Anda di halaman 1dari 20

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan hal yang berkaitan dengan penjagaan


luka perineum dari segi pendahuluan, latar belakang masalah kajian,
penyataan masalah, objektif dan hipotesis yang terdapat dalam kajian
yang akan dilakukan di wad postnatal di Hospital Raja Perempuan
Zainab II (HRPZ II). Ianya membincangkan pengenalan penjagaan luka
perineum bagi ibu postnatal.

1.2 Background of the problem

Kebanyakan wanita di Malaysia akan mengalami ketidakselesaan


selepas melalui tempoh postpartum. Antara salah satu penyebab
kepada ketidakselesaan ini adalah luka perineum. Penjagaan spesifik
diperkenalkan agar dapat mengurangkan ketidakselesaan dan
membolehkan wanita menjaga diri dan bayinya. Antara rawatan yang
diperkenalkan untuk mengurangkan simptom ini adalah dengan
meletakkan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka
cepat baik malahan mengurangkan sakit Fraser dan Cooper (2008). Ia
boleh dilakukan dengan meletakkan pada luka selama 10 minit 3
hingga 4 jam sekali. Pengamalan sitz bath dengan merendam
pungung anda dalam besin berisi air garam juga dapat membantu
mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam
vagina,Fraser dan Cooper (2008). Tujuan utama kajian ini adalah
untuk menganalisa kesan ke atas arahan atau panduan penjagaan diri

1
dalam penjagaan dan pengurusan kesakitan dan luka episiotomi dalam
tempoh postpartum.

1.3 Definisi penjagaan luka perineum

Berdasarkan Hoda ,et, al. Terdapat lebih 70% wanita yang melahirkan
secara vaginal mengalami beberapa tahap kerosakan perineum
disebabkan oleh kekoyakan atau pemotongan (episiotomy) yang
memerlukan jahitan.

1.4 Fungsi penjagaan luka perineum

Menurut Hoda, et, al, Pemerhatian pada perineum juga perlu iaitu

jenis dan amaun vaginal discharge, swelling, discoloration,

penyembuhan tisu dan ketidakselesaan. Sebahagian daripada

penjagaan postpartum, ibu memerlukan arahan dalam penjagaan

kebersihan dan ukuran keselesaan.

1.5 Keberkesanan penjagaaan luka perineum

Penjagaan spesifik diperkenalkan agar dapat mengurangkan


ketidakselesaan dan membolehkan wanita menjaga diri dan bayinya.
Antara rawatan yang diperkenalkan untuk mengurangkan simptom ini
adalah dengan meletakkan pad ais pada luka, ia bukan sahaja

2
mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit Fraser
dan Cooper (2008). Ia boleh dilakukan dengan meletakkan pada luka
selama 10 minit 3 hingga 4 jam sekali. Pengamalan sitz bath dengan
merendam pungung anda dalam besin berisi air garam juga dapat
membantu mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam
vagina menurut Fraser dan Cooper (2008).

1.6 Manfaat melakukan penjagaan luka perineum

Penjagaan dan teknik khusus yang diaplikasikan dan diperkenalkan


oleh midwife dalam proses penjagaan luka perineum dapat
membantu para ibu bagi mengurangkan kesakitan luka sekaligus
mempercepatkan proses penyembuhan luka tersebut. Tindakbalas
yang positif di mana luka dan sakit akibat luka perineum dapat
dikurangkan dan proses penyembuhan berlaku dengan cepat
Menurut Fraser dan Cooper 2008.

1.7 Statement of the problem

Semasa proses kelahiran, ibu berisiko untuk mendapat kekoyakan


pada perineum mengikut tahap kekoyakan seperti 1 st degree, 2nd
degree dan 3rd degree. Pada tahap 2nd degree dan 3rd degree,
kekoyakan akan melibatkan otot pelvis iaitu muscle dan external
muscle.

3
Statistik yang didapati daripada HRPZ II menunjukkan kes wound
breakdown semakin meningkat di mana tahun 2009 jumlah kes
sebanyak 4 dan bilangan ini meningkat kepada 12 pada tahun 2010.
Kami berpendapat jumlah kes ini boleh dikurangkan sekiranya ibu
berpengetahuan tentang penjagaan luka perineum.

Kumpulan kami telah meninjau secara tidak formal ibu hamil dan ibu
postnatal tentang pengetahuan penjagaan luka perineum samada
dibuat atau tidak. Hampir keseluruhannya memberitahu tidak tahu
dan tidak mengamalkan penjagaan ini. Ibu juga memaklumkan
kurang diberi maklumat dan pendedahan tentang kepentingan
penjagaan luka perineum ini dan faedahnya kepada mereka.

Menurut V.Currer Briggs, perineal adalah bahagian antara vagina


dan anus samada akan koyak atau dipotong oleh doktor atau
midwife semasa bersalin (episiotomy). Bahagian yang koyak akan
dibaiki dengan menggunakan jahitan yang menyerap ke dalam kulit.
Ia mengambil masa lebih dalam sebulan untuk jahitan tersebut
menyerap ke dalam kulit. Jahitan tersebut akan dilakukan sebaik
mungkin untuk memberi keselesaan kepada ibu bersalin. Simpulan
akan dilakukan dibahagian dalam supaya ibu selesa ketika duduk.
Bahagian perineal akan terasa sakit samada ia dijahit atau tidak
selepas bersalin.

4
1.8 Objektif

1.8.1 Objektif umum

Menilai tahap pengetahuan ibu postnatal berkaitan dengan


penjagaan luka perineum di wad postnatal unit Obstetrik &
Ginekologi Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu,
Kelantan.

1.8.2 Objektif spesifik

1) Menilai tahap pengetahuan ibu postnatal berkaitan dengan


penjagaan luka perineum
2) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap
pengetahuan ibu postnatal berkaitan dengan penjagaan luka
perineum
3) Mengenalpasti hubungkait tahap pengetahuan ibu postnatal dengan
data demografi.

1.9 Hipotesis

H: Terdapat hubungan yang significant antara faktor umur dengan


tahap pengetahuan berkaitan dengan penjagaan luka perineum.

H:Terdapat hubungan yang significant antara factor bangsa


dengan tahap pengetahuan berkaitan dengan penjagaan luka
perineum.

H:Terdapat hubungan yang significant antara faktor tahap


pendidikan dengan tahap pengetahuan berkaitan dengan penjagaan
luka perineum.

5
H:Terdapat hubungan yang significant antara faktor pekerjaan ibu
dengan tahap pengetahuan berkaitan dengan penjagaan luka
perineum.

H:Terdapat hubungan yang significant antara faktor bilangan anak


dengan tahap pengetahuan berkaitan dengan penjagaan luka
perineum.

H:Terdapat hubungan yang significant antara faktor cara


kelahiran dengan tahap pengetahuan berkaitan dengan penjagaan
luka perineum.

2.0 Limitasi kajian

Terdapat beberapa limitasi dalam menjalankan kajian ini dimana


kekangan masa yang singkat membuatkan kajian ini tidak dapat
dijalankan dengan sempurna. Manakala kurangnya pengetahuan
kami berkaitan dengan penjagaan luka perineum dan juga sumber
rujukan kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.

2.1 Istilah dalam kajian

1. Tahap

Menurut kamus dewan edisi baru cetakan kelima tahap bermaksud


peringkat dan tingkat. Dalam kajian ini tahap merupakan peringkat-
peringkat prestasi pencapaian akademik ibu postnatal sama ada
meningkat atau menurun menurut Kamus Dewan Edisi 4 1994.

6
2. Pengetahuan

Pengetahuan adalah kesedaran dan pemahaman terhadap fakta,


kebenaran atau informasi yang diperolehi dalam bentuk
pengalaman, pembelajaran atau melalui penilitian fikiran menurut
Encylopedia, 2006.

3. Ibu

Ibu ada orang yang melahirkan kita iaitu mengikut Kamus Besar
Bahasa Melayu Utusan.

4. Postnatal

Menurut Postpartum recovery 2002. Tempoh postpartum atau


puerperium ini adalah masa pengubahsuaian badan secara fizikal
dan psikologi kepada proses kelahiran. Tempoh ini bermula serta -
merta selepas kelahiran dan berterusan sehingga kira-kira enam
minggu atau hingga badan menyesuaikan kepada keadaan
sepenuhnya dan kembali kepada peringkat pra kelahiran

5. Penjagaan

Perbuatan menjaga , mengawasi, memelihara dan pengawalan dari

Kamus Pelajar Edisi kedua

7
6. Luka perineum

Suatu keadaan kekoyakkan perineum yang memerlukan


masa untuk pulihkan luka luka tersebut dari kamus dewan
edisi ke empat.

7. Wad post natal

Wad yang menawarkan perkhidmatan perawatan selepas kelahiran


yang mengkhususkan kepada ibu post natal. Berdasarkan Kamus
Jururawat 2005.

9. HRPZ Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu


merupakan hospital terbesar yang menjadi rujukan hospital
hospital daerah. Terletak dibandar Kota Bharu bersebelahan dengan
Kolej Kejururawatan Kubang Kerian cawangan Kota Bharu

2.5 Kesimpulan
Penjagaan luka perineum adalah penting dilakukan selepas
bersalin. Perineum adalah bahagian yang sensitif semasa duduk,
berjalan, membongkok, mencangkung, urination, defecation
adalah bermaksud sebarang insisi pada bahagian ini menyebabkan
sakit dan ketidakselesaan Terdapat lebih 70% wanita yang
melahirkan secara vaginal mengalami beberapa tahap kerosakan
perineum disebabkan oleh kekoyakan atau pemotongan
( episiotomy ) yang memerlukan jahitan. Pemerhatian pada

8
perineum juga perlu iaitu jenis dan amaun vaginal discharge,
swelling, discoloration, penyembuhan tisu dan ketidakselesaan.
Sebahagian daripada penjagaan postpartum, ibu memerlukan
arahan dalam penjagaan kebersihan dan untuk keselesaan.

Bahagian yang koyak akan dibaiki dengan menggunakan jahitan

yang menyerap ke dalam kulit. Ia mengambil masa lebih dalam

sebulan untuk jahitan tersebut menyerap ke dalam kulit. Jahitan

tersebut akan dilakukan sebaik mungkin untuk memberi

keselesaan kepada ibu bersalin. Simpulan akan dilakukan

dibahagian dalam supaya ibu selesa ketika duduk. Bahagian

perineal akan terasa sakit samada ia dijahit atau tidak selepas

bersalin.

9
BAB 2

REVIEW OF THE LITERATURE

2.1 Pengenalan

Literature review merupakan ulasan maklumat yang diperolehi


daripada jurnal, buku dan penyelidik-penyelidik yang lepas untuk
sesuatu penyelidikan baru. Ianya adalah untuk mengenalpasti
samaada sesuatu penyelidik yang dirancang telah dilaksanakan
oleh penyelidik lain. Bab ini bertujuan untuk membincangkan
tentang kajian-kajian lepas yang telah dilakukan oleh beberapa
orang penyelidik yang berkaitan dengan tahap pengetahuan ibu
postnatal berkaitan dengan penjagaan luka perineum. Bab ini akan
menghuraikan secara ringkas tentang penjagaan luka perineum di
kalangan ibu postnatal, faktorfaktor yang mempengaruhi tahap
pengetahuan ibu postnatal.

2.2 Literature Review

Penjagaan dan teknik khusus yang diaplikasikan dan diperkenalkan


oleh midwife dalam proses penjagaan luka perineum dapat

10
membantu para ibu bagi mengurangkan kesakitan luka sekaligus
mempercepatkan proses penyembuhan luka tersebut. Tindakbalas
yang positif di mana luka dan sakit akibat luka perineum dapat
dikurangkan dan proses penyembuhan berlaku dengan cepat.
Menurut Fraser dan Cooper 2008.

Luka perineum boleh menjejaskan fizikal dan juga emosi pesakit.


Teknik-teknik penjagaan luka perineum dapat membantu
mengurangkan rasa sakit dan mempercepatkan tempoh
penyembuhan mengikut Navvavi,s,Abedian,z,and Greaves .

Menurut V.Currer Briggs, perineal adalah bahagian antara vagina


dan anus samada akan koyak atau dipotong oleh doktor atau
midwife semasa bersalin (episiotomy). Bahagian yang koyak
akan dibaiki dengan menggunakan jahitan yang menyerap ke
dalam kulit. Ia mengambil masa lebih dalam sebulan untuk
jahitan tersebut menyerap ke dalam kulit. Jahitan tersebut akan
dilakukan sebaik mungkin untuk memberi keselesaan kepada ibu
bersalin

Menurut Lam, K., Wong H., and Pan, T., (2006) Pemerhatian pada
perineum juga perlu iaitu jenis dan amaun vaginal discharge,
swelling, discoloration, penyembuhan tisu dan ketidakselesaan.

11
Sebahagian daripada penjagaan postpartum, ibu memerlukan
arahan dalam penjagaan kebersihan dan ukuran keselesaan.

Ia boleh dilakukan dengan meletakkan pada luka selama 10 minit


3 hingga 4 jam sekali. Pengamalan sitz bath dengan merendam
pungung anda dalam besin berisi air garam juga dapat membantu
mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina
menurut Fraser dan Cooper (2008).

Ibu yang ada luka perineum biasanya akan mengalami kesukaran


untuk kencing, duduk dan sebagainya. Sebaik sahaja diperkenalkan
dengan kaedah-kaedah tertentu mereka dapat menjalankan aktiviti
harian mereka dengan lebih lancar kerana kesakitan yang dialami
oleh mereka dapat dikurangkan. Berdasarkan Blackburn S 2007.

Menurut kajian Hoda,et.al, Perineum adalah bahagian yang sensitive


semasa duduk, berjalan, membongkok, mencangkung, Urination,
defecation - sebarang insisi pada bahagian ini menyebabkan sakit
dan ketidakselesaan.

12
2.3 Kesimpulan

Dalam bab ini akan membincangkan tentang literature review


berkaitan dengan kajian- kajian berkenaan dengan pengetahuan
berkaitan dengan penjagan luka perineum. Sehubungan dengan itu
penyelidik akan membincangkan tentang pandangan serta
pendapat penyelidik lain berkenaan dengan pengetahuan dalam
penjagaan luka perineum dikalangan ibu postnatal melalui literature
review yang berkaitan, penyelidik boleh mempelajari kaedah dan
teknik yang sesuai untuk menyelidik masalah. Dengan itu
pemahaman tentang kajian-kajian lepas adalah penting sebelum
penyelidik memulakan penyelidikannya. Perbincangan dalam
literature review menilai tahap pengetahuan ibu postnatal berkaitan
dengan penjagaan luka perineum.

13
BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan berkenaan dengan metadologi.


Metodologi dalam kajian ini adalah termasuk rekabentuk kajian,
measurement and instrument, populasi dan responden,
pengumpulan data dan analisa data.

3.2 Design of the study

Kajian yang akan dijalankan merupakan kajian berbentuk keratan


rentas (cross-sectional). Kajian ini melibatkan ibu postnatal yang
berada di wad 11, 24 dan 25 di HRPZ II. Kajian ini adalah kajian
yang berbentuk kuantitatif.

3.3 Measurement and instrument

14
Kajian yang dilakukan adalah menggunakan kaedah soal selidik.
Setiap soalan akan mengunakan kaedah Likert scale pada soalan
yang berkaitan dengan tahap pengetahuan ibu postnatal berkaitan
dengan penjagaan luka perineum di mana ia dinilai menggunakan
kriteria sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat
tidak setuju. Bagi soalan mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi tahap pengetahuan ibu postnatal berkaitan dengan
penjagaan luka perineum akan dinilai dengan menggunakan criteria
ya , tidak. Soalan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
1) Bahagian A: Berkaitan dengan data demografi iaitu umur,
bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan ibu, bilangan anak, cara
kelahiran, Ianya mengandungi 6 soalan

2) Bahagian B: Tahap pengetahuan ibu postnatal berkaitan


dengan penjagaan luka perineum. Ianya mengandungi 10 soalan

3) Bahagian C: Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap


pengetahuan ibu postnatal berkaitan dengan penjagaan luka
perineum. Ianya mengandungi 10 soalan.

3.4 Ethical consideration

Permohonan untuk mendapat kelulusan etika telah diperolehi


daripada Unit Clinical Research Centre (CRC) di HRPZ II, Pengarah
HRPZ II dan Pengarah Kolej Kejururawatan Kubang Kerian. Semua
maklumat yang diperolehi daripada responden akan di rahsiakan
dan ia hanya untuk tujuan kajian sahaja. Semua ibu yang menyertai
kajian akan diberi penerangan berkaitan dengan kajian sebelum
mendapat persetujuan secara bertulis.

15
3.5 Subjects and sampling

Daripada statistik 2010 mendapati jumlah kemasukan ke wad 11,


24 dan 25 adalah sebanyak 14761 manakala 2011 jumlah
kemasukkan meningkat kepada 16055. Responden terdiri daripada
ibu postnatal seramai 100 orang diwad yang telah dipilih. Tujuan
kami menggunakan 100 sample adalah untuk memudahkan
pengiraan dan menganalisis data. Sample yang dipilih adalah
secara probality iaitu simple random ke atas responden.

3.6 Variables

Kajian ini mempunyai dua variables iaitu tahap pengetahuan di


kalangan ibu adalah sebagai dependent variable sementara
independent variable adalah umur, bangsa, tahap pendidikan,
pekerjaan ibu, bilangan anak, dan cara kelahiran

3.7 Data collection

Borang kajian soal selidik akan diedarkan kepada semua ibu


postnatal di wad postnatal iaitu di wad 11, 24 dan 25 di HRPZ II
mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan pada masa kajian yang
akan dilakukan. Setiap ibu yang menyertai kajian diberi masa
selama 15 hingga 20 minit untuk menjawab soalan yang akan
diberikan oleh ahli kumpulan kami. Soalan yang diberikan adalah

16
dalam Bahasa Melayu. Sekiranya responden tidak memahami
Bahasa Melayu ahli kumpulan akan menerangkan kehendak soalan
kepada responden. Penerangan dan tujuan kajian akan diberitahu
kepada ibu postnatal setelah mendapat kebenaran secara verbal.

3.8 Validiti

Bagi menentukan validiti soalan kajian borang soal selidik ini telah
dibincang terlebih dahulu bersama dengan pengajar jururawat
berserta dengan doktor pakar di unit Obstetrik HRPZ II yang
mempunyai pengalaman dalam pengurusan luka dikalangan ibu
postnatal. Komen dan pandangan daripada kedua-dua mereka ini
telah diambil kira untuk tujuan penambahbaikan sebelum pilot study
dilakukan.

3.9 Reliabliti

Reliabliti soalan kaji selidik diperolehi melalui ujian Cronbochs


Alpha keatas kedua-dua bahagian soalan iaitu bahagian B dengan
nilai 0.791 dan bahagian C dengan nilai 0.866. Apabila bahgian B
dan bahagian C digabungkan ia menunjukkan nilai 0.770. Ini
menunjukkan bahawa soalan kaji selidik adalah sesuai untuk
digunakan dalam kajian ini.

4.0 Pilot Study

Penyelidik telah memilih sebahagian sample sebelum kajian


dimulakan di mana untuk memastikan soalan yang diberikan boleh

17
digunapakai. Penyelidik melakukan pilot stuudy iaitu dengan
mengambil 10% daripada sample populasi seramai 10 responden
dan mengecualikan mereka dari sample kajian sebenar. Pilot study
telah dilakukan pada 10 Oktober 2012 bertempat di wad postnatal
HRPZ II iaitu wad 25, 24, dan 11. Soalan yang diedarkan untuk pilot
study akan diuji untuk reliability analysis iaitu melalui Cronbachs
Alpha. Dimana keputusannya menunjukkan bahawa soalan ini
boleh digunapakai sebagai soalan kajian yang sebenar.

4.1 Data analysis

Kaedah yang kami gunakan untuk menganalisis data yang


diperolehi kelak adalah menggunakan Statistical Package for Social
Sciences (SPSS) versi 19 dan nilai p<0.05 adalah signifikan.
Segala butir-butir peribadi adalah dirahsiakan dan hanya digunakan
untuk bahan kajian sahaja. Data- data yang dikumpulkan daripada
responden akan dianalisa menggunakan dua kaedah iaitu
Descriptive statistic untuk mengetahui Mean, median, mode,
standard deviation, peratus untuk menilai tahap pengetahuan ibu
postnatal berkaitan dengan penjagaan luka perineum manakala
Inferential statistic pula akan digunakan bagi ujian chi-square untuk
mengetahui hubungan pengetahuan ibu post natal dengan tahap
pengetahuan ibu berkaitan dengan penjagaan luka perineum.

4.2 Kesimpulan

18
Metodologi kajian salah satu langkah penting dalam proses
penyelidikan serta pengutipan data dari responden. Pemilihan
responden perlulah dibuat secara berhati-hati dan teliti agar
maklumat yang ingin diperolehi daripada individu yang sepatutnya.
Pensampelan juga suatu langkah yang penting dalam memulakan
sesuatu penyelidikan. Ini kerana pensampelan dan populasi adalah
suatu konsep yang penting dan perlu dirangka dengan baik dalam
memungut data. Bab ini akan menerangkan prosedur dan kaedah
yang digunakan dalam kajian yang akan dijalankan. Aspek penting
yang dibincangkan ialah reka bentuk kajian, pensampelan,
pengumpulan data, analisis dan interpretasi data dan bentuk
laporan.Kajian ini adalah kajian deskriptif yang mengunakan soal
selidik untuk pengumpulan data. Kajian ini ingin menilai tahap
pengetahuan ibu postnatal berkaitan dengan penjagaan luka
perineum. Disamping itu kajian ini juga ingin melihat hubungan data
demografi dengan ibu postnatal. Oleh yang demikian mengenal
pasti populasi sebagai langkah penting dalam sesuatu penyelidikan
dimana ia menentukan sejauh mana dan sebanyak mana data dan
maklumat perlu dikumpulkan dan dianalisa. Oleh yang demikian
bagi menjalankan penyelidikan dengan berkesan perlu
mengenalpasti populasi dengan tepat dan jelas.

19
20

Anda mungkin juga menyukai