Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN REPRODUKTIF KE ATAS REMAJA

‘CEGAH PENYAKIT KELAMIN’

PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN TANJONG SEPAT


PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA LANGAT

18 NOVEMBER 2016
SMK BATU LAUT, TANJONG SEPAT.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis:

Yang Berhomat,
Tn Hj Sajuri bin Amrin
Tuan Pengerusi Panel Penasihat;

Yang Berbahagia
Datin Hjh Juwita bt Hj Hassan
Yang Dipertua PIBG

Yang Berusaha
Cikgu Rosli
Pemangku Guru Besar SMK Batu Laut

Yang Berusaha
Dr Imran Kamil Puat
PPYM KK Tg Sepat
Para guru dihormati serta para pelajar yang dikasihi sekalian

Assalammualaikum Wbth, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia para hadirin


sekalian

1. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt


kerana limpah kurnia dan Izin-Nya, kita dapat bersama-sama berhimpun
meraikan sempena Program Promosi Kesihatan Reprodaktif Remaja yang
bertema ‘ Remaja Bijak , Sayangi Diri’ di SMK Batu Laut yang amat
bermanfaat kepada kita semua.

Tuan dan puan yang hormati serta para pelajar yang dikasihi

2. Penyakit Kelamin atau jangkitan seksual adalah suatu penyakit berjangkit


yang disebabkan oleh virus. Penyakit ini, boleh berjangkit melalui
hubungan seksual yang tidak selamat melalui sentuhan genital kulit ke
kulit. Peningkatan penyakit kelamin kian meningkat di Negara kita terutama
sasaran golongan remaja, lingkungan umur 13 – 19 tahun. Kadar peningkatan
ini menyumbang kepada bilangan individu menghidap penyakit HIV ( Human
Immunodeficienmcy Virus).

3. Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil inisiatif dalam


mewujudkan Program Promosi melalui penglibatan masyarakat secara terus
melalui kerjasama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tanjong Sepat bagi
mendidik golongan masyarakat terutama golongan remaja mengenai
penjagaan kesihatan reprodutif.

4. Usaha program ini dilakukan adalah untuk memberi pendidikan , kesedaran


betapa pentingnya para remaja menjauhi hubungan kelamin yang tidak
selamat yang boleh menjejaskan tahap kesihatan reprodutif secara
menyeluruh. Selain itu, ia merupakan langkah awal dalam memberi jagaan
kesihatan reproduktif yang baik serta memupuk kerjasama dalam komuniti
dalam mencegah penyakit kelamin dikalangan remaja dan masyarakat .

5. Saya berharap dengan adanya program ini, kita mampu gunakan ilmu
pengetahuan yang diperolehi hari ini, untuk diterapkan pada diri sendiri,
keluarga dan masyarakat pada masa akan datang . Kesesuaian dengan tema
pagi ini iaitu ‘REMAJA BIJAK, SAYANGI DIRI’

6. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan


dan terima kasih kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tanjong Sepat ,
anggota klinik kesihatan secara langsung dan tidak langsung serta PIBG SMK
Batu laut selaku pengajur bersama program ini kerana sudi mengundang
saya untuk merasmikan Program Promosi Reproduktif Remaja ‘Cegah
Penyakit Kelamin pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai