Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

Pembedahan caesarean merupakan satu pembedahan yang melibatkan beberapa lapisan pada dinding
perut wanita. Lapisan kulit, lapisan-lapisan otot dan dinding rahim dibuka bagi membolehkan bayi
dilahirkan melalui pembedahan tersebut.
Pembedahan caesarean terbahagi kepada dua iaitu:

IRISAN MELINTANG - atau lebih dikenali sebagai lower segment caesarean di mana irisan
dinding rahim dilakukan pada bahagian bawah rahim.

PEMBEDAHAN KLASIKAL - irisan dilakukan menegak pada rahim.

Bagaimanapun, irisan melintang merupakan pilihan hingga kini kerana ia dapat mengurangkan kadar
pendarahan, di samping menurunkan risiko rahim pecah pada kandungan yang seterusnya.
Namun, pembedahan klasikal hanya diperlukan untuk kes-kes tertentu kerana ia meningkatkan risiko
kehilangan darah, jangkitan kuman, rahim pecah pada kandungan yang seterusnya boleh menyebabkan
kematian ibu dan anak.

Kelahiran Caesarean hanya akan dilakukan apabila kelahiran normal (melalui faraj) amat berisiko.
Biasanya ia dilakukan apabila kelahiran normal akan membahayakan nyawa bayi dan ibu, jika bayi
terdahulu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, atau kerana disebabkan penyakit atau keadaan
tertentu.

Bersalin secara caesarean meningkatkan risiko kematian ibu. Ia juga menimbulkan risiko perubatan
terhadap kesihatan ibu, seperti jangkitan, perdarahan, kecederaan pada organ lain, dan komplikasi
akibat anesthesia, yang kesemuanya juga boleh membawa maut.
Kelahiran caesarean bukan atas alasan perubatan juga menambah risiko terhadap bayi yang dilahirkan
sebelum cukup tempoh (pramatang) dan sindrom masalah pernafasan. Kedua-duanya dikaitkan dengan
pelbagai komplikasi, rawatan intensif dan membebankan dari segi kewangan.
Kadar pembedahan caesarean juga semakin meningkat di seluruh dunia. Di negara maju, ia telah
meningkat daripada kira-kira 5% pada awal 1970-an hingga lebih daripada 50% di sesetengah negara
hari ini.

Pernyataan masalah
Pesakit bernama Nur Zulaikha Binti Zulhakim dirujuk dari Klinik Kesihatan Kota Bharu ke Hospital
Raja Perempuan Zainab 2 ditemani oleh pembantu perubatan bersama seorang pegawai perubatan
pada pukul 12.35 pm akibat berlakunya pendarahan per vagina.
Setelah pengambilan sejarah dilakukan mendapati pesakit mengalami pendarahan per vagina. Darah
yang keluar adalah sebanyak pad dan terdapat sedikit darah beku.
Sebelum tempoh berlakunya pendarahan pesakit tidak pernah mempunyai sejarah trauma.
Ketika tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma pesakit berada dalam keadaan yang sihat dan tidak
mempunyai sebarang masalah kesihatan.
Pesakit juga mempunyai sejarah Bronkiol Asma sejak dari kecil dan mengambil Method dose inhaler
(MDI) yang terdiri salbutamol.Serangan terakhir yang berlaku adalah pada disember 2013.Walau
bagaimanapun pesakit tidak pernah di masukkan kedalam wad akibat daripada penyakit ini.
Setelah di masukkan ke dalam wad,pemeriksaan dan mendapati:
-Pesakit stabil dan selesa
-Tiada sakit kepala
-No short of breathing
-No abdominal pain
-No contraction pain
Pemeriksaana Tanda vital:
-Blood pressure:110/70
-Pulse rate:86/min
-Temperature:37.3
Pemeriksaan Palpasi Abdomen:
-Soft non tender
-Uterus with 38 week size
-Longitudinal,cephalic

Pencarian literature
Tiada bukti menyokong idea yang caesarean adalah sama selamatnya dengan bersalin secara biasa bagi
ibu atau anak. Hakikatnya, peningkatan dalam kelahiran menimbulkan risiko kesihatan dan
kesejahteraan wanita yang bersalin dan anaknya.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Canadian Medical Association Journal, keluaran 13 Februari
2007, wanita yang telah merancang untuk menjalani caesarean mengalami komplikasi teruk lebih tiga
kali ganda daripada wanita yang merancang bersalin secara biasa.
Bagi Ccaesarean berulang elektif (iaitu sukarela), konsensus kajian yang berjumlah puluhan ribu
wanita ialah pembedahan Caesarean berulang elektif lebih berisiko bagi ibu dan tidak selamat bagi
bayi.
Pembedahan caesarean tidak terancang terutamanya, wanita lebih berkemungkinan mengalami emosi
negatif, termasuk harga diri lebih rendah, rasa gagal, hilang kawalan, dan kecewa.
Mereka mungkin mengalami kemurungan selepas kelahiran atau sindrom stres selepas trauma.
Sesetengah ibu melahirkan perasaan takut dan bimbang mengenai caesarean mereka sepanjang lima
tahun kemudiannya.
Sejak empat dekad lalu, kadar kelahiran melalui caesarean yang tidak perlu telah meningkat dalam
keadaan yang membimbangkan dan pakar sakit puan, obstetrik serta pentadbir penjagaan kesihatan di
seluruh dunia belum berupaya mengurangkannya, demikian menurut The Lancet, salah satu jurnal
perubatan yang paling dihormati di dunia, dalam keluaran 3 Jun 2006. lanh
Meskipun kaedah ini mempunyai komplikasi empat kali ganda lebih tinggi daripada proses kelahiran
biasa, namun dalam keadaan tertentu ia perlu bagi menyelamatkan nyawa ibu dan anak dalam
kandungan.
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Dr.
Mohd. Hashim Omar memberitahu, dalam apa juga bentuk rawatan risiko untuk komplikasi sukar
untuk dielakkan.
Walaupun kematian ibu melalui pembedahan caesarean amat jarang berlaku, namun perbandingan
peratusan jumlah kematian ibu yang bersalin secara biasa berbanding jumlah kematian pembedahan
caesarean, risikonya lebih tinggi,' katanya.
Namun, sesetengah kematian lebih berkait dengan penyakit yang dihidapi oleh pesakit itu sendiri
berbanding berpunca daripada pembedahan tersebut secara langsung.

Kata beliau, risiko-risiko lain seperti jangkitan kuman dan komplikasi yang berkaitan adalah jauh lebih
tinggi berbanding bersalin secara biasa.
Dr. Mohd. Hashim memberitahu, bagi ibu-ibu yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu
pembedahan caesarean mungkin tidak dapat dielakkan.
Menurut beliau, sekiranya terdapat bahaya kemungkinan ibu-ibu yang menghidap penyakit tertentu
bersalin dengan proses biasa, pembedahan caesarean diperlukan.
Contohnya penyakit darah tinggi yang teruk semasa hamil atau keadaan bayi yang tidak sihat dalam
kandungan.
Sekiranya proses kandungan ini diteruskan sehingga sembilan bulan ia mungkin membahayakan
kesihatan ibu dan anak, justeru pembedahan caesarean diperlukan,' katanya.
Menurut beliau, pada akhir 1700 dan awal 1800 terdapat rekod menyatakan pembedahan caesarean
dilakukan untuk mereka yang menghadapi kesukaran bersalin.
Hakikatnya, pembedahan ini bertujuan untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak dalam kandungan
setelah ibu terbabit berhari-hari menanggung kesakitan namun kadar kejayaannya terlalu rendah.
Peratus kejayaan bayi yang dilahirkan hidup terlalu rendah kerana pembedahan ini sering
menggadaikan nyawa ibu.
Namun, selepas penemuan antiseptik dan anti-biotik bagi melawan kuman, kaedah-kaedah berhubung
pembedahan, kadar kematian ibu menurun dengan mendadak.
Dr. Mohd. Hashim memberitahu, berdasarkan legenda Julius Caeser, beliau dilahirkan melalui
pembedahan caesarean pada tahun 100 Sebelum Masihi.
Justeru, nama beliau diambil sempena kaedah pembedahan tersebut.

Penemuan/prosedur
Prosedur
1. Berpuasa 6 jam sebelum menjalani pembedahan caesarean section.
2. Menjelang prosedur, jururawat akan membantu anda memakai baju khas
dan mencukur bulu pubis.
3. Kateter getah akan dimasukkan untuk mengosongkan pundi kencing.
4. Saluran intravena juga akan dimasukkan.
5. Pakar perbidanan akan membuat insisi berukuran 10cm panjang di
bahagian bawah abdomen selepas anda dibius.
6. Bahagian bawah uterus juga akan dipotong. Oleh itu , procedur ini
dinamakan sebagai LSCS (Lower Segment Caesarean Section), yang
mana bahagian bawah dibedah.
7. Air ketuban atau cecair amnion akan dipecahkan.
8. Seterusnya bayi akan dikeluarkan dari uterus.
9. Tali pusat akan dikepit dan dipotong bagi mengasingkan bayi daripada
ibunya.
10. Seterusnya bayi akan diserahkan kepada doktor pediatrik
11. Pakar perbidanan akan mengasingkan plasenta dan mengeluarkannya.
12. Uterus akan dijahit pada dua lapisan. Abdomen juga dijahit pada dua
lapisan. Jahitan pada kulit dikeluarkan selepas satu minggu.
13. Selepas prosedur selesai, anda akan dipindahkan ke bilik pemulihan untuk
pemantauan.

Rawatan secara farmakologi


Jika anda mengambil epidural atau spinal untuk pembedahan cesarean, doktor akan memberi morfin
untuk melegakan kesakitan untuk sehingga 24 jam. Setengah doktor akan membiarkan epidural
berterusan selama 12 ke 24 jam selepas pembedahan untuk memberikan anda ubatan yang diperlukan.
Apabila sistem regional analgesia anda tidak lagi memberi kelegaan kepada kesakitan, anda akan
diberi ubat sakit sistemik iaitu pil yang mengandungi narkotik.

Anda akan merasa penat dan loya selepas pembedahan. Loya akan berlarutan sehingga 48 jam, tetapi
anda akan diberi ubat untuk melegakan ketidakselesaan anda. Ramai juga yang akan berasa gatal
terutama mereka yang menerima narkotik ketika epidural atau spinal. Jika ini berlaku beritahu doktor
anda dan anda akan diberi ubat untuk melegakan rasa gatal tersebut
Jika anda bercadang untuk memberi susu badan, anda boleh mulakan selepas bersalin. Minta jururawat
menunjukan cara penyusuan posisi side-lying atau mengunakan football hold. Ini tidak akan
memberi tekanan kepada tempat bedahan anda.
Anda mungkin akan berasa kebas dan sakit ditempat bedahan dan parut akan timbul sedikit,
membengkak dan gelap dari kulit asal anda. Bersin, batuk dan lain-lain lagi yang menyebabkan
tekanan pada kawasan perut akan menyebabkan anda berasa sakit pada mulanya. Tetapi lamakelamaan anda akan berasa semakin baik dari hari ke hari.
Seperti mereka yang bersalin secara normal anda juga akan mengalami lelehan darah dari kemaluan
(lochia) yang mengandungi darah dan tisu-tisu yang melekat pada dinding rahim anda. Jururawat anda
juga akan mengajar anda untuk batuk atau senaman pernafasan untuk mengembangkan paru-paru dan
membuang cecair yang terkumpul. Ini mengurangkan risiko pneumonia. Pastikan anda menggunakan
tangan atau bantal untuk menyokong tempat bedahan apabila anda batuk(bersin atau ketawa ).
Anda mungkin mengalami masalah angin 2 hari pertama. Angin terjadi kerana usus adalah lemah
selepas pembedahan. Bangun dan bergerak akan membantu sistem penghadaman bergerak semula.
Jika anda berada dalam keadaan sangat tidak selesa, ubat yang mengandungi simethicone akan diberi
untuk mengeluarkan gas. Simethicome adalah selamat diambil ketika penyusuan badan.

Anda digalakkan untuk bangun dari katil pada hari pembedahan atau pada keesokan harinya. Tetapi
jangan mencubanya seorang diri, pastikan jururawat berada dengan anda untuk kali pertama.
Benarkan darah mengalir di kaki dengan cara mengerakkan kaki anda, memusingkan sendi dan
bergerak atau meregangkan kaki anda. Pada hari kedua, anda perlulah berjalan sedikit dengan
bantuan seseorang. Ini menolong pengaliran, membuat usus kurang lemah dan mengurangkan
risiko berlaku darah beku. Bergerak adalah penting untuk anda pulih.
Selepas 3 ke 4 doktor mungkin akan menanggalkan sutures atau kokot. Hanya mengambil masa
beberapa minit dan akan berasa sedikit cubitan tetapi tidak sakit.
Anda mungkin memerlukan ubat tahan sakit untuk beberapa minggu selepas pembedahan. (Jika anda
menyusu badan jangan mengambil aspirin atau dadah yang mengandungi asid acetylsalicylic).
Minum air kosong dengan banyak supaya anda tidak mengalami sembelit. Jumpa doktor sekiranya
terdapat tanda-tanda jangkitan termasuk kemerahan atau membengkak di tempat bedahan atau
demam walaupun tempat bedahan kelihatan baik.
Pendarahan dan lelehan patut berhenti walaupun mengambil masa sehingga 6 minggu. Ia sepatutnya
beransur tukar dari warna merah kepada merah cair dan kuning keputihan. Jika pendarahan
seperti period berterusan selepas 4 hari atau datang semula selepas berkurangan hubungi doktor
anda.
Anda perlu mendapatkan rehat yang mencukupi semasa di rumah. tetapi anda juga perlu bangun dan
berjalan-jalan namun jangan keterlaluan. Mulakan secara perlahan-lahan dan tingkatkan aktiviti
anda berperingkat. Elakan mengangkat benda berat lebih dari bayi anda untuk selama 8 minggu.
Dalam 6 ke 8 minggu dengan kebenaran doktor, anda akan boleh mula melakukan senaman yang
sederhana. Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk kembali ke bentuk asal.
Parut akan kelihatan timbul sedikit, membengkak dan gelap dari kulit asal anda, tetapi ia akan
mengecut dalam masa 6 minggu. Bedahan adalah sepanjang 4 ke 6 inci panjang dan 1/8 inci besar.
Apabila tempat bedahan semakin pulih, warna parut akan menghampiri warna asal kulit dan
mengecil menjadi 1/16 inci besar. parut ini juga biasanya terletak dibahagian bawah perut.

Perbincangan/hujah

1. Pembedahan Caesarean akan mengelakkan risiko organ punggung jatuh atau kencing tidak
terkawal berbanding bersalin melalui faraj.
2. Sebelum bersalin seseorang wanita yang mengandung boleh dijangka untuk bersalin melalui
faraj atau sebaliknya.

Cadangan/penyelesaian
1. Terdapat kaitan antara kesan jangka masa panjang dan trauma bersalin melalui faraj dengan
peningkatan risiko organ punggung jatuh dan kencing tidak terkawal. Bagaimanapun, ini
bukan sebab untuk bersalin secara pembedahan Ceasarean. Setiap wanita seharusnya
mengelakkan atau menghindari perkara yang tidak dijangka tersebut dengan mengambil
langkah mengekalkan berat badan yang sehat dan mengamalkan pelvic floor
exercise(Senaman Kegel) selepas bersalin.
2. Beberapa kajian tela h menunjukkan adalah kurang tepat untuk menjangkakan sesetengah
saiz punggung tertentu adalah sesuai untuk sesetengah bayi. Kaedah ultrasound mempunyai
10% ke 20% kurang tepat dalam menjangkakan berat bayi. Oleh itu, kebanyakan doktor
mendapati kesesuaian seseorang wanita untuk bersalin melaui faraj adalah melalui ujian
makmal

Rumusan
Laporan mengenai bersalin secara pembedahan (Caesarean deliveries) menyatakan, 50% adalah
dirancang iaitu dinamakan Elective Caesarean; manakala 50% selebihnya adalah Emergency
caesarean (pembedahan kecemasan).

Elective Caesarean adalah diperlukan untuk:


1. kandungan kembar
2. Bayi dalam kedudukan sonsang (punggung/kaki di bahagian bawah) atau
bayi dalam kedudukan melintang.
3. plasenta praevia (plasenta menghalang salur kelahiran)
4. ibu mengalami darah tinggi yang serius.
5. mempunyai sejarah kompilkasi pada kelahiran sebelumnya
Emergency Caesarean diperlukan apabila :

1.

untuk mengelak komplikasi ketika bersalin contohnya bayi terjerut oleh tali
pusat.

2.

bukaan serviks tidak memadai.

3.

kedudukan bayi tidak sesuai untuk kelahiran melalui faraj.

Senarai rujukkan

www.mybengkung.com/bersalin%20cesarean.html
kasihsaf.multiply.com/
www.hamidarshat.com/smf/index
www.metromaternity.com/delivery_m.html
edxoxo.blogspot.com/2009/12/bersalin-secara-cesarean.html

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN ALAN SHAH


ULU KINTA

DEWAN BEDAH INTAN


HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB 2
TAHUN 3 SEMESTER 1

TAJUK CASE STUDY


CAESEREAN(LSCS)

NAME

MUHAMAD IKRAM BIN MAT YOB

NO. I/C

940902-03-5625

NO. MATRIX :

BPP 2014-1973

Anda mungkin juga menyukai