Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

Tujuan saya membuat kertas kerja ini adalah membantu guru dan rakan-rakan saya
mengetahui halatuju pembangunan sukan di Negara Brunei Darussalam.

Kertas kerja ini dibuat adalah ingin mengetahui dan mengkaji serba sedikit mengenai
kemajuan persatuan/ kelab/ badan sukan di Negara Brunei Darussalam ini sama ada
berkembang, mundur atau tiada kemajuan langsung yang dapat diungkapkan seperti ‘Yang
Unggul Dipertahankan’, ‘Yang Rebah Dibangunkan’, dan ‘Yang Terlena Dikejutkan’.

Pengarang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Cikgu Haji Mohammad Tajuddin Haji Tengah atas memberi nasihat dan tunjuk ajar,
rakan sebaya dan atlet-atlet yang berkesudian ditemubual dan memberi galakan dalam
membantu usaha menjayakan pengkajian tajuk ini.

Semoga rakan-rakan saya dalam bidang Pendidikan Jasmani akan mencapai dan
mendapat rujukan yang berfaedah dari usaha sederhana ini.

Sekian terima kasih dan selamat bertugas.

1
ABSTRAK

Menurut kajian yang dijalankan, halatuju pembangunan sukan di Negara Brunei


Darussalam kini sangat mengecewakan. Adapun persatuan ini pada dasarnya berjaya dan
mampu menghasilkan pencapaian yang memuaskan bagi negara, namun setelah dipisi-pisi,
persatuan ini dalam kesulitan dan pihak yang berwajib bagi membangun persatuan ini perlu
dikejutkan. Persatuan yang dimaksudkan ialah Persatuan Wushu Negara Brunei Darussalam.
Persatuan ini dikatakan mampu merealisasilan harapan selepas berusaha gigih dengan
membekalkan semangat kental dan harapan mendapat peluang untuk menyertai kejohanan
serantau dan antarabangsa kelak, tetapi kata-kata itu hanya kata-kata kosong. Huraian
selanjutnya akan dibincangkan lebih lanjut.

2
KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang sukan di Negara Brunei Darussalam. 4
1.2 Faktor-faktor yang menjana kepada menurunnya prestasi
sukan di Negara Brunei Darussalam. 5

2.0 Persatuan Wushu Negara Brunei Darussalam.


2.1 Pengenalan penubuhan. 6
2.2 Perkembangan Persatuan Wushu. 7
2.2.1 Latihan yang digubal. 8
2.3 Masalah yang dihadapi dalam Persatuan Wushu 9

3.0 Saranan yang perlu diubah untuk menjadikan Persatuan Wushu


lebih baik. 10
3.1 Konsep pengurusan sukan 10
3.1.1 Pengendalian 11
3.1.2 Perlaksanaan 12
3.1.3 Prosidur disiplin 13
3.1.4 Publisiti 14
3.1.5 Keselamatan 14
3.1.6 Ganjaran 15

4.0 Pandangan orang awam mengenai sukan wushu 16


4.1 Pandangan Jurulatih Li Hui 17
4.2 Temubual 18

5.0 Kesimpulan 18

Gambar 19
Rujukan 22

3
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang sukan di Negara Brunei Darussalam.

Aktiviti sukan dan rekreasi telah sekian lama menjadi sebahagian daripada cara hidup
rakyat dan penduduk negara ini. Terdapat banyak persatuan, pertubuhan, kelab-kelab dan badan-
badan sukan ditubuhkan mengikut kemunculan atlet-atlet yang berbakat aktif dalam membangun
suatu pertubuhan. Ini dapat di lihat dalam Persatuan Olahraga Amatur Brunei yang muncul
ditubuhkan pada tahun 1953 dan Persatuan Bolasepak Amatur Brunei pada tahun 1956.
Kegemilangannya mengikut peredaran dan penerimaan oleh masyarakat di Brunei. Kini kira-kira
32 jenis sukan mempunyai Persatuan Sukan Kebangsaan dan lebih daripada 150 pertubuhan
kelab sukan dan belia menjalankan aktiviti sukan. Majlis Sukan Brunei yang telah ditubuhkan
pada tahun 1975 dan dibubarkan pada tahun 1987 bertujuan menggabung dan menyelaraskan
Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan. Peranannya di ambil alih oleh Majlis Olimpik
Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ditubuhkan pada tahun 1984. Majlis ini menjadi
anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan mewakili Negara dalam temasya, kejohanan
anjuran dan naungannya.

Di pihak Kerajaan, usaha memimpin dan menyelaras aktiviti sukan bermula secara rasmi
pada tahun 1974 dengan penubuhan Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan dengan tugas
mengawasi, mengatur langkah-langkah mengelola, mentadbir dan melaksanakan rancangan-
rancangan mengenai dengan kebajikan, belia dan sukan. Selain itu, merancang dan memajukan
sukan secara terpimpin dan terkawal dengan tujuan supaya dapat membentuk masyarakat yang
kukuh dan bersatu padu bukan saja dari segi tubuh badan ahli-ahli masyarakat itu tetapi dari segi
pendirian dan semangat mereka sesuai dengan kehendak masyarakat Negara Brunei Darussalam.
Pada tahun 1984 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah ditubuhkan untuk
memperkukuhkan lagi kepimpinan, pelaksanaan dasar penyelarasan program. Pada
keseluruhannya penyertaan masyarakat dalam sukan dan rekreasi semakin bertambah melalui
berbagai-bagai rancangan dan kemudahan sukan yang disediakan dalam proses pembinaan dan

4
perancangan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

1.2 Faktor-faktor yang menjana kepada menurunnya prestasi sukan di Negara Brunei
Darussalam.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam sangat menitikberatkan masyarakat mengamalkan budaya
sukan supaya rakyat tidak tertekan akan keadaan sekeliling serta menggalakan rakyat
mengamalkan gaya hidup sihat. Sukan merupakan sebahagian aktiviti yang diamalkan oleh
penduduk yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan perhubungan antarabangsa.

Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan kelemahan sukan ialah ketiadaan tapak yang
kukuh bagi persatuan, kelab dan badan-badan yang menyebabkan kurangnya penyertaan atau
penglibatan yang aktif di kalangan masyarakat dan penaburan (distribution) kemudahan-
kemudahan sukan, terutama bagi sektor "Sukan Untuk Masyarakat”. Ini jelas nampak berpuluh-
puluh persatuan ditubuhkan namun tapak yang dikhaskan kurang atau tidak ada sama sekali
contohnya dewan bagi sukan bola tampar, bola tangkis, silat, taekwando, wushu dan banyak lagi.

Selain dari itu, kurang keberkesanan kepimpinan dan kelemahan pengurusan terutama
dikalangan pertubuhan dan persatuan sukan kebangsaan. Antara puncanya ialah
ketidaksefahaman dikalangan ahli yang menyebabkan bertindih peranan dan tanggungjawab
masing-masing, perkhidmatan juga tidak teratur dan tidak sepenuh masa. Kelemahan program
kejurulatihan dari segi bilangan jurulatih juga faktor yang melemahkan keunggulan sukan selain
dari kelayakan dan pengalaman jurulatih yang hanya bertugas secara sambilan.

Ini juga antara yang menyundang kepada kebangkitan sukan di Negara Brunei
Darussalam iaitu kekurangan perancangan pembangunan yang saintifik tanpa kesinambungan
antara satu sektor program dengan yang lain, termasuklah perancangan tiap-tiap jenis sukan, dan
tanpa penyelarasan yang berkesan. Di samping itu, kekurangan sumber kewangan di setiap

5
pertubuhan dan persatuan sukan kebangsaan untuk pengurusan dan pelaksanaan program tanpa
usaha mendapatkannya sendiri.

Faktor-faktor yang dihuraikan di atas ini sangat mengecewakan kerana tidak diendahkan
sama sekali oleh pihak yang berwajib. Ini seakan-akan bahawa kerajaan brunei tidak mampun
untuk mengurus dan membangun semula sukan Negara sedangkan sukan diadakan adalah
menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui penyertaan dan
sumbangan di kalangan belia dan sukan.

2.0 Persatuan Wushu Negara Brunei Darussalam

2.1 Pengenalan penubuhan

Persatuan Wushu Negara Brunei Darussalam ini mula ditubuhkan pada tahun 2002 atas
inisiatif atlet-atlet sukan Wushu. Mereka juga bersepakat bagi memilih Ang Swee Guan, pemilih
Hotel River View sebagai Presiden Persatuan Wushu ini dan hingga sekarang, beliau masih
memegang jawatan tersebut. Pada asalnya ahli-ahli dalam persatuan ini terdiri dari golongan
belia sahaja dan hanya 12 orang sahaja yang giat aktif memajukan sukan Wushu tersebut.
Setelah tertubuhnya persatuan ini, beberapa orang atlet telah dihantar ke acara sukan yang
diadakan di Genting Highland pada bulan Mac. Mereka telah menjuarai pingat emas yang
dibawa pulang oleh Isa bin Bismi. Ini adalah pencapaian pertama Persatuan Wushu. Setelah
setahun kemudian barulah Persatuan Wushu diiktiraf secara rasminya sebagai persatuan di
bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kemudian nama Persatuan Wushu
meningkat tahun demi tahun dan dalam tahun 2003, atlet wushu telah mendapat pendedahan
dengan menyertai beberapa kejohanan di Republik Rakyat China dalam Kejohanan Open Asia
Wushu di Macau. Pada tahun 2005 pula, persatuan ini menyertai Kejohanan Wushu Asia di
Yangon, Myanmar.

