Anda di halaman 1dari 10

BANGSA

CH E H A Z I Q H A K I MI
BANGSA
Menurut John Stuart Mill (2015), bangsa merupakan rumpun
manusia yang terikat oleh perasaan taksub dan lebih rela Melayu
bekerjasama sesama mereka berbanding dengan rumpun bangsa
yang lain. Bangsa di
Cina
Malaysia
Berdasarkan Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan
sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai, India
dan aspirasi yang sama. Secara umumnya, konsep bangsa
bermaksud kumpulan manusia yang sama asal usul dan sifat-
sifatnya.
RAS
Ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyaI tanda
pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal dan biologikal yang
nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut, dan sebagainya.
Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yang menganggap
diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada
kelompok mereka berdasarkan perbezaan fizikal yang tidak dapat
diubah dan sifat-sifat berkait kebolehan moral dan intelek mereka.
Kelompok etnik wujud disebabkan perbezaan budaya. Hal ini
termasuklah keseluruhan cara berfikir dan bertindak yang meliputi
sistem politik, kepercayaan, agama, bahasa, adat resam, dan lain-lain.
CARA PENYERAPAN BUDAYA

INTERGRASI

Amalgama
Asimilasi Akulturasi Pluralisme Akomodasi
si
ASIMILASI
Proses asimilasi dalam budaya bermaksud proses penyerapan sesuatu budaya. Perkara ini dapat
dilihat melalui cara hidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat.
Kebiasaannya, budaya golongan migran dan minoriti yang telah diserap dalam kebudayaan
dominan tidak membawa perubahan kepada kebudayaan dominan.
Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin 2003) telah meringkaskan proses asimilasi tersebut seperti
yang berikut:
Budaya A+B+C = A

Walaupun berlaku penyerapan budaya antara tiga kumpulan budaya tersebut tapi budaya A tetap
kekal dan diterima
AKULTURASI
Akuturasi pula merupakan manusia dalam kumpulan yang menerima norma, nilai, dan pola-pola
tingkah laku golongan, kelompok, bangsa atau etnik lain.
Proses akulturasi membolehkan masyarakat meminjam atau menerima unsur-unsur budaya
golongan tertentu tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.
Dengan kata mudah, akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di
kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.
Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal
masyarakat yang menerima.
AMALGAMASI
Amalgamasi pula ialah satu proses percantuman dari segi biologi. Proses pencantuman ini boleh
berlaku melalui perkahwinan campur. Perkahwinan akan menghasilkan satu kelompok baharu
dalam kehidupan masyarakat.
Seterusnya, kelompok baharu tersebut akan membentuk satu budaya baharu dalam masyarakat
berkenaan.
Jayum A. Jawan (1997) meringkaskan proses tersebut seperti yang berikut:

Budaya A+B+C = D

Pertembungan antara budaya telah menghasilkan satu kebudayaan baharu yang dapat diterima
oleh semua individu yang terlibat dalam pertembungan tersebut.
PLURALISME
Pluralisme ialah proses mempertahankan kepelbagaian budaya.

Dalam proses ini, masyarakat lebih menitikberatkan pengekalan ciri-ciri kebudayaan pelbagai
kelompok. Setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan kelompok.
Pluralisme menunjukkan bahawa setiap perbezaan adalah perkara lazim dan tidak dapat
dielakkan.
Jayum A. Jawan (1997) merumuskan pluralisme seperti yang berikut:
Budaya A+B+C = A + B + C

Keadaan ini menunjukkan bahawa setiap kelompok masih berpegang pada kebudayaan masing-
masing walaupun berlaku perbezaan antara kebudayaan yang diamalkan.
AKOMODASI
oAkomodasi menjelaskan bahawa setiap etnik menyedari nilai dan norma antara satu dengan
yang lain.
oHal ini bermaksud bahawa setiap etnik tetap mempertahankan budaya mereka tetapi hidup
dengan harmoni dan saling menghormati.
oBagi memastikan masyarakat hidup dalam keadaan harmoni. pemerintahan pada peringkat pusat
memberikan peluang kepada setiap etnik untuk mempunyai wakil dalam pentadbiran negara.
oWalau bagaimanapun, setiap etnik masih saling bergantung dalam institusi tertentu seperti
ekonomi dan pendidikan untuk mencapai matlamat bersama.
Sekian,
Terima kasih
SESI SOALAN

Anda mungkin juga menyukai