Anda di halaman 1dari 18

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.

html
Published by: Mohamad Faiza Ibrahim on 26th May 2011 | View all blogs by Mohamad
Faiza Ibrahim
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
PROGRAM KOMUNIKASI DAN DASAR AWAM

MOHAMAD FAIZA BIN IBRAHIM


TAJUK:
KONSEP MASYARAKAT MAJMUK (PLURAL SOCEITY)
OLEH J.S FURNIVALL

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK (PLURAL SOCEITY) OLEH J.S FURNIVALL

PENGENALAN
Masyarakat (Society) bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem
interaksi sosial dimana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan
sistem sosial itu adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok
tersebut. Masyarakat adalah komuniti yang saling bergantung dan saling perlu
memerlukan antara satu sama lain dan secara umumnya istilah masyarakat pada
asasnya adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu
tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur serta berkongsi sumber yang ada
dalam kawasan tersebut.
Masyarakat menurut Kamus Dewan (2005), ialah kumpulan manusia yang hidup
bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga
dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat. Jaringan erat wujud
dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan
gotong-royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan, melalui rumah terbuka,
berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri, majlis
perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang
sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini akan terbina satu
kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks
Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah
masyarakat Malaysia yang teguh.
Selain itu, masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di
sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula
terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Majmuk terbentuk daripada beberapa
bahagian yang merupakan kesatuan ataudalam konteks masyarakat ia terdiri dari
beberapa kumpulan etnik. Masyarakat majmuk adalah satu kumpulan manusia yang
terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya
dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial di sesuatu tempat bagi membentuk satu
kumpulan yang bersatu padu.
Manakala masyarakat majmuk (Plural society) bermaksud masyarakat pelbagai
kaum (Multi-racial society) yang merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang
bersama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara yang sama.
Masyarakat majmuk menurut Kamus Dewan membawa maksud masyarakat yang
terdiri daripada beberapa kaum.
Menurut sarjana Graham Saunders dalam bukunya bertajuk The Development
Of a Plural Society In Malaya beliau menyatakan bahawa masyarakat majmuk terdiri
daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu kependudukan dari hidup sebagai
komuniti-komuniti yang berasingan. Menurut beliau di Tanah Melayu terdapat tiga kaum
utama iaitu Melayu, Cina, dan India. Mereka bukan sahaja terpisah kerana adat,
makanan dan pakaian tetapi juga daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal.
Sarjana dalam bidang sosiologi J.E.Goldthorpe The Sociology Of The
Thirdworld. Beliau mengemukakan pandangan tentang masyarakat majmuk lebih

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
kurang sama degan kedua-dua orang sarjana sebelum ini iaitu, Goldthorpe
berpendapat kewujudan masyarakat majmuk sejajar dengan penjajah yang datang ke
Tanah Melayu pada masa dulu dengan membawa masuk semua kaum-kaum tersebut
untuk mamenuhi peluang pekerjaan di sini.
Masyarakat majmuk juga adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di tanah
jajahan seperti mana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga Malaysia.
Masyarakat

majmuk

di

Malaysia

dicirikan

dari

segi

kepelbagaian

budaya,

pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui perkerjaan, kekurangan kontrak sosial


dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik.

CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK


Malaysia
Keamanan

merupakan
yang

sebuah

dinikmati

negara
dan

majmuk

keharmonian

yang
hidup

aman

dan

pelbagai

makmur.

kaum

telah

menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan
dalam kalangan negara-negara lain.
Antara ciri-ciri masyarakat majmuk menurut J.S Furnivall (1956) dalam bukunya
bertajuk Colonial Policy and Practice :A Comparative Study of Burma and Netherlands
India (Indonesia) dalam kajiannya di Burma dan Kepulauan Jawa ialah terdapat
beberapa jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera).
Masyarakat ini bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup
berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik yang sama serta masing-masing
berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri.
Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai suku kaum selain daripada tiga
komuniti etnik yang terbesar iaitu kaum Serani, Orang Asli (Semenanjung), Bajau,
Kadazan, Muru (Sabah), Kedayan, Melanau dan Iban (Sarawak), dengan pelbagai
bahasa dan dialeknya. Penerimaan kontrak sosial yang telah disepakati bersama
adalah untuk menjaga hubungan etnik di Malaysia. Masyarakat di Malaysia diberi hak
pendidikan dalam bahasa ibunda mereka tetapi tetap mengiktiraf bahasa melayu

