Anda di halaman 1dari 17

TOLERANSI

Pengertian Toleransi
Toleransi berasal dari bahasa Latin iaitu "tolerare" ertinya menahan diri, bersikap sabar,
membiarkan orang berpendapat lain, dan berhati lapang terhadap orang-orang yang memiliki
pendapat berbeza. Sikap toleransi tidak bererti membenarkan pandangan yang dibiarkan itu,
tetapi mengakui kebebasan serta hak-hak asasi para penganutnya.

Jadi secara umum toleransii adalah sikap yang membebaskan (membiarkan) orang lain utuk
berpendapat ataupun melakukan hal yang tidak satu (sependapat) dengan diri kita, tanpa kita
melakukan tentangan terhadap orang ataupun kelompok tersebut.

Contoh Toleransi

Toleransi Beragama
Toleransi agama adalah dimana penganut majoriti dalam suatu masyarakat menghormati
keberadaban agama atau kepercayaan lainnya yang berbeda. Jadi, kita harus memberikan
keselesaan mereka dalam melaksanakan ibadahnya, tanpa ada menggangu atau menentang
agama yang berbeza.

Toleransi Sosial
Adalah toleransi dalam bermasyarakat, seperti jika di dalam sebuah daerah terdapat dua
kelompok, satu kelompok majoriti dan satunya lagi kelompok minoriti, Jadi sebagai

kelompok majoriti wajib menghargai dan tidak melakukan tentangani terhadap kelompok
minority.

Toleransi

Antara

Kaum

di

Malaysia

Sebelum

merdeka

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang bermula pada 8 Disember 1941 sehingga 1943
mendatangkan kesan besar terhadap hubungan antara kaum di Tanah Melayu selepas perang
terutamanya hubungan antara orang Melayu dan Cina. Faktor utama yang mewujudkan
masalah ini ialah Jepun memberi layanan yang berbeza terhadap kedua dua bangsa iaitu
bersikap baik terhadap orang orang Melayu sebaliknya menzalimi orang - orang Cina
rentetan permusuhan yang wujud antara Jepun dengan negara China dalam Perang China
Jepun ekoran penaklukan Jepun ke atas Manchuria. Dalam masa yang sama pihak Jepun
menggunakan orang orang Melayu sebagai polis Jepun (Kempetei) bagi menangkap orang
orang Cina telah menimbulkan rasa dendam yang mendalam di kalangan orang Cina.

Polemik perkauman ini meruncing selepas pengunduran Jepun dari Tanah Melayu pada 15
Ogos 1945 apabila Jepun diisytiharkan kalah oleh British dan kelompongan kuasa selama tiga
minggu di Tanah Melayu sebelum ketibaan semula kuasa British memberi kesempatan
kepada Parti Komunis Malaya ( PKM ) yang sebahagian keahliannya terdiri daripada bangsa
Cina keluar dari hutan dan melakukan pembunuhan serta huru hara sebagai membalas
dendam ke atas orang orang Melayu. PKM menubuhkan mahkamah rakyat bagi
membicarakan orang orang yang dituduh bersubahat dengan Jepun dan dijatuhi hukuman

mati. Ketakutan kepada Bintang Tiga ini telah menjadi ketakutan kepada bangsa Cina di
kalangan orang orang Melayu.

Masyarakat Melayu hilang kepercayaan terhadap orang orang Cina apabila


tentera tentera Bintang Tiga mula menggangu upacara keagamaan di surau dan masjid.
Selain untuk menjaga maruah bangsa dan agama, orang orang Melayu bimbang
kemungkinan Tanah Melayu akan jatuh ke tangan komunis. Keadaan ini disokong oleh
Ahmat Adam, iaitu :
Seperti disentak, orang Melayu tiba tiba merasakan bahawa kemungkinan Tanah Melayu
jatuh ketangan bangsa Cina sudah menjadi kenyataan. Maka berlakulah, dalam tahun tahun
akhir 1945 dan awal 1946, pergaduhan dalam beberapa tempat dan daerah paling teruk di
landa pergaduhan antara Melayu dan Cina iaitu di Batu Pahat Muar dan Sungai Manik,
dekat Teluk Intan. - Rohani Ab. Ghani dan Zulhimi Paidi (2002). Kenegaraan Malaysia Isu
Isu Pembangunan

