Anda di halaman 1dari 11

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya menzahirkan sepenuh kesyukuran ke hadrat


ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja
khusus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada,
pengajar in-charge bagi penempatan klinikal Dewan Bersalin Hospital Sultanah Ismail,
Johor Bahru,dan segala tenaga lain yang terlibat di atas kesudian mereka dalam
memberikan tugasan ini kepada saya. Mereka juga banyak membantu saya secara
langsung mahupun tidak langsung sepanjang proses penghasilan tugasan ini berlaku
yang mana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada mereka, membuka ruang untuk
saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai
ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan
anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan pelajar
khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di
muka bumi ini. Pada dewasa ini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat
terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu, haruslah para
pelajar ini menggolongkan diri dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman
yang begitu hebat. Sebelum saya mengundurkan diri, terimalah serangkap kata-kata
mutiara dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam penghasilan kerja khusus ini. Terima kasih.

1
BIODATA PESAKIT
Nombor Pendaftaran : 1383913
Pekerjaan : Suri Rumah Tangga
Tarikh Lahir : 21 November 1979
Umur : 37 Tahun
Bangsa : Melayu
Jantina : Perempuan
Tinggi : 161.5 cm
Berat : 91.5 kg
Jenis Darah : A (RH +ve)
THA (LMP) : 14 April 2015
TAL (EDD) : 20 Januari 2016
Ujian Makmal : URINE TEST – ALBUMIN = Nil
– GLUCOSE = Nil
: BLOOD TEST – HEMOGLOBIN = 11.6 mmol/L
Gravida : 04 Pariti : 03

2
PENGENALAN

Diabetes Mellitus (DM) merupakan satu gangguan pada sistem endokrina yang
bercirikan peningkatan kadar glukosa dalam darah dan juga glikosuria. Gestational
Diabetes Mellitus (GDM) pula, adalah satu keadaan yang mana seseorang ibu yang hamil
mengalami paras glukosa yang tinggi dalam darah semasa fasa gestasi kehamilan.
Kebanyakan kes GDM yang dikesan pada ibu yang hamil, kebiasaanya berlaku selepas
minggu ke-20 gestasi. Walau bagaimanapun, paras glukosa dalam darah ibu yang
mengandung akan kembali kepada normal selepas fasa puerperium (tempoh berpantang)
iaitu selepas bersalin. Pada kebiasaanya, GDM berlaku disebabkan oleh
ketidakseimbangan penghasilan wanita iaitu hormon estrogen dan progestron. Kedua-dua
hormon ini pada kebiasaanya akan meningkat dengan sendiri semasa kehamilan berlaku
dan ini didorong oleh faktor hormon Human Placental Lactogen (HPL) yang dihasilkan
oleh plasenta yang bersifat antagonis kepada insulin yang mana menyebabkan kandungan
glukosa dalam darah kekal tinggi. GDM mempunyai beberapa faktor risiko seperti faktor
genetik iaitu sejarah keluarga yang pernah menghidapi DM, umur ibu melebihi dari 35
tahun, keguguran berulang (recurrent abortion) dan ibu mengandung yang obese.
Penyiasatan yang akan dijalankan untuk mengenalpasti keadaan ini adalah, Modified
Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT) yang mana bertujuan untuk menilai kandungan
paras glukosa dalam darah wanita hamil sebelum dan selepas pengambilan air glukosa
yang diambil secara oral (minum). Oleh itu, adalah amat penting untuk mengesan awal
masalah GDM kerana keadaan ini boleh mendatangkan komplikasi kepada ibu hamil dan
juga kandungannya. Antara komplikasi terhadap ibu hamil adalah peningkatan tekanan
darah, pre-eklampsia dan eklampsia. Ibu hamil tersebut juga berpotensi untuk mendapat
masalah diabetes pada masa akan datang. Manakala, anak dalam kandungan juga
berpotensi untuk mendapat komplikasi tertentu antaranya berlebihan berat badan ketika
lahir dan saiz bayi besar (macrosomia). Tambahan pula, keadaan GDM akan
menyebabkan kelahiran bayi pramatang (preterm), sindrom masalah pernafasan,
kekurangan paras glukosa dalam darah bayi (hypoglycemia) dan juga masalah jaundis.
Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami masalah GDM berpotensi untuk mendapat
diabetes jenis II dalam kehidupannya pada masa akan datang.

3
PENYATAAN MASALAH

Seorang wanita melayu hamil berusia 37 tahun telah datang ke Klinik Kesihatan
Larkin dan telah disahkan mengalami masalah gestational diabetes mellitus (GDM).
Beliau telah datang untuk melakukan ujian Modified Oral Glucose Tolerance Test
(MOGTT) yang mana, dia dikehendaki berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam iaitu bermula
pukul 10 malam pada hari sebelumnya. Sebelum melakukan ujian MOGTT, ujian Fasting
Blood Sugar (FBS) dilakukan terlebih dahulu dan bacaannya direkodkan. Hasil ujian
tersebut menunjukkan bacaan yang diperolehi untuk ujian FBS ialah 8.2 mmol/L yang
mana telah melebihi paras normal iaitu sebanyak 5.6 mmol/L. Selepas itu, dia diberi
minum air glukosa dan 2 jam kemudiannya, spesimen darah kali kedua diambil untuk
melihat bacaan paras glukosa dalam darah. Hasil ujian menunjukkan paras glukosa dalam
darah wanita tersebut adalah 8.7 mmol/L. Berdasarkan hasil kedua-dua ujian, ini
menunjukkan bahawa paras glukosa dalam darah adalah abnormal. Kemudiannya, wanita
tersebut dirujuk kepada Pegawai Perubatan yang berkenaan untuk tindakan yang
selanjutnya. Bacaan berat badan dan tekanan darah ialah 91.5 kg dan 120/78 mmHg.
Berdasarkan sejarah pesakit, didapati bapa wanita hamil tersebut mempunyai sejarah
penyakit diabetes. Oleh itu, pemeriksaan dari head to toe telah dilakukan. Namun, tiada
sebarang keabnormalan ditemui. Wanita tersebut diarahkan untuk datang pada keesokan
harinya bagi melakukan ujian Blood Sugar Pregnancy (BSP) untuk memastikan wanita
hamil tersebut mengalami masalah GDM on diet ataupun GDM on insulin. Hasil daripada
ujian tersebut menunjukkan bacaan pada waktu tengahari dan malam melebihi paras
normal iaitu bacaan yang dicatatkan pada waktu tengahari ialah 8.4 mmol/L dan pada
waktu malam pula 8.2 mmol/L. Pegawai Perubatan telah mengesahkan wanita hamil
tersebut mengalami masalah Gestational Diabetes Mellitus On Insulin. Wanita hamil
tersebut telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan suntikan insulin
dan telah dimasukkan ke wad untuk pengawasan rapi. Pada buku rekod kehamilan, kod
kuning telah diberikan sebagai tanda.

4
PENCARIAN LITERATUR

Diabetes mellitus semasa kehamilan (GDM) ialah sejenis penyakit kencing manis
(DM) yang bercirikan peningkatan paras glukosa yang tinggi dalam darah yang di hadapi
oleh wanita semasa hamil. Menurut kajian yang telah di buat oleh Professor Dr.
Hanifullah Khan, 2001(7) lebih kurang 4% wanita yang hamil dikesan menghidapi
GDM. Menurut kajian beliau juga, GDM dapat dikesan semasa bulan ke-6 atau ke-7
kehamilan (di antara minggu ke-28 dan minggu ke-34) dan penyakit ini selalunya akan
hilang selepas bayi di lahirkan. Semua wanita yang hamil mestilah melakukan
pemeriksaan pada minggu ke-28 hingga ke-34 untuk mengenalpasti sama ada berisiko
atau tidak mengalami masalah GDM. Wanita dengan GDM tanpa faktor risiko kelihatan
tidak berbeza daripada wanita dengan GDM. Mengikut kajian yang di buat oleh Metzger
BE, Coustan DR (Eds.): Conference on Gestational Diabetes Mellitus., 1999 GDM
hanya dapat di kesan melalui pemeriksaan spesimen darah dan pemeriksaan ini
dinamakan MOGTT yang dilakukan selepas berpuasa semalaman bagi menilai tahap
glukosa dalam darah. Hasil daripada pemeriksaan MOGTT menunjukkan paras glukosa
dalam darah wanita hamil tersebut abnormal, iaitu ketika berpuasa bacaan menunjukkan
7.2 mmol/L dan selepas diberi minum air glukosa sebanyak 75 g, bacaan menunjukkan
8.7 mmol/L. Menurut sumber maklumat World Health Organization-1999 paras
glukosa normal semasa berpuasa mestilah kurang daripada 5.6 mmol/L dan 2 jam
selepas glukosa diambil mestilah kurang daripada 7.8 mmol/L. Wanita hamil tersebut
segera dirujuk kepada Pegawai Perubatan untuk tindakan selanjutnya. Antara faktor
risiko yang di nyatakan dalam kajian oleh Kjos et al, 1999 (6), seseorang berisiko tinggi
mendapat GDM mestilah mempunyai satu atau lebih ciri-ciri yang dinyatakan seperti
obesiti iaitu berat melebihi 80 kg, umur ibu melebihi 35, mempunyai keluarga yang
ada diabetes (first degree), pernah bersalin bayi yang melebihi berat 4 kg dan
keguguran 2 kali berturut-turut. Rawatan yang disarankan dalam kebanyakkan kes
GDM adalah dengan pengambilan diet yang seimbang dan senaman yang bersesuaian
dan penyakit ini akan hilang setelah bayi dilahirkan. Amat sedikit wanita yang
memerlukan insulin untuk menangani dan mengawal masalah diabetes seperti ini.