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
sebagai Bahasa Kebangsaan. Masyarakat majmuk di Malaysia juga bebas untuk
mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing walaupun Islam diberi status
sebagai agama rasmi negara. Masyarakat Malaysia menganut agama Islam, Hindu,
Kristian, Buddha, Konfusios dan Taois.
Hari ini, di merata negara di dunia terdapat masyarakat majmuk yang
menganuti agama-agama yang berlainan tetapi kebanyakan puak minoriti yang
terdapat di negara yang memerintah terdedah kepada kezaliman oleh kerajaan. Di
Malaysia, kebebasan beragama yang dilaksanakan tidak menyebabkan masyarakat di
dalamnya hidup di dalam keadaan berpecah-belah seperti negara-negara yang
dilanda krisis sekarang. Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya
secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing terdapat semangat
persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Konsep akomodasi yang diamalkan
di Malaysia menyebabkan hubungan antara etnik saling membuat penyesuaian dan
bebas mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaan harmoni.
Hal itu membuatkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang unik.
Walaupun Malaysia mengamalkan konsep akomodasi, masyarakat Malaysia juga
berkongsi dari segi perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat Malaysia
berkongsi perasaan gembira apabila tiba musim perayaan sesuatu kaum. Contohnya
perayaan hari RayaAidilfitri yang disambut oleh orang Islam di Malaysia. Aktiviti rumah
terbuka yang diamalkan oleh masyarakat melayu Islam turut dirai bersama oleh etnik
yang bukan beragama Islam. Perayaan sambutan Kemerdekaan juga dapat
merapatkan lagi hubungan antara etnik melalui aktiviti yang dijalankan dan dapat
melahirkan perasaan patriotism dan saling bekerjasama. Rakyat Malaysia juga
terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan ini dapat melambangkan jati diri rakyat
yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai
negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di
Malaysia. Di antara makanan tradisi yang terkenal di Malaysia ialah nasi lemak, char
koay teow, roti canai dan banyak lagi. Kebanyakan makanan tradisi ini berasal
daripada kaum tertentu contohnya nasi lemak, makanan ini bukan hanya digemari
oleh kaum melayu sahaja malahan ia turut digemari oleh kaum lain. Kini, masyarakat

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
Malaysia boleh menikmati pelbagai makanan yang sebelum ini berasal daripada kaum
tertentu.
Selain itu, rakyat Malaysia juga turut mempunyai pakaian tradisi. Pakaian
seperti baju kurung, baju melayu, cheong sam dan sari adalah contoh pakaian tradisi
masyarakat majmuk di Malaysia. Cara pemakaian memainkan peranan penting dalam
menentukan perbezaan kedudukan atau martabat sesetiap kumpulan dalam kaum
Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan kaum etnik kecil yang lain di Malaysia.
Pakaian baju kurung dan melayu adalah berasal daripada kaum melayu tetapi jika kita
perhatikan sekarang kaum lain juga turut menggayakan baju tradisional kaum melayu
contohnya baju kurung. Contoh keadaan seperti ini boleh didapati di sekolah mahupun
di tempat kerja
Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya,
pemisahan fizikal. Pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial
dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Ciri-ciri masyarakat
majmuk mengiktiraf adanya keunikan dan sifat khas setiap komponen. Ciri-ciri
Malaysia adalah wadah penyatu kumpulan etnik yang sebenar iaitu satu kumpulan
etnik, bahasa serta budayanya membentuk kumpulan majoriti, kumpulan etnik yang
lain dengan bahasa dan budaya masing-masing juga mendapat tempat. Dalam
konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup
berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu,
Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa
masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah
sebuah pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup
yang dipersetujui bersama.

SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan
pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persinggahan dan
penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.Justeru

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
konsep percampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di
Malaysia. Kebanyakan ahli sejarah dan antropologi sosial bersetuju bahawa struktur
susunan ras etnik dan corak penempatan penduduk masa kini telah ditentukan pada
zaman perkembangan kolonial dan eksploitasi orang British di Semenanjung Malaysia.
Dalam tahun 1786 hingga 1914 merupakan zaman paling penting dalam menentukan
pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini di Semenanjung Malaysia.
Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan
kemajmukan masyarakat Malaysia. Aspek demografi tidak hanya memperlihatkan
betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai
wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia.
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light
menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara
besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan
kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786
hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang
dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai
signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis
Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios
Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen
utamanya.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika
itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan
Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu,
terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan
corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun
bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di
Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik
yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini.
Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan
juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum
penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan
perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya
daripada China dan India.
Hal ini kerana, masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar
daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa
keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah
Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri
yang telah menetap lama di Tanah Melayu. Bilangan buruh Cina yang berhijrah
memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang
tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara
haram ke Tanah Melayu.
Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan
sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan
masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru
iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa
kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan
keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India.
Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras.
India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya
berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang
mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah
Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris.
Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya
benguasai negeri-negeri Melayu.

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan
Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada
China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan
(Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang
berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku
kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Pendatang dari
Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan
pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas
abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20an. Kedatangan berterusan ini disebabkan
penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan
mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang
mereka dapat di negara asal mereka.
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan
masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan
masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta
kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti
peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik
berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja
buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosioekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan
masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak
oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan
Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok BabaNyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India.
Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan
penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran
seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lainlain.
Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi
lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu
menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu,
berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana
peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina
merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal
daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19.Mereka terkenal kerana kuat
bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina
berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di
Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan
selatan tanah air di Johor.
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum
India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari
Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman
penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih
baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India.Kebanyakan beragama Hindu,
mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan
pedas dan pakaian sari yang mewah.
KONSEP MASYARAKAT MAJMUK
Menurut J.S Furnivall (1939) sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat
yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk
mengikut kehendak-kehendak sistem ekonomi, politik dan sosial. Ini telah mewujudkan
kelompok-kelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Furnivall menambah
bahawa kelompok-kelompok berbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu
bercampur tetapi tidak bergabung. Setiap kelompok memegang kuat kepada agama,
kebudayaan, bahasa, idea-idea dan cara-cara kehidupan sendiri. Komuniti-komuniti

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
dalam masyarakat majmuk itu hidup secara berdekatan, tetapi terpisah dalam unit
politik yang sama. Sistem pembahagian buruh dalam bidang ekonomi pula adalah
berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-fungsi yang
berlainan.
Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan
pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam
hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan
masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan
terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial.
Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar
Inggeris seperti huraian berikut:
i. Politik
Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai
sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah
menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti
kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan
Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak
menghantar

pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu,

undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang
asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap
kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an
disebabkan

oleh

menrancakkan

keperluan

ekonomi

Inggeris

untuk

perlombongan

dan

mendapatkan
peladangan

tenaga

buruh

bagi

selain

buruh

bagi

melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan
raya
Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang
Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para
kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruhburuh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa
terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan
buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan
kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan
kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan
sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk
tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi
1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini
menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.
Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa
kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang
berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah
mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang
dihadapi oleh masyarakat pribumi
ii. Ekonomi
Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan
perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan
tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku
mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan
buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang
memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh
asing.
iii. Sosial
Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan
Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat
majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda,
Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang
perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak
menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan
tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.
Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan
pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini
menjelaskan

bahawa

Inggeris

tidak

mempunyai

agenda

bagi

menghalang

ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya


mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan
tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun
wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja.
Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang
asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan
walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya
menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan
ekonomi penjajah.
Konsep masyarakat majmuk juga merujuk kepada etnik iaitu di Malaysia etniknya
merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam,
termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik
mempunyai erti yang berkait rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan
bangsa memberikan tekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi iaitu
keturunan dan pertalian darah yang sama antara sesama manusia (Mansor Abdul
Rahman & Mohamad Ainuddin, 2006). Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia,
terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik
yang sama.
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza
berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan
mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia,
orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap
sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri
budayanya sebagal wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak
bermoral.
Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk
kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu
kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada
kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah
kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat
daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang
melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.
Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga
maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagal
etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil
ras dalam kehidupan seharian.
Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang
mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal yang nyata
seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang
digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif
oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain
berdasarkan prbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan mi
ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah
gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna
kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal yang lain.
Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap
individu, rasisme benlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu
yang berstatus lebih tinggi clan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada
peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap
institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi,

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza.
Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial.
Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran,
akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh
didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap, dan nilai.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaan dan budaya bukan
kebendaan. Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah,
kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah
yang reka bentuknya berbeza dengan orang lnggeris atau orang Eskimo. Manakala
budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap
masyarakat mempunyal adat istiadat yang tersendiri dalam menjalani kehidupan.
Misalnya dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki memberi hantaran
kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat India hantaran perkahwinan
diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. Dalam budaya Melayu, faktor
agama penting kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem
kepercayaan semata-mata tetapi juga sebagai satu perlembagaan hidup yang meliputi
kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebagai alat komunikasi. Adat
resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan
hidup bermasyarakat clan berbudaya.
Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama,
membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identity, dan kedua ialah
memupuk

kesedaran

kebangsaan

dan

kenegaraan

bercirikan

kerohanian,

kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu


kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu
keturunan kepada satu keturunan. Oleh itu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan
kelengkapan intelektual clan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling (Mohd Taib
Osman, 1988).

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
Menurut J.S Furnival (1948) lagi, konsep Masyarakat majmuk merujuk kepada
masyarakat campuran yang berbilang bangsa iaitu terdiri dari berbagai ras atau etnik
yang berada di bawah satu pemerintahan. Campuran ini dalam erti kata yang sebenar,
bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama yang berbeza.
i. Melayu
Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi
lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu
menunjukkan orang itu mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan
mempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya
seni mereka yang sangat kaya.
Umumnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Pada masa lalu,
sebahagian besar orang Melayu di Semenanjung merupakan penduduk luar bandar.
Namun, keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar yang
bermula sejak tahun 1970-an sehingga masa kini. Bagi yang masih tinggal di luar
bandar, kebanyakannya terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan, sama
ada dalam skala kecil-kecilan atau secara komersial. Manakala sebahagian besar
etnik Melayu di bandar terlibat dalam pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan
awam, sektor swasta, dan turut terlibat dalam sektor perdagangan dan perniagaan.
ii. Cina
Orang Cina merupakan golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung.
Masyarakat mi menganuti pelbagai agama seperti Buddhisme, Konfusianisme,
Kristian, Taoisme dan Islam. Sebahagian besar etnik Cina tertumpu kepada sektor
perdagangan dan perkhidmatan. Dari segi petempatan, sebahagian besar orang Cina
tertumpu di bandar-bandar utama, khasnya di Lembah Kiang.
iii. India
Orang India pula merupakan golongan etnik ketiga terbesar di Semenanjung.
Pada masa lalu, sebahagian besar orang India bekerja dan menetap di estet. Pada
masa kini, terdapat kalangan mereka yang berpindah ke bandar-bandar dan

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
menerokai pekerjaan di sektor perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani
penghidupan bandar. Dalam kategori etnik India, terdapat golongan subetnik seperti
orang Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala. Secara umum, etnik India di negara ml
merupakan penganut pelbagai agama seperti Hindu, Sikhisme dan Islam.
iv. Etnik-entik lain
Golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian antropologi
ialah Orang Asli. Kebanyakan Orang Asli merupakan penduduk di kawasan
pedalaman di beberapa negeri di Semenanjung. Mereka menganut kepercayaan
tradisional, animisme, Kristian dan Islam. Selain Orang Asli, terdapat kelompokkelompok kecil seperti masyarakat Baba-Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang,
masyarakat Portugis di Melaka, dan Thai di beberapa negeri di utara Semenanjung.
Kesemua masyarakat minoriti tersebut mempunyai budaya yang unik, seperti budaya
masyarakat Baba-Nyonya.
Dalam sektor pekerjaan pula menurut Furnivall, terdapat pembahagian tenaga
buruh yang ketara mengikut kaum. Aspek pekerjaan ialah berbeza-beza mengikut kaum
iaitu setiap kaum menjalankan kegiatan pekerjaan tertentu untuk mencari sumber
pendapatan mereka untuk menyara kehidupan seharian mereka berdasarkan
keseuaian dan kemahiran mereka sendiri. Orang Melayu mengurus dalam bidang
pertanian dan penangkapan ikan, orang Cina mengurus perlombongan dan
perdagangan. Bagi golongan India pula kegiatan perladang getah dan perladangan lain.
Kegiatan ekonomi yang di jalankan ini juga terpisah iaitu tempat kediaman mereka
berlainan dan mengikut cara kerja yang dilakukan. Golongan Melayu tinggal di
kampung berhampiran kawasan pertanian dan pinggir laut, Cina tinggal di
perlombongan dan bandar sebagai pusat untuk menjalankan perniagaan, India tinggal
di stet-estet dan kelapa sawit. Oleh itu, taraf kemajuan ketiga-tiga kaum berbeza
mengikut jenis pekerjaan.

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
KESIMPULAN
Pada hari ini, Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal
abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada
pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramairamai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal
Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang
dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.
Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut,
terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai
etnik yang lain.
Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia pada hari ini didiami oleh
pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan
etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.
Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan
keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad
ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh
dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu
dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain.
Apabila bermulanya kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan
sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang
kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan
Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam, bahasa dan latar
belakang kebudayaan yang berlainan.
Oleh kerana itu, maka Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik yang
mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006.
Umumnya, Melayu merupakan kelompok etnik majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 55
peratus, sementara Cina mewakili lebih kurang 25 peratus, India 7 peratus dan
selebihnya adalah terdiri daripada kelompok peribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh,
Melanau dan Orang Ulu di Sarawak,

Kadazan dusun, Murut, dan Bajau di

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html
Sabah.Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar. Di sebabkan hal ini, Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan
Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti.
Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum.
Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19
adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak.
Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan
banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada
cara bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran
masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu,
membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi,
melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai