Anda di halaman 1dari 4

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG BEKOH, 84900 TANGKAK, JOHOR

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM BIL 2 / (2023)

Tarikh : 22 Ogos 2023

Masa : 1.15 petang – 2.15 petang

Tempat : Bilik ICT SJKT Ladang Bekoh

Pengerusi : .Pn R. Premah (Guru Besar)

Kehadiran(Bilangan) : 6/7

Turut Hadir (Jika ada) : .Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat yang hadir pada
Mesyuarat Pengurusan HEM kedua bagi tahun 2023.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Puan S.Yogisvary.
1.3 Jawatankuasa pentadbir sekolah menegaskan tentang tanggungjawab masing-masing di
mana kakitangan kerajaan tertakluk pada peraturan dan perlulah bekerjasama sesama
satu sama lain.
1.4 Pengerusi meminta laporan dari semua jawatankuasa yang berada di bawah Hal Ehwal
Murid.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn.S.Yogisvary
Disokong untuk pengesahan oleh Pn.K.Letchumi

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada

4 FOKUS MESYUARAT

4.1 Unit Keselamatan


4.1.1 Pemeriksaan kebersihan tandas telah dijalankan dan laporan dihantar ke unit PPD.
4.1.2 SPQS dikemaskini dan difailkan.
4.1.3 Persekitaran sekolah selamat dan sentiasa dikawal oleh semua guru. Syabas dan
tahniah diucapkan.
Makluman:Semua Guru
4.2 Guru Bertugas Mingguan
4.2.1 Pihak HEM telah menetapkan dua orang guru bagi satu minggu.
4.2.2 Pembantu perlulah membantu semasa waktu sesi persekolahan bermula dan waktu
murid balik ke rumah.
4.2.3 Pastikan murid makan dan minum di kantin dan kantin beroperasi seperti biasa.
4.2.4 Pergerakkan murid perlu diawasi terutamanya semasa pergi ke tandas dan mencuci
tangan.
4.2.5 Murid duduk di bangku luar kelas pada waktu balik dan hanya dibenarkan keluar dari
bilik darjah setelah ibu bapa/ penjaga sampai di sekolah.
4.2.6 Guru mata pelajaran pertama harus memberikan taklimat ringkas kepada murid tentang
cara mencegah nyamuk Aedes.
4.2.7 Laporan yang lengkap perlu ditulis dengan teliti di dalam buku pelaporan dan mesti
dihantar ke pejabat pada hari Khamis setiap minggu untuk tujuan pengesahan.
4.2.7 Memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara mencuci tangan kepada semua murid.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.2.8 Perlu menyatakan ceramah/pemberitahuan ringkas tentang denggi dan pendidikan sivik.
Jumlahkan bilangan murid dengan jelas.
4.2.9 Jadual tugas mingguan telah diedarkan kepada semua guru. Mematuhi SOP. Guru
bertugas berada di sekolah pada pukul 7.00 pagi kerana murid akan datang ke sekolah pada
pukul 7.10 pagi.
4.2.10 Murid duduk diam di dalam kantin atau dewan semasa program pagi pada waktu pagi
dan diawasi oleh guru kelas pukul 7.10 pagi hingga 7.25 pagi.
4.2.11 Perlu memastikan kelas dalam keadaan yang teratur dan kemas sebelum murid keluar
kelas selepas pada akhir waktu.
Makluman:Semua Guru
4.3 Unit Disiplin
4.3.1 Kemaskinikan maklumat SSDM. Boleh daftar kes walaupun kes ringan.
4.3.2 Guru kelas, guru yang berada di dalam kelas boleh menulis amalan baik murid di dalam
buku ADAP yang disediakan di dalam setiap kelas. Guru Penyelaras Disiplin akan
menggunakan maklumat tersebut untuk memasukkan ke dalam SSDM.
4.3.4 Mesti masukkan data amalan baik murid bagi Tahun 6/2023 dan perlu disertakan di
dalam fail peribadi murid.
4.3.5 Seramai 5 orang murid telah dipilih untuk menyertai program Student Leader Board
(SLB) iaitu, K.Pugallarasyy, B.Tivakaran, V,Tasghwina Shri, S.Nikkesh dan K.Nilhashini.

Makluman:Semua Guru
4.4 Unit SPBT
4.4.1 Semua murid telah menerima buku termasuk Tahun 1.
4.4.2 Tahun 1- telah diagaihkan kepada guru mata pelajaran.
4.4.3 Guru kelas sila memastikan murid mempunyai buku SPBT yang lengkap.
4.4.4 OPS Buku Teks akan diadakan pada bulan November.
Makluman:Semua Guru
4.4 Unit Keselamatan
4.4.1 Alat pemadam api telah lupus dan telah memberitahu pihak PPD Tangkak.
4.4.2 Membuat laporan bergambar bagi setiap aktiviti yang dilakukan oleh unit keselamatan.
4.4.3 Memastikan murid tidak berlari di kawasan sekolah.
4.4.4 Tempoh penggunaan Tong pemadam api adalah selama 10 tahun sahaja. Ia perlu
diselenggara dua tahun sekali.
Makluman:Semua Guru
4.5 Unit Kaunseling
4.5.1 Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Bilik Isolasi COVID-19.
4.5.2 Kebersihan bilik diutamakan. Mengemop pada setiap hari. Mengelap kawasan dalam
bilik seminggu sekali.
4.5.3 Murid diminta rehat sebentar jika suhu tinggi daripada 37.5 darjah Celsius atau ada
gejala-gejala covid.
4.5.4 Murid diasingkan dan memberitahu ibubapa/penjaga.
4.5.6 Bersedia untuk membuat ujian psikometrik pada bulan November.
Makluman:Semua Guru
4.6 Guru Penyayang
4.6.1 Menyambut kehadiran murid pada waktu pagi..
4.6.2 Berdiri di pintu masuk pagi dan masa murid balik.
4.6.3 Sambutan hari jadi murid akan diadakan sekalikus pada sambutan Hari Kanak-Kanak
2023.
4.6.4 Memuji murid pada waktu rehat jika ada amalan baik.
Makluman:Semua Guru

