Anda di halaman 1dari 11

CASE STUDY

ELEKTIF LOWER SEGMENT CAESAREAN SECTION


(LSCS)

NAMA : --------

NO MATRIX : ------

TAHUN AMBILAN : ------

SEMESTER : 5 (T3S1)

PUSAT LATIHAN : DEWAN BEDAH


Pengenalan
Pada zaman yang menuju kearah pembanguan negara yang meningkat, ramai wanita
yang kini mempunyai kerjaya tinggi dan ada yang melakukan pekerjaan yang dahulunya
dilakukan oleh golongan lelaki sahaja. Namun pada Zaman kini juga, ramai wanita yang
mengambil keputusan untuk berkahwin lewat terutamanya bagi wanita yang berkerjaya. Bagi
mereka, perkahwinan adalah satu perkara yang serius dan mereka memerlukan masa yang sesuai
untuk mendirikan rumah tangga. Bagi ibu mengandung, umur memainkan peranan yang paling
besar. Semakin meningkat usia wanita, semakin kurang fleksibiliti tulang pelvik mereka. Bukan
saja itu, tetapi serviks juga merupakan peranan yang penting dalam melahirkan anak. Oleh sebab
itu, waktu kelahiran akan mengambil masa yang lama dan ini akan menyukarkan ibu dan juga
bayi mereka.

Caeser adalah salah satu kaedah pembedahan yang biasa dilakukan dalam pembedahan
obstetrik dan ianya merupakan satu operasi pembedahan yang tertua dalam pembedahan. Lower
segment cesarean (LSCS) merupakan satu pembedahan yang sering dilakukan untuk
mengeluarkan atau melahirkan bayi melalui bukaan dinding abdomen. Lscs adalah satu prosedur
pemotongan melintang (pfannenstiel) yang dilakukan di atas tulang pubik ianya digunakan pada
masa kini kerana kurang pengeluaran darah dan mudah untuk pulih selain itu juga ianya juga
bertujuan secara kosmetik dimana parut pembedahan tidak mudah kelihatan. Kelahiran anak
secara caeser kini semakin selamat berbanding masa dahulu namun kelahiran melalui faraj
adalah lebih baik kerana kadar morbiditi kurang dan kos adalah lebih rendah.

Walaubagaimanapun wanita kini lebih cenderung untuk memilih melahiran secara


caesarean walaupun telah banyak program telah buat untuk mengurangkan kadar pembedahan
Caesaran.
Pencarian Literature
1. Salah satu kemajuan yang besar dalam pembedahan ialah perkembangan Lower Segment
Caesarean Section (LSCS), yang mana lebih baik daripada Classical Caesarean yang
mempunyai pelbagai risiko.

(Powell, John L. MD, FACOG, FACS, 2001)

2. Bilangan Ceasarean section telah meningkat sejak dua dekad yang lalu, terutamanya dalam
negaa maju. Oleh itu, ia semakin menjadi cabaran yang lebih besar untuk memberi penjagaan
kepada yang menikah, tetapi ini telah memberi anestetik obstetrik sebagai peluang yang lebih
besar untuk menyumbang dalam perkhidmatan obstetrik.

(Dr. Sean Yeoh, 2010)

3. Pembedahan bahagian Caesarean telah menjadi salah satu operasi obstetrik yang paling biasa
dilakukan di seluruh dunia, ianya menyumbang lebih 27% daripada jumlah penghantaran
sepanjang tahun 2004/05 dan 2007/08. Asas prosedur telah diubahsuai sepanjang tahun dan
bertambah baik melalui amalannya yang luas.

(Dr Z Shi, 2010)

4. Kadar penghantaran caesarean semakin meningkat di seluruh dunia. Beberapa kajian telah
menunjukkan bahawa satu Caesarean section akan menyebabkan risiko tinggi untuk
pembedahan caesar dalam kehamilan yang akan datang. Caesarean section, terutamanya
bahagian Caesar yang berulang, dikaitkan dengan peningkatan risiko uterus pecah, implan
plasenta yang tidak normal, gangguan plasenta dan dehiscence parut uterus di kehamilan
berikutnya.

(O Vikhareva Osser dan L Valentin, 2010)

5. Pembedahan klasik dilakukan dalam 1-2% Caesarean Section yang biasanya untuk transverse
lie, kegagalan dalam pembentukan segmen bawah (prematurity 5 breech presentation), dense
adhesions, placenta praevia, penyempitan cincin serviks dan invasif karsinoma serviks. Operasi
klasik mungkin akan dilakukan lebih kerap daripada sebelumnya kerana lebih banyak bayi yang
pramatang (kehamilan 26-32 minggu) dilahirkan melalui Caesarean section.

(Lourdes St George dan K. B. Kuah, 1987)


Penyataan masalah
Cesarean adalah satu kaedah pembedahan untuk mengeluarkan bayi dari rahim ibu
dimana terdapat dua jenis pemotongan yang boleh dilakukan iaitu Classical caesarean section
(CS) dan Lower segment cesarean section (LSCS) . CS melibatkan pemotongan membujur di
segmen rahim atas yang membolehkan ruang yang lebih besar untuk mengeluarkan bayi. Walau
bagaimanapun, ia jarang dilakukan , kerana ia lebih terdedah kepada komplikasi. Manakala
LSCS adalah prosedur yang paling biasa digunakan pada masa sekarang kerana komplikasinya
kurang berbanding CS.

LSCS adalah kaedah yang sering dilakukan apabila terdapat faktor risiko yang
menyebabkan kelahiran bayi terpaksa dilakukan melalui pembedahan dengan membuka dinding
abdomen. Selain itu juga, indikasi LSCS terbahgi kepada dua iaitu elektif dan kecemasan .

Caesarean elektif :

I. Cefalopelvik disproporsi,
II. Previa plasenta major,
III. Kehamilan berganda
IV. Primigravida atau multigravida dengan presentasi songsang
V. Diabetes melitus,
VI. Retardasi ketumbuhan intra-uterin
VII. Antepartum Hemorrhage (APH)
VIII. Breech presentation
IX. Kehamilan kembar dimana salah satu fetus tidak dalam keadaan cephalic
X. Pilihan cara melahirkan bayi daripada ibu itu sendiri.

Caesarean kecemasan :

 Dilakukan selepas keputusan dicapai setelah terdapat masalah timbul semasa pesakit
hendak bersalin.
I. Prolaps tali pusat
II. Ruptur uterine
III. Cefalopelvik disproporsi semasa bersalin,
IV. Pregnancy induced hypertension (pih)
V. Eklampsia
VI. Gagal mencapai peringkat kedua bersalin normal,
VII. Distress fetal
Oleh itu, LSCS adalah satu kaedah utama dalam pembedahan obstetrik yang digunakan
bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah semasa melahirkan. Namun tanpa pengurusan yang
sempurna kepada ibu yang ingin bersalin secara ceasarean sebelum prosedur LSCS dilakukan
boleh menyebabkan prosidur LSCS di tangguh dimana akan menyebabkan risiko tinggi kepada
ibu tersebut. Antara komplikasi LSCS ialah :

I. Post surgery hemorraghe


II. Infection/septic (wound break down)
III. Paralitic illeus
IV. Pulmonary embolism
V. Lungs complications
Contoh : -Air embolism
-Acute pulmonary oaedema
VI. Rupters uterus (kehamilan kedua)

Oleh itu, pengurusan yang sempurna sebelum pembedahan dan selepas pembedahan
LSCS perlulah dilakukan dengan betul bagi mengelakkan risiko kepada ibu dan bayi berlaku.
Perbincangan
Persediaan pra operatif di wad
1. Kauseling

ibu yang dimasukkan ke dalam wad untuk mendapatkan rawatan pembedahan akan diberikan
kaunseling mengenai pembedahan yang akan mereka lalui. Dalam kauseling yang diberikan, ibu
akan diberitahu akan kebaikan dan komplikasi daripada pembedahan tersebut.

2. Consent

Borang kebenaran untuk melakukan pembedahan akan diberikan kepada ibu untuk
ditandatangani sebelum mnjalani pembedahan LSCS.

Terdapat tiga jenis consent yang perlu di sediakan dan perlu di tandatangani oleh ibu iaitu:

i. Consent melakukan pembedahan


ii. Consent melakukan tranfusi darah
iii. Consent untuk pembiusan (Anaesthesia)

3. Nil By Mouth (NBM)

Sebelum prosedur LSCS, ibu dikehendaki berpuasa 6-8 jam sebelum pembedahan. ini bagi
mengelakkan daripada komplikasi lain daripada berlaku semasa pembedahan dilakukan. Antara
komplikasinya ialah bronchospasm atau laryngospasm.

4. Penyiasatan makmal

i. Blood cross match (GXM)


ii. Ujian darah rutin :
 Full Blood Count (FBC)
 Blood Urea Serum Electrolyte (BUSE)
 Fasting Blood Sugar (FBC)
iii. Faktor pembekuan darah (prothrombin and activated partial thromboplastin times,
fibrinogen level)
iv. Electrocardiogram (ECG)
- Untuk pesakit yang berumur >41
v. Ultrasound
5. Monitoring tanda vital
 Tekanan darah
 Kadar nadi
 Kadar pernafasan
 Suhu
 SpO2
 Skala kesakitan (Pain Score)

6. Persedian kulit
- Ibu diarahkan untuk menanggalkan barang kemas yang ada di badan dan menggantikan
pakaian kepada gaun pembedahan.
- Pemasangan pengkateteran akan dilakukan untuk resusitasi pesakit juga untuk membuang
lebihan cecair dalam badan semasa operasi.

7. Melengkapkan butir-butir pesakit pada borang SSSL (Safe Surgery Saved Life) sebelum
pesakit dihantar ke dalam dewan bedah.

Penerimaan pesakit di dewan bedah

1. Airlock
 Pesakit akan dimasukan ke dalam dewan bedah melalui Airlock. Airlock adalah sebuah
bilik dimana peredaran udara dikawal bagi mengelakkan jangkitan silang.

2. Temuramah pesakit
 Di dalam Airlock pesakit akan ditemuramah untuk senarai semak dewan bedah dan akan
dibuat penilaian kesihatan semula bagi memastikan pesakit tidak mengalami deman atau
URTI (Upper Respiratory Tract Infection) untuk mengelakkan komplikasi lain semasa
pembedahan.

3. Monitor tanda vital


 Tanda vital pesakit akan di monitor semula semasa di Airlock sebelum dipindahkan ke
stretcher dan dibawah kedalam ruang menunggu dewan bedah
Persedian pesakit di dewan bedah

 Pesakit akan bersedia di ruang menunggu sementara bilik pembedahan disediakan.

 Dibilik pembedahan (operation room)


- Doktor dan pembantu perubatan akan menyediakan Anaesthesia mesin
- Persedian peralatan intubasi
- Persediaan ubat anaesthesia (spinal anasesthesia)
 Subaracnoid block(SAB)
 Apabila bilik pembedahan telah disediakan, pesakit akan dibawa masuk kedalam bilik
bedah menggunakan stretcher dan akan dipindahkan ke meja pembedahan dan
dipasangkan monitor semula.

Fasa Anaesthesia

Di atas meja pembedahan, ibu akan diarahkan untuk duduk tegak dengan kepala ditundukkan
bagi memudahkan pemberian bius spinal dilakukan. Pemberian suntikan spinal akan dilakukan di
antara ruang L3 dan L4 atau di ruang L4 dan L5.

Ubatan anaesthesia yang diberikan ialah:


Heavy marcaine 0.5% + Fentanyl 15mcg (0.3cc) = 2.4cc
Ibu akan diarahkan untuk baring diatas meja pembedahan dan monitoring tanda vital akan
diteruskan untuk menilai keberkesanan ubat serta pemberian normal saline 0.9% stat akan
dilakukan.
Fasa Pembedahan

1. cleaning
- disinfektant bahagian abdomen ibu akan dilakukan menggunakan povidon iodine bagi
mengelakkan jangkitan kuman.

2. Drapping
- untuk membina kawasan yang sterile untuk prosedur dilakukan.

3. Cutting
- Pfannensteil incision dibuat 2cm ke 3cm diatas pubik simfisis dan bukaan abdomen yang
dilakukan tidak melebihi 12cm panjang.

4.Removing
-Pengeluran bayi akan dari rahim ibu akan dilakukan dan pesakit akan diberikan hormon
oxytocin untuk membantu dalam pengecutan rahim.
- pengiraan peralatan pembedahan akan dilakukan untuk melengkapkan borang SSSL.

5. Closing
-Penutupan insisi rahim dilakukan dalam 3 lapisan. Yang pertama adalah jahitan continuous
locking dan yang kedua adalah jahitan continuous atau jahitan interrupted dan jahitan yang
ketiga juga mnggunakan jahitan continuous atau jahitan interrupted untuk menutup peritoneum
visceral. Manakala kulit ditutup dengan jahitan subcutikular untuk mngurangkan parut.

Post LSCS analgesic


-Suppository Diclofenac 100mg/kg stat akan diberikan dan diikuti tablet Diclofenac 50mg/kg
TDS selepas 18 jam kemudian.

