Anda di halaman 1dari 1

TUJUAN

1. Untuk mengetahui tahap kesihatan fetus di dalam kandungan ibu


sepanjang kehamilan.

2. Untuk memantau tanda tanda awal yang menunjukkan bahawa ibu yang
berisiko tinggi tidak mengalami masalah terhadap kehamilannya contoh
dalam kes kehamilan jika ibu mempunyai kencing manis, darah tinggi,
masalah tiroid serta sejarah ‘stillbirth’.

3. Untuk memastikan kelahiran yang selamat cukup bulan dan hidup sihat
contoh ibu dapat mengetahui fetus tidak lemas, terbelit tali pusat atau tidak
sihat kerana jangkitan kuman.

1. Carta pergerakan fetus ini bermula setiap hari pada waktu yang sama
iaitu jam 9 pagi. Kenapa 9 pagi? Sebabnya waktu tersebut beranggapan ibu
telah bangun dari tidur dan melakukan rutin harian seperti biasa.

2. Kira pergerakan fetus dalam tempoh 10 jam. Maksudnya jika bermula


jam 9 pagi mestilah berakhir pada jam 7 malam. Dalam tempoh tersebut,
perlu ada 10 gerakan yang kuat atau tendangan fetus.

3. Terdapat petak perlu diisi sendiri oleh ibu iaitu petak tarikh, masa
bermula yang perlu tandakan X dalam kotak kecil yang bernombor 1 hingga
10 yang mewakili setiap kali fetus gerak atau tendang. Perlu genap 10
gerakan setiap hari.

4. Pergerakan atau rangkaian pergerakan contoh tendang, pergerakan yang


kuat, tumbuk,berpusing, gerakan kecil pada satu masa dan penghentian
seterusnya dianggap sebagai satu pergerakan fetus.

5. Setelah 10 kali gerakan fetus setiap hari, rasa gerakan fetus yang
seterusnya tidak perlu tanda lagi tetapi ibu tetap perlu mengawasi gerakan
fetus sepanjang tempoh kehamilan.

6. Sekiranya ibu tidak merasa 10 kali Gerakan dalam masa 10jam,jika


pergerakan fetus terlalu lambat atau terlalu cepat dari kebiasaan segera ke
hospital bahagian kecemasan bersalin.

Ibu wajib mencatat carta gerak fetus setiap hari tanpa gagal sehingga
melahirkan anak. Catat pergerakan fetus dengan jujur dan jangan menipu.

Anda mungkin juga menyukai