Anda di halaman 1dari 8

Teks temu bual yang ditranskripkan Interpretasi aspek stress murid dalam pdpr

Analisis
Soalan 1: Jelaskan tentang tahap stress Pengkaji ingin mendapat tahu tentang
anda semasa pdpr? keseriusan tahap stress dalam kalangan
murid sepanjang pdpr dilaksanakan.
Respondan 8:

Saya mengadapi stress kerana tidak dapat Menurut responden, murid mengalami
melakukan tugasan yang diberi oleh guru tahap stress yang serius kerana gangguan
kerana menghadapi masalah internet yang talian internet menyebabkan beliau tidak
lemah. Oleh kerana internet sering putus dapat melengkapkan tugasan yang diberi
pengajaran yang dibuat oleh guru tidak oleh guru semasa pdpr dilaksanakan.
jelas. Jika tidak faham atau masalah saya Masalah talian internet juga menyebabkan
tidak ingin tahu bertanya kepada siapa beliau tidak dapat faham kandungan yang
kerana ibu dan ayah bekerja malahan diajar pleh guru sepanjang pdpr. Beliau
kakak dan abang ada kelas. juga tidak dapat peluang untuk tanya
tentang kandungan yang tidak faham
kepada guru kerana telefon bimbit diguna
oleh ibubapa dan adik-beradik. Ibu dan
bapa berkerja malahan kakak dan abang
ada kelas dalam talian.
Program perisian dan sambungan ke internet adalah aspek yang paling penting dalam kelas
dalam talian ini. Pelajar perlu membeli perisian terkini untuk mengakses program dalam
talian mereka, atau membayar tambahan untuk menaik taraf ke internet berkelajuan tinggi.
Ini mungkin menyukarkan pelajar yang kurang berkemampuan untuk belajar secara
berkesan kerana kekurangan kemudahan akses internet berbanding dengan mereka yang
mampu membeli segala perisian serta internet berkelajuan tinggi.

Bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan, PDPR dalam talian menggunakan google
classroom sejak PKP mula dilaksanakan 18 Mac lalu. Kemudahan internet terutama dalam
pembelajaran adalah sangat penting pada masa kini. Ini kerana maklumat yang disediakan
di dalam internet adalah tidak terhad pada teks sematamata.

Pelajar yang tinggal di luar bandar terutamanya berhadapan dengan masalah pengajaran di
alam maya disebabkan capaian internet yang lemah. Namun begitu jika pelajar tidak dapat
menggunakan kemudahan ini dengan baik, ia akan memberi kesan dalam pendidikan
mereka seperti kekurangan sumber rujukan yang baik.

Selain itu, masih ramai lagi pelajar yang kurang berkemahiran dalam penggunaan teknologi
maklumat bagi membolehkan mereka mendapatkan bahan pengajaran dalam talian atau
mengikuti pdpr yang diajar oleh guru-guru mereka. Ini menyebabkan mereka mengalami
tekanan mental kerana tidak faham dan tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan.
Mereka hanya boleh berhubung dengan rakan-rakan untuk mendapatkan nota ataupun
informasi mengenai tugasan yang telah diberikan.

Yang pasti, kekurangan kemudahan internet sememangnya antara faktor terbesar yang
perlu dihadapi pendidik dan pelajar serta perlu diselesaikan oleh kerajaan dalam kadar yang
segera. Selain ketidakupayaan mempunyai capaian internet yang baik terutamanya di
kawasan kampung dan pendalaman, capaian internet di Malaysia adalah antara paling
perlahan dan termahal di dunia menurut laporan The State of LTE oleh OpenSigna.

Soalan 2: Pada pandangan anda apakah Pengkaji ingin tahu pandangan responden
factor utama yang mempengaruhi masalah tentang punca utama yang mendorong
stress anda semasa pdpr Sila beri responden mengalami stress sepanjang
penjelasan anda? pdpr dilaksanakan.

Respondan 4:

Faktor utama yang mempengaruhi masalah


Menurut responden, punca utama yang
stress saya semasa pdpr adalah
mendorong responden mengalami stress
menggunakan telefon bimbit . Mata saya
sepanjang pdpr dilaksanakan ialah
sangat sakit kerana skrin telefon bimbit
penggunaan telefon bimbit. Beliau berasa
kecil. Saya tidak dapat menggunakan
kurang selesa dan mmengalami kesakitan
komputer dan komputer riba kerana abang
mata kerana saiz font dalam telefon bimbit
dan kakak menggunakan peranti tersebut.
sangat kecil berbanding dengan komputer
biasa. Beliau tidak dapat menggunakan
komputer biasa atau komputer riba kelas
adik-beradik menggunakannya untuk
menghadiri kelas dalam talian.
Sejak kerajaan isytiharkan penutupan sekolah dan pembelajaran dilakukan menerusi atas
talian, ramai ibu bapa yang mula resah. Tidak semua ibu bapa berkemampuan membeli
peranti untuk semua anak yang bersekolah. Ini menjadi antara cabaran pembelajaran atas
talian yang terbesar dalam bidang pendidikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) kerana ia menyebabkan ada pelajar ketinggalan dalam pembelajaran.

Oleh itu, anak-anak mereka perlu berkongsi peranti secara bergilir-gilir untuk menyertai
kelas atas talian. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, yang tiada kemudahan gajet ini
pasti menyukarkan mereka untuk mengikuti segala pembelajaran dalam talian yang
diusahakan oleh para pengajar dan seterusnya akan menyebabkannya ketinggalan
berbanding rakan-rakan yang lain.

Dalam pengajaran dan pembelajaran secara maya, para pendidik dan pelajar tidak
terkecuali daripada cabaran fizikal.  Cabaran yang mungkin dihadapi oleh pendidik dan
pelajar adalah seperti duduk melebihi dua jam pada satu-satu masa dan juga masalah
penglihatan akibat terlalu lama menggunakan komputer.  

Kesihatan mata tidak boleh dipandang ringan. Ia sangat penting kerana penggunaan
komputer terlalu lama boleh menyebabkan ketegangan dan keletihan mata. Terlalu kerap
menatap layar skrin pada telefon bimbit menyebabkan mata jadi suram, kering dan kerap
sakit kepala.

Secara fizikal, mata pelajar akan terdedah dengan pencahayaan yang lebih banyak dan
kompleks apabila pelajar menggunkan telefon bimbit dalam tempoh masa yang lama.maka
pelajar berpotensi untuk rabun dan akan mengalami keletihan mata mengakibaatkan
mereka susah untuk fokus pada pembelajaran secara maya.
Respondan 3 Pengkaji ingin tahu tentang punca lain yang
Soalan 3: Selain factor diatas, apakah mendorong responden menghadapi
factor lain yang menyebabkan stress anda? masalah stress semasa menghadiri kelas
dalam talian.
Respondan 3:

Pada pandangan saya, sekolah menjadi Menurut responden, punca utama yang
salah satu faktor mempengaruhi masalah mendorong responden mengalami stress
stress saya semasa pdpr ialah sepanjang pdpr dilaksanakan ialah tidak
ketidaksediaan pelajar dan komitmen untuk yakin dan belum bersedia untuk mengikuti
belajar secara sendiri. Pelajar tidak dapat PDPR secara maya yang memerlukan
membuat persediaan dan perancangan perancangan dan persediaan yang rapi.
yang rapi untuk memperolehi bahan dan Respondan perlu merancang strategi
maklumat berkaitan dengan pembelajaran pembelajaran yang bersesuaian dan
kerana suasana pembelajaran yang tidak seterusnya memberikan komitmen yang
kondusif dan tidak tenang di rumah lebih tinggi untuk memahami PDPR. Ini
berbanding dengan sekolah dan kurang juga memerlukan kemahiran untuk
kemahiran teknologi. mengakses maklumat yang
diperlukan.Suasana yang tidak
menggalakkan dan tidak sesuai di rumah
menyebabkan responden mengalami
tekanan mental yang tinggi.
Dalam PDPR secara maya ini, pelajar perlu berdikari pada setiap masa dan
bertanggungjawab untuk pembelajaran. Oleh itu pelajar perlu membuat persediaan dan
perancangan yang rapi untuk memperolehi bahan dan maklumat berkaitan dengan
pembelajaran.

Bukan semua pelajar mahir dan tahu menggunakan aplikasi terkini, jadi jika mereka kurang
mahir mengendalikan komputer, potensi untuk ketinggalan dalam pelajaran akan ada, ini
membuatkan mereka sangat bimbang terhadap masa depan mereka dalam penerimaan
pengajar terhadap kebolehan dan prestasi mereka.

Sekiranya pelajar dapat seimbangkan perubahan dalam proses pembelajaran terutama cara
untuk mendapatkan maklumat dengan kandungan kursus serta sumber berasaskan
pembangunan teknologi, maka ianya akan membawa kepada penerimaan untuk sesuatu
sistem pembelajaran-e tanpa merasa bimbang dan gelisah.

Keluarga yang memiliki rumah yang selesa pasti tidak akan merasai masalah ini. Lain pula
bagi golongan yang tinggal di rumah yang sempit dan perlu berkongsi bilik bersama adik-
beradik yang lain sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).  Hal ini pasti
menjadi antara cabaran pembelajaran atas talian buat mereka, tambah-tambah pelajar yang
akan menghadapi peperiksaan besar seperti SPM. Suasana riuh di rumah, ruang belajar
yang tidak selesa akan menyebabkan mereka sukar untuk memberi tumpuan ketika sesi e-
pembelajaran dijalankan.

Persekitaran pembelajaran yang kurang kondusif turut menyebabkan kesukaran kepada


pelajar untuk memberikan tumpuan semasa sesi pembelajaran dijalankan. Malah, terdapat
segilintir ibu bapa yang mengambil sikap acuh tak acuh dengan memberikan tugasan rumah
tatkala proses pembelajaran sedang berlangsung. Selain itu, dikatakan ada juga segelintir
ibu bapa seolah-olah tidak memahami dan memberi tugasan rumah ketika anak perlu
menyertai kelas atas talian. Jika dibiar berlarutan, anak-anak ini pasti akan berasa tertekan
dan tidak lagi berminat untuk belajar.
Soalan 4: Pada pandangan anda, adakah Pengkaji ingin tahu tentang pandang
sekolah menjadi salah satu factor untuk responden terhadap pihak sekolah. Adakah
masalah stress anda? Bagaimana? pihak sekolah menjadi salah satu punca
yang mendorong masalah stress
Respondan 4:
responden sepanjang pdpr dilaksanakan.

Pada pandangan saya, sekolah menjadi


Menurut responden, beliau mengaku
salah satu factor mempengaruhi masalah
bahawa pihak sekolah juga merupakan
stress saya semasa pdpr ialah projek atau
salah satu punca yang mendorong masalah
tugasan yang perlu dihantar dalam masa
stressnya. Tempoh yang diberi bagi
yang singkat. Contohnya, saya perlu
menyiapkan tugasan atau projek yang
menghantar sesuatu tugasan dalam empat
diberi semasa pdpr sangat singkat.
hari tetapi saya sibuk dengan pertandingan-
Manakala responden juga sibuk dengan
pertandingan yang lain yang dianjurkan
beberapa pertandingan yang dianjurkan
sekolah, PPD, JPN dan KPM.
oleh pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM.
Beliau berasa tertekan kerana perlu
menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru
dan perlu bersedia untuk pertandingan
pada masa yang sama.
Pembelajaran-e meningkatkan kecekapan komunikasi di mana maklumat seperti arahan
penyelia, peringatan dan pencapaian dalam kursus akademik akan disebarluaskan dengan
pantas tanpa ada batasan masa dan tempat.

Apabila pelajar menerima maklumat dalam bentuk arahan dan peringatan yang berterusan
pelajar akan terdesak untuk melaksanakan arahan berkenaan. Desakan ini akan menjadi
lebih ketara apabila pelajar berada di dalam keadaan bebanan tugasan yang banyak dan
persekitaran yang tidak kondusif.

Selain itu pelajar juga boleh tertekan untuk melaksanakan tugasan dan arahan yang
diberikan tanpa batas masa melalui alat elektronik terutama dalam situasi persaingan untuk
mendapatkan keputusan yang tebaik di dalam kursus.Tanggapan terhadap permintaan
untuk menghasilkan kualiti tugasan yang tinggi akibat penggunaan pembelajaran-e juga
boleh memberikan tekanan kepada pelajar.

Malahan tekanan daripada pensyarah juga antara sebab pelajar rasa tertekan kerana ada
pensyarah yang tak memahami masalah pelajar yang sudah terlalu banyak dibebani dengan
ujian, tugasan (assingment) dan laporan.  Ada pensyarah yang terlalu rigid yang mahukan
semua tugasan itu dihantar dan dibuat dalam masa satu minggu yg sama. Terdapat juga
pensyarah yang mengambil masa rehat atau cuti hujung minggu untuk buat kelas
menyebabkan pelajar tidak dapat rehat. 

Bebanan tugas yang terlalu banyak, kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan
memberikan stress kepada pelajar. Kebanyakan pelajar menyatakan berasa stress apabila
bebanan tugas akademik terlalu banyak dan arahan tugasan yang kurang jelas
menyukarkan mereka untuk memahami kehendak soalan.

Anda mungkin juga menyukai