Anda di halaman 1dari 2

REKA BENTUK BERPUSATKAN MASALAH (PROBLEM-CENTERED DESIGNS)

Reka bentuk berpusatkan masalah memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. Reka

bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu

dan kemasyarakatan. Reka bentuk berpusatkan masalah meletakkan individu dalam persekitaran

sosial. Terbahagi kepada 2 iaitu reka bentuk situasi kehidupan dan reka bentuk semula

masyarakat.

a) Reka bentuk situasi kehidupan (Life-Situations Design)

Reka bentuk ini mirip dengan teori konseptual. Reka bentuk situasi berpendapat

pembelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu diaplikasikan dalam

kehidupan secara terus. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan

masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk ini. Oleh itu, kurikulum perlu dibina

dengan memberi penekanan terhadap penyelesaian masalah-masalah dalam kehidupan

sebenar. Dengan kata lain, kurikulum yang terbentuk dalam mengambil kira isu-isu

semasa yang berlaku pada masa ini.

b) Reka bentuk semula masyarakat (Reconstructionist Design)

Reka bentuk ini berorientasikan masyarakat, reka bentuk ini mengaitkan hubungan

kurikulum dengan perkembangan masyarakat dari aspek sosial, politik dan ekonomi.

Kurikulum dilihat berupaya menjadi agen perubahan dalam perubahan dalam masyarakat.

Kurikulum ini menerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yang
berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai