Anda di halaman 1dari 2

Distosia Bahu (Shoulder Dystocia)

Keadaan shoulder dystocia merupakan suatu komplikasi obstetric yang tidak


dijangka, ianya melibatkan kejadian hanya sebanyak 0.15% - 2% sahaja. Shoulder
dystocia merupakan suatu kesulitan semasa proses mengeluarkan bahu bayi
selepas kepala bayi tersebut dikeluarkan. Ia memerlukan obstetric manoeuvre
tambahan untuk mengeluarkan bahu bayi tersebut. Keadaan shoulder dystocia ini
terjadi disebabkan oleh hentaman bahu fetal pada belakang symphysis pubis.

Terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan keadaan shoulder dystocia.


Antaranya ialah faktor antepartum dan faktor intrapartum. Faktor antepartum seperti
maternal obesity, maternal diabetes mellitus, post-term pregnancy dan berat badan
berlebihan boleh menyumbang kepada shoulder dystocia. Manakala, faktor
intrapartum seperti prolonged second stage of labor, induksi oxytocin serta kaedah
kelahiran menggunakan alatan (forcep atau vakum).

Shoulder dystocia boleh menyebabkan komplikasi maternal seperti postpartum


haemorrhage, vaginal lacerations, cervical laceration dan juga infeksi puerperal.

Beberapa kaedah manuver boleh digunakan untuk mengatasi masalah antaranya


McRoberts manoeuvre, suprapubic pressure, Gaskin maneuver dan eiposiotomi.
Kaedah McRoberts manoeuver ialah Posisikan ibu berbaring pada punggungya,
minta ibu untuk menarik lututnya sejauh mungkin ke arah dadanya. Ini
mengurangkan sudut pelvic inclination.

Untuk kaedah Rubin manuver pula dilakukan dengan beralih kebahagian sisi katil
yang bertentangan dengan muka infant dan arahkan ibu untuk berhenti menolak.
Berikan tekanan pada bahagian belakang infants anterior shoulder dan tolakkan
(shove) kearah muka bayi. Ini adalah untuk mengurangkan diameter antara bahu ke
bahu. Tekanan pada bahagian suprapubic boleh dilakukan untuk disimpact bahagian
bahu anterior pada fetal.

Secara kesimpulannya keadaan shoulder dystocia tidak boleh diramal tapi perlulah
bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. Ambil peringatan berkenaan faktor
risiko yang dialami. Keadaan ini merupakan satu keadaan kecemasan obstetric dan
perlu didiagnos tepat dan dirawat cepat.
Rujukan

What is shoulder dystocia? (n.d.). Retrieved February 09, 2017, from


http://www.shoulderdystociainfo.com/whatis.htm

Anda mungkin juga menyukai