Anda di halaman 1dari 16

SPN 21 DAPAT MELAHIRKAN ANAK BANGSA YANG BERKEMAHIRAN DAN

MEMAJUKAN PEMBANGUNAN NEGARA

Pendahuluan

Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang sedang membangun dan
mempunyai cukup wang, tetapi dengan wang sahaja belum boleh membantu dalam
pembangunan negara. Pendidikan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan
pembangunan sesebuah negara malah sebagai penentu kepada semua aspek perubahan. Guru dan
pelajar adalah faktor utama dalam sistem pendidikan. Pertama sekali yang dikehendaki ialah
cukup jumlah tenaga pengajar yang berkualiti. Guru yang berkualiti akan menghasilkan anak
didik yang sama taraf dan menjamin masa depan negara. Pendidikan adalah ‘labour intensive
industry’ yang tidak boleh diganti dengan mesin. Selain itu juga, pendidikan adalah pengeluar
dan pengguna iaitu mengeluarkan para pelajar dan juga menjadi pengguna kepada para pelajar
yang dikeluarkan untuk menjadi tenaga pengajar yang mahir.

Dalam era pendidikan moden hari ini, guru tidak lagi berperanan sebagai pemberi
maklumat sepanjang masa tetapi lebih merupakan sebagai penggerak pembelajaran murid.
Tumpuan pembelajaran dan pengajaran adalah lebih berpusat kepada murid. Sistem Pendidikan
Negara abad ke-21 lebih memfokuskan terhadap bidang pembelajaran yang luas bagi
membolehkan pelajar mendapat kemahiran asas, pengetahuan dan kefahaman dengan sikap dan
nilai yang tepat untuk memastikan perkembangan secara menyeluruh. Pelajar akan mendapat
pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan bakat yang ada dan akan dapat melahirkan
lagi generasi baru yang dikehendaki.

Sistem Pendidikan Negara abad ke-21 ini lebih mendalami lagi pengetahuan dan
kefahaman yang merangkumi disiplin ilmu menerusi mata pelajaran yang ditawarkan untuk
melahirkan pelajar-pelajar dengan ilmu pengetahuan, berkemahiran, nilai-nilai kehidupan dan
jati diri yang terkandung dengan falsafah Negara Melayu Islam Beraja. Sejajar dengan itu akan
dapat menanamkan sikap yang releven bagi memenuhi keperluan ekonomi yang lebih ‘forward
looking’ dan yang penting menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat atau ‘long live learning’

0
yang kini menjadi kemestian di negara-negara maju. Ini bermakna SPN 21 melakarkan skema
kerja yang berbeza daripada yang dipraktikkan sebelum ini.

Harapan yang diinginkan oleh para guru di Negara Brunei Darussalam melalui SPN21

Pada awal tahun 1950-an Sekolah Melayu memang kurang mendapat sambutan dari
masyarakat Brunei lebih-lebih lagi bagi menyekolahkan anak-anak perempuan. Hal ini berlaku
kerana tenaga anak-anak lelaki dan perempuan diperlukan oleh ibu bapa untuk menolong kerja-
kerja harian mereka. Bagaimanapun menjelang akhir tahun 1950an sikap ini mula berubah
apabila rata-rata masyarakat Brunei sedar akan kepentingan untuk menghantar anak-anak mereka
ke Sekolah Melayu. Perubahan sikap ini hasil dari kempen kerajaan, pengaruh kaum guru dan
media massa dalam mengalakkan masyarakat Brunei. Antara sebab anak-anak dihantar ke
sekolah ialah bagi mewarisi pekerjaan ibu bapa sebagai petani atau nelayan. Ini boleh dilihat dari
segi kemunculan mata pelajaran perkebunan dan kraf tangan dalam Sistem Pendidikan dalam
tahun 1922.

Oleh yang demikian, hasil dari sejarah yang ditinggal bertahun-tahun lama itu, para
pendidik tidak mahu kejadian seumpama itu berulang dalam abad 21 ini. Seorang guru yang
professional atau bakal-bakal guru sangat mengharapkan sistem pendidikan di Negara Brunei
Darussalam setaraf dengan sistem pendidikan di negara luar yang maju dengan globalisasi dan
kemajuan pembangunan yang tinggi. Hampir setengah pelajar-pelajar di Negara Brunei
Darussalam ini kurang mempunyai pemikiran yang kreatif dan mempunyai daya saing yang kuat
dalam suatu kemajuan dalam pendidikan. Guru mengharapkan Sistem Pendidikan Negara abad
21 ini akan berjaya dan berguna kepada masyarakat Negara Brunei Darusssalam yang akan
melahirkan anak bangsa yang berkemahiran dan mempunyai daya kreativiti serta berpengetahuan
tinggi dalam memajukan lagi pembangunan di Negara Brunei Darussalam.