Semua usaha yang dikutip oleh para atlet Wushu ini adalah hasil dari bimbingan dan
tunjuk ajar jurulatih mereka iaitu sifu Chen Nam Eh. Beliau adalah ahli Wushu Tradisional iaitu
seni bela diri yang hanya mengikut rentak tradisional. Dalam kata lain, Wushu Tradisional ini

6
tidak memerlukan gaya acrobatic sepertimana dalam Wushu moden sekarang ini. Menurut
mereka dengan bimbingan sifu Chen Nam Eh, mereka banyak mempelajari pelbagai teknik dan
memperbaiki beberapa kelemahan melalui sesi latihan yang dijalankan. Isa bin Bismi
menjelaskan:

“Setakat ini nampaknya kami berjaya perbaiki beberapa kelemahan dan melalui latihan harian
dan latihan pendedahan di China Julai lepas, prestasi kami semakin meningkat”.

Pada tahun 2005, para atlet Wushu dikatakan telah menggalas cabaran negara dalam
temasya Sukan SEA Ke-XXIII 2005 di Republik Filipina. Ini adalah kali pertama negara
menghantar kontinjen bagi mewakili negara dalam acara Wushu. Tiga orang atlet yang mewakili
acara ini terdiri dari pasangan adik-beradik iaitu Isa Bismi dan Ismi Bismi dan Tan Peng Horng
dengan menyertai kategori Nan Quan dan Tai Chi Quen serta Tai Chi Jian (Pedang). Dalam
temasya itu, mereka telah berusaha dalam mempamerkan persembahan yang terbaik.

2.2 Perkembangan Persatuan Wushu

Menjelang tahun 2007, Persatuan Wushu ini telah di ambil alih oleh jurulatih baru dari
Republik Rakyat China iaitu Li Hui. Setelah beliau memegang jawatan jurulatih, persatuan ini
kian berkembang dan banyak berubahan dibuat antaranya ialah dari segi latihan termasuk teknik,
pemanasan badan, masa dan tempat. Bilangan ahli juga bertambah setiap minggu yang terdiri
dari golongan kanak-kanak dan remaja. Oleh yang demikian, perubahan yang dibuat oleh Li Hui
jelas telah mendatangkan kemajuan yang ketara dan ini dapat di lihat dalam beberapa kejohanan
yang dianjurkan di luar negara. Persatuan Wushu juga telah dikenali oleh masyarakat terutama
golongan anak sekolah. Sekarang jumlah ahli kian meningkat sehingga mencacah jumlah kira-
kira 30 orang.

Persatuan ini tidak mengambil sebarang bayaran atau yuran kemasukan untuk menjadi
ahli dalam persatuan ini. Ini adalah salah satu tarikan dan kelebihan supaya orang ramai tertarik
untuk mempelajari seni bela diri ini. Sebelumnya pada tahun 2003, setiap kemasukan ahli
dikenakan bayaran dua ratus ringgit untuk menampung pembelanjaan diri mereka selama berada

7
dalam persatuan ini. Namun kutipan derma juga akan dikutip jika wang saku persatuan
berkurangan. Oleh yang demikian, sangat beruntung ahli-ahli baru yang mengikuti persatuan ini
kerana kemasukan percuma. Sekarang kebanyakkan ahli terdiri dari kanak-kanak dan remaja
yang berusia 5 hingga 17 tahun.

2.2.1 Latihan yang digubal

Perubahan yang ketara setelah Li Hui memegang jawatan jurulatih persatuan ini nampak
pada perubahan latihan. Sebelumnya latihan yang dibuat tidak teratur dan tidak mengikut pada
jadual yang dirancang. Namun sekarang Persatuan Wushu ini mengadakan latihan enam kali
seminggu iaitu pada hari Isnin hingga Rabu dan Jumaat, mereka mula berlatih dari jam 5 hingga
8 malam manakala hari Kamis dan Sabtu mereka mengadakan latihan gimnasium. Li Hui ini
seorang yang sangat tegas dan berdisiplin. Beliau sangat menitikberatkan latihan yang dirancang
mengikut waktunya. Misalnya mereka tiada tempat untuk berlatih, mereka tetap akan
melanjutkan latihan di luar dewan.

Selain dari itu, sebelum latihan mereka akan memulakan dengan pemanasan badan
beramai-ramai. Tidak seperti sebelumnya, mereka terus sahaja membuat latihan praktikal mereka
tanpa pemanasan badan. Jika atlet itu ingin membuat pemanasan badan mereka akan melakukan
dengan sendiri-sendiri dan ini menyebabkan mereka ketinggalan sesi latihan.

2.3 Masalah yang dihadapi dalam Persatuan Wushu

Menurut temubual bersama beberapa orang atlet dan jurulatih Li Hui, mereka
memberikan jawapan yang sama mengenai masalah yang dihadapi dalam persatuan ini iaitu
mengenai tempat dan peralatan mereka. Peratuan ini sudah berusaha sedaya mungkin meminta
pertimbangan dari Jabatan Belia dan Sukan untuk menyediakan tempat yang dikhaskan untuk
sukan Wushu, namun masih belum diungkayahkan. Maka dengan ini mereka masih dalam
kesulitan bagi mengadakan sesi latihan jika dewan penempatan mereka sekarang digunakan bagi
acara-acara sukan. Dewan Serbaguna Stadium Hassanal Bolkiah adalah penempatan bagi
persatuan ini. Kita sudah maklum bahawa dewan ini sering digunakan bagi acara-acara

8
perlawanan sukan. Adalah tidak mustahil persatuan ini akan tergendala membuat latihan mereka
nanti semasa Pesta Sukan Kebangsaan berlangsung.

Selain masalah tempat, sudah tentu peralatan lainnya juga kekurangan iaitu kapit khas
bagi Wushu. Sekarang mereka menggunakan kapit bagi gimnastik yang hanya setebal satu inci.
Kapit yang disediakan itu tidak sesuai bagi sukan Wushu yang menyebabkan mereka dalam
kesakitan jika terhempas ke lantai. Walaupun demikian, mereka tetap menjalani latihan walau
sesakit apapun mereka. Ahli-ahli persatuan ini tidak putus asa menanti akan pertimbangan yang
dilemparkan.

Beralih kepada masalah kewangan, memandangkan kemasukan persatuan ini percuma,


semua ahli bersepakat untuk mengeluarkan wang saku sendiri jika memerlukan keperluan lain
seperti peralatan pedang, pakaian, perubatan dan sebagainya. Namun mereka tidak merungut
akan hal kewangan mereka kerana tidak selalu mereka membeli keperluan tersebut. Lagi pula
segala peralatan Wushu hanya ada dijual di luar Negara seperti di China. Kasut mereka juga
tidak ada dijual disini, hanya ahli lama sahaja yang terdapat kasut khas Wushu. Ahli-ahli baru
hanya digalakkan memakai kasut getah yang lembut dan selesa.

3.0 Saranan yang perlu diubah untuk menjadikan Persatuan Wushu lebih baik.

Setelah mengetahui akan perkembangan dan permasalahn yang dihadapi oleh persatuan
ini, adalah perlu dikejutkan pihak-pihak berkenaan bagi membangun dan menyerlahkan lagi
sukan Wushu di Negara Brunei Darussalam. Sukan Wushu ini jika diamat-amati tidaklah
terkenal daripada sukan yang lain, namun begitu, sedangkan di Negara serantau boleh kenapa
tidak Negara Brunei Darussalam juga boleh memajukan lagi sukan Wushu ini supaya menjadi
terkenal sama sepeti Silat dan Taekwando. Pihak Jabatan Belia dan Sukan perlu mengambil
tidakan bagi memajukan lagi sukan Wushu ini sebagaimana kita tahu sukan Wushu ini sangat
memberi impak bagi mengharumkan lagi nama negara. Sukan Wushu ini adalah sukan yang
susah dipelajari jika seseorang itu tidak mempunyai kelebihan dalam diri iaitu dari segi
kelembutan badan. Wushu adalah sukan yang berpeluang besar untuk membawa pulang pingat
dari luar negara. Dari mula penubuhannya hingga sekarang, sukan Wushu mendapat banyak

9
pingat hampir tiap-tiap kejohanan. Pengabaian Persatuan Wushu ini sangatlah mengecawakan
sedangkan sukan Wushulah yang boleh mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam. Dalam
kata lain persatuan ini bolehlah dikatakan menurut rangkai kata ‘Yang Terlena Dikejutkan’ atas
sebab-sebab tertentu yang akan dihuraikan nanti.

3.1 Konsep pengurusan sukan

Dengan adanya penglibatan negara dalam bidang sukan, ini bermakna pihak kerajaan
turut memberi sokongan padu dan kukuh terhadap konsep semangat kesukanan yang tulen.
Dengan sendirinya negara menggalakkan masyarakat supaya melibatkan diri dalam bidang sukan
dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan untuk mewujudkan
keadilan dalam masyarakat. Dengan adanya semangat kesukanan juga, tidak mustahil hidup
masyarakat akan dalam keadaan sihat dan terhindar dari sebarang penyakit terutama stress dan
penyakit jantung. Pengurusan sukan yang bersistematik dan boleh mempertahankan nama
persatuan, kelab atau badan-badan sukan harus ada strategi yang teratur. Strategi pengurusan
sukan yang dimaksudkan ialah adanya pengendalian yang baik, cara perlaksanaan suatu
persatuan, prosedur disiplin, publisiti, keselamatan dan akhir sekali ialah ganjaran.

3.1.1 Pengendalian

Pengelolaan dan penyeliaan program sukan hendaklah melibatkan semua kakitangan


persatuan supaya tanggungjawab dan kesilapan dalam mentadbir program persatuan akan
diterima dengan baik, teratur, teliti dan tersusun kemas tanpa adanya kekeliruan yang boleh
meruntuhkan persatuan tersebut. Selain dari itu, carta organisasi dalam pentadbiran hendaklah
dipersiapkan supaya pengendalian persatuan berjalan dengan licin dan terancang di samping
tidak menjejaskan kedudukan dan tugas kakitangan.

Dalam Persatuan Wushu ini didapati pengendaliannya tidak teratur dan tidak kemas yang
menyebabkan tiadanya program-program yang dirancang oleh ahli jawatankuasa tertinggi untuk
ahli-ahli bawahannya termasuklah para atlet. Oleh kerana tiadanya pengendalian teratur telah
menyebabkan ahli-ahli berkerja sendiri dengan menampung segala pembelanjaan dan keperluan

10
bagi meneruskan sukan Wushu tersebut seperti pencarian tempat latihan, peralatan juga tidak
lengkap iaitu kapit, pedang, kasut dan sebagainya. Begitu juga dengan pertandingan dan
kejohanan yang diadakan di dalam mahupun di luar negara semuanya telah diuruskan oleh
jurulatih sendiri. Hal ini sangat memalukan dan meruntuhkan moral keMelayuan yang bersikap
lepas tangan, tambahan jurulatih yang memegang persatuan Wushu ini berasal dari negeri China
dan baru dilantik pada 2007.

Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab harus bangun dan sedar akan
tanggungjawab masing-masing kerana sukan Wushu ini adalah sukan yang sangat memberi
impak besar bagi menghidupkan semangat kesukanan Martial Arts di negara ini.

3.1.2 Perlaksanaan

Dalam sebuah persatuan, semua ahli sukan harus terlibat aktif dalam pelbagai jenis gerak
kerja sukan yang dirancang. Penglibatan mereka ini sangat penting bagi menghidupkan suasana
persatuan dan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli serta memupuk semangat kerjasama di
kalangan masyarakat. Perlaksanaan program sukan hendaklah melibatkan semua pegawai,
penyelaras, jurulatih, atlet dan masyarakat. Di samping itu, pengagihan tugas yang diberikan
kepada mereka biasanya berpandukan kepada kelayakan, bakat, kebolehan, keperluan, minat,
kesesuaian dan kesaksamaan. Setiap ahli sukan hendaklah memegang tidak lebih dari dua
jawatan penting dalam persatuan sukan agar tidak menjejaskan prestasi kerjaya dan pengkajian
mereka. Jawatan yang dipegang itu termasuklah jawatan Presiden, Timbalan Presiden,
Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari. Mereka harus merancang segala kegiatan sukan
dengan menetapkan matlamat yang hendak dicapai dalam projek yang telah ditetapkan.

Dalam perlaksanaan suatu program, pegawai yang bertanggungjawab harus mencatat dan
meneliti segala aktiviti dan kemajuan yang telah dicapai secara berterusan. Pihak persatuan
sukan harus memberi penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang
dijalankan. Lain pula halnya dalam Persatuan Wushu, persatuan ini sama sekali tidak ada
perancangan dan perlaksanaan suatu program. Ini adalah suatu kesilapan yang dibuat oleh ahli
jawatankuasa persatuan kerana masih terlena akan kepentingan hidup berpersatuan. Kegiatan dan

11
aktiviti yang dilakukan selama ahli berada dalam persatuan ini penuh dengan latihan dan
mengikuti acara-acara yang diadakan di luar negara. Persatuan Wushu ini hanya menunggu
panggilan jika berlangsung suatu majlis seperti Tahun Baru Cina, jemputan dari kerabat-kerabat
dan persembahan di sekolah-sekolah.

3.1.3 Prosidur disiplin

Pegawai-pegawai harus mendapatkan kerjasama sepenuhnya dari pengurus pemain atau


atlet. Mereka digalakkan melaporkan bantahan kepada pegawai yang bertugas bagi mengelakkan
berlakunya masalah disiplin dan keganasan. Bantahan dibenarkan bagi keadaan apabila berlaku
salah tafsiran peraturan dan undang-undang. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak
boleh dibuat bantahan tetapi kegagalan pegawai menggunakan peraturan dan undang-undang
terhadap sesuatu keadaan boleh dibuat bantahan.

Selain dari hal tersebut, pegawai-pegawai atasan persatuan juga harus mempunyai
disiplin diri supaya ahli bawahan juga turut mengamalkan disiplin yang ditunjukkan. Sekiranya
pegawai atasan tiada disiplin dalam menjalani tugas yang dipertanggungjawabkan, maka
demikian juga halnya kurangnya disiplin ahli-ahli dalam mendisiplinkan diri dalam senuah
persatuan.

Dalam hal ini, perkaitan dengan Persatuan Wushu juga mustahak bagi mencegah dari
sebarang masalah yang tidak diingini. Hal ini memang sudah di ambil berat oleh jurulatih
persatuan dan juga sukan Wushu ini juga sekaligus mendidik supaya menanamkan disiplin diri.
Tambahan harus di ambil perhatian mengenai penggunaan peralatan seperti pedang dan senjata
yang digunakan dalam persembahan dinasihatkan supaya menyimpannya ditempat selamat bagi
menghindari sebarang bahaya.

Dalam kata lain, setiap ahli-ahli dalam sebuah persatuan harus mengamalkan tatatertib
disiplin diri bagi mewujudkan kehidupan harmoni dan kesejahteraan sebuah persatuan. Persatuan
Wushu ini juga tidak kurang lemahnya dalam mengamalkan disiplin diri di kalangan pegawai-

12
pegawai atasan yang hanya sambil lewa sahaja. Dengan disiplin nescaya sebuah persatuan itu
akan berjalan dengan lancar dari sebarang kekacauan.

3.1.4 Publisiti

Publisiti bukan sahaja dapat meluaskan penyebaran berita sukan tetapi menjadikan
penggerak kepada imej program yang dijalankan ke arah lebih popular dan digemari oleh ahli-
ahli persatuan sukan yang lain. Dengan adanya publisiti juga dapat menghidupkan suasana dan
menanamkan konsep sukan bahawa program yang disediakan adalah bertujuan memberi faedah
dan kegembiraan kepada peserta dan bukan berhasrat untuk membeban dan menyusahkan
mereka.

Kekurangan usaha menyebarluaskan iklan-iklan mengenai kejayaan dalam persatuan ini


telah menurunkan prestasi para atlet terutama kepada atlet-atlet muda. Pihak publisiti harus
mengambil tindakan bagi meningkatkan usaha para atlet supa mereka terasa dihargai hasil dari
susah payah mereka bertarung usaha dengan atlet-atlet luar negara. Dengan adanya publisiti juga
akan dapat menarik lagi masyarakat dalam mengikuti persatuan ini dan mengetahui akan
perkembangan sukan Wushu. Oleh yang demikian, pihak pengiklanan harus mengambil inisiatif
dalam menyebarluaskan segala kegiatan-kegiatan dan kejohanan-kejohanan yang disertai oleh
ahli dalam persatuan kerana tanpa adanya publisiti ini, Persatuan Wushu ini tidak akan bangkit
dan dikenali oleh masyarakat.

3.1.5 Keselamatan

Dalam sesebuah badan, kelab atau persatuaan sukan harus mnegutamakan keselamatan
para atlet. Oleh itu, pengawasan dan pemantauan sentiasa dilakukan tanpa sebarang perkara yang
tidak diingini berlaku. Bimbingan dan tunjukcara sentiasa diberikan oleh jurulatih dengan
menggunakan kaedah yang betul. Apabila sesuatu gerak kerja yang dijalankan di luar kawasan
bangunan persatuan dengan melibatkan perjalanan ke sebuah tempat, jurulatih hendaklah
melaksanakan tugas mereka dengan mengikuti prosidur yang betul. Di peringkat persekolahan
pula, borang kebenaran ibu bapa harus diperolehi dan diisi dan ditandatangani terlebih dahulu

13
supaya menghindari dari perkara yang tidak diingini berlaku. Tidak ketinggalan juga kesihatan
para atlet juga dijaga dengan penyediaan ubat dan minyak jika berlaku sebarang kecederaan.

Lain pula halnya dengan persatuan ini, keselamatan mereka kurang di ambil berat.
Penyediaan kotak perubatan tidak ada sama sekali lebih-lebih lagi semasa menjalani latihan.
Pihak atasan juga kurang mengambil tindakan mengenai hal ini. Para atlet telah membuat
inisiatif sendiri dalam menyediakan minyak-minyak urat untuk kegunaan sendiri. Ibu bapa atlet
juga turut menolong anak-anak mereka jika berlaku kecederaan seliuh kaki dan sakit belakang
akibat hentakan ke lantai. Oleh itu, para ibu bapa sangat risau akan keselamatan anak-anak
mereka dan mereka tidak jemu untuk menunggu anak-anak mereka hingga selesai sesi latihan.

3.1.6 Ganjaran

Ganjaran adalah perlu dianugerahkan dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh
persatuan sukan. Begitu juga dengan program sukan, galakan hendaklah diberikan untuk
menjayakan sebarang program. Pihak persatuan sukan memainkan peranan penting dalam usaha
memberi ganjaran dari awal hingga akhir aktiviti sukan yang dijalankan itu dengan menarik
minat lebih ramai para peserta supaya menceburi diri dalam kegiatan sukan. Persatuan sukan
harus dapat membantu ahli-ahli mereka agar melibatkan diri dalam lapangan sukan sepanjang
tahun.

Dalam hubungan ini adalah mustahak untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran
asas dan seterusnya meningkatkan prestasi sukan. Pihak persatuan hendaklah menyediakan
kemudahan dan peralatan yang sesuai agar peserta dapat menjalankan latihan ke peringkat
maksimum. Jurulatih yang dilantik harus menunjukkan minat waktu menjalankan aktiviti sukan.
Pencapaian prestasi ahli sukan kerap kali dinilai agar mereka mengetahui dan seterusnya
berazam untuk mencapai matlamat persatuan mereka.

