Anda di halaman 1dari 1

PENYATAAN MASALAH

Seorang ibu berusia 28 tahun berbangsa Melayu telah datang ke Klik Kesihatan Ibu dan
Anak bersama seorang bayi perempuan yang berusia 12 hari di Kampung Kedai Lalat. Beliau
tinggal di alamat No 43, Kampung Tok Ku, Kota Jembal 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Setelah rutin seperti pengambilan berat badan dan tekanan darah dilakukan, pengambilan
riwayat pesakit dan ibu dilakukan. Melalui pengambilan sejarah yang telah dilakukan, aduan
utama ibu ini adalah anaknya kelihatan kuning pada bahagian badan sehingga ke bahagian
kaki. Beliau baru sahaja menimang cahaya mata pertama setelah 2 tahun mendirikan rumah
tangga. Hasil pemeriksaan yang dibuat, bayi kelihatan sangat kuning dan rawatan perlu
dilakukan dengan segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada bayi.
Melalui ujian darah Total Serum Bilirubin yang telah dilakukan, mendapati kandungan
bilirubin terlalu tinggi dan doktor menyarankan bayi untuk dimasukkan ke dalam wad. Hasil
pemeriksaan ke atas beliau mendapati beliau berdarah O positif dan secara automatiknya
anak akan mendapat prolonged jaundice kerana semasa kelahiran darah ibu cepat pecah.
Doktor mengesahkan bayi beliau mengalami Hemolytic Jaundice.
Beliau telah diberi penerangan oleh doktor berkenaan masalah yang dihidapi oleh bayinya
berkenaan dengan kesan jika jaundice tidak dirawat. Diantaranya adalah Acute Bilirubin
Encephalophathy yang akan menyebabkan bayi mengalami kelesuan dan sukar untuk bangun
serta mengalami demam dan kurang menghisap dan makan.

Anda mungkin juga menyukai