Anda di halaman 1dari 2

Jaundis Neonatal

Apakah Jaundis?
Penyakit Jaundis merujuk kepada kehadiran warna kuning di bahagian kulit dan bahagian putih mata disebabkan terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan. Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia disingkirkan dengan cepat oleh hati dan dibebaskan di dalam najis. Jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dari badan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan. Jaundis berlaku disebabkan kehadiran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat disingkirkan oleh hati. Ia mungkin akibat pengeluaran bilirubin yang berlebihan atau bilirubin disingkirkan dengan perlahan oleh organ hati.

Adakah ia merbahaya?
Paras kepekatan bilirubin yang tinggi di dalam darah boleh merosakkan otak bayi. Bayi perlulah mendapat rawatan segera tak kira apa punca yang menyebabkan jaundis itu berlaku. Bayi perlu diberi rawatan di hospital apabila paras kepekatan bilirubin sangat tinggi manakala paras jaundis yang rendah tidak begitu membahayakan.

Apakah jaundis fisiologikal?


Jaundis fisiologikal berlaku di kalangan bayi baru lahir. Kebanyakan bayi yang dilahirkan, sel darah merah yang berlebihan ini akan dipecahkan dan disingkir dari tubuhnya. Sel-sel darah merah yang terpecah ini akan membebaskan pigmen bilirubin. Ia juga mungkin disebabkan bayi yang baru lahir mempunyai hati yang belum matang dan tidak mampu mengendalikan penghasilan bilirubin yang berlebihan. Bilirubin ini tidak dapat disingkirkan secepat yang dikehendaki dan kedua-dua faktor ini mengakibatkan jaundis. Berapa lamakah jaundis fisiologikal dapat bertahan? Biasanya jaundis fisiologikal berlaku di kalangan bayi yang berusia 3-4 hari dan mungkin berlarutan sehingga 5-7 hari. Jaundis yang berakhir selepas 14 hari mungkin disebabkan beberapa masalah dan perlu menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut.

Mengapa bayi mengalami jaundis?


Bayi yang sihat atau bayi yang tidak mengalami jaundis yang teruk sebenarnya mengalami jaundis fisiologikal. Kadangkala jaundis diakibatkan oleh beberapa sebab dan ujian akan dijalankan ke atas sampel darah untuk mengetahui penyebabnya. Apakah yang menyebabkan Jaundis? Jaundis mungkin disebabkan sel darah merah yang tak normal seperti kekurangan G6PD atau ibu dan bayi mempunyai kumpulan darah yang berbeza. Bayi yang menghidapi jangkitan juga boleh mendapat jaundis.

Apa yang akan terjadi selepas bayi dibenarkan keluar dari hospital?
Jika bayi anda dimasukkan ke dalam wad akibat jaundis, anda tidak perlu membiarkan bayi dirawat di wad sehingga bayi pulih seperti sediakala. Selalunya bayi masih mengalami sedikit jaundis semasa bayi dibenarkan keluar dari wad. Namun ia dijangka akan hilang dalam masa beberapa hari. Adalah penting untuk memastikan jaundis akan pulih sepenuhnya. Anda perlu membawa semula bayi anda untuk menjalani pemeriksaan seminggu selepas dikeluarkan dari wad. Jika bayi anda masih berwarna kuning, maka mungkin perlu menjalani beberapa ujian untuk mengetahui sebab-sebabnya. Jika jaundis masih hadir dan bayi anda mengeluarkan najis yang berwarna pucat, ini mungkin disebabkan saluran hempedu tersumbat dan bayi anda perlu dirawat dengan segera.

Risiko Jaundis Jangka Panjang


( KONTROVERSI JAUNDIS )

Jaundis dan Kerosakan Otak Para doktor telah lama membincangkan isu sama ada jaundis akan menyebabkan kerosakan otak pada bayi. Sememangnya tidak dinafikan lagi perkara ini berlaku terhadap bayi yang mempunyai sel darah merah yang abnormal, kekurangan G6PD dan Rhesus yang tidak sesuai dengan ibunya. Bayi yang menghadapi keadaan ini akan mempunyai paras bilirubin yang sangat tinggi di dalam darah. Apa yang tidak diketahui ialah sama ada kerosakan otak akan berlaku pada bayi yang mempunyai sel darah merah yang normal. Baru-baru ini bukti saintifik telah menunjukkan bahawa jaundis jarang berlaku pada bayi yang mempunyai sel darah merah yang normal.

Adakah sedikit bilirubin mendatangkan kesan yang baik? Terdapat sedikit kontroversi mengenai jaundis iaitu sama ada jaundis yang ringan atau paras bilirubin yang rendah adalah baik untuk bayi. Bilirubin mempunyai agen anti-oksidan dan kepentingannya tidak diketahui. Apa yang kita ketahui buat masa ini adalah paras bilirubin yang rendah tidak memudaratkan bayi.

Kesan Jangka Panjang bagi Jaundis yang Teruk Majoriti bayi yang menghidapi jaundis yang teruk akan membesar menjadi kanak-kanak yang normal. Walau bagaimanapun mereka yang menghidapi jaundis yang teruk dan terdapat tanda penyakit itu semasa episod jaundis mempunyai risiko menghidapi "cerebral palsy"/palsi serebrum dan pekak. Tanda-tanda penyakit palsi serebrum mungkin tidak wujud sehinggalah bayi mula membesar dan berkembang. Bayi perlu menjalani pemeriksaan dengan tekal oleh ahli Pediatrik untuk mencari bukti kehadiran palsi serebrum. Biasanya pemeriksaan ini perlu dijalankan sebanyak 2-4 kali setahun untuk 2 tahun yang pertama.

Amaran Najis berwarna pucat


Bayi yang menghidapi jaundis biasanya mengalami najis berwarna kekuningan atau kehijauan. Najis yang berwarna pucat di kalangan bayi yang mengalami jaundis merupakan tanda yang penting dan jika anda berpendapat najis bayi anda berwarna pucat, atau berwarna seakan-akan putih atau berwarna kelabu maka anda perlu menunjukkan sampel tersebut kepada doktor atau bidan.

Apakah yang dimaksudkan najis pucat? Najis berwarna pucat boleh memberi maksud terdapat penyekatan saluran hempedu diantara hati dan usus kecil.

Anda mungkin juga menyukai