Anda di halaman 1dari 19

TAHAP INTEGRASI

DALAM SESEBUAH
MASYARAKAT ADALAH
PELBAGAI. HURAIKAN
SECARA KRITIS
PENGENALAN

• Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik.


• Memerlukan satu pemahaman yang tepat tentang tahap-tahap
integrasi untuk menilai kumpulan masyarakat.
• Masyarakat pelbagai etnik perlu saling memahami untuk mencapai
kehidupan yang harmoni.
Tahap Integrasi

Segrerasi Akomodasi Akulturasi Asimilasi Amalgamasi

Integrasi Integrasi
Rendah Tinggi
KONSEP TAHAP INTEGRASI
HUBUNGAN ETNIK

Amalgamasi

Asimila
Akultu si
Akom rasi
odasi
Segr
egasi
SEGREGASI
• Hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah
negara.
• Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi
kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan
kemudahan awam.
• Ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang (De Jure) atau (De
Facto) tidak didasari undang-undang seperti Dasar Apartheid di Afrika
Selatan (1948-1994)
A+B+C
• Ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang (De Jure) atau (De
Facto) tidak didasari undang-undang seperti Dasar Apartheid di Afrika
Selatan (1948-1994)
CONTOH KES

7
AKOMODASI

• Proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu
sama lain, namun tetap mempertahankan budaya hidup masing-
masing, hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain.
• Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan
dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan.
• Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat
akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali saling
membuat penyesuaian antara mereka.

A+B+C=A+B+C
AKULTURASI

• Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau


kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.
• Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu
kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan
asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya
diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri.
• Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan
kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.
• Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau
pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini
menyebabkan berlakunya proses pinjam-meminjam.
• Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan
kemudian diolah dan dijadikan unsur kebudayaan sendiri.
• Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali
leher, ‘angpow’, makanan, hiburan dan sebagainya.
• Kejayaan akulturasi bergantung kepada:

a) Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya


kebudayaan ( pakaian ) dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang
besar.

b) unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima


seperti ideologi, pemikiran dan sebagainya.
CONTOH

Angpow

Songkok

Roti Canai
ASIMILASI
• Proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang
sama.
• Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti
menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik
majoriti.
• Di Malaysia, perkara yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina
Kelantan, Baba dan Nyonya, merupakan antara contoh berlakunya proses
asimilasi.
• Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya etnik yang berbeza budaya dan
berinteraksi dalam tempoh yang lama.
• Kejayaan asimilasi bergantung kepada:

a) Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima


identiti etnik lain.

b) Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti.

c) Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.

d) Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti akan


menyukarkan proses asimilasi.

• Faktor penghalang asimilasi ialah:

a) Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut


terhadap budaya lain.

b) Timbul perasaan bahawa budaya etnik mereka lebih tinggi dari etnik lain.
AMALGAMASI

• Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.
• Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah
perkahwinan campur antara etnik.

A+B+C=D
CONTOH

Baba & Nyonya

Mamak
Portugis
RUMUSAN TAHAP-TAHAP
INTEGRASI DALAM
KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK
Pemisahan antara etnik.
SEGREGASI Dasar apateid

Sedar perbezaan budaya.


AKOMODASI Hidup dengan harmoni

Minoriti menerima budaya majoriti,


AKULTURASI tanpa ubah budaya asal

ASIMILASI Minoriti terima budaya dominan

Percampuran membentuk kelompok b


AMALGAMASI Kahwin campur
PENUTUP

 Potret hubungan etnik di Malaysia pada masa kini terbentuk oleh


sejarah lampau serta interaksi kompleks pelbagai faktor yang berlaku
pada masa kini.
 Kefahaman tentang tahap-tahap integrasi dalam konteks hubungan
etnik penting untuk memahami potret hubungan

etnik di negara ini.


SEKIAN, TERIMA KASIH.

DISEDIAKAN OLEH :
NIK NAJWANI BT NIK MOHAMED
NURHIDAYATI BT MOHAMED NOR
WAN NUR ‘AFIFAH BT WAN AHMAD AZUAN

Anda mungkin juga menyukai