Berdasarkan sorotan sejarah di atas, jelas membuktikan perkataan perkauman sering


sinonim dengan bibit bibit perpecahan, cauvanis, prasangka dan prejudis serta sensitiviti.
Pergelutan antara orang Melayu dan Cina membawa keretakan hubungan akibat kesan
penjajahan. Jelasnya, tidak ada unsur toleransi antara kaum ketika itu kerana kehidupan
sering diselaputi dengan perasaan dendam dan benci yang membawa kepada pergaduhan dan
pembunuhan. Secara umumnya tempoh pengosongan kuasa selama 14 hari itu menampakkan
kepada kita tentang betapa seriusnya masalah perhubungan kaum ketika itu.

Ringkasan kata Wan Zahid (1988), pendidikan adalah punca segalanya. Pergelutan yang
berlaku juga berpunca dari dasar pendidikan British kepada sekolah Cina. Dalam pembinaan
sekolah Cina, British mengamalkan sikap tidak campur tangan, malah menentang keras
pembiayaan pembinaan sekolah Cina. Justeru, sekolah Cina dibuka atas usaha individu atau
persatuan Cina yang mendapat pembiayaan dari Republik Rakyat China. Ideologi
kuomintang sinonim dengan sekolah Cina ketika ini yang mahu menyebarkan fahaman
komunis.

Adalah menjadi matlamat British untuk tidak memaju dan menyatupadukan masyarakat
Tanah Melayu ketika itu melalui sistem pendidikan. Akibatnya wujudlah lima jenis sistem
persekolahan yang sama sekali terasing antara satu sama lain. Setiap sekolah menggunakan
sukatan (kurikulum),sistem pendidikan serta bahasa idunda sendiri yang lebih mirip kepada
kesetiaan kepada negara asal kaum tersebut. Inilah dasar pecah dan perintah yang
diamalkan oleh British.

Ringkasnya, dapatlah dikatakan ketika sebelum merdeka, nilai toleransi antara kaum di
Malaysia tidak berkembang dengan baik. Setiap kaum memperjuangkan nasib kaum sendiri
tanpa menghiraukan nasib kaum yang lain. Jelasnya, tiada intergasi nosional ketika itu kesan
dari dasar pecah dan perintah British. Ketika itu wujud pelbagai masalah sosioekonomi
kerana jurang pendidikan yang ketara di antara tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu
Melayu, Cina dan India

Toleransi Antara Kaum di Malaysia Semasa Menuntut Kemerdekaan


Bagi memulihkan Tanah Melayu , British Military Administration ( BMA ) membubarkan
PKM yang mendapat sokongan British bagi mengusir Jepun semasa perang. BMA memberi
ganjaran $360 kepada setiap gerila dan berjanji menolong mereka mencari pekerjaan bagi
memulakan hidup baru. Lain pula bagi orang orang Melayu. BMA digunakan sebagai
pemacu kepada niat British untuk mewujudkan perubahan Perlembagaan Tanah Melayu,
iaitu Malayan Union. BMA bertindak membicarakan penduduk Malaya yang tidak setia dan
bersubahat dengan Jepun dengan mengemukakan Perintah Darurat.

Berdasarkan itu, British mengemukakan cadangan Malayan Union sebagai satu hukuman
kepada orang Melayu yang pro-Jepun dan sebagai ganjaran kepada orang Cina yang proBritish. Malayan Union diisytiharkan pada Januari 1946 yang dikenali sebagai Kertas Putih.
Malayan Union merupakan satu muslihat British bagi menukar bentuk pemerintahannya ke
atas Tanah Melayu dari bentuk naungan kepada bentuk jajahan dan dasar Pecah - Perintah

Pengenalan Malayan Union menjadi titik tolak yang sangat penting dalam menyatukan minda
dan semangat perjuangan kebangsaan orang orang Melayu dalam menentang penjajah.
Penentangan ini berpunca dengan ketidakpuasan hati orang orang Melayu dengan cara
tandatangan Raja raja Melayu diambil oleh MacMicheal yang menggunakan ugutan
menurunkan takhta mereka kerana mempunyai bukti yang cukup menyatakan Raja raja
Melayu menyokong Jepun. Tambahan pula, orang orang Melayu juga berpandangan
bahawa prinsip kerakyatan yang berbentuk Jus Soli akan menyebabkan mereka kehilangan
kedudukan sebagai rakyat pribumi Tanah Melayu.