5
PENEMUAN DAN PERBINCANGAN KES

Ibu mula merasai contraction pain pada pukul 1 pagi. Terdapat leaking liquor
dalam cecair jernih (clear fluid) dan tiada bloody show ditemui. Terdapat juga insiden
self-ruptured of membrane dan si ibu merasai pergerakan bayi tersebut. Semasa
melakukan palpasi abdominal, keputusan menunjukkan saiz uterus adalah 37 minggu
dalam fasa mengandung dan presentasi kepala bayi adalah cephalic. Manakala, semasa
pemeriksaan vaginal, cervical effacement adalah 50% dan pembukaan os serviks adalah
pada 2 cm. Presentasi bayi adalah secara longitudinal dan cephalic. Kepala bayi berada di
ruang brim pelvik. Pemerhatian nadi jantung fetal melalui Cardiotocography (CTG) bagi
mengesan kehadiran nadi bayi dalam rahim ibu dan keputusan ditunjukkan adalah reaktif.
Fungsi CTG adalah untuk memerhati nadi bayi sama ada takikardia atau bradikardia atau
pun normal. Si ibu dibawa ke dewan bersalin pada pukul 4 pagi. Semasa pemeriksaan ibu
sebelum bersalin, tiada ditemui masalah abnormal. Pegawai perubatan bertugas
memerhati kontraksi rahim. Pegawai perubatan tersebut tidak melakukan artificial
ruptured of membrane kerana membran pada si ibu telah self-ruptured dengan sendirinya.
Suntikan oxytocin diberi bagi menggalakkan kontraksi uterus dan episiotomi dilakukan
oleh pegawai perubatan. Tiada insiden perineal tear berlaku dan keadaan tersebut tidak
terjejas. Tiada juga insiden atau permasalahan seperti cord round neck atau occipito-
presentation berlaku ketika kelahiran bayi. Bayi tersebut dilahirkan pada pukul 8.05 pagi.
Plasenta telah dikeluarkan pada pukul 8.15 pagi. Semasa pemeriksaan plasenta, lobus
plasenta adalah penuh dan tiada ditemui tertinggal atau hilang dalam uterus ibu. Telah
djumpai dua lapisan membran plasenta pada pemeriksaan. Pada pemeriksaan salur darah
pula, dijumpai dua arteri dan satu vena yang bermakna bayi yang telah dilahirkan adalah
normal dan mempunyai dua ginjal. Anggaran kehilangan darah (blood loss) selepas
kelahiran adalah sekitar 350 ml. Selepas melahirkan bayi, keadaan ibu diperhatikan dan
tanda-tanda vital direkodkan sejam selepas kelahiran. Tanda-tanda vital yang dicatat
adalah seperti tekanan darah: 108/68 mmHg dan kadar nadi: 68 bpm yang mana
menunjukkan tiada insiden atau permasalahan selepas kelahiran seperti pendarahan
berlebihan (excessive bleeding). Skor APGAR telah dilakukan bagi menilai tahap
kesihatan bayi sejurus selepas kelahiran atau dalam masa seminit selepas kelahiran
berlaku. Kadar nadi bayi adalah normal iaitu 140 bpm, refleks bayi adalah bagus kerana

6
bayi didapati telah bersin sejurus selepas kelahiran. Manakala muscle tone adalah bagus
dan normal kerana bayi aktif dengna pergerakan spontan yang mana menunjukkan bayi
well flexed. Pernafasan bayi juga bagus kerana bayi didapati telah menangis dengan baik
yang mana menunjukkan fungsi peparu adalah normal. Pada tanda warna (colour) kulit
pula telah diberikan skor 1. Oleh itu skor APGAR bagi bayi baru lahir telah direkodkan
sebanyak 9/10.

7
PENYELESAIAN MASALAH

• Penjagaan sebelum hamil bagi kes yang sah


 Dapatkan khidmat nasihat pakar mengenai jagaan dan kaedah perancangan
keluarga.
 Pengawalan berat badan.
• Penjagaan antenatal
 Penempatan bersalin di hospital yan mempunyai perkhidmatan jagaan rapi
neonatal.
 Pemeriksaan regular di klinik antenatal dan klinik diabetes.
 Kebersihan diri – elak jangkitan.
 Ultrasound scan – menilai pembesaran dan mengesan abnormaliti fetus.
 Menilai berat badan – mengesan polihidramnios.
 Awasi komplikasi diabetes.
 Kes teruk – kehamilan mungkin ditamatkan.
• Pengawalan
 Pemberian insulin – awasi hipoglisemia.
 Diet diabetik dengan diawasi pakar pemakanan.
 Memeriksa sampel darah dari semasa ke semasa.
• Pengendalian semasa bersalin
 Jika kelahiran bermula lebih awal, beri salbutamol – bagi mengurangkan
kuncupan uterus dan memberi peluang kepada paru-paru fetus menjadi
lebih matang atau boleh bagi dexamethasone.
 Monitor tahap glokusa dalam darah.
 Pemberian insulin berdasarkan tahap glukosa.
 Awasi komplikasi.
 Semasa bersalin perlu ada pakar bersama.

8
• Penjagaan postnatal
 Monitor tahap glukosa dalam darah.
 Dos insulin diubah mengikut kesesuian.
 Tingkatkan pengambilan karbohirat.
 Jaga kebersihan diri.
 Kes gestational diabetes, insulin dihentikan.
 Lakukan MGTT selepas 3 bulan.
 Kawal berat badan dan diet.
• Jagaan Bayi
 Pemeriksaan rapi – keabnormalan kongenital.
 Memeriksa tahap glukosa darah fetus.
 Beri makanan/minuman sebaik sahaja dilahirkan untuk mengelakkan
komplikasi.
Memantau glukosa darah EYETONE
Tahap glukosa normal.
i. Berpuasa - 8.0 mmol/l.
ii. 1jam selepas minum -11.0 mmol/l.
iii. 2jam selepas minum - 9.0 mmol/l.
iv. 3jam selepas minum - 7.0 mmol/l.

9
RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kes Diabetes Mellitus semasa mengandung adalah satu


kes yang perlu diambil perhatian daripada peringkat awal. Kes ini biasanya berlaku
kepada ibu-ibu yang mengandung khususnya golongan yang terdapat faktor-faktor risiko,
contohnya berat badan yang melebihi 80 kg dan umur ibu melebihi 35 tahun. GDM ini
kebiasaannya terjadi disebabkan oleh hormon estrogen dan progestron. Walau
bagaimanapun, bukan semua kes GDM ini terjadi akibat daripada kedua-dua hormon ini.
GDM biasanya ditunjukkan oleh ibu mengandung dengan beberapa tanda dan gejala
seperti rasa mual dan muntah-muntah, pertambahan berat badan yang mendadak,
kegagalan ginjal dan retinopati pada peringkat lewat. Berikut adalah antara komplikasi
GDM ialah kemandulan kepada ibu, keguguran, kelahiran tersekat, kematian dalam
uterus bagi fetus dan neonatal jaundis. Pengurusan yang dilakukan bagi kes GDM ini
ialah penjagaan sebelum hamil bagi kes diabetes, kaedah perancangan keluarga dan
pengawalan berat badan. Ubat-ubatan yang diberikan kepada ibu mengandung bagi
mengatasi masalah ini ialah Ferrous Fumarate, Folic Acid, Vitamin B Complex dan
Vitamin C. Kesimpulannya, kes GDM ini dapat diatasi dengan lebih baik dan berkesan
jika ia dapat dikenalpasti dari segi punca dan tanda-tanda awal yang ditunjukkan serta
kaedah rawatan yang sesuai bagi merawat kes ini daripada terus berlarutan. Ini juga
penting dalam mengelakkan timbul kompliksi yang tidak diingini oleh ibu mengandung.

10
SENARAI RUJUKAN

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Gestational_diabetes
2. http://emedicine.medscape.com/article/127547-overview
3. http://care.diabetesjournals.org/content/26/suppl_1/s103.full
4. http://www.diabetes.org.my/article.php?aid=12
5. http://www.medicinenet.com/gestational_diabetes/article.htm
6. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2582643/
7. www.med.umich.edu/mdrtc/profs/survey.html
8. Nota pengajar MAOG 2111 – Obstetrik & Ginekologi KSKB JB
9. Nota pengajar MACH 2114 – Kesihatan Komuniti KSKB JB
10. Sumber daripada Klinik Kesihatan Kempas (KKIA).
11. Hoffman, L., Nolan, C., Wilson, J.D., Oats, J.N., Simmons, D. 1998. Gestational
Diabetes Mellitus – Management Guidelines. Medical Journal of Australia. 169: 93-97.
12. Beischer, NA., Wein, P., Sheedy, MT., Dargaville, R. 1997. Studies of Postnatal Diabetes
Mellitus in Women Who had Gestational Diabetes. Australian and New Zealand
Obstetrics & Gynaecology. 37:4:412-419.
13. De Veciana, M., Major, C.A., Morgan, M.A., Asrat, T., Toohey, J.S., Lien, J.M., Evans,
A.T. 1995. Postprandial versus preprandial blood glucose monitoring in women with
gestational diabetes mellitus requiring insulin therapy. The New England Journal of
Medicine. 333:19:1237-1241.

11

Anda mungkin juga menyukai