Anda di halaman 1dari 10

ESEI BERDASARKAN ARTIKEL

‘SPORTS WATER’

PENDAHULUAN

Dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari sudah tentu kita pernah mendengar mengenai

‘Sports Water’. Semua atlit sangat memerlukan minuman sukan untuk menambah stamina,

menguatkan otot dan sebagainya. Dalam artikel ini membincangkan mengenai sports water iaitu

air khas untuk sukan. Artikel ini ada memberikan perbezaan antara sports water, sports drink dan

plain water atau air kosong. Kandungan-kandungan dalam minuman juga dibahaskan seperti

perisa, karbohydrat dan elektrolit serta kajian-kajian mengenai minuman-minuman yang

dihasilkan. Pelbagai jenis minuman telah dicipta untuk para atlit. Di sini saya ingin

membincangkan mengenai keperluan dan kepentingan pengambilan air semasa bersukan. Dalam

kehidupam kita sehari-hari kita sangat memperlukan air untuk tubuh badan supaya bertenaga.

Tanpa air tubuh badan kita akan lemah dan tidak bermaya serta akan sering kekejangan otot.

Doktor juga menyarankan kepada masyarakat untuk meminum air sekurang-kurangnya 7 gelas

dalam sehari. Di sini jelas betapa kita membutuhkan air untuk tubuh badan kita. Maka dengan itu

adalah lebih penting untuk kita dalam pengambilan air lebih-lebih lagi semasa melakukan sukan.

Di negara asing seperti Australia, Canada dan Mexico banyak mencipta minuman

berenergi untuk para atlit. Minuman yang mengandungi vitamin, potassium, sodium dan

karbohydrat bertujuan untuk mengekalkan daya tahan tubuh kuat dan semakin bertenaga.

1
Minuman yang dihasikan seperti Hydra Fuel, Gatorade, Staminade, Isotonic, Revive, Isostar,

Kreatine, Redbull, Aquarius, 100-plus dan banyak lagi.

Kaitan artikel dengan permainan hoki

Sukan hoki yang memerlukan 11 pemain sepasukan dalam seluas padang 51.4 meter

panjang dan 55 meter lebar ini sangat memerlukan tenaga dalam kelajuan berlari serta kekuatan

tubuh badan dalam memegang kayu hoki dan memukul bola yang keras. Sukan hoki ini juga

dikenali dengan sukan yang meletihkan kerana pemain terpaksa membongkokkan badan ketika

bermain. Oleh kerana permainan hoki ini memerlukan kecepatan atau kelajuan berlari dan

stamina yang tinggi, seorang pemain itu perlulah meminum minuman yang berkabohydrat tinggi

sekurang-kurangnya 60 gram dalam minuman. Sebuah kajian dalam artikel Sports Coach, Vol

28, No 1, 2005 telah membuat kajian mengenai minuman yang mengandungi kabohydrat.

Pemain diberikan minuman yang mengandungi 60 gram dan 80 gram kabohydrat dalam botol

minuman. Minuman tersebut diagih-agihkan secara rawak kepada para pemain. Setelah selesai

latihan selama 48 minit, di dapati pemain yang meminum minuman yang mengandungi 80 gram

kabohydrat telah mengalami sakit perut atau ketidakselesaan perut dibandingkan minuman 60

gram kabohydrat yang tidak menimbulkan apa-apa kesan atau ketidakselesaan terhadap pemain.

Jadi setelah didapati bahawa minuman yang mengandungi lebih dari 60 gram kabohydrat akan

menyebabkan seseorang itu sakit perut atau ketidakselesaan perut. Dalam artikal ini juga ada

membahaskan seperti:

‘...carbohydrate should be consumed at a rate of 30% to 60% per hour during strenuous
exercise’

2
Memandangkan permainan hoki adalah sukan yang memerlukan banyak tenaga dan

stamina yang tinggi adalah pertepatan dengan artikel ini. Kandungan karbohydrat dalam

minuman hanya digalakkan 30 hingga 60 gram sahaja bagi seorang pemain atau atlit untuk

mengambil minuman sports drinks. Ini bersamaan juga dengan 3 hingga 6 peratus karbohydrat.

