Anda di halaman 1dari 8

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

JENIS - JENIS SAKIT PUAN


MUQADDIMAH
Kertas kerja ini adalah ditulis bagi memenuhi keperluan pengetahuan tentang penyakit , dos rawatan dan pencegahannya yang perlu diketahui oleh para siswi malaysia di Mesir ini. Suasana, cuaca dan iklim yang berbeza akan menyebabkan kita menjadi alah dan mudah terkena penyakit sepanjang pembelajaran kita di sini. bagi tujuan pencegahan dan maklumat bantuan kepada siswi, penulis memikirkan perlunya ditulis kertas kerja ini sebagai panduan ringkas terutama sekali penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sakit puan. Walaupun penyakit-penyakit lain ada juga dimasukkan di dalam perbincangan, tetapi fokus utama kertas kerja ini adalah pada penyakit sakit puan. KUMPULAN PENYAKIT SAKIT PUAN Kanser buah dada Ketumbuhan pada buah dada Senggugut Endometriosis Endometritis Ketumbuhan pada ovari Barah rahim dan pangkal rahim Bengkak dan ketumbuhan pada kalenjar Bartholin Vagnitis-jangkitan / ketumbuhan pada faraj

KUMPULAN PENYAKIT BIASA Alergik/alahan Epistaksis (pendarahan hidung( Gastrik dan ulser Darah Tinggi Darah Rendah Asthma

KUMPULAN PENYAKIT-PENYAKIT DI DALAM KATEGORI SAKIT PUAN

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

1.0 Kanser Buah Dada Kanser buah dada merupakan kanser utama yang dihidapi oleh wanita. Sejumlah 115 000 dapat dikesan setiap tahun dan angka kematian adalah 38 000 daripada kes tersebut. Pada tahun sahaja sejumlah 175 000 kes kanser dicatatkan dan jumlah kematian adalah 44 500 kenyataan ini menunjukkan bahawa setiap 9 orang wanita 1 daripadanya berkemungkinan akan dihidapi kanser buah dada. Tahap umur yang paling berisiko tinggi bagi wanita mendapat penyakit ini adalah sekitar 39-49 tahun. Merupakan penyakit utama bagi wanita yang berumur lebih daripada 50 tahun. Kumpulan wanita yang berisiko tinggi mengidap kanser buah dada : Wanita yang ibu atau saudara perempuannya pernah mengidap penyakit ini. wanita yang tidak mempunyai anak (sama ada anak gadis atau suri rumah mandul) Wanita yang mendapat anak pertama selepas umurnya 30 tahun Wanita yang pernah mengidap penyakit ini pada salah satu buah dadanya Wanita yang pernah mengalami baligh terlalu awal 9-12 tahun Kumpulan sosio ekonomi yang tinggi Wanita yang dilahirkan di amerika Utara lebih tinggi risikonya daripada wanita di Amerika Selatan Sebab-sebab bagi kategori 7/8 adalah 9 adalah tidak diketahui Wanita gemuk Wanita yang mengambil pil perancang

Tanda-tanda amaran : Biji/ketul keras yang tidak hilang termasuk di bawah ketiak Benjolan di bawah lapisan kulit buah dada Keluar cecair melalui puting pada wanita yang tidak menyusu/tidak pernah bersalin Puting susu tertarik kemana-mana arah serta apa-apa perubahan pada puting susu Ketidaknormalan pada bentuk biasa buah dada (seperti besar sebelah dsb) Perubahan pada tahi lalat

sama ada dari segi saiz atau sebagainya

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

1.1

Ketumbuhan pada buah dada Ia adalah sejenis penyakit (Benign) jinak yang diakibatkan oleh perkumpulan tisu-

tisu librous pada sel-sel buah dada. Penyakit ini adalah tidak serius. Pesakit akan sering menghadapi kesakitan pada buah dada pada masa kedatangan haid. Kesakitan inilah yang mengelirukan para doktor untuk membuat keputusan sama ada ketumbuhan ini adalah jenis jinak atau jenis (maghnant) yang disifatkan sebagai kanser. Tidak ada cara perubatan moden yang dapat menghilangkana penyakit ini kecuali mengawalnya daripada berlaku dengan mengurangkan pengambilan . Penggunaan pil perancang juga mungkin punca utama. Tanda-tanda amaran: Biji/ketul keras yang tidak hilang termasuk di bawah ketiak Benjolan di bawah lapisan kulit buah dada Keluar cecair melalui puting pada wanita tidak menyusu/tidak pernah bersalin Puting susu tertarik kemana-mana arah serta apa-apa perubahan pada puting susu Ketidaknormalan pada bentuk biasa buah dada Pemeriksaan awal amat membantu di dalam rawatan kanser buah dada 90% daripada (Localised canser) dapat disembuhkan kini. Kuncinya adalah kepantasan mengesan penyakit ketika ianya masih boleh diubati. Selepas beberapa ketika, apabila tahap kanser sudah sampai keperingkat membunuh, tiada apa yang dapat kita alkukan hanya berdoa dan menunggu saat-saat (semoga Allah melindungi kita semua dari penyakit ini). 1.2 Senggugut (Menstrual Pain) Ia adalah sejenis penyakit biasa yang dialami oleh kebanyakan anak gadis kerana kesempitan tiub. Kesakitan berlaku di bawah ari-ari sekitar bawah perut dan kemaluan. Kadang-kadang ari-ari seperti hendak jatuh. Tidak berlaku pada wanita mengandung. Tidak diiringi muntah-muntah, demam, perubahan warna pada najis dan tidak diiringi pengeluaran darah yang berbau busuk. Kebanyakan wanita yang belum berkahwin mengalaminya, ia bermula pada permulaan period dan beransur-ansur hilang sehingga 2-3 hari yang terakhir.

sama - ada dari segi saiz atau sebagainya

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Kesakitan yang teruk dan kerap serta tidak diiringi oleh sebarang penyakit lain, dipanggil Dysmenorrhea. Ia berlaku paling teruk pada lingkungan umur 15-25 tahun. Mungkin juga sepanjang tempoh subur wanita. Langkah-langkah bagi mengurangkan kesakitan : 1.3 Rehat dan berbaring apabila sakit bersangatan pada bahagian bawah ari-ari dengan menggunakan alat-alat yang sesuai Jumpa doktor dengan segera jika kesakitan bersangatan Endometriosis Rahim wanita mempunyai lapisan yang melapisi bahagian dalam rahim. Lapisan in membesar setiap bulan bagi tujuan penyediaan makanan bagi telur yang sedang membesar. Ia adalah endometrium yang akan membesar menjadi sumber penyediaan makanan bagi janin kelak. Perkembangannya adalah hasil gabungan antra rembesan hormon-hormon tertentu. jika sekiranya endometrium ini tidak digunakan (telur tidak disenyawakan), ia akan dirembesakan bersama darah haid. Endometriosis berlaku apabila tisu-tisu emdometrial berkembang di luar rahim (biasanya di bahagian lain sistem peranakan) seperti di ovari. Ianya kerap berlaku pada tahap umur yang boleh mengandung. Tanda-tanda biasa : Kerap diserang menstrual pain (senggugut( Darah keluar banyak atau tempoh berpanjangan Sakit besar kemungkinan menghadapi masalah kemandulan 1.4 Endometritis Ialah disebabkan oleh jangkitan kuman pada lapisan rahim yang dipanggil endometrium selalunya mengiringi kalahiran atau keguguran. Selepas kelahiran normal, darah nifa akan berpanjangan sehingga melebihi 7-10 hari dengan pertukaran warna darah daripada merah kepada warna atau merah muda yang cair atau kadang-kadang pekat dan berbau busuk. 1.5 Ketumbuhan Ovari Sudah biasa dan berlaku hampir setiap kali berlaku ovalusi. satu lubang akan

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

terbentuk di mengambil tempat telur yang telah matang dan mengalami rupture. Kadangkadang pada pertengahan pusingan ovulusi, lubang yang berkenaan akan memecah menyelamatkan kesakitan yang kuat. Tanda-tanda biasa : 1.6 Sakit sebelah pada bahagian bawah ari dan selalunya membawa ke arah belakang. Terasa loya Hilang selepas 3 hari Barah rahim (uterine) dan pangkal rahim (Cervical)

Pada tahun 1991 sahaja terdapat 13,000 kes kanser pangkal rahim dan 4,500 daripadanya membawa kematian. Jika digabungkan kanser rahim dan pangkal rahim terdapat 46,000 kes dan daripadanya mati. Wanita berisiko tinggi mendapat barah rahim: 1.7 -berlaku selalunya pada tahap umur antara 55-65 tahun -perempuan mandul -wanita tiada ovulusi -lambat putus haid -gemuk -mengambil oestrogen terlalu lama sebagai rawatan setelah menopause Kumpulan sosio-ekonomi rendah Genital Herpes hubungan kelamin terlalu awal banyak pasangan seks Coital bleeding Pendarahan selepas menopause (biasanya selepas berhenti haid terakhir) Bengkak dan ketumbuhan pada kalenjar Bartholin Kalenjar Bartholin adalah terletak pada dua dinding dalam faraj. Ianya amat sukar dilihat dan jika ada jangkitan padanya. Ia akan membengkak dan bernanah (berlaku selalunya dalam syphllis). Tanda-tanda:
5

Pengidap barah pangkal rahim

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Kalenjar membengkak menjadi merah dan panas bernanah bengkak sebelah pemeriksaan faraj mesti dilakukan pendarahan kecil membuang kalenjar yang sakit 1.9 Vagnitis - jangkitan/ketumbuhan pada faraj Wanita mengeluarkan sedikit sahaja darah haid. Ini adalah hasil keseimbangan acid-acid yang ada dalam faraj. Jika keseimbangan ini terganggu, bakteria boleh membiak dan menyakiti dinding faraj. Sebab -Pengambilan antibiotik terlalu lama -lebih tidur -makanan tidak seimbang -pil perancang -faraj Tips menjaga kebersihan diri: Jangan basah kemaluan dengan sabun, buih dan spray Pakai pakaian dalam yang selesa Tukar pad selalu (dalam masa haid) Kemaluan sentiasa kering

2.0 KUMPULAN PENYAKIT-PENYAKIT BIASA 2.1 Alergik / alahan Ianya berbeza mengikut kelas. Pesakit boleh mendapat alahan melalui berbagai cara termasuk menjaga makanan, kosmetik, losyen, tumbuhan, debu, bulu binatang dan jenis-jenis kain. 1. Gatal seluruh badan 2. Bengkak pada mulut, mata dan bibir 3. Bengkak pada lidah dan kotak suara 4. Asthma
6

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

5. Shock (kejutan) dan tekanan darah rendah 2.2 Epistaksis (Pendarahan hidung) Adalah sejenis penyakit biasa. Ia mungkin disebabkan oleh trauma, cedera atau patah tulang hidung. Tekanan darah tinggi dan penggunaan pencair darah mungkin merupakan sebab. Rawatan: 1. Pak bagi hidung (Nasal pack) tuala yang diisi dengan ais sejuk kering. Ianya dituamkan pada hidung. 2. Baringkan pesakit dengan kepala mendongak sedikit supaya darah tidak keluar dengan banyak. 2.3 Gastrik dan Ulser Sebab-sebab 1. Merokok 2. Alkohol 3. Peminat aspirin 4. Pengguna aspirin 5. Pengguna Anti-Inflanmatory 6. Peminat Cola dan minuman bergas 2.4 Darah tinggi Darah kekal pada tahap lebih tinggi daripada 140/90 mmHg. Mungkin juga merupakan sekunder Atherosklerotik dan gemuk. Stress boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih dan sakit mudah mewarisi Lemah jantung. 2.5 Darah Rendah Sebab-sebab:1. Hydration
7

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

2. Diabetes 3. Kesan sampingan drugs 4. Sakit terlau tua 5. Kehilangan bayak darah 2.6 Asthma Pengecutan dan penyempitan tiba-tiba saluran pernafasan. Menjadikan pesakit sukar bernafas tercungap-cungap. Ia adalah kadang-kadang merupakan sekunder kepada Anaphylaxis. 3.0 Penutup: Adalah beberapa huraian ringkas yang dapat penulis berikan pada kesempatan ini. Kertas ini adalah merupakan ringkasan, sebarang penjelasan dan pertanyaan adalah sangat-sangat memalukan. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada penulis. Segala yang baik itu adalah dari Allah dan yang kurang itu adalah kejahilan diri penulis sendiri. Semoga Allah melindungi semua dari bahaya penyakit-penyakit dunia jasmani dan rohani. Sekian, salam hormat dari ana. Selamat maju jaya. Wallahu alam Faqir dan hina di sisi Allah 16 Julai 1994
HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM. MANHAL PMRAM 2000

Anda mungkin juga menyukai