Anda di halaman 1dari 159

© 2018 Bahagian Pengurusan Angkatan

Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia


Jalan Padang Tembak
50556 Kuala Lumpur

Tel: +603-26871300 Faks: +603-26923626


Laman web: http://www.civildefence.gov.my

Cetakan pertama 2018

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan hasil kerja ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada pihak Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia.

i
ii
KATA ALU-ALUAN
KETUA PESURUHJAYA PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya memanjatkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan tahniah atas penghasilan Buku Panduan
Pengurusan dan Modul Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Tunas APM) kepada semua
yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam penghasilan buku ini. Segala usaha serta
penat lelah selama ini telah ternyata berbaloi dengan terhasilnya buku ini.

Program Tunas APM diperkenalkan bagi memberikan pendedahan yang lebih baik serta
menyeluruh kepada murid - murid sekolah rendah terutamanya murid - murid tahap dua mengenai ilmu
keselamatan serta ilmu Pertahanan Awam. Ia adalah selaras dengan peruntukan Akta Angkatan
Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) di bawah seksyen 2B(h) bagi tanggungjawab APM untuk melatih
dan melengkapkan penduduk awam untuk melatih dan melengkapkan penduduk awam untuk
menangani dan membantu dalam sebarang keperluan pertahanan awam. Saya percaya dengan
penglibatan murid-murid dalam Tunas APM ini dapat memberikan impak yang besar serta berpanjangan
dalam melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan peka terhadap kecemasan dan bencana.

Pelaksanaan Tunas APM di sekolah - sekolah rendah juga bertujuan sebagai kelangsungan bagi
unit - unit beruniform APM yang sedia ada seperti Kadet APM (Sekolah Menengah), PELATIH APM
(Institusi Latihan dan Kemahiran) dan Pasukan Siswa APM (Institut Pengajian Tinggi). Buat masa
ini tidak ada pertubuhan unit beruniform Pertahanan Awam di Sekolah Rendah. Pihak Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia hanya melaksanakan Program Kesedaran Awalan Keselamatan Pertahanan
Awam (PROKSPA) apabila mendapat permintaan daripada pihak sekolah dan ianya merupakan
penyampaian ilmu Pertahanan Awam yang tidak berterusan. Penubuhan Tunas APM diharap dapat
menarik minat serta memupuk pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan ilmu Pertahanan Awam
dalam usia yang lebih muda untuk kelangsungan unit beruniform APM sebelum ke peringkat Sekolah
Menengah, Institusi Latihan / Kemahiran dan Institusi Pengajian Tinggi.

Harapan saya agar Tunas APM menjadi satu badan beruniform kokurikulum di sekolah rendah
yang mantap di dalam menghasilkan murid-murid yang berpengetahuan, berkeyakinan tinggi, berdisiplin
dan bertanggungjawab dan berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan.

iii
PENGHARGAAN
Penghasilan buku ini telah melibatkan kerjasama banyak pihak. Oleh itu, penghargaan dan ucapan
jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberikan sumbangan sehingga buku ini
sempurna diterbitkan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan khusus kepada semua
yang berikut:

1. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Cawagan Pasukan Sokongan, Bahagian Pengurusan Angkatan, Ibu Pejabat Angkatan

Pertahanan Awam Malaysia.

3. Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Bangi, Selangor

4. Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU), Baling, Kedah

5. Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT), Jengka, Pahang

6. Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perlis

7. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Kulanthayan a/l K.C Mani
Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Bahagian Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan
Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia

8. Barisan Editor

 Lt. Kol(PA) Cuthbert John Martin Quadra


Ketua Cawangan Pasukan Sokongan, Bahagian Pengurusan Angkatan, Ibu Pejabat
Pertahanan Awam Malaysia
 Mej. Bersekutu (PA) Mohd Nor bin Hamzah.
Ajutan, Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
 Lt. M(PA) Mohd Syamim Azri bin Mustapa (Ketua Editor)
Guru, SK Ampang, Ampang, Selangor
 Lt. M(PA) Muhammad Fakry bin Zamzuri.
Guru, SK Imbak, Telupid, Sabah
 Lt.M (PA) Muhammad Zulhusni bin Mat Azmi.
Guru, SK Paya Redan, Melaka Tengah, Melaka
 Lt. M(PA) Muhammad Hamzah bin Azizan.
Guru, SK Maidan, Beluran, Sabah
 Lt. M(PA) Muhammad Faizol Asyraf bin Mahdzir.
Guru, SK Seri Lindungan Raja, Kulim, Kedah
 Lt. M(PA) Nurul Munirah binti Mohammad Zal.
Guru, SK Abun Matu, Belaga, Sarawak
 Lt. M(PA) Wan Nor Amalina binti Wan Othman.
Guru, SK Cardinal Vaughan, Song, Sarawak
 Lt. M(PA) Azziadatur Rasyeeda binti Azman.
Guru, SK Seri Gading, Batu Pahat, Johor
 Lt. M(PA) Nur Izza Raihan binti Haji Norsidek.
Guru, SK Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak
 Lt. M(PA) Nur Anita binti Hasnan.
Guru, SK Sungai Menuan, Kapit, Sarawak
 Lt. M(PA) Ahmad Nor ‘Ainuddin bin Ahmad Fuzi.
Guru, SK Sungai Kem Batu 18, Bintulu, Sarawak
 Lt. M(PA) Fakhri bin Ramli.
Guru, SK Sebako, Lundu, Sarawak
 Lt. M(PA) Ruwaida binti Azizan
Guru, SK Rumah Essau, Bekenu, Sarawak

iv
 Lt. M(PA) Muhammad Nazeem bin Ismail.
Guru, SJK(C) Damansara, Petaling Jaya, Selangor
 Lt. M(PA) Mohd Faiz bin Abdul Wahab.
Guru, SK Gombak Setia, Kuala Lumpur, Selangor
 Lt. M(PA) Rohafieza binti Haji Matassan.
Guru, SK Bukit Luba, Limbang, Sarawak
 Lt. M(PA) Muhammad Qushayri bin Redzuan.
Guru, SKKg Tunku, Petaling Jaya, Selangor
 Lt. M(PA) Mohd Adib Azfar bin Muri.
Guru, SK Nanga Beguang, Song, Sarawak
 Lt. M(PA) Abdul Hannan bin Abdul Rahman
Guru, SK Ulu Bole, Sipitang, Sabah
 Lt. M(PA) Nordiana binti Abd Malik
Guru, SK Nanga Sempili, Kapit, Sarawak
 Lt. M(PA) Noor Azureen binti Talip
Guru, SK Sultan Abu Bakar (1), Muar, Johor
 Lt. M(PA) Najiha binti Ismail.
Guru, SK Seri Al-Ulum, Pontian, Johor

Para peserta Bengkel Penubuhan dan Pemurnian Buku Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
bertempat di ALPHA, Bangi, Selangor pada 26 hingga 27 Oktober 2016.

v
SENARAI SINGKATAN

1. Tunas APM - Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Malaysia


2. Kadet APM - Kadet Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
3. PELATIH APM - Pasukan Pelatih Institusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
4. Pasukan Siswa APM - Pasukan Siswa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
5. IPT - Institut Pengajian Tinggi
6. APM - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
7. IPG - Institut Pendidikan Guru
8. PROKSPA - Program Kesedaran Awalan Keselamatan Sekolah Rendah
Pertahanan Awam
9. PA - Pertahanan Awam
10. TPj. - Timbalan Pesuruhjaya
11. Kol. - Kolonel
12. Lt. Kol. - Leftenan Kolonel
13. Mej. - Mejar
14. Lt. M - Leftenan Muda
15. IPPA - Ibu Pejabat Pertahanan Awam
16. BPA - Bahagian Pengurusan Angkatan
17. PNPA - Pejabat Negeri Pertahanan Awam
18. PDPA - Pejabat Daerah Pertahanan Awam
19. PUPA - Pejabat Unit Pertahanan Awam
20. PPAN - Pengarah Pertahanan Awam Negeri
21. PPAD - Pegawai Pertahanan Awam Daerah
22. PPAU - Pegawai Pertahanan Awam Unit
23. KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
24. JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
25. PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
26. TPSM - Takaful Pelajar Sekolah Malaysia
27. PAJSK - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
28. SPI - Surat Pekeliling Ikhtisas

vi
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


BUKU PANDUAN PENGURUSAN
Kata Alu-Aluan Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam Malaysia iii
Penghargaan iv
Senarai Singkatan vi
Isi Kandungan vii
Pendahuluan 1
Penubuhan Tunas APM Sekolah 2
Tugas dan Tanggungjawab 4
Keanggotaan dan Pangkat 6
Pentadbiran 8
Logistik 10
Kandungan Kurikulum Latihan Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 10
Penilaian 28
Pakaian Seragam 28

MODUL TUNAS ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA


Tahun 4

Tema 1 : Pengenalan Pertahanan Awam & Ketatanegaraan


Pengenalan Pertahanan Awam 31
Latar Belakang Tunas APM 31
Pengenalan APM 32
Bendera & Logo APM 35
Lagu APM 36
Peranan APM 37
Perkhidmatan Pertahanan Awam 38
Tema 2 : Pembinaan Sahsiah
Disiplin Diri 39
Tema 3 : Asas Kawad Kaki
Pengenalan 40
Kawad Statik 41
Tema 4 : Perawatan Awal Dan Asas Menyelamat
Pengenalan Peti Pertolongan Cemas 47
Luka Kecil 51
Tema 5 : Asas Ikatan Dan Simpulan

vii
Pengenalan Tali 53
Simpulan Dan Ikatan Asas 54
Penjagaan Tali 56
Tema 6 : Asas Melawan Kebakaran
Pengenalan Api 57
Melepaskan Diri Semasa Kebakaran 59
Tema 7 : Asas Perkhemahan
Pengenalan 62
Jenis-Jenis Khemah 63
Peralatan Perkhemahan 64
Menyalakan Api di Tapak Perkhemahan 65
Tema 8 : Keselamatan
Keselamatan Di Rumah 67
Peralatan Berbahaya 67
Langkah Keselamatan 69

Tahun 5 72

Tema 1 : Pengenalan Pertahanan Awam Dan Ketatanegaraan


Ketatanegaraan 73
Jata & Bendera Negeri-Negeri 73
Pemimpin Negeri 87
Tema 2 : Pembinaan Sahsiah
Khidmat Masyarakat 88
Tema 3 : Asas Kawad Kaki
Kawad Statik Dan Kawad Dinamik 89
Kawad Dinamik 89
Tema 4 : Perawatan Awal Dan Asas Menyelamat
Anduh 94
Pengenalan Kain Pembalut Tiga Segi 94
Kepatahan Pada Tangan Dan Kaki 94
Tema 5 : Asas Ikatan Dan Simpulan
Simpulan Dan Ikatan 97
Penjagaan Tali 98
Tema 6 : Asas Melawan Kebakaran
Alat Pemadam Kebakaran 99

viii
Tema 7 : Asas Perkhemahan
Perkhemahan 101
Mendirikan Dan Mengemaskan Khemah 101
Menyediakan Makanan 104
Tema 8 : Keselamatan
Keselamatan Di Sekolah 107
Kawasan Berbahaya 108
Langkah Keselamatan 110

Tahun 6
Tema 1 : Pengenalan Pertahanan Awam Dan Ketatanegaraan
Ketatanegaraan 113
Jata Dan Jalur Gemilang 113
Rukun Negara 114
Pemimpin Negara 116
Tema 2 : Pembinaan Sahsiah
Pengurusan Diri 119
Tema 3 : Asas Kawad Kaki
Kawad Statik Dan Kawad Dinamik 122
Kawad Dinamik 122
Tema 4 : Perawatan Awal Dan Asas Menyelamat
Menyelamat Kecemasan 126
Tema 5 : Asas Ikatan Dan Simpulan
Penjagaan Tali 128
Tema 6 : Asas Melawan Kebakaran
Amali Melepaskan Diri Semasa Kebakaran 129
Tema 7 : Asas Perkhemahan
Pengurusan Tempat Perkhemahan 130
Pengurusan Perkhemahan 130
Keselamatan 130
Ikhtiar Hidup 131
Masakan Darurat 132
Tema 8 : Keselamatan
Keselamatan Di Tempat Awam 134
Keselamatan Di Air 134
Keselamatan Jalan Raya 136
Lampiran A 139
Lampiran B 140
Lampiran C 143

ix
1. PENDAHULUAN

1.1. Hala Tuju

Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Tunas APM) merupakan program kokurikulum
badan beruniform yang ditubuhkan di sekolah-sekolah rendah untuk murid Tahap 2. Tunas
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ialah program badan beruniform Pertahanan Awam yang
baru tumbuh dan merupakan badan beruniform yang paling muda. Hasrat penubuhan Tunas APM
ini bertujuan untuk meneruskan kesinambungan dan pelengkap kepada proses pelaksanaan
badan beruniform yang sedia ada seperti Kadet Angkatan Pertahanan Awam (Kadet APM) bagi
sekolah menengah, Pasukan Pelatih Institusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (PELATIH
APM) bagi institusi latihan, dan Pasukan Siswa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Pasukan
Siswa APM) bagi Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Buat masa ini tiada pertubuhan unit beruniform
kokurikulum Pertahanan Awam atau dari mana-mana agensi kerajaan di sekolah rendah. Pihak
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hanya melaksanakan Program Kesedaran Awalan
Keselamatan Sekolah Rendah Pertahanan Awam (PROKSPA) apabila mendapat permintaan
daripada pihak sekolah. Penubuhan Tunas APM diharap dapat menarik minat serta memupuk
pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan ilmu Pertahanan Awam kepada orang awam dalam
usia yang lebih muda sebagai kelangsungan ke peringkat sekolah menengah dan institusi
pengajian tinggi.

1.2. Punca Kuasa

1.2.1. Akta 221, Akta Pertahanan Awam 1951, Seksyen 2B (h)


1.2.2. Surat Kelulusan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia KPM.600-14/1/19 Jld. 13 (65) bertarikh 21 Ogos 2017 bertajuk Penubuhan
Pasukan Tunas Pertahanan Awam (TUSPA) di Sekolah-Sekolah Rendah
Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.2.3. Surat APM PA.BPA.600-1/1/11(33) bertarikh 16 Oktober 2017 bertajuk Makluman
Perluasan Penubuhan Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Tunas APM) di
Sekolah – Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia

1.3. Objektif

Melahirkan masyarakat khususnya murid-murid yang cemerlang, berdisiplin, bersatu padu


dan berketerampilan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta murid-murid yang
berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam sejajar dengan Akta
Pertahanan Awam Seksyen 2B(h).

Pelaksanaan Tunas APM ini merangkumi tiga aspek iaitu kesedaran, pengetahuan dan nilai.

1.3.1. Objektif kesedaran :

i. Membentuk murid yang mempunyai kesedaran dalam aspek keselamatan dan


Pertahanan Awam.

1.3.2. Objektif pengetahuan:

i. Memberi pengetahuan pertolongan cemas, melawan kebakaran dan menyelamat


kepada murid-murid.
ii. Membentuk murid yang mengetahui langkah-langkah semasa kecemasan.

1.3.3. Objektif nilai:

i. Membentuk murid-murid yang dapat memberikan perkhidmatan sukarela kepada


sesiapa yang memerlukan sama ada di sekolah atau masyarakat stempat tanpa
mengira bangsa, agama dan fahaman.
ii. Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taat setia
kepada pemimpin, cintakan sekolah dan negara.
iii. Mencungkil dan memupuk semangat (nilai dan etika) kepimpinan dalam kalangan
pelajar.
iv. Memupuk semangat hormat-menghormati, kekitaan, pengorbanan dan kejujuran
antara satu sama lain.
1
2. PENUBUHAN TUNAS APM SEKOLAH

2.1. Prosedur Penubuhan Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Bagi menubuhkan sesebuah badan beruniform Tunas APM, prosedur berikut hendaklah dipatuhi
(rujuk Lampiran A):

2.1.1. Guru yang berkhidmat di sekolah rendah yang juga merupakan Pegawai Pasukan APM
melalui guru besar sekolah hendaklah mendapatkan sokongan daripada pihak Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN).
2.1.2. Permohonan yang telah mendapat sokongan akan dipanjangkan kepada Pengarah
Pertahanan Awam Negeri (PPAN) oleh pihak JPN untuk tujuan kelulusan penubuhan.
(Lampiran B)
2.1.3. Walau bagaimanapun, mana-mana sekolah yang mempunyai guru yang juga
merupakan Anggota Sukarela APM (lain-lain pangkat) atau tidak mempunyai guru yang
merupakan Anggota Sukarela APM juga boleh membuat permohonan untuk
menubuhkan Tunas APM dan akan dipertimbangkan kelulusannya.
2.1.4. Permohonan yang mendapat sokongan Pengarah Pendidikan Negeri akan diproses oleh
Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) dengan membuat ulasan berdasarkan
keperluan kepada Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia (IPPA) untuk perakuan dan
rekod.
2.1.5. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan secara bertulis kepada sekolah
berkenaan oleh pihak IPPA. Satu salinan keputusan permohonan juga akan dihantar
kepada JPN. Surat pengesahan penubuhan Tunas APM sekolah berkenaan akan
dikeluarkan oleh pihak IPPA.
2.1.6. Apabila telah diluluskan satu nombor pendaftaran dalam bentuk sijil / surat kelulusan
penubuhan akan diberi kepada sekolah berkenaan seperti berikut:

X / TUNAS APM / XXXX / XX

X : Kod negeri yang berkenaan misalnya B untuk Selangor.


TUNAS APM : Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
XXXX : Tahun Penubuhan
XX : Nombor mengikut turutan sekolah

2.1.7. Bagi sekolah-sekolah yang tidak ditadbir di bawah JPN yang berkenaan ataupun
sekolah bukan bantuan kerajaan, misalnya sekolah persendirian atau sekolah agama
persendirian, maka satu bentuk pengenalan diberikan iaitu:

X / TUNAS APM ( A ) / XXXX / XX - untuk sekolah agama


X / TUNAS APM ( P ) / XXXX / XX - untuk sekolah persendirian

2.2. Organisasi

Setiap platun Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terdiri daripada 34 anggota
merangkumi:

01 x Ketua Platun
03 x Ketua Skuad
06 x Penolong Ketua Skuad
24 x Anggota Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Seorang atau lebih guruyang merupakan Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
akan dilantik sebagai pegawai penyelaras bagi Tunas APM di sesebuah sekolah*.

2
Bagi sekolah yang tidak mempunyai guru yang merupakan Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia, pihak pentadbir sekolah boleh melantik guru-guru lain sebagai Guru Penasihat
Tunas APM sekolah.

*Lain-lain guru boleh dilantik oleh pihak pentadbir sekolah sebagai Guru Penasihat Tunas APM bagi
membantu pegawai penyelaras yang sedia ada menguruskan sesebuah Tunas APM.

Setiap empat platun akan membentuk satu kompeni dengan kekuatan:

Murid

01 X Ketua Kompeni
04 X Ketua Platun
12 X Ketua Skuad
24 X Penolong Ketua Skuad
96 X Anggota Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Pengurusan Tunas APM di peringkat daerah / jajahan akan diketuai oleh:

1 x Pegawai Teknikal Daerah Berpangkat Leftenan Muda (PA)

Pengurusan Tunas APM di peringkat negeri akan diketuai oleh:

1 x Pegawai Teknikal Negeri Berpangkat Leftenan (PA)

2.3 Jawatankuasa Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Jawatankuasa Tunas APM hendaklah ditubuhkan di peringkat kebangsaan dan negeri bagi
menggerakkan pentadbiran latihan dan kegiatan. Jawatankuasa itu hendaklah dianggotai oleh:

2.3.1 Peringkat Kebangsaan

Pengerusi Bersama  Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam Malaysia


 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Timbalan  Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, Ibu Pejabat


Pengerusi Bersama Pertahanan Awam (IPPA)
 Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM

Sekretariat  Pegawai yang dilantik dalam kalangan guru sekolah


Kebangsaan rendahyang juga merupakan Pegawai Pasukan Angkatan
Pertahanan Awam(5 orang)

Ahli  Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
KPM
 Penolong Pengarah Pengurusan Angkatan, Cawangan
Pasukan Sokongan, Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA)
 Pegawai Teknikal Tunas APM Negeri-Negeri
 Pegawai Pengurusan Angkatan, APM Negeri

2.3.2 Peringkat Negeri

Pengerusi Bersama  Pengarah Pertahanan Awam Negeri (PPAN)


 Pengarah Pendidikan Negeri

Timbalan Pengerusi  Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Negeri


Bersama  Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,
JPN

3
Ahli - Ahli  Ketua Unit Kokurikulum, JPN
 Pegawai Pengurusan Angkatan,APM Negeri
 Pegawai Teknikal Tunas APM Negeri
 Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD)
 Pegawai Teknikal Tunas APM Daerah

3. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

3.1. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

3.1.1 Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA)

i. Merekod pendaftaran Tunas APM, Pegawai Penyelaras dan anggota Tunas APM.
ii. Merancang peruntukan belanjawan Tunas APM.
iii. Menyedia dan merancang perolehan peralatan dan logistikTunas APM.
iv. Melantik Pegawai Penyelia / Pegawai Tanggungjawab Tunas APM di peringkat
IPPA.
v. Mengesahkan pelantikan Pegawai Penyelaras Tunas APM.
vi. Merancang dan melaksanakan program-program Tunas APM di peringkat
kebangsaan bersama-sama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
vii. Merancang pelaksanaan kursus-kursus pusat bagi pegawai penyelaras / guru
penasihat dan anggotaTunas APM.
viii. Mengemas kini, mengesahkan dan menyebarkan dasar-dasar dan arahan tetap
mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan Tunas APM.
ix. Mengesahkan sijil-sijil kenaikan pangkat anggota Tunas APM. (rujuk bab
Keanggotaan dan Pangkat).

3.1.2. Angkatan Pertahanan Awam Negeri

i. Menghantar permohonan penubuhan Tunas APM yang telah diluluskan ke IPPA


untuk tujuan perekodan.
ii. Melantik Pegawai Penyelia / Pegawai Tanggungjawab Tunas APM di peringkat
APM Negeri.
iii. Bekerjasama dengan pihak JPN dalam urusan pelantikan Pegawai Teknikal
Tunas APM negeri.
iv. Bekerjasama dengan Pegawai Teknikal Tunas APM negeri.
v. Merancang program/aktivitiTunas APM peringkat negeri bersama-sama Pegawai
Teknikal Tunas APM Negeri dan pihak JPN.
vi. Menerima dan menentukan kelulusan penubuhan Tunas APM oleh sekolah-
sekolah yang memohon.
vii. Menentukan serta memastikan kegiatan dan latihan Tunas APM berjalan dengan
teratur di peringkat negeri.
viii. Mengadakan hubungan rapat dengan pihak JPN berkaitan kegiatan Tunas APM.
ix. Mengesahkan sijil-sijil kenaikan pangkat anggota Tunas APM di Negeri masing-
masing (rujuk bab Keanggotaan dan Pangkat).
x. Menyedia dan memberi bantuan logistik serta tenaga pengajar bagi tujuan latihan
serta penilaian kenaikan pangkat (jika perlu).

3.1.3 Pejabat Daerah / Unit Pertahanan Awam (PDPA / PUPA)

i. Bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam urusan pelantikan


Pegawai Teknikal Tunas APM daerah.
ii. Bekerjasama dengan Pegawai Teknikal Tunas APM daerah.
iii. Merancang program / aktiviti Tunas APM peringkat daerah bersama-sama
Pegawai Teknikal Tunas APM Daerah dan pihak PPD.
iv. Membantu pegawai penyelaras Tunas APM sekolahdalam menyusun latihan dan
mentadbir Tunas APM di sekolah-sekolah (jika perlu).

4
v. Menyediakan bantuan jurulatih yang berkelayakan dan keperluan logistik yang
teratur dan mencukupi dalam melaksanakan latihan Tunas APM di setiap sekolah
(jika perlu).
i. Bertindak sebagai penasihat bersama semasa perkhemahan tahunan (jika
dilaksanakan).
vi. Menghantar laporan kegiatan tahunan kepada PPAN setiap akhir tahun.

3.2 Kementerian Pendidikan Malaysia

3.2.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

i. Menetap dasar penubuhan dan perkembangan Tunas APM dengan kerjasama


pihak IPPA.
ii. Melantik Sekretariat Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Malaysia
dengan kerjasama pihak IPPA.
iii. Bekerjasama dengan pihak IPPA untuk merancang dan melaksanakan program-
program Tunas APM di peringkat kebangsaan.

3.2.2 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

i. Menentukan sama ada menyokong / tidak menyokong permohonan penubuhan


Tunas APM oleh sekolah-sekolah dan memanjangkan permohonan tersebut
kepada pihak APM negeri.
ii. Berbincang dengan pihak APM negeri dalam melantik Pegawai Teknikal Tunas
APM Negeri.
iii. Menyelaras aktiviti-aktiviti Tunas APM peringkat negeri.
iv. Bekerjasama dengan APM negeri untuk merancang dan melaksanakan program
Tunas APM di peringkat negeri.

3.2.3 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

i. Berbincang dengan pihak PUPA / PDPA dalam melantik Pegawai Teknikal Tunas
APM Daerah.
ii. Bekerjasama dengan Pegawai Teknikal Tunas APM daerah dalam merancang
dan melaksanakan aktiviti Tunas APM daerah.

3.2.4 Guru Besar Sekolah

i. Memohon dan memastikan penubuhan Tunas APM di sekolah adalah sah.


ii. Menjadi pegawai bersekutu kepada Tunas APM di peringkat sekolah (jika
dipohon).
iii. Melantik guru yang merupakan pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia sebagai Pegawai Penyelaras Tunas APM sekolah atau guru-guru lain
sebagai Guru Penasihat Tunas APM sekolah.
iv. Menetapkan dan meluluskan peruntukan kewangan bagi Tunas APM sekolah.

3.2.5 Guru Penolong Kanan Kokurikulum

i. Berhubung dan bekerjasama dengan Pegawai Pertahanan Awam Daerah / Unit


(PPAD / PPAU) berkaitan latihan dan aktivitiTunas APM sekolah.
ii. Mencadangkan nama guru bagi lantikan pegawai penyelaras / guru penasihat
Tunas APM sekolah kepada guru besar.
iii. Menetapkan bilangan dan pemilihan keanggotaan Tunas APM di sekolah masing-
masing.
iv. Bekerjasama dengan pegawai penyelaras / guru penasihat Tunas APM sekolah
dalam menyediakan keadaan dan suasana yang kondusif di sekolah bagi Tunas
APM sekolah menjalankan aktiviti.

5
v. Menggalakkan dan memberi peluang kepada anggota Tunas APM sekolah
mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah / bahagian /
negeri / kebangsaan.
vi. Menjadi Pegawai Bersekutu kepada Tunas APM di peringkat sekolah.
vii. Menetapkan peruntukan kewangan untuk Tunas Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia.

3.2.6 Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat (Guru)

i. Bertanggungjawab kepada Guru Besar sekolah dan Pegawai Pertahanan Awam


Daerah / Unit (PPAD / PPAU) berkaitan taraf, mutu, kecekapan dan pentadbiran
Tunas APM sekolah.
ii. Menguruskan pendaftaran keanggotaan Tunas APM sekolah.
iii. Merancang dan menjalankan aktiviti Tunas APM sekolah berdasarkan sukatan
latihan yang ditetapkan.
iv. Menyediakan laporan tahunan Tunas APM Sekolah.
v. Menguruskan penyertaan anggota-anggotaTunas APM dalam kegiatan di setiap
peringkat.
vi. Menghadiri perjumpaan / mesyuarat / kursus yang berkaitan Tunas APM.
vii. Menguruskan logistik pasukan.
viii. Menganggotai panel tatatertib anggota Tunas APM.
ix. Mengajar dan menjadi jurulatih Tunas APM.

4. KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

4.1 Keanggotaan Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

4.1.1 Pendaftaran untuk menganggotai Tunas APM adalah tertakluk kepada syarat-syarat
berikut:

i. Warganegara Malaysia.
ii. Murid-murid sekolah rendah antara tahun 4 hingga tahun 6.*
iii. Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.

* Keanggotaan Tunas APM bermula daripada tahun 3 adalah dibolehkan jika


aktiviti badan beruniform sesebuah sekolah tersebut bermula dari tahun 3.

4.1.2 Struktur Pangkat Tunas APM:


a) Lans Koperal Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Penolong Ketua
Skuad)

Rajah 1: Lencana Pangkat Lans Koperal Tunas APM

b) Koperal Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Ketua Skuad)

Rajah 2: Lencana Pangkat Koperal Tunas APM


6
c) Sarjan Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Ketua Platun)

Rajah 3: Lencana Pangkat Sarjan Tunas APM

4.1.3 Peraturan kenaikan dan penurunan pangkat Tunas APM:

i. Seseorang anggota Tunas APM boleh dinaikkan pangkat mengikut perjawatan


seperti yang ditetapkan apabila:

- Telah membuat permohonan bagi tujuan kenaikan pangkat atau menyertai


ujian kenaikan pangkat yang dianjurkan di peringkat sekolah / daerah / negeri
/ kebangsaan.
- Lulus ujian atau temu duga khas yang disyaratkan pihak APM.
- Diperakui oleh Panel Penilai Kenaikan PangkatTunas APM.

Bil. Ujian Kenaikan Pangkat Lantikan


1. Lans Koperal Tunas APM PPAN dan ke atas
2. Koperal Tunas APM PPAN dan ke atas
3. Sarjan Tunas APM PPAN dan ke atas

ii. Seorang anggota Tunas APM boleh diturunkan pangkat apabila:

- Tidak mencapai darjah kecekapan yang dikehendaki.


- Diperakui oleh Panel Kenaikan Pangkat Tatatertib Tunas Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia melalui satu mesyuarat atau perbicaraan khas.

4.1.4 Keanggotaan Tunas APM boleh ditamatkan/ diberhentikan atas sebab-sebab berikut:

- Tamat persekolahan
- Dibuang sekolah

4.1.5 Anggota Tunas APM yang berpindah sekolah boleh meneruskan keanggotaan Tunas
APM dengan meneruskan keanggotaan dan pangkat yang disandang di sekolah
baharunya jika ada kekosongan atau mendapat persetujuan pihak pengurusan
sekolah baharunya.

4.1.6 Anggota Tunas APM yang berpangkat Sarjan Tunas Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia sewaktu tamat sekolah rendah akan mendapat pangkat Lans Koperal Kadet
APM secara automatik sekiranya anggota tersebut menganggotai Kadet APM apabila
memasuki sekolah menengah. (Mesyuarat Pengurusan Kadet APM Bil. 1/2017)

4.2 Keanggotaan Pegawai Penyelaras Tunas Angkatan Pertahanan Awam Sekolah

4.2.1. Kriteria menjadi Pegawai Penyelaras Tunas APM Sekolah adalah:

i. Merupakan guru di sekolah rendah di mana Tunas APM ditubuhkan;


ii. Warganegara Malaysia;
iii. Dilatih dan ditauliahkan sebagai Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam.
iv. Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika perlu).
v. Tidak menyertai mana-mana pasukan beruniform lain di sekolah;
7
vi. Bagi keadaan di mana tidak terdapat guru yang memenuhi syarat-syarat di atas
ataupun pegawai yang sedia ada berpindah, seorang atau lebih guru hendaklah
dilantik sebagai Guru Penasihat Tunas APM bagi mentadbir Tunas APM di
sekolah berkenaan.

4.2.2. Pelepasan Perkhidmatan sebagai Pegawai Penyelaras Tunas APM

Pegawai Penyelaras Tunas APM boleh ditamatkan perkhidmatan atas sebab-sebab


berikut:

a. Berpindah Sekolah;
b. Masalah kesihatan yang kronik (Tidak mampu menjalankan tugas
sebaiknya);
c. Tidak dilantik lagi oleh Guru Besar; atau
d. Berhenti dari perkhidmatan perguruan.

Memandangkan pegawai terbabit masih lagi merupakan Pegawai Pasukan Angkatan


Pertahanan Awam Malaysia, pegawai terbabit masih lagi boleh berkhidmat sebagai
Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam di mana-mana Pejabat Daerah / Unit
Pertahanan Awam.

4.2.3. Penamatan Perkhidmatan sebagai Pegawai Penyelaras Tunas Angkatan Pertahanan


Awam Malaysia

Seseorang Pegawai Penyelaras Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang


juga sebagai Pegawai / Anggota Pasukan boleh ditamatkan perkhidmatan dalam
angkatan sekiranya melakukan apa-apa kesalahan di bawah kaedah 27 Kaedah-
kaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970.

4.3 Pangkat Pentadbir Sekolah

4.3.1 Guru Besar sekolah yang berkenaan boleh menyandang pangkat Mejar Bersekutu
(PA) atas jawatannya.
4.3.2 Guru Penolong Kanan Kokurikulum boleh menyandang pangkat Kapten
Bersekutu (PA) atas jawatannya.
4.3.3 Oleh kerana semua Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum adalah
pegawai kanan Tunas APM di sekolah masing-masing, maka mereka yang membuat
permohonan rasmi kepada PPAN SAHAJA yang akan dipertimbangkan untuk
dikurniakan sebagai Pegawai BersekutuPertahanan Awam oleh pihak IPPA.

5. PENTADBIRAN

5.1. Bayaran Elaun oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

5.1.1. Anggota Tunas APM tidak layak menerima sebarang elaun.


5.1.2. Pegawai Penyelaras Tunas APM dan Guru Penasihat Tunas APM yang telah
menjadi anggota APM adalah layak menerima elaun mengikut pangkat yang
disandang sepertimana kadar yang ditetap dan diterima pakai oleh mana-mana
pekeliling Kerajaan.
5.1.3. Guru Penasihat Tunas APM yang bukan merupakan anggota APM TIDAK LAYAK
menuntut sebarang elaun daripada pihak APM.
5.1.4. Pegawai Bersekutu (PA) juga TIDAK LAYAK menerima apa-apa bayaran elaun
daripada pihak APM.

5.2. Ganti Rugi Berhubung Dengan Kecederaan

5.2.1. Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat Tunas APM digalakkan mengambil insurans
secara individu atau kelompok apabila menyertai aktiviti di luar kawasan sekolah.
5.2.2. Anggota Tunas APM dikehendaki mengisi borang kebenaran ibu bapa / penjaga
sebelum menyertai mana-mana aktiviti yang berkaitan di luar kawasan sekolah.

8
5.2.3. Semua anggota Tunas APM sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan adalah
tertakluk kepada Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM). (SPI KPM Bil.
6/2006)
5.2.4. Pegawai Penyelaras Tunas APM serta Guru Penasihat Tunas APM yang telah
menjadi anggota APM tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Pertahanan Awam
(Bencana Diri) 1970 semasa menjalankan tugas rasmi.
5.2.5. Guru Penasihat yang bukan merupakan anggota APM serta anggota Tunas APM
tidak layak menuntut pampasan daripada pihak APM.

5.3. Mesyuarat

5.3.1. Mesyuarat Penyelarasan Tunas APM berikut hendaklahdiadakan:

i. Mesyuarat penyelarasan pentadbiran / pengurusan antara pihak IPPA dan


APM negeri dengan pihak KPM, pihak JPN serta Pegawai Teknikal Tunas
APM Negeri-Negeri sekurang-kurangnya sekali setahun.
ii. Mesyuarat pengurusan Tunas APM antara APM negeri dengan Pegawai
Teknikal Tunas APM Negeri dan Pegawai-Pegawai Teknikal Tunas APM
Daerah atau dengan semua pegawai penyelaras Tunas APM sekolah yang
terlibat sekurang-kurangnya sekali setahun.

5.3.2. Mesyuarat-mesyuarat lain boleh diadakan pada bila-bila masa.

5.4. Majlis

5.4.1. Anggota Tunas APM dibenarkan menyertai dalam majlis / istiadat perayaan di
peringkat kebangsaan / negeri / bahagian / daerah yang dianjurkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia / kementerian yang bertanggungjawab ke atas Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia ataupun oleh agensi-agensi yang lain.
5.4.2. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru Besar / PPD /
JPN.
5.4.3. Bagi majlis yang diadakan di luar kawasan sekolah, borang kebenaran ibu bapa /
penjaga setiap anggota Tunas APM yang terlibat perlu dilengkapkan dan diuruskan
oleh Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat Tunas APM Sekolah terlebih dahulu.
5.4.4. Makluman dan pelaporan kepada PPAD / PPAU hendaklah juga dibuat berkaitan
penyertaan anggota Tunas APM dalam aktiviti-aktiviti luar kawasan sekolah.

5.5. Tugasan

5.5.1. Anggota Tunas APM boleh diarahkan untuk membantu gurudalam kerja-kerja
bantuan kecemasan, kawalan keselamatan atau apa-apa bantuan yang berkaitan
dengannya di dalam kawasan sekolah.
5.5.2. Semua tugasan yang dilaksanakan adalah wajib dilaksanakan sebagai aktiviti
kokurikulum sekolah dan diberikan markah tambahan di dalam penilaian kokurikulum
mereka (PAJSK).
5.5.3. Semasamenjalankantugas, anggota Tunas APM hendaklah sentiasa diselia oleh
Pegawai Penyelaras atau Guru Penasihat ataupun jurulatih pasukanTunas APM.
5.5.4. Anggota Tunas APM hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau
penjaga sebelum menjalankan aktiviti sekolah di luar kawasan sekolah.

5.6. Laporan

5.6.1. Pada setiap awal tahun, Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat Tunas APM
dikehendaki menghantar laporan kepada PPAD / PPAU berkaitan perkara-
perkaraberikut dengan pengesahan Guru Besar/ Guru Penolong Kanan Kokurikulum:
- Senarai nama anggota Tunas APM sekolah
- Maklumat peribadi lengkap semua Pegawai Penyelaras / Guru PenasihatTunas
APM sekolah dan;
- Takwim dan jadual latihan Tunas APM Sekolah.

9
5.6.2. Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat Tunas APM sekolah hendaklah menghantar
laporan tahunan kepada PPAD / PPAU dan sesalinan kepada Pengarah Pendidikan
Negeri serta PPAN pada setiap minggu terakhir persekolahan setiap tahun
berhubung dengan perkara-perkara berikut:

- Senarai nama Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat Tunas APM (jika ada
Perubahan);
- Kekuatan keanggotaan Tunas APM;
- Perjawatan;
- Latihan / kursus / aktiviti / penilaian;
- Pencapaian;dan
- Lawatan orang kenamaan jika ada.

6. LOGISTIK

6.1. Pengangkutan

Pihak pengurusan Tunas APM Sekolah boleh memohon bantuan pengangkutan daripada
PNPA / PPAD / PPAU dan akan dipertimbangkan (tiada jaminan kelulusan) sekiranya
pihak sekolah tidak mempunyai pengangkutan serta jika pihak PNPA / PDPA / PUPA tidak
mempunyai masalah pengangkutan yang diperlukan tersebut. Namun begitu, pihak
pengurusan Tunas APM sekolah perlu memohon bantuan PPD, JPN, sekolah lain atau
pihak-pihak yang lain terlebih dahulu.

6.2 Peralatan Latihan

Permohonan pihak pengurusan Tunas APM Sekolahberkenaan bantuan peralatan latihan


daripada PNPA / PPAD / PPAU boleh dibuat dan akan dipertimbangkan jika pihak PNPA
/ PPAD / PPAU tidak mempunyai masalah pembekalan peralatan latihan yang diperlukan
tersebut.

6.3 Peralatan Perkhemahan

Pihak JPN / PPD perlu menyediakan dan menguruskan peralatan perkhemahan Tunas
APM. Walau bagaimanapun,bantuan peralatan tambahan boleh dipohon daripada PNPA
/ PPAD / PPAU masing-masing dan akan dipertimbangkan jika pihak terbabit tidak
mempunyai masalah pembekalan peralatan perkhemahan tersebut.

7. KANDUNGAN KURIKULUM LATIHAN TUNAS ANGKATAN PERTAHANAN AWAM


MALAYSIA

7.1 Tema

Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mengutamakan tiga objektif dalam kurikulum
latihan iaitu objektif pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kurikulum latihan ini dijalankan
berdasarkan 8 tema berikut:

1. Pengenalan Pertahanan Awam & Ketatanegaraan


2. Pembinaan Sahsiah
3. Asas Kawad Kaki
4. Perawatan Awal dan Asas Menyelamat
5. Asas Ikatan dan Simpulan
6. Asas Melawan Kebakaran
7. Asas Perkhemahan
8. Keselamatan

Tema-tema ini tidak semestinya diajar secara berturutan. Pegawai-pegawai


Penyelaras / guru-guru penasihat boleh menyesuaikan tema-tema ini mengikut
keadaan semasa.

10
7.2 Perkhemahan Tahunan

Perkhemahan tahunan boleh dilaksanakan setahun sekali di peringkat sekolah dan di dalam
kawasan sekolah atau pun di luar kawasan sekolah. Pihak pentadbir sekolah bersama-sama
dengan pegawai penyelaras / guru penasihat mempunyai fleksibiliti untuk mengadakan
perkhemahan secara berasingan ataupun berkonsepkan perkhemahan perdana bersama
unit-unit lain.

Walau bagaimanapun, segala prosedur dan peraturan bagi melaksanakan perkhemahan


tahunan mestilah sentiasa diikuti bagi melancarkan aktiviti dan mengelakkan segala perkara
yang tidak diingini berlaku.

7.3 Strategi Pelaksanaan Latihan

7.3.1 Dalam usaha menjadikan penyampaian kandungan kurikulum berkesan kepada


setiap anggota Tunas APM, kaedah penyampaian serta strategi pelaksanaan latihan
yang pelbagai harus difikirkan dan digunakan oleh pegawai penyelaras atau guru-
guru penasihat Tunas APM sekolah. Aktiviti-aktiviti fizikal, permainan dan di luar bilik
darjah yang berkaitan boleh dilaksanakan ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti
hands-on bagi memudahkan lagi penerimaan anggota-anggotaTunas APM terhadap
kandungan kurikulum.

Juga dalam usaha untuk melaksanakan latihan dan mencapai hasil latihan, pegawai
penyelaras / guru penasihat boleh meminta bantuan Pejabat Daerah Pertahanan
Awam terdekat sekiranya perlu.

7.3.2 Pelaksanaan kurikulum bagi Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia


merangkumi minimum 12 kali bersamaan 24 jam latihan dalam setahun. Cadangan
pecahan jam latihan adalah seperti berikut:

Jumlah jam interaksi minimum kokurikulum (unit beruniform) setahun: 24 jam

Jumlah waktu interaksi minimum pelaksanaan kokurikulum bagi Tunas Angkatan


Pertahanan Awam Malaysia adalah seperti berikut:

-Anggota tahun 4, 5 & 6 : 120 minit seminggu

* Rujuk Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan


Kokurikulum Sekolah Rendah (PAJSK - SR)

Maka, cadangan peruntukan minimum jam latihan Tunas Angkatan Pertahanan


Awam Malaysia mengikut tema adalah seperti berikut:

1. Pengenalan Pertahanan Awam & Ketatanegaraan – 2 jam


2. Pembinaan Sahsiah – 2 jam
3. Asas Kawad Kaki – 6 jam (Pelaksanaan sepanjang tahun)
4. Perawatan Awal dan Asas Menyelamat – 3 jam
5. Asas Ikatan & Simpulan – 3 jam
6. Asas Melawan Kebakaran – 3 jam
7. Asas Perkhemahan – 3 jam
8. Keselamatan – 2 jam

7.3.3 Pegawai penyelaras / guru penasihat tidak mempunyai masalah untuk mengadakan
aktiviti atau latihan lebih dari masa yang diperuntukkan atas anisiatif pegawai
penyelaras / guru penasihat itu sendiri setelah mendapat kelulusan daripada guru
besar atau guru penolong kanan kokurikulum sekolah.

11
7.4 Huraian Kurikulum Latihan

7.4.1 Penyediaan huraian kurikulum latihan ini secara langsung dapat membantu pegawai-
pegawai penyelaras / guru-guru penasihat untuk memberi idea, merancang,
menyediakan bahan bantu serta melaksanakan latihan kepada anggota-anggota
Tunas APM mengikut tahap-tahap kebolehan mereka.

Huraian yang disediakan ini terkandung empat lajur di dalamnya, iaitu Tajuk, Hasil
Latihan dan Cadangan Aktiviti dan Perbendaharaan Kata berdasarkan tema-tema
tertentu.

7.4.1.1 Tajuk

Lajur ini mengandungi tajuk latihan.Kandungan lajur ini menentukan skop


latihan bagi sesuatu tema untuk tahun yang berkenaan .

7.4.1.2 Hasil Latihan

Hasil latihan bermaksud huraian mengenai kesedaran, pengetahuan, dan


nilai yang ditetapkan untuk dicapai dalam sesuatu latihan yang dijalankan.
Ianya ditetapkan mengikut sesebuah tema/tajuk.

7.4.1.3 Cadangan Aktiviti

Lajur ini mengandungi aktiviti-aktiviti yang disarankan kepada pegawai-


pegawai penyelaras / guru-guru penasihat untuk menjalan latihan kearah
mencapai hasil latihan yang diharapkan.

7.4.1.4 Perbendaharaan Kata

Lajur ini mengandungi rujukan bagi perkataan-perkataan yang


menggunakaan Bahasa Inggeris dalam pelaksanaan latihan bagi tajuk-tajuk
yang berkenaan.Pegawai penyelaras / Guru penasihat boleh merujuk kepada
ruangan ini untuk mendefinisikan kepada Pasukan sekiranya perlu.

12
TEMA 1: PENGENALAN PERTAHANAN AWAM & KETATANEGARAAN

TAJUK HASIL LATIHAN CADANGAN AKTIVITI PERBENDAHARAAN


KATA
TAHUN 4
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia dapat:  Anggota pasukan melihat gambar /
Pengenalan Pertahanan menonton tayangan video dan
Awam berbincang mengenai peranan APM
a. Menyatakan fungsi & peranan
Pertahanan Awam  Menyediakan laporan secara individu
a. Latar Belakang mengenai Bendera dan Logo APM
Tunas APM b. Menyatakan maksud bendera dan logo merangkumi aspek:
APM i. Warna
b. Pengenalan ii. Maksud
APM c. Menghafal dan menyanyikan lagu APM
 Anggota pasukan menulis lirik serta
c. Bendera & Logo menyanyi lagu APM dengan bantuan
APM video

d. Lagu APM

TAHUN 5
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan Awam
Ketatanegaraan Malaysia dapat:  Melukis poster bendera setiap negeri

a. Jata & bendera  Menyediakan laporan secara


negeri-negeri berkumpulan tentang negeri-negeri di
a. Mengenali jata & bendera negeri-negeri
seluruh Malaysia Malaysia berdasarkan aspek:
b. Pemimpin i. Pemimpin negeri
negeri ii. Jata negeri
b. Mengenali pemimpin negeri-negeri
seluruh Malaysia

13
TAHUN 6
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan Awam
Ketatanegaraan Malaysia dapat:
 Melukis poster bertemakan “Hari
a. Jata & Jalur Kebangsaan”
Gemilang a. Mengenali Jata & Jalur Gemilang
 Menyenaraikan dan melafazkan ikrar
b. Rukun Negara b. Menghafal dan menghayati Rukun Rukun Negara
Negara
 Menyediakan portfolio secara
c. Pemimpin c. Mengenali pemimpin-pemimpin negara berkumpulan tentang pemimpin-
negara pemimpin negara merangkumi:
i. Gambar
i. Perdana ii. Sejarah
Menteri &
Timbalan
Perdana
Menteri

ii. Ketua
Pesuruhjaya
APM

14
TEMA 2: PEMBINAAN SAHSIAH

TAJUK HASIL LATIHAN CADANGAN AKTIVITI PERBENDAHARAAN


KATA
TAHUN 4
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Disiplin diri Awam Malaysia dapat:  Menulis karangan mengenai
Menghuraikan kepentingan kepentingan disiplin diri.
disiplin diri untuk mencapai
kejayaan.  Berbincang secara berkumpulan
disiplin diri dan faktor disiplin
dalam kejayaan masa hadapan.

TAHUN 5
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Khidmat masyarakat Awam Malaysia dapat:  Melibatkan diri dalam aktiviti
gotong-royong di sekolah

a. Menyertai aktiviti khidmat  Membuat perbincangan tentang


masyarakat komuniti sekolah kelebihan aktiviti khidmat
masyarakat
b. Menghuraikan faedah aktiviti
khidmat masyarakat

c. Menunjukkan sikap
bertanggungjawab terhadap
masyarakat
TAHUN 6
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Pengurusan diri Awam Malaysia dapat:  Membuat simulasi / demostrasi
tentang cara mengurus diri

a. Menghuraikan dan mengamalkan  Membuat jadual aktiviti harian


pengurusan diri secara dan membuat perbentangan
bertanggungjawab
 Membuat portfolio tentang diri
b. Menghargai masa sendiri

15
TEMA 3: ASAS KAWAD KAKI

TAJUK HASIL LATIHAN CADANGAN AKTIVITI PERBENDAHARAAN


KATA
TAHUN 4
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Kawad Statik Awam Malaysia dapat melaksanakan
cara-cara: Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia mengikuti latihan kawad
kaki.
a. Masuk baris
b. Kanan lurus * Rujuk nota asas kawad kaki
c. Senang diri
d. Skuad sedia
e. Buka / tutup barisan
f. Hentak kaki
g. Keluar baris
TAHUN 5
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia dapat melaksanakan
Kawad Statik & Kawad cara-cara: Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Dinamik Awam Malaysiamengikuti latihan kawad
kaki.
a. Masuk baris
b. Kanan lurus
c. Senang diri
d. Skuad sedia
* Rujuk nota asas kawad kaki
e. Buka / tutup barisan
f. Hentak kaki
g. Keluar baris
h. Ke kanan / ke kiri pusing
i. Menghadap ke belakang / ke
hadapan
j. Mula langkah kaki kiri
k. Hormat ke hadapan
l. Berpusing ke belakang semasa
berjalan

16
TAHUN 6
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia dapat
Kawad Statik & Kawad Anggota Pasukan mengikuti latihan
Dinamik melaksanakan cara-cara: kawad kaki.

a. Masuk baris
b. Kanan lurus
c. Senang diri
d. Skuad sedia
* Rujuk nota asas kawad kaki
e. Buka / tutup barisan
f. Hentak kaki
g. Keluar baris
h. Ke kanan / ke kiri pusing
i. Menghadap ke belakang / ke
hadapan
j. Mula langkah kaki kiri
k. Hormat ke hadapan
l. Berpusing ke belakang semasa
berjalan
m. Hormat selaku terima sijil
n. Tukar langkah semasa berjalan
o. Paraskan skuad
p. Hormat ke kanan

17
TEMA 4: PERAWATAN AWAL DAN ASAS MENYELAMAT

TAJUK HASIL LATIHAN CADANGAN AKTIVITI PERBENDAHARAAN


KATA
TAHUN 4
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia dapat:  Memperkenalkan peti pertolongan
Pengenalan First aid kit cemas kepada PasukanTunas First aid kit – Peti
Angkatan Pertahanan Awam pertolongan cemas
a. Menyenaraikan alatan dan Malaysia.
bahan asas yang terdapat di
dalam first aid kit  Menyenaraikan peralatan yang
terkandung di dalam first aid kit serta
b. Mengetahui kegunaan dan kegunaannya.
kepentingan first aid kit dalam
kehidupan seharian  Membincangkan secara berkumpulan
mengenai keperluan first aid kit di
sekolah dan di rumah.

Anggota Tunas Angkatan Pertahanan


Awam Malaysia dapat menunjukkan cara  Tayangan video animasi dan
Luka kecil rawatan awal bagi: gambar.
 Latihan amali cara-cara merawat
luka kecil
a. Luka terkoyak
b. Luka terhiris * Rujuk nota pertolongan cemas

TAHUN 5
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Anduh Awam Malaysia dapat:  Membuat tayangan gambar kain
pembalut tiga segi beserta label.
a. Pengenalan kain
pembalut tiga segi a. Mengenal bahagian pada kain
pembalut tiga segi

18
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan Splint - anduh
b. Kepatahan pada Awam Malaysia dapat:  Guru membuat tunjuk cara bantu
tangan dan kaki mula kepatahan
 Persembahan video multimedia
 Membuat anduh untuk mengenai bantu mula kepatahan
kepatahan pada tangan  Aktiviti berkumpulan bantu mula
kepatahan
 Menggunakan kain tiga segi dan
alat alih ganti bagi membuat
bantu mula kepatahan pada kaki
* rujuk nota pertolongan cemas

TAHUN 6
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia dapat:  Guru membuat tunjuk cara usungan
Menyelamat Kecemasan  Persembahan video multimedia
mengenai usungan
a. Mempelajari teori teknik  Aktiviti berkumpulan aktiviti usungan
menyelamat kecemasan:
i. Seorang penyelamat
ii. Dua atau lebih penyelamat

b. Membuat amali menyelamat


kecemasan.

19
TEMA 5: ASAS IKATAN DAN SIMPULAN

TAJUK HASIL LATIHAN CADANGAN AKTIVITI PERBENDAHARAAN


KATA
TAHUN 4
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Pengenalan Tali Awam Malaysia akan dapat:  Memperkenalkan jenis-jenis tali di
dalam kelas.
a. Menyenaraikan jenis-jenis tali
i. Tali kernmantel  Membuat perbincangan secara
ii. Tali belati kumpulan berkenaan fungsi-fungsi tali
iii. Tali kabel (wire rope) dan ikatan

b. Menghurai fungsi-fungsi tali &  Menyenaraikan kegunaan tali di


ikatan dalam kehidupan seharian

Penjagaan Tali Anggota Tunas Angkatan Pertahanan


Awam Malaysia akan dapat:  Guru membuat demonstrasi
pemeriksaan terhadap tali
a. Menyenaraikan punca
kerosakan tali  Membuat peta minda berkenaan
punca kerosakan tali secara
b. Menghurai dan mengamalkan berkumpulan dan membuat
penjagaan tali yang betul perbentangan

TAHUN 5
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Simpulan dan Ikatan Awam Malaysia akan dapat membuat  Guru membuat demonstrasi simpulan
Asas simpulan dan ikatan: dan ikatan di dalam kelas.

a. Simpul mati  Membuat latihan amali simpulan dan


b. Simpul buku sila ikatan secara berkumpulan.
c. Simpul bunga geti
d. Ikatan manuk  Mengadakan pertandingan simpulan
dan ikatan.

20
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Penjagaan Tali Awam Malaysia akan dapat:  Guru membuat demonstrasi
pemeriksaan terhadap tali
c. Menyenaraikan punca
kerosakan tali  Membuat peta minda berkenaan
punca kerosakan tali secara
d. Menghurai dan mengamalkan berkumpulan dan membuat
penjagaan tali yang betul perbentangan

TAHUN 6
Simpulan dan Ikatan Anggota Tunas Angkatan Pertahanan  Guru membuat demonstrasi simpulan
Awam Malaysia akan dapat membuat dan ikatan di dalam kelas.
simpulan dan ikatan:
 Membuat latihan amali simpulan dan
a. Simpul angka 8 ikatan secara berkumpulan.
b. Simpul tindih kasih
c. Ikatan Balak  Mengadakan pertandingan simpulan
dan ikatan.

Anggota Tunas Angkatan Pertahanan


Penjagaan Tali Awam Malaysia akan dapat:  Guru membuat demonstrasi
pemeriksaan terhadap tali
e. Menyenaraikan punca
kerosakan tali  Membuat peta minda berkenaan
punca kerosakan tali secara
f. Menghurai dan mengamalkan berkumpulan dan membuat
penjagaan tali yang betul perbentangan

21
TEMA 6: ASAS MELAWAN KEBAKARAN

TAJUK HASIL LATIHAN CADANGAN AKTIVITI PERBENDAHARAAN


KATA
TAHUN 4
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Pengenalan Api Awam Malaysia akan dapat:  Membuat model segi tiga api dengan
kreatif secara berkumpulan
a. Mendefinisikan api
 Membuat perbincangan secara
b. Menyenaraikan kegunaan dan kumpulan mengenai jenis-jenis bahan
risiko api api

c. Menghuraikan segi tiga api  Membuat peta minda berkenaan


kegunaan dan risiko api

 Tayangan video mengenai risiko api


dan bahaya kebakaran

 Melukis poster kempen kesedaran


mengenai kebakaran

Anggota Tunas Angkatan Pertahanan


Melepaskan Diri Semasa Awam Malaysia akan dapat:  Menjalankan simulasi menyelamat
Kebakaran mangsa semasa kebakaran
a. Menghuraikan kaedah-kaedah serta
menjalankan latihan melepaskan  Membuat tayangan video situasi
diri dari bangunan kebakaran kebakaran di dalam bangunan

 Mengadakan pertandingan
menyelamatkan diri dari kebakaran
(simulasi)

22
TAHUN 5
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Alat Pemadam Awam Malaysia akan dapat:  Guru membuat tayangan gambar
Kebakaran dan Alih jenis-jenis alat pemadam api
Ganti a. Menyatakan jenis-jenis api
b. Menghuraikan jenis-jenis alat  Mengadakan demonstrasi
pemadam api memadamkan kebakaran
menggunakan alat pemadam api dan
c. Menggunakan alat pemadam api alih ganti
dengan betul
 Membuat perbentangan secara
berkumpulan mengenai keperluan
alat pemadam api di tempat-tempat
awam

Anggota Tunas Angkatan Pertahanan


Melepaskan Diri Semasa Awam Malaysia akan dapat:  Menjalankan simulasi menyelamat
Kebakaran mangsa semasa kebakaran
a. Menghuraikan kaedah-kaedah serta
menjalankan latihan melepaskan  Membuat tayangan video situasi
diri dari bangunan kebakaran kebakaran di dalam bangunan

 Mengadakan pertandingan
menyelamatkan diri dari kebakaran
(simulasi)

TAHUN 6

Anggota Tunas Angkatan Pertahanan


Latihan Amali Awam Malaysia akan dapat:  Membantu guru melaksanakan
Melepaskan Diri Semasa latihan melepaskan diri daripada
Kebakaran a. Membantu memimpin latihan amali bangunan terbakar
melepaskan diri semasa kebakaran
peringkat sekolah.  Menjadi pembantu guru dalam
melatih murid semasa latihan
melepaskan diri daripada bangunan
terbakar dijalankan.

23
TEMA 7: ASAS PERKHEMAHAN

TAJUK HASIL LATIHAN CADANGAN AKTIVITI PERBENDAHARAAN


KATA
TAHUN 4
Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Pengenalan Awam Malaysia akan dapat:  Menyediakan folio individu berkaitan
jenis-jenis khemah dan peralatan
- Jenis-jenis a. Mengenal pasti jenis-jenis khemah perkhemahan
khemah dan peralatan perkhemahan
 Melukis jenis-jenis khemah
- Peralatan b. Menyalakan api menggunakan
perkhemahan mancis atau pemetik api di tapak  Membuat amali menyalakan api
perkhemahan secara berkumpulan dengan seliaan
- Menyalakan api guru
c. Menyatakan aspek keselamatan yang
perlu diambil kira dalam menyalakan
api

TAHUN 5
Perkhemahan Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia akan dapat:
- Mendirikan dan  Membuat pertandingan masakan
mengemaskan a. menunjukkan cara mendirikan dan secara berkumpulan dengan seliaan
khemah mengemaskan khemah guru

 Membuat tugasan secara


- Menyediakan b. Mengetahui cara untuk menyediakan berkumpulan mengenai menu
makanan makanan semasa perkhemahan masakan perkhemahan

c. Mengetahui aspek-aspek
keselamatan memasak semasa  Guru membuat demonstrasi langkah-
perkhemahan langkah keselamatan semasa
memasak

 Guru menunjukkan cara memasang


dan mengemas khemah

24
TAHUN 6
Pengurusan tempat Anggota Tunas Angkatan Pertahanan
perkhemahan Awam Malaysia akan dapat:
 Membuat perbincangan secara
- Pengurusan a. Menyatakan pengurusan tempat berkumpulan mengenai pengurusan
perkhemahan perkhemahan tempat perkhemahan

- Keselamatan b. Menyatakan aspek keselamatan yang  Melukis poster mengenai


perlu diambil kira dalam aktiviti keselamatan semasa perkhemahan
perkhemahan
 Melukis pelan lokasi susun atur tapak
perkhemahan

Ikhtiar Hidup Anggota Tunas Angkatan Pertahanan


Awam Malaysia dapat:
 Membuat aktiviti memasak darurat
- Masakan darurat a. Mengetahui dan membuat masakan secara berkumpulan
darurat ketika perkhemahan

TEMA 8: KESELAMATAN

TAJUK HASIL LATIHAN CADANGAN AKTIVITI PERBENDAHARAAN


KATA
TAHUN 4
Keselamatan Anggota Tunas Angkatan Pertahanan  Membuat peta pemikiran (i Think)
Awam Malaysia dapat: tindakan yang perlu ketika berlaku
kecemasan
a. Menyatakan tindakan yang
- Kesedaran perlu ketika berlaku kecemasan  Menyediakan laporan berkumpulan
keselamatan mengenai langkah-langkah
b. Menyenaraikan alatan yang keselamatan di rumah
- Peralatan berbahaya boleh membahayakan
 Membuat buku skrap berkenaan

25
- Langkah c. Menjelaskan langkah-langkah peralatan berbahaya yang terdapat di
keselamatan di keselamatan semasa berada di rumah
rumah rumah
 Membuat aktiviti main peranan
d. Menghuraikan tindakan yang tentang situasi yang berbahaya
boleh diambil ketika dalam
situasi bahaya semasa berada
di rumah

 TAHUN 5
Keselamatan Di Anggota Tunas Angkatan Pertahanan  Membuat peta pemikiran (i Think)
Sekolah Awam Malaysia dapat: tindakan yang perlu ketika berlaku
kecemasan
- Kesedaran a. Menyatakan tindakan yang perlu  Menjalankan aktiviti lawatan luar ke
keselamatan ketika berlaku kecemasan kawasan sekolah untuk mengenal
- Kawasan berbahaya pasti kawasan-kawasan berbahaya

- Langkah  Membuat pelan sekolah berlabel


keselamatan menandakan kawasan-kawasan
b. Mengenal pasti kawasan yang
boleh membahayakan di sekolah berbahaya

c. Menyatakan peraturan  Mereka cipta papan peraturan


keselamatan untuk setiap sekolah secara berkumpulan
kawasan di sekolah
 Membuat aktiviti main peranan
d. Menjelaskan langkah-langkah tentang situasi yang berbahaya di
keselamatan semasa berada di kawasan sekolah
sekolah

e. Menghuraikan tindakan yang


diambil ketika dalam situasi
bahaya semasa berada di
sekolah

26
 TAHUN 6
Keselamatan di tempat Anggota Tunas Angkatan Pertahanan  Membuat peta pemikiran (i Think)
awam Awam Malaysia dapat: tindakan yang perlu ketika berlaku
kecemasan
- Kesedaran a. Menyatakan tindakan yang perlu
keselamatan ketika berlaku kecemasan  Membuat latihan simulasi
kemalangan jalan raya
- Keselamatan di air
 Tayangan video animasi langkah
b. Menyatakan langkah-langkah keselamatan ketika banjir
- Keselamatan jalan keselamatan semasa berlakunya
raya banjir  Membuat perbincangan secara
kumpulan mengenai peraturan
c. Menghuraikan tindakan yang pengangkutan air
perlu ketika melihat kemalangan
jalan raya  Membuat simulasi langkah – langkah
keselamatan jalan raya mengikut
d. Menyenaraikan langkah-langkah situasi.
keselamatan jalan raya
a. menunggang basikal  Melukis poster berkenaan
b. membonceng motosikal kepentingan keselamatan jalan raya
c. penumpang kenderaan
 Membuat tayangan video berkenaan
e. Menyenaraikan peraturan tindakan yang perlu ketika berlaku
keselamatan ketika menaiki kemalangan jalan raya
pengangkutan air

27
8. PENILAIAN

8.1. Tujuan

8.1.1. Menilai prestasi anggota Tunas APM dalam pengetahuan asas dan kemahiran
Pertahanan Awam.
8.1.2. Menilaian kualiti anggota dari segi penglibatan serta penyertaan mereka dalam
semua aktiviti kokurikulum secara langsung ataupun tidak langsung dengan Tunas
APM.
8.1.3. Memberi motivasi kepada anggota supaya sentiasa meningkatkan kesedaran,
pengetahuan dan nilai Pertahanan Awam.

8.2. Prosedur Penilaian

8.2.1. Penilaian dibuat sepanjang tempoh setahun silibus dilaksanakan mengikut tahap
hakiki murid iaitu Tahun 4,5 dan 6.
8.2.2. Silibus latihan hendaklah ditamatkan selewat-lewatnya pada bulan November bagi
tahun berkenaan.
8.2.3. Penilaian Tunas APM di semua sekolah adalah selaras mengikut kaedah penilaian
bagi unit-unit beruniform lain yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.
8.2.4. Format penilaian adalah selaras seperti yang ditetapkan di peringkat JPN dan KPM.
8.2.5. Aspek yang dinilai adalah seperti berikut :

ASPEK
(110 Markah)
Penglibatan Penyertaan Pretasi
(50 markah) (40 markah) (20 markah)
Jawatan Peringkat Komitmen Khidmat Kehadiran Pencapaian
Sumbangan

10 20 10 10 40 20

* Penilaian markah adalah selaras denganPentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila rujuk garis panduan PAJSK untuk butiran lanjut.

8.3. Sijil-Sijil Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

8.3.1. Sijil Kenaikan Pangkat Anggota


- dikeluarkan oleh APM (rujuk bahagian Peraturan Kenaikan dan Penurunan
Pangkat Tunas APM)

8.3.2. Sijil Tamat Latihan (Pada penghujung tahun 6)


- dikeluarkan oleh PDPA / PUPA / PNPA / IPPA

8.3.3. Sijil Aktiviti / Kursus / Perkhemahan (jika ada)


- dikeluarkan oleh sekolah / PPD / PDPA / PUPA / JPN / KPM / PNPA / IPPA

9. PAKAIAN SERAGAM

9.1. Rasional
Pakaian seragam yang dicadangkan adalah ringkas namun mempunyai identiti tersendiri.
Penggunaan pakaian seragam yang terdiri daripada baju kemeja biru muda, seluar sekolah
biru gelap dan kasut sekolah mampu dimiliki oleh semua murid termasuk murid yang tinggal
kawasan pedalaman.

28
9.2. Pakaian Seragam Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

9.2.1. Jenis pakaian seragam rasmi untuk Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
adalah:

i. Pakaian Seragam Tunas APM (Pakaian Seragam Rasmi)


 Baju kemeja berwarna biru (Parisian blue) berlengan panjang atau
pendek dan seluar sekolah biru gelap.

ii. Pakaian Aktiviti Tunas APM (pakaian aktiviti)


 Baju – T berwarna jingga berlengan panjang / pendek dan seluar
sukan berwarna hitam / biru gelap.

9.3. Spesifikasi Pakaian Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

9.3.1. Pakaian Seragam Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

i. Baju Kemeja – warna biru (Parisian Blue)


Baju kemeja biru muda mempunyai dua kocek di hadapan. Judul bahu “Tunas
APM” di bahagian atas lengan sebelah kanan dan kiri. Lencana pangkat pula
diletakkan di atas kocek sebelah kiri serta lencana nama pula di atas kocek
sebelah kanan.

ii. Seluar sekolah – warna biru gelap

iii. Pakaian seragam kepala


Beret berwarna jingga dengan lencana besi APM berwarna emas di atas kening
sebelah kiri. Bagi anggota Tunas APM perempuan beragama Islam memakai
tudung kepala berwarna biru gelap menutupi keseluruhan rambut dan
dimasukkan ke dalam bahagian kolar baju.

iv. Tali pinggang


Tali pinggang kanvas berkepala besi berwarna emas berlambangkan logo APM.

v. Kasut kanvas hitam

9.3.2. Pakaian Aktiviti Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

i. Baju T‟ - warna Jingga (Oren).


Baju T‟ berkolar. Logo Angkatan Pertahanan Awam di sebelah kiri bahagian
depan baju. Lengan pendek bagi lelaki dan lengan panjang bagi perempuan.
Bagi lelaki, baju T dimasukkan ke dalam.

ii. Seluar sukan - Warna hitam/biru gelap

iii. Pakaian Seragam Kepala


Beret berwarna jingga dengan lencana besi APM berwarna emas di atas kening
sebelah kiri. Bagi anggota Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
perempuan memakai tudung kepala berwarna biru gelap menutupi keseluruhan
rambut dan dimasukkan ke dalam bahagian kolar baju.

iv. Kasut kanvas hitam

*** Lihat Lampiran C

29
TAHUN 4
MODUL TUNAS ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

30
PENGENALAN PERTAHANAN AWAM

PENDAHULUAN

Penubuhan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah bermula di Tanah Melayu pada era pra-
kemerdekaan lagi. Dalam topik ini, anggota kadet akan mengetahui sejarah penubuhan APM serta memahami
bagaimana APM berkembang dan berfungsi kepada masyarakat khususnya sehingga dikenali sebagai
angkatan yang unggul pada masa kini.

LATAR BELAKANG TUNAS ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (TUNAS APM)

Usaha penubuhan Program Unit Beruniform Kokurikulum Sekolah Rendah, Tunas Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia (Tunas APM) bermula pada bulan Mei 2013 apabila kertas cadangan yang pertama bagi
penubuhan Tunas APM dikemukakan oleh Lt. M(PA) Mohd Syamim Azri bin Mustapa kepada pihak Cawangan
Pasukan Sokongan, Bahagian Pengurusan Angkatan, IPPA. Draf kurikulum latihan bagi Tunas APM siap
dibentuk Jun 2013. Draf tersebut seterusnya dipanjangkan kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan,
Ibu Pejabat Pertahanan Awam. Draf kertas cadangan pelaksanaan Program Unit Beruniform Tunas APM yang
lengkap kemudiannya telah dibentuk pada Disember 2013.

Hampir setahun kemudian, pada 21-23 November 2014 berlangsungnya Seminar Kor Siswa Siswi
Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan bertempat di Universiti Malaysia Perlis dan Institut Pendidikan Guru
Kampus Perlis. Dalam seminar tersebut, terbentuknya pengishtiharan Deklarasi Seminar (Pegawai Bersekutu)
keempat, iaitu memperkasakan PROKSPA di peringkat sekolah rendah. Kewujudan deklarasi tersebut telah
membantu serta menguatkan lagi usaha dalam merealisasikan pembentukan Tunas APM di sekolah rendah.

Seminggu selepas berlangsungnya Seminar tersebut, berlangsung pula satu Bengkel Penubuhan
Tunas APM bertempat di Pusat Pertahanan Awam Negeri Perlis pada 27 hingga 29 November 2014. Bengkel
tersebut telah menghasilkan satu kertas cadangan yang lebih sempurna dan terperinci termasuk struktur
Tunas APM dari segi pengurusan, organisasi, latihan, pakaian seragam dan lain-lain lagi. Para peserta
bengkel terdiri daripada pegawai-pegawai kadet Pasukan Siswa APM IPG kampus Perlis, guru-guru sekolah
rendah seluruh negara (bekas pegawai kadet Pasukan Siswa APM IPG Kampus Perlis) serta para pensyarah
daripada Institut Pendidikan Guru kampus Perlis yang diketuai oleh Mej. Bersekutu (PA) Mohd Nor bin
Hamzah. Bengkel tersebut disempurnakan oleh Y.S Lt. Kol. (PA) Ishak bin Mohd Radzi, Pengarah Angkatan
Pertahanan Awam Negeri Perlis.

Lebih setahun kemudian pada 7 Januari 2016, sesi pembentangan kertas cadangan dan taklimat
secara terperinci mengenai Tunas APM telah dilaksanakan di hadapan Y.A.S. TPj. (PA) Roslan bin Wahab,
Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia pada ketika itu bersama
para pegawai daripada Bahagian Pengurusan Angkatan, Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia bertempat di
Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia.

Sejarah tercipta apabila permohonan bagi pelaksanaan projek rintis Program Unit Beruniform Tunas
APM tersebut diluluskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan surat kelulusan oleh pihak
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 8 April 2016. Kelulusan
daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tersebut mencetuskan satu lagi bengkel iaitu Bengkel
Penubuhan dan Pemurnian Buku Panduan Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bertempat di
Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Bangi, Selangor. Bengkel tersebut dihadiri oleh:

a. TPj. (PA) Roslan bin Wahab


Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
b. Kol. (PA) Pang Ah Lek
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pulau Pinang

31
c. Lt. Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra
Ketua Cawangan, Cawangan Pasukan Sokongan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
d. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Kulanthayan a/l K.C Mani
Pengarah Eksekutif Safekids Malaysia, Jabatan Sains Kesihatan Komuniti,
Universiti Putra Malaysia
e. Mej. (PA) Raja Muhammad Alhakim Bin Raja Jaafar @ Raja Yaakub
Pemangku Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kedah
f. Mej. Bersekutu (PA) Mohd Nor bin Hamzah
Ajutan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
g. Pegawai-pegawai dari semua pusat-pusat latihan Pertahanan Awam
h. Pegawai-pegawai Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia
i. 13 orang guru-guru sekolah rendah di seluruh Malaysia yang juga merupakan pegawai pasukan
Pertahanan Awam

Hasil daripada bengkel tersebut terbentuklah Buku Panduan Pengurusan dan Modul Tunas Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia. Majlis penutupan bengkel tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua
Pesuruhjaya Pertahanan Awam (Operasi) pada ketika itu, Datuk Selamat bin Dahalan.

Bagi tahun pertama perlaksanaan Tunas APM, sebanyak 11 buah sekolah rintis seluruh negara menubuhkan
Tunas APM sebagai salah satu badan beruniform kokurikulum yang dijalankan di sekolah sebelum
pelaksanaannya diluaskan ke sekolah-sekolah yang lain pada ketika itu. Senarai sekolah rintis bagi
pelaksanaan Program Tunas APM adalah seperti berikut:

a. Sekolah Kebangsaan Ampang, Ampang, Selangor


b. Sekolah Kebangsaan Kg. Tunku, Petaling Jaya, Selangor
c. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kajang, Kajang, Selangor
d. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Hon, Sungai Besi, Kuala Lumpur
e. Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak
f. Sekolah Kebangsaan Seri Al-Ulum, Pontian, Johor
g. Sekolah Kebangsaan Seri Gading, Batu Pahat, Johor
h. Sekolah Kebangsaan Bukit Luba, Limbang, Sarawak
i. Sekolah Kebangsaan Nanga Beguang, Song, Sarawak
j. Sekolah Kebangsaan Sungai Kem Batu 18, Bintulu, Sarawak
k. Sekolah Kebangsaan Imbak, Telupid, Sabah

PENGENALAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)

a. Takrif Pertahanan Awam

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu;

SEMASA PEPERANGAN SEMASA AMAN

•Bermaksud apa-apa langkah yang tidak •Bermaksud apa-apa langkah yang diambil
melibatkan pertempuran bagi bagi melindungi nyawa dan harta benda
menghadapi serangan permusuhan sama sama ada langkah itu diambil sebelum,
ada langkah itu diambil sebelum, semasa semasa atau selepas sesuatu bencana.
atau selepas serangan musuh.

32
b. Sejarah Pertahanan Awam
• Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai Passive
Defense yang dibentuk dibawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk
1939 mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi Perang Dunia Kedua.
• The Civil Defence Ordinance 1951 (kini dikenali Akta Pertahanan Pertahanan Awam 1951- Akta
221) digubal secara rasmi untuk sebagai satu undang-undang dalam sistem keselamatan
1951 Tanah Melayu.

• Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac 1952 secara rasmi bagi melaksanakan
peruntukan Ordinan.
1952

c. Transformasi APM

1994 2008

•Pengenalan nama ringkas •Pertukaran pengenalan


JPA3 mula diguna dan diterima akronim 'JPA3' kepada 'JPAM'
pakai di seluruh negara untuk telah dilancarkan oleh
membezakan dengan Jabatan Pesuruhjaya Pertahanan Awam
Perkhidmatan Awam dan Malaysia pada bulan Mac
Jabatan Pertahanan Awam. semasa Sambutan Hari
Pertahanan Awam Malaysia di
Ipoh Perak.

1995 2009

•Talian kecemasan 991 •Talian 'Satu Negara Satu


dilancarkan pada 20 Mei Nombor' diperkenalkan sebagai
sebagai tanda komitmen talian pusat iaitu 999 bagi
Pertahanan Awam memberikan menyatukan talian kecemasan
khidmat bantuan kecemasan yang membabitkan Polis Diraja
secara 24 jam. Malaysia, Kementerian
Kesihatan, Jabatan Bomba dan
Penyelamat dan Pertahanan
Awam Malaysia.

33
1998 2009

•Pakaian seragam hijau JPAM • Pada 13 September, Menteri


diperkenalkan. Dalam Negeri telah melancarkan
pakaian seragam baru berwarna
biru.

Pakaian seragam APM yang berwarna biru.

2016 2016
• Rang Undang-Udang Akta • Pada 1 September 2016, akronim
Pertahanan Awam (Akta 221) JPAM ditukarkan kepada APM.
Pindaan 2016 diluluskan pada 26
Mei 2016.

d. Kementerian Mengawal

1952 - Setiausaha Pertahanan


1955 - Kementerian Dalam Negeri
1959 - Kementerian Pertahanan
1964 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
1965 - Kementerian Hal Ehwal Sabah dan PertahananAwam
1967 - Kementerian Pertahanan
1968 - Kementerian Keadilan
1970 - Kementerian Dalam Negeri
1971 - Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
1975 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan
1978 - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
1982 - Kementerian Dalam Negeri
2004 - Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
2008 - Kementerian Dalam Negeri
2015 - Jabatan Perdana Menteri
34
e. Misi, Visi dan Moto

VISI

Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsagaan Awam,


Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana

MISI

Memperkasa Kesiapsagaan Awam Untuk Keselamatan dan Kesejahteraan Negara

MOTO
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

f. Bendera dan Logo Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Bendera Pertahanan Awam

 Terdiri daripada empat


warna iaitu putih, oren,
kuning dan biru.

 Terdapat logo rasmi


Pertahanan Awam di
bahagian tengah
bendera.

35
Logo Rasmi Pertahanan Awam

Konsep logo ini adalah untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan
Pertahanan Awam peringkat kebangsaan dan juga tempatan.

Segitiga Sama dan Warna Oren SentiasaSiapSedia


Lambang dan warna keselamatan iaitu Moto pasukan Pertahanan
waspada dan sedia menghadapi Awam Malaysia yang
sebarang kemungkinan. Warna dan sentiasa bersedia untuk
corak di tengah segitiga adalah menjalankan tugas.
gabungan warna corak bendera serta
perlembagaan negara Malaysia yang
sentiasa dipertahankan.
BungaPadi
Berwarna biru melambangkan
Tapak Logo kesuburan dan kemakmuran
Warna oren dengan perkataan negara yang perlu dipertahankan
Pertahanan Awam Malaysia adalah melalui keharmonian dan
lambang keteguhan, kesediaan dan perpaduan kukuh seperti
sokongan padu organisasi Pertahanan digambarkan ikatan yang kemas
Awam Malaysia untuk mendokong pada bunga padi.
wawasan yang diharapkan.

g. Lagu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

SENTIASA BERSEDIA

Marilah kitasemua
Berganding bahu mengembleng tenaga
Berbakti dalam pertahanan awam
Untuk bangsa kita

Padukan jiwa dan raga


Sedia berkorban apa saja
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercinta

Malaysia bumi yang bertuah


Kami sungguh bangga menjadi warga setia
Penuh azam dan tekad bersama
Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya

Kita sentiasa bersedia


Menjunjung wawasan semua
Ke arah hidup aman dan sentosa
Malaysia jaya

36
h. Peranan Pertahanan Awam

PERANAN
PERTAHANAN AWAM BERDASARKAN AKTA 221

•Antara peranan APM adalah seperti berikut:

• melaksanakan kerja-kerja pengurusan bencana;


• melaksanakan khidmat kemanusiaan;
• melatih dan melengkapkan orang awam dengan aspek pertahanan awam;
• melatih aspek pertahanan awam kepada agensi lain;
• mengambil alih, membeli dan menyewa tanah, harta, sumber dan barang bagi kegunaan
pertahahanan awam;
• menasihati Menteri perkara berkaitan pertahanan awam;
• mengenalpasti bahaya dan risiko yang boleh mengancam nyawa;
• melatih orang awam bagi membantu tugas pertahanan awam;
• menasihati dan memaklumkan orang awam berhubung pertahanan awam;
• menyelamat dan memindahkan mangsa ke tempat selamat;
• mendiri dan menyediakan pos bantuan kecemasan dan perubatan;
• membantu pihak berkuasa awam menyempurnakan mayat mangsa dalam masa bencana;
• membantu pihak berkuasa awam melaksanakan kerja pembersihan dan pemulihan
infrastruktur;
• membantu pihak berkuasa awam melaksana kerja pembaikan kemudahan utiliti awam dan aset
kerajaan;
• mengawal dan mengkoordinasi pengagihan air bersih dan bekalan penting lain;
• menyedia, mengawal dan mengoperasi peralatan khusus amaran awam;
• mengurus pusat perlindungan awam;
• menyedia dan melaksana perkhidmatan ambulans;
• mengambil langkah-langkah yang sah melindungi nyawa dan harta benda semasa kebakaran
termasuk menyediakan anggota bomba tambahan;
• melaksanakan lain-lain tugas yang ditetapkan.

37
i. Perkhidmatan Pertahanan Awam (Talian Kecemasan 999)

Kemalangan
jalan raya
Khidmat Kecemasan /
masyarakat kemalangan di
lain tempat kerja dan
kediaman

Menangkap /
memusnah
serangga dan Perkhidmatan
binatang ambulans
berbisa / Perkhidmatan
berbahaya Pertahanan
Awam

Banjir, tanah /
bangunan Lemas /
runtuh dan hilang di air
ribut

Hilang /
Mangsa
sesat di
terperangkap
hutan

asdasd

38
DISIPLIN DIRI

PENGENALAN

Disiplin dapat ditakrifkan sebagai tatacara perlakuan yang dapat diterima oleh masyarakat. Seseorang yang
berdisiplin ialah seseorang yang menunjukkan tingkah laku yang baik dan tindak tanduknyatidak bertentangan
dengan norma-norma masyarakat.

Disiplin diri adalah sifat yang penting bagi memastikan setiap murid dapat menyediakan diri dengan
setiap kemungkinan yang berlaku. Sebagai contoh, jika murid datang lewat ke sekolah, mereka bukan sahaja
menimbulkan masalah malah menyebabkan guru yang bertugas dipertanggungjawabkan atas apa yang terjadi
selagi mereka tidak sampai ke sekolah.

Mendisiplinkan diri adalah sesuatu yang sukar dan memakan masa. Namun dengan pendekatan yang
betul, murid dapat menjadikan mereka seseorang yang berdisiplin. Antara kepentingan disiplin diri adalah
seperti berikut:

mewujudkan keadaan cemerlang dalam disukai dan disayangi


yang lebih selesa di pelajaran oleh guru-guru serta
dalam kelas rakan-rakan

lebih peka dan bijak memupuk jati diri yang


dalam mengatur serta ampuh dalam diri
menyusun masa pelajar

39
PENGENALAN
Kawad kaki merupakan salah satu pelajaran dalam Pertahanan Awam yang perlu dikuasai oleh setiap anggota
kadet bagi membina karakter dan sahsiah disiplin dalam diri. Berkawad adalah asas untuk membentuk
tatatertib di dalam pasukan beruniform dan panduantatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada
kawad yang diperbaiki berkali-kali. Kebiasaannya apabila kejayaan tercapai tidak kira di mana tempatnya,
maka upacara perbarisan akan dilaksanakan demikepentingan untuk menyatukan semua anggota sebagai
satu keluarga.

Kawad kaki yang baik dan tinggi mutunya bukanlah dipelajari di atas padang kawad semata-mata dan
kemudian dilupakan atau sebagai keramaian sahaja.Adalah menjadi tugas utama bagi tiap-tiap anggota kadet
supaya mempercayai diri sendiri dan bertatatertib setiap masa. Jika sekiranya kelakuan yang tidak senonoh,
lalu berpakaian tidak baik, dan lain-lainkelakuan yang buruk itu dibiarkan semasa rekrut atau selepasnya,
maka alamat kejatuhan ataukekalahan pasti diperolehi oleh pasukan itu.

OBJEKTIF AM DAN KHUSUS ASAS KAWAD KAKI

a) Secara Am
i. Attitude

 Melahirkan anggota kadet yang berdisplin, menepati masa dan mematuhi setiap arahan
dari masa ke semasa.

ii. Skill

 Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang-bidang kemahiran Pertahanan


Awam dan memastikan ilmu Pertahanan Awam yang di pelajari mempunyai standard yang
sama.

iii. Knowledge

 Meningkatkan ilmu kemahiran yang tinggi dan mewujudkan sifat-sifat sentiasaingin


membantu dalam apa-apa situasi kecemasan.

b) Secara Khusus
i. Setelah mengikuti penerangan ini, anggota kadet haruslah:

 Memahami selok belok tentang kawad


 Sentiasa mempertingkatkan diri dalam kawad persendirian
 Memahami semua pergerakan kawad
 Boleh mengawadkan skuad

TUJUAN DAN ETIKA BERKAWAD

a) Tujuan Berkawad

i. Membentuk anggota yang mempunyai tahap tatatertib dan disiplin yang tinggi serta cergas.
ii. Membentuk anggota yang taat kepada perintah ketua.
iii. Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu pasukan.

40
b) Etika di Padang Kawad

i. Jurulatih hendaklah memeriksa pakaian skuadnya dan menegurkesalahan serta diperbetulkan


sebelum berkawad.
ii. Semasa keluar dan masuk semasa berbaris, jurulatih hendaklah memastikan anggota kadet
meminta kebenaran iaitu menyatakan dirinya kepada jurulatih supaya mengizinkan diamasuk
baris.
iii. Semua anggota kadet dilarang berjalan sambil-sambilan di atas padang kawad sekiranya
tidak berkawad.
iv. Semasa tamat pelajaran, anggota hendaklah “bersurai‟ untuk memberi hormat kepadasemua
jurulatih ataupun pegawai yang mengambil bahagian.

KAWAD STATIK

MASUK BARIS

a) Penerangan (Tiga Barisan Di Hadapan Saya – Gerak)

i. Semua orang berbaris dalam tiga barisan (hadapan, tengah dan belakang).
ii. Jarak antara barisan adalah 30 inci.
iii. Jarak antara ahli adalah jarak satu tangan (dengan jari digenggam).
iv. Semua berdiri dalam keadaan rehatkan diri.

b) Ayat Hukuman (Tiga Barisan Di Hadapan Saya – Gerak)

“Dengar sini semua sekali! Apabila dapat hukuman, tiga barisan di hadapan saya gerak! Skuad
hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah di mana saya
menghadap. Faham Itu skuad!”

“Tiga barisan dihadapan saya gerak!”

Peringatan: Kalau skuad dalam kedudukan sedia, hendaklah di beri hukuman


“Pusing kekanan berlari berbaris…………………………”
Kalau dari mulasenang diri, diakhiri dengan senang diri.

KANAN LURUS

a) Penerangan

i. Tangan kanan diangkat ke paras bahu dengan orang di sebelah kanan. Jari digenggam
dengan bahagian belakang tangan ke atas.
ii. Pada masa yang sama, kepala dipusingkan memandang ke kanan.
iii. Kaki dihentak berturut-turut serta meluruskan barisan.
iv. Dengan pantas, orang di sebelah kanan, barisan tengah dan belakang tentukan jarak ke
barisan hadapan 30 inci.
v. Dengan hukuman “Pandang depan”, kepala dan muka dipusingkan dengan pantas ke
hadapan. Tangan dijatuhkan ke tepi dan kembali ke kedudukan sedia.

b) Ayat Hukuman

“Ke kanan, lurus!”


“Pandang depan!”

41
SENANG DIRI

a) Penerangan

i. Kaki kanan dibiarkan pegun di atas bumi. Kaki kiri diangkat dengan pantas separas pembebat
pergelangan kaki, lutut dibengkokkan separas dengan peha, kedudukan tangan masih lagi
rapat dibelakang penjahitan seluar dengan sebutan „up‟.
ii. Kaki kiri dibawa ke sebelah kiri dan dihentak ke bumi. Jarak antara dua kaki ialah 12 inci atau
seluas bahu.
iii. Pada masa yang sama, kedua-dua tangan dibawa ke belakang.
iv. Letakkan belakang tapak tangan kanan rapat dihadapan tapak tangan kiri dan ibu jari
bersilang dengan kiraan „satu‟.
v. Kedua lengan lurus tunjuk ke arah bumi.

b) Ayat Hukuman
“Senang… diri!”

c) Kesalahan Biasa Dilakukan

i. Kegagalan mengangkat kaki tidak paras dan tidak menghala ke kiri / kanan.
ii. Membengkokkan lengan-lengan ketika membengkokkan lutut.
iii. Menggerakkan kaki kanan / kiri dan menyebabkan barisan menjadi tidak lurus.
iv. Bengkok pada bahagian pinggang apabila membetulkan kaki.
v. Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar kehadapan.
vi. Bahagian belakang tangan menghala ke hadapan.
vii. Kedua-dua tangan mengepak.
42
Pandangan hadapan Pandangan sisi Pandangan belakang

SKUAD SEDIA

a) Penerangan

i. Tumit rapat sebaris dan buka hujung kaki 30 darjah.


ii. Lutut lengang, badan tegak dengan berat sama imbang di antara kedua-dua tapak kaki dan
tumit.
iii. Bahu dibawa ke belakang (supaya dada berada dalam keadaan senangdan tidak
mengeraskan badan).
iv. Tangan lurus kebawah, siku-siku rapat di rusuk badan, pergelangan-pergelangan tangan
lurus.
v. Tapak tangan tutup (bukan genggam), belakang jari-jari dekat kepada peha.
vi. Ibu jari tegak lurus dan ke belakang sedikit dari garisan jahitan seluar.
vii. Kepala tegak (melangut), tengkuk kena pada leher baju dan mata memandang terus ke
hadapan.

b) Ayat Hukuman

“Skuad….. sedia!”

c) Kesalahan Biasa Dilakukan

i. Kedudukan yang terlalu tegang, menyebabkan sedutan nafas menjadi terbatas.


ii. Tidak sedia dan menggerakkan mata.
iii. Kaki dan badan tidak menghadap ke hadapan, tumit tidak rapat.
iv. Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar kehadapan.
v. Bahagian belakang tangan menghala ke hadapan.
vi. Pergelangan tangan tegang.
vii. Membuka jari telunjuk terlalu ke bawah daripada yang lain.

Pandangan hadapan Pandangan sisi

43
BUKA / TUTUP BARISAN

Bagi memeriksa skuad atau mengawadkan skuad, mustahak bagi jurulatih membuat pergerakan ini, seperti
hendak memeriksa pakaian skuad atau lain-lain. Pergerakan ini dilakukan oleh barisan hadapan dan barisan
belakang sahaja, manakala barisan tengah diam. Sekiranya skuad hanya dalam dua barisan, pergerakan ini
dilakukan oleh barisan belakang sahaja.

Buka Barisan

a) Penerangan
Terdapat tiga langkah pergerakan buka barisan dengan nombor:

Buka Barisan – Satu

i. Barisan hadapan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci.


ii. Barisan belakang langkah kaki kiri ke belakang sejauh 15 inci.
iii. Kedua-dua tapak kaki rata di atas bumi.
iv. Anggota kadet yang lain diam.
v.
Skuad – Dua

i. Barisan hadapan langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci.


ii. Barisan belakang langkah kaki kanan ke belakang sejauh 30 inci.
iii. Tapak kaki kanan / kiri rata di atas bumi, tumit ke kiri / kanan di belakang terangkat
sedikit.
iv. Anggota kadet yang lain diam.

Skuad – Tiga

i. Barisan hadapan langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dan hentak.
ii. Barisan belakang langkahkan kaki kiri ke belakang sejauh 15 inci dan hentak.
iii. Masa yang sama angkat kaki kanan ke hadapan, bengkokkan lutut, peha paras dan
hentak di sebelah tumit kaki kiri sampai seperti kedudukan sedia.

b) Ayat Hukuman
“Buka barisan… gerak!”

c) Kesalahan Biasa Dilakukan

i. Tangan tidak tetap di kedudukan sedia.


ii. Muka tunduk ke bawah.
iii. Badan bengkok (menunduk) semasa bergerak.
iv. Melangkah terlalu jauh.

Tutup Barisan

a) Penerangan

i. Tutup barisan turut dalam tiga pergerakan.


ii. Barisan hadapan membuat pergerakan seperti barisan belakang membuka barisan.
iii. Barisan belakang membuat pergerakan seperti barisan hadapan membuka barisan.
iv. Pergerakan barisan, gerak, cara-cara mengajar dan melatihkan skuad adalah sama
seperti pergerakan buka barisan.

b) Ayat Hukuman
“Tutup barisan… gerak!”

44
Pemeriksaan semasa buka barisan

HENTAK KAKI

Hentak Kaki

a) Penerangan

i. Angkat kaki kiri ke hadapan, bengkokkan lutut dan peha paras.


ii. Hujung kaki menunjukkan ke bawah (point toe) dan bertentangan dengan hujung lutut.
iii. Jatuhkan kaki kiri dengan perlahan disebelah kaki kanan tanpa bunyi.
iv. Ulang pada kaki kanan dengan pergerakan yang sama secara bertukar ganti (65 hentak
seminit).

b) Ayat Hukuman
“Hentak kaki… gerak!”

Berhenti Dari Hentak Kaki

a) Penerangan

i. Hukuman diberi semasa kaki kanan naik penuh (hukuman atas kaki kiri), hentakkan kaki
kanan disebelah kaki kiri (kiraan „cek‟) hentak kaki kiri dan kanan (kiraan satu, dua)
sampai dalam kedudukan sedia.
ii. Anggota badan yang lain tidak berubah.

Hentak Kaki Daripada Perlahan Jalan

a) Penerangan

i. Hentak kaki – diberi dengan amaran hukuman yang panjang dan hukuman pelaksanaan
kaki kanan melalui kaki kiri. Penuhkan langkah kaki kanan dan mula menghentak kaki
dengan kaki kiri.
ii. Maju – untuk bergerak kehadapan bila menghentak kaki perlahan hukuman adalah
“Maju”. Hukuman diberi apabila lutut kanan naik penuh. Hentakkan kaki kanan di sebelah
kaki kiri dengan pantas, dengan masa yang sama tolak kaki kiri kehadapan dan terus
berjalan

Hentak Kaki Dari Cepat Jalan

a) Penerangan

i. Hentak kaki – hukuman dilaksanakan apabila kaki kiri melalui kaki kanan.Penuhkan
langkah kaki kiri kehadapan sejauh 30 inci dan dibawa kaki kanan ke hadapan rapat pada
kaki kiri dengan masa yang sama bawa kedua-dua tangan ke hadapan sedia dan terus
hentak kaki (kaki kiri).
ii. Maju –.Hukuman “Maju” digunakan apabila kaki kiri sedang naik. Penuhkan naik kaki kiri
dan hentak. Angkat kaki kanan ke hadapan, bengkok lutut, peha paras,kaki kanan hentak

45
di sebelah kaki kiri dengan pantas, langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci, tumit
pacak dengan masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan – tangan kiri ke
belakang.

BERSURAI / KELUAR BARIS

a) Penerangan
Dengan hukuman keluar baris, buat pergerakan berpusing kekanan semasa berhenti, kemudian
berjalan dalam masa cepat jalan tiga langkah ke hadapan, barulahbersurai / keluar dari barisan
dan terus berjalan bersendirian keluar dari padang kawad untuk berehat.

b) Ayat Hukuman
“Keluar…baris!”

Atau

“Bersurai!”

Peringatan : Semua pergerakan ini dibuat mengikut kadar 40 pergerakan seminit.

46
PENGENALAN PETI PERTOLONGAN CEMAS (FIRST AID KIT)

Apakah peti pertolongan cemas? Peti pertolongan cemas ialah bekalan dan peralatan untuk kegunaan
pertolongan cemas, terutamanya semasa berlaku kecemasan. Pada masa ini, terdapat pelbagai bentuk peti
pertolongan cemas yang boleh didapati di pasaran.

Peti pertolongan cemas hendaklah sentiasa berada dalam keadaan kemas, mempunyai peralatan yang
mencukupi dan dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja. Perlu ditegaskan, peti pertolongan cemas
hendaklah diletakkan di kawasan atau tempat yang mudah untuk diambil.

Antara beberapa contoh peti pertolongan cemas yang lengkap


ALATAN DAN BAHAN YANG TERDAPAT DALAM PETI PERTOLONGAN CEMAS (FIRST AID KIT)
SERTA KEGUNAANNYA
Peti pertolongan cemas hendaklah mempunyai alatan dan bahan asas untuk membolehkan perawat membuat
rawatan awal yang ringkas sebelum membawa mangsa ke hospital.

Murid-murid boleh perhatikan senarai alatan dan bahan asas dalam peti pertolongan cemas seperti di
bawah:

Bil. Alatan / Bahan Nama alatan / bahan


1. Kain tiga segi (triangular bandage)

- Untuk mengampu bahagian


kecederaan / kepatahan, membalut
luka atau pendarahan yang didapati
atau dikhuatiri ada kepatahan tulang.

2. Kain gauze (sterile / non-sterile)

- Melakukan pencucian atau


pembebat luka

3. Pembebat mudah regang


(elastic bandage)

- Membuat balutan, memberi tekanan


pada pendarahan dan
menstabilkan kepatahan.

4. Pembebat gulung
(roller bandage)

- Untuk menstabilkan kepatahan,


membalut luka dan kecederaan
ringan contohnya seperti terseliuh.

48
5. Sarung tangan getah (glove)

- Untuk melindungi diri perawat


daripada sebarang jangkitan

6. Gunting kecil

- Untuk memotong gauze atau kain


pembebat

7. Pita pelekat
(adhesive tape)

- Melekatkan balutan dan pembebat

8. Alcohol prep pads

- Untuk mencuci sebarang


bendasing / kekotoran pada luka
sebelum membalutnya

9. Putik kapas (cotton buds)

- Untuk mencuci luka pada kawasan


yang sukar / sempit

10. Plaster luka


- Menetapkan kedudukan pembebat
dan memberi tekanan pada luka
pendarahan

11. Pin keselamatan (safety pin)

- Untuk menetapkan kedudukan kain


anduh

49
12. Ubat kuning (acriflavine)

- Cecair antiseptik yang disapu pada


luka untuk mempercepatkan
penyembuhan

13. Cecair antiseptik

- Cecair pencuci luka

14. Paracetamol

- Ubatan / pil rawatan awal untuk


masalah kesihatan yang ringan
seperti pening kepala atau sakit
perut

KEPENTINGAN PETI PERTOLONGAN CEMAS

Keberadaan peti pertolongan cemas sama ada di sekolah atau di mana-mana bangunan seringkali tidak
diambil serius oleh sesetengah pihak. Hakikatnya, dalam sesuatu situasi kecemasan, peti pertolongan cemas
memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Alatan dan ubatan awal daripada peti pertolongan cemas
dapat membantu kita menjalankan perawatan awal kepada mangsa.

Antara situasi kecemasan yang memerlukan perawatan awal yang ringkas dan mudah adalah apabila
seseorang atlet jatuh dan mengalami luka kecil di mana-mana anggota badan, luka terhiris alatan tajam
seperti pisau ataupun terdapat anggota badan yang terseliuh mahupun patah.

Kepentingan peti pertolongan cemas dapat dilihat dalam peta grafik berikut:

Menyimpan item/ ubatan untuk


melakukan pertolongan cemas

Memenuhi keperluan perundangan -


terdapat akta yang menegaskan perlu ada
peti pertolongan cemas di tempat kerja
Kepentingan peti
pertolongan cemas
Memudahkan perawatan awal
dilaksanakan sebelum ketibaan
pakar/pesakit ke hospital

Henti atau halang kecederaan


menjadi lebih teruk
50
LUKA KECIL

PENGENALAN

Luka merupakan kecederaan kerap dialami oleh kebanyakan individu. Luka ditafsirkan sebagai sejenis
kecederaan pada tisu badan yang boleh menyebabkan pengaliran darah. Terdapat dua jenis luka iaitu luka
terbuka dan luka tertutup.

Kebanyakan luka adalah terbuka dan terkoyak yang menyebabkan darah mengalir keluar dari badan.
Kulit akan terbelah dan boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Luka tertutup pula membenarkan darah terlepas daripada sistem peredaran darah tetapi tidak
mengalir keluar. Apabila mengalami luka tertutup, kulit tidak terkoyak dan hanya akan mempunyai simptom
seperti lebam dan bengkak.

Luka terbuka Luka tertutup

Luka terbuka Luka tertutup

i. Luka Terhiris

Luka terhiris merupakan salah satu jenis luka terbuka. Luka ini kemungkinan berlaku disebabkan
oleh terkena objek tajam seperti pisau atau serpihan kaca. Pendarahan semasa luka ini mungkin
banyak, bergantung kepada kawasan terhiris. Walau bagaimanapun, kulit yang mengalami
kecederaan senang ditaut (bercantum) kembali.

ii. Luka Terkoyak

Luka terkoyak juga merupakan satu lagi jenis luka dalam kategori luka kecil. Luka terkoyak
berkemungkinan disebabkan oleh terkena mesin atau jentera, tersangkut pada dawai kawat yang
tajam dan boleh juga disebabkan objek tajam.

Jika seseorang mengalami luka terkoyak, tisu badan yang rosak akan lebih banyak dan
mengakibatkan pendarahan yang lebih serius daripada luka terhiris. Masa yang lama akan diambil
untuk sembuh dan pulih seperti sedia kala.

iii. Rawatan Awal Luka


Bagi merawat luka kecil di peringkat awal, langkah-langkah berikut boleh dilaksanakan.

Bersihkan luka - lalukan dengan air yang bersih

Kawal pendarahan -
secara langsung - tekan atas luka dengan kain bersih
secara tidak langsung - tekan pada kawasan salur darah utama

Balut luka dengan kain - elak pendarahan berterusan dan jangkitan


kuman

Rehat dan tenangkan mangsa

51
Dua cara mengawal pendarahan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:

a. Secara Langsung – tekanan terus ke atas luka menggunakan tapak tangan dan kain bersih
sehingga aliran keluar darah berhenti

b. Secara tidak langsung - tekan pada kawasan salur darah utama

52
PENGENALAN TALI

PENDAHULUAN

Ikatan dan simpulan sangat sinonim dengan aktiviti luar. Penggunaannya begitu meluas sekali terutamanya
dalam aktiviti perkhemahan, permainan, mendaki, menyelamat dan banyak lagi.

Oleh itu, kemahiran dalam ikatan dan simpulan ini cukup berguna sebagai pengetahuan penting
dalam melakukan aktiviti luar. Ikatan, simpulan mahupun lilitan yang baik adalah apabila ia teguh, selamat dan
tepat bertepatan dengan tujuan ikatan itu dibuat serta dapat dibuka dengan mudah jika perlu dibuka.

JENIS TALI

Pada zaman dahulu, tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu dan kemudiannya pula daripada
rotan, akar-akar kayu, sabut, rami dan sebagainya. Kini, tali mengalami transformasinya tersendiri dengan
menggantikan penggunaan bahan-bahan Tersebut kepada bahan lebih tahan lama dan kuat seperti nilon dan
bahan-bahan campuran yang lain.

Tali kernmantle

Jenis tali yang dibuat daripada bahan Nylon, KERN ( bahasa Jerman )
bermaksud INTI dan MANTLE ( bahasa Inggeris Kuno ) LAPISAN
LUAR. Kekuatan inti tali sebanyak 70% dan lapisan luarnya 30% tahan
daripada geseren. Terdapat dua jenis tali ini ialah statik dan dinamik .

Tali belati
Tiga jenis tali
Kekuatannya sederhana dan harganya murah. Digunakan secara
meluas dalam kerja menyelamat.

Tali kabel ( wire rope )

Terdiri daripada beberapa helai wayar logam diletakkan secara


berpintal.

Tali Kermantle Tali Belati Tali Kabel ( wire rope )

53
FUNGSI – FUNGSI TALI

Pada zaman dahulu, tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu dan kemudiannya pula daripada
rotan, akar-akar kayu, sabut, rami dan sebagainya. Kini, tali mengalami transformasinya tersendiri dengan
menggantikan penggunaan bahan-bahan Tersebut kepada bahan lebih tahan lama dan kuat seperti nilon dan
bahan-bahan campuran yang lain.

Tali penyelamat
- Digunakan untuk aktiviti
menyelamat.

Tali pengangkat
Tali Penarik
Fungsi - fungsi tali - Digunakan untuk
- Digunakan untuk mengangkat
menarik sesuatu. barang.

Tali pengikat
- Digunakan untuk mengikat
sesuatu.

SIMPULAN DAN IKATAN ASAS

Definisi Ikatan Dan Simpulan

Simpulan Simpulan yang dilakukan hanya melibatkan antara tali dengan tali
sahaja.

Ikatan Ikatan hanya melibatkan ikatan tali pada objek lain seperti ikatan manuk
pada batang kayu.

Jenis Ikatan Dan Simpulan

Terdapat pelbagai jenis ikatan dan simpulan yang mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan. Antara ikatan
dan simpulan yang sering digunakan ialah;

a) Simpul Mati
Simpul Mati
( overhand knot/ Thumb knot )

 Digunakan untuk mematikan hujung tali.


 Sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak
terburai jika hujung tali itu pecah.
 Ianya sukar dibuka

54
Langkah membuat Simpul Mati ( Overhand Knot/ Thumb Knot )

b) Simpulan buku sila

Simpulan Buku Sila


( Reef Knot )

 Menyambung dua tali yang sama saiz.


 Mengikat bungkusan dan digunakan dalam
pertolongan cemas iaitu mengikat hujung kain anduh
tiga segi.

Langkah membuat Simpulan Buku Sila ( Reef Knot )

c) Simpulan bunga geti

Simpulan Bunga Geti


( Sheet Bend )

 Menyambung dua tali yang tidak sama saiz, tali licin


dan tali basah.
 Digunakan juga untuk mengikat hujung tali di dalam
kawasan berair.
 Menyambung tali ke gelung atau tanjul.

55
Langkah membuat Simpulan Bunga Geti ( Sheet Bend )

d) Ikatan dan Simpulan manuk

Ikatan dan simpulan Manuk


( Clove Hitch )

 Merupakan asas bagi permulaan ikatan.


 Mengikat objek, pancang atau lain-lain.

Langkah membuat Ikatan dan Simpulan Manuk ( Clove Hitch )

1. 2. 3. 4.

PENJAGAAN TALI

* Rujuk muka surat 128.

56
PENGENALAN API

DEFINISI API

Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian, api tetap akan menjadi berbahaya sekiranya
tidak dikawal dengan betul. Api ialah suatu reaksi kimia (pengoksidaan) cepat yang terbentuk dari 3 unsur iaitu
haba, oksigen dan bahan mudah terbakar yang menghasilkan sesuatu unsur panas (haba) dan cahaya.
Keadaan yang sedemikian didefinisikan sebagai kebakaran.

Kebakaran biasanya berlaku disebabkan oleh kelalaian manusia, kerosakan mekanikal mahupun
elektrikal. Kejadian semulajadi seperti kilat yang menyatukan oksigen, bahan dan haba turut menyumbang
kepada berlakunya api. Api boleh dipadamkan dengan mengeluarkan oksigen, mengurangkan suhu atau
kepanasan bahan ataupun memutuskan rangkaian tindakan berantai.

Tindakan untuk menghindari terjadinya kebakaran kita dapat mengambil tindakan pencegahan iaitu
dengan cara menempatkan barang-barang yang mudah terbakar ditempat yang aman dan jauh dari api.
Selain itu, tidak merokok dan melakukan pekerjaan yang melibatkan haba di tempat adanya barang-barang
yang mudah terbakar, tidak membuat sambungan elektrik sembarangan dan tidak memasang palam elektrik
bertindih-tindih.

KEGUNAAN DAN RISIKO API

Terdapat beberapa kegunaan api dalam kehidupan seharian kita. Namun demikian, terdapat juga beberapa
risiko yang perlu kita ketahui ketika kita menggunakan api. Berikut adalah beberapa kegunaan api dalam
kehidupan seharian.

Kegunaan Api
digunakan
sumber
dalam penjanaan
untuk sebagai cahaya
proses tenaga
memasak pemanas ketika
pelupusan elektrik
kecemasan
sampah

57
Berikut pula merupakan risiko api dalam kehidupan seharian:

mendatangkan
kecederaan

kerosakan harta Risiko mengakibatkan


benda Api kebakaran

pencemaran
udara

SEGITIGA API

Terdapat 3 unsur menyebabkan berlakunya kebakaran :-

i. Bahan.
ii. Oksigen.
iii. Haba

Tindakbalas daripada tiga unsur ini (Segitiga Kebakaran)

Kebakaran terjadi disebabkan oleh banyak perkara seperti kelalaian, kurangnya pengetahuan, peristiwa alam,
disengaja dan lain-lain. Tiga unsur penting iaitu oksigen, bahan api dan haba diperlukan bagi mencetuskan
kebakaran. Kebakaran tidak dapat berlaku jika tiada salah satu daripada unsur-unsur tersebut.

58
a) Unsur Bahan

i. DALAM BENTUK GAS : Gas Asli, Propana, Butana, Hidrogen,


Asetilena, Karbon Monoksida
ii. DALAM BENTUK CECAIR : Gasolin, Kerosen, Turpentin, Alkohol, Cat,
Varnis, Lakkuer
iii. DALAM BENTUK PEPEJAL : Arang Batu, Kayu, Baju, Kulit, Getah, Plastik,
dan Lain-lain.

b) Unsur Oksigen

Lebih kurang 16% kandungan oksigen di dalam udara diperlukan untuk membantu kebakaran. Di
dalam udara biasanya mengandungi 21% oksigen. Sesetengah bahan juga mengandungi oksigen
yang cukup untuk membantu kebakaran dengan sendirinya.

c) Unsur Haba

Bahan-bahan yang mudah terbakar boleh menjadi bahan api seperti kayu, perkakas rumah, kertas,
gas memasak dan lain-lain.

Api pula mempunyai kelas-kelasnya yang tersendiri. Api kebakaran boleh diklasifikasikan kepada 4 jenis iaitu;

a) Kelas A
Api berpunca daripada bahan pepejal (kecuali logam) sepeti kayu, kertas, kain, plastik dan
sebagainya.

b) Kelas B
Berpunca dari bahan cecair yang mudah terbakar seperti minyak petrol, gas dapur, diesel, varnis, cat
dan sebagainya.

c) Kelas C
Berpunca dari gas atau wap yang mudah terbakar seperti hidrogen, methane, propane, oxy-acetylene,
gas LPG dapur dan sebagainya.

d) Kelas D
Berpunca dari bahan logam seperti magnesium, aluminium, natrium, kalium dan sebagainya.

e) Kelas E
Berpunca dari bahan masakan seperti minyak masak atau lemak.

Walaupun begitu, kebakaran yang berpunca dari peralatan elektrik pula tidak dikelaskan.

Nota: Pengelasan jenis api kebakaran di atas hanya sah untuk rujukan di Malaysia sahaja. Di negara-negara
lain, pengelasan jenis api adalah berbeza.

MELEPASKAN DIRI SEMASA KEBAKARAN

Terperangkap Di Dalam Bilik


Apabila seseorang terperangkap di dalam sebuah bilik yang terbakar dan dipenuhi asap, perkara-perkara
berikut perlu diberi perhatian:

a) Hendaklah menuju ke dinding dan merayap je sekeliling sehaluan sehingga berjumpa dengan pintu
keluar.
b) Sebelum membuka pintu, tentukan kepanasan permukaan pintu sebelum membukanya dengan
menggunakan permukaan belakang tapak tangan. Sekiranya panas, elakkan daripada membuka pintu
tersebut kerana berkemungkinan kebakaran besar dan api sedang marak.

59
c) Dalam usaha untuk keluar daripada bilik tersebut, bergerak secara merangkak kerana udara bersih
dan sejuk adalah di permukaan bawah bilik dan seseorang itu lebih mudah untuk mengesan pintu
keluar sekiranya masih ada lagi cahaya kebakaran.

Tindakan apabila terperangkap di dalam bilik

Melepaskan Diri Dari Tingkat Pertama

Beberapa perkara perlu diambil perhatian apabila ingin melepaskan diri dari bangunan terbakar di tingkat
pertama:

a) Beri perhatian kepada tangga kerana tangga akan menjadi punca bahaya jikalau ia terbakar.
b) Rapatkan diri ke bahagian dinding ketika menggunakan tangga.
c) Menyusur ke bawah dengan cara membelakang, rasa dengan kaki sebelum memijak anak tangga.
d) Pastikan kepanasan tangga tersebut jika tangga tersebut diperbuat daripada besi.
e) Jika keluar melalui tingkap, pastikan keluar dalam keadaan membelakang serta keluar dengan
berhati-hati tanpa terburu-buru.
f) Pastikan tahap keselamatan sebelum keluar melalui tingkap.

Kaedah melepaskan diri dari tingkat pertama

Melepaskan Diri Dari Tingkat Kedua

Beberapa perkara perlu diambil perhatian apabila ingin melepaskan diri dari bangunan terbakar di tingkat
kedua:

a) Jangan panik.
b) Gunakan kain selimut, cadar untuk dibuat tali dan diikat pada perabot berat atau tiang.
c) Ikat cadar / selimut sebanyak boleh agar boleh diluhur keluar melalui tingkap serendah-rendah yang
boleh.
d) Pastikan tahap keselamatan sebelum menyusur keluar melalui tingkap.

60
Melepaskan Diri Dari Tingkat Ketiga atau Lebih

Beberapa perkara perlu diambil perhatian apabila ingin melepaskan diri dari bangunan terbakar di tingkat
ketiga atau lebih:

a) Sediakan tali, kain selimut atau cadar sebagai persediaan jika ada.
b) Pergi ke arah tingkap.
c) Meminta bantuan dengan cara menjerit, melambai atau apa sahaja cara bagi memudahkan pihak
keselamatan mengesan kedudukan anda.

Salah satu cara bagi meminta bantuan

61
PENGENALAN

Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. Perkhemahan
juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti
seperti mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti
perkhemahan. Perkhemahan boleh menjadi satu aktiviti yang sangat menyeronokkan dan selamat untuk
dijalankan jika dilakukan dengan cara yang betul.

Antara kemahiran yang perlu dipelajari sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan termasuklah
kemahiran pengurusan dan merancang aktiviti perkhemahan.Ia melibatkan bermalam sama ada satu malam
atau lebih, sama ada di hutan, kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang
sesuai. Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan mengikut keperluan,
dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan.

Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang
sesuai dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah,
aktiviti lasak, abseiling, orienteering dan sebagainya.

Dalam aktiviti badan beruniform, aktiviti perkhemahan dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi
kemahiran asas perkhemahan kepada anggota kadet seperti mengenali jenis-jenis khemah, menyalakan api,
makanan tumbuhan dan termasuk kemahiran asas ikhtiar hidup.

Antara tujuan-tujuan perkhemahan adalah seperti berikut:

•Meluaskan pengetahuan dan


pendedahan tentang kehidupan
berkhemah kepada anggota kadet
Kemahiran •meningkatkan kemahiran dan
kecekapan anggota kadet dalam
perkhemahan
•pendedahan kepada anggota
kadet tentang pendidikan di luar
rumah yang lebih mencabar
Berdikari •mendidik anggota kadet
menyelesaikan tugasan dengan
bertanggungjawab

•merapatkan hubungan
Hubungan persaudaraan antara anggota
kadet
antara anggota •mengeratkan perpaduan sesama
anggota

62
JENIS-JENIS KHEMAH

Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk aktiviti berkhemah:

Khemah bentuk ‘A’ tanpa helaian terbang

Khemah ‘A’ berhelaian

Khemah pengembaraan

Khemah satu tiang

Khemah bentuk dinding

Khemah Ridge dua tiang

Khemah wagon

Khemah dome

Khemah igloo

Khemah berangka

Bagi warga rekreasi, anggota kadet atau warga sekolah, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan
senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nilon dan jenis-jenis yang
ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang berbeza :

Khemah nilon berbentuk A

63
Khemah nilon bentuk "A" atau ponco (seperti digunakan oleh tentera) yang sesuai digunakan di kawasan
tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat
yang agak panas.

Khemah nilon Dome

Khemah nilon berbentuk Dome adalah sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan
menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan
menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di
persekitaran yang sejuk.

Khemah nilon Igloo

Khemah nilon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji.
Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan.

SENARAI PERALATAN PERKHEMAHAN

Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu diberi perhatian untuk satu perkhemahan adalah bergantung kepada
beberapa faktor seperti tempoh masa, tempat dan bilangan peserta. Berikut disenaraikan antara peralatan
asas yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa:

a. Khemah yang sesuai.


b. Beg galas
c. Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
d. Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
e. Messtin, pinggan, sudu, garpu dan lain-lain.
f. Botol air, kole dan bekas minuman.
g. Pisau dan pembuka tin

64
h. Lampu picit serta bateri dan alat gantinya.
i. Mancis dan lilin atau bahan penyala api.
j. Peti pertolongan cemas.

k. Kit ikhtiar hidup.


l. Tali
m. Ponco atau baju hujan.
n. Parang / kapak kecil.
o. Bekas air tambahan.
p. Selimut atau bag tidur.

MENYALAKAN API DI TAPAK PERKHEMAHAN

Unggun api adalah unggunan api di ruang luar yang dinyalakan dengan kayu bakar, potongan kayu,
atau dahan, ranting, jerami, ataudaun-daun kering. Orang yang berkhemah, berkelah atau penggiat aktiviti
rekreasi dalam hutan sering membuat unggun api sewaktu berkhemah atau melakukan kegiatan secara luar.

Tujuan Menyalakan Unggun Api

Terdapat beberapa tujuan unggun api dinyalakan. Berikut merupakan tujuan unggun api diyalakan:

memanaskan
badan

perapian Tujuan
untuk Menyalakan isyarat bahaya
memasak
makanan Unggun Api

Mengelakkan
binantang
buas

Unggun api perkhemahan

65
Kaedah Menyalakan Unggun Api Kecil Untuk Perkhemahan

1. Sediakan sumber nyalaan api. Dua sumber termudah adalah:


a) Mancis
b) Pemetik api

2. Kumpulkan bahan-bahan berikut:


a) Rabuk-rabuk kayu, daun kering, kertas, kotak atau seumpama dengannya.
- Ranting-ranting kayu yang kecil lebih yang mudah terbakar membantu dalam penyediaan
unggun api.
- Kayu-kayu sederhana besar yang mencukupi.

3. Sediakan satu kawasan bulatan kosong di atas tanah yang rata.


a) Ianya adalah tapak untuk membuat unggun api tersebut.
b) Jika kawasan tersebut ditumbuhi rumput dan semak samun, cabut rumput tersebut bagi
memudahkan pembuatan unggun api.

4. Longgokkan rabuk-rabuk kayu, kertas, kotak atau seumpamanya tersebut dengan rapat agar dapat
membuat nyalaan api namun sedikit longgar agar wujud pengudaraan agar membantu proses
pembakaran.

5. Kemudian susun kayu-kayu sederhana besar di atas longgokan rabuk-rabuk kayu membentuk kon.

Antara sebab-sebab unggun api sukar untuk menyala adalah:

a) Angin kencang
b) Kayu yang basah
c) Udara yang lembap
d) Lokasi kurang oksigen

Faktor keselamatan perlu dititiberatkan apabila membuat unggun api sewaktu perkhemahan sama ada oleh
guru-guru penasihat atau pun anggota kadet. Hal ini bagi memastikan perkara-perkara yang tidak diingini
berlaku. Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil adalah:

a) Pastikan unggun api dimusnahkan sepenuhnya sebelum meninggalkan tapak perkhemahan.


b) Pastikan tidak ada bahan mudah terbakar yang berhampiran dengan unggun api seperti minyak,
rumput kering dan pakaian.
c) Pastikan api sentiasa diawasi. Bergilir-gilir mengawasi api terutamanya di waktu malam ketika anda
sedang tidur.
d) Jika anda berpindah ke tapak kem lain, bawa bara api dalam bekas yang tidak mudah terbakar seperti
buluh.
e) Jangan tinggal botol air minuman atau tin minuman soda di tapak kem. Anda mungkin boleh
mencetuskan kebakaran hutan secara tidak sengaja.

66
KESELAMATAN DI RUMAH

PENGENALAN

Terdapat pelbagai jenis barangan yang terdapat di dalam rumah seperti barangan elektrik, kelengkapan
perabot, ubat-ubatan, peralatan perkebunan, peralatan memasak dan lain-lain. Peralatan-peralatan dan
kelengkapan-kelengkapan ini berisiko dan boleh menjadi merbahaya kepada murid-murid. Peralatan serta
barangan seperti ini tidak boleh dianggap sebagai barang permainan dan tidak boleh digunakan untuk
bermain. Setiap murid perlu mengenalpasti dan memahami peralatan yang berisiko di dalam dan kawasan
rumah agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

PERALATAN BERBAHAYA DI DALAM DAN DI KAWASAN RUMAH

a) Di dalam rumah

Ruang tamu merupakan bahagian utama di dalam rumah yang kebiasaannya merupakan kawasan
bagi tuan rumah menyambut kedatangan tetamu yang hadir. Perkakasan elektrik dan elektronik
adalah peralatan berisiko yang kebiasaannya terdapat di ruang tamu ialah seperti kipas angin dan
televisyen. Hal ini kerana seseorang boleh terdedah dengan renjatan elektrik jika peralatan tersebut
mengalami kebocoran pada wayar/kabel ataupun kerosakan pada peralatan tersebut. Perabot-perabot
yang diperbuat daripada kaca juga berbahaya kerana berisiko untuk mencederakan seseorang jika
perabot tersebut jatuh atau pecah. Perabot-perabot uang diperbuat daripada kaca adalah seperti
almari kaca serta meja kaca.

Contoh barangan elektronik di ruang tamu

Contoh meja kaca untuk ruang tamu

67
Dapur merupakan bahagian di dalam rumah yang mempunyai peralatan berisiko yang paling
banyak. Antaranya ialah peralatan memasak seperti periuk dan kuali. Selain daripada itu, pinggan dan
mangkuk yang diperbuat daripada kaca berisiko untuk mengakibatkan kecederaan jika barangan
tersebut jatuh dan pecah. Peralatan berisiko yang lain adalah seperti pisau, garfu dan sudu serta
dapur memasak yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada kanak-kanak. Murid-murid harus
diingat bahawa dapur merupakan kawasan paling kerap bagi murid-murid mengalami kecederaan.

Dapur juga merupakan tempat kebiasaannya ibu bapa menyimpan ubat-ubatan dan peti
pertolongan cemas. Ubat-ubatan adalah merbahaya dan berisiko kepada kanak-kanak kecil jika
mereka dapat mencapai dan mengambil ubat-ubatan tersebut.

Antara barangan yang terdapat di dapur

Antara barangan-barangan berisiko yang terdapat di dalam bilik tidur pula ialah lampu tidur,
peralatan solek dan lain-lain lagi. Barang-barang tersebut boleh menjadi barangan berbahaya kepada
kanak-kanak jika tidak diawasi oleh orang dewasa.

Selain daripada barangan dan peralatan yang terdapat di dalam rumah, terdapat juga
bahagian-bahagian di dalam rumah itu sendiri yang boleh mengundang kecederaan kepada murid-
murid. Terdapat rumah di mana pelbagai peralatan dan barangan yang ditinggalkan di atas tangga
dan hal ini boleh mengakibatkan sesiapa sahaja terpijak dan terjatuh. Tangga rumah juga merupakan
kawasan yang berisiko jika terdapat kanak-kanak yang bermain-main seperti berlari di kawasan
tersebut.

Selain daripada tangga, lantai yang licin juga boleh mengundang kecederaan di dalam rumah.
Lantai yang licin berpunca daripada tumpahan cecair adalah merbahaya. Setiap orang di dalam rumah
boleh mengenalpasti dan memastikan setiap bahagian lantai di dalam rumah adalah kering dan
selamat.

Bilik stor dan garaj juga merupakan kawasan yang merbahaya. Kawasan-kawasan seperti ini
menyimpan banyak barangan dan peralatan merbahaya seperti bahan kimia dan alat pertukangan
yang boleh mengundang kecederaan kepada murid-murid jika tidak berhati-hati.

b) Di Luar Rumah

Sesetengah rumah mempunyai laman yang luas bergantung kepada jenis rumah. Kebiasaannya
laman rumah digunakan untuk menanam pokok hiasan, tempat untuk meletakkan kenderaan, stor
barangan (di tepi atau belakang rumah) serta sebagai lanskap untuk mengindahkan lagi kawasan
rumah. Kawasan-kawasan seperti ini kebiasaannya terdapat pelbagai peralatan yang berisiko bagi
kanak-kanak. Antaranya ialah cangkul, pemotong pokok, penggembur tanah, baja pokok, racun
serangga dan lain-lain lagi.

68
Gambar Hiasan: Halaman rumah

Antara peralatan perkebunan

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA DI DALAM RUMAH

Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil ialah:

a) Memastikan murid-murid mempunyai nombor telefon kecemasan seperti 999, nombor telefon ibu
bapa, nombor telefon tempat kerja ibu bapa, nombor telefon jiran dan nombor telefon orang yang
dipercayai dan diletakkan di tempat yang mudah untuk dilihat.

b) Ibu bapa memastikan ubat-ubatan atau peti pertolongan cemas dalam keadaan berkunci atau
disimpan di tempat yang mana kanak-kanak kecil tidak dapat menjumpainya.

c) Jika berseorangan di rumah, kunci pintu dan pagar rumah dan jika rumah mempunyai sistem
penggera, pastikan murid-murid tahu untuk menggunakannya.

d) Jangan sesekali membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali. Sentiasa memeriksa sebelum
membuka pintu dengan melihat melalui celahan tingkap.

e) Jangan sesekali membuka pintu kepada pekerja perkhidmatan penghantaran atau pekerja khidmat
pemasangan. Wakil khidmat pemasangan seperti pemasangan kabel televisyen atau internet
sepatutnya membuat temujanji untuk hadir ke rumah apabila ada orang dewasa atau ibu bapa di
rumah.

f) Jika menjawab panggilan telefon, jangan sesekali memberitahu bahawa ibu bapa tidak berada di
rumah. Perlu memberitahu bahawa mereka sibuk dan minta mereka meninggalkan pesanan untuk ibu
bapa.
69
g) Pastikan murid-murid mengetahui cara / prosedur untuk menghubungi talian kecemasan 999:

i. Jangan panik

Sudah semestinya ketika murid-murid membuat panggilan kecemasan, anda dalam situasi
yang cemas. Jadi sebolehnya jangan cemas.Hal ini akan menyebabkan percakapan anda
menjadi terlalu laju atau terlalu perlahan, berdebar dan lain-lain lagi.

Pastikan anda berada jauh dan selamat daripada tempat kecemasan kecuali terdapat
seseorang yang cedera teruk.

Jangan panik ketika berlaku kecemasan (gambar hiasan)

ii. Cari telefon

Digalakkan untuk menggunakan telefon talian tetap di rumah kecuali berlakunya kebakaran
atau rompakan. Ini akan memudahkan pihak penyelamat dan pihak berkuasa untuk
menentukan lokasi anda. Jika berlakunya kebakaran, pastikan anda keluar daripada
bangunan terbakar tersebut dahulu.

iii. Dail 999

Dail 999 dan tunggu sehingga operator panggilan kecemasan menerima panggilan anda.
Perlu diambil perhatian bahawa sesetengah panggilan yang dibuat mengambil masa untuk
dipanjangkan kepada operator panggilan kecemasan.

Talian kecemasan 999 (gambar hiasan)

70
iv. Tahu apa yang akan ditanya

Operator panggilan kecemasan akan bertanyakan beberapa soalan sebelum beliau membuat
tindakan selanjutnya. Pastikan murid dapat menjawab dengan jelas dan tenang tentang lokasi
kejadian kecemasan, jenis kecemasan dan keadaan kecemasan secara jelas. Murid perlu
untuk memberikan secara terperinci apa yang berlaku supaya operator panggilan kecemasan
dapat membuat tindakan susulan yang sewajar dengan pantas dan betul. Murid juga perlu
memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi agar pihak penyelamat yang bakal tiba
dapat membuat rujukan semula kepada pemanggil untuk ke destinasi kecemasan.

v. Dengar arahan operator kecemasan

Ikuti arahan yang diberikan oleh operator kecemasan. Segala arahan yang diberikan semasa
panggilan dibuat adalah demi kebaikan dan memudahkan lagi urusan kecemasan sementara
bantuan tiba.

vi. Jangan putuskan panggilan sehingga selesai urusan.

Apabila berlaku kecemasan, apa-apa sahaja boleh berlaku. Pihak keselamatan perlu
mengetahui keadaan sebenar anda. Sebagai contoh, jika bangunan sedang terbakar, pihak
keselamatan ingin mengetahui sama ada bangunan tersebut berpenghuni atau pun tidak.

vii. Tunggu pihak keselamatan tiba.

Batuan akan tiba secepat yang mungkin. Tunggu dengan tenang. Jangan buat sebarang
tindakan yang membahayakan nyawa sendiri. Harus diingat bahawa utamakan keselamatan
diri sendiri sebelum mengambil kira keselamatan orang lain.

71
TAHUN 5
MODUL TUNAS ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

72
KETATANEGARAAN

PENDAHULUAN

Malaysia terdiri daripada dua bahagian iaitu Semenanjung Malaysia atau Malaysia Barat serta
Malaysia Timur. Di Semenanjung Malaysia, terdapat 13 negeri dan dua Wilayah Persekutuan iaitu
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Wilayah Persekutuan Putrajaya. Malaysia Timur pula
terdiri daripada dua buah negeri yang terletak di Kepulauan Borneo iaitu Sabah dan Sarawak serta
Wilayah Persekutuan Labuan. Semenanjuang Malaysia dan Malaysia Timur dipisahkan oleh Laut
China Selatan dengan jarak kira-kira 600 kilometer.

JATA & BENDERA NEGERI-NEGERI

i. Kerajaan Persekutuan

WILAYAH
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA WILAYAH
PERSEKUTUAN LUMPUR PERSEKUTUAN
LABUAN PUTRAJAYA

Kuala Lumpur dikenali


Mewakili Pulau Labuan sebagai ibu negara Putrajaya merupakan
berdekatan Negeri Sabah Malaysia dan juga pusat pentadbiran utama
Di Bawah Bayu Wilayah Persekutuan. negara.

73
LAMBANG MAKSUD
Anak bulan Agama Islam sebagai agama rasmi.
Bintang pecah 14 Menggambarkan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu
dalam Persekutuan Malaysia.
Warna merah Melambangkan keberanian
Warna putih Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam
mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan
dan berkeperibadian Malaysia.
Warna biru Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu,
aman makmur dan harmoni.
Warna kuning Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan

ii. Johor Darul Takzim

Bendera Negeri Johor

Merah
lambang
hulu balang
yang Warna biru
tua mewakili
Putih Kerajaan
lambang Negeri.
kedaulatan
Sultan yang

Jata Negeri Johor

● Mahkota lambang pemerintahan Sultan.


● Empat bintang di sudut perisai mewakili empat buah
jajahan asal negeri ini, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat
dan Endau.
● Bintang dan anak Bulan di tengah tanda Islam sebagai
agama rasmi.
● Dua ekor Harimau lambang kegagahan dan keberanian.
● Bunga awan larat di bawah perisai melambangkan
gambir dan lada hitam, dua jenis hasil utama negeri pada
masa dahulu. .
● "KEPADA ALLAH BERSERAH" merupakan cogan kata
negeri.

74
iii. Kedah Darul Aman

Bendera Negeri Kedah

Perisai lambang pemerintahan


Sultan dan kerajaan yang adil.

Anak bulan simbol Islam


agama rasmi.

Dua tangkai padi lambing


kemakmuran negeri dan rakyat.

Jata Negeri Kedah

● Dua tangkai padi melambangkan hasil


utama negeri Kedah dan kemakmuran
negeri.

● Anak Bulan berwarna hijau lambang


kuasa pemerintahan Sultan dan kerajaan
negeri.

75
iv. Kelantan Darul Naim

Bendera Negeri Kelantan

Duabilahtombakdanduab
ilahkerislambangkekuata
n.

Putihtandakesuciandankeikhl
asan Sultan yang
memerintah.

Merahtandakejujuran Sultan
danrakyat.

Jata Negeri Kelantan

● Mahkota melambangkan kedaulatan Sultan.


● Bintang dan Anak Bulan melambangkan
Agama Islam.
● Dua tombak dan dua keris bermaksud
kekuatan orang-orang Melayu Kelantan.
● Dua pucuk meriam bermaksud negeri
Kelantan sentiasa bersedia mempertahankan
negeri.
● Dua ekor kijang adalah bersempena
memperingati sejarah negeri Kelantan Tua.
● "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN
KELANTAN" ialah cogan kata negeri ini.

76
v. Melaka Bandaraya Bersejarah

Bendera Negeri Melaka

Anak bulan dan bintang pecah


lima ialah tanda Agama Islam.

4 warna bendera persekutuan


iaitu merah, putih, kuning dan biru
menunjukkan Melaka sebagai
sebuah negeri Persekutuan.

Jata Negeri Melaka

● Lima bilah keris maksudnya lima orang


pahlawan termasyhur di Melaka pada
zaman dahulu.
● Anak bulan dan bintang pecah lima
tanda Islam sebagai agama rasmi negeri.
● Pokok Melaka menunjukkan asal nama
negeri Melaka.
● Dua ekor pelanduk yang memegang
perisai ialah untuk memperingati sejarah
pembukaan Melaka.
● Cogan kata negeri Melaka ialah
"BERSATU TEGUH".

77
vi. Negeri Sembilan Darul Khusus

Bendera Negeri Sembilan

Mewakili rakyat.

Mewakili Yang
Dipertuan
Mewakili Datuk-datuk Besar sebagai
Undang bagi Luak-luak pemerintah
negeri.
yang menjadi bahagian-
bahagian dalam negeri.

Jata Negeri Sembilan

● Sembilan tangkai padi di dalam perisai


bermaksud sembilan negeri asal yang bergabung
menjadi Negeri Sembilan.
● Warna merah lambang kegagahan dan
keberanian.
● Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang.
●Warna kuning mewakili Yang Di Pertuan Besar.
● Bintang Pecah Sembilan menunjukkan
sembilan buah negeri yang bergabung.
● Pedang dan sarungnya di atas perisai adalah
tanda keadilan.
● Di tengah-tengah antara pedang dan sarung
ialah canggai puteri iaitu tanda kebesaran Yang
Di Pertuan Besar.

78
vii. Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Bendera Negeri Sabah

Keamanan dan kemakmuran

Menunjukkan Gunung
Kesucian dan keikhlasan
Kinabalu iaitu gunung

Keberanian dan keazaman.

Warna merah, biru dan putih adalah warna negeri.

Jata Negeri Sabah

● Dua lengan yang menjulang bendera


negeri ini melambangkan perpaduan
dan kerjasama dalam kalangan
masyarakat berbagai kaum di negeri ini
ke arah kemajuan dan kejayaan.
● Di bawahnya ialah sebuah perisai.
● Cogan kata negeri Sabah iaitu
"SABAH MAJU JAYA".
● Lambang gunung menunjukkan
Gunung Kinabalu.

79
viii. Sarawak Bumi Kenyalang

Bendera Negeri Sarawak

Hitam lambang kekayaan sumber Lambang cita-cita tinggi rakyat dan hasrat
asli Sarawak seperti minyak dan perjuangan kita untuk meninggikan mutu
balak. kehidupan selepas merdeka.

Bintang pecah Sembilan mewakili


Sembilan bahagian asal negeri
Sarawak.

Kuning lambang kedaulatan undang- Merah lambang keberanian,


undang, perpaduan dan kestabilan rakyat. kesungguhan dan keazaman rakyat.

Jata Negeri Sarawak

● Burung kenyalang lambang keberanian,


kegagahan dan keazaman.
● Sayap dan ekor burung kenyalang
mempunyai 13 jalur mewakili 13 buah negeri
dalam Malaysia.
● Bunga raya melambangkan bunga
kebangsaan Malaysia.
● Bintang pecah sembilan mewakili sembilan
bahagian asal negeri Sarawak.
● Cogan kata negeri ini ialah "BERSATU,
BERUSAHA, BERBAKTI".

80
ix. Selangor Darul Ehsan

Bendera Negeri Selangor

Bulan dan bintang


tanda agama Islam
sebagai agama rasmi.

Warna putih
lambang kesucian
agama Islam.

Empat bahagian berwarna kuning dan merah itu


maksudnya darah dan daging iaitu dua unsur yang perlu
untuk memberikan jiwa dan tenaga kepada negeri ini.

Jata Negeri Selangor

● Bintang dan anak bulan tanda Agama Islam


sebagai agama negeri.
● Tombak merah berserta keris pendek dan
keris panjang melambangkan alat kebesaran
negeri.
● Tulisan Jawi bermaksud "SELANGOR
DIPELIHARA ALLAH" ialah cogan kata
negeri.
● Tali bengkung di bawah cogan kata
melambangkan keberanian dan
kepahlawanan anak watan zaman dahulu.

81
x. Pahang Darul Makmur

Bendera Negeri Pahang

Putihmelambangkan Sultan
yang memerintah.

Hitam melambangkan rakyat.

Warna hitam di bawah putih membawamakna rakyat sentiasa menjunjung


perintah Sultan manakala Sultan pula berkuasa dengan sokongan rakyat.

Jata Negeri Pahang

● Tombak bermata besar dan berbentuk seperti


daun kopi melambangkan kemakmuran rakyat.
● Warna emas menandakan emas sebagai
hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.
● Gading gajah yang bersilang melambangkan
kebesaran dan kekuasaan Sultan.
● Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah
lembut sebagai simbolik pemerintah yang tidak
menggunakan kekerasan.

82
xi. Perak Darul Ridzuan

Bendera Negeri Perak

Warna lambang kebesaran

Duli Yang Maha Mulia


Paduka Seri Sultan Perak

Duli Yang Teramat Mulia


Raja Muda Perak

Duli Yang Amat Mulia


Raja Di Hilir Perak

Jata Negeri Perak

● Gubahan di tengah-tengah adalah


gubahan yang dipakai oleh Sultan pada
tengkolok menandakan kedaulatan Sultan.
● Anak bulan sabit menandakan Islam
sebagai agama rasmi.
● Lingkaran pada anak bulan lambang
kemakmuran negeri.

83
xii. Perlis Indera Kayangan

Bendera Negeri Perlis

Warna kuning mewakili


D.Y.M.M. Raja.

Warna biru mewakili


rakyat.

Lambang kerjasama erat


antara Raja dan rakyat.

Jata Negeri Perlis

●Perisai lambang kebanggaan dan


kehormatan negeri.
●Lingkaran bulat di dalam perisai menunjukkan
hasil utama negeri iaitu padi.
● Warna kuning lambang warna Diraja.
●Lingkaran padi lambang kemakmuran negeri

84
xiii. Pulau Pinang

Bendera Negeri Pulau Pinang

Pohon pinang bersempena nama asal negeri Pulau Pinang

Laut yang Simbol Simbol


mengelilingi keamanan dan kemakmuran
pulau kedamaian

Jata Negeri Pulau Pinang

●Pohon pinang lambang asal nama Pulau Pinang.


●Lima petak warna sebagai asas pokok pinang
mewakili lima prinsip Rukunegara dan lima daerah
pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.
●Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar
Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua
tiang dan empat kabel yang menegakkan tiang
tersebut.
●Dua tiang ini lambang Serampang Dua Mata di
dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
●Empat kabel pada jambatan lambang perpaduan
pelbagai kaum.
●Jalur-jalur biru dan putih adalah simbol lautan.

85
xiv. Terengganu Darul Iman

Bendera Negeri Terengganu

Latar putih
mewakili D.Y.M.M.
Sultan
Anak bulan dan
bintang tanda
Islam agama rasmi
negeri.
Tanah hitam
mewakili rakyat.

Membawa makna Sultan sebagai pelindung kepada seluruh


rakyat.

Jata Negeri Terengganu

●Bulan dan bintang menunjukkan Islam


agama rasmi negeri.
●Mahkota lambang pemerintahan Diraja.
●Pedang, keris panjang dan cokmar lambang
kebesaran negeri.
●Buku di sebelah kanan ialah Al-Quran,
lambang kesucian agama Islam. Buku di
sebelah kiri pula melambangkan undang-
undang yang menandakan keadilan dan
kedaulatan negeri.
●Wali melambangkan kebesaran istiadat
negeri.

86
PEMIMPIN NEGERI-NEGERI

NEGERI
NEGERI PAHANG
TERENGGANU
a) DYMM Sultan
a) DYMM Sultan
b) Menteri Besar
b) Menteri Besar

NEGERI PERLIS NEGERI SELANGOR


a) DYMM Raja a) DYMM Sultan
b) Menteri Besar b) Menteri Besar

NEGERI SEMBILAN
NEGERI JOHOR
a) DYMM Yang di-
Pertuan Besar a) DYMM Sultan
b) Menteri Besar b) Menteri Besar

NEGERI KELANTAN NEGERI PERAK


a) DYMM Sultan a) DYMM Sultan
b) Menteri Besar b) Menteri Besar

NEGERI KEDAH PULAU PINANG


a) DYMM Sultan a) TYT Yang di-Pertua
b) Menteri Besar Negeri
b) Ketua Menteri

NEGERI MELAKA NEGERI SABAH


a) TYT Yang di- a) TYT Yang di-Pertua
Pertua Negeri Negeri
b) Ketua Menteri b) Ketua Menteri

NEGERI SARAWAK
a) TYT Yang di-Pertua
Negeri
b) Ketua Menteri

87
KHIDMAT MASYARAKAT

PENGENALAN

Khidmat masyarakat boleh dianggap sebagai satu tindakan membantu golongan masyarakat yang
memerlukan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Aktiviti-aktiviti sebegini secara tidak
langsung dapat meningkatkan semangat kesukarelaan dalam kalangan murid-murid. Antara aktiviti-
aktiviti khidmat masyarakat adalah seperti berikut:

gotong royong dan bantuan di rumah kebajikan

kutipan derma untuk disumbangkan kepada


badan kebajikan

membersihkan kawasan bencana

pembersihan kawasan perkuburan

FAEDAH AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT

Aktiviti khidmat masyarakat sangat penting dan perlu dititikberatkan kepada semua lapisan
masyarakat. Aktiviti seumpama ini boleh dibuat sebagai aktiviti tahunan ataupun berkala bagi
meningkatkan lagi rasa tanggungjawab dalam kalangan murid-murid. Antara faedah aktiviti khidmat
masyarakat adalah seperti berikut:

memberikan murid persepsi memupuk semangat menghargai


tentang kehidupan yang sebenar warga tua dan yang memerlukan

Faedah Aktivti
Khidmat
Masyarakat

menjauhkan murid-murid melahirkan murid-murid


daripada aktiviti yang tidak sihat yang berkeperibadian tinggi

88
KAWAD STATIK DAN KAWAD DINAMIK

KAWAD DINAMIK

KE KANAN / KE KIRI PUSING

a) Penerangan
.
KOMANDER

HADAPAN
KIRI Barisan Skuad KANAN

BELAKANG

i. Kedudukan hadapan sentiasa menghadap komander namun apabila barisan


menghadap ke belakang, kanan dan kiri barisan bertukar.
ii. Pusingkan kaki kanan / kiri tanpa mengangkat tapak kaki mengikut arahan.
iii. Angkat kaki kanan / kiri di belakang dan hentakkan di sebelah kaki kiri / kanan di
hadapan dan terus sedia.

b) Ayat Hukuman

i. Dari hadapan ke kanan – “Bergerak ke kanan, bertiga-tiga, kanan pusing!”


ii. Dari hadapan ke kiri – “Bergerak ke kiri, bertiga-tiga, kiri pusing!”
iii. Dari kanan ke kiri – “Bergerak ke kiri, bertiga-tiga, ke belakang pusing!”
iv. Dari kiri ke kanan – “Bergerak ke kanan, bertiga-tiga, ke belakang pusing!”
v. Dari belakang ke kanan – “Skuad akan bergerak ke kanan, kanan pusing!”
vi. Dari belakang ke kiri – “Skuad akan bergerak ke kiri, kiri pusing!

Peringatan : Ke belakang pusing sentiasa berpusing mengikut arah jam.

MENGHADAP KE BELAKANG / KE HADAPAN

a) Penerangan
KOMANDER

HADAPAN

KIRI Barisan Skuad KANAN

BELAKANG

89
i. Kedudukan hadapan sentiasa menghadap komander.
ii. Pusingkan kaki kanan / kiri tanpa mengangkat tapak kaki mengikut arahan.
iii. Angkat kaki kanan / kiri di belakang dan hentakkan di sebelah kaki kiri / kanan di
hadapan dan terus sedia.

b) Ayat Hukuman

i. Dari hadapan ke belakang – “Skuad akan menghadap ke belakang, belakang


pusing!”
ii. Dari kanan ke belakang – “Skuad akan menghadap ke belakang, ke kanan pusing!”
iii. Dari kiri ke belakang – “Skuad akan menghadap ke belakang, ke kiri pusing!”
iv. Dari belakang ke hadapan – “Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang
pusing!”
v. Dari kanan ke hadapan – “Skuad akan menghadap ke hadapan, kiri pusing!”
vi. Dari kiri ke hadapan – “Skuad akan menghadap ke hadapan, kanan pusing!”

Peringatan : Ke belakang pusing sentiasa berpusing mengikut arah jam.

MULA LANGKAH KAKI KIRI

Cepat Jalan

a) Penerangan

i. Dengan mengikut hukuman “Jalan” anggota kadet hendaklah sentiasa melangkah


dengan kaki kiri dan menghayun tangan kanannya ke hadapan.

ii. Hendaklah di ajar dengan nombor :

Cepat Jalan – Satu


Dengan pantas langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tumit
terpacak. Tapak kaki kanan di belakang rata dengan bumi. Dengan masa yang sama,
lenggangkan tangan kanan ke hadapan paras dengan bahu dan lenggang tangan kiri
ke belakang seberapa jauh yang boleh, muka terus pandang hadapan.
Skuad – Dua
Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tumit terpacak.
Tapak kaki kiri dibelakang rata dengan bumi .masa yang sama, tukarkan lenggang
tangan kiri ke hadapan paras dengan bahu dan tangan kanan ke belakang seberapa
jauh yang boleh.

iii. Apabila berjalan kehadapan, seseorang anggota kadet hendaklah memilih tanda-tanda
dihadapan dan berjalan ke arahnya. Tiap-tiap orang di dalam skuad adalah
bertanggungjawab untuk memelihara lurus barisan, menyimpan jarak-jarak dan langkah
yang betul.

b) Ayat Hukuman

“Cepat jalan!”

c) Kesalahan Biasa Dilakukan

i. Apabila berjalan bertiga-tiga, jarak yang tidak betul di antara barisan.


ii. Apabila berjalan dalam barisan, jarak yang tidak betul di antara anggota kadet.
iii. Pada setiap masa, barisan kurang lurus dan gaya lenggang tangan tidak sama dan tidak
serentak.

90
Berhenti Dari Cepat Jalan

a) Penerangan (Berhenti dengan Nombor)


Berhenti – Satu
i. Hukuman diberi pada kaki kanan melalui kaki kiri.
ii. Penuhkan langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dan berhenti, tapak kaki
kanan rata diatas bumi, kaki kiri di belakang dengan keadaan tumit terangkat dan
kedua-dua lutut tegang.
iii. Tangan kanan masih dalam keadaan berlenggang ke belakang, tangan kiri lenggang
ke hadapan, anggota badan yang lain terus pandang ke hadapan.
Skuad – Dua
i. Bawa kaki kiri kehadapan sejauh 15 inci dengan keadaan tapak kaki tergantung, lutut
ditegangkan di atas kaki kanan.
ii. Dalam masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan, tangan kiri ke
belakang.
Skuad – Tiga
i. Bengkokkan lutut kaki kanan ke hadapan, tangan kiri ke hadapan, peha paras,
hentakdisebelah kaki kiri sampai kedudukan sedia.
ii. Dalam masa yang sama bawa kedua-dua tangan dengan pantas ke kedudukan
sedia.

b) Ayat Hukuman
“Berhen…ti!”

Peringatan : Dengan kiraan „cek,satu, dua‟.

HORMAT KE HADAPAN

Cara Memberi Hormat Dengan Nombor

a) Penerangan
Ke Hadapan Hormat – Satu

i. Bawa tangan kanan ke hadapan, bengkokkan siku dan rapat ke badan,


lengan sama paras, tapak tangan menghala ke dalam, jari-jari rapat dan lurus
ke hadapan.
ii. Kesalahan biasa dilakukan :
 Siku tangan kanan tidak rapat ke badan.
 Lengan tidak sama.
 Jari -jari tidak lurus dan rapat.
 Tapak tangan tidak menghala ke dalam.

Skuad – Dua

i. Bawa tangan kanan ke atas kedudukan hormat, tapak tangan menghala


kebawah, jari-jari lurus dan rapat.
ii. Jari telunjuk kena pada kening di sebelah kanan. Tapak tangan lurus dengan
sudut lengan dan mata terus pandang ke hadapan.

Peringatan: Kepada orang yang memakai peak cap, letakkan jari telunjuk di
atas peak cap (pelindung mata).

iii. Kesalahan biasa dilakukan :


 Tapak tangan menghala ke hadapan.
 Jari-jari tidak rapat dan melengkung.
 Kepala tunduk ke bawah.

91
Skuad – Tiga

i. Bawa siku kanan rapat ke badan, lengan cendong ke hadapan sedikit dan
jari-jari genggam. Kedudukan sama rata dengan bahu kanan.
ii. Kesalahan biasa dilakukan :
 Tangan tidak tegak dengan betul.
 Siku tidak rapat ke badan.
 Jari-jari tidak digenggam.

Skuad – Empat

i. Bawa kedudukan tangan kepada keadaan sedia.

Hormat Ke Hadapan Semasa Berjalan

a) Penerangan

i. Hukuman jatuh pada kaki kiri semasa kaki kanan penuh di atas.
ii. Anggota kadet membuat pergerakan seperti berhenti jalan dengan kiraan “Cek, Satu,
Dua”.
iii. Kemudian memberi hormat ke hadapan, turun tangan, hormat kembali dan turun
tangan.
iv. Seterusnya, berpusing ke belakang, angkat kaki kiri, bengkokkan lutut, peha paras
dan hentak di sebelah tumit kaki kanan sampai seperti kedudukan sedia.

v. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tumit terpacak.
Tapak kaki kiri dibelakang rata dengan bumi .masa yang sama, lenggang tangan kiri
ke hadapan paras dengan bahu dan tangan kanan ke belakang seberapa jauh yang
boleh dan terus maju.

b) Ayat Hukuman
“Hormat ke hadapan… hormat!”

BERPUSING KE BELAKANG SEMASA BERJALAN

a) Penerangan
Terdapat enam pergerakan bagi pergerakan ke belakang pusing semasa berjalan.

Kebelakang Pusing – Satu

i. Hukuman diberi apabila kaki kiri rata melalui kaki kanan.


ii. Penuhkan langkah kaki kiri kehadapan 30 inci dan berhenti, dengan tapak
kaki kiri rata diatas bumi.
iii. Tumit kaki kanan dibelakang terangkat sedikit, tangan masih berlenggang.
Skuad – Dua

i. Dengan pantas bawa kaki kanan kehadapan, tumit kaki kanan berada di
perut (lekuk) kaki kiri, ke hadapan tergantung sedikit.
ii. Dalam masa yang sama bawa kedua-dua tangan rapat seperti kedudukan
sedia.
Skuad – Tiga

i. Dengan pantas pusingkan kepala, bahu dan badan 90 darjah kekanan.


ii. Berpusing di atas kaki kanan, dalam masa yang sama bengkokkan lutut,
peha paras dan hentakkan kaki kiri disebelah kaki kanan sampai dalam
kedudukan sedia.

92
Skuad – Empat

i. Pusingkan kepala, bahu dan badan 90 darjah kekanan dan pusing diatas kaki
kiri.
ii. Bengkokkan lutut kanan, peha paras dan hentakkan kaki kanan disebelah
kaki kiri sampai kedudukan sedia.
Skuad – Lima

i. Bengkokkan lutut kiri, peha paras dan hentakkan kaki kiri di sebelah kaki
kanan sampai dalam kedudukan sedia.
ii. Anggota yang lain tidak berubah.

Skuad – Enam

i. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci, pacak tumit dengan masa
yang sama lenggangkan tangan terus berjalan.

Peringatan : Semasa mengira masa skuad hendaklah berteriak “Cek, Potong, Kiri, Kanan, Kiri, Maju”.

b) Ayat Hukuman

Ayat hukuman sama seperti hukuman ke belakang pusing (statik).

c) Kesalahan Biasa Dilakukan

i. Membongkokkan badan ke hadapan apabila membengkokkan lutut.


ii. Menghulur ke hadapan pada pergerakan kedua dan ketiga.
iii. Melangkah kaki kanan pada pergerakan yang keenam dan tidak melenggang
tangan yang sama.

93
ANDUH

PENGENALAN KAIN PEMBALUT TIGA SEGI


Kain pembalut atau anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan
cemas kerana boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran seperti di
bawah:

Antara kegunaan kain segi tiga adalah:

a. Mengampu bahagian yang cedera atau patah.


b. Menghenti atau menahan pendarahan.
c. Menetapkan bahagian yang cedera.
d. Menutup tempat yang luka atau cedera.
e. Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.

KEPATAHAN PADA TANGAN DAN KAKI


Patah didefinisikan sebagai terputusnya kesinambungan struktur tulang. Patah ini boleh disebabkan
oleh pukulan atau hentaman objek, tarikan otot yang kuat dan faktor penyakit seperti tumor tulang.

Antara tanda-tanda kepatahan yang boleh dilihat dengan jelas adalah seperti bengkak atau
lebam di tempat yang patah, sakit apabila disentuh, anggota yang patah tidak berfungsi, mengalami
perubahan bentuk fizikal dan berbunyi pada bahagian yang digerakkan.

Jika seseorang disyaki mengalami kepatahan, tiga langkah berikut hendaklahdilaksanakan.

1 Hentikan pendarahan (jika ada)

Rehatkan mangsa - pastikan mangsa dapat bernafas dengan


2 betul

Kurangkan pergerakan anggota yang patah - kurangkan


3 sakit/elak kepatahan bertambah teruk

94
i. Kepatahan tangan

Berikut merupakan cara membuat rawatan jika berlaku kepatahan di bahagian lengan
atau tangan.

Langkah pertama:
 Jika terdapat luka, rawat dan balut luka tersebut terlebih
dahulu.
 Ampukan tangan yang patah dengan tangan yang sebelah
lagi.
 Letakkan kain anduh seperti kedudukan dalam gambar.

Langkah kedua:
 Naikkan hujung kain anduh ke atas mengikut keselesaan
mangsa.
 Ikat hujung anduh yang dinaikkan dengan yang satu lagi
menggunakan simpulan buku sila.

Langkah ketiga:
 Hujung kain anduh yang terkeluar disematkan ke bahagian
dalam dan dipinkan menggunakan pin keselamatan (jika
perlu).

95
ii. Kepatahan kaki

Langkah pertama:
 Pastikan mangsa tidak banyak bergerak atau tidak bergerak.
 Pegang bahagian yang cedera dengan teguh.

Langkah kedua:
 Jika terdapat luka, hentikan pendarahan dan rawat luka tersebut terlebih dahulu.

Langkah ketiga:

 Cari sesuatu benda untuk dijadikan sebagai alat sokongan untuk bantu
mengampu dan meluruskan kaki mangsa.
 Contoh benda yang dapat digunakan surat khabar kepingan papan, batang kayu
atau ranting yang kukuh.
 Letakkan bahan ampu itu di bahagian sisi anggota yang cedera.
 Setelah itu, gunakan kain anduh untuk mengikat. Pastikan simpulan dibuat di
bahagian anggota yang tidak cedera.

96
SIMPULAN DAN IKATAN

a) Simpul Angka Lapan

Simpul Angka Lapan


( Figure of Eight )

 Digunakan untuk mematikan hujung tali.


 Sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak terburai
jika hujung tali itu pecah.
 Lebih mudah dibuka berbanding simpul mati.

Langkah membuat Simpul Angka Lapan ( Figure of Eight )

b) Simpulan Tindih Kasih

Simpul Tindih Kasih


( Bowline )

 Sebagai tali pandu untuk menyelamat.


 Ikatan ini berguna untuk membuat gelung tali.

Langkah membuat Simpul Tindih Kasih ( Bowline )

97
c) Simpul / Ikatan Balak

Simpul Balak
( Timber Hitch )

 Digunakan untuk mengikat objek.


 Digunakan untuk menaik dan menurunkan kayu, papan
atau peralatan dari tempat tinggi dengan selamat.
 Amat kukuh dan mudah dibuat dan dibuka.

Langkah membuat Ikatan Balak ( Timber Hitch )

PENJAGAAN TALI

* Rujuk muka surat 128.

98
ALAT PEMADAM KEBAKARAN DAN ALIH GANTI
PENGENALAN
Ramai orang biasa melihat alat pemadam api, akan tetapi tidak semua yang melihatnya mengetahui
cara ianya berfungsi. Alat ini tidak direkabentuk untuk mengatasi atau memadam api yang besar
tetapi ia adalah untuk memadamkan api kecil di peringkat permulaan kebakaran. Alat pemadam api
adalah salah satu media pemadaman untuk melawan kebakaran.
Dalam menjalankan kerja pemadaman kebakaran, alat pemadam api berperanan sebagai
“alat bantu mula” iaitu digunakan untuk memadam kebakaran diperingkat awal. Alat ini diletakkan
ditempat yang sesuai dan sentiasa di dalam keadaan baik. Setiap alat pemadam api permulaan
mestilah ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. Jenis yang
biasa dan banyak digunakan sekarang adalah dari jenis debu kering, di mana alat pemadamnya
berwarna biru muda. Alat pemadam api merupakan satu alat pencegahan kebakaran mudah alih
yang sangat penting dan dapat mencegah api menjadi lebih besar.

JENIS-JENIS ALAT PEMADAM API


Alat pemadam api yang digunakan untuk memadam kebakaran dibekalkan dalam pelbagai jenis dan
bentuk supaya sesuai digunakan mengikut kelas atau punca kebakaran.

Jenis pemadam api, kegunaan dan cara penggunaannya adalah seperti berikut:

Jenis Pemadam Api Kegunaan Spesifikasi


Kelas A : Memadam kebakaran yang Secara umum tabung berwarna
melibatkan bahan pepejal merah.
Jenis Air seperti kayu, kain dan kertas. Jarak pancutan : 6 meter
(A) Muatan : 9 Liter (12 kg-15 kg)
merah Memadam secara menyelimut dan
menyejuk.
Sesuai untuk kelas api jenis A
(Pepejal).
Kelas B : Memadam kebakaran yang Warna tabung kuning krim.
melibatkan bahan cecair dan Muatan : 9 Liter (14 kg –16 kg).
Jenis Buih gas Jarak pancutan : 4 – 5 meter.
(B) mudah terbakar seperti Memadam secara menyelimut.
putih minyak, cat, varnish, gas asli Sesuai untuk kelas api jenis B
dan gas asetilena. (Cecair)

Kelas C : Memadam kebakaran yang Warna tabung hitam.


berpunca dari arus elektrik Jarak pancutan : 2 meter bagi
Jenis Karbon seperti muatan 4.5 kg – 8 kg.
2
Dioksida papan transformer, peralatan Gas CO dalam tabung bentuk
(C/CO₂) kuasa cecair.
hitam elektrik, gas dan wap Bertindak secara menyelimut dan
menyejuk. Sesuai untuk kelas api
jenis B dan C (Gas)

99
Kelas D : Memadam kebakaran yang Secara umum tabung berwarna
melibatkan bahan logam biru muda.
Jenis Serbuk danbukan logam seperti Muatan 9 Liter (14 kg – 16 kg)
Kering kalium, magnesium,natrium, Jarak pancutan : 4 – 6 meter.
(ABC) titanium dan kebakaran yang Bertindak secara menyelimut.
biru boleh dipadamkan oleh Sesuai untuk semua jenis kelas
pemadam api kelas A, B dan api.
C.

PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API

Berikut adalah perkara yang perlu diberi perhatian ketika ingin menggunakan alat pemadam
api:

• mengenalpasti jenis, warna dan punca kebakaran yang sedang berlaku.


• agar tidak menggunakan alat pemadam api yang salah
Jenis api

• Memeriksa meter dan tarikh luput alat pemadam api


keadaan • Pastikan nozel / sumpitan tidak tersumbat
A.P.A

• Bawa alat pemadam api dengan betul (membimbit / memikul / mengepit)


• Tentukan jarak 3-4 kaki dengan punca api
Sebelum • Tentukan arah angin
memadam • Cabut pin keselamatan

• Halakan sumpitan ke arah punca api


• tekan picu
Semasa • pastikan api berjaya dipadamkan sepenuhnya. Jika tidak berjaya, gunakan A.P.A yang lain
memadam atau segera mendapatkan bantuan

1 2 3 4

100
PERKHEMAHAN

MENDIRIKAN DAN MENGEMAS KHEMAH

a) Mendirikan Khemah

Perkara yang perlu diambil kira sebelum mendirikan khemas adalah:


i. Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam bagi khemah yang tidak
berpintu. Pastikan cahaya tidak terus memancar ke dalam khemah.
ii. Didirikan berlawan dengan arah tiupan angin bagi mengelakkan hujan masuk ke
dalam khemah tetapi boleh mengadap tiupan angin ketika musim panas.
iii. Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah yang rata atau lereng bukit atau
pergunungan.
iv. Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah tumbang
dan juga jangan mendirikan di tempat yang berumput tebal dan dipenuhi lalang
supaya mengelakan serangga atau binatang berbisa.
v. Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila selesai
melakukan aktiviti pada siang hari.

Berikut adalah langkah-langkah bagi mengenalpasti dan menyediakan tapak khemah


sebelum dan semasa mendirikan khemah:
i. Bersihkan kawasan tapak khemah.
ii. Tentukan arah tiup angin, kemudian dirikan khemah.
iii. Bina parit kecil di sekeliling khemah untuk mengelakkan air hujan bertakung.
iv. Taburkan serbuk belerang (sulfur) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang
buas memasuki khemah pada waktu malam.

Terdapat pelbagai jenis khemah yang boleh digunakan untuk aktiviti perkhemahan. Dalam
modul ini, anggota kadet akan didedahkan dengan kaedah untuk mendirikan khemah jenis
dome.

i. Keluarkan khemah.

Kredit: http://www.wikihow.com

ii. Buka sepenuhnya khemah. Keluarkan tiang dan pancang serta semua perkakasan
untuk memasang khemah dan letakkan pada tempat yang berbeza.

101
Kredit: http://www.wikihow.com

iii. Memasang tiang pada khemah merupakan antara perkara yang paling penting dalam
proses memasang khemah ini. Hampir semua khemah jenis dome mempunyai tiang
yang bersambung dengan getah.

Kredit: http://www.wikihow.com

iv. Seterusnya masukkan tiang yang tersedia itu ke lubang luar khemah bermula dari
satu sisi ke sisi bertentangan. Pastikan tiang itu tidak terputus di tengah-tengah.

Kredit: http://www.wikihow.com

v. Setelah tiang itu kelihatan seperti huruf x, dirikan khemah tersebut. Tempatkan
hujung tiang itu di lubang sisi khemah. Pastikan rakan juga melaksanakan perkara
yang sama pada sisi yang bertentangan. Semasa hendak memasukkan tiang ini

102
hendaklah membengkokkan tiang tersebut kepada bentuk D. Ulangi proses ini untuk
tiang satu lagi.

Kredit: http://www.wikihow.com

vi. Seterusnya memasang kain hujan (kain luar). Pemasangan kain ini adalah sama
caranya dengan pemasangan khemah tadi.

Kredit: http://www.wikihow.com

vii. Jika kawasan tersebut mempunyai angin yang kencang sila pastikan pancang
dipasang di sisi khemah.
viii. Seterusnya letakkan beg khemah dan alatan khemah yang tidak di gunakan seperti
pacang yang berlebihan di dalam khemah supaya tidak hilang.

b) MENURUNKAN KHEMAH

Kaedah-kaedah bagi menurunkan khemah adalah seperti berikut:

i. Pasti segala barang dikeluarkan daripada khemah.


ii. Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan khemah.
iii. Kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah.
iv. Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada khemah.
v. Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari.
vi. Bentangkan khemah di atas tanah.
vii. Selepas itu, khemah perlu digulung dan segala pancang perlu dimasukkan di tengah-
tengah.

103
Kredit: http://www.wikihow.com

viii. Beg khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terburai di
pertengahan jalan.

Kredit: http://www.wikihow.com

ix. Bersihkan kawasan perkhemahan.

c) MENYEDIAKAN MAKANAN
Memasak ialah aktiviti penting dalam satu-satu perkhemahan. Pilihan cara memasak
bergantung kepada perkara-perkara berikut:

i. Jenis makanan yang hendak dimasak


ii. Masa untuk memasak
iii. Bahan api
iv. Persediaan untuk memasak
v. Selera seseorang
vi. Kelengkapan dapur

Terdapat 2 cara memasak makanan, iaitu dengan haba lembap dan haba kering.

i. Haba lembap (Makanan dimasak dalam cecair panas atau dengan wap air
mendidih)

104
- Mencelur (blanch)
 Makanan dimasukan ke dalam air mendidih selama seminit atau dua
untuk melembutkannya.

- Mengukus (steam)
 Makanan dimasak dengan wap air mendidih.
 Air hendaklah mendidih apabila makanan diletakkan dalam pengukus.
 Air hendaklah sentiasa mendidih semasa memasak.
 Cara mengukus menggunakan kuali, pengukus Siam, pengukus bluh,
pengukus berlapis dan periuk biasa.

- Merenih (simmer)
 Makanan dimasukkan ke dalam air mendidih. Suhunya direndahkan dan
makanan dimasak dengan perlahan sehingga empuk.

- Merendidih (stew)
 Makanan dimasak dengan perlahan dalam air yang sedikit di dalam
periuk bertutup untuk masa yang panjang.

- Merebus (boil)
 Makanan dimasukkan ke dalam air dan dididihkan. Periuk ditutup dan
makanan dimasak sehingga empuk.

Contoh kaedah memasak secara merebus ketika perkhemahan

ii. Haba kering

- Membakar (bake)
 Makanan dimasak dalam ketuhar bertutup dengan haba pancaran.
Ketuhar boleh dipanaskan dengan gas, elektrik, arang.

Contoh kaedah memasak dengan cara membakar

105
- Menggoreng tohor (shallow frying)
 Makanan digoreng dalam minyak separuh paras makanan.

- Merendang ( Menggoreng tanpa minyak)


 Mengoreng makanan tanpa minyak atau lemak seperti kacang tanah,
bijian dan kerisik

- Menggoreng dengan minyak banyak (deep frying)


 Makanan digoreng dalam minyak cukup untuk meliputi makanan.
 Contoh : kuih keria, udang sadur, daging gulung, kutlet

- Menumis (stir frying)


 Menggoreng makanan sekejap dalam sedikit minyak.

- Menggril (grill)
 Makanan dimasak di atas haba (dari bara api) atau di bawah haba
daripada gril dapur gas atau dapur elektrik

- Memanggang (roast)
 Makanan dimasak dalam udara panas di dalam ketuhar atau di depan api
terbuka.

Kaedah memasak dengan cara memanggang

Semasa aktiviti perkhemahan, terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan:

i. Jangan sesekali memasak di dalam khemah.


ii. Menghidupkan api sekadar keperluan dan tidak terlalu besar sehingga sukar untuk
dikawal.
iii. Memastikan aktiviti memasak dilakukan jauh daripada bahan-bahan mudah terbakar.
iv. Mencuci bahan mentah dengan air yang bersih.
v. Aktiviti memasak hendaklah dibawah pengawasan guru atau pegawai bertugas.
vi. Menggunakan air yang bersih daripada sumber air yang mengalir.

106
KESELAMATAN DI TEMPAT AWAM

KESELAMATAN DI SEKOLAH

PENGENALAN

Sekolah merupakan tempat di mana murid-murid menimba ilmu pengetahuan. Hampir separuh
daripada hari murid-murid diluangkan di sekolah. Jadi keselamatan murid-murid di kawasan sekolah
perlu dititikberatkan. Terdapat beberapa perkara yang murid perlu ambil perhatian bagi menjamin
keselamatan mereka ketika berada di kawasan sekolah.

Pihak kementerian juga telah mengambil langkah bagi memastikan keselamatan murid-murid
berada di dalam keadaan sebaik mungkin ketika mereka menjalankan segala aktiviti di sekolah. Pihak
kementerian telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas sebagai panduan semua pihak
terutamanya bagi pihak pentadbir sekolah serta guru untuk menjalankan langkah keselamatan yang
komprihensif di sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai
pengurusan keselamatan murid di sekolah

107
KAWASAN BERBAHAYA DI DALAM DAN DI SEKITAR KAWASAN SEKOLAH

a) Di Dalam Bilik Darjah

Bilik darjah merupakan kawasan yang paling utama bagi murid-murid kerana bilik darjah
merupakan tempat paling lama murid-murid luangkan semasa sesi persekolahan. Antara
yang berisiko di dalam bilik darjah adalah seperti tingkap bilik darjah. Bucu tingkap tersebut
tajam dan boleh mencederakan murid-murid.

Selain itu, meja dan kerusi juga berbahaya kepada murid terutama meja dan kerusi
yang tidak sempurna atau telah rosak. Murid-murid perlu berhati-hati agar perkara yang tidak
diingini boleh dielakkan.

Gambar hiasan: bilik darjah

b) Di Luar Bilik Darjah

Kawasan sekolah merupakan kawasan yang luas. Oleh yang demikian, terdapat banyak
kawasan di sekolah yang berisiko kepada murid-murid. Di kawasan-kawasan inilah
terdapatnya peralatan-peralatan atau keadaan di mana boleh mendatangkan mudarat dan
kecederaan kepada murid-murid. Murid-murid perlu mengenalpasti dan berhati-hati dengan
kawasan-kawasan berbahaya dan berisiko di kawasan sekolah ini.

Gambar hiasan: Kawasan Sekolah

Tempat pelupusan atau pembakaran sampah di sekolah adalah merupakan salah


satu tempat berisiko dan berbahaya kepada murid-murid. Tempat pelupusan sampah seperti

108
itu mungkin menjadi tempat bagi haiwan-haiwan berbisa seperti kala jengking, ular ataupun
tebuan bersarang dan membiak.

Selain daripada itu, tandas juga merupakan tempat yang berisiko bagi murid-murid.
Kemalangan seperti terjatuh atau tergelincir serta terhantuk mungkin berlaku. Selain daripada
itu, tandas juga merupakan tempat berpotensi bagi haiwan berbisa seperti kala jengking serta
ular berada dan murid-murid perlu berhati-hati semasa ke tandas.

Gambar hiasan: tandas sekolah

Lubang kumbahan dan juga parit besar yang terbuka sememangnya berisiko bagi
murid-murid. Terdapat kes di mana murid mati akibat terjatuh ke dalam lubang kumbahan.
Murid-murid tidak seharusnya bermain berhampiran kawasan-kawasan tersebut.

Lubang kumbahan sekolah

109
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA DI SEKOLAH

Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil ialah:

a) Memahami, mengetahui dan mengikuti peraturan-peraturan bilik khas seperti Makmal Sains,
Bilik Kemahiran Hidup, Pusat Sumber dan lain-lain agar kemalangan dapat dielakkan.

b) Mengelakkan diri daripada bermain / berada di kawasan-kawasan larangan seperti


berhampiran lubang kumbahan, parit, kawasan semak serta belukar.

c) Berhati-hati ketika berada di dalam dan ketika menggunakan peralatan atau radas di bilik
khas seperti gergaji dan penukul di dalam bilik Kemahiran Hidup serta radas-radas Sains di
dalam Bilik Sains.

d) Sentiasa melakukan segala aktiviti dengan pengawasan guru.

e) Beratur dengan teratur ketika membeli makanan dan elakkan berlari serta bermain ketika
berada di kantin.

f) Elakkan bermain di kawasan sunyi seperti di belakang bangunan dan jangan berlari di
kawasan persekitaran bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku.

g) Jalankan aktiviti di padang dengan pengawasan guru serta tidak memanjat tiang gol dan
menggunakan peralatan sukan tanpa kebenaran guru.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil ketika berhadapan dengan situasi bahaya ketika berada
di sekolah.

a) Berhadapan dengan binatang berbisa

i. Jika berhadapan dengan binatang berbisa seperti ular, kala jengking atau sebagainya
ketika berada di sekolah, pastikan jarak anda jauh daripada binatang tersebut.
ii. Segera memaklumkan kepada guru atau pengawal keselamatan yang berhampiran.
iii. Pastikan tidak kembali ke kawasan tersebut dan tunggu guru atau orang dewasa
yang lain membuat tindakan selanjutnya.

Terdapat juga kes binatang berbisa di kawasan sekolah

110
b) Berhadapan dengan situasi kebakaran bangunan di sekolah

i. murid-murid dikehendaki tidak panik dan mengikuti arahan guru.


ii. Dengan seberapa segera, murid diminta untuk keluar ke kawasan perhimpunan
kecemasan yang ditetapkan mengikut pelan kecemasan kebakaran.

c) Melihat rakan diambil oleh orang yang tidak dikenali / diculik ketika pulang dari sekolah

i. Jika terlihat rakan anda sedang bergelut dengan orang yang tidak dikenali, segera
memaklumkan kepada pengawal keselamatan sekolah.
ii. Jika terlambat, segera lihat dan catat atau hafal nombor pendaftaran kenderaan
penculik berkenaan.
iii. Terus memaklumkan kepada guru berserta butiran kenderaan penculik, keadaan dan
rupa penculik.

Gambar hiasan : Lakonan semula situasi penculikan kanak-kanak

d) Berhadapan situasi rakan mengalami kecederaan

i. Jangan panik.
ii. Pastikan rakan berada di luar atau jauh dari kawasan bahaya.
iii. Nilai tahap kecederaan rakan. Jika rakan mengalami kecederaan ringan, laksanakan
bantu mula kepada rakan dan kemudian terus memaklumkan kepada guru.
iv. Jangan laksanakan bantu mula jika kecederaan rakan anda teruk. Segera
maklumkan kepada guru.

111
TAHUN 6
MODUL TUNAS ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

112
KETATANEGARAAN

PENDAHULUAN
Negara kita mempunyai bendera dan jata negara. Bendera dan jata negara ini telah menjadi identiti
rasmi bagi negara kita.

JALUR GEMILANG & JATA NEGARA

Jalur Gemilang

Jalur Gemilang merupakan nama rasmi yang diberikan kepada Bendera Malaysia. Pengisytiharan
nama Jalur Gemilang pada Bendera Malaysia telah diadakan pada 30 Ogos 1997, tepat jam 11.58
malam di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad yang merupakan
Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Warna kuning mewakili warna


Di Raja bagi Duli-Duli Yang Bintang pecah 14 mewakili 13
Maha Mulia Raja-Raja. buah negeri dan Kerajaan
Persekutuan.

Anak bulan
menandakan 14 jalur merah
agama Islam dan putih
sebagai mewakili
agama rasmi Kerajaan
Malaysia. Persekutuan
dan 13 buah
negeri di
Malaysia.

Warna biru lambang perpaduan rakyat


Malaysia.

113
Jata Negara
Jata negara Malaysia merupakan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang telah
diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Reka bentuk jata negara telah
diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna beserta lambang-
lambang yang mempunyai maksud yang tersendiri.

Bintang pecah 14 mewakili


Anak bulan dan
13 buah negeri dan wilayah bintang lambang Islam 5 bilah keris mewakili 5
yang membentuk sebagai agama rasmi negeri Melayu Tidak
Persekutuan Malaysia Bersekutu dahulu (Johor,
Kedah, Perlis, Kelantan
dan Terengganu).
Dua ekor harimau Malaya
keberanian dan kekuatan
4 warna mewakili 4 negeri
Melayu Bersekutu dahulu
Perisai lambang (Pahang, Perak, Selangor
kekuatan dan dan Negeri Sembilan).
kesanggupan
mempertahankan
Malaysia.
Pohon Melaka lambang
negeri Melaka
Pohon pinang lambang
negeri Pulau Pinang
Burung kenyalang
Lambang negeri Sabah lambang negeri Sarawak

Cogan kata negara Warna kuning warna Diraja


Bunga raya bunga
kebangsaan Malaysia

RUKUN NEGARA

Rukun negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 ekoran daripada tragedi rusuhan kaum pada 13
Mei 1969.Tujuan Rukun Negara diadakan adalah untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia
bagi memelihara kesejahteraan dan keharmonian bersama.

Prinsip-Prinsip Rukun Negara

Cita-cita dan hasrat Rukun Negara dapat dicapai jika prinsip-prinsip Rukun Negara dapa
tdihayati rakyat dengan sepenuhnya. Prinsip Rukun Negara ada lima iaitu;

114
1.Kepercayaan
Kepada Tuhan

2. KesetiaanKepada
Raja Dan Negara
5. Kesopanan
Dan Kesusilaan

3. Keluhuran
4. Kedaulatan Perlembagaan
Undang-Undang

Huraian Prinsip Rukun Negara

• Setiap rakyat wajib mempercayai Tuhan.


• Agama Islam adalah agama rasmi negara, namun agama lain bebas
KEPERCAYAAN diamalkan.
KEPADA TUHAN
• Orang yang berpegang kepada agama akan sentiasa berdisiplin dan
menjaga akhlak.

KESETIAAN •Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua negara.


KEPADA RAJA DAN
NEGARA •Setiap rakyat perlu taat dan setia kepada raja dan negara.

•Rakyat bertanggungjawab mematuhi Perlembagaan yang menjadi


KELUHURAN tunggak undang-undang negara.
PERLEMBAGAAN •Rakyat perlu mendukung dan mempertahankan Perlembagaan demi
keamanan dan kemakmuran negara.

•Sistem pemerintahan negara harus berteraskan undang-undang yang


KEDAULATAN digubal oleh kerajaan.
UNDANG-UNDANG •Setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama mempunyai hak yang
sama dari segi undang-undang.

•Rakyat perlu bertindak secara sopan dan mematuhi susila masyarakat.


•Rakyat perlu berakhlak mulia dan saling menghormati antara satu
KESOPANAN DAN
sama lain.
KESUSILAAN
•Rakyat tidak harus mempersoalkan isu sensitif yang boleh menggugat
perpaduan negara.

115
PEMIMPIN NEGARA

i. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Sejarah Perdana Menteri Malaysia

TUNKU ABDUL RAHMAN TUN ABDUL RAZAK BIN


TUN HUSSEIN ONN
PUTRA AL-HAJ HUSSEIN
15 JANUARI 1976 - 16
31 OGOS 1957 - 22 22 SEPTEMBER 1970 - 14
SEPTEMBER 1970 JULAI 1981
JANUARI 1976
BAPA KEMERDEKAAN BAPA PERPADUAN
BAPA PEMBANGUNAN

PERTAMA KEDUA KETIGA

TUN ABDULLAH BIN


TUN DR MAHATHIR BIN
HAJI AHMAD BADAWI YAB DATO' SERI MOHD
MOHAMAD
31 OKTOBER 2003 - 3 NAJIB BIN TUN HAJI
16 JULAI 1981 - 30 ABDUL RAZAK
APRIL 2009
OKTOBER 2003
BAPA PEMBANGUNAN 4 APRIL 2009 - KINI
BAPA PEMODENAN
MODAL INSAN

KEEMPAT KELIMA KEENAM

Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Perdana
Menteri bertangunggjawab untuk memaklumkan kepada Yang Di-Pertuan Agong tentang segala
urusan pentadbiran negara.

Di bawah Perdana Menteri terdapat seorangTimbalan Perdana Menteri. Timbalan Perdana


Menteri akan membantu menjalankan tugas Perdana Menteri semasa ketiadaan Perdana Menteri.
Ketiadaan Perdana Menteri bermaksud Perdana Menteri berada di luar negara kerana lawatan rasmi,
bercuti, sakit dan sebagainya.

116
PERDANA MENTERI TIMBALAN PERDANA MENTERI

BIOGRAFI

YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun NAMA YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid
Haji Abdul Razak Hamidi

23 Julai 1953 TARIKH LAHIR 4 Januari 1953


Kuala Lipis, Pahang TEMPAT LAHIR Bagan Datoh, Perak
Datin Seri Rosmah binti Mansor NAMA ISTERI Datin Seri Hamidah Khamis
5 orang BILANGAN ANAK 5 orang
 St. John’s Institution.  Sekolah Kebangsaan Sungai
 Malvern Boy’s College, LATAR BELAKANG Balai
Worcestershire, England. PENDIDIKAN  Sekolah Menengah Agama
 University of Nottingham, Izuddin Shah, Ipoh
Ijazah Ekonomi Perindustrian  Sekolah Tengku Ampuan
Rahimah, Klang
 Universiti Malaya, Ijazah
Sarjana Muda Sastera
(Kepujian), 1975
 Central Bank – STC, Cert. in
Banking, 1976
 Harvard Business School, Cert.
Senior Mgt Dev., 1981
 Institute of Marketing – NPC,
Diploma Pemasaran, 1983
 Universiti Putra Malaysia,
Master Sains (Komunikasi
Korporat), 2000
 Universiti Putra Malaysia,
Doctor of Philosophy (PhD)
UPM/Communication Science,
2008

3 April 2009 TARIKH LANTIKAN 29 Julai 2015

Menteri Kewangan JAWATAN LAIN Menteri Dalam Negeri

117
ii. Senarai Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

1952-1957
KOL. G. W. SOMERVILLE

1957-1964
KOL. J.D. STEWART

1964-1967
KOL. DULEEP SINGH KAULSAY

1968-1980
KOL. (PA). ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL

1980-1993
BRIG. JEN. (PA) ABIDIN BIN ISMAIL

1994-1998
MEJ. JEN. (PA) ABD. WHAHID BIN SELAMAT

1999-2000
MEJ. JEN. (PA) ABD WAHAB BIN HJ MOHD JOHAR

2000-2003
LT JEN. (PA) DATO' HJ SHAFEE BIN HJ ABU BAKAR

2003-2005
LT. JEN (PA) DATO' HJ JAMEL BIN ARIFFIN

2005-2008
Pj. (PA) DATO' NASIR BIN MAT DAM

2008-2011
Pj. (PA) DATO' ABDUL HALIM BIN ABDUL HAMID

2011-2014
Pj. (PA) DATO' SULAIMAN BIN HJ KELING

2014-2015
Pj. (PA) DATO' ZAITUN AB SAMAD

2015-2016
KPj. (PA) DATUK OGU SALIM OMAR

2017-SEKARANG
MEJ. JEN. (B) KPj. (PA) DATO’ AZMY BIN YAHYA

118
PENGURUSAN DIRI

PENGENALAN

Mengurus diri penting jika mahu jadi orang berjaya. Pengurusan diri yang baik adalah seimbang dari
segala aspek. Penumpukan kepada aspek intelek dan pengetahuan semata-mata tidak dapat
membentuk insan yang berjaya keseluruhannya. Terdapat beberapa aspek yang perlu dititik beratkan
oleh murid-murid dalam menguruskan diri ke arah pembentukan diri yang sempurna dan berjaya
dalam semua bidang kehidupan.

ASPEK-ASPEK PENGURUSAN DIRI

Terdapat beberapa aspek pengurusan diri serta huraiannya yang perlu diberi perhatian oleh murid-
murid. Aspek-aspek tersebut ialah fizikal, mental, emosi dan rohani.

i. Aspek Fizikal

kebersihan
diri

riadah / Aspek penampilan


senaman diri
Fizikal

makanan

ii. Aspek Mental


Mental memainkan peranan yang penting bagi menjadikan seseorang itu berfikiran baik dan
dapat menguruskan diri dengan sempurna. Kita perlu menguruskan mental kita dengan baik.
Bagaimanakah untuk menguruskan mental kita?

119
elakkan perkara yang
merosakkan otak seperti
merokok, melihat bahan
lucah, mengambil dadah dan
sebagainya

tambah pengetahuan
dengan menuntut ilmu

tingkatkan kemahiran diri

lakukan hobi masa lapang


yang bermanfaat

menyampaikan ilmu
kepada orang lain

iii. Aspek Emosi

Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang,
gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Emosi juga didiskripsikan sebagai kehebatan
dan kepekaan perasaan yang selalunya diluahkan dari dalam diri kepada tingkah laku
tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan
mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti
mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.

Emosi perlu dijaga dan diuruskan sebaiknya agar diri murid-murid seimbang dan dapat hidup
dengan keadaan harmonis serta tenteram. Perkembangan emosi sangat penting sejajar
dengan kepentingan intelek murid-murid. Antara kaedah bagi menguruskan emosi adalah:

berbuat kebaikan kepada


semua

tahan tekanan

suburkan sifat berlumba ke


arah kebaikan
terapkan rasa bersyukur
terhadap nikmat yang diberi
buang sifat dendam serta iri
hati yang negatif

120
iv. Aspek Rohani

Kesihatan rohani merujuk kepada tahap keimanan kita yang tinggi. Kita cepat sedar tentang
kesilapan yang akan kita lakukan dan kita dapat mempertimbangkan untuk tidak mahu
melakukan perkara yang salah di dalam kehidupan kita setiap hari. Kesemua ini kita lakukan
kerana kita sedar bahawa kita adalah hamba kepada Tuhan kita. Rohani kita sihat apabila
kita merasakan bahawa amalan kita diterima oleh Tuhan (kerana kita telah melakukannya
bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas) dan kita menyerahkan segala takdir yang
telah ditentukanNya.

meletakkan meletakkan
pengharapan kebergantungan
tinggi kepada kita hanya
Tuhan kepada Tuhan

melakukan
suruhan dan
yakin dengan
meninggalkan
kekuasaan Tuhan Kaedah larangan agama
mengurus masing-masing
kekuatan
Rohani

121
KAWAD STATIK DAN KAWAD DINAMIK

KAWAD DINAMIK

HORMAT SELAKU TERIMA SIJIL

a) Penerangan

i. Hukuman jatuh pada kaki kiri semasa kaki kanan penuh di atas.
ii. Anggota kadet membuat pergerakan seperti berhenti jalan dengan kiraan “Cek, Satu,
Dua”.
iii. Memberi hormat ke hadapan dan turun tangan.
iv. Angkat kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci, tumit pacak dengan masa yang sama tangan
di sisi seperti sedia.
v. Kemudian, angkat kaki kanan ke hadapan, bengkok lutut, peha paras, kaki kanan hentak
di sebelah kaki kiri dengan pantas.
vi. Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus, jari tutup rapat dan terbuka
menghadap ke atas.
vii. Tarik kedua-dua belah tangan ke sisi.
viii. Angkat kaki kiri ke belakang sejauh 30 inci dengan masa yang sama tangan di sisi seperti
sedia.
ix. Kemudian, angkat kaki kanan ke belakang, bengkok lutut, peha paras, kaki kanan hentak
di sebelah kaki kiri dengan pantas.
x. Memberi hormat ke hadapan sekali lagi dan turun tangan.
xi. Seterusnya, berpusing ke belakang, angkat kaki kiri, bengkokkan lutut, peha paras dan
hentak di sebelah tumit kaki kanan sampai seperti kedudukan sedia.
xii. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tumit terpacak. Tapak
kaki kiri dibelakang rata dengan bumi .masa yang sama, lenggang tangan kiri ke
hadapan paras dengan bahu dan tangan kanan ke belakang seberapa jauh yang boleh
dan terus maju.

Peringatan : Terdapat 13 pergerakan bermula dari hormat sehingga hentak kaki sebelum berjalan
semula.

b) Ayat Hukuman
“Selaku terima sijil, hormat ke hadapan… hormat!”

TUKAR LANGKAH SEMASA BERJALAN

Tukar Langkah Dengan Nombor

a) Penerangan

i. Hukuman diberi – “Tukar” atas kaki kiri dan “Langkah” atas kaki kanan berturut-turut.
ii. Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tapak kaki
rata dengan bumi, tumit kaki kanan di belakang terangkat sedikit. Anggota badan
yang lain diam.

122
Skuad – Dua
 Bawa kaki kanan ke hadapan, bengkokkan lutut, peha paras dan hentak di
belakang tumit kaki kiri.
 Masa yang sama dengan pantas tolak kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci,
keadaan tergantung dan tapak kaki rata dengan bumi.
Skuad – Tiga
 Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dan terus berjalan
dengan perlahan-lahan
iii. Menukar langkah dengan kaki kanan dahulu boleh diajar dengan cara yang serupa
kecuali bagi kiri dibacakan kanan dengan setiap perbuatan.
iv. Setelah mengajar pergerakan dengan nombor, skuad berjalan terus tanpa gangguan.
Pergerakan yang pertama dan ketiga dilakukan dua kali ganda masa itu. Hukuman
diberi pada kaki yang berturut-turut.

Tukar Langkah Semasa Cepat Jalan

a) Penerangan

i. Hukuman diberi “Tukar” atas kaki kiri dan “Langkah” atas kaki kanan berturut-turut.
ii. Penuhkan langkah kaki kIri ke hadapan sejauh 30 inci dan berhenti. Keadaan tapak
kaki kiri rata di atas bumi, tumit kaki kanan di belakang terangkat sedikit. Kedua-dua
tangan dalam keadaan berlenggang.
iii. Bawa kaki kanan ke hadapan bengkokkan lutut, peha paras dan hentakkan kaki
kanan di sebelah kaki kiri. Dengan masa yang sama tolakkan kaki kiri ke hadapan 15
inci dan bawa kedua-dua tangan kedudukan sedia.
iv. Penuhkan langkah kaki kiri kehadapan sejauh 30 inci keadaan tumit pacak, masa
yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan tangan kiri ke belakang danterus
berjalan dan berteriak masa kiri – kanan – kiri.

b) Ayat Hukuman
“Tukar, langkah!”

PARASKAN SKUAD

Paras boleh dilakukan samada yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri atau tinggi di tengah-tengah.
Hukuman diberikan dengan menjadikan semua orang ke dalam satu barisan dan menyusun mereka
mengikut tinggi rendah atau sebaliknya sebagaimana yang dikehendaki. Anggota kadet mesti dalam
keadaan sedia.

Terdapat empat jenis paras :-

Rendah di Tengah

a) Ayat Hukuman

i. “Yang tinggi ke kanan… rendah kekiri… dalam satu barisan, paras!”


ii. “Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke belakang…
gerak!”

123
iii. “Orang yang di sebelah kanan sekali diam! Nombor ganjil ke kanan, nombor genap
ke kiri, barisan kanan dan kiri… pusing!”
iv. “Jadikan tiga barisan, cepat jalan!”

Tinggi di Tengah

a) Ayat Hukuman

i. “Yang rendah ke kanan… tinggi kekiri… dalam satu barisan, paras!”


ii. “Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke belakang…
gerak!”
iii. “Orang yang di sebelah kanan sekali diam! Nombor ganjil ke kanan, nombor genap
ke kiri, barisan kanan dan kiri… pusing!”
iv. “Jadikan tiga barisan, cepat jalan!”

Tinggi di Kanan dan Rendah di Kiri

a) Ayat Hukuman

i. “Yang tinggi ke kanan… rendah ke kiri… dalam satu barisan…paras!”


ii. “Orang yang di sebelah kanan sekali diam. Yang lain bergerak kekanan dalam satu
barisan, ke kanan… pusing!”
iii. “Jadikan tiga barisan… cepat jalan!”

Tinggi di Kiri dan Rendah di Kanan

a) Ayat Hukuman

i. “Yang rendah ke kanan… tinggi ke kiri… dalam satu barisan…paras!”


ii. “Orang yang di sebelah kanan sekali diam. Yang lain bergerak kekanan dalam satu
barisan, ke kanan… pusing!”
iii. “Jadikan tiga barisan… cepat jalan!”

Peringatan : Sekiranya ingin membuat paras tinggi atau rendah di tengah, skuad perlu menyebut
nombor terlebih dahulu bagi menentukan nombor ganjil dan genap setelah berdiri dalam satu barisan
mengikut arahan hukuman.

 Untuk memberi nombor, hukuman yang digunakan; “Dari kanan, nombor!”


 Nombor mesti disebut oleh skuad seorang demi seorang bermula dari anggota kadet
paling kanan.

124
 Jika berlaku sesuatu kesilapan dalam membuat bilangan, jurulatih hendaklah
memberi hukuman “Salah” dan memberitahu nombor terakhir yang betul. Anggota
kadet yang dipanggil nombornya itu hendaklah menyebut nombornya semula dan
barisan hadapan menyambung panggilan nombor itu darinya.
 Apabila dapat hukuman “Semula”, skuad berhenti membilang tanpa hukuman yang
lain, skuad akan mulai membilang dari nombor satu semula.
 Membilang nombor boleh dilakukan dari kiri dengan hukuman “Dari kiri, nombor!”

HORMAT KE KANAN

a) Penerangan

i. Hormat diberikan semasa berkawad kepada pegawai yang berada di hadapan


perbarisan.
ii. Hukuman diberikan atas kaki kanan semasa kaki kiri penuh di atas.
iii. Kaki kiri langkah ke hadapan dengan tumit pacak, kiraan “Cek” manakala tangan
berada di sisi dalam keadaan sedia.
iv. Diikuti langkah kaki kanan ke hadapan dengan tumit pacak, kiraan “Up”, tangan
kanan diangkat seperti memberi hormat dan kepala dipalingkan ke kanan.
v. Seterusnya langkahan diteruskan dengan kiraan “Kiri – Kanan – Kiri” dan tangan
kanan masih memberi hormat dan kepala dipalingkan ke kanan.
vi. Langkah kaki kanan ke hadapan dengan kiraan “Potong”, tangan kanan turun ke
bawah dalam keadaan sedia dalam masa yang sama kepala dipalingkan ke hadapan
semula.
vii. Teruskan langkah kaki kiri, tumit dipacakkan, tangan kanan lenggang ke hadapan
paras dan tangan kiri lenggang ke belakang seberapa yang boleh dengan kiraan
“Maju”.

b) Ayat Hukuman
“Hormat ke kanan… hormat!”

125
MENYELAMAT KECEMASAN

PENGENALAN

Apabila berlakunya malapetaka / bencana besar yang melibatkan ramai mangsa, situasi dalam
keadaan yang tidak terkawal. Oleh yang demikian, tindakan segera bagi memindahkan /
mengeluarkan mangsa daripada sesuatu kawasan yang merbahaya adalah satu tindakan yang paling
utama.

Menyelamat kecemasan adalah kaedah yang terbaik. Hal ini kerana dengan kaedah
menyelamat kecemasan, urusan pemindahan mangsa dapat dijalankan dengan mudah, pantas dan
berkesan.

TEKNIK MENYELAMAT KECEMASAN (SEORANG PENYELAMAT)

Dinamakan sebagai pikul uncang atau pick a back. Kaedah ini memerlukan penyelamat untuk
mengangkat mangsa dengan kaedah memikul sebuah uncang. Penyelamat hendaklah menundukkan
sedikit badan untuk memikul mangsa.

Kaedah pikul uncang

126
TEKNIK MENYELAMAT KECEMASAN (DUA ORANG PENYELAMAT)

Terdapat pelbagai teknik dalam menyelamat kecemasan yang melibatkan dua orang penyelamat.
Bergantung kepada situasi serta keadaan mangsa. Dalam modul ini, dua teknik yang akan
diketengahkan iaitu:
i. Teknik berekor-ekor (fore and aft method)

Teknik ini digunapakai untuk mangsa yang mengalami masalah untuk berjalan serta pengsan
dengan dua orang penyelamat.

Teknik berekor-ekor (fore and aft method)

ii. Teknik duduk di atas empat tangan (four hands seat)

Teknik ini digunapakai oleh dua orang penyelamat yang menguruskan mangsa yang
mengalami kecederaan, tidak mampu berjalan namun masih lagi sedarkan diri. Teknik ini
sesuai untuk penstabilan mangsa.

Teknik duduk di atas empat tangan (four hands seat)

127
PENJAGAAN TALI

PUNCA KEROSAKAN TALI


Tali boleh mengalami kerosakan jika tidak diselenggara dan dijaga dengan baik atau dimakan usia.
Kerosakan tali menyebabkan implikasi kos meningkat kerana perlu menggantikan tali yang baru
dengan lebih kerap. Antara punca kerosakan tali adalah seperti berikut:

a) Akibat geseren. Tali yang dalam keadaan tegang atau ditarik pada permukaan yang kasar
sehingga menghauskan atau melalui bucu yang tajam.

b) Terluka. Tali dibelit berulang-ulang kali, pasir masuk ke dalam tali. Kesan geseren yang
menyebabkan lembar tali (dalam dan luar) menjadi putus. Ini dapat dikesan apabila tali
menjadi longgar dan saiznya menjadi lebih besar.

c) Tali terlalu basah akibat terkena air, hujan atau terendam.

d) Tali bengkok dan tidak diluruskan sekali–sekala apabila tidak digunakan dalam tempoh
jangka masa yang lama.

e) Tali ditarik terlalu tegang.

f) Tali terkena haba atau pancaran matahari yang terlalu panas.

g) Tali terkena bahan asid / alkali. Tali akan rosak jika terkena bahan ini. Tetapi jika bahan ini
terkena juga pada tali, maka hentikan penggunaan tali tersebut.

h) Tali ditumbuhi cendawan. Oleh itu, tali yang basah perlu dikeringkan tanpa menggunakan
haba dahulu sebelum disimpan untuk mengelakkan pertumbuhan cendawan atau kulat.

CARA PENJAGAAN TALI DENGAN BETUL

Tali boleh mempunyai jangka hayat yang panjang jika dijaga dengan baik dan betul.
Penyelenggaraan tali yang baik serta berhemah dapat memanjangkan lagi jangka hayat tali tersebut.
Berikut adalah cara-cara penjagaan tali dengan betul:

a) Tali yang baharu hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali – sekala. Jika tidak
digunakan, tali tersebut perlu dilingkar sebelum disimpan di tempat yang kering.

b) Tali tidak boleh dibasuh.

c) Tali yang basah tidak boleh dijemur bawah sinaran matahari. Ia perlu dikeringkan
menggunakan suhu bilik.

d) Tali hendaklah disimpan dalam keadaan berlingkar dan bebas dari minyak atau bahan kimia.

e) Jangan simpan tali di atas lantai, simen atau tempat berkarat.

f) Tali hendaklah diberi nombor dan direkodkan penggunaannya.

128
LATIHAN AMALI MELEPASKAN DIRI DARI BANGUNAN TERBAKAR

TUJUAN
Anggota kadet bagi tahun 4 dan 5 dikehendaki untuk menjalankan latihan amali bagi melepaskan diri
dari bangunan / bilik terbakar bagi memantapkan lagi ilmu mereka. Pelaksanaan latihan tersebut
akan dikawal selia oleh pegawai penyelaras / guru penasihat kadet sekolah masing-masing dibantu
oleh anggota-anggota kadet tahun 6.

Anggota-anggota kadet tahun 6 diberi tanggungjawab untuk membantu dalam menyelaras


dan menguruskan latihan tersebut dengan pemantauan daripada pegawai penyelaras / guru
penasihat masing-masing. Tujuan mereka diberi tugasan tersebut adalah seperti berikut:

a) Membina dan meningkatkan lagi tahap kepimpinan anggota kadet.


b) Meningkatkan lagi penguasaan ilmu Pertahanan Awam mereka.
c) Mendidik anggota kadet dalam perancangan pelaksanaan aktiviti.
d) Mendidik anggota kadet dengan sifat berdikari.

KEPERLUAN DALAM PELAKSANAAN LATIHAN AMALI

Dalam usaha melaksanakan latihan amali tersebut, beberapa perkara dan aspek perlu diberi
perhatian khusus oleh pegawai penyelaras / guru penasihat serta anggota-anggota kadet tahun 6
yang turut membantu. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

a) Rancangan pengajaran latihan

Rancangan pengajaran latihan diperlukan bagi setiap kali apa-apa latihan dijalankan.
Rancangan pengajaran tersebut merangkumi objektif pengajaran latihan, huraian senarai
peralatan yang diperlukan, bilangan peserta, huraian aktiviti yang dijalankan, tarikh, masa
dan tempat serta refleksi pengajaran latihan.

b) Senarai keperluan peralatan

Senarai keperluan peralatan adalah sangat penting dalam memastikan latihan amali tersebut
berjalan dengan lancar dan sempurna. Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti
berikut:

i. Kain segi tiga


Digunakan untuk mengikat serta menutup mata peserta latihan agar anggota
kadet tidak dapat melihat sekeliling.

ii. Meja dan kerusi


Digunakan sebagai halangan laluan / untuk membentuk laluan di dalam
bangunan bagi meningkatkan tahap kesukaran peserta.

iii. Kon / skital


Digunakan sebagai penanda kawasan latihan

129
PENGURUSAN TEMPAT PERKHEMAHAN

PENGURUSAN PERKHEMAHAN

Pengurusan tempat perlu dirancang dengan teliti sebelum perkhemahan diadakan. Perkara yang
perlu diambil kira dalam merancang tempat perkhemahan diadakan adalah seperti berikut:

a) Memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan / pemilik tapak perkhemahan


untuk mendapatkan kebenaran mengadakan perkhemahan di kawasan berkenaan.

i. Bagi memudahkan urusan penempahan serta penggunaan tapak perkhemahan.

b) Memaklumkan kepada pihak berkuasa seperti pihak Polis untuk melakukan rondaan
sepanjang perkhemahan diadakan.

i. Bagi memastikan keselamatan terpelihara.


ii. Memaklumkan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu bagi memudahkan
pengurusan jika perkara tidak diingini berlaku.

c) Menentukan tempat mendapatkan sumber air.

i. Bagi memastikan bekalan air bersih berterusan.

d) Menentukan kedudukan khemah induk, khemah peserta, tempat untuk memasak, tempat
membuang sampah, tandas dan tempat mandi. Pastikan kesemua kedudukan tersebut
ditandakan pada peta lakar.

i. Menjadikan tapak perkhemahan kemas dan tersusun.


ii. Pengurusan tapak khemah lebih baik.
iii. Menjadikan perjalanan aktiviti lebih lancar dengan tersusunnya tapak perkhemahan.

e) Pengagihan tugas kepada setiap kumpulan.

i. Menjadikan pengurusan dan aktiviti lebih bersistematik.


ii. Aktiviti serta kerja berjalan dengan lebih lancar.

f) Menentukan bahagian urusan kecemasan jika berlaku kecemasan semasa perkhemahan.

i. Pelantikan jawatankuasa keselamatan.


ii. Membantu dari segi perihal keselamatan perkhemahan.

KESELAMATAN

PERATURAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN

Dalam satu-satu aktiviti perkhemahan, isu keselamatan adalah perkara yang paling penting. Bagi
menjaga keselamatan dalam satu-satu aktiviti perkhemahan, pastikan perkara-perkara berikut perlu
diberi perhatian sewajarnya.

130
a) Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya.
Kedudukan tempat yang berbahaya seperti di lereng bukit yang curam, tanah licin, tunggul
kayu, dahan reput, pokok berduri, tempat-tempat tersebut perlu ditandai untuk memberitahu
kepada semua orang. Mana-mana rintangan atau halangan yang perlu dihapuskan
hendaklah dihapuskan segera.
b) Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.
Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
c) Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah (khemah moden).
Digalakkan makan dan minum di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang
merayap daripada memasuki khemah.
d) Pastikan di luar atau di dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.
e) Pastikan khemah yang dipasang itu kukuh dan selamat untuk digunakan.
f) Hendaklah mengadakan sistem kawalan waktu malam.
g) Hendaklah menaburkan bahan kimia seperti belerang kuning atau kapur di sekeliling khemah
bagi mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar dan mana-mana yang boleh
mengganggu peserta.
h) Jangan membuat bising di kawasan perkhemahan seperti melaung, bertempik, ketawa yang
keterlaluan dan gembira yang amat sangat.
i) Patuhi semua arahan keselamatan, kawalan, penerangan perkhemahan dari masa ke masa
dan segala pantang larang.
j) Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak
perkhemahan.
k) Berhati-hati melakukan segala aktiviti dan senantiasa menghormati serta menghargai
kawasan sekitar.
l) Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang
gangguan keselamatan.
m) Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang.
n) Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan segala aktiviti.
o) Memaklumkan kepada guru, ketua perkhemahan, penunjuk cara atau kepada pengerusi
jawatankuasa perkhemahan sekiranya terdapat sebarang kesulitan seperti masalah
kesihatan dan keselamatan.
p) Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa henti sehingga rakan datang
membantu jika berlaku sebarang kecemasan.
q) Peserta dilarang berenang di masa yang ditentukan jika berkhemah di kawasan berhampiran
sungai, laut atau tasik.
r) Dilarang memiliki senjata, senjata api, dadah dan apa-apa alatan yang dilarang dan
menyalahi undang-undang.
s) Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di
sekitar kawasan perkhemahan.
t) Segala alatan janganlah dibiarkan bersepah. Ia mestilah diletakkan setempat supaya mudah
untuk dimuatkan semula ke dalam beg.
u) Pilihlah suatu tempat atau arah tertentu yang akan dituju sekiranya berlaku sebarang
kecemasan dan terpaksa meninggalkan khemah.

IKHTIAR HIDUP

PENDAHULUAN

Ikhtiar hidup membawa maksud keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam
konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu
supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman. Terdapat beberapa situasi yang memerlukan
seseorang untuk ikhtiar hidup seperti kehabisan bekalan makanan dan minuman, ancaman binatang,
masalah perlindungan dan lain-lain lagi.

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara penting yang
harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahuan
dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada
pelbagai cabaran dan risiko.

131
MASAKAN DARURAT

Masakan darurat adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam ikhtiar hidup. Kita boleh
menggunakan sumber daripada hutan untuk menggantikan peralatan harian untuk memasak bagi
meneruskan kelangsungan hidup. Berikut adalah contoh-contoh masakan darurat:

a) Memasak nasi menggunakan buluh


Teknik memasak nasi dalam buluh sama seperti memasak lemang. Gulungkan daun pisang
muda dan letakkan dalam ruas buluh. Masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh untuk
dimasak. Pastikan sukatan air dan beras adalah sama untuk mengelak nasi menah atau
hangit. Tutup tubing buluh dengan menggunakan daun. Pantau keadaan nasi dari semasa ke
semasa.

b) Menggoreng telur di atas batu


Panaskan sebiji batu yang agak besar dan rata. Apabila sudah cukup panas, jauhkan batu di
dari sumber api. Letakkan daun pisang atau daun hutan di atas batu tersebut di atas batu
yang sedang panas. Pecahkan telur di atas daun dan biarkan beberapa minit sehingga telur
masak.

c) Memasak telur dalam tanah / disalur tanah liat


Salutkan tanah liat di sekeliling telur dan buatkan lubang kecil pada telur bagi mengelakkan
telur meletup apabila dimasak. Letakkan telur di dalam api sehingga tanah liat menjadi kering.
Keluarkan telur daripada api apabila tanah liat kering.

132
d) Roti lilit
Uli tepung gandum dengan sedikit air dan garam. Sediakan sebatng buluh atau kayu kecil.
Lilitkan adunan tadi disekeliling batang butuh atau kayu. Pastikan adunan yang dililit tidak
terlalu tebal kerana ini menyebaban bahagian dalam roti lambat untuk masak. Letakkan roti
lilit di atas api. Anda boleh menambah gula atau kaju mengikut kreativiti.

133
KESELAMATAN DI TEMPAT AWAM

PENGENALAN

Pendidikan keselamatan di tempat awam terutamanya ketika berada di jalan raya serta kenderaan air
perlu bagi murid-murid adalah sangat penting. Pengetahuan yang baik oleh murid-murid mengenai
keselamatan di tempat awam dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Tidak
terhad kepada guru, semua pihak harus memainkan peranan yang proaktif agar murid-murid dapat
memastikan keselamatan mereka di tempat awam.

KESELAMATAN DI AIR

a) Langkah-langkah Keselamatan Bencana Banjir

Banjir merupakan bencana yang kerap berlaku hampir sepanjang tahun di negara kita apabila
musim tengkujuh tiba. Oleh itu, selain daripada warga emas, kanak-kanak ialah individu yang
paling merisiko terdedah dengan bahaya ketika bencana banjir berlaku. Berikut ialah langkah-
langkah keselamatan semasa bencana banjir.

i) Semasa banjir (di dalam rumah)

Pastikan anda dan keluarga mendengar arahan di dalam radio. Stesen radio
tempatan sentiasa akan memberikan makluman dan arahan dari pihak berkuasa dari
semasa ke semasa. Jika mendapat arahan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Anda boleh membantu ibu bapa anda bagi mempercepatkan proses berpindah dari
rumah.

ii) Semasa banjir (di luar rumah)

 Jangan bersiar-siar di kawasan banjir sama ada berjalan kaki atau menaiki
sampan. Aktiviti ini sangat berisiko kerana anda mungkin terdedah kepada
binatang berbisa dan juga terdedah kepada kecederaan akibat terkena objek
tajam yang kita tidak dapat lihat di dalam air.

 Kanak-kanak juga dilarang untuk menyentuh mana-mana kabel atau wayar


elektrik yang jatuh. Berkemungkinan kabel atau wayar tersebut masih lagi
mempunyai aliran arus elektrik yang boleh menyebabkan risiko renjatan
elektrik.

 Selain daripada itu, kanak-kanak juga dilarang untuk bermain di kawasan-


kawasan berhampiran sungai, longkang atau lombong ketika banjir berlaku.
Kawasan-kawasan seumpama ini boleh mengundang kemalangan dan boleh
mengakibatkan kanak-kanak lemas atau hanyut dibawa arus.

 Air banjir tidak selamat untuk diminum. Air tersebut mengandungi pelbagai
kotoran dan juga bakteria yang boleh mengundang pelbagai penyakit. Anda
dilarang untuk meminum air banjir.

134
b) Peraturan Keselamatan Ketika Menaiki Pengangkutan Air

Terdapat pelbagai jenis pengangkutan air. Feri, perahu dan bot adalah sebahagian
daripadanya. Marcapada ini terdapat pelbagai berita tentang kemalangan melibatkan
pengangkutan air yang meragut nyawa. Kanak-kanak tidak terkecuali. Oleh yang demikian,
peraturan ketika menaiki pengangkutan air haruslah diambil perhatian. Antaranya ialah:

i) Memberi perhatian kepada taklimat keselamatan.

ii) Memastikan jaket keselamatan dalam keadaan baik dan dipakai dengan kemas jika
anda menaiki kenderaan jenis perahu atau pun bot. Jika anda menaiki feri atau
pengangkutan air besar yang lain, pastikan anda mengetahui kedudukan jaket
keselamatan yang disediakan.

Pemakaian jaket keselamatan amat dititikberatkan sebelum menaiki pengangkutan air


Kredit: http://skrb.blogspot.com

iii) Sentiasa patuhi arahan jurupandu / pengemudi bot / feri. Jangan lakukan sebarang
tindakan tersebut yang di luar daripada arahannya semasa berada di dalam
pengangkutan air.

iv) Duduk dengan tenang dan tidak bermain dan bergurau ketika menaiki perahu / bot.

Gambar hiasan: salah satu jenis pengangkutan air

135
KESELAMATAN JALAN RAYA

Jalan raya merupakan kawasan yang merbahaya terutamanya kepada kanak-kanak. Terdapat
ratusan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kanak-kanak setiap tahun yang berpunca
daripada kecuaian pengguna jalan raya atau kecuaian kanak-kanak itu sendiri. Oleh yang demikian,
adalah penting bagi semua murid mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya.

a) Langkah – Langkah Keselamatan Jalan Raya

i) Ketika melintas jalan raya

Adalah lebih baik jika kanak-kanak melintas jalan bersama – sama dengan orang
dewasa. Kanak-kanak yang melintas jalan perlu dipimpin tangannya oleh orang
dewasa. Kawasan-kawasan yang sesuai dan lebih selamat untuk melintas adalah
seperti berikut:

 Jejantas
 Tempat melintas “zebra crossing” atau kawasan yang dikawal selia oleh
pihak trafik
 Kawasan yang boleh melihat keadaan trafik dengan jelas

Namun begitu, jika kanak-kanak bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa,


mereka perlulah berhati-hati ketika melintas jalan raya. Berikut adalah langkah-
langkah bagi melintas jalan raya dengan selamat.

 Berhenti di bendul jalan atau undur satu langkah ke belakang


 Lihat kanan, lihat kiri dan kemudian lihat kanan kembali bagi memastikan
tiada kenderaan yang melalui jalan tersebut.
 Peka terhadap bunyi bagi sebarang kenderaan yang datang
 Melintas apabila merasakan keadaan sudah selamat untuk melintas sambil
melihat kiri dan kanan.

ii) Ketika membonceng motosikal

Adalah lebih baik jika kanak-kanak membonceng motosikal bersama – sama dengan
orang dewasa yang mempunyai lesen menunggang motosikal. Sebelum
membonceng, adalah perlu untuk dipastikan oleh orang dewasa tersebut bahawa
motosikal yang ingin ditunggang adalah dalam keadaan yang baik dan selamat.

Menunggang motosikal tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga serta tanpa lesen
menunggang motosikal adalah dilarang sama sekali dan salah di sisi undang-
undang.

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan jika seseorang kanak-kanak ingin


membonceng motosikal:

 Memakai dan mengikat kemas topi keledar.


 Duduk pada posisi yang betul dan selesa serta kaki diletakkan pada rakap
kaki dengan betul.
 Memeluk erat penunggang motosikal yang berada di hadapan dan tidak
melakukan banyak pergerakan yang boleh mengganggu tunggangan
motosikal.

iii) Ketika menjadi penumpang kenderaan

Adalah dilarang sama sekali bagi seseorang kanak-kanak memandu kenderaan


seperti kereta, lori, van dan seumpama dengannya. Pemanduan kenderaan
memerlukan lesen memandu yang sah di sisi undang-undang. Kebiasaannya kanak-
kanak menjadi penumpang kenderaan bersama-sama dengan orang dewasa.

136
Beberapa perkara yang perlu dipasktikan semasa menumpang kenderaan sama ada
pihak orang dewasa yang memandu ataupun kanak-kanak itu sendiri:

 Memastikan pintu kenderaan berkunci bagi mengelakkan sebarang kejadian


yang tidak diingini berlaku.
 Duduk dengan betul dan selesa pada tempat duduk penumpang.
 Memastikan tali pinggang keledar di pasang.

iv) Ketika menunggang basikal

 Memastikan basikal dalam keadaan baik seperti tayar, brek, lampu-lampu


dan real reflector sebelum menunggang basikal.
 Pastikan membelok ke kiri, ke kanan atau berhenti dengan menoleh ke
belakang dahulu. Beri isyarat dengan lebih awal.
 Elakkan menunggang bersama kawan dalam keadaan dua basikal sejajar di
atas jalan raya. Pastikan menunggang dalam satu barisan.
 Jangan berpegang pada kenderaan lain.
 Jangan menunggang rapat di belakang kenderaan lain.
 Jangan menunggang simpang-siur atau meliok-liok serta mendaki bukit atau
membelok dengan mengejut.
 Jangan menunggang waktu malam tanpa lampu.
 Berhati-hati ketika cuaca buruk dan keadaan jalan yang licin.
 Ikuti laluan basikal di tepi jalan raya jika ada.

Gambar hiasan: murid-murid melintas jalan


Kredit: http://www.kosmo.com.my

b) Tindakan yang Perlu Ketika Melihat Kemalangan Jalan Raya

Apabila anda menyaksikan kemalangan jalan raya yang berlaku di hadapan mata dan tiada
orang dewasa yang berhampiran, tindakan pantas anda boleh menyelamatkan nyawa
sekiranya anda mengetahui langkah-langkah yang sepatutnya diambil. Murid-murid sekolah
juga dapat membantu jika berlakunya kemalangan jalan raya.

137
i) Segera membuat catatan / mengingat nombor pendaftaran kenderaan dan segera
menghubungi 999.
ii) Jangan panik. Nyatakan segala maklumat yang diperlukan oleh operator panggilan
kecemasan seperti maklumat pemanggil, lokasi kejadian dan sebagainya.
iii) Sekiranya mendapati mangsa kemalangan mengalami kecederaan serius, segera
memanggil orang dewasa berhampiran untuk memberikan perawatan awal.
iv) Pastikan anda berada di tempat yang selamat dan tunggu sehingga pihak berkuasa
tiba di lokasi.

138
LAMPIRAN A

Carta Alir Prosedur Permohonan Penubuhan Tunas APM Sekolah

TINDAKAN

Membuat Sekolah
permohonan

Memaklumkan Keputusan

Tidak
Disokong? PPD

Memaklumkan Keputusan
Ya
Tidak
Disokong?
JPN

Memaklumkan Keputusan Ya
Tidak Diluluskan?
PNPA

Ya

Nombor pendaftaran
dikeluarkan IPPA

Memaklumkan
keputusan

139
LAMPIRAN B

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA


BORANG PERMOHONAN PENUBUHAN
TUNAS ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA MALAYSIA
( Hendaklah diisi dalam tiga salinan )
BAHAGIAN A
( diisi oleh pihak sekolah yang memohon )

Pengarah
Angkatan Pertahanan Awam Negeri ...........................................................................

Melalui :

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri...........................................................................................

Saya (Nama) .................................................................................................................

Guru Besar Sekolah......................................................................................................

Memohon untuk menubuhkan Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia


Malaysia di sekolah saya.

Tarikh : ............................ Tandatangan dan cop rasmi : ……………….………..........


( Guru Besar )

140
BAHAGIAN B
( diisi oleh Jabatan Pendidikan Negeri )

Saya * menyokong / tidak menyokong penubuhan Tunas Angkatan Pertahanan


Awam Malaysia Malaysia (Tunas APM) di

Sekolah .........................................................................................................................

Tarikh : ............................... Tandatangan dan cop rasmi :……………….………....

(Pengarah Pendidikan Negeri)

* Potong yang tidak berkenaan

141
KEPUTUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN
TUNAS ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA MALAYSIA
BAHAGIAN C
( diisi oleh Pengarah Pertahanan Awam Negeri )

Guru Besar
Sekolah..........................................…………………………………………......................
Melalui,
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri ……………………..................................

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan tuan untuk menubuhkan Tunas Angkatan


Pertahanan Awam Malaysia di sekolah tuan ;

* DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Sebab Tidak Diluluskan

……………………………………………………………….............................................

………………………………………………………………………………………............

....................................................................................................................................
* Potong yang tidak berkenaan

Tarikh : ………………….. ...................................................


Tandatangan dan cop rasmi
( Pengarah Pertahanan Awam Negeri )
___________________________________________________________________

BAHAGIAN D
( diisi oleh Pengarah Bahagian Angkatan, IPPA )

Adalah dimaklumkan bahawa penubuhan Tunas Angkatan Pertahanan Awam


Malaysia di Sekolah...................................................................................................
diperakui.
Nombor Pendaftaran Tunas Angkatan Pertahanan Awam Sekolah adalah:

_____/ Tunas APM /_____/

Tarikh : ………………….. ...................................................


Tandatangan dan cop rasmi
( Pengarah Bahagian Angkatan, IPPA )

142
LAMPIRAN C

Pakaian Seragam Tunas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Rajah 4: Beret Tunas APM

Rajah 5: Kasut Kanvas Hitam

Rajah 6: Kepala Besi Tali Pinggang bagi Pakaian Seragam Rasmi Tunas APM

143
Rajah 7: Baju kemeja bagi Pakaian Seragam Rasmi Tunas APM Lelaki

Rajah 8: Baju kemeja bagi Pakaian Seragam Rasmi Tunas APM Perempuan

144
Rajah 9: Seluar Pakaian Rasmi Tunas APM

145
Rajah 10: Pakaian Aktiviti Tunas APM Lelaki

Rajah 11: Pakaian Aktiviti Tunas APM Perempuan

146
LAMPIRAN D

SOALAN LAZIM

Bil Soalan Lazim Jawapan


1. Adakah anggota dibenarkan Pemakaian topi „baseball‟ adalah tertakluk kepada
memakai topi „baseball‟ semasa situasi. Walaubagaimanapun topi „baseball‟
melakukan aktiviti semasa bukanlah sebahagian daripada kod pakaian rasmi
perjumpaan atau program Tunas APM.
kokurikulum?
2. Sekiranya mengalami sebarang Sekiranya berlaku sebarang kekangan, murid diberi
kekangan, adakah anggota kelonggaran untuk memakai tudung dan kasut
dibenarkan memakai tudung dan berwarna putih untuk perjumpaan unit berunifom di
kasut berwarna putih? sekolah yang tidak melibatkan sebarang upacara
rasmi yang memerlukan kod pakaian rasmi yang
telah ditetapkan.
3. Adakah pemakaian kasut hitam Pemakaian kasut hitam selain daripada jenis
selain dari kasut kanvas dibenarkan? kanvas adalah dibenarkan mengikut kesesuaian
dan pertimbangan Pegawai Penyelaras / Guru
Penasihat Tunas APM.
4. Apakah yang perlu dilakukan Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat Tunas APM
sekiranya Pegawai Penyelaras atau perlu menyediakan Rancangan Pengajaran
Guru Penasihat ingin menjalankan mengenai topik dan aktiviti yang ingin dijalankan
aktiviti yang difikirkan penting dan dan seterusnya mendapatkan kelulusan daripada
perlu dilaksanakan bagi kepentingan Guru Besar / Penolong Kanan Kokurikulum sebelum
anggota namun aktiviti tersebut tidak pelaksanaan.
termaktub dalam mana-mana
bahagian daripada Spesifikasi
Sukatan Latihan?
5. Siapakah yang layak menerima Pegawai Penyelaras Tunas APM adalah layak
bayaran elaun oleh pihak Angkatan menerima elaun mengikut pangkat yang disandang
Pertahanan Awam Malaysia? sepertimana kadar yang ditetapkan dan diterima
pakai oleh mana-mana pekeliling Kerajaan.

Anggota Tunas APM, Guru Penasihat Tunas APM


dan Pegawai Bersekutu (PA) adalah TIDAK LAYAK
menerima apa-apa bayaran elaun daripada APM.
6. Bolehkah seorang guru bukan Guru bukan anggota Angkatan Pertahanan Awam
anggota Angkatan Pertahanan TIDAK BOLEH dilantik menjadi Pegawai Penyelaras
Awam dilantik menjadi Pegawai Tunas APM. Sekiranya sekolah tersebut tidak
Penyelaras Tunas APM? mempunyai guru yang menganggotai APM, Guru
Besar dapat melantik guru penasihat bagi Tunas
APM sekolah tersebut. Guru penasihat ini
seterusnya akan menjalani beberapa siri kursus
untuk memenuhi syarat pentauliahan yang
membolehkan ia menjadi anggota Angkatan
Pertahanan Awam, menjadi Pegawai Pasukan
Angkatan Pertahanan AwamMalaysia dan
seterusnya dilantik untuk menjadi Pegawai
Penyelaras Tunas APM.
7. Apakah prosedur yang perlu diikut Permohonan jurulatih daripada Angkatan
bagi melakukan pemohonan khidmat Pertahanan Awam dapat dilakukan oleh Penolong
jurulatih dari Angkatan Pertahanan Kanan Kokurikulum atau Pegawai Penyelaras
Awam? Tunas APM dengan mengajukan surat permohonan
melalui Guru Besar kepada Pegawai Pertahanan
Awam Daerah / Pegawai Pertahanan Awam Unit.

147
8. Sekiranya keahlian Tunas APM dari Pengambilan anggota dari kalangan murid tahun
tahap dua adalah tidak memenuhi tiga adalah dibolehkan sekiranya berlaku sebarang
kapasiti yang diperlukan, adakah kesukaran atau kekangan yang tidak dapat
murid tahun 3 dibenarkan untuk dielakkan.
menyertai Tunas APM?
9. Apakah nisbah guru kepada pelajar Nisbah guru kepada pelajar semasa aktiviti
semasa menjalankan aktiviti atau kokurikulum Tunas APM dijalankan adalah 1:8
kegiatan Tunas APM? mengikut jantina. Sebagai contoh; sekiranya
terdapat empat orang murid lelaki dan empat orang
murid perempuan maka akan terdapat seorang guru
lelaki dan seorang guru perempuan semasa aktiviti
tersebut dijalankan.
10. Adakah terdapat peruntukan cuti Ya. Guru penasihat atau pegawai penyelaras boleh
yang diberikan kepada Pegawai memohon cuti tanpa rekod maksimum 14 hari
Penyelaras / Guru Penasihat Tunas setahun untuk tujuan menyertai atau menjalankan
APM bagi menyertai atau sebarang aktiviti kokurikulum Tunas APM. (rujuk
menjalankan sebarang aktiviti SPI Bil 24/1998)
kokurikulum Tunas APM?
11. Adakah guru dibenarkan untuk Ya. Latihan kawad kaki boleh dijalankan sekaligus
menjalankan aktiviti seperti kawad bagi murid tahun 4, 5 dan 6. Namun, penilaian
kaki melibatkan semua anggota adalah berdasarkan Spesifikasi Sukatan Latihan
Tunas APM tanpa mengira tahun (SSL) yang telah ditetapkan.
dan tidak berdasarkan Spesifikasi
Sukatan Latihan (SSL) yang telah
ditetapkan mengikut tahun?
12. Adakah terdapat kesinambungan Mesyuarat Pengurusan Kadet APM Bil. 1/2017 telah
pencapaian anggota Tunas APM di sebulat suara bersetuju bahawa anggota Tunas
sekolah rendah sekiranya mereka APM yang menyandang pangkat Sarjan Tunas APM
menyertai Kadet APM kelak? akan menyandang pangkat Lans Koperal Kadet
APM secara automatik sekiranya mereka menyertai
Kadet APM selepas memasuki sekolah menengah.
13. Adakah murid-murid berkeperluan Tidak. Murid-murid berkeperluan khas telah
khas boleh menganggotai Tunas diwajibkan untuk menyertai Pengakap sebagai unit
APM? beruniform.
14. Berapakah yuran keanggotaan ahli Yuran adalah berdasarkan persetujuan Mesyuarat
Tunas APM? Agung Tahunan Tunas APM peringkat sekolah.

148

Anda mungkin juga menyukai