Kenapa kita perlu meminum air semasa bersukan?

Aktiviti sukan yang berpanjangan dan berintensiti tinggi boleh mengakibatkan

kehilangan cecair badan melalui peluh sebanyak 1-2 liter setiap jam. Dalam artikel Sports

Coach, Vol.16, No 4, 1993, m.s 9 ada menyatakan:

‘Athletes undertaking heavy exercise in hot conditions can lose 1-2 litres of sweat per
hour’

Kita ambil contoh sukan hoki. Padang hoki sekarang diperbuat daripada sintetik yang

menaikkan bahang panas ke atas. Ini mengakibatkan pemain terasa cepat panas dan banyak

mengeluarkan peluh. Seorang pemain akan cepat merasa dahaga atau kekeringan tekak bukan

satu indikator baik bagi menunjukkan badan kehilangan air. Seseorang atlit harus minum air

yang banyak sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi aktiviti fizikal. Air sejuk merupakan

cecair yang paling sesuai untuk diminum. Suhu badan individu yang normal ialah 37ºc. Semasa

melakukan sukan hoki yang lama dan berintensiti tinggi, badan akan menghasilkan kuantiti haba

yang banyak. Haba dihasilkan daripada metabolism karbohidrat dan lemak otot untuk

menghasilkan tenaga. Haba juga diserap dari bahang cahaya matahari, udara panas dan sentuhan

antara kaki dengan permukaan tanah. Kehilangan ini mewakili kehilangan sebanyak 6 hingga10

peratus daripada berat badan.

3
Rajah 1 Pemindahan Haba

Tambahan lagi, pengeluaran peluh yang banyak mengakibatkan kehilangan air dan

elektrolit daripada badan. Kehilangan air adalah lebih kritikal sekiranya tidak digantikan.

Kebanyakan atlit hilang 8 hingga12 peratus daripada berat badan mereka apabila melakukan

sukan hoki dalam keadaan cuaca panas dan lembap (humid). Kehilangan air ini mengakibatkan

penurunan isipadu plasma darah. Elektrolit (ion Na+ dan Cl) yang mengawal kandungan air

dalam badan apabila hilang melalui perpeluhan, tidak akan dapat mengawal keseimbangan air

dan elektrolit. Penurunan kandungan air dalam plasma darah mengakibatkan penurunan tekanan

darah. Jantung terpaksa mengepam dengan lebih kerap dan laju untuk mengekalkan keluaran

kardiak agar darah dapat dihantar ke otot yang sedang bekerja. Ini akan mengakibatkan

penurunan kadar peredaran darah di bawah permukaan kulit kerana lebih darah diperlukan untuk

membekalkan nutrien dan oksigen ke otot yang bertugas. Kesan pengalihan peredaran darah ini

menunjukkan peningkatan suhu badan dan mengakibatkan stress haba. Kajian dari saintis yang

memaparkan mengenai minuman Zico, asli dari buah kelapa yang mengandungi lima elektrolit

4
penting iaitu kalium, sodium, kalsium, magnesium dan fosfurus membuktikan kandungan dalam

minuman ini sangat sempurna yang membina kadar peredaran darah mengalir lancar ke dalam

tubuh badan seperti yang dapat dilihat di bawah jika dibandingkan dengan Sports Water,

penghasilan kadar darah dalam tubuh badan hanya naik sedikit sebelumnya manakala coconut

water pula telah menghasilkan kadar darah dua kali ganda naik dari sebelumnya.

Rajah 2: Kadar peredaran darah semasa bersukan

Kehilangan air melalui perpeluhan dan tidak diganti boleh mengakibatkan seseorang itu

rebah, peluh tidak berhenti, pucat, pening dan loya serta denyutan nadi yang laju. Rawatan yang

diperlukan ialah meminum air yang banyak dan berehat di kawasan yang sejuk. Sekiranya tidak

dirawat boleh mengakibatkan strok haba. Strok haba (heat stroke) adalah keadaan yang lebih

teruk daripada kekejangan otot dan kehilangan air badan berlebihan. Punca spesifik strok haba

tidak diketahui tetapi ciri-ciri keadaan ini ialah pengsan, kulit yang kering dan suhu badan yang

meningkat hingga 41ºC dan badan tidak dapat mengeluarkan peluh. Minum air sebelum, semasa

dan selepas sesuatu sesi latihan atau pertandingan dapat mengelakkan stress haba. Walaupun

minuman isotonik mengandungi elektrolit yang boleh menggantikan elektrolit yang hilang

namun air sejuk adalah cecair yang paling baik untuk diminum. Lebih 40% daripada kehilangan

haba berlaku di bahagian kepala. Oleh itu air adalah penting untuk menambah cecair dalam

tubuh badan selepas melakukan aktiviti sukan lebih-lebih lagi sukan hoki.

5
SEBELUM LATIHAN SEMASA LATIHAN SELEPAS LATIHAN

Minum sekurang-kurangnya 8 auns atau Minum 4 hingga 8 auns setiap 15 Minum 16 auns atau 500 gram air
225 gram sebelum latihan. hingga 20 minit. sebelum latihan.

Rajah 3: Cadangan kuantiti minuman yang perlu diambil.

Di Negara Brunei Darussalam, permainan hoki dimainkan pada padang terbuka di

permukaan bebas dari pancaran sinaran matahari. Oleh yang demikian, bagi permainan hoki di

Brunei adalah digalakkan meminum air setengah dari 500ml sebelum memulakan latihan atau

permainan, manakala selepas tamat permainan digalakkan minun antara 500ml hinggal 1 liter air

untuk menggantikan air yang dikeluarkan melalui peluh. Dalam tubuh badan kita memerlukan

air secukupnya untuk perjalanan dan mengepam otot-otot yang berkerja semasa bermain.

Kadang-kadang jika terjadi kekejangan otot atau cramp adalah kerana kekurangan air dalam

tubuh bada. Selain dari meminum sports drink seperti 100 Plus, Revive atau seumpamanya, itu

tidak sepenuhnya menjamin penggantian air yang hilang. Dalam artikal ‘The Water Carries- The

key to better performance by staying hydrate’ menurut Mark Gribble, ahli psikologi dari NSW

Institute Of Sports telah mensyorkan kepada seorang penunggang kuda yang mulanya tidak

yakin dan tidak fokus semasa ingin menjalani pertandingan. Mark mencadangkan beliau untuk

minum seberapa banyak air untuk melancarkan daya berfikir untuk menbina strategi. Salah

seorang penunggang kuda, Stuart Tinney telah merasakan ada banyak perbezaan selepas beliau

mencubanya. Hasil dari percubaan Stuart telah memberi beliau perubahan kerana sebelumnya

beliau mengalami kekejangan otot dan kekejangan perut semasa menunggang kuda. Namun

6
selepas beliau mengamalkan meminum air secukupnya, beliau lebih fokus dan bebas dari

serangan kekejangan.

Bagi merumuskan keterangan tadi, air bukannya sekadar air kosong yang tidak

mengandungi apa-apa bahan, sebaliknya air itu dapat membantu peredaran sistem saraf tubuh

badan dalam melancarkan daya berfikir dan menajamkan lagi daya penglihatan seseorang.

Dalam permainan hoki sangat memerlukan dalam membuat strategi dan daya penglihatan yang

kuat, di samping meminum sports water adalah lebih baik meminum air juga sebanyak yang

diperlukan. Dalam artikal Sports Coach, m.s 33 ada menyatakan hasil dari kajian bahawa sports

drink adalah lebih sesuai bagi sukan hoki kerana permainan hoki menggunakan tenaga yang

banyak dan berintensiti tinggi. Sports drink dipilih kerana ia boleh mempercepatkan penyerapan

semula air yang hilang, juga memberikan energi dengan cepat. Air juga tidak kurang pentingnya

dalam semua jenis sukan walaupun penyerapan air dalam gantian kehilangan air lama, namun ia

berkesan dan semula jadi tanpa bahan-bahan campuran.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, pengambilan minuman sama ada minuman sukan atau air kosong

adalah sama tapi yang membezakan adalah kecepatan pernyerapan bahan kimia dalam tubuh

badan. Namun kedua-dua jenis air ini penting untuk tubuh badan dan seboleh-bolehnya semasa

sukan hoki air dan sports drink harus ada. Memang tidak dinafikan air membantu hanya untuk

seketika, namun air penting untuk mengimbangkan berat badan selepas bersukan. Lebih dari 80

peratus tenaga yang diberikan kepada otot hilang begitu saja dan selebihnya itu hanya pada otot

7
untuk berkerja. Seseorang tidak perlu mengambil sports drink untuk tambahan tenaga namun

hanya cukup mengambil perisa garam dan air untuk mengembalikan keadaan sebelum

melakukan sukan. Kepentingan air yang cukup menurunkan suhu badan melalui peluh dan respirasi.

Sekiranya air tidak mencukupi akan mengganggu sistem kardiovaskular dan meningkatkan suhu badan.

Air dalam badan juga akan berkurang 4 hingga 5 peratus yang mengakibatkan mengurangkan kapasiti

kerja sebanyak 20 hingga 30 peratus. Kekurangan air sebanyak 10 peratus akan menghentikan aliran

darah apatah lagi pada cuaca yang panas dan aktiviti berterusan akan kehilangan 8 hingga 12 liter air.

Oleh yang demikian segala jenis air yang diminum sama ada sedikit atau banyak akan

mempertingkatkan prestasi dan stamina pada tubuh badan. Pelbagai air yang diminum hanya

dapat diukur melalui kandungannya dan penyerapan dalam tubuh badan seseorang, tidak kira

lelaki atau perempuan tetap juga berkerja dan mengalir dalam tubuh badan. Ini terpulang kepada

seseorang untuk memilih air yang diperlukan dan dikehendaki mereka.

8
RUJUKAN

Buku:
Frank I. Katch (1984). The 1984 Olpmpic Scientific Congress Proceedings Volume 2: Sports,
Health and Nutrition, Human Kinetics Publishers, Inc, Champaign, Illinois.

Magazine:
Prue Heeley, Research Fellow and Dr. Louise Burke. The Sports Drink: the drink of the 90’s,
Sports Dietitian, Australian Institute of Sports. Sports Coach, Vol.16, No 4, 1993, m.s 7.
Michelle Minehan. Fluid who needs it?, Sports Dietitian, Australian Institute of Sports. Sports
Coach, Vol.24, No 4, 2002, m.s 12- 13.
Michelle Minehan. Sports Water. Sports Dietitian, Australian Institute of Sports. Sports Coach,
Vol.26, No 4, 2004, m.s 31- 33.
Cathy Reid. The Water Carries: the key to better performances by staying hydrated. Sports
Coach, Vol.27, No 2, 2004, m.s 27.
Peter Reaburn. Theory To Practice. Head, School of Health and Human Performance, Central
Queensland University. Sports Coach, Vol.28, No 1, 2005, m.s 34- 35.

Internet:
Abib (2009). Makanan Seimbang. Pada June 10, 2009. Di ambil dari
http://abib2u.com/blog/2009/06

Air dalam tubuh pengaruhi kesegaran kulit. Kementerian Kesihatan Malaysia. Di ambil dari
http://jknkl.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=109

Huraian sukatan pelajaran kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sains Sukan, Pusat
Perkembangan Kurikulum Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia. Di ambil dari
http://www.pdf-search-engine.com/buku-sumber-sains-sukan-tingkatan-5-pdf.html

Zico Natural 100% Pure Brazilian Coconut Water. Di ambil dari http://www.zico.com

9
Elizabeth Quinn (2009). Proper Hydration for Exercise- Water or Sports Drinks: What and when
athletes drink depends upon exercise duration and intensity. Pada June 29, 2009. Di ambil dari
http://sportsmedicine.about.com/od/hydrationandfluid/a/ProperHydration.htm

10

Anda mungkin juga menyukai