Anda di halaman 1dari 30

BAB 2 - POTRET

HUBUNGAN ETNIK
HASIL PEMBELAJARAN

1.Memahami sejarah pembentukan


masyarakat plural di Malaysia.
2.Mengenalpasti teori-teori hubungan etnik.
3.Menjelaskan konsep-konsep hubungan
etnik dan aplikasinya di Malaysia.
PENGENALAN
Bab ini membincangkan:
Sejarah pembentukan masyarakat berbilang
etnik di Malaysia:
Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Zaman kolonial Inggeris.
Teori dan konsep penting dalam memahami
kepelbagaian etnik.
Mengaplikasi konsep ras dan etnik dalam
memahami kepelbagaian etnik di Malaysia.
ZAMAN GEMILANG MELAYU
MELAKA
Empayar Melaka dikenali sebagai Venice of
the East.
Masyarakat plural terbentuk secara
semulajadi dengan interaksi orang tempatan
dan pedagang-pedagang asing.

Pelabuhan Melaka
sewaktu zaman
kegemilangannya.
Kemuncak pluraliti Empayar Melaka:
Pelabuhan Melaka menjadi tempat pertemuan
para pedagang dari seluruh dunia.
Para pegawai istana bukan hanya terdiri daripada
orang Melayu tempatan, tetapi juga orang India.
Berlaku juga perkahwinan campur antara
pemerintah Melaka dengan anak perempuan
pemerintah Cina.
Zaman ini bukan zaman negara bangsa.
Pedagang tidak perlu pasport atau visa.
Ringkasnya, zaman keagungan Melaka boleh
dilihat dari aspek:
Pemerintahan
Perdagangan
Kependudukan
Kebudayaan
ZAMAN KOLONIAL INGGERIS
(1874 hingga 1957)
Kedatangan British ke Alam Melayu
berlandaskan serampang tiga mata:
Keagamaan.
Kekayaan.
Kemegahan.
Kolonialisme membawa kepada
penaklukan:
Ruang fizikal.
Ruang pemikiran/epistemologi.
Perubahan komposisi penduduk Tanah
Melayu:
Sebelum tahun 1848 hampir kesemuanya orang
Melayu.
Kemasukan besar-besaran orang Cina pada
pertengahan abad ke-19 berkerja di lombong bijih
timah.
Kemasukan besar-besaran orang India pada awal
abad ke-20 bekerja di ladang-ladang getah.
Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk bukan
Melayu melebihi penduduk Melayu.
Kewujudan penduduk pelbagai kaum.
Mengekalkan budaya masing-masing.
Pengasingan dari segi ruang fizikal dan ekonomi
pengenalan kaum berdasarkan kegiatan ekonomi
masing-masing.
Hasilnya masyarakat majmuk (plural society).
Zaman Kolonial
Inggeris
-Permulaan era
pembangunan
negara dan
pembentukan
masyarakat
majmuk.
Garis waktu
KONSEP
PERPADUAN DAN INTEGRASI
Perpaduan :
Proses menyatupadukan seluruh masyarakat
dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan tanah air.

Integrasi :
Proses mewujudkan satu identiti nasional di
kalangan kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan, sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik.

MPW3133 12
Unsur-unsur Integrasi
Integrasi Wilayah

Integrasi Ekonomi

Integrasi Kebudayaan

Integrasi Sosial

Integrasi Pendidikan

Integrasi Politik

MPW3133 13
Usaha-usaha ke arah Integrasi
mengurangkan perbezaan psikologi di antara
penduduk-penduduk dalam wilayah yang
berkenaan.

mengatasi masalah perbezaan geografi


dengan merapatkan perhubungan dan
interaksi supaya wujud persefahaman yang
lebih baik di antara penduduk dan suku kaum
yang ada.

mewujudkan identiti bersama iaitu simbol


kesetiaan dan komitmen terhadap konsep
bangsa Malaysia.

MPW3133 14
Tahap-tahap Hubungan Etnik

Integrasi adalah suatu usaha yang amat


kompleks.

Tahap-tahap hubungan etnik boleh


dilihat dari segi darjah kedekatan
bermula dengan hubungan terpisah iaitu
segregasi sehinggalah hubungan
berbentuk sebati iaitu amalgamasi.

MPW3133 15
Tahap-tahap Hubungan
Etnik
Tahap-tahap Hubungan Etnik

Segregasi
Ia merupakan hubungan yang bersifat
pemisahan di antara etnik-etnik dalam
sesebuah negara.
Pemisahan berlaku dalam beberapa
keadaan di antaranya dari segi kawasan
tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan awam.
Ia wujud sama ada didasari oleh undang-
undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di
Afrika Selatan.

MPW3133 17
Tahap-tahap Hubungan Etnik
Akomodasi
Ia merupakan proses di mana etnik menyedari
norma dan nilai mereka antara satu sama lain,
namun mereka tetap mempertahankan budaya
hidup masing-masing. Namun, mereka hidup
secara harmoni dan menghormati antara satu
sama lain.
Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik
mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi
dan pendidikan, mereka saling bergantungan.
Switzerland adalah negara yang mempunyai
hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-
etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat
penyesuaian antara mereka

MPW3133 A+ B + C =A+ B + C 18
Tahap-tahap Hubungan Etnik
Akulturasi
Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan
di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu
kebudayaan lain yang berlainan.

Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti


penggunaan tali leher, angpow, makanan, hiburan dan
sebagainya.

Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya


bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat. Unsur
tidak bersifat kebendaan seperti ideologi dan pemikiran
lebih sukar untuk diterima.

Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak


menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang
menerima.
MPW3133 19
Tahap-tahap Hubungan Etnik
Asimilasi
Ia merupakan satu proses percantuman dan
penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan
dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik
yang lain.

Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya


penghapusan penuh perbezaan dari segi
kebudayaan dan identiti.

Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat


Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan
Nyonya, merupakan antara contoh berlakunya
proses asimilasi

MPW3133 A+B +C =A 20
Proses asimilasi berlaku apabila
terdapatnya:

1. Etnik yang berbeza budaya.

2. Individu di dalam atau di antara etnik sering


berinteraksi.

3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

MPW3133 21
Kejayaan asimilasi bergantung kepada:
1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan
identiti mereka dan menerima identiti etnik
lain.

2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik


lain.

3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan


minoriti tidak besar atau kelompok minoriti
adalah kecil.

4. Terdapat banyak persamaan budaya antara


etnik.

5. Penguasaan dalam sesuatu bidang


khususnya etnik minoriti akan menyukarkan
proses asimilasi.
MPW3133 22
Faktor penghalang asimilasi ialah:

1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan


sehingga menimbulkan perasaan takut
terhadap budaya lain.

2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik


lebih tinggi dari etnik lain.

3. Adanya perbezaan kepentingan antara


etnik yang terlibat.

MPW3133 23
Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi
apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis-jenis budaya dan ras
yang baru.

Cara utama dalam menentukan proses


amalgamasi terjadi ialah perkahwinan
campur antara etnik.

MPW3133 A+B +C =D 24
Tahap-tahap Hubungan Etnik

Pemisahan antara etnik.


SEGREGASI Dasar apateid

Sedar perbezaan budaya.


AKOMODASI Hidup dengan harmoni

Minoriti menerima budaya majoriti,


AKULTURASI tanpa ubah budaya asal

ASIMILASI Minoriti terima budaya dominan

Percampuran membentuk kelompok baru.


AMALGAMASI Kahwin campur

MPW3133 25
Proses Integrasi

Amalgamasi
Asimilasi
Akulturasi
Akomodasi
Segregasi

Rendah Tinggi

MPW3133 26
Pengalaman Malaysia
Jumlah Tahun 2000 Tahun 2005 Tahun 2010
Penduduk
(Juta)

Bumiputera 14.56 66.1% 16.06 65.9% 17.95 67%

Cina 5.58 25.3% 6.15 25.3% 6.52 24.3%

India 1.63 7.4% 1.83 7.5% 1.97 7.4%

Etnik lain 0.27 1.2% 0.32 1.3% 0.35 1.3%

Jumlah 22.04 100% 24.36 100% 26.79 100%


Penduduk

Komposisi Penduduk Malaysia, 2000-2010 (Juta orang)

Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010


MPW3133 27
Langkah-langkah Kerajaan

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara selepas


peristiwa 13 Mei 1969.

Jabatan ini seterusnya ditukar kepada Jabatan


Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi
memainkan peranan yang lebih penting dalam
memupuk perpaduan kaum di Malaysia serta terus
berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara di


peringkat pusat dan Jawatankusa Penasihat Perpaduan
Negeri di peringkat negeri-negeri. dengan tujuan
membincangkan isu-isu perpaduan kaum di Malaysia
secara harmoni dan tidak menggugat kestabilan politik
yang sedia wujud.
MPW3133 28
Langkah-langkah Kerajaan
Pelbagai program lain seperti dasar-dasar yang
diperkenalkan, sistem pendidikan dan pelbagai lagi.

Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan,


telah memperkukuhkan lagi warisan kesenian rakyat
Malaysia seperti tarian, muzik, pemakaian pakaian
tradisional dan makanan dalam kalangan
masyarakat majmuk di Malaysia, terus dipelihara dan
dimajukan.

Keharmonian hubungan etnik juga terlihat dalam


setiap lapisan masyarakat melalui rumah terbuka,
penerimaan budaya antara etnik dan perkongsian
kuasa.

MPW3133 29
PENUTUP
Hubungan etnik tidak wajar dilihat dari sudut luaran sahaja tetapi yang lebih
pentingnya ialah sudut spiritual.

Konsep-konsep seperti prejudis, stereotaip, rasisme dan diskriminasi wajar


dielakkan kerana ia boleh menghalang perpaduan di kalangan etnik.

Sebaliknya konsep-konsep seperti akomodasi wajar dijadikan panduan dalam


menjalinkan hubungan etnik di Malaysia.

Aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan kebangsaan sewajarnya


dipelihara.

Potret hubungan etnik di Malaysia pada masa kini terbentuk oleh sejarah
lampau serta interaksi kompleks pelbagai faktor yang berlaku pada masa kini.

Kefahaman tentang konsep-konsep dan teori-teori berkaitan hubungan etnik


penting untuk memahami potret hubungan etnik di negara ini.

MPW3133 30

Anda mungkin juga menyukai