Anda di halaman 1dari 4

10 petua untuk meningkatkan kadar

metabolisme
Posted under Tips langsing by izalin

10 petua untuk meningkatkan kadar metabolisme yang akan membantu mempercepatkan


proses penurunan berat badan anda….

1. Bina otot-otot (build Muscle).Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori


walaupun semasa kita berehat. kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih
tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari
manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2. Bersenam aerobik atau berjogging.Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot


namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3. Minum banyak air.Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita
kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam
sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan
bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan.
Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi
kandungan air.

4. Campurkan ais dalam air.Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih
kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau
cream/susu pekat manis.

5. Makan lebih kerap.Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.
Ambil snek setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian
menunjukkan jika seseorang mengamalkan snek mereka akan makan kurang sewaktu
makan tengahari dan makan malam.

6. Pedaskan masakan anda.Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh
meninggikan kadar metabolisme.

7. Makan lebih protein.Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein
berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah,
ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8. Minum kopi.Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula.

9. Minum teh hijau.Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari
membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.
10. Elakkan crash diet.Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori
sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya
pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot
berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakar
kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet
jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme
ialah:

1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi

2. Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini
disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak-faktor
hormon)

3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas.

Kredit to mamaboomboom..:D

Anda mungkin juga meminati:

http://www.izalin.com/blog/tips-langsing/10-petua-untuk-meningkatkan-kadar-
metabolisme/

7 perkara yang kirah akan ajarkan.

1. Banyakkan Bergerak

Menurut kajian yang dilakukan di barat, berjalan kaki, lebih banyak berdiri dari
duduk, dan banyak bergerak akan membakar kalori sebanyak 350 atau lebih kalori
sehari berbanding dengan orang yang hanya duduk. Dengan aktiviti ini anda boleh
hilangkan 18kg dalam setahun.

2. Pastikan makan kalori kurang dari 400 setiap hidangan

Dalam banyak kajian, jarak yang betul bagi setiap hidangan dan dalam kuantiti
yang sama mampu membuat anda hilang berat badan.Makan makanan pada jarak
yang betul dan kuantiti yang betul boleh meningkat kadar pembakaran kalori
selepas makan, memberi respon yang baik kepada insulin dan boleh menurunkan
paras kolestrol dalam darah. Makan pada masa dan kuantiti yang betul juga boleh
mengelakkan anda terlebih makan untuk satu hidangan.Pastikan anda makan
paling kurang 4 hidangan sehari.

3. Kawal diri anda


Untuk menurunkan berat badan, anda perlu menaikkan kadar kecekapan anda
dalam aktivity harian, contoh: mengemas rumah dengan cepat, berjalan dengan
cepat, atau melakukan apa apa saje aktiviti dengan cepat.

4. Minum 8 gelas air sehari

Air bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, tetapi ia adalah alat untuk
menigkatkan kadar metabolisme badan. Dalam kajian yang dilakukan di German,
meminum air 8 gelas sehari boleh meningkatkan kadar metabolisme badan
sebanyak 30% dan efek nya boleh bertahan selama 90 minit dan ianya datang
daripada badan anda yang cuba mengubah suhu air itu kepada suhu badan anda
dan yang selebihnya datang dari fungsi badan untuk menyerap air itu. Oleh itu
minum air yang berais adalah baik untuk menaikkan metabolisme badan. Tetapi
perlu di-ingatkan, minum air berais selepas makan adalah tidak baik.

5. Naik turun tangga

Memilih tangga selain dari menaiki lift adalah senaman yang baik untuk
menurunkan berat badan kerana anda akan mengangkat berat badan anda
melawan gravity.

6. Mengangkat Barang runcit sebagai dumbell

Membeli barangan runcit untuk keperluan rumah adalah aktiviti yang biasa
dilalukan oleh anda. Oleh itu anda pelu mengambil kesempatan ini untuk jadikan
ianya satu senaman buat anda untuk membakar kalori dalam badan.

1. Makan 4g fiber dalam setiap hidangan

Ingat apa yang dicakapkan oleh kirah di atas, anda perlu makan paling kurang 4
hidangan sehari. Dalam 4 hidangan ini, anda perlu sertakan dengan 4g fiber. Fiber
mampu membuatkan anda berasa kenyang dengan cepat tanpa menambah kalori.
Dalam kajian yang dilakukan, perempuan yang makan kurang dari 13g fiber
sehari adalah 5 kali lebih berisiko untuk menjadi overweight.Jumlah yang
disarankan ialah 25g sehari. Contoh contoh fiber yang boleh anda ambil ialah
buah buahan seperti epal, bronkoli,

Diharap dengan artikel ini dapat membantu anda dalam meunurunkan berat badan
tanpa melakukan senaman yang berat yang boleh membuat anda merasa jemu dan
berputus asa.

Tag: mendapatkan bentuk badan yang kurus dan langsing, kurus dan langsing tanpa
melakukan senaman yang berat, menurunkan berat badan, membakar kalori melalui
senaman, pemilihan makan yang betul dan bijak dalam kuantiti yang betul,
mengurangkan jumlah kalori dalam badan,membakar kalori , pembakaran kalori
selepas makan, menurunkan paras kolestrol dalam darah, mengelakkan anda terlebih
makan untuk satu hidangan, makan paling kurang 4 hidangan sehari, menigkatkan
kadar metabolisme badan, senaman yang baik untuk menurunkan berat badan,Makan
4g fiber dalam setiap hidangan, kenyang dengan cepat tanpa menambah kalori.

Untuk kurus dengan cepat, layari:-


http://www.langsingmate5.com/jusmate5/tag/menigkatkan-kadar-metabolisme-badan

Anda mungkin juga menyukai