Anda di halaman 1dari 2

FAKTOR RISIKO JAUNDIS

Faktor-faktor utama jaundis berisiko terjadi kepada bayi terutamanya jaundis yang
serius yang boleh menyebabkan komplikasi termasuk:

Kelahiran pramatang. Bayi yang lahir sebelum minggu ke 38 mungkin tidak dapat
memproses bilirubin secepat bayi normal.

Lebam yang ketara semasa proses kelahiran. Jika bayi anda mendapat lebam
ketika lahir, dia mungkin mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi akibat dari
pecahan sel darah merah yang lebih banyak.

Jenis darah. Jika jenis darah ibu adalah berbeza dari bayi, bayi boleh menerima
antibodi melalui plasenta yang menyebabkan atau sel-sel darah bayi untuk memecah
lebih cepat.

Penyusuan badan. Bayi yang menyusu badan, terutama mereka yang mempunyai
kesukaran untuk menyusu atau mendapat nutrisi yang tidak cukup daripada penyusuan,
adalah berisiko tinggi untuk mendapat demam kuning. Dehidrasi atau pengambilan
kalori yang rendah boleh menyumbang kepada tercetusnya demam ini.
Walaubagaimanapun, pakar-pakar perubatan masih mengesyorkan penyusuan ibu kerana
manfaat-manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Adalah penting untuk memastikan
bayi anda mendapat susu yang mencukupi dan sentiasa terhidrat.

PENYEBAB LAIN JAUNDIS


Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang
terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya
pundi hempedu akibat kecacatan lahir (i.e biliary atresia).
Antara penyebab lain :

Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum

Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)

Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma

Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)

Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)

Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)

Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)

Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti

negatif)

Anda mungkin juga menyukai