Maka tidaklah menghairankan apabila kerajaan British cuba menubuhkan gagasan Malayan
Union dalam tahun 1946, yang menentangnya ialah orang Melayu seluruhnya, tidak kaum
Cina dan India. Mengapa ? Kerana Malayan Union bertujuan sebagai koloni British ( atau
sebagai kawasan yang disebut British Malaya ) yang akan menguntungkan kaum pendatang.
Kaum pendatang atau kaum bukan Melayu yang datang dari negeri negeri dari luar
kawasan Melayu Islam tidak dianggap sebagai rakyat raja Melayu, dan sudah tentu orang
bukan Melayu tidak menganggap raja Melayu sebagai raja mereka juga, jadi tidak perlu
mereka taat kepada raja Melayu. Jelasnya, kaum pendatang umpama menunggu rezeki datang
bergolek untuk diiktiraf sebagai penduduk Tanah Melayu sedangkan penduduk Tanah Melayu
yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu terpaksa bergadai kerakyatan akibat dasar
penjajahan British. Adakah ini toleransi antara kaum ?

Apa yang sangat ketara sepanjang tempoh kegelisahan orang Melayu menentang Malayan
Union ialah tidak ada reaksi dari masyarakat bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina
yang pada masa itu mempunyai pengaruh politik dan kewangan yang jauh lebih besar
berbanding dengan bangsa bangsa lain di Tanah Melayu terhadap perjuangan masyarakat
Melayu. Sikap seperti menangkuk di air keruh ini, membuktikan bahawa kemelut perjuangan
itu hanyalah berkisar pada orang Melayu dan orang bukan Melayu hanya memerhati dan
melihat apa saja yang akan berlaku.

Tepatlah kata Wan Zahid (1988), pendidikan adalah punca segalanya. Berpunca dari
pelaksanaan Sekolah Vernakular British yang mempunyai empat aliran. Keadaan ini sesuai
dengan dasar British Devide and Rule yang bertujuan memecahkan perpaduan kaum dan juga

menebalkan semangat kedaerahan dalam kalangan rakyat. British bimbang penyediaan


pendidikan untuk kaum pribumi akan menimbulkan kesedaran untuk menentang British.
Namun, atas desakan sultan dan para pembesar Melayu, British akhirnya bersetuju
menyediakan pendidikan untuk orang Melayu, itu pun sekadar pendidikan rendah sahaja. Jadi
tidak hairanlah, mengapa orang Melayu sahaja yang menentang Malayan Union.

Malahan, kedudukan selesa yang diberikan oleh British dalam pendidikan kepada kaum Cina
turut mempengaruhi keadaan. Bermula pada tahun 1924, British memberi bantuan kewangan
kepada sebahagian besar sekolah sekolah Cina di Tanah Melayu bertujuan menyekat
kemasukan fahaman politik kuomintang. Menjelang 1938, terdapat 305 buah sekolah Cina
bantuan penuh. Perkembangan pada dekad tersebut memperlihatkan bahawa sekolah
sekolah Cina telah dapat meneruskan pendidikan sehingga peringkat menengah atas
sedangkan pendidikan sekolah sekolah Melayu hanya sekadar pendidikan rendah sahaja.

Persekutuan Tanah Melayu dirasmikan pada 1 Februari 1948 yang mengiktiraf kedaulatan
tiap tiap pemerintah ( raja ) di negerinya sendiri serta melindungi kedudukan istimewa
orang Melayu dan dalam masa yang sama berusaha menjaga kepentingan kaum kaum lain.
Malah diwujudkan satu kewarganegaraan bersama untuk semua orang yang menganggap
Persekutuan Tanah Melayu sebagai tanah air mereka dan sanggup memberikan kesetiaan
kepada Tanah Melayu. Dari sini toleransi antara kaum di Tanah Melayu mula berputik. Orang
Melayu berpuas hati apabila Persekutuan Tanah Melayu mengiktiraf kedaulatan Sultan
sultan Melayu dan hak negeri serta dalam masa yang sama kaum pendatang atau bangsa lain
yang berada di Tanah Melayu boleh menjadi warganegara Tanah Melayu dengan syarat dan
peraturan tertentu.

Gerakan komunis di Tanah Melayu dimonopoli oleh penduduk keturunan Cina, dan ramai
menganggap bahawa gerakan itu merupakan gerakan orang Cina. Sebaliknya pula,
kebanyakan daripada anggota pasukan keselamatan kerajaan terdiri dari orang Melayu sama
ada dalam Pasukan Polis atau pun Askar Melayu. Namun demikian, parti parti politik
berhaluan kiri seperti PUTERA ( Pusat Tenaga Rakyat ) dan AMCJA tidak berpuas hati
kerana British menolak cadangan Perlembagaan Rakyat ( The Peoples Constitutional
Proposal ) yang dikemukakan mereka membawa kepada tercetusnya Darurat pada tahun
1948. Darurat yang berlangsung selama 12 tahun mendatangkan kesan yang besar dalam
aspek sosio-ekonomi dan politik di negara ini. Salah satu kesan yang paling ketara ialah
ketegangan yang wujud dalam hubungan kaum di negara ini. Faktor utama kepada
perkembangan ini ialah kerana gerakan komunis di Tanah Melayu didominasikan oleh orang
orang Cina manakala satu pihak lagi iaitu di pihak pasukan keselamatan terdiri dari orang
orang Melayu. Zainal Abidin bin Abdul Wahid dalam Rohani Ab. Ghani dan Zulhilmi Paidi
(2002) mengulas :

Semasa darurat, anak anak muda Melayu berjuang berputih tulang mempertahankan
tanahair mereka demi menyahut seruan pemimpin Melayu (UMNO) supaya tampil memikul
senjata melawan PKM sedangkan pemuda pemuda Cina dan India bertindak melarikan diri
ke India dan China apabila kerajaan mewajibkan penduduk lingkungan 20 30 an menjadi
pasukan keselamatan pada tahun 1950. Antara 1949 hingga 1951, hanya kira kira 200 belia
Cina yang menganggotai pasukan keselamatan. Sambutan dingin ini jelas menunjukkan sikap
sebenar mereka terhadap Tanah Melayu, malah ia turut mendapat kritikan hebat dari
Pesuruhjaya Tinggi British pasa masa itu iaitu Sir Henry Gurney yang mendakwa bahawa :
..mereka hanya hidup bersenang lenang dan menumpukan tenaga semata mata untuk

mencari kekayaan.

"pada waktu itu tidak ada satu institusi pun yang boleh menjadi badan yang menyatukan
rakyat Tanah Melayu kerana orang Cina dengan kecinaannya, orang India dengan
keindiaannya dan orang Melayu pula setia hanya kepada rajanya.?Ungku Aziz

Berdasarkan kenyataan itu, toleransi antara kaum ketika itu amat rapuh dan dipengaruhi oleh
keadaan semasa. Darurat kemudiannya ditamatkan pada tahun 1960 iaitu selepas Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan dengan sekali lagi mempertaruhkan toleransi antara kaum
semasa proses awal menuntut kemerdekaan .

Toleransi Antara Kaum Selepas Merdeka

Dalam perundingan antara kaum untuk mencapai kemerdekaan dari kerajaan British, dua
jenis persetujuan tolak ansur dicapai antara bangsa Melayu dengan kaum bukan Melayu.
Pertama, orang bukan Melayu hendaklah menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah
waris Tanah Melayu, maka warisan Melayu serta kedaulatan Raja raja Melayu
dikekalkan, dijamin dan dipelihara selepas kemerdekaan. Keduanya, orang Melayu
bersetuju :

1. bahawa tiap tiap penduduk Tanah Melayu yang lahir di Tanah Melayu sebelum Hari
Merdeka hendaklah diterima sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu melalui proses
undang undang; ini bererti bahawa semua kaum pendatang dan penduduk Tanah Melayu

yang sebelum itu bertaraf bukan rakyat Tanah Melayu yang lahir di Tanah Melayu sebelum
Hari Merdeka secara automatik ( melalui proses undang undang ) menjadi warganegara
Persekutuan Tanah Melayu.

2. hak budaya kaum lain, termasuk bahasa dan agama mereka, dipelihara, yakni tidak
dihapuskan, dan

3. orang Melayu bersetuju berkongsi dengan kaum kaum bukan Melayu dalam
pemerintahan negeri ini.

Inilah dua persetujuan tolak ansur yang dicapai antara orang Melayu dengan kaum bukan
Melayu dalam perundingan antara kaum untuk mendapatkan kemerdekaan dari British. Inilah
kontrak sosial yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu selepas
kemerdekaan. Antara isi kontrak sosial yang tercetus dari toleransi antara kaum di Tanah
Melayu ialah :

1. Agama Islam ialah agama (rasmi) Persekutuan, tetapi agama agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan selamat.

2. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa urusan rasmi kerajaan, tetapi bahasa
bahasa kaum lain boleh digunakan, dipelajari, diajarkan dan dipelihara.

3. Menurut Artikel 153 Perlembagaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
bertanggungjwab menjaga dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu ( termasuk

penduduk peribumi Sabah dan Sarawak ) dalam bidang pendidikan, perkhidmatan awam,
ekonomi dan perniagaan, serta hak Melayu terhadap tanah rizab mereka.

Itulah kontrak sosial yang telah dipersetujui dalam perundingan antara orang Melayu dengan
kaum bukan Melayu untuk mencapai kemerdekaan yang didasari unsur toleransi. Jika hari ini
ada pihak atau kaum tertentu yang membuat tuntutan baru yang dianggap oleh kaum lain
sebagai tuntutan untuk mengubah atau mencabar kontrak sosial ini, perpaduan kaum dan
kestabilan politik di negara ini pasti akan terancam.

Cukuplah sekali peristiwa hitam 13 Mei 1969 menjadi pengajaran betapa pentingnya
perpaduan. Tragedi tersebut telah memberikan keinsafan dan pengajaran peri pentingnya
negara mempunyai pengarahan yang lebih jelas dan tersusun dalam rangka perpaduan antara
kaum. Fonomena itu telah mencetuskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun
Negara. Kedua dua dasar ini secara umumnya bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum
dan saling bertoleransi. Malah salah satu prinsip Rukun Negara ialah menjaga kesopanan dan
kesusilaan yang menjurus kepada kehidupan berkualiti.

Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) pada 1970 yang merupakan serampang dua mata kerajaan bagi
membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat bagi memulihkan intergrasi antara
kaum. DEB dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu sehingga tahun 1990 kerana kerajaan
Malaysia menyedari ketidakseimbangan sosioekonomi menyukarkan proses perpaduan antara
kaum yang memusnahkan nilai toleransi. Matlamat dasar ini ialah mewujudkan perpaduan
negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan
sebagainya. DEB bertindak menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan

mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara


kawasan bandar dan luar bandar; membangunkan sebuah masyarakat yang progresif, supaya
semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai nilai
sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati dan memupuk semangat cintakan negara.

Zaman DEB bukan hanya menitikberatkan pembangunan masyarakat Melayu tetapi juga
memberi penekanan terhadap masalah politik: bagaimana untuk mengukuhkan perpaduan
nasional dan keamanan sosial. Masalah utama yang dihadapi oleh kerajaan pada masa itu
adalah mencari pendekatan terbaik untuk menyatu dan menjadikan masyarakat Malaysia
sebuah bangsa yang kaya dengan kesedaran sivik. Maka kerajaan memperkenalkan Rukun
Negara bagi mewujudkan penyatuan yang menyeluruh antara kaum kaum di Malaysia.
Setelah berakhirnya DEB, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pula dilancarkan yang
meletakkan perpaduan negara sebagai matlamat utama kerana masyarakat yang bersatu padu
memainkan peranan penting untuk memperkukuhkan kestabilan negara dan mengekalkan
pembangunan ekonomi yang berterusan.

