Anda di halaman 1dari 1

Cold Chain @ rangkaian sejuk sebenarnya adalah satu sistem penghantaran dan

penyimpanan vaksin yang betul supaya vaksin berada didalam keadaan yang baik dan
berkualiti. Ia penting kerana vaksin adalah sangat sensitif pada suhu yang panas atau
sejuk. Range suhu selamat yang disarankan oleh WHO adalah diantara +2 hingga +8
darjah. Vaksin perlulah sentiasa disimpan diantara suhu tersebut.

6 kriteria penting dalam penjagaan vaksin:


1. peti sejuk untuk penyimpanan (twin door/top loading refrigerator)
2. peti sejuk yang khusus untuk penyimpanan vaksin
3. meletakkan vaksin pada tempat yang betul
4. tempat yang sesuai didalam peti sejuk untuk vaksin
5. maintanance peti sejuk (berada didalam suhu yg disarankan)
6. Daily monitoring

Penghantaran Vaksin

 simpan vaksin dibawah suhu yang betulbermula dari pengilang sehingga sampai
kepada pelanggan
 sentiasa periksa suhu apabila terima consignment vaccine (monitoring card)
 Untuk mengelakkan penyakit POLIO, Vaksin perlu sentiasa disimpan dalam suhu
yang disarankan

Dimana vaksin perlu disimpan? - twin door refrigerator

1. simpan vaksin dlm raga yang berlubang - untuk memastikan pengudaraan yang
sempurna
2. Jarak diantara setiap botol vaksin : 1cm
3. Jangan campur vaksin lain. Guna 1 raga untuk 1 jenis vaksin sahaja
4. bahagian paling bawah peti sejukdigunakan untuk meletakkan diluent (suhu juga
perlu sama)
5. Pada sebelah pintu peti sejuk, letak ice packs untuk mengekalkan suhu didalam
peti sejuk ( suhu tahan 48jam sekiranya peti tidak dibuka terlalu kerap)
6. Dalam peti sejuk, letak minimax termometer dalam keadaan menegak ditengah2
peti sejuk- baca bacaan suhu didalam peti, tidak boleh keluarkan untuk baca suhu.

lokasi terbaik untuk peti sejuk:

1. jauh dari sumber haba


2. ukuran : 30cm dr dindingkanan dan kiri, 20cm dari dinding belakang, 40cm dari
dinding atas
3. Jangan letak sebarang benda diatas peti sejuk
4. Pasikan bilik mempunyai ventilasi yang sempurna

Anda mungkin juga menyukai