Guru mengharapkan pelajar-pelajar akan dapat menumpukan kepada pembelajaran


menggunakan pemikiran yang bersifat intelektual. Suatu pengajaran tidak akan bermakna jika
guru kurang menitikberatkan pengembangan pemikiran pelajar-pelajar. Jean Piaget seorang ahli
psikologi telah membuat kajian perkembangan (developmental studies) bermula dari peringkat

1
kanak-kanak hingga ke peringkat remaja. Kajian tersebut menyarankan iaitu pemikiran berlaku
mengikut peringkat-peringkat perkembangan dan umumnya ditentukan oleh umur kanak-kanak.
Kanak-kanak pada bermulanya alam persekolahan iaitu pada umur 4 tahun, pada usia ini telah
mempunyai perkembangan berfikir dan menunjukkan kebolehan dalam membuat penaakulan
dan pertimbangan. Dengan perlahan-lahan pemikiran kanak-kanak akan berkembang jika
seorang guru mempunyai dan memahami bidang psikologi yang baik. Dalam SPN 21, sekolah
peringkat rendah telah mengubah segala mata pelajaran kepada bahasa Inggeris. Tidak dapat
dinafikan bahawa bahasa Inggeris memang susah bagi kanak-kanak namun jika diajarkan dari
peringkat bawah, kanak-kanak akan dapat mengikutinya secara perlahan-lahan. Guru seharusnya
mahir dalam menggunakan pendekatan, keadah dan teknik pengajaran yang berkesan dan secara
intelektual pada peringkat perkembangan dan berkesesuaian dengan peringkat umur kanak-
kanak. Perkembangan kanak-kanak akan dapat berjalan cepat dengan cara menggunakan bahan-
bahan yang sesuai dan kaedah-kaedah pengajaran dan kurikulum. Menurut Jerome Bruner,
kanak-kanak boleh menuju ke peringkat perkembangan kognitif yang lebih tinggi jika diberi
pendedahan dan berasaskan prinsip-prinsip penemuan.

Dengan sistem pendidikan yang mencabar intelektual murid, maka akan dapat
melahirkan modal insan yang boleh beradu di pentas global. Berlainan pula dengan sistem yang
berorientasikan peperiksaan, budaya suka menghafal, menjawab pertanyaan guru dengan pasif
dan masalah guru kurang terlatih akan mengakibatkan kemajuan pembelajaran terbelenggu
dalam usaha menghasilkan modal insan yang berkualiti dan berpengetahuan. Kita ambil contoh
sistem pendidikan yang mengutamakan hafalan, jika ditanya kesetiaan kepada raja dan negara.
Apa maksudnya? Dijawab ‘Tak tahu’. Keluhuran perlembagaan. Apa maksud perlembagaan?
Jawapannya ‘Tak tahu’. Jadi jika semua soalan dijawab ‘Tak tahu’, bagaimana dengan mutu
pendidikan Negara untuk melahirkan anak bangsa yang berpengetahuan luas dan mempunyai
kemahiran yang luas dalam membangun Negara maju? Pendekatan secara konvensi ini
menyebabkan pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang menarik dan bersifat stereotaip.
Pelajar pula mendapati pembelajaran kurang relevan selain bagi tujuan peperiksaan semata.
Akibatnya, matlamat pengajaran dan pembelajaran yang diinginkan itu kurang ditepati.
Persoalan seumpamanya tergantung kepada penggubalan sistem pendidikan negara. Oleh yang
demikian, segala yang dibahaskan di atas akan dapat diubah dan dibuang jauh-jauh dengan
2
adanya perubahan Sistem Pendidikan Negara abad 21 yang akan mengubah gaya pembelajaran
konvensi atau stereotaip kepada yang lebih kreatif, inovatif dan berdaya saing. Para guru sangat
mengharapkan kaedah pengajaran sepatutnya mencetuskan idea baru dan budaya mencipta,
bukannya meniru orang lain. Ini bergantung kepada inisiatif dan kreativiti seseorang guru. Ini
dapat dibuktikan apabila disoal, murid akan memberikan jawapan yang rasional, logik dan
menunjukkan yang mereka ada pengetahuan luas. Para guru tidak mengharapkan murid
mengulangi apa yang disebutkan oleh guru atau orang lain. Ini bukanlah pendidikan.

SPN 21 mementingkan cara bagi menentukan aspek-aspek pemikiran analitikal iaitu


berpandukan kepada Domain Kognitif Taksonomi. Matlamat utama taksonomi ialah menentukan
objektif pengajaran mengikut kategori tertentu dan menyatakan objektif dalam bentuk perlakuan
atau operasi yang boleh diukur. Ini bermula dari peringkat rendah iaitu pengetahuan dan beralih
kepada peringkat yang lebih tinggi iaitu penilaian dengan menggunakan enam kategori mengikut
susunan. Dengan adanya susunan SPN21 ini, para guru akan dapat mendalami lagi aspek-aspek
dalam Domain Kognitif Taksonomi yang enam supaya pelajar mendapat pembelajaran yang
betul dan dapat menaikkan lagi daya pemikiran yang mencabar. Para guru sangat mengharapkan
anak didik mereka akan mendapat pembelajaran yang bermanfaat dan berkualiti agar apabila
tamat persekolahan nanti mereka akan mempunyai masa depan yang cerah bagi membangun
ekonomi negara.

Kaedah strategi, pendekatan, teknik pengajaran yang digalakkan dalam SPN21

Dalam kajian pedagogi pada masa kini sangat luas yang merangkumi segala aspek yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti pendekatan, kaedah, teknik
dan strategi pengajaran-pembelajaran, organisasi sekolah dan bilik darjah, kurikulum dan
sukatan pelajaran, pengujian dan penilaian, pemulihan dan pengayaan dan sebagainya. Melalui
pedagogi, para guru akan dapat dilatih menguasai kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik yang
berlandaskan teori pembelajaran dalam bilik darjah. Penguasaan kemahiran mengajar merupakan
satu syarat yang mutlak untuk membantu guru menjalankan tanggungjawab dengan berkesan
serta professional.

3
Dalam Sistem Pendidikan Negara abad 21 menekankan pendekatan pembelajaran secara
‘Ceria, Bermain dan Belajar Lebih.’ Keberkesanan pengajaran hendaklah selaras dengan
pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran-pembelajaran yang beroreintasikan aktiviti
yang sesuai di peringkat persekolahan. Menurut Eggen & Kauchak (1998), dalam
menyampaikan ilmu dan pengetahuan, guru-guru haruslah mempunyai kefahaman yang
mendalam dalam bidang tersebut, dalam teknik arahan serta memahami teori pembelajaran.
Selain daripada itu, guru juga bertanggungjawab membuat penilaian ke atas pelajar. Dalam
pengajaran, guru seharusnya bekerjasama dan bergabung tenaga sesama sendiri untuk
memberikan yang terbaik kepada para murid. Tugas pengajaran bukan sahaja memerlukan guru
untuk mengeksploitasi kekuatan murid, guru juga perlu mengeksploitasi kekuatan diri sendiri
untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu pengalaman yang unik bagi
setiap murid.

Ringkas kata, seorang guru hendaklah arif menggunakan kedua-dua pendekatan iaitu
deduktif dan induktif. Guru akan menentukan waktu yang sesuai untuk menggunakan sama ada
pendekatan deduktif atau induktif ataupun elektif (kombinasi kedua-dua pendekatan bagi
kumpulan murid yang berbeza). Oleh itu, guru perlu menggunakan kedua-dua pendekatan agar
murid ingin belajar.

Mengikut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermaksud kebijaksanaan dalam menguruskan
sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan
memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran
berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dalam perkataan lain, strategi pengajaran
dan pembelajaran merujuk kepada penentuan dan perancangan kaedah serta teknik mengajar
untuk mencapai objektif jangka panjang dalam sesuatu pendekatan dengan berkesan. Dalam
memilih strategi yang sesuai bagi murid-murid yang berlainan aras kecerdasannya, guru-guru
perlu meneliti dan mencari strategi yang lebih mengutamakan kepentingan murid. Strategi yang
dimaksudkan adalah strategi pemusatan murid.

4
Student-centered learning atau Strategi Pemusatan Murid bermaksud murid memainkan
peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru
merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran,
sama ada secara berkumpulan atau secara individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan,
inkuiri penemuan, perbincangan penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main
peranan, dan sumbang saran menjadi pertimbangan asas semasa menggunakan strategi
pemusatan murid.

Antara ciri-ciri strategi pemusatan murid ialah seperti dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan guru merupakan
pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Komunikasi dan
interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal
dan membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan mereka.
Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat
mereka. Guru banyak menggunakan kaedah perbincangan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif
pembelajaran murid. Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap
kali digunakan untuk mengkaji kelemahan- kelemahan murid. Penyampaian guru juga
ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-murid memahami fakta yang
disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan.

Di bawah strategi pemusatan murid, murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan


berinisiatif. Sebagai contoh dalam kelas Pendidikan Jasmani, guru hanya memberi arahan dan
murid-murid lebih suka melakukan sesuatu aktiviti dengan sendirinya. Ketika guru mengarahkan
mereka untuk menjalankan pemanasan badan, secara sukarela seorang murid bertindak sebagai
ketua dan mereka melakukan aktiviti tersebut dengan gembira dan tanpa paksaan dari guru. Ini
adalah digalakkan kerana pengajaran lebih mengutamakan penglibatan murid dan guru hanya
sebagai pembimbing.
5
Memilih kaedah dan teknik seharusnya sepadan dengan pendekatan dan strategi agar
perancangan kita sebagai guru jelas dan tersusun. Ini akan memudahkan kita melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Melihat pada ciri-ciri bagi strategi
pemusatan murid, terdapat 2 teknik pengajaran yang amat sesuai. Teknik berkenaan di bawah
kaedah pemudahcaraan. Pemudahcaraan merupakan proses yang memudahkan sesuatu tindakan.
Di bawah bidang pendidikan, pemudahcaraan ialah proses yang menggerakkan sesuatu aktiviti
pembelajaran agar dapat dijalankan dengan lancar. Maka kemahiran pemudahcaraan merupakan
kecekapan guru yang berjaya memotivasikan pelajar–pelajar bersedia untuk belajar,
membimbing mereka menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar, menggalakkan mereka
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan melicinkan segala proses
pembelajaran secara terus menerus tanpa sebarang gangguan atau hentian. Guru yang menguasai
kemahiran pemudahcaraan ialah guru yang cekap menggunakan kemahiran lisan dan bukan
lisan, teknik menyoal serta mempunyai bakat pemimpin. Dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran, kemahiran pemudahcaraan merupakan kemahiran yang amat penting dan sesuai
untuk aktiviti perbincangan sama ada secara kelas atau secara kumpulan.

Kaedah pemudahcaraan lebih bermakna dalam pengajaran dan pembelajaran kerana


murid lebih suka dan senang apabila selesa ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Selesa yang dimaksudkan ialah guru tidak terlalu menekan mereka, guru hanya memberi
motivasi kepada murid tersebut, peneguhan positif juga perlu diberikan oleh guru supaya murid
lebih suka dan gembira ketika menerima ilmu. Keadah yang dirancang dan digunakan perlu
selaras dengan pendekatan yang dipilih. Teknik merupakan kemahiran atau kecekapan yang
digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam suatu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Antara teknik-teknik yang biasa digunakan ialah teknik bercerita,
bersyarahan, perbincangan, hafalan, penyoalan, simulasi, main peranan, permainan dan
sebagainya. Ini adalah untuk menarik minat murid, mengkalkan perhatian serta membangkitkan
rasa ingin tahu murid bagi mencapai suatu objektif suatu pengajaran.

Seterusnya, teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran
guru. Hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik
6
menyoal. Misalnya, di dalam induksi set, iaitu peringkat permulaan sesuatu pelajaran, kemahiran
penyoalan digunakan untuk menolong pelajar mengingati kembali ilmu pengetahuan lepas yang
berkaitan. Di dalam peringkat perkembangan, kemahiran penyoalan digunakan untuk
mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.
Di peringkat penutup, kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian objektif
pelajaran. Kaedah Sokratik adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk
membimbing pelajar menemui sesuatu kesimpulan. Ia merupakan penggunaan kaedah
pemudahcaraan untuk mencungkil fikiran pelajar dan membimbing mereka menjalankan aktiviti
dan tugasan secara langkah demi langkah hingga mencapai objektif pelajaran.

Selain itu juga, perbincangan merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang
melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan murid dalam kelas, atau suatu jenis aktiviti
pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea secara berkongsi maklumat tentang sesuatu
perkara melalui perbualan di bawah penyeliaan seorang guru. Pada peringkat permulaan, guru
biasanya mengemukakan topik perbincangan dan soalan-soalan yang berkaitan dengan sesuatu
topik. Semasa aktiviti perbincangan, murid-murid digalakkan memainkan peranan yang aktif
untuk memberikan pandangan masing-masing. Guru hanya memberi panduan dan bimbingan
sahaja. Segala aktiviti perbincangan harus dijalankan oleh murid–murid sendiri. Pada peringkat
akhir, guru akan membimbing murid-murid membuat rumusan terhadap hasil perbincangan
mereka. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, terdapat banyak topik
yang sesuai disampaikan melalui sesi perbincangan. Antara topik yang sesuai dibincangkan ialah
topik isu semasa, peristiwa, sejarah, watak cerita, sastera, konsep keluarga, kebersihan,
pencemaran, perpaduan rakyat, peranan murid dan sebagainya. Di samping itu, sebahagian topik
mata pelajaran yang lain juga boleh menggunakan teknik perbincangan.

