Anda di halaman 1dari 20

BAB 1

1.0

PENGENALAN.

Susu ibu merupakan sumber semulajadi yang paling berharga dan boleh
diperolehi di serata dunia. Susu ibu merupakan makanan yang paling baik untuk
bayi, ini kerana ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang
betul. Susu ibu sahaja sudah cukup untuk memenuhi keperluan bayi semasa empat
hingga enam bulan yang pertama dalam hidupnya, sekiranya ianya diberi secara
eksklusif.
Penyusuan susu ibu secara eksklusif adalah bermaksud bayi hanya diberikan
susu ibu sahaja dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya, dan
diteruskan sehingga 2 tahun dan tiada makanan atau minuman lain diberikan kepada
bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi
berumur enam bulan dan ke atas. ( Hospital USM ).
Dengan berpandukan Konvensyen Hak Kanak-kanak, program UNICEF
adalah berdasarkan kepercayaan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak
terhadap kehidupan dan bertujuan untuk memastikan perkembangan

dan

kesinambungan kesihatan dan kehidupan mereka. Penyusuan susu ibu telah


dikenalpasti sebagai satu cara yang sempurna untuk memberikan pemakanan yang
terbaik untuk bayi. Strategi Global untuk Bayi dan Anak-anak Kecil WHO/UNICEF
menyarankan agar kanak-kanak diberikan susu ibu sepenuhnya pada enam bulan

yang pertama kehidupan, dan penyusuan susu ibu diteruskan dengan pemakanan
tambahan sehingga berumur dua tahun keatas.
Pengenalan kepada penyusuan susu ibu mula diketengahkan ke peringkat
antarabangsa pada tahun 1939 oelh Dr.cecily Williams yang telah membentangkan
satu usul yang bertajuk Milk and Murder di Kelab Rotary Singapura.
Manakala pada tahun 1990, satu deklarasi pula diputuskan di World Summit
of Children di New York sebagai pelan tindakan yang merangkumi ....penggalakkan
semua ibu supaya menyusukan bayi-bayi mereka secara eksklusif selama empat
hingga enam bulan dan meneruskan penyusuan mereka beserta pemberian
makanan tambahan sehingga bayi berumur 2 tahun atau lebih (Maghales, 1993).
Seterusnya program Baby-friendly Hospital Initiative (BFHI) atau Hospital
Rakan Bayi telah dilancarkan oleh WHO di Ankara, Turki pada bulan Jun 1991
dengan tujuan menyokong sepenuhnya dan mempromosi penyusuan susu ibu.
Dengan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan
tarikh 1 hingga 7 ogos setiap tahun sebagai Minggu Penyusuan Susu Badan
Sedunia. Ini bagi mengingatkan kita mengenai Deklarasi Innocenti yang dimeterai
WHO bersama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu ( UNICEF ) pada
Ogos

1990.

Deklarasi

ini

bertujuan

untuk

melindungi,

mempromosi

dan

memperkasakan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi kerana WHO
juga menyokong dan menggalakkan penyusuan susu ibu terhadap bayi baru lahir,
terutama sepanjang enam bulan pertama.
My Metro (2016), Hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang
ketiga pada 2006 menunjukkan peratus ibu yang pernah memberikan susu badan
kepada bayi meningkat kepada 95 peratus berbanding 88.6 peratus pada tahun
2

1996. Data tahunan yang dikumpul dari negeri pula menunjukkan penyusuan susu
ibu secara eksklusif iaitu dari bayi lahir sehingga bayi berusia enam bulan meningkat
daripada 16.2 peratus pada tahun 2010 kepada 36.6 peratus pada 2013. Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) juga menganggarkan kadar kematian kanak-kanak di
bawah umur lima tahun dapat dikurangkan antara 13% hingga 20% sekiranya
penyusuan susu ibu diamalkan secara eksklusif. Ini bermaksud tiada makanan atau
minuman tambahan, puting tiruan dan sebagainya untuk tempoh enam bulan
pertama dan diteruskan hingga ke usia dua tahun atau lebih. Dan ia kemudian akan
diikuti dengan pengenalan makanan tambahan bermula selepas bayi berusia enam
bulan ke atas.
Sumber Majalah PA&MA Ogos (2008) menyatakan penyusuan pertama
seelok-eloknya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan,untuk meransang
penghasilan dan pengeluaran susu ibu itu sendiri. Susu badan mengandungi 87.5
peratus air.Oleh itu, ibu dinasihatkan untuk perbanyakkan meminum air masak
sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Semakin kerap ibu menyusukan
bayinya, semakin banyak susu dihasilkan. Dan ibu yang menyusukan bayi mereka
secara eksklusif juga akan merasakan mereka kerap lapar.

1.1

PENYATAAN MASALAH

Seperti yang kita sedia maklum, pada zaman sekarang terdapat ramai ibu-ibu
yang tidak mahu menyusukan anak mereka secara eksklusif, ini adalah disebabkan
oleh beberapa masalah dikalangan ibu-ibu itu sendiri. Menurut dari Kajian Morbiditi
1996, dianggarkan kira-kira 88.6% ibu-ibu menyusukan bayi mereka tetapi hanya
29% sahaja yang menyusukan bayi mereka secara ekslusif dan selebihnya hanya
diberikan susu ibu sehingga berumur 2 tahun (continued breast feeding). Ini agak
membimbangkan kepada bayi.
Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun, ibu-ibu
yang baru melahirkan mungkin mengalami masalah dalam penyusuan susu ibu
secara eksklusif. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan ibu-ibu tidak
meneruskan penyusuan mereka secara eksklusif adalah kerana kurangnya tahap
kesedaran dan pengetahuan yang mendalam tentang kebaikan pemberian susu ibu
terhadap ibu-ibu itu sendiri. Selain masalah tersebut ada juga ibu-ibu yang
mengalami masalah seperti masalah anatomi payudara ibu, masalah ibu-ibu yang
bekerja, kekeringan atau tiada susu, bengkak payudara, puting leper atau
tenggelam, dan kemungkinan juga masalah budaya.
Harian Metro (2014), Menurut Pengerusi Titisan Emas Kumpulan Sokongan
Penyusuan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Nora Herni
Abdul Rahim antara masalah biasa yang dihadapi kebanyakan ibu menyusu ialah
menganggap ia dapat dilakukan secara semula jadi. Ilmu

dan maklumat yang

diterima perlu tepat kerana ada wanita yang beranggapan pengeluaran susu adalah
sesuatu yang normal dan keluar secara semula jadi selepas proses kelahiran,
sedangkan ia tidak mampu dijangka oleh sesiapa. Selain itu, ada juga wanita yang
4

menganggap

dapat

mengeluarkan

susu

yang

banyak

selepas

kelahiran.

Sebenarnya, bekalan jumlah susu dikeluarkan berdasarkan permintaan atau


kekerapan penyusuan anak, apatah lagi perut mereka masih kecil. Ramai ibu silap
dan berasa panik apabila jumlah susu yang dikeluarkan sedikit dan berasa ia tidak
cukup mengenyangkan bayi mereka. Ketika ini, mulalah terfikir untuk memberikan
anak dengan susu formula. selain itu, ada juga yang mengalami masalah payudara
bengkak kerana kehadiran susu yang banyak dan tidak tahu cara mengurangkan
kesakitan, sekaligus menganggap penyusuan susu ibu ini menyakitkan. Justeru,
setiap ibu atau bakal ibu perlu tahu mengenai ilmu penyusuan dan teknik lekapan
yang betul agar ia dapat dilakukan dengan selesa serta gembira kerana emosi yang
lahir juga mempengaruhi jumlah susu yang dikeluarkan.
Harian Metro (2014), Menurut Pengarah Bahagian Pemakanan Kementerian
Kesihatan, Rokiah Don berkata sokongan suami, ahli keluarga, masyarakat
sekeliling, tempat kerja, majikan, sistem penjagaan kesihatan, kerajaan dan sistem
perundangan dalam negara sangat penting untuk membantu wanita bergelar ibu
memulakan, mengekalkan serta meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
Susu ibu bukan saja makanan yang terbaik untuk bayi tetapi ia dapat membantu
melindungi

si

kecil

daripada

risiko

kegemukan,

tahap

kolesterol

tinggi

(hiperkolesterolemia) dan penyakit berjangkit. Kajian juga menunjukkan penyusuan


susu ibu secara eksklusif berupaya mengekalkan tahap kesihatan kanak-kanak
hingga dewasa. Individu yang membesar dengan susu ibu didapati mempunyai
tekanan darah yang terkawal dan rendah paras kolesterol. Malah anak juga didapati
kurang mengalami masalah berat badan yang berlebihan. Beberapa data
mengesyorkan individu yang diberi susu ibu menunjukkan prestasi yang lebih baik
dalam ujian kecerdasan minda.
5

Puan Rokiah Don berkata, lagi kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu
bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi
atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan,
tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan pemberian susu ibu
secara eksklusif adalah tidak praktikal, menyusahkan, letih. Malah suami juga tidak
dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan isterinya terjejas dan tidak yakin bayi
mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada juga yang bimbang buah dada
mereka akan melendur. Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan
tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Dalam tempoh
dua tahun bagi yang menyempurnakan penyusuan susu ibu secara eksklusif atau
sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu
anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.
Masalah bengkak payudara, masalah ini, akan berkurangan jika ibu memberi
penyusuan kepada bayi secara eksklusif. Antara simptom bengkak susu adalah
payudara nampak berkilat, sakit, tegang, keras dan rasa agak panas bila dipegang.
Dan keadaan putting yang agak leper, bengkak dan merekah. Untuk itu, bayi akan
sukar menyusu, dan hisapan bayi akan kurang efektif kerana pengaliran susu yang
tidak lancar. Ini berpunca apabila ibu jarang menyusukan bayi mereka, menghadkan
masa menyusu atau penyusuan yang terlalu singkat, tidak menyusukan bayi mereka
pada waktu malam. Ini menjadikan hisapan kurang efektif atau ibu mula memberi
anak minuman lain pada awal kelahirannya.
Masalah bengkak payudara, masalah ini adalah disebabkan oleh jika
kedudukan bayi anda tidak betul dan bayi jarang diberi susu ibu, payudara akan jadi
padat dengan susu. Payudara ibu akan terasa bengkak, keras, berat dan sakit. Ini
mungkin berlaku terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.
6

Selain itu, puting leper atau tenggelam juga adalah masalah kepada ibu-ibu
untuk menyusukan anak mereka secara eksklusif. Akan tetapi, bayi masih boleh
menyusu walaupun puting leper kerana bayi perlu merangkum areola untuk
mendapatkan susu, ibu hanya perlu yakin tentang kebolehan menyusu mereka untuk
menyusukan bayi mereka secara eksklusif.
Masalah mastitis juga mungkin akan berlaku terhadap ibu-ibu yang ingin
menyusukan anak mereka secara eksklusif, Tanda-Tanda jika seorang ibu mendapat
mastitis adalah merah pada payudara biasa dalam bentuk tiga segi, payudara terasa
membengkak, simptom selesema seperti demam, sakit, tegang, letih dan mudah
terasa emosional. Tetapi, ibu-ibu boleh lakukan pelbagai cara di atas untuk
meredakannya. Tetapi jika dalam tempoh 12 hingga 24 jam simptom-simptom tadi
masih ada, ibu tersebut patut bertemu doktor.
Tidak cukup susu menjadi alasan untuk ibu berhenti menyusukan bayi.
Anggapan pengaliran susu tidak mencukupi untuk bayi adalah salah. Antara punca
susu tidak cukup ialah dakapan yang lemah hingga menyebabkan hisapan kurang
efektif dan pengaliran susu menjadi kurang.

1.2

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam menjalankan sesuatu kajian seharusnya disertakan dengan objektif


menjalankan kajian terbabit dan seperti yang sediakan maklum terdapat 2 jenis
objektif kajian iaitu:

1.2.1 Objektif Am
Kajian ini adalah untuk menilai tahap pengetahuan pemberian susu ibu secara
eksklusif di kalangan ibi-ibu mengandung di Taman Dahlia, Kempas, Johor Bahru
2.2

Objektif Khusus

Berkenaan kajian ini, terdapat juga beberapa objektif khusus yang menjadi teras
kepada proses kajian ini. Di antaranya ialah seperti berikut:

Menilai tahap pengetahuan pemberian susu ibu secara eksklusif di kalangan


ibi-ibu mengandung di Taman Dahlia, Kempas, Johor Bahru

Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemberian susu ibu secara


eksklusif di Taman Dahlia, Kempas, Johor Bahru

Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu mengandung


dalam pemberian susu ibu secara eksklusif di Taman Dahlia, Kempas, Johor
Bahru

Memberi cadangan dalam penyusuan susu ibu secara eksklusif di Taman


Dahlia, Kempas, Johor Bahru

BAB 2

2.0

LITERATURE RIVIEW

Menurut United Nations International Childrens Fund (UNICEF) mereka telah


mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak.
Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu secara eksklusif
dikalangan ibu-ibu. Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara
membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan
barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot
Death dilaporkan berlaku. Dan kajian itu menunjukkan kebanyakan mereka yang
meninggal terdiri daripada kanak-kanak yang menyusu botol. Oleh yang demikian
kempen penyusuan susu ibu amat digalakkan di negara mundur. Walau
bagaimanapun penyusuan susu botol dinegara kita masih selamat, tetapi penyusuan
susu ibu secara eksklusif adalah yang terbaik.
Kematian bayi dapat dikurangkan dengan pemberian susu ibu secara ekslusif.
Hasil penyelidikkan Story dan Parish dalam Estiwidani (2011) menyatakan bahawa
memberi penyusuan susu ibu secara eksklusif boleh mencegah kejadian cirit birit
dan infeksi saluran pernafasan. Bagaimanapun kajian yang dilakukan oleh Arifeen et
al. Dalam Estiwidani (2011) yang menyatakan bahawa pemberian susu ibu secara
eksklusif

pada

beberapa

bulan

pertama

dapat

menurunkan

risiko

dapat

mengurangkan risiko kematian akibat diarhea dan infeksi saluran pernafasan akut.

Menurut Sumber Hasil Penyelidikan Rodgers (1978) Makanan Otak Terbaik,


Menurut Hasil Penyelidikannya telah menunjukkan pelbagai manfaat susu ibu ke
atas perkembangan otak bayi. Kajian ke atas pemberian susu ibu dan kepintaran
Kanak-kanak yang diberi susu ibu lebih pintar, lebih pandai membaca dan mengira,
dan lebih bijak bercakap.
Horwood & Fergusson, (1998) bayi yang diberi penyusuan susu ibu IQ lebih
tinggi berbanding bayi diberi susu formula, prestasi lebih tinggi dalam ujian biasa,
diberi pemarkahan yang tinggi oleh guru, dan pencapaian yang lebih tinggi di
sekolah berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat penyusuan susu ibu secara
eksklusif.
Menurut Mortensen et al (2002) Purata markah IQ sebanyak 104 jika diberi
penyusuan susu ibu melebihi 9 bulan berbanding IQ 99.4 bagi bayi yang menyusu
ibu kurang daripada 1 bulan. Beri yang Terbaik untuk Si Manja Anda Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan pemberian susu ibu secara eksklusif
selama 6 bulan penuh. Selepas itu, pemberian susu ibu diteruskan dengan
tambahan makanan yang sesuai sehingga si manja berusia 2 tahun dan ke atas.
Adalah penting untuk anda mempertimbangkan tempoh penyusuan susu ibu secara
eksklusif

seperti

disyorkan

kerana

ia

boleh

membawa

manfaat

kepada

perkembangan otak si manja sepanjang waktu awal hayatnya.


. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia
membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap
tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa. Dan kajian dari Holland menunjukkan susu
ibu mengandungi Asid Docosahexanoic danAsid Arachidonic yang tidak diperolehi
dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

10

Pakar Perunding Pediatrik Neonatologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Farah


Inaz

Syed

Abdullah

(2008),

penyusuan

ibu

merupakan

kaedah

terbaik

mengurangkan risiko kematian bayi dan kanak-kanak kerana ia membekalkan zat


dan imuniti yang membantu mengekalkan tahap kesihatan kanak-kanak sehingga
dewasa. Jika kanak-kanak di seluruh dunia diberi penyusuan susu ibu dalam jangka
waktu terpenting iaitu pada jam pertama selepas dilahirkan, dianggarkan satu juta
kematian kanak-kanak dapat dielakkan. Ini adalah kerana susu ibu istimewa kerana
mengandungi 'kolostrum' iaitu khasiat dalam imbangan yang betul bagi pertumbuhan
bayi dan uniknya khasiat ini berubah mengikut keperluan bayi membesar.
Sementara itu, Pakar dan Pensyarah Perubatan Kanan Obstetrik dan
Ginekologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Maiza Tusimin berkata penyusuan
ibu juga dapat mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS) yang
selalunya disebabkan bayi tersedak susu. SIDS kerap berlaku kepada bayi yang
minum susu formula melalui botol susu. Risiko ini boleh dikurangkan kerana
penyusuan susu ibu yang diberi secara eksklusif dan penuh perhatian, selain
kandungan susu ibu yang mengandungi enzim lipase yang dapat menghadamkan
lemak secara semulajadi. Walaupun teknologi moden cuba meniru dan merumus
susu formula agar menyamai susu ibu, beliau berkata sehingga kini khasiat dan
kebaikan yang terkandung dalam susu ibu, sukar ditandingi.
Harian Metro (2014). Menurut Ketua Laktasi Kebangsaan KKM, Dr Noor
HalizaYusoff selepas kaum ibu mengetahui kebaikan penyusuan susu ibu secara
eksklusif ia tidak hanya bermanfaat kepada bayi malah kepada diri sendiri juga.
Menurut beliau penyusuan susu secara eksklusif berupaya mengurangkan berat
badan, mengurangkan risiko kanser payu dara, kanser ovari, kanser rahim
(Endometrium) dan penyakit rapuh tulang (Osteoporosis) serta mengurangkan risiko
11

kehamilan yang terlalu hampir. Kini kelibat wanita menyusukan anak dengan susu
ibu boleh dilihat di mana-mana. Malah, ibu yang bekerjaya juga mengambil langkah
bijak dengan menyimpan susu bagi simpanan anak mereka. Ini memberi petunjuk
yang baik tentang tahap kesedaran masyarakat mengenai kebaikan susu ibu.
Mingguan Malaysia (2005). Menurut Pakar Perunding, Perbidanan dan Sakit
Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan,
sungguhpun sudah ada kesedaran di kalangan ibu-ibu menyusukan bayi mereka
tetapi ternyata ia tidak mencukupi. Paling penting, mereka perlu menyusukan bayi
mereka secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan pertama, barulah
dikatakan matlamat menyusukan bayi itu tercapai dan memberi kesan yang cukup
positif pada bayi.
Berita Harian (2013). Di Malaysia, kesedaran memberikan susu ibu semakin
meningkat. Wanita menerima konsep penyusuan susu ibu selepas menyedari
mengenai pelbagai manfaat. Cuma, sokongan daripada pelbagai pihak dan agensi
masih kurang manakala sebilangan ibu menyusukan secara eksklusif pada tiga
bulan pertama gagal meneruskan amalan terbabit apabila mereka kembali bekerja.
Sistem sokongan terhadap amalan penyusuan susu ibu secara berterusan boleh
didapati dalam pelbagai kaedah. Sama ada secara tradisional iaitu melalui ahli
keluarga atau kaedah lebih moden iaitu melalui kakitangan kesihatan terlatih, pakar
perunding laktasi, ketua komuniti dan rakan. Kunci kepada kejayaan amalan
penyusuan susu ibu adalah memastikan wujudnya sistem sokongan secara
berterusan khususnya dalam lingkungan kediaman dan komuniti mereka.
. Myzarafini Abdullah ( 2014), Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk
bayi kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi

12

kandungannya berubah mengikut keperluan bayi. Ianya mudah diserap dan


dihadam oleh system pencernaan bayi, selain dapat melindungi bayi dari serangan
penyakit seperti cirit- birit. Manakala bayi yang mengalami jaundice (demam kuning),
susu ibu merupakan penawar yang terbaik yang dapat mengeluarkan sisa bilirubin
dari tubuh bayi. Pada hari-hari awal kelahiran, kelenjar payudara akan mengeluarkan
cecair kekuningan yang dinamakan kolostrum. Ada sesetengah ibu yang membuang
susu ini kerana menyangkanya susu basi. Sebaliknya, kolostrum mengandungi zat
khusus untuk bayi di awal kelahirannya. Antaranya, kaya dengan antibodi yang dapat
melindungi bayi daripada serangan bakteria
. Myadha.blogspot (2013), Dr Faridah binti Idris Pensyarah Perubatan Fakulti
Perubatan dan Sains Kesihatan UPM berkata Kajian menunjukkan penyusuan susu
ibu berupaya mengekalkan tahap kesihatan kanak- kanak sehingga dewasa. Individu
yang membesar dengan penyusuan susu ibu didapati mempunyai tekanan darah
yang terkawal dan rendah paras kolesterol. Mereka juga didapati kurang mengalami
masalah berat badan berlebihan serta Diabetes Mellitus type 2. Beberapa data
mengesyorkan individu yang diberi susu ibu menunjukkan prestasi yang lebih baik
dalam ujian kecerdasan minda. Penyusuan susu ibu adalah benar-benar
menjimatkan kos bahkan adalah zat pemakanan yang unggul untuk anak.
Kajian semula Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) terhadap lebih 9,000
penyelidikan menyimpulkan, bagi ibu yang tidak memberi penyusuan susu mereka
secara eksklusif atau menghentikan pemberian susu mereka lebih awal, merekaa
berdepan risiko tinggi mengalami kemurungan selepas bersalin. Banyak ibu
mendakwa perasaan mereka lebih santai ketika memberi susu mereka kepada bayi
mereka sendiri. Ini kerana ketika menyusukan anak, tubuh akan melepaskan hormon
oxytocin. Hormon ini bertanggungjawab merangsang uterus bagi mempengaruhi
13

kelahiran dan pengeluaran susu pada kelenjar mamari serta mendatangkan rasa
tenang. Untuk itu disarankan ibu-ibu memberikan penyusuan susu secara eksklusif
kepada anak-anak.
Pengurus Kanan Jabatan Kejururawatan Wanita dan Kanak-kanak Pusat
Perubatan Sunway (SunMed 2014), Tham Kwee Peng berkata, pemberian susu ibu
secara eksklusif bukan saja memberi faedah kepada bayi, malah penyususan susu
ibu juga baik untuk ibu. Ini adalah kerana, selain ia dapat mengurangkan risiko
menghidap kanser payudara dan ovari serta osteoporosis, pemberian susu ibu
secara eksklusif juga boleh membantu membina ikatan istimewa antara ibu dan
anak. Beliau juga berkata bayi diberi susu ibu secara eksklusif dapat membantu bayi
tersebut untuk terhindar dari penyakit. Kajian dari seluruh dunia menunjukkan virus
sakit perut, pernafasan rendah, jangkitan telinga dan meningitis kurang berlaku pada
bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif. Dan bayi yang diberi susu ibu secara
eksklusif selama enam bulan tanpa makanan pepejal, berbanding susu formula dan
air adalah paling dilindungi daripada menghidap penyakit. Malah, bayi diberi susu
formula seperti susu lembu dan susu kacang soya didapati lebih mudah mendapat
reaksi alahan berbanding bayi diberi susu ibu secara eksklusif.

14

BAB 3

3.0

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan


pemberian susu ibu secara eksklusif di kalangan ibu mengandung di Taman Dahlia,
Kempas, Johor. Dan untuk mengenalpasti faktor-faktor mengapa tiada atau
kurangnya tahap pengetahuan mengenai kebaikan dan faedah tentang pemberian
susu ibu secara eksklusif dikalangan ibu-ibu mengandung yang mendapatkan
rawatan di klinik Desa di kawasan ini.
Pemilihan tajuk kajian yang bersesuaian telah dibuat oleh pengkaji iaitu
Penilaian Tahap Pengetahuan Pemberian Susu Ibu Secara Eksklusif Di Kalangan
Ibu Mengandung Di Taman Dahlia,Kempas, Johor Bahru. Seterusnya, borang
cadangan penyelidikan telah dihantar kepada pihak kolej oleh pengkaji menerusi
penyelia penyelidikan untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengarah Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu Johor Bahru, Johor. Pengkaji juga telah mendapatkan
kebenaran dari pihak penyelia Klinik Desa yang terlibat sebelum memulakan kajian
di lokasi berkenaan.

15

3.1 Reka bentuk kajian.

Kajian ini dibuat adalah kepada ibu-ibu yang mengandung di Taman Dahlia,
Kempas, Johor Bahru. Ia dilakukan dengan menggunakan kaedah Desriptive Study
dan kuantitatif Dekskriptive iaitu dengan menemubual responden melalui borang kaji
selidik dan kemudian melakukan analisa berdasarkan data yang diperolehi. Seramai
30 orang sampel (responden) yang dipilih secara rawak dalam kajian ini. Strategi
kajian ini dijalankan di Klinik Desa Taman Dahlia, Kempas dimana ibu-ibu yang
mengandung mendapatkan rawatan antenatal pada hari isnin dan rabu.
Oleh itu, borang kaji selidik ini direka dengan tujuan mengutip maklumat
mengenai penilaian tahap pengetahuan responden tentang pemberian susu ibu
secara eksklusif di kalangan ibu-ibu mengandung di Taman Dahlia, Kempas, Johor
Bahru. Soal selidik bahagian pertama adalah berasaskan soalan demografi adalah
untuk mengenalpasti umur, jantina, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, pekerjaan,
pendapatan, bangsa dan agama. Soal selidik bahagian kedua adalah berasaskan
soalan-soalan ilmiah mengenai tajuk kajian dijalankan.

16

3.2.

TEMPAT KAJIAN

Pengkaji telah memilih Taman Dahlia, Kempas, Johor Bahru, Johor sebagai
lokasi pilihan untuk kajian ini. Lokasi ini dipilih kerana ianya berdekatan dengan
tempat penempatan pengkaji iaitu Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru. Ini
memudahkan pengkaji untuk mendekati para pelanggan di lokasi terbabit dalam
usaha mendapatkan maklumat secara terperinci dan juga untuk berhubung dengan
penyelia dalam berusaha untuk menyiapkan kajian yang ditugaskan.

3.3.

PEMILIHAN SAMPEL

Pemilihan sampel yang bersesuaian sangat penting untuk memastikan


keberkesanan maklumat yang bakal diperolehi. Para responden yang dipilih adalah
di kalangan ibu-ibu mengandung yang mendapatkan rawatan di Klinik Desa di Taman
Dahlia, Kempas, Johor Bahru, Johor. Kerjasama responden untuk bersikap jujur dan
positif dalam menjayakan urusan ini amat diperlukan. Bagi mendapatkan maklumat
yang tepat dan betul, perkara ini amat penting bagi pengkaji.

17

3.4.

ALAT KAJIAN

Dalam kajian ini, secara umumnya, pihak pengkaji menggunakan 1 instrumen


kajian iaitu borang kaji selidik yang terdiri daripada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. Bahagian A (demografi) sebanyak 8 soalan iaitu umur, jantina, status
perkahwinan, tahap pendidikan, status pekerjaan, pendapatan, bangsa dan agama.
Bahagian B (sosiografi) iaitu soalan yang berkisar tentang tahap pengetahuan
responden terhadap penyusuan susu ibu secara eksklusif. 10 soalan tertutup dan 2
soalan terbuka.

3.4.1. Bahagian A

Bahagian A terdiri daripada 8 soalan yang berkaitan dengan demografi serta


peribadi responden seperti, umur, jantina,status perkahwinan, tahap pendidikan,
status pekerjaan, pendapatan, bangsa dan agama.

3.4.2. Bahagian B

Bahagian B merupakan soalan yang berkaitan dengan tahap pengetahuan


responden mengenai sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh pengkaji. Soalansoalan yang dikemukakan dihasilkan dalam bentuk YA,TIDAK dan pilihan

18

jawapan. Ini dapat memudahkan responden memahami sekaligus menjawabnya


dengan tepat dan tanpa mengelirukan responden.

3.5.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data ini dibuat dengan 2 cara iaitu dengan melakukan kajian
analisis terlebih dahulu dengan menggunakan responden dan borang kaji selidik.
Dan boring kaji selidik ini akan diedarkan kepada responden di Klinik Desa Taman
Dahlia, Kempas, Johor. Data analisis dibuat setelah mendapat kembali borang kaji
selidik tersebut. Seterusnya, pengkaji akan membuat perbandingan dan penilaian
dengan nilai peratusan mengikut soalan di dalam borang kaji selidik yang telah
diedarkan kepada responden. Selain itu, data yang diperolehi adalah daripada bahan
bacaan seperti buku, majalah, internet, surat khabar, dan sebagainya. Bahan-bahan
ini mudah diperolehi dan dapat membantu menyempurnakan kajian ini.

3.6.

ANALISA DATA

Data yang diperoleh melalui borang kaji selidik tersebut akan dikumpul dan
dianalisis melalui ujian statistik deskriptif. Melalui statistik deskriptif ini pengkaji dapat
membuat persembahan data dalam bentuk carta dan jadual. Data ini akan dianalisis
dengan tepat supaya tiada sebarang kesilapan maklumat akan berlaku ketika
pembentangan hasil kajian

19

3.7.

PILOT STUDY

Sebelum borang soal selidik diedarkan kepada responden yang terlibat di


dalam kajian ini, satu kajian rintis telah dilakukan bagi memastikan borang yang
dihasilkan adalah menepati kriteria yang telah digariskan. Seramai 10 orang
responden yang tidak terlibat secara rasmi untuk penghasilan kajian ini dipilih.
Seterusnya, para responden ini akan diberikan contoh prototaip borang soal selidik
untuk menilai tahap penerimaan mereka terhadap soalan yang dibina untuk mereka.
Ini adalah penting untuk memastikan mereka berupaya untuk memahami secara
keseluruhan pada tujuan kajian yang dihasilkan.

20

Anda mungkin juga menyukai