Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Pedikulosis (iaitu, serangan kutu) sejak prasejarah. Telur-telur kutu adalah fosil-fosil
terkenal dan tertua kira-kira 10,000 tahun lama. Pada tiga dekad terakhir, insiden
penyakit pedikulosis telah naik berterusan. Bagi perspektif perubatan, membuat
diagnosis dan rawatan serangan kutu adalah salah satu amalan dan tugas-tugas
yang paling biasa. Terdapat 3 kitaran hayat ektoparasit yang lazim pada manusia
iaitu Pedikulus capitis humanus ( kutu kepala), Pedikulus corporis humanus ( kutu
badan) dan Phthirus pubis ( kutu pubik).

Kajian kes kali ini lebih menfokuskan kepada kutu kepala iaitu pedikulosis kapitis.

Pedikulosis kapitis adalah merupakan satu infestasi kutu kepala yang disebabkan
oleh ektoparasit spesifik yang hanya terbatas kepada kulit kepala sahaja. Ia adalah
disebabkan oleh pediculus humanus capitis ataupun dikenali sebagai kutu kepala.

Kutu kepala merupakan satu masalah yang biasa dihadapi dalam masyarakat,
terutama sekali dikalangan murid-murid sekolah. apabila dilakukan pemeriksaan
kesihatan terhadap murid-murid sekolah rendah dan pra-sekolah, terdapat banyak
murid-murid yang mempunyai masalah pedikulosis capitis (kutu kepala).

1
Penyataan Masalah

Nama: Muhammad Ammar Haikal Bin Fauzan

No. kad pengenalan: 100105-08-0755

Jantina: lelaki

Tarikh lahir: 05.01.2010

Umur: 7 tahun

Alamat sekolah: Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh

Kajian kes kali ini melihatkan pesakit A mempunyai masalah berkaitan serangan
kutu, iaitu kutu kepala. Pesakit A bersekolah di SK Pengkalan Pegoh dibawah
seliaan Pasukan Kesihatan Sekolah (PKS) Batu Gajah. Pesakit merupakan
warganegara melayu berumur 7 tahun. Dia mengadu sering merasa gatal pada
bahagian kulit kepala sejak dua minggu lalu. Pesakit mengadu gatal di bahagian kulit
kepala terutama pada waktu malamdan menyebabkan pesakit tidak dapat tidur
dengan lena. Pesakit kelihatan lemah pada keesokan hari. Apabila ke sekolah
pesakit tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran akibat
kegatalan tersebut. Selain itu rambut pesakit kelihatan tidak bermaya dan tidak
kemas. Pesakit memberitahu yang dia hanya mencuci rambut 2 kali seminggu dan
tidak mengeringkan rambutnya dengan sempurna kerana ingin segera ke sekolah.

Setelah melakukan pemeriksaan fizikal terhadap pesakit, didapati pada rambut


pesakit kelihatan telur kutu dan beberapa ekor kutu di rambutnya. Pesakit di sahkan
telah mendapat jangkitan pedikulosis. Setelah melakukan pemeriksaan fizikal yang
lebih mendalam pada rambut pesakit, didapati terdapat lebihbanyak telur kutu
berdekatan bahagian belakang telinga pesakit. Selain itu, terdapat kesan kemerahan
di bahagian kulit kepala pesakit akibat menggaru terlalu kuat. Pesakit tidak
mengalami demam dan tiada jangkitan sekunder. Pesakit tidak pernah
menggunakan sebarang ubat pedikulosis sebelum ini.

2
Pencarian Literature

Infeksi Pedikulosis atau lebih dikenali sebagai jangkitan kutu kepala adalah
manifestasi ektoparasit yang obligat iaitu Pediculus humanus capitis yang hanya
memberi kesan kepada kulit kepala manusia. Pedikulosis amat mudah berjangkit
dan biasa berlaku dikalangan kanak – kanak berumur 3 hinga 12 tahun. Ianya
adalah masalah kesihatan komuniti yang berlaku di seluruh dunia yang berlaku pada
kanak – kanak di negara maju dan yang sedang membangun ( M. Albashtawy dan
F.Hasna, 2012)

Menurut Shafinaz Sheikh Maznan (2008) di dalam Utusan Online, “kutu kepala
sudah menjangkiti manusia sejak berjuta tahun lamanya tidak kira di negara-negara
membangun mahupun maju. Setiap tahun, dianggarkan antara enam juta hingga 12
juta orang manusia di seluruh dunia dijangkiti oleh kutu kepala”.

Langkah lain adalah dengan memanaskan pakaian dan tempat tidur dengan air
panas untuk menghancurkan semua peringkat kutu. Haba yang diperlukan untuk
pemusnahan kedua-dua kutu dan nits adalah 52 ° C selama 30 minit. Kaedah ini
boleh digunakan untuk pakaian yang telah dijangkiti kutu. (Simmons,2015)

Lelaki kelihatan kurang terdedah kepada serangan kutu


berbandingperempuan. Manakala kanak-kanak berkulit hitam kurang kerap
mendapat jangkitandaripada kanak-kanak berkulit putih. Sebab-sebab penemuan
ini tidak pasti. Adakemungkinan bahawa insiden yang lebih rendah pada kanak-
kanak berkulit hitamadalah kerana kutu kurang mampu menggenggam bentuk atau
lebar sesetengah jenisrambut. (Adam O Goldstein & Beth G Goldstein,2013)

Pedikulosis kapitis adalah sangat mudah berjangkit. Pesakit boleh


mendapatjangkitan kutu melalui sentuhan rapat dan melalui perkongsian
barang-barangperibadi yang mudah dihinggapi kutu seperti sikat, topi, dan pakaian.
Semua kenalanrapat yang dijangkiti juga perlu dirawat pada masa yang sama
untuk mengelakkaninfestasi semula. (John "Lucky" Meisenheimer, 2012)

3
Perbincangan/Hujah

Pedikulus humanus capitis ataupun kutu kepala merupakan satu ektoparasit yang
menggigit dan menghisap darah manusia melalui kulit kepala. Ia merupakan
penyebab kepada penyakit pedikulosis kapitis. Ia biasanya muncul di kawasan yang
mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai tahap kebesihan yang
rendah.

Pedikulosis kapitis boleh dikenalpasti melalui beberapa ciri-ciri, antaranya ialah


mempunyai warna kelabu keperangan pada badannya, bersaiz kecil dan mempunyai
enam kaki yang bersepit. Ia mempunyai badan yang pipih dorsoventral (leper),
toraks kutu kepala bersambung dengan abdomen. Ia juga mempunyai mulut yang
digunakan untuk menghisap darah hos. Dikepalanya terdapat sepasang mata lateral
yang ringkas serta mempunyai sepasang antenna yang pendek dan bersendi. Ia
mempunyai kaki yang pendek dan cakar bengkok yang tajam yang digunakan untuk
melekat pada rambut. Saiz kutu kepala betina adalah lebih besar daripada kutu
kepala jantan.

Antara tanda-tanda dan gejala jangkitan kutu kepala ialah:


• Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di
dalam air liur kutu kepala.

• Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam
kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.

• Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil. Ia selalunya bersinar dan berwarna putih.
Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.

• Terdapat kesan luka calar dan ruam pada kulit akibat digaru oleh pesakit kerana
kepala terlalu gatal.

• Pembentukkan nanah akan berlaku pada kulit bagi kes yang teruk akibat infeksi
sekunder.

4
Pengurusan yang dilakukan oleh Pasukan Kesihatan Sekolah Batu Gajah keatas
pesakit ialah, dengan pemberian emulsi benzyl benzoate (BBE) 12%. Pesakit diajar
cara yang betul untuk menggunakan BBE, iaitu:
1. jika ada lotion, krim atau ointment pada rambut, perlulah dicuci terlebih dahulu
dengan syampu dan biarkan rambut dan kulit kepala kering sebelum menggunakan
benzyl benzoate.
2. ratakan ubat dibahagian kulit kepala dan rambut sehingga lembab.
biarkan ubat dalam masa 24 jam.
3. kemudian, basuh kepala dan rambut dengan air suam dan sabun atau syampoo.
4. basuh dengan bersih dan keringkan rambut dan kulit kepala dengan tuala bersih.
5. setelah rambut telah siap dibersihkan, gunakan sikat yang rapat untuk membuang
telur-telur yang masih tinggal di rambut.

Pesakit juga telah diberikan pendidikan kesihatan mengenai bahaya kutu kepala dan
cara pencegahan dan rawatan kutu kepala. Berikut merupakan cara pencegahan
yang boleh diambil untuk menangani masalah kutu kepala:

• Gunakan syampu berubat untuk membunuh kutu


• Keringkan rambut anda dengan sempurna, kemudian buangkan semua kutu yang
mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus (sikat kutu)
• Ulangi rawatan sekali setiap minggu yang berikutnya sehingga semua kutu yang
baru menetas dibunuh
• Kulit kepala harus dibalut dengan tuala dan ubat harus dibiarkan disitu selama
sekurang-kurangnya 12 jam
• Buangkan telur kutu dengan mencelup sikat bergigi halus ke dalam cuka suam
sebelum menyikat rambut, kerana cuka boleh melonggarkan bahan seperti gam
yang melekatkan telur kutu kepada rambut
• Semua berus dan sikat dan bahan lain yang telah digunakan pada rambut yang
telah dijangkiti dengan kutu kepala harus di rendam dalam losyen kutu atau alkohol
selama beberapa jam, dicuci dan dikeringkan sepenuhnya
• Semua cadar dan alas kerusi harus dicuci dengan air panas dan dikeringkan
dibawah cahaya matahari atau dalam kitar panas mesin pengering

5
• Vakumkan semua tilam, permaidani, alas kaki dan perabot yang dibalut dengan
kain
• Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, berjumpalah dengan Pegawai
Perubatan untuk rawatan
• Gunakan semua ubat kutu seperti yang diarahkan untuk membunuh kutu dan
telurnya.

6
Rumusan

Pedikulosis kapitis adalah penyakit pada kulit kepala dan rambut yang
disebabkan oleh parasit Pediculus humanus capitis. Cara penularan penyakit ini
adalah melalui kontek kepala dengan kepala atau melalui benda-benda seperti sikat,
bantal, dan aksesori rambut. Dalam kajian kes ini, pesakit telah diberikan rawatan
ubatan (BBE), pendidikan kesihatan mengenai jagaan kebersihan diri dan cara untuk
mencegah jangkitan kutu kepala. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam
memastikan kebersihan dan kesihatan anak-anak mereka terjamin. Pihak sekolah
juga perlu memantau di masa ke semasa masalah yang dihadapi oleh murid
sekolah.

Rujukan

1. M. AlBashtawy & F. Hasna (2012), Pediculosis capitis among primary-school


children in Mafraq Governorate, Jordan. Eastern Mediterranean Health
Journal. EMHJ. vol 18. Na1. 2012.
2. Adam O Goldstein & Beth G Goldstein. (2013, July 14) Pediculosis capitis.
Retrieved on January 14, 2014, from
http://www.uptodate.com/contents/pediculosis-capitis.
3. John "Lucky" Meisenheimer. (2012), Retrieved on January 14, 2014, from
http://www.orlandoskindoc.com/pediculosis_capitis%201.html
4. Kutu sukakan kepala bersih [online] [dilayari pada 2010 julai 14]; Maklumat
dari:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0205&pub=Utusa
n_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm&arc=hive
5. Simmons, S. (2015). Taking a closer look at pediculosis capitis. Nursing,
45(6), 57-58. doi:10.1097/01.nurse.0000464986.00187.3a

Anda mungkin juga menyukai