Anda di halaman 1dari 4

SJK(T) LADANG PAMOL

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM BIL. 2/ 2019

Tarikh : 29.04.2019 (ISNIN)


Masa : 2.00 petang
Tempat : PUSAT AKSES
Pengerusi : PN.R.MAGESWARY
Kehadiran( Bilangan) : 10/12
Turut Hadir (Jika ada) : PN.P.DEVI

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan
semua guru dengan ucapan terima kasih kerana berjaya menghadiri Mesyuarat HEM
Kali Kedua bagi sesi persekolahan tahun 2019.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang memberikan
kerjasama dalam segala aktiviti yang telah dijalankan setakat ini.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh PN.S.Logeswari
Disokong untuk pengesahan oleh En.S.Saravanan

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

4. PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA)/ FOKUS MESYUARAT


4.1 Taklimat keselamatan warga sekolah
4.2 Latihan kecemasan dan mengosongkan bangunan
4.3 Minggu Anti dadah
4.4 Minggu Disiplin

5. HAL-HAL LAIN
5.1 SPBT
5.1.1 Guru SPBT diminta sentiasa mengemaskini buku stok dan fail-fail SPBT.
5.1.2 Guru kelas dan guru mata pelajaran juga diminta memainkan peranan
dalam penjagaan buku SPBT dan kerapkali mengadakan pemeriksaan
terkejut.
5.2 RMT
5.2.1 Seramai seorang murid dari tahun 1 dan seorang murid tercicir menerima RMT
mulai bulan Februari 2019.
5.2.2 Penerima bantuan RMT adalah murid-murid sekolah rendah warganegara
Malaysia seperti
5.2.2.1 Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis
Kemiskinan (PGK) Nasianal (kategori miskin tegar)
5.2.2.2 Murid Berkeperluan Khas(OKU)
5.2.3 Pendapatan ibu bapa tidak melebihi
ISI RUMAH PERKAPITA
Miskin RM930.00 RM230.00
Miskin Tegar RM580.00 RM140.00
5.2.4 Guru RMT perlu memastikan pembekal RMT mengikut jadual menu yang telah
dicadangkan.
5.2.5 Guru RMT dan juga guru bertugas diminta memantau dan memastikan
makanan yang diberi adalah menepati menu dan bersih.
5.2.6 Surat setuju terima RMT akan diberikan kepada seorang murid dari tahun 1
dan seorang murid tercicir yang layak bagi sesi Feb 2019.
5.2.7 Guru RMT perlu memastikan pembekal RMT mengikut jadual menu yang telah
dicadangkan.
5.2.8 Guru RMT dan juga guru bertugas diminta memantau dan memastikan
makanan yang diberi adalah menepati menu dan bersih.

5.3 Disiplin dan Peraturan


5.3.1 Guru Disiplin diminta memastikan peraturan sekolah dipapar di setiap
kelas.
5.3.2 Pelaksanaan SSDM (Sistem Sahsiah Displin Murid). Sistem ini berdasarkan
SSDM bergabung dengan aspek lain.
5.3.3 Kesalahan murid dicatatkan dalam buku kawalan kelas terlebih dahulu dan
sebelum dimasukkan dalam sistem, guru berkenaan perlu memaklumkan
kepada PK Hem dan Guru Besar.
5.3.4 Amalan baik murid juga perlu dimasukkan dalam sistem SSDM.
5.4 Keselamatan
5.4.1 Guru Keselamatan diminta memastikan alat pemadam api berfungsi dengan
baik.
5.4.2 Latihan keselamatan juga diminta diadakan.

5.5 Kebajikan
5.5.1 Guru kelas diminta memastikan maklumat yang diberi oleh murid dalam
borang bantuan adalah yang sahih dan disertakan dengan maklumat ibu
bapa yang dikehendaki.
5.6 APDM
5.6.1 Guru kelas perlu memastikan data dalam APDM tepat dan betul.
5.6.2 Data ini penting kerana ia akan digunakan untuk penggunaan SPS dan
kebajikan murid.

5.7 Kehadiran Murid


5.7.1 Kehadiran murid perlu di isi secara online dalam aplikasi APDM sebelum
pukul 8.00 pagi.
5.7.2 Buku Kedatangan Murid juga perlu di isi kehadiran sebelum pukul 8.00 pagi.
5.7.3 Semua guru kelas perlu berhati-hati semasa merekod kehadiran murid
dalam buku kedatangan supaya tidak ada kesilapan dalam buku tersebut.
5.7.4 Jika ada kesilapan, guru tersebut perlu potong dan menandatangani dengan
ringkas serta tulis data yang tepat.

5.8 Murid Berkeperluan Khas (EMK)


5.8.1 Dua orang murid telah dikategorikan mendapat kad OKU.
5.8.2 THEEBA A/P V.MATAVAN dari tahun 5 dikategorikan masalah penglihatan
dan NIVEETHA A/P SARAVANAN murid dari tahun 6 dikategorikan masalah
fizikal..

5.9 Bantuan Tzu-Chi


5.9.1 Borang permohonan Biasiswa Tzu-Chi sebanyak 15 orang murid tahun 1
hingga tahun 6 telahpun dihantar ke pejabat Tzu-Chi pada bulan Februari
dapat telah mendapat kelulusan permohonan sebanyak 13 orang murid.
5.9.2 Biasiswa ini akan bermula pada 01.04.2019 hingga 31.07.2019.

5.10 Ucapan balasan Guru Besar


5.10.1 Mengucapkan tahniah kepada GPK HEM dan guru-guru yang mengurus unit
HEM dengan jayanya.
5.10.2 Teruskan perkhidmatan cemerlang demi melahirkan murid yang cemerlang
dalam akademik dan sahsiah diri.
5.10.3 Pastikan semua program dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
5.10.4 Guru-guru darjah pastikan kehadiran kelas perlu capai 95% dan ke atas.
5.10.5 Beri motivasi diri pelajar agar sedar akan kepentingan kehadiran ke sekolah
pada setiap hari.
6. Penangguhan mesyuarat
6.1 GPK HEM mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang telah
diberikan oleh semua guru.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,
URUSETIA
Mesyuarat Pengurusan HEM
Tarikh : 08.05.2019

Anda mungkin juga menyukai