Anda di halaman 1dari 2

FISIOLOGI PENYUSUAN SUSU IBU

2 hormon utama diperlukan untuk penyusuan iaitu :

PROLAKTIN
Dihasilkan oleh kelenjar pituitari di otak.
Berfungsi agar kelenjar payudara menghasilkan susu.
Sudah mula dihasilkan semasa hamil tetapi susu tidak dihasilkan kerana
dihalang oleh hormon lain.
Payudara memerlukan beberapa minit semasa penghisapan bayi untuk
hormon ini dikeluarkan.
Setiap kali penyusuan, kadar prolaktin meningkat hampir 10 kali ganda.
Penghisapan bayi sangat penting untuk memastikan prolaktin dihasilkan
dan susu dikeluarkan oleh alveoli.
Lebih kerap bayi menghisap lebih banyak prolaktin lebih banyak susu.
Lebih tinggi pada waktu malam.

OKSITOSIN

Penting untuk pancutan susu.


Reseptor oksitosin bertambah 10X ganda semasa hamil.
Bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari
alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui putIng.

Boleh menyebabkan rengat kerana pengecutan rahim.


Hormon-hormon yang dikeluarkan semasa stress akan menyebabkan
oksitosin dihalang pengeluarannya.
Susu mengandungi FIL feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang
penyusuan)
Bila payudara dipenuhi susu FIL akan memperlahankan pengeluaran
susu.
Bila payudara kosong FIL berkurangan penghasilan susu lebih cepat.
Hormon lain yang terlibat cortisol, insulin, tyroksin.

Anda mungkin juga menyukai