Kurikulum SPN21 menekankan penggunaan pedagogi yang berorientasikan aktiviti yang


sesuai di peringkat persekolahan. Keberkesanan pengajaran hendaklah selaras dengan
pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pedagogi dalam
kurikulum SPN21 ialah berpusatkan kepada pelajar yang menjadi tumpuan utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermaksud menggunakan komunikasi dua hala iaitu guru
mengajar, murid belajar dan boleh mengemukakan soalan dan guru membalas atau menjawab.
7
Selain itu juga, guru harus mengutamakan keperluan pelajar sekiranya ada keraguan atau kurang
faham semasa pembelajaran dijalankan. Pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan bahan
pengajaran hendaklah sesuai dengan keupayaan dan gaya belajar setiap pelajar. Pengajaran dan
membelajaran hendaklah selaras dengan darjah kecerdasan pelajar. Aktiviti yang dilaksanakan
boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan bagi membolehkan pelajar melibatkan diri
secara aktif. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator dalam menyampaikan fakta dalam
maklumat.

Klasifikasi pengajaran-pembelajaran yang digalakkan dalam SPN21


A ED
K H
A
selr ip
gd
yan sd
lhga u
en ayo
p
ed b
n fatn
jekti
e n
p gajr n terca p ai
ca rap gTE en
en aliK
d I n
N at
su E ,B
eriaP
"C A ain
EK
D
N
erm N ajr
elTA
,B
a h
gp
en
sm
d r-n
u
ib tkjas ercitm ti a,lko
ap
n n ey an
rim gt m en gab p u gkaljrLeb
n ih sem
ad
ug" jen
n is
elajM rselam
p n
kju
ti
p tu ed
kbjg u
an ljr.seg gan
kan
d d elajrd
vitrn
akti
b
em
p ktp n
m
n ljh yati
gad
erm
b kn
d.sil
d can
in
erb
p gm ST ,ko
u
m gad
en TEG n
A
R ikasd I ua
l traegp
yh
p
f.su
akti S iyan
n tu
lb
gd r ip secarm
lh
d
u
k kd
telu
in ei gkatn
m
an ir d
h
em ayn erfi kir.
b

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dengan kemunculan SPN21

Cabaran guru pada masa kini semakin mencabar. Dunia telah menjadi tanpa sempadan
dan teknologi semakin berkembang maju. Guru juga perlu melengkapkan diri dan mampu
melindungi anak didik mereka dari terpengaruh dengan unsur-unsur negatif. Perhatian guru

8
terhadap anak murid perlulah lebih mesra dan ikhlas agar peribadi anak murid tersebut mudah
dibentuk dengan acuan yang sepatutnya. Memang tidak dinafikan kesan yang dibawa oleh guru
amatlah besar. Namun kejayaan besar yang kita kecapi ini, ilmu yang kita ada ini, kesedaran
yang kita alami ini, semuanya bermula dengan insan yang bernama guru. Mereka adalah insan
yang tidak kenal erti penat lelah, sanggup berkorban masa dan tenaga demi anak bangsa pada
masa hadapan.

Selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Sambutan Jubli Emas Pendidikan
Perguruan Negara Brunei Darussalam pada 10 Ogos 2006 yang antara lain baginda menekankan
yang skim perkhidmatan perguruan sewajarnya menyediakan laluan yang memberi ruang kepada
guru-guru untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi, sejajar dengan peringkat sumbangan
mereka. Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan juga menyentuh mengenai inisiatif prestasi
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah telah telah menukar sukatan
mata pelajaran Melayu diperkenalkan dalam bahasa Inggeris bagi kelas-kelas rendah bawah iaitu
bagi Tahun Satu, Dua dan Tiga. Oleh yang demikian adalah menjadi cabaran bagi para guru
yang kurang dalam bahasa Inggeris untuk mendalami lagi bahasa Inggeris bagi mendidik suatu
mata pelajaran yang dahulunya dalam bahasa Melayu ditukar kepada bahasa Inggeris. Keputusan
ini dipilih berdasarkan kepada dapatan bahawa anak-anak murid Darjah Satu hingga Tiga yang
selama ini mengikuti mata pelajaran Matematik dan ICT dalam bahasa Melayu sebahagian
besarnya menghadapi permasalahan untuk mengikuti pembelajaran mata pelajaran tersebut di
peringkat selanjutnya, iaitu Tahun Empat hingga Enam yang menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar. Ini adalah merupakan di antara inisiatif yang dilaksanakan ke arah
mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran di kalangan guru-guru di sekolah-sekolah. Menteri
Pendidikan juga memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan telah mempergiatkan
Pendidikan Jasmani dan program-program pendidikan kokurikulum. Kini terangnya Pendidikan
Jasmani dijadikan sebagai mata pelajaran wajib bagi semua murid dan penuntut di sekolah
rendah dan menengah.

Terdahulu semasa dalam Majlis Sesi Dialog Ke-3 bersama pemimpin-pemimpin Sekolah
Menengah dan Rendah Seluruh Negara, Kementerian Pendidikan menggariskan beberapa
9
program-program yang menjurus kepada peningkatan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik
darjah iaitu peningkatan sumber seperti jumlah bilik-bilik sains, koleksi buku di perpustakaan
dan ‘scientific graphic calculators’ dan peningkatan latihan guru seperti kemahiran berfikir,
kaunseling, ‘ICT integration and IWB’. Di samping itu juga Projek MOBITEL (Pengajaran dan
Pembelajaran Bergerak) telah mula dengan pembekalan ‘laptops’ ke sekolah-sekolah dan kursus
penggunaannya bagi guru oleh pembekal.

Seramai kira-kira 300 orang Pengetua dan Timbalan Pengetua Sekolah Rendah dan
Menengah serta guru-guru besar serta penolong guru-guru besar Sekolah Rendah Kerajaan
seluruh Negara telah mneghadiri Majlis Sesi Dialog Ke-3 bersama pemimpin-pemimpin Sekolah
Menengah dan Rendah Seluruh Negara bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan Negara dalam
SPN21.

Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa di negara ini
adalah menjadi satu tugas yang berat. Dalam SPN21 yang menekankan kepada School Base
Assesment, guru lebih berusaha gigih dalam membuat kertas kerja dan memperbanyakkan
latihan kelas dan kerja rumah. Dengan kemunculan SPA iaitu School Progress Assesment ini,
para guru harus membuat penilaian teliti bagi mengetahui kebolehan dan kepandaian murid.
Sistem pendidikan yang baik seharusnya mempunyai mangkin yang mampu menjana pemikiran
pelajarnya agar melewati zamannya kerana era globalisasi sekarang ini akan menyebabkan
banyak pengaruh-pengaruh luar yang terus merombak pemikiran masyarakat pelajar kesan
daripada lanskap persekitaran yang semakin berubah. Sistem pendidikan yang ada pada masa
sekarang melihat guru dan pelajar tidak lagi wujud sebagai entiti yang berbeza. Sebaliknya,
kedua-dua ini dikategorikan sebagai komuniti pendidikan yang mempunyai hubungan sebagai
pemudahcara (fasilitator) dan penilai (valuator).

Pendekatan pendidikan yang digunakan sebelum ini sudah bersifat stereotaip


menyebabkan perlunya perubahan agar pengajaran dan pembelajaran yang digunakan atau
dipraktikkan itu relevan dengan keperluan zaman ini. System pendidikan sekarang disesuaikan
dengan keperluan Negara. Oleh itu, pendidik perlu bersikap realistik dan progresif iaitu

10
memikirkan cara terbaik untuk memastikan minat pelajar-pelajar dikembangkan sekaligus
menarik mereka yang kurang berminat dalam satu-satu subjek atau pelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran sekarang perlukan suntikan segar dari segi pendekatan agar
ia dapat menyatukan masyarakat pelajar dalam mengecapi impian bangsa yang progresif dan
menjadi asset kepada negara. Kita mahukan generasi yang bukan saja bijak, berpendidikan tinggi
tetapi mempunyai sahsiah terpuji serta sihat tubuh badan dan emosinya. SPN 21 berperanan
membentuk pelajar yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Guru perlu melibatkan diri secara aktif. Penilai perlu menjadi pentadbir, pereka, penggerak
pertubuhan dan perealisasi visi. Guru aktivis merupakan seorang yang lengkap kerana dia
merasai, menghayati, memahami, menyulami dan menikmati erti sebenar sebuah pendidikan
bangsanya. Guru perlu membuat persiapan awal dan rajin mengemaskini maklumat agar terkini
dan tidak lapok. Secara tidak langsung guru juga akan mendisiplinkan dirinya dalam perihal
maklumat terkini agar menjadi rujukan dan pengawal nilai dalam perbincangan. Pengajaran dan
pembelajaran melalui sistem pendidikan SPN21 masa kini adalah bertujuan untuk
mempersiapkan diri bagi masa hadapan yang lebih mencabar dan menguji minda serta psikologi
pelajar jika ia ingin kekal relevan sebagai mata pelajaran yang bermakna dan berfungsi.

