Anda di halaman 1dari 25

Jenis dan Demografi Kelompok

Kelompok Sosial didefinisikan sebagai dua individu atau lebih, yang berinteraksi, saling bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu. Kelompok bersifat: Formal dan Tidak Formal Kelompok Formal merujuk kepada kelompok yang ditentukan oleh Struktur Organisasi serta Pengkhususan Tugas (Division of Labour) untuk mencapai objektif Organisasi.

Klasifikasi Kelompok dalam sesuatu masyarakat dapat diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan: i. Kelompok Tugas: Bersama-sama menyelesaikan sesuatu tugas. ii. Kelompok Kepentingan: Individu bekerjasama untuk mencapai sasaran khusus. iii. Kelompok Persahabatan: Kelompok yang ditetapkan secara bersamasama kerana memiliki satu atau lebih sifat yang sama.

Alasan orang untuk saling bergantung dan bergabung dalam kelompok adalah seperti berikut: i. Keamanan ii. Status iii. Harga Diri iv. Afiliasi: (Dapat memenuhi keperluan Sosial). v. Kekuatan vi. Pencapaian Tujuan

Pengelasan

Kelompok Ras dalam masyarakat pula boleh dilihat kepada beberapa bahagian seperti:i. Caucasoid- (Orang-Orang Eropah) ii. Negroid- (Orang-Orang Kulit Hitam) iii. Mongoloid- (Orang-Orang Asia) iv. American Indian-(Orang Asli Amerika) v. Austroloid-(Orang Asli Australia)

Antara permasalahan yang dikenalpasti telah diringkas seperti berikut:i. Perbezaan Pencapaian ii. Jurang Sosial iii. Monopoli iv. Budaya iv. Pengekalan Identiti v. Prasangka vi. Ethnocentrisme vii. Stereotaip

Pengelompokan masyarakat ini juga boleh dibincangkan secara bersama dengan Demografi. Achille Guillard (1885), pertama menggunakan istillah Demografi ini dalam karyanya yang berjudul Elements of Human Statistics or Comparative Demography. Kata Demografi berasal dari bahasa Yunani demos bermaksud penduduk di sesuatu kawasan. Grafein pula bermaksud menulis tentang sesuatu perkara.

Demografi

Kelompok merupakan analisa statistik terhadap jumlah dan komposisi penduduk di sesuatu kawasan. Kajian Saintifik dan Statistikal meliputi soal Fertiliti (kelahiran), Mortaliti (Kematian), Perkahwinan serta Imigrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa serta mempengaruhi saiz dan taburan penduduk manusia.

Demografi Kelompok di Malaysia pula terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Golongan Bumiputera Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, suku kaum etnik di Sabah serta suku kaum etnik di Sarawak. Masyarakat di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada pelbagai bangsa dan kelompok iaitu Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak ialah sebanyak (14%).

Penduduk utama Malaysia adalah akibat pembentukan Masyarakat Majmuk. Masyarakat Majmuk terdiri daripada etnik Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Suku Kaum di Sabah dan Sarawak. Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam Melayu ini telah membina asas peradaban yang mantap sebelum bertembung dan melalui Proses Difusi Budaya.(Menerima Budaya orang lain ke dalam Budaya sendiri). Peradaban Islam serta Peradaban India amat mempengaruhi pembangunan peradaban Melayu di Asia Tenggara.

Di

Sabah, terdapat kira-kira 23 suku kaum etnik manakala di Sarawak terdapat kira-kira 17 suku kaum etnik yang menetap di sini. Terdapat kira-kira 46 Suku Kaum etnik yang terdapat di Malaysia. Pada tahun2006, terdapat jumlah orang Asli seramai 141, 230 orang. Ekonomi orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan sara diri.

Malaysia meletakkan Perpaduan Nasional sebagai matlamat akhirnya. Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah terbentuknya satu Bangsa Malaysia yang terdiri daripada satu masyarakat berbilang etnik yang bersatu padu, sejahtera dan mempunyai identiti nasional tersendiri. Proses perpaduan negara dalam kalangan negara yang berbilang etnik diwakili oleh parti politik etnik masing-masing. Mereka mengamalkan budaya, agama, bahasa dan orientasi pemikiran masing-masing.

Perbezaan

inilah dikatakan sebagai penghalang kepada masalah dalam proses penyatuan, perpaduan dan pembinaan bangsa Malaysia. Teori Hubungan Kaum merupakan teori yang terdapat dalam menyatupadukan masyarakat Malaysia dan membentuk hubungan atau kepelbagaian kaum.

Peringkat proses seterusnya dinamakan: Sergresi. Hubungan yang bersifat Pemisahan antara etnik dalam sebuah negara seperti pemisahan kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Akomodasi adalah satu keadaan yang mana kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan konflik apabila adanya interaksi secara aman.

Masyarakat Majmuk hidup berdekatan, saling bekerjasama tetapi tidak bersatu padu. Mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. (Furnival, 1949). Proses ini berlaku apabila etnik-etnik menyedari tentang kepentingan norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan Budaya hidup masing-masing.

Institusi-Institusi

tertentu seperti ekonomi dan pendidikan saling bergantungan antara satu sama lain. Contohnya, negara Switzerland. Negara Switzerland mempunyai hubungan etnik bersifat Akomodasi, di mana etnik-etnik di dalamnya seperti Etnik Jerman, Peranchis dan Itali saling membuat penyesuaian antara satu sama lain dan hidup dalam keadaan aman.

Akulturasi pula merupakan satu proses yang kadang kala dikenali sebagai Asimilasi Budaya yang terjadi apabila manusia dalam Kumpulan Minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah-laku dan Budaya dari Golongan Majoriti. Proses ini merupakan proses meminjam dan menerima unsur-unsur Budaya golongan Majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur Budaya Asal. Asimilasi adalah Proses Percantuman dan Penyatuan antara kelompok dan individu yang berlainan kebudayaan dan identiti supaya wujud satu kelompok yang mempunyai identiti yang sama.

Amalgamasi Budaya merupakan satu proses yang terjadi apabila Budaya dan Ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis Budaya dan Ras yang baru. Cara utama untuk menentukan Proses Amalgamasi terjadi ialah Perkahwinan Campur antara Etnik dan Ras. Perbezaan Sosio-Ekonomi, Budaya, Segregasi, Pemisahan Fizikal, Agama, Dasar Kerajaan,dll turut menjadi faktor penghalang ketara.

Pelbagai usaha Sosial dan Kebudayaan turut diadakan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat pembentukan Budaya ini. Pelbagai usaha sosial dan Kebudayaan turut diadakan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat pembentukan Budaya ini. Antaranya memperkenalkan Konsep Kebudayaan Nasional. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan telah diakui dan diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjejaskan hubungan antara etnik. Kemajuan ekonomi sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Kementerian Pelajaran perlu bertanggungjawab memupuk semangat perpaduan sejak dari bangku sekolah lagi. Murid perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan memahami hubungan Etnik.

. Antara usaha yang telah dijalankan ke arah memupuk Perpaduan Nasional yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah: i. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara ii. Rukun Negara iii. Dasar Ekonomi Baru iv. Dasar Pendidikan Kebangsaan v. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

vi. Gabungan Parti-Parti Politik. vii. Integrasi antara Wilayah. viii. Integrasi Semenanjung Malaysia dengan Sabah/Sarawak. Usaha kerajaan (Top-Down) sahaja tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha yang berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik.

Hubungan antara Kumpulan Kelas Sosial yang berbeza seperti Kelas Atasan, Kelas Menengah serta Kelas Bawahan perlu ditingkatkan. Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan Sistem Sosial di Malaysia. Walaupun tahap Perpaduan Nasional di negara kita sukar diukur, Malaysia berjaya mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.

Kesimpulan:
Abdul

Rahman Embong (2001), menjelaskan bahawa bangsa yang terdiri daripada semua kaum di Malaysia yang terbentuk dalam sejarah dan mempunyai perasaan sebangsa dengan nama Kolektif (Bangsa Malaysia) yang sama serta berkongsi wilayah, ekonomi, Budaya dan nasib masa depan dengan rupa bangsa yang sepunya.

Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building) melibatkan satu proses yang panjang dan merupakan satu keperluan bagi Malaysia. . Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building) memerlukan penyertaan menyeluruh setiap anggota masyarakat dan penglibatan sepenuhnya jentera kerajaan. . Satu Nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai