Anda di halaman 1dari 76

K

D AN

A NG

2 ... 3 ...

Wacana Alu-aluan Menteri Pengajian Tinggi Prawacana Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi

5 ...... 1. PENGURUSAN PEMANDU 15 .... 2. PENGURUSAN KENDERAAN 25 .... 3. PENGURUSAN PERJALANAN 33 .... 4. PENGURUSAN DOKUMEN 45 .... 5. MANUAL KECEMASAN 59 .... 6. PEMANDUAN BERHEMAH DAN DEFENSIVE 67 ... Jawatankuasa Penggubal 71 ... Penyumbang Bibliogra

panduan pengangkutan.indd 1

7/12/11 11:35:46 AM

Wacana Alu-aluan
M e n t e r i Pe n g a j i a n Ti n g g i Malaysia

Assalamualaikum, salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia

aya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jawatankuasa Penggubal Buku Panduan Tatacara Pengurusan Pemandu Kementerian Pengajian Tinggi kerana telah berjaya menghasilkan penerbitan buku ini. Buku ini amat penting dan sebagai manual operasi yang seragam dan selaras untuk digunakan oleh semua warga KPT. Memandangkan kandungannya yang komprehensif meliputi pengurusan pemandu, pengurusan kenderaan, pengurusan perjalanan, pengurusan dokumen dan manual kecemasan pastinya buku ini amat berguna sebagai rujukan pihak pengurusan pengangkutan dan pemandu KPT. Buku panduan ini harus dilaksanakan dibawah naungan jawatankuasa keselamatan KPT supaya keberkesanannya dapat dipantau seterusnya membuat penambahbaikan yang berterusan. Buku Panduan Tatacara Pengurusan Pemandu KPT ini, sekiranya dibudayakan oleh pihak pengurusan pengangkutan dan pemandu pastinya akan dapat menjamin keselamatan penumpang dan seterusnya memberikan perkhidmatan pengangkutan yang selesa, selamat dan bertaraf dunia.

MOHAMED KHALID BIN NORDIN Menteri Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi

panduan pengangkutan.indd 2

7/12/11 11:35:48 AM

Ketua Setiausaha K e m e n t e r i a n Pe n g a j i a n Ti n g g i
Assalamualaikum, salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia

Prawacana

ertama sekali marilah kita sama-sama memanjat rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta izin Nya Buku Panduan Tatacara Pengurusan Pemandu Kementerian Pengajian Tinggi ini dapat diterbitkan. Keselamatan adalah merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam pengurusan pengangkutan organisasi awam. Oleh yang demikian adalah menjadi hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memastikan keselamatan pegawai dan pemandu kenderaan pengangkutan terjamin pada setiap masa melalui amalan pengurusan pengangkutan yang mantap serta sistematik. Dalam hubungan ini, penerbitan buku panduan Tatacara Pengurusan Pemandu Kementerian Pengajian Tinggi adalah tepat pada masanya khususnya untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada setiap pemandu kementerian, jabatan dan agensi Kementerian Pengajian Tinggi. Melalui kandungan yang komprehensif merangkumi aspek pengurusan perjalanan, pengurusan dokumen dan manual kecemasan, saya yakin ianya akan dapat mempertingkatkan tahap pengurusan pengangkutan dan kecekapan pemanduan. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan buku panduan ini. Semoga penerbitan buku panduan ini mampu memberikan manfaat dan mencapai objektif yang telah dihasratkan. Sekian,terima kasih.

(DATUK AB.RAHIM BIN MD.NOOR) Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi

panduan pengangkutan.indd 3

9/8/11 4:19 PM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 4

7/12/11 11:35:51 AM

AN S RU U U G D PEN EMAN P

panduan pengangkutan.indd 5

7/12/11 11:35:51 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 6

7/12/11 11:35:52 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

PENGURUSAN PEMANDU
1.1 PengenaLan Aspek pengurusan pemandu perlulah dititikberatkan agar keselamatan warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa terjamin. Hal ini demikian kerana tanggungjawab keselamatan pegawai dan kakitangan yang berkaitan dengan aspek penggunaan pengangkutan jabatan bukan sahaja digalas oleh pihak pengurusan tetapi juga oleh pemandu kenderaan. Justeru, pemandu merupakan nadi dalam proses perkhidmatan pengangkutan kepada semua aktiviti KPT. 1.2 AspeK Pengurusan Pemandu Pengurusan pemandu meliputi aspekaspek seperti berikut:BIL i. PERKARA Prosedur Pengambilan Pemandu BUTIRAN - Rekod pemandu - Ujian pelantikan - Pemeriksaan kesihatan - Kriteria pengambilan pemandu - Pemilik lesen memandu yang sah dan sesuai dengan jawatan ULASAN/TINDAKAN - Tanpa rekod jenayah sivil - Tanpa rekod saman - Lulus ujian kompentensi/ kecekapan - Melepasi pemeriksaan kesihatan menyeluruh - Umur maksimum 45 tahun - Pengalaman memandu kenderaan penumpang minimum tiga tahun - Lesen memandu peringkat E penuh bagi pemandu bas - Semakan rekod pemandu berkala

ii.

Pengkategorian Pemandu

- Sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) - Pengkelasan lesen - Sistem kad pemandu - Kategori pemandu berdasarkan kemahiran, kompentensi dan prestasi

panduan pengangkutan.indd 7

7/12/11 11:35:52 AM

Buku Panduan
BIL iii. PERKARA Latihan BUTIRAN - Respons kecemasan - Latihan pemanduan - Latihan pengendalian kenderaan - Kesedaran keselamatan jalan raya - Komunikasi berkesan - Bantuan kecemasan menghadapi kebakaran/ kemalangan - Latihan pertolongan cemas - Berpakaian seragam - Makan makanan berkhasiat sebelum pemanduan - Tidak menggunakan ubatubatan terlarang - Melepasi pemeriksaan kesiagaan pemanduan - Memiliki dokumen penting - Memakai kaca mata bagi yang berkenaan - Melaporkan tugas awal - Melaporkan diri kepada penyelia - Membuat pemeriksaan kenderaan pra perjalanan dan selepas perjalanan berdasarkan senarai semak - Memeriksa bahan api/bandalir kenderaan - Jumlah pemanduan berterusan yang maksimum - Jumlah jam pemanduan sehari - Jumlah jam bekerja sehari - Masa rehat - Jumlah hari bekerja dalam seminggu ULASAN/TINDAKAN - Perancangan/takwim latihan tahunan

iv.

Prosedur pemanduan (bagi setiap perjalanan)

- Buku Log - Penyediaan senarai semak

v.

Jam pemanduan/ jam bekerja dan hari bekerja

4 jam 8 jam maksimum 12 jam maksimum 30 minit setiap 4 jam 6 hari maksimum

panduan pengangkutan.indd 8

7/12/11 11:35:53 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

BIL vi. vii. viii.

PERKARA Penggiliran pemandu Etika pemanduan Penghargaan dan hukuman

BUTIRAN - Perjalanan melebihi 4 jam mesti disertai pemandu kedua - Disiplin pemandu dan pemanduan - Pengiktirafan - Peningkatan kerjaya - Insentif - Tindakan disiplin - Bertanggungjawab terhadap kesalahan - Rekod kesihatan (pemeriksaan secara dalaman di tempat kerja) - Pemeriksaan penyalahgunaan bahan terlarang - Pemeriksaan ujian tahap kecekapan - Menepati kehendak elemen di atas mengikut kesesuaian kecuali elemen latihan

ULASAN/TINDAKAN

Penyediaan panduan dan etika pemanduan -Sistem penilaian prestasi -KPI -Pemberian ganjaran -Penguatkuasaan tindakan -terhadap salah laku Sekali 1 tahun Sekali 1 tahun Sekali 3 tahun Sistem penilaian prestasi/ kontrak sewaan

ix.

Pemeriksaan tahap kesihatan dan tahap kecekapan secara berkala

x.

Prosedur keselamatan pengangkutan kontrak/sewaan

1.2.1

Prosedur Pengambilan Pemandu Pemandu memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan pengangkutan kepada pegawai Kementerian. Oleh itu, perlu diwujudkan Garis Panduan Penilaian Pemandu bagi memastikan bahawa pemandu yang benar-benar layak dan bertanggungjawab sahaja dilantik untuk menjawat jawatan tersebut. Dalam penentuan dan seterusnya pemilihan bakal pemandu yang benar-benar layak, aspek yang ditekankan adalah seperti berikut: i. Latar belakang pemandu: Tanpa rekod jenayah, mempunyai pengalaman memandu kenderaan penumpang minimum 3 tahun, berumur tidak melebihi 45 tahun ketika diterima bekerja; ii. Tiada rekod saman polis atau JPJ;

panduan pengangkutan.indd 9

7/12/11 11:35:54 AM

Buku Panduan

iii. Rekod kesihatan yang menunjukkan tubuh dan mental yang sihat dan cergas, tiada kecacatan anggota serta tidak rabun jarak dan warna; iv. Tiada rekod penyalahgunaan bahan terlarang (dadah,arak dll); dan v. Lulus ujian kemahiran/kecekapan/kompentensi pemanduan dengan mencapai tahap yang dikehendaki dengan berdasarkan kriteria tertentu sebagai prasyarat penilaian selanjutnya.

