Anda di halaman 1dari 2

LITERATURE REVIEW

Menurunkan Kadar Jaundis Teruk di Daerah Segamat Johor


Suriati H,Zaharah MS, Awa @ Awal O, Thavamale R, Rohaya V, Ruzanah M,
Salmiah S, Suhaidah Z, Zuraini R, Noriah G.

Klinik Kesihatan Segamat, Johor.

Pemilihan Peluang untuk Penambahbaikan


Kejadian Jaundis Neonatal Teruk semakin meningkat dari 96 kes pada tahun 2005 ke 108 kes
pada tahun 2006.

Objektif Penambahbaikan
Tujuan kajian adalah untuk menurunkan kadar jaundis teruk kurang daripada yang ditetapkan
oleh National Quality Assurance Program (iaitu 100 kes /10,000 kelahiran hidup).

Prosedur Kajian dan Kutipan Data


Kajian dilakukan secara retrospektif bagi semua kes-kes Neonatal Jaundis Teruk yang berlaku
dari Januari - Disember 2006. Perbandingan bagi 3 bulan yang pertama dibuat iaitu 18 kes
untuk 2006 dan 8 kes bagi 2007.

Analisis dan Data Interpretasi


Terdapat 34.3% kes jaundis adalah bayi yang telah didiscaj dan dimasukkan semula sehari
selepas. Didiscaj daripada hospital. Kes-kes kelahiran yangdinotifikasi lewat iaitu sebanyak
17.5% dan 6.4% dikesan awal tetapi tidak dirujuk. Tindakan dan Kesan Penambahbaikan
Langkah-Iangkah penambahbaikan telah diambil dengan meningkatkan kerjasama di antara
pihak kesihatan dan hospital. Oi antara langkah-Iangkah yang diambil adalah membuat
lawatan ke rumah. Ini diwajibkan untuk 6 hari pertama. Sehelah langkah-Iangkah
penambahbaikan diambil, didapati peratus kejadian Neonatal Jaundis Teruk bagi 3 bulan
pertama 2007 telah menurun kepada 1.2%. Langkah Seterusnya Kelemahan-kelemahan yang
dikenalpasti diperbaiki dengan kerjasama di antara pihak hospital dan kesihatan.
Ciri Tambah Nilai
Cop jaundis telah diperkenalkan untuk digunakan oleh anggota yang menjalankan lawatan ke
rumah supaya pengesanan awal jaundis dapat dibuat.

Anda mungkin juga menyukai