Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMOH

35350 TEMOH,
PERAK DARUL RIDZUAN
KOD SEKOLAH : ABA 0004
Tel / Fax : 05-4690253 / 05-4690263

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB SK TEMOH KALI PERTAMA 2019

Tarikh : 8 Januari 2019 (Rabu)


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Guru Besar SK Temoh
Kehadiran :

1. Pn. Marina Bt Masdar

2. Pn. Noor Huda Bt Hj Zakaria

3. En. Ahmad Faizal B. Abdullah Halim

4. En. Zairul Anuwar Bin Jamriy

AGENDA:

1. Ucapan Pengerusi
2. Kurikulum
3. Program Panitia
4. Aktiviti Dakwah
5. Hal – hal lain

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Ucapan Pengerusi (Pn. Marina Bt Masdar) mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
panitia yang dapat hadir ke mesyuarat panitia Pendidikan Islam kali pertama untuk tahun
2020.
1.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas segala usaha ahli panitia dalam
menjalankan aktiviti panitia pada tahun 2019 dan berharap segala perancangan tahun ini
berjalan lancar.
1.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ahli panitia yang bekerjasama mengecat dan
menyusun atur surau sekolah.

Tindakan : Semua Ahli Panitia

1
2. KURIKULUM
2.1 Semua guru seperti yang telah sedia maklum perlu menyediakan dan melengkapkan
rancangan pengajaran harian dan rancangan pengajaran tahunan mengikut DSKP terkini.
Tahun 1, Tahun 2 , Tahun 3 dan Tahun 4 menggunakan Kurikulum KSSR Semakan.
Tindakan : Guru MP & Ahli Panitia

2.2 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Tahunan pada tahun ini
akan menggunakan Collaborative Instructional Design System (CIDS). Pengerusi faham akan
keadaan guru-guru yang mengalami sedikit kesukaran untuk menggunakan tapak tersebut
dan beliau menyarankan supaya guru-guru buat ansur maju menggunakan tapak CIDS itu.
Tindakan : Guru MP & Ahli Panitia

2.3 Tapak PBD


Tapak PBD telah disediakan di dalam Google Classroom. Guru-guru diminta untuk mengisi
tapak tersebut berdasarkan kemahiran yang telah murid pelajari. Buat intervensi bagi yang
belum mencapai tahap prestasi.
Tindakan : Guru MP & Ahli Panitia

2.4 Pendidikan Islam, Jawi dan Program Tasmik


Berdasarkan analisis peperiksaan tahun lalu, kebanyakan murid-murid yang tidak mencapai
penguasaan dalam bidang Pendidikan Islam, Jawi dan Tasmik adalah murid yang sama.
Untuk intervensi jawi, pengerusi mencadangkan satu program bagi murid-murid yang
lemah dalam jawi iaitu ‘Pintas Jawi’ . Murid-murid akan diberikan sebuah buku jawi dan
mereka akan membaca buku tersebut kepada guru-guru Pendidikan Islam yang menjadi
mentor mereka sebelum pulang dari sekolah.

2.5 Peperiksaan
Peperiksaan akan dijalankan untuk Tahun 4,5 dan 6 pada tahun ini.

3. PROGRAM PANITIA
3.1 Kem Bestari Solat akan diteruskan secara 2 fasa berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan.

Tindakan : Guru MP & Ahli Panitia

3.2 Kem Cemerlang Jawi fasa 1 akan dilaksanakan pada April dan fasa 2 pada bulan Julai.
2
Tindakan : Guru MP & Ahli Panitia
4. AKTIVITI DAKWAH
4.1 Aktiviti dakwah akan dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelum ini. Program bacaan Yassin
dan Solat Hajat setiap Jumaat akan diteruskan untuk tahun ini. Bacaan surah Al-Waqi’ah
setiap kali sebelum perhimpunan pada hari Isnin.

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Guru Besar berharap agar semua ahli panitia bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti-
aktiviti yang dirancang pada tahun ini bagi kepentingan anak murid SK Temoh.

Mesyuarat ditangguh pada pukul 3.15 petang.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

................................................. ................................................
AHMAD FAIZAL B. ABDULLAH HALIM NOOR HUDA BT HJ ZAKARIA
SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Anda mungkin juga menyukai