Pihak persatuan perlu mengiktiraf segala kejayaan yang telah dicapai oleh para ahlinya
dalam kegiatan sukan. Ganjaran juga diberikan dalam bentuk piala pusingan, cenderamata,

14
biasiswa, sijil kejayaan dan penyertaan, warna, pakaian sukan dan seragam. Hadiah akademik
juga diberikan kepada mereka yang cemerlang dalam bidang sukan.

Kejayaan ahli-ahli persatuan harus dimasukkan ke dalam Berita Sukan atau Majalan
persatuan di samping mengadakan jamuan keramaian kepada ahli yang berjaya. Pengistiharan
olahragawan dan olahragawati perlu diadakan sekali setiap tahun dalam majlis yang gilang-
gemilang. Pihak persatuan sukan juga sentiasa memberikan penghargaan kepada pegawai,
jurulatih dan penyelaras berkenaan dalam bentuk ucapan, jamuan dan cenderamata.

Dalam persatuan Wushu ini, selepas bertemubual bersama atlet kebangsaan iaitu Isa bin
Bismi, beliau telah mendapat anugerah PIKB iaitu Pingat Indah Kerja Baik dari kurniaan ABDB
atas kejayaan yang diraih. Malangnya tiada pula anugerah atau ganjaran yang diberikan dari
persatuan ini kepada atlet-atlet yang berjaya dalam suatu kejohanan. Beliau sangat bersyukur
atas anugerah yang diberikan oleh pihak ABDB kerana menghargai penat lelah beliau.

Hal sedemikian harus di ambil tindakan supaya persatuan ini akan lebih terkendali
dengan baik dan digemari oleh ahli-ahli yang ada pada masa sekarang. Pihak Jabatan Belia dan
Sukan perlu bangun dan memikirkan akibat dari ketiadaan tindakan seumpama itu.

4.0 Pandangan orang awam mengenai sukan wushu

Sebelum membuat temubual bersama atlet dan jurulatih persatuan ini, saya telah
melakukan temubual bersama beberapa orang luar termasuklah ibu bapa para atlet dan para
mahasiswa mahasiswi Universiti Brunei Darussalam.
Pertama sekali, kebanyakan mahasiswa-mahasiswi Universiti Brunei Darussalam tidak
mengenali akan sukan Wushu berserta dengan perkembangannya di Brunei. Sejujurnya mereka
hanya mengetahui dari perkataan Wushu itu iaitu suatu Martial Arts dan juga berupa Tai Chi,
namun mereka tidak mengetahui bentuk dan cara persembahan Wushu dimainkan. Oleh yang
demikian adalah pihak-pihak berkenaan seperti kelab-kelab atau badan-badan Martial Arts
mempromosikan bentuk dan rupa persembahan Wushu serta mengembangluaskan lagi sukan
Wushu di Universiti-universiti di Negara Brunei Darussalam.

15
4.1 Pandangan Jurulatih Li Hui

Beliau mengemukakan pandangan mengenai Persatuan Wushu di Negara Brunei


Darussalam ini perlu diperbaiki dengan adanya kerjasama dengan pihak atasan. Bagi
mengembangkan lagi Persatuan dan Sukan Wushu ini adalah memerlukan sokongan dari
masyarakat dan pihak kerajaan dalam menyebarkan lagi hal-hal berkaitan dengan Wushu. Ini
dapatlah diungkayahkan melalui pendidikan di sekolah-sekolah sama ada dimasukkan ke dalam
kegiatan kurikulum sekolah atau sebagainya. Namun perlu juga ada pendidik yang cergas dan
berkelayakan untuk mengajarkan Wushu ini kepada kanak-kanak belia di sekolah. Di sini
masyarakat memainkan peranan penting dalam mengenali dan memahami lagi konsep sukan
Wushu ini.

Beliau juga mneyatakan bahawa masyarakat di Brunei ini rajin dan mahu mencuba dan
berusaha untuk membentuk sesuatu sukan, namun masalah yang dihadapi hanyalah kewangan
yang tidak mencukupi. Dengan adanya keyakinan dan ingin mahu maju nescaya sesuatu impian
akan tercapai walau menampung banyak dugaan. Beliau yakin bahawa ahli-ahli dan atlet-atlet
Wushu ini akan dapat memperolehi banyak pingat jika meneruskan usaha yang gigih dalam
membuat latihan yang diajarkan. Di samping itu kemahuan dan minat seseorang amat diperlukan
dalam memajukan persatuan Wushu ini. Setakat ini beliau berpuas hati dengan pencapaian yang
diperolehi oleh atlet-atlet muda sekarang dan berharap akan dapat mengekalkan prestasi mereka
itu.
4.2 Temubual

