Anda di halaman 1dari 33

PENGAJIAN MALAYSIA

(MPU 1152)
ENCIK NGU TOH ONN (PENSYARAH)
NORIND TASBIE INDANG (Q04SKU20F009)
MARRY LYNN ANAK WILSON CIVIK (Q04SKU20F010)
MARRY MARGRETHA ANAK MICHEAL (Q04SKU20F004)

1
ISI KANDUNGAN
 DEFINISI MASYARAKAT
MAJMUK
 DEFINISI BUDAYA PELBAGAI
MASYARAKAT MALAYSIA
 CIRI-CIRI MASYARAKAT
MAJMUK
 CIRI-CIRI BUDAYA PELBAGAI
MASYARAKAT MALAYSIA
 KESAN MASYARAKAT MAJMUK
 JENIS-JENIS KEBUDAYAAN
• Masyarakat majmuk (Plural
society) adalah salah satu
kumpulan manusia yang terdiri
daripada pelbagai rumpun
DEFINISI bangsa (multi-racial society)
MASYARAKAT yang membentuk satu
MAJMUK kesatuan, khususnya dalam
aspek politik, ekonomi, dan
sosial di sesuatu tempat bagi
membentuk satu kumpulan
yang Bersatu padu.
3
• Masyarakat majmuk dalam sesebuah negara seperti Malaysia pada
kebiasaannya terdiri daripada beberapa kelompok majoriti (1-3),
disusuli oleh sub-sub etnik (kelompok minority) lain yang lebih kecil
dan kurang berpengaruh.

4
• Berdasarkan buku “The Development Of a Society In Malaya” yang ditulis
oleh Graham Saunders, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa
yang membentuk satu kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti
yang berasingan.
• Tanah Melayu terdiri daripada tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina
dan India. Mereka bukan hanya terpisah kerana adat, makanan dan pakaian
tetapi juga dari segi pekerjaan dan tempat tinggal.
• Bagi J.S Furnival, masyarakat ini bercampur antara satu sama lain tetapi
tidak bersatu,. Mereka hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem
politik yang sama serta masing-masing berpegang kepada kebudayaan,
agama, Bahasa, idea kaedah tersendiri.

5
• Dari segi bahasa budaya berasal dari
Bahasa Sanskrit buddhayah (kata
DEFINISI BUDAYA dasarnya budhi yang bermaksud budi
PELBAGAI atau akal).
MASYARAKAT • Budaya dalam bahasa Inggeris disebut
MALAYSIA culture yang berasal dari bahasa Latin,
colere yang bermaksud mengolah atau
mengerjakan.

6
• Mengikut Kamus Dewan, budaya diertikan sebagai tamadun, peradaban,
kemajuan fikiran dan akal budi

• Edward B. Taylor pula menerangkan budaya sebagai satu himpunan ilmu


pengetahuan, kesenian, adat resam, dan kemahiran yang dimiliki dan
diamalkan oleh manusia dalam sesuatu masyarakat.

• A.L Kroebor dan Clyde Kluckdan mendefinisikan budaya sebagai segala


amalan, penerimaan dan kepercayaan oleh sesuatu masyarakat yang
dipraktikkan secara berterusan atau diulangi oleh generasi yang seterusnya.

7
Menurut Koentjaraningrat (2002) budaya mengandungi tujuh unsur
utama, iaitu:
i. Agama dan upacara keagamaan
ii. Sistem dan organisasi kemasyrakatan
iii. Sistem pengetahuan
iv. Bahasa
v. Kesenian
vi. Sistem ekonomi
vii. Sistem teknologi dan peralatan

8
• Elemen-elemen penting dalam pembentukan budaya ialah kelengkapan
hidup, system ekonomi, keagamaan, Bahasa, kesenian dan ilmu
pengetahuan.

• Dalam pengertian umum,’kebudayaan’ merupakan seluruh cara hidup


masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang
diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses
pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewan pula, ‘kebudayaan’
membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan
kemajuan.
9
Ciri-ciri masyarakat majmuk adalah seperti:
• Pelbagai budaya
• Perpecahan sosial
• Konflik
• Kepelbagaian ekonomi
CIRI – CIRI • Kepelbagaian pendidikan
MASYARAKAT • Berpegang kepada budaya, agama,

MAJMUK bahasa, idea, dan kaedah sendiri


• Kekeluargaan berbeza
• Pemilikan harta yang berbeza
• Bercampur tetapi tidak bersatu
• Pengasingan pekerjaan mengikut kaum

10
J.S. Furnival (1956) dalam bukunya Colonial Policy and Practice: A Comparative Study
of Burma and Netherlands India menggariskan ciri-ciri masyarakat majmuk sebagai
berikut:
• Terdapat pelbagai jenis manusia (bangsa, ras, etnik) seperti Eropah, Cina, India dan
penduduk asli (bumiputera).
• Mereka bercampur tetapi tidak bercantum atau Bersatu.
• Hidup berdekatan tapi terpisah dalam sistem unit politik yang sama.
• Setiap kumpulan bangsa berpegang kepada agama, kebudayaan, Bahasa, idea dan
kaedah sendiri.
• Bertemu di pasar ketika membeli belah dan kemudian balik ke tempat masing-masing.
• Dalam sektor pekerjaan terdapat pembahagian tenaga buruh yang ketara mengikut kaum.

11
Harry Eckstein (1966) dalam Division and Cohesion in Democracy menulis bahawa
masyarakat majmuk adalah masyarakat yang terpisah kerana segmen-segmen yang
berasingan yang meliputi:
• Ras/kumpulan etnik
• Budaya
• Bahasa
• Kepercayaan agama
• Ideologi
Van Den Berghe (1967) membezakan kemajmukan sosial daripada kemajmukan budaya
seperti berikut:
• Ketiadaan consensus nilai
• Kepelbagaian budaya
• Wujudnya konflik di antara kelompok yang berlainan
12
• Wujudnya autonomi atau kebebasan di antara bahagian dalam sistem
sosial.
• Wujudnya paksaan dan saling bengantungan ekonomi sebagai dasar
integrasi sosial.
• Hubungan di antara kelompok lebih bercorak secondary, segmental,
utilitarian, manakala hubungan dalam kelompok lebih berbentuk
primary.

13
MASYARAKAT MALAYSIA – MASYARAKAT MAJMUK
Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk yang terdiri daripada
pelbagai etnik/kaum/bangsa.
• Tiga bangsa utama – Melayu, India dan Cina
• Etnik terbesar di Sabah – Kadazan, Dusun, Murut, dan Bajau
• Etnik terbesar di Sarawak – Iban, Bidayuh, Melanau, Kelabit,
Kedayan, Kayan, dan Penan.
• Terdapat lebih dari 40 etnik/kaum berbeza di Sabah dan Sarawak yang
masih belum dapat diterangkan menurut gambaran sebenar.

14
CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK

15
KOMPOSISI BANGSA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

16
17
Antara ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia
adalah seperti berikut:

CIRI-CIRI a. Merupakan perkongsian suatu masyarakat

BUDAYA b. Diperolehi melalui proses pembelajaran


PELBAGAI c. Tidak dapat berpisah dengan Bahasa
MASYARAKAT d. Kewujudan nilai-nilai tertentu
MALAYSIA e. Mengikut keadaan bentuk muka bumi

f. Diwarisi secara turun-temurun

18
• Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai
etnik/kaum/bangsa seperti Melayu (termasuk Bumiputera), Cina, India,
Kadazan, Dusun, Bajau, Iban, Bidayuh, Melanau, Kelabit, Penan, dan
etnik-etnik yang lain.
• Ciri-ciri budaya masyarakat majmuk di Malaysia ialah keagamaan,
perayaan, pakaian, makanan, adat, bahasa, seni, tarian dan gaya hidup.

19
• A.Aziz Deraman (1994) mengatakan bahawa sifat budaya adalah
universal tetap dari segi paradoksnya.
• Ciri-ciri penting dalam sesuatu kelompok ialah:
i. Budaya perlu dipelajari
ii. Dikongsi
iii. Bersifat sejagat
iv. Boleh diwarisi
v. Berubah-ubah
vi. Mempunyai unsur simbolik
vii. Adanya pandangan semesta

20
• Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari dan
Dipelajari melibatkan banyak unsur seperti asimilasi dan adaptasi.

• Setiap perlakuan/budaya itu diamalkan dan didukung oleh


sekumpulan manusia.
Dikongsi • Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan
bukannya perlakuan masyarakat

• Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia.


Sejagat • Namun ia berbeza antara masyarakat kerana pengaruh alam,
pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

21
• Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya.
Diwarisi • Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya
terdahulu.

• Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak
mengalami perubahan.
Berubah • Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri danproses
yang berlaku.

22
• Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan
Pandangan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam
kehidupan seharian.
semesta • Ia timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat
dengan alam sekitar.

• Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok


manusia.
Perlambangan • Namun ia berbeza antara masyarakat kerana pengaruh
alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

23
1. Percampuran budaya
2. Perubahan hak
(pertambahan/pengurangan
KESAN
3. Perubahan status sesuatu
MASYARAKAT masyarakat atau bangsa
MAJMUK 4. Satu bangsa, satu negara
5. Kehilangan budaya asal sesuatu
kaum

24
KEBUDAYAAN MALAYSIA
• Keagamaan
• Perayaan
• Kebudayaan masyarakat
Melayu • Pakaian
• Kebudayaan masyarakat Cina • Makanan
• Kebudayaan masyarakat India • Seni bela diri
• Kebudayaan masyarakat • Tarian
Sabah dan Sarawak • Adat pertunangan
• Kebudayaan kelompok • Adat perkahwinan
minoriti yang lain Sikh, • Adat menyambut kelahiran bayi
Serani • Upacara kematian
• Perubatan 25
Jenis-jenis kebudayaan dikategorikan
kepada:

1. Kaum Melayu

JENIS-JENIS 2. Kaum Cina


KEBUDAYAAN 3. Kaum India

4. Masyarakat kaum Sabah

5. Masyarakat kaum Sarawak

26
Kaum Melayu

• Antara jenis-jenis perayaan keagamaan yang sering disambut oleh


kaum Melayu ialah Aidilfitri, Aidiladha, Nuzul Quran, Maulud Nabi
dan Awal Muharam.
• Wayang kulit, Mak Yong, Kuda Kepang, Menora dan Joget Gamelan
ialah antara kesenian dalam kaum Melayu.

27
Kaum Cina

• Perayaan bagi kaum Cina ialah Tahun Baru Cina (Chinese New Year),
Chap Goh Mei, Perayaan Ching Ming, Perayaan Hantu Lapar, dan
Perayaan Kuih Bulan.
• Bagi kesenian kaum Cina pula ialah Tarian Naga, Tarian Singa, Tarian
Kipas, dan Seni Kaligrafi.

28
Kaum India

• Bagi kaum India pula, tiga perayaan utamanya ialah Deepavali,


Thaipusam dan Thai Ponggal.
• Kesenian kaum India ialah Tarian Bharatanatyam, Tarian Bhangra, dan
Tarian Khatak.

29
Masyarakat Kaum Sabah

• Kaum Sabah seperti kaum Kadazan-Dusun dan Bajau juga mempunyai


berbagai-bagai kebudayaan dan kesenian. Antaranya ialah Tadau
Kaamatan, manakala bagi keseniannya ialah Tarian Sumazau, Tarian
Limbai, Tarian Igal Igal, Tarian Magunatip, Tarian Busak Baku Irau
Rayeh Lundayeh Sabah, Tarian Adai-adai dan Tarian Daling-daling.

30
Masyarakat Kaum Sarawak

• Sarawak mempunyai banyak bilangan penduduk pelbagai etnik.


Antara etnik-etniknya ialah Iban, Bidayuh, Kayan, Punan, Berawan,
Lahanan, Kedayan, Lun Bawang, dan banyak lagi. Perayaan utama di
Sarawak ialah Hari Gawai Dayak.
• Antara kesenian masyarakat kaum Sarawak ialah Tarian Ngajat,
kraftangan Orang Ulu, Pua Kumbu Iban, Tarian Datun Julud dan
banyak lagi.

31
Kesimpulan

Budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di


Malaysia perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah
tradisi yang unik yang tidak terdapat dalam kaum-kaum yang lain.
Kesemua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia haruslah
dikekalkan untuk generasi yang akan datang supaya generasi baru juga
turut mengetahui budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang
mereka.

32
Rujukan

https://www.scribd.com/document/85363910/
KONSEP-MASYARAKAT-MAJMUK

https://www.scribd.com/doc/186461715/Bab-
10-Masyarakat-Majmuk-di-Malaysia

http://malaysiastudies.yolasite.com/bab-2-
budaya.php

33

Anda mungkin juga menyukai