Anda di halaman 1dari 16

4.

1 PENGENALAN Secara umumnya kita mengetahui bahawa susu ibu boleh terhasil sekiranya wanita tersebut mengalami proses kehamilan. Penghasilan susu ibu boleh juga terjadi daripada pengambilan pil atau suntikan hormon. Kualiti susunya adalah sama dengan susu yang terhasil secara semulajadi. Kaedah untuk menghasilkan susu ibu melalui pengambilan pil hormon dan suntikan tidak semestinya mendatangkan kejayaan. Untuk menghasilkannya wanita tersebut mestilah mempunyai kekuatan fizikal dan mental. Ini adalah kerana penghasilannya memerlukan wanita tersebut menjalani rawatan demi rawatan bahkan memerlukan wanita tersebut meluangkan banyak waktu untuk mendapatkan ketenangan yang mana ia akan memudahkan peghasilan susu itu. Oleh yang demikian adalah sangat perlu bagi wanita sama ada yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin tetapi mengalami masalah tidak dapat menghasilkan susu untuk disusukan kepada anak angkatnya bersedia di atas tanggungjawab penyusuan dan mempunyai keseluruhan sifat keibuan kepada bayi kerana dengan sempurnanya syarat-syarat tersebut maka penghasilan susu ibu melalui pemakanan pil hormon akan Berjaya seiring dengan kehendak murni ibu yang mahu menjadikan bayi tersebut sebagai anak susuannya. 4.2 PENGHASILAN SUSU IBU SECARA SEMULAJADI Melihat kepada kebiasaannya seorang wanita itu berkahwin kemudian mengandung. Apabila wanita tersebut mengandung maka akan berlakulah perubahan hormon dalam dirinya. Hormon tersebut akan merangsang penghasilan susu di kelenjar mamari wanita tersebut. Ia adalah kejadian yang khas bagi wanita yang melahirkan. Penghasilan susu akan bertambah dengan penurunan paras hormon progesteron, iaitu biasanya dalam tempoh 30 hingga 40 jam selepas melahirkan. Pada ketika itu, badan akan merembeskan prolaktin dan oksitosin (hormon yang menghasilkan susu). Hisapan puting oleh bayi juga akan merangsang penghasilan susu. Paras prolaktin yang tinggi akan membolehkan susu terhasil. Bagaimanapun ada kalanya pengeluaran susu terhenti jika penyusuan tidak berlaku secara sempurna walaupun wanita tersebut mengalami paras prolaktin yang tinggi.53 4.2.1
53

HORMON PROLAKTIN

Http://www.keluarga2u.com/Kv1, 16. April. 2007.

41

Hormon prolaktin adalah sejenis hormon yang merangsang penghasilan susu. Hormon ini dihasilkan oleh suatu kelenjar di bahagian otak (kelenjar pituitari). Dalam keadaan biasa, hormon prolaktin ada di paras yang rendah sahaja dan sewaktu kehamilan ia meningkat sehingga sepuluh kali ganda untuk menghasilkan susu. Ia juga boleh disebabkan oleh penyakit ketumbuhan pada kelenjar pituitari, seorang turut mengalami petanda ketumbuhan pituitari seperti pening kepala, gangguan penglihatan, loya dan muntahmuntah. Dalam keadaan ini, hormon tersebut juga boleh merangsang pengeluaran susu.54 Hormon prolaktin yang dikeluarkan oleh tubuh wanita hamil dapat juga membantu membaiki kerosakan pada otak dan saraf tujang akibat daripada penyakit sklerosis pelbagai. Penyakit ini adalah penyakit kronik yang membabitkan sistem saraf yang menyerang orang muda dan tua. Bagaimanapun, hormon berkenaan mula berkurangan selepas bayi dilahirkan. Seorang saintis dari National Multiple Sclerosis Society, New York, Patricia OLooney Berkata, dalam kajian yang dijalankan mendapati prolaktin adalah hormon yang bertindak menghasilkan susu badan dan disebabkan itu ia tidak dihasilkan sepanjang masa dalam tubuh wanita.55 Hiperprolaktinemia akan menyebabkan gangguan kepada kesuburan seseorang. Ia menyebabkan kekurangan penghasilan hormon progesteron (hormon wanita),gangguan pengeluaran telur (masalah ovulasi) dan gangguan haid. Penting untuk mengenal pasti punca peningkatan hormon prolaktin. Hormon prolaktin biasanya boleh meningkat sedikit sewaktu dalam keadaan tidur, tekanan, hubungan seks, senaman, rangsangan puting payudara dan melalui ubat-ubatan tertentu. Mempunyai kekurangan hormon tiroid juga boleh menyebabkan peningkatan hormon prolaktin. Oleh yang demikian terdapat kebaikan dan keburukan dari kurang atau lebihnya hormon prolaktin di dalam badan. Bagi wanita-wanita yang mengambil pil untuk meningkatkan paras hormon prolaktin di dalam badan, ia merupakan satu kelebihan kerana ia membantu wanita tersebut menghasilkan susu tanpa menjalani proses kehamilan. 4.3 PENGHASILAN SUSU IBU MELALUI PEMAKANAN PIL HORMON DAN
54

55

Http://www.harianmetro.com.my, 14 .Jun. 2007. Http://ttuyup.wordpress.com/hormon-prolaktin, 10. Oktober. 2008

42

SUNTIKAN Susu ibu boleh dihasilkan oleh wanita yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi tidak subur atau mandul dengan cara memakan pil atau menerima suntikan hormon untuk menghasilkan susu. Perkara ini merupakan satu alternatif yang membantu wanita yang belum berkahwin yang mana wanita tersebut tidak mampu memiliki anak kerana sudah berusia lanjut serta sangat mementingkan kerjaya tetapi mempunyai naluri untuk memiliki anak. Mereka juga boleh menghasilkan susu ibu tanpa menjalani proses kehamilan dan juga tanpa memerlukan ovari berfungsi. Bagi seorang wanita yang belum berkahwin, mereka juga boleh menghasilkan hormon yang sama tetapi di dalam kuantiti yang kurang sedikit berbanding ibu-ibu yang hamil. Hormon tersebut banyak di dalam tubuh ibu yang hamil kerana ia datangnya dari proses pembentukan bayi di dalam perut. Apabila pil hormon atau suntikan diambil maka rangsangan penghasilan hormon estrogen atau progestron yang lebih berlaku bukan secara fitrahnya kerana rangsangan tersebut sepatutnya datangnya dari bayi di dalam kandungan.56 Proses penghasilan susu dengan cara memakan pil hormon atau menerima suntikan ini tidak akan berjaya sekiranya wanita tersebut kurang keyakinan dengan keupayaan dirinya untuk menyusukan bayi atau cemas dan mengalami tekanan. Seterusnya pengeluaran susu juga bergantung kepada keperluan bayi yang mahu menyusu. Apabila bayi menyusu anak saraf di dalam puting akan terangsang. Isyarat akan dihantar ke otak menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini akan memulakan pengeluaran susu di dalam payudara. Bagaimanapun keberkesanan pengeluaran susu dengan cara memakan pil atau menerima suntikan hormon turut bergantung kepada keadaan fizikal dan daya tahan wanita tersebut. Ia juga bergantung kepada sejauh manakah keberkesanan dan kekerapan wanita tersebut merangsang payudaranya melalui penyusuan oleh bayi angkatnya.57

4.4 PENGHASILAN SUSU IBU MELALUI RAWATAN MAKANIKAL


56
57

Http://www.iluvislam.com/forum view.html, 10 Oktober. 2008 Http://aceh-online.com/modules. 9 September. 2007

43

Penghasilan susu ibu melalui pemakanan pil atau suntikan hormon tidak akan berlaku dengan mudahnya tanpa disusuli rawatan makanikal payudara. Ia adalah perlu kerana dapat membantu penghasilan susu dengan lebih mudah. Rawatan makanikal ke atas payudara adalah seperti mengurut payudara, merangsang puting susu dan menghisap sama ada menggunakan perantaraan bayi sendiri mahupun dengan bantuan alat-alat seperti pam payudara manual atau elektrik. Sesetengah ibu perlu menggunakan pam payudara untuk merangsang pengeluaran susu manakala sesetengah yang lainnya pula sekadar dengan meletakkan bayi di pangkuan, sudah boleh mengeluarkan susu. Sebaiknya, mereka boleh merangsang puting dan payudara mereka menggunakan kombinasi urutan yang lembut dan bantuan alat-alat penyusuan. Jadual rangsangan lazimnya bermula dengan urutan selama beberapa minit dan mengepam beberapa kali sehari. Secara beransur-ansur, bilangan rangsangan ditingkatkan sehinggalah mereka mengepam selama10 minit, lapan hingga 10 kali sehari. Selepas urutan dan pam dimulakan, ubat-ubatan boleh membantu rangsangan payudara untuk meningkatkan penghasilan susu dengan lebih banyak. Umumnya rawatan hormon untuk menggalakkan susu adalah dengan memberikan suntikan estrogen dan progesteron bagi menyerupai tahap estrogen yang tinggi semasa hamil. Kemudian ubat-ubatan tersebut akan dikeluarkan semula. Ia adalah bertujuan untuk menipu tubuh badan wanita seolah-olah seorang bayi akan dilahirkan tidak lama lagi. Seterusnya mereka akan diberikan bahan perangsang susu yang perlu diambil di antara tujuh hingga 14 hari.58 Justeru itu sebelum memulakan rawatan makanikal untuk menghasilkan susu ini, wanita-wanita yang berkenaan diingatkan supaya mendapatkan nasihat pakar telebih dahulu. Ini supaya dapat mengelakkan daripada timbulnya apa-apa kesan sampingan yang mungkin disebabkan kekakuan anggota.

4.5 TANGGUNGJAWAB PENYUSUAN OLEH IBU KEPADA BAYINYA

58

Ibid.

44

Pujian harus diberikan kepada ibu yang memberikan susu badan kepada bayinya. Walaupun kesedaran mengenai kepentingan memberikan susu badan semakin meningkat, ia masih belum mencapai sasaran. Tanggungjawab penyusuan oleh ibu kepada bayinya adalah perkara yang sangat mulia, kerana ibu memberikan makanan yang terbaik untuk tumbesaran dan kecerdasan minda kepada bayi. Kebanyakan ibu-ibu pada hari ini bukan sahaja tidak menyusukan badan kepada bayi mereka malah mereka menggantikan susu badan dengan susu formula. Penyusuan menggunakan susu formula adalah mahal dan ia juga membawa risiko tambahan seperti penyakit dan kematian, terutama sekali apabila tahap jangkitan penyakit adalah tinggi serta persediaan dan penyimpanan gantian formula ini dibuat dengan betul. Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan kanak-kanak yang tidak diberikan susu ibu yang tinggal di dalam persekitaran yang dipenuhi dengan penyakit dan tidak bersih mempunyai kadar di antara enam sehingga 25 kali untuk meninggal dunia disebabkan oleh cirit-birit dan kadar sebanyak empat kali untuk meninggal dunia disebabkan oleh paru-paru berair dibandingkan dengan bayi-bayi yang telah diberikan susu ibu. Kajian telah dijalankan tentang kematian selepas kelahiran di Amerika Syarikat telah mendapati terdapat peningkatan kematian sebanyak 25 peratus kerana disebabkan bayi-bayi tidak diberikan susu ibu secara menyeluruh.59 Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 1996 menunjukkan kadar penyusuan badan hanya sekitar 88.6 peratus dan masih banyak usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan semua ibu di negara ini memberikan susu badan secara eklusif selama enam bulan.60 Ibu seharusnya faham bahawasanya bayi berhak mendapat makanan yang terbaik dan anak sepatutnya tidak diberikan makanan atau minuman lain selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab tertentu tetapi penyusuan susu ibu adalah sangat digalakkan walaupun ibu mengalami pelbagai masalah seperti kesukaran untuk menyusukan bayi di bulan ramadhan, ibu-ibu yang sibuk bekerja, ibu yang sudah monopaus, masalah bayi yang enggan menyusu dan masalah susu ibu kekeringan. Masalah-masalah ini boleh diatasi dengan mengikut kaedah-kaedah yang membantu penyusuan. Tanggungjawab

59

Http://www.unicef.org/malaysia/msl/Breastfeeding_Challenges_and_Rights_BM_edited html, 10.Oktober.2008 60 Http://www.keluarga2u.com/Kv1, 16. April. 2007.

45

penyusuan ini perlu ke atas ibu-ibu kerana ia adalah bermatlamatkan kepada kesihatan yang menyeluruh terhadap bayi. 4.5.1 MENYUSUKAN BAYI DI BULAN RAMADHAN 61

Menjadi satu masalah kepada ibu-ibu apabila ingin menyusukan bayi mereka ketika berada di bulan Ramadhan. Bagaimanapun ramai yang tidak mengetahui kaedah penyusuan bayi terutamanya di bulan Ramadhan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan, jumlah kalori yang diperlukan oleh seseorang ibu yang menyusu adalah sebanyak 2,700 kkal setiap hari untuk enam bulan pertama dan 2,950 kkal selepas bayi berusia enam bulan ke atas. Bagi seorang wanita yang tidak hamil dan tidak menyusu, keperluan kalorinya adalah sebanyak 2,200 kkal setiap hari. Penyusuan memerlukan banyak tenaga. Selain daripada pemakanan, tenaga ini juga datangnya daripada lemaklemak yang terkumpul pada ibu ketika hamil. Dengan itu penyusuan adalah antara cara untuk mengurangkan berat badan selepas bersalin. Lemak yang terkumpul ini akan digunakan dalam masa enam bulan penyusuan sepenuh masa. Seseorang ibu digalakkan menyusukan bayi sekurang-kurangnya lima atau enam bulan pertama selepas melahirkan. Justeru itu amalan pemakanan yang sihat dan seimbang tentu sahaja diperlukan untuk memastikan pengeluaran susu cukup bukan sahaja pada bulan Ramadhan tetapi juga pada hari-hari biasa. Tiga kumpulan makanan yang harus dititikberatkan adalah makanan yang memberi tenaga karbohidrat dan lemak seperti nasi dan roti, makanan yang memberi protein seperti ikan dan daging serta makanan yang mencegah penyakit seperti vitamin dan galian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Meskipun berpuasa, pengambilan makanan ketika bersahur dan berbuka seharusnya mengandungi ketiga-tiga makanan dalam kumpulan ini selain minum air dengan secukupnya. Minum banyak air semasa berbuka puasa dan sepanjang malam tetapi jika pengeluaran susu berkurangan, ibu dibenarkan berbuka puasa. Begitupun ada cara untuk memastikan bayi masih mendapat susu yang cukup iaitu dengan memerah dan menyimpannya. Susu yang diperah boleh digunakan dalam tempoh 24 jam. Susu juga boleh disimpan antara satu dan dua hari jika

61

Http://www.mesra.net/forum.html, 10.Oktober.2008.

46

disimpan di dalam peti sejuk atau du minggu jika diletakkan dan ruangan sjuk beku, tiga bulan jika dalam ruangan sejuk beku dengan pintu berasingan bagi peti sejuk dua pintu. Perahan susu yang beku disimpan di dalam botol dan ia boleh dicairkan dengan merendamkan botol dalam air suam yang tidak mendidih tetapi tidak boleh dihangatkan dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Sekiranya perahan susu tidak dipanaskan dan tidak diminum dalam tempoh sejam, ia harus dibuang. Kaedah ini disediakan kepada para ibu supaya mereka tidak cemas dan bimbang untuk menyusukan anak mereka ketika menghadapi bulan Ramadhan. Maka dengan kaedah yang disediakan ini para ibu bolehlah bersedia meyiapkan keperluan susu badan seawalnya untuk disusukan kepada bayi pada bulan ramadhan di samping dapat menjalani ibadah puasa dengan lancar tanpa berbuka semata-mata untuk menyusukan bayi. 4.5.2 MENYUSUKAN BAYI BAGI IBU YANG BEKERJA

Menyusukan bayi bagi wanita yang bekerjaya adalah suatu yang amat sukar untuk dilaksanakan. Ibu yang baik tidak akan sekali-kali membiarkan bayinya dengan mudah dijangkiti penyakit, mereka juga sudah semestinya ingin mendapatkan sesuatu yang terbaik untuk diberikan kepada zuriatnya itu. Justeru itu bagi ibu-ibu yang bekerjaya mereka seharusnya bersedia membahagikan masa untuk kerja dan bayinya. Berikut adalah panduan untuk menyusukan bayi bagi ibu-ibu yang bekerja :62 1. Bincangkan rancangan untuk menyusukan bayi sebelum mula bekerja Pastikan majikan atau penyelia para ibu faham bertapa pentingnya penyusuan bayi diteruskan. Ini adalah kerana bayi yang menyusu badan kurang mendapat jangkitan penyakit dan anda mungkin kurang mengambil cuti kecemasan disebabkan bayi sakit. Para ibu boleh menentukan bagaimanakah jalan terbaik untuk menyesuaikan jadual penyusuan dengan jadual kerja anda.

62

Http://intim.wordpress.com, 10. Oktober.2008.

47

2. Bincangkan masa Ibu-ibu memerlukan masa untuk mengepam payudara. Para ibu perlu tegaskan hanya akan menggunakan masa rehat dan tidak akan mengambil masa bekerja. Sekiranya pada kebiasaannya bekerja lapan jam, rancang masa rehat lebih kurang 15 minit untuk mengepam. Tambahan pula mereka perlu menjarakkan waktuwaktu rehat dalam sehari dengan sekata adalah lebih baik, tetapi bukanlah terlalu kerap. Apa yang lebih penting ialah memastikan ia berterusan. Sebagai contoh, dalam masa lapan jam bekerja, pastikan ibu-ibu berkesempatan mengepam sekurang-kurangnya dua kali bagi memastikan produksi susu berterusan. Sekiranya terlepas satu sesi, cuba pastikan ibu-ibu akan melakukan selepasnya. Mintalah kepada majikan untu menggunakan satu bilik yang berkunci dan tertutup di mana ibu-ibu yang menyusukan boleh memerah susu mereka. 3. Beli pemerah sendiri atau sewa Tidak digalakkan berkongsi pemerah dengan orang lain. Secara umumnya pemerah susu elektrik adalah lebih efektif jika dibandingkan dengan pemerah tangan. Pemerah berkembar adalah lebih cepat. Ia membolehkan anda memerah kedua-dua belah payudara serentak berbanding satu pemerah dan ia membantu mengekalkan penghasilan susu. Carilah satu tempat atau ruang di dalam pejabat di mana bukan sahaja dapat memerah susu, tetapi dapat menyimpan pemerah susu juga barang-barang lain. 4. Rancang cara untuk menyimpan dan menghantar susu sebaik sahaja ia diperah Gunakan beg kedap haba yang telah diisi dengan bungkusan penyejuk. Susu akan kekal segar dan selamat sehingga enam jam dalam suhu bilik, lapan hari jika di dalam peti sejuk, tiga bulan jika didingin beku atau enam bulan jika dibekukan. Selain daripada itu ibu-ibu boleh juga meminta pengasuh agar tidak memberi makan bayi beberapa ketika sebelum ibu-ibu datang untuk membawa pulang bayi. Dengan cara itu, anda akan dapat terus menyusukan bayi sebaik sahaja pulang ke

48

rumah. Bagaimanapun usaha tersebut tidak akan berjaya sekiranya ibu itu sendiri tidak mempunyai kemahuan menyusui bayi mereka. Jika mereka diberi cuti yang panjang tetapi tidak mengunakan cuti yang diberikan untuk menyusukan bayi mereka, itu bukanlah suatu tindakan yang bijak. 5. Alternatif penyusuan bayi untu ibu yang bekerja a) Memberikan susu perahan kepada bayi. b) Kerja memerah boleh dilakukan menggunakan tangan atau pam yang banyak dijual di pasaran sama ada pam manual, beteri ataupun elektrik. c) Susu itu perlu disimpan di dalam pembeku dengan suhu 20 darjah Celsius. d) Seeloknya sediakan satu ruang khas dalam pembeku untuk menyimpan susu kerana ditakuti berlaku pencemaran jika disimpan bersama barang-barang lain seperti ikan atau ayam. e) Susu beku boleh dicairkan dengan meletakkan susu tersebut di dalam rak peti sejuk semalaman dan direndam dalam air suam apabila diperlukan. Jangan panaskan di dalam ketuhar atau di atas dapur. f) Susu perlu disimpan dalam kuantiti kecil yang hanya cukup untuk penyusuan sahaja. g) Menulis tarikh perahan pada bekas simpanan supaya susu yang paling lama dapat digunakan dahulu, simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup serta memastikan bekas simpanan tidak terlalu penuh bagi susu yang ingin dibekukan. h) Seeloknya susu mula diperah tiga minggu lebih awal dari tarikh mula bekerja supaya bekalan susu mencukupi. i) Apabila telah bekerja, susu boleh diperah di pejabat iaitu pada waktu-waktu yang bayi biasanya menyusu dan menyusukan bayi di rumah pada waktu malam dengan menyusukan bayi pada sebelah payudara dan mengepam pada sebelah yang lain.

49

4.5.3

KEENGGANAN BAYI UNTUK MENYUSU63

Apakah yang dimaksudkan dengan keadaan bayi yang enggan menyusu? Keadaan ini berlaku disebabkan oleh keengganan bayi menyusu dan bukannya satu proses bercerai susu. Keadaa bayi yang enggan menyusu adalah salah satu cara bayi memberitahu ibunya mengenai sesuatu perkara yang tidak digemarinya dan ada kalanya ibu-ibu perlu bertindak sendiri untuk menyiasat apakah punca sebenarnya. Berdasarkan La Leche League International, sesetengah faktor utama yang menyebabkan bayi enggan menyusu adalah: 1) Kesakitan yang dialami pada sekitar mulut, tumbuh gigi, kebas atau jangkitan kuman (misalnya penyakit mulut dan kerongkong) 2) Sesetengah bayi yang meningkat usia akan menggigit puting susu ibunya semasa menyusu lalu tanpa sengaja ibu memberi tindak balas dengan menjerit. Keadaan itu membuatkan bayi berasa takut dengan jeritan ibu dan menunjukkan reaksi enggan menyusu. 3) Jangkitan kuman pada telinga yang mana ia akan memberi tekanan atau kesakitan semasa penyusuan. 4) Bayi terlalu kerap diberikan susu botol atau puting menyebabkan bayi enggan menyusu dan secara tidak langsung menyebabkan bekalan susu ibu mulai berkurangan. 5) Gangguan pada rutin harian bayi, misalnya ibu kembali bekerja. 6) Ibu terpaksa berpisah dengan anak dalam jangka masa yang panjang. 7) Lain-lain masalah yang disebabkan oleh bayi yang terlalu sensitif dengan makanan atau alergi (selalunya berlaku pada bayi di awal usia), krim atau produk pewangi yang disapu di sekitar payudara, atau perubahan rasa pada air susu disebabkan pengambilan vitamin, ubat-ubatan atau sesetengahnjenis makanan. Keengganan bayi menyusu ada kalanya memberi tekanan kepada ibu yang berdedikasi memberi penyusuan secara ekslusif kepada bayinya. Sekiranya ibu mahupun bayi berhadapan dengan masalah keengganan menyusu, inilah masa yang sesuai untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan komitmen
63

Http://ratuhati.com/penyusuan-susu-ibu.html. 7 ogos .2007

50

penyusuan atau sebaliknya. Hanya melalui kesabaran dan sokongan sahaja si ibu dapat meneruskan hasrat tersebut. Keengganan bayi menyusu selalunya berlaku selama dua hari atau lima hari atau lebih lama dari itu. Sementara para ibu berusaha menggalakkan bayi terus menyusu, ibu-ibu perlu terus memerah susu dengan menggunakan tangan atau pam setiap beberapa jam mengikut kadar kekerapan bayi menyusu sebelum ini. Proses itu, sekurang-kurangnya dapat menghalang saluran air susu tersumbat, sekali gus membekalkan susu yang mencukupi mengikut keperluan bayi atau anda boleh juga mencuba kaedah lain dengan menyuakan susu kepada bayi melalui bekas kecil, sudu, bekas titis atau picagari. Botol hanya digunakan sebagai langkah terakhir. Hal ini kerana, penggunaan botol yang terlalu awal akan menyebabkan masalah yang lebih teruk lagi. Berikut adalah cadangan yang boleh dipraktikkan untuk mengatasi masalah bayi enggan menyusu: 1) Cuba memberi susu semasa bayi hendak tidur atau setelah terlena. Kebanyakan bayi enggan menyusu semasa mereka berjaga berbanding semasa mereka dalam keadaan tidur-tidur ayam. 2) Bawa bayi berjumpa dengan doktor untuk mengetahui masalah perubatan yang mereka alami. Contohnya jangkitan kuman pada telinga atau mulut dan dapatkan nasihat pakar laktasi mengenai masalah yang dialami. 3) Ubah kedudukan setiap kali menyusukan bayi. 4) Menyusu dalam keadaan bergerak. Sesetengah bayi lebih gemar jika ibunya menyusukan dalam keadaan bergerak seperti berjalan perlahan berbanding duduk dan diam pada satu kedudukan sahaja. 5) Menyusukan bayi dalam keadaan bebas gangguan yang membingitkan. Biasanya bayi dalam lingkungan usia enam hingga Sembilan bulan menjadi lebih peka dengan keadaan sekelilingnya. Mereka menyusu bukan sebab mengenyangkan diri tetapi sekadar main-main. Sebaiknya cuba menyusukan bayi dalam bilik yang tenang, jauh daripada bunyi bising seperti radio atau televisyen dengan gunakan cahaya yang samar.

51

6) Menyusukan

bayi

dengan

kerap.

Berikan

sentuhan

semasa

menyusukannya. Penggunaan kain anduh atau penggendong juga boleh membantu bayi rapat dengan si ibu. 7) Cuba elakkan pengambilan makanan yang memudaratkan seperti coklat, sayuran sejuk dan berangin serta makanan pedas. Sebagai kesimpulannya banyak faktor yang menyebabkan bayi enggan menyusu, seharusnya para ibu hendaklah bersabar dengan kerenah bayi serta perbaiki kelemahan itu untuk merealisasikan impian penyusuan bayi secara eksklusif. 4.5.4 MASALAH SUSU IBU TIDAK MENCUKUPI64

Salah satu daripada masalah penyusuan susu ibu ialah susu ibu tidak mencukupi. Masalah ini kerap berlaku terutamanya terhadap ibu yang terpaksa berjauhan dengan bayinya dan terpaksa mengepam. Perkara pertama yang perlu diketahui ibu-ibu ialah adakah susu di dalam badan sudah mencukupi untuk bayi? Sekiranya dirasakan susu tersebut tidak mencukupi para ibu hendaklah menyelidik apakah penyebab ianya tidak mencukupi. Berikut adalah penyebab mengapa susu ibu tidak mencukupi: 1) Teknik penyusuan yang salah 2) Tidak cukup rangsangan daripada bayi 3) Pemakanan tidak seimbang 4) Tekanan 5) Tidak cukup rehat ( tidur) 6) Masalah hormon dan juga masalah kesihatan lain seperti demam, anemia. 7) Penggunaan pil perancang atau ubat-ubatan yang tidak sesuai untuk penyusuan 8) Teknik mengepam yang salah 9) Menggunakan pam yang tidak cekap

64

Http://ratuhati.com/penyusuan-susu-ibu/petua-membanyakkan-susu-ibu-2.html, 10. Oktober. 2008

52

Berikut adalah cara-cara untuk menyelesaikan masalah susu ibu tidak mencukupi: 1) Yakin diri. Betulkan sikap. Yakin bahawa anda boleh menyusukan bayi anda.

2) Teknik yang betul. Betulkan teknik penyusuan. Minta bantuan doktor, jururawat, pakar laktasi atau ibu-ibu lain yang berpengalaman. Betulkan posisi bayi adalah penting dan pastikan bayi menyusu dengan hampir keseluruhan areola masuk ke dalam mulutnya. Pastikan bayi menyusu lama di sesuatu belah payudara untuk merangsang pengeluaran susu sebelum menukarkannya ke sebelah lagi. Ibu juga dikehendaki menyusukan bayi pada kedua-dua belah payudara.

3) Rangsangan daripada bayi penting Susukan bayi jam pertama kelahirannya semasa bayi masih peka akan persekitarannya. Susukan bayi dengan bukan mengikut masa. Susukan bayi dengan kerap walaupun tidak diminta. Jangan menggunakan puting kosong untuk menenangkan bayi. Sebaliknya susukannya. Tidur bersama bayi di waktu malam. Susukan bayi walaupun anda terpaksa berjaga. Kandungan prolaktin yang membantu penghasilan susu adalah tinggi antara pukul satu hingga lima pagi. Berikan bayi makanan pelengkap dengan cara yang betul. Jika sudah memberi susu formula, kurangkan kekerapannya dan kerapkan memberi susu badan. 4) Rehat dan jauhi tekanan Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi. Elakkan dan uruskan tekanan di tempat kerja atau di rumah.

5) Jika sakit dapatkan rawatan Dapatkan rawatan untuk penyakit seperti tiroid, demam dan anemia.

53

6) Urutan juga membantu Urut payudara ketika anda menyusukan bayi. Jika anda mengurut dalam pantang, minta bidan mengurut untuk membuka urat susu supaya aliran susu badan berjalan dengan lancar. 7) Pemakanan Minum air secukupnya. Air perlu untuk mengantikan air daripada badan yang hilang. Selain daripada itu bekas air hendaklah disediakan ditempat biasa menyusu supaya ibu boleh minum air ketika menyusu. Makan makanan berkhasiat dan pelbagai dengan kuantiti ayng secukupnya. Ibu menyusu memerlukan lebih kurang 500 kalori tambahan berbanding ketika tidak menyusu. Ibu-ibu dikehendaki supaya tidak mengurangkan makan untuk menjaga badan dan digalakkan memakan snek yang berkhasiat sekiranya lapar. Teruskan pengambilan vitamin yang anda ambil semasa hamil Elakkan mengambil pil perancang jenis progestin sahaja malah gunakan juga pil perancang yang bersesuaian seperti Noriday. 8) Ubat-ubatan Maxolon(metoclopramide) yang boleh didapatkan di farmasi boleh menambah susu badan. ubat ini selalunya digunakan untuk masalah angina perut dan pening-pening kepala. Selain itu, ia meningkatkan kandungan hormon prolaktin, yang akan meningkatkan kandungan susu. 9) Tambahan, jika anda mengepam Susukan bayi sejurus sebelum anda ke tempat kerja dan sebaik sahaja anda sampai dari tempat kerja Gunakan double pump untuk memerah susu badan. Tambah sesi mengepam. Pam sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sepanjang hamper 12 jam di tempat kerja.

54

Perah susu selepas selesai menyusu bayi. Pam sebelah dada lagi ketika menyusukan bayi Ambil cuti yang bersambung dengan hujung minggu jika kuantiti susu sangat sedikit. Tidur tengahari sebentar sebelum memerah susu. Bawa foto atau audio dan video bayi ketika mengepam.

4.6 PENUTUP Pelbagai kaedah yang dapat membantu penghasilan susu ibu melalui pemakanan pil hormon. Penghasilan susu ibu melalui cara ini perlu disusuli dengan kaedah-kaedah lain. Ini adalah kerana ia dapat membantu penghasilannya dengan lebih berkesan. Penghasilan susu ibu melalui pemakanan pil dan suntikan hormon tidak semestinya akan membuahkan hasil sekiranya wanita tersebut tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Ia akan menyebabkan wanita tersebut mengalami beberapa kesan sampingan. Ia memerlukan wanita berkenaan bersedia dari awal ke atas kesan-kesan yang bakal dihadapi. Di samping itu wanita terbabit dapat mempelajari bagaimana kesukaran para ibu dalam menghasilkan susu untuk diberikan kepada bayinya. Mendalami juga masalahmasalah yang membantutkan penyusuan ibu. Wanita yang sudah bersedia menghadapi segala kesukaran penyusuan ini walaupun tanpa mengalami proses kehamilan perlulah menyahut cabaran bahawa kesihatan dan perkembangan bayi-bayi adalah lebih utama dari kesakitan yang dialami ibu semata-mata untuk menyusukan bayi.

55

56

Anda mungkin juga menyukai