Anda di halaman 1dari 8

7 AMALAN PEMAKANAN YANG PERLU DIJAUHI UNTUK

MENGELAKKAN OBESITI
1. MAKAN SAMBIL MENONTON
Tabiat pemakanan ketika menonton televisyen atau menonton wayang akan
menempatkan diri anda ke dalam kancah kegemukan.
Kebiasaannya, amat menyenangkan jika menonton sambil makan. Tetapi, tabiat
pemakanan ini sangat bahaya dan perlu anda jauhkan. Hal ini kerana, ketika anda
menonton anda tidak sedar jumlah makanan yang telah masuk ke dalam mulut kerana
keasyikan menonton.

Jika cerita yang ditonton masih belum tamat, anda akan makan dan tidak berhenti.
Tanpa anda sedari, anda telah makan dengan banyak.

Anda masih lagi boleh makan ketika menonton, tetapi bukan makanan yang boleh
menggemukkan.

Jika tabiat makan ketika menonton tetap tidak dapat dielakkan cukuplah sekadar makan
buah-buahan atau pencuci mulut yang lain yang kurang mudarat terhadapa tahap
kolesterol anda.
2. MAKAN KETIKA MEMANDU
Kebanyakan pemandu lebih gemar untuk memandu sambil makan bagi mengelakkan
mengantuk. Mereka lebih suka makan snek, kuaci atau kekacang yang mudah
dimakan. Sepanjang perjalanan, makanan akan menjadi peneman setianya ketika
memandu.

Tetapi adakah anda sedar, tabiat pemakanan seperti ini akan mengundang masalah?

Masalah bukan sahaja akan menyebabkan kegemukan, tetapi turut membahayakan


pemanduan anda kerana boleh menyebabkan anda hilang fokus. Cuba alihkan tabiat
pemakanan itu kepada cara lain.

Seperti berzikir, bernyanyi atau pun memberi sepenuh perhatian terhadap pemanduan.

Anda pasti boleh elak dari mengantuk. Jika masih mengantuk dan perlu makan, anda
boleh mengunyah gula getah atau gula-gula untuk memberi kesegaran sepanjang
pemanduan anda. Atau pun anda boleh membeli buah-buahan potong yang mudah
untuk dimakan ketika memandu.

Badan anda bukan sahaja akan segar, tetapi memberi kesihatan yang optimum kepada
anda.
3. MEMILIH MAKANAN BERLEMAK
Makanan bersantan memang sinonim dengan masyarakat Melayu. Hal ini terjadi
kerana, kebanyakan makanan tradisi mengandungi santan.
Pengambilan santan yang berlebihan mengundang peningkatan lemak atau kolesterol
dalam badan.

Jika di kedai makan, cubalah alihkan perhatian anda dari memilih makanan yang
berlemak dengan memilih makanan berebus, atau bakar, atau boleh memilih sup sayur
dan sebagainya.

Kurangkan mengambil kuah bersantan. Selain itu pengambilan ayam dan daging yang
berlebihan juga boleh memudaratkan.

Pastikan dalam seminggu bekerja, dua atau tiga kali sahaja anda memilih ayam atau
daging sebagai menu pilihan, selebihnya banyakkan sayur dan ikan. Ayam bandar
dikatakan lebih memudaratkan kerana kebanyakannya disuntik berbanding ayam
kampung.

Selain santan, ayam dan daging, kurangkan juga makanan bergoreng. Jika menu anda
adalah telur, pilih cara merebus telur. Jika menggoreng, kuantiti minyak haruslah
dikurangkan dari biasa.
4. SUKA MAKANAN SEGERA & SNEK TAK BERKHASIAT
Kesibukkan kerja pada masa kini mampu mengundang padah sekiranya kita
menggunakan alasan tiada masa untuk memasak. Jadi sebagai kesannya, kita akan
membeli seberapa banyak makanan segera di kedai untuk dijadikan stok harian untuk
dimakan.
Setiap kali sebelum atau selepas kerja, makanan segera akan menjadi peneman kita.
Sebab sangat mudah untuk menyediakannya ditambah dengan rasa yang lebih lazat
dan berlemak. Premis makanan segera juga seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Bila anda terasa lapar, hanya dengan satu panggilan, makanan tersebut akan datang
kepada anda. Senang bukan?

Tetapi adakah anda sedar, amalan pemakanan seperti ini akan memudaratkan tubuh
anda?

Tahukah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam
dan penambah perisa yang tinggi?

Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal
kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan
dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang
panjang. Ubah amalan atau corak pemakanan ini dengan memilih makanan segera
yang lebih berkhasiat seperti bijiran dan buah-buahan.
5. MAKAN SAMBIL BERBUAL
Rasulullah juga turut melarang umatnya makan sambil berbual. Larangan ini juga
bersebab.

Apabila anda makan sambil berbual, anda tidak sedar berapa banyak makanan dan
jumlah kalori yang telah anda ambil. Apabila anda makan sambil berbual, anda tidak
dapat mengunyah makanan dengan betul kerana sibuk hendak bercakap. Kesannya,
makanan akan ditelan sebelum hancur.

Amalan pemakanan ini akan menyebabkan usus anda memproses makanan dengan
begitu lambat kerana saiz makanan yang masih besar.

Jika makanan tidak dapat diproses dengan sempurna, makanan tersebut akan
bertukar menjadi lemak dan menempel di bahagian bawah kulit.
Proses ini akan membuatkan badan anda akan semakin membesar. Patuhi dan ikutilah
sunah Rasulullah untuk mengunyah sebanyak 40 kali.

Bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman, malah bagus untuk proses pencernaan.
6. MAKAN LEWAT MALAM
Pengambilan makanan berat pada waktu malam boleh memberi kesan yang
memudaratkan dalam jangka masa yang panjang. Amalan pemakanan ini telah menjadi
satu budaya dan perkara biasa bagi mereka yang bergelar warga kota.

Mana tidaknya, mereka gemar mengunjungi premis-premis restoran atau gerai yang
dibuka 24 jam setiap hari yang juga ada menawarkan perkhidmatan jalur lebar dan
sememangnya akan menjadi daya tarikan pelanggan untuk makan sambil melayari
internet.

Walaupun kita sedia maklum bahawa makanan yang mengandungi protein dan
karbohidrat adalah nutrien yang amat diperlukan oleh badan tetapi sekiranya berlebihan
ia menjadi punca penyakit yang berkait dengan kolesterol.

Jika anda seorang yang aktif dalam erti kata sentiasa menggunakan tenaga untuk
bekerja walau pun malam, tidak menjadi masalah jika anda makan malam.
Walau bagaimanapun, ini menjadi masalah yang besar kepada individu yang tidak
melakukan apa-apa aktiviti di waktu malam kerana kebarangkalian untuk mendapat
penyakit adalah lebih tinggi.

Mengapa hal ini terjadi?

Pada waktu malam, kadar metabolisme pada badan adalah rendah. Sekiranya makan
malam antara pukul 8 malam dan ke atas, kemungkinan badan kita gagal membakar
kalori yang diproses daripada makanan yang dicernakan. Kesannya, makanan itu akan
menjadi lemak yang akan menggemukkan badan.
7. MAKAN BANYAK KETIKA TERTEKAN
Bebanan tugas di tempat kerja, menguruskan keluarga atau masalah peribadi
menyebabkan anda mudah tertekan dan kemurungan.

Selalunya, ada sesetengah pendapat mengatakan makan banyak


dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Betul, kebanyakannya memang dapat mengurangkan tekanan mereka, tetapi masih
perlu mengamalkan amalan pemakanan yang sihat.

Hal ini kerana, apabila kita marah hormon dalam badan menjadi tidak stabil, jadi
sebanyak mana pun kita makan ketika itu tidak akan kita sedari kerana diri kita telah
dikuasai perasaan marah.

Walau bagaimanapun, anda boleh menghilangkan sikap marah dengan berselawat,


berzikir atau pun boleh makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Coklat dikatakan dapat membantu menghilanglan kemarahan. Jadi boleh makan


coklat ketika marah tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
Pengambilan coklat yang berlebihan juga tidak bagus kerana boleh mengundang
masalah kegemukan dan penyakit lain seperti kencing manis.
JAUHI OBESITI SEBELUM TERKENA
Amalan pemakanan yang tidak sihat dapat kita hindarkan sekiranya kita cukup
pengetahuan tentang bahaya tabiat pemakanan tersebut.

Jauhinya sebelum terlambat. Sentiasa minum air masak yang cukup untuk
melancarkan segala proses penghadaman dan perncernaan.
Kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan penyakit buah pinggang. Jadi,
bertindak segera dan pilihlah langkah yang bijak dalam mengamalkan gaya hidup yang
sihat.

Anda mungkin juga menyukai