Beralih kepada temubual bersama salah seorang orang tua atlet muda iaitu ibu Faustina
Woo Wai Sii. Beliau menyatakan bahawa sukan Wushu yang diikuti oleh anak-anaknya ini
sangat mendatangkan kebaikan dan beruntung untuk menjamin keselamatan dan juga kesihatan
mereka. Dengan Wushu anak-anak mereka lebih berdisiplin dan menjaga tatatertib pergaulan.
Ibu Faustina juga memberitahu bahawa kedua-dua anaknya ini berinisiatif sendiri mengikuti
persatuan Wushu ini. Sebagai orang tua hanya perlu mendukung akan minat mereka. Faustina
Woo Wai Sii berumur 18 tahun bersama adik lelakinya berumur 10 tahun, generasi muda yang

16
ingin meneruskan lagi mengembangkan sukan Wushu di masa akan datang. Faustina mula
mengikuti persatuan ini semasa berumur 13 tahun manakala adik lelakinya semasa berumur 7
tahun lagi. Sekarang mereka aktif dan banyak ilmu pengetahuan mengenai Wushu mereka dapati
seperti pergerakan dan kelembutan badan.

Mengenai permasalahan yang bangkit dalam persatuan ini ialah mengenai kapit untuk
latihan. Mereka terpaksa menahan sakit dan kadang-kadang badan mereka bengkak akibat
terjatuh ke lantai. Walaupun demikian, mereka tetap seronok melakukan latihan bersama rakan
yang lain.

5.0 Kesimpulan

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara
Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah selaku Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei
Darussalam (BDNOC) bersabda bahawa penyertaan para atlet tahun lalu telah melalui proses
penilaian dan pemilihan yang agak ketat jika dibandingkan dengan penyertaan yang sudah-
sudah. Perkara ini sabda Duli Yang Teramat Mulia, dilaksanakan bagi memastikan atlet yang
bakal mewakili negara merupakan altet yang benar-benar layak dan mampu menunjukkan mutu
pencapaian yang baik di sepanjang tempoh mereka menjalani latihan dan penyertaan dibeberapa
kejohanan yang disertai sebelum ini, di samping faktor seperti tahap kecergasan yang tinggi dan
disiplin merupakan kriteria yang sangat penting.

Dengan harapan Duli Yang Teramat Mulia, Persatuan Wushu telah mengekalkan prestasi
mereka yang telah mereka raih dalam Piala Qingchunbao Zhejiang International Wushu
Tournament 2005 yang mana wakil atlet dari persatuan Wushu ini iaitu Lim Ee Tyng telah
meraih pingat emas dalam dua acara iaiatu Tai Ji Jian dan Tai Chi Chuan, manakala Isa bin
Bismi meraih pingat emas dalam acara bukan-pedang, Bismi bin Ismi memenangi pingat perak
dalam acara Nanquan dan Haji Zurairi Dato Hj Talib meraih pingat emas dalam siri shaolin.
Dengan kejayaan mereka ini Duli Yang Teramat Mulia yakin bahawa atlet wushu ini akan dapat
menandingi negara-negara luar dalam sukan antarabangsa kelak.

17
Duli Yang Teramat Mulia juga telah berpesan kepada para atlet yang ingin mewakili
acara sukan di luar negara supaya menjaga disiplin, nama baik negara dan mematuhi undang-
undang serta peraturan yang ditetapkan oleh negara penganjur. Begitu juga halnya dengan para
pegawai kontinjen, pengurus-pengurus pasukan dan juga jurulatih supaya memberikan sokongan
dan bantuan sepenuhnya kepada para atlet negara bagi memastikan para atlet dapat menumpukan
seluruh tenaga dan konsentrasi semasa bertanding. Sokongan padu tersebut sabda Duli Yang
Teramat Mulia boleh menaikkan keyakinan dan rasa 'BRUNEI YAKIN' di kalangan para altet
negara.

Oleh yang demikian, secara tidak langsung Persatuan Wushu kini masih tergantung untuk
dikenalpasti akan kepentingan dan kewujudannya dalam mengharumi nama negara. Pihak yang
berwajib masih ‘terlena’ akan keistemewaan Persatuan Wushu ini kerana tiadanya usaha dalam
meningkatkan taraf persatuan ini.

Gambar

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran
Muda Haji Sufri Bolkiah bergambar bersama atlet-atlet sukan Wushu. Sebelah kiri:Isa bin Bismi,
Lee Ying Shi, Faustina Woo Wai Sii, di sebelah kiri Duli Yang Teramat Mulia ialah jurulatih Li
Hui, Ismi bin Bismi dan di akhir sekali ialah Adli bin Perancis.

18
Semasa menjalani latihan menggunakan pedang atau senjata. Di situ juga nampak kapit getah
gimnastik yang digunakan semasa menjalani latihan.

Peralatan yang digunakan dalam acara bersenjata

Ahli-ahli muda yang mengikuti Persatuan Wushu pada masa sekarang. Kebanyakan mereka
adalah pasangan adik beradik. Majoriti mereka adalah berbangsa Melayu dan hanya tiga orang
saja berbangsa Cina.

19
Latihan aksi Sholin, Adli dipantau oleh jurulatih.

20

Anda mungkin juga menyukai