Anda di halaman 1dari 3

RAWATAN

Bayi baru lahir dengan warna kekuningan kerana proses (fisiologi), tidak berbahaya dan tidak
memerlukan rawatan khusus, keadaan tersebut akan hilang dengan sendirinya.
Prinsip rawatan warna kekuningan pada bayi baru lahir adalah menghilangkan penyebabnya.

Phototherapy (Terapi lampu)


Phototherapy adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan
kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength)
kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin
larut air untuk dinyahkan daripada badan.
Cara menggunakan phototherapy dengan berkesan adalah dengan metakkan sumber
cahaya kira-kira 35-50 cm daripada bayi, dan buka semua baju bayi kecuali lampin, tutup
matanya. Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar
lampin dan mengambil darah. Alih posisi bayi setiap 2-3 jam. Ada kajian menunjukkan
terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui
salur darah adalah satu kemestian. Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan
pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat. Risiko untuk
peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu
diberhentikan.

Exchange Transfusion (ET)


ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin.
Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi. ET ialah satu rawatan di
mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu
prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini
memakan masa sehingga 5-6 jam. Semasa saya bertugas dahulu di bahagian paediatrik, ini
adalah satu prosedur yang kalau boleh paling saya tidak sanggup lalui.
Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat
hampir pukul 5 pagi! Itu untuk seorang bayi!. Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan
perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih
baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan.
Bagi seorang doktor, prosedur ini sangat sukar kerana ia dijalankan pada waktu orang lain
sedang tidur, anda berseorangan ditemani oleh seorang bayi (paling kurang... kalau ada
jururawat yang temankan atau tolong buat anda kopi pun best jugak kan... tapi...) dan ia
prosedur yang sangat-sangat perlahan untuk mengelakkan komplikasi
Terapi Ubatan.
Terapi lainnya adalah dengan ubat-ubatan. Misalnya, ubat phenobarbital atau luminal untuk
meningkatkan pengikatan bilirubin di sel-sel hati sehingga bilirubin yang sifatnya indirect
berubah menjadi direct. Ada juga ubat-ubatan yang mengandungi plasma atau albumin yang
berguna untuk mengurangkan timbunan bilirubin dan mengangkut bilirubin bebas ke organ
hati. Biasanya terapi ini dilakukan bersama dengan terapi lain, seperti fototerapi. Jika sudah
nampak perubahan maka terapi ubat-ubatan ini dikurangkan bahkan dihentikan. Kesan
sampingnya adalah mengantuk. Akibatnya, bayi banyak tidur dan kurang minum susu ibu
sehingga dikhuatiri terjadi kekurangan kadar gula dalam darah yang meningkatkan bilirubin.
Disamping itu, manfaat atau kesan dari pemberian ubat biasanya terjadi setelah 3 hari
pemberian ubat.

Menyusui Bayi dengan Susu Ibu.


Bilirubin juga dapat pecah jika bayi banyak mengeluarkan feses dan urin. Untuk itu bayi
harus mendapatkan susu ibu yang cukup . Seperti diketahui, susu ibu memiliki zat-zat terbaik
bagi bayi yang dapat melancarkan pembuangan air besar dan kecilnya. Akan tetapi,
pemberian susu ibu juga harus di bawah pengawasan doktor kerana pada beberapa kes, susu
ibu meningkatkan kadar bilirubin bayi (breast milk jaundice). Di dalam susu ibu terdapat
hormon pregnandiol yang dapat mempengaruhi kadar bilirubinnya.
Meskipun demikian dalam keadaan bilirubin yang tidak terlalu tinggi penghentian susu ibu
tidak digalakkan.

Terapi Sinar Matahari


Terapi dengan sinar matahari hanya merupakan terapi tambahan. Biasanya digalakkan setelah
bayi selesai dirawat di hospital. Caranya, bayi dijemur selama setengah jam dengan posisi
yang berbeza-beza. Seperempat jam dalam keadaan telentang, misalnya, seperempat jam
kemudian telungkup. Lakukan antara jam 7.00 sampai 9.00. Inilah waktu dimana sinar suria
efektif mengurangi kadar bilirubin. Di bawah jam tujuh, sinar ultraviolet belum cukup efektif,
sedangkan di atas jam sembilan kekuatannya sudah terlalu tinggi sehingga boleh merosakkan
kulit. Bila pagi hari dalam keadaan mendung sinar matahari sore atau akhir matahari mungkin
masih dianggap aman, sekitar jam 16.00 s/d 17.00. Hindari posisi yang membuat bayi melihat
terus ke matahari karena dapat merosakkan matanya. Perhatikan pula situasi di sekeliling, dan
pastikan udara persekitaran bersin. Sekiranya kuning masih tidak berubah, dapatkan nasihat
doctor.

Anda mungkin juga menyukai