Implikasi SPN21 kepada pengajaran-pembelajaran Pendidikan Jasmani

Dengan perubahan sistem pendidikan Negara sekarang, pelajaran Pendidikan Jasmani


telah dijadikan satu mata pelajaran wajib yang harus di ambil bagi setiap pelajar. Menurut
pengalaman saya sewaktu di sekolah rendah dan menengah, pelajaran Pendidikan Jasmani hanya
sebagai tambahan dalam memenuhi mata pelajaran di sekolah. Pendidikan Jasmani juga
diajarkan berbentuk praktikal sahaja iaitu semuanya membuat olahraga dan sukan. Sekarang,
dengan SPN21 ini, mata pelajaran Pendidikan Jasmani sudah mewujudkan pelbagai aktiviti dan
kaedah pembelajaran. Pelajaran Pendidikan Jasmani kini sangat berbaloi diajarkan berbanding
sebelumnya. Kandungan Pendidikan Jasmani telah mempunyai banyak tajuk pengajaran dan
pembelajaran seperti menpelajari tentang kesihatan tubuh badan, pakaian, makanan dan
sebagainya. Selain itu juga terkandung mengenai kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor dan
juga kesihatan seperti mempelajari kardiovaskular, daya tahan otot dan sebagainya.
11
Menghasilkan suatu projek dan penulisan berbentuk karangan pendek juga diadakan bagi
mengenalpasti kebolehan dan kefahaman murid tentang suatu tajuk yang telah dipelajari.

Tambahan juga, sekarang guru-guru khas mengajar pelajaran Pendidikan Jasmani sudah
ditetapkan. Guru-guru yang dipilih ini tidak lagi mengajar mata pelajaran lain, mereka hanya
memfokuskan kepada tugas yang diberikan. Berbanding pula sistem pendidikan dulu, guru yang
mengajar pelajaran Pendidikan Jasmani tergolong dari guru-guru yang bukan ahli. Sebagai
contoh guru Mathematik diarahkan untuk mengajar pelajaran Pendidikan Jasmani sebagai guru
sampingan disebabkan kekurangan guru Pendidikan Jasmani. Situasi seperti ini tidak boleh
terulang lagi kerana seorang guru yang hendak mendidik anak bangsa mestilah guru itu pakar
dalam bidang yang hendak diajarkan kepada anak bangsa, jika guru Mathematik mengajar
Pendidikan Jasmani, sudah tentu guru tersebut tidak mengetahui hal ehwal mengenai Pendidikan
Jasmani kerana itu bukan bidangnya. Ini bererti pengajarannya dalam Pendidikan Jasmani
kosong dan sia-sia. Oleh yang demikian, adalah bertuah bagi bakal-bakal guru untuk mengambil
jawatan sebagai guru Pendidikan Jasmani kerana jika diamat-amati, bukan saja dulu, sekarang
juga guru Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah rendah mahupun menengah sangatlah kurang
dan amat diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut. Namun harus diingat, guru yang diperlukan
ialah guru yang berkualiti dan berkemahiran bagi menjamin masa depan masyarakat dan juga
Negara.

SPN21 ini lebih menekankan secara mendalam lagi pelajaran Pendidikan Jasmani
menjadikan pengajaran-pembelajaran lebih releven dengan keperluan zaman sekaligus menjana
pemikiran, mengembangkan minda, terbentuknya fizikal dan rohani yang cergas dan emosi yang
stabil serta sosial yang baik dan sihat.

Rumusan

Hasil dari perbincangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa bagi menghasilkan sistem
pendidikan bertaraf dunia, para guru perlulah menguasai dan menggabungkan kemahiran-
kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan

12
bestari. Di samping itu guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi
dalam proses penyampaian ilmu kearah menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia.

Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi


mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir
dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah pembangunan tamadun ilmu,
masyarakat, budaya, bangsa dan negara. Dalam meniti pendidikan bertaraf antarabangsa dengan
ledakan ilmu dan kemajuan pesat dalam sains dan teknologi telah mendatangkan pelbagai
inovasi dalam bidang pendidikan. Dengan itu, guru hendaklah memiliki ciri-ciri tertentu agar
matlamat tersebut tercapai. Ciri-ciri guru dapat dibahagikan kepada tiga iaitu dari aspek
personaliti guru, ciri guru alaf baru dan ciri guru dari aspek pengajaran. Dengan ciri-ciri yang
ada itulah matlamat negara bagi mencapai pendidikan bertaraf dunia akan tercapai. Ini kerana,
walau secanggih mana pun teknologi, kita tetap tidak dapat menidakkan fungsi seorang guru.

Penutup

Dunia pendidikan semakin berubah dengan perubahan zaman. Ini tidak terkecuali di
Negara Brunei Darussalam. Setiap cabaran perlu dilihat secara proaktif. Perubahan dasar yang
berlaku ke atas pendidikan di Negara kita memang seharusnya telah berlaku lebih awal lagi.
Selama ini pelajar terlalu ‘dimanjai’ sehingga guru-guru leka akan pendekatan-pendekatan baru
yang diperlukan dalam pembelajaran. Sistem pendidikan yang dikenali sebagai SPN 21 telah giat
diungkayahkan pada masa sekarang di setiap sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh
Negara. SPN 21 dilihat sebagai pengajaran dan pembelajaran yang memanfaatkan pelajar dari
segi ilmu pengetahuan dan kemampuan dalam semua bidang pelajaran. SPN 21 dilihat sebagai
pembelajaran multi-disiplin. Maka pedagogi pendidikan perlu disesuaikan dengan menyerapkan
segala bentuk ilmu yang ada ketika ini agar dapat dilakarkan satu strategi untuk pendidikan
zaman akan datang.

Peranan dan tanggungjawab sebagai seorang guru amatlah mulia dan tidak ternilai
harganya. Profesion guru sebagai seorang pendidik dan pengajar tidak boleh disamakan dengan
profesion yang lain. Ini adalah kerana pengorbanan dan perjuangan guru adalah semata-mata
13
untuk melihat anak bangsa mereka berjaya di masa hadapan. Pendidikan adalah alat yang sangat
penting untuk melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara dan untuk menentukan arah
tuju negara dalam menghadapi arus pembangunan.

Melihat kembali kepada falsafah pendidikan iaitu untuk melahirkan individu yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Merealisasikan falsafah ini memerlukan
satu usaha yang menyeluruh dan kerjaya sebagai seorang pendidik ini memerlukan individu yang
ikhlas dalam menyebarkan ilmu. Cabaran guru pada masa kini semakin mencabar. Dunia telah
menjadi tanpa sempadan dan teknologi semakin berkembang maju. Guru juga perlu
melengkapkan diri dan mampu melindungi anak didik mereka dari terpengaruh dengan unsur-
unsur negatif. Perhatian guru terhadap anak murid perlulah lebih mesra dan ikhlas agar peribadi
anak murid tersebut mudah dibentuk dengan acuan yang sepatutnya.

Maka dengan SPN21 ini, anak bangsa di Negara Brunei Darussalam hasil didikan guru
yang kreatif dan inovatif akan dapat melahirkan modal insan yang berkemahiran dan
berpendidikan tinggi serta maju daya intelek dalam membangun Negara. Tidak ketinggalah juga
kurikulum sekolah memainkan peranan penting dalam menyungkil bakat yang dianugerahkan
oleh Allah Taala bagi mengembangkan lagi kemampuan yang sedia ada itu menjadi megah dan
lebih mencabar.

RUJUKAN
Buku:

Atan Long (1980). Pedagogi: Kaedah Am Mengajar, penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling
Jaya, Selangor.
Dr. Haji Awg Asbol Haji Mail (2006). Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei III sempena Ulang
Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-22, Persekolahan Melayu
Brunei Darussalam 1950-1984: Perubahan dan Cabaran, Universiti Brunei Darussalam.

14
Mok Soon Sang (1997). Pedagogi 1: Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah, mengikut
Sukatan Pelajaran Ilmu Pendidikan Diploma Perguruan Malaysia 1997, Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Internet:

http://en.wikipedia.org/wiki/Student-centered_learning/
http://www.perfectexcel.com/blog/sistem-pendidikan-negara/
http://www.brunet.bn/news/pelita/05sept/berita08.htm
http://www.scribd.com/doc/10350727/STRATEGI-Pengajaran
http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/02/apakah-pendekatan-kaedah-teknik-dan.html
http://permatapemulihan.blogspot.com/2009/06/guru-berperanan-dalam-pembentukan.html

15

Anda mungkin juga menyukai