Anda di halaman 1dari 9

KERTAS CADANGAN

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN


2018

BERTEMPAT
DEWAN INDERA KAYANGAN

PADA
19 NOVEMBER 2018
( Isnin )

ANJURAN
Unit Pengembangan & Khidmat Kaunseling
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
&
Exco Keusahawanan Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar
Sesi 2018/2019
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN 2018 EXCO KEUSAHAWANAN

1.0 NAMA PROGRAM


Kursus Pengurusan Kewangan 2018

2.0 PENGENALAN
Kursus pengurusan kewangan ini merupakan satu program yang bertujuan
membina satu kesedaran kepada guru pelatih tentang cara menguruskan
kewangan dengan menggunakan teknik yang betul. Pelbagai cara pengurusan
yang berkesan akan dipelajari oleh guru pelatih dan boleh diaplikasikan
apabila mereka mengawal perbelanjaan mereka.
Di samping itu, kursus ini diharap dapat membantu guru pelatih membuat
keputusan yang baik dalam kehidupan harian dan seterusnya dapat
meningkatkan keyakinan diri dalam pengurusan kewangan. Seterusnya,
pendedahan dan pengalaman yang ditimba daripada kursus pengurusan
kewangan ini akan memberikan satu perspektif barudan penghayatan yang
lebih mendalam berkenaan cara pengurusan kewangan yang bijak kepada
guru pelatih khususnya.
Dengan kerjasama yang padu daripada semua pihak, kami yakin program
yang diatur oleh Unit Pengembangan & Khidmat Kaunseling serta Exco
Keusahawanan ini akan mencapai matlamatnya. Diharapkan agar program ini
akan mendapat sambutan dan kerjasama yang menggalakkan, bukan sahaja
daripada ahli-ahli jawatankuasa pihak penganjur, tetapi juga daripada guru
pelatih yang peka akan kepentingan program ini.
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN 2018 EXCO KEUSAHAWANAN

3.0 MATLAMAT
Kursus ini diharapkan akan dapat melatih guru pelatih mengamalkan
perbelanjaan berhemah dan seterusnya mampu menguruskan kewangan
mereka dengan cara yang betul. Selain itu, kursus ini akan membantu guru
pelatih membuat keputusan yang baik dalam kehidupan harian melalui teknik
pengurusan kewangan yang berkesan. Pada masa yang sama, mereka juga
boleh meningkatkan keyakinan diri dengan cara memantapkan kemahiran
pengurusan kewangan mereka. Pendedahan terhadap kemahiran pengurusan
kewangan ini akan mencetus satu pandangan baru dan lebih positif terhadap
sebarang aktiviti yang berunsurkan kewangan pada masa akan datang

4.0 OBJEKTIF
i. Membimbing guru pelatih mengamalkan perbelanjaan berhemah dan
menguruskan kewangan mereka dengan cara yang betul
ii. Membantu guru pelatih membuat keputusan yang baik dalam
kehidupan harian melalui teknik pengurusan kewangan yang berkesan
iii. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih dengan cara memantapkan
kemahiran pengurusan kewangan mereka

5.0 PENGANJUR
Unit Pengembangan & Khidmat Kaunseling Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan
Exco Keusahawanan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2018/2019

6.0 JAWATANKUASA KERJA


* Rujuk Lampiran 1

7.0 TARIKH, HARI, MASA PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 19 November 2018
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN 2018 EXCO KEUSAHAWANAN

8.0 TEMPAT
Dewan Indera Kayangan

9.0 KUMPULAN TERLIBAT


Semua guru pelatih (PISMP Sem 5 dan Sem 7)

10.0 TENTATIF PROGRAM


* Rujuk Lampiran 2

11.0 ANGGARAN KEWANGAN

Bil. Maklumat Kuantiti/ Unit Harga (RM)


Perbelanjaan
1 Minum pagi Untuk guru pelatih = RM 3.00 x 300 orang
 2 biji kuih =RM 600.00
 1 botol air mineral RM 3.00 x 10 orang
=RM 30.00
Untuk Penceramah dan
pensyarah =
 2 botol air mineral
 3 biji kuih

12.0 PENUTUP
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN 2018 EXCO KEUSAHAWANAN

Kursus Pengurusan Kewangan ini merupakan satu cara bagi mendidik guru
pelatih untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah seterusnya membantu
guru pelatih menguruskan kewangan dengan cara yang betul. Di samping itu,
seminar ini dapat membantu guru pelatih untuk membuat keputusan yang baik
dalam kehidupan seharian melalui teknik pengurusan kewangan yang
berkesan.

Justeru, amat diharapkan kertas cadangan ini mendapat sokongan dan


pertimbangan serta kelulusan dari pihak tuan. Setinggi-tinggi penghargaan
kami ucapkan kepada pihak tuan terlebih dahulu.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN 2018 EXCO KEUSAHAWANAN

LAMPIRAN 1

…………………………………
(LING FANG XI)
Setiausaha,
Kursus Pengurusan Kewangan 2018,
Exco Keusahawanan,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2018/2019,
IPG Kampus Perlis.

Disokongkan oleh,

...............................................
(EN MAHZAN BIN HASHIM)
Pensyarah Penasihat,
Jabatan Teknologi Pendidikan
IPG Kampus Perlis.

Disahkan oleh,

..........................................
(ZAITON BINTI MAT NON)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Perlis.

Diluluskan oleh,

……………………………………………
(ABDUL MUHAIMIN BIN OSMAN)
Pengarah,
IPG Kampus Perlis.
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN 2018 EXCO KEUSAHAWANAN

SENARAI JAWATANKUASA
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN 2018

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung : En. Abdul Muhaimin bin Osman


Pengarah
Ketua Penasihat : Cik Ahnizah binti Arshad
Timbalan Pengarah
Penasihat : Pn. Zaiton binti Mat Non
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Nurin Alia binti Mohd Zulkifli

Naib Pengerusi : Muhammad ‘Izzuddin bin Sukiat

Setiausaha : Ling Fang Xi

Naib Setiausaha : Aliya Shahira binti Mohd Azahar

Bendahari : Muhammad Faizul bin Mohd Ridzuan

Naib Bendahari : Abdul Bari bin Ahmad Adri

AJK Persiapan : Chan Yin Sin


KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN 2018 EXCO KEUSAHAWANAN

Tempat : Muhammad Azam bin Azmi


: Fatima Azzahra binti Zulkifli

AJK Protokol : Nur Aida Nabila binti Khairul Azli


: Nurhanis binti Kama
: Muhammad Akmal bin Mat Noor

AJK Peralatan : Bryan Jolien


: Muhamad Fauzan bin Zolkanine
: Nor Andy Izzuan bin Hisam

AJK Sambutan : Muhammad Nuraimann bin Che Yusoff


: Siti Aisyah binti Muhamad

AJK Siaraya : Aimi Aqilah binti Masri


: Hong Jia Yi

AJK Dokumentasi : Dei You Zhe


: Lee Wan Sing

AJK Cenderamata : Tee Wan Kei


: Ahmad Syafiq bin Ahamed

AJK Pendaftaran : Megat Daniel Iskandar bin Megat Aminuddin


: Nur Fatin Raihana binti Che Mohd Zaibidi

AJK Tugas-tugas : Kerk Xin Yi


Khas : Michael Lau Shiuan Hui
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN 2018 EXCO KEUSAHAWANAN

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN 2018

08.00 pagi : Semua pelajar berkumpul di DIK


: Ketibaan penceramah jemputan dan VIP
08.30 pagi : Slot 1 bertajuk “Ceramah Pendidikan Pelaburan”
10.30 pagi : Minum pagi
11.00 pagi : Slot 2 bertajuk “Perancangan Kewangan”
12.30 petang : Sesi penyampaian cenderamata kepada penceramah
01.00 petang : Bersurai

Anda mungkin juga menyukai