Anda di halaman 1dari 2

Ruj : UUM/PERMEDIA

Tarikh : 21 NOVEMBER 2018

Dr Massudi Mahmuddin,
Dekan Kolej Sains & Sastera,
Pusat Pengajian Multimedia Tcknologi & Komunikasi,
Universiti Utara Malaysia.

Melalui dan salinan

Dr Aziah Bt Abdullah,
Penasihat,
Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA),
Universiti Utara Malaysia.

Prof

NOTIS PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PERSATUAN.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, Saya Aiman Shafiq Bin Norha ingin meletakkan jawatan sebagai
Timbalan Presiden Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) bagi penggal 18/19 berkuatkuasa pada 22
November 2018. Perletakan jawatan saya ini bertujuan untuk bertanding Majlis Perwakilan Pelajar(MPP)
di bawah Pusat Pengajian Multimedia, Teknologi & Komunikasi pada sesi 18/19.

3. Untuk makluman pihak tuan, ini adalah sebahagian daripada syarat wajib yang perlu dilakukan
bagi meneruskan perjuangan saya untuk bertanding sebagai calon Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi
18/19.

4. Jesteru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya ini memberikan kesan kepada pihak
pihak tuan. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat meluluskan dan mengambil maklum
perkara diatas.

Perhatian dan kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“KEDAH AMAN MAKMUR – HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”


“ILMU BUDI BAKTI”
Yang menjalankan tugas

Aiman Shafiq Bin Norha,


Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA),
Pusat Pengajian Multimedia Tcknologi & Komunikasi,
Universiti Utara Malaysia.

No. Tel : 017-5544526

Universiti Pengurusan Terkemuka


The Eminent Management University

Anda mungkin juga menyukai