Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUPAN SEMINAR PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI IR 4.0


DEWAN WAWASAN
14 FEBRUARI 2019
PENGACARA MAJLIS: MUHAMMAD AZRUL BIN ROSLAN

PERKARA PENGUMUMAN
Ketibaan VIP Ketibaan Yang Berusaha, Tn. Hj. Hashim bin Deraman / Dr
Abdullah bin Yusoff, Pengarah / Timb. Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, diiringi dif-dif
kehormat masuk ke dalam dewan.

Salutasi Mega berarak indah berbalam


Dipuput bayu ke pohon Ara
Selamat datang pemanis kalam
Awal bismillah pembuka bicara.

Asslamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa,


Salam Kelantan Bumi Tercinta.

1. Yang Berbahagia, Dr Mohd Nazri bin Abdul Rahman


Pengucap Utama dari Fakulti Pendidikan, Univerisiti
Malaya, Kuala Lumpur

2. Yang Berusaha Tuan Haji Hashim bin Deraman


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

3. Yang Berusaha Dr. Haji Abdullah bin Yusoff


Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

4. Yang Dihormati Dr. Raja Shaharuddin bin Raja


Muhamad
Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan
IPG Kampus Kota Bharu
Ketua-ketua jabatan
Ketua-ketua unit
Para pensyarah
Tuan-tuan, puan-puan
dan hadirin yang dimuliakan

Selamat datang ke:


Majlis Penutupan Seminar Pembangunan Penyelidikan dan
Inovasi IR4.0 IPG Kampus Kota Bharu

Anjuran:
Sektor Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Bacaan Al-Fatihah Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kta membaca


ummul kitab Al-Fatihah.
Ucapan Timb. Hadirin sekalian,
Pengarah
Selama dua hari iaitu bersamaan 13 dan 14 Februari 2019 telah
berlangsungnya seminar pembangunan penyelididkan dan
inovasi yang diberikan pendedahan lebih mendalam mengenai
konsep penyelidikan dan inovasi kepada warga IPGKKB dan
dijalankan bengkel kepada semua pensyarah secara khususnya
mengikut jabatan masing-masing. Hal in adalah merupakan
salah satu tujuan bagi persediaan sebelum diadakan seminar
penyelidikan dan inovasi peringkat kebangsaan yang akan
berlangsung pada bulan 4 nanti di IPG ini.

Hadirin budiman,

Tidak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Tidak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tidak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Bagi menyempurnakan upacara penutupan, majlis dengan


penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Dr. Abdullah
bin Yusoff, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu untuk
menyampaikan ucapan penutupan Seminar Pembangunan
Penyelidikan dan Inovasi IR4.0. Dengan segala hormatnya,
majlis mempersilakan.

Penyampaian Sijil & Warga dewan yang dimuliakan,


Cenderamata

Kini tibalah sesi penyampaian sijil dan cenderamata kepada


pengucap utama bagi Seminar Pembangunan Penyelidikan dan
Inovasi IR4.0 peringkat IPG Kampus Kota Bharu. Untuk itu,
majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati, Dr Raja
Shaharuddin bin Raja Muhamad, Ketua Jabatan Penyelidikan
dan Pembangunan IPG Kampus Kota Bharu mengiring Yang
Berusaha Dr. Abdullah bin Yusoff, Timbalan Pengarah IPG
Kampus Kota Bharu untuk menyampaikan sijil dan
cenderamata.

Majlis menjemput dan mempersilakan, Pengucap Utama, Dr


Mohd Nazri bin Abdul Rahman untuk menerima sijil dan
cenderamata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, Dr Abdullah bin


Yusoff, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu atas
kesudian menyempurnakan penyampaian sijil dan cenderamata
sebentar tadi.

Bersurai Hadirin sekalian,

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan


terima kasih kepada semua tetamu jemputan dan para hadirin
atas kesudian untuk bersama sepanjang majlis penutupan ini.

Diharapkan agar dengan penganjuran seminar ini akan dapat


mencetuskan inspirasi buat seluruh warga IPG Kota Bharu
untuk mengadakan dan menjayakan seminar peringkat
kebangsaan pada bulan 4 nanti.
Bagi pihak majlis, saya menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf andai tersilap kata, terkasar bahasa dan
terdapat kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Tali belati pengikat kereta


Kereta diikat beroda besi
Di hujung pena menari kata
Merakam budi kenangan abadi

IPGKKB tempat bertemu


Girangnya rasa pendidik semua
Baliklah tuan membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara

Sekian, Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai