Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Bagi jaundis neonatal, pengesanannya adalah lebih baik dilakukan pada waktu siang. Jaundis
lebih mudah dikenali pada waktu siang dengan cara menekan kulit pesakit dengan ibu jari
sehingga menjadi pucat. Lihat kekuningan kulit itu. Bayi-bayi dengan jaundis hendaklah
diperiksa setiap hari sehingga jaundisnya hilang. Adalah diingatkan bahawa warna kulit
adalah ptunjuk paras jaundis yang kurang baik. Walau bagaimanapun, bagi kes-kes jaundis
neonatal yang teruk, warna kuning bertambah dengan cepat dari kepala hingga kaki. Pada
amnya jika jaundis dilihat pada atau di bawah pusat, menunjukkan bahawa rawatan segera di
hospital adalah perlu dan jika jaundis terdapat di tapak kaki menandakan pertukaran darah
adalah diperlukan segera. Semua bayi yang mengalami jaundis dalam masa 24 jam selepas
lahir walaupun sedikit mesti dirujuk ke hospital. Jangan beri air glukos atau menjemur bayi
dalam cahaya matahari. Jika bayi mendapat jaundis 24 jam selepas lahir minta ibu sentiasa
memerhatikan paras jaundis dan jika bertambah teruk ila segera rujuk ke hospital.

Kriteria bagi bayi dengan jaundis yang perlukan penilaian diagnostic antaranya termasuklah
semua bayi yang menunjukkan kesan-kesan jaundis dalam masa 24 jam lepas lahir, semua
bayi yang mempunyai jumlah serum Bilirubin (total serum bilirubin) yang meningkat lebih
dari 5mgm/dl (85mmol/l) dalam sehari, semua bayi yang mempunyai Serum Bilirubin
melebihi 12mgm/dl (204mmol/l), semua bayi yang diberi rawatan fototerapi, semua bayi
yang mempunyai bahagian bilirubin konjugat (conjugate ilirubin) melebihi 2mgm/dl
(34mmol/l) dan semua bayi baru lahir cukup bulan, yang mempunyai jaundis yang berterusan
melebihi seminggu selepas lahir juga bayi yang lahir tak cukup bulan yang mempunyai
jaundis yang berterusan melebihi 2 minggu lepas lahir.

Anda mungkin juga menyukai