Anda di halaman 1dari 8

DIET SEIMBANG

DIFENISI DIET SEIMBANG


Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk
memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan
seimbang seharusnya memberikan kita tenaga, makanan yang mencukupi,karbohidrat,
protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi..Makanan
yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada
penyakit.
APA ITU MAKANAN SEIMBANG
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan
normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak
secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi
tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor
yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli,
makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat.Makanan seimbang seharusnya memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
9 TIPS DIET SEIMBANG
Diet seimbang ialah kunci untuk badan yang lebih menawan.
 Mereka yang terfikir untuk menjaga penampilan diri mereka kerana dengan menjaga penampilah diri mereka, baru lah orang
sekeliling mereka pun senang untuk bergaul dengan mereka. So, disini saya telah menyediakan tips untuk  berdiet dengan
berkesan:

1. Makan Makanan Seimbang


Pengambilan pelbagai jenis makanan mengikut panduan piramid makanan perlu ada bagi memastikan kesemua khasiat serta
nutrien yang berguna dapat diambil bagi memastikan badan menyerap segala khasiat-khasiat tersebut.
Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser,
serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.
Dengan kata lain: makanan seimbang = diet seimbang.

2. Makan Perlahan-lahan
“MAKAN CEPAT!”, mungkin inilah perkataan yang kita sering dengar daripada ibubapa kita sewaktu kecil dulu. Mungkin kerana
mereka tidak sabar menunggu kita menghabiskan makanan kita secepat yang mungkin. 
Akan tetapi, kita tidak sedar bahawa makan makanan dengan perlahan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Ia boleh
merangsang pengeluaran lebih banyak air liur yang mengandungi enzim emilase yang membantu menghancurkan dan
menghadamkan makanan.
Makan perlahan-lahan membantu kita mengawal jumlah makanan yang masuk ke dalam perut. Ini penting bagi mereka yang
hendak mengurangkan berat badan.

3. Susu Kacang Soya


Umum mengetahui kebaikan susu kacang soya. Kacang ajaib ini telah menjadi bahan tenusu yang baru, iaitu neo-protein untuk
diet masakini.
soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita.
Antara sebabnya ialah kerana ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah
daripada meningkat secara cepat. Soya juga merupakan sumber protein  rendah lemak yang membantu membina kandungan otot.

4. Buah-buahan
Buah-buahan merupakan satu keperluan bagi memastikan keperluan tubuh badan kita dipenuhi bagi memastikan kesihatan  tubuh
badan kita terjaga dan diet yang seimbang.
Jus buah-buahan khususnya merupakan satu menu yang perlu ada di dalam menu pemakanan kita kerana ia mengandungi
pelbagai jenis vitamin yang baik untuk tubuh badan kita.
Contohnya jus epal banyak mengandungi megnesium, zat besi dan silikon, potasium, fosfor, sodium, kalsium, belerang, vitamin A,
B dan C yang dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh.

5. Kurma
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan
boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.
Kurma merupakan antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan
ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Bayangkan hanya dengan memakan kurma sahaja, ia telah mencukupi untuk membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan
seharian kita.

6. Daging
Daging juga merupakan satu keperluan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. tetapi, itu tidak bermakna kita boleh memakan
dan memilih daging sesuka hati mengikut keperluan kita.
Seharusnya, kita perlu mengelak memakan daging yang boleh meningkatkan tekanan darah kita iaitu daging merah seperti daging
lembu. Daging yang elok untuk kita makan bagi menjaga diet yang seimbang ialah daging putih seperti daging arnab dan daging
baka boer.
Walaupun begitu, kita perlu juga mengawal kuantiti daging yang diambil untuk diet yang seimbang.

7. Madu
Madu merupakan satu menu yang penting di dalam pemakanan kita kerana ia dapat memenuhi keperluan tubuh dan cepat
memberi tenaga.Jika diamalkan minum madu setiap hari, ia akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang
cukup, terutamanya kepada mereka yang sedang berdiet.
Madu lebih elok jika digunakan untuk sampingan sarapan agar tenaga segera siap digunakan dala m menjalankan kerja harian.
Bagi mereka yang mahu mengamalkan diet yang sihat, pengambilan madu adalah satu langkah yang bijak dan selamat.

8. Sayur-sayuran
Bagi sesetengah orang, sayur merupakan pilihan terakhir untuk menu pemakanan mereka. Ada juga yang sanggup mengetepikan
sayur-sayuran yang terdapat di dalam hidangan mereka setiap kali mereka menjamu selera.

Walaupun begitu, sayur-sayuran merupakan satu hidangan yang popular dikalangan mereka yang ingin berdiet. Ada yang sanggup
menjadi “vagetarian”, hanya memakan dan mengambil sayur di dalam hidangan mereka sedangkan mengamalkan diet seperti itu
adalah tidak baik untuk kesihatan kita.

Sayur mengandungi kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.

9. Bubur Gandum & Oat


Bubur Gandum & Oat mengandungi serat larut (soluble fiber) yang boleh menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) anda. Soluble
fiber juga boleh ditemui pada makanan lain seperti kacang buncis, epal, buah pir, barli dan buah prun. Serat yang larut diyakini
mampu menurunkan penyerapan kolesterol dalam proses pencernaan anda. Mengambil 10 gram lebih serat larut setiap hari dapat
menurunkan kadar LDL. Setiap 1 ½ cawan oat yang anda makan mengandungi 6 gram serat. Jika anda tambahkan buah-buahan
seperti pisang, anda menambah 4 gram lebih serat.

9 MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN DALAM DIET SEIMBANG

 Soft Drinks / Minuman bergas


 Minuman Kedai Kopi
 Produk kaya tepung
 Roti, kek, dll

 Makanan / Minuman pek segera (instant)


 Makanan dalam tin 

 Makanan bergoreng

 Makanan segera

 Snek buah
KESIMPULAN
Makanan seimbang amat penting dalam kehidupan manusia yang sihat. Justeru, masyarakat perlu mempunyai
kesedaran tentang kepentingan makanan seimbang dan mengamalkan amalan ini untuk sepanjang hayat.

Anda mungkin juga menyukai