4.7 APDM / Guru Kelas


4.7.1 Mengemaskinikan maklumat murid dalam sistem APDM.
4.7.2 Warganegara, pendapatan seisi keluarga, jumlah tanggungan.
4.7.3 Mengesahkan dan mencetak laporan kehadiran murid setiap hujung bulan dan
diberikan.
4.7.4 Guru Kelas mesti menyemak data APDM semasa ke semasa.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.7.5 Mengemaskinikan maklumat murid dan kelas dalam idme.


Makluman:Semua Guru
4.8 Pendaftaran Murid Tahun 1/2023-2024
4.8.1 Telah mendaftarkan seramai 1 orang murid bagi sesi persekolahan sesi 2023-2024.
4.8.2 Mereka adalah Vinisha a/p Nedumaran.
4..8.3 Surat kemasukkan telah dicetak dan akan diberikan kepada ibubapa.
4.8.4 Masih mencari murid baharu untuk mendaftar.
Makluman:Semua Guru

4.9 RMT
4.9.1 Makanan dibungkus dengan bersih dan diletakkan di kantin sekolah.
4.9.2 Pastikan pengusaha kantin mematuhi SOP .
4.9.3 Kantin telah mula beroperasi seperti biasa.
4.9.4 Baki RMT perlu dikemaskinikan setiap akhir bulan di dalam aplikasi i-Hem dan
mengemaskinikan borang Google Form yang akan diedarkan oleh pihak JPN. Baki mesti
cukup sehingga tamat sesi 2023.
4.9.5 Cuci tangan secara bergilir-gilir harus diiringi oleh seorang guru. Pastikan murid
mengikut SOP.
4.9.6 Pemberian susu kepada murid RMT dilaksanakan sepanjang tahun. Diberikan dua kali
sehari memandangkan bekalan yang banyak dan lambat.
Makluman:Semua Guru

4.10 Buku Rekod Kawalan Kelas


4.10.1 Kemaskinikan Rekod Kawalan Kelas setiap kali masuk ke kelas.
4.10.2 Pastikan guru yang berada di dalam kelas menandatangani pada ruangan yang di
sediakan.
4.10.3 Guru matapelajaran pertama perlu memberikan taklimat ringkas kepada murid tentang
cara-cara pencegahan Penularan COVID-19 dan menulis catatan ringkas di ruangan catatan.
4.10.4 Menyatakan atau menulis masalah semasa mengajar dan nama murid yang tidak
hadir. Juga ganti ditulis diruangan catatan jika menggantikan guru yang tidak hadir.
Makluman:Semua Guru

4.11 Bantuan
4.11.1 Bantuan BAP Kerajaan, dan KWAPM telah diagihkan dan telah membuat laporan
bergambar.
4.11.2 KWAPM cicir telah disenaraikan dan tunggu duit dikeluarkan untuk membuat agihan.
4.11.3 EMK fasa 2 telah dikreditkan ke dalam akaun murid dan mendapatkan tanda tangan
daripada ibubapa murid.
4.11.4 Borang permohonan bantuan perlu diagihkan pada bulan November dan dikumpulkan
bagi tujuan analisa.
Makluman:Semua Guru

4.12 PPDa
4.12.1 Telah memilih Sanjeevan Muniissvaran untuk menyertai program SLAD J.
4.12.2 Guru penyelaras harus menyiapkan buku skrap SLAD J dan menghantar ke unit PPDa
negeri Johor bagi tujuan Jambori Johor.
4.12.3 Minggu anti dadah telah dilaksanakan pada bulan Februari dan telah menyiapkan
laporan.
4.12.4 Program anti dadah 5 minit perlu dilaksanakan setiap kali perihimpunan rasmi serta
buli di sekolah rendah.
Makluman:Semua Guru

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Guru bertugas mesti berada di sekolah pada pukul 7.00 pagi. Murid – murid akan datang
ke sekolah mulai pukul 7.10 pagi hingga 7.25 pagi.
5.2 Bacaan Program Pagi bag semua mata pelajaran sepertimana yang dijadulkan diteruskan

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

sehingga murid mendapat TP3 dan ke atas.


5.3 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kesudian semua guru dalam menjayakan
semua program sekolah.

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa semua perbincangan diambil tindakan dan
dipatuhi. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dan atas kehadiran
guru ke mesyuarat ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh,

( )
Urus Setia
Mesyuarat HEM : Bil 2/2023

Tarikh :

* Minit mesyuarat tidak perlu ada tanda tangan, no. PK, header dan footer.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai