagilah (S6U6TB2).

Kolaborasi juga berlaku dengan GPI dari sekolah yang berbeza. Kes Ustaz
Uwais sangat unik kerana kolaborasi berlaku dengan rakan GPI dari sekolah rendah.
317

Kolaborasi ini wujud kerana ikatan minat yang sama, iaitu penghasilan inovasi dalam
pendidikan Islam. Tambahan lagi, peserta kajian turut mengakui bahawa rakan
kolaborasinya itu juga memiliki ilmu dan kemahiran tertentu serta alatan yang tidak
dimiliki olehnya. Ustaz Uwais bercerita:

Dia sekepala. Apa idea ana dia terima, idea dia pun masuk dengan citarasa ana.
Cuma kemahiran dia bidang ICT lah. Kalau ana minat ICT, tapi dia, advance
lagi. Yang AR, dia boleh jugak. Tapi grafik tu, dan dia ada 3D printer... Apa
yang digambarkan, print, jadi model betul. Sebab minat dia tu pada design. Jadi
ana nampak tu satu kekuatan dia, yang mana pada ana, ana kurang, gabung, jadi.
Insya’Allah (S1U1TB1).

Selain itu, kolaborasi dengan rakan GPI sekolah rendah turut berlaku kerana
kepakaran yang ada pada rakan guru tersebut dari sudut konten (S1U1TB2). Berlaku
juga dalam kes Ustaz Imdad, apabila dia dan rakan-rakannya dipanggil untuk satu
projek inovasi bawah kelolaan PPD. Empat ahli kumpulan, semuanya GPI, namun
gabungan sekolah rendah dan sekolah menengah. Dengan gabungan ini, kelebihan
produk-produk inovasi mereka digabung-gabungkan sehingga menghasilkan satu
produk inovasi baru. Jelas Ustaz Imdad, “Yang base kalau yang macam yang first yang
bab solat tu, memang saya seoranglah. Tapi bila kita berkumpulan ni, dia
memperbaiki… Bila ada NY ada, R ada... Ok buat begini… Dia nak buat puzzle cantik
sedikit. Tapi sejujurnya saya lebih suka berkumpulan” (S6U6TB1).

Kolaborasi juga berlaku dengan rakan guru yang bukan sama opsyen.
Contohnya Ustazah Aleeya meminta pertolongan sahabatnya dalam bidang tertentu
yang diperlukan kemahiran tertentu yang mereka miliki ketika penghasilan sesuatu
inovasi itu (S3U3TB3; S4U4TB1). Sebagai tambahan, Ustazah Huda turut
menghasilkan inovasi lain, dengan konsep yang sama untuk subjek yang khusus
berkaitan dengan rakan kolaborasinya tersebut (S3U3TB1) sehingga terhasilnya adik-
beradik kepada RAS, iaitu; ROMATIK, RUBI, ROKECIPTA dan ROBAME
(S3U3AD1). Dari satu sudut yang lain, kumpulan guru inovatif yang terdiri daripada
guru pelbagai opsyen, berfungsi sebagai pencetus suasana yang mendorong mereka
berterusan berinovasi, selain daripada penjana idea dan penilai awal terhadap apa-apa
yang sedang diusahakan (S5U5TB3). Ustazah Aisyah pula meminta bantuan rakan guru
318

subjek lain untuk mencuba konsep inovasinya dalam subjek lain, lalu menggunakan
testimoni mereka dalam pertandingan (S7U7TB2). Selain itu, Ustazah Aleeya turut
berkolaborasi dengan guru praktikum untuk pengurusan pameran inovasi (S4U4TB1).
Sebagai tambahan, Ustaz Uwais turut berkolaborasi dengan rakan GPI di sekolah-
sekolah menengah yang lain untuk meluaskan jaringan jualan produk inovasinya
(S1U1TB2).

c) Pentadbir

Kolaborasi dengan pentadbir dilakukan oleh Ustazah Huda ketika menyusun


Trademark. Kali pertama dia menyusun Trademark, dia berkolaborasi dengan
pengetuanya ketika itu. Ketika kajian ini dijalankan, dia sedang mengubahsuai
Trademark dengan kolaborasi bersama pengetua barunya. Bercerita mengenai
kolaborasi pertama, perbincangan selalu berlaku antara dia dan pengetuanya sehingga
terhasilnya Trademark. Ustazah Huda bercerita, “Trademark ni kata-kata motivasi...
Akak combine dengan JUSA kita…. Dia pengetua cemerlanglah... Dia panggil, ustazah,
free tak kul berapa? Saya nak datang, saya ada idea, saya nak buat macam ni”
(S3U3TB1). Fokus Ustazah Huda adalah pada pelajar, manakala pengetuanya
meluaskan lagi skop inovasi tersebut untuk disesuaikan dengan penggunaan dalam
perhimpunan sekolah (S3U3TB3). Gabungan kedua-dua menghasilkan Trademark
yang diguna pakai sehingga sekarang. Walau bagaimanapun, pengubahsuaian
Trademark perlu dibuat untuk disesuaikan dengan situasi semasa sehingga dia
mengubahsuai Trademark sedia ada dengan kolaborasi dengan pengetuanya yang baru
(S3U3TB3). Selain itu, kolaborasi turut berlaku antara Ustazah Arisya dan pentadbirnya
(S8U8TB3). Pentadbirnya mengakui bahawa dia sudi berkolaborasi dengan Ustazah
Arisya kerana minatnya sama dengan bentuk inovasi yang cuba dihasilkan oleh Ustazah
Arisya (S8Pt1TB1). Bagi Ustazah Huda, kolaborasi sebegini akan mendapat keberkatan
dan memberi impak besar kepada seluruh warga sekolah (S3U3TB3).

d) IPT

Dua peserta kajian mempunyai pengalaman berkolaborasi dengan IPT. Namun, kedua-
duanya mengalami situasi berbeza. Ustaz Uwais dipelawa oleh seorang pensyarah
319

untuk menghasilkan inovasi bersama. Kebetulan pensyarah tersebut ingin


menghasilkan inovasi dalam topik zakat, dan peserta kajian turut ingin menghasilan
inovasi dalam tajuk yang sama, maka terjalin kolaborasi. Idea, susun atur permainan,
peraturan dan sebagainya datangnya daripada Ustaz Uwais, manakala pelajar IPT
tersebut menghasilkan papan permainanan. Ustaz Uwais bercerita, “Dia datang dengan
pelajar dia... Dia kata bantulah kami... Masa tu, kat kotak fikiran ana, game zakat. Dan
dia nak buat game zakat” (S1U1TB1). Dalam kes Ustaz Zakkir pula, dia cuba
menjalinkan kerjasama dengan beberapa IPT. Beberapa siri perbincangan telah berlaku.
Respon positif diterima. Namun, isu kos menjadi halangan. Jelas Ustaz Zakkir, “Mula-
mula U, pastu ada jugak dengan kolej-kolej tu yang ada bahagian ICT, kan? Kos dia
ni mahal. Tu je lah” (S2U2TB2). Situasi ini menyebabkan kolaborasi tidak berjaya
direalisasikan.

e) Pasangan

Kolaborasi dengan pasangan dilakukan oleh semua peserta kajian lelaki. Hal ini kerana
semua peserta kajian lelaki beristerikan guru (S2U2TB3). Berbeza dengan peserta
kajian perempuan yang tidak bersuamikan guru. Memperincikan lagi bentuk bantuan
yang diterima daripada isteri, walaupun isteri Ustaz Imdad adalah guru BM, namun
pengalamannya dalam pengajaran BM membantu ketika Ustaz Imdad menyusun
inovasi berasaskan hafazan ayat al-Quran (S6U6TB2).

f) Syarikat

Kolaborasi dengan syarikat berlaku dalam usaha untuk komersialkan produk inovasi.
Pengalaman ini hanya dialami oleh Ustaz Uwais. Hasratnya adalah supaya berlaku
penyebarluasan produk inovasi tersebut (S1U1TB2). Bercerita mengenai permulaan
mencari syarikat untuk menjalinkan kolaborasi, memang sukar. Cuba dengan syarikat
A, ditolak. Cuba dengan syarikat B, diterima, namun, timbul dua isu dengan syarikat B,
iaitu; 1) cetakan kedua tertangguh mencecah setahun, dan 2) penurunan royalti daripada
45% kepada 30% (S1U1TB2). Syarikat C pula hadir menawarkan kerjasama selepas
Ustaz Uwais telah tidak terikat dengan mana-mana syarikat dan bergerak sendiri.
320

Merasakan keperluan untuk meluaskan lagi manfaat daripada produk inovasinya, maka
Ustaz Uwais terima tawaran syarikat C tersebut (S1U1TB2).

g) Upah

Terdapat beberapa situasi peserta kajian mengupah orang lain. Ada upah yang dibuat
ketika menghasilkan inovasi. Bagi Ustaz Uwais, ada dua individu yang biasa dia upah,
iaitu; E dan S. E adalah bekas pelajar Ustaz Uwais. Oleh kerana E mempunyai
kemahiran mereka bentuk grafik, maka E selalu diupah oleh Ustaz Uwais untuk reka
bentuk papan permainannya (S1U1TB2). S pula adalah individu belakang tabir yang
selalu diupah oleh Ustaz Uwais ketika menghasilkan inovasi berasaskan teknologi.
Beberapa kali Ustaz Uwais berurusan dengan S, antaranya ketika penghasilan i5
(S1U1TB2) dan Cakna Solat (S1U1TB1). Ustazah Aisyah pula mengupah syarikat
menghasilkan papan putih untuk digunakan bagi inovasi Dam LRT (S7U7TB2). Ada
peserta kajian yang mengupah syarikat untuk menghasilkan produk yang sesuai untuk
dikomersialkan. Contoh, Ustazah Aleeya mengupah syarikat percetakan untuk
mencetak inovasi pop-upnya dalam kuantiti yang banyak. Namun, upah tersebut untuk
sebahagian proses sahaja. Proses akhir dilakukan sendiri oleh Ustazah Aleeya. Katanya,
“Kalau sendiri saya pergi satu kedai yang printing tu untuk print sahaja. Dengan yang
cutting tu saya dah ada machine” (S4U4TB1). Berbeza pula dengan Ustaz Zakkir yang
mengupah syarikat untuk mengeluarkan produk inovasi Jawi Abqori sehingga lengkap
keseluruhan set (S2U2TB3).

4.7.12 Pengetahuan format peperiksaan

Peserta kajian mengakui bahawa penyusunan perincian inovasi dibuat dengan


mengambil kira format peperiksaan. Contohnya, Ustaz Zakkir menekankan kemahiran
menulis jawi dalam inovasi Jawi Abqori agar pelajarnya mampu menjawab soalan
berkaitan jawi (S2U2TB2). Bagi Ustazah Ainur pula, dia mengakui cenderung memberi
fokus penghasilan inovasi dalam bidang sirah kerana jawapan mengenai sesuatu fakta
sirah tidak boleh salah. Jika salah, boleh mengakibatkan pelajar kehilangan markah.
Jelasnya, “Sebenarnya sirah pun banyak tau markah dia… So, budak nak score tu.
Sebab dia melibatkan fact… Kalau budak tu tak ingat, salah terus. Bayangkan tanya
321

nama penuh. kalau salah kat situ, salahlah. nak tolong macamana?” (S5U5TB3). Hal
ini turut diakui oleh pelajar Ustazah Aleeya yang berkata, “Peta minda tu kadang-
kadang ustazah selitkan juga soalan KBAT untuk kami try… Ada rangka karangan
untuk soalan KBAT, so ustazah buat siap poin dah, kena tulis apa, huraian apa, dia
punya huraian lengkap dan kesimpulan” (S4P1TB1).

Kesimpulan daripada dapatan persoalan kajian kelima dapat dilihat berdasarkan


jadual di bawah:

Jadual 4.11 Tema yang terbentuk bawah persoalan kajian kelima


Tema Subtema
Pengetahuan pedagogi Konten dan kurikulum
kandungan Pedagogi
Pengetahuan tentang pelajar
Pengetahuan format peperiksaan
Kemahiran kognitif istimewa Kemahiran kreatif
Pembangunan kompetensi Pengetahuan tentang inovasi sedia ada
spesifik Kemahiran reka bentuk
Pengalaman
Minat dan kekuatan diri
Kemahiran sosial Kemahiran komunikasi
Kemahiran kolaborasi
Kemahiran penyelidikan Kajian tindakan

4.8 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan dapatan kajian. Tema dibentuk


berdasarkan dapatan temu bual yang dijalankan terhadap lapan peserta kajian dan
disokong oleh data daripada analisis dokumen dan pemerhatian. Terdapat lima objektif
kajian, iaitu; meneroka konsep inovasi menurut GIPI, karakter GIPI, motivasi GIPI
menghasilkan inovasi, kekangan GIPI menghasilkan inovasi dan pengetahuan yang
digunakan untuk menghasilkan inovasi. Sebanyak 23 tema dan 89 subtema berjaya
dibentuk. Ringkasan daripada kesemua tema dan subtema adalah seperti jadual berikut:

Jadual 4.12 Keseluruhan tema dan subtema yang terbentuk bagi keseluruhan kajian
Objektif Kajian Tema Subtema
Konsep inovasi Elemen inovasi Adaptasi, Kombinasi
Bentuk Permainan, ICT, Modul, Model, Formula,
Nyanyian, Teknik percakapan, Klinik, Bahasa
badan
bersambung…
322

…sambungan
Sasaran Penilaian, Pengguna
Tujuan inovasi Objektif PdP, Kawalan kelas, Tugas umum guru,
Inspirasi, Pasaran
Langkah penghasilan Jana idea, Realisasikan idea, Promosikan idea
inovasi
Karakter Anjal Kreatif, Terbuka, Fleksibel, Meraikan Pelajar
Tekal Patuh syariah, Patuh arahan dan peraturan
Introvert Fokus, Tekun dan teliti, Pemerhati, Kasar
Ekstrovert Suka membantu, Komunikasi, Mesra, Jaga
ukhuwwah, Tahu limitasi, Kelakar, Ketrampilan
Teoritikal Idea, Suka belajar
Praktikal Korektif, Keutamaan, Halus, Elakkan risiko
Dunia Usahawan
Akhirat Pemurah
Efikasi kendiri Optimis, Positif, Proaktif, Tenang hadapi krisis,
Berani cuba
Tawaduk Iktiraf inovasi orang lain, Hargai bakat, Rendah
diri
Motivasi Dalaman Inspirasi, Tugas, Kepuasan diri, Saham akhirat,
Minat
Luaran Pertandingan, Pengiktirafan, Pendapatan
sampingan, Peningkatan kerjaya, Penerimaan
positif pelajar, Dorongan pasangan, Sokongan
rakan, Peranan pentadbir
Kekangan Proses Masa, Tugas, Kos, Kemudahan, Pengetahuan,
Pertandingan, Kesihatan, Hak cipta, Proses sebar
luas
Watak Malas, Tiada idea, Keluarga, Pentadbir, Rakan
guru, Pelajar, Syarikat, Bahan inovasi
Pengetahuan Pengetahuan pedagogi Konten dan kurikulum, Pedagogi, Pengetahuan
kandungan tentang pelajar, Pengetahuan format peperiksaan
Kemahiran kognitif Kemahiran kreatif
istimewa
Pembangunan kompetensi Pengetahuan tentang inovasi sedia ada, Kemahiran
spesifik reka bentuk, Pengalaman, Minat dan kekuatan diri
Kemahiran sosial Kemahiran komunikasi, Kemahiran kolaborasi
Kemahiran penyelidikan Kajian tindakan
323

BAB V

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan lima perkara, iaitu; 1) ringkasan kajian, 2) dapatan kajian yang
akan dibincangkan secara kritis berdasarkan kajian-kajian lepas dan teori berkaitan, 3)
implikasi kajian, 4) sumbangan kajian, dan 5) cadangan kajian lanjutan.

5.2 RINGKASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meneroka guru inovatif pendidikan Islam.
Antara isu yang timbul yang membuka ruang kepada kajian ini dilakukan adalah; 1)
konsep inovasi tidak jelas, 2) kontradik karakter antara inovator dan GPI, 3) data
menunjukkan kurangnya jumlah guru inovatif jika dibandingkan dengan teori, dan 4)
kekurangan pengetahuan yang ada pada GPI untuk menghasilkan inovasi. Oleh hal yang
demikian, terdapat lima objektif kajian, iaitu; 1) memahami kefahaman GIPI mengenai
inovasi pengajaran, 2) meneroka karakter GIPI, 3) memahami motivasi yang
mendorong GIPI menghasilkan inovasi, 4) memahami kekangan yang menghalang
GIPI berinovasi, serta 5) meneroka pengetahuan yang digunakan oleh GIPI ketika
menghasilkan inovasi. Kajian ini dijalankan berasaskan Model Guru Cemerlang
Pendidikan Islam Kamarul Azmi Jasmi (2010a), Teori Kefahaman Konsep Inovasi
Guru Pendidikan Islam Mohd Yusoff Dagang (2016), Teori Inovasi dan Kepelbagaian
Pengetahuan Ibn Khaldun (2001), Teori Akhlak Islam (Al-Jauziyyah 2008), Model
Sikap Inovatif Guru Thurlings et al. (2015), Model Inovasi Pendidikan Serdyukov
(2017), Model Kreativiti Individu Amabile (1988) dan Model CAT Kim (2017) dengan
sedikit ubahsuai berdasarkan konteks kajian. Berdasarkan teori dan model ini, untuk
324

menjadi seorang guru inovatif, perlu ada empat elemen, iaitu; kefahaman mengenai
inovasi, karakter seorang inovator, motivasi yang mendorong seseorang berinovasi dan
pengetahuan asas yang membolehkan seseorang itu bersedia untuk berinovasi.

Kajian ini dijalankan dalam bentuk kualitatif berdasarkan reka bentuk kajian
kes. Sebanyak lapan peserta kajian daripada lapan sekolah di tiga negeri berbeza
terlibat. Data utama diperoleh daripada temu bual dan disokong oleh analisis dokumen
dan pemerhatian. Data dianalisis menggunakan perisian Nvivo 12 Plus. Kesahan dan
kebolehpercayaan kajian dibuat melalui pelbagai kaedah, termasuklah semakan Kappa
oleh empat pakar kualitatif berbeza bidang.

Bagi persoalan kajian pertama, peserta kajian didapati mempunyai satu set
kefahaman mengenai inovasi yang sesuai dengan fitrah pendidikan Islam dan bersifat
menyeluruh. Kefahaman ini merangkumi aspek elemen, bentuk, impak dan langkah
penghasilan inovasi. Dapatan ini membentuk kerangka definisi inovasi. Dari sudut
elemen, terdapat dua elemen sebagai tafsiran ‘baru’ dalam maksud inovasi menepati
maksud penciptaan dalam Islam. Hal ini kerana umat Islam diajar bahawa hanya Allah
yang sempurna dan mampu mencipta sesuatu daripada tiada kepada ada. Bagi manusia,
penciptaan hanya dengan maksud olahan semula apa-apa yang telah sedia ada. Dari
sudut bentuk, terdapat dua bentuk inovasi dengan sembilan kategori inovasi telah
dihasilkan oleh peserta kajian. Kesemua bentuk inovasi itu sesuai dengan fitrah subjek
pendidikan Islam. Keutamaan diberikan kepada impak dan nilai melebihi bentuk
inovasi yang canggih. Dari sudut impak pula, terdapat 18 impak digariskan.
Kebanyakan impak inovasi memberi fokus kepada aspek kognitif. Namun, aspek afektif
dan psikomotor turut diberi keutamaan bersesuaian dengan topik-topik tertentu. Impak
inovasi turut dipandang dalam sudut yang lebih luas, iaitu merangkumi inspirasi kepada
guru lain dan pengkomersialan di pasaran terbuka. Dari sudut langkah penghasilan
inovasi pula, terdapat sembilan langkah yang berada di bawah tiga langkah utama.
Namun, tidak semua langkah tersebut mesti dilalui ketika menghasilkan inovasi. Selain
itu, setiap langkah itu mungkin perlu dilalui berulang-kali dan tidak semestinya setiap
langkah itu mengikut turutan yang digariskan.
325

Bagi persoalan kajian kedua, peserta kajian menonjolkan 33 karakter guru


inovatif pendidikan Islam yang boleh dikategorikan di bawah 10 tema besar. Kata kunci
kepada karakter tersebut adalah keseimbangan antara karakter guru pendidikan Islam
dan karakter inovator. Contohnya, dalam hal kreativiti yang perlukan kebebasan dalam
pemikiran, tetap ada batasannya dari sudut undang-undang dan syariah. Dalam hal
meluaskan manfaat inovasi pula, walaupun untung diingini daripada jualan, namun
harga yang diletakkan adalah berpatutan. Keseimbangan tersebut menjadikan karakter
ini unik. Selain itu, dapatan turut menunjukkan seorang guru inovatif tidak semestinya
memiliki keseluruhan 33 karakter.

Bagi persoalan kajian ketiga, dapatan kajian mendapati terdapat 13 motivasi


yang menjadi pendorong kepada peserta kajian untuk berterusan berinovasi. 13
motivasi itu boleh dikategorikan kepada dua, iaitu; motivasi dalaman dan motivasi
luaran. Sebahagian peserta kajian memang bermotivasi dari dalam untuk berinovasi dan
mereka mula berinovasi sejak daripada awal kerjaya mereka sebagai guru tanpa
mempedulikan sebarang motivasi luaran. Sebahagian peserta kajian pula dirangsang
secara luaran, terutamanya oleh pentadbir dan persekitaran sehingga akhirnya mereka
mula bergiat secara aktif dalam penghasilan inovasi. Mereka mengembangkan motivasi
dalaman, terutamanya dari sudut saham akhirat, namun perlukan motivasi luaran untuk
mengekalkan momentum budaya kerja inovatif mereka. Selain itu, motivasi luaran juga
perlu dari sudut mengenengahkan hasil inovasi sedia ada.

Bagi persoalan kajian keempat, dapatan kajian menunjukkan terdapat 17


kekangan dihadapi oleh peserta kajian ketika menghasilkan inovasi. Ia boleh dilihat
daripada dua sudut, iaitu; sudut proses dan sudut watak. Dari sudut proses, dapatan
menunjukkan kekangan yang timbul adalah masa, tugas, kos, kemudahan, pengetahuan,
pertandingan, kesihatan, hak cipta dan proses sebar luas. Dari sudut watak pula,
kekangan datangnya daripada diri sendiri dan orang lain. Dalam diri, terdapat sikap
malas yang muncul, biasanya ketika ingin memulakan sesuatu projek baru dan
ketiadaan idea. Selain itu, daripada orang lain pula, kekangan daripada suami yang tidak
membenarkan pergerakan isteri, pentadbir, rakan guru, pelajar, syarikat dan bahan
inovasi itu sendiri.
326

Bagi persoalan kajian kelima, peserta kajian didapati menggunakan 12 jenis


pengetahuan yang boleh dikategorikan di bawah lima bentuk pengetahuan, iaitu;
pengetahuan pedagogi kandungan, kemahiran kognitif istimewa, pembangunan
kompetensi spesifik, kemahiran sosial dan kemahiran penyelidikan. Walau
bagaimanapun tidak semestinya kesemua 12 jenis pengetahuan itu mesti ada pada
seseorang guru inovatif, sebaliknya ia bergantung kepada bentuk inovasi yang ingin
dihasilkan oleh seseorang guru inovatif. Namun, lima bentuk pengetahuan itu adalah
penting untuk diambil kira bagi memastikan inovasi yang dihasilkan sesuai dengan
konteks pengajaran dan pembelajaran.

5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Perbincangan dapatan kajian dibahagikan mengikut lima persoalan kajian.

5.3.1 Konsep Inovasi

Kefahaman mengenai konsep inovasi dibincangkan oleh peserta kajian berdasarkan


empat tema utama, iaitu; elemen, bentuk, sasaran dan tujuan serta langkah penghasilan
inovasi. Pembentukan tema ini adalah atas asas ianya menjadi kerangka bagi definisi
inovasi. Hal ini kerana definisi inovasi menyebut mengenai maksud baru. Maka, tema
elemen menjawab persoalan “baru yang bagaimana” (Lednor 2019), manakala tema
bentuk membumikan lagi persoalan “baru yang bagaimana” dalam konteks inovasi
yang sesuai dengan fitrah Pendidikan Islam. Tema sasaran dan tujuan pula menjawab
persoalan “baru kepada siapa” (Lednor 2019) dan apa impak yang diingini daripada
inovasi yang dihasilkan. Tema langkah penghasilan inovasi turut dimasukkan dalam
tema konsep inovasi kerana ia menjadi asas utama dalam definisi inovasi berbentuk
proses sepertimana yang digariskan oleh Janssen (2003).

Dari sudut elemen, terdapat dua tema, iaitu; adaptasi dan kombinasi. Kedua-dua
tema ini menepati maksud inovasi sepertimana yang dinyatakan oleh Lednor (2019).
Elemen kombinasi pula adalah konsep inovasi yang diterima oleh para sarjana Islam
(Ibn Khaldun 2001; Mohd Zaidi Ismail 2014). Selain itu, kedua-dua elemen ini turut
menepati maksud al-ibdaᶜ (Ibrahim Anis et al. n.d.; Umar Faruq Abd Allah 2006)
327

seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2:117) dan al-
Anᶜām (6:101) yang merujuk kepada adanya proses ubah suai terhadap sesuatu yang
telah sedia ada. Hal ini turut bertepatan dengan tafsiran al-Mawardi mengenai perintah
Allah “Jadi maka jadilah” (al-Baqarah, 2:117; al-Anᶜām, 6:73; an-Naḥl, 16:40; Yāsin,
36:68) yang bermaksud ada sesuatu yang diperintahkan dan bukannya terjadi tanpa
adanya sesuatu bahan sebelumnya (Al-Qurtubi 1964). Maka Allah Taala
memperincikan contoh perintah-Nya “Jadi” kepada tanah supaya merupa bentuk lalu
tercipta Nabi Adam a.s. (Āli ᶜImrān, 3:59) dan manusia yang telah mati diperintahkan
supaya hidup semula (Ghāfir, 40:68).

Dari sudut bentuk pula, dapatan menunjukkan bahawa terdapat dua bentuk
utama inovasi pengajaran pendidikan Islam, iaitu; bahan maujud dan teknik. Dapatan
ini menepati bentuk inovasi yang dinyatakan dalam pertandingan guru inovatif, iaitu;
bahan, kaedah, strategi dan sebagainya (Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 2019)
dan sesuai dengan pembahagian dua bentuk inovasi, iaitu; ketara dan tidak ketara
(Serdyukov 2017). Secara lebih terperinci, inovasi pengajaran yang dihasilkan oleh
peserta kajian dalam bentuk bahan ialah; permainan, ICT, modul dan model. Permainan
(Shariful Hafizi Md Hanafiah et al. 2019) dan ICT (Muhammad Talhah Ajmain @
Jima’ain, Mohamad Khairul Latif, et al. 2020; Wan Hassan Wan Embong et al. 2020)
adalah dua bentuk inovasi yang banyak digunakan pada hari ini. Kajian yang dilakukan
terhadap impak inovasi permainan dan ICT menunjukkan ia berjaya meningkatkan
pencapaian dan menarik minat pelajar belajar (Fathi Abdullah & Khadijah Abdul Razak
2021). Maka trend ini turut dimanfaatkan oleh peserta kajian untuk menghasilkan
inovasi dalam bentuk yang sama. Modul dan model serta inovasi dalam bentuk lain
seperti formula, nyanyian, teknik percakapan, klinik dan bahasa badan adalah bentuk
inovasi biasa dalam Pendidikan Islam (Ahmad Sahlan Abdul Hatim & Sahad 2020;
Asrori & Sunarto 2021; Farah Ilyani Zakaria 2021; Firdaus Abdul Fatah 2021; Firdaus
Abdul Fatah et al. 2019; Mohd Rosmadi Mohd Salleh & Hafizhah Zulkifli 2020;
Norhalimaton Saadiah Ayub 2021; Nur Adibah Liyana Awi & Hafizhah Zulkifli 2020;
Siti Fauziah Mohd Amin et al. 2021; Zulkifli & Azman 2021). Ia menepati panduan
inovasi yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2012c).
328

Dapatan turut mendapati, walau bagaimana bentuk inovasi yang diketengahkan,


ia tetap tidak lari daripada elemen-elemen pembelajaran. Pertama, konsep pengulangan
dalam pendidikan. Hal ini terkait dengan inovasi pengajaran yang menarik minat pelajar
belajar sehingga mereka tidak sedar bahawa mereka berulang-kali belajar perkara yang
sama. Contohnya dalam inovasi berasaskan permainan, ICT, modul, model dan
nyanyian. Menurut Ibn Khaldun (2001), pengulangan dalam pembelajaran dibuat untuk
tiga sebab, iaitu; 1) memastikan pelajar mencapai sesuatu tahap kefahaman sebelum
pengajaran di tahap yang lebih tinggi disampaikan, 2) memudahkan penerangan
mengenai sesuatu konsep yang mendalam dan kompleks serta hubung kaitnya dengan
konsep-konsep yang lain, dan 3) memastikan tiada kesilap fahaman terhadap sesuatu
konsep yang diajar.

Kedua, konsep ganjaran dan dendaan yang banyak diaplikasikan dalam


permainan. Ia selaras dengan konsep at-Targhib wa at-Tarhib dalam Islam (Kamarul
Azmi Jasmi 2017) dan menjadi salah satu metodologi pengajaran yang banyak
terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah (Kamarul Azmi Jasmi 2021a). Konsep
ganjaran dan dendaan turut selaras dengan konsep motivasi luaran (Norhalimaton
Saadiah Ayub 2021). Konsep ini berkesan digunakan untuk meningkatkan motivasi
belajar dan fokus pelajar untuk belajar sesuatu secara tanpa sedar. Walau
bagaimanapun, jika dalam Islam, ganjaran dan dendaan banyak dikaitkan dengan dosa
pahala, syurga neraka serta tahap ganjaran dan dendaan yang sesuai dengan usia dan
tahap kematangan (Siti Nurjanah Mastor Mustafa et al. 2019), namun dapatan kajian
menunjukkan konsep ini banyak diterapkan dalam inovasi pengajaran yang dihasilkan
dengan berbentuk material dan kebendaan, seperti; duit, tambahan giliran, sokongan
rakan dan sebagainya. Pengkaji berpandangan, keadaan ini mungkin berlaku kerana
masa pengajaran yang tidak mencukupi dan pelajar perlu dirangsang dengan motivasi
yang sesuai dengan tahap keimanan mereka. Pada masa yang sama, terdapat juga
inovasi seperti Klinik Tawata yang banyak menerapkan at-Targhib wa at-Tarhib
dengan menerapkan sentuhan kasih sayang dan mengelakkan dendaan kepada pelajar
agar imej pelajar tidak tercalar. Latar belakang pelajar akan disulami dan isu disiplin
yang timbul cuba difahami daripada perspektif pelajar. Sentuhan ‘bonda’ sebegini
diakui oleh pelajar berjaya menghindarkan mereka daripada berterusan dalam dosa dan
329

kesalahan dan meningkatkan motivasi dan keyakinan diri mereka ketika berhadapan
dengan masalah seperti buli.

Ketiga, penghasilan inovasi turut mengambil kira kepelbagaian pelajar. Ia


selaras dengan teori kecerdasan pelbagai yang menekankan lapan kecerdasan yang
saling berkaitan, seperti; bahasa, visual, kinestatik, musik, interpersonal, intrapersonal
dan naturalistik (Şener & Çokçalışkan 2018). Sebahagian kecerdasan diambil kira
ketika menyusun aktiviti bersesuaian dengan inovasi yang dihasilkan. Contohnya,
walaupun permainan banyak menggunakan kecerdasan intrapersonal, namun terdapat
penerapan kecerdasan lain, seperti; 1) kinestatik yang disesuaikan dengan amali solat,
2) musik yang disesuaikan dengan bacaan al-Quran serta bacaan dalam solat, 3) bahasa
yang disesuaikan dengan penulisan jawi, dan 4) intrapersonal ketika mewujudkan
kerjasama dan sokongan ahli kumpulan. Hal yang sama berlaku kepada ICT, yang
menekankan kecerdasan visual dan musik, namun turut ditekankan kecerdasan
kinestatik melalui aplikasi VR yang memerlukan pergerakan serta kecerdasan
naturalistik melalui latar belakang inovasi seperti yang terdapat pada inovasi Fikah
Exhibition. Pengunaan kepelbagai kecerdasan mampu merangsang motivasi belajar
pelajar dan menghindarkan rasa bosan pelajar ketika belajar (Nur Hasnira Ibrahim
2016). Sebagai tambahan, sebahagian peserta kajian tidak terikat menghasilan satu
bentuk inovasi, sebaliknya menghasilkan pelbagai bentuk inovasi. Hal ini selaras
dengan amalan para nabi yang diarahkan untuk menyampaikan ilmu berdasarkan kadar
akal umat mereka (Al-Maraghi 1946; Al-Mawardi n.d.).

Dari sudut tujuan pula, dapatan menunjukkan penghasilan inovasi oleh peserta
kajian memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin “mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”. Ia menepati impak inovasi
yang diingini dari sudut kualiti seperti penambahan pengetahuan dan pembentukan
akhlak serta dari sudut kuantiti seperti keputusan peperiksaan, penjimatan masa dan kos
(Serdyukov 2017). Namun, dapatan turut menunjukkan bahawa penekanan banyak
diberikan kepada aspek intelek, iaitu dari sudut objektif PdP yang berorientasikan
peperiksaan dan teori serta fakta pelajaran. Walau bagaimanapun, aspek rohani dan
afektif tidak dilupakan, apabila terdapat impak lain yang dikehendaki seperti dakwah
330

dan pembinaan akhlak pelajar. Hal ini dapat dilihat melalui inovasi seperti Klinik
Tawata dan Kit MaBaSol yang secara khusus dibina untuk tujuan tersebut. Impak ini
selaras dengan gagasan Ta’dib yang dibawa oleh Syed Naquib al-Attas (Fatahiyah Elias
2020; Norhalimaton Saadiah Ayub 2021) dan selaras dengan modifikasi model lima
mim dengan menjadikan mu’addib sebagai teras kepada mim yang lain (Nurul Asiah
Fasehah Muhamad & Noornajihan Jaafar 2021) dan merangkumi maksud mim yang
lain (Salbiah Mohamed Salleh et al. 2016).

Selain itu, aspek jasmani turut diterapkan terutamanya dalam inovasi-inovasi


seperti Solatku Power! dan Cakna Solat yang melibatkan amali rukun fiᶜli solat. Sebagai
tambahan, dapatan turut menunjukkan peserta kajian adalah contoh tauladan yang baik
dari sudut penghasilan inovasi kerana sentiasa menjadi inspirasi kepada rakan guru dan
pelajar yang lain untuk menjadi seperti mereka. Dapatan turut menunjukkan tidak
semua guru inovatif berjiwa usahawan dan berhasrat untuk memasarkan produk yang
mereka hasilkan. Tiga peserta kajian tidak pernah menjual produk inovasi mereka dan
hanya seorang peserta kajian yang serius memasarkan produk inovasinya. Dapatan
mengenai tujuan inovasi turut menjawab persoalan “baru kepada siapa” (Lednor 2019),
iaitu kepada pakar dan pengguna.

Dari sudut langkah penghasilan inovasi pula, tema mengenal pasti masalah
memang sinonim dalam langkah penghasilan inovasi (Chiemeka-unogu 2018).
Manakala, tema kenal pasti minat pelajar pula terkait dengan konsep pengetahuan
pedagogi kandungan, iaitu pengetahuan mengenai pelajar (Shulman 1987) dan selaras
dengan amalan Guru Cemerlang Pendidikan Islam ketika pengajaran akidah (Ahmad
Yunus Kassim & Ab. Halim Tamuri 2010) dan ibadah (Nur Hanani Hussin 2015). Tema
kenal pasti kecenderungan guru juga boleh dikaitkan dengan domain pengetahuan
tentang diri dalam konsep pengetahuan pedagogi kandungan, sepertimana yang
dicadangkan oleh Nur Hanani Hussin (2015). Pengetahuan mengenai pedagogi
kandungan memang termasuk antara pengetahuan yang perlu ada bagi seseorang guru
ketika ingin menghasilkan inovasi (Thurlings et al. 2015).

Tema jalinkan kerjasama pula selaras dengan konsep taᶜāwun atas kebaikan dan
takwa (al-Maidah, 5:2). Keperluan kepada kerjasama ditegaskan oleh Amabile (1988)
331

yang membezakan antara kreativiti dan inovasi, lalu berpandangan bahawa inovasi
hanya dapat dihasilkan melalui kerjasama. Namun, dalam hal ini, kerjasama yang
terjalin perlu dengan seseorang yang boleh bersama-sama senang dan susah ketika
berinovasi. Maka, tidak semua peserta kajian mempunyai rakan untuk jalinkan
kerjasama. Ada antara mereka yang lebih selesa menghasilkan inovasi bersendirian.
Situasi ini sesuai dengan karakter inovator yang introvert. Namun, dalam beberapa
keadaan, kerjasama tetap diyakini mampu mempermudahkan urusan ketika
menghasilkan inovasi. Oleh kerana itu, antara kemahiran yang perlu ada ketika
menghasilkan inovasi adalah kemahiran sosial (Rozaini Tukimin 2021).

Tema bangunkan inovasi, tema uji keberkesanan inovasi dan tema dapatkan
cadangan tambah baik termasuk dalam langkah yang biasa disenaraikan oleh sarjana
(Angevine et al. 2019; Chiemeka-unogu 2018). Tema sebar luas pula selaras dengan
konsep difusi inovasi yang diperkenalkan oleh Rogers (1983). Dalam hal ini, pengkaji
berpandangan konsep difusi lebih patut diketengahkan berbanding pengkomersialan
kerana tidak semua peserta kajian terlibat dengan pengkomersialan. Namun, dalam
perincian tema ini, pengkaji merangkumkan proses penjualan inovasi oleh peserta
kajian sepertimana yang dicadangkan oleh Tohidi & Jabbari (2012). Sebagai tambahan,
terdapat tema kesembilan, iaitu dapatkan maklum balas daripada pelanggan mengenai
kebaikan dan kekurangan yang ada pada sesuatu produk inovasi untuk dibuat tambah
baik terhadap produk sedia ada. Penambahan tema ini selaras dengan konsep inovasi
hidup, iaitu pelanggan dianggap sebagai co-creator, untuk memberikan maklum balas
terbaik kerana mereka adalah pengguna inovasi tersebut dan tahu mengenai kebaikan
dan keburukan sesuatu produk itu secara realiti (Mathe 2016). Dalam konteks kajian
ini, pelanggan merujuk kepada guru yang membeli inovasi pengajaran yang dihasilkan
oleh guru inovatif dan pelajar kepada guru tersebut atau ibu bapa yang membeli inovasi
tersebut untuk kegunaan anak-anak mereka.

5.3.2 Karakter Guru Inovatif Pendidikan Islam

Dapatan menunjukkan terdapat 33 karakter guru inovatif pendidikan Islam, yang


dikategorikan di bawah 10 tema, iaitu; anjal, tekal, introvert, ekstrovert, teoritikal,
praktikal, dunia, akhirat, efikasi kendiri dan tawaduk. Sepuluh tema ini disusun dalam
332

lima pasang tema utama untuk mewujudkan timbang tara antara dua tema berbeza, iaitu;
anjal vs tekal, introvert vs ekstrovert, teoritikal vs praktikal, dunia vs akhirat dan efikasi
kendiri vs tawaduk. Kata kuncinya adalah keseimbangan. Perbincangannya
diperincikan dalam subtopic Sumbangan Kajian. Perincian bagi 10 tema ini adalah
seperti jadual berikut:

Jadual 5.1 Keseimbangan karakter guru inovatif Pendidikan Islam


Anjal Tekal
• Kreatif • Patuh syariah
• Terbuka • Patuh arahan dan peraturan
• Fleksibel • Tegas
• Meraikan Pelajar

Introvert Ekstrovert
• Fokus • Suka membantu
• Tekun dan teliti • Sentiasa berkomunikasi
• Pemerhati • Mesra
• Jaga Ukhuwwah
• Tahu limitasi
• Kelakar
• Ketrampilan

Teoritikal Praktikal
• Idea • Korektif
• Suka belajar • Keutamaan
• Halus
• Elakkan risiko

Dunia Akhirat
• Berjiwa usahawan • Pemurah

Efikasi kendiri Tawaduk


• Optimis • Iktiraf Inovasi orang Lain
• Positif • Hargai Bakat
• Proaktif • Rendah diri
• Tenang hadapi krisis
• Berani cuba

Dapatan ini menepati sebahagian karakter yang digariskan dalam konsep lima
mim (Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail 2006), iaitu; 16/25 (mudarris), 11/13
(murabbi), 8/11 (murshid), 9/10 (mu’addib) dan 13/14 (muᶜallim). Dalam konteks
pengajaran, guru inovatif lebih cenderung bertindak sebagai mudarris, namun turut ada
karakter-karakter mim yang lain. Mereka mengesan masalah pembelajaran pelajar
(mudarris), memuhasabah pengajaran mereka menurut perspektif Islam (mudarris),
mengenali pelajar dan keluarga mereka (murabbi), menstrukturkan kandungan
333

pengajaran (mudarris), menyesuaikan strategi pengajaran dengan masa, minat,


kebolehan dan tahap pelajar (mudarris), menyampaikan maklumat dengan mudah, tepat
dan jelas (mudarris), mengawal suasana pembelajaran dan kelas dengan berkesan
(murshid), menggalakan pembelajaran kendiri (muᶜallim), menerapkan akhlak semasa
PdP (mu’addib) dan mengambil berat terhadap perkembangan adab pelajar (mu’addib).

Dalam konteks kerjasama dan bimbingan yang diberikan kepada pelajar dalam
penghasilan inovasi, guru inovatif lebih bersifat murshid, namun turut diselangi dengan
mim yang lain. Mereka mencetuskan idea dan semangat pelajar untuk maju dan berjaya
(murshid), menghormati idea dan potensi pelajar (murabbi), bertindak pantas terhadap
isu yang dihadapi pelajar (murshid), membimbing pelajar membuat keputusan
(murshid), menampilkan kepimpinan berhikmah (murshid), mengamalkan ciri
musyawarah (murshid) dan merangsang kemahiran berfikir aras tinggi yang kreatif dan
inovatif (muᶜallim). Dalam kontek persediaan untuk menghasikan inovasi pula, guru
inovatif cenderung berkarakter sebagai muᶜallim dengan menguasai ilmu,
meningkatkan ilmu, menepati fakta, menyepadukan ilmu intra dan inter bidang,
menguasai huraian dan sukatan pelajaran, memahami konteks ilmu, mempelbagaikan
sumber ilmu dan mengamalkan budaya penyelidikan. Keperluan ilmu pengetahuan
adalah prasyarat penting sebelum sesuatu inovasi dihasilkan.

Dapatan ini turut menepati beberapa dapatan kajian lain mengenai karakter guru
inovatif (Rozaini Tukimin 2021). Walau bagaimanapun, hasil kajian ini unik apabila
peserta kajian menonjolkan karakter tekal, iaitu mengikat diri mereka terhadap syariat,
undang-undang dan tegas dengan pegangan diri. Karakter ini kontradik dengan karakter
anjal yang kreatif dan terbuka. Anjal adalah karakter yang lebih sesuai bagi seseorang
inovator (Hashimah Md Yusoff 2019). Namun, pengkaji berpandangan, karakter yang
bersifat mengikat ini sebenarnya menjadi batasan kepada pemikiran dan tindakan GIPI
sehingga menjadikan mereka lebih kreatif dalam ruang lingkup dan batasan yang ada.
Keadaan ini menyebabkan mereka boleh bekerja di bawah tekanan dan krisis, situasi
luar jangka dan kepelbagaian kekangan serta mampu menyelesaikan sesuatu masalah
dengan keterbatasan pilihan yang ada. Karakter ini turut memberi kesan kepada sikap
berhati-hati peserta kajian terhadap konten yang bersifat qaṭᶜi, seperti dalam hal upacara
334

ibadah khusus serta pegangan akidah dan batasan-batasan yang tidak dibenarkan oleh
agama.

Selain itu, peserta kajian turut menonjolkan karakter yang seimbang antara
dunia dan akhirat. Karakter dunia terzahir dalam jiwa usahawan peserta kajian.
Sebaliknya, karakter akhirat terzahir dalam diri peserta kajian yang tidak lokek,
pemurah dan suka berkongsi. Tentang hal ini, terdapat tiga kelompok peserta kajian,
iaitu; 1) berniaga pelbagai produk jualan lain, namun tidak menjual produk inovasinya
seperti Ustaz Imdad, Ustazah Aisyah dan Ustazah Arisya, 2) menjual produk inovasi,
namun tidak menjual bahan jualan lain seperti Ustaz Uwais, Ustaz Zakkir dan Ustazah
Huda, dan 3) menjual pelbagai produk termasuklah inovasi dan bahan jualan lain seperti
Ustazah Aleeya dan Ustazah Ainur. Contoh produk jualan lain yang banyak dijual oleh
peserta kajian adalah makanan. Peserta kajian yang menjual produk inovasi dan tidak
menjual produk jualan lain mengakui mereka tidak minat berniaga. Contohnya, Ustaz
Uwais mengaku dia malu berniaga, namun dipaksa oleh pasangannya untuk jual produk
inovasi. Ustaz Zakkir dan Ustazah Huda pula sekadar mengikut budaya inovasi di
negerinya yang kebanyakannya dipandu sehingga menjual produk yang telah
dihasilkan. Ustaz Imdad dan Ustazah Arisya pula minat berniaga, namun membantu
menjual produk makanan orang lain. Ustazah Aisyah dan Ustazah Aleeya pula menjual
produk jualan perniagaan keluarga. Ustazah Ainur dan Ustazah Arisya pula mengakui
sangat minat berniaga. Namun, apabila menyebut mengenai jualan produk inovasi,
Ustaz Imdad, Ustazah Aisyah dan Ustazah Arisya cenderung untuk berkongsi secara
percuma. Keadaan ini menunjukkan budaya pengkomersialan produk inovasi tidak
meluas dalam kalangan peserta kajian, walaupun dalam keadaan mereka meminati
bidang perniagaan. Bagi peserta kajian yang tidak minat berniaga, mereka perlu ada
dorongan luaran, terutamanya daripada pasangan atau budaya persekitaran.

Selain itu, hasil kajian turut menunjukkan GIPI menyeimbangkan di antara


efikasi kendiri dan tawaduk. Karakter tawaduk terdapat pada peserta kajian ketika
meneroka ilmu baru, mengiktiraf idea inovasi orang lain dan menghargai bakat yang
ada pada orang lain. Hal ini kerana mustahil bagi manusia menguasai kepelbagaian ilmu
(Ibn Khaldun 2001). Walau bagaimanapun, berbekalkan sedikit pengetahuan yang ada,
peserta kajian tetap yakin dan percaya mampu menghasilkan inovasi. Keyakinan dan
335

kepercayaan itu adalah indikator kepada efikasi kendiri yang tinggi yang ada pada
peserta kajian (Noornajihan Jaafar et al. 2019). Hal ini yang menyebabkan mereka
positif, optimis, proaktif, berani mencuba dan tenang menghadapi krisis. Namun,
peserta kajian turut mendapat sokongan orang sekitar. Di sinilah datangnya kemahiran
sosial dan karakter ekstrovert peserta kajian apabila tidak malu meminta bantuan jika
memerlukan. Bantuan yang diperlukan daripada sekecil-kecil perkara seperti meminta
rakan sekerja membelikan makanan sehinggalah kepada sebesar-besar perkara seperti
meminta bantuan menghasilkan inovasi bersama-sama.

5.3.3 Motivasi GIPI Menghasilkan Inovasi

Dapatan menunjukkan peserta kajian didorong oleh motivasi dalaman dan motivasi
luaran. Motivasi dalaman dan motivasi luaran membentuk dua tema utama dalam
dapatan ini. Pembentukan kedua-dua tema ini adalah kerana ia adalah pembahagian
yang sinonim ketika membincangkan mengenai motivasi.

Dapatan ini, secara umumnya menolak teori yang mengatakan bahawa


penghasilan inovasi banyak didorong oleh motivasi dalaman (Dawson & Andriopoulos
2017), sebaliknya dapatan menunjukkan motivasi luaran mempunyai peranan yang
lebih besar dalam merangsang peserta kajian untuk berinovasi, terutamanya daripada
pentadbir. Sebenarnya kedua-dua bentuk motivasi ada fungsi tersendiri. Dalam hal ini,
terdapat tiga keadaan. Keadaan pertama, bagi peserta kajian seperti Ustazah Aleeya dan
Ustazah Arisya, memang mempunyai motivasi dalaman yang tinggi untuk berinovasi.
Mereka berterusan menghasilkan inovasi secara konsisten dan tidak terikat dengan
pertandingan, anugerah dan kenaikan pangkat. Mereka tidak pernah memohon untuk
menjadi guru cemerlang. Bagi mereka, memang menjadi tugasan mereka sebagai guru
untuk mengajar dengan kualiti terbaik. Oleh itu, banyak inovasi mereka hasilkan,
namun tidak diketengahkan untuk dipertandingkan. Mereka hanya ketengahkan produk
tertentu untuk dipertandingkan atas arahan pentadbir. Namun, rakan guru mengakui
kecemerlangan mereka.

Keadaan kedua pula berbeza, apabila Ustaz Uwais, Ustaz Zakkir dan Ustazah
Huda banyak didorong oleh motivasi luaran seperti pertandingan, anugerah dan
336

kenaikan pangkat. Kebetulan ketiga-tiga mereka adalah guru cemerlang. Setiap hasil
inovasi yang mereka hasilkan akan diketengahkan dalam pertandingan. Keadaan ketiga
pula, seperti yang dialami oleh Ustaz Imdad dan Ustazah Aisyah, apabila mereka
berinovasi kerana motivasi dalaman, namun motivasi luaran merangsang mereka untuk
mengenengahkan hasil inovasi mereka. Dorongan paling besar datangnya daripada
pentadbir. Dapatan ini mengesahkan dapatan kajian Zainal dan Mohd Matore (2021)
bahawa kepimpinan transformasi pentadbir mempunyai pengaruh yang signifikan
terhadap sikap inovatif guru.

Dari satu sudut yang lain, kebetulan juga ketiga-tiga guru cemerlang dalam
keadaan kedua, kini berada di negeri yang sama. JPN negeri tersebut diakui banyak
merangsang budaya inovasi dalam kalangan guru. Ustaz Uwais pernah menyatakan
bahawa kumpulan guru inovatif diletakkan dalam kelompok yang sama dalam
kumpulan guru cemerlang. Kebiasaannya, sesiapa yang dipandu untuk jadi guru
inovatif, akan turut dirangsang untuk memohon jawatan guru cemerlang. Oleh itu,
pengaruh budaya kerja cemerlang dan inovatif serta persekitaran sentiasa ada.
Fenomena ini mampu mewujudkan ‘peristiwa pencetus’ yang akan merangsang budaya
kerja transformatif dan peningkatan kualiti diri dalam kalangan guru (Mei et al. 2020).
Ekosistem inovasi dalam pendidikan di negeri tersebut boleh dijadikan contoh oleh
negeri lain. Hal ini berbeza dengan negeri lain, seperti yang terjadi kepada Ustaz Imdad
dan Ustazah Aisyah. Mereka juga adalah guru cemerlang. Namun, JPN di negeri mereka
tidak memainkan peranan yang aktif dalam merangsang budaya inovasi dalam kalangan
guru. Maka mereka bergerak sendiri dan tidak agresif berinovasi.

Selain itu, hasil kajian ini turut mengesahkan teori Reeve (2005) mengenai
hidden cost of reward” Hal ini kerana sebahagian peserta kajian didapati menghasilkan
inovasi dalam bentuk yang komersial untuk dipertandingkan. Isu ini dibuktikan apabila
peserta kajian mengakui kos menghasilkan sesuatu produk inovasi mencecah RM 70
setiap satu, sedangkan produk prototaip yang digunakan dalam kelas hanya sekitar RM
20. Untuk memastikan mereka kekal relevan dalam circle inovasi, mereka terpaksa
mengikut rentak yang ditetapkan dalam pertandingan dan pemberian anugerah inovasi.
Maka, isu ini memaksa mereka mengikut trend semasa inovasi, lalu mengakibatkan
kreativiti mereka terbatas dan terikat. Contohnya, trend penghasilan inovasi permainan
337

dan ICT menyebabkan Ustaz Uwais dan Ustaz Zakkir berterusan menghasilkan inovasi
dalam bentuk tersebut. Pada masa yang sama, mereka mengakui agak sukar mencari
idea baru yang tidak terikat dengan bentuk tersebut. Isu ini tidak menimpa Ustazah
Aleeya dan Ustazah Arisya yang terus berkreativiti mengikut bentuk yang disukai
mereka. Mereka tidak terikat dengan pertandingan dan hanya berinovasi mengikut
minat mereka. Dari satu sudut yang lain, isu ini tidak penting untuk dibincangkan kerana
urusan niat asal guru inovatif adalah urusannya dengan Allah. Yang penting adalah
impak inovasi tersebut kepada pelajar.

Selain itu, persoalan mengenai motivasi luaran dan motivasi dalaman dalam
berinovasi, dapatan ini dapat dilihat daripada dua sudut. Sudut pertama, motivasi luaran
diperlukan ketika seseorang guru tidak minat untuk berinovasi. Maka, motivasi luaran
terutamanya daripada pentadbir menjadi ‘push factor’ yang memaksa guru
bergelumang dengan inovasi sehingga akhirnya dapat merasai kemanisan berinovasi.
Selepas kemanisan berinovasi dirasai dan motivasi dalaman berjaya dibentuk, barulah
guru tersebut dibiarkan bebas berinovasi. Sudut kedua, bagi guru yang sentiasa
berinovasi sejak daripada awal, motivasi dalaman mereka sentiasa tinggi mendorong
kreativiti mereka juga kekal tinggi (Fischer et al. 2019). Pentadbir tidak boleh ganggu
mereka dan biarkan mereka bebas berkreativiti. Namun, pentadbir boleh memainkan
peranan dengan memberikan dana dan ruang masa serta pengurangan beban tugas.
Inovasi yang mereka hasilkan boleh dimanfaatkan oleh guru-guru yang lain. Selain itu,
pentadbir juga perlu bijak menjejak guru inovatif untuk mengurniakan anugerah kepada
mereka tanpa melalui sebarang pertandingan. Walaupun mereka tidak perlukan
anugerah, namun pemberian anugerah boleh menonjolkan mereka sebagai model
contoh guru inovatif dan menjadi inspirasi kepada guru-guru yang lain. Sebagai
tambahan, kolaborasi antara guru inovatif dengan guru novis atau guru yang tidak
berpengalaman berinovasi dapat membantu merangsang mereka untuk turut sama
berinovasi (Faridah Mydin et al. 2021). Melalui kolaborasi, para guru berkongsi visi
dan misi pengajaran, menetapkan pendekatan projek yang ingin diusahakan,
merangsang rasa kebertanggungjawapan dan kebersamaan, meningkatkan kepelbagaian
dan persamaan serta membentuk sokongan, dana dan peranan (Vrieling-Teunter et al.
2021).
338

5.3.4 Kekangan GIPI Menghasilkan Inovasi

Dapatan menunjukkan terdapat dua tema terbentuk bagi kekangan penghasilan inovasi,
iaitu; proses dan watak. Pembentukan tema proses adalah kerana kekangan penghasilan
inovasi berada dalam setiap langkah penghasilan inovasi dan ia diperincikan dalam
setiap langkah tersebut. Manakala tema watak pula terbentuk kerana kekangan juga
wujud disebabkan oleh dalaman diri dan individu tertentu yang berada dalam
persekitaran peserta kajian. Terdapat sembilan tema di bawah proses dan lapan tema di
bawah watak menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 17 kekangan dihadapi oleh
peserta kajian sepanjang menghasilkan inovasi.

Dapatan ini mengesahkan beberapa kekangan seperti masa, tugas, kos,


pengetahuan dan kemudahan yang sentiasa menghantui para guru daripada memberikan
kualiti pengajaran terbaik (Firdaus Abdul Fatah 2021; Muhammad Talhah Ajmain @
Jima’ain et al. 2018; Salbiah Mohamed Salleh 2018). Kalau merancang pengajaran
perlukan masa dua hingga tiga hari (Zetty Nurzuliana Rashed 2016), penghasilan
inovasi pula perlukan masa secepat sebulan dan boleh mececah bertahun-tahun lamanya
untuk siapkan satu-satu produk. Kekangan ini mungkin menyebabkan ramai guru lebih
selesa menggunakan kaedah tradisional. Dapatan kajian ini turut mengesahkan isu hak
cipta yang berkemungkinan berlaku apabila kolaborasi dilakukan dengan pihak ketiga
(Abhari & McGuckin 2022). Keunikan dapatan kajian ini dapat dilihat apabila terdapat
kekangan kesihatan yang menghalang peserta kajian daripada menghasilkan sesuatu
bentuk inovasi yang diingini. Namun kekangan ini tidak menjadi penghalang,
sebaliknya menonjolkan sisi positif, optimis dan kreatif peserta kajian apabila berusaha
belajar dan mengaplikasikan bentuk inovasi dalam bentuk yang berbeza.

Selain itu, kajian turut mendapati kekangan pertandingan, terutamanya dari


sudut penyediaan dokumentasi pertandingan. Dalam hal ini, ia terkait dengan isu
bebanan tugas dan masa. Penyertaan dalam pertandingan inovasi adalah satu bebanan
tambahan kepada tugasan hakiki sedia ada. Oleh kerana itu terdapat peserta kajian yang
tidak berminat menyertai pertandingan inovasi, walaupun mempunyai inovasi yang
berpotensi untuk diketengahkan. Hal ini menyebabkan kegagalan manfaat inovasi yang
339

bersifat bottom-to-up ini disebarluaskan, sedang ia dihasilkan oleh pembina dalaman


yang merupakan inovator akar umbi (Serdyukov 2017).

5.3.5 Pengetahuan yang digunakan GIPI ketika Menghasilkan Inovasi

Dapatan menunjukkan terdapat 12 pengetahuan digunakan oleh peserta kajian untuk


menghasilkan inovasi. Secara asasnya dapatan ini dibentuk berdasarkan gabungan
dapatan kajian Thurlings et al. (2015) dan Amabile (1988) dan disesuaikan dengan
konteks sistem pendidikan di Malaysia.

Dapatan ini menunjukkan untuk menghasilkan sesuatu inovasi, perlu ada


pengetahuan tertentu (Othman et al. 2021). Oleh kerana itu, peserta kajian didapati
menambah pengetahuan sedia ada melalui pelbagai kaedah seperti pembacaan, bertanya
pakar serta menghadiri kursus dan bengkel untuk mencari idea-idea baru inovasi.
Namun, dapatan ini tidak menafikan teori mengenai keperluan kepada knowledge free
(Dawson & Andriopoulos 2017; Hartman et al. 2019) kerana fenomena pengetahuan
sedia ada yang mengikat kreativiti peserta kajian memang berlaku. Contohnya Ustaz
Uwais terikat dengan bentuk inovasi permainan dan ICT, manakala Ustaz Zakkir pula
terikat dengan inovasi dalam mata pelajaran jawi. Mereka berasa sukar untuk keluar
daripada kebiasaan tersebut dan meneroka idea-idea inovasi baru yang lain. Dari sudut
tahap pengetahuan pula, pengkaji berpandangan bahawa pandangan Welsh et al. (2016)
ada kebenarannya kerana lebih banyak jenis pengetahuan yang dimiliki oleh peserta
kajian, maka lebih banyak bentuk inovasi yang boleh diterokai dan dimanipulasi ketika
menghasilkan inovasi. Hal ini seperti yang berlaku kepada Ustazah Aleeya yang
memiliki pelbagai kemahiran. Kemahiran tersebut dimanipulasi dalam menghasilkan
inovasi dalam pelbagai bentuk.

Walau bagaimanapun, pengkaji menolak pandangan Welsh et al. (2016)


mengenai tiada keperluan mengetahui secara mendalam tentang sesuatu pengetahuan
kerana lebih mendalam sesuatu pengetahuan seseorang inovator, lebih banyak pilihan
idea akan timbul ketika menjana idea untuk berinovasi. Hal ini dibuktikan apabila
peserta kajian didapati sentiasa berusaha menambah pengetahuan mereka, terutamanya
dalam sesuatu pengetahuan yang berkaitan dengan bentuk inovasi yang mereka kurang
340

mahir menghasilkannya. Inovator perlu tahu sebelum fikir (Muhammad Talhah Ajmain
@ Jima’ain, Asma Nurul ’Aqilah Mahpuz, Siti Nur Hadis A Rahman & Ahmad
Marzuki Mohamad 2019). Dalam hal ini, pengkaji menerima pandangan Amabile
(1988) bahawa yang penting adalah bagaimana seseorang inovator memanipulasi
pengetahuan sedia ada mereka. Dalam situasi ini, pemikiran kreatif, iaitu pemikiran luar
kotak dan pemikiran kritis, iaitu pemikiran dalam kotak mempunyai peranan masing-
masing untuk membentuk pemikiran inovati, iaitu pemikiran kotak baru (Kim 2017b).
Pengetahuan sedia ada perlu dianalisis (pemikiran kritis) dan digabung jalin antara satu
pengetahuan dengan pengetahuan yang lain. Proses gabung jalin antara pengetahuan
sedia ada dikenali sebagai proses ᶜubur (Mohd Zaidi Ismail 2016) atau imaginasi
(Nurdiana Abdullah & Johari Surif 2018).

Dari sudut jenis pengetahuan, dapatan ini mengesahkan dapatan Thurlings et al.
(2015) mengenai empat pengetahuan yang diperlukan untuk hasilkan inovasi, iaitu; 1)
pembangunan kompetensi spesifik, 2) kepakaran penyelesaian masalah, 3) kemahiran
mengenal dan menganalisis peluang, dan 4) ilmu pengetahuan pedagogi kandungan.
Pengetahuan tentang konten dan kurikulum, pengetahuan pedagogi, pengetahuan
tentang pelajar dan pengetahuan format peperiksaan termasuk dalam pengetahuan
pedagogi kandungan (Firdaus Abdul Fatah 2021). Kemahiran kreatif pula berada di
bawah kepakaran penyelesaian masalah dan kemahiran mengenal dan menganalisis
peluang. Ia dilabelkan sebagai kemahiran kognitif istimewa (Amabile 1988).
Pengetahuan tentang inovasi sedia ada, kemahiran mereka bentuk, pengalaman dan
minat serta kekuatan diri termasuk dalam pembangunan kompetensi spesifik. Sebagai
tambahan, kemahiran komunikasi dan kemahiran kolaborasi termasuk di bawah
kemahiran sosial seperti yang dicadangkan oleh Amabile (1988). Kemahiran
komunikasi penting dari sudut meyakinkan pengguna dan pakar mengenai kebaikan
inovasi yang dihasilkan. Dalam hal ini, guru inovatif perlu tahu membezakan antara
kemahiran membentangkan kelebihan produk inovasi dan membentangkan kajian
berkaitan dengan inovasi. Pembentangan produk inovasi perlu dibuat dengan
menonjolkan nilai ‘baru’ yang ada pada sesuatu inovasi itu, manakala pembentangan
kajian pula menonjolkan kaedah kajian dan dapatan selepas sesuatu intervensi
diberikan.
341

Uniknya dapatan kajian ini adalah tambahan satu lagi bentuk pengetahuan iaitu
kemahiran penyelidikan. Di bawahnya ada kajian tindakan. Hal ini kerana guru-guru di
sekolah didedahkan dengan kaedah penyelidikan menggunakan reka bentuk kajian
tindakan (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2008). Namun
sebenarnya ia tidak terhad kepada kajian tindakan sahaja, sebalik terdapat kaedah
penyelidikan lain yang turut boleh digunakan untuk menghasilkan inovasi, antaranya
design thinking (Green 2018). Namun, di Malaysia, penghasilan inovasi melalui design
thinking banyak didedahkan kepada pensyarah di peringkat pengajian tinggi seperti
Politeknik dan Kolej Komuniti (Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti
2019). Persamaan di antara kajian tindakan dan design thinking adalah kedua-duanya
adalah kaedah untuk meningkatkan kualiti amalan dan sesuai digunakan sebagai alat
untuk memandu inovator menghasilkan inovasi. Kini, telah terdapat guru di sekolah
menggunakan design thinking untuk menghasilkan inovasi (Veerasinghan et al. 2021).

Pengetahuan untuk Menghasilkan


Inovasi Pengajaran

Pengetahuan Kemahiran Pembangunan


Kemahiran Kemahiran
pedagogi kognitif kompetensi
sosial Penyelidikan
kandungan istimewa spesifik

Pengetahuan
Konten dan Kemahiran Kemahiran Kajian
tentang inovasi
kurikulum kreatif komunikasi tindakan
sedia ada

Kemahiran Kemahiran
Pedagogi
reka bentuk kolaborasi

Pengetahuan
Pengalaman
tentang pelajar

Pengetahuan
Minat dan
format
kekuatan diri
peperiksaan

Rajah 5.1 Pengetahuan Penghasilan Inovasi Pengajaran

Berkenaan dengan kemahiran kolaborasi, ia biasa berlaku untuk mengurangkan


bebanan penghasilan inovasi serta menampung kekurangan pengetahuan dan kemahiran
yang ada. Dapatan menunjukkan peserta kajian banyak berkolaborasi dengan pelbagai
pihak. Dapatan ini mengesahkan pandangan Ibn Khaldun (2001) mengenai keperluan
342

kolaborasi untuk membolehkan gabung jalin pelbagai pengetahuan berlaku. Hal ini
kerana, tidak mungkin seorang mempunyai mampu mempunyai pelbagai pengetahuan
secara mendalam. Oleh kerana itu kolaborasi adalah jalan terbaik bagi meningkatkan
kualiti inovasi yang dihasilkan (Amabile 1988). Secara ringkasnya, keseluruhan
pengetahuan ini dapat difahami melalui rajah 5.1.

5.4 IMPLIKASI DAN CADANGAN

Kajian ini memberi implikasi tertentu kepada teori dan beberapa pihak, antaranya;

5.4.1 Implikasi Kajian kepada teori dan Model

Kajian ini memberi implikasi kepada teori dan model yang telah dibentangkan dalam
Bab 2. Dari sudut konsep inovasi, kajian ini telah menjelaskan konsep inovasi
pengajaran sepertimana yang difahami oleh GIPI. Isu baru kepada siapa dan baru yang
bagaimana diterjemahkan dalam definisi inovasi pengajaran yang disusun seperti yang
akan dinyatakan dalam Sumbangan Kajian. Dapatan mengenai konsep inovasi turut
menepati maksud inovasi dalam Islam iaitu al-ibdā’ dan terkaitkan dengan konsep
ketuhanan, iaitu al-Badi’. Dari sudut karakter pula, walaupun telah ada beberapa teori
mengenai teori karakter inovator, namun dapatan kajian ini berjaya menyusun teori baru
mengenai karakter inovator dalam konteks guru Pendidikan Islam sesuai dengan konsep
akhlak dalam Islam. Data turut diperolehi melalui kajian dalam konteks tempatan.
Dapatan kajian ini juga berjaya memperkenalkan satu lagi mim dalam konsep guru
Pendidikan Islam, iaitu al-Mubdi’ yang bermaksud guru sebagai inovator. Tambahan
ini sesuai diklasifikasikan dalam peranan rasmi GPI sebagai guru (Azhar Ahmad 2012).

Rajah 5.2 Tambahan al-Mubdi’ dalam Konsep Lima Mim


343

Dari sudut motivasi dan kekangan pula, dapatan berjaya memperincikan


motivasi yang mendorong GIPI berinovasi serta kekangan yang turut mereka perolehi
ketika berinovasi. Dapatan mengenai motivasi turut menggabung jalinkan antara
motivasi mengajar GCPI dan motivasi berinovasi.

Motivasi Motivasi
Motivasi
mengajar inovasi
inovasi
GCPI pengajaran

Rajah 5.3 Gabung jalin motivasi mengajar dan motivasi inovasi

Secara lebih terperinci, dapatan kajian mengenai motivasi memberi implikasi


terhadap Teori Dua Faktor Herzberg (2003) dari dua sudut, iaitu; 1) penambahan
motivasi akhirat yang sesuai dengan nilai keagamaan, dan 2) perincian motivasi
pencapaian dengan melihat dari sudut penerimaan positif pelajar terhadap inovasi yang
dihasilkan. Dari sudut motivasi mengajar GCPI pula (Kamarul Azmi Jasmi 2010b),
dapatan kajian ini menambah unsur motivasi inovasi seperti pertandingan,
pengiktirafan, peningkatan kerjaya dan pendapatan sampingan. Dari sudut kekangan
pula, dapatan turut merungkai kaedah GIPI menguruskan kekangan yang mereka hadapi
ketika berinovasi.

Dari sudut pengetahuan pula, dapatan kajian ini memberi implikasi terhadap
teori pengetahuan inovasi pengajaran (Thurlings et al. 2015) dengan menstrukturkan
semula pengetahuan yang perlu ada pada guru ketika ingin menghasilkan inovasi
pengajaran. Dapatan kajian ini mengekalkan pembangunan kompetensi spesifik dan
pengetahuan pedagogi kandungan, namun menggugurkan kemahiran mengenal pasti
peluang dan kemahiran penyelesaian masalah, sebaliknya menambah kemahiran
kognitif istimewa, kemahiran sosial dan kemahiran penyelidikan.
344

Kemahiran Pembangunan Kemahiran


Kemahiran
Mengenal pasti Kompetensi Kognitif
Penyelidikan
Peluang Spesifik Istimewa

Kemahiran Pengetahuan
Kemahiran
Penyelesaian Pedagogi
Sosial
Masalah Kandungan

Gugur Kekal Tambah

Rajah 5.4 Pengubahsuaian terhadap pengetahuan yang boleh digunakan untuk menghasilkan inovasi
pengajaran

5.4.2 Implikasi Kajian terhadap Guru Pendidikan Islam

Kajian ini meneroka contoh guru inovatif pendidikan Islam yang telah berjaya
menghasilkan inovasi pengajaran. Inovasi yang dihasilkan turut diiktiraf oleh pakar.
Oleh hal yang demikian, dapatan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh guru pendidikan
Islam daripada dua sudut, iaitu; 1) memberi kefahaman yang jelas dan menyeluruh
mengenai konsep inovasi pengajaran, dan 2) menzahirkan model guru inovatif
pendidikan Islam. Dari sudut pertama, guru pendidikan Islam dapat menggunakan
dapatan kajian ini sebagai panduan untuk menghasilkan inovasi pengajaran. Hal ini
kerana dapatan kajian ini bersesuaian dengan fitrah pendidikan Islam dan berbeza
dengan subjek-subjek yang lain. Dari sudut kedua pula, guru pendidikan Islam dapat
berusaha untuk melengkapkan diri dengan keperluan minima bagi membolehkannya
untuk turut sama berinovasi. Dari sudut karakter, guru pendidikan Islam tidak boleh
terlalu jumud dan rigid, sebaliknya perlu membuka minda dan kreatif dalam ruang
lingkup yang dibenarkan syarak.

Dari sudut motivasi pula, guru pendidikan Islam dapat boleh mencari dorongan
dalaman untuk berinovasi dengan menjadikan dapatan kajian ini sebagai contoh. Dari
sudut pengetahuan pula, guru pendidikan Islam perlu rajin belajar dan melatih daya
kreativiti serta mendampingi guru inovatif lain agar dapat turut sama meningkatkan
profesionalisme dan keupayaan diri bagi menghasilkan inovasi yang berkualiti tinggi
dan memberikan impak kepada pelajar. Guru pendidikan Islam perlu membina
345

keyakinan diri dan perlu berani mencuba serta tidak takut untuk gagal kerana ia adalah
antara karakter yang ada pada seseorang guru inovatif.

5.4.3 Implikasi Kajian terhadap Pentadbir Pendidikan

Dapatan kajian menunjukkan ada tiga lapis pentadbir yang memainkan peranan penting,
iaitu; 1) pentadbir di peringkat luar sekolah, seperti; KPM, JPN dan SPI, 2) pentadbir
sekolah, iaitu pengetua, guru penolong kanan dan PIBG, dan 3) pentadbir panitia. Setiap
lapisan pentadbir mempunyai peranan tersendiri. Peranan tersebut boleh dilihat
daripada dua sudut, iaitu; 1) merangsang guru memulakan budaya kerja inovatif, dan 2)
menggalakkan guru berterusan istiqamah berinovasi. Dalam hal ini, pentadbir di
peringkat luar sekolah boleh memainkan pelbagai peranan, antaranya; 1) membantu
guru dari sudut pendaftaran hak cipta inovasi, 2) membantu guru dari sudut
pengkomersialan produk inovasi, 3) menganjurkan kursus, bengkel, seminar dan
pameran inovasi secara berkala dan kerap, 4) menyediakan anugerah khusus untuk guru
inovatif dengan insentif tertentu, 5) menyediakan platform untuk sebarluas idea inovasi
sedia ada, 6) mengumpulkan bank idea inovasi pengajaran, 7) alokasi dana tertentu
untuk membantu guru inovatif dari sudut kewangan, 8) menyediakan sistem
permentoran antara guru inovatif dengan guru yang baru ingin berjinak dengan inovasi
melalui pelantikan jurulatih inovasi, dan 9) peruntukan cuti khas bagi memberi ruang
masa dan kelapangan kekangan kerja hakiki kepada guru inovatif bagi menghasilkan
inovasi pengajaran. Cuti pada guru inovatif tidak sepatutnya dipandang sebagai
bebanan kepada guru lain, sebaliknya dipandang dari sudut yang manfaat inovasi yang
dapat dimanfaatkan oleh ramai guru lain di Malaysia.

Pentadbir di sekolah ada peranan yang lebih signifikan kerana mereka adalah
pentadbir yang mempunyai hubungan kerja secara langsung dengan para guru. Antara
peranan yang boleh diambil adalah; 1) menetapkan inovasi sebagai sasaran kerja
tahunan bagi guru tertentu, 2) tidak lokek berkongsi kepakaran dengan guru, 3) sentiasa
bertanya khabar mengenai projek inovasi yang sedang diusahakan oleh guru, 4)
mewujudkan suasana kerja inovatif yang diketuai oleh kumpulan guru inovatif, 5)
mendanai projek inovasi, 6) meluaskan manfaat hasil inovasi dalam program sekolah,
7) melibatkan diri dengan projek inovasi melalui kolaborasi dengan para guru, 8)
346

menyediakan ruangan khas seperti bengkel kemudahan dan alatan yang diperlukan oleh
guru untuk berinovasi, 9) menyediakan bilik khas untuk memamerkan hasil produk
inovasi para guru dan penulisan kajian berkaitan dengan inovasi, dan 10) mengurangkan
bebanan tugasan kepada para guru yang aktif berinovasi. Bagi pentadbir panitia pula,
boleh membantu guru inovatif dengan mengurangkan bebanan kerja dalaman panitia
untuk memberikan ruangan kepada mereka menghasilkan inovasi, berkolaborasi
dengan guru inovatif, membantu guru inovatif terutamanya dari sudut mengambil alih
kelas mereka jika perlu dan memberikan peluang kepada guru inovatif menguji inovasi
mereka dalam kelas lain.

5.4.4 Implikasi Kajian terhadap Panel Pemilih Guru dan Penyedia Latihan Keguruan

Kajian ini memberi gambaran kepada panel pemilih guru untuk meneroka karakter
calon guru yang mempunyai kriteria sebagai al-mubdiᶜ (inovator). Hal ini kerana ciri
inovatif adalah antara ciri yang diperlukan dalam profesion abad ke-21 (Centre for the
New Economy and Society 2018). Ia juga adalah antara ciri guru cemerlang (Noraini
Ibrahim et al. 2013). Oleh kerana kepelbagaian penganjuran pertandingan inovasi telah
semakin menjadi budaya pada hari ini, penglibatan calon guru dalam pertandingan
tersebut ketika bergelar pelajar mungkin boleh menjadi antara kriteria pemilihan utama
calon guru. Pengalaman penyertaan itu, seperti yang dikisahkan oleh Ustaz Uwais,
sangat membantu ketika dia bergelar guru. Bagi penyedia latihan keguruan pula, perlu
ada modul atau subjek khas bagi membantu pelatih guru dan guru sedia ada untuk
berinovasi. Pengendalian modul atau subjek itu adalah berbentuk project-based
learning atau bengkel agar inovasi dapat dihasilkan dengan menggunakan kaedah
hands-on. Bengkel juga perlu dibuat secara bersiri secara langkah demi langkah.
Dengan itu, pelatih guru dan guru akan belajar melalui pengalaman menghasilkan
inovasi. Ia seperti yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di negeri Ustaz
Uwais dan turut diamalkan oleh Ustazah Huda dan Ustazah Aleeya ketika memandu
beberapa guru lain di sekolahnya untuk menghasilkan inovasi.

5.4.5 Implikasi Kajian terhadap Penganjur Pertandingan Guru Inovatif

Dapatan kajian mendapati terdapat kerjasama yang dilakukan oleh peserta kajian tidak
terhad dengan guru di sekolah yang sama sahaja, sebaliknya turut merangkumi
347

kerjasama dengan guru di sekolah lain, dengan pelajar dan dengan agensi luar
termasuklah IPT dan pakar tertentu. Setakat ini, kategori berkumpulan dalam
pertandingan Guru Inovatif anjuran KPM hanya dibenarkan melibatkan kerjasama
sesama guru (Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 2019). Format ini tidak relevan
kerana KPM sendiri menggalakkan para guru mewujudkan kerjasama dengan agensi
luar untuk meningkatkan kualiti pengajaran, seperti yang dicadangkan dalam program
Profesional Learning Community (PLC) (Bahagian Pendidikan Guru n.d.).

Oleh itu, pengkaji ingin mencadangkan agar format pertandingan tersebut


diubah dengan tidak mengehadkan kerjasama dijalinkan dengan siapa dan pihak mana.
Terpulang kepada guru untuk menentukan jalinan kerjasama yang bersesuaian dengan
bentuk inovasi yang ingin dihasilkan. Kebenaran jalinan kerjasama guru dengan pihak
luar sekolah termasuk dalam konsep inovasi terbuka yang mencadangkan kerjasama
antara dua makmal berbeza (Haswira Nor Mohamad Hashim et al. 2020), manakala
kerjasama guru dengan pelajar termasuk dalam konsep inovasi hidup yang memerlukan
penglibatan pengguna sebagai co-creator kerana hanya pengguna tahu apa-apa yang
diingininya (Mathe 2016). Pengehadan kerjasama hanya akan menyekat kretiviti guru,
sebaliknya dengan kerjasama yang meluas dengan melibatkan kepelbagaian kepakaran
akan memungkinkan sesuatu inovasi dihasilkan dalam bentuk luar jangka (Haswira Nor
Mohamad Hashim et al. 2020). Hal ini selaras dengan Model Inovasi Pendidikan yang
mencadangkan ekosistem inovasi berlaku di semua pihak serta di pelbagai peringkat
untuk merangsang aktiviti berinovasi dalam kalangan ahli masyarakat (Serdyukov
2017).

Selain itu, pengkaji turut berpandangan bahawa format pertandingan juga boleh
dikecilkan skop mengikut bidang. Bidang merujuk kepada bahagian ilmu pengetahuan
yang tertentu (Kamus Dewan Edisi Keempat 2016). Sebaik-baiknya dikecilkan skop
sehingga kepada bidang khusus dalam pendidikan Islam. Hal ini kerana setiap bidang,
seperti al-Quran, hadis, akidah, fikah, sirah dan adab mempunyai ‘nature’ yang berbeza.
Tanpa pemahaman mengenai ‘nature’ bidang hanya akan menyebabkan sesuatu yang
tinggi nilainya tidak ditaksir dengan seadilnya. Apatah lagi jika skop bidang dibesarkan
secara umum sekaligus. Hakim tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk
menilai sesuatu inovasi yang datang daripada subjek yang berbeza dengan latar
348

belakang opsyen. Hal ini kerana dapatan kajian turut mendapati peserta kajian lebih
cenderung untuk menghasilkan inovasi dalam bidang kepakaran mereka. Contohnya,
Ustazah Aleeya dan Ustazah Ainur mempunyai ijazah fikah, menumpukan inovasi
dalam bidang fikah, manakala Ustaz Zakkir yang mempunyai kepakaran bahasa dan
meminati seni khat, cenderung untuk menghasilkan inovasi dalam bidang jawi.

Oleh itu, pengkaji berpandangan, subjek pendidikan Islam dan Sains


mempunyai perbezaan yang terlalu jauh menyebabkan tidak adil untuk dinilai secara
bersama. Walau bagaimanapun, memahami realiti kesukaran pencarian inovasi yang
boleh diketengahkan jika skop dikecilkan, sekurang-kurangnya skop bidang boleh
dibesarkan mengikut empat bidang utama yang ada di sekolah, iaitu; bidang
kemanusiaan, bidang sains dan matematik, bidang bahasa dan bidang teknik dan
vokasional. Pada masa yang sama, BPI juga boleh anjurkan pertandingan inovasi
khusus bagi subjek pendidikan Islam.

Selain itu, pengkaji turut berpandangan pertandingan guru inovatif dipisahkan


kepada dua tahap, iaitu; beginner dan advance. Pemisahan kedua-dua tahap ini perlu
kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang berbeza. Bagi tahap beginner, ia lebih
kepada menaikkan motivasi dan semangat para guru untuk melibatkan diri dalam
kegiatan berinovasi. Sebaliknya, bagi tahap advance pula, matlamat lebih kepada
promosi dan penjualan produk inovasi yang telah bersedia untuk dikomersialkan. Hal
ini kerana antara isu yang timbul mengenai kekangan mengenengahkan inovasi ke
depan adalah teknikal pertandingan, terutamanya isu penyediaan laporan inovasi.
Ustazah Huda dan Ustazah Aisyah mencadangkan agar laporan inovasi tidak perlu
dibuat dalam bentuk penulisan yang tebal dan mendalam, sebaliknya cukup sekadar
laporan ringkas atau pengisian borang. Format penyediaan laporan yang tebal
melemahkan semangat guru yang tidak pernah terlibat mengenengahkan hasil inovasi
mereka. Perbezaan kedua-dua tahap pertandingan ini adalah seperti jadual berikut:

Jadual 5.2 Perbezaan dua tahap pertandingan guru inovatif


Beginner Advance
Inovasi dipersembahkan dalam bentuk prototaip Inovasi dipersembahkan dalam bentuk produk
yang bersedia untuk dikomersialkan.
Inovasi tidak perlu didaftarkan dengan harta Inovasi telah berdaftar dengan harta intelek
intelek
bersambung…
349

…sambungan
Laporan inovasi ringkas, cukup sekadar dapat Laporan inovasi dibuat dengan mendalam dan
membuktikan nilai tambah yang ada pada inovasi terperinci
tersebut
Tidak perlu proses verifikasi luar sekolah Perlu verifikasi dan evaluasi dalam skop yang
lebih luas

Dari sudut hadiah, pengkaji berpandangan, selain hadiah berbentuk kewangan,


hadiah boleh juga diberikan dalam bentuk khidmat reka bentuk inovasi dan hak cipta
serta penerbitan dan pengkomersialan. Pemenang juga boleh dipertimbangkan untuk
diberikan cuti belajar untuk projek tersebut. Ganjaran seperti Hadiah Latihan
Persekutuan (HLP) adalah hadiah yang dapat menambah nilai profesionalisme
pemenang. Hal ini kerana dapatan turut menunjukkan antara kekangan penyediaan
dokumentasi adalah kekurangan kemahiran menulis berdasarkan format laporan inovasi
dan format kertas kajian. Hal ini tidak timbul kepada peserta kajian seperti Ustaz Uwais
dan Ustazah Aisyah yang mengakui mahir dan boleh memandu guru lain menghasilkan
penulisan tersebut kerana berpengalaman menulis tesis di peringkat sarjana. Keadaan
ini berbeza bagi peserta kajian seperti Ustazah Aleeya dan Ustazah Arisya yang
mengadu tidak dapat memahami teknik penulisan tersebut. Oleh itu, peluang
menyambung pengajian adalah ibarat seperti geran untuk menambah baik inovasi
tersebut dan mempersiapkannya untuk dimanfaatkan dalam ruang lingkup yang lebih
luas.

5.5 SUMBANGAN KAJIAN

Terdapat lima sumbangan kajian ini, iaitu; 1) membentuk definisi inovasi pengajaran,
2) membentuk model langkah penghasilan inovasi, 3) menjelaskan konsep
keseimbangan dalam karakter guru inovatif, 4) membentuk model pengetahuan dalam
penghasilan inovasi pengajaran, dan 5) membentuk model guru inovatif pendidikan
Islam.

5.5.1 Membentuk Definisi Inovasi Pengajaran

Berdasarkan dapatan kajian, terdapat empat kerangka yang mesti ada dalam definisi
inovasi pengajaran, iaitu; elemen, bentuk, sasaran dan tujuan serta langkah penghasilan
inovasi. Berdasarkan kerangka ini, inovasi boleh didefinisikan sebagai:
350

bahan maujud atau teknik yang mempunyai elemen adaptasi atau kombinasi
dengan tujuan untuk memberi impak kepada guru dan pelajar dari sudut objektif
PdP, kawalan dalam kelas serta tugasan umum guru yang lain dengan melalui
proses jana idea, realisasikan idea dan promosikan idea.

Istilah ‘baru’ tidak disebutkan sebaliknya terus ditafsirkan kepada adaptasi atau
kombinasi agar dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai maksud ‘baru’
yang dikehendaki dalam inovasi. Selain itu, definisi ini juga meletakkan di hadapan
bentuk inovasi sebagai satu bentuk penegasan bahawa kedua-dua bahan maujud dan
teknik sepatutnya diiktiraf sebagai inovasi jika guru inovatif mampu menerangkan nilai
yang ada pada sesuatu inovasi tersebut. Hal ini sesuai dengan ‘nature’ topik-topik dalam
Pendidikan Islam yang tidak semuanya bersifat nyata, sebaliknya terdapat konsep-
konsep yang abstrak yang tidak dapat diterangkan melalui bahan maujud, sebaliknya
perlukan kepada teknik-teknik tertentu. Contohnya, penerangan mengenai konsep-
konsep akidah yang bersifat fakta yang perlu diterangkan melalui syarahan (Wan
Hassan Wan Embong et al. 2020).

5.5.2 Model Langkah Penghasilan Inovasi Pengajaran

Terdapat banyak teori dan model langkah penghasilan inovasi seperti model tiga
langkah Janssen (2003) dan model-model lain yang berbeza hanya pada perincian
langkah. Walau bagaimanapun, model-model tersebut mencadangkan langkah
penghasilan inovasi yang bersifat linear sedangkan penghasilan inovasi bukanlah
sesuatu yang bersifat linear (Boden 2019). Selain itu, proses penghasilan inovasi juga
mestilah mengambil kira proses sejak daripada jana idea sehinggalah kepada
penghasilan dan penjualan produk inovasi tersebut (Tohidi & Jabbari 2012). Walaupun
telah ada model dibentuk oleh Rozaini Tukimin (2021) dengan merumuskan empat fasa
penghasilan inovasi, iaitu Fasa Perancangan Inovasi, Fasa Pembinaan Inovasi, Fasa
Aplikasi Inovasi dan Fasa Penyebarluasan dengan lapan perinciannya yang dirumuskan
dalam akronim INOVATIF, namun proses itu tidak memasuki fasa jualan dan terhenti
hanya pada penyebarluasan dalam bentuk perkongsian. Isu ini timbul kerana konteks
kajian tersebut tidak merangkumi guru inovatif semata-mata, sebaliknya turut
melibatkan guru yang melakukan kajian tindakan. Oleh itu, dengan mengambil kira
351

kesemua isu tersebut, maka kajian ini menyumbang kepada pembentukan Model
Langkah Penghasilan Inovasi Pengajaran Pendidikan Islam disusun dengan
menggunakan kerangka model Janssen (2003) sebagai kerangka utama, namun
memperincikannya, seperti rajah berikut:

Petunjuk:
Seterusnya
Semua peserta kajian alami
Tidak semua peserta kajian alami
Ja
li Rajah 5.5 Langkah penghasilan inovasi
nk
an
ke
5.5.3 Konsep
rj Keseimbangan dalam Karakter Guru Inovatif Pendidikan Islam
as
Pada permulaan
a kajian ini dijalankan, antara isu yang timbul adalah menyatukan antara
m
teori akarakter inovator dan teori karakter guru pendidikan Islam. Pengkaji
menyenaraikan beberapa karakter negatif yang ada pada inovator dan tidak sepatutnya
ada pada guru pendidikan Islam. Maka kata kunci kepada penyatuan kedua-dua teori
tersebut adalah keseimbangan. Keseimbangan adalah antara elemen penting yang
terdapat dalam konsep akhlak dalam Islam (Al-Jauziyyah 2008; Al-Misri 2014). Jika
Thurlings et al. (2015) tidak memperincikan karakter guru inovatif, sebaliknya
menyebut secara umum sahaja, Kim (2017) pula menyebut mengenai 27 karakter
inovator yang dikategorikan kepada empat S, iaitu; sun (matahari), storm (ribut), soil
(tanah) dan space (angkasa lepas). Kajian ini pula menonjolkan konsep keseimbangan
karakter, iaitu; anjal vs tekal, introvert vs ekstrovert, teoritikal vs praktikal, dunia vs
akhirat dan efikasi kendiri vs tawaduk. Terdapat 33 karakter kesemuanya. Karakter-
352

karakter ini mengimbangi karakter inovator dan karakter guru pendidikan Islam, lalu
mewujudkan Model Karakter Guru Inovatif Pendidikan Islam.

Anjal Tekal

Introvert Karakter Ekstrovert


Guru
Teoritikal Inovatif Praktikal
Pendidikan
Islam
Dunia Akhirat

Efikasi Kendiri Tawaduk

Rajah 5.6 Konsep keseimbangan karakter guru inovatif pendidikan Islam

5.5.4 Pengetahuan dalam Penghasilan Inovasi Pengajaran

Pengetahuan yang perlu ada ketika menghasilkan inovasi telah dibincangkan oleh ramai
sarjana. Dalam bidang pendidikan, Thurlings et al. (2015) telah merumuskan empat
bentuk pengetahuan yang perlu ada pada guru untuk menghasilkan inovasi pengajaran.
Setelah diadunkan dengan pandangan Amabile (1988), empat pengetahuan itu ada
empat, iaitu; 1) pengetahuan pedagogi kandungan, 2) kemahiran kognitif istimewa, 3)
pembangunan kompetensi spesifik, dan 4) kemahiran sosial. Sumbangan kajian ini
adalah tambahan satu bentuk pengetahuan lagi, iaitu kemahiran penyelidikan. Hal ini
merangkumi kemahiran mengikuti langkah-langkah penyelidikan dan kemahiran
menyediakan dokumentasi penyelidikan. Dalam konteks guru di Malaysia, pendedahan
kepada kajian tindakan dimanfaatkan oleh peserta kajian ketika menghasilkan inovasi
pengajaran. Sumbangan ini dapat difahami melalui rajah di bawah:

Rajah 5.7 Sumbangan Kajian terhadap Pengetahuan Penghasilan Inovasi Pengajaran


353

5.5.5 Model Guru Inovatif Pendidikan Islam

Hasil dapatan kajian ini membentuk Model Guru Inovatif Pendidikan Islam, iaitu
seperti rajah berikut:

Rajah 5.8 Model Guru Inovatif Pendidikan Islam

Berdasarkan model ini, terdapat empat elemen utama, iaitu; kefahaman,


karakter, motivasi dan kekangan serta pengetahuan. Kajian ini menyumbang dari sudut
memperincikan set kefahaman mengenai inovasi yang boleh dilihat dari empat sudut,
iaitu; elemen, bentuk, sasaran dan impak serta langkah penghasilan inovasi. Seorang
guru perlu mempunyai set kefahaman mengenai konsep inovasi yang tepat untuk
membolehkannya menghasilkan inovasi pengajaran yang mencapai standard piawaian
yang berkualiti. Selain itu, guru inovatif perlu mempunyai tiga elemen lain, iaitu;
karakter, motivasi vs kekangan dan pengetahuan. Dari sudut karakter, guru inovatif
perlu mempunyai 10 set karakter, iaitu; anjal vs tekal, introvert vs ekstrovert, teoritikal
vs praktikal, dunia vs akhirat dan efikasi kendiri vs tawaduk. Penggunaan perkataan vs
merujuk kepada keseimbangan yang perlu ada dalam diri seseorang guru inovatif.

Dari sudut motivasi vs kekangan pula, hal ini kerana motivasi adalah pendorong
utama kepada wujudnya tindakan seseorang itu. Sebaliknya, kekangan pula adalah
354

perkara yang boleh menyekat seseorang daripada bertindak. Kedua-dua elemen ini
sentiasa menarik dan menolak. Oleh itu, kewujudan elemen kekangan sentiasa
mengiringi elemen motivasi. Sama ada motivasi dalaman atau motivasi luaran, kedua-
duanya mampu menjadi pencetus kepada seseorang untuk menghasilkan inovasi.
Kekangan pula boleh dilihat dari dua sudut, iaitu kekangan proses, iaitu kesukaran yang
ada ketika melalui proses langkah demi langkah sewaktu menghasilkan inovasi, dan
kekangan watak, iaitu kesukaran yang timbul daripada individu tertentu, sama ada dari
dalaman diri atau individu lain. Dari sudut pengetahuan pula, terdapat lima bentuk
pengetahuan perlu dipersiapkan oleh seorang guru jika ingin menghasilkan inovasi
pengajaran, iaitu; pengetahuan pedagogi kandungan, pembangunan kompetensi
spesifik, kemahiran kognitif istimewa, kemahiran penyelidikan dan kemahiran sosial.

5.6 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan beberapa batasan kajian yang dihadapi, maka dapatan kajian tidak dapat
digeneralisasikan ke dalam konteks yang lebih luas. Oleh itu, pengkaji mengemukakan
beberapa cadangan kajian lanjutan, iaitu seperti berikut:

1. Kajian kualitatif ini dijalankan melibatkan GIPI tertentu daripada sekitar


Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor sahaja. Oleh itu, kajian lanjutan boleh
dilakukan dengan melibatkan GIPI di negeri-negeri lain. Penglibatan lebih
ramai GIPI dengan latar yang berbeza mampu memberi gambaran yang lebih
jelas dan holistik terhadap dapatan kajian.

2. Kajian ini dijalankan terhadap GIPI di sekolah menengah harian sahaja. Kajian
lanjutan boleh dijalankan terhadap GIPI di sekolah menengah lain seperti
sekolah berasrama penuh, MRSM, SABK dan lain-lain. Kajian juga boleh
dijalankan terhadap GIPI di sekolah rendah.

3. Kajian ini dijalankan secara umum bagi GIPI dengan kurikulum aliran perdana.
Kajian lanjut boleh dijalankan terhadap GIPI di bawah Kurikulum Bersepadu
Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) serta sekolah-sekolah
355

jenis vernakular. Perbezaan ‘nature’ subjek dan pelajar mungkin memberikan


dapatan yang berbeza.

4. Kajian ini dijalankan dengan mengkaji guru inovatif. Dalam kajian ini, inovasi
hanya dijadikan sebagai dokumen tambahan untuk tujuan triangulasi. Kajian
lanjutan boleh dilakukan dengan menjadikan inovasi sebagai data utama. Fokus
boleh diberikan mengikut bidang tertentu. Contohnya, inovasi dalam bidang
Fikah, inovasi dalam bidang al-Quran dan inovasi dalam bidang Sirah.

5. Dapatan mengenai pengetahuan untuk menghasilkan inovasi pengajaran adalah


berdasarkan dapatan umum merangkumi keseluruhan bidang dalam Pendidikan
Islam. Pengkaji seterusnya boleh memberi fokus dengan lebih mendalam
terhadap bidang tertentu, seperti; Akidah dan Fikah. Perbezaan ‘nature’ bidang
mungkin menjadikan terdapat pengetahuan tertentu yang lebih khusus boleh
diterokai untuk menghasilkan inovasi.

6. Oleh kerana kajian ini adalah kajian kualitatif, pengkaji seterusnya dicadangkan
untuk menjadikan kajian ini sebagai konsep asas dan menjalankan kajian dengan
lebih menyeluruh berbentuk kuantitatif dengan melibatkan lebih ramai populasi
GIPI di Malaysia.

7. Kajian perbandingan antara GIPI di sekolah menengah dan sekolah rendah,


antara GIPI di aliran perdana dan aliran khusus seperti KBD dan BT boleh
dilakukan. Pola persamaan dan perbezaan dapat dikenal pasti dalam konteks
karakter GIPI, motivasi, kekangan dan pengetahuan yang mereka gunakan
ketika berinovasi. Perbandingan juga boleh dibuat dengan luar negara.

5.7 KESIMPULAN

Bab ini telah membincangkan dapatan kajian yang mengandungi kefahaman GIPI
mengenai konsep inovasi dan karakter GIPI, motivasi yang mendorong GIPI berinovasi
serta kekangan yang mereka hadapi ketika berinovasi dan pengetahuan yang mereka
gunakan untuk membolehkan mereka berinovasi. Bagi konsep inovasi, terdapat empat
tema dan 14 subtema terbentuk. Bagi karakter GIPI pula, terdapat 10 tema dan 33
356

subtema terbina. Bagi motivasi GIPI pula, 2 tema dengan 13 subtema ditemui. Bagi
kekangan yang dihadapi oleh GIPI pula, sejumlah 2 tema dan 17 subtema berjaya
diterokai. Bagi pengetahuan GIPI pula, sebanyak 5 tema dengan 12 subtema berjaya
dirungkai. Secara umumnya kebanyakan dapatan menepati apa-apa yang telah
dinyatakan dalam literatur. Namun, terdapat juga segelintir dapatan yang berbeza
dengan literatur. Selain itu, implikasi dapatan kajian turut dibincangkan, terutamanya
terhadap teori dan pihak yang menjadi fokus kajian iaitu GPI, pentadbir, panel pemilih
guru dan penyedia latihan keguruan serta penganjur pertandingan guru inovatif. Kajian
ini memberikan sumbangan pada pembentukan definisi inovasi pengajaran,
pembentukan model langkah penghasilan inovasi pengajaran, perincian terhadap
konsep keseimbangan dalam karakter GIPI, rungkaian tambahan kemahiran
penyelidikan terhadap pengetahuan dalam penghasilan inovasi pengajaran dan
pembentukan model GIPI. Implikasi, cadangan dan sumbangan kajian ini diharap dapat
memberi manfaat kepada semua sasaran kajian ini. Akhirnya, cadangan kajian lanjutan
diberikan untuk dimanfaatkan oleh pengkaji selepas ini meneruskan perjuangan kajian
dalam tajuk yang sama di masa akan datang.
357

RUJUKAN

al-Quran al-Karim.
Ab. Aziz Yusof. 2014. Pengurusan Pendidikan Islam: Mekanisme Transformasi
Ummah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ab. Halim Tamuri. 2012. Tahap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam dalam Sistem
Pendidikan Negara: Pembangunan Remaja Muslim di Malaysia. Seminar
Kebangsaan Transformasi Remaja Muslim, hlm. 1–15. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Izham Mohd
Hamzah. 2016. Persepsi Murid-murid terhadap Amalan Guru Pendidikan Islam di
Malaysia. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi 3(2–1): 18–40.
Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. 2010. Amalan Pengajaran
Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu‘allim. Journal of
Islamic and Arabic Education 2(1): 43–56.
Ab. Halim Tamuri, Muhamad Faiz Ismail & Kamarul Azmi Jasmi. 2012. Komponen
Asas Untuk Latihan Guru Pendidikan Islam. Global Journal Al-Thaqafah 2(2):
53–63. doi:10.7187/GJAT232012.02.02
Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail. 2006. Model Guru Pendidikan Islam: Konsep 5 Mim.
Seminar Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam, hlm. 1–15. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Abhari, K. & McGuckin, S. 2022. Limiting factors of open innovation organizations: A
case of social product development and research agenda. Technovation (March):
102526. doi:10.1016/j.technovation.2022.102526
Abu Bakar Nordin. 2013. Kurikulum Kearah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis,
Kreatif dan Inovatif. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 1(1): 10–
18. Retrieved from http://www.slideshare.net/yatt87/jurnal-isu
Abu Daud, S. al-‘Asy’as. 2009. Sunan Abi Daud. Damsyik: Dar ar-Risalah al-
‘Alamiyyah.
Adibah Sulaiman, Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, Mohd Azmir Mohd Nizah,
Paimah Atoma, Anita Ismail & Hisham Muhammad Taky Eldin Kandil. 2015.
Creativity and Innovation in Islam: It’s Necessity in Islamic Education. Social
Sciences (Pakistan). doi:10.3923/sscience.2015.61.66
358

Adlina Abdul Khalil, Othman, M. K. & Mohd Kasri Saidon. 2020. Memacu Pendidikan
di Era Revolusi Industri 4.0: Penerapan Nilai-nilai Islam dan Inovasi dalam
Pengajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Islamiyyat 42(Isu Khas): 13–20.
Agélii Genlott, A., Grönlund, Å. & Viberg, O. 2019. Disseminating Digital Innovation
in School – Leading Second-order Educational Change. Education and
Information Technologies 24: 3021–3039. doi:10.1007/s10639-019-09908-0
Ahmad Firdaus Mohd Noor. 2017. Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam di
Politeknik: Satu Kajian Kes. Tesis PhD. Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff, Azmil Hashim, Norhisham Muhamad & Wan
Norina Wan Hamat. 2021. Application of Fuzzy Delphi Technique to Identify the
Elements for Designing and Developing the e-PBM PI-Poli Module. Asian Journal
of University Education 17(1): 292–304.
Ahmad Sahlan Abdul Hatim & Sahad, M. N. 2020. Nasyid sebagai Wasilah Dakwah
dalam kalangan Masyarakat Kontemporari. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi
7(2): 94–108.
Ahmad Yunus Kassim & Ab. Halim Tamuri. 2010. Pengetahuan Pedagogikal
Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan
Islam. Journal of Islamic and Arabic Education 2(2): 13–30.
Ainon Mohd & Abdullah Hassan. 2007. Berfikir seperti Inventor. Batu Caves: PTS.
Aldrich, A. S. 2017. Innovative Teachers and the Experiences, Motivations, and
Mechanisms that Impact their Innovation: An Examination of Innovative Teaching
at Punahou School. Tesis PhD. University of Hawai.
Amabile, T. 1988. A Model of Creativity and Innovation in Organizations. Research in
Organizational Behavior 10: 123–167.
Amabile, T. 1998. How to Kill Creativity. Harvard Business Review (September): 77–
87.
Amabile, T. M. 1983. The Social Psychology of Creativity: A Componential
Conceptualization. Journal of Personality and Social Psychology 45(2): 357–376.
Amabile, T. M. 1985. Motivation and Creativity: Effects of Motivational Orientation
on Creative Writers. Journal of Personality and Social Psychology 48(2): 393–
399.
Amabile, T. M., Hill, K. G., Hennessey, B. A. & Tighe, E. M. 1994. The Work
Preference Inventory: Assessing Intrinsic and Extrinsic Motivational Orientations.
359

Journal of Personality and Social Psychology 66(5): 950–967.


Amutha Gopak Villoo @ Venugopal. 2019. Kecenderungan Menjalankan Inovasi
Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Dalam Kalangan Pensyarah Bagi Mendepani
Revolusi Industri (Ir) 4.0. International Innovation in Teaching and Learning &
Language Education Conference, hlm. 154–163. UiTM Cawangan Kedah Kampus
Sungai Petani.
Anderson, L. W. 1989. The Effective Teacher. Singapore: McGraw-hill Book
Company.
Angevine, C., Cator, K., Liberman, B., Smith, K. & Young, V. 2019. Designing a
Process for Inclusive Innovation: A Radical Commitment to Equity.
Anita Ismail, Farah Laili Muda, Latifah Abdul Latiff, Siti Nor Baya Mat Yacob, Hisham
Muhamad Taky Eldin Kandil & Mohd Aizudin Abd Aziz. 2018. Creativity and
Innovation: Practices Amongst Students of a Product Development Competition.
Ulum Islamiyyah 24(August): 25–30.
Arifin, R. M. & Teh, K. S. M. 2020. How to Create a System Ecological Theory of the
Environment in Revolution 4.0 Era? Journal of Physics: Conference Series
1529(5): 1–10. doi:10.1088/1742-6596/1529/5/052074
Asmawati Suhid, Mohd Aderi Che Noh, Abd Muhsin Ahmad & Khadijah Abdul Razak.
2016. Ke Arah Kecemerlangan Menerusi Pembudayaan Inovasi. Technical and
Social Science Journal 6(1): 126–135.
Asrori, A. & Sunarto. 2021. Islamic Education in Respone to the Challenges of
Education in Indonesia. Ri’ayah 6(1): 48–56.
Aubrey, K. & Riley, A. 2015. Understanding & Using Educational Theories. United
Kingdom: SAGE Publications.
Azarul Razamin Mat Said, Mustafa Che Omar, Najmiah Omar & Mohd AllNurulhuda
Ghazali. 2021. Islamic Education in the Fourth Industrial Revolution (IR 4.0).
Turkish Journal of Physiotherapy and Rehabilitation 32(3): 4881–4888.
Azhar Ahmad. 2012. Peranan Guru dalam Transformasi Pembangunan Akhlak Remaja.
Seminar Kebangsaan Transformasi Remaja Muslim, hlm. 1–9. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Azhar Ahmad. 2021. Bilangan Penyertaan PPP mengikut Aktiviti PPB sehingga 15
Julai 2021.
Azhari Mariani & Zaleha Ismail. 2015. The Elements Of Teachers’ Competency For
360

Creative Teaching In Mathematics. International Education Studies 8(13): 93–97.


doi:10.5539/ies.v8n13p93
Azman Ab Rahman. 2018. Gamifikasi Global Zakat Game Dalam Pendidikan Islam.
Nilai: Penerbit USIM.
Azman Ab Rahman, Ibrahim Hussin Ibrahim, Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin &
Ahmad Anis Muhd Fauzi. 2017. Gamifikasi dalam Pendidikan Islam Berasaskan
Global Zakat Game: Bijak Zakat Versi 1.0 (GSG). al-Qanatir: International
Journal of Islamic Studies 6(1): 1–9.
Azman Ab Rahman, Muhammad Sabri Sahrir, Nurkhamimi Zainuddin & Hasanah Abd
Khafidz. 2018. An evaluation of Global Zakat Game (GZG) as Edutainment Board
Game in Enhancing Zakat Education in Malaysia. Educational Research and
Review 13(5): 166–172. doi:10.5897/ERR2018.3487
Azman Ab Rahman, Zahari Mahad Musa, Mushaddad Hasbullah, Ahmad Anis Muhd
Fauzi, Muhammad Zulhilmi Mohd Nazar, Muhammad Najib Abd Wakil &
Mursyid Junaidi Mohd Faisal Yap. 2018. Global Faraid Game (GFG).
International Research Innovation, Invention & Solution Exposition (IRIISE), hlm.
172. Universiti Malaya.
Azrina Sobian. 2012. Pembentukan Akal Berdaya Cipta: Ilmuwan dan Proses
Pendidikan. Dlm. Azrina Sobian (pnyt.). Islam: Kreativiti & Inovasi, hlm. 2nd
Edisi ., 159–224. Kuala Lumpur: Penerbit IKIM.
Bader, L., Kruse, A., Dreßler, N., Müller, W. & Henninger, M. 2020. Virtual Design
Thinking - Experiences From the Transformation of Design Thinking To the
Virtual Domain. ICERI2020 Proceedings 1(January 2021): 9091–9099.
doi:10.21125/iceri.2020.2019
Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2014. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Aplikasi
di Sekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2018. Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru. (n.d.). Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. 2008. Buku Manual Kajian
Tindakan, hlm. Edisi Keti. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
361

Basinun, Idi, A., Lubis, M., Patriani, Y., Huda, M., Maseleno, A., Hashim, A., et al.
2020. Pedagogical Competence of Islamic Faith and Moral Teachers. European
Journal of Molecular and Clinical Medicine 7(6): 2266–2285.
Bawuro, F. A., Danjuma, I. & Wajiga, H. 2018. Factors Influencing Innovative
Behaviour of Teachers in Secondary Schools in the North East of Nigeria. Path of
Science 4(3): 1007–1017. doi:10.22178/pos.32-9
Beghetto, R. A. & Kaufman, J. C. 2014. Classroom Contexts for Creativity. High Ability
Studies 25(1): 53–69. doi:10.1080/13598139.2014.905247
Blackwell, K. & Fazzina, D. 2008. Open Innovation: Facts, Fiction and Future.
Boden, K. E. 2019. Pedagogical Innovation among University Faculty. Creative
Education 10: 848–861. doi:10.4236/ce.2019.105063
Bogdan, R. C. & Biklen, S. K. 2003. Qualitative Research for Education. Singapore:
Allyn and Bacon.
Bowring-Carr, C. & West-Burnham, J. 2010. Belajar Secara Berkesan di Sekolah.
(Annuar Ayub, Ed.). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM).
Buck, M. F. 2017. Gamification of Learning and Teaching in Schools – A Critical
Stance. International Journal of Media, Technology and Lifelong Learning 13(1):
35–54.
Buitendijk, S. 2013. Innovative Teaching for World Class Learning: Learning and
Teaching Strategy. The Higher Education Academy, London. Imperial College
London. Retrieved from http://www.imperial.ac.uk/media/imperial-
college/about/leadership-and-strategy/vp-
education/public/LearningTeachingStrategy.pdf
Al-Bukhari, M. bin I. 2001. Sahih al-Bukhari. Dar Tuqun Najah.
Bull, P. H., Patterson, G., Dunston, Y., Wilbur, G. & Simpson, C. 2017. Competency-
based Education: The New Frontier in Teacher Education. Dlm. Soler (pnyt.).
Proceedings of the UNC CBE Summit 2017, hlm. 33–54. University of North
Carolina Press.
Buntat, Y. & Ahamad, L. 2012. Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan
Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru. Journal
of Technical, Vocational & Engineering Education 6(June): 44–58.
Burger, J. M. 2015. Personality. United States of America: Cengage Learning.
Cankar, F., Deutsch, T. & Cankar, S. S. 2013. Factors of the Innovation Development
362

in School. Management, Knowledge and Learning International Conference, hlm.


1245–1252. Crotia.
Centre for the New Economy and Society. 2018. The Future of Jobs Report.
Switzerland. Retrieved from
http://www3.weforum.org/docs/WEF_Future_of_Jobs_2018.pdf
Cheng, V. M. Y. 2018. Views on Creativity, Environmental Sustainability and Their
Integrated Development. Creative Education 09(05): 719–743.
doi:10.4236/ce.2018.95054
Chiemeka-unogu, C. M. 2018. Planned Educational Change and Innovation Process in
Nigeria: Evaluation of Universal Basic Education. International Journal of
Scientific Research in Education 11(1): 71–89.
Chua Yan Piaw. 2012. Pengukuran Semasa Kreativiti: Isu dan Cabaran. Dlm. Azrina
Sobian (pnyt.). Islam: Kreativiti & Inovasi, hlm. 2nd Edisi ., 77–96. Kuala
Lumpur: Penerbit IKIM.
Churchill, R., Ferguson, P., Godinho, S., Johnson, N. F., Keddie, A., Letts, W., Mackay,
J., et al. 2013. Teaching: Making a Difference. Australia: John Wiley & Sons, Inc.
Cozby, P. C. & Bates, S. C. 2020. Methods in Behavioral Research. New York:
McGraw-hill Education.
Creswell, J. W. 2013. Qualitative Inquiry & Research Design. Singapore: SAGE
Publications.
Creswell, J. W. & Creswell, J. D. 2018. Research Design: Qualitative, Quantitative and
Mixed Methods Approaches, hlm. Fifth Edit. Los Angeles: SAGE Publications.
Creswell, J. W. & Miller, D. L. 2000. Determining Validity in Qualitative Inquiry.
Theiry into Practice 39(3): 124–130. doi:10.1207/s15430421tip3903
Cropley, A. & Cropley, D. 2008. Resolving the Paradoxes of Creativity: An Extended
Phase Model. Cambridge Journal of Education 38(3): 355–373.
doi:10.1080/03057640802286871
Dartey-Baah, K. & Amoako, G. K. 2011. Application of Frederick Herzberg’s Two -
Factor theory in Assessing and Understanding Employee Motivation at Work: a
Ghanaian Perspective. European Journal of Business and Management 3(9): 1–8.
Davis, H. A., Hartshorne, R. & Ring, G. 2010. Being an Innovative Teacher: Pre-service
Teachers’ Conceptions of Technology and Innovation. International Journal of
Education 2(1). doi:10.5296/ije.v2i1.242
363

Dawson, P. & Andriopoulos, C. 2017. Managing Change, Creativity & Innovation, hlm.
3rd Editio. Singapore: SAGE Publications.
Dayang Rafidah Syariff M. Fuad, Khalip Musa & Hamidah Yusof. 2020. Innovation in
Education. Journal of Educational Research & Indegenous Studies 2(1).
Dayang Rafidah Syariff M. Fuad, Khalip Musa & Zahari Hashim. 2020. A Perspective
to Innovation Leadership in Malaysia Education. Journal of Educational Research
& Indegenous Studies 1(1).
de Jesus, D. S. V., Kamlot, D. & Dubeux, V. J. C. 2019. The Decline of Creative
Education in the City of Rio de Janeiro: Main Causes and Consequences. Creative
Education 10(07): 1670–1684. doi:10.4236/ce.2019.107119
Diamantidaki, F. & Kefalaki, M. 2020. Reevaluating the role of innovation in education:
a living social process. Journal of Education, Innovation, and Communication
2(2): 8–10. doi:10.34097/jeicom-2-2-dec2020-0
Dichev, C. & Dicheva, D. 2017. Gamifying Education: What is Known, What is
Believed and What Remains Uncertain: a Critical Review. International Journal
of Educational Technology in Higher Education 14(9): 1–36. doi:10.1186/s41239-
017-0042-5
Dilobarkhon, K. 2019. The importance of modern innovation in education. European
Journal of Research and Reflection in Educational Sciences 7(12): 659–661.
Durando, M. 2017. Driving Innovation in Education: How far We have Come and
Where We are Going. Belgium: European Schoolnet.
Ee, J. & Tan, O.-S. 2009. Facilitating Problem-solving Process for Adopters and
Innovators. Dlm. O.-S. Tan (pnyt.). Problem-based Learning and Creativity.
Singapore: Cengage Learning Asia Pte Ltd.
Effendi, U., Silaen, S. M., Usman, R. F. & Usman, F. J. 2021. The Model of
Organizational Performance: The Islamic Educational Approach. Elementary
Education Online 20(5): 677–691. doi:10.17051/ilkonline.2021.05.73
Evens, M., Elen, J. & Depaepe, F. 2015. Developing Pedagogical Content Knowledge:
Lessons Learned from Intervention Studies. Education Research International 1–
23.
Ezad Azraai Jamsari, Mohd Nawi, M. A., Sulaiman, A., Sidik, R., Zaidi, Z. & Abul
Hassan Ashari, M. Z. 2013. Ibn Firnas and His Contribution to the Aviation
Technology of the World. Advances in Natural and Applied Sciences 7(1): 74–78.
364

Farah Ilyani Zakaria. 2021. Pengetahuan Profesional Bakal Guru untuk tujuan
Pengajaran Tilawah al-Quran Sekolah Rendah. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Farhana Mohamad Suhaimi, Azman Ab Rahman & Mursyid Junaidi Mohd Faisal Yap.
2018. Inovasi Gamifikasi Global Wakaf Game (GWG) dalam Pendidikan dan
Latihan Persijilan Wakaf di Malaysia. International Research Innovation,
Invention & Solution Exposition (IRIISE), hlm. 174. Universiti Malaya.
Faridah Mydin, Radin Siti Aishah Radin A Rahman & Wan Muna Ruzanna Wan
Mohammad. 2021. Research Collaboration: Enhancing the Research Skills and
Self-Confidence of Early Career Academics. Asian Journal of University
Education 17(3): 142–153. doi:https://doi.org/10.24191/ajue.v17i3.14508
Fasiha, M. Y. N. 2017. How Do You Create Ideas When You Are Excited, Calm, Upset
or Fatigued ? – The Relationship between Mood State and Creativity. Sains
Humanika 9(2): 51–58.
Faszly Rahim, Zanaton Iksan, Oziah Othman, Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Siti
Norul Huda Syeikh Abdullah, Norhana Arsad, Azmin Sham Rambely, et al. 2014.
Pemerkasaan Ulul Albab Melalui Modul Stem. Online Journal of Islamic
Education 3(Special Issue of ICIED2014): 1–12.
Fatahiyah Elias. 2020. Amalan Guru tentang Pendekatan Berpusatkan Murid dalam
Pengajaran Akidah untuk Pembelajaran Murid. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Fathi Abdullah & Khadijah Abdul Razak. 2021. Tahap Minat dan Penerimaan Pelajar
Terhadap Gamifikasi dalam Bidang Sirah. Journal of Quran Sunnah Education &
Special Needs 5(1): 27–38.
Fatin Sabrina Abdul Sukor, Roslina Abdul Aziz, Suzaini Harmiruslin Supian & Norlaila
Md Din. 2020. LET’S SIMMATCH: AN INTERACTIVE AND FUN METHOD
IN LEARNING ARABIC (HIJA’YYAH) LETTERS. Attarbawiy: Malaysian
Online Journal of Education 4(2): 125–134.
Fauzi, A., Ayub, M., Zaini, S. H. & Luan, W. S. 2017. The Influence of Mobile Self-
efficacy, Personal Innovativeness and Readiness towards Students ’ Attitudes
towards the use of Mobile Apps in Learning and Teaching. International Journal
of Academic Research in Business & Social Sciences 7: 364–374.
doi:10.6007/IJARBSS/v7-i14/3673
365

Firdaus Abdul Fatah. 2021. Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Mata
Pelajaran Syariah di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Tesis PhD. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Firdaus Abdul Fatah, Razak, K. A., Lubis, M. A. & Surip, N. A. 2019. Al-Quran Wal-
Hifz’s Heterogeneity of Teaching Methods among Dini Integrated Curriculum
Sharia Teachers. Creative Education 10(12): 2584–2592.
doi:10.4236/ce.2019.1012186
Fischer, C., Malycha, C. P. & Schafmann, E. 2019. The Influence of Intrinsic
Motivation and Synergistic Extrinsic Motivators on Creativity and Innovation.
Frontiers in Psychology 10(February): 1–15. doi:10.3389/fpsyg.2019.00137
Ford, C. M. 1996. A Theory of Individual Creative Action in Multiple Social Domains.
Academy of Management Review 21(4): 1112–1142.
Forgus, R. & Shulman, B. 1979. Personality: A Cognitive View. Singapore: Prentice
Hall.
Forlin, C. 2010. Teacher Education for Inclusion: Changing Paradigms and Innovative
Approaches. London and New York: Routledge: Taylor & Francis Group.
Freeman, J., Butcher, H. J. & Christie, T. 1968. Creativity: A Selective Review of
Research. London: Society for Research into Higher Education.
Fu, X. & Gao, Y. 2020. The Impact of Design Thinking Workshop on Students’ Design
Thinking Traits. Creative Education Studies 8(1): 6–12.
doi:10.12677/ces.2020.81002
Gallate, J., Wong, C., Ellwood, S., Roring, R. W. & Snyder, A. 2012. Creative People
Use Nonconscious Processes to Their Advantage. Creativity Research Journal
24(2–3): 146–151. doi:10.1080/10400419.2012.677282
García, L. M. 2011. Encouraging teachers’ and students’ innovation with the support of
teacher learning communities. Center for Educational Policy Studies Journal 1(1):
133–152.
Gill, S. L. 2020. Qualitative Sampling Methods. Journal of Human Lactation 36(4):
579–581. doi:10.1177/0890334420949218
Golshan, N. M., Kaswuri, A. H., Aghashahi, B., Amin, M. & Wan Khairuzzaman Wan
Ismail. 2011. Effects of Motivational Factors on Job Satisfaction: An Empirical
Study on Malaysian Gen-Y Administrative and Diplomatic Officers. 3rd
International Conference on Advanced Management Science, hlm. Vol. 19, 1–7.
366

Green, D. 2018. Fostering Teacher Innovative Behavior Through Design Thinking.


Tesis PhD. John Hopkins University.
Gregerson, M. B., Snyder, H. T. & Kaufman, J. C. 2013. Teaching Creatively and
Teching Creativity. New York & London: Springer New York Heidelberg
Dordrecht London.
Hafenstein, N., Haines, K. & Gramond, B. 2009. Perspectives in Gifted Education:
Creativity, hlm. Vol. 5.
Halstead, J. M. 2004. An Islamic Concept of Education. Comparative Education 40(4):
517–529. doi:10.1080/0305006042000284510
Hamka, H. A. M. A. K. 2015. Tafsir al-Azhar. Jakarta: Gema Insani.
Hanafi, N., Abdul Malek, J. & Jusoh, H. 2018. Konsep Keupayaan Penyerapan
Akademia dan Inovasi Sosial dalam Konteks Pembangunan Bandar berasaskan
Pengetahuan. Malaysian Journal of Society and Space 14(2): 68–81.
doi:10.17576/geo-2018-1402-06
Hartman, R. J., Townsend, M. B. & Jackson, M. 2019. Educators’ Perceptions of
Technology Integration into the Classroom: A Descriptive Case Study. Journal of
Research in Innovative Teaching & Learning 1–9. doi:10.1108/JRIT-03-2019-
0044
Harwati Hashim, Munawira Saharani, Norfarahi Zulkifli, Mazlin Mohamed Mokhtar &
Melor Md Yunus. 2019. Conception of Innovative Teaching Methodologies
among Lecturers at Selected Polytechnics in Malaysia. Creative Education 10(05):
874–881. doi:10.4236/ce.2019.105065
Hasan Langgulung. 1991. Kreativitas dalam Pendidikan Islam. Jakarta: Pustaka al-
Husna.
Hashimah Md Yusoff. 2019. Hubungan Personaliti, Personaliti Pro Aktif Dan Kraf
Kerja Terhadap Pemupukan Kreativiti Dalam Pengajaran Guru Pendidikan Islam
Sekolah Rendah Di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hashimah Md Yusoff, Mohd Isa Hamzah & Shahlan Surat. 2018. Kesahan dan
Kebolehpercayaan Instrumen Indeks Pemupukan Kreativiti dalam Pengajaran
Guru dengan Elemen Islam (I-CFTI) Berdasarkan Pendekatan Model Rasch
(Validity and Reliability of Creativity Fostering Index Instrument in Teacher
Instruction with Islamic. Jurnal Pendidikan Malaysia 1(1): 77–88.
doi:10.17576/jpen-2018-43.03-09
367

Hassan, R., Ahmad, J. & Boon, Y. 2018. Professional Learning Community in


Malaysia. International Journal of Engineering and Technology 7(3.3): 433–443.
doi:10.14419/ijet.v7i3.30.18347
Haswira Nor Mohamad Hashim, Muhamad Helmi Muhamad Khair, Anida Mahmood
& Zeti Zuryani Mohd Zakuan. 2020. Outbound Open Innovation Policy for
Exploitation of Intellectual Creation , Design and Creativity in Malaysian Public
Universities. Asian Journal of University Education 16(4): 44–52.
Herzberg, F. 2003, January. One More Time: How Do You Motivate Employees?
Harvard Business Review.
House, R. J. & Wigdor, L. A. 1959. Herzberg’s Dual-Factor Theory of Job Satisfaction
and Motivation: A Review of the Evidence and a Critism. Personnel Psychology
369–389.
Husen, T. 1972. Strategies of Educational Innovation. The Australian Journal of
Education 16(2): 125–135.
Hussain, A. 2004. Islamic education: why is there a need for it? Journal of Beliefs and
Values 25(3): 317–323. doi:10.1080/1361767042000306130
Ibn Khaldun, A. M. 2001. Mukaddimah Ibn Khaldun. Beirut: Dar al-Kitab al-’Arabi.
Ibnu Majah, A. A. M. Y. (n.d.). Sunan Ibni Majah. Dar Ihya’ at-Turath al-Arabiy.
Ibrahim Anis, Abdul Halim Muntasir, Atiyyah as-Su al-Hay & Muhammad Khalfullah
Ahmad. (n.d.). Al-Mukjam al-Wasit.
Ibus, S. & Ismail, F. 2018. Conceptual Framework: The Mediating Effect of Self-
Efficacy in the Relationships of Self-Leadership, Knowledge Sharing, and
Innovative Work Behaviour Conceptual Framework: The Mediating Effect of
Self- Efficacy in the Relationships of Self-Leadership, Kno. International Journal
of Academic Research in Business & Social Sciences 8(11): 1859–1876.
doi:10.6007/IJARBSS/v8-i11/5378
Isbell, R. & Raines, S. C. 2012. Creativity and the Arts with Young Children. Singapore:
Wadsworth Cengage Learning.
Ismail Abas, Bani Hidayat Mohd Shafie, Fauzi Abd. Majid & Mohamad Abu Bakar.
2016. Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Guru al-Quran dan Fardu
Ain (KAFA). Dlm. Hussin (pnyt.), Noh (pnyt.), Hassan (pnyt.), Shafie (pnyt.),
Darusalam (pnyt.), Mohamed (pnyt.), Pisol (pnyt.), et al. (pnyt.). Persidangan
Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Islam 2016 (ISPEN-i 2016), hlm. 433–452. Bangi:
368

Persatuan Intelektual Muslim Malaysia. doi:10.1017/CBO9781107415324.004


Ivcevic, Z. & Mayer, J. D. 2006. Creative Types and Personality. Imagination,
Cognition and Personality 26(1): 65–86. doi:10.2190/0615-6262-g582-853u
Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti. 2019. Free Elective Guidelines:
Design Thinking. Putrajaya: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Jabatan Perdana Menteri. 2016. Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi
dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif.
Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016. Putrajaya.
Jackson, S. L. 2006. Research Methods and Statistics. United States: Thomson
Wadsworth.
Jamal Badi. 2007. Creative Thinking Among Today’s Muslims: Barriers and
Breakthroughs. Thinking 8(1): 1–36.
Jamal Badi. 2014. Divine Creativity and Its Impact on Revitalizing Muslims’ Creativity.
ʻUlūm Islāmiyyah Journal 13: 91–114. doi:10.12816/0012631
James, N. & Busher, H. 2016. Online Interviewing. Dlm. Silverman (pnyt.). Qualitative
Research Methods. SAGE Publications. doi:10.1016/S0041-2678(69)80315-5
Janssen, O. 2003. Innovative behaviour and job involvement at the price of conflict and
less satisfactory relations with co-workers. Journal of Occupational and
Organizational Psychology 76(3): 347–364. doi:10.1348/096317903769647210
Jaszczyszyn, E. & Lewkowicz, I. 2019. Are Innovations a Contribution to the
Professional Development of Teachers ? Dlm. Kowalczuk-Waledziak (pnyt.),
Korzeniecka-Bondar (pnyt.), Danilewicz (pnyt.), & Lauwers (pnyt.). Rethinking
Teacher Education for the 21st Century, hlm. 253–268. Verlag Barbara Budrich.
Al-Jauziyyah, I. Q. 2008. Madarij as-Salikin. (Arifin Ladari, Ed.). Puchong: Berlian
Publications Sdn. Bhd.
Javed, B., Khan, A. A., Bashir, S. & Arjoon, S. 2017. Impact of Ethical Leadership on
Creativity: the Role of Psychological Empowerment. Current Issues in Tourism
20(8): 839–851. doi:10.1080/13683500.2016.1188894
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. 2017. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2 (SKPMg2). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jirásek, M. & Sudzina, F. 2020. Big Five Personality Traits and Creativity. Quality
Innovation Prosperity 24(3): 90–105. doi:10.12776/qip.v24i3.1509
Johannessen, J., Olsen, B. & Lumpkin, G. T. 2001. Innovation as newness: what is new,
369

how new, and new to whom ? European Journal of Innovation Management 4(1):
20–31.
Johari, A., Wahiza, N., Wahat, A. & Zaremohzzabieh, Z. 2021. Innovative Work
Behavior among Teachers in Malaysia: The Effects of Teamwork, Principal
Support, and Humor. Asian Journal of University Education 17(2): 72–84.
Jolly, P. 2009. Research and Innovation in Physics Education: Transforming
Classrooms , Teaching , and Student Learning at the Tertiary Level. AIP
Conference Proceedings 1119, hlm. Vol. 52, 52–58.
Joseph, D. 2021. ‘It’ s fun, unthreatening and engaging’: Professional learning in initial
teacher education, BEd Primary. Issues in Educational Research 31(2): 537–555.
Jude, L. T., Kajura, M. A. & Birevu, M. P. 2014. Adoption of the SAMR Model to
Asses ICT Pedagogical Adoption: A Case of Makerere University. International
Journal of e-Education, e-Business, e-Management and e-Learning 4(2): 106–115.
doi:10.7763/IJEEEE.2014.V4.312
Junaidah Jamaluddin, Mahathir Mahali, Norlaila Mohd Din, Mohamad Azmi Nias
Ahmad, Nur Syazwani Mohamad Fadzillah & Faizan Abdul Jabar. 2020. Students’
Motivation Level in Gamification of Accounting Teaching and Learning - A Case
of “Accounting on the Block.” Social and Management Research Journal 17(1):
17–34.
Kadir, N. A., Ismail, J., Yaacob, Z., Subki, R. N., Kadir, N. A., Ismail, J. & Yaacob, Z.
2018. Reader’s Theatre: A Creative and Innovative Teaching Methodology Across
the Disciplines Reader’s Theatre: A Creative and Innovative Teaching
Methodology Across the Disciplines. International Journal of Academic Research
in Business & Social Sciences 8(11): 2122–2130. doi:10.6007/IJARBSS/v8-
i11/5577
Kamarul Azmi Jasmi. 2010a. Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di
Malaysia: Satu Kajian Kes. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi. 2010b. Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di
Malaysia: Satu Kajian Kes. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi. 2017. Targhib wa Tarhib. Dlm. Kamarul Azmi Jasmi (pnyt.).
Ensiklopedia Pendidikan Islam, hlm. 229–231. Skudai: Penerbit UTM.
Kamarul Azmi Jasmi. 2021a. Pemerkasaan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
Abad ke-21 dalam Dunia Islam. International Conference on Islamic Education.
370

Semarang: Fakultas Tarbiyah IAIN Kudus.


Kamarul Azmi Jasmi. 2021b. Penyediaan Proposal Kajian Kualitatif untuk Pengajian
dan Pendidikan Islam. Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam: Kaedah
Pengajaran & Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.
Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2011. Kajian
Kes Penggunaan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang
Pendidikan Islam (GCPI) Sekolah Bandar dan Luar Bandar: Satu Kajian
Perbandingan. Jurnal Teknologi 56(September): 179–198.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2016. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kapoor, H. & Kaufman, J. C. 2022. The evil within: The AMORAL model of dark
creativity. Theory and Psychology 32(3): 467–490.
doi:10.1177/09593543221074326
Al-Karasneh, S. & Jubran, A. 2013. Classroom Leadership and Creativity: A Study of
Social Studies and Islamic Education Teachers in Jordan. Creative Education
04(10): 651–662. doi:10.4236/ce.2013.410094
Al-Karasneh, S. M. & Saleh, A. M. J. 2010. Islamic Perspective of Creativity: A Model
for Teachers of Social Studies as Leaders. Procedia - Social and Behavioral
Sciences 2(2): 412–426. doi:10.1016/j.sbspro.2010.03.036
Karwowski, M., Kaufman, J. C., Lebuda, I., Szumski, G. & Firkowska-Mankiewicz, A.
2017. Intelligence in Childhood and Creative Achievements in Middle-age: The
Necessary Condition Approach. Intelligence 64(July): 36–44.
doi:10.1016/j.intell.2017.07.001
Kaufman, J. C. & Beghetto, R. A. 2009. Beyond Big and Little: The Four C Model of
Creativity. Review of General Psychology 13(1): 1–12. doi:10.1037/a0013688
Kaufman, J. C. & Beghetto, R. A. 2013. Do People Recognize The Four Cs? Examining
Layperson Conceptions Of Creativity. Psychology of Aesthetics, Creativity, and
the Arts 7(3): 229–236. doi:10.1037/a0033295
Ke-du, L. 2018. Effective Teaching in the Context of 21st Century Learning in a
Malaysian Secondary School. Asian Journal of University Education 14(2): 1–12.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.). Kursus Khas Guru Pendidikan Islam.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2009. Standard Guru Malaysia. Putrajaya:
371

Kementerian Pendidikan Malaysia.


Kementerian Pendidikan Malaysia. 2011. Buku Panduan Kreativiti: Pembangunan dan
Amalan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012a. Dasar Pendidikan Kebangsaan, hlm. Vol.
66. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Retrieved from
https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/dasar/1196-buku-
dasar-kpm/file
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012b. Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya. Retrieved from
https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/dasar/1217-
laporan-awal-pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025/file
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012c. Kreativiti dan Inovasi. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (PPPB). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Program Pembangunan Guru Baharu
(PPGB). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Retrieved from
https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/terbitan/buku-
panduan-1/1603-panduan-pelaksanaan-program-pembangunan-guru-baharu-
ppgb-2015/file
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016a. Standard Prestasi Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Retrieved from
https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/dasar/1221-
standard-prestasi-ppp-edisi-awal-2016/file
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016b. Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia. Retrieved from
https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/dasar/1200-
dokumen-awal-pelan-induk-pembangunan-profesionalisme-keguruan-pippk/file
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016c. Buku Penerangan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Laporan Tahunan 2017 Pelan Pembangunan
372

Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya. Retrieved from


https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/terbitan/laporan-
tahunan-2017-pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025/1625-padu-
laporan-tahunan-bm-2017/file
Kentmen, H. & Caganaga, C. K. 2015. Fostering Creativity: EUL Teachers’
Perceptions, Strategies & Experiences in EFL Classrooms. International Journal
of Innovative Education Research 3(3): 26–39.
Khairda Kamat. 2018. Meningkatkan Kemahiran Penguasaan Tatacara Ibadah Haji dan
Umrah Murid Tingkatan 4 dengan Menggunakan Kaedah Hajj Pop-up Card Tour.
Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa, hlm. 39–40. Seremban: UiTM
Negeri Sembilan.
Kharbat, N. F. & Alsoud, R. 2019. The engage model: A proposed educational
administrative model of change leadership for school leaders. Global Journal Al-
Thaqafah 9(1): 7–22.
Khosim, N. 2016. Personaliti. Dlm. Noornajihan Jaafar (pnyt.). Pembangunan
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam2, hlm. 81–90. Kajang: Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor.
Khosim, N., Hussin, H. & Salaeh, A. 2018. Lima Bentuk Inovasi Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Subjek Tafsir Maudu’i Dalam Kalangan Pelajar Fakulti
Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM. Journal of Fatwa Management and
Research 14(Special Issue): 645–659.
Kihoza, P., Zlotnikova, I., Bada, J. & Kalegele, K. 2016. Classroom ICT integration in
Tanzania: Opportunities and challenges from the perspectives of TPACK and
SAMR models. International Journal of Education and Development using
Information and Communication Technology 12(1): 107–128.
Kim, K. H. 2017a. The Torrance Tests of Creative Thinking - Figural or Verbal: Which
One Should We Use? Creativity. Theories – Research - Applications 4(2): 302–
321. doi:10.1515/ctra-2017-0015
Kim, K. H. 2017b. The Torrance Tests of Creative Thinking - Figural or Verbal : Which
One Should We Use ? Creativity. Theories – Research - Applications 4(2): 302–
321. doi:10.1515/ctra-2017-0015
Kirton, M. 1976. Adaptors and Innovators: A Description and Measure. Journal of
Applied Psychology 61(5): 622–629. doi:10.1037/0021-9010.61.5.622
373

Kirton, M. J. 2003. Adaption-innovation: In the Context of Diversity and Change.


Adaption-Innovation: In the Context of Diversity and Change. London and New
York: Routledge: Taylor & Francis Group. doi:10.4324/9780203695005
Kovacs, H. 2017. Learning and Teaching in Innovation: Why it is Important for
Education in 21st Century. Neveléstudomány 5(2): 45–60.
doi:10.21549/ntny.18.2017.2.4
Kristiawan, M., Suryanti, I., Muntazir, M., Ribuwati, Areli, A. J., Agustina, M.,
Kafarisa, R. F., et al. 2018. Inovasi Pendidikan. Jawa Timur: Wade Group National
Publishing.
Landis, J. R. & Koch, G. G. 1977. The Measurement of Observer Agreement for
Categorical Data. Biometrics 33(1): 159–174. doi:10.2307/2529310
Latham, G. P. & Locke, E. A. 1991. Self-Regulation through Goal Setting.
Organizational Behavior and Human Decision Processes 50: 212–247.
doi:10.2307/258875
Lednor, P. W. 2019. How to be Innovative. Singapore: World Scientific Publishing Co.
Pte. Ltd.
Lee, D., Ying, T. W. & Hong, H. 2015. Professional Learning Communities: A
Movement for Teacher-led Professionalism. Singapore: National Institute of
Education.
Lee, S. M. & Lim, S. 2018a. Innovation Ecosystems. Living Innovation, hlm. 87–103.
Sydney: Western Sydney University. doi:10.1108/978-1-78756-713-920181009
Lee, S. M. & Lim, S. 2018b. Design Thinking. Living Innovation, hlm. 77–85. Sydney:
Western Sydney University.
Lee, S. M. & Lim, S. 2018c. Sources of Innovation: Past, Present and Future. Living
Innovation, hlm. 31–39. Sydney: Western Sydney University.
Leinonen, T. 2004. E-learning is dead. Long live learning!
http://www2.uiah.fi/~tleinone/flosse/EduSite_Teemu_Leinonen_E-
learning_is_dead.pdf [16 June 2020].
Loogma, K., Kruusvall, J. & Ümarik, M. 2012. E-Learning as Innovation: Exploring
Innovativeness of the VET Teachers ’ Community in Estonia. Computers &
Education 58(2): 808–817. doi:10.1016/j.compedu.2011.10.005
Luria, S. R. & Kaufman, J. C. 2017. The Dynamic Force Before Intrinsic Motivation:
Exploring Creative Needs. The Creative Self, hlm. 317–325. Elsevier Inc.
374

doi:10.1016/B978-0-12-809790-8/00018-2
Magen-Nagar, N., Shachar, H. & Argaman, O. 2019. Changing the Learning
Environment: Teachers and Students’ Collaboration in Creating Digital Games.
Journal of Information Teachnology Education: Innovations in Practice 18: 61–
85.
Maimun Aqsha Lubis. 2015. Effective implementation of the integrated Islamic
education. Global Journal Al-Thaqafah 5(1): 59–68.
doi:10.7187/GJAT792015.05.01
Maimun Aqsha Lubis, Ramlee Mustapha, Abdul Rahman, Ikwan Lubis & Mohd Sham
Kamis. 2018. A Review of Teaching Islamic Education in a New Digital Age.
ASEAN Comparative Education Research Jounral on Islam and Civilization 2(2):
92–100.
Maizatul Suraya Muhammad Nor. 2020. Kaedah Penerapan Kemahiran Generik di
Sekolah Menengah Kluster Kebitaraan Kokurikulum Persatuan Agama Islam.
Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Malakolunthu, S. 2013. Pengumpulan dan Analisis Data Kualitatif: Satu Imbasan. Dlm.
Marohaini Mohd Yusoff (pnyt.). Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja
Lapangan Kajian, hlm. 121–154. Kuala Lumpur: Penerbit UM.
Al-Maraghi, A. M. 1946. Tafsir al-Maraghi. Mesir: Syarikat Maktabah wa Matba’ah
Mustafa al-Babi al-Halabi wa Auladihi.
Marinoni, G., Land, H. Van & Jensen, T. 2020. The Impact of Covid-19 on Higher
Education Around the World. France: International Association of Universities.
Maslow, A. H. 1970. Motivation and Personality. Harper & Row Publishers.
doi:10.1037/12225-003
Maszlee Malik. 2018. Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Malaysia sempena
Perasmian Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan (PPIPK
2018).
Mathe, H. 2016. Living Innovation: Competing in the 21st Century Access Economy.
Singapore: World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd.
Maxwell, J. A. 2008. Designing a Qualitative Study. Applied Research Designs, hlm.
214–253.
Al-Mawardi, A. H. A. M. (n.d.). Tafsir al-Mawardi. Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyyah.
McGeown, V. 1980. Dimensions of Teacher Empowerment. British Educational
375

Research Journal 6(2): 147–163.


McKay, A. S. & Kaufman, J. C. 2019. The Assessment of Creative and Innovative
Performance. Creativity and Innovation in Organizations (January 2020): 17–40.
doi:10.4324/9781315192598-2
Md. Asham Ahmad. 2012. Faham Kreativiti dan Inovasi Menurut Islam. Dlm. Azrina
Sobian (pnyt.). Islam: Kreativiti & Inovasi, hlm. 1–26. Kuala Lumpur: Penerbit
IKIM.
Mei, W. K., Mohd Azhar Abd Hamid & Muhammed Fauzi Othman. 2020. Peranan
Peristiwa Pencetus Dalam Kajian-Kajian Pembelajaran Transformatif. Jurnal
Kemanusiaan 18(2): 112–122.
Merriam, S. B. 2009. Qualitative Reearch. Francisco: Jossey-Bass.
Messmann, G., Mulder, R. H. & Gruber, H. 2010. Relations Between Vocational
Teachers’ Characteristics Of Professionalism And Their Innovative Work
Behaviour. Empirical Research in Vocational Education and Training 2(1): 21–
40.
Milbergs, E. & Vonortas, N. (n.d.). Innovation Metrics: Measurement to Insight.
Miles, M. B. & Huberman, A. M. 1994. Qualitative Data Analysis. United Kingdom:
SAGE Publications.
Al-Misri, M. 2014. Akhlak Rasulullah. (Zainun Abd Muis, Ed.). Kajang: Aras Mega
(M) Sdn. Bhd.
Mohamad, A. S. & Sahad, M. N. 2014. Teori kepimpinan guru dalam pendidikan
berasaskan pemikiran Al Ghazali: Satu perbandingan dengan teori kepimpinan
pendidikan barat. Afkar Edisi Khas: 163–196.
Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos. 2008. Peranan Guru dalam
Memupuk Kreativiti Pelajar. Jurnal Pengajian Umum 9: 57–71.
Mohammad Amir Wan Harun, Aminuddin Ruskam, Ahmad Syukran Baharuddin,
Rashidah Othman & Mohd Ariff Abdul Sarip. 2015. Epistemologi Praktik Bahan
Bantu Mengajar Nabawi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. UMRAN -
International Journal of Islamic and Civilizational Studies 2(2).
doi:10.11113/umran2015.2n2.6
Mohammad Syukor Mohammad Ghulam, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim &
Fakhrul Adabi Abdul Kadir. 2019. Keperluan Pengintegrasian Sains Kesihatan
dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan Satu. Jurnal Pendidikan Malaysia
376

44(1): 1–8. doi:10.17576/jpen-2019-44.01-01


Mohammed Afandi Zainal & Mohd Effendi Ewan Mohd Matore. 2021. The Influence
of Teachers’ Self-Efficacy and School Leaders’ Transformational Leadership
Practices on Teachers’ Innovative Behaviour. International Journal of
Environmental Research and Public Health 18(12). doi:10.3390/ijerph18126423
Mohd Aderi Che Noh, Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain & Engku Zarihan Engku
Abdul Rahman. 2017. Teachers’ practice of Higher Order Thinking Skills in the
lesson of Islamic Education. Tinta Artikulasi Membina Ummah 3(2): 1–13.
Mohd Azhar Abd Hamid. 2004. Pengenalan Pemikiran Kritis & Kreatif. Skudai:
Penerbit UTM.
Mohd Azhar Abd Hamid, Mohd Koharuddin Balwi & Muhamed Fauzi Othman. 2006.
Reka Cipta & Inovasi dalam Perspektif Kreativiti. Skudai: Penerbit UTM.
Mohd Azmir Mohd Nizah, Anita Ismail, Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, Adibah
Sulaiman, Hisham Muhammad Taky Eldin Kandil & Atoma, P. 2015. A
Preliminary Study On The Islamic Creativity Practices. Mediterranean Journal of
Social Sciences 6(4S1): 517–522. doi:10.5901/mjss.2015.v6n4s1p517
Mohd Faeez Ilias, Muhamad Faiz Ismail & Kamarul Azmi Jasmi. 2013a. Faktor
Dorongan dan Halangan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh Guru
Pendidikan Islam di Sekolah Bestari. 3rd. International Confereence on Islamic
Education 2013 (ICIED2013), hlm. 943–953.
Mohd Faeez Ilias, Muhamad Faiz Ismail & Kamarul Azmi Jasmi. 2013b. The
Perception of Islamic Education Teacher on Teaching Aids in Smart School: A
Pilot Study. Jurnal Teknologi 65(1): 39–43.
Mohd Faeez Ilias, Murihah Abdullah, Kalthom Husain, Kamarul Azmi Jasmi, Abdul
Hafiz Abdullah & Arieff Salleh Rosman. 2016. Jenis-jenis Sumber Pengetahuan
Guru Pendidikan Islam dalam Penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Sekolah
Bestari. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi 3(2–1): 41–54.
Mohd Faruze Iberahim & Norah Md Noor. 2020. Amalan Gamifikasi dalam Pengajaran
dan Pemudahcaraan Guru-guru Sekolah Rendah di Negeri Johor. Innovative
Teaching and Learning Journal 3(2): 8–14.
Mohd Kamarul Azhar, K., Siti Zakiah, B., Nurul Fazatul Ain, B., Nor Hasniza, I. & Nur
Husna, A. W. 2019. 3D Bahasa Arab Augmented Reality (3D Baar) Membantu
Meningkatkan Penguasaan Bahasa Arab Pelajar. Innovative Teaching and
377

Learning Journal 2(2): 17–31.


Mohd Kaziman Ab Wahab. 2015. Enhancing Critical Thinking Skills, Self-confidence
and Meaningful Learning Experience in Islamic Education using the Hikmah
Pedagogy of Philosophical Inquiry. Tesis Sarjana. International Islamic
University Malaysia.
Mohd Nasri Abdullah. 2017. Pengamalan Kompetensi dalam Kalangan Pensyarah
Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Tesis PhD. Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd Nasri Abdullah & Kamarul Azmi Jasmi. 2014. Characteristics of Excellent
Islamic Education Lecturers in Teaching Education Institute of Malaysia.
International Journal of Psychology and Counseling 6(11): 145–151.
doi:10.5897/IJPC2014.0285
Mohd Rosmadi Mohd Salleh & Hafizhah Zulkifli. 2020. Penggunaan Didik Hibur
dalam Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan. Attarbawiy: Malaysian Online
Journal of Education 4(2): 1–16.
Mohd Sahandri Gani Hamzah, Ramli Basri & Shaffe Mohd Daud. 2010. Karakter Guru.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Sharihan Mohamed Hussin & Roslan Ab Rahman. 2019. Kepentingan Iklim
Sekolah Dalam Mempengaruhi Prestasi dan Komitmen Kerja Guru. Journal of
Management and Operation Research 1(24): 1–8.
Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. 2017. Amalan Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar (BBM) Menerusi Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Negeri
Perak. Journal of Islamic Educational Research 2(1): 1–14.
Mohd Yusof Othman. 2012. Gagasan 1Malaysia: Kreativiti & inovasi dalam Pembinaan
Peradaban. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.
Mohd Yusoff Dagang. 2016. Amalan Kreativiti Pengajaran Guru Pendidikan Islam di
Sekolah-sekolah Negeri Johor. Tesis PhD. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Mohd Zaidi Ismail. 2014. Islam & Higher-Order Thinking: An Overview. Kuala
Lumpur: Penerbit IKIM.
Mohd Zaidi Ismail. 2016. Aqal dalam Islam: Satu Tinjauan Epistemologi. Kuala
Lumpur: Penerbit IKIM.
Mohd Zailani Ismail & Mohamad Khairi Othman. 2017. Amalan Pedagogi Abad Ke-
378

21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan


(PISMP) Pendidikan Islam Di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jurnal
Penyelidikan Dedikasi 13: 54–71. Retrieved from
http://www.ipgmipoh.edu.my/journal/index.php/dedikasi/article/view/70/50
Morad, S., Ragonis, N. & Barak, M. 2021. An integrative conceptual model of
innovation and innovative thinking based on a synthesis of a literature review.
Thinking Skills and Creativity 40(April): 1–14. doi:10.1016/j.tsc.2021.100824
Morris, C. G. & Maisto, A. A. 2002. Psychology: An Introduction. New Jersey: Prentice
Hall.
Muhamad Hairul Wakiman. 2015. Putarku Serba-Serbi: Belajar sambil Bermain dengan
Perkataan Serapan bahasa Aran dan bahasa Inggeris dalam Pelajaran Jawi Tahun
Dua di SK Kuala Klawang. Seminar Inovasi dan Kajian Tindakan, hlm. 60–66.
Seremban: Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Muhamad Hairul Wakiman. 2018. Riang Ria Sahibba Jawi. Inovasi Pendidikan Islam:
Inspirasi & Transformasi, hlm. 59–76. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Buku
Malaysia (ITBM).
Muhammad Nazir Mohammed Khalid, Hafiza Ab Hamid, Mohd Firdaus Khalid,
Mohammad Ashri Abu Hassan & Muhammad Daoh. 2018. Pembangunan Perisian
Multimedia Permainan Smart al-Fatihah. Journal of Fatwa Management and
Research 14(Special Edition): 564–579.
Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain & Ahmad Marzuki Mohamad. 2019.
Pengetahuan Guru Pendidikan Islam Terhadap Penerapan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) Dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PDPC).
Proceedings of the Sixth International Social Sciences Postgraduates Conference,
hlm. 332–340. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain, Aminudin Hehsan & Ahmad Marzuki
Mohamad. 2019. Learning and Facilitation (PdPc) Islamic Education in Industrial
Revolution 4.0. Journal of Research in Psychology 1(3): 13–17.
doi:10.31580/jrp.v1i3.975
Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain, Asma Nurul ’Aqilah Mahpuz, Siti Nur Hadis
A Rahman & Ahmad Marzuki Mohamad. 2019. Industrial Revolution 4.0:
Innovation and Challenges of Islamic Education Teachers in Teaching. BITARA:
International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 2(1): 38–47.
379

Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain, Asma Nurul ’Aqilah Mahpuz, Siti Nur Hadis
A Rahman, Mohamad Khairul Latif, Ahmad Marzuki Mohamad & Nur Razan
Izzati Mohd Roslan. 2019. Application Of Technology In Teaching And
Facilitating Of Islamic Education In 4th Industrial Revolution: A Review. 4th
International Conference on Information Technology, hlm. 166–172.
Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain, Fatin Nabilah Abu Hassan, Khadijah Abdul
Razak, Aminudin Hehsan & Juhazren Junaidi. 2020. The emerging challenges of
industrial revolution 4.0: A students’ perspective. International Journal of
Advanced Science and Technology 29(6): 1215–1225.
Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain, Mohamad Khairul Latif, Asma Nurul ’Aqilah
Mahpuz, Siti Fatihah Osman, Siti Nur Hadis A Rahman, Siti Noraishah P Othman
& Aminudin Hehsan. 2020. Innovation in Teaching and facilitation: Challenges of
Islamic Education Teachers. Test Engineering and Management 83(May): 3913–
3918.
Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain, Mohd Aderi Che Noh & Aminudin Hehsan.
2018. Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Pendidikan Islam Terhadap
Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Pengajaran di Negeri
Selangor. 6th International Conference on Islamic Education: Rabbani Education.
Bangi: Association of Malaysian Muslim Intelectuals.
Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain, Siti Nur Hadis A Rahman, Asma Nurul
’Aqilah Mahpuz, Aminudin Hehsan & Mohd Aderi Che Noh. 2019. Predisposition
of Islamic Education Teacher in Implementing Teaching of Higher Order Thinking
Skills (KBAT) at the State of Selangor. International Journal of Business,
Economics and Law 18(6): 52–60.
Mujammil Qamar. 2002. Epistemologi Pendidikan Islam: Dari Metode Rasional hingga
Metode Kritik. Jakarta: Penerbit Erlangga.
Müller-Rotenberg, C. 2020. Design Thinking for Dummies. New Jersey: John Wiley &
Sons, Inc.
Mumford, M. D., Mobley, M. I., Reiter-Palmon, R., Uhlman, C. E. & Doares, L. M.
1991. Process Analytic Models of Creative Capacities. Creativity Research
Journal 4(2): 91–122. doi:10.1080/10400419109534380
Murihah Abdullah, Mohd Faeez Ilias, Kamarul Azmi Jasmi, Abdul Hafiz Abdullah &
Rosman, A. S. 2016. Pembinaan Kemahiran Insaniah Guru Pendidikan Islam di
380

Sekolah melalui Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. E-Jurnal


Penyelidikan Dan Inovasi 3(2–1): 56–72.
Naif. 2016. Urgensi Inovasi Pendidikan Islam: Menyatukan Dikotomi Pendidikan.
Kordinat: Jurnal Komunikasi Antar Perguruan Tinggi Agama Islam 15(1): 1–16.
Nawi, A., Mohd Isa Hamzah, Chua Chy Ren & Ab. Halim Tamuri. 2015. Adoption of
Mobile Technology for Teaching Preparation in Improving Teaching Quality of
Teachers. International Journal of Instruction 8(2): 113–124.
Nazeri Mohammad. 2014. Faktor Personaliti Kreatif, Komitmen Pengajaran, Amalan
Operasi Metakognisi dan Pengajaran Kreatif dalam kalangan Guru Kemahiran
Hidup. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Newman, K., Gentile, E. & Cruz, N. A. Dela. 2020. Education for Innovation: Sorting
Fact from Fiction.
Noor Hisham Md Nawi. 2014. Sinergi Pemikiran Islam Kritis Kreatif. Kelantan:
Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.
Noor Izzuddin Mat Zain, Wan Ali Akbar Wan Abdullah & Nursafra Mohd Zhaffar.
2015. I-Eco : Inovasi Simulasi Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Ibadah
Tingkatan 4. Online Journal Of Islamic Education 3(Special Issue of ICIED2014):
1–6.
Noornajihan Jaafar. 2014. Pengaruh Efikasi Kendiri dan Faktor Persekitaran terhadap
Kualiti Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan. Tesis PhD.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noornajihan Jaafar, Ab. Halim Tamuri, Nurul Asiah Fasehah Muhamad, Norzulaili
Mohd Ghazali, Robiatul Adawiyah Mohd, Norakyairee Mohd Raus & Syed
Najihuddin Syed Hassan. 2012. The Importance of Self-Efficacy: A Need For
Islamic Teachers as Murabbi. Procedia - Social and Behavioral Sciences
69(2012): 359–366. doi:10.1016/j.sbspro.2012.11.421
Noornajihan Jaafar, Nurul Asiah Fasehah Muhamad, Ab. Halim Tamuri, Azhar Ahmad,
Nur Hanani Hussin, Mohd Khamal Md. Daud & Maziahtusima Ishak. 2019. The
Significant Correlation between Self Efficacy and the Role of Islamic Education
Teachers as a Society Change Agent. Mediterranean Journal of Social Sciences
10(3): 83–89. doi:10.2478/mjss-2019-0044
Noornajihan Jaafar & Zetty Nurzuliana Rashed. 2015. Model Kualiti Guru Pendidikan
Islam Sebagai Murabbi. Tinta Artikulasi Membina Ummah 1(1): 101–108.
381

Nor Foniza Maidin & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2010. Learning to Develop
Creativity and Innovation: A Case Study of Selected Schools. Procedia - Social
and Behavioral Sciences 7(2): 24–31. doi:10.1016/j.sbspro.2010.10.004
Norafifah Ab Hamid, Mohd Faizal P Rameli, Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che
Man & Siti Nurul Izza Hashim. 2020. Pelaksanaan Pendidikan Islam Era Revolusi
Industri 4.0 di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Melaka.
Journal of Contemporary Islamic Studies 6(1): 171–193.
Noraini Ibrahim, Azliza Haniem Abdul Aziz & Radha Nambiar. 2013. What Master
Teachers Do: A Case Study of Planning, Facilitating, Role Modelling and
Developing Materials. International Education Studies 6(6): 86–94.
doi:10.5539/ies.v6n6p86
Noraini Omar. 2015. Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berfokuskan
Kepelbagaian Budaya Murid: Kajian Kes di Negeri Sarawak. Tesis PhD.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norhalimaton Saadiah Ayub. 2021. Kefahaman Konsep Etika Islam dan
Pengamalannya oleh Guru Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan Proses Ta’dib
di Sekolah Menengah. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norhashimi Saad & Salina Busrowi. 2015. Barriers to Technology Integration in
Islamic Education: An Insight of Excellent teachers. New Directions In
MultiDisplinary Research & Practice, hlm. 1–14.
Norliza Idris & Norah Md Noor. 2019. Kesan Penggunaan Peta Minda Digital Terhadap
Pencapaian Dan Minat Murid Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu.
Innovative Teaching and Learning Journal 2(2): 89–96.
Norma Yaakub, Radzuwan Ab. Rashid & Noormaizatul Akmar Muhammad Nasir.
2018. Developing Critical Thinking Skills Through i-Think Maps: An Action
Research. International Journal of English Linguistics 8(7): 42–49.
doi:10.5539/ijel.v8n7p42
Noy, C. 2008. Sampling Knowledge: The Hermeneutics of Snowball Sampling in
Qualitative Research. International Journal of Social Research Methodology
11(4): 327–344. doi:10.1080/13645570701401305
Nur Adibah Liyana Awi & Hafizhah Zulkifli. 2020. Kaedah Fan-N-Pick dalam
Pembelajaran Sirah Pendidikan Islam. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of
Education 4(2): 61–69.
382

Nur Atikah Miasan & Tengku Sarina Aini Tengku Kasim. 2018. Pengamalan M-
Pembelajaran dalam Kalangan Guru Novis Pendidikan Islam di Sabah. Journal of
Islamic Educational Research 3(1): 11–20.
Nur Fadiah Mohd Zawawi, Sazali Abd Wahab, Abdullah Al-Mamun, Abu Sofian
Yaacob, Samy, N. K. & Syed Ali Fazal. 2016. Defining the Concept of Innovation
and Firm Innovativeness: A Critical Analysis from Resorce-Based View
Perspective. International Journal of Business and Management 11(6): 87–94.
doi:10.5539/ijbm.v11n6p87
Nur Farah Syahirah Nazim & Abdul Muhsien Sulaiman. 2020. Peranan Guru
Pendidikan Islam sebagai Muzakki: Suatu Tinjauan dari Perspektif al-Quran.
Online Journal Of Islamic Education 8(2): 23–32.
Nur Hanani Hussin. 2015. Pengajaran Ibadat dalam Kalangan Guru Cemerlang
Pendidikan Islam. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Hanani Hussin. 2016. Motivasi. Dlm. Noornajihan Jaafar (pnyt.). Pembangunan
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam, hlm. 71–79. Kajang: Penerbit KUIS.
Nur Hanani Hussin & Ab. Halim Tamuri. 2017. Faktor Perkembangan Pengetahuan
Kandungan Pedagogi Dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Online
Journal Of Islamic Education 5(2): 20–28.
Nur Hasnira Ibrahim. 2016. Kecerdasan Pelbagai. Dlm. Noornajihan Jaafar (pnyt.).
Pembangunan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam, hlm. 141–153. Kajang:
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Nur Hidayah Mohd Abd Malik, Nazneen Ismail, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin &
Fariza Md Sham. 2018. Relationship Between Love for Knowledge and
Personality of Excellent Muslim towards the Transformation of Human Capital.
E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi 5(1): 94–106.
Nur Yasmin Khairani Zakaria, Melor Md Yunus, Harwati Hashim, Norazah Mohd
Nordin, Helmi Norman & Nor Hafizah Adnan. 2021. Pre-Service Teachers ’
Views on the Implementation of Game-Based Learning for Academic Writing
Skills. Sains Insani 6(1): 11–16.
Nurdiana Abdullah & Johari Surif. 2018. Imaginasi Dalam Pembelajaran Abad Ke-21:
Suatu Perspektif Baru. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education 2(2):
15–20.
Nurhairi Mohd Noor & Mohamed Yusoff Mohd Nor. 2019. Amalan Kepimpinan
383

Inovatif Guru Besar dan Hubungannya dengan Komitmen Guru Sekolah Rendah
Swasta di Negeri Sembilan. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial
dan Kemanusiaan 2019, hlm. 30–49. Kajang: Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor.
Nurkhamimi Zainuddin, Azman Ab Rahman, Muhammad Sabri Sahrir & Hasanah Abd
Khafidz. 2019. A Study on the Effectiveness of Global Zakat Game (GZG) as a
Zakat Teaching and Learning Tool. International Journal of Academic Research
in Business & Social Sciences 9(3): 1488–1500. doi:10.6007/IJARBSS/v9-i3/5871
Nursafra Mohd Zhaffar. 2017. Kefahaman dan Amalan Penerapan Pemikiran Kritis
dalam Pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah. Tesis PhD. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nurul Asiah Fasehah Muhamad. 2015. Pengaruh Tahap Kepercayaan Epistemologi
Islam dan Tahap Konsep Kendiri terhadap Tahap Amalan Pengajaran Guru
Pendidikan Islam. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurul Asiah Fasehah Muhamad & Noornajihan Jaafar. 2021. Teacher Character across
Levels of Study: Application of the 5 M Concept. Sains Humanika 13(2): 45–53.
Nurul Asiah Fasehah Muhamad, Noornajihan Jaafar & Zetty Nurzuliana Rashed. 2015.
Model Pengajaran 5Mim dari Perspektif al-Quran. Prosiding Seminar Wahyu Asas
Tamadun IV Peringkat Antarabangsa, hlm. 289–297. Nilai: Fakulti Quran dan
Sunnah, USIM.
Nurul Mostafa Kamal, Z. 2019. 21st Century Teaching: Integrating Innovation in a
Traditional Classroom. SSRN Electronic Journal (April).
doi:10.2139/ssrn.3375460
O’Connor, C. & Joffe, H. 2020. Intercoder Reliability in Qualitative Research: Debates
and Practical Guidelines. International Journal of Qualitative Methods 19: 1–13.
doi:10.1177/1609406919899220
OECD. 2011. State of Penang, Malaysia. Retrieved from https://www.oecd.org/
OECD. 2016. Innovating Education and Educating for Innovation: The Power of Digital
Technologies and Skills. Paris: OECD Publishing.
Oluwalola, F. K. 2015. Challenges to Change and Innovation in Educational System.
International Journal of Innovative Research in Information Security 3(2): 16–21.
Onwuegbuzie, A. J. & Leech, N. L. 2007. A Call for Qualitative Power Analyses.
Quality & Quantity 41: 105–121. doi:10.1007/s11135-005-1098-1
384

Owoh, J. S. 2015. Examining The Effects Of Principals’ Transformational Leadership


On Teachers ’ Creative Practices And Students ’ Performance In Problem-
Solving. Tesis PhD. University of Arkansas at Little Rock.
Palanisamy, K., Yaakob, M. F. M., Yusof, M. R., Awang, H., Fauzee, M. S. O. & Khun-
Inkeeree, H. 2020. Hubungan Kepimpinan Transformasi Terhadap Kepuasan
Kerja Dalam Kalangan Guru di Perlis. Journal of Educational Research and
Indigenous Studies 1(1).
Pandolfini, V. 2013. Innovation and Education Systems: Teachers Experiencing
Interactive Whiteboards. International Journal of Scientific and Research
Publications 3(10): 1–8. Retrieved from www.ijsrp.org
Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi. 2019. Pertandingan Guru Inovatif.
https://ppdlangkawi.com/2019/01/13/pertandingan-guru-inovatif-2019-
kementerian-pendidikan-malaysia/
Phayilah Yama, Nur Saadah Hamisan@Khair, Mohd Norzi Nasir, Noor Azli Mohamed
Masrop, Abdul Hadi Awang, Abdul Azis Awang Kechik, Siti Azwanie Che Omar,
et al. 2019. Membangunkan Aplikasi Mobil untuk Pemetaan Syajarat al-Asanid
dalam Kitab Sahih Muslim. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi 6(1): 157–175.
Plucker, J. A., Beghetto, R. A. & Dow, G. T. 2004. Why isn’t creativity more important
to educational psychologists? Potentials, pitfalls, and future directions in creativity
research. Educational Psychologist 39(2): 83–96.
doi:10.1207/s15326985ep3902_1
Al-Qaradhawi, Y. 2012. Flexibility Islam. (Mohammad Zaini Yahya, Ed.). Bangi:
Syabab Book Link.
Al-Qurtubi, A. A. M. A. 1964. Tafsir al-Qurtubi. Kaherah: Darul Kutub.
Rabiatun Adawiah Che Ramly, Ahmad Zaki Abdul Latiff & Sharifah Hana Abdul
Rahman. 2014. Interactive Learning and Teaching of Hajj in Islamic Education.
7th International Conferance on University Learning.
Rajapathirana, R. P. J. & Hui, Y. 2018. Relationship between innovation capability,
innovation type, and firm performance. Journal of Innovation and Knowledge
3(1): 44–55. doi:10.1016/j.jik.2017.06.002
Reeve, J. 2005. Understanding Motivation and Emotion. John Wiley & Sons, Inc.
Rogers, E. M. 1983. Diffusion of Innovations, hlm. Third Edit. New York: The Free
Press. doi:10.1002/chp.4750170109
385

Rohaida Mohd Saat, Hidayah Mohd Fadzil & Ang Chiew Way. 2020. A Review of
Educational Research Trand in Southeast Asia. Malaysia Online Journal of
Educational Sciences 8(2): 48–60. Retrieved from http://mojem.um.edu.my
Roslee Ahmad & Mohamed Sharif Mustaffa. 2002. Peranan Kaunselor Dalam
Penerapan Dan Pemupukan Nilai-Nilai Murni Melalui Program Kaunseling
Terhadap Remaja Di Sekolah:Satu Wadah Terpadu Antara Guru Dan Kaunselor.
Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Bangi: Fakulti Pendidikan
UKM.
Rosmaza Sukardi, Harun Baharudin & Maimun Aqsha Lubis. 2016. Konsep
Gamification Sebagai Kaedah Meningkatkan Motivasi Dalam Pembelajaran
Bahasa Arab Di Malaysia. Kolokium Pendidikan Bahasa Arab 2016, hlm. 128–
135. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Royal, J. R. 2012. Are They Ready? A Multi-Case Study Of Traditional And Innovative
Texas Teacher’s Perceptions of 21st Century Skills In Teaching And Learning.
Tesis PhD. University of North Texas.
Rozaini Tukimin. 2021. Amalan Guru Inovatif Bahasa Arab Sekolah Rendah. Tesis
PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ruhizan M Yasin & Mohammad, N. 2012. Confirmatory Factor Analysis of a
Measurement Model of Creative Teaching Practices in Design and Technology
using Structural Equation Modeling. International Conference on Statistics in
Science, Business, and Engineering (ICSSBE).
Ruslina Othman, Tajudin, N. M. & Mazlini Adnan. 2021. Needs Analysis for
Developing A Thinking-Based Learning Module In Mathematics Learning.
Turkish Journal of Computer and Mathematics Education 12(4): 1165–1172.
Saadon, R., Ariffin, K., Jabar, B. & Husin, A. Z. 2019. Innovative Teaching for
Beginners History Teacher In driving High Order Thinking Skills (HOTS) in
Primary and Secondary Schools. International Journal of Academic Research in
Business & Social Sciences 9(7): 1337–1345. doi:10.6007/IJARBSS/v9-i7/6400
Sahrir, M. S. & Yusri, G. 2012. Online Vocabulary Games for Teaching and Learning
Arabic. GEMA Online Journal of Language Studies 12(3): 961–977.
Saka, A. O. 2021. Can Teacher Collaboration Improve Students’ Academic
Achievement in Junior Secondary Mathematics ? Asian Journal of University
Education 17(1): 33–46.
386

Salbiah Mohamed Salleh. 2018. Pembinaan dan Pengesahan Instrumen Penilaian


Kendiri Akhlak Guru Pendidikan Islam. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Salbiah Mohamed Salleh, Ahmad Sahli Mohd Hasan, Norasma Mohamed Salleh, Nur
Shaliza Sapiai, Siti Aswani Mohd Ghazali, Nur Hazelen Mat Rusok & Mohd
Zafian Mohd Zawawi. 2020. Teknologi Virtual Reality Amali Haji: Satu Inovasi
Masa Hadapan. e-Proceeding 4th International Virtual Conference on Zakat, Waqf
and Islamic Philantrophy, hlm. 62. Shah Alam: UiTM Selangor.
Salbiah Mohamed Salleh, Jamil Ahmad, Mohd Aderi Che Noh, Ahmad Sahli Mohd
Hasan & Mazzlida Mat Deli. 2016. Eksplorasi Karektor Akhlak Guru Pendidikan
Islam. International Conference on Education and Regional Development, hlm.
756–762. Bandung: Universitas Pendidikan Indonesia.
Salmons, J. 2015. Designing and Conducting Research with Online Interviews. Cases
in Online Interview Research, hlm. 1–30. doi:10.4135/9781506335155.n1
Salwa Azwani Hassan & Aziah Ismail. 2020. Komuniti Pembelajaran Profesional di
Malaysia: Amalan dan Pengaruhnya Terhadap Kompetensi Guru Dalam
Pendidikan Abad ke-21 di Sekolah Rendah. Journal of Educational Research &
Indegenous Studies 2(1): 1–19.
Santhosh, L., Rojas, J. C. & Lyons, P. G. 2021. Zooming into Focus Groups: Strategies
for Qualitative Research in the Era of Social Distancing. ATS Scholar (February):
1–9. doi:10.34197/ats-scholar.2020-0127ps
Sarimah Mokhtar. 2017. Kesan Program Perkhemahan Pengakap Guru Pelatih Institut
Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Jurnal Pendidikan Guru 1: 47–60.
Retrieved from http://ipgkpt.edu.my/buletin/2017 11 30 Jurnal Pendidikan
Guru.pdf
Sawyer, K. 2015. A Call to Action: The Challenges of Creative Teaching and Learning.
Teacher College Record 117(October): 1–34.
Sawyer, R. K. 1989. How to Transform Schools to Foster Creativity. Teacher College
Record 118(4): 1–23.
Sawyer, R. K. 2006a. Explaining Creativity: The Science of Human Innovation. New
York: Oxford University Press.
Sawyer, R. K. 2006b. Educating for Innovation. Thinking Skills and Creativity 1(August
2005): 41–48. doi:10.1016/j.tsc.2005.08.001
387

Sawyer, R. K. 2011. Structure and Improvisation in Creative Teaching. United States


of America: Cambridge University Press.
Sawyer, R. K. & Dezutter, S. 2009. Distributed Creativity: How Collective Creations
Emerge From Collaboration. Psychology of Aesthetics, Creativity, and the Arts
and the Arts 3(2): 81–92. doi:10.1037/a0013282
Schleicher, A. 2012. Preparing Teachers and Developing School Leaders for the 21st
Century. OECD Publishing. doi:10.1787/9789264174559-en
Schröder, A. & Krüger, D. 2019. Social innovation as a driver for new educational
practices: Modernising, repairing and transforming the education system.
Sustainability (Switzerland) 11: 1–26. doi:10.3390/su11041070
Şener, S. & Çokçalışkan, A. 2018. An Investigation between Multiple Intelligences and
Learning Styles. Journal of Education and Training Studies 6(2): 125–132.
doi:10.11114/jets.v6i2.2643
Serdyukov, P. 2017. Innovation In Education: What Works, What Doesn’t , And What
To Do About It? Journal of Research in Innovative Teaching & Learning 10(1):
4–33. doi:10.1108/JRIT-10-2016-0007
Setar, E. D., Awang, M. M. & Dahalan, S. C. 2019. The Use of I-Think Maps to Increase
Mastery of Facts in History Education. Social Seciences, Education and
Humanities (GCSSSEH) 2: 81–85.
Setyawan, A., Aznam, N., Paidi, Citrawati, T. & Kusdianto. 2020. Effects of the Google
meet Assisted Method of Learning on Building Student Knowledge and Learning
Outcomes. Universal Journal of Educational Research 8(9): 3924–3936.
doi:10.13189/ujer.2020.080917
Shafie, H., Majid, F. A. & Ismail, I. S. 2019. Technological Pedagogical Content
Knowledge (TPACK) in Teaching 21st Century Skills in the 21st Century
Classroom. Asian Journal of University Education 15(3): 24–33.
doi:10.24191/ajue.v15i3.7818
Shaheen, R. 2010. Creativity and Education. Creative Education 01(03): 166–169.
doi:10.4236/ce.2010.13026
Shariful Hafizi Md Hanafiah, Abd Hakim Abdul Majid & Kamarul Shukri Mat Teh.
2019. Gamifikasi dalam Pendidikan: Satu Kajian Literatur. Asian People Journal
2(2): 31–41.
Shavinina, L. 2013. How to Develop Innovators? Innovation Education for the Gifted.
388

Gifted Education International 29(1): 54–68. doi:10.1177/0261429412440651


Shen, Y. 2008. The Effect of Changes and Innovation on Educational Improvement.
International Education Studies 1(3): 73–77.
Shulman, L. S. 1986. Those who Understand: Knowledge Growth in Teaching.
Educational Researcher 15(2): 4–14.
Shulman, L. S. 1987. Knowledge and Teaching: Foundations of the New Reform.
Harvard Educational Review 57(1): 1–23.
Sim, S. P., Sim, H. P. & Quah, C. 2020. Online Learning: A Post Covid-19 Alternative
Pedagogy For University Students. Asian Journal of University Education 16(4):
137–151.
Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri. 2010. Persepsi Guru Terhadap Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-
QAF. Journal of Islamic and Arabic Education 2(2): 53–64.
Siti Fauziah Mohd Amin, Sabariah Sharif, Mad Nor Madjapuni, Muhamad Suhaimi
Taat & Muralindran Mariappan. 2021. Systematic Literature Review: Teaching
Aids (TAs) in Asia’s Islamic Education. Elementary Education Online 20(4):
1109–1117. doi:10.17051/ilkonline.2021.04.122
Siti Hajar Taib, Mohd Azaharin Ismail & Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis. 2019.
Inovasi Kesepaduan dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di Era Revolusi
Industri 4.0. ASEAN Comparative Education Research Jounral on Islam and
Civilization 3(2): 38–54. doi:10.1017/CBO9781107415324.004
Siti Nur Hadis A Rahman, Nor Afizah Bujang, Mastura Bohari, Muhammad Talhah
Ajmain, Asma Nurul ’Aqilah Mahpuz, Nur Razan Izzati Mohd Roslan & Ahmad
Marzuki Mohamad. 2019. New Approach To Teaching, Islamic Studies Subject :
Implementation of Integrated Dini Curriculum at Government. E-Journal Of The
6th Arabic Studies & Islamic Civilization (3): 34–43.
Siti Nurjanah Mastor Mustafa, Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain & Jimaain
Safar. 2019. Pendidikan Anak-Anak Menurut Abdullah Nasih Ulwan. Seminar
Kebangsaan Keluarga Sejahtera Negeri Johor, hlm. 1–14.
Siti Rohani Jasni, Suhaila Zailani & Hakim Zainal. 2018. PENDEKATAN
GAMIFIKASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB. Journal of Fatwa
Management and Research 14(Special Edition): 358–367.
Siti Sarah Rosmi & Sharifah Khairol Musairah. 2017. Knowledge Sharing and
389

Innovation Capability. Jurnal Intelek 12(1): 42–49.


Sola, E., Hoekstra, R., Fiore, S. & Mccauley, P. 2017. An Investigation of the State of
Creativity and Critical Thinking in Engineering Undergraduates. Creative
Education 8: 1495–1522. doi:10.4236/ce.2017.89105
Steel, G. D., Rinne, T. & Fairweather, J. 2012. Personality, Nations and Innovation:
Relationships Between Personality Traits and National Innovation Scores. Cross-
Cultural Research 46(1): 3–30. doi:10.1177/1069397111409124
Suarman, S., Hendripides, H. & Hikmah, N. 2018. Development of Innovative
Teaching Materials through Scientific Approach. Journal of Educational Sciences
2(2): 14–22. doi:10.31258/jes.2.2.p.14-22
Suhana Abdullah. 2018. Jasmi Amin Ustaz Jadi Ikon Guru Inovatif Kebangsaan 2018.
Pendidik. https://www.pendidik.com.my/2018/07/03/jasmi-amin-ustaz-jadi-ikon-
guru-inovatif-kebangsaan-2018/
Sulaiman Mahzan, Siti Fairuz Nurr Sadikan, Mohd Ab Malek Md Shah, Mohd Harun
Shahudin, Shamsol Shafie & Mohd Hafidz Rahmat. 2019. Aplikasi Didik Hibur
Tajwid al-Quran (Teroka Tajwid): Kajian Awal Persepsi Pengguna. Jurnal Inovasi
Malsysia 2(1): 1–16.
Sumardani, D., Saraswati, R. R., Widiastuti, U., Komala, K. & Listyasari, W. D. 2021.
The Free Hajj: Virtual Reality in Manasik Hajj Training Education. Al-Hayat:
Journal of Islamic Education 4(2): 191–198. doi:10.35723/ajie.v4i2.136
Sun, S. 2011. Meta-analysis of Cohen’s kappa. Health Services and Outcomes Research
Methodology 11: 145–163. doi:10.1007/s10742-011-0077-3
Supramaniam, K., Razak, M. I. M. & Arumugam, N. 2020. Changing identities in
community of practice: Expert teachers to novice researchers. Asian Journal of
University Education 16(2): 59–68. doi:10.24191/AJUE.V16I2.10297
Suri, H. 2011. Purposeful Sampling in Qualitative Research Synthesis. Qualitative
Research Journal 11(2): 63–75.
Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Shahizan Shaharuddin & Nur Hidayah Mohd Abd
Malik. 2019. Development of Instrument and Transformation of Excellent Muslim
through Love of Knowledge. Islamiyyat 41(1): 3–11.
Asy-Syalhub, F. A. A. 2014. Begini Seharusnya Menjadi Guru. Jakarta: Darul Haq.
At-Tabrani, S. bin A. A. (n.d.). al-Mukjam al-Ausat. Kaherah: Darul Haramain.
Tajul Rosli Shuib, Mohd Razimi Husin & Nor Hasnida Che Md Ghazali. 2019.
390

Activities of Student Centralization, Questionnaire, Modelling and KBAT among


Science and Non-Science Students. International Journal of Academic Research
in Business and Social Sciences 9(7): 1391–1403. doi:10.6007/ijarbss/v9-i7/6787
Tan, A.-G. & Goh, S.-C. 2007. Creative Teaching: A Positive Beginning. Singapore:
Prentice Hall.
Tang, C. & Kaufman, J. C. 2015. Personal Characteristics that Distinguish Creative
Scientists from Less Creative Scientists. The Journal of Creative Behavior 0(0):
1–16. doi:10.1002/jocb.99
Tengku Nor Husna Tengku Jamil, Hasanah Abd Khafidz & Khazri Osman. 2019.
Strategi Guru Pendidikan Islam Sebagai Pendakwah Dalam Melahirkan Pelajar
Berfikir Aras Tinggi. Journal Of Islamic, Economics and Development 4(19): 97–
107.
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Fatimah Sahida Abdurajak, Yusmini Md Yusoff &
Madiha Baharuddin. 2017. Pendekatan Konstruktivisme Di Malaysia Dan Brunei
Darussalam: Satu Tinjauan Awal Terhadap Pengalaman Guru Pendidikan Islam.
Journal of Islamic Educational Research 2(1): 23–35.
Thurlings, M., Evers, A. T. & Vermeulen, M. 2015. Toward a Model of Explaining
Teachers’ Innovative Behavior: A Literature Review. Review of Educational
Research 85(3): 430–471. doi:10.3102/0034654314557949
Tikly, L. & Milligan, L. 2017. Learning from Innovation for Education in Rwanda (No.
04).
Ting-chee, L., Aede Hatib Mustaamal, Nurul Aini Mohd Ahyan & Nor Aisyah Che
Derasid. 2020. Perceptions of Students’ Innovation in Malaysian Premier
Polytechnics: A Preliminary Study. Innovative Teaching and Learning Journal
4(1): 51–57.
At-Tirmizi, A. I. 1998. Sunan at-Tirmizi. Beirut: Darul Ghorbil Islamiy.
Tohidi, H. & Jabbari, M. M. 2012. Different Stages of Innovation Process. Procedia
Technology 1: 574–578. doi:10.1016/j.protcy.2012.02.125
Tomlinson, B. 2016. The Importance of Materials Development for Language Learning.
Dlm. Azarnoosh (pnyt.). Issues in Materials Development, hlm. 1–9. Sense
Publishers. doi:10.1007/978-94-6300-432-9_1
Tuan Sarifah Aini Syed Ahmad, Anealka Aziz Hussin & Yusri, G. 2019. A Review of
Learning Theories for Gamification Elements in Instructional Games. Malaysian
391

International Conference on Academic Strategies in English Language, hlm. 1–


14.
Tura, B. & Akbasli, S. 2021. Factors Affecting Teacher’s Innovation. International
Journal of Primary Education Studies 1(January): 15–28.
Turvey, K. 2013. Narrative Ecologies: Teachers as Pedagogical Toolmakers. London
and New York: Routledge: Taylor & Francis Group.
Umar Faruq Abd Allah. 2006. Innovation and Creativity In Islam. A Nawawi
Foundation Paper. http://www.nawawi.org/wp-
content/uploads/2013/01/Article4.pdf
Ummi Fathiyatussa’adah & Suryadi. 2021. Islamic Boarding School Learning
Management in New Normal Era. Advances in Social Science, Education and
Humanities Research 526(Icream 2020): 440–443.
UNESCO. 2017. Teacher Support and Motivation Framework for Africa. Ethiopia:
UNESCO-IICBA.
Veerasinghan, K., Balakrishnan, B., Damanhuri, M. I. M. & Gengatharan, K. 2021.
Design Thinking for Creative Teaching of Chemistry. International Journal of
Academic Research in Business and Social Sciences 11(3): 670–687.
doi:10.6007/ijarbss/v11-i3/8979
Vrieling-Teunter, E., Hebing, R. & Vermeulen, M. 2021. Design Principles to Support
Student Learning in Teacher Learning Groups. Teachers and Teaching: Theory
and Practice 1–18. doi:10.1080/13540602.2021.1920909
Wahbah az-Zuhaili. 1997. At-Tafsir al-Munir fil Akidah wasy Syari’ah wal Manhaj.
Damsyik: Darul Fikr al-Mu’asoroh.
Wahid, F. N., Norman, H., Nordin, N., Baharudin, H., Aziz, R. & Ibrahim, R. 2019.
Designing an Online Quranic Recitation (Qiraat) Framework Using Massive Open
Online Courses. Creative Education 10: 3153–3162.
doi:10.4236/ce.2019.1012239
Wan Ali Akbar Wan Abdullah. 2016. Inovasi dalam Pendidikan Ibadah. International
Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education 3(2): 35–45.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Khadijah Abdul Razak & Mohd Isa Hamzah. 2021a.
Inovasi i-Think menurut Perspektif Guru Inovatif Pendidikan Islam. Journal of
Contemporary Islamic Studies 7(1): 1–8.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Khadijah Abdul Razak & Mohd Isa Hamzah. 2021b.
392

Model Guru Pendidikan Islam Komprehensif. ASEAN Comparative Education


Research Jounral on Islam and Civilization 4(1): 63–74.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Khadijah Abdul Razak, Mohd Isa Hamzah & Nursafra
Mohd Zhaffar. 2019. Karakter Guru Inovatif Berdasarkan Surah al-Kahfi. Journal
of Quran Sunnah Education and Special Needs Special Is(December): 13–22.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Khadijah Abdul Razak, Mohd Isa Hamzah & Nursafra
Mohd Zhaffar. 2021. Inovasi “Hajj Pop-up Tour”: Kemahiran dan Pengetahuan
yang diperlukan untuk Membangunkannya. Innovative Teaching and Learning
Journal 5(1): 23–30.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah & Nursafra Mohd Zhaffar. 2016. Tuntutan, Ciri dan
Contoh Ustaz/Ustazah Inovatif. Dlm. Noornajihan Jaafar (pnyt.). Pembangunan
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam, hlm. 289–308. Kajang: Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah & Nursafra Mohd Zhaffar. 2018. Inovasi Pendidikan
Islam: Inspirasi dan Transformasi. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Buku
Malaysia (ITBM).
Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Nursafra Mohd Zhaffar, Khadijah Abdul Razak &
Mohd Isa Hamzah. 2019. Salman al-Farisi sebagai Model Inovator Unggul.
Journal of Hadith Studies 4(2): 13–20.
Wan Hassan Wan Embong, Ajmain Jimaain Safar & Bushrah Basiron. 2020. Teaching
Aqidah: Islamic Studies in Malaysia. UMRAN - International Journal of Islamic
and Civilizational Studies 7(1): 25–32.
Warrens, M. J. 2015. Five Ways to Look at Cohen’s Kappa. Journal of Psychology &
Psychotherapy 5(4): 8–11. doi:10.4172/2161-0487.1000197
Welsh, D. H. B., Tullar, W. L. & Nemati, H. 2016. Entrepreneurship Education:
Process, Method or Both? Journal of Innovation & Knowledge 1: 125–132.
Wong, T. M. 2018. Teaching Innovations in Asian Higher Education: Perspectives of
Educators. Asian Association of Open Universities Journal 13(2): 179–190.
doi:10.1108/AAOUJ-12-2018-0032
World Economic Forum. 2016. The Future of Jobs Employment, Skills and Workforce
Strategy for the Fourth Industrial Revolution. Growth Strategies.
World Government Summit. 2016. Gamification and the Future of Education. United
Kingdom: Oxford Analytica.
393

Yashak, A., Ya Shak, M. S., Mohd Tahir, M. H., Mohamad Shah, D. S. & Mohamed,
M. F. 2020. Faktor Motivasi Teori Dua Faktor Herzberg dan Tahap Motivasi Guru
Pendidikan Islam. Sains Insani 5(2): 65–74. doi:10.33102/sainsinsani.vol5no2.192
Yin, R. K. 2011. Qualitative Research from Start to Finish. New York and London: The
Guilford Press.
Yu, Z., Zhou, S. & Li, Y. 2014. An Analysis of Influencing Factors of Innovative
Education and Development Proposals. International Conference on Education
Reform and Modern Management, hlm. 57–61. Atlantis Press. doi:10.2991/ermm-
14.2014.17
Yusof, F. M., Shaffie, F. & Md-ali, R. 2021. Soft Skills For Teachers: Accepting
Standard Guru Malaysia 2.0 (SGM) and SSB4K Theory in Future Teaching
Practices. International Journal of Education, Psychology and Counseling 6(42):
40–52. doi:10.35631/IJEPC.642004
Zaidah Zainal. 2007. Case study as a research method. Jurnal Kemanusiaan 9: 1–6.
Zainuddin, G., Ramlan, S. R., Mohamed Masrop, N. A., Sahrir, M. S. & Abdullah, E.
2021. Teachers’ Perspectives on Digital Game-Based Language Learning for
Arabic Language in Malaysian Primary Schools. Advances in Social Science,
Education and Humanities Research 518(ICoSIHESS 2020): 436–441.
doi:10.2991/assehr.k.210120.157
Zamri Mahamod, Akup, A. A. & Hadi Hassan. 2019. The Effectiveness of Using I-
Think Thinking Map in Enhancing the Mastery of Malay Language Essay Writing
Skills of Form 6 in Mukah District. International Journal of Academic Research
in Progressive Education & Development 8(4): 386–401.
doi:10.6007/IJARPED/v8-i4/6543
Zetty Nurzuliana Rashed. 2016. Amalan Pengintegrasian Ilmu Sains dan al-Quran
dalam Pengajaran Pendidikan Islam di Maahad Tahfiz Sains Negeri Selangor.
Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zhu, C. & Wang, D. 2014. Key competencies and characteristics for innovative teaching
among secondary school teachers: A mixed-methods research. Asia Pacific
Education Review 15(2): 299–311. doi:10.1007/s12564-014-9329-6
Zirawaga, V., Olusanya, A. & Maduki, T. 2017. Gaming in Education: Using Games a
Support Tool to Teach History. Journal of Education and Practice 8(15): 55–64.
Retrieved from https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1143830.pdf
394

Zulkifli, H. & Azman, N. A. 2021. Understanding the Needs of the Hikmah (Wisdom)
Pedagogy Module in the Fields of Akhlak and Sirah of Primary and Secondary
Schools - Hikmah (Wisdom) Pedagogy. International Journal of Innovation,
Creativity and Change 15(9): 765–785.
Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2014. Permata buat Orang yang Beriman. Nilai: Pustaka
Cahaya Kasturi.
Zuraidah Abdullah & Muhammad Faizal A. Ghani. 2014. Professional Learning
Community in Secondary Schools Community in Malaysia. Journal of Education
and Learning 8(3): 227–248.
395

LAMPIRAN A

Surat Kelulusan Menjalankan Kajian oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan


Dasar Pendidikan KPM
396

LAMPIRAN B

Contoh Surat Kelulusan Menjalankan Kajian oleh Jabatan Pendidikan Negeri


397

LAMPIRAN C

Contoh Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian kepada Pihak Sekolah


398

LAMPIRAN D

Contoh Surat Lantikan Pakar sebagai Penyemak dan Pengesah Protokol Temu Bual
399

LAMPIRAN E

Contoh Semakan Pakar terhadap Protokol Temu Bual yang Dibina


400

LAMPIRAN F

Contoh Transkrib Temu Bual


401

LAMPIRAN G

Contoh Nota Lapangan


402

LAMPIRAN H

Sebahagian Dokumen yang Dianalisis


403

LAMPIRAN I

Contoh Pengesahan Temu Bual oleh Peserta Kajian


404

LAMPIRAN J

Proses Analisis Menggunakan Perisian Nvivo 12 Plus


405

LAMPIRAN K

Contoh Surat Lantikan Pakar sebagai Penyemak dan Pengesah Tema Kappa
406

LAMPIRAN L

Contoh Penilaian Tema oleh Pakar

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai