Anda di halaman 1dari 22

MAKAN SECARA SIHAT

1. Memakan banyak makanan yang memberi tenaga akan menyebabkan seseorang lebih :-

A. Sihat
B. Gemuk
C. Kurus

2. Kebanyakan remaja mempunyai tabiat makan yang buruk. Antaranya :-

A. Makan tanpa mengira waktu


B. Suka memakan buah-buahan
C. Kurang memakan makanan berlemak

3. Yang mana berikut mengandungi sodium/garam yang paling tinggi?

A. Telur
B. Ikan masin
C. Daging segar

4. Contoh minuman yang tidak mengandungi gula ialah :-

A. Teh cina
B. Minuman bergas
C. Jus buah-buahan

5. Buah yang mana di antara berikut mengandungi paling banyak Vitamin C

A. Oren
B. Epal
C. Jambu batu

1
MAKAN SECARA SIHAT

6. Makanan yang paling kaya dengan kalsium ialah :-

A. Hasil Tenusu
B. Kekacang
C. Bijian

7. Kanak-kanak menjadi kurang selera makan kerana :-

A. Terlalu aktif
B. Tidak dibenarkan makan sambil menonton televisyen
C. Kerap memakan snek kurang berkhasiat

8. Yang manakah berikut tidak mengandungi kolesterol?

A. Sayur
B. Daging
C. Ikan bilis

9. Adalah disarankan kita meminum berapa gelas air sehari?

A. 2 – 4 gelas
B. 4 – 6 gelas
C. 6 – 8 gelas

10. Makanan yang dimasak dengan cara apa paling tinggi kalorinya?

A. Rebus
B. Goreng
C. Kukus

2
MAKAN SECARA SIHAT

11. Masalah sembelit boleh diatasi melalui pengambilan makanan yang kaya dengan:-

A. Protein
B. Serat
C. Lemak

12. Berat badan berlebihan disebabkan oleh yang berikut kecuali :-

A. Memakan banyak makanan yang mengandungi lemak


B. Tidak bersenam secukupnya
C. Makan atas sebab yang lain misalnya bosan atau tekanan
D. Memakan serat yang berlebihan

13. Makanan yang berikut meningkatkan risiko sakit jantung kecuali :-

A. Pengambilan lemak yang berlebihan


B. Kolesterol yang banyak
C. Terlalu banyak serat
D. Terlalu banyak garam

14. Berlebihan berat badan boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut kecuali :-

A. Risiko sakit jantung yang bertambah


B. Diabetes mellitus
C. Tekanan darah tinggi
D. Osteoporosis

15. Perkara-perkara yang dilakukan untuk mengurangkan berat badan adalah seperti berikut
kecuali :-

A. Buat keputusan tegas untuk mengurangkan berat badan


B. Kurangkan pengambilan kalori dengan mengubahsuai diet yang sedia ada
C. Selalu bersenam
D. Minum banyak air untuk menggantikan makanan

3
MAKAN SECARA SIHAT

16. Rahsia mengamalkan makan secara sihat adalah seperti berikut kecuali :-

A. Makan pelbagai jenis makanan


B. Makan lebih buah-buahan, sayuran hijau atau kuning, kacang, kekacang dan bijirin
C. Makan mengikut waktu teratur dan jangan makan makanan ringan di antara waktu
makan
D. Elakkan gula, garam dan minyak sama sekali

17. Saya tidak perlu mengambil sarapan pagi setiap hari sebab ia tidak Betul Salah
penting untuk saya

18. Jika berat saya berlebihan saya perlu kurangkan memakan Betul Salah
makanan gula-gula dan coklat

19. Makanan segera adalah baik dimakan setiap hari Betul Salah

20. Saya boleh mengambil makanan yang telah dihinggapi lalat Betul Salah

4
MAKAN SECARA SIHAT

21. Saya hendaklah membeli/memilih makanan yang tertutup Betul Salah

22. Saya hendaklah membeli makanan di gerai/kantin yang bersih Betul Salah

23. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah kaya dengan Vitamin C Betul Salah
dan serat

24. Buah-buahan dan sayur-sayuran penting bagi memudahkan saya Betul Salah
membuang air besar

25. Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan kalsium Betul Salah

5
MAKAN SECARA SIHAT

26. Zat makanan seperti kalsium penting untuk pertumbuhan tulang Betul Salah
dan gigi yang kuat

27. Ikan, ayam dan telur membekalkan kita zat protein Betul Salah

28. Gula dan minyak memberi kita tenaga yang tinggi Betul Salah

29. Orang yang gemuk lebih mudah mendapat penyakit jantung dan Betul Salah
darah tinggi

30. Minuman teh dan kopi adalah baik untuk budak sekolah Betul Salah

6
MAKAN SECARA SIHAT

31. Mee, nasi, roti dan ikan adalah tergolong dalam kumpulan Betul Salah
karbohidrat

32. Minuman air masak boleh membuat saya gemuk jika minum Betul Salah
banyak gelas sehari

33. Makanan hati, jantung dan hempedal adalah rendah dalam Betul Salah
kolesterol

34. Susu memberi zat protein, karbohidrat dan lemak Betul Salah

35. Mee segera tanpa sayur dan lauk adalah makanan seimbang jika Betul Salah
dimakan untuk makan tengahari

7
MAKAN SECARA SIHAT

36. Makanan seperti keropok, ayam goreng dan pisang goreng adalah Betul Salah
rendah dalam kalori

37. Berapa kumpulan makanankah yang terdapat di dalam piramid 5 5


makanan? Kumpulan Kumpulan

38. Mengikut piramid makanan, kumpulan makanan seperti lemak, Betul Salah
minyak, garam dan gula hendaklah diambil dengan sedikit

39. Mee hoon sup mempunyai lebih tenaga berbanding mee hoon Betul Salah
goreng

40. Ayam memberi kita protein dan karbohidrat Betul Salah

8
MAKAN SECARA SIHAT

41. Roti mengandungi karbohidrat seperti nasi Betul Salah

42. Jika sakit saya tidak perlu makan Betul Salah

43. Saya perlu mengambil enam hingga lapan gelas air sehari Betul Salah

44. Minuman bergas adalah baik untuk kesihatan jika diminum setiap Betul Salah
hari

45. Pengambilan garam yang berlebihan adalah baik untuk kesihatan Betul Salah

9
MAKAN SECARA SIHAT

46. Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi protein Betul Salah
dan karbohidrat sahaja

47. Apakah perkara-perkara yang perlu digalakkan semasa mengendali makanan

A. Meludah, bersin dan batuk ke arah makanan


B. Menggaru kepala semasa mengendali makanan
C. Memakai apron dan topi
D. Menyimpan kuku yang panjang

48. Kenapa makanan yang telah dimasak perlu ditutup

A. Dicuri orang
B. Dihinggapi lalat, lipas dan habuk
C. Dilanggar pelanggan
D. Mudah basi

49. Cara mengambil makanan yang betul ialah dengan

A. Tangan
B. Tangan dan penyepit
C. Penyepit, sudu dan garpu
D. Semuanya salah

50. Apakah slogan Kempen Cara Hidup Sihat 2003, Kementerian Kesihatan Malaysia

A. Utamakan Kesihatan – Amalkan Cara Hidup Sihat


B. Sihat Sepanjang Hayat
C. Utamakan Kesihatan – Sihat Sepanjang Hayat
D. Utamakan Kesihatan

10
MAKAN SECARA SIHAT

51. Kenyataan manakah betul tentang masa mencuci tangan

A. Tangan tidak perlu dicuci kerana tangan selalu bersih


B. Tangan perlu dicuci bila hendak makan, selepas ke tandas dan bila hendak mengendali
makanan
C. Tangan boleh dicuci bila-bila masa yang difikirkan perlu
D. Mencuci tangan dilakukan bila difikirkan perlu

52. Ada berapa langkah mencuci tangan

A. 4 langkah
B. 5 langkah
C. 6 langkah
D. 7 langkah

53. Buah betik mengandungi paling banyak

A. Vitamin A
B. Vitamin B
C. Vitamin C

54. Kanak-kanak memerlukan makanan yang kaya dengan protein untuk :

A. Membantu tumbesaran
B. Menyembuhkan penyakit
C. Membina tulang yang kuat

55. Yang manakah di antara berikut paling baik digunakan untuk menggantikan mentega yang
tinggi kandungan lemak dalam diet kita

A. Marjerin
B. Krim
C. Mayonis

11
MAKAN SECARA SIHAT

56. Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak mengandungi :

A. Serat
B. Mineral
C. Kolesterol

57. Makanan yang mana berikut mengandungi paling tinggi lemak :

A. Ikan bakar
B. Ikan goreng
C. Ikan kukus

58. Pengambilan lemak yang berlebihan akan meningkatkan risiko

A. Rabun malam
B. Penyakit jantung
C. Tulang rapuh

59. Contoh hasil tenusu ialah :

A. Keju
B. Marjerin
C. Krim

60. Jenis minyak yang paling baik untuk kesihatan ialah :

A. Minyak kelapa sawit


B. Minyak sapi
C. Minyak yang diguna untuk menggoreng berulang kali

12
MAKAN SECARA SIHAT

61. Gula berlebihan yang tidak diguna oleh tubuh akan disimpan di dalam tubuh dalam bentuk :

A. Lemak
B. Protein
C. Karbohidrat

62. Nasi mengandungi paling tinggi zat apa?

A. Karbohidrat
B. Protein
C. Lemak

63. Susu dan hasil tenusu kaya dengan zat apa yang diperlukan untuk membina tulang dan gigi
yang kuat?

A. Lemak
B. Kalsium
C. Vitamin A

64. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber yang kaya dengan?

A. Serat
B. Vitamin
C. Kedua-duanya

65. Buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengatasi masalah sembelit kerana ia
kaya dengan :

A. Serat
B. Iodin
C. Zat besi

13
MAKAN SECARA SIHAT

66. Berbanding dengan mentega, marjerin lemak poli tak bertepu mempunyai nilai kalori yang :

A. Sama
B. Lebih tinggi
C. Lebih rendah

67. Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan :

A. Karies gigi
B. Plak gigi
C. Kanser gusi

68. Amalan makan secara sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sepanjang
hayat

A. Ya
B. Tidak

69. Amalan makan secara sihat ini seharusnya dipupuk dan dibentuk dari peringkat awal lagi

A. Ya
B. Tidak

70. Amalan makan secara sihat merangkumi beberapa aspek. Yang manakah antara berikut tidak
benar?

A. Makan pelbagai jenis makanan


B. Imbangkan makanan yang dimakan dengan aktiviti fizikal
C. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
D. Amalan pengambilan snek sebelum waktu makan amat digalakkan

14
MAKAN SECARA SIHAT

71. Pengambilan makanan ringan boleh mengakibatkan ……….

A. Kurang selera untuk makan


B. Menyebabkan rasa mengantuk
C. Meningkatkan selera makan
D. Sentiasa segar sepanjang masa

72. Vitamin A boleh diperolehi dari sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning

A. Ya
B. Tidak

73. Kekurangan vitamin C boleh mengakibatkan penyakit …..

A. Rabun Malam
B. Penyakit Gusi (skurvi)
C. Darah lambat beku
D. Kebutaan

74. Kacang kering dan kekacang adalah sumber serat dan protein yang tinggi

A. Ya
B. Tida

75. Kolesterol dan lemak boleh dikurangkan dengan cara ……..

Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng, Pilih makanan yang rendah lemak, Pilih
makanan yang rendah kolesterol, Buang segala lemak dan kulit yang terdapat pada ayam
dan daging

15
MAKAN SECARA SIHAT

76. Nyatakan satu keburukan mengambil makanan ringan

Kandungan gula yang tinggi yang boleh menyebabkan kerosakan gigi, Kandungan garam
yang banyak menyebabkan penyakit buah pinggang, Zat makanan yang tidak seimbang,
Mengurangkan selera makan, Menyebabkan dahaga

77. Kekurangan makanan laut seperti kerang dan ikan boleh mengakibatkan penyakit

A. Gastrik
B. Goitre
C. Osteoporosis
D. Anemia

78. Zat besi boleh diperolehi dari ……….

Daging, hati, sayur dan buah kering, telur

79. Kekurangan vitamin K boleh menyebabkan ………….

Darah lambat beku, Berlakunya pendarahan dalam badan

80. Gangguan sistem saraf dan sentiasa berasa gementar disebabkan kekurangan vitamin B

A. Ya
B. Tidak

16
MAKAN SECARA SIHAT

81. Susu, keju, dadih dan ikan bilis merupakan sumber bagi vitamin

A. Vitamin D
B. Vitamin C
C. Vitamin B
D. Vitamin E

82. Bagaimana cara anda mengelakkan kekurangan iodine dalam pengambilan makanan seharian

Memakan makanan laut yang kaya dengan iodine seperti ikan, kerang, ketam, Menggunakan
garam beriodin dalam masakan setiap hari, Mengurangkan kekerapan mengambil makanan
yang tinggi kandungan goitrogen, Menggunakan air beriodin

83. Goitrogen adalah sejenis bahan yang menghalang penyerapan zat iodine oleh kelenjar tiroid.
Nyatakan satu contoh makanan yang kaya dengan goitrogen ……

Kobis, Ubi kayu, Pucuk ubi, Bunga kobis, Brokoli, Rebung

84. Pucuk ubi kayu mengandungi banyak kandungan goitrogen. Bagaimanakah caranya untuk
memusnahkan goitrogen berkenaan

Tumbuk dengan menggunakan lesung batu atau racik halus-halus dan dedahkan ia ke udara
selama satu jam. Kemudian basuh pucuk ubi kayu berkenaan.

85. Osteoporosis disebabkan kekurangan sumber………..

A. Kalsium
B. Vitamin A
C. Iodin

86. Apakah kepentingan sarapan pagi?


17
MAKAN SECARA SIHAT

A. Memberi tenaga untuk memulakan aktiviti harian


B. Mengalas perut sehingga petang
C. Menghindarkan diri dari mengantuk
D. Memberikan minat untuk belajar

87. Di antara berikut, merupakan kesan jika anda tidak mengambil sarapan pagi kecuali

A. Kurang tenaga untuk melakukan sebarang aktiviti pagi


B. Mengurangkan kecergasan di dalam kelas waktu pagi
C. Mudah letih dan mengantuk di dalam kelas
D. Dapat memberikan sepenuh tumpuan di dalam kelas

88. Apakah yang anda faham dengan premis makanan ……

A. Membawa makanan dari rumah


B. Membeli makanan di luar seperti di kantin, sekolah dan dari penjaja-penjaja
C. Membeli makanan dari dalam tin
D. Memasak makanan tersebut dengan sendiri

89. Di antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri premis makanan yang bersih?

A. Persekitaran yang bersih, lantai bersih, jauh dari jalan raya dan tiada lalat berkeliaran
B. Penjaja makanan tersebut perlu menutup mulutnya
C. Mempunyai pengedaran udara yang sempurna
D. Menudung makanan

90. Apakah yang perlu ada pada seseorang yang mengendalikan makanan?

A. Menutup mulutnya ketika menyiapkan makanan


B. Berpakaian bersih, memakai apron, memakai tutup kepala dan tidak merokok
C. Sentiasa membasuh tangan
D. Memakai kasut yang sesuai