Fasa pemulihan

1. Ibu dipindahkan dan direhatkan diruang pemulihan didalam dewan pembedahan.


2. Ibu akan direhatkan dalam posisi supine.
3. Pemantauan tanda-tanda vital setiap 5 minit dilakukan.
4. Penilaian skala kesakitan
5. pemantauan jumlah pengeluaran pendarahan faraj dan air kencing.
6. Dokumentasi dilakukan setiap 5 minit.
7. Ibu di benarkan pulang ke wad jika tiada sebarang komplikasi ditemui.
Peranan Pembantu perubatan
1. Melakukan dan membantu pegawai perubatan dalam menyediakan mesin anaesthesia
2. Melakukan dan membantu menyediakan ubat-ubatan yang diperlukan dalam pembiusan
3. Melakukan dan membantu dalam prosedur intubasi
4. Melakukan dan membantu dalam pemberian pembiusan
5. Melakukan dan membantu dalam penjagaan post pembedahan
6. Memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit sebelum dan selepas pembedahan.

Pendidikan kesihatan
1. Menasihatkan ibu agar tidak bangun atau duduk selama 6 jam selepas pembedahan bagi
mengelakan spinal headache.
2. Menasihatkan pesakit untuk mengambil diet melalui oralmenasihatkan ibu untuk minum kopi
pekat sekiranya berlaku spinal headache.
3. Menasihatkan ibu agar tidak melakukan pergerakan atau pekerjaan yang ekstreme selepas
pembedahan.
4. Menasihatkan ibu untuk datang segera sekiranya terdapat komplikasi lain selepas
pembedahan.
5. Menasihatkan ibu agar mengambil ubat mengikut arahan pegawai perubatan.
6. Menasihatkan agar datang rawatan susulan mengikut tempoh dan waktu yang diberikan.

Rumusan
Kaedah melahirkan secara LSCS adalah satu kaedah yang boleh dipilih atau terpaksa
dilakukan oleh seseorang ibu atas sebab-sebab faktor risiko yang boleh membahayakan ibu dan
bayi. Selain itu, kelahiran secara LSCS adalah satu proses kelahiran yang operasinya biasanya
tidak melebihi satu jam berbanding dengan kelahiran secara normal namun ianya bergantung
kepada keadaan.
Spinal anaesthesia sering digunakan dalam LSCS iaitu pembiusan yang dilakukan
melalui tulang belakang yang terletak diantara L3 dan L4 atau L4 dan L5. Suntikan spinal ini
menyekat rasa kesakitan dan membuatkan pesakit merasa kebas dari bahagian pinggang dan
kebawah. Namun bagi kes-kes kecemasan, pembiusan umum (General Anaesthesia) terpaksa
dilakukan dimana pesakit tidak sedar sama sekali. Kelahiran secara LSCS matau melahirkan
secara normal mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri namun para wanita dinasihati
agar memilih cara kelahiran secara normal. Oleh itu, penjagaan kesihatan perlulah dijaga bagi
yang ingin melahirkan secara normal agar faktor risiko yang boleh menyebabkan LSCS terpaksa
dilakukan dapat dikurangkan.
Rujukan
1. C. McIntosh Marshall (1939). Caesarean Section: Lower Segment Operation

2. Eric Jauniaux, William Grobman (2016). Caesarean Section

3. Helen Churchill, Wendy Savage (2010). Vaginal Birth After Caesarean

4. Radhae Raghavan, Pallavi Arya, Prathibha Arya, Susnata (2014). Abdominal incisions and
sutures in obstetrics and gynaecology. Retrieved from
http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/tog.12063/full ii. Arwinder Singh (2014). Undergoing
a planned lower segment caesarean section. Retrieved from
http://www.magonlinelibrary.com/doi/abs/10.12968/jodp.2014.2.2.79

5. Caroline De Costa (2005). Vaginal birth after classical Caesarean section. Retrieved from
http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1479-828X.2005.00387.x/full

6. Philip F. Williams (2006). Caesarean Section, Lower Segment Operation. Retrieved from
http://www.ajog.org/article/S0002-9378(15)31478-2/abstract

7. Hedwige Saint Louis (2017). CesareanDelivery. Retrieved from


http://emedicine.medscape.com/article/263424-overview

8. Robson MS. Classification of caesarean section. Fetal Maternal Med Rev 2001; 12:23-39.

9. Nazia M. (2013) LOWER SEGMENT CESAREAN SECTION (LSCS); Indications and


Complications at Teaching Hospital, Faisalabad
http://applications.emro.who.int/imemrf/Professional_Med_J_Q/Professional_Med_J_Q_2013_2
0_6_916_923.pdf

10. O. Jones (2018). Caesarean Section https://teachmeobgyn.com/labour/delivery/caesarean-


section/

Anda mungkin juga menyukai