Seterusnya bagi memperkasakan toleransi antara kaum di Malaysia, Dasar Pendidikan


Kebangsaan telah digubal. Kepentingan perpaduan melalui pendidikan wujud lebih awal
sebelum kemerdekaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan secara keseluruhannya berusaha
mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia sejak dari bangku sekolah dengan
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk menyemai nilai nilai
murni, kurikulum dan peperiksaan yang sama serta bercorak kebangsaan. Motif yang sama
juga diperluaskan melalui Wawasan 2020 yang menggariskan sembilan cabaran. Antarannya
ialah membentuk masyarakat bersatu padu dan mewujudkan masyarakat yang toleran yang

bertolak ansur serta liberal sekaligus meletakkan kesetiaan kepada satu negara sahaja iaitu
Malaysia.

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) jelas memfokuskan kepada memperkukuhkan


sistem pendidikan bagi menggalakkan integrasi nasional dan mempertingkatkan mutu
pendidikan bagi membina masyarakat progresif berasaskan sains dan teknologi. Laporan
Jawatankuasa Kebinet Mengenai Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) dan dalam Rancangan
Malaysia Keempat (1981-1985), terdapat kenyataan bahawa matlamat utama Pendidikan
Moral ialah membina suatu asas yang kuat untuk mengembangkan satu masyarakat yang
berdisiplin. Begitu jugalah Rancangan Malaysia Kelima (19861990) yang memfokuskan
pendidikan adalah matlamat untuk memupuk perpaduan negara.

Justeru, pendemokrasian pendidikan merupakan satu satunya jalan bagi mengatasi masalah
yang ditinggalkan oleh kerajaan British dan mencapai matlamat membentuk sebuah negara
yang berdaulat. Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960) dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan (1961) merupakan dasar kerajaan yang menjurus kepada pendemokrasian
pendidikan. Satu sistem pendidikan yang bertunjangkan kepada kurikulum dan sistem
pendidikan yang sama untuk semua kaum berteraskan kepada kesetiaan kepada negara
Malaysia. Jelasnya, dengan pelaksanaan dasar kerajaan yang berkesan, toleransi antara kaum
selepas merdeka di Malaysia semakin kukuh dan mampan .

Toleransi Antara Kaum Masa Kini

Berdasarkan beberapa dasar kerajaan yang disebutkan di atas dapatlah disimpulkan nilai

toleransi yang menjadi pemangkin perpaduan dipahat sejak awal usia warganegara Malaysia.
Dewasa ini, kita boleh berkongsi raya, berkahwin campur, menghantar anak anak ke
sekolah kaum lain dan seumpamanya yang menggambarkan keterbukaan dan keutuhan
perpaduan masyarakat Malaysia menuju era pembangunan mahupun globalisasi.

Menurut Prof. Dato Dr. Khoo Kay Kim dalam Dewan Budaya ( Mac 2004 ) menyatakan
sejumlah 60 000 pelajar Melayu bersekolah di sekolah Cina. Malah gabungan MIC, MCA
dan UMNO dalam Barisan Nasional yang mewakili tiga kaum utama Malaysia memberi
impak kepada toleransi dalam perkongsian pentadbiran negara dan kemenangan besar
Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2004 lalu membuktikan toleransi antara kaum
telah kukuh wujud. Tanpa mengira siapa calon dan agamanya, pengundi di Malaysia tetap
mengundi calon yang dinaungi oleh Barisan Nasional. Malah filem Mahligai Gading yang
menyaksikan gabungan tiga kaum utama di Malaysia memberi impak kepada perpaduan
negara yang memerlukan toleransi antara kaum.

. Sejauh manakah Toleransi Antara Kaum di Era Globalisasi


Berdasarkan huraian di atas, toleransi di Malaysia nampak ampuh kerana berupaya
mengekalkan perpaduan dan kestabilan politik negara hingga ke hari ini. Namun jika dilihat
kajian Identiti Nasional dan Etos Bangsa oleh Nor Hashimah et al., (2004) menampakkan
satu isu yang perlu dikawal agar toleransi yang telah dan sedang disemai sentiasa tersemat
dalam jati diri masyarakat Malaysia.

Building a nation out of diverse people with differing historical, ethnic, linguistic, religious,
cultural and geographical backgrounds is something more than just fostering consensus on

the basic character of a state or nation. It involves the fostering of (1) shared historical
experiences, (2) shared values, (3) a feeling of common identity and (4) shared destiny that
transcends ethnic bounds without undermining ethnic identity, (5) loyalty, (6) commitment
and an (7) emotional attachment to the nation, and the flowering of distinctly national ethos.
The emergence of all these factors in turn involves other prerequisites ( 31 January 1992)
Secara ringkasnya, kajian identiti nasional dikaitkan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan,
manakala etos bangsa berasaskan kenyataan Tun. Dr. Mahathir Mohamad, iaitu :

Dari jawapan 500 orang responden, menunjukkan aspek umum yang tidak mengganggu
kepentingan kehidupan mana mana bangsa mendapat sokongan yang padu. Contohnya
sikap bangga raja, kibar bendera dan kerajaan berjaya menjaga kestabilan negara. Walau
bagaimanapun, bagi aspek yang menyentuh kepentingan kaum, peratus sokongannya
berbelah bagi. Contohnya dalam kes bahasa Inggeris di papan tanda. Orang Melayu
menunjukkan skor yang rendah pada bahasa Inggeris sedangkan bukan Melayu selesa dan
menyokong bahasa Inggeris.

Jawapan dalam soal selidik yang melibatkan etos bangsa juga memperlihatkan keadaan yang
sama. Contohnya penurunan peratus bagi kumpulan Bumiputera Melayu menunjukkan
mereka rasa kerugian etnik dalam perkongsian kuasa politik dengan kumpulan etnik yang
lain. Peratus penerimaan agama Islam dan bahasa Melayu sebagai agama rasmi dan bahasa
rasmi negara di kalangan bukan bumiputera agak rendah dan 74 peratus dapatan ini
menandakan kesangsian mereka terhadap pandangan Tun Dr. Mahathir yang telah
mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Mereka juga menolak program khidmat
negara malah kewujudan orang Melayu dan bahasanya tidak dianggap sebagai faktor

dominan dan penting kerana mereka boleh hidup tanpa bangsa Melayu, bahasa Melayu dan
budaya Melayu.

Jangan kita lupa akan serangan globalisai yang menghakis jati diri warganegara Malaysia.
Satu bentuk penjajahan baru. Berdasarkan kajian Identiti Nasional dan Etos Bangsa dalam
Dewan Budaya ( Ogos 2004 ) menampakkan unsur unsur sebelum kemerdekaan
( perkauman ) mungkin berputik kembali jika percaturan pandangan dan pendapat tentang
hak hak tertentu tidak diteliti dan diambil tindakan segera agar kesatuan dan kesepakatan
sebagai bangsa Malaysia tetap wujud walau di mana warganya berada.

Terdapat dua punca yang dapat dikesan. Punca pertama ialah pengajaran pelajaran Sivik (Tata
Rakyat) ataupun Pendidikan Moral tidak dipandang serius serta diajar sambil lewa sahaja.
Arfah Aziz (1979) dalam Abdul Rahman Arof (1986) berpendapat bahawa mata pelajaran
Sivik yang diajar sekali seminggu tidak dapat meninggalkan kesan yang besar dan positif
terhadap kehidupan pelajar pelajar. Keadaan ini terus berlangsung sehinggalah kerajaan
memperkenalkan Program Pensiswazahan Khas Guru dalam Pendidikan Moral yang
memfokuskan kepentingan Pendidikan Moral di sekolah menengah pada 2005.

Punca kedua pula berkisar dengan kenyataan S.C.Tham (1980) dalam Abdul Rahman Arof
(1986). Menurut beliau, berdasarkan pengalaman beberapa buah negara maju, sungguhpun
negara negara itu telah membebaskan manusia daripada kekurangan meterial, tetapi ia
gagal membawa bersama samanya pengukuhan kehidupan moral dan rohani kerana
perindustrian melemahkan desakan desakan sosial dan moral serta mengurangkan nilai
nilai seperti altruisme, kasih sayang sejagat, belas kasihan dan rasa tanggungjwab.

Perindustrian tidak dikatakan menentang nilai nilai kemanusian dan agama, tetapi jika
tersalah arah dan tersalah penggunaannya, ia boleh menghakis nilai nilai murni.

Anda mungkin juga menyukai