Anda di halaman 1dari 4

MANAGEMENT OF 3RD STAGE

1.Puan Sarah berada dalam peringkat ke 3 labor.

a)Berikan definisi peringkat ketiga labour. (2m)

bermula dari selepas kelahiran bayi secara spontan sehingga ke pengeluaran


placenta dan membrane yang lengkap serta pengawalan pendarahan dalam masa
5 hingga 15 minit dan boleh berlarutan sehingga 30 minit.

b)Nyatakan tanda-tanda pemisahan dan penceraian placenta. (6m)

1) uterus hard, round and mobile semasa palpasi uterus dilakukan

- menunjukkan terdapat kontraksi dan retraksi uterus untuk pemisahan placenta.

2) lengthening of cord

-menandakan bermulanya pelekangan tapak placenta dari dinding uterus.

- ditunjukkan dengan artery forcep yang diclamp berhampiran vulva semakin


menjauhi dari vulva.

3) gushing of blood

- terdapat pengeluaran darah hasil dari pemisahan tapak placenta dari dinding
uterus
c)Terangkan pengurusan aktif peringkat ketiga labour untuk Puan Sara.

(10m)

1) lakukan palpasi abdomen selepas kelahiran bayi di mana fundus berada di


paras umbilical yang menunjukkan tiada undiagnosed twin.
2) Pemberian ubatan IM syntometrine 1mls jika tiada kontraindikasi seperti
sakit jantung dan darah tinggi untuk menggalakkan kontraksi dan retraksi
uterus. Ia juga boleh mempercepatkan pemisahan placenta dan untuk
mengurangkan pendarahan seterusnya mempercepatkan labour peringkat
ketiga.
3) Pengosongan bladder dilakukan bagi mengeluarkan air kencing melalui
catheterization bagi memberi keselesaan pada ibu di mana pundi kencing
yang penuh akan menghalang kontraksi uterus dan melambatkan
pemisahan placenta.
4) Kekalkan posisi ibu (dorsal rekumben) di mana tekanan gravity membantu
pelekangan placenta.
5) Memastikan artery forcep di clamp berhampiran vulva bertujuan untuk
melihat pemanjangan tali pusat.
6) Perhatikan tanda-tanda pemisahan placenta:
- Meletakkan tangan kiri di uterus untuk merasai uterus hard, round and
mobile
- Melalui pemerhatian terdapat gushing of blood and lengthening of cord.

7) Lakukan control cord traction dengan teknik yang betul


- tangan kiri diletakkan di simfisis pubis
- Tapak tangan menghala ke arah pusat dan abdomen
- Tekanan dilakukan seolah-olah mengangkat uterus ke atas dan
kebelakang, ini adalah untuk mengelakkan uterus inversion semasa traksi
dilakukan ke atas tali pusat
- Pada masa yang sama tangan kanan menarik artery forcep di tali pusat
dengan cara downward dan outward
- Traksi dilakukan dengan lemah lembut untuk mengelakkan cord snap
- Apabila 2/3 placenta telah keluar dari vagina, keluarkan placenta secara
roller dan gentle supaya membrane keluar dengan lengkap
- Apabila placenta dan membrane keluar dengan lengkap, sambut placenta
dan letakkan dalam kidney dish.
- Massage uterus untuk mengeluarkan darah beku untuk mengelakkan
pendarahan.
- Sukat amaun darah yang keluar untuk mengesan jumlah kehilangan darah.
- Lakukan pemeriksaan ke atas perineum, clitoris ,vagina dan vulva untuk
mengesan sebarang kekoyakan . jika tiada kekoyakan lakukan swabbing
dan pakaikan pad .

d)Nyatakan 4 kebaikan pengurusan aktif peringkat ketiga labor. (4m)

1) bantu pengeluaran placenta dengan cepat

- disebabkan tindakan IM syntometrine

2) mempercepatkan involusi uterus

-disebabkan tindakan IM syntometrine dan pengeluaran darah beku serta


pengosongan bladder

3) Mengelakkan risiko pendarahan atau primary postpartum haemorrhage

- disebabkan tindakan IM syntometrine dan pengeluaran darah beku serta


pengosongan bladder

4) mengelakkan uterine inversion

- teknik kawalan tangan yang betul di simfisis pubis semasa counter cord traction

- Tekanan dilakukan seolah-olah mengangkat uterus ke atas dan ke belakang,


e) Berikan komplikasi peringkat ketiga labor. (2m)

1) retained placenta dan membrane

-tidak mengamalkan teknik roller dan gentle semasa menyambut keluaran


placenta dan membrane

2) cord snapped

- tidak mengamalkan teknik lemah lembut semasa menarik tali pusat

3) primary postpartum haemorrhage

- berlaku jika placenta dan membrane masih tertinggal di dalam uterus dan masih
banyak darah beku tidak dikeluarkan.

4) uterine atony

- berisiko jika ibu multigravida kerana kelemahan pada otot uterus berbanding ibu
primigravida.

- jika masih banyak pengeluaran darah beku serta tidak melakukan pengosongan
bladder

5) uterine inversion

- tidak mengamalkan teknik kawalan tangan yang betul di simfisis pubis semasa
counter cord traction

- Tekanan dilakukan seolah-olah mengangkat uterus ke atas dan ke belakang


adalah untuk mengelakkan uterine inversion

Anda mungkin juga menyukai