Anda di halaman 1dari 4

MINIT UNIT 3K ( KEBERSIHAN DAN KECERIAAN )

BILANGAN 1 TAHUN 2022


VISI KPM : PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MISI KPM : MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI
NEGARA
Tarikh : 30 Mac 2021
Tempat : Kesesuaian masing-masing
Masa : 8.30 malam
Medium : Telegram Unit 3K
Kehadiran : 1. Pn. Hasnah Bt Abdullah ( Ketua unit )
2. Pn. Zuraida Bt Ahmad ( Setiausaha )
3. Pn. Sharifah Azura Bt Syed Hassan
4. Pn. Darmawati Bt Sarlan
5. Pn. Nur Yassikin Bt Yabahon
6. Pn. Malini A/P Kalappan
7. Pn. Nor Faizah Bt Abdul Shukor

1.0 Perutusan pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan
kehadiran guru dalam mesyuarat secara maya.
1.2 Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini terpaksa dibuat menggunakan
aplikasi telegram kerana beliau kini kurang sihat (selsema). Belaiu melahirkan
rasa kesyukuran kerana masih dapat bersama rakan-rakan guru untuk
menjalankan tugas dan amanah yang diberi.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


Dicadangkan oleh : Pn. Nur Yassikin Bt Yabahon
Disokong oleh : Pn. Nor Faizah Bt Abdul Shukor

1
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Perkara 4.1 – Projek Mega 2020 iaitu Program gotong royong di tapak
perhimpunan dan tandas guru. Puan Hasnah menjelaskan hanya projek
mengecat tembok di tapak perhimpunan sahaja yang dapat dibuat kerana hari
persekolahan yang terhad pada tahun lepas akibat masalah Covid 19.
3.2 Begitu juga dengan perkara 4.2 – Pertandingan Keceriaan Kelas yang terpaksa
ditangguhkan kerana masalah Pendemik Covid 19.

4.0 Perbincangan isu dan permasalahan


4.1 Pertandingan Kebersihan Bilik Darjah
4.1.1 Ketua Unit akan berbincang terlebih dahulu dengan Guru Hal Ehwal
Murid mengenai perkara ini. Hasil perbincangan akan diberitahu dalam
masa terdekat.

4.1.2 Pn. Malini menyatakan mengenai cara pemilihan pemenang


pertandingan kebersihan kelas. Adalah lebih sesuai mengikut tahap
iaitu tahap 1 dan tahap 2 dan kelas-kelas khas. Bukan mengikut aliran.
Hanya johan dan naib johan sahaja.

4.1.3 Namun, bagi kelas tahun 6, lebih sesuai dibuat pertandingan khas
untuk tahun 6 sahaja memandangkan kelas tahun 6 sentiasa dibuka dan
sukar untuk menghias kelas secara kekal. Cadangan ini juga akan
dimaklumkan kepada Guru Hal Ehwal Murid. Hadiahnya juga perlu
sesuai.

4.2 Pelancaran Bulan 3K


4.2.1 Pn. Nur Faizah bertanya bilakah pelancaran bula 3K kerana tidak
dinyatakan dalam buku Pengurusan Sekolah. Ketua Unit Ketua Unit
menyatakan selalunya Bulan Pelancaran 3K tidak dibuat pelancaran,
hanya dirancang dalam carta gantt unit sahaja. Beliau menjelaskan
aktiviti 3K adalah sepanjang tahun. Ahli jawatankuasa Unit 3K
mencadangkan dibuat pelancaran iaitu bulan awal bulan Mei. Perkara
ini akan dipanjangkan kepada Guru Hal Ehwal Murid.

4.3 Penglibatan ibubapa dalam aktiviti 3K

4.3.1 Hanya projek mega yang dirasakan sesuia sahaja akan menglibatkan
Ibubapa. Bagi guru kelas yang ingin kerjasama dan bantuan dari
ibubapa untuk menghias kelas, itu adalah inisiatif guru kelas sendiri.

Tindakan :Semua guru Unit 3K

2
5.0 Hal-hal lain
5.1 Pn. Hasnah mencadangkan mengadakan gotong-royong mengecat meja-meja
batu berhadapan kelas Tahun 1 Pintar yang telah pudar dan lusuh.
5..2 Pn. Zuraida mencadangkan dibuat tempat duduk yang sesuai di bawah Pokok
Doa bersebelahan bangunan Pra Sekolah. Sebelum itu, pokok tersebut perlu
dipangkas/trim agar ia lebih kemas dan cantik. Juga perlu sentiasa dipantau
dari segi keselamatan seperti sarang tebuan atau semut api.
5.3 Pn. Darmawati memaklumkan, Kelab Guru Dan Staf diberi tanggungjawab
untuk menguruskan penerimaan dan penyusunan meja baru. Beliau
mencadangkan Unit 3K turut terlibat dalam pengoperasian meja baru ini.
Gotong-royong ini akan dibuat selepas Hari Raya AidilFitri.
5..4 Ketua Unit berharap guru-guru bersama Unit 3K akan terus menjaga dan
menaik taraf keceriaan Laluan Ilmu.
5.5 Rumusannya, aktiviti / projek yang dicadangkan pada tahun 2021 :
5.5.1 – Mesyuarat jawatankuasa kecil
5.5.2 – Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
5.5.3 – Program 10 minit ( membersihkan kelas sebelum PdP bermula
dan sebelum balik.)
5.5.4 – Pelancaran Bulan Kebersihan dan Keceriaan
5.5.5 – Gotong-royong mengecat kerusi batu
5.5.6 – Menyedia tempat duduk yang sesuai di bawah pokok Doa
5.5.6 – Gotong-royong menyusun atur meja guru yang baru diterima.
Tindakan : Semua guru Unit 3K
6.0 Penutup
6.1 Ketua unit mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru Unit3K
kerana memberikan Kerjasama dalam mesyuarat kali ini. Jika ada
sebarang cadangan, masih boleh diusulkan lagi. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 10.45 malam.

Disediakan oleh,

Setiausaha Mesyuarat Unit 3K


Bilangan 1 Tahun 2021

3
4

Anda mungkin juga menyukai