Anda di halaman 1dari 10

FETAL MOVEMENT

CHART
(CARTA PERGERAKAN BAYI)
PJKA Husna Bt Mat Isa
ILKKM ALOR SETAR (Kejururawatan)
Apa Itu FMC?
◦ Carta gerak anak adalah satu carta pemantauan
pergerakan anak yang perlu dicatat pada buku
mengandung ibu. Carta pergerakan anak perlu
dilakukan setiap hari tanpa gagal sehinggalah anak
selamat dilahirkan.
Kenapa Pentingnya Mencatat FMC?
◦ Sangat PENTING!kerana kita tidak nampak keadan bayi di dalam kandungan.Hanya ibu sahaja yang
dapat mengetahui kedaan bayi sihat atau tidak (fetus well being)dan melalui carta gerak anak jugalah ibu
dapat mengesan awal sekiranya berlaku keabnormalan kepada fetus disebabkan oleh pelbagai factor
contohnya seperti bayi lemas (Fetal distress) terbelit talipusat (Cord round neck) atau tidak sihat
disebabkan mendapat jangkitan kuman.
Pada Waktu Bilakah FMC diajar &
dimulakan?
◦ FMC diajar dan diterangkan kepada ibu pada usia kandungan 28 minggu / 7bulan kerana sewaktu itu ibu
sudah merasakan pergerakan bayi yang menyuluruh di dalam rahim.
◦ Bermula jam 9 pagi pada setiap hari Fetal movement chart mula dikira dan di tanda.

KENAPA JAM 9 PAGI SETIAP HARI?


Kerana kita beranggapan pada jam 9 pagi ibu-ibu semua sudah
bangun dari tidur bagi ibu suri rumah tangga dan melakukan rutin
harian serta bagi ibu-ibu bekerja sudah sampai di pejabat dan
memulai rutin harian.
Bagaimana Cara Mengira & Menanda
FMC?
i) Carta gerak anak perlu bermula setiap pagi (pagi) pada waktu yang sama setiap hari.

ii) Kira pergerakan anak dalam tempoh 12 jam, bermaksud perlu bermula pada jam 9am dan berakhir pada jam
9pm,dalam tempoh 12 jam perlu ada 10 gerakan yang kuat atau tendangan bayi

iii) Ada petak-petak yang perlu diisi lengkap oleh ibu sendiri iaitu petak tarikh, masa bermula, tandakan √ pada
kotak kecil yang bernombor 1-10 yang mewakili gerakan kuat bayi dan petak masa genap 10 gerakan kuat

iv) Pergerakan yang perlu diambil kira adalah satu pergerakan yang kuat atau tendangan bayi..jika selepas satu
gerakan yang kuat/tendangan bayi diikuti dengan gerakan-gerakan kecil, atau bayi berpusing tetap dikira 1 gerakan..
Sambungan..
◦ v) Ibu hanya perlu tanda √ sahaja pada kolum 10 petak kecil..

Hanya tanda √ sahaja yang dibenarkan di catat di dalam buku kerana buku merah ibu adalah
dokumen rasmi kerajaan dan sekiranya terdapat medical inquiry ia boleh di jadikan bukti
(medico legal)

◦ vi) Apabila cukup atau lengkap 10 gerakan kuat menyeluruh/tendangan, ibu perlu melihat jam
berapa waktu lengkap,jika waktu lengkap pada jam 4 petang, tulislah dibahagian kolum “waktu genap
10 gerakan.
◦ vii) Dan rutin tersebut perlu dibuat setiap hari dan tidak boleh skip sehari sehingga ibu-ibu selamat
melahirkan bayi..barulah ibu-ibu boleh hentikan rutin catat gerak anak
Bagaimana saya tahu pergerakan itu
normal?
◦ Dalam tempoh 1 jam ada satu atau 2 pergerakan kuat/tendangan bayi
◦ Awasi pergerakan anak selama seminggu dari segi polariti pergerakan anak..jika dalam tempoh seminggu
ibu buat carta gerak anak, waktu genap 10 gerakan dalam jam 4,5,6 atau 7 petang, ibu akan dapat rasai
sendiri perbezaan pergerakan bayi ibu yang normal atau tak normal.
◦ Contoh :
◦ Ibu akan tahu selepas mengawasi polarity carta selepas seminggu,sekiranya ada pergerakan yg abnormal terlalu lambat dari
kebiasaan,atau terlalu cepat dari kebiasaan..ibu wajar untuk mengambil langkah selanjutnya dalam mendapatkan rawatan.
Apa Yang Saya Perlu Lakukan Jika
Pergerakan Anak Saya Tidak Normal?
◦  
◦ Jika:
◦ – Tidak lengkap 10 gerakan dalam tempoh 12 jam
– Pergerakan bayi terlalu lambat dari kebiasaan
– Pergerakan bayi terlalu cepat dari kebiasaan

◦ SEGERA KE HOSPITAL BAHAGIAN BERSALIN/SCREENING


ROOM @PAC!!
Kenapa Tidak Boleh Tunggu Pada Tarikh Temujanji?
Di Klinik Kan Ada Doktor Juga?

◦ Kerana nyawa tidak boleh ditunggu-tunggu ikut masa kita..


◦ jika ibu pergi ke klinik kesihatan/desa doktor akan rujuk ibu ke hospital kerana tiada peralatan seperti
melakukan pembedahan kecemasan dan kes sebegini rujukan ke hospital adalah wajibdan mengambil
masa bagi pengurusan kenderaan
◦ Perlu diingat, nyawa tidak boleh ditunggu walau sesaat mengikut kehendak kita..
Adalah lebih baik ibu terus ke hospital
Contoh FMC.

Anda mungkin juga menyukai