1.2.2

Pengkategorian Pemandu Para pemandu perlu dikategorikan untuk memudahkan pihak pengurusan mengenal pasti pemandu yang profesional, mahir dan separa mahir. Untuk tujuan ini, beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti berikut: i. Sistem KEJARA; ii. Pengkelasan lesen; dan iii. Sistem kad pemandu yang mengandungi maklumat tentang pengalaman kerja, maklumat perubatan asas, maklumat lesen, saman dan lain-lain. Pengkategorian pemandu ini perlu dikemaskinikan secara tahunan iaitu semasa pembaharuan lesen pengangkutan awam (PSV).

1.2.3 Latihan Pemandu yang baik adalah pemandu yang terlatih. Oleh itu, latihan amat penting dalam membentuk kemahiran, pengetahuan, dan seterusnya mengubah sahsiah pemandu ke arah yang lebih baik. Pemandu yang terlatih akan lebih berdisiplin dan sentiasa bersedia serta mampu berhadapan dengan situasi kritikal pada setiap masa. Antara latihan yang perlu diikuti oleh pemandu adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Respons terhadap kecemasan dan pertolongan cemas; Latihan pemanduan; Latihan pengendalian kenderaan; Kesedaran keselamatan jalan raya; Komunikasi berkesan; dan Bantuan kecemasan semasa menghadapi kebakaran/kemalangan.

10

panduan pengangkutan.indd 10

7/12/11 11:35:54 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

1.2.4

Prosedur Pemanduan Pemandu hendaklah mengetahui dan mempunyai senarai semak tentang perkara yang wajib dilakukan sebelum dan semasa menghidupkan enjin, sebelum bertolak dan sebagainya. Di antara perkara yang wajib dilakukan adalah seperti berikut: i. Semasa penyediaan jadual bertugas, semak rekod pemandu di pusat semakan; ii. Memakai pakaian seragam; iii. Mengambil makanan berkhasiat; iv. Tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk dan mengganggu pemanduan; v. Sentiasa diperiksa oleh penyelia bertauliah untuk memastikan bahawa mereka benar-benar dalam keadaan siaga untuk memandu; vi. Memakai kaca mata (di mana sesuai); vii. Melaporkan diri 30 minit lebih awal sebelum memulakan tugasan; viii. Melaporkan diri kepada penyelia dan menyemak tugasan; dan ix. Memeriksa bahan api/bendalir kenderaan sebelum memulakan perjalanan dan menyemak senarai semak sebelum memulakan perjalanan.

1.2.5

Jam Pemanduan/Jam Bekerja/Hari Bekerja Masa bekerja wajib diberi perhatian bagi memastikan pemandu berada dalam keadaan sihat. Kerja melebihi masa adalah keterlaluan, sangat berisiko dan merbahaya kepada pemandu dan juga penumpang. Perkara-perkara yang wajib diambil kira tertakluk kepada akta-akta yang telah sedia ada (jika berkaitan) adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. Memastikan kenderaan mempunyai minyak yang mencukupi; Mematuhi jam pemanduan berterusan sehari iaitu maksimum 4 jam; Mematuhi jumlah jam pemanduan sehari iatu 8 jam; Mematuhi jumlah masa bekerja iaitu maksimum 12 jam sehari; Berehat minimum 12 jam sebelum memulakan pemanduan yang pertama; dan vi. Mematuhi jumlah maksimum hari bekerja dalam tempoh seminggu iaitu 6 hari.

11

panduan pengangkutan.indd 11

7/12/11 11:35:55 AM

1.2.6

Buku Panduan
Penggiliran Pemandu Untuk mengelakkan pemandu rasa lesu akibat jangka masa memandu yang terlalu lama, kaedah penggiliran pemandu hendaklah diamalkan. Ini bertujuan mengelakkan kelesuan yang boleh mengakibatkan hilang daya tumpuan semasa memandu seterusnya boleh meningkatkan risiko berlaku kemalangan akibat terbabas dan sebagainya. Oleh itu, bagi setiap pemanduan melebihi 4 jam, pemandu gantian diperlukan.

1.2.7

Etika Pemanduan Kerjaya sebagai pemandu sentiasa berhadapan dengan pelbagai ragam penumpang. Oleh itu, etika pemanduan perlulah diterapkan dalam dasar pengurusan pemandu untuk menangani sebarang konik yang mungkin berlaku sepanjang melaksanakan tanggungjwabnya. Budi bahasa dan amalan nilai murni amat penting untuk menjaga keharmonian hidup bermasyarakat. Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa dan mengamalkan nilai murni dapat menjanakan satu bangsa Malaysia yang budiman. Antara etika pemanduan yang baik adalah seperti berikut: i. Tidak bercakap kasar dengan penumpang; ii. Tidak merokok semasa memandu; iii. Sentiasa berpakaian kemas dan menjaga kebersihan diri; iv. Sentiasa menjaga kebersihan kenderaan; v. Sentiasa bertolak ansur semasa memandu; vi. Tidak memandu dengan cara berbahaya; dan vii. Selalu memberikan senyuman kepada penumpang.

1.2.8

Penghargaan dan Hukuman Penghargaan dan motivasi amat penting untuk memberikan semangat kepada pemandu sama seperti pekerja lain. Justeru perkara baik yang dilakukan oleh mereka hendaklah dinilai dan dihargai oleh pihak majikan. Pada masa yang sama bentuk hukuman yang setimpal harus diwujudkan sekiranya mereka melakukan kesalahan. Ini bukan bertujuan untuk menghukum tetapi lebih kepada sifat memberikan didikan dan pengajaran agar pemandu lebih

12

panduan pengangkutan.indd 12

7/12/11 11:35:56 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

berhati-hati ketika melaksanakan tugas. Perkara yang diarahkan adalah seperti berikut: i. Memberikan pengiktirafan yang sesuai kepada pemandu yang cemerlang; ii. Memberikan kenaikan pangkat yang dikirkan perlu kepada pemandu yang cemerlang; iii. Memberikan insentif seperti bonus dan kenaikan gaji dan lain-lain kepada pemandu yang cemerlang; iv. Mengenakan tindakan disiplin berdasarkan kepada peraturan majikan jika terdapat pelanggaran kod amalan yang ditetapkan; dan v. Memikul tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan sekiranya melanggar kod amalan dan sedia menerima hukuman termasuk membayar saman dan lain-lain. 1.2.9 Pemeriksaan Tahap Kesihatan dan Kecekapan Secara Berkala Pemeriksaan merupakan faktor berkala untuk memastikan pemandu berada pada tahap kesihatan paling tinggi agar khidmat kepada pengguna dapat dilakukan dengan baik dan dapat menjamin keselamatan pengguna. Sistem atau kaedah pemantauan kesihatan pemandu mesti diwujudkan agar kesejahteraan semua pihak dapat dipelihara. Pemeriksaan kesihatan dan penyalahgunaan bahan terlarang secara dalaman di KPT hendaklah dilakukan sekali setahun. Selain itu, untuk memastikan kecekapan pemandu terus berada pada tahap optimum, penilaian terhadap kecekapan pemandu perlu dilaksanakan sekali dalam masa tiga tahun.

13

panduan pengangkutan.indd 13

7/12/11 11:35:57 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 14

7/12/11 11:35:57 AM

AN S RU AN U G RA N E P NDE KE

panduan pengangkutan.indd 15

7/12/11 11:35:57 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 16

7/12/11 11:35:58 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

PENGURUSAN KENDERAAN
2.1 PengenaLan Pengurusan dan penyelenggaraan kenderaan rasmi KPT dari aspek perolehan, penggunaan, penyenggaraan dan pelupusan perlu dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Panduan ini bertujuan untuk menyelaraskan dan mengemaskinikan peraturan penyelenggaraan kenderaan KPT dari semasa ke semasa supaya terjaga dan dapat digunakan dengan baik dan selamat serta dapat meminimumkan kos penyelenggaraan. 2.2 AspeK Pengurusan Kenderaan 2.2.1 Dokumentasi Pengurusan dokumentasi bagi semua permohonan pendaftaran dan permit JPJ, LPKP dan PUSPAKOM bagi semua kenderaan perlu diurus dengan baik dan sempurna serta disimpan di tempat yang selamat. Fail khusus bagi setiap kenderaan perlu diwujudkan. 2.2.2 Keperluan Kakitangan Bagi memastikan pengurusan kenderaan dapat dilaksanakan dengan sempurna, semua Jabatan yang mengurus kenderaan KPT perlu menyediakan kakitangan yang mencukupi dan terlatih. 2.2.3 Keselamatan Kenderaan Bagi memastikan kenderaan berfungsi dengan baik dan selamat untuk digunakan, beberapa perkara diwajibkan bagi sesebuah kenderaan: Tali pinggang keledar pemandu dan penumpang; Penggunaan struktur kerangka keluli yang kukuh bagi badan bas; Lantai kenderaan yang kuat dan kukuh; Sistem brek antisekat ABS yang setara atau lebih baik; Cermin sisi untuk titik buta (blind spot); Penggunaan tayar yang diluluskan;

17

panduan pengangkutan.indd 17

7/12/11 11:35:58 AM

Buku Panduan

Pembelian kenderaan transmisi automatik bagi kenderaan baharu untuk memudahkan pemanduan dan mengurangkan kelesuan pemandu; Penggera amaran mengundur automatik wajib dipasang; Lampu brek ketiga dan lampu isyarat kecemasan; dan Memasang pemantul di bahagian belakang kenderaan.

Semua keperluan kenderaan yang disenaraikan di atas hendaklah diperiksa dengan menggunakan senarai semak pengurusan kenderaan seperti di bawah: Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Perkara Tali pinggang keledar pemandu dan penumpang Pusat tambatan kaki kerusi untuk bas terpasang pada tepi dinding dan pada lantai Sistem pemantauan posisi berkomputer Satu struktur kerangka badan bas Lantai kenderaan kukuh dan tahan lasak Cermin sisi (titik buta) Sistem brek tambahan (ABS, Retarder) Tayar sesuai dengan jenis kenderaan dan mengikut piawaian antarabangsa Pemantul cahaya Transmisi automatik Filem anti silau Penggera amaran mengundur automatik Lampu brek ketiga Lampu nyalaan waktu siang 2.2.4 Penyelenggaraan dan Baik pulih Kenderaan perlulah dijaga dan diselenggara dengan sistematik dan sempurna. Perkara paling penting ialah amalan mengenal pasti masalah dan kerosakan kenderaan dengan segera dan melaporkan kerosakan tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab. Garis panduan penyelenggaraan yang wajib dilaksanakan adalah seperti berikut: W S P

18

panduan pengangkutan.indd 18

7/12/11 11:35:59 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

2.2.4.1 Kenderaan Jabatan Melaksanakan penyelenggaraan secara berkala oleh pihak yang dilantik; Memastikan semua kenderaan mempunyai laporan penyelenggaraan yang disimpan dengan baik; Memberhentikan operasi dengan segera bagi kenderaan yang mempunyai masalah kerosakan; dan Menjaga tayar agar sentiasa berkeadaan baik seperti tekanan yang sesuai dan bunga tayar yang masih baik dan sempurna. 2.2.4.2 Kereta Rasmi Jabatan/ Jawatan (di bawah seliaan SPANCO) Penyewaan kereta saloon untuk kegunaan kereta rasmi dan kereta jabatan di bawah penswastaan kereta saloon Kerajaan Persekutuan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 1993. Penyelenggaraan dilakukan berdasarkan perbatuan kilometer (5,000km) atau dalam tempoh enam(6) bulan yang mana terdahulu. 2.2.4.3 Penyelenggaraan Buku Log (AM 362) Pemandu KPT hendaklah sentiasa memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi: Membawa Buku Log (Am 362) semasa memandu; Merekod butiran perjalanan dalam ruangan yang disediakan setiap kali sebelum dan selepas menggunakan kenderaan; Mencatatkan baki bahan api (petrol/ diesel) dalam tangki dihari terakhir bulan berkenaan selepas menggunakan kenderaan, untuk pengiraan cerakinan kilometer / liter; Menyerahkan cerakinan bulan tersebut kepada pegawai/ pembantu pegawai kenderaan bagi tujuan semakan dan pengesahan; Mencatat tarikh, jumlah liter pembelian/ pengisian bahan api (Kad Inden Minyak) dan penggunaan kad elektronik (touch n go); dan Merekodkan maklumat penyelenggaraan kenderaan dalam ruangan Buku Log selepas kenderaan dihantar servis atau selepas melakukan kerja-kerja baik pulih.

19

panduan pengangkutan.indd 19

7/12/11 11:36:00 AM

2.2.4.4 Kad Inden Minyak

Buku Panduan
Penggunaan hanya untuk kenderaan rasmi KPT sahaja dan disimpan/ dikawal serta direkod penggunaannya oleh Pegawai/ Pembantu Pegawai Kenderaan; Kad Inden Minyak hendaklah didaftarkan atas nama Kementerian/ Jabatan yang berkenaan bersama nombor pendaftaran kenderaan. Selepas pengisian minyak dibuat hendaklah direkodkan ke dalam Buku Log dan resit disimpan bersama Buku Log untuk dicerakinkan pada akhir bulan; dan Kehilangan atau kerosakan kad, hendaklah dilaporkan segera kepada pegawai kenderaan.

2.2.4.5 Touch & Go Penggunaan hanya untuk kenderaan rasmi KPT sahaja dan disimpan, dikawal serta direkod penggunaannya oleh pemandu kenderaan tersebut; Digunakan pada satu kenderaan sahaja dan direkodkan setiap kali penggunaannya; Kehilangan atau kerosakan kad hendaklah dilaporkan kepada pegawai kenderaan; Tambah nilai secara automatik (auto reload) apabila baki mencecah minimum RM100.00; dan Fleet Card (kemudahan kad bagi kenderaan yang mempunyai berat minima 1.5 tan) mesti direkodkan mengikut penggunaan kenderaan dan disimpan oleh Pegawai Kenderaan.

20

panduan pengangkutan.indd 20

7/12/11 11:36:01 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

2.2.4.6 Kew. PA 13 & 14 Borang senarai aset alih dan daftar harta modal yang memerlukan penyelenggaraan adalah seperti di bawah:
KEW.PA-13 SENARAI ASET ALIH YANG MEMERLUKAN PENYELENGGARAAN Kementerian / Jabatan:

Bil

No. Siri Pendaftaran Aset

Jenis/Jenama/ Model

Lokasi Aset

Catatan

21

panduan pengangkutan.indd 21

7/12/11 11:36:01 AM

Buku Panduan
KEW.PA-14 DAFTAR PENYELENGGARAAN HARTA MODAL (Diisi oleh Pegawai Aset) Kategori : Jenis : No. Siri Pendaftaran : Id Aset (Jab Bendahari) : Lokasi :

(a) Tarikh

(b) Butir-butir Kerja

(c) No. Kontrak/ Pesanan Kerajaan dan Tarikh

(d) Nama Syarikat/ Jabatan yang menyelenggara

(e) Kos (RM)

(f) Nama dan Tandatangan

Nota : a) Tarikh pembaikan/penyelenggaraan yang telah dilakukan bagi harta modal berkenaan b) Butir-butir kerja Keterangan mengenai kerja-kerja pembaikan termasuk alat ganti yang dibeli. c) No. kontrak/No. Pesanan Kerajaan beserta tarikh No. Rujukan Pesanan Kerajaan/ No.Kontrak berserta tarikh. d) Nama Syarikat/Jabatan yang menyelenggara Nama syarikat atau Jabatan yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. e) Kos Kos alat ganti atau kos pembaikan atau kedua-duanya sekali. f) Nama dan Tandatangan Pegawai Aset/ Pengangkutan hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butir-butir penyelenggaraan tersebut.

22

panduan pengangkutan.indd 22

7/12/11 11:36:02 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

2.2.4.7 Penyenggaraan Cukai Jalan Semua kenderaan rasmi KPT mestilah mempunyai cukai jalan yang sah. Salinan rekod cukai jalan kenderaan rasmi KPT mestilah disimpan di tempat yang selamat dan pemandu bertanggungjawab untuk memaparkan cukai jalan pada kenderaan masing-masing. 2.2.4.8 Pelupusan Kenderaan yang mencapai umur lima (5) tahun atau tidak lagi ekonomik untuk diperbaiki (kos pembaikannya mencapai separuh daripada kos pembelian) hendaklah dirujuk kepada Jabatan Kerja Raya untuk penilaian. Semua kenderaan yang melebihi had ini diwajibkan diperiksa dan dinilai sama ada masih ekonomik untuk digunakan atau tidak. Penggantian dan pembelian kenderaan baharu mestilah dilaksanakan jika kenderaan tidak lagi ekonomik untuk digunakan dan mesti dilupuskan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. 2.3 Rumusan Pengurusan kenderaan rasmi KPT mestilah diurus dengan baik dan sempurna dengan melaksanakan langkah dan prosedur pengurusan kenderaan yang betul untuk memastikan kenderaan yang digunakan dapat berfungsi dengan baik dan selamat untuk digunakan bagi semua program / aktiviti rasmi KPT.

23

panduan pengangkutan.indd 23

7/12/11 11:36:03 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 24

7/12/11 11:36:03 AM

AN S RU AN U G N PEN JALA PER

panduan pengangkutan.indd 25

7/12/11 11:36:04 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 26

7/12/11 11:36:04 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

PENGURUSAN PERJALANAN
3.1 PendahuLuan Kajian mendapati bahawa selain faktor kemanusiaan dan kenderaan, faktor jalan raya dan persekitaran juga adalah antara faktor utama penyumbang kepada kemalangan seperti berlakunya kejadian tanah runtuh, banjir, haiwan melintas, lintasan pejalan kaki (murid sekolah, orang awam) dan sebagainya. Perkara-perkara berkaitan seperti di bawah perlu diberi perhatian sewajarnya. 3.2 Dasar Pengurusan Pemandu Pengenalpastian bahaya dan risiko laluan potensi bahaya mahupun risiko di laluan hendaklah dikenalpasti bertujuan untuk mengambil langkah-langkah perlu dan berjaga-jaga apabila melalui laluan berkenaan. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan sebarang perjalanan adalah seperti berikut: 3.2.1 Pengenalpastian hazad dan laluan perjalanan Pemandu seharusnya mendapatkan maklumat perjalanan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut: Kenal pasti kawasan berisiko tinggi yang diakibatkan oleh faktor lain seperti keadaan jalan, lintasan haiwan, bentuk muka bumi dan sebagainya; Peka kepada perubahan cuaca dan lokasi berisiko tinggi sebagai akibat perubahan cuaca; Peka terhadap tanda amaran dan laluan kecemasan yang terdapat di sepanjang laluan; Kadar penggunaan jalan raya yang tinggi semasa musim perayaan; dan Hazad (tahap risiko) perjalanan waktu malam. 3.2.2 Jadual perjalanan Pihak pengurusan hendaklah merancang dan menyediakan jadual perjalanan yang sesuai untuk memastikan bahawa pemandu dapat menjalankan tugas

27

panduan pengangkutan.indd 27

7/12/11 11:36:04 AM

Buku Panduan

dengan sempurna. Jadual perjalanan hendaklah mengambil kira elemenelemen berikut: Masa dan jarak perjalanan; Keadaan semasa lalulintas; Keadaan jalan dan bentuk muka bumi; Waktu perjalanan sama ada pagi, petang atau malam; Keadaan zikal pemandu (tekanan mental dan kelesuan semasa pemanduan); dan Keadaan kenderaan yang baik.

3.2.3

Rehat dan rawat Bagi perjalanan yang jauh pemandu perlu: Merancang tempat rehat dan rawat semasa perjalanan; Mendapatkan rehat yang secukupnya untuk mengekalkan tahap kecergasan; Melakukan pemeriksaan asas kenderaan; dan Memastikan bahawa sistem penggiliran pemandu dipatuhi sekiranya pemanduan mencapai 300km atau 4 jam pemanduan (Rujuk Kaedah 10B(2) Kaedah Lalulintas Jalan 1959 pindaan 2004).

3.2.4

Pemantauan perjalanan Penggunaan dan penyemakan terhadap buku log sebelum perjalanan adalah perlu dilakukan. Menyemak Buku Log Kenderaan secara menyeluruh seperti berikut: Nama pemandu; Masa bertolak; Masa sampai ke destinasi; Masa rehat; Isian minyak; Pengesahan pengguna; Rekod jarak perjalanan (bacaan odometer) dan laluan; dan Pertukaran pemandu. Memastikan nilai touch n go minimum RM200.00.

28

panduan pengangkutan.indd 28

7/12/11 11:36:05 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

3.2.5

Pengurusan penumpang, muatan dan bagasi Sistem pengurusan penumpang, muatan dan bagasi yang baik dapat menghindarkan risiko kemalangan dan mengurangkan impak sekiranya berlaku kemalangan. Perkara yang perlu diambil kira adalah seperti yang berikut: Memastikan tempat yang selamat dan selesa bagi menunggu dan menurunkan penumpang; Memberikan keutamaan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU); Mematuhi had jumlah penumpang dan berat muatan; Mematuhi peraturan pengendalian dan penyimpanan bagasi; Mempamerkan notis do and dont di dalam kenderaan; Mempamerkan panduan pengendalian semasa kecemasan di dalam kenderaan; dan Menyediakan sistem kemudahan maklum balas pengguna.

3.2.6

Pelan tindakan kecemasan Untuk menghadapi kecemasan dan kemalangan pelan tindakan kecemasan perlu diambil kira. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut: Manual respons terhadap kecemasan; Pemandu diberi latihan atau kursus asas pertolongan cemas; Peti kecemasan yang lengkap dan kemas kini disediakan; Alat pemadam api yang berfungsi dengan baik; Prosedur bertulis untuk laporan kecemasan; Peralatan kecemasan tersedia (lampu suluh, kon keselamatan, tanda tiga segi dan sebagainya); Tayar gantian serta peralatan membuka tayar berada di dalam kenderaan dan berkeadaan baik; dan Prosedur bertulis untuk melaporkan insiden kemalangan seperti nombor telefon pihak yang patut dihubungi dipamerkan di dalam kenderaan.

29

panduan pengangkutan.indd 29

7/12/11 11:36:06 AM

Buku Panduan
3.3 TanggungjaWab Pemandu Tanggungjawab pemandu mencakupi masa sebelum, semasa dan selepas menjalankan tugas. 3.3.1 Sebelum Menjalankan Tugas Pemandu memainkan peranan yang penting dalam menjamin keselamatan penumpang di sepanjang perjalanan. Sebelum menjalankan tugas, pemandu hendaklah melakukan perkara berikut: Memahami arahan tugasan yang diberikan; Memastikan kenderaan dalam keadaan selamat dengan melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan dan menyempurnakan senarai semakan pemeriksaan kenderaan; Memastikan Kad Inden Minyak dan touch n go berfungsi dan mempunyai baki yang mencukupi; Memastikan buku log kenderaan dibawa bersama; Memastikan lesen, permit perjalanan, cukai jalan, insurans dan sebagainya tidak luput tarikh; dan Memastikan alat komunikasi berfungsi sepanjang perjalanan. 3.3.2 Semasa Menjalankan Tugas Semasa menjalankan tugas, pemandu hendaklah mematuhi perkara yang berikut: Memakai pakaian seragam yang bersih dan kemas; Mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan; Tidak mengambil bahan terlarang yang mungkin mengganggu pemanduan; Mendapat rehat yang cukup; Melaksanakan sistem giliran pemandu setelah mencukupi jam pemanduan berterusan maksimum 4 jam atau jumlah 8 jam sehari; dan Memeriksa keadaan kenderaan ketika berhenti rehat.

30

panduan pengangkutan.indd 30

7/12/11 11:36:06 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

3.3.3

Selepas menjalankan Tugas Selepas menjalankan tugas, pemandu hendaklah mematuhi perkara yang berikut: Memastikan butiran perjalanan direkodkan dalam buku log kenderaan dan dokumen berkaitan; Melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan memuaskan; Memaklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya berlaku kerosakan kenderaan; dan Pemulangan kunci kenderaan, Kad Inden Minyak, touch n go kepada pegawai/pembantu kenderaan/penyelia dan menyimpan kenderaan tersebut di tempat yang dikhaskan.

31

panduan pengangkutan.indd 31

7/12/11 11:36:07 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 32

7/12/11 11:36:08 AM

AN S RU N U G E PEN OKUM D

panduan pengangkutan.indd 33

7/12/11 11:36:08 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 34

7/12/11 11:36:09 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

PENGURUSAN DOKUMEN
Kod Amalan Keselamatan Pengangkutan kenderaan rasmi jabatan 4.1 PengenaLan Data dan rekod berkaitan merupakan elemen penting yang wajib disimpan, dijaga dan diurus dengan sempurna oleh setiap jabatan dan bahagian yang mengurus pengangkutan rasmi jabatan. Ini merangkumi langkah pencegahan, pemulihan dan penambahbaikan sistem yang berkaitan, pencapaian dan lain-lain. Semua perkara ini sangat mustahak untuk rujukan, penyelidikan, bahan siasatan, penilaian, pemantauan, akreditasi dan sebagainya. 4.2 ELemen sIstem pengurusan data dan reKod Elemen yang berkait rapat dengan sistem pengurusan data dan rekod adalah seperti senarai berikut: 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 4.2.5 4.2.6 4.2.7 4.2.8 4.2.9 Rekod pengurusan pemandu; Rekod latihan dan kompetensi keselamatan, kesihatan dan persekitaran (SHE); Rekod kesihatan pemandu; Pengurusan kenderaan; Pengurusan perjalanan dan risiko; Sistem laporan kemalangan; Pengurusan aduan dan saman; Sistem pemantauan; dan Penilaian/audit kendiri.

35

panduan pengangkutan.indd 35

7/12/11 11:36:09 AM

Buku Panduan
BIL 4.2.1 PERKARA TINDAKAN PEMANDU Buku Log - Mencatat maklumat jam kerja dan lain-lain dalam buku log PENTADBIRAN Semua rekod pengurusan pemandu disimpan di dalam fail pentadbiran yang berkaitan

Rekod Pengurusan Pemandu


- Semua rekod berhubung pengurusan pemandu hendaklah dijaga, disimpan dan diurus dengan sempurna

4.2.2

Rekod Latihan dan kompetensi keselamatan, kesihatan dan persekitaran Rekod kesihatan pemandu

Latihan - Latihan / Kursus yang diikuti perlu disimpan sebagai rujukan dan simpanan

4.2.3

- Penyertaan program kesedaran kesihatan (sekiranya berkaitan) - Pemeriksaan tahap kesihatan dilakukan secara berkala (6 bulan sekali) Buku Log - Mencatat maklumat penggunaan bahan api dan lain-lain ke dalam buku log - Mengemaskini buku log setiap bulan untuk pemeriksaan - Memastikan kerja selenggaraan / pembaikan dicatat oleh pihak berkenaan Buku Log - Mencatat maklumat perjalanan dan lain-lain ke dalam buku log

Unit Pentadbiran jabatan / bahagian masingmasing akan menyimpan, mengemaskini, dan mengeluarkan laporan latihan setiap bulan untuk dihantar ke kementerian Pemantauan berterusan ke atas tahap kesihatan pemandu

4.2.4

Rekod Pengurusan Kenderaan

Semua maklumat yang berkaitan dengan kenderaan rasmi jabatan hendaklah direkodkan dalam fail kenderaan yang terlibat

4.2.5

Rekod Pengurusan Perjalanan dan Risiko

Semua maklumat pengurusan perjalanan kenderaan jabatan perlu direkod secara sistematik

36

panduan pengangkutan.indd 36

7/12/11 11:36:10 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

4.2.6

Sistem Laporan Kemalangan Kemalangan perlu dilaporkan dan direkodkan. Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin mengundang akibat buruk dan serius. Pemandu hendaklah diberi panduan membuat laporan yang tepat agar laporan yang dibuat bernilai dan berguna untuk dijadikan sebagai rujukan. Pengurusan aduan dan saman Jabatan harus mengambil berat aduan tentang pemanduan dan keadaan kenderaan yang mungkin menjejaskan keselamatan sama ada daripada staf mahupun orang ramai. Justeru, apabila menerima aduan, pihak Jabatan hendaklah merekodkan, menyiasat dan mengambil langkah pemulihan dengan segera. Sebarang saman juga perlu direkodkan bagi tujuan memantau prestasi pemandu dan seterusnya digunakan sebagai bahan untuk memberikan kesedaran tentang pemanduan berhemah. Sistem pemantauan Sistem pemantauan yang berkesan dan berterusan akan dapat membantu merealisasikan kod amalan. Justeru, semua data dan rekod yang berkaitan dengan pemandu jabatan hendaklah mudah diperoleh agar pemantauan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua hasil pemantauan perlu direkodkan dan disimpan di bahagian pentadbiran Jabatan/Bahagian/Unit masing-masing. Penilaian/audit kendiri Penilai/audit kendiri oleh pemandu perlu untuk mendapat gambaran awal tentang keupayaan melakukan pemanduan berdasarkan data dan rekod tahap kesihatan, keadaan dan sebagainya.

4.2.7

4.2.8

4.2.9

4.3 ELaun dan tuntutan 4.3.1 ELAUN PEMANDU 4.3.1.1 Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu Merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2008, Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu telah dibayar kepada Pemandu Kenderaan Gred R3 & R6.

37

panduan pengangkutan.indd 37

7/12/11 11:36:11 AM

Buku Panduan

4.3.1.2 Kelayakan Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu dibayar kepada: a) Pemandu Kenderaan Gred R3 yang dikhususkan memandu: i) Kereta rasmi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A; atau ii) Ambulans; atau iii) Kenderaan yang digunakan di Unit Pencegahan atau Bahagian Pencegahan dan terlibat di dalam tugas-tugas operasi pencegahan; atau iv) Kenderaan atau jentera yang beratnya melebihi 5000 kg. b) Pemandu Kenderaan Gred R6; dan c) Pemandu Kenderaan Gred R3 yang tidak dikhususkan memandu kenderaan atau jentera yang beratnya melebihi 5000 kg. Pemandu Kenderaan Gred R3 dan Pemandu Kenderaan Gred R6 yang meninggalkan tugasnya selama 28 hari berturut-turut tidak layak dibayar Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu. Walau bagaimanapun, pengecualian diberi untuk pemandu yang meninggalkan tugas bagi tempoh tidak melebihi 92 hari berturut-turut termasuk hari kelepasan mingguan dan kelepasan am, dalam keadaan berikut: i) Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Jabatan; ii) Menjalankan tugas rasmi yang lain atas arahan Ketua Jabatan; dan iii) Bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit mengikut Perintah Am Bab C. 4.3.1.3 Kadar Kadar Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu ialah RM150.00 sebulan. Bayaran Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu adalah secara proportionate berdasarkan bilangan hari menjalankan tugas memandu dengan syarat bagi setiap hari berkaitan pegawai bertugas tidak kurang daripada empat (4) jam sehari.

38

panduan pengangkutan.indd 38

7/12/11 11:36:12 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

4.3.2

KEMUDAHAN PEMBELIAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2009, Peraturan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih: Pemandu Kereta Rasmi Jawatan kepada Anggota Pentadbiran dan Pegawai Kumpulan Pengurusan Teringgi Gred Utama B / Khas A dan ke atas yang setaraf layak mendapat kemudahan bantuan pembelian sebuah alat komunikasi mudah alih untuk kegunaan rasmi Kadar maksimum bantuan pembelian alat komunikasi mudah alih termasuk aksesori adalah seperti berikut:
PEGAWAI Juruiring/Pengiring Rapat/ Pengawal Peribadi dan Pemandu Kereta Rasmi jawatan KADAR (TERMASUK AKSESORI) RM375

4.3.2.1 Syarat bantuan pembelian alat komunikasi mudah alih adalah seperti berikut: a) Kemudahan ini layak dipohon oleh pegawai setiap dua tahun. Permohonan baru hanya boleh diluluskan selepas dua tahun dikira mulai tarikh kelulusan sebelumnya tertakluk kepada kelulusan Pegawai Pengawal atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pegawai Pengawal; b) Kemudahan ini diberi secara tuntutan bayaran balik tertakluk kepada had maksimum kelayakan pegawai. Tuntutan hendaklah dikemukakan melalui borang yang diisi lengkap seperti di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2009 beserta resit pembelian atas nama pegawai; c) Kelulusan bantuan hendaklah dicatatkan dalam Buku Kenyataan Perkhidmatan Pegawai;

39

panduan pengangkutan.indd 39

7/12/11 11:36:12 AM

Buku Panduan

d) Alat komunikasi mudah alih tersebut adalah milik pemandu berkenaan dan tidak perlu direkodkan dalam Daftar Harta Modal atau Daftar Inventori; dan e) Pegawai bertanggungjawab sepenuhnya ke atas alat komunikasi mudah alih tersebut dan tidak layak menuntut bantuan pembelian alat yang baru dalam tempoh dua tahun sekiranya berlaku kerosakan / kehilangan disebabkan oleh kecuaian pegawai. Walau bagaimanapun, kerajaan akan menanggung kos pembaikan (dengan resit) atau pegawai layak mendapat kemudahan baru sekiranya kerosakan / kehilangan tersebut bukan disebabkan oleh kecuaian pegawai. Pegawai Pengawal atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pegawai Pengawal hendaklah memutuskan sama ada sesuatu kerosakan / kehilangan adalah kerana kecuaian pegawai ataupun tidak. Sekiranya pegawai mendapat bantuan membeli alat komunikasi mudah alih yang baru, tuntutan seterusnya dikira genap tempoh dua tahun mulai tarikh pegawai diluluskan bantuan baru ini.

4.3.3

TUNTUTAN CAJ PANGGILAN 4.3.3.1 Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2009, Peraturan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih. 4.3.3.2 Bagi Pemandu Kereta Rasmi Jawatan, pemandu perlu berdaftar dan menanggung sendiri kos pendaftaran talian alat komunikasi masing-masing. Pemandu berkenaan dibenarkan untuk membuat tuntutan caj panggilan pasca bayar atau tambah nilai pra bayar sehingga RM30 setiap bulan.

4.3.4

TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN SEMASA BERTUGAS RASMI DI DALAM NEGERI 4.3.4.1 Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003, Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota Polis).

40

panduan pengangkutan.indd 40

7/12/11 11:36:13 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

4.3.4.2 Pemandu yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya di dalam negeri adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat seperti berikut: Elaun Makan Seseorang pemandu yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih yang dikira mulai dari waktu bertolak adalah layak menuntut Elaun Makan mengikut kadar seperti berikut:
GRED 1 hingga 16 SEMENANJUNG MALAYSIA (RM) 35.00 SABAH, LABUAN DAN SARAWAK (RM) 50.00

Elaun Makan tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan. Elaun Makan tidak Layak dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur. Pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan tertakluk kepada kadar seperti berikut. a) Sarapan pagi - 20% daripada Elaun Makan; b) Makan tengah hari - 40% daripada Elaun Makan; dan c) Makan malam - 40% daripada Elaun Makan. Sekiranya penganjur menyediakan kemudahan dalam bentuk wang bagi menampung perbelanjaan makan tersebut maka pegawai layak menuntut perbezaannya. Elaun Harian Seseorang pemandu yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya (melebihi 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya; 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor; 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai) bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam adalah layak menuntut Elaun Harian mengikut kadar separuh daripada kelayakan Elaun Makannya.

41

panduan pengangkutan.indd 41

7/12/11 11:36:14 AM

Buku Panduan
Bayaran Sewa Hotel Seseorang pemandu yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya (melebihi 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya; 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor; 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai) dan perlu menginap layak menuntut Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit tertakluk kepada had maksimumnya atau Elaun Lojing mengikut kadar seperti berikut: a) Semenanjung Malaysia
GRED 1 hingga 16 SEWA HOTEL (MAKSIMUM) (RM) 120.00 ELAUN LOJING (RM) 35.00

b) Sabah, Labuan dan Sarawak


SEWA HOTEL (MAKSIMUM) (RM) 140.00

GRED 1 hingga 16

ELAUN LOJING (RM) 40.00

Tuntutan Bayaran Sewa Hotel bagi pemandu-pemandu hendaklah berpatutan dan munasabah: i. Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan; ii. Seseorang pemandu layak menuntut bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan yang wajib ke atas sewa hotel sebagai tambahan kepada maksimum kelayakannya; dan iii. Seseorang pemandu tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing jika tempat penginapan disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur.

42

panduan pengangkutan.indd 42

7/12/11 11:36:14 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

4.3.5

TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN KENDERAAN PEMANDU Merujuk kepada Surat Pekeliling Bahagian Akaun Bilangan 5 Tahun 2010, Tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan Pemandu: i. Pemandu Jabatan adalah tidak dibenarkan menuntut elaun perjalanan kenderaan pada tiap-tiap hari bekerja melainkan pemandu menjalankan kerja-kerja berupa kecemasan atau darurat yang perlu dilakukan serta merta bagi menjaga kepentingan awam atau perkhidmatan; ii. Kemudahan tuntutan elaun perjalanan kenderaan setiap hari adalah dibenarkan bagi pemandu kepada Anggota Pentadbiran dan Pegawai Pengurusan Tertinggi Kerajaan Gred JUSA B dan ke atas dan setaraf; dan iii. Kelulusan ini dipanjangkan kepada Pemandu Jabatan yang diarah menggantikan pemandu Anggota Pentadbiran dan Pegawai Tertinggi Kerajaan Gred JUSA B dan ke atas serta setaraf dengan syarat mendapat arahan bertulis daripada Ketua Jabatan.

4.3.6

KEMUDAHAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 2011, Peraturan dan Kadar Bekalan Pakaian Seragam: i. Semua agensi hendaklah menguruskan bekalan pakaian seragam kepada pemandu pada setiap tahun mengikut prosedur perolehan peraturan kewangan semasa yang ditetapkan; ii. Kelayakan pemandu bagi pakaian seragam adalah seperti berikut : Baju lengan panjang / pendek Sehelai seluar panjang - RM100 - RM130

43

panduan pengangkutan.indd 43

7/12/11 11:36:15 AM

4.3.7

Buku Panduan
KEMUDAHAN BEKALAN KASUT Agensi boleh membekalkan kasut kepada pemandu mengikut pilihan seperti berikut: i. Agensi menguruskan pembekalan kasut berdasarkan prosedur perolehan kewangan yang berkuatkuasa mengikut bilangan kelayakan pegawai di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 Tahun 1990, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995 dan akta/peraturan perkhidmatan berkaitan serta pindaannya; atau ii. Bagi pegawai yang layak dibekalkan dengan kasut/boot keselamatan jenis kulit, agensi boleh membenarkan pegawai membeli kasut dan seterusnya membuat tuntutan bayaran balik yang disokong dengan resit bagi pembelian kasut mengikut bilangan kelayakan pegawai tertakluk kepada kadar seperti berikut: Kasut kulit maksimum RM150 sepasang

44

panduan pengangkutan.indd 44

7/12/11 11:36:16 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

AL N U N MA MASA E KEC

panduan pengangkutan.indd 45

7/12/11 11:36:16 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 46

7/12/11 11:36:17 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

MANUAL KECEMASAN KETIKA PERJALANAN


5.1 PENGENALAN Kemalangan boleh terjadi tanpa diduga. Walaupun pemandu sentiasa berhati-hati semasa memandu, kemalangan masih boleh berlaku disebabkan oleh faktor lain seperti masalah kerosakan teknikal, bencana alam dan sebagainya. Pemandu hendaklah mengetahui apa yang harus dilakukan dalam keadaan kecemasan. Tindakan yang cepat dan berkesan hendaklah diambil apabila menghadapi situasi yang mencemaskan. Perkara yang paling penting adalah pemandu tidak cemas dan sentiasa tenang dalam menghadapi situasi tersebut.

47

panduan pengangkutan.indd 47

7/12/11 11:36:18 AM

Buku Panduan
5.2 KEMALANGAN BERAT Kemalangan berat merupakan kemalangan yang mengakibatkan kos dan penyelenggaraan yang tinggi. Berikut dinyatakan tindakan yang perlu diambil oleh pemandu ketika menghadapi situasi kemalangan berat: i. ii. Tarik brek tangan dan pasang lampu isyarat kecemasan; Berhenti dan meminta pertolongan daripada pihak yang berada di sekeliling. Dapatkan bantuan untuk menghubungi 999 dan membantu mangsa yang masih berada dalam kenderaan; iii. Alihkan kenderaan daripada mengganggu laluan jika boleh. Dalam kes-kes kemalangan maut, jangan gerakkan atau mengalihkan kenderaan tanpa keizinan pihak berkuasa kecuali jika ia sangat penting untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit; iv. Jangan meninggalkan tempat kejadian sehingga bantuan kecemasan tiba; v. Jangan bertengkar dengan pihak-pihak yang terlibat dengan kemalangan tersebut. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya; vi. Laporkan kemalangan tersebut di balai polis yang berhampiran dalam masa 24 jam; vii. Jika menggunakan khidmat trak penunda, pastikan kenderaan anda ditarik ke balai polis terlebih dahulu untuk memastikan siasatan pihak polis berjalan dengan lancar; viii. Jangan menandatangani sebarang dokumen yang diberikan kepada anda oleh sesiapa melainkan anda telah membaca dan memahami keseluruhan isi dokumen tersebut; ix. Jika tidak mampu untuk berbuat apa-apa, tunggu bantuan daripada orang ramai dan pihak berkuasa; x. Bagi kenderaan milik SPANCO, pemandu perlu memaklumkan kepada pihak SPANCO untuk sebarang bantuan kerosakan, kemalangan atau perkhidmatan tunda kenderaan; dan xi. Manakala bagi kenderaan milik Kerajaan, kenderaan hendaklah dihantar ke Jabatan Kerja Raya untuk dibuat penilaian dan tuntutan insurans (jika berkaitan) serta untuk membaik pulih kenderaan.

48

panduan pengangkutan.indd 48

7/12/11 11:36:19 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

5.3 KEMALANGAN RINGAN Kemalangan ringan merupakan kemalangan yang tidak melibatkan kos yang terlampau tinggi bagi penyelenggaraan kenderaan tersebut. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pemandu apabila terbabit dalam kemalangan kecil: i. ii. iii. iv. v. Alihkan kenderaan supaya tidak mengganggu laluan; Jangan bertelagah dengan pihak-pihak yang terlibat dengan kemalangan tersebut; Laporkan kemalangan tersebut dibalai polis yang berhampiran dalam masa 24 jam; Bagi kenderaan milik SPANCO, pemandu perlu memaklumkan kepada pihak SPANCO untuk sebarang bantuan kerosakan, kemalangan atau perkhidmatan tunda kenderaan; dan Manakala bagi kenderaan milik Kerajaan, kenderaan hendaklah dihantar ke Jabatan Kerja Raya untuk dibuat penilaian bagi tujuan tuntutan Insurans (jika berkaitan) dan membaik pulih kenderaan.

49

panduan pengangkutan.indd 49

7/12/11 11:36:20 AM

Buku Panduan
5.4 BENCANA ALAM Bencana alam seperti hujan lebat, banjir dan jerebu merupakan kecemasan yang tidak dapat dijangka dan berada di luar kawalan manusia. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pemandu apabila terbabit dalam situasi kecemasan: 5.4.1 Banjir i. Jika jalan raya telah dipenuhi air, pemandu perlu berpatah balik dan mencari laluan alternatif lain. Jangan ambil risiko meneruskan pemanduan merentasi kawasan banjir yang mana anda tidak dapat melihat tanah atau jalan di bawah air banjir tersebut; ii. Jika terpaksa meredah banjir, keluar dari kenderaan dan pastikan paras kedalaman air tidak melebihi bahagian bawah pintu kereta kerana boleh mengakibatkan masalah pada enjin kereta. Air akan memercik masuk ke dalam ruang enjin dan menyebabkan kenderaan anda berhenti secara tiba-tiba; iii. Teruskan pemanduan merentasi banjir dengan perlahan. Kekalkan kenderaan pada gear rendah. Elakkan air dari memasuki ekzos; dan iv. Jika terperangkap dalam air banjir yang dalam, dapatkan pertolongan untuk menarik kenderaan anda keluar daripada lokasi. Jika tidak pasti paras kedalaman air atau air mengalir deras, kekal berada dalam kenderaan.