91. Kolera merupakan salah satu penyakit jangkitan yang dibawa oleh air dan makanan

18
MAKAN SECARA SIHAT

A. Ya
B. Tidak

92. Nyatakan apakah penyakit-penyakit yang akan dihidapi jika mengambil makanan yang tidak
bersih

Cirit-birit, Hepatitis A, Tiroid, Keracunan makanan, Kolera

93. Snek yang berkhasiat boleh diambil antara waktu utama sebagai pengalas perut. Nyatakan
satu contoh snek berkhasiat

Buah-buahan, Jagung, Kacang rebus, Apam, Pau kukus, Minuman bersusu, Pisang Segar,
Capati, Sandwic, Betik segar, Coklat, Biskut tawar, Popiah basah

94. Jika anda kurang berat badan, nyatakan satu langkah yang sesuai untuk meningkatkan berat
badan

Tingkatkan pengambilan makanan yang berkhasiat, Makan mengikut waktu yang teratur,
Makan snek yang berkhasiat, Ambil sarapan pagi

95. Anda boleh mendapatkan semua zat yang diperlukan dengan cara ………

A. Memakan banyak makanan


B. Memakan banyak daging
C. Memakan pelbagai jenis makanan
D. Memakan makanan yang mahal

96. Berikut adalah gambarajah piramid makanan yang boleh digunakan sebagai panduan makan
secara sihat. Apakah makanan yang sesuai berada dalam bahagian yang bertanda X?
19
MAKAN SECARA SIHAT

A. Nasi dan roti


B. Susu
X C. Lemak
D. Sayur-sayuran dan buah-buahan

97. Terdapat 3 waktu makan utama dalam sehari iaitu :-

A. Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam


B. Minum pagi, minum petang, minum malam
C. Sarapan pagi, minum petang, makan malam
D. Minum pagi, makan tengahari, makan malam

98. Makanan-makanan berikut perlu dihadkan kerana mengandungi sama ada banyak gula,
garam atau lemak kecuali

A. Minuman bergas
B. Buah-buah jeruk dan asam boi
C. Sosej goreng
D. Buah-buahan segar

99. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak boleh menyebabkan
kegemukan. Makanan-makanan berikut mengandungi lemak yang tinggi kecuali

A. Buah oren
B. Ayam goreng
C. Kentang goreng
D. Burger

100. Antara berikut yang manakah amalan mencuci tangan yang paling baik?

A. Setiap kali selepas makan


B. Setiap kali selepas ke tandas
C. Setiap kali sebelum makan dan selepas ke tandas
D. Setiap kali sebelum dan selepas makan

101. Berikut ialah bahan yang diperlukan untuk mencuci tangan dengan sempurna kecuali

20
MAKAN SECARA SIHAT

A. Sabun
B. Air yang bersih
C. Tuala tangan yang bersih
D. Berus

102. Mengikut piramid makanan, kumpulan makanan yang anda boleh makan paling banyak

A. Daging, ikan, ayam


B. Sayur dan buah
C. Lemak, minyak dan gula
D. Nasi, bijirin dan ubi

103. Mengikut piramid makanan, kumpulan makanan yang anda boleh makan paling sedikit ialah

A. Daging, ikan, ayam


B. Sayur dan buah
C. Lemak, minyak dan gula
D. Nasi, bijirin lain dan ubi

104. Snek adalah makanan yang diambil di antara waktu makan utama. Manakah di antara berikut
bukan snek yang sihat?

A. Buah betik
B. Sandwich
C. Minuman bersusu
D. Gula-gula

105. Di antara berikut yang mana contoh hidangan makanan tengahari yang tidak lengkap dari
segi zat makanan

A. Nasi, ikan, bayam dan buah tembikai


B. Nasi, ayam, kacang panjang dan buah jambu
C. Nasi dan telur sahaja
D. Nasi, dhal, acar dan buah nanas

106. Berikut adalah gambarajah piramid makanan. Apakah makanan yang sesuai berada dalam
bahagian yang bertanda X?

21
MAKAN SECARA SIHAT

A. Nasi dan roti


B. Susu
C. Lemak
X
D. Sayur-sayuran dan buah-buahan

CCY/ana/290403{kuiz makan secara sihat}

22

Anda mungkin juga menyukai