Anda di halaman 1dari 14

Konsep Perpaduan dan Integrasi

Nama ahli kumpulan : Kee Tien Ah Cheong Jeng Shuan Yap Pei Woon Wong Leh Ying Rowena Lim Siew Xian Suzanne Lau Hui Ying Loh Kent Chee

Definisi Perpaduan
Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Definisi Integrasi
Satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.

..Sambungan
Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur-unsur integrasi: 1. Integrasi wilayah mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi & sosial antara wilayah 2. Integrasi ekonomi mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik 3. Integrasi kebudayaan pembentukan satu kebudayaan kebangsaan

Sambungan
4. 5. Integrasi sosial usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial (sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dll) Integrasi pendidikan mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial Integrasi politik kerjasama dan pembahagian kuasa politik

6.

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah dan integrasi ialah satu proses yang amat kompleks.

Konsep Segregasi
Merupakan pemisahan dan pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undangundang atau sebaliknya contohnya Dasar Pecah Perintah.

Konsep Akomodasi
Merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masingmasing.

Konsep Asimilasi
Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok / individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu / kelompok ke dalam kelompok lain.

..Sambungan
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting: 1. Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka. 2. Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain. 3. Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik.

..Sambungan
Di Malaysia proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba & Nyonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba & Nyonya berlaku dlm konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Konsep Amalgamasi
Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.

Konsep Akulturasi
Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yang berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yang berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut.

Sambungan
Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yang bakal terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal. Akulturasi lebih mudah dicapai dalam budaya yang bersifat kebendaan.

Anda mungkin juga menyukai