50

panduan pengangkutan.indd 50

7/12/11 11:36:21 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

5.4.2

Hujan i. Pandu dengan perlahan kerana jarak penglihatan yang terhad serta jalan yang licin; ii. Pastikan wiper blade berfungsi dengan baik; iii. Nyalakan lampu kecemasan; dan iv. Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar.

5.4.3

Jerebu i. Pasangkan lampu kecil apabila jarak penglihatan terhad. Jika jarak penglihatan turun dengan mendadak: a) Pandu dengan perlahan; dan b) Kekalkan jarak yang selamat dengan kenderaan di hadapan. ii. Jangan berhenti di tepi jalan. Sekiranya tidak dapat meneruskan perjalanan, berhenti di perhentian atau kawasan rehat yang berhampiran; iii. Berhati-hati ketika mengambil simpang atau memotong kenderaan. Pasangkan lampu isyarat dan pastikan ia selamat sebelum masuk ke simpang atau memotong kenderaan; dan iv. Jika kenderaan rosak, berhenti di tempat yang tidak menghalang lalu lintas. Hubungi pihak lebuh raya, polis atau SPANCO supaya kenderaan dapat ditunda ke kawasan yang selamat dengan segera.

51

panduan pengangkutan.indd 51

7/12/11 11:36:21 AM

Buku Panduan
5.5 KEROSAKAN TEKNIKAL Kerosakan teknikal terhadap kenderaan mungkin berlaku walaupun setelah kenderaan diperiksa sebelum memulakan perjalanan. Antaranya brek gagal berfungsi, pemecut terlekat, tayar pecah, lampu hadapan kenderaan terpadam dan sebagainya. Berikut adalah langkah-langkah yang sewajarnya diambil oleh pemandu sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut.

52

panduan pengangkutan.indd 52

7/12/11 11:36:25 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

5.5.1

BREK GAGAL BERFUNGSI i. Jika pemandu memijak injap brek tetapi injap brek terus menyentuh lantai, pamkan injap brek dengan segera bagi memulihkan tekanan brek; ii. Jika gagal, tarik brek tangan beransur-ansur dan tukar kepada gear rendah untuk memperlahankan kenderaan; iii. Jika brek gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakan penguna jalan raya yang lain, segera cari objek untuk digesel seperti semak di tepi jalan, rel adang atau bahu jalan untuk memperlahankan kenderaan; dan iv. Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada pemandu lain dan pejalan kaki.

5.5.2

KENDERAAN TERBABAS i. Jika bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera dan pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu; dan ii Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.

5.5.3

PEMECUT TERLEKAT (Pedal minyak) i. Jika jalan raya selamat, cuba tarik injap pemecut yang terlekat dengan kasut anda; ii. Jika tidak boleh, matikan enjin dan gunakan brek untuk memberhentikan kenderaan; iii. Pegang stereng dengan kuat agar tidak terkunci semasa enjin dimatikan; iv. Berhenti segera di tempat yang selamat dan baiki injap pemecut yang rosak; dan v. Jika gagal, hubungi mekanik atau SPANCO .

53

panduan pengangkutan.indd 53

7/12/11 11:36:25 AM

5.5.4

Buku Panduan
BONET TERBUKA i. Brek secara beransur-ansur; ii. Lihat kiri dan kanan, setelah pasti tiada kenderaan pandu ke lorong kecemasan atau bahu jalan; dan iii. Tutup bonet dengan rapat.

5.5.5

TAYAR PECAH i. Pegang stereng dengan kuat; ii. Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan. Oleh itu brek dengan perlahan-lahan dan berhati-hati; iii. Pandu ke lorong kecemasan atau bahu jalan dengan perlahan-lahan; iv. Nyalakan lampu kecemasan dan letakkan segi tiga kecemasan atau penanda seperti kon beberapa meter di belakang kenderaan; dan v. Tukar tayar setelah pasti keadaan selamat.

5.5.6

LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM i. Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan pandu perlahan ke lorong kecemasan atau bahu jalan; ii. Hentikan kenderaan dengan segera; iii. Nyalakan lampu kecemasan; dan iv. Dapatkan bantuan kecemasan.

5.5.7

KENDERAAN TERBAKAR i. ii. iii. iv. Hentikan kenderaan di tempat yang selamat dengan segera. Matikan enjin kenderaan dan arahkan penumpang keluar. Gunakan alat pemadam kebakaran. Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut dengan segera dan minta bantuan pihak bomba.

54

panduan pengangkutan.indd 54

7/12/11 11:36:26 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

5.5.8

BERHENTI DI ATAS LEBUH RAYA DISEBABKAN KEROSAKAN i. Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan; ii. Alihkan kenderaan ke lorong kecemasan atau bahu jalan (sekiranya boleh); iii. Jika kenderaan berhenti di selekoh, di puncak bukit atau kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalu lintas; iv. Letakkan segi tiga kecemasan atau penanda seperti kon beberapa meter di belakang kenderaan; dan v. Buka bonet dan dapatkan bantuan kecemasan.

5.5.9

CERMIN HADAPAN PECAH i. Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat; ii. Rentangkan kain atau item yang sesuai di atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas kain atau item tersebut; dan iii. Dapatkan bantuan kecemasan dengan segera.

55

panduan pengangkutan.indd 55

7/12/11 11:36:27 AM

Buku Panduan
5.6 MASALAH KESIHATAN 5.6.1 Masalah kesihatan seperti serangan jantung ketika memandu amatlah bahaya. Antara tanda-tanda serangan jantung ialah mengalami kesakitan teruk di dada iaitu rasa seperti sebu dan pedih mencucuk sebelah kiri atau tengah sedikit ke kiri dada. Selain itu, tangan menjadi kebas terutama pada bahagian kiri dan peluh mengalir dengan banyaknya pada dahi dan kepala. Jika berhadapan dengan masalah ini, pemandu perlu mengambil langkahlangkah seperti berikut: a) Jangan panik dan berhentikan kenderaan di tempat yang selamat; b) Tarik nafas sedalam-dalamnya dan sepanjang-panjangnya seperti hendak mengeluarkan kahak; c) Batuk berulang kali dengan kuat dan bersungguh-sungguh; d) Tarikan nafas dan batuk perlu diulang-ulang tiap 2 saat tanpa henti hingga bantuan tiba atau sehingga jantung kembali normal; dan e) Setelah serangan jantung dapat diredakan, segera ke klinik atau hospital berdekatan. 5.7 KENDERAAN HILANG/DIRAMPAS Jika kenderaan didapati hilang atau tiada di tempat yang diletakkan, pemandu perlulah mengambil langkah berikut: 5.7.1 5.7.2 Membuat laporan polis secepat mungkin. Hubungi pegawai yang bertanggungjawab untuk urusan seterusnya. Jika berlaku serangan mengejut oleh individu yang tidak dikenali ketika memandu kenderaan, pemandu perlu mengambil langkah-langkah berikut: i. Menolak pintu kereta dengan kuat. Tindakan ini mampu menjatuhkan penyerang ke tanah; ii. Jangan cuba ambil tindakan turun dan membelasah penyerang kerana kemungkinan penyerang membawa bersama kawan-kawannya yang lain;

5.6.2

56

panduan pengangkutan.indd 56

7/12/11 11:36:28 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

iii. Pandu kereta terus ke balai polis; iv. Jika penyerang masuk ke dalam kenderaan dan mengacukan senjata seperti pistol atau parang, jangan melawan sebaliknya mengikut sahaja kehendaknya; v. Cuba tarik perhatian pengguna jalan raya yang lain seperti memasang lampu atau memasang lampu kecemasan; vi. Jika mempunyai kesempatan untuk melarikan diri, dapatkan bantuan daripada pihak polis untuk membantu; dan vii. Jika kereta dilanggar daripada belakang oleh kenderaan lain, pastikan anda berada di dalam kereta sehingga anda benar-benar yakin ianya bukan cubaan merompak.

TALIAN BEBAS TOL SERVIS SPANCO 1-800-88-6999 PLUSLINE 1-800-88-0000 PLUS, ELITE & LINKedua 03-2692 0000 LITRAK (LDP & SPRINT) 03-7494 73333 POLIS/AMBULAN /BOMBA/PERTAHANAN AWAM 999

57

panduan pengangkutan.indd 57

7/12/11 11:36:29 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 58

7/12/11 11:36:29 AM

N UA AN D AN H D M PE EMA IVE RH FENS E B DE

panduan pengangkutan.indd 59

7/12/11 11:36:30 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 60

7/12/11 11:36:30 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

PEMANDUAN BERHEMAH
PENDAHULUAN 1. Pemanduan Berhemah ialah memandu dengan cara yang selamat iaitu cara memandu untuk mencegah kemalangan daripada berlaku meskipun orang lain kurang cermat memandu dan keadaan pemandu, jalan, lalulintas, cuaca, cahaya dan kenderaan adalah tidak memuaskan. Pemanduan secara berhemah boleh mewujudkan pemanduan sempurna bagi setiap perjalanan yang dapat dicapai jika pemandu-pemandu berupaya mengelak daripada melakukan kesilapan iaitu TIDAK: i. ii. iii. iv. v. Terlibat dengan kemalangan; Melakukan kesalahan lalulintas; Menyalahgunakan komponen-komponen mekanikal kenderaan; Melewatkan jadual perjalanan; dan Menghilangkan sifat kesopanan.

2.

ASAS-ASAS PERMOHONAN i. ii. Pengetahuan mengenai undang-undang lalulintas pemanduan jalan raya dan cara-cara memandu dengan betul dan selamat; Kewaspadaan iaitu sentiasa berhati-hati terhadap faktor-faktor yang mengakibatkan kemalangan setiap saat semasa memandu. Berwaspada semasa memandu bermakna memberikan tumpuan yang penuh terhadap pemanduan tanpa memikirkan perkara-perkara lain; Jangkaan terhadap perkara yang akan berlaku dengan melihat keadaan lalulintas dan menentukan samada perkembangan tersebut boleh membahayakan ataupun sebaliknya; Contoh : Apabila melihat binatang di hadapan, pemandu hendaklah bersedia dan menjangka bahaya yang mungkin berlaku.

iii.

61

panduan pengangkutan.indd 61

7/12/11 11:36:31 AM

iv.

Pertimbangan iaitu mengenalpasti pilihan yang terdapat dalam sebarang keadaan lalulintas dan membuat pilihan yang wajar secepat mungkin bagi mengelakkan kemalangan; Contoh : - Memperlahankan kenderaan jika keadaan cuaca atau jalan adalah buruk. - Tidak memandu kenderaan dengan terlalu jauh dalam keadaan kesibukan lalulintas. - Tidak memotong kenderaan di kawasan larangan.

Buku Panduan

v.

Kemahiran mengendali dan mengawal kenderaan seperti membelok, memotong, mengundur dan meletak kenderaan dengan cara betul.

PRINSIP PEMANDUAN BERHEMAH a) Pemerhatian. Teknik Pemanduan Berhemah yang baik memerlukan tabiat pemerhatian yang baik. Ini bermakna pemandu yang berhemah mengetahui di mana dan bila hendak dilihat dan apakah yang hendak dilihat ketika memandu di jalan raya. Pemerhatian meliputi: i. Cermin hadapan dan lampu kenderaan mestilah bersih; ii. Selalu periksa cermin pandang belakang; iii. Perhatikan jalan di hadapan; iv. Mata perlu awas selalu; v. Perhatikan keadaan sekeliling sebelum memotong; dan vi. Perhatikan isyarat pemandu lain yang kurang pengalaman atau kurang berhati-hati. b) Komunikasi. Komunikasi bemaksud memahami apa yang hendak dilakukan oleh pemandu lain serta pejalan kaki dan memastikan bahawa mereka memahami apa yang ingin kita lakukan pada setiap ketika. Komunikasi meliputi : i. Beri isyarat dengan sempurna setiap kali kita memotong, membelok atau menukar lorong; ii. Berhenti perlahan-lahan dan elakkan daripada berhenti dengan tiba-tiba;

62

panduan pengangkutan.indd 62

7/12/11 11:36:31 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

iii. Gunakan hon atau lampu jika perlu ketika memotong; dan iv. Pasang lampu besar apabila keadaan cahaya tidak cerah. c) Kerjasama. Kerjasama melibatkan persefahaman dan tolak ansur di kalangan pengguna jalan raya. Sebaik-baiknya, kerjasama melibatkan hubungan dua pihak, tetapi jika bertujuan untuk mengelakkan kemalangan lebih baik anda beralah. Kerjasama meliputi : i. Perlahankan kenderaan supaya membolehkan kenderaan yang mengekori memotong; ii. Jangan berlumba dengan pemandu kenderaan yang memotong; dan iii. Beri laluan kepada lalulintas dari hadapan sebelum membelok ke kanan. d) Pengendalian. Pengendalian meliputi: i. Memandu kenderaan mengikut arah lorong yang betul; dan ii. Merancang perjalanan supaya kereta tidak rosak di sepanjang perjalanan. Pastikan laluan yang ingin diikuti dan peruntukan masa yang mencukupi untuk sesuatu perjalanan.

63

panduan pengangkutan.indd 63

7/12/11 11:36:32 AM

PEMANDUAN SECARA DEFENSIVE / SELAMAT


Pengetahuan dan kemahiran adalah penting dalam pemanduan. Ini termasuklah mengetahui ilmu-ilmu asas pemanduan dan undang-undang jalan raya. Ianya bertujuan untuk mengurangkan risiko dan sentiasa pro aktif semasa memandu. Panduan Pemanduan Secara DefensIf 1. i. Periksa tekanan angin tayar; ii. Periksa paras minyak enjin dan air sebelum memulakan perjalanan jauh; dan iii. Memberi isyarat sebelum memasuki ke jalan raya dari bahu jalan. 2. Elak dari kenderaan / situasi i. Elakkan dari memandu secara bersebelahan dengan kenderaan besar kecuali terpaksa. Pemandu kenderaan tersebut tidak dapat melihat anda. Kenderaan besar yang sedang membelok akan menghalang laluan; ii. Mengekalkan jarak; a. b. c. 3 saat dibelakang kenderaan hadapan; 6 saat dalam keadaan hujan, kabus tebal dan keadaan cuaca; dan Kebanyakan orang akan mengambil masa 1 saat sebelum bertindak di dalam keadaan kecemasan. Sebelum memulakan pemanduan

Buku Panduan

iii. Elakkan dari memandu kenderaan yang rosak; iv. Kenderaan yang tersasar tidak akan dapat dikawal laluannya; dan v. Membrek disaat akhir dipersimpangan lampu isyarat perlu dielakkan. 3. Tempat-tempat dilarang meletak kenderaan i. Di persimpangan jalan; ii. Di bahagian pejalan kaki; iii. Di kawasan pembinaan; iv. Dalam lingkungan 30 kaki dari mana-mana tanda jalan raya; v. Dalam lingkungan 50 kaki dari mana-mana pili bomba;

64

panduan pengangkutan.indd 64

7/12/11 11:36:33 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

vi. Di atas jambatan terowong dan yover; vii. Di atas jalan bersebelahan kereta yang lain (double parking); dan viii. Di tempat-tempat terdapat tanda-tanda tidak boleh meletak kenderaan.

65

panduan pengangkutan.indd 65

7/12/11 11:36:33 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 66

7/12/11 11:36:34 AM

A AS U NK AL A T A GUB W JA ENG P

panduan pengangkutan.indd 67

7/12/11 11:36:34 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 68

7/12/11 11:36:35 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

JAWATANKUASA PENGGUBAL BUKU PANDUAN TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI PENAUNG Y. Bhg. Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor Ketua Setiausaha PENASIHAT Y. Bhg. Datuk Haji Omar bin Abd. Rahman Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) PENYELARAS Pn. Salmah binti Idris Setiausaha Bahagian Bahagian Khidmat Pengurusan KETUA EDITOR Pn. Hajah Habibah binti Jamlus Jabatan Pengajian Kolej Komuniti AHLI En. Nyanasekaran A/L Subramaniam Jabatan Pengajian Tinggi Cik Syada binti Mazlan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Pn. Zainon bt Zakaria Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Cik Tamil Selvi A/P Virasinggam Jabatan Pengajian Politeknik Pn. Amutha A/P Sundrai Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Cik Puteri Hasnul Hidayah binti Awalludin Bahagian Khidmat Pengurusan En. Mohd Syukur bin Haron Jabatan Pengajian Tinggi En. A. R. Asmi bin Ramli Bahagian Khidmat Pengurusan Cik Haidar Nor Madinah binti Mahmud Jabatan Pengajian Tinggi (JPT)

69

panduan pengangkutan.indd 69

7/12/11 11:36:35 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 70

7/12/11 11:36:35 AM

NG A MB AFI U Y GR N E P IO L B BI

panduan pengangkutan.indd 71

7/12/11 11:36:36 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 72

7/12/11 11:36:36 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

BIBLIOGRAFI
Buku Panduan Kod Keselamatan Pengangkutan Pelajar IPT Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan, Persekitaran Untuk Sektor Pengangkutan, Kuala Lumpur, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), 2007 DOSH, Malaysia 2010, Occupational Safety And Health Industry Code Of Practice For Road Transport Activities 2010 PLUS, 2008, Selamat Di Jalan, A Guide To Safe Driving, The Otomatif College Sdn. Bhd. C.T. Book Makers Sdn. Bhd. Unilever (Malaysia), (Undated), Safe Travel Booklet, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

73

panduan pengangkutan.indd 73

7/12/11 11:36:37 AM

Buku Panduan

panduan pengangkutan.indd 74

7/12/11 11:36:37 AM

TATACARA PENGURUSAN PEMANDU

KPT

Catatan

75

panduan pengangkutan.indd 75

7/12/11 11:36:37 AM

Buku Panduan
Catatan

76

panduan pengangkutan.indd 76

7/12/11 11:36:38 AM

Anda mungkin juga menyukai